1 00:00:08,007 --> 00:00:11,587 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:14,055 --> 00:00:16,765 Saya dah cakap saya tak nak pindah sekolah! 3 00:00:16,850 --> 00:00:20,100 Saya cuma terjebak dalam pergaduhan di jalanan ketika saya lalu! 4 00:00:20,186 --> 00:00:22,356 Dengarlah dulu cakap mak! 5 00:00:23,106 --> 00:00:24,726 Dia takkan dengar, mak. 6 00:00:25,316 --> 00:00:27,486 Dia ada kawan baru yang dia suka sangat 7 00:00:27,569 --> 00:00:29,949 sampai sanggup ponteng kelas tambahan untuk melepak. 8 00:00:30,029 --> 00:00:31,869 Mannoko tahu! 9 00:00:31,948 --> 00:00:33,278 Kawan? 10 00:00:33,366 --> 00:00:35,446 Tidak, saya… 11 00:00:36,161 --> 00:00:38,961 Mannoko memang mulut tempayan! 12 00:00:39,039 --> 00:00:40,289 Yoh Asakura. 13 00:00:40,373 --> 00:00:43,213 Selalu ponteng sekolah di sekolah lamanya di Izumo. 14 00:00:43,793 --> 00:00:46,133 Sekarang bersekedudukan dengan tunangnya. 15 00:00:46,713 --> 00:00:49,013 Kamu tak patut berkawan dengan orang macam dia. 16 00:00:49,883 --> 00:00:51,013 Ayah! 17 00:00:51,593 --> 00:00:54,143 Ayah suruh Tamurazaki menyelidik latar belakangnya. 18 00:00:54,220 --> 00:00:56,890 Selidik latar belakang? Tapi kenapa… 19 00:00:58,975 --> 00:01:01,385 Kawan kamu, Yoh Asakura… 20 00:01:01,978 --> 00:01:05,568 Khabarnya, keluarganya semua bomoh! 21 00:01:06,524 --> 00:01:07,784 Bomoh? 22 00:01:08,359 --> 00:01:10,399 Kita mudah terpengaruh oleh kawan-kawan. 23 00:01:10,987 --> 00:01:12,907 Kalau tak nak jadi bodoh, 24 00:01:12,989 --> 00:01:15,329 jangan jumpa budak itu lagi! 25 00:01:16,743 --> 00:01:19,913 Sebaik saja kamu keluar hospital, kamu akan belajar di kolej 26 00:01:19,996 --> 00:01:21,156 di Amerika. 27 00:01:21,748 --> 00:01:25,668 Kamu akan mewarisi Syarikat Oyamada, 28 00:01:25,752 --> 00:01:29,012 syarikat pembangunan tenaga bertaraf dunia yang terkenal. 29 00:03:00,597 --> 00:03:01,467 EPISOD 8 KEMAJUAN 30 00:03:01,556 --> 00:03:05,016 Aduhai. Ayah masih sama macam dulu. 31 00:03:06,060 --> 00:03:07,350 Amerika? 32 00:03:07,937 --> 00:03:12,027 Saya tak ada cita-cita sendiri pun. 33 00:03:12,942 --> 00:03:14,692 Baru saya sedar. 34 00:03:14,777 --> 00:03:18,567 Mungkin saya tertarik dengan Yoh kerana impian dan cita-citanya. 35 00:03:21,618 --> 00:03:23,618 Yoh buat apa sekarang? 36 00:03:23,703 --> 00:03:25,463 Saya dah lama terlantar di hospital, 37 00:03:25,538 --> 00:03:28,168 tapi sekali pun dia tak datang melawat! 38 00:03:29,500 --> 00:03:31,000 YOH ASAKURA 39 00:03:31,085 --> 00:03:32,205 Yoh! 40 00:03:40,720 --> 00:03:43,310 Kenapa kamu nampak serius sangat? 41 00:03:43,389 --> 00:03:45,929 Kamu tak gembira jumpa saya setelah sekian lama? 42 00:03:46,017 --> 00:03:47,387 Saya kalah dalam pusingan itu. 43 00:03:47,977 --> 00:03:50,397 Faust berjaya mara ke peringkat seterusnya. 44 00:03:52,190 --> 00:03:53,070 Maaf. 45 00:03:53,149 --> 00:03:56,399 Kalau saya tak ditangkap oleh dia, tentu ini takkan berlaku… 46 00:03:56,486 --> 00:03:57,736 Ya, betul. 47 00:03:59,030 --> 00:04:01,200 Saya dah cakap jangan lari, 48 00:04:01,282 --> 00:04:03,702 tapi awak tetap lari lintang-pukang. 49 00:04:04,953 --> 00:04:06,373 Tengoklah apa dah jadi. 50 00:04:06,454 --> 00:04:09,794 Impian saya musnah kerana awak. 51 00:04:09,874 --> 00:04:11,634 Nanti dulu, Yoh! 52 00:04:11,709 --> 00:04:13,669 Kenapa awak cakap begitu? 