1 00:00:08,007 --> 00:00:11,587 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:14,139 --> 00:00:16,219 Saya tak sangka 3 00:00:16,307 --> 00:00:19,687 salah seorang daripada Sepuluh Penyelia Kejohanan Dukun dah mati. 4 00:00:21,563 --> 00:00:22,653 Chrom! 5 00:00:24,024 --> 00:00:25,114 Lihatlah pakaian awak. 6 00:00:25,942 --> 00:00:28,402 Awak tak pakai topeng ke pengebumian saudara kita? 7 00:00:28,486 --> 00:00:30,696 Apa yang terjadi? Siapa yang bunuh Chrom? 8 00:00:31,281 --> 00:00:33,201 Sabar, kawal emosi awak. 9 00:00:33,783 --> 00:00:36,453 Jangan malukan Sepuluh Penyelia, Silva. 10 00:00:38,329 --> 00:00:41,709 Lihatlah gambar-gambar daripada Penayang Dewata 11 00:00:41,791 --> 00:00:44,631 yang dihasilkan dengan teknik sulit puak kita. 12 00:00:44,711 --> 00:00:47,091 Ini pembunuh Chrom. 13 00:00:47,172 --> 00:00:48,052 Tao Ren. 14 00:00:48,631 --> 00:00:51,681 Dia lulus dengan markah lebih tinggi daripada yang lain setakat ini. 15 00:00:52,177 --> 00:00:54,797 Apa? Tak kiralah sekuat mana pun dia, 16 00:00:54,888 --> 00:00:56,678 dia tak boleh bunuh penyelia! 17 00:00:57,265 --> 00:00:59,805 Raja Roh mahu dia lulus. 18 00:01:00,477 --> 00:01:01,977 Kita tak boleh membantah. 19 00:01:03,396 --> 00:01:06,566 Raja Dukun yang akan berpadu dengan Raja Roh 20 00:01:06,649 --> 00:01:08,819 mesti memiliki Mana yang sangat kuat. 21 00:01:09,444 --> 00:01:10,904 Kematian seperti ini 22 00:01:10,987 --> 00:01:14,817 ialah petanda kelahiran raja baru. Kita sepatutnya gembira. 23 00:01:15,492 --> 00:01:18,242 Kalau awak biarkan emosi menguasai diri, 24 00:01:19,204 --> 00:01:22,424 awak takkan dapat buat keputusan yang adil. 25 00:01:23,875 --> 00:01:25,495 Keputusan yang adil? 26 00:01:26,086 --> 00:01:27,746 Raja Roh! 27 00:01:27,837 --> 00:01:30,587 Saya sangka awak bijaksana! 28 00:01:30,673 --> 00:01:34,763 Kenapa biarkan pertarungan ini diteruskan hingga nyawa Chrom terkorban? 29 00:01:37,597 --> 00:01:42,727 Raja Roh maha bijaksana dan berkuasa, tapi dia bukan tukang ramal. 30 00:01:42,811 --> 00:01:43,771 Ketua! 31 00:01:44,479 --> 00:01:47,769 Silva. Kematian Chrom amat dikesali. 32 00:01:47,857 --> 00:01:50,067 Tapi masa depan kita 33 00:01:50,151 --> 00:01:55,621 hanyalah akibat perbuatan manusia dan alam semula jadi. 34 00:01:55,698 --> 00:01:59,408 Jadi tiada siapa dapat meramal masa depan. 35 00:01:59,994 --> 00:02:02,914 Termasuklah Raja Roh. 36 00:02:03,498 --> 00:02:05,168 Menang atau kalah, 37 00:02:05,250 --> 00:02:07,000 baik atau jahat, 38 00:02:07,085 --> 00:02:09,455 benar atau bohong… 39 00:02:09,546 --> 00:02:13,676 Persoalan-persoalan ini bergantung kepada akibat kejadian lalu. 40 00:02:14,717 --> 00:02:15,547 Akibat? 41 00:02:15,635 --> 00:02:20,005 Ya. Sebab itulah Kejohanan Dukun diadakan. 42 00:02:20,098 --> 00:02:23,808 Untuk merealisasikan realiti yang terhasil daripada semua akibat itu. 43 00:02:24,477 --> 00:02:26,687 Jadi jangan bersedih. 44 00:02:26,771 --> 00:02:29,071 Awak nampak dengan mata sendiri, bukan? 45 00:02:29,649 --> 00:02:32,439 Akibat perbuatan seorang budak yang tak tahu apa-apa pun 46 00:02:32,527 --> 00:02:34,147 tentang Mana. 47 00:02:35,905 --> 00:02:40,325 Kita tak boleh menduga akibat perbuatan sesiapa pun. 48 00:02:40,952 --> 00:02:45,122 Biarpun dia hampir kalah, dia tetap berjaya menewaskan Tao Ren. 49 00:02:46,082 --> 00:02:47,172 Dia… 50 00:02:47,959 --> 00:02:48,999 RUMAH PENGINAPAN EN 51 00:02:49,085 --> 00:02:54,375 Percayalah! Saya dapat ini daripada Silva sebagai bukti saya lulus ujian kelayakan! 