1 00:00:15,760 --> 00:00:17,640 Sementara menantikan Girls Jam, 2 00:00:17,720 --> 00:00:21,440 para atlet mempersembahkan cabaran yang bermacam-macam ragam. 3 00:00:21,520 --> 00:00:23,760 Giliran pertama ialah Natasha Rossi. 4 00:00:23,840 --> 00:00:26,600 Peserta dengan gerak terbaik akan menang. 5 00:00:26,680 --> 00:00:30,600 Gerak Leonor Campos tak kemas, tapi cukup baik. 6 00:00:30,680 --> 00:00:33,440 Kemudian giliran Luz "Jeli" Navarro. 7 00:00:33,520 --> 00:00:35,160 Dia kakak Steffi. 8 00:00:35,240 --> 00:00:38,040 Terjunannya memalukan. 9 00:00:39,120 --> 00:00:41,000 ULANG TAYANG SERTA-MERTA 10 00:00:42,240 --> 00:00:46,440 Berikutan kegagalan epik Jeli, Steffi menyahut cabaran 11 00:00:46,520 --> 00:00:48,000 untuk pertahankan kakaknya. 12 00:00:49,160 --> 00:00:51,560 Pelaksanaannya sempurna. 13 00:00:51,640 --> 00:00:56,440 Tapi selepas cabaran itu, dia mengesahkan dia takkan menyertai Girls Jam. 14 00:00:56,520 --> 00:01:00,920 Natasha Rossi mengaturkan pertandingan ini untuk mengunci mulut orang 15 00:01:01,000 --> 00:01:03,400 yang mengatakan Steffi perlu memenangi Summer Crush. 16 00:01:03,480 --> 00:01:07,000 Kini dia perlu menerima kegagalan epiknya. 17 00:01:24,560 --> 00:01:25,560 Bagus, Luz! 18 00:01:26,680 --> 00:01:29,160 Kamu patut sertai pertandingan ini. 19 00:01:29,240 --> 00:01:33,640 Betul? Semalam saya gagal dan semua orang nampak. 20 00:01:33,720 --> 00:01:36,440 Itulah perbezaan atlet pro dan amatur. 21 00:01:37,040 --> 00:01:40,760 Bukan teknik atau strategi saja yang penting dalam latihan. 22 00:01:40,840 --> 00:01:44,520 Rasa gementar pun dilatih. Tumpuan, fokus… 23 00:01:44,600 --> 00:01:46,160 Ayah macam Julián. 24 00:01:47,280 --> 00:01:50,840 Kami tak boleh mendekati Steffi semasa pertandingan. Dia hilang fokus. 25 00:01:51,960 --> 00:01:54,200 Kalaulah saya boleh capai tahap dia. 26 00:01:54,280 --> 00:01:56,040 Tumpukan saja perhatian. 27 00:01:59,520 --> 00:02:03,800 Susah nak berhubung dengan dia selepas macam-macam berlaku. 28 00:02:04,600 --> 00:02:08,600 Hubungan kami pun tak berapa baik sekarang. 29 00:02:08,680 --> 00:02:09,560 Kenapa? 30 00:02:10,880 --> 00:02:12,600 Kamu boleh mengharapkan ayah. 31 00:02:15,760 --> 00:02:19,680 Kami bergaduh buat kali pertama, tapi mungkin kami akan berbaik. 32 00:02:19,760 --> 00:02:21,200 Jangan risaukan Steffi. 33 00:02:21,920 --> 00:02:24,560 Lagipun, kakak dan adik biasa bergaduh. 34 00:02:24,640 --> 00:02:26,440 Agaknya. 35 00:02:26,520 --> 00:02:30,440 Dulu Ian dan Steffi selalu bergaduh. Kini mereka saling menyayangi. 36 00:02:33,680 --> 00:02:39,800 Saya belum biasa anggap ayah sebagai ayah saya. Tapi nanti ia akan berubah. 37 00:02:45,200 --> 00:02:48,000 Kalaulah kita boleh menebus masa lalu. 38 00:02:50,000 --> 00:02:54,200 Ayah benar-benar rasa saya boleh jadi atlet pro? 39 00:02:55,440 --> 00:02:59,320 Ayah tak rasa begitu, tapi ayah pasti. Kamu amat berbakat. 40 00:03:10,160 --> 00:03:13,240 Dalam pertandingan ini, Natasha Rossi mahu mengunci mulut orang 41 00:03:13,320 --> 00:03:16,320 yang mengatakan Steffi perlu memenangi Summer Crush. 42 00:03:16,400 --> 00:03:19,680 Kini dia perlu menerima kegagalan epiknya sendiri. 43 00:03:26,880 --> 00:03:29,960 - Dah lihat media sosial? - Steffi takkan bertanding? 44 00:03:30,040 --> 00:03:33,400 - Entah apa dia fikir. - Dia perlu bertanding. 45 00:03:35,000 --> 00:03:36,560 Awak boleh bantu saya. 46 00:03:37,720 --> 00:03:41,880 Awak dah kalahkan dia. Awak lebih baik. Fokus dan lupakan dia. 47 00:03:42,520 --> 00:03:45,280 Rasanya kita berdua patut lupakan Steffi. 48 00:03:46,240 --> 00:03:49,320 Saya tak jemput awak kerana awak jurulatih terbaik. 49 00:03:50,520 --> 00:03:52,360 Ada masalah yang belum selesai. 50 00:03:54,640 --> 00:03:55,760 SECRETS OF SUMMER 51 00:03:58,280 --> 00:04:02,560 Selamat datang, Ruth. Ini kad pengenalan pertandingan awak. 52 00:04:03,320 --> 00:04:05,360 Ada sarapan alu-aluan di bar. 53 00:04:05,440 --> 00:04:07,960 Minta Charly buat daftar masuk. 54 00:04:08,040 --> 00:04:09,520 - Baiklah. - Nah. 55 00:04:10,120 --> 00:04:13,440 - Terima kasih, Julián. Jumpa lagi. - Terima kasih. Jumpa lagi. 56 00:04:20,680 --> 00:04:21,520 Terima kasih. 57 00:04:24,480 --> 00:04:28,520 - Selamat pagi. Kamu tidur lena? - Ya. Sangat nyenyak. 