1 00:01:33,468 --> 00:01:34,720 Leganya. 2 00:01:36,889 --> 00:01:38,056 Kita bercakap tentang apa? 3 00:01:38,056 --> 00:01:40,642 Awak kata, awak nampak pembunuhan itu berlaku. 4 00:01:41,518 --> 00:01:43,520 - Ya. - Pembunuh itu bukan Grace. 5 00:01:43,520 --> 00:01:46,857 Walaupun awak yang menuduhnya dulu. 6 00:01:46,857 --> 00:01:50,194 Jika saya buat awak marah, itu salah saya. 7 00:01:51,403 --> 00:01:52,237 Jadi... 8 00:01:53,614 --> 00:01:56,575 Awak pasti awak nampak perbuatan meracun? 9 00:01:56,575 --> 00:01:57,951 Saya tahu apa yang saya lihat. 10 00:01:59,620 --> 00:02:01,788 Saya tahu tanggapan kamu tentang saya. 11 00:02:01,788 --> 00:02:05,167 Saya tidak peramah, sombong, sangat cantik. 12 00:02:05,959 --> 00:02:08,628 Tapi bukan mudah menjadi Isabel Minnows. 13 00:02:08,628 --> 00:02:12,382 Saya seorang wanita yang angkuh, dan ia tahun yang sukar. 14 00:02:13,300 --> 00:02:17,721 Cerita saya cerita klasik yang diisi dengan ketegangan, paranoia 15 00:02:18,847 --> 00:02:22,100 dan lebih kepada ketidakwarasan. 16 00:02:26,563 --> 00:02:30,484 {\an8}Pada tahun lalu, suami saya mati secara mengejut. 17 00:02:30,984 --> 00:02:34,029 Semua orang menangis hari ini, sayang. 18 00:02:35,113 --> 00:02:36,532 Awak akan membencinya. 19 00:02:37,282 --> 00:02:40,577 - Mak menggeletar. - Tidak. Mak baik-baik saja. 20 00:02:40,577 --> 00:02:42,955 Mak menggigil. Pakailah kot saya. 21 00:02:43,580 --> 00:02:45,082 Tidak. Berhenti merepek. 22 00:02:45,791 --> 00:02:48,252 - Mak okey. - Awak mahu kot saya? 23 00:02:48,252 --> 00:02:50,963 Tidak. Mak mahu beredar sekarang 24 00:02:50,963 --> 00:02:55,467 sebab mak tak mahu bercakap dengan mana-mana isteri senator lagi. 25 00:02:56,343 --> 00:02:59,805 Dia tak pernah sedih begini sejak mereka buka kelab desa kepada orang Itali. 26 00:03:05,936 --> 00:03:08,272 Kenapa banyak bunga? 27 00:03:08,272 --> 00:03:11,066 Bunga adalah tradisional, mak. 28 00:03:11,817 --> 00:03:15,279 Tidak lama lagi bunga itu akan mati seperti ayah kamu. 29 00:03:18,824 --> 00:03:23,078 Isabel, apa kata awak tinggal dengan kami? 30 00:03:23,078 --> 00:03:26,373 Kita sekeluarga boleh bersedih bersama. 31 00:03:28,792 --> 00:03:30,627 Mereka bimbang tentang saya. 32 00:03:30,627 --> 00:03:35,174 Mereka ada sebab untuk bimbang. Saya menjadi gila. 33 00:03:42,306 --> 00:03:43,432 Alexander. 34 00:03:44,266 --> 00:03:47,561 Awak mati dalam tidur dan saya tidak dapat tidur pun. 35 00:03:50,731 --> 00:03:53,775 Edgar memberi saya pil tidur daripada doktor kami. 36 00:03:57,321 --> 00:03:58,906 Tapi ia tidak membantu. 37 00:04:01,992 --> 00:04:05,621 Basil, daun bay, saderi... Tidak, lada hitam. 38 00:04:05,621 --> 00:04:08,332 Ya. Tidak, serbuk cili. 39 00:04:08,332 --> 00:04:11,376 Tidak, buah pelaga. Kari sudah ada. 40 00:04:11,376 --> 00:04:12,419 - Kita ada... - Mak? 41 00:04:12,419 --> 00:04:13,837 Ya, helo. 42 00:04:13,837 --> 00:04:17,132 Sekarang 4:30 pagi. Kenapa mak bangun? 43 00:04:17,132 --> 00:04:18,425 Kenapa awak bangun? 44 00:04:18,425 --> 00:04:21,220 Saya bangun untuk renang pagi sebelum pasar dibuka. 45 00:04:22,638 --> 00:04:25,474 Rempah-rempah awak berselerak. 46 00:04:27,684 --> 00:04:31,271 Mak bangun tengah malam untuk susun rempah-rempah saya? 47 00:04:31,271 --> 00:04:35,400 Saya tahu ia tidak masuk akal. Tapi saya wanita yang angkuh. 48 00:04:35,400 --> 00:04:37,277 Seseorang perlu menyusunnya. 49 00:04:37,277 --> 00:04:40,030 Kamu patut pecat pembantu rumah itu. Secara terbuka jika boleh. 50 00:04:40,030 --> 00:04:42,491 Saya tidak mahu Edgar tahu saya menderita. 51 00:04:42,491 --> 00:04:45,244 Tapi setiap hari yang berlalu, ia menjadi lebih sukar 52 00:04:45,244 --> 00:04:47,579 - untuk berpura-pura normal. - Bilakah awak akan setuju ia sama? 53 00:04:47,579 --> 00:04:49,873 - Bucephalus ialah dolar digital. - Tidak. 54 00:04:49,873 --> 00:04:52,668 Satu dolar adalah sekeping propaganda kerajaan. 55 00:04:52,668 --> 00:04:54,837 Ada muka presiden dicop tepat padanya. 56 00:04:55,420 --> 00:04:57,089 Bucephalus lebih unggul. 57 00:04:58,757 --> 00:05:01,468 Mak? Mak dengar saya? 58 00:05:01,468 --> 00:05:03,303 Dia seperti berada di alam lain. 59 00:05:03,303 --> 00:05:07,140 Apa? Tidak. Mak tidak suka kamu bercakap politik. 60 00:05:07,140 --> 00:05:08,642 Ia kata-kata canggung. 61 00:05:08,642 --> 00:05:11,144 Kami bercakap tentang mata wang kripto saya. 62 00:05:11,144 --> 00:05:16,900 Mak tidak suka fesyen, ketuhar pembakar roti, Slinkys, Michael Bublé. 63 00:05:16,900 --> 00:05:18,360 Tolong buatkan mak minuman. 64 00:05:19,152 --> 00:05:20,988 Isabel, awak sedang pegang minuman. 65 00:05:24,616 --> 00:05:25,742 Ini gin. 66 00:05:26,702 --> 00:05:28,954 Mak tak suka gin. 67 00:05:28,954 --> 00:05:30,289 - Mak sukakannya. - Ya, awak suka. 68 00:05:30,289 --> 00:05:32,457 Awak meminumnya setiap hari semasa mengandungkan Edgar. 