52 00:02:55,049 --> 00:02:55,969 Yakah? 53 00:02:56,050 --> 00:02:58,640 Macam mana rupa Silva yang awak jumpa itu? 54 00:02:58,720 --> 00:03:00,760 Rambutnya hitam dan panjang mengurai? 55 00:03:02,265 --> 00:03:05,015 Tentu rambutnya gugur ketika dia rangkul badan saya. 56 00:03:05,101 --> 00:03:06,441 Kamu berdua 57 00:03:06,519 --> 00:03:08,979 sangat mesra nampaknya! 58 00:04:40,196 --> 00:04:42,196 Pusingan awal ada tiga kesemuanya. 59 00:04:42,282 --> 00:04:43,912 Awak mesti menang dua pusingan. 60 00:04:43,992 --> 00:04:47,792 Kalau awak kalah atau tarik diri dalam dua pusingan, awak akan tersingkir 61 00:04:47,870 --> 00:04:49,790 dan Loceng Dewata awak akan diambil balik. 62 00:04:50,373 --> 00:04:54,633 Perlawanan hanya dikira sah kalau kedua-dua peserta menggunakan Kuasa Ghaib. 63 00:04:55,336 --> 00:04:57,256 Kalau berlaku kecederaan, kehabisan Mana, 64 00:04:57,338 --> 00:05:00,428 kerosakan pada medium atau apa saja yang menyebabkan awak 65 00:05:00,508 --> 00:05:02,088 tak dapat menggunakan Kuasa Ghaib, 66 00:05:02,176 --> 00:05:04,636 awak akan dianggap kalah. 67 00:05:05,555 --> 00:05:09,135 Ini maklumat penting yang disampaikan melalui Loceng Dewata. 68 00:05:09,851 --> 00:05:12,601 Lawan awak yang pertama telah ditetapkan. 69 00:05:12,687 --> 00:05:14,647 Awak dah bersedia, Yoh? 70 00:05:14,731 --> 00:05:16,151 Ya. 71 00:05:16,232 --> 00:05:20,152 Tapi lawan saya, Horohoro… Namanya agak luar biasa. 72 00:05:21,029 --> 00:05:23,529 Mungkin dia ahli Puak Ainu. 73 00:05:24,490 --> 00:05:27,700 Kalau dia dibesarkan dalam budaya rohaniah seperti itu, 74 00:05:27,785 --> 00:05:32,245 Horohoro mungkin ialah Dukun yang sangat kuat. 75 00:05:32,332 --> 00:05:34,212 Jangan risau! 76 00:05:34,292 --> 00:05:35,962 Pasti ada jalannya nanti. 77 00:05:37,712 --> 00:05:40,172 Kenapa awak macam endah tak endah saja, Yoh? 78 00:05:40,256 --> 00:05:42,716 - Itulah kekuatan dia. - Apa? 79 00:05:43,509 --> 00:05:44,969 "Pasti ada jalannya nanti." 80 00:05:45,053 --> 00:05:48,933 Itu mungkin falsafah paling penting bagi Tuan Yoh. 81 00:05:49,807 --> 00:05:52,687 Dalam erti kata lain, itu bermakna dia percayakan diri sendiri. 82 00:05:53,436 --> 00:05:57,066 Kalau bukan kerana keyakinannya, dia takkan dapat menzahirkan roh saya. 83 00:05:58,357 --> 00:05:59,977 Saya juga dapat bergabung dengan pedangnya 84 00:06:00,568 --> 00:06:04,908 kerana saya percayakan Tuan Yoh sepenuhnya. 85 00:06:05,782 --> 00:06:07,452 Jadi saya ada cadangan. 86 00:06:07,533 --> 00:06:09,833 Awak juga patut percayakan Tuan Yoh. 87 00:06:09,911 --> 00:06:13,411 Harapnya betullah kata awak. 88 00:06:16,417 --> 00:06:17,707 Besarnya! 89 00:06:17,794 --> 00:06:21,014 Jadi inilah Sunsunshine 60! 90 00:06:21,506 --> 00:06:24,586 Yoh, cepat tukar baju. 91 00:06:24,675 --> 00:06:25,675 Okey. 92 00:06:26,886 --> 00:06:30,006 Hei, ini sama macam baju yang saya pakai semasa kecil, bukan? 93 00:06:30,098 --> 00:06:31,268 Malulah! 94 00:06:31,349 --> 00:06:35,689 Awak tak puas hati dengan baju yang saya jahit sendiri? 95 00:06:36,479 --> 00:06:37,309 Jahit sendiri? 