53 00:04:14,837 --> 00:04:15,877 Pergi. 54 00:04:15,964 --> 00:04:18,554 Awak bukan kawan saya lagi. 55 00:04:19,175 --> 00:04:21,005 - Tapi… - Keluar! 56 00:04:24,138 --> 00:04:29,308 Tadi ibu bapa saya larang saya berkawan dengan awak. 57 00:04:29,894 --> 00:04:30,814 Walaupun begitu, 58 00:04:31,396 --> 00:04:33,186 kerana awak kawan saya, Yoh, 59 00:04:33,273 --> 00:04:36,733 saya tak nak pergi ke Amerika! 60 00:04:40,822 --> 00:04:43,202 Bodohnya saya! 61 00:04:46,786 --> 00:04:50,076 Tentu sukar untuk awak cakap semua itu. 62 00:04:50,164 --> 00:04:51,424 Saya kagum. 63 00:04:52,125 --> 00:04:55,035 Tuan Yoh! Awak pasti ini apa yang awak mahu? 64 00:04:55,670 --> 00:04:56,880 Ya. 65 00:04:57,672 --> 00:05:00,592 Manta cedera kerana saya. 66 00:05:02,135 --> 00:05:04,545 Saya tak boleh biarkan dia menjadi mangsa lagi. 67 00:05:05,346 --> 00:05:08,016 Lebih-lebih lagi apabila memikirkan lawan saya nanti. 68 00:05:10,143 --> 00:05:11,853 Awak lawan saya? 69 00:05:12,437 --> 00:05:15,477 Ya. Sebab itulah saya nak tunjukkan 70 00:05:16,107 --> 00:05:20,277 kehebatan Kuasa Ghaib saya! 71 00:05:21,863 --> 00:05:25,373 Saya takkan dapat kalahkan Ren dalam keadaan sekarang. 72 00:05:26,034 --> 00:05:29,454 Saya tak mahu membahayakan nyawa kawan saya lagi. 73 00:05:29,537 --> 00:05:30,457 Tuan Yoh… 74 00:05:31,039 --> 00:05:34,329 Niat awak memang baik, tapi apa rancangan awak sekarang? 75 00:05:34,417 --> 00:05:35,747 Saya akan pulang ke Izumo. 76 00:05:36,377 --> 00:05:38,707 Saya akan berlatih di sana dan menguatkan diri saya. 77 00:05:39,672 --> 00:05:42,012 Suatu hari nanti, saya akan minta maaf pada Manta! 78 00:05:42,967 --> 00:05:46,757 Kenapa abang saja yang boleh pergi ke Amerika? Tak adilnya! 79 00:05:46,846 --> 00:05:50,516 Mujurlah kamu setuju untuk pergi. 80 00:05:50,600 --> 00:05:54,060 Berkawan dengan bomoh memang… 81 00:05:54,145 --> 00:05:55,725 Memang apa? 82 00:05:56,731 --> 00:05:58,861 Mak cuma risaukan tanggapan orang. 83 00:05:58,941 --> 00:06:01,531 Mak asyik suruh saya belajar rajin-rajin. 84 00:06:01,611 --> 00:06:03,111 Ayah pun sama. 85 00:06:03,196 --> 00:06:07,076 Saya tak pernah bahagia sejak kecil sampai sekarang. 86 00:06:07,158 --> 00:06:08,788 Apa yang kamu merepek ini? 87 00:06:08,868 --> 00:06:10,408 Saya tak peduli dia bomoh. 88 00:06:10,495 --> 00:06:12,245 Dia tetap orang pertama 89 00:06:12,330 --> 00:06:14,960 yang buat saya rasa gembira! 90 00:06:15,500 --> 00:06:16,420 Manta! 91 00:06:17,418 --> 00:06:19,668 Saya mahu lebih memahami Yoh! 92 00:06:20,171 --> 00:06:21,171 Sebab itulah 93 00:06:21,255 --> 00:06:23,335 saya akan pergi jumpa dia! 94 00:06:25,093 --> 00:06:28,513 Dompet saya tertinggal dalam beg pakaian! 95 00:06:28,596 --> 00:06:30,516 Apa? Itu awakkah, Manta? 96 00:06:30,598 --> 00:06:33,308 Ryu Pedang Kayu buat apa di sini? 97 00:06:35,019 --> 00:06:37,649 Ada jambul kecil tumbuh di tengah-tengah jambul besarnya? 98 00:06:39,649 --> 00:06:42,569 Awak nak ke Amerika? Untuk belajar menjadi cef susyi? 