1 00:00:06,560 --> 00:00:09,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,000 --> 00:00:15,200 Dari tanganmu, belaianmu 3 00:00:15,280 --> 00:00:18,800 Untuk rasa begitu 4 00:00:19,360 --> 00:00:23,280 Perasaan itu… 5 00:00:25,560 --> 00:00:27,160 Apa yang berlaku? 6 00:00:29,400 --> 00:00:31,680 - Tiada apa-apa berlaku. - Jangan pergi. 7 00:00:31,760 --> 00:00:35,240 Ia akan dibaiki sebentar lagi. Tolonglah. 8 00:00:39,000 --> 00:00:42,320 - Luz, awak tak apa-apa? Kenapa? - Saya bermimpi buruk. 9 00:00:42,400 --> 00:00:43,880 Ia sangat teruk. 10 00:00:46,120 --> 00:00:48,040 Awak nak cakap tentangnya? 11 00:00:50,960 --> 00:00:54,200 Atau tak perlu bercakap tentangnya. Saya tak pandai bercakap. 12 00:00:57,240 --> 00:00:58,920 Tak banyak yang perlu dikatakan. 13 00:00:59,640 --> 00:01:02,760 Keadaan Sky Vibes sangat teruk. 14 00:01:02,840 --> 00:01:03,760 Awak tahu tak? 15 00:01:04,760 --> 00:01:07,160 Pernah sekali, orang yang saya kenal 16 00:01:07,240 --> 00:01:13,120 beritahu bahawa setiap kegagalan adalah peluang untuk belajar. 17 00:01:16,040 --> 00:01:17,760 - Macam pernah dengar. - Ya? 18 00:01:32,760 --> 00:01:35,720 Selamat tengah hari. Bagi pihak staf Cielo Grande, 19 00:01:35,800 --> 00:01:38,160 saya nak kata kami sangat gembira dan bersyukur 20 00:01:38,240 --> 00:01:42,600 atas minat dan penyertaan kamu dalam Summer Crush di Cielo Grande. 21 00:01:42,680 --> 00:01:43,880 Bagus! 22 00:01:43,960 --> 00:01:48,440 Tahun ini kita ada dua lokasi yang dibuka untuk pertandingan. 23 00:01:48,520 --> 00:01:53,240 Satu, di Sungai Correntoso. Satu lagi di Canal del Norte. 24 00:01:53,320 --> 00:01:57,240 Tapi hari ini saya takkan umumkan yang mana satu. 25 00:01:57,320 --> 00:01:59,560 Kita akan tahu pada malam sebelum pertandingan. 26 00:01:59,640 --> 00:02:00,600 Mulai sekarang, 27 00:02:01,320 --> 00:02:03,600 kamu boleh berlatih dan analisis kedua-dua sungai. 28 00:02:03,680 --> 00:02:06,600 Saya akan tinggalkan kamu untuk sediakan strategi. 29 00:02:07,280 --> 00:02:09,000 - Baiklah! - Terima kasih, Augusto. 30 00:02:10,680 --> 00:02:13,160 Kita seri. Tiada siapa tahu sungainya. 31 00:02:14,920 --> 00:02:17,640 Kita ada Luz, orang tempatan. Itu beri kita kelebihan. 32 00:02:18,600 --> 00:02:21,080 - Mari bersedia. Ayuh. - Mari. 33 00:02:22,400 --> 00:02:24,120 Nak ke mana tergesa-gesa ini? 34 00:02:25,040 --> 00:02:26,880 Awak dah undur diri, bukan? 35 00:02:29,040 --> 00:02:31,160 - Tahu punca elektrik terputus? - Ya. 36 00:02:31,240 --> 00:02:33,480 Nampaknya ada litar pintas pada papan tanda itu. 37 00:02:33,560 --> 00:02:38,000 Saya tak tahu sama ada lembap atau apa, tapi ada beberapa mentol terbakar. 38 00:02:38,080 --> 00:02:41,120 Nasib baik ia tak serius. Kalau tak, perlu batalkan. 39 00:02:41,200 --> 00:02:44,360 Ini salah saya. Saya cepat sangat nak buat pembukaan. 40 00:02:44,440 --> 00:02:48,280 - Setidaknya masih ada pertandingan. - Kita perlukan keajaiban. 41 00:02:48,360 --> 00:02:50,040 - Apa? Tak. - Ya, tengok ini. 42 00:02:50,120 --> 00:02:51,400 - Apa? - Apa berlaku? 43 00:02:51,480 --> 00:02:55,480 Video si kembar di Sky Vibes ada lebih daripada sejuta tontonan. 44 00:02:55,560 --> 00:02:56,440 Tidak! 45 00:02:56,520 --> 00:02:58,960 Itu yang paling hampir dengan keajaiban. 46 00:02:59,040 --> 00:03:00,360 - Dengar ini. - Menakjubkan. 47 00:03:00,440 --> 00:03:03,320 "Hebat! Gangguan elektrik pun tak boleh bersaing dengan awak." 48 00:03:03,400 --> 00:03:05,840 "Persembahan bagus. Lebih ramai kembar di Sky Vibes." 49 00:03:05,920 --> 00:03:10,240 "Muat naik lagi video Sky Vibes." Ia sentiasa berterusan. 