1 00:00:13,680 --> 00:00:15,880 Louis yang sendu masih lagi menanti 2 00:00:15,960 --> 00:00:19,680 sama ada Christine akan memaafkannya kerana memegang buah dada. 3 00:00:19,760 --> 00:00:23,120 Semoga dada, Louis… Maksud saya, semoga berjaya! 4 00:00:23,760 --> 00:00:26,080 Ini ikhlas daripada hati saya. 5 00:00:26,160 --> 00:00:28,720 Saya minta maaf atas kelakuan saya. 6 00:00:31,000 --> 00:00:32,680 Saya rindu Louis, 7 00:00:32,760 --> 00:00:35,560 tapi jika saya maafkan, apa yang akan berubah? 8 00:00:35,640 --> 00:00:36,560 TEXAS, AS 9 00:00:38,720 --> 00:00:43,680 Saya tak pasti jika ingin memberikan satu lagi peluang 10 00:00:43,760 --> 00:00:46,720 atau tamatkan hubungan ini. 11 00:00:54,640 --> 00:00:58,280 Saya telah merosakkan perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya. 12 00:00:58,360 --> 00:01:01,200 Pada saat ini, saya tak tahu jika dia akan maafkan saya. 13 00:01:05,840 --> 00:01:09,519 Nampaknya Christine akan buat Louis berdebar-debar lebih lama, 14 00:01:09,599 --> 00:01:12,240 yang memberikan kita masa untuk periksa gadis lain. 15 00:01:17,400 --> 00:01:19,840 Perkara yang Louis buat kepada Christine 16 00:01:19,920 --> 00:01:22,960 - benar-benar menjijikkan dan salah. - Ya. 17 00:01:23,040 --> 00:01:27,640 Banyak perasaan yang terluka beberapa hari ini. 18 00:01:27,720 --> 00:01:29,440 Saya rasa dia pasti tahu itu. 19 00:01:29,520 --> 00:01:32,120 Bagus untuk bersikap jujur 20 00:01:32,200 --> 00:01:34,040 kerana jika tak, awak tak mencuba. 21 00:01:34,120 --> 00:01:35,360 Saya setuju. 22 00:01:39,520 --> 00:01:41,440 Selepas dengar penjelasan awak… 23 00:01:44,760 --> 00:01:46,920 Bagi saya, ini agak sukar. 24 00:01:48,880 --> 00:01:53,080 Saya gembira awak dapat menyedari kesalahan awak. 25 00:01:57,200 --> 00:01:59,520 Tapi awak memang begini, 26 00:02:00,760 --> 00:02:04,080 dan ia takkan jadi seperti sebelum ini. 27 00:02:07,240 --> 00:02:09,360 Awak perlu dapatkan semula kepercayaan saya. 28 00:02:13,520 --> 00:02:17,880 Saya rasa hubungan kita tulen dan kita boleh mengembangkannya. 29 00:02:20,840 --> 00:02:22,240 Boleh maafkan saya? 30 00:02:24,400 --> 00:02:27,960 Saya rasa nak termuntah. 31 00:02:28,040 --> 00:02:31,880 Saya amat suka Louis. Saya ingin memaafkannya. 32 00:02:31,960 --> 00:02:35,520 Tapi saya tak tahu jika dia akan berubah. 33 00:02:35,600 --> 00:02:38,680 Saya ada masalah untuk melihat kebaikan orang lain. 34 00:02:43,760 --> 00:02:46,120 Saya nak teruskan hubungan dengan awak. 35 00:02:47,520 --> 00:02:49,880 Ya, asalkan awak tak buat lagi. 36 00:02:50,680 --> 00:02:51,800 Saya takkan buat lagi. 37 00:02:54,960 --> 00:02:55,960 Boleh peluk? 38 00:03:03,720 --> 00:03:04,920 Saya minta maaf. 39 00:03:05,000 --> 00:03:07,480 Saya nak percaya bahawa Louis telah berubah 40 00:03:07,560 --> 00:03:10,200 kerana dia telah menjadi matang di rumah ini, 41 00:03:10,280 --> 00:03:13,120 tapi saya masih kurang percaya. 42 00:03:13,200 --> 00:03:16,400 Kami takkan terburu-buru dan dia perlu buat saya percaya. 43 00:03:18,040 --> 00:03:22,120 Tak terburu-buru lebih baik daripada tiada apa-apa, Louis. 44 00:03:29,680 --> 00:03:32,400 Harap Christine cukup menyukai awak 45 00:03:32,480 --> 00:03:36,040 untuk terus melangkah ke katil bersama awak malam ini. 46 00:03:37,800 --> 00:03:39,400 Katil yang mana? 47 00:03:46,120 --> 00:03:49,200 - Tidur di katil itu, ya? - Okey! 48 00:03:49,280 --> 00:03:50,800 Okey! 49 00:03:50,880 --> 00:03:53,160 Christine, awak tidur dengan teman lelaki awak. 50 00:03:54,280 --> 00:03:55,560 Saya suka lihat. 51 00:03:55,640 --> 00:03:56,600 Itu sempadannya. 52 00:03:58,280 --> 00:03:59,280 Saya takkan lintas. 53 00:03:59,360 --> 00:04:03,360 Dia berkongsi katil dengan saya ialah langkah ke arah yang betul, 54 00:04:03,440 --> 00:04:08,040 tapi masih banyak saya harus buktikan kepada Christine bahawa saya dah berubah. 55 00:04:14,880 --> 00:04:18,920 Sungguh senang melihat Christine dan Louis tidur di katil yang sama, 56 00:04:19,000 --> 00:04:21,200 tapi saya rasa selepas bengkel itu, 57 00:04:21,279 --> 00:04:23,279 Alex tak layan saya seperti dulu, 58 00:04:23,360 --> 00:04:25,320 dan saya tak pernah nampak Alex begini. 59 00:04:25,399 --> 00:04:26,519 Selamat malam. 60 00:04:26,600 --> 00:04:28,640 Kenapa awak tidur pakai seluar? 61 00:04:29,760 --> 00:04:31,760 - Apa? - Tiada apa-apa. 62 00:04:32,440 --> 00:04:33,280 Kenapa? 63 00:04:34,720 --> 00:04:35,600 Tiada apa-apa. 64 00:04:36,480 --> 00:04:39,240 - Apa berlaku dengan awak? - Saya? 65 00:04:39,320 --> 00:04:41,960 Bengkel itu. Ia mempengaruhi kami semua. 66 00:04:42,040 --> 00:04:43,640 Awak bersikap dingin. 67 00:04:46,920 --> 00:04:51,200 Bengkel itu mungkin telah membantu Louis, tapi selepas bengkel hari ini, 68 00:04:51,280 --> 00:04:52,440 ia buat saya terfikir, 69 00:04:54,360 --> 00:04:56,640 adakah saya nak hubungan ini? 70 00:04:56,720 --> 00:04:58,800 Tunggu dulu. Saya terlupa sesuatu? 71 00:04:58,880 --> 00:05:01,920 Apa berlaku di bengkel itu sampai Alex jadi begini? 72 00:05:04,320 --> 00:05:05,640 TADI 73 00:05:05,720 --> 00:05:08,520 Baiklah, Alex, apa yang buat awak terbeban? 74 00:05:08,600 --> 00:05:10,640 Saya rasa tekanan untuk mempunyai pasangan. 