96 00:06:37,897 --> 00:06:38,937 Baju ini muat elok! 97 00:06:39,023 --> 00:06:40,193 Cantiknya! 98 00:06:41,317 --> 00:06:42,567 Hodohnya baju awak! 99 00:06:42,652 --> 00:06:45,912 Nampaknya bukan nama awak saja yang buruk, Yoh Asakura! 100 00:06:45,988 --> 00:06:47,818 Apa? Di mana dia? 101 00:06:47,907 --> 00:06:49,197 Di atas sana! 102 00:06:50,576 --> 00:06:51,536 Benar sangkaan saya. 103 00:06:52,245 --> 00:06:54,155 Awak nampak dungu seperti yang dijangka. 104 00:06:59,710 --> 00:07:02,960 Nama saya Horohoro daripada Puak Ainu! 105 00:07:03,047 --> 00:07:04,797 Saya akan menang kejohanan ini! 106 00:07:09,095 --> 00:07:10,215 Awak terkejut? 107 00:07:11,055 --> 00:07:14,135 Ini Kuasa Ghaib saya, Kororo! 108 00:07:16,894 --> 00:07:17,854 Comelnya! 109 00:07:18,813 --> 00:07:21,113 Jangan pandang rendah hanya kerana dia comel! 110 00:07:21,190 --> 00:07:24,030 Dia boleh hapuskan kamu dengan sekali… 111 00:07:24,110 --> 00:07:25,320 Awak Horohoro? 112 00:07:26,112 --> 00:07:27,242 Apa? 113 00:07:27,321 --> 00:07:32,701 Berani awak hina baju yang saya jahit sendiri? 114 00:07:34,996 --> 00:07:37,956 Anna menang pusingan pertama Kejohanan Dukun! 115 00:07:38,040 --> 00:07:40,000 Siapa awak? 116 00:07:40,585 --> 00:07:42,545 Saya Anna, seorang Itako. 117 00:07:42,628 --> 00:07:44,958 Tunang bakal Raja Dukun. 118 00:07:46,090 --> 00:07:48,630 - Awak tunang saya? - Bodoh! 119 00:07:48,718 --> 00:07:52,008 Dia tunang saya yang akan jadi Raja Dukun. 120 00:07:52,096 --> 00:07:56,806 Tunang? Kecil-kecil dah bertunang? 121 00:07:57,393 --> 00:07:58,733 Ya. 122 00:07:58,811 --> 00:08:02,481 Selambanya awak mengaku. Biar betul! 123 00:08:03,232 --> 00:08:04,822 Kami berdua sebaya, 124 00:08:04,901 --> 00:08:07,111 tapi dia lebih matang! 125 00:08:07,695 --> 00:08:10,405 Saya tak ada teman wanita pun… 126 00:08:13,451 --> 00:08:14,951 Awak akan jumpa jodoh awak! 127 00:08:15,536 --> 00:08:16,366 Kororo! 128 00:08:17,205 --> 00:08:18,615 Maaf. 129 00:08:18,706 --> 00:08:21,666 Saya cuma sedih dan kecewa sikit. 130 00:08:22,335 --> 00:08:24,915 Terima kasih. Awak memang kawan yang baik. 131 00:08:25,588 --> 00:08:26,708 "Kawan"? 132 00:08:27,256 --> 00:08:28,506 Ya. 133 00:08:28,591 --> 00:08:32,431 Kororo, roh jenis Korpokkur ialah roh suci dan juga kawan saya yang istimewa. 134 00:08:33,763 --> 00:08:37,233 Roh suci? Macam Roh Pelindung Silva! 135 00:08:37,308 --> 00:08:40,478 Roh suci ialah roh yang wujud dalam alam semula jadi. 136 00:08:41,145 --> 00:08:42,805 Kami tak cuba 137 00:08:42,897 --> 00:08:46,317 menawan alam semula jadi. Sebaliknya, kami cuba hidup harmoni dengan haiwan 138 00:08:46,400 --> 00:08:48,240 dengan mendengar luahan 139 00:08:48,319 --> 00:08:50,279 dan memahami kehendak alam semula jadi. 140 00:08:50,363 --> 00:08:53,203 Sebab itulah kami boleh hidup aman bersama. 141 00:08:54,450 --> 00:08:56,790 Pendek kata, kebolehan khas kami sebagai Dukun 142 00:08:56,869 --> 00:08:58,909 ialah berbicara dengan alam semula jadi 143 00:08:58,996 --> 00:09:02,326 dan ia memberikan kuasa yang tak terhingga kepada kami. 144 00:09:02,959 --> 00:09:05,339 "Korpokkur" bermaksud "pari-pari di bawah daun fuki". 145 00:09:05,419 --> 00:09:08,669 Dialah kawan pertama saya yang sangat disayangi. 146 00:09:10,258 --> 00:09:11,088 Baiklah. 