99 00:06:42,652 --> 00:06:46,452 Saya juga mahu mengejar cita-cita saya! 100 00:06:47,782 --> 00:06:49,742 Saya akan jadi cef terbaik 101 00:06:49,826 --> 00:06:51,946 dan kembali ke pangkuan Anna! 102 00:06:53,079 --> 00:06:54,079 Saya tak sabar lagi! 103 00:06:54,163 --> 00:06:56,583 Tapi macam mana dengan kawan-kawan awak, Ryu? 104 00:06:56,666 --> 00:06:58,956 Mereka semua dah dapat kerja. 105 00:06:59,544 --> 00:07:02,174 Saya beritahu mereka, "Hargai tempat kamu sekarang." 106 00:07:02,964 --> 00:07:04,554 "Hargai tempat kamu sekarang." 107 00:07:05,341 --> 00:07:08,591 Saya cemburukan awak, Ryu. 108 00:07:08,678 --> 00:07:12,138 Awak bukan macam saya. Awak ada kawan-kawan dan cita-cita. 109 00:07:15,143 --> 00:07:17,813 Saya dengar Yoh pulang ke Izumo. 110 00:07:18,688 --> 00:07:21,478 Saya tak tahu apa yang terjadi antara kamu berdua, 111 00:07:21,566 --> 00:07:24,736 tapi saya akan sentiasa membantu orang yang tiada hala tuju! 112 00:07:27,989 --> 00:07:31,989 Awak sanggup ketinggalan kapal terbang ke Amerika hanya untuk tolong saya? 113 00:07:32,076 --> 00:07:34,536 Ya. Kedai susyi itu takkan ke mana-mana. 114 00:07:34,620 --> 00:07:37,960 Ayuh! Kita teruskan perjalanan ke Izumo! 115 00:07:42,545 --> 00:07:45,165 Datuk sangka kamu balik untuk menziarahi keluarga saja, 116 00:07:45,715 --> 00:07:49,505 tapi kamu tiba-tiba cakap kamu nak berlatih untuk menguatkan Mana. 117 00:07:50,219 --> 00:07:52,009 Nampaknya azam kamu semakin kuat. 118 00:07:52,096 --> 00:07:55,136 Ya, ada sebab saya mahu menang. 119 00:07:55,808 --> 00:07:56,978 Mana menjadi ukuran 120 00:07:57,059 --> 00:08:00,769 kepekaan Dukun terhadap roh. 121 00:08:00,855 --> 00:08:04,605 Sama macam deria manusia yang lain seperti penglihatan dan pendengaran, 122 00:08:04,692 --> 00:08:08,112 ia tak dapat ditingkatkan tak kira sekuat mana kamu mencuba. 123 00:08:08,196 --> 00:08:09,026 Tapi 124 00:08:09,113 --> 00:08:11,743 kamu akan memperoleh Mana baru 125 00:08:11,824 --> 00:08:13,374 kalau kamu mati dan hidup semula. 126 00:08:13,451 --> 00:08:15,291 Okey. Apa? 127 00:08:15,369 --> 00:08:16,949 Kamu mesti mati. 128 00:08:17,038 --> 00:08:18,918 Di Gua Yomi di depan sana. 129 00:08:18,998 --> 00:08:20,538 Nanti dulu, datuk! 130 00:08:20,625 --> 00:08:22,335 Apa maksud datuk? "Mati"? 131 00:08:22,418 --> 00:08:24,588 Yomi ialah tempat persemadian orang mati 132 00:08:24,670 --> 00:08:27,720 dan juga medan latihan para Dukun. 133 00:08:28,925 --> 00:08:32,005 Kamu perlukan masa tujuh hari dan tujuh malam 134 00:08:32,094 --> 00:08:35,224 untuk mencari jalan keluar. 135 00:08:35,306 --> 00:08:37,096 Tujuh hari tujuh malam? 136 00:08:37,183 --> 00:08:41,653 Dalam kegelapan yang tak berpenghujung, 137 00:08:41,729 --> 00:08:44,149 akhirnya, semua deria kamu tak terasa lagi. 138 00:08:44,232 --> 00:08:46,572 Yang tinggal hanyalah deria roh kamu. 139 00:08:47,318 --> 00:08:48,528 Ketika itu, 140 00:08:48,611 --> 00:08:53,071 jasad kamu tak berguna lagi. Kamu cuma boleh bergantung kepada roh kamu. 141 00:08:54,158 --> 00:08:56,738 Kamu masih nak masuk ke dalam gua ini, 142 00:08:56,827 --> 00:08:57,907 Yoh? 143 00:08:58,996 --> 00:08:59,906 Ya. 144 00:08:59,997 --> 00:09:02,787 Saya nekad nak jadi… 145 00:09:03,834 --> 00:09:05,174 Raja Dukun. 