50 00:03:11,280 --> 00:03:12,120 Gambar ini? 51 00:03:14,240 --> 00:03:16,560 Kembar itu muat naik gambar ibu saya. Kenapa ya? 52 00:03:16,640 --> 00:03:17,680 Nak tengok. 53 00:03:17,760 --> 00:03:18,720 Ibu awak? 54 00:03:20,320 --> 00:03:21,560 Kenapa? 55 00:03:21,640 --> 00:03:22,480 Saya tak tahu. 56 00:03:25,440 --> 00:03:32,240 IKUTI IMPIAN ANDA 57 00:03:32,320 --> 00:03:34,680 Boleh beritahu di mana kamu dapat gambar ini? 58 00:03:38,280 --> 00:03:39,840 Jangan tipu. Ini dalam poket kamu. 59 00:03:41,760 --> 00:03:42,800 Ian. 60 00:03:44,840 --> 00:03:47,200 - Steffi akan bunuh saya. - Steffi? 61 00:03:53,960 --> 00:03:55,360 - Kawan-kawan. - Luz. 62 00:03:55,440 --> 00:03:57,560 Video kita dapat 200,000 tanda suka. 63 00:03:57,640 --> 00:04:00,040 - Serius, karaoke itu berjaya. - Ya. 64 00:04:00,120 --> 00:04:02,960 Apabila saya nampak, saya tak percaya. Kamu semua hebat. 65 00:04:04,040 --> 00:04:06,800 Tukar topik. Kenapa kamu letak gambar ini? 66 00:04:08,600 --> 00:04:11,560 Itu daripada Ian. Dia nak tahu siapa gadis itu. 67 00:04:14,760 --> 00:04:17,000 - Awak kenal dia? - Ya, dia ibu saya. 68 00:04:21,360 --> 00:04:24,560 Ian, kenapa suruh kembar itu muat naik gambar ibu saya? 69 00:04:27,880 --> 00:04:29,760 - Ibu awak? - Ya, ibu saya. 70 00:04:29,840 --> 00:04:31,240 Kamu suruh mereka muat naik? 71 00:04:32,800 --> 00:04:34,480 Ya, ia… 72 00:04:35,760 --> 00:04:38,400 - Itu gambar ibu awak? - Ya, namanya Cynthia. 73 00:04:38,480 --> 00:04:39,560 Dia ada di sini? 74 00:04:39,640 --> 00:04:43,880 Tak, dah lama dia tak pergi ke Cielo. Ini gambar lama. 75 00:04:50,640 --> 00:04:54,360 Ada angin dari selatan. Sungai Correntoso ialah pilihan terbaik. 76 00:04:55,000 --> 00:04:55,840 Okey. 77 00:04:56,360 --> 00:04:57,320 Awak tentukan. 78 00:04:58,160 --> 00:05:00,360 Awak yang paling tahu tempat ini. 79 00:05:03,840 --> 00:05:05,880 - Boleh kita makan malam bersama? - Bersama? 80 00:05:06,920 --> 00:05:07,920 Macam janji temu? 81 00:05:08,920 --> 00:05:09,760 Ya. 82 00:05:11,280 --> 00:05:12,480 Lebih kurang begitu. 83 00:05:15,800 --> 00:05:17,920 Jadi, 84 00:05:18,000 --> 00:05:18,840 awak setuju? 85 00:05:19,960 --> 00:05:20,800 Ya. 86 00:05:50,600 --> 00:05:51,520 Irene. 87 00:06:07,320 --> 00:06:09,760 Apa ini? Saya akan laporkan kepada Augusto! 88 00:06:09,840 --> 00:06:11,920 - Itu sangat tak profesional. - Luz! 89 00:06:12,000 --> 00:06:14,880 Jangan buat apa-apa. Awak akan burukkan keadaan. 90 00:06:14,960 --> 00:06:17,360 Mari elak daripada bangkitkan raksasa dalam dirinya. 91 00:06:17,440 --> 00:06:19,120 Percayalah. Awak tak nak tengok. 92 00:06:19,200 --> 00:06:21,040 Mereka ke Canal del Norte. Tiada angin. 93 00:06:21,120 --> 00:06:23,440 Kita ikut rancangan dan pergi ke Correntoso. 94 00:06:23,520 --> 00:06:25,520 Lebih jauh dari Natasha, lebih baik. 95 00:07:03,120 --> 00:07:06,360 Awak rasa keadaan ini boleh berlaku semasa pertandingan? 96 00:07:06,440 --> 00:07:07,640 Kemungkinan. 97 00:07:07,720 --> 00:07:10,400 Sungai ini deras apabila ada angin selatan macam sekarang 98 00:07:10,480 --> 00:07:12,200 dan ia boleh berlaku. 99 00:07:12,280 --> 00:07:16,160 Sebaliknya, Canal del Norte terlindung dan nampak lebih tenang. 100 00:07:16,680 --> 00:07:20,120 Kita cuma perlu sesuaikan teknik awak dengan keadaan buruk. 101 00:07:20,200 --> 00:07:24,120 Kalau pertandingannya begini, awak ada kelebihan besar. 102 00:07:24,720 --> 00:07:26,120 Ya, saya setuju. 103 00:07:26,720 --> 00:07:28,360 Strategi Luz memang bagus. 104 00:07:30,320 --> 00:07:32,600 Baiklah, saya akan bersedia. 105 00:07:33,400 --> 00:07:34,440 Tumpang lalu. 106 00:07:34,520 --> 00:07:35,960 Nah, tengok. 107 00:07:36,480 --> 00:07:39,000 Awak ada ruang untuk satu helah lagi di depan boya. 108 00:07:39,080 --> 00:07:41,600 Jika awak berputar dan tak libas belakang, 109 00:07:41,680 --> 00:07:43,920 awak ada kelebihan besar berbanding Steffi. 110 00:07:44,000 --> 00:07:45,120 Okey, mari lihat. 111 00:07:46,840 --> 00:07:48,280 - Ya. - Di sini. 112 00:07:55,960 --> 00:07:59,720 Natasha, ini Fer, lelaki pemalu itu. Dia nak tanya sesuatu. 113 00:08:01,040 --> 00:08:03,400 Awak nak makan dengan saya malam ini? 114 00:08:05,120 --> 00:08:08,200 Abang awak pun ikut? Dia sangat baik. 115 00:08:08,720 --> 00:08:10,200 Tak, kamu berdua saja. 116 00:08:10,280 --> 00:08:11,960 Juan, bukan? 117 00:08:12,040 --> 00:08:13,040 Ya. 118 00:08:13,640 --> 00:08:17,320 Begini. Kalau kamu berdua tak datang, tak ada makan malam. 119 00:08:17,400 --> 00:08:18,320 Mudah. 120 00:08:25,800 --> 00:08:29,960 Kita patut rakam gerakan awak dan lihat apa yang perlu diselaraskan. Macam mana? 121 00:08:30,040 --> 00:08:32,520 Hai, Steffi. Saya nak ajak awak makan malam. 122 00:08:32,600 --> 00:08:35,040 - Ini janji temu berempat. - Berempat? 123 00:08:35,120 --> 00:08:36,800 Ya, dua pasangan sama dengan empat. 124 00:08:36,880 --> 00:08:38,640 Dua pempengaruh, dua pemain wakeboard. 125 00:08:38,720 --> 00:08:40,120 Awak, Fer dan dia? 126 00:08:40,200 --> 00:08:44,040 - Ia mungkin… - Biar betul? Makan dengan Natasha? 127 00:08:44,120 --> 00:08:46,960 - Gurau pun tak nak. - Tak? Ingatkan kamu serasi. 128 00:08:47,040 --> 00:08:50,600 Natasha orang yang sangat jahat. 129 00:08:50,680 --> 00:08:53,840 Betulkah? Dia selalu mesra dan menawan dengan kami. 130 00:08:53,920 --> 00:08:55,560 Seorang penawan ular. 131 00:08:55,640 --> 00:08:59,040 Dia jelmaan syaitan. Lihat. 132 00:09:02,680 --> 00:09:06,400 - Natasha cium lelaki. Kenapa? - Lelaki itu teman lelaki saya. 133 00:09:06,960 --> 00:09:11,160 Lagipun, dia muat baik di semua tempat untuk buat saya lebih malu. 134 00:09:11,240 --> 00:09:14,560 Lelaki jenis apa buat begitu kepada awak? Ia tak boleh diterima. 135 00:09:15,160 --> 00:09:18,120 Terima kasih, Juan. Awak kawan yang baik. 136 00:09:18,200 --> 00:09:20,840 Tapi lupakan yang saya duduk di meja sama dengan Natasha. 137 00:09:20,920 --> 00:09:21,760 Baiklah. 138 00:09:24,520 --> 00:09:25,480 Selamat tinggal. 139 00:09:27,480 --> 00:09:29,400 Saya rasa awak buat dia terpukau. 140 00:09:32,600 --> 00:09:33,720 Tengok ini. Tengok. 141 00:09:33,800 --> 00:09:36,040 Tengok, ia hebat. 142 00:09:36,120 --> 00:09:37,680 Luz, awak nampak ini? 143 00:09:37,760 --> 00:09:40,640 Tontonan video kembar itu meningkat dua kali ganda sejak pagi. 144 00:09:40,720 --> 00:09:44,400 Jika awak kata gangguan elektrik itu satu mimpi, saya pasti percaya. 145 00:09:44,480 --> 00:09:47,760 Pada mulanya, saya ragu-ragu nak kerja dengan kembar itu. 146 00:09:47,840 --> 00:09:49,680 - Tapi itu idea bagus. - Ya. 147 00:09:49,760 --> 00:09:52,520 Ya, tiada siapa boleh bayangkan benda begini. 148 00:09:52,600 --> 00:09:54,040 Itu Angsa Hitam. 149 00:09:54,600 --> 00:09:57,680 Maaf, kenapa hitam? Kerana gangguan elektrik itu? 150 00:09:57,760 --> 00:10:00,040 Tidak, Charlie. Ia satu teori 151 00:10:00,120 --> 00:10:03,400 tentang fakta mengejutkan, perkara tak dirancang seperti semalam. 152 00:10:04,000 --> 00:10:06,720 Tapi awak perlu akui, tanpa Luz, 153 00:10:06,800 --> 00:10:09,800 takkan ada Sky Vibes atau Angsa Hitam, bukan? 154 00:10:09,880 --> 00:10:11,880 - Tanpa Luz. - Tanpa cahaya. 155 00:10:12,480 --> 00:10:17,560 Mungkin kita patut sediakan saluran Sky Vibes. 156 00:10:17,640 --> 00:10:18,480 Ya. 157 00:10:20,800 --> 00:10:23,760 Langkah pertama, "Selamatkan Cielo." 158 00:10:23,840 --> 00:10:25,240 KUMPULAN BARU SELAMATKAN CIELO 159 00:10:25,320 --> 00:10:26,320 - Bagusnya. - Sedia. 160 00:10:26,400 --> 00:10:28,800 - Itu dia. Bagus. - Hebat. 161 00:10:30,080 --> 00:10:30,920 Charlie. 162 00:10:31,000 --> 00:10:31,880 "Selamatkan Cielo"? 163 00:10:31,960 --> 00:10:35,000 Ya. Itu idea Luz. Kami dah rancang semuanya. 164 00:10:35,080 --> 00:10:36,720 Tentulah Luz dan ideanya. 165 00:10:36,800 --> 00:10:40,120 Kamu aturkan rancangan untuk lancar semula Sky Vibes, "Selamatkan Cielo." 166 00:10:40,200 --> 00:10:42,840 - Kami akan buat penstriman. - Penstriman? 167 00:10:42,920 --> 00:10:44,320 Ya, saya uruskan. 168 00:10:44,400 --> 00:10:48,240 Ya. Mereka minta lebih banyak video. Kita akan mulakan saluran Sky Vibes. 169 00:10:48,320 --> 00:10:51,680 Kami juga akan buat laman penaja untuk mengumpul dana. 170 00:10:51,760 --> 00:10:55,800 Kembar, selamat datang ke kumpulan. Boleh harap kamu untuk selamatkan Cielo? 171 00:10:55,880 --> 00:10:58,680 - Bila rancangannya? - Malam selepas pertandingan. 172 00:10:58,760 --> 00:11:00,200 Kamu dah rancang semuanya. 173 00:11:00,280 --> 00:11:04,080 - Ingat, kamu tak boleh belanjakan… - Satu peso pun. 174 00:11:04,160 --> 00:11:05,600 Kami dah tahu. 175 00:11:05,680 --> 00:11:08,400 Ayuh, sayang. Bagus. Harapkan kami. 176 00:11:08,480 --> 00:11:09,320 Bagus. 177 00:11:09,400 --> 00:11:11,640 Hebat. Saya akan beritahu awak nanti. 178 00:11:12,400 --> 00:11:13,920 Ayuh! Bagus! 179 00:11:15,040 --> 00:11:18,960 Cuba berehat sebentar supaya kita boleh mula di Sungai Correntoso esok. 180 00:11:19,040 --> 00:11:22,920 Lagipun, kita perlu menganalisis dan menguji Canal del Norte. 181 00:11:24,440 --> 00:11:25,760 Hari itu pasti sukar. 182 00:11:26,280 --> 00:11:27,200 Jumpa lagi. 183 00:11:29,480 --> 00:11:32,200 Akhirnya dah jumpa awak. Kita perlu berbincang. 184 00:11:32,280 --> 00:11:34,160 Tak boleh. Kita bincang nanti. 185 00:11:34,240 --> 00:11:37,000 Dengar. Saya lari daripada ayah. Saya tak ada banyak masa. 186 00:11:37,080 --> 00:11:39,240 - Ada berita baik dan buruk. - Apa? 187 00:11:39,320 --> 00:11:40,600 Gadis dalam gambar itu. 188 00:11:42,320 --> 00:11:45,880 - Itu ibu Luz. - Apa? Ibu Luz? Awak pasti? 189 00:11:45,960 --> 00:11:48,520 Ya. Namanya Cynthia. Luz sendiri beritahu. 190 00:11:50,440 --> 00:11:51,880 Adakah itu berita buruk? 191 00:11:52,400 --> 00:11:55,640 Tak, itu berita baik. Berita buruknya… 192 00:11:56,880 --> 00:11:58,600 Ayah ambil gambar itu. Dia dah tahu. 193 00:11:58,680 --> 00:12:01,480 Apa? Saya tak percaya, Ian. Kita bincang nanti. 194 00:12:03,880 --> 00:12:06,320 Saya akan datang untuk coklat saya, okey? 195 00:12:10,160 --> 00:12:13,520 Karat dan kelembapan menghasilkan tindak balas. 196 00:12:13,600 --> 00:12:15,800 Ketika kelembapan berkumpul, 197 00:12:15,880 --> 00:12:20,320 jika kabel tak dilaraskan dengan betul, ia akan cetuskan percikan api. 198 00:12:21,120 --> 00:12:22,760 - Litar pintas. - Tidak! 199 00:12:22,840 --> 00:12:23,760 Maaf. 200 00:12:24,840 --> 00:12:27,400 Nati, boleh tolong saya letak pita itu? 201 00:12:27,480 --> 00:12:30,560 Saya perlukan pita elektrik. Rasanya ada dalam kotak alatan. 202 00:12:30,640 --> 00:12:32,640 Saya tanggalkan di sini dan letak… 203 00:12:32,720 --> 00:12:34,840 - Yang ini? - Ya. Bagus. 204 00:12:34,920 --> 00:12:37,480 Dengan ini, semuanya akan selesai. 205 00:12:37,560 --> 00:12:40,720 Bagus. Alamak, taklah dibaiki sepenuhnya. 206 00:12:40,800 --> 00:12:43,640 Tapi sekurang-kurangnya, lampu takkan padam lagi. 207 00:12:51,680 --> 00:12:52,520 Nati. 208 00:12:56,200 --> 00:12:57,200 Sebenarnya… 209 00:12:59,840 --> 00:13:02,960 Awak tahu awak gadis paling cantik di Cielo Grande? 210 00:13:04,240 --> 00:13:06,920 Awak gadis paling cantik di seluruh bandar, 211 00:13:07,000 --> 00:13:09,320 seluruh negara dan seluruh benua. 212 00:13:09,400 --> 00:13:11,200 - Dan saya suka… - Charlie. 213 00:13:11,280 --> 00:13:12,120 Apa? 214 00:13:13,960 --> 00:13:15,160 Saya suka perempuan. 215 00:13:18,800 --> 00:13:19,640 Okey. 216 00:14:18,520 --> 00:14:21,040 "Williams, Aguilar dan Giordano." 217 00:14:32,160 --> 00:14:33,760 Helo, ini penyambut tetamu. 218 00:14:33,840 --> 00:14:38,920 Helo. Esok saya ada kelas dengan Pengajar Luz. 219 00:14:39,000 --> 00:14:39,920 Luz? 220 00:14:40,000 --> 00:14:42,800 Boleh beritahu nama keluarganya? Saya tak ingat. 221 00:14:43,320 --> 00:14:44,800 Ya. Aguilar. 222 00:14:45,320 --> 00:14:46,160 Terima kasih. 223 00:15:18,080 --> 00:15:20,160 Apa berlaku antara ayah dan awak? 224 00:15:27,120 --> 00:15:31,040 Apa pendapat awak tentang video ini untuk latar belakang lagu? 225 00:15:31,120 --> 00:15:32,640 - Saya suka. - Saya suka. 226 00:15:33,160 --> 00:15:34,320 - Bagus. - Ya. 227 00:15:35,000 --> 00:15:38,400 Hebatnya, Charlie. Saluran Sky Vibes menjadi dengan baik. 228 00:15:38,480 --> 00:15:40,800 Ya, ia masih perlu rekaan. 229 00:15:40,880 --> 00:15:43,240 Saya akan letak beberapa sepanduk. 230 00:15:43,320 --> 00:15:45,360 Saya pun nak cuba sesuatu. Saya akan hantar. 231 00:15:45,440 --> 00:15:47,440 Kita perlu letak laman penaja. 232 00:15:47,520 --> 00:15:50,760 Penonton persembahan ini boleh bekerjasama dengan "Selamatkan Cielo." 233 00:15:50,840 --> 00:15:54,200 Ya, kita perlu reka dan masukkan video dalam halaman. 234 00:15:54,280 --> 00:15:56,280 - Kita juga perlu uji itu. - Okey. 235 00:15:56,920 --> 00:15:59,480 Bukankah patut ada lebih banyak lagu untuk rancangan itu? 236 00:15:59,560 --> 00:16:00,640 Ya. 237 00:16:00,720 --> 00:16:02,560 Ada dalam rancangan. 238 00:16:05,080 --> 00:16:06,400 Mari kita dengarkan. 239 00:16:13,320 --> 00:16:14,160 Baiklah. 240 00:16:16,800 --> 00:16:20,240 Hari demi hari, aku mencari 241 00:16:20,320 --> 00:16:24,080 Pandanganmu dalam pandanganku 242 00:16:24,160 --> 00:16:27,840 Yang semalam aku hilangkan 243 00:16:27,920 --> 00:16:31,360 Aku rasakan dirimu beribu langkah jauhnya 244 00:16:31,960 --> 00:16:35,200 Kau di sisiku 245 00:16:35,720 --> 00:16:39,520 Namun selepas seketika kau akan pergi 246 00:16:41,320 --> 00:16:43,080 - Macam mana? - Sangat indah. 247 00:16:43,160 --> 00:16:44,280 Apa pendapat awak, 248 00:16:44,360 --> 00:16:48,960 bukan "Yang semalam aku hilangkan," tapi "semalam aku nampak dirimu"? 249 00:16:49,040 --> 00:16:52,360 Sebab "kehilangan" bunyinya dramatik dan "nampak" lebih asli. 250 00:16:52,440 --> 00:16:53,400 Ya, mungkin. 251 00:16:53,480 --> 00:16:54,920 Baiklah, mari cuba. 252 00:16:56,720 --> 00:17:00,360 Yang semalam aku nampak dirimu 253 00:17:00,960 --> 00:17:05,080 Aku rasakan dirimu beribu langkah jauhnya 254 00:17:05,160 --> 00:17:06,360 - Ya. - Saya suka. 255 00:17:06,440 --> 00:17:08,440 - Kamu berdua? Ya? - Ya. 256 00:17:09,120 --> 00:17:11,800 Baiklah, korus itu akan jadi begini. 257 00:17:13,960 --> 00:17:18,520 Aku rasakan diriku beribu langkah jauhnya 258 00:17:18,600 --> 00:17:22,760 Aku tak terdaya 259 00:17:23,360 --> 00:17:27,640 Ia menjadi ketakutan, aku kembali ke tempat asal 260 00:17:28,840 --> 00:17:30,560 Aku pun berlalu 261 00:17:31,600 --> 00:17:34,960 Mencuba 262 00:17:36,320 --> 00:17:37,680 Macam ada yang tak lengkap. 263 00:17:37,760 --> 00:17:40,760 - Mungkin perlu benda lain. Betul tak? - Ya. 264 00:17:40,840 --> 00:17:43,000 Lirik dan melodinya sangat indah, Nati. 265 00:17:43,080 --> 00:17:46,560 Perkara yang saya fikirkan ialah menambah sesuatu pada muzik. 266 00:17:46,640 --> 00:17:48,040 Mari lihat. Beri gitar itu. 267 00:17:48,840 --> 00:17:53,520 - Awak buat nada "do" dan "fa". - Ya. 268 00:17:53,600 --> 00:17:57,360 Daripada buat "do," awak boleh ikut "do" ketujuh 269 00:17:57,440 --> 00:17:59,200 dan tambah sedikit warna. Begini. 270 00:18:05,880 --> 00:18:08,240 Hari demi hari, aku mencari 271 00:18:08,320 --> 00:18:11,680 Pandanganmu dalam pandanganku 272 00:18:11,760 --> 00:18:14,560 Yang semalam aku nampak dirimu 273 00:18:14,640 --> 00:18:17,600 Aku rasakan dirimu beribu langkah jauhnya 274 00:18:17,680 --> 00:18:20,920 Kau di sisiku 275 00:18:21,000 --> 00:18:24,120 Namun selepas seketika kau akan pergi 276 00:18:24,200 --> 00:18:27,040 Imej ini yang aku tak lupa 277 00:18:27,120 --> 00:18:31,120 Dan bertegas agar aku kembali 278 00:18:32,640 --> 00:18:36,640 Ya. Saya suka, Juli. Kord itu kedengaran lebih baik. 279 00:18:36,720 --> 00:18:41,000 Ya. Lebih baik mencari versi lagu yang lebih baik bersama-sama. 280 00:18:41,080 --> 00:18:41,920 Baiklah. 281 00:18:42,000 --> 00:18:44,960 Satu lagi, persembahan selesai. Seterusnya apa? 282 00:19:02,800 --> 00:19:06,120 Kita ada terung bakar dengan buah delima dan pistasio 283 00:19:06,200 --> 00:19:07,800 - untuk Natasha. - Terima kasih. 284 00:19:07,880 --> 00:19:10,960 Saya ada roti pita untuk awak. Humus ini untuk siapa? 285 00:19:11,040 --> 00:19:12,640 Saya kongsi dengan Juan. 286 00:19:13,240 --> 00:19:16,480 Jika Natasha mahu mencubanya, boleh saja. 287 00:19:23,120 --> 00:19:24,880 Baguslah awak putuskan untuk datang. 288 00:19:24,960 --> 00:19:27,840 Luz dan Tony ada rancangan dan saya tak suka makan seorang diri. 289 00:19:27,920 --> 00:19:30,400 Saya gembira tahu saya rancangan B awak. 290 00:19:30,480 --> 00:19:32,160 Tidak, langsung tidak. 291 00:19:32,680 --> 00:19:35,640 Saya suka makan dengan awak. Awak rancangan A saya. 292 00:19:37,120 --> 00:19:38,080 Alternatif. 293 00:19:41,960 --> 00:19:44,360 Awak kenal Cynthia, ibu Luz? 294 00:19:44,440 --> 00:19:46,040 Saya dengar dia bertanding di sini. 295 00:19:46,120 --> 00:19:48,520 Mestilah kenal. Tapi tak pernah lihat dia bertanding. 296 00:19:49,120 --> 00:19:52,560 Semasa Luz lahir, ayahnya tinggalkan mereka dan ibunya besarkan dia. 297 00:19:52,640 --> 00:19:54,680 Jadi dia tak terus berlatih. 298 00:19:55,880 --> 00:19:57,760 Tentu sukar bagi mereka. 299 00:19:59,040 --> 00:20:01,120 - Awak tahu tentang ayahnya? - Tak. 300 00:20:01,200 --> 00:20:04,880 Cuma dia tak muncul. Saya rasa dia pemain wakeboard asing. 301 00:20:05,480 --> 00:20:07,480 Namun, Luz tak suka bercakap tentang dia. 302 00:20:07,560 --> 00:20:09,080 Dia kata ayahnya tak mahu dia. 303 00:20:11,400 --> 00:20:12,480 Apa yang awak fikirkan? 304 00:20:13,800 --> 00:20:15,520 Tak. Saya tak nak awak bosan. 305 00:20:15,600 --> 00:20:17,360 Awak takkan buat saya bosan. 306 00:20:19,000 --> 00:20:21,320 Maaf, semua. Saya nak ke bilik air. 307 00:20:23,960 --> 00:20:24,960 Awak tahu tak? 308 00:20:25,640 --> 00:20:28,560 Saya rasa personaliti awak lebih menarik daripada Juan. 309 00:20:28,640 --> 00:20:31,320 Entah kenapa awak biar dia ambil inisiatif. 310 00:20:31,400 --> 00:20:34,000 Saya tak faham maksud itu. Saya juga ada inisiatif. 311 00:20:37,320 --> 00:20:39,120 Mari kita lihat bintang. 312 00:20:39,640 --> 00:20:40,960 Malam ini indah. 313 00:20:42,120 --> 00:20:44,000 Tapi tunggu abang saya, okey? 314 00:20:46,080 --> 00:20:49,000 Awak panggil itu inisiatif, Fer? 315 00:20:54,120 --> 00:20:55,680 Nampak bintang malam ini? 316 00:20:56,360 --> 00:20:57,600 Menakjubkan, bukan? 317 00:20:57,680 --> 00:20:58,600 Ya. 318 00:21:05,040 --> 00:21:07,520 Nampaknya Steffi dan Julián semakin serasi. 319 00:21:08,880 --> 00:21:09,720 Macam kita. 320 00:21:14,120 --> 00:21:15,840 Tak sangka ibu awak pemain wakeboard. 321 00:21:17,440 --> 00:21:19,800 Banyak yang awak tak tahu tentang saya. 322 00:21:30,600 --> 00:21:33,040 Awak di mana? Saya di meja. 323 00:21:35,680 --> 00:21:37,400 - Apa yang berlaku? - Ada apa? 324 00:21:38,800 --> 00:21:41,440 Saya rasa Natasha memanipulasi Fer. 325 00:21:42,120 --> 00:21:45,200 Tapi dia tak sedar. Dia macam tak nak perasan. 326 00:21:46,080 --> 00:21:48,080 Tadi, kami bertiga ada di sini, 327 00:21:48,160 --> 00:21:50,680 tiba-tiba dia hilang tanpa beritahu. 328 00:21:52,120 --> 00:21:52,960 Begini. 329 00:21:56,760 --> 00:21:59,960 Kalau dia jatuh cinta, dia takkan dengar cakap awak. 330 00:22:00,040 --> 00:22:01,320 Nasihat saya ialah 331 00:22:02,440 --> 00:22:04,160 jangan cuba pisahkan mereka 332 00:22:04,240 --> 00:22:06,680 sebab awak akan gaduh dengan abang awak. 333 00:22:06,760 --> 00:22:08,960 Ya, tapi saya perlu buat sesuatu. 334 00:22:11,800 --> 00:22:13,840 Awak pakar cinta di sini. 335 00:22:14,560 --> 00:22:16,760 Apa pendapat awak apabila gadis kata, 336 00:22:17,400 --> 00:22:20,440 "Awak kawan yang baik," selepas cakap sesuatu yang baik. 337 00:22:21,920 --> 00:22:25,760 Mari lihat, 1.5 peratus asmara 338 00:22:27,720 --> 00:22:30,320 dan 98.5 peratus kawan sahaja. 339 00:22:34,000 --> 00:22:37,840 Jadi, 1.5 peratus itu beri saya harapan. 340 00:22:38,400 --> 00:22:39,440 Dengar sini. 341 00:22:39,520 --> 00:22:41,320 Saya faham ini, dan 342 00:22:42,040 --> 00:22:47,800 jika dia beritahu awak begitu, saya 100 peratus pasti awak tiada peluang. 343 00:22:49,200 --> 00:22:52,360 Sebenarnya, 98.5 peratus. 344 00:22:54,680 --> 00:22:57,760 Itu pun mereka. Apa pun, kita bincang nanti. 345 00:23:02,200 --> 00:23:04,720 Bintang-bintang itu mengagumkan. 346 00:23:06,880 --> 00:23:08,440 Awak nak pencuci mulut? 347 00:23:11,080 --> 00:23:15,000 Saya kagum satu-satunya orang yang berjaya keluar dari zon kawan ialah Fer. 348 00:23:15,080 --> 00:23:15,920 Ya. 349 00:23:19,360 --> 00:23:20,640 Saya pula baru masuk. 350 00:23:21,240 --> 00:23:22,280 Apa? 351 00:23:22,360 --> 00:23:23,400 Tak mungkin. 352 00:23:23,480 --> 00:23:25,920 Tiada siapa boleh buat begitu pada awak. 353 00:23:32,800 --> 00:23:34,160 Selamat menyertai saya. 354 00:23:59,520 --> 00:24:02,080 Saya dah tahu apa yang patut kita tulis. 355 00:24:03,160 --> 00:24:04,200 Zon kawan! 356 00:24:04,280 --> 00:24:06,600 - Lagi, Charlie? - Tak, serius. Dengar. 357 00:24:14,200 --> 00:24:16,440 Kawan, kawan, zon kawan 358 00:24:16,520 --> 00:24:19,240 Kawan, kawan, zon kawan 359 00:24:19,320 --> 00:24:21,880 Kau tak mahu masuk, kau mahu keluar 360 00:24:21,960 --> 00:24:24,560 Tak nampak kau datang Tak nampak kau pergi 361 00:24:24,640 --> 00:24:27,160 Zon kawan, zon kawan 362 00:24:27,880 --> 00:24:29,480 Syabas! 363 00:24:30,400 --> 00:24:31,440 Sangat bagus. 364 00:24:31,520 --> 00:24:33,480 - Apa pendapat awak? - Entahlah. 365 00:24:33,560 --> 00:24:35,560 Sejujurnya, saya akan ubah lirik. 366 00:24:36,160 --> 00:24:37,200 Terlalu literal. 367 00:24:37,280 --> 00:24:41,040 Tapi saya cuma fikir kita boleh gunakan sesuatu yang saya tulis. 368 00:24:41,560 --> 00:24:42,400 Mari lihat. 369 00:24:43,600 --> 00:24:45,800 "Aku rasa satu-satunya pilihan." 370 00:24:46,520 --> 00:24:48,560 "Aku rasa tiada cinta di sini." 371 00:24:49,440 --> 00:24:51,920 "Aku menderita. Aku tak boleh mengelak." 372 00:24:52,520 --> 00:24:54,640 "Aku menangis. Aku berundur untuk terima." 373 00:24:55,440 --> 00:24:57,520 Awak hebat boleh fikirkan lirik sebagus itu. 374 00:24:57,600 --> 00:24:59,080 Awak patut tulis lagu kami. 375 00:24:59,160 --> 00:25:00,080 Terima kasih. 376 00:25:02,400 --> 00:25:05,120 Kita boleh mula buat dengan Luz. 377 00:25:06,160 --> 00:25:07,000 Ya. 378 00:25:08,200 --> 00:25:10,120 Sebenarnya, saya rasa seronok. 379 00:25:10,680 --> 00:25:12,200 Tahu tak apa saya yang perlukan? 380 00:25:12,800 --> 00:25:15,520 Macam mana dengan Nati? 381 00:25:16,720 --> 00:25:18,920 Jauh di lubuk zon kawan. 382 00:25:20,120 --> 00:25:23,080 - Awak pasti? - Ya, sangat pasti. 383 00:25:24,680 --> 00:25:28,000 Julián kata saya patut buat laporan tentang zon kawan untuk saluran kamu. 384 00:25:28,080 --> 00:25:30,720 - Bukankah itu mengarut? - Apa? Itu idea hebat. 385 00:25:30,800 --> 00:25:32,520 Laporan tentang zon kawan. 386 00:25:32,600 --> 00:25:34,440 - Itu pasti hebat. - Betulkah? 387 00:25:34,520 --> 00:25:37,000 Lagu dan laporan tentang zon kawan. 388 00:25:37,080 --> 00:25:40,880 Itu akan menjejaskan imej saya. Saya perlu fikirkannya. 389 00:25:40,960 --> 00:25:43,080 Setuju. Bagus. 390 00:25:51,720 --> 00:25:52,680 Tengok. 391 00:25:54,280 --> 00:25:56,440 Malam ini hebat. 392 00:25:56,520 --> 00:26:00,920 Sudah tentu, awak bersama saya. Tapi, terima kasih banyak untuk semua. 393 00:26:04,040 --> 00:26:07,320 Selamat malam, kembar kegemaran. Mimpi indah. 394 00:26:09,120 --> 00:26:10,160 Selamat malam. 395 00:26:12,360 --> 00:26:13,200 Steffi. 396 00:26:14,440 --> 00:26:16,960 Apa ayah buat di sini? Kita ada perjanjian. 397 00:26:17,040 --> 00:26:18,360 Perjanjian dibatalkan. 398 00:26:18,880 --> 00:26:20,800 Apa yang kamu cari dengan gambar ini? 399 00:26:25,560 --> 00:26:26,960 Saya asyik fikir 400 00:26:27,520 --> 00:26:29,920 macam mana Sungai Correntoso 401 00:26:30,000 --> 00:26:32,400 lebih besar daripada Canal del Norte? 402 00:26:33,560 --> 00:26:34,400 Sebenarnya, 403 00:26:34,960 --> 00:26:39,040 sungai yang lebih sempit yang tak terlindung daripada angin 404 00:26:39,120 --> 00:26:40,760 mudah dilambung ombak. 405 00:26:41,800 --> 00:26:45,360 Juga, apabila ada angin selatan, Correntoso mengalir ke situ. 406 00:26:45,960 --> 00:26:49,960 Tengok, kalau ini selatan, Correntoso menuju ke arah ini. 407 00:26:50,040 --> 00:26:50,880 Faham? 408 00:26:52,400 --> 00:26:53,240 Ya. 409 00:26:54,080 --> 00:26:55,120 Saya dah faham. 410 00:26:58,640 --> 00:27:01,240 Mungkin awak dah tahu, bukan? 411 00:27:03,280 --> 00:27:04,280 Betul, 412 00:27:05,480 --> 00:27:08,680 tapi saya suka dengar awak cakap. 413 00:27:35,200 --> 00:27:37,680 Kenapa tak cakap ayah ada teman wanita di Cielo? 414 00:27:37,760 --> 00:27:39,800 Sudahlah itu ibu Luz. 415 00:27:39,880 --> 00:27:41,280 Apa maksud kamu? 416 00:27:41,360 --> 00:27:44,320 Cukup, ayah. Jangan tipu saya. Saya nampak gambar ayah dan dia. 417 00:27:44,400 --> 00:27:46,720 Saya juga nampak tulisan ayah dalam buku tetamu. 418 00:27:50,320 --> 00:27:53,840 "Trofi terbaik bukan selalu yang awak bawa dalam beg awak, 419 00:27:53,920 --> 00:27:56,400 kerana selain sungai, tempat mempesonakan 420 00:27:56,480 --> 00:27:57,840 dan bintang ajaib ini, 421 00:27:57,920 --> 00:27:58,920 saya jumpa cinta. 422 00:27:59,520 --> 00:28:04,160 Saya harap akan kembali lagi. Ron Navarro Lavalle. Guadalajara, Mexico." 423 00:28:06,520 --> 00:28:08,320 Sebab itu kamu ke sini, bukan? 424 00:28:08,960 --> 00:28:10,680 Pertandingan ini cuma alasan. 425 00:28:10,760 --> 00:28:12,240 Jangan cakap tentang alasan. 426 00:28:12,320 --> 00:28:15,400 Ayah tipu saya. Saya tahu ayah juga menipu ibu saya. 427 00:28:15,480 --> 00:28:17,920 Apa rahsia yang ayah sorokkan di Cielo Grande? 428 00:29:52,680 --> 00:29:55,600 Terjemahan sari kata oleh Rasheeqa Bahida