147 00:09:11,801 --> 00:09:13,971 Saya dah kenalkan Roh Pelindung saya. 148 00:09:14,512 --> 00:09:16,102 Giliran awak pula… 149 00:09:16,180 --> 00:09:17,270 Apa? 150 00:09:17,348 --> 00:09:19,388 Awak pun ada Korpokkur? 151 00:09:20,017 --> 00:09:22,397 Saya manusialah! 152 00:09:22,478 --> 00:09:24,648 Tapi memang serupa, Manta! 153 00:09:25,439 --> 00:09:26,569 Apa? 154 00:09:30,570 --> 00:09:32,740 Kororo suka awak! 155 00:09:34,532 --> 00:09:35,492 Baguslah! 156 00:09:36,075 --> 00:09:38,995 Jangan cuba alihkan perhatian saya dengan kawan awak! 157 00:09:39,787 --> 00:09:40,747 Tak guna! 158 00:09:40,830 --> 00:09:45,080 Nampaknya saya perlu paksa awak tunjukkan Roh Pelindung awak! 159 00:09:45,167 --> 00:09:46,457 Tunggu dulu! 160 00:09:46,544 --> 00:09:48,804 Saya tak cakap saya tak nak tunjukkan. 161 00:09:48,879 --> 00:09:49,879 Sabarlah. 162 00:09:49,964 --> 00:09:52,804 Jangan buang masa saya! Cepatlah! 163 00:09:52,883 --> 00:09:57,223 Roh Berpadu! Kororo si Korpokkur dan papan luncur salji! 164 00:09:59,473 --> 00:10:00,603 Itu… 165 00:10:00,683 --> 00:10:03,023 Itu Kuasa Ghaibnya? 166 00:10:03,102 --> 00:10:04,982 Bukan ini saja! 167 00:10:05,062 --> 00:10:07,942 Kororo! Tunjukkan kehebatan awak! 168 00:10:08,024 --> 00:10:09,194 Rasakan! 169 00:10:09,859 --> 00:10:11,529 KauKau Priwenpe! 170 00:10:17,825 --> 00:10:20,035 Jadi itu Kuasa Ghaib awak? 171 00:10:21,287 --> 00:10:23,657 Awak serang ketika saya belum bersedia! 172 00:10:23,748 --> 00:10:24,618 Hei! 173 00:10:24,707 --> 00:10:27,337 Bersyukurlah saya tolong aktifkan Kuasa Ghaib awak. 174 00:10:27,418 --> 00:10:30,798 Perlawanan kita akan bermula tak sampai seminit lagi. 175 00:10:31,631 --> 00:10:33,881 Awak tahu awak akan tersingkir kalau awak tak guna 176 00:10:33,966 --> 00:10:35,886 Kuasa Ghaib dalam pertarungan, bukan? 177 00:10:36,844 --> 00:10:39,144 Awak bernasib baik kerana saya tak suka main tipu. 178 00:10:40,306 --> 00:10:44,266 Pertarungan sebenar Yoh akan bermula sekarang. 179 00:10:44,352 --> 00:10:46,812 Tapi maaflah, Cik Itako. 180 00:10:46,896 --> 00:10:49,566 Saya, Horohoro, pasti akan menang 181 00:10:49,649 --> 00:10:52,069 demi impian saya. 182 00:10:52,151 --> 00:10:53,321 Impian? 183 00:10:53,402 --> 00:10:58,412 Untuk mencapai impian itu, saya mesti menjadi Raja Dukun! 184 00:10:58,491 --> 00:10:59,411 LAWAN 185 00:11:00,409 --> 00:11:03,369 Saya tak boleh kalah dengan orang macam awak dalam pusingan awal! 186 00:11:03,454 --> 00:11:05,004 Siapa serang dulu, dia menang! 187 00:11:05,915 --> 00:11:07,915 Emus Nokipekonr! 188 00:11:14,090 --> 00:11:15,130 Awak buat apa? 189 00:11:15,216 --> 00:11:16,546 Lawanlah balik! 190 00:11:19,553 --> 00:11:21,723 Awak tak boleh lari! 191 00:11:23,641 --> 00:11:25,271 Ayuh! Mososo Kruppe! 192 00:11:28,813 --> 00:11:31,943 Awak takkan dapat elak serangan saya di udara! 193 00:11:32,817 --> 00:11:33,937 Rasakan! 194 00:11:34,026 --> 00:11:35,816 KauKau Priwenpe! 195 00:11:35,903 --> 00:11:37,243 Apa? 196 00:11:37,321 --> 00:11:39,121 Lindungi saya, Amidamaru! 197 00:11:41,617 --> 00:11:43,447 Apa? Dia tepis serangan saya? 198 00:11:43,536 --> 00:11:45,196 Awak buat apa? 199 00:11:45,830 --> 00:11:49,080 Awak asyik serang saya secara mengejut! 200 00:11:49,166 --> 00:11:52,246 Saya tak boleh lawan awak selagi saya tak tahu apa impian awak. 201 00:11:54,088 --> 00:11:55,508 Awak memang bodoh, Yoh! 202 00:11:55,589 --> 00:11:57,509 Ini bukan masanya untuk fikir tentang itu! 203 00:11:59,051 --> 00:12:02,681 Saya kagum kerana awak dapat elak semua serangan saya. 204 00:12:03,180 --> 00:12:04,270 Baiklah. 205 00:12:04,348 --> 00:12:06,888 Saya akan beritahu awak atas dasar hormat. 206 00:12:07,893 --> 00:12:10,653 Saya ada impian yang besar. 207 00:12:11,730 --> 00:12:15,570 Saya mahu sediakan lapangan tumbuhan fuki seluas mata memandang! 208 00:12:17,570 --> 00:12:19,860 Itu saja? Remeh betul impian awak! 209 00:12:19,947 --> 00:12:21,527 Tidak. 210 00:12:21,615 --> 00:12:24,615 Kororo dan semua roh jenis Korpokkur 211 00:12:24,702 --> 00:12:26,502 hampir pupus. 212 00:12:28,205 --> 00:12:31,375 Habitat semula jadi Kororo semakin susut 213 00:12:31,959 --> 00:12:34,209 kerana pengembangan penempatan manusia. 214 00:12:34,962 --> 00:12:36,092 Korpokkur 215 00:12:36,172 --> 00:12:40,182 hidup di hutan jauh lebih lama daripada puak kami. 216 00:12:40,718 --> 00:12:43,888 Kami banyak belajar daripada mereka. 217 00:12:44,472 --> 00:12:45,682 Pelbagai jenis teknologi, 218 00:12:46,265 --> 00:12:47,555 cara memburu dan memancing, 219 00:12:48,142 --> 00:12:49,602 budaya dan adat… 220 00:12:49,685 --> 00:12:53,765 Tapi yang paling penting, mereka mengajar kami betapa pentingnya 221 00:12:53,856 --> 00:12:55,816 hidup sejahtera dengan alam semula jadi. 222 00:12:55,900 --> 00:12:59,950 Korpokkur mengekalkan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi. 223 00:13:01,363 --> 00:13:03,283 Korpokkur tak boleh dibiarkan pupus. 224 00:13:03,908 --> 00:13:07,288 Membaik pulih rimba yang ditebang mengambil masa beratus-ratus tahun. 225 00:13:07,995 --> 00:13:11,665 Sebab itulah saya mahu berpadu dengan Raja Roh, 226 00:13:11,749 --> 00:13:14,539 supaya saya ada kuasa untuk mengubah keadaan. 227 00:13:15,669 --> 00:13:17,299 Itu impian saya. 228 00:13:21,342 --> 00:13:23,012 Terharunya saya! 229 00:13:23,093 --> 00:13:25,353 Okey, awak jadilah Raja Dukun! 230 00:13:26,805 --> 00:13:28,845 Apa awak cakap? 231 00:13:29,808 --> 00:13:31,848 Awak sangat baik, Horohoro! 232 00:13:31,936 --> 00:13:33,346 Tumbukan Tuan Rumah Penginapan! 233 00:13:33,437 --> 00:13:34,357 Si bodoh! 234 00:13:34,438 --> 00:13:36,228 Macam mana dengan impian saya? 235 00:13:36,315 --> 00:13:39,275 Impian awak sendiri juga? 236 00:13:39,360 --> 00:13:42,910 Bukankah awak nak jadi Raja Dukun supaya awak boleh hidup senang? 237 00:13:44,532 --> 00:13:45,912 Betul juga. 238 00:13:45,991 --> 00:13:48,121 Saya hampir terlupa impian sendiri. 239 00:13:48,994 --> 00:13:50,704 Awak berguraukah? 240 00:13:50,788 --> 00:13:52,708 Ini tak semudah yang disangka. 241 00:13:53,707 --> 00:13:58,377 Sekarang saya rasa sebab saya nak jadi Raja Dukun tak semulia awak. 242 00:13:58,462 --> 00:13:59,672 Apa patut saya buat? 243 00:14:00,256 --> 00:14:01,506 Kenapa dengan dia? 244 00:14:01,590 --> 00:14:02,970 Dia betul-betul serba salah. 245 00:14:03,968 --> 00:14:05,138 Baiklah. 246 00:14:05,761 --> 00:14:08,721 Saya akan pastikan impian awak jadi kenyataan 247 00:14:08,806 --> 00:14:11,176 selepas saya jadi Raja Dukun! 248 00:14:22,653 --> 00:14:26,163 - Apa? - Saya tak perlu risau lagi! 249 00:14:26,740 --> 00:14:30,200 Kerana ini menguntungkan kita berdua! 