146 00:09:05,753 --> 00:09:08,173 Jumpa lagi. 147 00:09:10,383 --> 00:09:13,933 Saya patut berdoa untuk dia. 148 00:09:17,348 --> 00:09:21,888 Saya tak ada minat tertentu macam awak dan Yoh. 149 00:09:22,853 --> 00:09:27,153 Sebab itulah saya tertarik dengan Yoh yang cuma mahu hidup senang. 150 00:09:28,025 --> 00:09:29,895 Tak hairanlah dia benci saya. 151 00:09:31,237 --> 00:09:34,237 Saya rasa Yoh tak maksudkan 152 00:09:34,323 --> 00:09:35,623 apa yang dia beritahu awak. 153 00:09:36,409 --> 00:09:38,369 Walaupun kita pergi ke Izumo, 154 00:09:38,452 --> 00:09:42,672 saya rasa Yoh tentu tak mahu berkawan dengan saya lagi. 155 00:09:44,667 --> 00:09:46,497 Awak memang bodoh. 156 00:09:46,586 --> 00:09:47,416 Apa? 157 00:09:48,921 --> 00:09:49,921 MAKLUMAT PELANCONGAN 158 00:09:50,006 --> 00:09:52,256 Awak tertarik dengan Yoh 159 00:09:52,341 --> 00:09:54,761 kerana minat awak di situ. 160 00:09:54,844 --> 00:09:58,474 Pendek kata, tempat awak ialah di sisi Yoh. 161 00:09:59,056 --> 00:10:00,216 Tempat saya? 162 00:10:01,100 --> 00:10:03,270 Awak tak perlukan sebab untuk menyukai sesuatu. 163 00:10:03,811 --> 00:10:05,941 Pergi ke mana saja awak mahu pergi! 164 00:10:06,022 --> 00:10:07,232 Ryu… 165 00:10:07,315 --> 00:10:10,775 Dalam perjalanan ini, kita akan cari tempat itu! 166 00:10:12,987 --> 00:10:15,237 Saya sendiri pun agak teruja. 167 00:10:15,740 --> 00:10:17,370 Mungkin saya juga 168 00:10:17,450 --> 00:10:21,080 boleh menjalani latihan Dukun di rumah Yoh. 169 00:10:21,162 --> 00:10:22,662 Awak tak nak jadi cef susyi lagi? 170 00:10:22,747 --> 00:10:24,867 Cef susyi atau Dukun, 171 00:10:24,957 --> 00:10:27,707 saya tak kisah, asalkan saya nampak kacak! 172 00:10:28,461 --> 00:10:30,841 Barulah gadis-gadis terpikat! 173 00:10:35,092 --> 00:10:38,052 Kalaulah saya lurus macam awak, Ryu! 174 00:10:39,180 --> 00:10:42,020 GUNUNG SANBE, IZUMO 175 00:10:42,099 --> 00:10:45,019 DEWAN LATIHAN ASAKURA 176 00:10:45,102 --> 00:10:47,022 Dia baru saja balik, 177 00:10:47,647 --> 00:10:49,607 tapi terus pergi ke Gua Yomi! Kasihannya! 178 00:10:50,232 --> 00:10:52,742 Tuan Yoh tak apa-apakah? 179 00:10:53,611 --> 00:10:55,531 Dia tak apa-apa sekarang… 180 00:10:57,615 --> 00:10:58,525 Tapi… 181 00:10:59,950 --> 00:11:03,580 Seorang yang tinggi dan seorang yang rendah yang datang dari timur 182 00:11:03,663 --> 00:11:05,623 akan mengancam Yoh? 183 00:11:07,166 --> 00:11:08,706 Apa? 184 00:11:08,793 --> 00:11:11,383 "Sebagai pengikut Keluarga Asakura, 185 00:11:11,462 --> 00:11:15,052 Tuan Yoh penting bagi saya jadi saya mesti melindungi dia." 186 00:11:16,384 --> 00:11:17,434 Tamao, 187 00:11:17,510 --> 00:11:20,300 boleh cakap macam biasa dan jangan guna buku lakar itu? 188 00:11:21,514 --> 00:11:24,144 Saya tahu awak pemalu orangnya, 189 00:11:24,225 --> 00:11:25,805 tapi susah saya nak baca! 190 00:11:29,688 --> 00:11:33,108 Apa makna "mengancam"? 191 00:11:33,609 --> 00:11:34,439 Apa pun, 192 00:11:35,111 --> 00:11:39,321 awak masih baru dalam ilmu penilikan, jadi mungkin saya tak perlu risau. 193 00:11:40,991 --> 00:11:43,541 Dia masih anggap saya tak cukup berpengalaman. 194 00:11:43,619 --> 00:11:45,249 Sudah tujuh tahun saya berlatih! 195 00:11:46,205 --> 00:11:47,455 Tamao! 196 00:11:48,040 --> 00:11:49,960 Awak akan biarkan saja? 197 00:11:50,042 --> 00:11:54,052 Orang tinggi dan orang rendah ini pasti akan membawa malapetaka! 