69 00:05:32,457 --> 00:05:34,960 Mak kata perkataan selamat dengan ayah adalah "Seagram." 70 00:05:34,960 --> 00:05:38,714 Baiklah. Mak suka gin. 71 00:05:41,258 --> 00:05:43,802 Saya dapat merasakan mereka menilai saya. 72 00:05:45,012 --> 00:05:49,975 Simpati mereka buat ia lebih teruk. Pil tidur itu juga tidak berkesan. 73 00:05:51,727 --> 00:05:55,147 Saya mula berfikir yang saya akan mula menjadi gila. 74 00:06:29,181 --> 00:06:31,975 Saya tidak mahu pembantu peribadi dengan pendakap dewasa. 75 00:06:31,975 --> 00:06:33,685 Itu tanda kelemahan. 76 00:06:36,813 --> 00:06:40,692 Boleh perlahankan muzik? Mak tidak dapat berfikir waras. 77 00:06:40,692 --> 00:06:44,613 Saya tidak tahu Rosh Hashanah itu apa, tapi awak tak boleh bercuti. 78 00:06:44,613 --> 00:06:46,031 Maafkan saya. Muzik apa? 79 00:06:46,031 --> 00:06:50,285 Kanak-kanak teruk menyanyi meraban. 80 00:06:50,285 --> 00:06:52,913 Maaf. Saya akan hubungi semula. Ada sesuatu berlaku. 81 00:06:52,913 --> 00:06:57,417 Ia persembahan mendayu-dayu lagu pop teruk kesukaan ayah kamu. 82 00:06:57,417 --> 00:07:01,672 Oh, mak. Tiada muzik. 83 00:07:04,591 --> 00:07:06,176 Sekarang muzik itu tiada. 84 00:07:08,846 --> 00:07:10,180 Lihatlah keadaan mak. 85 00:07:10,931 --> 00:07:12,641 - Mak tidak tidur. - Tidak. 86 00:07:12,641 --> 00:07:14,434 - Mak terbayang mendengar muzik. - Ya. 87 00:07:15,143 --> 00:07:16,937 Apa sudah jadi dengan mak saya? 88 00:07:18,522 --> 00:07:19,857 Mak melalui kejutan yang dahsyat. 89 00:07:19,857 --> 00:07:21,316 - Ya. - Tiada siapa jangka ayah akan mati... 90 00:07:21,316 --> 00:07:22,484 - Tidak. - ...dalam nahas kapal terbang itu. 91 00:07:22,484 --> 00:07:26,071 Sebentar. Awak kata suami awak mati dalam tidur. 92 00:07:26,071 --> 00:07:30,617 Dia tertidur menerbangkan kapal terbangnya manakala penumpangnya menjerit 93 00:07:31,201 --> 00:07:33,829 ketika mereka terjunam sehingga mati dari langit. 94 00:07:34,621 --> 00:07:37,207 Tapi itu tak penting sangat. Apa yang penting ialah... 95 00:07:37,207 --> 00:07:38,625 Awak sedang buat apa? 96 00:07:39,418 --> 00:07:42,546 Saya sedang buat keranda kecil untuk Roxana. 97 00:07:43,714 --> 00:07:48,969 Apa yang penting ialah saya menjadi gila di hadapan Edgar. 98 00:07:48,969 --> 00:07:52,931 Serta Hannah, kesayangan saya yang manis dan ganjil. 99 00:07:52,931 --> 00:07:55,809 Saya mementingkan pendapatnya daripada sesiapa pun. 100 00:07:55,809 --> 00:07:57,269 Yakah? 101 00:07:58,061 --> 00:08:00,731 Awak tidak pernah beritahu saya sebelum ini. 102 00:08:00,731 --> 00:08:03,233 - Bagaimana? - Sama seperti yang awak lakukan tadi. 103 00:08:03,233 --> 00:08:05,652 Tapi saya tidak beritahu awak. Saya beritahu mereka. 104 00:08:06,653 --> 00:08:08,071 Awak mahu saya buat apa? 105 00:08:08,071 --> 00:08:11,700 Beritahu awak yang saya ambil berat tentang awak semasa kita berduaan? 106 00:08:11,700 --> 00:08:14,161 - Itu pasti bagus. - Itu tidak masuk akal. 107 00:08:14,745 --> 00:08:17,664 Awak bercadang untuk bercakap dengan ahli terapi? 108 00:08:18,624 --> 00:08:19,625 Atau mungkin pendeta? 109 00:08:19,625 --> 00:08:22,794 Saya mengenali bomoh hebat di Istanbul. 110 00:08:23,545 --> 00:08:27,216 Dia juga seorang ahli silap mata erotik jarak dekat yang luar biasa. 111 00:08:27,216 --> 00:08:30,344 Yakah? Menarik. Tak mahu, terima kasih. 112 00:08:30,344 --> 00:08:31,637 Ya, okey, semua itu hebat. 113 00:08:31,637 --> 00:08:35,224 Maksud saya, saya ingin tahu bagaimana magik boleh menjadi erotik? 114 00:08:35,224 --> 00:08:37,267 - Dia melakukan helah alat sulit. - Okey. Ya. 115 00:08:37,267 --> 00:08:41,020 Apa yang penting ialah boleh tak kita kembali kepada menyaksikan pembunuhan? 116 00:08:41,020 --> 00:08:44,274 Okey. Semasa saya jadi semakin tak waras, 117 00:08:45,400 --> 00:08:47,611 Edgar meneruskan kehidupan. 118 00:08:49,029 --> 00:08:51,532 Mana buah zaitun? Tak boleh ada majlis makan tengah hari tanpanya. 119 00:08:51,532 --> 00:08:54,326 Zaitun hijau. Zaitun hitam. Di manakah buah zaitun? 120 00:08:54,326 --> 00:08:57,663 Saya minta maaf bagi pihak dia. Dia sangat meminati buah biji keras. 121 00:08:59,164 --> 00:09:00,499 Kamu sudah sampai. 122 00:09:00,499 --> 00:09:03,335 Mak, saya teruja untuk mak berjumpa seseorang. 123 00:09:04,711 --> 00:09:06,797 Pn. Minnows, 124 00:09:06,797 --> 00:09:09,842 gembira akhirnya dapat bertemu awak. 125 00:09:09,842 --> 00:09:12,427 Saya sangat gembira berjumpa dengan awak, Gail. 126 00:09:13,470 --> 00:09:15,097 - Mak. - Apa? 127 00:09:16,849 --> 00:09:19,685 Saya sudah beritahu mak, nama dia Grace. 128 00:09:20,352 --> 00:09:25,148 Tidak, semalam awak kata semasa main Scrabble bahawa... 