250 00:14:30,286 --> 00:14:32,616 Apa pendapat awak? Idea yang menarik, bukan? 251 00:14:33,205 --> 00:14:36,575 Itu pun kalau awak menang Kejohanan Dukun, bodoh! 252 00:14:37,918 --> 00:14:40,338 Tidak, itu bukan masalahnya. 253 00:14:41,380 --> 00:14:44,340 Impian patut direalisasikan sendiri! 254 00:14:44,425 --> 00:14:48,045 Saya akan jadi Raja Dukun dengan kekuatan saya sendiri! 255 00:14:48,637 --> 00:14:49,507 Baiklah. 256 00:14:50,222 --> 00:14:52,812 Kita boleh lawan betul-betul sekarang. 257 00:14:52,892 --> 00:14:55,312 Baiklah! Emus Nokipekonr! 258 00:15:05,195 --> 00:15:08,275 Saya cuai kerana awak tak nampak serius. 259 00:15:08,365 --> 00:15:09,405 Saya takkan cuai lagi! 260 00:15:10,409 --> 00:15:12,449 KauKau Priwenpe! 261 00:15:15,039 --> 00:15:17,329 Saya dah banyak kali nampak serangan ini. 262 00:15:18,042 --> 00:15:20,712 Serangan awak semuanya ketara. 263 00:15:20,794 --> 00:15:24,594 Saya boleh agak kerana saya dah biasa bertarung bersama Amidamaru. 264 00:15:24,673 --> 00:15:25,973 Amidamaru? 265 00:15:26,675 --> 00:15:28,965 Samurai paling hebat 600 tahun lalu. 266 00:15:29,053 --> 00:15:31,103 Dia Roh Pelindung saya! 267 00:15:33,432 --> 00:15:35,062 Elak! Kororo! 268 00:15:41,315 --> 00:15:42,355 Mustahil! 269 00:15:42,441 --> 00:15:45,241 Tak mungkin Kororo akan kalah dengan roh manusia. 270 00:15:45,861 --> 00:15:47,781 Awak cuma bernasib baik tadi. 271 00:15:47,863 --> 00:15:50,493 Siap sedia! Mososo Kruppe! 272 00:15:51,408 --> 00:15:55,868 Saya dan Amidamaru berlawan bersama sejak kali pertama dia merasuk badan saya. 273 00:15:56,372 --> 00:15:59,122 Maknanya saya tahu teknik ini. 274 00:16:01,043 --> 00:16:02,753 Gelombang Belah-Buddha. 275 00:16:02,836 --> 00:16:05,756 Teknik Amidamaru ini dah tersemat dalam ingatan saya. 276 00:16:07,383 --> 00:16:08,383 Apa? 277 00:16:08,884 --> 00:16:10,224 Tak mungkin! 278 00:16:10,302 --> 00:16:12,302 Sejak bila dia boleh… 279 00:16:13,472 --> 00:16:14,892 Begitu rupanya. 280 00:16:15,516 --> 00:16:19,896 Awak nampak acuh tak acuh saja tapi ada sebabnya awak boleh sampai ke tahap ini. 281 00:16:20,771 --> 00:16:22,401 Awak boleh tahan hebat, Yoh! 282 00:16:22,481 --> 00:16:24,271 Awak juga, Horohoro! 283 00:16:24,775 --> 00:16:28,985 Saya tak sangka ada Dukun macam awak! 284 00:16:29,071 --> 00:16:31,911 Tapi ini bukan kekuatan saya seorang saja. 285 00:16:33,033 --> 00:16:36,163 Roh Pelindung saya ialah samurai terhebat, Amidamaru. 286 00:16:36,245 --> 00:16:40,415 Medium saya pula ialah Harusame, pedang yang ditempa oleh kawannya, Mosuke. 287 00:16:41,417 --> 00:16:46,007 Pedang ini padat dengan jiwa semua lawannya sejak enam kurun lalu. 288 00:16:46,088 --> 00:16:48,048 Roh-roh mereka turut bersemadi di sini. 289 00:16:48,132 --> 00:16:50,932 Sebab itulah Kuasa Ghaib saya kuat. 290 00:16:51,760 --> 00:16:52,890 Begitu rupanya. 291 00:16:53,595 --> 00:16:56,555 Disebabkan awak, saya dah dapat jawapan yang saya cari. 292 00:16:56,640 --> 00:16:57,770 Jawapan? 293 00:16:58,851 --> 00:16:59,691 Jawapan apa? 294 00:17:00,477 --> 00:17:04,687 "Kadangkala penunggu gunung suka main-main dengan manusia yang paling kuat." 295 00:17:04,773 --> 00:17:07,283 Itu pepatah yang selalu disebut di kampung saya. 296 00:17:07,985 --> 00:17:09,395 Pepatah? 297 00:17:11,905 --> 00:17:14,155 Ini teknik Kororo yang paling kuat! 298 00:17:14,241 --> 00:17:16,661 Epittarki Upas-Horkkek! 299 00:17:18,162 --> 00:17:21,082 Runtuhan salji dianggap cabaran daripada penunggu gunung 300 00:17:21,165 --> 00:17:23,035 kepada manusia-manusia yang kuat! 301 00:17:23,709 --> 00:17:26,339 Saya akui, awak lawan yang kuat, 302 00:17:26,420 --> 00:17:29,970 jadi saya akan lawan awak dengan seluruh Mana saya. 303 00:17:31,425 --> 00:17:32,675 Ayuh! 304 00:17:35,971 --> 00:17:37,891 Ini akan menentukan pemenangnya! 305 00:17:39,349 --> 00:17:40,179 Besarnya! 306 00:17:40,851 --> 00:17:42,441 Inilah kuasa alam! 307 00:17:42,519 --> 00:17:45,189 Saksikan kedahsyatan bencana alam! 308 00:17:45,272 --> 00:17:46,652 Awak tak boleh lari! 309 00:17:46,732 --> 00:17:49,492 Kalau saya cuba mengelak, saya kalah. Jadi… 310 00:17:51,153 --> 00:17:54,533 Saya terpaksa lawan balik dengan seluruh Mana saya juga! 311 00:17:54,615 --> 00:17:55,945 Betul tak, Horohoro? 312 00:17:56,033 --> 00:17:57,703 Bagus! 313 00:17:57,785 --> 00:18:00,495 - Ayuh! - Baik! 314 00:18:05,709 --> 00:18:07,879 Pertarungan akan tamat sebentar lagi. 315 00:18:08,462 --> 00:18:11,722 Horohoro lulus ujian kelayakan saya dengan teknik itu. 316 00:18:14,927 --> 00:18:16,967 Dia lebih bodoh daripada yang saya sangka. 317 00:18:17,721 --> 00:18:20,141 Tapi saya dah kehabisan Mana kerana dia. 318 00:18:20,724 --> 00:18:23,524 Saya patut selamatkan dia sebelum dia mati lemas… 319 00:18:27,189 --> 00:18:28,109 Apa? 320 00:18:28,690 --> 00:18:32,610 Macam mana awak boleh melepaskan diri daripada runtuhan salji ini? 321 00:18:33,695 --> 00:18:35,695 Tak kira apa pun dugaan yang melanda, 322 00:18:35,781 --> 00:18:40,411 dia tak pernah lupa diri dan dia hadapi dugaan tanpa gentar akan mati. 323 00:18:41,370 --> 00:18:44,370 Sebab itulah dia lulus ujian saya. 324 00:18:44,998 --> 00:18:47,838 Dia menyerang dengan pedang itu 325 00:18:47,918 --> 00:18:49,798 untuk mencapai impiannya! 326 00:18:57,261 --> 00:18:58,301 Pertarungan dah tamat. 327 00:19:01,682 --> 00:19:04,562 Tak kena? Dia sengajakah? 328 00:19:04,643 --> 00:19:06,153 Awak tak perasan? 329 00:19:06,228 --> 00:19:09,358 Awak tak guna Kuasa Ghaib lagi selepas awak kehabisan Mana. 330 00:19:10,482 --> 00:19:11,612 Kororo! 331 00:19:13,318 --> 00:19:15,278 Sayangnya, Horohoro. 332 00:19:15,362 --> 00:19:17,322 Saya menang! 333 00:19:19,116 --> 00:19:22,616 Mari kita raikan kemenangan pertama Yoh! 334 00:19:22,703 --> 00:19:24,583 Mari minum! 335 00:19:25,164 --> 00:19:27,884 Kamu semua tak perlu raikan kemenangan saya. 336 00:19:27,958 --> 00:19:28,958 Mari minum! 337 00:19:29,042 --> 00:19:31,092 Awak buat apa di sini? 338 00:19:31,170 --> 00:19:33,710 Apa salahnya? Saya tak ada kerja lain pun sekarang. 339 00:19:33,797 --> 00:19:34,967 Biarlah dia di sini! 340 00:19:36,925 --> 00:19:39,215 Yoh cukup kuat untuk menewaskan saya. 341 00:19:39,303 --> 00:19:41,853 Kehebatannya harus dipuji! 342 00:19:41,930 --> 00:19:43,810 Ini untuk meraikan persahabatan kami! 343 00:19:43,891 --> 00:19:46,391 Awak memang baik orangnya. 344 00:19:47,352 --> 00:19:50,562 Lagipun, saya belum tersingkir. 345 00:19:51,148 --> 00:19:53,568 Saya cuma perlu menang dua pusingan yang tinggal. 346 00:19:53,650 --> 00:19:56,280 Ya, pasti ada jalannya nanti. 347 00:19:56,361 --> 00:19:57,401 Aduhai. 348 00:19:57,487 --> 00:19:59,567 Semua Dukun pun macam merekakah? 349 00:20:00,657 --> 00:20:02,617 Comelnya! 350 00:20:02,701 --> 00:20:06,121 Dari mana datangnya si comel ini? 351 00:20:07,456 --> 00:20:09,496 Mata keranjang! 352 00:20:10,083 --> 00:20:12,043 Dia roh suci yang dipanggil Korpokkur, 353 00:20:12,127 --> 00:20:14,087 Roh Pelindung Horohoro! 354 00:20:14,671 --> 00:20:16,171 Roh Pelindung? 355 00:20:16,256 --> 00:20:18,086 Jadi selepas saya jadi Dukun, 356 00:20:18,175 --> 00:20:20,635 saya juga akan dapat Roh Pelindung secomel itu? 357 00:20:20,719 --> 00:20:22,349 Baiklah! 358 00:20:22,429 --> 00:20:25,179 Saya akan gigih berlatih mulai sekarang, okey? 359 00:20:26,767 --> 00:20:29,387 Jangan berangan! 360 00:20:29,478 --> 00:20:30,648 Si mata keranjang! 361 00:20:31,772 --> 00:20:32,982 Apa awak cakap? 362 00:20:33,065 --> 00:20:34,015 Siapa awak? 363 00:20:34,107 --> 00:20:38,447 Hanya abang saya yang akan jadi Raja Dukun. Faham? 364 00:20:38,528 --> 00:20:41,108 Prica! Macam mana kamu tahu abang ada di sini? 365 00:20:41,198 --> 00:20:44,488 Aduhai! Pantang saya leka sikit, abang terus hilang! 366 00:20:44,576 --> 00:20:48,746 Saya ikut abang ke sini untuk tolong abang. 367 00:20:51,041 --> 00:20:54,881 Mari kita balik ke hotel dan teruskan latihan. 368 00:20:56,255 --> 00:20:58,585 Horohoro! Awak pun sama macam saya? 369 00:20:59,383 --> 00:21:00,683 Yoh Asakura! 370 00:21:00,759 --> 00:21:04,299 Berani awak menjadi penghalang impian kami? 371 00:21:04,388 --> 00:21:06,468 Saya takkan maafkan awak! 372 00:21:08,308 --> 00:21:09,598 Maaf, Yoh. 373 00:21:10,310 --> 00:21:13,520 Jangan pedulikan adik saya. 374 00:21:13,605 --> 00:21:14,435 Abang! 375 00:21:15,107 --> 00:21:16,857 Saya kalah kali ini, 376 00:21:16,942 --> 00:21:18,742 tapi saya takkan kalah lagi. 377 00:21:19,403 --> 00:21:21,993 Jadi awak mesti menang dalam pusingan kedua! 378 00:21:22,072 --> 00:21:23,662 Jumpa lagi nanti! 379 00:21:25,409 --> 00:21:26,449 Okey. 380 00:21:28,745 --> 00:21:29,615 Impian… 381 00:21:29,705 --> 00:21:33,915 Macam mana dengan impian peserta-peserta yang kalah? 382 00:21:35,544 --> 00:21:39,384 Impian mereka hancur begitu saja. 383 00:21:39,464 --> 00:21:41,224 Perlukah saya hancurkan impian mereka? 384 00:21:42,134 --> 00:21:44,394 Awak memang suka mengarut. 385 00:21:44,469 --> 00:21:46,099 Tapi itu saya suka tentang awak. 386 00:21:47,180 --> 00:21:48,850 Awak nak dengar pendapat saya? 387 00:21:48,932 --> 00:21:52,102 Seorang raja takkan dapat mencapai impiannya sendiri. 388 00:21:52,686 --> 00:21:58,606 Semua orang dalam kerajaannya bekerja keras untuk mencapai impian sendiri. 389 00:21:59,234 --> 00:22:02,454 Mereka dapat mengejar impian kerana mereka ada raja yang baik. 390 00:22:03,030 --> 00:22:06,490 Saya pasti orang yang akan jadi Raja Dukun 391 00:22:06,575 --> 00:22:10,365 akan mewujudkan dunia di mana impian semua orang akan tercapai. 392 00:22:12,497 --> 00:22:15,917 Lawan Yoh Asakura yang seterusnya telah ditetapkan. 393 00:22:16,001 --> 00:22:18,961 - Saya tahu. - Saya patut beri amaran. 394 00:22:19,046 --> 00:22:20,586 Suruh dia tarik diri. 395 00:22:23,175 --> 00:22:26,545 Kerana dia pasti akan mati dalam pusingan seterusnya. 396 00:23:52,848 --> 00:23:57,848 Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana