1 00:00:44,200 --> 00:00:45,040 Boleh pergi? 2 00:00:50,600 --> 00:00:51,440 Maaf. 3 00:01:02,240 --> 00:01:03,120 Maafkan saya, J. 4 00:01:18,640 --> 00:01:19,880 Tentang Alan. 5 00:01:27,760 --> 00:01:29,960 Saya tahu adik awak tak bersalah. 6 00:01:31,080 --> 00:01:33,800 Mungkin dia dianiaya. 7 00:01:35,280 --> 00:01:39,520 6 HARI LEPAS 8 00:01:41,760 --> 00:01:46,320 Tuan, malam itu pada pukul 9.00 malam, saya pergi ke parti di rumah ladang itu. 9 00:01:47,280 --> 00:01:49,400 Tuan, kami sewa rumah ladang itu. 10 00:01:49,480 --> 00:01:52,960 Tiada sesiapa pasang CCTV di parti peribadi. 11 00:01:53,040 --> 00:01:55,440 -Siapa dalam teksi bersama Alan. -Tiada sesiapa. 12 00:01:55,520 --> 00:01:58,000 -Alamat pemandu teksi itu? -Dia dah tiada. 13 00:01:58,080 --> 00:02:00,800 Dia berpindah ke kampungnya, selamanya. 14 00:02:01,400 --> 00:02:02,320 Assam. 15 00:02:02,400 --> 00:02:06,160 Dah banyak kali saya beritahu. Pada malam itu saya seorang diri. 16 00:02:06,240 --> 00:02:09,920 Tuan, ini rekod teksi yang Alan naiki dari lokasi parti itu. 17 00:02:10,000 --> 00:02:12,480 Nampaknya Alan tak seorang diri malam itu. 18 00:02:12,600 --> 00:02:15,520 Pada awalnya, dia masukkan lokasi rumahnya, 19 00:02:15,600 --> 00:02:19,280 tapi, dalam perjalanan, dia masukkan satu lagi lokasi... 20 00:02:20,080 --> 00:02:21,600 ke rumah En. Kaul. 21 00:02:22,600 --> 00:02:26,720 Anaknya, Rahila dan Alan pergi ke sekolah berasrama yang sama. 22 00:02:35,160 --> 00:02:37,720 Bukankah dia bersama awak di parti itu? 23 00:02:39,880 --> 00:02:43,720 Tuan, tolong jangan libatkan dia. Dia tiada kena mengena. 24 00:02:43,800 --> 00:02:47,160 Saya juga tak nak dia terima apa-apa masalah. 25 00:02:47,240 --> 00:02:50,800 Kenapa? Kenapa awak fikir dia akan terima masalah? 26 00:02:55,920 --> 00:02:58,760 -Awak sembunyikan sesuatu. -Waktu melawat dah tamat. 27 00:02:59,840 --> 00:03:04,600 Shirley, dia bukan seorang diri dalam teksi malam itu, dia bersama seseorang. 28 00:03:06,560 --> 00:03:08,040 Namun, dia menipu kita. 29 00:03:10,840 --> 00:03:12,160 Saya ada tawaran. 30 00:03:13,920 --> 00:03:17,280 Awak berikan saya J yang sedang berlegar bebas... 31 00:03:19,360 --> 00:03:24,000 dan saya berikan awak adik awak yang merana dalam penjara sebagai penjenayah. 32 00:03:25,080 --> 00:03:26,280 Pilihan itu milik awak. 33 00:03:27,920 --> 00:03:29,040 Alan... 34 00:03:31,760 --> 00:03:32,800 atau J. 35 00:03:36,640 --> 00:03:37,480 -JP. -Ya? 36 00:03:37,560 --> 00:03:39,320 -Bawa dia pergi. -Okey, tuan. 37 00:03:39,400 --> 00:03:40,440 Mari, puan. 38 00:03:51,120 --> 00:03:53,280 Ya, tuan? Ya. Kami dah tangkap J. 39 00:03:53,360 --> 00:03:54,960 Kami akan bawa dia ke balai. 40 00:03:56,320 --> 00:03:57,160 Okey. 41 00:03:59,760 --> 00:04:00,680 Baiklah. 42 00:04:02,560 --> 00:04:03,520 Mari teruskan. 43 00:04:06,560 --> 00:04:09,320 -Bagaimana dengan Kabir? -Macam yang saya cakap, 44 00:04:09,400 --> 00:04:13,200 tiada sesiapa akan tahu apa berlaku kepada Avinash. 45 00:04:14,400 --> 00:04:16,840 Kesnya akan ditutup selamanya. 46 00:05:21,920 --> 00:05:25,920 BERNAFAS KE DALAM BAYANG-BAYANG 47 00:05:33,720 --> 00:05:37,200 Kalau saya tembak awak tiga tahun lepas, semua ini tak berlaku. 48 00:05:37,960 --> 00:05:41,280 Dua, empat, lima, sepuluh, tak kira berapa tahun pun, 49 00:05:41,800 --> 00:05:45,000 apabila ada peluang, awak akan lakukan semua ini semula. 50 00:05:46,320 --> 00:05:47,200 Betul, bukan? 51 00:05:56,840 --> 00:05:58,520 Dulu Avinash begini. 52 00:05:58,600 --> 00:05:59,480 Lihat. 53 00:06:04,080 --> 00:06:05,600 Awak jadikan dia begini. 54 00:06:11,840 --> 00:06:13,160 Kita ada masalah. 55 00:06:16,280 --> 00:06:18,520 Saya bertugas di sini. Suryapal Singh. 56 00:06:21,040 --> 00:06:25,000 Pasukan awak lakukan tugas yang baik, tapi kami akan ambil alih sekarang. 57 00:06:25,480 --> 00:06:26,480 Apa masalahnya? 58 00:06:26,560 --> 00:06:28,400 MALAM SEBELUM 59 00:06:28,480 --> 00:06:29,320 Ya? 60 00:06:29,400 --> 00:06:31,280 Ada berita baik untuk tuan. 61 00:06:31,360 --> 00:06:33,320 Datang ke Kannauj secepat mungkin. 62 00:06:34,200 --> 00:06:35,160 Siapa awak? 63 00:06:35,240 --> 00:06:38,720 Cawangan Jenayah Delhi menangkap penjenayah di kawasan awak. 64 00:06:38,800 --> 00:06:40,840 Bertindak sebelum mereka lepas sempadan. 65 00:06:40,920 --> 00:06:43,840 Jika tidak, senior tuan boleh... 66 00:06:44,440 --> 00:06:45,760 Saya harap awak faham. 67 00:06:45,840 --> 00:06:48,800 Jadi, lebih baik awak serahkan dia kepada kami. 68 00:06:48,880 --> 00:06:51,600 Dia pelarian dari Delhi. Jangan sentuh dia. 69 00:06:51,680 --> 00:06:53,840 Pembunuhan terakhirnya berlaku 70 00:06:53,920 --> 00:06:56,800 di kawasan kami, jadi, kami yang akan penjarakan dia, 71 00:06:56,880 --> 00:06:57,880 di Kannauj. 72 00:06:58,640 --> 00:07:01,400 Konstabel, bawa si tak guna ini bersama kita! 73 00:07:01,480 --> 00:07:02,320 Berundur! 74 00:07:03,320 --> 00:07:04,720 Jangan sentuh dia! 75 00:07:06,200 --> 00:07:09,400 Panggilan untuk awak. Jawab sajalah cepat. 76 00:07:10,440 --> 00:07:11,280 Helo? 77 00:07:14,600 --> 00:07:16,280 Tanya bos awak siapa saya. 78 00:07:16,360 --> 00:07:19,160 Satu panggilan, semua jabatan awak dapat masalah! 79 00:07:33,200 --> 00:07:34,040 Tuan. 80 00:07:34,120 --> 00:07:38,360 Kalau awak rasa nak jadi wira lagi, pastikan awak beritahu saya dulu. 81 00:07:38,960 --> 00:07:42,760 Saya boleh uruskannya. Sekarang perlu uruskan pegawai itu pula! 82 00:07:42,840 --> 00:07:45,000 Bawa dia ke Delhi, mengikut protokol. 83 00:07:45,560 --> 00:07:46,760 Namun, bagaimana? 84 00:07:46,840 --> 00:07:50,680 Awak patut baca jadual mahkamah sebelum cuba jadi wira. 85 00:07:50,760 --> 00:07:52,360 Mahkamah tutup hari Ahad. 86 00:07:52,440 --> 00:07:54,200 Jadi, buat satu perkara. 87 00:07:54,280 --> 00:07:57,680 Saya akan minta waran pemindahan daripada mahkamah tempatan. 88 00:07:57,760 --> 00:08:01,880 Faham? Sebelum itu, awak perlu serahkan dia kepada polis tempatan. 89 00:08:01,960 --> 00:08:04,160 Saya perlu duduk di sini 24 jam lagi? 90 00:08:04,240 --> 00:08:07,360 Avinash akan ditahan di penjara daerah tempatan. 