1 00:00:06,600 --> 00:00:09,960 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:13,400 --> 00:00:15,480 Maaf, Antonio. Terima kasih. 3 00:00:16,120 --> 00:00:17,440 Terima kasih, Charlie. 4 00:00:18,480 --> 00:00:22,080 Helo. Selamat petang, semua. Apa khabar? 5 00:00:22,160 --> 00:00:25,160 Saya bayangkan orang yang menunggu dan berlatih untuk saat ini 6 00:00:25,240 --> 00:00:27,640 tentu sangat resah. Kami juga begitu. 7 00:00:27,720 --> 00:00:32,480 Esok ialah edisi Summer Crush Cielo Grande yang ke-15. 8 00:00:32,560 --> 00:00:34,560 Baiklah! 9 00:00:35,480 --> 00:00:38,800 - Mana mereka? - Telefon banyak kali tapi tak dijawab. 10 00:00:44,400 --> 00:00:46,320 Seteruk mana kebakarannya, Noda? 11 00:00:46,400 --> 00:00:49,600 Saya tak tahu. Augusto risau, tapi saya tak tanya dia. 12 00:00:51,040 --> 00:00:53,000 Isyarat telefon langsung tak ada. 13 00:00:53,080 --> 00:00:55,800 DI bahagian sungai ini, mustahil untuk berkomunikasi. 14 00:00:58,800 --> 00:01:02,240 Seperti yang kamu tahu, peserta kami berlatih di dua sungai 15 00:01:02,320 --> 00:01:05,000 tanpa tahu sungai tempat mereka bertanding. 16 00:01:05,080 --> 00:01:07,680 Sekarang masa untuk dedahkannya. Charlie. 17 00:01:10,680 --> 00:01:13,360 Summer Crush akan diadakan 18 00:01:13,440 --> 00:01:14,920 di Correntoso. 19 00:01:16,600 --> 00:01:18,200 Baiklah, Augusto! 20 00:01:18,280 --> 00:01:21,480 Sekarang terpulang kepada kamu. Saya doakan semoga berjaya. 21 00:01:30,400 --> 00:01:33,800 Nah, untuk pertandingan itu. Ini tangkal bertuah saya. 22 00:01:36,080 --> 00:01:38,440 Terima kasih. Baiknya awak. 23 00:01:53,760 --> 00:01:55,600 Ada apa, Steffi? Awak ke mana? 24 00:01:55,680 --> 00:01:57,560 Saya cari awak di seluruh hotel. 25 00:01:58,240 --> 00:01:59,120 Steffi? 26 00:02:00,800 --> 00:02:01,680 Helo? 27 00:02:04,080 --> 00:02:05,000 Semuanya okey? 28 00:02:05,080 --> 00:02:08,840 Tak jelas sangat. Dia ada sebut tentang kebakaran di sini. 29 00:02:09,880 --> 00:02:12,400 Dah nak sampai. Di sana. Bertenang, semua. 30 00:02:13,200 --> 00:02:15,560 - Saya tak nampak apa-apa. - Tak nampak. 31 00:02:15,640 --> 00:02:18,280 - Tak nampak asap pun. - Ambil barang kamu. 32 00:02:18,360 --> 00:02:19,480 Saya tak nampak asap. 33 00:02:19,560 --> 00:02:20,400 Turun cepat. 34 00:02:20,480 --> 00:02:21,960 - Saya tolong. - Bertenang. 35 00:02:22,040 --> 00:02:25,760 Amaran. Steffi, Luz dan ibunya baru sampai. 36 00:02:27,760 --> 00:02:30,000 - Nampak sesuatu? - Tak nampak apa-apa. 37 00:02:30,080 --> 00:02:32,120 - Ibu tak bau apa-apa. - Saya pun. 38 00:02:32,200 --> 00:02:35,480 - Noda, mereka kata di mana? - Maaf, tiada kebakaran. 39 00:02:35,560 --> 00:02:38,320 - Maksud awak? - Saya terpaksa bawa awak balik. 40 00:02:38,400 --> 00:02:39,640 Kenapa buat begini? 41 00:02:39,720 --> 00:02:41,600 - Sebab ayah yang suruh. - Ron? 42 00:02:44,280 --> 00:02:45,600 Tinggalkan kami sekejap. 43 00:02:47,360 --> 00:02:49,520 Saya tak nak Steffi jumpa awak dan kecewa. 44 00:02:49,600 --> 00:02:51,000 Itu tak masuk akal, ayah. 45 00:02:51,080 --> 00:02:52,080 Steffi anak awak? 46 00:02:52,800 --> 00:02:54,720 Ya, betul itu. 47 00:02:54,800 --> 00:02:56,120 Penipu ini ayah saya. 48 00:02:56,200 --> 00:02:58,080 Nampaknya dia juga ayah saya. 49 00:02:59,360 --> 00:03:00,640 Kenapa pula begitu? 50 00:03:02,680 --> 00:03:04,520 Kalau begitu, saya ibu Steffi. 51 00:03:06,200 --> 00:03:07,120 - Apa? - Apa? 52 00:03:08,840 --> 00:03:10,720 Lyn Ordóñez ialah ibu saya. 53 00:03:18,200 --> 00:03:19,240 Ayah? 54 00:03:21,440 --> 00:03:23,280 Kamu kembar. 55 00:03:24,480 --> 00:03:27,040 Itu ayah kamu dan saya ibu kamu. 56 00:03:27,640 --> 00:03:30,240 Apa maksud awak? Saya tak tahu pun semua ini. 57 00:03:31,880 --> 00:03:32,960 Mustahil. 58 00:03:34,080 --> 00:03:35,000 Steffi. 59 00:03:35,640 --> 00:03:37,440 Ayah tak nak lukakan kamu. 60 00:03:37,520 --> 00:03:40,280 Ayah nak elak kamu cari ibu yang tak sayangkan kamu. 61 00:03:40,360 --> 00:03:42,360 Saya sayang dia dulu dan sekarang. 62 00:03:42,880 --> 00:03:45,800 Tapi ibu bapa awak yakinkan saya yang lebih baik pisahkan mereka. 63 00:03:47,680 --> 00:03:51,840 Apa yang baiknya rahsiakan kakak dan ibunya daripada seseorang? 64 00:03:53,920 --> 00:03:55,720 Ibu bapa saya pisahkan mereka? 65 00:03:59,680 --> 00:04:00,720 Datuk dan nenek? 66 00:04:01,320 --> 00:04:04,400 Mereka kata awak tak nak anak itu, bukannya ada kembar. 67 00:04:04,480 --> 00:04:08,640 Mereka kata awak langsung tak nak tahu tentang saya dan anak-anak awak. 68 00:04:10,160 --> 00:04:12,280 Nenek dan datuk saya reka semua itu? 69 00:04:17,720 --> 00:04:20,240 Saya tak percaya yang selama ini 70 00:04:21,720 --> 00:04:22,920 saya ada ibu. 71 00:04:25,200 --> 00:04:27,480 Mereka buat saya percaya dia dah mati? 72 00:04:28,880 --> 00:04:30,800 Ayah pula ikut penipuan itu? 73 00:04:34,720 --> 00:04:36,800 Ibu rahsiakan yang saya ada adik. 74 00:04:40,760 --> 00:04:41,960 Jangan sentuh saya. 75 00:05:02,640 --> 00:05:03,680 Keselamatan? 76 00:05:03,760 --> 00:05:05,720 Sedia. Paramedik dan ambulans disahkan. 77 00:05:05,800 --> 00:05:06,880 Podium dah siap? 78 00:05:06,960 --> 00:05:08,800 Kita kurang beberapa kotak, 79 00:05:08,880 --> 00:05:11,360 dan dalam sejam, khemah pelumba akan tiba. 80 00:05:11,440 --> 00:05:13,120 Okey. Juri dah dipilih? 81 00:05:13,200 --> 00:05:16,280 Augusto uruskan hal itu dan dia kata semuanya okey. 82 00:05:22,360 --> 00:05:23,360 Hei. 83 00:05:26,120 --> 00:05:27,040 Nati. 84 00:05:30,200 --> 00:05:34,200 Nati, saya dan Julián fikir mungkin awak boleh bantu kami 85 00:05:34,280 --> 00:05:37,480 tunjuk tempat duduk semasa pertandingan itu. Okey tak? 86 00:05:37,560 --> 00:05:41,040 Ya, apa saja yang awak mahu. Kami selalu ikut arahan awak. 87 00:05:42,040 --> 00:05:43,280 Betul itu, Nati. 88 00:05:44,160 --> 00:05:46,120 Maaf, saya kejam. Tapi lihat. 89 00:05:55,440 --> 00:05:56,880 Zon kawan 90 00:05:56,960 --> 00:05:59,440 Tidak… 91 00:05:59,520 --> 00:06:02,480 - Awak letak rama-rama. - Ya, Nati. 92 00:06:02,560 --> 00:06:05,000 Maaf kerana lembab sangat. 93 00:06:05,080 --> 00:06:09,440 Saya janji akan cuba jadi lebih cepat, pantas. Entahlah. 94 00:06:09,520 --> 00:06:12,480 Asalkan awak cekap dan tak lambat, pasti okey saja. 95 00:06:13,360 --> 00:06:15,480 - Kita patut siarkan video itu? - Ya. 96 00:06:15,560 --> 00:06:17,600 - Saya pun nak sertai. - Mari. 97 00:06:17,680 --> 00:06:19,160 - Dalam kiraan tiga. - Baik. 98 00:06:19,240 --> 00:06:21,600 Tiga, dua, satu… 99 00:06:22,640 --> 00:06:24,000 - Baiklah! - Ya! 100 00:06:24,720 --> 00:06:25,760 Pasukan hebat. 101 00:06:35,560 --> 00:06:38,120 Awak lapang tak? Saya nak cakap dengan awak. 102 00:06:39,280 --> 00:06:41,480 Tak sangka kita akan bertemu lagi. 103 00:06:41,560 --> 00:06:45,400 Apatah lagi nak bercakap selepas awak menghilangkan diri dulu. 104 00:06:46,440 --> 00:06:48,640 Saya rasa kita patut hadapi masa silam kita. 105 00:06:52,720 --> 00:06:57,200 Saya takkan cakap dengan orang yang tipu saya seumur hidup saya. 106 00:06:58,720 --> 00:07:00,680 Ron pun tak tahu kebenarannya. 107 00:07:01,360 --> 00:07:02,840 Mereka juga tipu dia. 108 00:07:02,920 --> 00:07:04,360 Tapi itu bukan alasan. 109 00:07:04,880 --> 00:07:06,560 Dia pilih untuk menipu saya. 110 00:07:10,880 --> 00:07:13,000 Wanita ini sepatutnya jadi ibu saya. 111 00:07:15,680 --> 00:07:18,760 Saya letak gambar wanita tak dikenali di skrin saya. 112 00:07:20,640 --> 00:07:23,240 Sejak saya di sini, saya hadapi semua ini. 113 00:07:23,760 --> 00:07:25,600 Asyik ditipu 114 00:07:27,280 --> 00:07:28,280 berkali-kali. 115 00:07:32,680 --> 00:07:35,680 Cukup. Mari fokus pada pertandingan, okey? 116 00:07:35,760 --> 00:07:36,680 Ya. 117 00:07:36,760 --> 00:07:40,320 Curahkan tenaga dalam pertandingan dan ia akan membantu kita. 118 00:07:42,200 --> 00:07:44,000 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 119 00:07:44,080 --> 00:07:47,200 Saya harap malam awak tak seteruk malam kami. 120 00:07:48,720 --> 00:07:50,800 Apa? Awak gementar tentang pertandingan itu? 121 00:07:50,880 --> 00:07:51,920 Tak juga. 122 00:07:53,760 --> 00:07:55,400 Saya risau tentang keluarga. 123 00:07:55,480 --> 00:07:56,360 Ron? 124 00:08:02,240 --> 00:08:03,800 Saya dan Luz adik-beradik. 125 00:08:06,400 --> 00:08:10,000 Panjang ceritanya dan saya tak mahu kita terganggu dalam pertandingan itu. 126 00:08:10,520 --> 00:08:11,680 Kita bincang nanti. 127 00:08:14,120 --> 00:08:19,200 Steffi, saya Natasha. Awak ingat saya atau ingatan awak tak kembali? 128 00:08:19,280 --> 00:08:22,800 Harapnya begitu, tapi malangnya, awak seperti lipas. 129 00:08:22,880 --> 00:08:24,360 Selamat dalam apa saja. 130 00:08:25,120 --> 00:08:27,240 Nasib baik rasa humor awak kembali. 131 00:08:27,320 --> 00:08:29,360 Hari ini hari yang tenang untuk saya. 132 00:08:29,440 --> 00:08:31,040 Saya mungkin akan bosan. 133 00:08:32,000 --> 00:08:34,320 Mungkin saya boleh bawa Julián bersiar-siar. 134 00:08:34,400 --> 00:08:37,880 Pasti dia sangat bosan dan awak sangat sibuk berlatih. 135 00:08:41,000 --> 00:08:43,280 Steffi lari daripada saya. Pelik. 136 00:08:43,840 --> 00:08:46,040 Dia begitu dengan semua orang atau saya saja? 137 00:08:50,080 --> 00:08:50,920 Apa awak buat? 138 00:08:51,800 --> 00:08:56,520 Mereka kata vitamin dalam buah ini bagus untuk kulit yang sempurna. 139 00:08:58,560 --> 00:09:01,000 Jumpa awak di Correntoso, Natasha. 140 00:09:05,360 --> 00:09:06,640 Saya sentiasa cintakan awak. 141 00:09:07,480 --> 00:09:09,320 Saya pergi sebab ingat awak benci saya. 142 00:09:09,400 --> 00:09:12,400 Satu lagi penipuan ibu bapa saya. Saya patut cari awak. 143 00:09:12,480 --> 00:09:14,800 - Kenapa tak cari? - Saya tak berani. 144 00:09:14,880 --> 00:09:17,440 Saya ingat awak tak sayang saya atau anak saya. 145 00:09:17,520 --> 00:09:20,600 Saya tak pernah bayangkan ada anak lain. Selama ini… 146 00:09:20,680 --> 00:09:25,320 Saya faham ibu bapa saya berbohong, tapi kenapa awak tak beritahu tentang Luz? 147 00:09:25,400 --> 00:09:28,720 - Awak juga terlibat dalam hal ini. - Apa boleh saya buat? 148 00:09:28,800 --> 00:09:30,760 Mereka kata awak kaki perempuan, tak matang 149 00:09:30,840 --> 00:09:32,400 dan tak boleh uruskan dua anak 150 00:09:32,480 --> 00:09:35,760 dan jika mereka ambil seorang, lebih baik ambil dua-dua. 151 00:09:35,840 --> 00:09:37,800 Saya dah buat yang termampu, Ron. 152 00:09:38,600 --> 00:09:40,440 Tak benar. Saya bukan kaki perempuan. 153 00:09:41,760 --> 00:09:44,960 Tapi saya tak matang untuk biarkan ibu bapa saya uruskan segalanya. 154 00:09:47,240 --> 00:09:50,400 Kotak-kotak itu untuk podium. Letak di sana, okey? Terima kasih. 155 00:09:50,920 --> 00:09:53,400 Satu, dua, di sana. 156 00:09:53,480 --> 00:09:55,000 Apa yang saya perlu buat? 157 00:09:55,600 --> 00:09:59,000 - Nati, awak bawa papan markah. - Okey. 158 00:09:59,080 --> 00:10:02,000 Kotak-kotak kayu ini juga untuk podium. 159 00:10:02,080 --> 00:10:05,040 Apabila sampai, pastikan tempat pertama di tengah, 160 00:10:05,120 --> 00:10:07,160 ketiga di kiri dan kedua di kanan. 161 00:10:07,240 --> 00:10:10,280 - Jadi, ketiga di tengah… - Tak, Nati. 162 00:10:10,360 --> 00:10:11,880 Jangan risau, Charlie. 163 00:10:11,960 --> 00:10:13,960 Saya pandai matematik. 164 00:10:14,040 --> 00:10:15,840 Apa kaitannya? 165 00:10:18,000 --> 00:10:19,640 - Hai. Ada khabar? - Hai. 166 00:10:20,320 --> 00:10:23,880 Kami nak pergi ke Correntoso. Nak ambil kesempatan pada hari terakhir. 167 00:10:23,960 --> 00:10:24,920 Okey. 168 00:10:25,520 --> 00:10:26,520 Berseronoklah. 169 00:10:28,120 --> 00:10:30,360 - Saya akan cari yang lain. - Bagus. 170 00:10:32,520 --> 00:10:34,640 Julián, hari ini saya lapang. 171 00:10:35,160 --> 00:10:37,520 Apa kata kita berjalan-jalan untuk berehat? 172 00:10:37,600 --> 00:10:40,960 Alamak, Natasha. Sejujurnya, saya sibuk atur semua ini. 173 00:10:41,040 --> 00:10:43,720 Hari ini dan esok saya sibuk bekerja. Maaf. 174 00:10:43,800 --> 00:10:44,920 Lain kali sajalah. 175 00:10:48,240 --> 00:10:50,840 Saya takkan pergi walaupun ada 10,000 hari cuti. 176 00:10:50,920 --> 00:10:53,680 Awak letakkan dia dalam zon kosong. 177 00:10:54,680 --> 00:10:56,240 Mari. Ayuh. 178 00:11:10,880 --> 00:11:12,560 Jadi kamu kembar, 179 00:11:12,640 --> 00:11:14,120 tapi kembar tak seiras. 180 00:11:18,040 --> 00:11:19,440 Tak sangka betul. 181 00:11:25,600 --> 00:11:28,520 Hari demi hari, aku mencari 182 00:11:28,600 --> 00:11:31,360 Pandanganmu dalam pandanganku 183 00:11:31,440 --> 00:11:34,680 Yang semalam aku nampak dirimu 184 00:11:34,760 --> 00:11:37,560 Aku rasakan dirimu beribu langkah jauhnya 185 00:11:37,640 --> 00:11:40,880 Kau di sisiku 186 00:11:40,960 --> 00:11:44,040 Namun selepas seketika kau akan pergi 187 00:11:44,120 --> 00:11:46,840 Imej ini yang aku tak lupa 188 00:11:46,920 --> 00:11:51,560 Dan berkeras agar aku kembali 189 00:11:52,520 --> 00:11:55,680 Seribu langkah jauhnya aku jumpa diriku 190 00:11:55,760 --> 00:11:58,840 Aku tak terdaya 191 00:11:58,920 --> 00:12:02,080 Mungkin ketakutan, kukembali ke permulaan 192 00:12:02,160 --> 00:12:07,560 Aku pun berlalu semasa mencuba 193 00:12:08,080 --> 00:12:09,400 Baiklah! 194 00:12:10,440 --> 00:12:11,360 Sangat bagus. 195 00:12:11,880 --> 00:12:13,720 - Jujur atau berani? - Apa? 196 00:12:13,800 --> 00:12:16,320 Jujur atau berani? Pilih satu. 197 00:12:16,400 --> 00:12:17,800 - Permainan kanak-kanak. - Ya. 198 00:12:17,880 --> 00:12:20,480 Tapi kalau awak main, apa yang awak pilih? 199 00:12:22,200 --> 00:12:23,040 Jujur. 200 00:12:23,120 --> 00:12:25,160 - Okey. - Tidak, berani. 201 00:12:25,240 --> 00:12:26,840 - Okey. - Tidak, jujur. 202 00:12:26,920 --> 00:12:28,960 - Nati. - Maaf. Jujur. 203 00:12:29,560 --> 00:12:30,520 - Jujur? - Jujur. 204 00:12:31,880 --> 00:12:34,720 Siapa yang awak fikirkan semasa tulis lagu itu? 205 00:12:36,360 --> 00:12:37,800 Awak dah tahu. 206 00:12:38,320 --> 00:12:41,240 Awak? Siapa yang awak fikirkan apabila dengar? 207 00:12:41,800 --> 00:12:43,360 Nampaknya awak pun tahu. 208 00:12:44,840 --> 00:12:47,600 Kamu dah tahu orang yang saya fikir, tapi tiada siapa tanya. 209 00:12:48,840 --> 00:12:50,480 Kasihannya awak. 210 00:12:52,400 --> 00:12:56,160 Kita patut fikir dua kemungkinan, bergantung pada turutan kamu. 211 00:12:56,240 --> 00:12:58,360 Ya, pemilihannya tengah hari ini. 212 00:12:58,440 --> 00:13:01,720 Kami boleh sediakan latihan jika awak mula sebelum Natasha 213 00:13:01,800 --> 00:13:04,920 dan yang lain jika mula selepas dia, berdasarkan markahnya. 214 00:13:06,400 --> 00:13:11,040 Tony, saya terfikir di penghujung aksi, pasti ada helah yang lebih rumit. 215 00:13:12,080 --> 00:13:13,560 Kalau 720, macam mana? 216 00:13:16,120 --> 00:13:17,280 Ia sangat berisiko. 217 00:13:18,040 --> 00:13:21,200 Awak patut cuba jika Natasha beraksi dengan sempurna. 218 00:13:21,280 --> 00:13:22,520 Kita boleh buat sekarang. 219 00:13:23,120 --> 00:13:26,680 Keadaan di sungai itu baik dan tiada bahaya untuk mendarat. 220 00:13:31,920 --> 00:13:35,120 - Hati-hati, ada balak, Steffi! - Hati-hati, Steffi! 221 00:13:36,840 --> 00:13:37,920 Apa pendapat awak? 222 00:13:41,560 --> 00:13:42,720 Awak tak apa-apa? 223 00:13:43,600 --> 00:13:44,440 Ya. 224 00:13:45,760 --> 00:13:46,640 Dengar sini. 225 00:13:47,480 --> 00:13:51,920 Jangan paksa. Yang penting ialah awak bayangkan aksi awak. 226 00:13:53,000 --> 00:13:54,000 Kita boleh pergi. 227 00:13:57,200 --> 00:13:58,280 Mari pergi, Pedro. 228 00:14:11,280 --> 00:14:13,120 Jumpa lagi. Saya nak berehat. 229 00:14:13,200 --> 00:14:14,160 Jadi? 230 00:14:14,240 --> 00:14:17,320 Dah sedia untuk bertanding? Bagaimana dengan latihan? 231 00:14:17,400 --> 00:14:20,560 Sebenarnya berada di situ buat saya seram sejuk. 232 00:14:21,160 --> 00:14:23,960 - Gementar? - Ya, tapi tak seperti masa lain. 233 00:14:24,640 --> 00:14:26,680 Seolah-olah badan saya ingat kemalangan itu. 234 00:14:27,600 --> 00:14:30,360 Lepas beritahu awak, saya rasa gelisah. 235 00:14:31,040 --> 00:14:33,600 - Saya rasa saya boleh bantu. - Bagaimana? 236 00:14:33,680 --> 00:14:35,280 Saya cakap dengan Tony dulu. 237 00:14:40,320 --> 00:14:42,680 - Selamat sejahtera. - Selamat sejahtera. 238 00:14:42,760 --> 00:14:45,160 Kalau awak beritahu, saya beri bilik yang lebih baik. 239 00:14:45,240 --> 00:14:47,400 Cuma Cielo Grande terbakar. 240 00:14:47,920 --> 00:14:51,120 Budak Noda itu beritahu kami ada kebakaran di sini. 241 00:14:51,200 --> 00:14:53,120 Kebakaran? Taklah. 242 00:14:53,200 --> 00:14:54,400 Siapa dia? 243 00:14:54,480 --> 00:14:56,280 Pak ciknya suruh saya beri dia kerja. 244 00:14:56,360 --> 00:14:59,480 Noda fikir kami upah dia, tapi pak ciknya bayar gaji. 245 00:14:59,560 --> 00:15:03,440 Yang paling pelik ialah Ron Navarro arahkan dia untuk reka semua ini. 246 00:15:03,520 --> 00:15:05,400 Ron Navarro, pemain wakeboard? 247 00:15:05,480 --> 00:15:07,120 Ya, yang menginap di sini. 248 00:15:09,240 --> 00:15:11,200 Ron Lavalle ialah Ron Navarro. 249 00:15:12,720 --> 00:15:15,320 Mestilah. Saya tahu saya kenal dia dari suatu tempat. 250 00:15:18,320 --> 00:15:19,560 Augusto, awak tak apa-apa? 251 00:15:20,880 --> 00:15:24,320 Ya. Cuma masalah hutang ini membebankan saya. 252 00:15:24,400 --> 00:15:25,600 Pinjaman? 253 00:15:27,280 --> 00:15:29,800 Ansuran pertama dibayar minggu ini tapi wangnya tiada. 254 00:15:31,000 --> 00:15:33,000 Banyak yang kami capai kerana Luz. 255 00:15:33,720 --> 00:15:38,040 Dia buat semuanya. Awak patut bangga dengan anak awak. 256 00:15:39,840 --> 00:15:41,040 Cuma Luz… 257 00:15:41,640 --> 00:15:42,560 Luz ialah Luz. 258 00:15:46,920 --> 00:15:49,320 Kenapa ada banyak misteri? Awak tahu apa-apa? 259 00:15:49,400 --> 00:15:51,920 Tak tahu. Saya pun tertarik macam awak. 260 00:15:52,000 --> 00:15:52,840 Saya tak tahu. 261 00:15:53,480 --> 00:15:54,920 - Hai. Ada apa? - Hai. 262 00:15:55,000 --> 00:15:57,000 Awak nak bawa kami ke mana? 263 00:15:58,040 --> 00:15:59,520 Awak perlu fokus, bukan? 264 00:15:59,600 --> 00:16:02,640 Sejujurnya, bagus jika tiada apa-apa halangan. 265 00:16:02,720 --> 00:16:05,720 Kita akan bermalam di tepi sungai. 266 00:16:05,800 --> 00:16:08,960 Ya, saya dan Julián dah periksa 267 00:16:09,040 --> 00:16:11,280 dan kami fikir ia rancangan bagus. 268 00:16:12,120 --> 00:16:13,360 Baiklah. Mari? 269 00:16:13,440 --> 00:16:14,920 - Mari. - Mari lakukannya. 270 00:16:41,240 --> 00:16:43,360 Ada banyak komen positif. 271 00:16:43,920 --> 00:16:47,040 Saya masih jumpa beberapa orang yang tak faham jerung. 272 00:16:47,560 --> 00:16:49,600 Ada juga yang tak faham rama-rama. 273 00:16:49,680 --> 00:16:51,280 Tapi kebanyakannya positif. 274 00:16:51,360 --> 00:16:55,280 Kuncinya adalah buat si kembar itu menyebutnya di akaun mereka. 275 00:16:55,360 --> 00:16:59,400 Syabas, semua. Bagaimana dengan "Selamatkan Cielo"? Perlu apa-apa? 276 00:16:59,480 --> 00:17:00,520 Hampir tiada. 277 00:17:00,600 --> 00:17:03,160 Ini laman penaja yang hampir siap. 278 00:17:03,240 --> 00:17:04,720 Esok kita siarkan. Lihat. 279 00:17:04,800 --> 00:17:09,480 Di sini ada jumlah wang terkumpul. Ia beri orang peluang untuk menyumbang 280 00:17:09,560 --> 00:17:13,160 dan jelaskan benda yang kita perlukan daripada wang itu. Semuanya. 281 00:17:14,200 --> 00:17:15,200 Saya dah resah. 282 00:17:15,880 --> 00:17:17,120 Saya lebih resah. 283 00:17:17,640 --> 00:17:19,040 Banyak yang dipertaruhkan. 284 00:17:19,120 --> 00:17:20,800 Jika perlu apa-apa, beritahu saya. 285 00:17:20,880 --> 00:17:23,280 - Baiklah. - Okey, bagus. Mari. 286 00:17:23,360 --> 00:17:24,200 Ron! 287 00:17:27,160 --> 00:17:28,440 Navarro atau Lavalle? 288 00:17:29,480 --> 00:17:32,800 Lavalle daripada ibu saya dan Navarro daripada ayah saya. 289 00:17:42,520 --> 00:17:43,720 Tempat apa ini? 290 00:17:44,600 --> 00:17:46,240 Tempat persembunyian saya. 291 00:17:49,600 --> 00:17:51,480 Sekarang kita di sini, 292 00:17:52,160 --> 00:17:53,240 apa rancangannya? 293 00:17:53,320 --> 00:17:55,520 Saya bawa awak ke tempat istimewa ini 294 00:17:55,600 --> 00:17:59,720 sebab saya rasa ini hubungan yang Steffi perlukan untuk beraksi esok. 295 00:17:59,800 --> 00:18:01,520 Jadi, inilah rancangan awak. 296 00:18:04,800 --> 00:18:05,640 Dengar tak? 297 00:18:10,480 --> 00:18:12,080 Itu bunyi alam semula jadi. 298 00:18:16,520 --> 00:18:20,040 Ideanya adalah untuk tolak apa-apa fikiran dan biarkan fikiran awak kosong. 299 00:18:25,120 --> 00:18:26,880 Sekarang, pejamkan mata. 300 00:18:28,440 --> 00:18:31,080 Kita akan tarik nafas dalam-dalam tiga kali. 301 00:18:32,000 --> 00:18:35,520 Fokus pada udara yang masuk melalui hidung 302 00:18:36,200 --> 00:18:37,880 dan keluar melalui hidung. 303 00:18:40,680 --> 00:18:44,560 Lepaskan semua fikiran. 304 00:18:53,720 --> 00:18:55,320 Apa yang awak fikirkan? 305 00:18:59,160 --> 00:19:00,600 Kemalangan itu lagi. 306 00:19:02,120 --> 00:19:04,000 Setiap kali saya tutup mata, 307 00:19:05,040 --> 00:19:08,320 saya rasakan perasaan daripada saat itu kembali. 308 00:19:10,000 --> 00:19:11,320 Saya tak boleh elak. 309 00:19:12,160 --> 00:19:13,160 Ya, awak boleh. 310 00:19:15,000 --> 00:19:16,720 Fokus pada nafas awak 311 00:19:17,360 --> 00:19:18,280 dan suara saya. 312 00:19:19,480 --> 00:19:20,480 Tutup mata awak. 313 00:19:28,240 --> 00:19:29,560 Lepaskan dengan mudah. 314 00:19:31,440 --> 00:19:33,720 Biarkan fikiran itu berlalu. 315 00:19:34,960 --> 00:19:39,200 Jangan cuba tahan atau halang, tapi lepaskan. 316 00:19:39,880 --> 00:19:42,040 Ambil dan lepaskan. 317 00:19:42,560 --> 00:19:43,440 Seperti udara. 318 00:19:46,440 --> 00:19:47,280 Begitulah. 319 00:19:56,000 --> 00:19:59,480 Kami dah tentukan turutan peserta yang akan mula. 320 00:20:01,360 --> 00:20:02,200 Baiklah! 321 00:20:02,840 --> 00:20:04,280 - Bagus. - Syabas. 322 00:20:04,360 --> 00:20:09,360 Peserta lelaki. Rovegno, Bessi, Scandalori, Blasi, Ferreiro. 323 00:20:09,440 --> 00:20:11,000 Baiklah! 324 00:20:11,080 --> 00:20:15,640 Peserta wanita. Lambert, Velayos, Rossi dan Navarro. 325 00:20:16,320 --> 00:20:17,440 Baiklah! 326 00:20:18,000 --> 00:20:20,040 Itu saja. Esok hari penting. 327 00:20:20,120 --> 00:20:22,280 Harap-harap malam kamu tenang. 328 00:20:23,000 --> 00:20:24,800 Pertandingan menanti. 329 00:20:24,880 --> 00:20:28,360 Selepas pertandingan itu, sediakan pita suara kamu 330 00:20:28,440 --> 00:20:30,400 kerana ada parti di Sky Vibes. 331 00:20:30,480 --> 00:20:31,560 Baiklah! 332 00:20:34,280 --> 00:20:36,280 Di mana Steffi? 333 00:20:37,080 --> 00:20:39,920 Mungkin esok dia takkan muncul untuk pertandingan itu. 334 00:20:52,320 --> 00:20:53,160 Sekarang, 335 00:20:53,680 --> 00:20:55,080 apabila awak bersedia, 336 00:20:55,800 --> 00:20:58,160 awak akan bayangkan aksi awak di Correntoso, 337 00:20:58,240 --> 00:21:00,680 tapi kali ini hasilnya sempurna. 338 00:21:02,240 --> 00:21:04,480 Awak akan bayangkan setiap pergerakan, 339 00:21:06,360 --> 00:21:07,800 setiap titisan air. 340 00:21:08,800 --> 00:21:10,720 Ia hari yang tenang dan cerah. 341 00:21:12,520 --> 00:21:15,200 Fokus pada perasaan awak semasa di sana, 342 00:21:15,800 --> 00:21:17,040 pada pernafasan awak. 343 00:21:18,440 --> 00:21:19,360 Sekarang, 344 00:21:20,320 --> 00:21:21,400 mula beraksi. 345 00:21:23,920 --> 00:21:26,640 Awak buat semua helah dengan sempurna. 346 00:21:28,160 --> 00:21:29,200 Itu saja. 347 00:21:29,720 --> 00:21:30,560 Bagus. 348 00:21:32,080 --> 00:21:33,200 Akhirnya, 349 00:21:34,600 --> 00:21:37,840 awak tamatkan tanpa terjatuh. 350 00:21:37,920 --> 00:21:39,000 Awak berjaya. 351 00:21:47,280 --> 00:21:48,440 Kemudian? 352 00:21:49,040 --> 00:21:50,000 Apa perasaan awak? 353 00:21:50,680 --> 00:21:51,840 Rasa lebih baik. 354 00:21:53,400 --> 00:21:54,560 Terima kasih, Julián. 355 00:21:56,040 --> 00:21:57,720 Itu yang saya perlukan. 356 00:21:58,560 --> 00:22:01,800 Saya akui, pada mulanya, saya tak rasa ini akan berjaya. 357 00:22:02,320 --> 00:22:04,800 Setiap kali saya cuba kosongkan fikiran, 358 00:22:04,880 --> 00:22:07,360 lebih banyak fikiran yang muncul di kepala. 359 00:22:08,400 --> 00:22:13,520 Tapi sekarang saya boleh lepaskan kemarahan saya terhadap ayah saya. 360 00:22:14,040 --> 00:22:15,480 Itu buat saya sangat gembira. 361 00:22:17,200 --> 00:22:21,480 Cuba buat begini apabila awak di garisan permulaan. 362 00:22:24,520 --> 00:22:26,120 Awak pula, Luz? Macam mana? 363 00:22:27,680 --> 00:22:28,520 Baik. 364 00:22:30,720 --> 00:22:33,000 Saya agak terkejut dengan semuanya 365 00:22:33,680 --> 00:22:35,680 dan agak risaukan Charlie dan Nati, 366 00:22:35,760 --> 00:22:38,600 sejak kita biarkan mereka dengan "Selamatkan Cielo." 367 00:22:38,680 --> 00:22:41,040 Tidak, jangan risau tentang itu 368 00:22:41,120 --> 00:22:43,480 sebab mereka aturkan sesuatu yang hebat. 369 00:22:43,560 --> 00:22:44,760 Tengoklah esok. 370 00:22:45,480 --> 00:22:49,000 Lagipun, sesekali bagus juga wakilkan. Banyak yang awak dah buat. 371 00:22:51,800 --> 00:22:52,680 Sebenarnya, 372 00:22:53,400 --> 00:22:57,000 saya tak tahu tentang kamu, tapi meditasi ini buat saya lapar. 373 00:22:57,080 --> 00:22:59,760 - Nak masak makan malam? - Baiklah, saya tolong. 374 00:23:11,080 --> 00:23:12,080 Saya mengganggu? 375 00:23:12,600 --> 00:23:15,960 Langsung tidak. Saya berfikir tentang rahsia alam semesta. 376 00:23:19,520 --> 00:23:20,480 Awak dah kahwin. 377 00:23:21,280 --> 00:23:22,120 Ya. 378 00:23:22,840 --> 00:23:24,360 Saya berkahwin dan bercerai. 379 00:23:24,440 --> 00:23:26,480 Sedihnya. Saya tak tahu, Ron. 380 00:23:27,840 --> 00:23:29,280 Paula, ibu Ian, 381 00:23:29,880 --> 00:23:31,840 sangat penting bagi Steffi. 382 00:23:31,920 --> 00:23:34,720 Dia mendorong Steffi datang ke sini dan cari kebenaran. 383 00:23:37,120 --> 00:23:38,960 Apabila saya tahu tentang Luz, 384 00:23:39,040 --> 00:23:41,360 saya ingat awak kandungkan dia selepas kita bertemu. 385 00:23:42,560 --> 00:23:44,800 Saya tak sangka dia mungkin anak saya. 386 00:23:47,880 --> 00:23:49,760 Tak percaya semua ini berlaku. 387 00:24:05,840 --> 00:24:07,280 Sekarang masanya 388 00:24:07,360 --> 00:24:08,840 Sekaranglah. 389 00:24:08,920 --> 00:24:10,160 Sekarang aku di sini 390 00:24:10,240 --> 00:24:11,960 Sekarang aku pergi 391 00:24:12,040 --> 00:24:14,960 Aku mahu buat, ambil risiko 392 00:24:18,280 --> 00:24:21,400 Tiada cara lain selain mencuba 393 00:24:21,480 --> 00:24:24,040 Siapa tahu? Aku mungkin salah 394 00:24:24,640 --> 00:24:27,800 Bersama, kita lebih ramai 395 00:24:29,320 --> 00:24:32,280 Benar 396 00:24:32,360 --> 00:24:35,400 Aku tak tahu jika ia akan berhasil 397 00:24:35,480 --> 00:24:38,280 Dan ia benar 398 00:24:38,880 --> 00:24:41,320 Kita perlu cuba 399 00:24:41,840 --> 00:24:43,120 Sekarang masanya 400 00:24:43,200 --> 00:24:44,600 Sekaranglah. 401 00:24:44,680 --> 00:24:45,600 Sekarang aku di sini 402 00:24:45,680 --> 00:24:47,840 Sekarang aku pergi 403 00:24:47,920 --> 00:24:51,960 Aku tahu dengan bantuanmu, aku akan berjaya 404 00:24:53,880 --> 00:24:57,160 Bukan soal menang atau kalah 405 00:24:57,240 --> 00:25:00,360 Kita perlu cuba 406 00:25:00,440 --> 00:25:01,920 Sekaranglah masanya 407 00:25:02,720 --> 00:25:06,800 Ambil risiko, hargai persahabatan 408 00:25:06,880 --> 00:25:09,640 Tiada cara lain selain mencuba 409 00:25:09,720 --> 00:25:12,600 Aku tak tahu, aku mungkin terjatuh 410 00:25:12,680 --> 00:25:19,040 Bersama kita lebih ramai 411 00:25:27,840 --> 00:25:31,800 Saya tak bayangkan apabila tiba di sini, semua ini menunggu saya. 412 00:25:33,440 --> 00:25:34,400 Bukan awak saja. 413 00:25:35,640 --> 00:25:37,360 Bukan saya juga. 414 00:25:37,440 --> 00:25:40,920 Awak tak ingat pun. Awak buat perangai ketika kita sampai. 415 00:25:42,000 --> 00:25:44,600 Tapi saya agak cepat mengatasinya. 416 00:25:55,320 --> 00:25:56,200 Mari. 417 00:25:58,080 --> 00:25:59,160 Kami akan kembali. 418 00:26:03,120 --> 00:26:04,040 Awak tahu tak? 419 00:26:08,000 --> 00:26:12,200 Saya rasa jauh di lubuk hati, saya tahu kami ada kaitan. 420 00:26:13,600 --> 00:26:15,240 Masuk akal juga 421 00:26:15,320 --> 00:26:18,040 yang kamu berjumpa di Cielo Grande, 422 00:26:18,720 --> 00:26:19,560 betul tak? 423 00:26:44,240 --> 00:26:45,960 Bulan nampak cantik di sini. 424 00:26:48,120 --> 00:26:52,440 Ini tempat paling istimewa di delta. Kadangkala saya datang dan bermalam. 425 00:26:54,680 --> 00:26:56,480 Saya tak pernah tunjuk kepada sesiapa. 426 00:26:57,440 --> 00:26:58,600 Itu rahsia saya. 427 00:27:01,440 --> 00:27:03,920 Terima kasih atas semua yang awak buat untuk saya. 428 00:27:04,800 --> 00:27:07,200 Meditasi awak banyak membantu saya. 429 00:27:09,120 --> 00:27:11,120 Awak tahu cara terbaik untuk saya. 430 00:27:13,400 --> 00:27:14,560 Saya berbesar hati. 431 00:27:17,680 --> 00:27:20,480 Sekarang saya rasa lebih bersedia untuk pertandingan ini. 432 00:27:21,160 --> 00:27:22,880 Semuanya disebabkan awak. 433 00:29:35,440 --> 00:29:38,360 Terjemahan sari kata oleh Rasheeqa Bahida