129 00:09:25,148 --> 00:09:27,109 Ini bukan untuk diperdebatkan. 130 00:09:28,360 --> 00:09:29,736 Di manakah buah zaitun? 131 00:09:29,736 --> 00:09:32,781 Bagaimana saya tersilap? Ia tidak masuk akal. 132 00:09:33,448 --> 00:09:36,368 Mak, saya mencintai seseorang, 133 00:09:36,368 --> 00:09:39,371 dan saya mahu undang dia untuk makan tengah hari esok 134 00:09:39,371 --> 00:09:41,039 jika mak selesa. 135 00:09:41,039 --> 00:09:44,168 Sudah tentu boleh. Mak sudah cakap yang mak okey. 136 00:09:44,168 --> 00:09:47,004 {\an8}Wanita ini sangat penting bagi saya. 137 00:09:47,004 --> 00:09:48,839 {\an8}SANGAT TAK WARAS 138 00:09:48,839 --> 00:09:51,925 Saya juga tahu dia teringin berjumpa mak. 139 00:09:51,925 --> 00:09:54,511 Nama dia ialah... 140 00:10:06,940 --> 00:10:08,275 Mak mahu pergi mana? 141 00:10:12,279 --> 00:10:15,699 Grace. Perkataan lima huruf untuk kegilaan saya. 142 00:10:15,699 --> 00:10:17,576 Mak sengaja memalukan saya. 143 00:10:18,243 --> 00:10:21,038 Oh, tolonglah. Gail. Grace. 144 00:10:21,038 --> 00:10:23,415 Apakah perbezaannya? Tiada siapa kisah. 145 00:10:24,917 --> 00:10:25,834 Saya kisah. 146 00:10:26,752 --> 00:10:27,794 Saya juga kisah. 147 00:10:27,794 --> 00:10:29,379 Sudah tentu, Grace. 148 00:10:30,255 --> 00:10:31,340 Abaikan dia. 149 00:10:31,924 --> 00:10:32,925 Saya cuba membantu mak, 150 00:10:32,925 --> 00:10:36,637 tapi saya takut mak lebih gila daripada pembuat topi di kedai topi. 151 00:10:36,637 --> 00:10:39,014 Saya menyukainya sebab ia perkataan pembelit lidah. 152 00:10:39,014 --> 00:10:42,851 Lebih gila daripada pembuat topi di kedai topi. 153 00:10:42,851 --> 00:10:46,396 Saya sedih, tapi mereka betul. 154 00:10:46,396 --> 00:10:48,941 Keadaan semakin teruk. 155 00:10:49,775 --> 00:10:51,944 Pedang yang awak tempah sudah sampai. 156 00:10:51,944 --> 00:10:53,612 Pedang apa? 157 00:10:54,112 --> 00:10:55,906 Saya tidak tempah pedang oriental. 158 00:10:55,906 --> 00:10:57,658 Awak tak boleh memanggilnya begitu. 159 00:10:59,368 --> 00:11:00,369 Ia satu kesilapan. 160 00:11:00,369 --> 00:11:02,371 Nama awak tertera pada slip pembungkusan. 161 00:11:02,996 --> 00:11:04,665 Dibeli oleh. Dihantar kepada. 162 00:11:06,041 --> 00:11:07,960 Saya tidak mengingatinya. 163 00:11:10,879 --> 00:11:12,005 Pedang itu. 164 00:11:12,005 --> 00:11:14,174 Ia tidak berhenti. 165 00:11:14,174 --> 00:11:15,676 Isabel, saya dalam bilik mandi. 166 00:11:15,676 --> 00:11:18,887 - Kenapa awak menempah baju besi? - Saya tidak tempah. 167 00:11:18,887 --> 00:11:21,515 Terdapat baju besi lengkap di luar, 168 00:11:21,515 --> 00:11:23,725 dan saya pasti tidak menempahnya. 169 00:11:27,604 --> 00:11:28,897 Adakah saya yang menempahnya? 170 00:11:30,983 --> 00:11:32,276 Isabel? 171 00:11:35,195 --> 00:11:36,780 Awak okey? 172 00:11:41,243 --> 00:11:44,746 Sebab saya mengalami masa yang sukar. 173 00:11:45,414 --> 00:11:46,832 Jadi saya berkata pada diri saya... 174 00:11:46,832 --> 00:11:48,250 Lupakan saja. 175 00:11:52,880 --> 00:11:54,047 Okey. 176 00:11:54,047 --> 00:11:58,886 Tapi saya tak boleh lupakannya, jadi saya memutuskan menerimanya. 177 00:12:02,931 --> 00:12:04,308 Apakah semua ini? 178 00:12:06,476 --> 00:12:08,854 Mereka memanggilnya trampolin. 179 00:12:08,854 --> 00:12:10,314 Trampolin? 180 00:12:10,314 --> 00:12:12,149 Lihatlah mak melompat. 181 00:12:12,816 --> 00:12:14,943 Mak yang saya kenal tidak melompat. 182 00:12:14,943 --> 00:12:19,198 Tengok Roxana. Ia takut. Ia betul-betul akan muntah. 183 00:12:19,781 --> 00:12:24,161 Hari ini trampolin. Semalam baju besi, sebuah pedang. 184 00:12:24,661 --> 00:12:27,539 Saya tahu mak tidak ingat pun menempah semua ini. 185 00:12:27,539 --> 00:12:30,792 Saya takkan berdiam diri melihat mak membeli barang tak berguna, 186 00:12:30,792 --> 00:12:32,669 hasil daripada usaha ayah. 187 00:12:32,669 --> 00:12:34,505 Kamu sangat kasar dengan mak. 188 00:12:34,505 --> 00:12:36,048 Ayah sudah mati. 189 00:12:36,757 --> 00:12:39,968 Dia mati dalam nahas kapal terbang itu ke Pergunungan Adirondack, 190 00:12:39,968 --> 00:12:43,347 di mana mungkin tulang hangusnya dimamah serigala. 191 00:12:43,347 --> 00:12:47,100 Itu bermakna ia adalah tugas saya menjaga keluarga ini, 192 00:12:47,100 --> 00:12:48,185 dan saya akan lakukan itu. 193 00:12:49,311 --> 00:12:50,854 Saya telah bercakap dengan Dr. Shulkind. 194 00:12:50,854 --> 00:12:55,150 Dia fikir sudah tiba masanya kita bincang tentang konservator. 195 00:12:55,734 --> 00:12:57,027 Seorang konservator. 196 00:12:59,905 --> 00:13:03,825 Saya akan dimanja seperti budak. Dikawal. Lebih teruk daripada kematian. 197 00:13:03,825 --> 00:13:05,410 Apa yang mak buat? 198 00:13:07,955 --> 00:13:10,624 Mak rebah dengan perlahan. 199 00:13:13,794 --> 00:13:16,547 Saya tahu Dr. Shulkind akan hadir majlis perkahwinan. 200 00:13:16,547 --> 00:13:19,800 Jika saya mahukan kebebasan, saya perlu buktikan kepada dia, 201 00:13:19,800 --> 00:13:22,094 bahawa saya baik-baik saja. 202 00:13:22,094 --> 00:13:23,345 EDGAR DAN GRACE 203 00:13:23,345 --> 00:13:25,097 Walaupun saya tidak pasti saya okey. 204 00:13:28,058 --> 00:13:29,560 Dr. Shulkind. 205 00:13:29,560 --> 00:13:30,894 Selamat malam. 206 00:13:30,894 --> 00:13:33,355 Saya gembira awak dapat sertai kami hujung minggu ini. 207 00:13:33,355 --> 00:13:36,608 Edgar beritahu saya yang awak sakit. 208 00:13:36,608 --> 00:13:39,444 Masalah tidur. Pelupa. 209 00:13:39,444 --> 00:13:42,656 Tidak sama sekali. Sebenarnya, saya rasa lebih baik. 210 00:13:43,156 --> 00:13:44,324 Apa khabar... 211 00:13:45,033 --> 00:13:49,037 "tiga anak awak dan tiada haiwan peliharaan"? 212 00:13:49,037 --> 00:13:51,415 Baik-baik saja. 213 00:13:51,415 --> 00:13:54,418 Isabel, siapa Gail? 214 00:13:54,418 --> 00:13:56,128 Gail? 215 00:13:56,128 --> 00:13:59,548 Awak reka napkin ini, bukan? 216 00:14:01,133 --> 00:14:02,885 PERKAHWINAN EDGAR DAN GAIL 217 00:14:02,885 --> 00:14:05,637 Ada kesilapan? 218 00:14:06,471 --> 00:14:08,098 Tidak. 219 00:14:08,098 --> 00:14:12,102 Ia gurauan dengan menantu baru saya. 220 00:14:12,102 --> 00:14:15,397 Gurauan? Jelaskan kepada kami. 221 00:14:15,981 --> 00:14:18,734 Gurauan tidak kelakar jika perlu menjelaskannya. 222 00:14:26,116 --> 00:14:28,785 Helo, Pn. Mak Edgar. 223 00:14:29,494 --> 00:14:31,121 Anak lelaki awak buat perkara buruk. 224 00:14:31,747 --> 00:14:33,248 Apa yang awak cakap? 225 00:14:33,248 --> 00:14:36,293 - Skim kriptonya. - Apa yang awak tahu? 226 00:14:36,293 --> 00:14:39,838 Jangan berpura-pura. "Saya wanita tua yang gila. 227 00:14:39,838 --> 00:14:42,549 Di manakah kunci saya? Bagaimanakah telefon berfungsi?" 228 00:14:45,052 --> 00:14:48,305 - Mak. - Dia sentuh punggung mak. 229 00:14:49,765 --> 00:14:51,683 Awak memakai cincin? 230 00:14:51,683 --> 00:14:54,186 Adakah saya berdarah? Saya dapat rasakan darah. 231 00:14:54,186 --> 00:14:56,688 Selepas saya menamparnya, saya kemudian sedar. 232 00:14:56,688 --> 00:15:01,109 Mata wang kripto. Itulah maksudnya. 233 00:15:01,109 --> 00:15:02,861 Tunggu. Cerita semula. 234 00:15:02,861 --> 00:15:05,864 Apakah kaitan perniagaan kripto Edgar dengan awak? 235 00:15:05,864 --> 00:15:08,200 Keadaan mental saya semakin merosot, 236 00:15:08,200 --> 00:15:12,037 dan jawapan anak saya untuk itu bukanlah simpati. 237 00:15:12,037 --> 00:15:15,707 Dia gunakannya sebagai peluang untuk mendapatkan wang saya. 238 00:15:15,707 --> 00:15:17,626 Itu tidak masuk akal. 239 00:15:18,168 --> 00:15:21,046 Edgar mempunyai wang lebih daripada mana-mana lelaki. 240 00:15:21,046 --> 00:15:22,798 Itu benar. Kami kaya-raya. 241 00:15:22,798 --> 00:15:26,093 Kadangkala saya tertanya-tanya kenapa saya tidak diculik untuk wang tebusan? 242 00:15:26,093 --> 00:15:30,848 Edgar mungkin agak obses, 243 00:15:30,848 --> 00:15:32,474 tapi dia bukan jahat. 244 00:15:32,474 --> 00:15:36,395 Namun, dia sudah mati dan salah seorang daripada kita membunuhnya. 245 00:15:41,066 --> 00:15:42,359 Saya tahu awak di sana. 246 00:15:42,860 --> 00:15:46,655 Saya boleh hidu bau muntah dan pistasio? 247 00:15:49,157 --> 00:15:51,827 Tepat sekali. Awak dah tahu saya. 248 00:15:51,827 --> 00:15:53,704 Saya pasang telinga. 249 00:15:53,704 --> 00:15:57,374 Ya, awak bersembunyi seperti sebuah van aiskrim. 250 00:15:57,374 --> 00:15:58,458 Jadi... 251 00:16:03,255 --> 00:16:07,259 Jadi, awak nampaknya tidak tertarik 252 00:16:07,259 --> 00:16:11,180 dengan cerita panjang Isabel? 253 00:16:11,180 --> 00:16:14,391 Saya tidak perlukan Isabel untuk tahu sikap buruk Edgar. 254 00:16:14,391 --> 00:16:20,189 Awak juga bersikap buruk, bukan? 255 00:16:20,189 --> 00:16:22,482 Awak mungkin tahu yang saya tahu rancangan awak. 256 00:16:22,983 --> 00:16:25,485 Kepala saya bukan saja untuk ditampar. 257 00:16:27,738 --> 00:16:30,032 Maaf, saya perlu jawab panggilan ini. 258 00:16:30,616 --> 00:16:33,076 Saya juga perlu jawab panggilan perniagaan ini. 259 00:16:33,076 --> 00:16:34,411 Atau buat panggilan. 260 00:16:36,079 --> 00:16:37,789 - Cakaplah. - Hei, mak. 261 00:16:37,789 --> 00:16:40,250 Awak benar-benar fikir yang Edgar mahukan wang awak? 262 00:16:40,250 --> 00:16:42,211 Saya tidak fikir. Saya tahu. 263 00:16:42,836 --> 00:16:46,215 Saya juga cuba hubungi peguam untuk pastikan saya dilindungi. 264 00:16:46,215 --> 00:16:48,467 Suruh dia hubungi saya dengan segera. 265 00:16:48,467 --> 00:16:51,386 Tapi nampaknya dia tidak terima panggilan pada tengah malam. 266 00:16:55,307 --> 00:16:56,558 Siapakah itu? 267 00:17:00,395 --> 00:17:03,857 Sebastian, apa yang awak buat di sini? 268 00:17:04,358 --> 00:17:05,651 Boleh saya masuk? 269 00:17:11,573 --> 00:17:12,741 Apa yang awak mahu? 270 00:17:19,498 --> 00:17:20,499 Apa yang awak sedang buat? 271 00:17:20,999 --> 00:17:23,126 Tak nampakkah yang saya sangat cintakan awak? 272 00:17:24,502 --> 00:17:25,963 Cuma cintakan awak. 273 00:17:32,052 --> 00:17:35,848 Oh. Sebby. 274 00:17:37,099 --> 00:17:40,519 Awak tidak tahu apa yang telah saya lalui, betapa saya menderita. 275 00:17:41,520 --> 00:17:45,107 Ayuh berasmara. 276 00:17:45,732 --> 00:17:48,652 Saya tidak mahu memaksa awak. 277 00:17:49,194 --> 00:17:52,865 Bagaimana dengan perkataan selamat? Sesuatu yang awak tidak akan lupa. 278 00:17:54,032 --> 00:17:55,033 Sesuatu seperti... 279 00:17:56,493 --> 00:17:58,328 nama kuda mendiang suami awak. 280 00:17:59,872 --> 00:18:01,164 Apakah namanya? 281 00:18:03,667 --> 00:18:06,795 - Kuda Alexander? - Ya. 282 00:18:07,671 --> 00:18:10,841 Awak mesti ingat. Apakah namanya? 283 00:18:12,801 --> 00:18:14,511 Edgar yang suruh awak ke sini? 284 00:18:14,511 --> 00:18:15,929 Sudah tentu tidak. 285 00:18:15,929 --> 00:18:20,767 Dia fikir saya gila, dan awak di sini untuk membuktikannya. 286 00:18:20,767 --> 00:18:22,436 Apa? Awak gila? 287 00:18:24,313 --> 00:18:26,356 Adakah saya nampak gila? 288 00:18:28,192 --> 00:18:30,277 Adakah itu pedang samurai? 289 00:18:30,277 --> 00:18:32,279 Tidak, awak tidak boleh panggil ia begitu. 290 00:18:33,113 --> 00:18:37,993 Beritahu Edgar dia mungkin fikir saya sakit mental 291 00:18:37,993 --> 00:18:42,581 tapi wang itu adalah milik saya! 292 00:18:42,581 --> 00:18:45,792 Jelas sekali, Edgar menghantar kawan baik 293 00:18:45,792 --> 00:18:48,921 dan rakan niaganya untuk memikat saya. 294 00:18:50,339 --> 00:18:51,381 Apa? 295 00:18:51,381 --> 00:18:54,426 Aduhai, kolotnya kamu! 296 00:18:55,135 --> 00:18:58,096 Maksud saya, dia dapat magik erotik jarak dekat, 297 00:18:58,096 --> 00:18:59,306 dan saya tidak dapat apa-apa. 298 00:18:59,306 --> 00:19:01,058 Ia sangat luar biasa. 299 00:19:01,058 --> 00:19:03,810 Tapi semuanya membuat saya tidak senang. 300 00:19:04,853 --> 00:19:08,899 Pada pagi hari perkahwinan, saya berada di situasi bahaya. 301 00:19:11,318 --> 00:19:12,653 Ini untuk awak. 302 00:19:15,906 --> 00:19:18,283 Jepit rambut. Pusaka. 303 00:19:20,911 --> 00:19:25,249 Jepit rambut ini telah dipakai oleh lima generasi pengantin Minnows. 304 00:19:26,416 --> 00:19:27,501 Awak boleh letak di sana. 305 00:19:30,420 --> 00:19:32,923 Perjanjian pranikah. Edgar mahukan wang saya. 306 00:19:32,923 --> 00:19:37,177 Saya harap dia kehilangan semua miliknya dengan skim Ponzi digital itu, 307 00:19:37,177 --> 00:19:41,890 kemudian pengantin yang miskin ini akan ditinggalkan tanpa harta. 308 00:19:41,890 --> 00:19:43,433 Sebuah nasihat. 309 00:19:43,433 --> 00:19:45,602 Penting untuk awak menandatangani ini 310 00:19:46,186 --> 00:19:48,522 tanpa mengira apa yang berlaku antara awak dan Edgar. 311 00:19:48,522 --> 00:19:49,731 Awak akan dapat... 312 00:19:51,441 --> 00:19:53,944 satu juta dolar. 313 00:19:53,944 --> 00:19:55,028 Tandatanganlah. 314 00:19:55,612 --> 00:19:57,406 Tunggu, awak cuba membantu saya? 315 00:19:57,406 --> 00:20:01,076 Sudah tentu. Awak sekarang ahli keluarga Minnows. 316 00:20:01,076 --> 00:20:02,661 Kami menjaga ahli keluarga. 317 00:20:02,661 --> 00:20:04,705 Wah! Terima kasih. 318 00:20:05,956 --> 00:20:08,584 - Saya kekalkan nama terakhir saya. - Apa? 319 00:20:11,003 --> 00:20:12,254 Berikan saya masa. 320 00:20:25,392 --> 00:20:26,810 Okey, kita di mana tadi? 321 00:20:32,191 --> 00:20:34,151 Kita ambil pil tidur yang sama. 322 00:20:37,613 --> 00:20:39,156 Itu bukan pil tidur. 323 00:20:40,032 --> 00:20:42,492 Ia sebaliknya. Ia Adderall. 324 00:20:42,492 --> 00:20:43,785 Adderall? 325 00:20:43,785 --> 00:20:45,495 Ia membuat awak terjaga sepanjang malam. 326 00:20:45,495 --> 00:20:48,498 Pil tidur. Kelakarnya. 327 00:20:54,046 --> 00:20:57,549 Berbulan-bulan saya tidak tidur. Tapi pil tidur saya? 328 00:20:57,549 --> 00:20:59,968 Adderall? Tak mungkin. 329 00:21:02,596 --> 00:21:05,182 Tapi ia serupa. 330 00:21:07,017 --> 00:21:09,978 Edgar yang berikan saya ubat itu. 331 00:21:15,984 --> 00:21:19,821 Oh, mak, tiada muzik. 332 00:21:20,364 --> 00:21:23,200 Saya tahu, mak tidak ingat menempah semua ini. 333 00:21:24,451 --> 00:21:28,163 Ada kesilapan? 334 00:21:28,664 --> 00:21:31,583 Saya sudah beritahu nama dia Grace. 335 00:21:36,046 --> 00:21:37,548 Mak sengaja memalukan saya. 336 00:21:38,173 --> 00:21:40,759 Saya cuba membantu mak, tapi saya risau mak lebih gila 337 00:21:40,759 --> 00:21:43,262 daripada pembuat topi di kedai topi. 338 00:21:44,012 --> 00:21:47,891 Edgar dalang semua ini. 339 00:21:51,728 --> 00:21:56,108 Lihat, ini salah satu pil tidur yang kamu beri kepada mak. 340 00:21:57,359 --> 00:21:59,862 Ini ialah Adderall. 341 00:22:00,445 --> 00:22:04,116 Lihatlah, ia serupa. Jelaskan. 342 00:22:10,080 --> 00:22:15,210 Oh, mak. Pil itu tidak serupa pun. 343 00:22:17,629 --> 00:22:23,468 Pil ini berwarna biru terang, yang ini pula biru gelap. 344 00:22:23,468 --> 00:22:25,846 Mak keliru. 345 00:22:27,598 --> 00:22:31,393 - Mari hubungi Dr. Shulkind. - Tidak. Mak okey. 346 00:22:31,393 --> 00:22:33,395 Mak sudah nampak. 347 00:22:33,896 --> 00:22:36,440 Ia berbeza, entah kenapa mak tak perasan sebelum ini. 348 00:22:36,440 --> 00:22:38,025 Mak, hari ini hari perkahwinan saya. 349 00:22:38,859 --> 00:22:43,322 Mak pasti takkan memalukan Grace dan saya semasa mak berucap? 350 00:22:43,322 --> 00:22:45,324 Mak cukup gementar untuk berucap depan orang ramai. 351 00:22:45,324 --> 00:22:48,994 Mak okey. Mak sudah cetak teks ucapan mak. 352 00:22:48,994 --> 00:22:51,496 Ikut skrip itu. 353 00:23:01,381 --> 00:23:04,718 Dia menipu. Sudah pasti. 354 00:23:04,718 --> 00:23:07,971 Kenapa pula dia tertarik dengan ucapan saya? 355 00:23:08,680 --> 00:23:11,391 Sudah tentu, sebab tontonan umum. 356 00:23:11,391 --> 00:23:13,644 Dia mahu memalukan saya, 357 00:23:13,644 --> 00:23:17,648 dan membuktikan kepada Dr. Shulkind bahawa saya gila. 358 00:23:18,482 --> 00:23:20,192 Jadi saya buat perangkap. 359 00:23:20,859 --> 00:23:25,113 Jika dia usik teks ucapan saya, saya pasti tahu. 360 00:23:33,163 --> 00:23:34,790 Puan? Mak kepada pengantin lelaki. 361 00:23:35,499 --> 00:23:37,251 Boleh seseorang pegang beg awak? 362 00:23:38,335 --> 00:23:40,045 Saya boleh tolong pegang. 363 00:23:40,045 --> 00:23:42,130 - Serta cicak itu juga. - Tidak. 364 00:23:42,130 --> 00:23:44,299 Mak, biar saya berikan beg mak kepada Aniq. 365 00:23:48,846 --> 00:23:51,139 Seperti yang saya jangka, dia ambil beg tangan saya. 366 00:23:51,932 --> 00:23:55,310 Tapi saya berwaspada, saya takkan terlepas pandang. 367 00:24:08,156 --> 00:24:09,491 Isabel. 368 00:24:10,325 --> 00:24:12,119 Isabel. 369 00:24:14,621 --> 00:24:15,914 Isabel. 370 00:24:16,665 --> 00:24:17,666 Isabel. 371 00:24:25,591 --> 00:24:27,217 Isabel. 372 00:24:28,177 --> 00:24:30,512 Kemudian tiba-tiba, dia hilang. 373 00:24:31,346 --> 00:24:32,514 Tidak. 374 00:24:33,223 --> 00:24:36,059 Saya minum sedikit dan mencarinya di merata tempat. 375 00:24:37,019 --> 00:24:39,062 - Awak. - Saya? 376 00:24:39,062 --> 00:24:40,564 Saya tidak buat apa-apa. 377 00:24:40,564 --> 00:24:42,149 Berikan itu kepada saya. 378 00:24:42,941 --> 00:24:48,780 Tiba masanya ibu kepada pengantin lelaki berucap. 379 00:24:49,990 --> 00:24:51,283 Berikan beg tangan itu. 380 00:24:58,707 --> 00:24:59,917 Jangan sentuh. 381 00:25:01,877 --> 00:25:03,212 Detik kebenaran. 382 00:25:03,712 --> 00:25:06,590 Jika anak kesayangan saya memanipulasi demi wang saya, 383 00:25:06,590 --> 00:25:09,092 saya pasti tahu. 384 00:25:12,846 --> 00:25:15,265 Tiada bintang. Dia menukar ucapan. 385 00:25:15,265 --> 00:25:18,727 Saya perangkap dia. Tapi tidak, dia perangkap saya. 386 00:25:19,394 --> 00:25:22,940 Dia benar-benar mahukan tontonan umum. 387 00:25:23,440 --> 00:25:27,778 Ini bukan ucapan saya! Teks ucapan saya ada bintang. 388 00:25:28,737 --> 00:25:30,531 Edgar telah menukar teks ucapan saya. 389 00:25:30,531 --> 00:25:32,950 Semua itu rancangan Edgar, pil itu, 390 00:25:32,950 --> 00:25:38,372 muzik, baju besi, trampolin itu. 391 00:25:38,372 --> 00:25:40,499 Semua orang yang ada. 392 00:25:40,499 --> 00:25:42,751 Malangnya, mak sakit mental. 393 00:25:43,752 --> 00:25:45,087 Bawa dia pergi. 394 00:25:45,087 --> 00:25:47,047 KONSERVATOR ISABEL MINNOWS - GILA 395 00:25:47,047 --> 00:25:48,590 Ia bukan teks ucapan saya. 396 00:25:50,092 --> 00:25:53,804 Jika saya kata ucapan saya ditukar, saya akan nampak gila. 397 00:25:53,804 --> 00:25:57,099 Jika saya baca apa yang dia tulis, ia nasib yang sama. 398 00:25:57,099 --> 00:26:02,688 Jadi saya pilih pilihan yang kurang teruk. Jalan keluar adalah melaluinya. 399 00:26:03,188 --> 00:26:06,149 "Kamu mempunyai banyak hubungan dalam hidup ini. 400 00:26:06,733 --> 00:26:09,361 Hanya satu atau dua orang akan bertahan. 401 00:26:10,487 --> 00:26:12,698 Kamu melalui semua kesakitan dan perselisihan, 402 00:26:12,698 --> 00:26:16,785 kemudian kamu berpaling ke belakang dan ia hilang begitu cepat. 403 00:26:17,995 --> 00:26:21,415 Ya, sangat cepat. 404 00:26:22,791 --> 00:26:25,085 Bertahanlah dengan orang yang ambil berat. 405 00:26:25,627 --> 00:26:27,754 Akhirnya hanya dia seorang yang bertahan. 406 00:26:28,380 --> 00:26:32,134 Apabila mula tua dan rambut mula gugur, 407 00:26:33,468 --> 00:26:39,308 bolehkah awak beritahu saya siapa yang masih ambil berat?" 408 00:26:43,812 --> 00:26:45,522 Mmm bop. 409 00:26:46,857 --> 00:26:50,319 Biddy bop, doo-wop, doo-wop. 410 00:26:54,198 --> 00:26:57,951 Oh, wah-ha-ha. Biddy bop, doo-wop, doo-wop. 411 00:26:59,203 --> 00:27:04,041 Oh, ya. Oh, uh-huh. 412 00:27:04,541 --> 00:27:06,919 Oh... Mmm bop. 413 00:27:07,836 --> 00:27:09,838 Biddy bop, doo-wop, d-doo-wop. 414 00:27:12,549 --> 00:27:13,467 Ya. 415 00:27:16,512 --> 00:27:17,513 Aduhai! 416 00:27:17,513 --> 00:27:19,264 Itu bukan sekadar membebel? 417 00:27:19,264 --> 00:27:22,643 - Adakah itu lirik "MMMBop"? - Ya. 418 00:27:22,643 --> 00:27:25,145 - Saya suka Hanson. - Yakah? 419 00:27:25,145 --> 00:27:27,481 Alexander sukakan mereka. 420 00:27:29,316 --> 00:27:32,903 Mmm bop, bada du bop... 421 00:27:33,487 --> 00:27:35,489 ...bop dada du bop... 422 00:27:45,916 --> 00:27:47,042 Apa pun. 423 00:27:47,042 --> 00:27:49,002 Saya akan dapatkan perjanjian itu untuk awak dengan segera. 424 00:27:49,002 --> 00:27:51,046 - Banyak lagi. - Ya, banyak lagi. 425 00:27:51,797 --> 00:27:53,632 Saya akan hancurkan data itu segera. 426 00:27:53,632 --> 00:27:56,134 Saya perlu pergi, mak. Jumpa lagi. 427 00:27:56,760 --> 00:27:58,720 Travis, apa yang awak mahu? 428 00:27:58,720 --> 00:28:00,347 Okey, pertama sekali, 429 00:28:01,390 --> 00:28:04,810 saya fikir Edgar cuba membuat helah untuk melarikan diri. 430 00:28:04,810 --> 00:28:06,728 Memalsukan kematian, awak mencuri wang itu. 431 00:28:06,728 --> 00:28:09,398 Tapi sekarang saya yakin. 432 00:28:09,398 --> 00:28:12,025 Oh, ya? Jelaskan. 433 00:28:12,609 --> 00:28:14,027 Ini keputusannya, Paul Newman. 434 00:28:14,027 --> 00:28:15,988 Berapa lamakah perbualan ini? 435 00:28:15,988 --> 00:28:18,866 Edgar seolah-olah melambungkan nilai 436 00:28:18,866 --> 00:28:24,663 "Busyphilis" dengan melabur asetnya sendiri melalui syarikat tersedia. 437 00:28:24,663 --> 00:28:28,375 Awak pula di sini berebut untuk menjual semuanya 438 00:28:28,375 --> 00:28:31,712 sebab awak tahu berita kematian Edgar akan tersebar. 439 00:28:31,712 --> 00:28:35,174 Kemudian saham syarikat akan bernilai kurang daripada MoviePass. 440 00:28:35,924 --> 00:28:38,677 Wah, saya perlu katakan, 441 00:28:39,261 --> 00:28:41,221 selain daripada sebutan Bucephalus awak, 442 00:28:41,221 --> 00:28:43,390 semua itu sememangnya betul. 443 00:28:43,390 --> 00:28:46,977 Mengagumkan. Namun, itu tak penting. 444 00:28:46,977 --> 00:28:49,813 Sudah tentu ia penting bagi orang yang mempercayai awak. 445 00:28:49,813 --> 00:28:53,233 Ia penting bagi orang yang mempercayai Bucep itu. 446 00:28:53,233 --> 00:28:54,401 Bucephalus. 447 00:28:54,401 --> 00:28:56,945 Orang kaya seperti awak fikir akan terlepas dari apa saja, bukan? 448 00:28:56,945 --> 00:28:58,447 Sebab kami boleh. 449 00:28:59,740 --> 00:29:03,785 Travis. Satu nasihat untuk awak. 450 00:29:05,287 --> 00:29:07,497 Pemilik kasino akan sentiasa menang. 451 00:29:07,497 --> 00:29:09,166 Awak tak perlu buat begitu. 452 00:29:09,166 --> 00:29:13,504 Jadi jangan cuba mengalahkan pemilik kasino. 453 00:29:13,504 --> 00:29:15,255 Jadilah pemilik kasino. 454 00:29:24,806 --> 00:29:26,016 Hebatnya. 455 00:29:26,016 --> 00:29:29,770 Jadi itulah saya. Saya telah keluar dari perangkapnya. 456 00:29:30,562 --> 00:29:31,939 Tapi saya tahu dia takkan putus asa. 457 00:29:33,524 --> 00:29:35,651 Dia masih mahukan wang saya. 458 00:29:35,651 --> 00:29:38,612 Dia perlu singkirkan saya untuk mendapatkannya. 459 00:29:39,238 --> 00:29:42,407 Edgar selalu ada dua helah untuk menang. 460 00:30:00,759 --> 00:30:03,136 Mak sedia hadapi kamu, Edgar. 461 00:30:03,136 --> 00:30:07,057 Oh, mak paranoid. Mak khayal. 462 00:30:07,641 --> 00:30:10,352 Berhenti bersikap keras kepala dan makan kek. 463 00:30:10,352 --> 00:30:11,645 Apa yang kamu lakukan kepadanya? 464 00:30:13,438 --> 00:30:16,358 Penghantaran istimewa. En. Feng mahu awak mencuba ini. 465 00:30:17,025 --> 00:30:18,026 Tidak, terima kasih. 466 00:30:19,278 --> 00:30:21,738 Ah. En. Feng kata saya tetap perlu beri. 467 00:30:21,738 --> 00:30:23,031 Dia kata tak boleh menolak. 468 00:30:23,532 --> 00:30:26,201 Pada mulanya, saya fikir tiada hidung, tapi saya guna petunjuk konteks 469 00:30:26,201 --> 00:30:28,495 - dan dia hanya mahu saya... - Ini petunjuk konteks. 470 00:30:28,495 --> 00:30:32,207 Bawa diri awak pergi dari sini. 471 00:30:32,833 --> 00:30:33,750 Pergi. 472 00:30:38,797 --> 00:30:39,756 Oh, kek. 473 00:31:02,821 --> 00:31:05,908 Mmm. Bop. 474 00:31:08,118 --> 00:31:09,953 Kemudian Edgar mati pada malam itu. 475 00:31:10,579 --> 00:31:13,248 Jadi saya tahu siapa yang bunuh dia... 476 00:31:14,875 --> 00:31:16,210 sebab pembunuh itu ialah saya. 477 00:31:16,793 --> 00:31:19,421 Hanya sebab dia cuba membunuh maknya sendiri. 478 00:31:20,005 --> 00:31:21,965 Kek itu hanya mencapai sasaran yang salah. 479 00:31:22,549 --> 00:31:24,593 Jadi, awak tahu semua itu, 480 00:31:24,593 --> 00:31:28,472 dan awak masih menuduh Grace? Kenapa? 481 00:31:29,056 --> 00:31:32,684 Aduhai, bertenang! Saya takut. Awak tak pernah takut? 482 00:31:32,684 --> 00:31:36,271 Saya tidak pasti sama ada saya... ...hanya membayangkan semuanya. 483 00:31:36,271 --> 00:31:38,357 Dia buat saya jadi sangat keliru. 484 00:31:39,024 --> 00:31:41,193 Jika saya kata kepada awak saya mengesyaki 485 00:31:41,193 --> 00:31:44,112 Edgar menukar ubat saya, 486 00:31:44,112 --> 00:31:47,157 sengaja membuat saya gila, memanipulasi saya, 487 00:31:47,157 --> 00:31:49,368 awak akan fikir wanita tua yang gila 488 00:31:49,368 --> 00:31:54,289 yang awak semua cakapkan adalah benar-benar gila. 489 00:31:55,582 --> 00:32:01,255 Jadi, saya memilih suspek paling logik, iaitu awak. 490 00:32:02,673 --> 00:32:04,466 Tapi selepas pagi ini... 491 00:32:05,133 --> 00:32:06,969 - Semuanya berjalan lancar. - Mm-hmm. 492 00:32:06,969 --> 00:32:09,555 Belum ada halangan. Kita akan dapat selesaikannya. 493 00:32:09,555 --> 00:32:11,473 Ia mesti berlaku sekarang. 494 00:32:11,473 --> 00:32:12,558 - Ya. - Sekarang. 495 00:32:16,353 --> 00:32:17,354 Ini Sebastian. 496 00:32:20,315 --> 00:32:21,650 Kenapa pintu itu terbuka? 497 00:32:22,484 --> 00:32:25,028 Helo? 498 00:32:26,947 --> 00:32:28,448 Ada orang di dalam? 499 00:32:38,417 --> 00:32:39,501 Anak mak. 500 00:32:56,393 --> 00:32:57,769 Dapat pun! 501 00:33:08,280 --> 00:33:09,781 PERKHIDMATAN POS ISABEL MINNOWS 502 00:33:15,078 --> 00:33:17,414 PERKAHWINAN EDGAR DAN GRACE 503 00:33:22,127 --> 00:33:25,672 Nampak tak, saya tahu yang saya tempah napkin yang betul. 504 00:33:26,465 --> 00:33:28,717 - Tak guna. - Edgar pasti menukarnya. 505 00:33:28,717 --> 00:33:31,386 Anak lelaki tunggal saya memang kejam sejak awal. 506 00:33:31,386 --> 00:33:35,933 Oh, Tuhan. Saya tidak percaya saya hampir berkahwin dengan lelaki ini. 507 00:33:35,933 --> 00:33:38,560 - Awak sudah pun berkahwin dengan dia. - Oh, ya. 508 00:33:39,770 --> 00:33:41,313 Apa yang saya terlepas? 509 00:33:41,313 --> 00:33:43,023 Isabel bunuh Edgar. 510 00:33:43,649 --> 00:33:44,816 Yakah? 511 00:33:46,443 --> 00:33:48,445 Okey. Jadi, itu saja? 512 00:33:48,445 --> 00:33:51,406 - Kita sudah menyelesaikannya? - Ya. Kes ditutup. 513 00:33:51,406 --> 00:33:55,077 Isabel bunuh anaknya sendiri, yang juga membunuh dirinya sendiri. 514 00:33:55,827 --> 00:33:57,120 Tunggu sebentar. 515 00:33:58,330 --> 00:33:59,665 Kita sudah dapat pengakuan. 516 00:33:59,665 --> 00:34:01,250 Saya tahu, cuma... 517 00:34:02,501 --> 00:34:05,629 Kek yang ditukar itu, ini di majlis resepsi? 518 00:34:05,629 --> 00:34:06,797 Selepas perkahwinan? 519 00:34:06,797 --> 00:34:11,510 Ya, berapa kali saya perlu jelaskan bagaimana saya membunuh anak saya? 520 00:34:11,510 --> 00:34:12,678 Awak tidak membunuhnya. 521 00:34:12,678 --> 00:34:14,388 - Tidak. - Tidak! 522 00:34:14,972 --> 00:34:19,016 Edgar berhalusinasi sebelum dia mati. Ia merupakan gejala sangkakala syaitan. 523 00:34:19,016 --> 00:34:21,395 - Betul. - Terima kasih kepada Travis... 524 00:34:22,603 --> 00:34:23,730 Um, apa yang saya buat? 525 00:34:23,730 --> 00:34:26,440 Kami pasti bahawa halusinasi bermula 526 00:34:26,440 --> 00:34:29,069 lebih kurang 15 minit selepas awak minum racun itu. 527 00:34:29,069 --> 00:34:33,657 Tidak terlalu banyak kesan sampingan, selain daripada ketakutan beberapa hari. 528 00:34:33,657 --> 00:34:35,742 Tapi masih berbaki 90 minit lagi untuk menari 529 00:34:35,742 --> 00:34:38,328 selepas Edgar makan kek itu sebelum pesta bermula. 530 00:34:38,328 --> 00:34:39,746 Garis masa tidak sepadan. 531 00:34:39,746 --> 00:34:42,498 Okey, tapi kek itu mungkin diracuni dengan bahan lain? 532 00:34:42,498 --> 00:34:44,835 - Roxana tidak makan kek. - Itu betul. 533 00:34:44,835 --> 00:34:47,629 Edgar cakap dengan jelas Roxana tidak suka kek. 534 00:34:47,629 --> 00:34:49,172 - Ia tidak suka. - Okey. 535 00:34:49,172 --> 00:34:53,010 Jika Isabel tidak membunuh Edgar, jadi siapa yang membunuh dia? 536 00:34:53,010 --> 00:34:55,679 Izzy? Awak di dalam? 537 00:34:57,181 --> 00:34:58,599 Oh, itu Howie? Oh. 538 00:35:00,142 --> 00:35:01,602 Helo, si cantik. 539 00:35:03,478 --> 00:35:05,772 Pihak polis? Kenapa mereka sampai dengan pantas? 540 00:35:05,772 --> 00:35:08,066 Urusan perniagaan saya selesai dan saya hubungi mereka. 541 00:35:09,026 --> 00:35:12,029 Baiklah, semua. Saya diberitahu ada pembunuhan di sini. 542 00:35:12,029 --> 00:35:14,698 Ya. Pengantin perempuan yang membunuh. 543 00:35:17,284 --> 00:35:20,954 Oh, tolonglah! 544 00:35:47,314 --> 00:35:49,316 Terjemahan sari kata oleh Ezzati Karim