1 00:00:12,679 --> 00:00:16,683 Maaf, awak kata Grace letak sesuatu dalam minuman Edgar semalam? 2 00:00:16,683 --> 00:00:19,102 Zoë, siapa wanita ini? 3 00:00:19,102 --> 00:00:20,354 Ini Detektif Danner. 4 00:00:20,354 --> 00:00:24,107 Dia buktikan Aniq tak bersalah apabila Aniq dituduh membunuh Xavier. 5 00:00:24,107 --> 00:00:25,651 - Terjebak. - Betul. 6 00:00:25,651 --> 00:00:27,069 Dia boleh membantu. 7 00:00:27,069 --> 00:00:30,030 Hei, saya fikir kita bersetuju. Tiada polis terlibat. 8 00:00:30,030 --> 00:00:32,866 Jangan risau, si mata biru. Saya bukan seorang polis lagi. 9 00:00:32,866 --> 00:00:34,451 Aniq mahu saya datang 10 00:00:34,451 --> 00:00:37,871 dan meneliti beberapa perkara sebelum polis tiba. 11 00:00:37,871 --> 00:00:38,956 Polis? 12 00:00:38,956 --> 00:00:42,084 Perkahwinan membawa kepada beberapa perasaan yang rumit. 13 00:00:42,084 --> 00:00:45,754 Tentang cinta, wang, keluarga. 14 00:00:45,754 --> 00:00:50,050 Perasaan itu membuat orang bertindak luar daripada kebiasaan mereka. 15 00:00:51,051 --> 00:00:52,094 Malah pembunuhan. 16 00:00:52,678 --> 00:00:55,347 Jadi, saya nak bercakap dengan setiap orang di sini 17 00:00:55,347 --> 00:00:58,851 dan dengar penjelasan tentang kejadian yang berlaku minggu ini. 18 00:00:58,851 --> 00:01:01,812 Saya suka menyebut ia sebagai filem memori kamu. 19 00:01:01,812 --> 00:01:03,730 - Kita watak utama dalam filem sendiri. - Hei, 20 00:01:03,730 --> 00:01:06,316 kenapa awak beritahu dia yang Grace letak sesuatu dalam minuman Edgar? 21 00:01:07,025 --> 00:01:08,861 Sebab dia buat begitu. Saya nampak Grace letak. 22 00:01:08,861 --> 00:01:13,782 Okey, tapi kita bawa Danner ke sini untuk buktikan Grace tak melakukannya, bukan? 23 00:01:13,782 --> 00:01:14,867 Betul. 24 00:01:14,867 --> 00:01:17,035 - Sependapat? - Sependapat. 25 00:01:17,035 --> 00:01:19,872 Okey. Grace, saya mulakan dari awak. 26 00:02:31,276 --> 00:02:33,070 Hei, saya mahu awak faham, 27 00:02:33,570 --> 00:02:35,781 saya mahu awak buktikan Grace tak bersalah. 28 00:02:35,781 --> 00:02:38,450 Maksud awak, awak mahu saya bantu cari pembunuh sebenar? 29 00:02:38,450 --> 00:02:41,453 Tepat sekali. Okey. Jadi, sependapat. 30 00:02:42,037 --> 00:02:42,996 Tunggu sebentar. 31 00:02:42,996 --> 00:02:45,666 - Apa dia? - Awak akan ikut saya masuk ke sini. 32 00:02:45,666 --> 00:02:48,168 - Yakah? - Kita selesaikan kes Xavier bersama-sama. 33 00:02:48,168 --> 00:02:49,253 Kita rakan. 34 00:02:51,338 --> 00:02:54,132 Maksud saya, jika awak fikir saya boleh membantu. 35 00:02:54,132 --> 00:02:55,509 - Marilah. - Ya. 36 00:03:02,766 --> 00:03:05,102 Pertama sekali, saya ingin ucap takziah. 37 00:03:06,103 --> 00:03:09,940 Namun, aduhai, gambar perkahwinan itu pasti hebat! 38 00:03:09,940 --> 00:03:14,444 Lihat betapa cantik gaun itu pada awak, muat dengan sempurna. 39 00:03:15,028 --> 00:03:16,154 Terima kasih. 40 00:03:16,154 --> 00:03:18,824 Awak tahu ia vintaj? Saya memulihnya sendiri. 41 00:03:18,824 --> 00:03:19,950 Saya juga menyukainya. 42 00:03:21,326 --> 00:03:23,495 Saya tak bunuh suami saya, okey? 43 00:03:23,495 --> 00:03:25,664 Saya bukan meracuni minuman dia, 44 00:03:25,664 --> 00:03:27,499 - saya cuma... - Hai. 45 00:03:28,375 --> 00:03:34,089 Saya cuma nak bagi ini, sebab Grace mudah kesejukan. 46 00:03:34,089 --> 00:03:35,799 Saya akan tinggalkannya di sini. 47 00:03:35,799 --> 00:03:38,927 Kecuali awak mahu saya di sini? 48 00:03:38,927 --> 00:03:41,096 - Saya rasa awak mahu di sini. - Sebenarnya, ya. 49 00:03:41,096 --> 00:03:43,473 - Tak apa, bukan? Saya di sini? - Rasanya tak apa. 50 00:03:43,473 --> 00:03:45,142 Semakin ramai semakin meriah. 51 00:03:45,142 --> 00:03:48,979 Jadi, Grace, bagaimana kamu bertemu? 52 00:03:49,730 --> 00:03:51,190 Ia baru-baru ini, bukan? 53 00:03:51,190 --> 00:03:53,108 Kami bertemu enam bulan lalu. 54 00:03:54,026 --> 00:03:56,904 Saya baru putus cinta dengan lelaki yang curi seluar dalam saya. 55 00:03:56,904 --> 00:03:59,907 - Travis, bukan? - Sebenarnya bukan. 56 00:03:59,907 --> 00:04:03,702 Ya, Grace selalu malang dalam percintaan. 57 00:04:03,702 --> 00:04:05,829 Tidak, saya suka bercinta. 58 00:04:05,829 --> 00:04:07,497 Saya cuma tak pernah temui orang yang sesuai. 59 00:04:09,124 --> 00:04:10,751 Sehinggalah saya jumpa Edgar. 60 00:04:12,419 --> 00:04:13,837 Dia lelaki idaman saya. 61 00:04:14,588 --> 00:04:18,382 Dia lelaki kacak, sedikit pelik. 62 00:04:22,095 --> 00:04:24,139 {\an8}Saya sedang bekerja. Saya ada kedai antik. 63 00:04:24,139 --> 00:04:27,935 Bukan kedai. Ia kawasan di dalam koperasi pertukangan yang lebih besar. 64 00:04:27,935 --> 00:04:32,105 Saya sedang memulih anak patung abad ke-19 yang cantik apabila... 65 00:04:32,105 --> 00:04:33,774 Selamat petang, puan. Saya mencari... 66 00:04:40,697 --> 00:04:43,033 Maaf, tuan. Saya cuma tak sangka jumpa cicak. 67 00:04:43,033 --> 00:04:44,535 Saya minta maaf. 68 00:04:44,535 --> 00:04:47,246 Saya tak sangka awak akan teriak. 69 00:04:48,038 --> 00:04:52,417 Saya datang untuk bertanya tentang mesin taip vintaj. 70 00:04:52,417 --> 00:04:53,794 Oh, ya. 71 00:04:57,256 --> 00:05:00,259 Boleh saya bertanya, ini untuk awak atau teman awak? 72 00:05:00,259 --> 00:05:01,260 Oh, Roxana? 73 00:05:02,302 --> 00:05:04,888 Tak, dia tak menggunakan mesin taip. 74 00:05:06,098 --> 00:05:07,474 Sebab dia lebih suka kaligrafi? 75 00:05:10,269 --> 00:05:11,270 Awak berjenaka? 76 00:05:12,521 --> 00:05:14,314 Saya suka jenaka. 77 00:05:14,815 --> 00:05:18,360 Dia kekok, tapi ada sesuatu yang mempesona tentang dia. 78 00:05:18,360 --> 00:05:21,738 Jika awak tak kisah saya ambil tahu, awak nak guna mesin taip untuk apa? 79 00:05:22,739 --> 00:05:24,408 Ia hadiah untuk adik saya, 80 00:05:24,408 --> 00:05:27,286 yang tertarik dengan barangan vintaj. 81 00:05:27,286 --> 00:05:28,203 Ya. 82 00:05:28,203 --> 00:05:31,290 Sedangkan saya lebih fokus masa depan. Teknologi dan seumpamanya. 83 00:05:32,457 --> 00:05:35,294 Karya seni ini lebih bernilai daripada barangan berskrin. 84 00:05:36,295 --> 00:05:38,297 Awak seorang Amish atau pembenci kemudahan? 85 00:05:38,297 --> 00:05:39,464 Lihatlah. 86 00:05:40,924 --> 00:05:42,551 Kepentingannya bagi awak. 87 00:05:43,302 --> 00:05:46,471 Memberi semangat semasa awak menulis novel hebat yang seterusnya atau... 88 00:05:47,389 --> 00:05:48,974 Atau surat kepada cinta sejati awak. 89 00:05:51,268 --> 00:05:52,895 Setelah awak selesai, 90 00:05:53,395 --> 00:05:55,147 awak merentap halaman dari kebuk... 91 00:05:55,147 --> 00:06:00,110 seperti awak luahkan perkataan dari hati awak dan awak genggam ia... 92 00:06:02,029 --> 00:06:03,030 dalam tangan awak. 93 00:06:07,034 --> 00:06:08,827 Maaf, saya ada urusan perniagaan. 94 00:06:08,827 --> 00:06:12,831 Saya akan bayarnya dan akan pergi. 95 00:06:29,890 --> 00:06:32,476 Saya sedar ini mungkin biadab, 96 00:06:34,019 --> 00:06:36,438 tapi saya nak awak menemani saya 97 00:06:36,438 --> 00:06:40,400 ke majlis sambutan hari lahir adik saya petang esok. 98 00:06:40,400 --> 00:06:43,195 Cicak saya sukakan awak 99 00:06:44,696 --> 00:06:46,281 dan saya tak suka buat dia kecewa. 100 00:06:46,281 --> 00:06:48,408 Saya juga tak suka mengecewakan dia. 101 00:06:49,535 --> 00:06:50,536 Baiklah... 102 00:06:57,084 --> 00:06:58,752 Ia sangat tak dijangka. 103 00:06:58,752 --> 00:07:01,463 Saya tak tahu apa-apa tentang dia kecuali namanya pada kad kredit. 104 00:07:02,631 --> 00:07:06,176 En. Edgar Minnows dan tetamu. 105 00:07:13,934 --> 00:07:15,853 Saya tak pernah ke parti seperti ini. 106 00:07:17,312 --> 00:07:19,106 Wanita-wanita itu tunjuk ke arah kita? 107 00:07:19,106 --> 00:07:20,315 Rasanya begitulah. 108 00:07:20,983 --> 00:07:22,317 Siapa sebenarnya awak? 109 00:07:22,317 --> 00:07:23,652 Awak tak cari maklumat tentang saya? 110 00:07:23,652 --> 00:07:25,404 Kenapa saya perlu cari maklumat awak? 111 00:07:25,404 --> 00:07:28,615 Awak gadis pelik yang mempesona. 112 00:07:28,615 --> 00:07:31,326 Maaf. Grace, saya tahu kamu sedang berbual, 113 00:07:31,326 --> 00:07:34,746 tapi saya sangat gembira untuk berkenalan. 114 00:07:34,746 --> 00:07:36,498 Kita akan jadi kawan baik! 115 00:07:36,498 --> 00:07:38,333 Awak tentu adik Edgar. 116 00:07:38,333 --> 00:07:39,877 - Anak angkat. - Anak angkat. 117 00:07:39,877 --> 00:07:41,753 - Ya. Temankan saya. - Okey. 118 00:07:41,753 --> 00:07:44,173 Kamu berdua telah menimbulkan kekecohan. 119 00:07:44,173 --> 00:07:45,966 Akhbar sosialis, Fast Company, 120 00:07:45,966 --> 00:07:50,345 telah menamakan Edgar sebagai lelaki bujang terbaik dari Lembah Silicon. 121 00:07:52,014 --> 00:07:54,308 Jadi wanita yang berbisik, mereka cemburu dengan saya? 122 00:07:54,308 --> 00:07:57,352 Mereka sudah tentu kurang senang. Helo? 123 00:07:58,145 --> 00:07:59,980 Jadi janganlah kecewakan mereka. 124 00:07:59,980 --> 00:08:01,148 Ya. 125 00:08:03,025 --> 00:08:05,527 Lelaki Bujang Terbaik Lembah Silicon. 126 00:08:07,362 --> 00:08:08,906 Sudikah awak menari dengan saya? 127 00:08:09,489 --> 00:08:11,700 Tidak. Saya tak menari. 128 00:08:12,743 --> 00:08:14,328 Kali terakhir saya menari secara terbuka, 129 00:08:14,328 --> 00:08:17,998 seorang pendeta kata saya dirasuk dan jampi saya untuk halau hantu. 130 00:08:17,998 --> 00:08:21,210 Saya agak tidak selesa dengan sebarang perhatian umum, 131 00:08:21,210 --> 00:08:23,462 - dan sudah terlalu banyak terdedah. - Saya faham. 132 00:08:25,672 --> 00:08:26,673 Saya ada cadangan. 133 00:08:28,133 --> 00:08:30,010 Kita akan terus ke arah tarian itu. 134 00:08:34,890 --> 00:08:37,976 Di sana. Lihat, tiada orang lain di sekeliling. 135 00:08:38,519 --> 00:08:41,104 Sekarang masa untuk kita turut serta dalam tarian. 136 00:08:45,400 --> 00:08:47,110 Saya tak pernah bertemu orang seperti awak. 137 00:08:48,278 --> 00:08:49,363 Begitu juga saya. 138 00:08:49,363 --> 00:08:51,406 Kita nak menari tarian apa? 139 00:08:52,449 --> 00:08:55,244 Bolehkah kita buat tarian Wanita Belum Berkahwin? 140 00:08:55,244 --> 00:08:57,538 Atau mungkin tarian Askar Lelaki? 141 00:08:58,872 --> 00:09:00,040 Atau mungkin 142 00:09:00,040 --> 00:09:02,626 saya boleh ajar awak tarian Douglas. 143 00:09:04,461 --> 00:09:08,131 Grace, saya tak rasa badan saya boleh buat semua tarian itu. 144 00:09:09,049 --> 00:09:12,261 Roxana juga sukakan tarian, tapi hanya sebagai penonton. 145 00:09:12,761 --> 00:09:15,180 Kalau begitu kita mesti buat persembahan untuk Roxana. 146 00:09:17,307 --> 00:09:18,183 Mari sini. 147 00:09:21,478 --> 00:09:24,773 Caranya ialah awak tak boleh terlalu memikirkannya. 148 00:09:25,524 --> 00:09:27,526 Lakukan apa saja yang badan awak mahu. 149 00:09:34,491 --> 00:09:35,492 Ya. 150 00:09:38,120 --> 00:09:39,204 Itu sangat bagus. 151 00:09:39,204 --> 00:09:40,497 - Ya. - Ya. 152 00:09:42,666 --> 00:09:44,251 - Grace. - Ya? 153 00:09:44,251 --> 00:09:45,210 Siapa awak? 154 00:09:46,795 --> 00:09:50,215 Awak bawa saya ke ambang legaran. 155 00:09:53,385 --> 00:09:55,429 - Bagusnya. - Menakjubkan. 156 00:09:56,263 --> 00:09:57,973 Saya rasa seperti budak nakal. 157 00:09:58,724 --> 00:10:00,225 - Pegang tangan saya. - Ya. 158 00:10:07,649 --> 00:10:10,319 Saya tak biasa melakukan sesuatu yang saya tak mahu. 159 00:10:11,862 --> 00:10:13,822 Saya rasa kita ada persamaan. 160 00:10:15,991 --> 00:10:18,076 Tak guna. Ya. 161 00:10:20,495 --> 00:10:21,747 Maaf menganggu, tuan. 162 00:10:21,747 --> 00:10:25,125 Ada urusan mendesak yang awak mesti hadiri. 163 00:10:27,461 --> 00:10:29,296 Saya perlu pergi. 164 00:10:32,674 --> 00:10:33,717 Roxana. 165 00:10:41,099 --> 00:10:42,809 Saya tak pernah melihatnya seperti ini. 166 00:10:44,186 --> 00:10:46,897 Awak buat dia terpesona. 167 00:10:54,196 --> 00:10:56,573 Sudah tentu, saya cari maklumat tentang dia sebaik saja pulang. 168 00:10:56,573 --> 00:10:59,076 Edgar Minnows, titan teknologi. 169 00:10:59,076 --> 00:11:01,537 Tiba-tiba, saya sebahagian daripada dunianya. 170 00:11:01,537 --> 00:11:04,206 Dia juga bertanya sama ada dia boleh memperkenalkan saya kepada ibunya. 171 00:11:04,206 --> 00:11:06,208 Dia beri amaran kepada saya yang ibunya kurang mesra. 172 00:11:06,208 --> 00:11:08,210 Maaf atas kelewatan kami, mak. 173 00:11:09,086 --> 00:11:12,047 Pemandu kami khayal dengan Robitussin dan bingung. 174 00:11:12,047 --> 00:11:17,970 Jadi, inilah gadis yang anak saya kata buat dia terpesona. 175 00:11:19,680 --> 00:11:21,181 Selamat berkenalan, Gail. 176 00:11:21,181 --> 00:11:22,641 Sebenarnya nama saya Grace. 177 00:11:22,641 --> 00:11:23,892 Apa awak cakap? 178 00:11:23,892 --> 00:11:26,562 Saya dah cakap, nama dia Grace. 179 00:11:26,562 --> 00:11:28,313 Kenapa mak sebut nama lain? 180 00:11:28,939 --> 00:11:32,901 Sebab wanita taraf dia kelihatan seperti Gail. 181 00:11:33,902 --> 00:11:39,575 Grace adalah nama sesuai untuk seseorang yang cantik, bersifat pelik, 182 00:11:39,575 --> 00:11:41,827 semangatnya untuk semua perkara dalam hidup ini. 183 00:11:41,827 --> 00:11:43,203 Maafkan saya. 184 00:11:43,203 --> 00:11:45,789 Semenjak ayah saya meninggal dunia, mak mudah keliru. 185 00:11:45,789 --> 00:11:49,418 Mak tak keliru, dan tak mudah keliru. 186 00:11:50,002 --> 00:11:52,171 Mak juga tak keliru. 187 00:11:54,256 --> 00:11:55,465 Begitulah dia. 188 00:11:55,465 --> 00:11:56,633 Maafkan saya. 189 00:11:58,468 --> 00:12:01,180 Kebanyakan lelaki yang saya temui, takut kepada ibu mereka, 190 00:12:01,180 --> 00:12:05,350 tetapi cara Edgar mempertahankan saya, saya sangat gembira. 191 00:12:05,350 --> 00:12:08,312 Lihat, lebih 40 biji anggur. 192 00:12:17,529 --> 00:12:19,865 Sudah tentu, dia sering sibuk dengan kerja. 193 00:12:24,328 --> 00:12:27,164 Namun apabila dia tiada, saya akan luang masa bersama Hannah. 194 00:12:31,919 --> 00:12:33,337 Semuanya sangat indah. 195 00:12:34,421 --> 00:12:36,340 Grace, saya perlu... 196 00:12:39,384 --> 00:12:40,385 Tidak! 197 00:12:40,886 --> 00:12:42,054 Tidak, Grace. 198 00:12:43,680 --> 00:12:45,015 Awak buat apa? Kita akan basah kuyup. 199 00:12:45,015 --> 00:12:46,099 Grace. 200 00:12:47,601 --> 00:12:52,397 Beberapa bulan kebelakangan ini, awak buat saya terpukau. 201 00:12:54,566 --> 00:12:59,446 Kini Fast Company bertanya tentang senarai Lelaki Bujang Terbaik bulan depan, 202 00:12:59,446 --> 00:13:03,116 dan saya tak mahu disenaraikan. 203 00:13:04,535 --> 00:13:05,619 Saya tak faham. 204 00:13:07,704 --> 00:13:08,914 Nak kahwin dengan saya? 205 00:13:27,057 --> 00:13:29,351 Boleh saya menganggap itu tanda setuju? 206 00:13:33,939 --> 00:13:35,899 Edgar tak mahu pertunangan yang lama, 207 00:13:35,899 --> 00:13:37,484 jadi kami perlu merancang segera. 208 00:13:38,151 --> 00:13:42,239 Namun keluarga kami berasal dari dunia yang berbeza, jadi berlaku ketegangan. 209 00:13:43,824 --> 00:13:45,075 Ini nampak sedap. 210 00:13:45,075 --> 00:13:46,535 Itu potpourri. 211 00:13:46,535 --> 00:13:47,911 Selamat menjamu selera. 212 00:13:48,704 --> 00:13:52,666 Grace, maaf sebab saya selalu mengebas tunang awak. 213 00:13:53,166 --> 00:13:55,085 Edgar, jet awak menanti awak. 214 00:13:55,085 --> 00:13:56,712 Mengebas bermaksud mengambil. 215 00:13:56,712 --> 00:13:57,880 Bukan bermaksud jahat. 216 00:13:57,880 --> 00:13:58,964 Betul. 217 00:13:58,964 --> 00:14:01,717 Saya akan pergi selama beberapa minggu. Ini jadual perjalanan saya. 218 00:14:04,553 --> 00:14:06,013 Saya percayakan awak tanpa ragu. 219 00:14:06,013 --> 00:14:06,930 JADUAL PERJALANAN 220 00:14:06,930 --> 00:14:09,600 Baiklah. Anak saya mahu perkahwinan di sini di ladang anggur. 221 00:14:09,600 --> 00:14:11,727 Ia akan menjadi majlis paling meriah. 222 00:14:11,727 --> 00:14:13,562 Duit bukan halangan. 223 00:14:14,188 --> 00:14:17,232 Saya fikir kita boleh menggunakan semula gubahan bunga 224 00:14:17,232 --> 00:14:19,985 daripada makan malam raptai untuk majlis resepsi. 225 00:14:20,569 --> 00:14:21,737 Idea yang bagus. 226 00:14:21,737 --> 00:14:24,156 Mengapa kita tak gunakan semula wain? 227 00:14:24,156 --> 00:14:27,367 Kita boleh berjalan sambil meludahnya ke dalam mulut masing-masing. 228 00:14:29,411 --> 00:14:32,873 Saya rasa ada baiknya jika Hannah yang buat gubahan bunga. 229 00:14:34,333 --> 00:14:35,334 Saya berbesar hati. 230 00:14:35,834 --> 00:14:36,835 Maaf. 231 00:14:36,835 --> 00:14:39,922 Saya selalu membayangkan perkahwinan saya hubungan yang lebih intim. 232 00:14:39,922 --> 00:14:42,841 Peribadi, dengan bantuan keluarga. 233 00:14:42,841 --> 00:14:44,551 Saya tak faham maksud awak. 234 00:14:44,551 --> 00:14:48,764 Pn. Isabel, saya King of Bing... Saya baru dapat jubah baru ini. 235 00:14:49,264 --> 00:14:52,684 Saya risau kewangan kami tak banyak seperti keluarga Minnows. 236 00:14:52,684 --> 00:14:55,145 Jangan risau. Seperti biasa, kami akan bayar semuanya. 237 00:14:55,145 --> 00:14:56,355 Huzzah! 238 00:14:57,022 --> 00:14:59,358 Ia bukan saja tentang perbelanjaan. 239 00:14:59,358 --> 00:15:01,902 Ia adalah hari perkahwinan Grace. 240 00:15:01,902 --> 00:15:05,614 Ia akan lebih bermakna sebab orang yang saya sayang akan hadir. 241 00:15:07,282 --> 00:15:09,743 Kami akan adakan majlis besar-besaran, Pn. Isabel. 242 00:15:09,743 --> 00:15:13,038 Namun kami akan hidangkan bao bing ayah saya untuk pencuci mulut. 243 00:15:13,038 --> 00:15:14,039 Apa? 244 00:15:14,039 --> 00:15:14,998 Baiklah. 245 00:15:14,998 --> 00:15:16,542 Awak takkan menyesal, cik puan. 246 00:15:16,542 --> 00:15:18,085 Awak tahu awak sedang makan penyegar udara? 247 00:15:18,836 --> 00:15:19,920 Ketika semua dalam proses, 248 00:15:19,920 --> 00:15:23,173 Edgar menawarkan kotej musim panas keluarganya untuk pesta bujang. 249 00:15:23,173 --> 00:15:25,634 Saya tumpang gembira, adikku. 250 00:15:26,134 --> 00:15:29,680 Saya akui, saya mula takut awak tak menemui pasangan yang sesuai. 251 00:15:30,264 --> 00:15:32,516 Saya ada ramai bekas kekasih yang tak baik 252 00:15:32,516 --> 00:15:34,476 tapi saya tahu Edgar lelaki yang berbeza 253 00:15:34,476 --> 00:15:37,855 dari saat dia membawa saya ke Amsterdam untuk makan tengah hari. 254 00:15:38,897 --> 00:15:40,274 Romantiknya. 255 00:15:40,274 --> 00:15:42,276 Namun, sudah tentu, mesyuaratnya habis lambat, 256 00:15:42,276 --> 00:15:43,902 jadi saya tak jumpa dia di sana. 257 00:15:43,902 --> 00:15:45,529 Awak tak jumpa dia? 258 00:15:45,529 --> 00:15:50,367 Tak, tapi saya berjalan di sepanjang terusan, dan ia sangat indah. 259 00:15:50,367 --> 00:15:53,245 Apabila saya pulang ke rumah, Edgar tebus kesilapan 260 00:15:53,245 --> 00:15:57,165 dengan membawa saya ke majlis makan malam perniagaan peribadi atas kapal layarnya. 261 00:15:59,251 --> 00:16:02,546 Namun awak bencikan bot. Awak mabuk laut dengan teruk. 262 00:16:02,546 --> 00:16:06,049 Ya, saya berbaring di katil beberapa hari, 263 00:16:06,049 --> 00:16:08,510 tapi Edgar hantar cef peribadinya untuk masak sup. 264 00:16:08,510 --> 00:16:10,470 - Dia tak membawa sup itu sendiri? - Tak. 265 00:16:10,470 --> 00:16:13,348 Sebab dia sedang memeterai perjanjian mata wang kripto yang menguntungkan, 266 00:16:13,348 --> 00:16:15,142 dan ia memakan banyak masanya. 267 00:16:15,142 --> 00:16:18,729 Namun tak apa, apabila kami dah berkahwin, semuanya akan baik-baik saja. 268 00:16:19,605 --> 00:16:21,398 Awak fikir perkahwinan akan selesaikan masalah awak. 269 00:16:21,398 --> 00:16:22,774 Kakak, 270 00:16:22,774 --> 00:16:25,736 cukuplah membandingkan perkahwinan malang awak 271 00:16:25,736 --> 00:16:27,446 bersama Brett dengan perkahwinan saya. 272 00:16:27,446 --> 00:16:29,072 Saya tak buat begitu pun. 273 00:16:29,072 --> 00:16:32,409 Awak bercerita tentang percintaan romantik yang teman lelaki awak tiada. 274 00:16:32,409 --> 00:16:33,911 Kenapa awak kejam sangat? 275 00:16:33,911 --> 00:16:36,955 Sebab awak asyik sangat jatuh cinta 276 00:16:36,955 --> 00:16:39,750 sehingga awak tak melihat Edgar membuat awak tak gembira. 277 00:16:41,001 --> 00:16:44,838 Adakah awak sangat mencintai dia atau kekayaan dia membutakan awak? 278 00:16:45,422 --> 00:16:47,007 Saya tak cakap begitu. 279 00:16:47,007 --> 00:16:48,425 Awak agak tersirat. 280 00:16:48,425 --> 00:16:50,511 Saya cuma mahu bertanya sama ada awak gembira 281 00:16:50,511 --> 00:16:53,514 atau awak rasa awak patut gembira. 282 00:16:53,514 --> 00:16:57,184 Itu soalan yang teruk untuk bertanya seseorang semasa pesta bujang. 283 00:16:57,184 --> 00:16:58,727 Saya risau tentang awak. 284 00:16:58,727 --> 00:17:00,312 Berhentilah risau! 285 00:17:00,312 --> 00:17:02,231 Awak patut biarkan saya buat pilihan sendiri. 286 00:17:02,231 --> 00:17:04,233 Saya biarkan, dan lihat bagaimana keadaannya. 287 00:17:06,359 --> 00:17:08,028 Okey. 288 00:17:08,028 --> 00:17:12,281 Zoë, awak, saya dan Aniq akan ada perbincangan kecil di ruang depan. 289 00:17:12,281 --> 00:17:13,867 Ya, saya rasa itu bagus. 290 00:17:13,867 --> 00:17:16,286 - Saya akan kembali. - Okey. 291 00:17:16,286 --> 00:17:17,996 - Bukan itu maksud saya. - Ya, saya tahu. 292 00:17:17,996 --> 00:17:19,915 Awak tak boleh berada di sini. Awak terlalu risau. 293 00:17:19,915 --> 00:17:22,166 Saya tak akan ke mana-mana. Dia adik saya. 294 00:17:23,502 --> 00:17:24,962 Betul. Dia kakak Grace. 295 00:17:24,962 --> 00:17:28,339 Saya cuma cakap yang bakat Zoë lebih baik digunakan di tempat lain. 296 00:17:28,339 --> 00:17:29,258 Betul. 297 00:17:29,258 --> 00:17:31,385 Ya. Maksud saya, itu juga betul. 298 00:17:31,385 --> 00:17:32,678 Sebab awak tahu, mungkin, uh... 299 00:17:33,303 --> 00:17:36,306 Semasa kami di dalam mendapatkan kenyataan orang, 300 00:17:36,306 --> 00:17:39,726 kami perlukan seseorang di luar, untuk mencari petunjuk. 301 00:17:39,726 --> 00:17:41,854 Okey, Awak tahu tak? Baiklah. 302 00:17:42,479 --> 00:17:46,733 Saya akan buat siasatan sendiri dan cari bukti sebenar 303 00:17:46,733 --> 00:17:48,902 yang lebih baik daripada bukti penemuan oleh sesiapa pun. 304 00:17:48,902 --> 00:17:50,487 Baguslah. 305 00:17:53,949 --> 00:17:55,200 Saya rasa dia marah. 306 00:17:56,869 --> 00:17:58,203 Kakak, bukan? 307 00:17:58,203 --> 00:18:01,081 Dia hanya mencuba untuk menjaga saya. 308 00:18:02,332 --> 00:18:05,961 Saya memang kesejukan. Jadi, ya. 309 00:18:07,045 --> 00:18:09,298 Dia memang buat saya marah semasa pesta bujang itu. 310 00:18:10,799 --> 00:18:12,634 Namun, Hannah tenangkan saya. 311 00:18:13,260 --> 00:18:15,971 Awak menangis sebab kakak awak betul atau sebab dia salah? 312 00:18:18,056 --> 00:18:19,183 Saya tak tahu. 313 00:18:19,892 --> 00:18:21,894 Edgar memang sibuk, tapi... 314 00:18:24,771 --> 00:18:26,398 saya tahu dia mahu bersama saya. 315 00:18:27,608 --> 00:18:28,901 Apa yang awak mahukan? 316 00:18:36,700 --> 00:18:38,577 Saya ada banyak masa untuk fikirkannya 317 00:18:38,577 --> 00:18:41,872 sebab saya tak jumpa Edgar sehinggalah minggu perkahwinan. 318 00:18:44,458 --> 00:18:47,252 Itu pun awak, si pertapa. 319 00:18:48,086 --> 00:18:51,256 Saya dah mencari awak di merata tempat. Tetamu sudah mula datang. 320 00:18:51,256 --> 00:18:52,508 Kita akan berjumpa mereka? 321 00:18:54,051 --> 00:18:56,178 Awak masih ingat kali pertama kita jatuh cinta? 322 00:18:56,678 --> 00:18:59,348 Menari di atas teres tanpa bunyi dan gangguan? 323 00:18:59,348 --> 00:19:00,682 Ya. 324 00:19:01,725 --> 00:19:03,936 Saya mahu begitu cara kita berkahwin. 325 00:19:03,936 --> 00:19:06,772 Tunggu, awak cadangkan kita kahwin lari? 326 00:19:06,772 --> 00:19:09,399 Kakak saya telah mengadakan perkahwinan yang mewah. 327 00:19:09,900 --> 00:19:11,360 Ia diadakan di Elks Lodge, 328 00:19:11,360 --> 00:19:12,986 tapi mereka buat besar-besaran. 329 00:19:12,986 --> 00:19:15,197 Perkahwinan itu ternyata musnah sepenuhnya, 330 00:19:15,197 --> 00:19:17,449 jadi saya mahu perkahwinan kita hanya tentang kita berdua. 331 00:19:18,283 --> 00:19:19,451 Itu tak kedengaran romantik? 332 00:19:19,451 --> 00:19:22,454 Grace, saya setuju. Perkara paling teruk tentang perkahwinan adalah tetamu. 333 00:19:23,163 --> 00:19:27,084 Namun mereka dah mula datang, dan semuanya sedang berjalan. 334 00:19:27,084 --> 00:19:28,335 Kita tak boleh ubah sekarang. 335 00:19:28,919 --> 00:19:33,632 Namun saya janji hari ini hanya tentang kita berdua. 336 00:19:36,677 --> 00:19:37,928 Saya ada sesuatu untuk awak. 337 00:19:38,554 --> 00:19:39,721 Hadiah perkahwinan? 338 00:19:42,391 --> 00:19:43,392 Cik puan. 339 00:19:43,976 --> 00:19:45,435 Perjanjian praperkahwinan? 340 00:19:45,435 --> 00:19:47,396 Skrol sempadan. 341 00:19:47,396 --> 00:19:50,274 Awak harus akui ini benar-benar bertentangan dengan romantik. 342 00:19:50,274 --> 00:19:53,318 Namun ia menghilangkan kebimbangan kewangan, cuma ada cinta. 343 00:19:53,318 --> 00:19:56,321 Singkirkan semua halangan, hanya ada kita. 344 00:19:58,031 --> 00:19:59,199 Saya suka jenaka. 345 00:19:59,783 --> 00:20:01,076 Boleh saya tandatangan pada hari Isnin? 346 00:20:01,910 --> 00:20:04,997 Maka ia akan menjadi perjanjian selepas perkahwinan. 347 00:20:06,498 --> 00:20:08,250 Namun tak apa. 348 00:20:09,376 --> 00:20:11,670 Saya tak rasa ada banyak perubahan antara sekarang dan Isnin. 349 00:20:12,171 --> 00:20:15,757 Enggan menandatangani perjanjian praperkahwinan... 350 00:20:15,757 --> 00:20:18,468 Saya tidak menolak... Bolehkah awak tak catat "enggan"? 351 00:20:18,468 --> 00:20:21,180 Sebab saya akan tandatangan pada hari Isnin, jika Edgar tak... 352 00:20:21,805 --> 00:20:23,557 Saya cuma marah, okey? 353 00:20:23,557 --> 00:20:26,018 Saya juga betul. Kami patut kahwin lari saja. 354 00:20:26,018 --> 00:20:30,397 Sebab makan malam raptai itu tak bermakna, cuma gangguan dan sia-sia. 355 00:20:31,148 --> 00:20:34,276 Isabel berubah daripada kurang mesra kepada membencikan. 356 00:20:34,276 --> 00:20:37,988 Kami tak boleh terima. Gail? Siapa Gail? 357 00:20:37,988 --> 00:20:39,323 Mak, kenapa? 358 00:20:39,323 --> 00:20:42,659 {\an8}Dia tak tahu nama kamu atau memilih untuk mencemar nama kamu. 359 00:20:42,659 --> 00:20:43,994 {\an8}PERKAHWINAN EDGAR & GAIL 360 00:20:44,870 --> 00:20:46,538 Gail. Sekali lagi. 361 00:20:46,538 --> 00:20:48,624 Mak, sanggupnya mak? 362 00:20:48,624 --> 00:20:51,251 Lihatlah semua orang hilang kawalan. 363 00:20:51,251 --> 00:20:55,923 Gail, Grace... Ia cuma kertas untuk mengelap mulut yang celupar. 364 00:20:56,882 --> 00:20:59,551 Dia mungkin kaya harta, tapi kurang sopan. 365 00:20:59,551 --> 00:21:00,636 Maafkan saya. 366 00:21:00,636 --> 00:21:03,347 Dua minggu lalu, mak minum minuman tenaga dari 7-Eleven, 367 00:21:03,347 --> 00:21:06,892 dan berubah semenjak itu. Saya patut minta Dr. Shulkind merawat mak. 368 00:21:07,518 --> 00:21:08,519 Dia kurang sihat. 369 00:21:09,895 --> 00:21:11,021 Ya. 370 00:21:11,021 --> 00:21:15,275 Tiba-tiba, saya bersemuka dengan bekas kekasih saya. 371 00:21:18,320 --> 00:21:20,405 - Gembira bertemu awak. - Cik Grace. 372 00:21:23,075 --> 00:21:25,786 Awak mempesonakan seperti hari awak... 373 00:21:25,786 --> 00:21:28,080 Pada hari awak hancurkan hati saya. 374 00:21:28,080 --> 00:21:31,208 Travis. Awak datang? 375 00:21:31,208 --> 00:21:35,712 Saya sangat suka masa kita bercinta. 376 00:21:36,213 --> 00:21:37,589 Awak tahu, sebenarnya, 377 00:21:38,632 --> 00:21:42,636 saya hanya jemput semua bekas kekasih saya sebagai tanda ihsan, faham? 378 00:21:43,804 --> 00:21:47,057 Saya fikir awak faham niat saya. 379 00:21:48,225 --> 00:21:49,226 Saya faham. 380 00:21:51,812 --> 00:21:52,813 Boop. 381 00:21:55,232 --> 00:21:58,151 Seperti kamu tahu, Sebastian persembahkan hadiah perkahwinan Edgar. 382 00:21:58,151 --> 00:21:59,778 Funcle Ulysses. 383 00:22:01,238 --> 00:22:03,365 Helo, tetamu! 384 00:22:03,949 --> 00:22:05,617 - Funcle Ulysses! - Funcle Ulysses! 385 00:22:06,702 --> 00:22:08,996 Beberapa minggu saya pergi, semasa awak merancang perkahwinan, 386 00:22:08,996 --> 00:22:10,247 saya mencari dia. 387 00:22:11,039 --> 00:22:13,625 Saya tahu awak amat mahu dia ada di sini. 388 00:22:14,543 --> 00:22:17,045 Jadi, awak marah tentang Funcle? 389 00:22:17,045 --> 00:22:19,423 - Tidak. - Bukankah dia buat perkara yang baik? 390 00:22:19,423 --> 00:22:24,636 Tak, Itu bagus. Saya lebih suka kalau meluangkan minggu-minggu itu bersama. 391 00:22:32,519 --> 00:22:34,438 - Pembunuh! - Oh, Tuhan. 392 00:22:34,438 --> 00:22:39,193 Pembunuh selalu kembali ke tempat kejadian. 393 00:22:40,110 --> 00:22:41,737 Awak berada di tempat kejadian, Travis. 394 00:22:41,737 --> 00:22:44,781 Tak guna. Itu tak bagus. 395 00:22:44,781 --> 00:22:47,743 Okey, apa pun. Saya akan masuk ke sana untuk kumpul bukti. 396 00:22:47,743 --> 00:22:48,827 Saya suka semangat awak. 397 00:22:49,912 --> 00:22:52,164 Saya tahu sebab saya juga memilikinya. 398 00:22:52,956 --> 00:22:56,877 Awak perlukan saya, percayalah. Saya tenang. 399 00:22:56,877 --> 00:23:00,130 - Awak ada sarung tangan lebih? - Dalam almari ski. 400 00:23:00,130 --> 00:23:05,594 Seterusnya, kamu perlu tahu yang Edgar amat meminati biohacking. 401 00:23:05,594 --> 00:23:08,430 Dia rancang untuk hidup sehingga 140 tahun, 402 00:23:08,430 --> 00:23:12,893 kemudian memuat naik sumber hidupnya ke pelayan awan. 403 00:23:15,187 --> 00:23:18,190 Tenaga saya merosot. Saya perlu tidur. 404 00:23:18,190 --> 00:23:19,816 Tidak, tapi pesta belum tamat. 405 00:23:21,026 --> 00:23:22,277 Ia minggu perkahwinan kita. 406 00:23:22,277 --> 00:23:25,405 Dengan itu, kita akan luangkan sisa hidup kita bersama. 407 00:23:26,031 --> 00:23:28,200 Namun saya mahu kehidupan itu selama yang mungkin, 408 00:23:28,200 --> 00:23:32,788 dan CBC, Ketekalan Waktu Tidur Ditentukur, adalah cara saya memastikannya. 409 00:23:33,372 --> 00:23:36,708 Saya perlukan rehat. Seperti burung hantu, atau pengisar. 410 00:23:36,708 --> 00:23:39,211 Nampak? Perumpamaan saya mula bercelaru. 411 00:23:39,795 --> 00:23:40,879 Selamat malam, sayangku. 412 00:23:40,879 --> 00:23:43,966 Di pesta bujang, Zoë bertanya sama ada saya gembira. 413 00:23:44,466 --> 00:23:46,885 Menjelang pagi perkahwinan, Saya tidak pasti. 414 00:23:49,304 --> 00:23:50,764 Saya ada hadiah untuk awak. 415 00:23:51,265 --> 00:23:57,437 Jepit rambut ini dipakai oleh setiap pengantin Minnows sejak Perang Saudara. 416 00:23:57,437 --> 00:23:58,730 Saya harap awak memakainya. 417 00:23:58,730 --> 00:24:00,816 - Ia mengerikan. - Ia tidak ternilai. 418 00:24:00,816 --> 00:24:02,901 - Grace, awak tak perlu memakainya. - Ya, dia perlu. 419 00:24:02,901 --> 00:24:04,611 - Tak, dia tak perlu... - Saya akan pakai. 420 00:24:05,904 --> 00:24:06,905 Perjanjian praperkahwinan. 421 00:24:07,906 --> 00:24:12,077 Kenapa tak tandatangan? Tandatangan sebelum berkahwin anak saya. 422 00:24:12,077 --> 00:24:14,454 Apakah ini? 423 00:24:15,539 --> 00:24:19,084 Adakah ini sejenis dadah rekreasi dalam rumah saya? 424 00:24:19,084 --> 00:24:21,753 Ia Adderall. Untuk terus berjaga. 425 00:24:22,337 --> 00:24:23,422 Boleh saya ambil? 426 00:24:24,131 --> 00:24:25,132 Sudah tentu. 427 00:24:28,802 --> 00:24:31,388 Wanita yang sungguh pelik dan mengerikan. 428 00:24:35,100 --> 00:24:36,101 Apa? 429 00:24:36,810 --> 00:24:37,895 Tiada apa. 430 00:24:37,895 --> 00:24:42,232 Mari letakkan jepit rambut yang tidak ternilai ini di kepala awak, 431 00:24:42,232 --> 00:24:46,236 supaya awak boleh menjadi keluarga Minnows. 432 00:24:52,492 --> 00:24:54,786 - Awak rasa saya tak patut kahwin dia. - Saya tak kata begitu. 433 00:24:54,786 --> 00:24:56,622 - Awak mahu mengatakannya. - Tidak. 434 00:24:56,622 --> 00:24:59,166 Teruskan. Cakaplah. 435 00:25:00,667 --> 00:25:02,920 Beritahu saya perasaan sebenar awak. 436 00:25:03,504 --> 00:25:05,714 Baiklah. Saya rasa awak tak patut kahwin dengan dia. 437 00:25:05,714 --> 00:25:06,840 Saya sudah agak. 438 00:25:06,840 --> 00:25:11,303 Jika dia tidak buat awak benar-benar gembira. 439 00:25:11,303 --> 00:25:12,930 Awak tahu tak apa pandangan saya? 440 00:25:12,930 --> 00:25:17,809 Dia peminat teknologi, manakala awak tak suka barangan dibuat selepas 1985. 441 00:25:17,809 --> 00:25:21,188 Dia tidur apabila kanak-kanak tidur, sedangkan awak berjaga malam. 442 00:25:21,855 --> 00:25:28,195 Saya dengar awak tutup kedai antik awak, tapi awak suka gerai antik awak. 443 00:25:28,195 --> 00:25:30,948 Ia hanya sementara. Hanya sehingga selepas perkahwinan. 444 00:25:30,948 --> 00:25:34,826 Saya risau sebahagian hidup awak miliknya sementara dia tak buat perkara sama. 445 00:25:35,327 --> 00:25:36,328 Serta... 446 00:25:37,996 --> 00:25:40,332 Saya mahukan lebih daripada itu untuk awak. 447 00:25:41,875 --> 00:25:43,418 Saya agak terkejut. 448 00:25:43,418 --> 00:25:45,963 Saya takut Zoë betul tentang saya. Tentang Edgar. 449 00:25:47,840 --> 00:25:50,092 Kemudian awak letakkan kotak ikrar atas kepala kami. 450 00:25:52,469 --> 00:25:56,098 Bukankah ini bagus? Hanya dua kepala kita di dalam kotak. 451 00:26:01,228 --> 00:26:02,396 "Grace yang saya sayangi. 452 00:26:03,063 --> 00:26:05,107 - Awak sempurna dalam hidup saya..." - Tidak... 453 00:26:06,358 --> 00:26:07,693 Apa yang awak buat? 454 00:26:07,693 --> 00:26:11,613 Pada hari pertama janji temu, awak kata, saya bangkitkan sesuatu dalam diri awak. 455 00:26:13,156 --> 00:26:15,117 Saya tak tahu sama ada saya dah buat begitu. 456 00:26:15,701 --> 00:26:18,328 Namun saya mahu. Terdesak. 457 00:26:20,205 --> 00:26:23,625 Jadi, jangan baca, beritahu saja perasaan awak. 458 00:26:25,210 --> 00:26:26,420 Dari hati awak. 459 00:26:29,965 --> 00:26:34,845 Grace, saya tahu saya bertindak mengikut cara saya. 460 00:26:36,180 --> 00:26:37,556 Saya seorang yang pelik. 461 00:26:38,974 --> 00:26:43,687 Saya pernah berfikir saya nak bermain teka-teki seorang diri pada hari tua. 462 00:26:44,563 --> 00:26:47,024 Namun, sekarang, hanya awak teka-teki yang saya nak selesaikan. 463 00:26:50,652 --> 00:26:53,030 Awak buat saya nak berubah. 464 00:26:53,572 --> 00:26:56,241 Saya tak tahu sama ada itu yang saya ingin dengar, 465 00:26:56,241 --> 00:26:59,161 tapi bagi Edgar, ia seperti luahan Shakespeare. 466 00:26:59,161 --> 00:27:00,829 Aduhai, saya sukakan kotak ini! 467 00:27:02,748 --> 00:27:03,665 Edgar. 468 00:27:04,166 --> 00:27:05,667 Biar saya ambil gambar juga. 469 00:27:06,543 --> 00:27:07,920 Pn. Minnows. 470 00:27:10,088 --> 00:27:13,008 Jadi, muzik apa yang akan mengiringi tarian pertama awak? 471 00:27:13,008 --> 00:27:15,969 Kita tahu Edgar tidak menari di hadapan orang lain. 472 00:27:15,969 --> 00:27:18,222 Namun ia sebuah tradisi. 473 00:27:18,931 --> 00:27:21,975 Sakramen suci. 474 00:27:22,684 --> 00:27:24,353 Perkara-perkara ini sangat penting. 475 00:27:25,270 --> 00:27:27,105 Awak tak menginginkan tarian pertama? 476 00:27:28,524 --> 00:27:30,567 Tak. Saya sebenarnya mahukannya. 477 00:27:31,568 --> 00:27:32,736 Jadi awak patut ada tarian. 478 00:27:37,115 --> 00:27:40,077 Saya mahu tarian pertama sebagai suami dan isteri. 479 00:27:41,203 --> 00:27:43,330 Namun itu akan buat saya tidak selesa. 480 00:27:44,122 --> 00:27:47,084 Awak kata saya membuatkan awak nak berubah. 481 00:27:47,709 --> 00:27:50,587 Ini permintaan pertama saya. 482 00:27:52,297 --> 00:27:54,258 Adakah ia penting bagi awak? 483 00:27:57,970 --> 00:28:00,222 Baiklah. Kita patut menari. 484 00:28:01,348 --> 00:28:03,392 - Boleh kita guna kotak ikrar itu? - Tak boleh. 485 00:28:13,861 --> 00:28:17,030 Hei, lihat saya, okey? 486 00:28:18,866 --> 00:28:21,410 Orang lain tak penting. Hanya kita berdua. 487 00:28:24,246 --> 00:28:25,831 Kaki kiri ke depan, 488 00:28:25,831 --> 00:28:28,166 kaki kanan ke depan, sisi. 489 00:29:03,702 --> 00:29:05,913 Roxana. Saya mesti pergi. 490 00:29:15,547 --> 00:29:16,840 Saya rasa saya tahu langkah ini. 491 00:29:22,971 --> 00:29:25,432 Ikut arahan saya. Saya suka menari dengan pantas. 492 00:29:33,232 --> 00:29:35,275 Saya sangat malu. 493 00:29:35,275 --> 00:29:37,861 Namun mujurlah, pekerjaan Funcle Ulysses sebelum ini, 494 00:29:37,861 --> 00:29:39,404 dia seorang penari profesional. 495 00:29:49,873 --> 00:29:50,874 Wah! 496 00:29:51,834 --> 00:29:57,631 Dia benar-benar terbaring di sana tidak bernyawa. 497 00:29:57,631 --> 00:30:00,843 Ia buat saya teringat ketika saya menemui nenek saya. 498 00:30:00,843 --> 00:30:04,763 Hei! Jangan sentuh apa-apa. Ini adalah tempat kejadian jenayah. 499 00:30:04,763 --> 00:30:06,223 Tolong saya terbalikkan dia. 500 00:30:06,223 --> 00:30:08,475 Mayat? Mayat itu? 501 00:30:08,475 --> 00:30:11,478 Kita perlu periksa poket untuk petunjuk, kita tak boleh cari kalau dia tunduk. 502 00:30:11,478 --> 00:30:12,771 Jadi bekerjasamalah. 503 00:30:14,189 --> 00:30:16,358 - Satu. - Ini untuk nenek. 504 00:30:16,358 --> 00:30:18,777 - Dua. Tiga. - Satu, dua, tiga. 505 00:30:19,695 --> 00:30:20,779 Berhenti. 506 00:30:22,364 --> 00:30:23,991 Saya melihat matanya! 507 00:30:23,991 --> 00:30:25,784 Baiklah, saya akan... 508 00:30:26,869 --> 00:30:29,746 Tidak! Hei! Tidak, jangan sentuh dia! Apa yang awak buat... 509 00:30:29,746 --> 00:30:31,623 Boleh diam dan tolong saya? 510 00:30:32,666 --> 00:30:35,419 Telefon. Okey, pudina nafas. 511 00:30:35,919 --> 00:30:39,590 Oh, Tuhan, pelembap bibir. 512 00:30:41,466 --> 00:30:43,594 - Preskripsi untuk Adderall? - Tolonglah. 513 00:30:44,219 --> 00:30:45,470 Apakah ini? 514 00:30:45,470 --> 00:30:49,349 Nampak seperti kafling, tapi hanya ada satu. 515 00:30:50,517 --> 00:30:53,896 Dia sudah pun memakai kafling, jadi... 516 00:30:55,105 --> 00:30:56,690 Tunggu, jam tangan pintar. 517 00:30:56,690 --> 00:30:59,693 Hei. Benda ini boleh mengesan degupan jantung, bukan? 518 00:30:59,693 --> 00:31:01,278 - Ya. - Jadi, jika kita membuka kunci telefon, 519 00:31:01,278 --> 00:31:03,322 mungkin kita boleh tahu masa kematian. 520 00:31:03,822 --> 00:31:05,449 Saya lebih pantas daripada awak. 521 00:31:06,200 --> 00:31:08,327 Serta, tak guna! 522 00:31:09,077 --> 00:31:11,747 Telefon terkunci. Perlu tunggu dalam lima minit. 523 00:31:11,747 --> 00:31:13,040 Travis. 524 00:31:13,040 --> 00:31:15,626 - Kita boleh guna ID Muka. - Ya, tapi awak menutup matanya. 525 00:31:16,210 --> 00:31:18,003 Kita perlu membuka matanya semula. 526 00:31:19,046 --> 00:31:21,840 Apabila Edgar kembali, adakah awak bertanya dia pergi ke mana? 527 00:31:21,840 --> 00:31:24,468 Tidak. Saya pasti ia mesyuarat perniagaan atau sesuatu. 528 00:31:24,468 --> 00:31:26,678 Saya hanya marah sebab dia tinggalkan saya. Sekali lagi. 529 00:31:27,262 --> 00:31:31,808 Kemudian tepat pada 9:50 malam... 530 00:31:34,603 --> 00:31:39,691 Sayang, saya perlu masuk tidur menurut rejimen CBC saya. 531 00:31:39,691 --> 00:31:42,528 Saya tahu awak mungkin kata begitu. Namun ini malam perkahwinan kita. 532 00:31:42,528 --> 00:31:44,238 Kita patut luangkan malam bersama. 533 00:31:44,238 --> 00:31:47,115 Jadi, saya ada cadangan untuk awak. 534 00:31:48,659 --> 00:31:49,952 Adderall? 535 00:31:49,952 --> 00:31:53,247 Tolonglah, si dungu. 536 00:31:53,247 --> 00:31:55,791 - Awak tahu saya tak makan ubat. - Ingat Malam Tahun Baru? 537 00:31:55,791 --> 00:31:57,751 Saya ada berikan kepada awak, dan malam kita begitu indah. 538 00:31:57,751 --> 00:32:00,879 Saya berjaga sehingga 5:00 pagi bermain Connect Four sendirian. 539 00:32:00,879 --> 00:32:03,757 Semangat kesukanan itu amat mengerikan, saya takkan ulangnya. 540 00:32:05,133 --> 00:32:07,010 Minta perhatian semua. 541 00:32:07,010 --> 00:32:10,305 Sudah tiba masanya untuk acara akhir malam, 542 00:32:10,305 --> 00:32:13,684 iaitu kamu memandu kereta kembali ke rumah masing-masing. 543 00:32:15,352 --> 00:32:17,062 Tolong pulang ke rumah. 544 00:32:19,731 --> 00:32:25,195 Bagi kamu yang tinggal di sini, kita berpesta selepas majlis di perpustakaan! 545 00:32:27,698 --> 00:32:31,243 Kenapa kamu bersorak? Kamu tidak dijemput. 546 00:32:31,243 --> 00:32:35,873 Sayang, kita mesti hadir pesta selepas majlis kita. Satu minuman lagi? 547 00:32:37,374 --> 00:32:40,544 Baiklah. Satu lagi minuman. Kemudian tidur. 548 00:32:41,211 --> 00:32:42,296 Baguslah. 549 00:32:42,796 --> 00:32:44,798 Helo. Bagi saya champagne. 550 00:32:44,798 --> 00:32:47,176 - Wiski untuk suami saya. - Sudah tentu. 551 00:32:50,512 --> 00:32:51,513 Saya akan pegang. 552 00:32:53,307 --> 00:32:55,893 Namun saya mahu lebih daripada satu minuman. 553 00:32:56,476 --> 00:32:59,771 Saya mahu bersama dan tahu kami akan baik-baik saja. 554 00:32:59,771 --> 00:33:02,191 Serta Edgar kata dia mahu berubah, jadi... 555 00:33:02,983 --> 00:33:04,902 Saya tidak bangga dengannya, tapi... 556 00:33:04,902 --> 00:33:08,739 - Awak letak dadah dalam minumannya. - Saya letak Adderall. Bukan racun. 557 00:33:09,448 --> 00:33:11,783 Dia pernah ambil sebelum ini dan tiada kesan buruk, jadi... 558 00:33:12,284 --> 00:33:16,580 Semuanya kelihatan baik-baik saja. Malah Isabel juga baik dengan saya. 559 00:33:16,580 --> 00:33:19,041 Selamat datang ke keluarga kami. Apa adanya. 560 00:33:19,958 --> 00:33:20,959 Terima kasih. 561 00:33:25,589 --> 00:33:29,218 Saya tahu apa yang awak dah buat. Saya tak nak awak buat itu kepada Grace. 562 00:33:29,760 --> 00:33:32,095 - Awak akan mati malam ini! - Oh, Tuhan. 563 00:33:32,095 --> 00:33:33,472 Travis. 564 00:33:33,472 --> 00:33:35,682 Tidak. Seriuslah. 565 00:33:35,682 --> 00:33:37,392 Kamu semua syaitan. 566 00:33:38,310 --> 00:33:42,606 Setiap orang adalah syaitan. 567 00:33:42,606 --> 00:33:43,982 Jadi syaitan. 568 00:33:44,566 --> 00:33:46,193 - Syaitan kata, "Apa?" - Apa? 569 00:33:46,193 --> 00:33:48,820 "Apa?" Jijik! 570 00:33:49,446 --> 00:33:52,658 - Cerberus terikat di pintu neraka. - Sayang. 571 00:33:52,658 --> 00:33:54,576 - Kamu semua syaitan. - Hei. 572 00:33:54,576 --> 00:33:57,204 - Kamu semua sekumpulan syaitan. - Hei. 573 00:33:57,204 --> 00:33:58,705 Ia bukan neraka, 574 00:33:58,705 --> 00:34:00,749 - sebab awak malaikat. - Hei. Ya. 575 00:34:00,749 --> 00:34:03,794 Saya tak tahu bagaimana dia mabuk, tapi saya tahu saya perlu tidurkan dia. 576 00:34:03,794 --> 00:34:05,295 Sudah lewat, bukan? 577 00:34:05,295 --> 00:34:07,464 Sudah tiba masanya untuk kami masuk tidur. 578 00:34:07,464 --> 00:34:08,590 - Sayang. - Selamat malam. 579 00:34:08,590 --> 00:34:12,719 Saya tak sedih, saya bergurau. Tak guna. 580 00:34:13,303 --> 00:34:15,304 Mereka pasangan yang bagus, bukan? 581 00:34:18,891 --> 00:34:20,435 Saya tak kisah sangat tentang tradisi, 582 00:34:20,435 --> 00:34:24,188 tapi awak sepatutnya angkat saya melepasi ambang pintu. 583 00:34:25,190 --> 00:34:26,733 Saya bukan jalang. 584 00:34:30,612 --> 00:34:31,612 Bao bing. 585 00:34:38,620 --> 00:34:39,663 Saya cintakan awak... 586 00:34:41,415 --> 00:34:42,416 Roxana. 587 00:34:47,880 --> 00:34:52,426 Saya tidur dengan gaun pengantin saya. Tidak begitu lena. 588 00:34:52,426 --> 00:34:54,303 Keesokan paginya... 589 00:35:02,728 --> 00:35:04,479 Edgar. Penggera. 590 00:35:08,317 --> 00:35:11,486 Saya tak peduli betapa peningnya awak, awak mesti dengar penggera itu. 591 00:35:13,488 --> 00:35:15,991 Bagaimana dengan biohacking awak? Awak mesti bangun! 592 00:35:19,995 --> 00:35:20,996 Edgar. 593 00:35:30,506 --> 00:35:32,299 Itu saja yang saya ingat. 594 00:35:32,299 --> 00:35:36,011 Kenapa Travis orang yang pertama di pintu? Bukankah dia menginap di hotel? 595 00:35:36,011 --> 00:35:37,346 Saya tak tahu. 596 00:35:37,346 --> 00:35:41,808 Terima kasih kerana jujur, Grace. Kami dah dapat maklumat kami perlu. 597 00:35:46,855 --> 00:35:49,483 Jadi? Maksud saya, dia tak bersalah, bukan? 598 00:35:49,983 --> 00:35:51,443 Dia berikan Edgar Adderall. 599 00:35:51,443 --> 00:35:53,862 Ia buat orang berjaga, bukan mati. 600 00:35:53,862 --> 00:35:57,658 Atau dia letak bahan lain dalam minuman, dan dia tipu tentang Adderall. 601 00:35:57,658 --> 00:36:00,118 Kita perlu siasat apa sebenarnya yang membunuh Edgar. 602 00:36:00,118 --> 00:36:03,872 Kita patut bercakap dengan bekas kekasih Grace yang memberitahu Edgar akan mati. 603 00:36:04,373 --> 00:36:06,542 - Saya rasa mual. Saya tak nak muntah. - Dekatkan. 604 00:36:06,542 --> 00:36:08,627 - Dekatkan ke mukanya. - Saya akan muntah di seluruh dadanya. 605 00:36:08,627 --> 00:36:09,962 Apa yang kamu buat? 606 00:36:11,463 --> 00:36:12,464 Hei, kamu. 607 00:36:13,173 --> 00:36:17,261 Kami hanya cuba untuk mengetahui masa kematiannya. 608 00:36:17,261 --> 00:36:18,679 - Travis? - Biar saya pegang kepalanya. 609 00:36:18,679 --> 00:36:21,223 Okey, Kami hanya cuba untuk mengetahui masa kematiannya 610 00:36:21,223 --> 00:36:25,477 - menggunakan aplikasi Kesihatan telefon. - Ya. 611 00:36:25,477 --> 00:36:26,562 Jika kami boleh... 612 00:36:28,230 --> 00:36:30,816 fikirkan itu, ia mungkin memberitahu kita bila jantungnya berhenti. 613 00:36:30,816 --> 00:36:33,193 - Ini adalah tempat kejadian jenayah. - Betul. 614 00:36:35,195 --> 00:36:37,239 Jadi apabila selesai urusan awak, 615 00:36:37,239 --> 00:36:39,658 letak mayat itu semula mengikut cara awak menemuinya. 616 00:36:39,658 --> 00:36:41,577 - Apa? - Apa yang saya peduli? 617 00:36:41,577 --> 00:36:42,995 Saya bukan polis lagi. 618 00:36:45,205 --> 00:36:48,458 Namun saya cam suspek apabila saya melihatnya. 619 00:36:48,458 --> 00:36:51,378 Kami tak buat apa-apa. Kami cuba membantu. 620 00:36:51,378 --> 00:36:54,006 Kami dengar awak dan Edgar ada pertengkaran kecil. 621 00:36:54,006 --> 00:36:55,799 Tidak. Saya tak kenal dia sangat. 622 00:36:56,383 --> 00:36:58,385 {\an8}PELABUR UTAMA DUNIA KOIN BUCEPHALUS 623 00:37:02,222 --> 00:37:04,016 Saya boleh jelaskan. 624 00:37:04,016 --> 00:37:05,184 Bolehkah? 625 00:37:22,659 --> 00:37:24,661 Terjemahan sari kata oleh Nur Ezzati Karim