91 00:08:07,440 --> 00:08:10,280 Satu-satunya tempat yang ada keselamatan yang tinggi. 92 00:08:10,360 --> 00:08:14,000 Sementara itu, saya akan dapatkan waran itu secepat yang mungkin. 93 00:08:14,080 --> 00:08:14,920 Tuan. 94 00:08:32,440 --> 00:08:35,360 BENIRAM MOOLCHAND PEMBUAT MINYAK WANGI KANNAUJ U.P. 95 00:09:04,200 --> 00:09:05,520 Ini teh untuk tuan. 96 00:09:05,600 --> 00:09:08,640 PENJARA DAERAH 97 00:09:12,120 --> 00:09:14,720 Tuan, teh dah sejuk. Nak saya ambil yang panas? 98 00:09:25,520 --> 00:09:27,360 PENJARA DAERAH KANNAUJ, UTTAR PRADESH 99 00:09:35,320 --> 00:09:39,080 Bayi nampak elok saja. 100 00:09:39,160 --> 00:09:40,320 11 TAHUN LEPAS 101 00:09:40,400 --> 00:09:43,080 Lebih kurang sepuluh sentimeter dan... 102 00:09:43,960 --> 00:09:47,040 tangan dan kuku dah terbentuk. 103 00:09:47,120 --> 00:09:50,760 Awak nampak? Kantung kecil itu? 104 00:09:50,880 --> 00:09:52,280 Itulah bayi awak. 105 00:09:53,200 --> 00:09:57,120 Avi, saya baru keluar hotel. Saya akan sampai dalam 15 ke 20 minit. 106 00:09:57,200 --> 00:09:58,880 Saya dalam perjalanan. 107 00:09:59,000 --> 00:10:00,760 Ada kelewatan sedikit di hotel. 108 00:10:00,840 --> 00:10:01,640 Okey. 109 00:10:04,480 --> 00:10:06,720 Zahir, mereka memandu dengan berbahaya. 110 00:10:12,760 --> 00:10:14,640 Berani awak buat begini? 111 00:10:14,720 --> 00:10:17,320 -Keluar, tak guna! -Apa awak sedang lakukan? 112 00:10:17,400 --> 00:10:19,720 -Keluar. Cepat! -Zahir, jangan keluar. 113 00:10:19,760 --> 00:10:21,760 Awak perlu keluar, tak guna! 114 00:10:44,120 --> 00:10:47,400 Apa yang berlaku? Awak tak makan malam semalam? 115 00:11:06,120 --> 00:11:09,320 Setengah jam saja. Dia perlu berbincang dengan seseorang. 116 00:11:09,400 --> 00:11:11,600 Awak baring di tempat dia. 117 00:11:11,680 --> 00:11:14,480 Tiada sesiapa tahu. Lihat apa saya ada untuk awak. 118 00:11:18,120 --> 00:11:20,640 Dengan wang ini, awak boleh upah sepuluh orang. 119 00:11:22,760 --> 00:11:25,920 Banduan akan pergi makan tengah hari pukul 11.00, 120 00:11:26,000 --> 00:11:27,760 jadi awak cuma ada satu jam. 121 00:11:28,320 --> 00:11:30,640 Berbincang segera dan kemudian kembali. 122 00:11:34,640 --> 00:11:37,160 -Minyak wangi ros. -Hei, ke tepi. 123 00:11:37,240 --> 00:11:39,880 Minyak wangi ros, belilah. 124 00:11:40,440 --> 00:11:43,400 -Apa yang ada dalam mahkamah ini? -Minyak wangi? 125 00:11:43,480 --> 00:11:46,440 Sama macam petha dari Agra terkenal di seluruh India, 126 00:11:46,520 --> 00:11:48,800 minyak wangi Kannauj terkenal juga. 127 00:11:49,520 --> 00:11:51,760 Faham maksud saya, bukan? Minyak wangi. 128 00:11:51,840 --> 00:11:55,280 Penjara kami ada kontrak dengan syarikat pembuat minyak wangi. 129 00:11:56,040 --> 00:11:59,320 Dah selesai? Boleh lihat jika arahan dah keluar? 130 00:12:00,040 --> 00:12:02,040 Ada di sana. Ikut saya. 131 00:12:14,640 --> 00:12:20,200 Manoj Gupta. Dia pernah jadi penyelia kilang di Delhi. 132 00:12:20,840 --> 00:12:23,400 Selepas awak keluar, cari dia. 133 00:12:23,880 --> 00:12:24,960 Cantik. 134 00:12:39,760 --> 00:12:42,680 Manoj Gupta ada di Penjara Daerah Kannauj, 135 00:12:42,760 --> 00:12:44,840 disebabkan kes bunuh diri isterinya. 136 00:12:44,920 --> 00:12:48,480 Dia penyelia jabatan minyak wangi di sana. 137 00:12:50,640 --> 00:12:53,760 Kita bunuh Neeraj dalam tren kemudian pergi ke Kannauj. 138 00:12:55,000 --> 00:12:59,200 Kabir akan tangkap saya di sana dan bawa saya berjumpa Manoj. 139 00:12:59,960 --> 00:13:03,560 Maksud awak, dia akan bawa pemangsa mendekati mangsa? 140 00:13:03,640 --> 00:13:05,200 Kenapa dia akan buat begitu? 141 00:13:05,720 --> 00:13:09,760 Sebab sekarang, Kabir tahu kelemahan Shirley. 142 00:13:11,120 --> 00:13:12,160 Alan. 143 00:13:12,960 --> 00:13:17,800 Dia akan gunakan Shirley melalui Alan untuk dapatkan saya. 144 00:13:18,400 --> 00:13:22,120 Jadi sekarang, Shirley akan bawa Kabir kepada saya, 145 00:13:22,720 --> 00:13:24,760 dan Kabir akan bawa Alan kepada Shirley. 146 00:13:29,400 --> 00:13:31,800 Shirley banyak membantu saya. 147 00:13:31,960 --> 00:13:35,960 Sekarang giliran saya untuk membalas jasa tanpa jadikannya... 148 00:13:37,400 --> 00:13:38,960 nampak macam membalas jasa. 149 00:13:41,720 --> 00:13:44,240 Bagaimana jika Kabir bawa awak ke tempat lain? 150 00:13:45,960 --> 00:13:48,040 Bandar tempat dia akan tangkap saya 151 00:13:48,680 --> 00:13:51,800 ada satu saja penjara yang ada kawalan ketat. 152 00:13:56,640 --> 00:13:58,680 PENJARA DAERAH 153 00:14:09,960 --> 00:14:12,440 BENGKEL MINYAK WANGI 154 00:15:06,480 --> 00:15:07,960 Saya baru berjumpa Alan. 155 00:15:09,800 --> 00:15:11,680 Dia dalam keadaan yang teruk. 156 00:15:14,040 --> 00:15:15,640 Saya dah lakukan tugas saya. 157 00:15:16,800 --> 00:15:18,120 Giliran awak pula. 158 00:15:20,840 --> 00:15:21,680 Saya tahu. 159 00:15:23,160 --> 00:15:24,240 Ini dia, tuan. 160 00:15:25,720 --> 00:15:27,440 Hadiah untuk awak daripada kami. 161 00:15:28,520 --> 00:15:30,360 Arahan pemindahan penjenayah. 162 00:15:32,120 --> 00:15:33,360 Saya telefon nanti. 163 00:16:10,680 --> 00:16:13,120 Kenapa awal sangat? Waktu makan tengah hari. 164 00:16:14,000 --> 00:16:16,240 Minyak wangi sedang memekat. Datang semula. 165 00:16:20,600 --> 00:16:21,960 Mereka kata... 166 00:16:23,480 --> 00:16:25,520 persahabatan dalam penjara... 167 00:16:29,720 --> 00:16:31,160 bertahan sampai mati. 168 00:16:53,960 --> 00:16:55,720 Inilah cuaca yang saya suka. 169 00:16:57,560 --> 00:16:58,960 Awak dari mana? 170 00:17:00,560 --> 00:17:01,400 Dari Aligarh. 171 00:17:03,160 --> 00:17:04,560 Isteri saya dari Kannauj. 172 00:17:06,600 --> 00:17:09,440 Saya jumpa tempat yang baik untuk tinggal di sini. 173 00:17:20,240 --> 00:17:21,280 Jadi... 174 00:17:22,320 --> 00:17:23,440 kenapa awak di sini? 175 00:17:29,520 --> 00:17:30,720 Disebabkan isteri saya. 176 00:17:32,040 --> 00:17:35,040 Dia mati dan saya dipenjarakan di sini. 177 00:17:38,280 --> 00:17:39,720 Saya dah tiga tahun di sini, 178 00:17:41,320 --> 00:17:42,560 ada dua tahun lagi. 179 00:17:45,200 --> 00:17:46,520 Kadangkala saya fikir, 180 00:17:47,200 --> 00:17:50,320 bolehkah mengubah seseorang dengan memenjarakannya? 181 00:17:52,960 --> 00:17:54,200 Awak pernah rasakannya? 182 00:17:55,560 --> 00:17:56,440 Rasa sesal? 183 00:17:57,320 --> 00:17:58,560 Pergi mati dengan sesal! 184 00:17:59,160 --> 00:18:01,240 Kenapa nak bertaubat disebabkan dia? 185 00:18:01,320 --> 00:18:04,800 Dia terbakar di depan saya dan menyebabkan saya dipenjara. 186 00:18:06,200 --> 00:18:09,040 Dia boleh saja lompat bawah bas atau kereta api. 187 00:18:09,640 --> 00:18:12,040 Tak perlu saya terima penyeksaan ini. 188 00:18:12,080 --> 00:18:14,560 Saya boleh jadi gila disebabkan leterannya. 189 00:18:14,640 --> 00:18:16,520 Patutnya saya pukul dia cukup-cukup. 190 00:18:17,400 --> 00:18:18,640 Dia layak menerimanya. 191 00:18:20,240 --> 00:18:21,720 Nasib baik dia dah mati. 192 00:18:24,640 --> 00:18:26,920 Marilah, kita ada banyak kerja. 193 00:18:30,560 --> 00:18:32,640 Penjara memang boleh mengubah manusia, 194 00:18:34,080 --> 00:18:35,320 tapi bukan haiwan. 195 00:18:35,920 --> 00:18:38,080 Lupakan hidup di luar penjara, 196 00:18:39,200 --> 00:18:41,200 lahir pun awak tak layak sebenarnya. 197 00:18:46,440 --> 00:18:49,200 Langsung tiada rasa sesal dalam diri awak. 198 00:18:58,640 --> 00:19:01,320 Hei, dah banyak sangat saya dengar. 199 00:19:03,560 --> 00:19:07,040 Jangan ajar saya hanya kerana awak beri saya rokok. 200 00:19:14,480 --> 00:19:16,400 Awak tak sepatutnya buat begini. 201 00:19:38,760 --> 00:19:39,560 Lepaskan! 202 00:20:13,240 --> 00:20:14,080 Lepaskan! 203 00:20:19,040 --> 00:20:20,800 Dia dah pergi. Saya faham. 204 00:21:10,400 --> 00:21:12,560 Cuma tercalar saja! Jangan pukul dia. 205 00:21:12,640 --> 00:21:16,080 -Awak tiada insurankah? -Berikan saya 15,000 rupee! 206 00:21:16,200 --> 00:21:17,680 Dia langgar kereta saya! 207 00:21:17,760 --> 00:21:19,800 Saya tak berapa sihat. Saya hamil. 208 00:21:19,920 --> 00:21:22,480 -Saya nak balik. -Jadi? Beri saya 15,000 rupee. 209 00:21:22,560 --> 00:21:23,960 -Berikan wang itu. -Okey. 210 00:21:28,960 --> 00:21:31,320 Awak tak patut buat begitu kepada Abha. 211 00:21:32,960 --> 00:21:37,160 Awak tak patut buat begitu kepada Abha. 212 00:21:41,040 --> 00:21:43,000 -Avi! -Awak telefon siapa? 213 00:21:43,080 --> 00:21:44,920 -Abha. -Letakkan telefon itu! 214 00:21:45,000 --> 00:21:46,960 -Helo? -Berhenti! Jangan! 215 00:21:47,040 --> 00:21:49,440 -Berani awak sentuh saya! -Berikan telefon itu. 216 00:21:49,520 --> 00:21:52,160 Berhenti! Jangan sentuh saya! 217 00:21:52,240 --> 00:21:53,440 Berikan telefon itu! 218 00:22:01,040 --> 00:22:02,360 Abha, apa sedang berlaku? 219 00:22:03,440 --> 00:22:05,640 Abha? 220 00:22:36,840 --> 00:22:40,200 Maaf, tuan. Bayi tak dapat diselamatkan. 221 00:22:49,240 --> 00:22:53,040 Pemandu awak dan saksi yang ada tolong kami tangkap dia. 222 00:22:53,120 --> 00:22:54,720 Nama dia Manoj Gupta. 223 00:24:07,800 --> 00:24:10,320 Tuan, gambar lokasi jenayah berdefinisi tinggi. 224 00:24:10,400 --> 00:24:11,640 Dia seorang wanita. 225 00:24:44,640 --> 00:24:45,840 Kita berjumpa lagi, 226 00:24:47,120 --> 00:24:51,280 Dr. Avinash Sabharwal. 227 00:24:53,600 --> 00:24:57,280 Bagus. Beritahu saya sebaik saja awak sampai Delhi. Okey? 228 00:25:00,920 --> 00:25:05,160 En. Marwah, hantar pegawai yang awak percaya. 229 00:25:05,240 --> 00:25:08,000 Kita perlu jemput mereka dengan penuh gaya. 230 00:25:09,200 --> 00:25:11,720 -Selamat pagi, ayah. -Selamat pagi. 231 00:25:11,800 --> 00:25:14,920 -Kamu tak pergi studio? -Saya pergi sekejap lagi. 232 00:25:15,000 --> 00:25:16,680 -Sebenarnya... -Ayah, 233 00:25:17,800 --> 00:25:20,360 saya cuma nak berbual dengan ayah. 234 00:25:21,880 --> 00:25:25,400 Ayah boleh selamatkan Alan, bukan? 235 00:25:29,440 --> 00:25:31,000 Ayah boleh selamatkan... 236 00:25:33,520 --> 00:25:34,880 Namun, ayah pilih kamu. 237 00:26:00,840 --> 00:26:02,840 Saya asyik terfikir perkara yang sama. 238 00:26:02,920 --> 00:26:05,360 Doktor yang memberi nasihat kepada pesakit, 239 00:26:05,440 --> 00:26:07,240 yang membantu mereka... 240 00:26:09,080 --> 00:26:10,800 dia bunuh enam orang. 241 00:26:11,600 --> 00:26:14,760 Mangsa terakhirnya ialah seorang lelaki buta. 242 00:26:16,520 --> 00:26:17,440 Sanggup awak? 243 00:26:21,920 --> 00:26:23,680 Saya tak nak bunuh dia. 244 00:26:32,520 --> 00:26:34,480 Dia di sini. Awak boleh hentikannya. 245 00:26:35,080 --> 00:26:36,800 Siapa mangsa yang lain? 246 00:26:36,880 --> 00:26:39,160 Siapa membantu J selain awak? 247 00:26:40,480 --> 00:26:42,680 Sebelum ini awak lakukan demi Siya. 248 00:26:42,760 --> 00:26:46,240 Namun, Siya dan Abha selamat sekarang. 249 00:26:46,320 --> 00:26:48,040 Jadi, kenapa awak bantu J? 250 00:26:49,320 --> 00:26:51,120 Atau ada sebab yang lain? 251 00:26:53,360 --> 00:26:56,080 Awak tak pernah mengalah. 252 00:27:04,400 --> 00:27:05,240 Masa. 253 00:27:05,880 --> 00:27:09,480 Pukul berapa? Sekarang pukul 1.00 petang. Awak ada janji temukah? 254 00:27:10,600 --> 00:27:15,440 Jika ada orang asing tawarkan sesuatu dengan percuma... 255 00:27:17,880 --> 00:27:21,800 tak bermakna awak patut jemput dia balik ke rumah awak. 256 00:27:23,600 --> 00:27:26,040 Saya betul, bukan, Prakash? 257 00:27:27,280 --> 00:27:30,360 Telefon rumah awak dan tanya jika mereka ada janji temu. 258 00:27:41,400 --> 00:27:44,000 -Helo? Mengejutkan! -Helo, Madhvi. 259 00:27:44,080 --> 00:27:45,240 Apa yang berlaku? 260 00:27:45,320 --> 00:27:46,480 Semuanya okey? 261 00:27:46,560 --> 00:27:49,920 Saya jumpa satu tawaran daripada kawalan haiwan perosak. 262 00:27:50,000 --> 00:27:53,200 Mereka akan hapuskan haiwan perosak di rumah kita 263 00:27:53,280 --> 00:27:55,440 sepanjang tahun secara percuma. 264 00:27:55,520 --> 00:27:57,960 Jadi, saya gores dan menang! 265 00:27:58,560 --> 00:28:01,920 Jangan risau, puan. Saya dah periksa. Saya akan bunuh semua. 266 00:28:02,000 --> 00:28:03,360 -Apa? -Lipas? 267 00:28:03,440 --> 00:28:06,280 -Awak dengar? -Helo, Madhvi. Siapa di sana? 268 00:28:06,360 --> 00:28:08,840 Tunggulah dulu. Saya sedang bercakap dengannya. 269 00:28:08,920 --> 00:28:11,680 Ini baru pemeriksaan pertama, 270 00:28:11,760 --> 00:28:15,520 -dia akan buat empat kali tahun ini! -Menyelamatkan saya... 271 00:28:17,320 --> 00:28:20,440 -akan menyelamatkan Madhvi. -Apa maksud awak? 272 00:28:24,800 --> 00:28:27,320 Kita berdua akan dapat peluang ini lagi. 273 00:28:29,560 --> 00:28:32,200 Namun, hidup yang berikan awak peluang... 274 00:28:33,600 --> 00:28:34,600 bukan kematian. 275 00:28:37,600 --> 00:28:38,800 Buatlah keputusan. 276 00:28:58,560 --> 00:29:03,280 Sehingga sekarang, semuanya antara polis dan penjenayah. 277 00:29:04,560 --> 00:29:06,960 Awak akan menyesal kerana libatkan keluarga. 278 00:29:08,920 --> 00:29:10,320 Larilah, J, lari. 279 00:29:11,560 --> 00:29:13,680 Awak dah kehabisan tempat selamat. 280 00:29:14,160 --> 00:29:15,760 Sebab mulai sekarang, 281 00:29:17,200 --> 00:29:20,320 setiap saat, dunia ini akan mengecil bagi awak. 282 00:29:21,440 --> 00:29:26,320 Awak akan rasa sukar untuk jumpa empat lagi mangsa. 283 00:29:29,000 --> 00:29:30,040 Bukan empat... 284 00:29:31,800 --> 00:29:32,680 tiga. 285 00:29:47,320 --> 00:29:51,480 Manoj Gupta, mangsa ketujuh saya. 286 00:29:51,640 --> 00:29:53,400 PENJARA DAERAH KANNAUJ 287 00:29:53,920 --> 00:29:54,960 Tak peka. 288 00:31:01,080 --> 00:31:03,800 Saya rasa tuan perlu fikirkan semula. 289 00:31:03,880 --> 00:31:05,640 Tuan boleh mendapat masalah. 290 00:31:11,960 --> 00:31:12,800 -Jadi? -Tuan. 291 00:31:12,880 --> 00:31:13,920 -Sedia? -Sedia, tuan. 292 00:31:15,760 --> 00:31:17,320 Suruh mereka pergi. 293 00:31:18,360 --> 00:31:21,360 -Pergi dari sini! -Pasti mereka dalam perjalanan. 294 00:31:23,280 --> 00:31:24,960 Banyak panggilan daripada dia. 295 00:31:25,640 --> 00:31:27,480 Sebab apa saya terima kejutan ini? 296 00:31:35,920 --> 00:31:37,240 Kes Ravana. 297 00:31:38,680 --> 00:31:40,280 Saya bersedia ditemu bual. 298 00:31:54,360 --> 00:31:57,240 Dua papad dan semangkuk raita sudah cukup. 299 00:31:57,320 --> 00:32:00,640 Kawan! Belanjalah saya di Haldiram, sekali saja. 300 00:32:05,200 --> 00:32:06,880 Si dungu itu menderamkan kereta. 301 00:32:10,000 --> 00:32:13,280 AVI Saya di pintu pagar belakang 302 00:32:16,200 --> 00:32:17,840 Maaf, pak cik! Saya okey! 303 00:32:22,720 --> 00:32:25,360 Matahari terbenam dan parti bermula. 304 00:32:39,800 --> 00:32:42,160 Saya tahu saya tak patut datang, Abha. 305 00:32:42,960 --> 00:32:44,240 Namun, saya perlu. 306 00:32:46,360 --> 00:32:48,680 Saya perlu berbual dengan awak sebelum... 307 00:32:51,600 --> 00:32:52,920 Sebelum apa? 308 00:32:58,120 --> 00:33:02,080 Saya tak tahu apa akan berlaku sekarang, apa Kabir akan lakukan. 309 00:33:03,600 --> 00:33:05,200 Apa maksud awak? 310 00:33:13,160 --> 00:33:14,400 Manoj Gupta. 311 00:33:16,680 --> 00:33:18,040 Kita lupa tentang dia... 312 00:33:19,920 --> 00:33:20,840 tapi J tak lupa. 313 00:33:30,920 --> 00:33:32,920 Selamat datang ke segmen istimewa. 314 00:33:33,000 --> 00:33:35,240 Kita bersama Kabir Sawant secara langsung. 315 00:33:35,320 --> 00:33:37,920 Watak utama di sebalik penangkapan Avinash, 316 00:33:38,000 --> 00:33:40,080 yang dikenali sebagai "Pembunuh Ravan." 317 00:33:40,160 --> 00:33:42,440 Kabir akan berkongsi tentang kes 318 00:33:42,520 --> 00:33:44,520 yang mengejutkan seluruh negara. 319 00:33:44,600 --> 00:33:47,400 Masih ramai menggigil apabila memikirkannya. 320 00:33:49,520 --> 00:33:51,960 Selepas pembunuhan, saya benci diri sendiri. 321 00:33:53,280 --> 00:33:57,640 Saya hancurkan keluarga lain untuk selamatkan keluarga sendiri. 322 00:34:00,520 --> 00:34:01,640 Namun, bukan kali ini. 323 00:34:04,200 --> 00:34:06,640 Memang saya yang lakukannya kali ini. 324 00:34:11,000 --> 00:34:16,560 Saya dapat rasakan nyawanya keluar daripada dirinya. 325 00:34:17,640 --> 00:34:21,520 Selepas kami faham, kami tahu kami boleh hentikan Avinash. 326 00:34:21,600 --> 00:34:24,120 Kami yakin kami boleh tangkap dia. 327 00:34:25,160 --> 00:34:26,680 Namun, kami silap. 328 00:34:28,080 --> 00:34:31,640 Avinash dah melarikan diri dari rumah sakit mental. 329 00:34:35,680 --> 00:34:38,560 Kami perlu rahsiakannya kerana menerima tekanan. 330 00:34:38,640 --> 00:34:40,280 Kesilapan terbesar kami. 331 00:34:40,360 --> 00:34:43,640 Saya faham, itu kegagalan polis paling besar juga. 332 00:34:43,760 --> 00:34:45,480 Saya akan bertanggungjawab penuh. 333 00:34:45,560 --> 00:34:49,000 Saya tak boleh rahsiakannya lagi. Saya tak nak sembunyikannya. 334 00:34:49,640 --> 00:34:51,600 Buat kali pertama saya rasa... 335 00:34:53,640 --> 00:34:55,600 J dan saya sama saja. 336 00:34:58,120 --> 00:34:59,960 Saya bukan begitu, Abha. 337 00:35:06,280 --> 00:35:09,960 Saya tak nak jadi J dalam usaha menghancurkan dia. 338 00:35:10,960 --> 00:35:12,400 Saya nak meminta bantuan. 339 00:35:12,480 --> 00:35:14,800 Saya di sini untuk memberitahu orang ramai 340 00:35:14,880 --> 00:35:17,440 bahawa tiga nyawa masih dalam bahaya. 341 00:35:17,520 --> 00:35:20,800 Di mana Avinash dan siapa mangsa seterusnya? Kita tak tahu. 342 00:35:21,400 --> 00:35:25,160 Jadi, sesiapa saja yang menonton boleh membantu kami. 343 00:35:25,200 --> 00:35:26,760 Kalau anda nampak Avinash 344 00:35:26,840 --> 00:35:29,040 atau ada maklumat tentang mangsanya, 345 00:35:29,120 --> 00:35:30,800 beritahu kami secepat mungkin. 346 00:35:30,880 --> 00:35:33,040 Terus beritahu polis. 347 00:35:33,120 --> 00:35:35,120 -Tuan, dah lihat berita? -Apa? 348 00:35:37,040 --> 00:35:39,360 Kita semua tahu apa perlu dilakukan. 349 00:35:39,440 --> 00:35:42,600 Sekarang, kita perlu selamatkan nyawa. 350 00:35:42,640 --> 00:35:45,400 Saya pasti anda dapat bantu kami tangkap J. 351 00:35:45,480 --> 00:35:46,640 Celaka! 352 00:35:46,760 --> 00:35:48,560 Awak bukan pembunuh. 353 00:35:49,800 --> 00:35:50,640 Okey? 354 00:35:55,840 --> 00:35:56,640 Ya, Reva? 355 00:36:03,160 --> 00:36:05,160 Avinash, J, siapa pun awak, 356 00:36:05,680 --> 00:36:08,640 kalau awak sedang menonton, awak perlu faham. 357 00:36:09,560 --> 00:36:12,120 Dunia awak dah mula mengecil. 358 00:36:13,000 --> 00:36:14,480 Masa awak dah suntuk. 359 00:36:18,960 --> 00:36:22,480 BERITA NATION 24/7 - LANGSUNG BERITA TERGEMPAR 360 00:38:27,120 --> 00:38:29,120 Terjemahan sari kata oleh Sahal Sharir 361 00:38:29,280 --> 00:38:31,280 Penyelia Kreatif Vincent Lim