75 00:05:11,800 --> 00:05:12,760 Saya perantau. 76 00:05:12,840 --> 00:05:16,080 Komitmen itu, kerana saya suka menjelajah. 77 00:05:16,160 --> 00:05:20,120 Setelah jumpa Elys, saya rasa tak selesa. Saya tak berbohong. 78 00:05:20,200 --> 00:05:22,160 Awak fikir, "Apa sedang berlaku?" 79 00:05:22,240 --> 00:05:24,600 Ya, dan saya tak pasti cara nak menerimanya. 80 00:05:24,680 --> 00:05:27,240 Alamak. Nampaknya tak menjadi. 81 00:05:28,920 --> 00:05:31,120 Lana, kita perlukan cadar yang lebih hangat, 82 00:05:31,200 --> 00:05:34,520 kerana ada orang yang menjadi takut di rumah ini! 83 00:05:54,800 --> 00:05:56,000 Selamat pagi. 84 00:05:57,560 --> 00:05:59,440 Semua tidur nyenyak? 85 00:05:59,520 --> 00:06:01,520 Pasti Christine tidur nyenyak 86 00:06:01,600 --> 00:06:05,480 dengan bantal yang besar dan keras di sebelahnya sepanjang malam. 87 00:06:05,560 --> 00:06:08,440 - Malam ini, boleh alih bantal di tengah? - Tengoklah. 88 00:06:08,520 --> 00:06:10,240 Tak sentuh, cuma alih bantal. 89 00:06:10,920 --> 00:06:12,000 Tengoklah. 90 00:06:12,800 --> 00:06:13,960 Harap saya dah berubah. 91 00:06:14,040 --> 00:06:16,400 Saya tak nak jadi Louis lama yang tak peduli. 92 00:06:16,480 --> 00:06:18,480 Itu yang saya risaukan 93 00:06:18,560 --> 00:06:21,920 kerana gadis seperti Christine tak layak dilayan begitu. 94 00:06:22,600 --> 00:06:24,920 Saya mimpi awak tampar saya. 95 00:06:25,680 --> 00:06:27,040 Awak patut ditampar. 96 00:06:27,120 --> 00:06:29,360 - Mungkin tampar betul-betul. - Awak juga. 97 00:06:29,440 --> 00:06:31,120 Belum terlambat. 98 00:06:31,200 --> 00:06:32,120 Sudahlah. 99 00:06:33,840 --> 00:06:36,040 Walaupun saya dan Louis dah bersatu semula, 100 00:06:36,120 --> 00:06:39,800 kepercayaan perlu dibina secara perlahan-lahan. 101 00:06:39,880 --> 00:06:42,320 Saya harap Louis dapat buktikan 102 00:06:42,400 --> 00:06:45,200 bahawa semua yang telah kami bina bukan sia-sia. 103 00:06:45,680 --> 00:06:48,920 Saya tahu semalam merupakan hari yang sukar untuk para lelaki. 104 00:06:49,000 --> 00:06:52,240 - Menerokai sesuatu tentang diri kita. - Ya. 105 00:06:52,320 --> 00:06:54,560 Sejak bengkel itu, 106 00:06:54,640 --> 00:06:57,880 saya kerap berfikir kerana ia banyak berkait dengan saya. 107 00:06:59,680 --> 00:07:03,040 Saya perlu buat pertimbangan dahulu. 108 00:07:04,320 --> 00:07:07,160 Alex nampak lain. 109 00:07:07,240 --> 00:07:09,880 Dia lebih kerap mengelamun. 110 00:07:10,480 --> 00:07:14,160 Saya benar-benar ingin tahu 111 00:07:14,240 --> 00:07:16,480 perkara yang Alex sedang fikirkan. 112 00:07:17,240 --> 00:07:19,040 Mesej diterima, Elys. 113 00:07:19,120 --> 00:07:20,720 Sementara menyelami jiwa lelaki, 114 00:07:20,800 --> 00:07:23,840 mari ketahui jika Louis pun dah berubah. 115 00:07:23,920 --> 00:07:26,280 Saya tahu kon si genius boleh bantu. 116 00:07:27,640 --> 00:07:29,000 Itu pun dia! 117 00:07:29,080 --> 00:07:31,560 - Selamat pagi, Lana! - Selamat pagi, semua. 118 00:07:31,640 --> 00:07:34,040 - Selamat pagi, Lana! - Pagi, Lana. 119 00:07:34,120 --> 00:07:35,880 Kita dah nak ke penghujung, 120 00:07:35,960 --> 00:07:38,400 jadi masa untuk tanya, apa akan berlaku 121 00:07:38,480 --> 00:07:41,040 setelah kamu kembali kepada hidup biasa? 122 00:07:42,400 --> 00:07:44,600 Adakah hubungan akan berkembang 123 00:07:45,240 --> 00:07:48,200 atau adakah kamu akan bermain cinta seperti dulu? 124 00:07:48,680 --> 00:07:51,760 Alex dan Elys, Louis dan Christine, 125 00:07:51,840 --> 00:07:56,120 sebagai dua pasangan tetap, kamu akan berjanji temu hari ini. 126 00:07:58,320 --> 00:07:59,960 Baiklah! 127 00:08:01,160 --> 00:08:03,960 Walaupun hubungan kamu semakin mantap, 128 00:08:04,560 --> 00:08:06,000 sukar tinggalkan tabiat lama. 129 00:08:06,080 --> 00:08:09,240 Oleh itu, saya sarankan agar kamu guna masa bersama 130 00:08:09,320 --> 00:08:11,760 untuk betul-betul mengetahui 131 00:08:11,840 --> 00:08:15,040 jika kamu sefahaman. 132 00:08:18,080 --> 00:08:19,560 Ini pasti menarik 133 00:08:19,640 --> 00:08:22,480 kerana saya rasa ini buat saya lebih tertekan 134 00:08:22,560 --> 00:08:24,680 untuk memikirkan langkah seterusnya 135 00:08:24,760 --> 00:08:27,480 dan saya agak gementar untuk membincangkannya. 136 00:08:42,080 --> 00:08:44,520 Saya nak pergi janji temu. Saya cemburu. 137 00:08:44,600 --> 00:08:45,480 Saya pun sama. 138 00:08:50,560 --> 00:08:51,960 Saya tak tidur nyenyak. 139 00:08:53,360 --> 00:08:56,360 Saya memikirkan situasi Christine. 140 00:08:56,440 --> 00:08:59,160 - Ya. - Setelah buat begitu dengan Linzy, 141 00:08:59,240 --> 00:09:01,680 selalunya, saya akan menjauhkan diri. 142 00:09:01,760 --> 00:09:03,680 - Faham tak? - Ya. 143 00:09:03,760 --> 00:09:06,000 Saya tak nak Louis lama muncul semula, 144 00:09:06,080 --> 00:09:10,520 tapi agak menakutkan untuk fikir sama ada saya sudah sedar atau tak. 145 00:09:10,600 --> 00:09:14,200 Sama ada Louis lama atau baharu akan menangani situasi itu. 146 00:09:15,560 --> 00:09:16,400 Ya. 147 00:09:22,640 --> 00:09:25,040 Awak teruja untuk janji temu awak? 148 00:09:25,120 --> 00:09:26,720 Saya percaya peluang kedua, 149 00:09:26,800 --> 00:09:30,280 tapi saya tak nak ini hanya menjadi cinta sementara saja. 150 00:09:30,360 --> 00:09:31,200 Ya. 151 00:09:31,280 --> 00:09:34,400 Dia perlu dapatkan semula penghormatan daripada saya. 152 00:09:34,480 --> 00:09:35,520 Ya. 153 00:09:41,840 --> 00:09:43,960 Alex, bagaimana dengan Elys? 154 00:09:44,560 --> 00:09:46,480 Sejujurnya, saya agak 155 00:09:46,560 --> 00:09:48,800 berbelah bagi tentang langkah seterusnya. 156 00:09:51,880 --> 00:09:54,800 Saya faham awak takut, tapi saya rasa… 157 00:09:54,880 --> 00:09:58,080 Jangan takut mempunyai perasaan terhadap seseorang. 158 00:09:58,160 --> 00:09:59,040 Ya. 159 00:10:00,760 --> 00:10:03,680 Sebelum datang ke sini, saya biasa membujang 160 00:10:03,760 --> 00:10:08,760 dan saya rasa perlukan keberanian untuk pergi ke tahap seterusnya. 161 00:10:08,840 --> 00:10:11,480 Saya tak tahu perkara yang saya nak sekarang. 162 00:10:19,400 --> 00:10:20,960 - Awak teruja? - Tidak. 163 00:10:21,040 --> 00:10:21,920 Kenapa? 164 00:10:23,360 --> 00:10:25,120 - Awak gementar? - Ya. 165 00:10:26,600 --> 00:10:29,680 - Saya tertekan. - Awak dah buat yang terbaik. 166 00:10:32,160 --> 00:10:33,760 Saya harap janji temu ini 167 00:10:34,680 --> 00:10:37,480 akan bantu saya faham pemikiran Alex. 168 00:10:37,560 --> 00:10:39,320 Memang mendebarkan 169 00:10:39,400 --> 00:10:43,160 kerana saya tahu perasaan saya dan saya tak tahu perasaan Alex. 170 00:10:43,240 --> 00:10:46,480 Adakah kami sefahaman? Adakah perasaannya sama? 171 00:10:54,240 --> 00:10:56,520 Saya tiada rancangan. 172 00:10:56,600 --> 00:10:59,720 Saya cuma perlu positif dan harap yang terbaik. 173 00:11:09,000 --> 00:11:10,280 Helo. 174 00:11:10,920 --> 00:11:13,080 - Helo. - Ayuh, mari pergi. 175 00:11:22,600 --> 00:11:26,080 Seronok dapat lihat wajah gembira pada permulaan janji temu, 176 00:11:26,160 --> 00:11:29,480 tapi tiada jaminan yang mereka akan terus senyum di penghujung. 177 00:11:30,520 --> 00:11:33,120 Prosecco ini perlu diminum, bukan? 178 00:11:33,200 --> 00:11:35,000 - Betul. - Mari buka. 179 00:11:35,080 --> 00:11:38,480 Sejak bengkel itu, ia membuatkan saya berfikir panjang. 180 00:11:38,560 --> 00:11:40,920 Saya berbelah bagi tentang Elys. 181 00:11:41,000 --> 00:11:44,280 Saya suka dia dan dapat bayangkan kami bersama. 182 00:11:44,360 --> 00:11:48,160 Namun, saya tak pasti jika sedia untuk berhenti jadi perantau. 183 00:11:50,400 --> 00:11:52,120 - Hebat. - Hebat, ya? 184 00:11:52,680 --> 00:11:57,640 Saya sangat gementar kerana saya tak tahu perasaan Alex, 185 00:11:57,720 --> 00:12:01,280 jadi kami perlu bersembang untuk tahu arah tujuan kami. 186 00:12:01,880 --> 00:12:02,800 - Minum. - Minum. 187 00:12:06,120 --> 00:12:07,560 Apa sedang berlaku? 188 00:12:07,640 --> 00:12:10,440 Saya tak pernah lihat awak begitu senyap. 189 00:12:12,760 --> 00:12:13,760 Susah nak jawab. 190 00:12:18,520 --> 00:12:21,400 Bengkel itu telah membuka mata saya. 191 00:12:21,480 --> 00:12:23,920 Ya. Saya mula berfikir, 192 00:12:24,000 --> 00:12:25,760 "Adakah dia berbelah bagi?" 193 00:12:29,080 --> 00:12:33,320 Saya amat keliru. Saya tak tahu perkara yang dia fikirkan. 194 00:12:36,040 --> 00:12:37,760 Saya masih nak melancong 195 00:12:37,840 --> 00:12:41,800 dan saya rasa sebuah hubungan memerlukan komitmen. 196 00:12:41,880 --> 00:12:44,120 Saya tak tahu jika saya dah sedia. 197 00:12:45,320 --> 00:12:48,240 Sejujurnya, saya telah banyak berfikir. 198 00:12:49,360 --> 00:12:51,880 Membuatkan saya fikir tentang kemahuan saya, 199 00:12:51,960 --> 00:12:54,000 tapi saya rasa agak sesat. 200 00:12:54,080 --> 00:12:56,360 Saya rasa perlu berada di tempat lain 201 00:12:56,440 --> 00:12:59,000 dan sentiasa melakukan sesuatu yang baharu. 202 00:13:01,080 --> 00:13:04,200 Saya dah semakin rapat dengan awak 203 00:13:04,280 --> 00:13:05,960 dan ia membuatkan saya terfikir 204 00:13:06,040 --> 00:13:08,760 bahawa saya perlu fikirkan kemahuan saya. 205 00:13:14,360 --> 00:13:16,360 Apa maksud dia? 206 00:13:18,040 --> 00:13:19,960 Saya cuma nak jawapan. 207 00:13:21,080 --> 00:13:22,920 Dia perlu jelaskan. 208 00:13:30,000 --> 00:13:32,080 Dia kata dia nak meneroka dunia, 209 00:13:32,160 --> 00:13:35,080 jadi saya akan periksa bahawa bot itu berlabuh. 210 00:13:45,360 --> 00:13:47,960 Saya dan Louis mungkin dah bersatu semula, 211 00:13:48,040 --> 00:13:51,040 tapi saya tak nak ini menjadi situasi 212 00:13:51,120 --> 00:13:54,800 yang saya lebih ambil berat dan lebih mementingkan lelaki itu. 213 00:13:55,560 --> 00:13:57,320 Harapnya pada janji temu ini, 214 00:13:57,400 --> 00:13:59,760 dia boleh buktikan yang dia dah berubah. 215 00:14:02,720 --> 00:14:03,640 Hebat, bukan? 216 00:14:04,400 --> 00:14:07,560 Saya dapat gadis seksi, makanan seksi, pandangan seksi. 217 00:14:08,120 --> 00:14:11,760 Ini mungkin janji temu terbaik yang pernah saya alami. 218 00:14:11,840 --> 00:14:14,440 Ini peluang untuk buktikan kepada Christine 219 00:14:14,520 --> 00:14:19,440 bahawa saya takkan menyakiti hati gadis seperti dahulu. 220 00:14:19,520 --> 00:14:21,600 Saya tak nak rosakkan hubungan kami, 221 00:14:21,680 --> 00:14:25,120 jadi saya rasa lebih baik saya beritahu Christine semuanya. 222 00:14:26,440 --> 00:14:30,120 Saya agak gementar kerana saya tak pernah buat begini. 223 00:14:30,200 --> 00:14:32,040 Saya tak pergi ke janji temu. 224 00:14:32,600 --> 00:14:35,080 Jika berdua-duaan, selalunya di katil. 225 00:14:37,000 --> 00:14:38,440 Saya jarang duduk 226 00:14:39,160 --> 00:14:42,520 dan berbual panjang dengan gadis. 227 00:14:42,600 --> 00:14:44,720 Saya tak biasa. 228 00:14:46,680 --> 00:14:49,240 Apa awak nak buat selepas keluar dari sini? 229 00:14:52,640 --> 00:14:54,880 Ini dia. Saya perlu jujur. 230 00:14:57,720 --> 00:15:01,840 Saya suka awak dan saya nak pergi lebih jauh dengan awak. 231 00:15:02,800 --> 00:15:05,960 Tapi saya baru 20 tahun, 232 00:15:06,040 --> 00:15:09,000 jadi saya akan buat silap. 233 00:15:10,560 --> 00:15:12,000 Ini tak kedengaran bagus. 234 00:15:13,640 --> 00:15:16,320 Saya akan buat hal dan rosakkan keadaan. 235 00:15:22,440 --> 00:15:25,000 Saya takut salah pilih ketika pilih awak. 236 00:15:25,080 --> 00:15:30,400 Sejujurnya, saya bukan lelaki yang sesuai. 237 00:15:31,320 --> 00:15:32,440 Biadab. 238 00:15:34,400 --> 00:15:38,400 Kata hati saya selalu betul. Dia masih belum berubah. 239 00:15:39,440 --> 00:15:40,760 Saya hanya ingin jujur. 240 00:15:40,840 --> 00:15:43,080 Saya tak nak berpura-pura. 241 00:15:43,160 --> 00:15:46,120 Saya buat silap dan risau untuk bersama dengan seseorang, 242 00:15:46,880 --> 00:15:49,360 tapi semua kata-kata saya macam salah. 243 00:15:49,440 --> 00:15:51,880 Christine takkan dapat mempercayai saya lagi. 244 00:15:52,440 --> 00:15:54,320 Apa yang sedang berlaku? 245 00:15:54,400 --> 00:15:57,640 Janji temu akhir musim selalunya amat romantik! 246 00:15:57,720 --> 00:16:01,280 Tapi nampaknya kita akan lihat dua pasangan berpisah. 247 00:16:06,280 --> 00:16:08,800 Bagi saya, Louis dan Christine agak ragu-ragu. 248 00:16:08,880 --> 00:16:11,440 Keadaan pasti sukar. Mereka berbeza. 249 00:16:11,520 --> 00:16:14,160 Jika benar-benar mahu, awak boleh bertahan. 250 00:16:14,240 --> 00:16:16,880 - Tapi perlu benar-benar mahukannya. - Ya. 251 00:16:18,480 --> 00:16:22,520 Elys dan Alex, agaknya siapa yang lebih mahu mempunyai hubungan? 252 00:16:22,600 --> 00:16:24,560 Saya rasa mereka berdua mahu. 253 00:16:24,640 --> 00:16:28,720 Sejujurnya, saya seorang realis, jadi firasat saya mengatakan 254 00:16:28,800 --> 00:16:32,200 bahawa hubungan mereka takkan menjadi kerana Alex sedang keliru. 255 00:16:32,280 --> 00:16:35,080 Kasihan, kerana saya tahu perasan menjadi perantau… 256 00:16:35,160 --> 00:16:38,200 - Ya. - …dan perlu membuat pertimbangan. 257 00:16:38,280 --> 00:16:40,920 Jadi, dia perlu memilih. 258 00:16:41,000 --> 00:16:45,240 Ya. Dia mungkin dapat mengubahnya. 259 00:16:45,320 --> 00:16:46,240 Ya. 260 00:16:46,320 --> 00:16:48,320 Saya harap awak betul, Courtney. 261 00:16:48,400 --> 00:16:51,760 Jika tak, Elys mungkin akan menolak Alex jatuh dari kapal. 262 00:16:52,400 --> 00:16:55,040 Alex, saya risau untuk kita berdua sekarang. 263 00:16:55,120 --> 00:16:56,920 Awak benar-benar gembira? 264 00:17:01,760 --> 00:17:04,040 Saya perlu berani dan jujur kepadanya. 265 00:17:05,680 --> 00:17:08,120 Saya rasa bengkel lelaki itu bagus untuk saya. 266 00:17:08,200 --> 00:17:10,440 Membuatkan saya fikir kemahuan saya. 267 00:17:12,040 --> 00:17:14,800 Sebahagian besar daripada itu ialah mengembara, 268 00:17:14,880 --> 00:17:19,480 tapi saya tak boleh mengembara dan bersama dengan awak. 269 00:17:24,000 --> 00:17:26,520 Saya tak nak awak fikir ada yang tak kena. 270 00:17:26,599 --> 00:17:29,880 Saya cuma ingin memikirkannya. 271 00:17:29,960 --> 00:17:32,160 Saya tak sangka itu masalahnya. 272 00:17:32,240 --> 00:17:35,680 Sebelum datang ke sini, saya melakukan perkara yang sama. 273 00:17:35,760 --> 00:17:37,600 Itu perkara yang kecil. 274 00:17:39,040 --> 00:17:41,480 - Saya tinggal di Switzerland. - Ya. 275 00:17:41,560 --> 00:17:46,360 Tapi pada masa yang sama, saya tak rasa saya perlu menetap di suatu tempat. 276 00:17:47,160 --> 00:17:49,480 Saya sering mengembara. Saya suka. 277 00:17:49,560 --> 00:17:50,400 Ya. 278 00:17:50,480 --> 00:17:52,040 Kita boleh kembara bersama. 279 00:17:52,120 --> 00:17:54,000 Kita pasti boleh buat begitu. 280 00:17:58,200 --> 00:18:00,520 Saya tak menjangkakannya. 281 00:18:00,600 --> 00:18:03,800 Saya tak terfikir yang saya boleh mengembara dengan Elys. 282 00:18:03,880 --> 00:18:07,600 Itu bagus, tapi saya tak boleh beritahu dia yang saya takut komitmen. 283 00:18:08,880 --> 00:18:11,000 Saya lega awak rasa begitu. 284 00:18:11,080 --> 00:18:14,640 Perubahan menakutkan, tapi ia juga amat mengujakan. 285 00:18:14,720 --> 00:18:18,480 Saya rasa lebih baik, dan sejujurnya, saya suka awak. 286 00:18:18,560 --> 00:18:20,880 Saya seronok dengan awak. 287 00:18:20,960 --> 00:18:26,600 Banyak yang saya pelajari dan saya ingin sentiasa bersama awak. 288 00:18:26,680 --> 00:18:29,280 Saya rasa kami cuma keliru. 289 00:18:29,360 --> 00:18:32,240 Alex sedar bahawa kami mempunyai banyak persamaan. 290 00:18:32,320 --> 00:18:34,480 Saya rasa kami sependapat. 291 00:18:39,680 --> 00:18:42,400 Setelah menghampiri penghujung, 292 00:18:42,960 --> 00:18:46,840 dan memikirkan tentang dunia luar, 293 00:18:46,920 --> 00:18:48,560 serta perkara yang akan berlaku… 294 00:18:52,840 --> 00:18:54,320 Saya fikir… 295 00:18:56,600 --> 00:18:59,280 Tak tahu nak cakap. Tunggu dulu. 296 00:18:59,360 --> 00:19:02,600 Sejujurnya, saya begitu teruja. 297 00:19:02,680 --> 00:19:05,280 Saya akan cakap saja. Saya takkan terlalu berfikir. 298 00:19:09,840 --> 00:19:13,040 Dengan semua yang kita telah lalui, saya… 299 00:19:14,600 --> 00:19:16,160 rasa saya akan cakap saja… 300 00:19:16,920 --> 00:19:20,800 Tak sangka saya akan berada di sini dan menyebut perkara ini. 301 00:19:20,880 --> 00:19:22,360 …dan nak tanya awak, 302 00:19:23,680 --> 00:19:25,400 jika nak jadi teman lelaki saya? 303 00:19:26,000 --> 00:19:28,560 Ya Tuhan. 304 00:19:29,640 --> 00:19:31,200 Saya rasa malu. 305 00:19:31,280 --> 00:19:33,760 Adakah ini benar? 306 00:19:33,840 --> 00:19:35,600 Benarkah? 307 00:19:35,680 --> 00:19:36,800 - Ya. - Ya. 308 00:19:36,880 --> 00:19:39,120 Saya tak tahu nak cakap apa. 309 00:19:40,320 --> 00:19:42,360 Saya agak terkejut. 310 00:19:48,120 --> 00:19:49,600 Jadi, saya rasa ya. 311 00:19:51,960 --> 00:19:55,080 Nampak teragak-agak buat seketika. 312 00:19:55,160 --> 00:19:58,680 Tapi mereka jujur kepada satu sama lain, dan kini pasangan rasmi. 313 00:19:58,760 --> 00:20:03,040 Bolehkah saya dapat… Maksud saya, bolehkah mereka dapat lampu hijau? 314 00:20:05,320 --> 00:20:08,080 - Lampu hijau. - Bagus, Lana. 315 00:20:20,080 --> 00:20:22,800 Ya Tuhan, saya ada teman lelaki. 316 00:20:23,360 --> 00:20:25,800 Saya dan Alex dapat lampu hijau. 317 00:20:25,880 --> 00:20:27,440 Tak masuk akal. 318 00:20:28,640 --> 00:20:29,760 Saya telah buat 319 00:20:29,840 --> 00:20:31,640 perkara paling menakutkan 320 00:20:31,720 --> 00:20:34,320 iaitu minta seseorang menjadi teman lelaki saya. 321 00:20:34,400 --> 00:20:35,960 Tapi terasa bagus 322 00:20:36,040 --> 00:20:39,160 kerana kini saya kurang takut 323 00:20:39,240 --> 00:20:42,560 bahawa saya akan kembali ke Switzerland, awak ke UK. 324 00:20:42,640 --> 00:20:45,120 Saya rasa seperti ini bukan realiti. 325 00:20:48,120 --> 00:20:51,560 Saya sedang periksa tiket mengelilingi dunia. 326 00:20:51,640 --> 00:20:53,440 Kelas satu atau ekonomi, Alex? 327 00:20:54,000 --> 00:20:56,000 Ya Tuhan. 328 00:20:56,080 --> 00:20:57,480 Apa telah berlaku? 329 00:20:57,560 --> 00:20:59,560 Ini agak mendebarkan. 330 00:20:59,640 --> 00:21:04,400 Saya tak sangka saya akan mempunyai teman wanita. Ini menakutkan. 331 00:21:04,480 --> 00:21:07,000 Rasanya saya takkan percaya dulu. 332 00:21:10,920 --> 00:21:13,280 Melainkan Louis jumpa perkataan yang lebih baik, 333 00:21:13,360 --> 00:21:15,960 saya takkan menghabiskan wang membeli topi kahwin 334 00:21:16,040 --> 00:21:17,600 untuk dia dan Christine. 335 00:21:29,880 --> 00:21:33,600 Saya dah buat silap besar. Apa yang saya telah buat? 336 00:21:33,680 --> 00:21:36,920 Christine ialah gadis yang baik, tapi saya merosakkan segalanya. 337 00:21:37,000 --> 00:21:39,000 Saya tak nak dengar kata Louis lama 338 00:21:39,080 --> 00:21:41,520 dan saya perlu beritahu dia perasaan saya. 339 00:21:41,600 --> 00:21:43,480 Ini menakutkan. 340 00:21:45,200 --> 00:21:49,800 Saya nak pastikan bahawa diri kita yang lama takkan rosakkan masa depan. 341 00:21:49,880 --> 00:21:53,640 Saya tak pernah luahkan perasaan sejak sekian lama. 342 00:21:54,440 --> 00:21:57,960 Kemudian datang ke sini, itu takkan berubah sekelip mata. 343 00:21:58,040 --> 00:22:00,960 Apabila saya melukakan awak, ia menunjukkan 344 00:22:01,040 --> 00:22:02,800 yang setiap tindakan saya 345 00:22:02,880 --> 00:22:04,520 ada akibatnya. 346 00:22:05,320 --> 00:22:07,160 Jadi, saya perlu ingat hal itu. 347 00:22:07,760 --> 00:22:11,520 Dia langsung tak mengubah ekspresi wajah. 348 00:22:11,600 --> 00:22:13,360 Saya perlu berusaha lebih. 349 00:22:13,440 --> 00:22:16,200 Saya nak beritahu dia betapa saya suka dia. 350 00:22:16,880 --> 00:22:19,560 - Awak cantik ketika dipancar matahari. - Terima kasih. 351 00:22:19,640 --> 00:22:22,440 Awak lebih cantik daripada gadis lain di vila itu. 352 00:22:22,520 --> 00:22:24,280 Awak patut kata "di dunia". 353 00:22:24,360 --> 00:22:25,680 Di dunia? Ya. 354 00:22:25,760 --> 00:22:28,680 Awak gadis paling cantik di dunia. 355 00:22:28,760 --> 00:22:32,080 Walaupun saya suka Louis, pada asalnya, dia suka berfoya-foya. 356 00:22:32,160 --> 00:22:35,560 Saya takut kalau dunia luar 357 00:22:36,360 --> 00:22:39,960 akan mengalih perhatiannya untuk setia kepada saya. 358 00:22:40,040 --> 00:22:44,040 Saya nak menjadi seseorang yang mempunyai seorang gadis sahaja. 359 00:22:44,120 --> 00:22:45,480 Saya boleh buat. 360 00:22:46,800 --> 00:22:49,280 Saya ada perasaan untuk awak. 361 00:22:57,120 --> 00:22:58,840 Cakap lagi. Saya suka dipuji. 362 00:22:58,920 --> 00:23:00,160 Saya tahu awak suka. 363 00:23:02,800 --> 00:23:04,080 - Awak gementar? - Ya. 364 00:23:07,320 --> 00:23:08,320 Sebelum rosakkannya. 365 00:23:13,760 --> 00:23:16,640 Banyak yang kita lalui untuk membentuk cinta, 366 00:23:16,720 --> 00:23:20,280 dan saya nak cuba untuk menjayakan hubungan ini di luar, 367 00:23:20,360 --> 00:23:23,600 walaupun awak tinggal di seberang lautan. 368 00:23:24,960 --> 00:23:26,120 Saya akan ke Amerika. 369 00:23:29,200 --> 00:23:30,920 Kita berjaya tempuhinya 370 00:23:31,000 --> 00:23:33,960 - tanpa buat seks. - Ya Tuhan, ya. 371 00:23:34,040 --> 00:23:36,480 Berada di rumah ini menunjukkan yang saya boleh. 372 00:23:36,560 --> 00:23:40,080 Perkara terbaik kita boleh buat ialah cuba, jika awak nak. 373 00:23:41,240 --> 00:23:45,840 Saya ingin lihat hubungan kita di luar rumah ini. 374 00:23:51,160 --> 00:23:52,080 Saya nak cuba. 375 00:23:53,680 --> 00:23:54,760 Kita berdua komited. 376 00:23:54,840 --> 00:23:57,840 Louis sebut perkataan itu. 377 00:23:57,920 --> 00:24:00,680 Dia berjaya mendapat kemenangan tipis. 378 00:24:06,960 --> 00:24:10,240 Saya gembira kerana untuk kali pertama, 379 00:24:10,320 --> 00:24:12,360 saya tak bertepuk sebelah tangan. 380 00:24:16,880 --> 00:24:19,720 Kami dapat lampu hijau! Berjaya! 381 00:24:28,600 --> 00:24:31,080 Ya Tuhan. Akhirnya kami dapat lampu hijau. 382 00:24:33,480 --> 00:24:35,880 Ini terasa lebih baik daripada jangkaan. 383 00:24:38,000 --> 00:24:41,000 Ciuman tanpa rasa bersalah! 384 00:24:44,600 --> 00:24:47,080 Ini sungguh hebat! 385 00:24:47,160 --> 00:24:50,160 Lampu hijau dan makluman menjadi pasangan kekasih! 386 00:24:50,240 --> 00:24:52,040 Betul, Louis? 387 00:24:52,120 --> 00:24:53,160 Bukan sekarang. 388 00:24:53,720 --> 00:24:54,920 Apa? 389 00:24:55,000 --> 00:24:58,040 Kami bukan pasangan kekasih sekarang. 390 00:24:58,120 --> 00:25:01,520 Ia mungkin ke arah itu, tapi saya bukan penilik nasib. 391 00:25:01,600 --> 00:25:03,760 Saya tak suka meramal masa depan 392 00:25:03,840 --> 00:25:06,360 kerana masa depan boleh berubah. 393 00:25:06,440 --> 00:25:10,800 Ya Tuhan. Nampaknya Louis lama masih ada lagi. 394 00:25:24,480 --> 00:25:26,640 Kamu rasa apa yang mereka buat? 395 00:25:26,720 --> 00:25:29,720 Harap mereka berseronok. 396 00:25:29,800 --> 00:25:31,520 Mereka seperti pergi 397 00:25:31,600 --> 00:25:33,400 - ke tempat yang romantik. - Ya. 398 00:25:33,480 --> 00:25:35,480 Saya nak tahu jika mereka jadi 399 00:25:35,560 --> 00:25:37,880 - pasangan rasmi selepas keluar nanti. - Ya. 400 00:25:37,960 --> 00:25:39,200 Betul. 401 00:25:39,280 --> 00:25:40,640 Sebab ini keputusan penting. 402 00:25:42,240 --> 00:25:44,520 Bagaimana rasanya janji temu mereka? 403 00:25:44,600 --> 00:25:46,800 - Tekaan saya, amat bagus. - Ya. 404 00:25:46,880 --> 00:25:49,640 Harap mereka tak memainkan hati orang lain. 405 00:25:49,720 --> 00:25:52,680 Jika mereka tak masuk sambil tersenyum lebar, ada masalah. 406 00:25:52,760 --> 00:25:53,840 - Ya. - Ya. 407 00:25:58,040 --> 00:26:00,000 - Hei! - Mereka dah balik! 408 00:26:00,080 --> 00:26:01,240 Hei! 409 00:26:01,320 --> 00:26:03,760 Mereka senyum! 410 00:26:04,640 --> 00:26:06,760 Mereka dah balik! 411 00:26:06,840 --> 00:26:09,200 Mereka berpegangan tangan! 412 00:26:15,480 --> 00:26:17,640 - Janji temu itu luar biasa. - Ya. 413 00:26:17,720 --> 00:26:23,320 Perbualan kami amat mendalam, pada kedua-dua belah pihak, 414 00:26:23,400 --> 00:26:25,840 dan kami teringat kembali pengalaman kami. 415 00:26:25,920 --> 00:26:29,120 Membuatkan kami sedar perkembangan kami setakat ini. 416 00:26:29,200 --> 00:26:30,600 Betul. Bangga dengan kamu. 417 00:26:34,600 --> 00:26:36,760 Kami naik bot. 418 00:26:38,600 --> 00:26:40,760 Kamu dapat lampu hijau? 419 00:26:41,800 --> 00:26:42,880 Ya. 420 00:26:46,600 --> 00:26:49,040 Saya minta Alex jadi teman lelaki saya. 421 00:26:49,120 --> 00:26:50,520 Awak kata apa? 422 00:26:51,320 --> 00:26:52,600 Saya kata ya. 423 00:26:55,120 --> 00:26:58,320 Banyak yang mereka lakukan. Amat gembira untuk mereka. 424 00:27:00,840 --> 00:27:03,240 Awak berseri-seri kegembiraan. 425 00:27:03,320 --> 00:27:06,560 Awak benar-benar berbeza dengan cara yang terbaik. 426 00:27:06,640 --> 00:27:09,920 Christine! Saya nampak awak memakai gaun hijau cantik. 427 00:27:10,000 --> 00:27:12,600 Adakah maksudnya awak dapat lampu hijau? 428 00:27:12,680 --> 00:27:14,040 Ya, betul. 429 00:27:17,200 --> 00:27:21,520 Saya benar-benar gembira sekarang dan saya tak nak perasaan ini hilang. 430 00:27:21,600 --> 00:27:24,480 Saya ada soalan, adakah kamu pasangan rasmi? 431 00:27:24,560 --> 00:27:26,280 - Pasangan kekasih? - Ya. 432 00:27:26,360 --> 00:27:27,200 Belum lagi. 433 00:27:29,840 --> 00:27:30,920 Tak nak terburu-buru. 434 00:27:32,440 --> 00:27:34,720 Louis mungkin telah berubah, 435 00:27:34,800 --> 00:27:37,720 tapi dia belum komited sepenuhnya kepada Christine. 436 00:27:37,800 --> 00:27:38,640 ATLANTA, AS 437 00:27:38,720 --> 00:27:40,280 Ini benar-benar menarik. 438 00:27:40,360 --> 00:27:42,760 - Kami ke arah itu. - Baiklah. 439 00:27:43,560 --> 00:27:47,600 Hidup di luar rumah ini, kita tak tahu apa akan jadi, 440 00:27:47,680 --> 00:27:50,760 jadi kami akan berusaha sehabis baik. 441 00:27:50,840 --> 00:27:54,000 - Jika menjadi, itu langkah seterusnya. - Baiklah. 442 00:27:54,080 --> 00:27:56,200 Saya ambil berat tentang Christine, 443 00:27:56,280 --> 00:27:59,200 tapi kami tak boleh jadi pasangan kekasih sekarang. 444 00:27:59,920 --> 00:28:03,000 Itu komitmen besar dan saya belum bersedia. 445 00:28:03,760 --> 00:28:07,480 Louis lama ibarat Terminator. Sukar nak bunuh. 446 00:28:08,480 --> 00:28:14,080 Mari berharap agar Alex dapat menghapuskan keraguannya. 447 00:28:14,160 --> 00:28:17,200 Saya tertanya-tanya jika Alex yang nak tanya saya, 448 00:28:17,280 --> 00:28:19,120 - tapi saya tanya dulu… - Ya. 449 00:28:19,200 --> 00:28:20,720 - …dan tukar sedikit. - Ya. 450 00:28:20,800 --> 00:28:22,640 - Kenapa selalu lelaki? - Saya suka. 451 00:28:22,720 --> 00:28:24,400 Saya masih tak percaya. 452 00:28:24,480 --> 00:28:26,760 Saya belum bersedia dari segi mental. 453 00:28:26,840 --> 00:28:29,440 Secara jujurnya, saya tak menjangkakannya. 454 00:28:29,520 --> 00:28:30,840 Janji temu kami seronok 455 00:28:30,920 --> 00:28:32,840 dan mudah untuk terbawa-bawa. 456 00:28:32,920 --> 00:28:35,480 Itu tak kedengaran bagus, Alex. 457 00:28:35,560 --> 00:28:39,960 Tapi saya semakin gementar. Daripada sifar kepada 100. 458 00:28:40,040 --> 00:28:42,880 Sejujurnya, ini terlalu pantas bagi saya. 459 00:28:42,960 --> 00:28:47,000 Lana, awak betul. Sukar nak lupakan tabiat lama. 460 00:28:47,080 --> 00:28:50,360 Apa kita nak buat dengan lelaki yang tak boleh buat keputusan ini? 461 00:28:52,120 --> 00:28:53,960 Helo, Alex dan Elys. 462 00:28:54,040 --> 00:28:55,480 - Hai, Lana. - Hai, Lana. 463 00:28:57,120 --> 00:28:59,120 - Helo, Louis dan Christine. - Alamak. 464 00:28:59,200 --> 00:29:00,840 Tidak! 465 00:29:01,760 --> 00:29:05,000 - Louis. - Ya? Apa yang saya dah buat? 466 00:29:05,080 --> 00:29:07,240 - Alex. - Ya, Lana? 467 00:29:07,320 --> 00:29:09,720 Sila sertai saya di kabana segera. 468 00:29:09,800 --> 00:29:12,440 Ada sesuatu yang saya ingin sampaikan. 469 00:29:12,520 --> 00:29:13,440 Kenapa pula? 470 00:29:16,320 --> 00:29:18,160 Ada yang dia ingin sampaikan? 471 00:29:18,840 --> 00:29:21,040 - Baiklah, jumpa lagi. - Semoga berjaya. 472 00:29:21,760 --> 00:29:23,320 - Kekal positif. - Ya. 473 00:29:26,320 --> 00:29:29,560 Saya amat tertekan. Apa maksudnya? 474 00:29:29,640 --> 00:29:32,720 Apa agaknya yang Lana inginkan? 475 00:29:32,800 --> 00:29:35,680 Janji temu kami sangat bagus. 476 00:29:35,760 --> 00:29:40,040 Saya keliru dan benar-benar gementar. 477 00:29:47,840 --> 00:29:48,920 Saya sangat risau 478 00:29:49,000 --> 00:29:53,160 kerana saya tak tahu jika perkara yang ingin "disampaikan" itu baik. 479 00:29:53,880 --> 00:29:55,720 Apa Lana nak daripada dia? 480 00:30:06,920 --> 00:30:09,040 Saya amat gementar. 481 00:30:09,120 --> 00:30:13,200 Saya tak tahu perkara yang Lana inginkan sekarang. 482 00:30:13,880 --> 00:30:15,400 Ini tak bagus. 483 00:30:16,080 --> 00:30:16,920 Kawan. 484 00:30:17,480 --> 00:30:18,640 Apa yang berlaku? 485 00:30:19,480 --> 00:30:21,840 Ini benar-benar gila. Kenapa awak di sini? 486 00:30:21,920 --> 00:30:22,800 Awak di sini? 487 00:30:22,880 --> 00:30:25,840 - Kenapa? Lana… - Lana suruh saya datang ke sini. 488 00:30:25,920 --> 00:30:29,040 Lana tak pernah berikan berita baik. 489 00:30:29,120 --> 00:30:32,600 Satu-satunya emosi yang saya rasa ialah tekanan. 490 00:30:32,680 --> 00:30:35,000 Saya tak tahu perkara yang akan diberitahu Lana. 491 00:30:35,080 --> 00:30:38,960 Saya sebenarnya benar-benar takut. 492 00:30:42,320 --> 00:30:47,320 Saya janji, antara kawan, kami tak buat apa-apa. 493 00:30:47,400 --> 00:30:49,960 - Tak langgar peraturan. - Saya percaya. 494 00:30:50,040 --> 00:30:51,520 Pasti sesuatu yang bagus. 495 00:30:55,120 --> 00:30:58,120 Alex di sana. Saya anggap ia sebab yang sama… 496 00:30:58,200 --> 00:30:59,440 Mereka baru kembali. 497 00:30:59,520 --> 00:31:02,760 Saya tak tahu sebab Lana panggil Louis ke sana. 498 00:31:02,840 --> 00:31:05,200 - Terutamanya dengan Alex. - Betul. 499 00:31:05,280 --> 00:31:07,760 Saya rasa itu bukan masalah. 500 00:31:08,320 --> 00:31:09,560 Saya amat keliru. 501 00:31:13,200 --> 00:31:15,440 Saya memerhatikan janji temu kamu. 502 00:31:16,080 --> 00:31:20,480 Alex, saya dapat rasa awak teragak-agak selepas setuju jadi teman lelaki Elys, 503 00:31:20,560 --> 00:31:22,760 dan keraguan awak. 504 00:31:23,600 --> 00:31:25,400 Hubungan kami terlalu pantas. 505 00:31:25,480 --> 00:31:27,960 Kami suka sama suka. 506 00:31:28,040 --> 00:31:29,240 Tapi saya suka kembara 507 00:31:29,320 --> 00:31:32,280 dan itu menjadikan hubungan saya sebelum ini sukar. 508 00:31:32,360 --> 00:31:34,760 Hubungan lalu tak berakhir dengan baik. 509 00:31:34,840 --> 00:31:36,720 Saya takut akan komitmen 510 00:31:36,800 --> 00:31:38,760 dan perkara sama mungkin berlaku lagi. 511 00:31:42,520 --> 00:31:46,280 Louis. Walaupun awak dah menunjukkan kemajuan di rumah saya, 512 00:31:46,360 --> 00:31:48,960 nampaknya awak masih belum pasti 513 00:31:49,040 --> 00:31:52,240 tentang masa depan awak dan Christine. 514 00:31:54,640 --> 00:31:56,320 Saya memandang rendah kepada Lana. 515 00:31:56,400 --> 00:31:58,800 Dia mendengar, melihat dan mengetahui semuanya. 516 00:31:58,880 --> 00:32:00,240 Apa yang dia kata? 517 00:32:00,320 --> 00:32:03,160 Kami berbincang tentang masa silam kami. 518 00:32:03,240 --> 00:32:06,440 - Ya. - Saya kata saya masih seperti dulu, 519 00:32:06,520 --> 00:32:08,840 tapi saya cuba berubah. 520 00:32:08,920 --> 00:32:11,120 Saya ingin terus berubah setiap hari. 521 00:32:11,200 --> 00:32:13,040 Bukannya tak boleh komited. 522 00:32:13,720 --> 00:32:15,920 Saya belum bersedia untuk komitmen. 523 00:32:16,880 --> 00:32:19,560 Ketidakpastian kamu tidak adil untuk mereka, 524 00:32:20,640 --> 00:32:24,800 dan sebab itulah kamu perlu buat keputusan malam ini, 525 00:32:25,880 --> 00:32:28,440 untuk benar-benar komited kepada Elys dan Christine 526 00:32:29,200 --> 00:32:31,600 atau kembali ke dunia sebenar 527 00:32:31,680 --> 00:32:34,200 dan sambung perkara lain. 528 00:32:35,800 --> 00:32:36,720 Ya Tuhan. 529 00:32:36,800 --> 00:32:38,000 Apa maksudnya? 530 00:32:38,080 --> 00:32:42,360 Saya menawarkan setiap seorang 25,000 dolar. 531 00:32:44,800 --> 00:32:50,440 Dengan syarat kamu tinggalkan rumah ini malam ini tanpa pasangan kamu. 532 00:32:54,360 --> 00:32:57,320 Ya Tuhan. 533 00:32:57,400 --> 00:33:00,200 Ini pilihan yang sukar. 534 00:33:00,280 --> 00:33:01,800 Ya, saya ragu-ragu 535 00:33:01,880 --> 00:33:05,240 dan 25,000 dolar amat menggoda. 536 00:33:09,840 --> 00:33:11,520 25,000 dolar. 537 00:33:11,600 --> 00:33:15,280 Ya Tuhan. Itu wang yang banyak. 538 00:33:15,360 --> 00:33:18,240 Apa yang tak menggoda tentang 25,000 dolar? 539 00:33:18,320 --> 00:33:20,960 Banyak yang saya boleh lakukan dengan 25,000 dolar. 540 00:33:22,360 --> 00:33:24,120 Saya hanya perlu pulang. 541 00:33:25,120 --> 00:33:28,480 Jika kamu ingin kekal di rumah ini dengan pasangan kamu, 542 00:33:28,560 --> 00:33:30,520 kamu akan kehilangan peluang 543 00:33:30,600 --> 00:33:32,560 untuk memenangi hadiah tersebut. 544 00:33:35,280 --> 00:33:38,320 Kon ini boleh mengeluarkan pelbagai helah dengan mudah. 545 00:33:39,200 --> 00:33:42,760 Itu mengarut. Saya langsung tak menjangkakannya. 546 00:33:42,840 --> 00:33:44,400 Jangan pandang rendah dia. 547 00:33:45,560 --> 00:33:46,920 Saya tak tahu nak buat apa. 548 00:33:47,480 --> 00:33:49,800 Pergi dari sini cara untuk menang wang, 549 00:33:49,880 --> 00:33:51,880 tapi saya ambil berat tentang Elys. 550 00:33:51,960 --> 00:33:54,680 Ini keputusan yang sukar. 551 00:33:58,440 --> 00:33:59,640 Adakah cinta… 552 00:33:59,720 --> 00:34:01,320 CINTA 0 DOLAR 553 00:34:01,400 --> 00:34:02,840 …atau wang? 554 00:34:02,920 --> 00:34:04,760 WANG 25,000 DOLAR 555 00:34:05,960 --> 00:34:08,800 - Biar betul. - Ya. 556 00:34:08,880 --> 00:34:13,000 25,000 dolar amat menggoda. Ini sukar. 557 00:34:14,920 --> 00:34:17,600 Kamu ada lima minit untuk buat keputusan. 558 00:34:18,400 --> 00:34:21,400 CINTA ATAU WANG? 559 00:34:22,400 --> 00:34:24,159 Alamak. 560 00:34:25,239 --> 00:34:28,040 Saya suka Christine, tapi saya suka wang. 561 00:34:28,639 --> 00:34:33,040 Saya boleh ubah pelbagai perkara dengan 25,000 dolar. 562 00:34:33,120 --> 00:34:34,639 Ya, saya agak bergelut. 563 00:34:37,000 --> 00:34:40,159 Saya buntu. 564 00:34:40,920 --> 00:34:44,159 Benar-benar buntu. 565 00:34:44,239 --> 00:34:45,600 Sangat keliru, 566 00:34:45,679 --> 00:34:47,520 dan gementar. 567 00:34:50,440 --> 00:34:53,000 Mungkin dia akan kembali dengan hadiah. 568 00:34:53,080 --> 00:34:55,760 Mungkin dia akan bawa sejambak bunga. 569 00:34:55,840 --> 00:34:59,239 Mungkin dia akan kata, "Kamu boleh pergi ke suite." 570 00:34:59,320 --> 00:35:00,440 Ya. 571 00:35:01,639 --> 00:35:05,320 CINTA ATAU WANG 572 00:35:05,400 --> 00:35:07,320 Saya benar-benar keliru. 573 00:35:07,960 --> 00:35:09,880 Saya boleh mengembara dengan wang itu. 574 00:35:11,680 --> 00:35:14,720 - Kita perlu harunginya. - Entahlah. 575 00:35:16,920 --> 00:35:19,000 Christine, apa yang awak sedang fikirkan? 576 00:35:19,080 --> 00:35:20,040 Entahlah. 577 00:35:20,680 --> 00:35:22,160 Saya tak tahu. 578 00:35:23,160 --> 00:35:27,120 CINTA ATAU WANG? 579 00:35:28,160 --> 00:35:29,480 Alex dan Louis, 580 00:35:30,320 --> 00:35:31,560 masa kamu sudah tamat. 581 00:35:32,760 --> 00:35:36,160 - Saya benar-benar gementar. - Sila nyatakan keputusan kamu. 582 00:35:40,480 --> 00:35:42,320 Ini dia. 583 00:35:55,360 --> 00:35:56,720 - Keputusan… - Keputusan… 584 00:36:02,360 --> 00:36:04,520 Saya terima keputusan kamu. 585 00:36:07,280 --> 00:36:10,640 Sila sertai Louis dan Alex di kabana. 586 00:36:10,720 --> 00:36:12,160 - Tidak, kenapa? - Apa? 587 00:36:12,240 --> 00:36:14,240 - Ini dia. - Biar betul. 588 00:36:15,400 --> 00:36:17,240 Lana, ini pasti tak bagus. 589 00:36:18,840 --> 00:36:19,760 Kawan. 590 00:36:19,840 --> 00:36:23,120 Saya harap saya telah buat keputusan yang betul malam ini. 591 00:36:27,080 --> 00:36:29,040 Saya amat gementar. 592 00:36:35,600 --> 00:36:38,440 Alex dan Louis nampak mencurigakan. 593 00:36:38,520 --> 00:36:40,720 Ya Tuhan. Apa sedang berlaku? 594 00:36:44,360 --> 00:36:46,720 Kenapa kamu nampak gementar? 595 00:36:50,120 --> 00:36:52,000 Ada yang kamu ingin katakan? 596 00:36:52,680 --> 00:36:56,280 Saya sedang panik. Rasa nak termuntah. 597 00:36:58,280 --> 00:37:00,520 Apa awak dah buat kepadanya, Lana? 598 00:37:49,320 --> 00:37:54,320 Terjemahan sari kata oleh Tacha