58 00:04:29,640 --> 00:04:31,440 Kamu tak masuk Girls Jam. 59 00:04:32,720 --> 00:04:34,560 Saya nak fokus pada benda lain. 60 00:04:35,960 --> 00:04:37,240 Ibu baharu saya, 61 00:04:38,240 --> 00:04:43,120 kakak baharu saya, nenek baharu saya. Semuanya amat mengelirukan. 62 00:04:43,840 --> 00:04:44,680 Mengelirukan? 63 00:04:45,200 --> 00:04:48,880 Ayah faham kerana ia baharu, aneh, tapi kenapa ia mengelirukan? 64 00:04:50,320 --> 00:04:51,360 Selamat pagi! 65 00:04:52,600 --> 00:04:53,920 Selamat pagi, Augusto. 66 00:04:57,480 --> 00:05:00,000 Ada banyak pembohongan, jadi susah nak percaya 67 00:05:00,080 --> 00:05:02,240 bahawa kata-kata ayah benar. 68 00:05:02,320 --> 00:05:07,080 Kamu perlu percayai keluarga kamu. Ayah sangka kita dah atasi masalah itu. 69 00:05:13,160 --> 00:05:16,400 Apa khabar? Kalaulah saya di sana… Saya tonton persembahan Kembar. 70 00:05:16,480 --> 00:05:19,000 Jika kau pandangku, pandangku 71 00:05:19,080 --> 00:05:20,960 Jangan pandangku begitu Dan kau lupa 72 00:05:21,040 --> 00:05:23,920 Kenapa telefon sekarang? Kamu ada kelas, bukan? 73 00:05:24,000 --> 00:05:26,120 Ya, ayah. Sekarang waktu rehat. 74 00:05:26,200 --> 00:05:29,440 Tak sangka Oliver Ross ada di sana. Dia sangat hebat. 75 00:05:29,520 --> 00:05:31,520 - Tolong saya hubungi dia. - Ian. 76 00:05:31,600 --> 00:05:33,920 Kamu tak tahu apa yang berlaku di sini. 77 00:05:34,000 --> 00:05:35,720 Waktu ini tak sesuai. 78 00:05:36,600 --> 00:05:38,040 - Jumpa lagi. - Okey. 79 00:05:38,840 --> 00:05:40,080 Jika kau pandangku… 80 00:05:45,960 --> 00:05:48,520 Saya asyik fikirkan kejadian semalam. 81 00:05:48,600 --> 00:05:50,040 Saya tak terkejut. 82 00:05:50,120 --> 00:05:52,400 Saya tak percayai Oliver langsung. 83 00:05:52,480 --> 00:05:56,960 Dia mengacukan pistol dan merampas lagu itu dengan operasi komando. 84 00:05:57,040 --> 00:06:00,600 Kita takkan berdiam diri saja. Setidaknya teater ini ada. 85 00:06:00,680 --> 00:06:03,240 Sky Vibes bukti kita boleh bina teater ini. 86 00:06:03,320 --> 00:06:07,280 Betul. Kita Sky Vibes. Ia tenaga dan tempat kita. 87 00:06:07,360 --> 00:06:09,840 Tak kira di mana jua, asalkan kita bersama. 88 00:06:09,920 --> 00:06:11,960 Tepat sekali. Kitalah Sky Vibes. 89 00:06:13,360 --> 00:06:15,480 Sky Vibes terbuka! 90 00:06:26,480 --> 00:06:29,800 Hei, berhenti menagih kuasa 91 00:06:30,560 --> 00:06:33,560 Berhenti berbohong demi harta Ia sekadar cita-cita 92 00:06:34,480 --> 00:06:38,000 Hei, kau tak bersemangat Berhenti, hei! 93 00:06:45,120 --> 00:06:47,080 Bertenaga lagi, awak semua. 94 00:06:47,720 --> 00:06:50,080 Lebih dekat, Buchi. Berhenti! 95 00:06:50,680 --> 00:06:53,240 Dekat lagi. Awak semua terlalu jauh. 96 00:06:57,000 --> 00:06:59,400 - Awak perlukan apa-apa, Wonder? - Tidak. 97 00:06:59,480 --> 00:07:00,320 Tidak? 98 00:07:01,280 --> 00:07:02,240 Mungkin… 99 00:07:03,240 --> 00:07:06,120 Mungkin awak boleh cuba campur 100 00:07:06,200 --> 00:07:09,040 tarian klasik dan kontemporari. 101 00:07:10,920 --> 00:07:12,960 Okey. Tunjukkan kepada saya. 102 00:07:13,800 --> 00:07:16,160 Sayang, rakam. Sayang, muzik. 103 00:08:03,320 --> 00:08:04,160 Wonder! 104 00:08:04,800 --> 00:08:06,160 Awak hebat. 105 00:08:06,880 --> 00:08:10,240 Nampaknya kita menjumpai pereka tari rasmi Cielo Grande. 106 00:08:10,320 --> 00:08:12,320 Mengagumkan, Wonder. Tahniah. 107 00:08:13,040 --> 00:08:15,960 - Apa itu? - Tak, itu… 108 00:08:16,040 --> 00:08:19,520 Kadang-kadang saya tulis lirik lagu, tapi… 109 00:08:19,600 --> 00:08:21,800 Gadis ini macam permata. 110 00:08:23,560 --> 00:08:25,600 Kuberangan sambil berjalan 111 00:08:26,280 --> 00:08:28,760 Perasaan aku melebihi kata-kata 112 00:08:28,840 --> 00:08:31,240 Aku melompat tanpa cinta 113 00:08:31,320 --> 00:08:33,720 Dengan hiba aku ketawa 114 00:08:33,800 --> 00:08:36,280 Aku menangis tanpa mencari 115 00:08:36,840 --> 00:08:39,760 Hari ini aku jumpa kau semula 116 00:08:42,640 --> 00:08:44,200 Suara itu, Wonder. 117 00:08:45,160 --> 00:08:48,800 Wonder, kita perlu berbincang. Matrix menipu agar kami datang. 118 00:08:48,880 --> 00:08:51,320 Semuanya dah berubah. Awak pun tak beritahu kami. 119 00:08:52,560 --> 00:08:54,720 Sky Vibes tak sama. Lihatlah. 120 00:08:55,480 --> 00:08:58,520 - Awak pecat kawan kami. - Saya tak tahu… 121 00:08:58,600 --> 00:09:01,000 Tunggu. Jangan salahkan Wonder. 122 00:09:01,800 --> 00:09:04,520 Saya melarang Matrix memberitahu kalian apa-apa. 123 00:09:04,600 --> 00:09:06,160 Ini satu kejutan. 124 00:09:06,240 --> 00:09:09,600 Cielo Grande ialah kawan kami. Kami datang demi mereka. 125 00:09:09,680 --> 00:09:11,880 Perbuatan awak mengubah tempat ini. 126 00:09:11,960 --> 00:09:16,400 Juan, saya faham awak terkejut. Tapi Cielo Grande lebih bersinar sekarang. 127 00:09:16,480 --> 00:09:20,840 Sebenarnya, saya nak jumpa awak dan kembar awak lagi. 128 00:09:21,840 --> 00:09:25,240 Ini bukan penjara. Kalian boleh pergi bila-bila masa. 129 00:09:25,320 --> 00:09:27,920 Jadi, kami pergi dulu. Tempat ini dah lain. 130 00:09:29,240 --> 00:09:32,000 Maafkan Juan, Natasha. Dia mengarut. 131 00:09:32,080 --> 00:09:34,280 Demi awak, saya sanggup tinggal di sini. 132 00:09:34,960 --> 00:09:37,520 Apa maksud awak? Ini bukan persetujuan kita. 133 00:09:44,240 --> 00:09:45,840 Steff, boleh kita bercakap? 134 00:09:47,400 --> 00:09:50,400 - Apa awak nak sekarang, Santi? - Saya nak berdamai. 135 00:09:51,320 --> 00:09:55,200 Awak jadi jurulatih Natasha. Ia seperti pengisytiharan perang. 136 00:09:55,280 --> 00:09:58,360 Dia jemput saya. Saya terima kerana awak ada di sini. 137 00:09:59,560 --> 00:10:02,400 Mungkin saya tersilap. Sekali lagi. 138 00:10:03,640 --> 00:10:05,200 Apa yang awak nak cakap? 139 00:10:06,360 --> 00:10:10,120 Baguslah awak tak bertanding. Persaingan itu mesti berakhir. 140 00:10:11,560 --> 00:10:16,320 Jika ini strategi untuk buat saya bertanding, strategi ini teruk. 141 00:10:17,240 --> 00:10:19,120 Steff, jangan buat spekulasi. 142 00:10:19,920 --> 00:10:21,400 Saya nak kita sependapat. 143 00:10:23,320 --> 00:10:24,440 Adakah awak serius? 144 00:10:29,600 --> 00:10:30,440 Sangat serius. 145 00:10:38,240 --> 00:10:39,280 Jangan mula. 146 00:10:42,560 --> 00:10:45,960 Oliver, awak nak jelaskan kenapa awak curi lagu kami? 147 00:10:46,040 --> 00:10:50,000 - Atau nak buat tak tahu? - Sayang, rakam dari sebelah sini. 148 00:10:50,720 --> 00:10:53,040 Ulang balik. Saya nak rakam semuanya. 149 00:10:54,000 --> 00:10:57,800 Awak tiada kreativiti. Sebab itu awak curi lagu kami. 150 00:10:58,320 --> 00:11:01,280 - Awak tulis lirik itu, Chano? - Charly, bukan Chano! 151 00:11:01,360 --> 00:11:04,040 Nati yang tulis, tapi ia usaha kami semua. 152 00:11:04,120 --> 00:11:06,600 Ia bukan pencurian, tapi penghormatan. 153 00:11:06,680 --> 00:11:10,000 - Masih mencuri. - Ambillah semula. 154 00:11:10,520 --> 00:11:12,520 Saya akan ganti lirik itu dengan Wonder. 155 00:11:13,120 --> 00:11:15,840 Saya panggil kalian untuk buang sampah Sky Vibes. 156 00:11:15,920 --> 00:11:17,840 Perbuatan awak takkan dimaafkan. 157 00:11:17,920 --> 00:11:21,680 Bawa semua sampah itu ke medan barang buruk kedua Waterloop. 158 00:11:21,760 --> 00:11:23,840 Perbincangan tamat. Hari ini… 159 00:11:39,440 --> 00:11:41,800 Tak sangka hasil kerja kita berakhir di sini. 160 00:11:42,280 --> 00:11:43,160 Saya juga. 161 00:11:44,000 --> 00:11:47,560 Mujurlah kita boleh gunakan semula semuanya di teater ini. 162 00:11:47,640 --> 00:11:49,600 Ya, satu mata untuk kitar semula. 163 00:11:53,840 --> 00:11:57,040 Juli, hubungan awak dan Steffi okey? 164 00:11:58,360 --> 00:11:59,240 Saya tak tahu. 165 00:11:59,840 --> 00:12:03,080 - Saya tak suka Santiago. - Dia cemburu. 166 00:12:03,680 --> 00:12:06,680 - Cakaplah dengan Steff. - Saya dah beritahu dia. 167 00:12:07,800 --> 00:12:12,480 - Awak belum bercakap dengan dia? - Dah, tapi… saya tak begitu jelas. 168 00:12:14,120 --> 00:12:15,440 Biasalah jika cemburu. 169 00:12:17,840 --> 00:12:21,440 Saya risau kerana dia menjauhkan diri daripada saya. 170 00:12:22,240 --> 00:12:25,080 Saya rasa dia ada sejarah dengan Santiago. 171 00:12:25,160 --> 00:12:27,720 Tak, kawan. Jangan putus asa sekarang. 172 00:12:28,240 --> 00:12:31,840 Jika diajak, pasti dia berbincang. Bertindak sekarang 173 00:12:31,920 --> 00:12:34,040 atau awak berdua kekal berkawan. 174 00:12:34,120 --> 00:12:36,160 Tapi saya tak mahu mendesak dia. 175 00:12:36,240 --> 00:12:39,320 - Tak perlu rasa bersalah pula. - Saya setuju dengan Luz. 176 00:12:39,840 --> 00:12:44,240 Jika awak rasa ia zon bahaya, mungkin awak perlukan fixarla. 177 00:12:44,320 --> 00:12:48,360 Cukuplah. Mereka tak boleh berpisah tanpa meleraikan kekeliruan. 178 00:12:51,120 --> 00:12:54,000 Lihat siapa di sini. Pengkhianat bermata biru. 179 00:12:54,080 --> 00:12:57,240 Sumpah, kami tak tahu. Oliver tak beritahu kami. 180 00:12:57,760 --> 00:12:59,600 Saya bergaduh dengan kembar saya. 181 00:13:00,200 --> 00:13:03,680 Jangan bergaduh kerana hal ini. Apa jadi dengan kembar awak? 182 00:13:04,240 --> 00:13:06,040 Kami tak tahu tentang Oliver 183 00:13:06,120 --> 00:13:10,280 dan masalah dia dengan kalian. Kami sangka persembahan itu di Sky Vibes. 184 00:13:10,360 --> 00:13:13,480 Natasha sudah memukau Fer. Kita kehilangan Fer. 185 00:13:14,080 --> 00:13:17,640 - Saya mesti pergi. - Tenang. Ada banyak ruang di Waterloop. 186 00:13:17,720 --> 00:13:21,080 Kami kitar semula teater kerana esok persembahan pertama kami. 187 00:13:21,600 --> 00:13:22,720 Nak ambil bahagian? 188 00:13:30,480 --> 00:13:33,040 Kerjaya awak pasti cerah. 189 00:13:33,120 --> 00:13:34,600 Jangan berhenti berlatih. 190 00:13:37,920 --> 00:13:40,240 Terima kasih banyak. 191 00:13:40,320 --> 00:13:42,000 Saya faham ini kerja awak, 192 00:13:42,680 --> 00:13:45,720 tapi saya dah fikir masak-masak dan membuat keputusan. 193 00:13:46,880 --> 00:13:48,040 Saya takkan bertanding. 194 00:13:53,560 --> 00:13:54,400 Baiklah. 195 00:13:57,240 --> 00:13:59,520 Tiba masa kita mengambil haluan sendiri. 196 00:14:15,960 --> 00:14:17,680 - Hai, nenek. - Hai, sayang. 197 00:14:17,760 --> 00:14:20,840 Maaf saya lambat. Bot itu ditangguhkan. 198 00:14:20,920 --> 00:14:24,480 Jangan risau. Tadi nenek bercakap dengan tanaman nenek. 199 00:14:24,560 --> 00:14:25,880 Hebat. 200 00:14:27,560 --> 00:14:29,800 - Nenek tengok cabaran itu. - Kemudian? 201 00:14:29,880 --> 00:14:33,160 - Apa mayones itu? - Mayones? 202 00:14:33,920 --> 00:14:36,080 - Maksud nenek, jeli. - Jeli! 203 00:14:36,160 --> 00:14:39,800 - Nenek nampak hal jeli itu. - Jeli Navarro. Kenapa Navarro? 204 00:14:43,560 --> 00:14:46,920 Nenek. Saya nak beritahu nenek sesuatu. 205 00:14:47,520 --> 00:14:51,280 Nenek dengar. Cakaplah, sayang. Kenapa? Kamu terlalu serius. 206 00:14:54,440 --> 00:14:55,800 Na… 207 00:14:56,720 --> 00:14:58,240 Navarro, kerana Steffi. 208 00:15:02,080 --> 00:15:06,560 Rupa-rupanya mak saya ialah mak Steffi juga. 209 00:15:08,480 --> 00:15:09,920 Ayahnya pula, Ron, 210 00:15:10,920 --> 00:15:12,800 ialah ayah saya juga. 211 00:15:15,600 --> 00:15:17,000 Kami kembar. 212 00:15:19,160 --> 00:15:20,160 Tak mungkin. 213 00:15:20,240 --> 00:15:24,600 Ron orang Mexico, melawat Cielo Grande, jumpa mak, mereka jatuh cinta… 214 00:15:24,680 --> 00:15:26,160 Nenek nak faham betul-betul. 215 00:15:26,240 --> 00:15:30,360 Maksud kamu, kamu ada ayah dari Mexico. Mustahil. 216 00:15:30,440 --> 00:15:33,960 Panjang ceritanya. Tapi saya pasti. 217 00:15:34,480 --> 00:15:39,240 Tak mungkin, sayang. Mustahil. Mak kamu bercinta dengan Ruli. 218 00:15:40,400 --> 00:15:43,240 Dia selalu dikelilingi oleh remaja lelaki. 219 00:15:43,320 --> 00:15:46,200 Maksud nenek? Kekasih dia lebih daripada seorang? 220 00:15:46,280 --> 00:15:51,120 Tak mungkin seorang gadis cium seorang lelaki saja seumur hidup? 221 00:15:51,200 --> 00:15:54,920 Tolonglah. Fikiran nenek lebih terbuka daripada cucunya. 222 00:15:55,000 --> 00:15:57,120 Baiklah, nenek. Betul cakap nenek. 223 00:15:57,200 --> 00:16:01,160 Jadi, nenek pasti mak bercinta dengan si Ruli? 224 00:16:01,240 --> 00:16:02,920 Nenek sangat pasti. 225 00:16:03,000 --> 00:16:07,000 Adakah kamu pasti kamu berdua kembar? 226 00:16:07,080 --> 00:16:08,880 Ya, nenek. 227 00:16:08,960 --> 00:16:11,960 Kisah ini gila, tapi… 228 00:16:12,040 --> 00:16:13,720 saya pasti kami kembar. 229 00:16:13,800 --> 00:16:15,920 Saya tahu wajah kami tak seiras, 230 00:16:16,440 --> 00:16:17,920 tapi kami ada 231 00:16:19,000 --> 00:16:22,880 hubungan yang kuat dan istimewa. Tanda lahir kami sama. 232 00:16:22,960 --> 00:16:24,160 Tapi mustahil. 233 00:16:24,840 --> 00:16:26,960 Ayah kamu berdua semestinya Ruli. 234 00:16:34,360 --> 00:16:36,320 Bagus, terima kasih. 235 00:16:43,960 --> 00:16:45,200 Awak pun risau? 236 00:16:47,360 --> 00:16:48,680 Nampak sangatkah? 237 00:16:49,920 --> 00:16:51,520 Saya tak tahu nak buat apa. 238 00:16:53,120 --> 00:16:54,840 Kita lalui perkara yang sama. 239 00:16:55,360 --> 00:16:58,800 Awak kehilangan bintang awak. Saya kehilangan kekasih saya. 240 00:16:59,560 --> 00:17:00,520 Maksud awak? 241 00:17:02,040 --> 00:17:02,920 Ya. 242 00:17:03,800 --> 00:17:06,000 Kebelakangan ini, hubungan kami aneh. 243 00:17:07,120 --> 00:17:09,920 Sejak Santiago tiba, kelakuannya berbeza. 244 00:17:12,760 --> 00:17:15,320 - Apa pendapat awak tentang dia? - Santiago? 245 00:17:17,040 --> 00:17:18,160 Dulu saya suka dia. 246 00:17:18,680 --> 00:17:20,240 Malah, kami kawan rapat. 247 00:17:20,760 --> 00:17:23,000 Kerana dia saya jadi jurulatih Steffi. 248 00:17:23,080 --> 00:17:26,760 Saya berterima kasih kepada dia, tapi kini semuanya berbeza. 249 00:17:28,520 --> 00:17:30,000 Kini semuanya pelik. 250 00:17:37,880 --> 00:17:39,440 Jadi? Macam mana prestasi saya? 251 00:17:40,760 --> 00:17:42,800 - Boleh tahan. - Bagus. 252 00:17:46,400 --> 00:17:49,480 Nenek kamu dah buat kajian. Nah. 253 00:17:49,560 --> 00:17:50,680 Nenek genius. 254 00:17:54,240 --> 00:17:56,440 Yang mana satu Ruli? 255 00:17:57,280 --> 00:17:58,120 Yang ini. 256 00:17:58,680 --> 00:18:00,720 Tak pasti. Nenek rasa ini dia. 257 00:18:00,800 --> 00:18:03,520 - Ya. - Dah lama. Kenangan manis. 258 00:18:04,080 --> 00:18:06,400 - Boleh saya simpan? - Boleh, sayang. 259 00:18:06,480 --> 00:18:07,760 - Ambil. - Terima kasih. 260 00:18:10,440 --> 00:18:13,080 Tahu tak? Apabila kamu jatuh, nenek fikir, 261 00:18:14,320 --> 00:18:15,880 "Dia terlalu gementar." 262 00:18:16,640 --> 00:18:19,240 Ya, saya gementar depan orang. 263 00:18:19,320 --> 00:18:20,240 Dengar sini. 264 00:18:20,840 --> 00:18:24,320 Tolong jangan putus asa. 265 00:18:24,880 --> 00:18:26,960 Kamu akan sertai pertandingan itu? 266 00:18:27,760 --> 00:18:29,200 Entah. Saya tak pasti. 267 00:18:29,280 --> 00:18:32,120 Apa maksud kamu? Kamu ada banyak kemahiran. 268 00:18:34,280 --> 00:18:35,120 Apa ini? 269 00:18:36,360 --> 00:18:40,200 Telefon lama mak kamu, sebelum itu ia telefon nenek. 270 00:18:40,280 --> 00:18:43,800 Ia ada papan kekunci, bukan? Dulu ia popular. 271 00:18:43,880 --> 00:18:45,400 - Boleh saya simpan? - Ya. 272 00:18:45,480 --> 00:18:48,240 Cuba hidupkan telefon ini dan hantar mesej kepada nenek. 273 00:18:50,320 --> 00:18:52,080 Nenek memang hebat. 274 00:18:52,160 --> 00:18:54,240 Saya nak tinggal di sini, tahu tak? 275 00:18:55,440 --> 00:18:57,920 Percayalah. Tapi saya perlu pergi. 276 00:18:58,000 --> 00:19:00,160 - Baiklah. - Selamat tinggal. 277 00:19:00,240 --> 00:19:02,240 - Sayang kamu. - Sayang nenek juga. 278 00:19:17,720 --> 00:19:20,000 Begini. Ini seperti sistem suria. 279 00:19:20,520 --> 00:19:22,040 Saya matahari. 280 00:19:22,560 --> 00:19:24,880 Cuma bintang mengelilingi saya. 281 00:19:25,400 --> 00:19:27,040 Awak pula, ragazza, 282 00:19:27,120 --> 00:19:28,080 ialah bintang. 283 00:19:31,840 --> 00:19:34,320 Tapi matahari pun ialah bintang. 284 00:19:34,400 --> 00:19:37,040 Objek di sekeliling matahari ialah planet. 285 00:19:37,120 --> 00:19:39,240 Jauh bintang jutaan tahun cahaya… 286 00:19:39,320 --> 00:19:41,920 Baiklah. Saya cuma pedulikan bintang. 287 00:19:42,640 --> 00:19:46,480 Yang penting, saya perlukan bakat awak, lirik awak. 288 00:19:46,560 --> 00:19:51,520 Saya ada banyak idea, tapi saya perlukan seseorang yang bijak macam awak, 289 00:19:52,080 --> 00:19:55,080 sensitif dan baik hati, yang boleh membentuk idea itu. 290 00:19:57,840 --> 00:20:01,840 Mulai sekarang, ini tugas awak. Awak akan gubah lagu untuk saya. 291 00:20:11,000 --> 00:20:13,720 Mari sini, Charly. Beritahu saya pendapat awak. 292 00:20:13,800 --> 00:20:17,000 - Adakah ini nampak okey? - Ia sempurna. 293 00:20:17,080 --> 00:20:18,560 - Ini… - Geng dah tiba! 294 00:20:20,360 --> 00:20:22,360 - Saya berjaya lari. - Bagus! 295 00:20:22,440 --> 00:20:25,440 Sah. Persembahan pertama kita esok. 296 00:20:25,520 --> 00:20:26,600 Bagus. 297 00:20:26,680 --> 00:20:28,280 Hai. Apa awak buat? 298 00:20:28,360 --> 00:20:29,960 Lihat apa kami cuba buat. 299 00:20:30,480 --> 00:20:32,560 Julián, beri Juan sebatang paip. 300 00:20:32,640 --> 00:20:35,960 Juan, Julián buat soalan, awak jawab. 301 00:20:36,040 --> 00:20:37,480 Tony, ikut saya. Okey? 302 00:20:37,560 --> 00:20:38,400 Baiklah. 303 00:20:39,080 --> 00:20:40,520 Itu saja. Mari mulakan. 304 00:20:41,080 --> 00:20:42,200 Sedia? 305 00:20:53,080 --> 00:20:55,000 Kau telah berjaya sampai 306 00:20:55,520 --> 00:20:58,400 Biarlah apa kata mereka Kau baik-baik saja 307 00:20:59,640 --> 00:21:00,840 Kau baik-baik saja 308 00:21:02,440 --> 00:21:04,920 Kau tahu ia bukan mudah 309 00:21:05,000 --> 00:21:08,240 Lihat, kau tak pernah putus asa 310 00:21:09,200 --> 00:21:10,680 Lihat 311 00:21:11,760 --> 00:21:13,680 Teruskan 312 00:21:14,640 --> 00:21:18,600 Tersadung bukan jatuh 313 00:21:21,120 --> 00:21:25,320 Kau akan gembira Walau apa pun terjadi 314 00:21:26,200 --> 00:21:30,040 Kita mesti gembira Teruskan 315 00:21:30,640 --> 00:21:32,880 Kita mesti gembira 316 00:21:32,960 --> 00:21:35,160 Kau akan gembira 317 00:21:35,240 --> 00:21:36,360 Sekarang 318 00:21:46,600 --> 00:21:47,480 - Bagus. - Bagus! 319 00:21:47,560 --> 00:21:52,160 Kalian kreatif. Saya suka. Saya rindu bermain muzik spontan dengan kalian. 320 00:21:52,880 --> 00:21:54,960 - Hebat. - Hai. 321 00:21:55,480 --> 00:21:56,760 - Hai. - Apa khabar? 322 00:21:56,840 --> 00:21:58,480 Baik. Kami berlatih. 323 00:21:58,560 --> 00:22:00,520 Mari kita kosongkan pentas. 324 00:22:01,680 --> 00:22:04,600 - Hei, Steffi, boleh kita bercakap? - Ya. Ada apa? 325 00:22:15,880 --> 00:22:20,360 Akhir-akhir ini awak menjauhkan diri. Kerana Santiago? 326 00:22:20,920 --> 00:22:23,960 Bukan. Santiago sebahagian daripada masa silam saya. 327 00:22:25,000 --> 00:22:27,240 Saya sedang lalui banyak perkara lain. 328 00:22:28,440 --> 00:22:30,560 Kenapa tak ceritakan kepada saya? 329 00:22:32,680 --> 00:22:35,160 Perasaan saya sendiri pun saya tak fahami. 330 00:22:39,720 --> 00:22:41,880 Maaf. Sekarang saya tak nak sentuh hal itu. 331 00:22:44,640 --> 00:22:45,560 Saya rasa… 332 00:22:47,560 --> 00:22:49,520 lebih baik kita berehat seketika. 333 00:22:52,160 --> 00:22:55,840 Jika awak tak boleh berkongsi masalah dengan saya, tak mengapa. 334 00:22:57,480 --> 00:22:59,880 Saya faham. Saya tak nak mendesak awak. 335 00:23:02,360 --> 00:23:05,600 Tapi ia tak membantu saya. Kita boleh berkawan. 336 00:23:26,440 --> 00:23:28,240 - Itu dia. - Awak semua! 337 00:23:32,320 --> 00:23:34,840 Wonder. Tolong menepati masa. 338 00:23:36,200 --> 00:23:39,400 Kita janji pukul tiga. Sekarang jam 3.01. 339 00:23:39,480 --> 00:23:42,440 Awak dah lewat. Jam 3.00 pun lewat. 340 00:23:43,040 --> 00:23:44,280 Jam 2.59 pula? 341 00:23:45,040 --> 00:23:47,360 Itu yang paling minimum. 342 00:23:47,440 --> 00:23:50,600 Ia takkan terjadi lagi. Lain kali saya datang pada jam 2.58. 343 00:23:50,680 --> 00:23:55,240 Bagus! Komitmen. Itulah dia! Masuk semula agar kami boleh rakam. 344 00:23:56,240 --> 00:23:58,560 Di sana. Sayang, rakam. 345 00:24:02,680 --> 00:24:03,560 Mula. 346 00:24:07,280 --> 00:24:08,120 Wonder? 347 00:24:10,520 --> 00:24:13,840 Wonder. Selamat datang, Wonder! 348 00:24:13,920 --> 00:24:16,920 Saya berbesar hati awak nak membantu saya. 349 00:24:17,640 --> 00:24:19,080 Awak amat berbakat. 350 00:24:21,760 --> 00:24:25,360 - Saya pun berbesar hati, Encik Ross. - Selesai. Mari mulakan. 351 00:24:26,760 --> 00:24:29,520 Apakah trend awak? 352 00:24:29,600 --> 00:24:32,400 Apakah metodologi penggubahan awak? 353 00:24:33,960 --> 00:24:37,240 Metodologi pensel dan kertas. 354 00:24:38,160 --> 00:24:41,040 Saya suka. Ia moden dan minimalis. 355 00:24:41,560 --> 00:24:43,760 Kesukaran dalam yang ringkas. 356 00:24:43,840 --> 00:24:45,120 Dalam semplicità. 357 00:24:47,520 --> 00:24:51,200 - Ya, ia digunakan dengan meluas. - Apakah langkah-langkah itu? 358 00:24:51,960 --> 00:24:55,080 Saya mengambil pensel, 359 00:24:55,600 --> 00:24:57,840 atau kali ini sebatang pen, 360 00:24:57,920 --> 00:25:00,640 dan menulis idea-idea saya pada sehelai kertas. 361 00:25:01,760 --> 00:25:03,320 Kali ini sebuah buku nota. 362 00:25:04,000 --> 00:25:06,480 Purba. Analog. 363 00:25:07,000 --> 00:25:08,960 Jauh daripada teknologi. 364 00:25:09,560 --> 00:25:12,080 Malah, ia seakan-akan rohaniah. 365 00:25:14,120 --> 00:25:15,160 Kemudian? 366 00:25:17,040 --> 00:25:20,640 Kemudian saya tulis apa yang terlintas di fikiran. 367 00:25:21,360 --> 00:25:23,720 Gabungkan dan perbaiki idea saya 368 00:25:23,800 --> 00:25:25,720 sehingga lagu itu ada hala tuju. 369 00:25:25,800 --> 00:25:27,400 Saya suka. Dah rakam? 370 00:25:27,480 --> 00:25:29,080 Nicky, Vicky, Buchi, Mechi. 371 00:25:33,480 --> 00:25:34,880 Sedia. Mari mulakan. 372 00:25:34,960 --> 00:25:39,520 Saya bayangkan hutan tropika dan laser. 373 00:25:39,600 --> 00:25:42,080 Awak dah tulis? Laser. 374 00:25:42,160 --> 00:25:44,600 Sebuah puak galaksi yang mega dan besar 375 00:25:44,680 --> 00:25:47,000 dan satu aiskrim zabaglione gergasi. 376 00:25:49,000 --> 00:25:50,280 - Semuanya okey? - Ya. 377 00:25:50,360 --> 00:25:54,120 Saya juga membayangkan sepasang stoking dengan corak berlian. 378 00:25:54,200 --> 00:25:59,200 Sebuah oasis di padang pasir dan senyuman yang sangat lebar. 379 00:26:03,360 --> 00:26:04,240 Awak okey? 380 00:26:06,520 --> 00:26:08,840 - Awak semua ketawakan saya? - Tidak… 381 00:26:17,040 --> 00:26:19,480 Pasti hebat jika seseorang kalahkan Natasha. 382 00:26:21,040 --> 00:26:23,360 Macam mana kalau saya kalahkan dia? 383 00:26:24,480 --> 00:26:29,120 Maksud saya, saya suka cabaran itu. Saya tahu saya gagal. 384 00:26:29,200 --> 00:26:31,880 Tapi saya berseronok. Saya merasai adrenalina… 385 00:26:32,800 --> 00:26:34,840 Ia pengalaman wake baharu bagi saya. 386 00:26:35,760 --> 00:26:36,680 - Awak? - Ya. 387 00:26:36,760 --> 00:26:38,720 Awak nak jadi atlet pro wakeboard? 388 00:26:39,560 --> 00:26:43,240 - Apa? Kerja gila? - Tak. Tapi awak mesti bersungguh-sungguh. 389 00:26:43,760 --> 00:26:46,160 - Steffi dah lama berlatih. - Betul. 390 00:26:46,240 --> 00:26:50,480 Ini peluang yang baik untuk lebih bersungguh-sungguh dalam latihan. 391 00:26:50,560 --> 00:26:54,320 Saya suka mengajar, tapi saya nak dilatih pula. 392 00:26:55,040 --> 00:26:57,720 - Tapi saya perlukan jurulatih. - Saya? 393 00:26:59,160 --> 00:27:02,000 Saya tak boleh jadi jurulatih awak. Pasti hancur. 394 00:27:02,080 --> 00:27:05,720 - Kenapa tidak? - Hal kerja dan cinta tak boleh bercampur. 395 00:27:07,200 --> 00:27:11,680 - Saya pasti rasa terpaksa. - Apa? Awak rasa saya tak cukup bagus? 396 00:27:11,760 --> 00:27:14,600 - Sebab itukah? - Tak. Lihat Santiago dan Steffi. 397 00:27:15,200 --> 00:27:19,360 Semasa Santi jadi jurulatih, mereka berpisah. Akhirnya Santi perlu pergi lain. 398 00:27:19,440 --> 00:27:22,520 Hubungan mereka putus. Kita tak boleh jadi begitu. 399 00:27:22,600 --> 00:27:24,640 Kita bukan mereka. 400 00:27:24,720 --> 00:27:28,600 Saya rasa ini cuma alasan. Kenapa? Awak tak percayai saya? 401 00:27:33,800 --> 00:27:36,320 Tanpa sokongan awak, kita tak boleh bersama. 402 00:27:44,240 --> 00:27:45,160 Kenapa, Luz? 403 00:27:49,320 --> 00:27:51,800 - Masalah dengan Antonio. - Apa yang jadi? 404 00:27:52,800 --> 00:27:54,800 Dia tak percaya saya boleh bertanding. 405 00:27:54,880 --> 00:27:58,600 Dia tak nampak diri awak. Awak sangat berbakat. 406 00:27:58,680 --> 00:28:02,440 - Awak benar-benar rasa begitu? - Sudah tentu. 407 00:28:05,280 --> 00:28:06,320 Awak mahu apa? 408 00:28:07,640 --> 00:28:08,840 Saya nak bertanding. 409 00:28:09,640 --> 00:28:10,960 Saya perlu bertanding. 410 00:28:11,480 --> 00:28:13,200 Jadi, awak mesti bertanding. 411 00:28:14,040 --> 00:28:15,280 Dengar dorongan itu. 412 00:28:17,520 --> 00:28:19,960 Lagipun, saya boleh latih awak. 413 00:28:26,800 --> 00:28:29,840 Pendaftaran Girls Jam tamat dalam beberapa hari. 414 00:28:29,920 --> 00:28:32,840 Peminat dari seluruh dunia tiba di Waterloop. 415 00:28:32,920 --> 00:28:34,920 Tunggu apa lagi, kawan-kawan? 416 00:28:35,680 --> 00:28:37,240 Orang yang belum mendaftar 417 00:28:37,320 --> 00:28:39,640 masih boleh menyahut cabaran ini. 418 00:28:39,720 --> 00:28:41,160 Sayangnya Steffi Navarro 419 00:28:42,120 --> 00:28:43,680 tak berani buat, bukan? 420 00:28:44,640 --> 00:28:48,680 Setiap pesaing berbeza. Mereka mesti bertindak demi kebaikan sendiri. 421 00:28:49,200 --> 00:28:51,880 Ya, saya harap semua pesaing 422 00:28:51,960 --> 00:28:53,760 teruja macam saya. 423 00:28:53,840 --> 00:28:56,960 Terima kasih atas sokongan anda. Anda yang terbaik. 424 00:28:57,040 --> 00:28:58,480 Kami masih boleh mendaftar? 425 00:29:00,040 --> 00:29:03,760 Begitu saja? Awak merungut agar pengguna media sosial ternanti-nanti 426 00:29:03,840 --> 00:29:05,600 tapi awak mendaftar pada saat akhir. 427 00:29:06,320 --> 00:29:08,240 Ya. Saya akan daftar. 428 00:29:08,320 --> 00:29:11,440 Tapi sebagai jurulatih. Luz akan bertanding. 429 00:29:11,520 --> 00:29:14,800 Tidak. Awak akan menyesal. Awak berdua akan menyesal. 430 00:29:14,880 --> 00:29:18,000 - Saya suka makan jeli. - Jangan mula, Natasha. 431 00:29:18,080 --> 00:29:22,160 Jangan perasan awak menang. Awak tak tahu kemampuan kami berdua. 432 00:29:22,240 --> 00:29:26,640 Berhenti membuat ucapan. Kalian akan malu di peringkat antarabangsa. 433 00:29:26,720 --> 00:29:29,720 - Saya dah berikan amaran. - Awak yang akan dimalukan. 434 00:29:30,240 --> 00:29:33,720 Personaliti Luz lebih terserlah daripada awak sepanjang kerjaya awak. 435 00:29:33,800 --> 00:29:36,760 Apa-apa sajalah. Kebenaran akan muncul di atas air. 436 00:29:39,000 --> 00:29:42,600 - Bagaimana nak daftar? - Tak sangka awak nak jadi jurulatih. 437 00:29:42,680 --> 00:29:47,480 Saya harap persaingan kita sebagai jurulatih tak merosakkan perdamaian kita. 438 00:29:47,560 --> 00:29:50,760 Maaflah, tak kira kita berdamai atau tidak, 439 00:29:50,840 --> 00:29:53,080 saya takkan mengasihani awak berdua. 440 00:29:53,160 --> 00:29:54,680 Maaf, saya perlu kalahkan awak. 441 00:29:55,600 --> 00:29:58,160 Tapi bertenang, saya akan mengasihani awak. 442 00:30:06,960 --> 00:30:09,440 Keindahan hangat 443 00:30:09,520 --> 00:30:11,760 Matahari dan alam semula jadi 444 00:30:12,400 --> 00:30:15,040 Keindahan hangat 445 00:30:17,800 --> 00:30:22,720 Mengharungi ombak ialah kelebihanku 446 00:30:22,800 --> 00:30:26,840 Keindahan hangat 447 00:30:30,000 --> 00:30:31,800 - Syabas! - Bagus! 448 00:30:31,880 --> 00:30:34,280 - Hebat. - Tahniah, semua! 449 00:30:34,360 --> 00:30:37,160 - Syabas, Juli. - "Keindahan Hangat" disukai ramai. 450 00:30:38,800 --> 00:30:42,000 Ada sebuah lagu gubahan saya, yang saya nak… 451 00:30:44,080 --> 00:30:45,240 mainkan untuk kalian. 452 00:30:45,320 --> 00:30:46,280 Mari kita dengar. 453 00:30:48,520 --> 00:30:51,120 Hari itu telah tiba 454 00:30:52,240 --> 00:30:55,160 Untuk menerima apa yang hilang 455 00:30:59,160 --> 00:31:02,040 Jalan itu menantikan kita 456 00:31:03,160 --> 00:31:05,480 Setiap langkah suatu cabaran 457 00:31:12,760 --> 00:31:16,880 Walaupun tidak sama Aku bersamamu 458 00:31:20,960 --> 00:31:23,400 Aku takkan biarkan kau jatuh 459 00:31:24,320 --> 00:31:26,560 Menari, menari 460 00:31:27,080 --> 00:31:29,360 Menari di langit 461 00:31:29,440 --> 00:31:32,360 Marilah, marilah 462 00:31:32,440 --> 00:31:34,880 Terbang 463 00:31:34,960 --> 00:31:37,200 Jerit di antara bayu 464 00:31:38,080 --> 00:31:40,280 Perasaanmu 465 00:31:40,360 --> 00:31:42,760 Menari, menari 466 00:31:43,440 --> 00:31:45,760 Menari di langit 467 00:31:45,840 --> 00:31:48,840 Marilah, marilah 468 00:31:48,920 --> 00:31:51,240 Terbang 469 00:31:51,320 --> 00:31:53,680 Satu hari baharu 470 00:31:54,280 --> 00:31:57,680 Satu permulaan baharu 471 00:31:58,440 --> 00:32:00,640 Kita kawan 472 00:32:01,160 --> 00:32:02,480 Tahniah, Julián. 473 00:32:03,560 --> 00:32:04,800 Indah. Saya suka. 474 00:32:07,840 --> 00:32:08,760 Augusto. 475 00:32:09,440 --> 00:32:11,440 Boleh saya bercakap dengan awak? 476 00:32:11,520 --> 00:32:12,920 - Sudah tentu. - Ayuh. 477 00:32:21,480 --> 00:32:22,760 Tony, apa awak buat? 478 00:32:26,280 --> 00:32:27,720 Saya tiada kerja di sini. 479 00:32:29,880 --> 00:32:32,160 - Saya akan kembali ke Mexico. - Apa? 480 00:32:33,760 --> 00:32:37,120 Saya jumpa gambar ini. Ini mak saya. Siapa dua lelaki ini? 481 00:32:37,640 --> 00:32:41,320 Saya tak ingat. Cepatnya masa berlalu. Dari mana kamu dapat? 482 00:32:41,400 --> 00:32:43,480 Dalam barang mak saya. 483 00:32:43,560 --> 00:32:46,320 - Siapa mereka? - Ini Facundo dan ini saya. 484 00:32:46,400 --> 00:32:48,680 Pada masa itu, wajah kami mirip. 485 00:32:48,760 --> 00:32:49,920 Siapakah Facundo? 486 00:32:51,000 --> 00:32:53,200 Abang saya. Ayah Julián. 487 00:33:00,240 --> 00:33:03,760 SECRETS OF SUMMER 488 00:34:57,720 --> 00:34:59,720 Terjemahan sari kata oleh Nur Mohd