198 00:11:54,630 --> 00:11:55,590 Itu tak boleh jadi! 199 00:11:55,673 --> 00:11:57,803 Kerana bagi saya, Tuan Yoh… 200 00:11:57,883 --> 00:11:59,053 - Kalau begitu… - Kalau begitu… 201 00:12:00,553 --> 00:12:02,813 tentu awak sedar 202 00:12:02,888 --> 00:12:04,468 awak mesti buat sesuatu, bukan? 203 00:12:05,349 --> 00:12:07,099 Ponchi! Conchi! 204 00:12:09,728 --> 00:12:12,058 Saya akan lawan! 205 00:12:27,913 --> 00:12:29,373 Habislah. 206 00:12:29,457 --> 00:12:31,377 Saya rasa macam tak bernyawa lagi. 207 00:12:32,960 --> 00:12:34,710 TOL YONAGOHIGASHI 208 00:12:34,795 --> 00:12:36,915 Akhirnya kita sampai juga! 209 00:12:37,590 --> 00:12:41,590 Sekarang kita perlu cari rumah Yoh. 210 00:12:41,677 --> 00:12:43,177 Tak perlu buang masa! 211 00:12:44,805 --> 00:12:47,095 Saya takkan biarkan kamu ganggu latihan Tuan Yoh! 212 00:12:47,183 --> 00:12:49,443 Apa? Apa maksud awak? 213 00:12:52,938 --> 00:12:54,978 - Kami Ponchi dan Conchi! - Kami Ponchi dan Conchi! 214 00:12:55,608 --> 00:12:57,988 Roh Pelindung Tamao! 215 00:12:59,528 --> 00:13:00,738 Ryu! 216 00:13:02,281 --> 00:13:04,911 Kami roh suci yang melindungi Tamao! 217 00:13:04,992 --> 00:13:06,622 Menurut ramalan kami, 218 00:13:06,702 --> 00:13:09,292 kamu berdua membawa malapetaka! 219 00:13:09,371 --> 00:13:11,041 Malunya… 220 00:13:11,123 --> 00:13:13,383 Siapa awak? 221 00:13:14,460 --> 00:13:17,090 Saya pengikut Keluarga Asakura! 222 00:13:17,671 --> 00:13:19,801 Saya bekerja di sana sejak usia empat tahun. 223 00:13:19,882 --> 00:13:22,132 Saya tahu segalanya tentang Tuan Yoh! 224 00:13:22,218 --> 00:13:25,098 Saya sangat pemalu dan pengecut, 225 00:13:25,179 --> 00:13:26,889 tapi dia selalu beri semangat kepada saya! 226 00:13:26,972 --> 00:13:28,682 Saya sanggup buat apa saja untuk dia! 227 00:13:30,059 --> 00:13:32,309 Kerana saya sayang dia! 228 00:13:33,354 --> 00:13:35,444 Tapi Yoh… 229 00:13:35,523 --> 00:13:38,403 Dah bertunang dengan Cik Anna? Saya tahu. 230 00:13:38,984 --> 00:13:41,534 Cik Anna Dukun yang sangat hebat 231 00:13:41,612 --> 00:13:43,742 dan dia cantik, bukan macam saya. 232 00:13:44,490 --> 00:13:45,780 Tapi saya tak peduli! 233 00:13:45,866 --> 00:13:48,036 Biarpun saya bertepuk sebelah tangan, 234 00:13:49,870 --> 00:13:54,000 saya tahu tiada siapa yang lebih menyayangi Tuan Yoh daripada saya! 235 00:13:55,000 --> 00:13:57,550 Kuasa Ghaib! Dewa Asmara Kokkuri! 236 00:13:58,462 --> 00:14:00,972 Saya akan panah hati awak! 237 00:14:01,549 --> 00:14:03,969 Awak masih tak nak patah balik 238 00:14:04,051 --> 00:14:05,091 dan pergi dari sini? 239 00:14:06,220 --> 00:14:07,970 Saya takkan ke mana-mana! 240 00:14:08,055 --> 00:14:11,805 Saya dah tahu Yoh ada berhampiran, jadi saya mesti jumpa dia! 241 00:14:12,851 --> 00:14:14,061 Yakah? 242 00:14:14,144 --> 00:14:17,574 Kalau begitu, demi Tuan Yoh, saya akan panah awak! 243 00:14:19,149 --> 00:14:20,689 Berhenti, Tamao. 244 00:14:22,486 --> 00:14:23,856 Aduhai. 245 00:14:23,946 --> 00:14:26,866 Dia suruh saya mengawasi Manta, jadi saya ikut dia sampai ke sini. 246 00:14:26,949 --> 00:14:28,739 Tak sangka awak juga ada di sini. 247 00:14:28,826 --> 00:14:30,196 Cik Anna! 248 00:14:30,286 --> 00:14:31,906 Amidamaru! 249 00:14:31,996 --> 00:14:33,656 Hebat, Cik Anna! 250 00:14:33,747 --> 00:14:36,997 Awak jumpa mereka hanya dengan menyoal roh-roh di sekitar ini. 251 00:14:38,127 --> 00:14:40,497 Jangan main-main lagi, binatang keji! 252 00:14:40,588 --> 00:14:42,168 Ini gangguan seksual, tahu? 253 00:14:46,051 --> 00:14:47,971 Kamu tipu saya? 254 00:14:48,053 --> 00:14:50,893 Kami cuma nak main-main. 255 00:14:50,973 --> 00:14:54,353 Kami bosan kerana dah lama tak keluar. 256 00:14:54,435 --> 00:14:56,015 Kamu berdua… 257 00:14:56,103 --> 00:14:58,733 Patutlah Tuan Yohmei cakap saya masih tak berpengalaman! 258 00:14:59,857 --> 00:15:02,857 - Tamao. - Ya, Cik Anna? 259 00:15:03,485 --> 00:15:06,355 - Terima kasih. - Apa? 260 00:15:06,947 --> 00:15:08,567 Terima kasih 261 00:15:09,074 --> 00:15:12,124 kerana memberanikan diri demi Yoh. 262 00:15:12,202 --> 00:15:13,542 Cik Anna! 263 00:15:13,621 --> 00:15:14,791 Tapi saya… 264 00:15:15,372 --> 00:15:16,712 Jangan risau. 265 00:15:16,790 --> 00:15:19,670 Saya tunang Yoh. Awak cuma peminatnya. 266 00:15:19,752 --> 00:15:20,752 Kejam! 267 00:15:20,836 --> 00:15:22,916 Awak memang kejam, Anna! 268 00:15:23,005 --> 00:15:26,505 Baiklah. Mari kita pergi jumpa Yoh. 269 00:15:28,677 --> 00:15:32,177 Dia perlu bertahan selama tujuh hari tujuh malam tanpa makanan dan air? 270 00:15:32,765 --> 00:15:34,555 Itu agak keterlaluan, bukan? 271 00:15:34,642 --> 00:15:36,692 Sebab itulah latihan ini berbaloi. 272 00:15:36,769 --> 00:15:39,309 Awak tak risaukan Yoh? 273 00:15:39,396 --> 00:15:41,226 Awak cakap awak sayang dia! 274 00:15:41,899 --> 00:15:44,819 Yoh sendiri yang mahu masuk ke Gua Yomi. 275 00:15:45,402 --> 00:15:47,282 Tiada siapa boleh menghalangnya. 276 00:15:48,030 --> 00:15:49,110 Kita mesti 277 00:15:49,198 --> 00:15:51,828 percayakan Yoh dan tunggu dia keluar. 278 00:15:53,786 --> 00:15:56,406 Setelah melalui latihan sejerih itu, 279 00:15:56,497 --> 00:15:59,457 Tuan Yoh mungkin bukan lagi 280 00:15:59,541 --> 00:16:00,711 Yoh yang kita kenal dulu. 281 00:16:02,294 --> 00:16:04,804 Walaupun dia berubah, 282 00:16:04,880 --> 00:16:06,920 saya tetap kawan Yoh! 283 00:16:10,469 --> 00:16:11,299 Dia datang! 284 00:16:11,887 --> 00:16:13,387 Jaraknya sepuluh meter saja! 285 00:16:23,315 --> 00:16:25,895 Hei! Lama tak jumpa! 286 00:16:28,362 --> 00:16:30,282 Dia tak berubah langsung! 287 00:16:32,700 --> 00:16:34,240 Baiklah. 288 00:16:34,326 --> 00:16:37,196 Selamat menjamu selera, jangan malu-malu! 289 00:16:37,287 --> 00:16:38,497 - Okey! - Okey! 290 00:16:39,373 --> 00:16:42,923 Pada mulanya, saya diselubungi kegelapan. 291 00:16:43,627 --> 00:16:46,047 Macam-macam yang terlintas di fikiran saya. 292 00:16:46,880 --> 00:16:49,510 Semakin lama, fikiran saya semakin serabut. 293 00:16:50,509 --> 00:16:52,679 Jadi saya kosongkan fikiran. 294 00:16:54,054 --> 00:16:56,564 Saya sedar saya cuma boleh terus jalan ke pintu keluar. 295 00:16:56,640 --> 00:16:59,270 Saya yakin pasti ada jalan penyelesaiannya nanti! 296 00:17:00,477 --> 00:17:02,227 Awak langsung tak berubah nampaknya. 297 00:17:02,312 --> 00:17:05,612 Baguslah awak berjaya melaluinya. 298 00:17:08,402 --> 00:17:10,612 Tapi saya betul-betul kagum. 299 00:17:10,696 --> 00:17:14,116 Tak sangka rumah awak sebesar ini! 300 00:17:15,200 --> 00:17:18,200 Khabarnya ada ramai orang yang tinggal di sini dulu. 301 00:17:18,704 --> 00:17:20,004 Betul tak, Tamao? 302 00:17:20,080 --> 00:17:21,000 Ya! 303 00:17:21,707 --> 00:17:25,167 Pada masa dahulu, ramai orang bergantung kepada kuasa Dukun. 304 00:17:25,252 --> 00:17:26,502 Rumah ini 305 00:17:26,587 --> 00:17:29,627 pernah menempatkan sehingga 171 orang, termasuk pengikut macam saya. 306 00:17:29,715 --> 00:17:34,255 Tapi sekarang cuma Tuan Yohmei dan Puan Keiko yang tinggal di sini. 307 00:17:34,344 --> 00:17:37,224 Oh, ya. Saya tak nampak mak dan datuk pun? 308 00:17:37,306 --> 00:17:41,186 Tuan Yohmei ada perjumpaan dengan ahli politik. 309 00:17:41,268 --> 00:17:45,558 Puan Keiko pula pergi ke China bersama persatuan wanita. 310 00:17:46,148 --> 00:17:48,068 Keluarga awak tak peduli tentang awak? 311 00:17:48,150 --> 00:17:50,740 Awak pertaruhkan nyawa untuk latihan di gua itu, Yoh! 312 00:17:50,819 --> 00:17:53,989 Semua orang bebas buat apa saja di rumah ini. 313 00:17:55,365 --> 00:17:57,025 Tapi takkan tak ambil peduli langsung! 314 00:18:02,664 --> 00:18:04,424 Anna beritahu saya apa yang terjadi. 315 00:18:05,375 --> 00:18:07,875 Maaf kerana buat kacau di sini. 316 00:18:07,961 --> 00:18:10,211 Kami tiba-tiba saja datang cari awak. 317 00:18:10,297 --> 00:18:11,627 Jangan cakap begitu. 318 00:18:12,257 --> 00:18:14,127 Saya nak ucapkan terima kasih. 319 00:18:15,052 --> 00:18:16,552 Kalau bukan kerana saya, 320 00:18:16,637 --> 00:18:19,427 awak takkan jadi mangsa lawan saya. 321 00:18:20,682 --> 00:18:24,062 Tapi awak tetap cakap awak kawan saya! 322 00:18:24,978 --> 00:18:26,398 Yoh! 323 00:18:26,480 --> 00:18:29,530 Ucapkan terima kasih selepas latihan kamu selesai. 324 00:18:29,608 --> 00:18:30,978 Datuk! 325 00:18:31,068 --> 00:18:31,938 Apa? 326 00:18:32,027 --> 00:18:34,737 Ini ketua Keluarga Asakura? 327 00:18:35,280 --> 00:18:38,280 Nampaknya Yoh terhutang budi kepada awak. 328 00:18:38,367 --> 00:18:39,197 Ya… 329 00:18:41,203 --> 00:18:43,373 Itu Harusame? 330 00:18:43,956 --> 00:18:46,826 Datuk yang minta Anna bawa ke sini. 331 00:18:47,501 --> 00:18:50,461 Datuk nak tengok Roh Pelindung kamu. 332 00:18:51,588 --> 00:18:53,128 Latihan hanya dikira selesai 333 00:18:53,215 --> 00:18:56,465 kalau kita boleh nampak hasilnya! 334 00:18:57,761 --> 00:18:58,601 Cepat! 335 00:18:58,679 --> 00:19:00,469 Hunus Harusame! 336 00:19:00,556 --> 00:19:03,016 Apa semua itu? 337 00:19:03,100 --> 00:19:06,730 Shikigami. Jampi khas seorang Onmyoji. 338 00:19:07,396 --> 00:19:09,606 Itu Kuasa Ghaib Yohmei. 339 00:19:11,650 --> 00:19:12,730 Peliknya. 340 00:19:13,235 --> 00:19:16,065 Dulu, Shikigami datuk nampak menakutkan. 341 00:19:17,072 --> 00:19:19,702 Tapi sekarang, saya rasa macam saya boleh hapuskan semuanya! 342 00:19:19,783 --> 00:19:23,413 Baiklah. Saksikanlah serangan Onmyoji pencak Asakura, 343 00:19:23,495 --> 00:19:25,535 Hyaku Shikigami! 344 00:19:27,374 --> 00:19:28,964 Yoh! 345 00:19:37,467 --> 00:19:39,217 Nampaknya Gua Yomi 346 00:19:39,303 --> 00:19:43,473 mengurniakan Mana yang jauh lebih kuat daripada yang datuk sangka! 347 00:19:44,057 --> 00:19:46,017 Apa? 348 00:19:46,101 --> 00:19:49,311 Rupa Amidamaru dah berubah! 349 00:19:49,396 --> 00:19:54,066 Mana yang kuat memberikan kekuatan yang menakjubkan. 350 00:19:54,651 --> 00:19:58,491 Kuasa Ghaib kamu telah berkembang. 351 00:19:58,572 --> 00:20:00,162 - Tuan Yoh! - Apa? 352 00:20:00,782 --> 00:20:03,912 Apa makna "berkembang"? 353 00:20:03,994 --> 00:20:05,954 Amidamaru bercakap! 354 00:20:06,038 --> 00:20:07,788 Ketika dia masih dalam Kuasa Ghaib? 355 00:20:08,624 --> 00:20:12,094 Perkembangan Kuasa Ghaib tiada batasnya. 356 00:20:12,711 --> 00:20:14,761 Roh samurai itu 357 00:20:14,838 --> 00:20:18,088 kini menjelma dalam bentuk yang lebih unggul. 358 00:20:18,175 --> 00:20:20,175 Inilah buktinya. 359 00:20:20,761 --> 00:20:22,891 Syabas, Yoh. 360 00:20:22,971 --> 00:20:25,771 Kami sekeluarga sentiasa menyokong kamu 361 00:20:25,849 --> 00:20:27,849 dalam Kejohanan Dukun. 362 00:20:29,645 --> 00:20:30,595 Baik! 363 00:20:30,687 --> 00:20:32,307 Saya akan buat yang terbaik! 364 00:20:46,411 --> 00:20:47,701 Jun! 365 00:20:47,788 --> 00:20:49,408 Saya dah habis mandi! 366 00:20:49,498 --> 00:20:52,038 Sediakan susu dan tuala saya! 367 00:20:53,168 --> 00:20:56,708 Cik Jun dah balik ke China. 368 00:20:57,756 --> 00:20:58,836 Oh, ya. 369 00:21:00,217 --> 00:21:01,337 Keluarga Tao… 370 00:21:02,511 --> 00:21:06,271 Keluarga yang masih menaruh dendam 371 00:21:06,348 --> 00:21:08,348 selama 1,800 tahun. 372 00:21:08,934 --> 00:21:11,854 Memalukan sungguh! 373 00:21:12,437 --> 00:21:14,647 Sejak saya, Bason, masih hidup lagi, 374 00:21:14,731 --> 00:21:17,281 saya setia berkhidmat kepada Keluarga Tao. 375 00:21:17,985 --> 00:21:19,775 Kebangkitan Keluarga Tao 376 00:21:19,861 --> 00:21:23,031 bergantung sepenuhnya terhadap kuasa Raja Dukun. 377 00:21:23,115 --> 00:21:25,445 Saya harap awak boleh faham. 378 00:21:25,534 --> 00:21:27,624 Berani awak cuba nasihatkan saya? 379 00:21:27,703 --> 00:21:30,543 Awak tak ingat awak dikalahkan oleh samurai itu? 380 00:21:31,581 --> 00:21:35,131 Maaf, tapi nama saya sangat masyhur 1,800 tahun lalu 381 00:21:35,210 --> 00:21:38,210 kerana kegagahan saya di medan perang bersama kuda saya, Kokutoh, 382 00:21:38,297 --> 00:21:41,377 hingga musuh-musuh semuanya gerun. 383 00:21:41,883 --> 00:21:45,013 Jadi awak kalah kerana tiada kuda? 384 00:21:45,595 --> 00:21:47,385 Jangan cakap begitu. 385 00:21:48,056 --> 00:21:49,266 Bukankah itu sebabnya 386 00:21:49,349 --> 00:21:52,439 awak sanggup dapatkan kuda sakti ini, Hakuoh, 387 00:21:52,936 --> 00:21:55,686 untuk dijadikan medium bagi roh Kokutoh? 388 00:21:56,815 --> 00:21:59,025 Saya benci Keluarga Tao. 389 00:21:59,693 --> 00:22:02,783 Sebaik saja Keluarga Tao berjaya membalas dendam, 390 00:22:02,863 --> 00:22:05,623 tentu ada lagi dendam baru akan berputik. 391 00:22:06,950 --> 00:22:09,080 Jadi saya akan putuskan rantaian kebencian ini 392 00:22:09,161 --> 00:22:11,331 dengan kuasa saya sendiri! 393 00:22:11,413 --> 00:22:12,833 Saya tak peduli 394 00:22:13,623 --> 00:22:16,673 kalau saya terpaksa bunuh seluruh Keluarga Tao sekalipun! 395 00:22:19,629 --> 00:22:21,799 Saya akan jadi Raja Dukun 396 00:22:22,424 --> 00:22:26,604 dan musnahkan segala belenggu di dunia ini! 397 00:23:52,848 --> 00:23:57,848 Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana