1 00:00:08,007 --> 00:00:11,587 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:13,972 --> 00:00:15,472 - Selamat pagi… - Selamat pagi… 3 00:00:15,557 --> 00:00:16,927 Sedapnya bau! 4 00:00:17,600 --> 00:00:19,390 Kamu baru bangun? 5 00:00:19,477 --> 00:00:22,517 Apa? Anna masak sarapan? 6 00:00:22,605 --> 00:00:23,895 Tak perlu terkejut sangat. 7 00:00:24,482 --> 00:00:25,532 Dia yang masak. 8 00:00:26,109 --> 00:00:27,359 Selamat pagi. 9 00:00:27,444 --> 00:00:28,284 Yoh! 10 00:00:29,320 --> 00:00:31,780 - Ryu Pedang Kayu! - Kenapa awak… 11 00:00:32,615 --> 00:00:35,445 Anna beritahu saya segalanya yang berlaku malam tadi. 12 00:00:35,535 --> 00:00:37,865 Saya tak sedarkan diri selepas dirasuk 13 00:00:37,954 --> 00:00:39,664 dan awak benarkan saya tidur di sini. 14 00:00:39,748 --> 00:00:43,498 Tapi kenapa awak nampak bertenaga? 15 00:00:43,585 --> 00:00:47,505 Orang biasa tentunya terlantar di katil selama seminggu selepas dirasuk! 16 00:00:47,589 --> 00:00:50,719 Saya pun terkejut. Nampaknya setelah dirasuk oleh Tokageroh, 17 00:00:50,800 --> 00:00:52,340 kuasa yang terpendam kini bangkit. 18 00:00:52,427 --> 00:00:53,257 Maksud awak… 19 00:00:54,095 --> 00:00:55,385 Kuasa seorang Dukun. 20 00:00:56,848 --> 00:00:58,928 Jadi dia nampak saya? 21 00:00:59,017 --> 00:01:00,437 Sudah tentu! 22 00:01:00,518 --> 00:01:03,478 Sejak saya lahir, saya mencari-cari 23 00:01:03,563 --> 00:01:05,863 tempat yang sesuai untuk diri saya. 24 00:01:05,940 --> 00:01:08,190 Tapi sekarang, buat kali pertamanya, 25 00:01:08,276 --> 00:01:10,816 saya rasa saya dah jumpa tempat saya! 26 00:01:11,654 --> 00:01:13,204 Tuan! Cik! 27 00:01:13,281 --> 00:01:15,911 Izinkan saya bekerja di rumah penginapan ini 28 00:01:15,992 --> 00:01:17,162 sebagai tukang masak! 29 00:01:22,290 --> 00:01:25,250 Menjadi pemilik rumah penginapan yang anggun pun boleh tahan. 30 00:02:58,177 --> 00:03:01,427 EPISOD 5 KUASA GHAIB 31 00:03:01,514 --> 00:03:03,394 Itu Harusame? 32 00:03:03,474 --> 00:03:05,564 Awak tak ingat, bukan? 33 00:03:05,643 --> 00:03:09,403 Saya seru Mosuke dengan jampi Itako dan dia merasuk badan awak 34 00:03:09,480 --> 00:03:10,900 untuk membaiki pedang itu. 35 00:03:11,482 --> 00:03:13,112 Amidamaru! 36 00:03:13,192 --> 00:03:16,992 Berani awak patahkan pedang saya lagi? 37 00:03:17,071 --> 00:03:18,871 Bedebah! 38 00:03:18,948 --> 00:03:22,118 Apa? Awak yang buat saya menunggu selama 600 tahun, 39 00:03:22,201 --> 00:03:23,491 bedebah! 40 00:03:28,124 --> 00:03:30,294 Saya rindu awak, Amidamaru! 41 00:03:30,919 --> 00:03:33,209 Lama tak jumpa, Mosuke! 42 00:03:35,089 --> 00:03:36,969 Roh Berpadu! 43 00:03:39,427 --> 00:03:40,597 Maki-Wari! 44 00:03:42,513 --> 00:03:44,313 Paduan roh mengambil masa 0.3 saat. 45 00:03:44,390 --> 00:03:45,600 Boleh tahan. 46 00:03:45,683 --> 00:03:47,393 Baiklah! 47 00:03:47,477 --> 00:03:50,557 Biar Dukun baru ini pula yang cuba! 48 00:03:50,647 --> 00:03:52,857 Ayuh! Roh Berpadu! 49 00:03:52,941 --> 00:03:54,651 Amidamaru! 50 00:03:55,443 --> 00:03:56,783 Bodoh! 51 00:03:56,861 --> 00:03:58,951 Berpadu dengan roh tak sama dengan dirasuk. 52 00:03:59,030 --> 00:04:01,700 Awak mengganggu latihan kami. Pergi balik! 53 00:04:03,326 --> 00:04:07,246 Saya cuma nak tolong Yoh dan Amidamaru! 54 00:04:07,330 --> 00:04:09,040 Awak tak boleh terburu-buru. 55 00:04:12,126 --> 00:04:13,126 Kenapa? 56 00:04:13,211 --> 00:04:14,551 Baru saya teringat. 57 00:04:14,629 --> 00:04:16,759 Yoh selalu melihat bintang. 58 00:04:17,340 --> 00:04:18,510 Bintang? 59 00:04:18,591 --> 00:04:21,091 Ya, langit cerah malam ini. 60 00:04:21,678 --> 00:04:25,598 Kata orang, kita boleh menilik nasib dengan melihat bintang. 61 00:04:25,682 --> 00:04:29,642 Tapi mungkin Yoh menerima petunjuk daripada bintang-bintang 62 00:04:29,727 --> 00:04:32,977 yang beri dia kuasa istimewa. 63 00:04:34,190 --> 00:04:36,650 Jadi begitu caranya! 64 00:04:38,486 --> 00:04:41,736 Bintang! Kurniakan kuasa kepada saya juga! 65 00:04:41,823 --> 00:04:43,533 Awak sangka semudah itu caranya? 66 00:04:46,744 --> 00:04:50,714 Itu bintang legenda yang kita nanti-nantikan selama ini! 67 00:04:50,790 --> 00:04:51,620 Ragoh! 68 00:04:52,208 --> 00:04:53,838 Dikisahkan dalam ajaran sulit, 69 00:04:53,918 --> 00:04:56,458 bintang misteri ini dianggap petanda kemusnahan. 70 00:04:56,546 --> 00:04:57,876 Ia datang sekali 71 00:04:57,964 --> 00:05:00,174 setiap 500 tahun saja bersama Komet Keito 72 00:05:00,258 --> 00:05:02,138 dan mencetuskan bencana besar. 73 00:05:02,719 --> 00:05:05,389 Tapi setiap 500 tahun juga seorang penyelamat akan muncul 74 00:05:05,471 --> 00:05:08,931 dan mengubah kemusnahan itu menjadi kelahiran semula. 75 00:05:09,017 --> 00:05:10,387 Penyelamat itu ialah… 76 00:05:11,102 --> 00:05:12,482 Raja Dukun! 77 00:05:13,521 --> 00:05:15,901 Dua tahi bintang yang mengelilingi dunia 78 00:05:15,982 --> 00:05:18,902 memaklumkan semua Dukun bahawa telah tiba masanya 79 00:05:19,485 --> 00:05:21,895 untuk kelahiran semula! 80 00:05:22,488 --> 00:05:24,318 Bintang yang digeruni. 81 00:05:24,907 --> 00:05:26,777 Akhirnya Ragoh muncul. 82 00:05:26,868 --> 00:05:29,248 Bintang yang menandakan permulaan Kejohanan Dukun 83 00:05:29,787 --> 00:05:32,577 untuk mencari Raja Dukun baru. 84 00:05:33,875 --> 00:05:35,785 Kenapa mesti gerun? 85 00:05:35,877 --> 00:05:37,797 Bagi saya, itu petanda 86 00:05:37,879 --> 00:05:41,049 bintang-bintang merestui saya 87 00:05:41,132 --> 00:05:44,592 untuk menjadi Raja Dukun! 88 00:05:45,178 --> 00:05:46,218 Ya. 89 00:05:48,181 --> 00:05:51,731 Apabila dua bintang bertemu setelah sekian lama terpisah, 90 00:05:51,809 --> 00:05:54,269 raja kita bangkit semula 91 00:05:54,353 --> 00:05:56,733 untuk menerangi jalan 92 00:05:56,814 --> 00:06:00,114 supaya kita tak menyimpang daripada semua lingkaran. 93 00:06:00,693 --> 00:06:02,953 Lingkaran yang menghubungkan bintang, bumi dan kita 94 00:06:03,029 --> 00:06:06,619 akan muncul semula. 95 00:06:07,200 --> 00:06:08,830 Misi kita untuk melindunginya 96 00:06:08,910 --> 00:06:11,370 pasti akan berjaya. 97 00:06:11,454 --> 00:06:13,164 Silva. 98 00:06:18,377 --> 00:06:20,917 Tak guna! Saya peduli apa kalau tahi bintang itu 99 00:06:21,005 --> 00:06:23,585 menandakan permulaan Kejohanan Dukun? 100 00:06:23,674 --> 00:06:27,054 Dia tak perlu tingkatkan latihan saya sampai tiga kali ganda! 101 00:06:27,136 --> 00:06:30,846 Jadi di mana dan bila kejohanan ini akan bermula? 102 00:06:30,932 --> 00:06:34,232 Saya cuma tahu ia akan diadakan di Tokyo. 103 00:06:34,811 --> 00:06:36,021 Yakah? 104 00:06:38,272 --> 00:06:39,982 Awak ada masalahkah, budak? 105 00:06:40,566 --> 00:06:43,146 Nampaknya awak keliru. 106 00:06:43,736 --> 00:06:45,776 Kalau keliru, kosongkan fikiran awak 107 00:06:45,863 --> 00:06:48,623 dan dengar bisikan bintang-bintang dan tanah. 108 00:06:49,158 --> 00:06:53,498 Roh awak akan jumpa jalan yang perlu awak lalui. 109 00:06:54,080 --> 00:06:54,960 Siapa dia? 110 00:06:55,665 --> 00:06:56,575 Sekarang, 111 00:06:58,584 --> 00:07:00,254 apa yang boleh membantu awak 112 00:07:00,336 --> 00:07:02,046 ialah aksesori orang asli yang menarik ini! 113 00:07:02,130 --> 00:07:03,380 Saya boleh beri diskaun. 114 00:07:04,048 --> 00:07:05,168 Penjual jalanan rupanya. 115 00:07:05,258 --> 00:07:06,468 Aduhai. 116 00:07:06,551 --> 00:07:07,681 Mari kita pergi, Yoh. 117 00:07:07,760 --> 00:07:08,640 Okey. 118 00:07:12,682 --> 00:07:15,392 Nampaknya saya jumpa budak lelaki yang menarik, 119 00:07:15,476 --> 00:07:16,386 Sayap Perak! 120 00:07:18,438 --> 00:07:20,268 Dia budak biasa saja. 121 00:07:20,857 --> 00:07:24,107 Dia cuma ada satu roh manusia. 122 00:07:27,613 --> 00:07:30,623 Ini tempat yang terbaik untuk bersantai. 123 00:07:32,160 --> 00:07:34,040 Kenapa awak muram saja? 124 00:07:34,745 --> 00:07:38,665 Tak ada apa-apa. Saya cuma risaukan kejohanan ini. 125 00:07:38,749 --> 00:07:41,419 Awak pun risau? 126 00:07:41,961 --> 00:07:44,631 Awak dah bertambah kuat, Tuan Yoh. 127 00:07:44,714 --> 00:07:46,844 Kita dapat berpadu dengan lebih cepat 128 00:07:46,924 --> 00:07:49,434 dan kita lebih serasi ketika bertarung. 129 00:07:50,386 --> 00:07:53,926 Tapi roh macam saya tak dapat menguatkan diri lagi. 130 00:07:54,015 --> 00:07:57,265 Saya tak yakin kita boleh menang 131 00:07:57,351 --> 00:07:58,981 dalam kejohanan ini. 132 00:07:59,562 --> 00:08:01,232 Apa? Itu saja? 133 00:08:01,314 --> 00:08:02,734 Apa maksud awak, "Itu saja?" 134 00:08:03,316 --> 00:08:06,356 Apa gunanya kita risau sekarang? 135 00:08:08,237 --> 00:08:11,617 Awak tak rasa awak terlalu naif, Tuan Yoh? 136 00:08:11,699 --> 00:08:13,369 Jalan yang perlu saya lalui? 137 00:08:13,868 --> 00:08:16,828 Ya, mungkin saya agak culas. 138 00:08:17,413 --> 00:08:19,623 Tapi daripada resah memikirkan masa depan 139 00:08:19,707 --> 00:08:21,667 yang kita tak dapat ramal, 140 00:08:21,751 --> 00:08:25,881 saya rasa lebih baik kita fokus pada apa yang penting sekarang. 141 00:08:26,881 --> 00:08:29,681 Mungkin pemikiran saya terlalu naif. 142 00:08:29,759 --> 00:08:31,929 - Tuan Yoh! - Jangan risau. 143 00:08:32,011 --> 00:08:34,391 Awak kuat, Amidamaru. 144 00:08:34,472 --> 00:08:36,432 Saya pasti kita akan berjaya. 145 00:08:37,016 --> 00:08:38,556 "Kita akan berjaya"? 146 00:08:39,268 --> 00:08:42,308 Ya, tak guna saya risaukan masa depan. 147 00:08:42,396 --> 00:08:44,936 Orang yang risaukan semua kemungkinan yang akan berlaku 148 00:08:45,024 --> 00:08:46,944 akan jadi lemah pada saat-saat genting. 149 00:08:47,527 --> 00:08:51,067 Mungkin keupayaan menyesuaikan diri ini yang menjadikan Tuan Yoh… 150 00:08:53,032 --> 00:08:53,872 Menarik. 151 00:08:54,700 --> 00:08:58,200 Jadi itu roh yang awak jumpa. 152 00:08:58,287 --> 00:08:59,707 Bagus. 153 00:09:00,498 --> 00:09:02,118 Awak bukan penjual tadikah? 154 00:09:02,208 --> 00:09:03,288 Helo! 155 00:09:03,376 --> 00:09:05,286 Awak buat apa di sini? 156 00:09:05,878 --> 00:09:08,298 Maaf, saya mengekori awak ke sini. 157 00:09:11,509 --> 00:09:13,219 Saya Silva daripada Puak Patch. 158 00:09:13,886 --> 00:09:16,136 Saya ahli jawatankuasa pengurusan Kejohanan Dukun. 159 00:09:16,222 --> 00:09:17,812 Roh-roh itu! 160 00:09:18,432 --> 00:09:20,812 Nampak macam roh haiwan tapi agak luar biasa. 161 00:09:21,435 --> 00:09:23,015 Ini semua roh suci 162 00:09:23,104 --> 00:09:25,824 yang mengasah kebolehan mereka selama lebih 500 tahun. 163 00:09:26,399 --> 00:09:29,609 Roh-roh Pelindung saya ini akan menguji sama ada awak layak 164 00:09:29,694 --> 00:09:31,654 untuk menyertai Kejohanan Dukun. 165 00:09:31,737 --> 00:09:33,357 Menguji? 166 00:09:33,447 --> 00:09:34,867 Ya. 167 00:09:34,949 --> 00:09:37,079 Sejak dulu lagi, kami, Puak Patch 168 00:09:37,159 --> 00:09:39,369 yang menyelia Kejohanan Dukun. 169 00:09:39,954 --> 00:09:41,834 Peraturannya mudah saja. 170 00:09:41,914 --> 00:09:43,374 Awak cuma perlu 171 00:09:43,457 --> 00:09:45,837 cederakan badan saya. 172 00:09:46,419 --> 00:09:47,959 Kalau awak boleh serang saya, 173 00:09:48,045 --> 00:09:51,545 awak layak menyertai Kejohanan Dukun, Yoh Asakura. 174 00:09:51,632 --> 00:09:53,972 Saya tak pernah dengar pun tentang ujian begini! 175 00:09:54,051 --> 00:09:55,681 Macam mana awak kenal saya? 176 00:09:56,637 --> 00:09:59,847 Raja Roh serba tahu. 177 00:09:59,932 --> 00:10:01,312 Raja Roh? 178 00:10:01,392 --> 00:10:02,602 Cukup. 179 00:10:02,685 --> 00:10:04,845 Awak boleh tahu setakat itu saja. 180 00:10:05,688 --> 00:10:08,938 Hanya orang yang lulus ujian ini boleh tahu dengan lebih lanjut. 181 00:10:09,525 --> 00:10:11,235 Saya beri awak masa sepuluh minit. 182 00:10:11,319 --> 00:10:12,899 Awak boleh cuba sekali saja. 183 00:10:12,987 --> 00:10:16,117 Kalau awak gagal, awak perlu tunggu 500 tahun lagi. 184 00:10:18,367 --> 00:10:21,247 Menarik! Baiklah, saya terima cabaran awak! 185 00:10:21,329 --> 00:10:23,459 Amidamaru! Mod Api Roh! 186 00:10:26,125 --> 00:10:29,085 Mari kita tunjukkan kuasa kita. 187 00:10:29,170 --> 00:10:31,170 - Amidamaru! - Baik! 188 00:10:31,255 --> 00:10:33,585 Awak patut tahu ini pedang betul. 189 00:10:33,674 --> 00:10:35,514 Jangan salahkan kami kalau awak cedera. 190 00:10:35,593 --> 00:10:38,353 Awak takkan dapat cederakan saya. 191 00:10:38,429 --> 00:10:40,309 Saya kagum dengan keyakinan awak. 192 00:10:40,389 --> 00:10:42,179 Tapi awak patut saksikan dulu 193 00:10:43,434 --> 00:10:45,564 kehebatan Amidamaru yang sebenar! 194 00:10:45,645 --> 00:10:47,935 Gelombang Belah-Buddha! 195 00:10:52,735 --> 00:10:53,985 Tak kena langsung! 196 00:10:54,612 --> 00:10:55,612 Kalau begitu… 197 00:10:57,948 --> 00:11:00,408 Awak tak dapat tewaskan saya dengan Roh Berpadu. 198 00:11:01,535 --> 00:11:02,655 Dia… 199 00:11:03,329 --> 00:11:05,039 Kura-kuranya dijadikan perisai! 200 00:11:06,582 --> 00:11:09,002 Ya. Ini roh kura-kura, 201 00:11:09,585 --> 00:11:10,875 Perisai Perak. 202 00:11:12,046 --> 00:11:15,756 Biar saya kenalkan roh-roh suci lain yang melindungi saya. 203 00:11:16,550 --> 00:11:17,590 Tanduk Perak. 204 00:11:21,055 --> 00:11:22,465 Ekor Perak! Lari! 205 00:11:24,016 --> 00:11:25,226 Tongkat Perak. 206 00:11:25,726 --> 00:11:26,726 Selamatkan dia! 207 00:11:32,733 --> 00:11:34,533 Apa makna semua ini? 208 00:11:34,610 --> 00:11:37,200 Macam mana roh boleh menahan serangan pedang, berlari 209 00:11:37,279 --> 00:11:39,989 dan pegang badan saya? 210 00:11:40,574 --> 00:11:41,994 Kuasa saya 211 00:11:42,076 --> 00:11:44,326 yang memberikan jasad kepada mereka. 212 00:11:46,288 --> 00:11:48,958 Hanya Dukun dengan tahap kuasa tertentu boleh buat begitu. 213 00:11:49,041 --> 00:11:50,381 Dukun dengan Mana yang kuat! 214 00:11:51,043 --> 00:11:52,003 Mana? 215 00:11:58,050 --> 00:12:02,970 SENJATA PERAK 216 00:12:04,056 --> 00:12:05,096 Mana? 217 00:12:05,182 --> 00:12:07,232 Mana saya cukup kuat 218 00:12:08,144 --> 00:12:11,064 untuk memberikan jasad kepada roh-roh yang disimpan 219 00:12:11,772 --> 00:12:13,652 dalam lima bentuk cincin ini! 220 00:12:14,275 --> 00:12:16,435 Tentu awak tak sangka, bukan? 221 00:12:16,527 --> 00:12:17,697 Selagi kami berlima ada, 222 00:12:17,778 --> 00:12:20,108 jangan harap awak boleh apa-apakan Silva! 223 00:12:20,197 --> 00:12:23,117 Awak pergi balik dan tidur sajalah! 224 00:12:23,200 --> 00:12:24,160 Burung itu bercakap! 225 00:12:25,119 --> 00:12:27,789 Bukan kekuatan samurai itu yang saya nak uji. 226 00:12:27,872 --> 00:12:30,292 Saya nak uji kekuatan awak sebagai Dukun. 227 00:12:30,875 --> 00:12:33,415 Kekuatan saya sebagai Dukun? 228 00:12:34,003 --> 00:12:35,753 Roh-roh Pelindung saya jelmaan Mana. 229 00:12:35,838 --> 00:12:38,548 Jadi serangan fizikal tak berkesan terhadap mereka. 230 00:12:39,133 --> 00:12:42,683 Hanya Mana awak yang boleh menewaskan mereka. 231 00:12:43,512 --> 00:12:45,222 Guna akal awak, budak. 232 00:12:45,306 --> 00:12:46,426 "Akal"? 233 00:12:46,515 --> 00:12:47,635 Ya. 234 00:12:47,725 --> 00:12:49,685 Satu-satunya caranya sekarang 235 00:12:49,768 --> 00:12:51,518 ialah menggunakan akal awak 236 00:12:52,021 --> 00:12:54,651 dan cari jalan untuk menggiatkan Mana awak. 237 00:12:55,274 --> 00:12:58,244 Tapi ini kali pertama saya dengar tentang Mana! 238 00:12:58,819 --> 00:13:00,489 Kalau awak tahu jawapannya, 239 00:13:00,571 --> 00:13:02,951 itu pengetahuan, bukan akal. 240 00:13:03,032 --> 00:13:06,242 Akal yang tajam memberikan ilham daripada persekitaran. 241 00:13:07,411 --> 00:13:10,661 Ia bagaikan cahaya yang menerangi peluang-peluang baru di dunia ini. 242 00:13:11,248 --> 00:13:16,248 Kebolehan paling berharga bagi Raja Dukun ialah akalnya! 243 00:13:16,337 --> 00:13:18,667 Apa awak nak buat sekarang, Tuan Yoh? 244 00:13:18,756 --> 00:13:21,876 Serangan fizikal tak berkesan terhadap roh-rohnya 245 00:13:22,593 --> 00:13:25,013 kerana mereka roh yang tiada bentuk zahir. 246 00:13:26,222 --> 00:13:28,392 Jadi awak ada rancangan? 247 00:13:28,974 --> 00:13:32,944 Maknanya saya perlu menyerang dengan roh. 248 00:13:34,897 --> 00:13:37,187 Bola Kencang Api Roh! 249 00:13:38,400 --> 00:13:39,650 Apa? 250 00:13:39,735 --> 00:13:41,105 Amidamaru tembus badannya? 251 00:13:41,695 --> 00:13:43,315 Sudah tentu, kerana dia roh. 252 00:13:43,405 --> 00:13:44,695 Betul juga! 253 00:13:44,782 --> 00:13:46,242 Awak baru sedar? 254 00:13:46,325 --> 00:13:48,655 Sampai hati awak tiba-tiba lempar saya begitu! 255 00:13:48,744 --> 00:13:49,584 Baiklah! 256 00:13:49,662 --> 00:13:51,752 Jikiebutsu, toganshujo, 257 00:13:51,830 --> 00:13:53,830 taigedaido, hotsumujoi! 258 00:13:53,916 --> 00:13:55,706 Ini… 259 00:13:55,793 --> 00:13:58,423 Ini jampi Okyo yang Anna ajar saya! 260 00:13:59,880 --> 00:14:01,720 Jampi apa itu? 261 00:14:01,799 --> 00:14:04,469 Tuan Yoh… 262 00:14:04,552 --> 00:14:07,182 Kenapa Amidamaru pula yang dibawa ke syurga? 263 00:14:09,265 --> 00:14:10,595 Awak memang lucu. 264 00:14:10,683 --> 00:14:12,563 Apa taktik awak yang seterusnya? 265 00:14:13,602 --> 00:14:16,112 Tak guna! Apa yang saya boleh buat? 266 00:14:16,188 --> 00:14:18,478 Saya dah cakap dia tak layak. 267 00:14:19,233 --> 00:14:21,153 Kita balik sajalah. 268 00:14:21,235 --> 00:14:23,565 Alang-alang kita di sini, berilah dia peluang. 269 00:14:23,654 --> 00:14:26,744 Tidak. Buang masa saja kita layan orang macam dia. 270 00:14:26,824 --> 00:14:29,124 Saya… 271 00:14:29,702 --> 00:14:30,542 Tak guna! 272 00:14:30,619 --> 00:14:33,409 Macam mana Silva menzahirkan roh-roh itu? 273 00:14:35,374 --> 00:14:38,504 Kalau diperhatikan, burung itu berhubung dengan pelepah di kepalanya. 274 00:14:39,920 --> 00:14:41,090 Bukan itu saja! 275 00:14:41,672 --> 00:14:44,512 Semua Roh Pelindungnya memancar daripada 276 00:14:44,592 --> 00:14:47,472 bahagian badan haiwan yang Silva pakai! 277 00:14:47,553 --> 00:14:48,643 Tak mungkin! 278 00:14:48,721 --> 00:14:50,971 Awak menjelmakan roh-roh ini dengan… 279 00:14:51,640 --> 00:14:53,310 Awak dah putus asa, budak? 280 00:14:53,893 --> 00:14:55,853 Tidak, saya ada rancangan. 281 00:14:56,520 --> 00:14:58,150 Saya tak pasti saya faham sepenuhnya. 282 00:14:58,772 --> 00:15:00,522 Tapi saya mesti cuba! 283 00:15:00,608 --> 00:15:02,188 "Cuba"? 284 00:15:02,276 --> 00:15:04,446 Silva buat saya sedar 285 00:15:05,029 --> 00:15:08,659 Dukun memang perlu bertarung bersama Roh Pelindungnya. 286 00:15:09,783 --> 00:15:13,003 Boleh awak tolong saya lagi, Amidamaru? 287 00:15:13,704 --> 00:15:15,004 Tuan Yoh! 288 00:15:15,080 --> 00:15:16,500 Sudah tentu saya akan tolong! 289 00:15:17,333 --> 00:15:19,083 Baiklah, mari kita teruskan! 290 00:15:19,168 --> 00:15:20,498 Roh Berpadu! 291 00:15:21,837 --> 00:15:24,507 Saya dah cakap teknik itu tak berkesan! 292 00:15:25,049 --> 00:15:27,009 Saya rasa dia pun tahu. 293 00:15:27,092 --> 00:15:28,052 Apa? 294 00:15:28,135 --> 00:15:29,215 Itu… 295 00:15:30,721 --> 00:15:32,391 Roh Berpadu! 296 00:15:32,473 --> 00:15:35,063 Amidamaru dan Harusame! 297 00:15:35,643 --> 00:15:36,983 Cahaya ini… 298 00:15:37,061 --> 00:15:39,061 Betul, Yoh Asakura. 299 00:15:39,647 --> 00:15:42,817 Kelima-lima objek ini ialah medium untuk menzahirkan jasad 300 00:15:42,900 --> 00:15:44,740 Roh-roh Pelindung saya. 301 00:15:44,818 --> 00:15:47,068 Bulu pelepah helang untuk terbang. 302 00:15:47,154 --> 00:15:49,324 Cangkerang kura-kura untuk dijadikan perisai. 303 00:15:49,990 --> 00:15:53,290 Hanya simbol kebolehan unik setiap roh yang boleh dijadikan medium. 304 00:15:54,119 --> 00:15:56,369 Tiada medium yang lebih sesuai untuk samurai 305 00:15:56,455 --> 00:15:58,575 daripada sebilah pedang. 306 00:15:59,583 --> 00:16:01,213 Lihatlah, Sayap Perak. 307 00:16:01,293 --> 00:16:04,253 Ini gaya pertarungan baru Yoh Asakura! 308 00:16:08,050 --> 00:16:09,430 Kuasa Ghaib! 309 00:16:13,055 --> 00:16:16,095 Memasukkan roh ke dalam objek bukannya mudah. 310 00:16:16,684 --> 00:16:20,194 Kalau awak cuba paksa, roh akan melimpah keluar dari objek. 311 00:16:20,813 --> 00:16:22,313 Limpahan roh ini 312 00:16:22,398 --> 00:16:25,398 hanya dapat dizahirkan dengan Mana! 313 00:16:26,276 --> 00:16:28,856 Awak berjaya cari jalan dengan akal awak, Yoh Asakura. 314 00:16:30,155 --> 00:16:32,735 Sekarang barulah kita setanding. 315 00:16:32,825 --> 00:16:36,115 Pertarungan kita bermula sekarang, Silva! 316 00:16:36,704 --> 00:16:37,964 Dia tak balik lagi? 317 00:16:38,539 --> 00:16:39,959 Berani dia balik lambat? 318 00:16:40,040 --> 00:16:41,960 Merayau-rayau malam-malam begini 319 00:16:42,042 --> 00:16:43,632 dan tak masak untuk saya! 320 00:16:43,711 --> 00:16:46,261 Sebab itu awak suruh saya datang dan masak? 321 00:16:46,839 --> 00:16:47,799 Lagipun, 322 00:16:47,881 --> 00:16:51,341 tak hairanlah dia lari kerana latihan awak terlalu dahsyat. 323 00:16:52,678 --> 00:16:54,428 Yoh takkan lari. 324 00:16:54,513 --> 00:16:55,853 Kerana saya yakin… 325 00:16:57,224 --> 00:17:00,394 dia boleh jadi Raja Dukun. 326 00:17:03,022 --> 00:17:04,362 Mari kita teruskan! 327 00:17:05,065 --> 00:17:06,105 Jangan terburu-buru. 328 00:17:07,401 --> 00:17:09,991 Saya dah cakap awak perlu serang sekali saja. 329 00:17:10,779 --> 00:17:11,609 Apa? 330 00:17:12,823 --> 00:17:14,283 Ayuh! Roh Suci Berpadu! 331 00:17:14,366 --> 00:17:15,526 - Baik! - Baik! 332 00:17:21,123 --> 00:17:23,923 Saksikanlah kehebatan Meriam Tiang Totem saya! 333 00:17:24,001 --> 00:17:26,631 Meriam Tiang Totem? 334 00:17:27,212 --> 00:17:30,262 Ini juga sejenis Kuasa Ghaib iaitu gabungan lima roh suci saya 335 00:17:30,340 --> 00:17:33,720 yang membedil seperti meriam. 336 00:17:34,219 --> 00:17:36,639 Kalau Mana awak boleh tahan serangan ini, 337 00:17:36,722 --> 00:17:40,312 saya rasa awak boleh cederakan salah satu daripada roh suci saya. 338 00:17:40,392 --> 00:17:41,392 Tapi 339 00:17:41,977 --> 00:17:45,357 kalau Mana awak tak cukup kuat, awak takkan dapat mengelak. 340 00:17:45,981 --> 00:17:47,231 Awak akan mati. 341 00:17:49,693 --> 00:17:54,533 Tiang totem ini akan menjadi batu nisan awak. 342 00:17:55,115 --> 00:17:56,195 Ini melibatkan nyawa. 343 00:17:56,784 --> 00:18:00,294 Kalau awak masih nak jadi Raja Dukun, terimalah cabaran ini. 344 00:18:00,913 --> 00:18:03,333 Awak tiada pilihan lain! 345 00:18:03,832 --> 00:18:07,132 Kalau saya menang, saya lulus ujian ini. Kalau kalah, saya akan mati! 346 00:18:08,796 --> 00:18:11,166 Tapi walaupun awak percayakan dia, Anna, 347 00:18:11,256 --> 00:18:14,966 saya tak pasti adakah Yoh sendiri mahu jadi Raja Dukun. 348 00:18:15,052 --> 00:18:16,012 Kenapa? 349 00:18:16,095 --> 00:18:19,845 Kerana dia pemalas dan culas, bukan? 350 00:18:19,932 --> 00:18:23,772 Saya rasa dia tak sesuai dengan gaya hidup yang sibuk dan mencabar begitu. 351 00:18:25,020 --> 00:18:27,650 Awak masih tak kenal dia. 352 00:18:28,232 --> 00:18:30,072 Siapa cakap? 353 00:18:30,150 --> 00:18:33,150 Awak yang paksa Yoh menyertai kejohanan itu! 354 00:18:33,237 --> 00:18:36,487 Apa rancangan dia selepas dia berjaya jadi Raja Dukun? 355 00:18:36,990 --> 00:18:40,870 Dia sendiri cakap dia nak hidup senang dan bebas tanpa masalah. 356 00:18:40,953 --> 00:18:41,953 Saya dah cakap! 357 00:18:42,037 --> 00:18:45,497 Awak mahu pemalas macam dia jadi penyelamat dunia? 358 00:18:46,083 --> 00:18:47,253 Itu lebih baik. 359 00:18:49,336 --> 00:18:53,666 Saya tak percayakan sesiapa yang cakap dia mahu selamatkan dunia. 360 00:18:53,757 --> 00:18:56,967 Saya benci orang yang terlampau ghairah dan suka menunjuk-nunjuk. 361 00:18:57,052 --> 00:18:57,892 Walaupun 362 00:18:58,470 --> 00:19:01,970 kita tahu niat mereka, orang macam mereka 363 00:19:02,057 --> 00:19:04,637 cepat menyerah apabila menghadapi dugaan. 364 00:19:05,352 --> 00:19:06,652 Awak tahu kenapa? 365 00:19:07,771 --> 00:19:09,021 Kerana mereka sebenarnya 366 00:19:09,106 --> 00:19:12,356 didorong oleh rasa tamak dan pentingkan diri sendiri. 367 00:19:13,902 --> 00:19:15,202 Tapi Yoh tak begitu. 368 00:19:15,988 --> 00:19:19,408 Yoh tiada niat tersembunyi. Dia cuma mahu hidup senang. 369 00:19:20,367 --> 00:19:22,237 Sebab itulah dia sentiasa ceria. 370 00:19:22,327 --> 00:19:26,037 Matlamatnya tak menjadi penghalang atau menyekat kebebasannya. 371 00:19:26,748 --> 00:19:30,248 Dalam erti kata lain, dia bebas berfikir 372 00:19:30,335 --> 00:19:31,665 jadi dia boleh buat apa saja. 373 00:19:34,256 --> 00:19:37,176 Keinginan manusia hilang setelah ia tercapai. 374 00:19:37,801 --> 00:19:40,801 Kalau seseorang jadi Raja Dukun kerana ketamakannya, 375 00:19:40,888 --> 00:19:42,508 apa yang dia akan buat 376 00:19:42,598 --> 00:19:44,728 setelah keinginannya tercapai? 377 00:19:46,476 --> 00:19:48,686 Yoh takkan berubah walau apa pun yang berlaku. 378 00:19:49,730 --> 00:19:52,230 Sebab itulah saya cintakan dia. 379 00:19:52,316 --> 00:19:53,316 "Cinta"? 380 00:19:54,234 --> 00:19:55,574 Sebab itulah saya pasti 381 00:19:55,652 --> 00:20:00,122 Yoh boleh menjadi Raja Dukun. 382 00:20:02,701 --> 00:20:04,081 Kenapa awak senyum? 383 00:20:04,161 --> 00:20:06,711 Awak dah jumpa alasan yang munasabah untuk mengaku kalah? 384 00:20:06,788 --> 00:20:08,748 Siapa cakap saya mengaku kalah? 385 00:20:08,832 --> 00:20:12,422 Saya senyum kerana saya akan terima cabaran awak. 386 00:20:12,502 --> 00:20:13,712 Kenapa? 387 00:20:13,795 --> 00:20:15,455 Awak tak takut mati? 388 00:20:16,131 --> 00:20:18,091 Saya tak takut mati. 389 00:20:18,175 --> 00:20:20,425 Amidamaru memang dah mati. 390 00:20:21,011 --> 00:20:23,311 Tapi daripada menyerah kalah untuk hidup senang, 391 00:20:23,388 --> 00:20:26,098 saya lebih rela mati dan hidup senang di syurga! 392 00:20:26,975 --> 00:20:30,095 Kalau saya menyerah sekarang, hidup saya takkan tenang 393 00:20:30,187 --> 00:20:32,227 sampai saya mati! 394 00:20:33,148 --> 00:20:34,268 Begitu rupanya. 395 00:20:34,816 --> 00:20:37,946 Jadi awak percaya awak pasti boleh mengatasi segala cabaran. 396 00:20:38,528 --> 00:20:39,778 Baiklah. 397 00:20:40,280 --> 00:20:44,450 Kalau begitu, terimalah serangan daripada meriam saya. 398 00:20:44,534 --> 00:20:45,544 Awas! 399 00:20:46,203 --> 00:20:47,913 Letusan Jiwa Totem! 400 00:20:52,960 --> 00:20:54,340 Ayuh, Amidamaru! 401 00:20:54,419 --> 00:20:56,919 Teknik paduan roh kita! Belah-Buddha! 402 00:21:20,445 --> 00:21:22,565 Kita berjaya serang dia? 403 00:21:32,541 --> 00:21:33,831 Tidak! 404 00:21:35,168 --> 00:21:36,168 Tuan Yoh! 405 00:21:36,753 --> 00:21:37,923 Amidamaru! 406 00:21:38,005 --> 00:21:40,005 Awak dah buat yang terbaik. 407 00:21:40,090 --> 00:21:42,430 Saya juga dah cuba sedaya upaya. 408 00:21:42,509 --> 00:21:45,179 Saya dapat belajar tentang Mana. 409 00:21:45,762 --> 00:21:47,682 Saya juga masih hidup. 410 00:21:48,348 --> 00:21:50,178 Jadi saya patut bersyukur… 411 00:21:51,268 --> 00:21:52,688 Tuan Yoh! 412 00:21:54,271 --> 00:21:55,441 Jangan risau. 413 00:21:56,106 --> 00:21:59,316 Dia cuma letih setelah mengerahkan seluruh Mananya. 414 00:22:00,235 --> 00:22:03,315 Lagipun, Mananya cukup kuat untuk melepasi pertahanan saya. 415 00:22:03,405 --> 00:22:05,565 "Melepasi pertahanan awak"? Maknanya… 416 00:22:05,657 --> 00:22:06,737 Ya. 417 00:22:08,493 --> 00:22:10,043 Dia lulus! 418 00:22:14,499 --> 00:22:16,669 Awak layak menyertai kejohanan. Syabas. 419 00:22:17,294 --> 00:22:19,844 Ini untuk awak. 420 00:22:20,630 --> 00:22:23,130 Ini pas peserta Kejohanan Dukun, 421 00:22:23,216 --> 00:22:24,426 Loceng Dewata. 422 00:22:25,886 --> 00:22:28,256 Semua arahan berkenaan Kejohanan Dukun 423 00:22:28,347 --> 00:22:30,057 akan disampaikan melalui loceng ini. 424 00:22:30,140 --> 00:22:31,430 Arahan? 425 00:22:32,392 --> 00:22:34,772 Semua arahan Raja Roh 426 00:22:35,729 --> 00:22:39,479 akan disampaikan oleh Loceng Dewata! 427 00:22:40,942 --> 00:22:42,992 Apa itu Raja Roh? 428 00:22:43,070 --> 00:22:45,320 Roh yang bijaksana dan berkuasa 429 00:22:45,405 --> 00:22:48,275 yang hanya akan berpadu dengan Raja Dukun. 430 00:22:48,950 --> 00:22:52,910 Asal usul semua roh yang wujud sejak alam semesta dicipta. 431 00:22:53,497 --> 00:22:55,367 Raja sekalian roh. 432 00:22:56,041 --> 00:22:57,131 Raja sekalian roh? 433 00:22:58,168 --> 00:23:00,418 Raja Roh yang datuk pernah ceritakan dulu! 434 00:23:02,672 --> 00:23:06,052 Namanya ada banyak tapi semuanya merujuk kepada entiti yang sama. 435 00:23:06,134 --> 00:23:08,474 Ada seorang saja yang boleh nampak rupa sebenarnya. 436 00:23:09,846 --> 00:23:11,596 Raja Dukun. 437 00:23:13,683 --> 00:23:14,813 Yoh Asakura. 438 00:23:14,893 --> 00:23:18,233 Semoga awak dilindungi oleh Raja Roh. 439 00:23:18,814 --> 00:23:20,364 Semoga berjaya, pemalas! 440 00:23:21,066 --> 00:23:21,936 Selamat tinggal. 441 00:23:27,531 --> 00:23:28,701 Silva! 442 00:23:28,782 --> 00:23:30,162 Dia sangat hebat! 443 00:23:30,909 --> 00:23:32,079 Loceng Dewata, 444 00:23:32,160 --> 00:23:33,660 Kejohanan Dukun 445 00:23:33,745 --> 00:23:35,905 dan raja sekalian roh… 446 00:23:36,540 --> 00:23:39,250 Keadaan semakin menarik nampaknya. 447 00:23:43,004 --> 00:23:46,424 Jadi inilah Loceng Dewata? 448 00:23:47,300 --> 00:23:49,050 Saya tahu awak akan berikan loceng ini 449 00:23:49,136 --> 00:23:52,306 kepada saya kalau saya berjaya serang awak sekali, 450 00:23:52,889 --> 00:23:56,309 tapi saya rasa saya lebih daripada layak untuk menerima loceng ini, bukan? 451 00:23:56,393 --> 00:23:58,943 Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana