1 00:00:07,709 --> 00:00:10,584 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:30,293 --> 00:00:35,626 THE LYING LIFE OF ADULTS 3 00:03:23,793 --> 00:03:25,293 Sebelum ayah keluar, 4 00:03:25,793 --> 00:03:27,834 dia beritahu mak yang aku hodoh. 5 00:03:27,918 --> 00:03:28,751 BAB 1 KECANTIKAN 6 00:03:28,834 --> 00:03:31,376 Dia tak cakap terus. Dia guna perbandingan. 7 00:03:32,001 --> 00:03:35,626 Dia cakap perlahan-lahan, tapi aku dengar. 8 00:03:53,626 --> 00:03:56,751 Jadi? Awak nak dengar apa dulu? 9 00:03:58,793 --> 00:03:59,793 Bahasa Itali? 10 00:04:00,584 --> 00:04:02,209 Bahasa Itali? Dia dapat D. 11 00:04:06,959 --> 00:04:09,209 Pendidikan Jasmani? Baju suka pun dia tak bawa. 12 00:04:09,709 --> 00:04:10,709 Aduhai. 13 00:04:11,543 --> 00:04:13,334 - Bahasa Greek? - E tambah. 14 00:04:13,418 --> 00:04:14,668 Dia juga berlagak. 15 00:04:15,709 --> 00:04:17,126 Aduhai. Geografi? 16 00:04:17,626 --> 00:04:22,126 Katanya geografi dah tak penting. Keputusannya teruk dan dia berlagak. 17 00:04:22,918 --> 00:04:26,584 Namun, yang paling teruk ialah matematik. F tolak. 18 00:04:26,668 --> 00:04:28,168 Teruknya. 19 00:04:28,251 --> 00:04:31,459 F tolak. Gred paling teruk. 20 00:04:32,168 --> 00:04:33,543 Andrea, dia bermasalah. 21 00:04:33,626 --> 00:04:36,584 Dia tak nak belajar. Dia akan gagal kalau begini. 22 00:04:36,668 --> 00:04:37,876 Saya faham. 23 00:04:37,959 --> 00:04:40,876 Dia perlu mula bekerja keras. Saya akan pastikan. 24 00:04:40,959 --> 00:04:42,626 Bukan itu masalahnya. 25 00:04:43,876 --> 00:04:46,751 - Habis, sebab dia remaja? Masalahnya… - Bukan. 26 00:04:46,834 --> 00:04:48,209 Saya dah tahu sebabnya. 27 00:04:52,293 --> 00:04:54,584 Rupanya dah macam adik saya. 28 00:04:54,668 --> 00:04:55,584 Macam Vittoria? 29 00:04:56,251 --> 00:04:59,001 Ya, dia mirip adik saya. 30 00:04:59,501 --> 00:05:01,709 Apa maksud awak? Adik awak teruklah. 31 00:05:04,584 --> 00:05:06,251 Dia miripnya. 32 00:05:07,251 --> 00:05:09,584 Aduhai. Harap-harap tidaklah. 33 00:05:12,001 --> 00:05:16,459 Satu kritikan daripada ayah dah cukup untuk buat aku menangis. 34 00:05:18,334 --> 00:05:20,418 Dulu, dia selalu cakap aku cantik. 35 00:05:20,918 --> 00:05:23,626 Apa yang dia nampak pada aku sekarang agaknya? 36 00:05:25,376 --> 00:05:27,168 Apa sedang berlaku kepada aku? 37 00:05:35,084 --> 00:05:37,084 Semuanya terhenti sejak itu. 38 00:05:47,001 --> 00:05:47,834 Naples. 39 00:05:49,293 --> 00:05:50,543 Bayu sejuk Februari. 40 00:05:55,793 --> 00:05:56,626 Mak aku… 41 00:06:01,251 --> 00:06:02,793 serta kata-kata itu. 42 00:06:03,501 --> 00:06:07,084 Waktu kita kecil, semuanya nampak besar. 43 00:06:07,168 --> 00:06:10,751 Apabila kita dah besar, semuanya nampak kecil. 44 00:06:17,293 --> 00:06:18,418 Namun, tidak bagi aku. 45 00:06:18,918 --> 00:06:21,543 Aku sedar aku berada dalam kisah orang lain. 46 00:06:24,459 --> 00:06:26,251 Kisah yang tak bermula. 47 00:06:26,334 --> 00:06:28,793 Kisah yang tiada sesiapa nak tamatkan. 48 00:06:38,501 --> 00:06:42,751 Aku terperangkap dalam kepedihan yang membelit. Tanpa jalan keluar. 49 00:06:50,793 --> 00:06:52,918 - Apa khabar? - Khabar baik. 50 00:06:53,001 --> 00:06:55,251 - Cantiknya kamu semua! - Terima kasih. 51 00:06:55,334 --> 00:06:57,959 - Selamat petang, Profesor. - Yalah. 52 00:06:58,043 --> 00:06:59,959 - Dah lama kita tak jumpa, Mariano. - Mari. 53 00:07:00,043 --> 00:07:03,001 - Kenapa anak kau masam saja? - Saya tak masamlah. 54 00:07:03,084 --> 00:07:05,876 Itu bukan penghinaan. Muka kamu memang masam. 55 00:07:05,959 --> 00:07:09,459 - Takkan tak faham? - Mariano, awak baru saja sampai. 56 00:07:09,543 --> 00:07:12,584 - Maksud dia, kau nampak marah. - Mari kita ke tempat lain. 57 00:07:13,543 --> 00:07:15,501 - Mereka nak merokok. - Taklah. 58 00:07:15,584 --> 00:07:19,084 - Mereka nak merokok. - Tak. Jangan merokok! 59 00:07:20,543 --> 00:07:24,001 Budak daripada jabatan kewangan itu cuba menghubungi aku. 60 00:07:24,084 --> 00:07:26,626 - Nak tahu sebabnya? - Cakaplah. 61 00:07:26,709 --> 00:07:29,918 - Untuk sarankan pegawai Bank Naples itu. - Aduhai. 62 00:07:30,001 --> 00:07:31,793 Lain orang, lain cita rasanya. 63 00:07:32,293 --> 00:07:34,126 Tiada sesiapa tahu. 64 00:07:34,834 --> 00:07:37,918 Aku nampak beberapa lelaki menari Breakdance di sana pagi tadi. 65 00:07:38,001 --> 00:07:39,626 - Yakah? - Ya. 66 00:07:39,709 --> 00:07:41,168 Bagaimana rupa mereka? 67 00:07:42,001 --> 00:07:44,918 Aku suka cara mereka menari. Aku tak minat lelaki. 68 00:07:51,209 --> 00:07:52,126 Baru belikah? 69 00:07:53,334 --> 00:07:54,626 - Kasut aku? - Ya. 70 00:07:56,418 --> 00:07:58,543 Tak. Kenapa? 71 00:07:59,168 --> 00:08:00,501 Aku tak pernah tengok. 72 00:08:02,209 --> 00:08:05,418 - Ada benda yang tak kena dengan akukah? - Tak. Kenapa? 73 00:08:06,251 --> 00:08:10,334 Jika kau baru perasan kasut lama aku, mesti ada yang tak kena. 74 00:08:10,418 --> 00:08:12,043 Kau fikir yang bukan-bukan. 75 00:08:13,334 --> 00:08:17,501 Jangan peduli cakap ayah aku. Apabila dia bercakap, buat tak tahu saja. 76 00:08:17,584 --> 00:08:19,209 Itu yang kami selalu buat. 77 00:08:20,751 --> 00:08:22,126 Tengok aku betul-betul. 78 00:08:24,209 --> 00:08:26,751 Adakah aku pelik? Adakah aku semakin hodoh? 79 00:08:28,168 --> 00:08:29,334 Jawab dengan jujur. 80 00:08:32,168 --> 00:08:35,084 Mungkin sedikit, tapi bukan dari segi fizikal. 81 00:08:35,168 --> 00:08:36,584 Tak, kau nampak cantik. 82 00:08:37,751 --> 00:08:41,668 Mungkin kau rasa hodoh sebab kau risau sangat. 83 00:08:42,376 --> 00:08:43,334 Itu saja. 84 00:08:44,709 --> 00:08:46,084 Anak-anak! 85 00:08:46,168 --> 00:08:48,418 Angela dan Ida macam sepupu kandung aku. 86 00:08:48,918 --> 00:08:51,543 Kami dibesarkan dengan pemikiran haluan kiri. 87 00:08:52,043 --> 00:08:54,126 Banyak membaca dan berfikir kritis. 88 00:08:54,209 --> 00:08:57,418 Aku suka membaca. Ida penulis yang hebat. 89 00:08:57,501 --> 00:09:00,501 Angela pula si mulut murai lucu yang aku sayang. 90 00:09:00,584 --> 00:09:05,543 Oh, ya. Profesor Galway dan Dealer daripada Universiti Harvard 91 00:09:05,626 --> 00:09:09,626 menerbitkan kajian untuk menunjukkan secara saintifik, 92 00:09:09,709 --> 00:09:12,126 bahawa perdana menteri terkenal kita 93 00:09:12,209 --> 00:09:14,668 ialah seorang yang tak berguna. 94 00:09:14,751 --> 00:09:16,501 Eloklah begitu. 95 00:09:16,584 --> 00:09:17,501 Baiklah. 96 00:09:18,209 --> 00:09:20,959 Memandangkan doa dah dibaca, kita boleh makan. 97 00:09:21,543 --> 00:09:23,834 Kehidupan kami asyik berkisar tentang Vomero. 98 00:09:23,918 --> 00:09:25,751 Kami tak tahu apa-apa mengenainya. 99 00:09:26,251 --> 00:09:29,501 Apabila berlaku perkara luar biasa, kami pasti teruja. 100 00:09:33,959 --> 00:09:35,459 Ya Tuhan. Apa halnya itu? 101 00:09:36,043 --> 00:09:38,084 - Semuanya okey? - Ya. 102 00:09:45,376 --> 00:09:46,501 Sambung makan. 103 00:09:57,293 --> 00:10:01,043 Waktu kita kecil, semuanya nampak besar. 104 00:10:01,126 --> 00:10:05,626 Apabila kita dah besar, semuanya nampak kecil. 105 00:10:05,709 --> 00:10:08,293 Lain orang, lain cita rasanya. 106 00:10:46,043 --> 00:10:47,709 Hei, apa halnya? 107 00:10:47,793 --> 00:10:49,001 Saya sakit perut. 108 00:10:49,084 --> 00:10:51,501 - Kamu datang bulankah? - Mungkin juga. 109 00:10:51,584 --> 00:10:53,126 Ada ubat di dalam kabinet. 110 00:10:54,043 --> 00:10:55,459 Dah selesai bersembang? 111 00:11:33,959 --> 00:11:35,959 - Nak botol air panas? - Tak nak. 112 00:11:36,668 --> 00:11:38,334 Pergilah tidur balik. 113 00:13:30,501 --> 00:13:33,834 Muka Mak Cik Vittoria begitu menjijikkan ayah 114 00:13:33,918 --> 00:13:36,501 hinggakan ayah padam semua gambar mukanya. 115 00:13:47,876 --> 00:13:48,793 Apa kamu buat? 116 00:13:51,834 --> 00:13:54,709 Tebal sangat solekan kamu. Kurangkan sikit. 117 00:13:54,793 --> 00:13:56,584 Boleh mak ajar saya caranya? 118 00:13:56,668 --> 00:13:59,793 Setiap orang perlukan solekan yang berlainan. 119 00:14:00,751 --> 00:14:02,251 Setiap wajah berbeza. 120 00:14:06,751 --> 00:14:07,584 Baiklah. 121 00:14:16,751 --> 00:14:17,709 Biar mak tolong. 122 00:14:21,709 --> 00:14:22,834 Kita cuba ini. 123 00:14:25,168 --> 00:14:26,126 Tutup mata kamu. 124 00:14:27,084 --> 00:14:28,001 Nampak tak? 125 00:14:28,959 --> 00:14:30,876 Letak sikit-sikit saja. 126 00:14:34,293 --> 00:14:35,876 Ratakan dengan jari. 127 00:14:38,709 --> 00:14:40,793 Kamu cuba yang sebelah lagi. 128 00:14:42,584 --> 00:14:43,668 Jangan berlebihan. 129 00:14:44,209 --> 00:14:46,543 Setiap warna akan mengubah wajah kamu. 130 00:14:51,168 --> 00:14:54,084 Selepas itu, berhenti. Tengok muka kamu. 131 00:15:01,459 --> 00:15:02,793 Selepas itu, teruskan. 132 00:15:03,293 --> 00:15:06,418 Saya pergi dulu. Saya ada persidangan mengenai Luther. 133 00:15:06,959 --> 00:15:08,168 Pada hari Ahad? 134 00:15:09,418 --> 00:15:10,751 Cantiknya awak. 135 00:15:13,209 --> 00:15:15,959 Kamu pun cantik juga. Jumpa lagi. 136 00:15:18,626 --> 00:15:20,043 Ayah kamu entah apa-apa. 137 00:15:25,334 --> 00:15:27,126 Kenapa kamu tengok gambar ini? 138 00:15:27,209 --> 00:15:28,501 Ayah tipu. 139 00:15:30,626 --> 00:15:31,959 Bagi dia, saya hodoh. 140 00:15:32,959 --> 00:15:35,709 Saya semakin mirip adik ayah yang hodoh. 141 00:15:37,459 --> 00:15:38,876 Kamu tengok gambar dia? 142 00:15:40,251 --> 00:15:41,751 Saya nak tengok rupa dia. 143 00:15:43,501 --> 00:15:44,793 Ini bukan tentang rupanya. 144 00:15:45,668 --> 00:15:49,459 Waktu dia ada, mak rasa macam ada cicak pada kaki mak. 145 00:15:52,459 --> 00:15:54,418 Kamu langsung tak macam dia. 146 00:15:54,501 --> 00:15:57,126 Vittoria cuma satu jenaka bagi kami. 147 00:15:57,209 --> 00:16:01,668 Jika ayah kamu marah, mak akan kata, "Jaga-jaga. Awak dah macam Vittoria." 148 00:16:02,751 --> 00:16:03,959 Teruk sangatkah dia? 149 00:16:05,918 --> 00:16:06,959 Dia kuat cemburu. 150 00:16:07,043 --> 00:16:10,501 Selain itu, dia tak boleh terima kejayaan ayah kamu. 151 00:16:12,043 --> 00:16:13,084 Maksud mak? 152 00:16:13,168 --> 00:16:17,876 Dia anggap semua orang dan semua benda nak cari masalah dengannya. 153 00:16:18,501 --> 00:16:20,251 Namun, dia paling sakit hati 154 00:16:20,334 --> 00:16:23,293 dengan ayah kamu yang pernah selamatkan dia. 155 00:16:23,376 --> 00:16:24,209 Daripada apa? 156 00:16:24,709 --> 00:16:26,751 Lupakanlah. Lain kali mak cerita. 157 00:16:28,751 --> 00:16:33,418 Mungkin dia tak nak diselamatkan. Mungkin ayah tak patut masuk campur. 158 00:16:34,168 --> 00:16:36,834 Kita tak boleh biarkan orang yang ada masalah. 159 00:16:37,584 --> 00:16:40,209 Namun, dia layan ayah kamu dengan teruk pula. 160 00:16:40,793 --> 00:16:42,334 Tak bolehkah mereka berbaik? 161 00:16:42,418 --> 00:16:47,459 Ayah kamu perlu jadi orang biasa-biasa. Macam orang lain yang dikenalinya. 162 00:16:48,834 --> 00:16:52,334 Itu takkan berlaku. Jadi, dia buat satu keluarga benci ayah kamu. 163 00:16:53,584 --> 00:16:58,334 Dah bertahun-tahun kamu tak jumpa dia. Waktu kamu kecil, kita ada ziarah dia. 164 00:16:59,168 --> 00:17:00,084 Kamu tak ingat? 165 00:17:01,918 --> 00:17:04,709 - Saya tak ingat. - Itu cerita lama. 166 00:17:07,418 --> 00:17:09,959 - Dia kerja apa? - Dia orang gaji. 167 00:17:10,043 --> 00:17:11,959 Itu pun dia salahkan ayah kamu. 168 00:17:16,501 --> 00:17:18,876 - Kenapa? - Saya nak tengok rupanya. 169 00:17:19,876 --> 00:17:21,209 Saya perlu tengok dia. 170 00:17:26,084 --> 00:17:26,959 Baiklah. 171 00:18:01,959 --> 00:18:04,418 - Kamu pernah dengar Via Miraglia? - Tak. 172 00:18:05,418 --> 00:18:06,334 Via Stradera? 173 00:18:07,334 --> 00:18:08,168 Tak. 174 00:18:14,501 --> 00:18:17,251 Poggioreale, Piazza Nazionale. Dia di sini. 175 00:18:18,668 --> 00:18:20,418 Arenaccia, kawasan perindustrian itu? 176 00:18:21,459 --> 00:18:23,376 - Kamu tak tahu Il Pianto? - Tak. 177 00:18:23,459 --> 00:18:25,501 - Kamu tak tahu Il Pianto? - Tak. 178 00:18:25,584 --> 00:18:26,793 Jadi, ulang kajilah. 179 00:18:29,459 --> 00:18:30,959 Ini peta bandar kamu. 180 00:18:31,043 --> 00:18:34,876 Beritahu ayah kamu dulu sebelum kamu pergi jumpa mak cik kamu. 181 00:18:37,293 --> 00:18:38,293 Ambil ini. 182 00:18:47,709 --> 00:18:48,876 MAKAM BERSEJARAH 183 00:18:48,959 --> 00:18:52,793 TANAH PERKUBURAN BARU TANAH PERKUBURAN BELAS KASIHAN 184 00:19:12,459 --> 00:19:16,834 Aku masih terfikirkan nama jalan yang disebut oleh mak aku. 185 00:19:18,043 --> 00:19:19,501 Terutamanya, Il Pianto. 186 00:19:20,209 --> 00:19:22,501 Ia mesti tempat yang menyedihkan. 187 00:19:22,584 --> 00:19:26,293 Tempat kita rasa derita atau buat kita menderita. 188 00:19:27,501 --> 00:19:29,209 Mak cik aku tinggal di situ. 189 00:19:55,043 --> 00:19:59,043 VITTORIA, VIVIANA DAN ARMANDO, VANNI 190 00:20:02,543 --> 00:20:07,793 KELUARGA CASERTA TRADA VITTORIA 191 00:20:29,668 --> 00:20:30,501 Helo? 192 00:20:40,168 --> 00:20:42,001 - Hai, Nello. - Hai, ayah. 193 00:20:43,001 --> 00:20:43,834 Hei. 194 00:20:48,043 --> 00:20:48,876 Kamu buat apa? 195 00:20:49,543 --> 00:20:50,459 Tiada apa-apa. 196 00:20:51,793 --> 00:20:53,709 - Mak kamu? - Mak di dalam bilik. 197 00:20:56,418 --> 00:20:58,876 - Kerja sekolah dah siap? - Tengah semak. 198 00:21:05,834 --> 00:21:08,334 - Ada apa-apa kamu tak faham? - Tak. 199 00:21:09,376 --> 00:21:11,459 - Nak ayah terangkan apa-apa? - Tak. 200 00:21:11,959 --> 00:21:13,751 Jangan letak ini merata-rata. 201 00:22:04,918 --> 00:22:07,084 Kamu tak sama macam mak cik kamu. 202 00:22:07,168 --> 00:22:08,168 Ayah kata sama. 203 00:22:09,001 --> 00:22:14,334 Ingat, dia suka sakitkan hati ayah. Dia akan gunakan kamu untuk kenakan ayah. 204 00:22:15,334 --> 00:22:19,293 Dia akan buat kamu tak sayang ayah, dan ayah tak boleh terima itu. 205 00:22:24,126 --> 00:22:24,959 Mari sini. 206 00:22:27,168 --> 00:22:28,543 Apabila kamu jumpa dia, 207 00:22:29,376 --> 00:22:31,876 kamu perlu buat seperti Ulysses. 208 00:22:32,501 --> 00:22:34,793 Sumbat telinga kamu dan jangan dengar. 209 00:22:35,334 --> 00:22:38,251 - Jadi, ayah nak bawa saya ke sana? - Ya. 210 00:22:49,709 --> 00:22:52,418 - Apa halnya? - Tiada apa-apa. Bau ayah pelik. 211 00:22:55,751 --> 00:22:57,418 - Kamu faham tadi? - Ya. 212 00:22:57,501 --> 00:22:59,501 Baiklah. Bagus. 213 00:23:07,084 --> 00:23:08,668 Aku tak faham langsung. 214 00:23:32,751 --> 00:23:35,876 Cik berdua nak ke mana? Mereka dah menghuni sekolah. 215 00:23:35,959 --> 00:23:39,084 - Yakah? Siapa? - Peppe Si Naga Besar dan kawan-kawan. 216 00:23:39,168 --> 00:23:41,876 - Peppe Si Naga Besar? Sudahlah. - Mari pergi. 217 00:23:41,959 --> 00:23:44,418 Aku nak ke Officina. Ada konsert. 218 00:23:45,043 --> 00:23:46,334 Nak ikut aku? 219 00:23:48,209 --> 00:23:49,043 Naiklah. 220 00:25:10,168 --> 00:25:11,001 Ikut aku. 221 00:25:14,876 --> 00:25:17,293 Beri aku hasyis hitam 10,000 lira. 222 00:25:35,501 --> 00:25:39,209 Saint Anthony ialah musuh iblis 223 00:25:39,293 --> 00:25:42,918 Saint Anthony ialah musuh iblis 224 00:25:43,001 --> 00:25:46,751 Saint Anthony ialah musuh iblis 225 00:25:46,834 --> 00:25:50,376 Saint Anthony ialah musuh iblis 226 00:25:50,459 --> 00:25:54,126 Saint Anthony ialah musuh iblis 227 00:25:54,209 --> 00:25:57,626 Saint Anthony ialah musuh iblis 228 00:25:57,709 --> 00:25:59,876 Orang fasis dan polis ialah iblis 229 00:25:59,959 --> 00:26:05,251 Saint Anthony, datanglah ke sini Bawa mereka pergi 230 00:26:05,334 --> 00:26:08,376 Kau perlu Kau perlu bakar semuanya 231 00:26:08,459 --> 00:26:12,501 Kau perlu Kau perlu bakar semuanya 232 00:26:12,584 --> 00:26:17,876 Kau perlu bakar semuanya 233 00:26:17,959 --> 00:26:22,918 Kau perlu Kau perlu bakar semuanya… 234 00:26:23,001 --> 00:26:23,918 Nah, hisap ini. 235 00:26:31,209 --> 00:26:34,959 Di bandar yang penuh masalah ini 236 00:26:35,043 --> 00:26:37,501 Di Itali, yang orangnya semua bodoh 237 00:26:37,584 --> 00:26:39,043 Giovà, habislah kita. 238 00:26:39,126 --> 00:26:41,543 Kita tak hisap ganja atau buat seks oral. 239 00:26:41,626 --> 00:26:43,126 Main gitar pun tak tahu. 240 00:26:43,209 --> 00:26:44,751 Main gitar yang penting. 241 00:26:45,959 --> 00:26:49,418 Kau perlu Kau perlu bakar semuanya 242 00:26:49,501 --> 00:26:53,834 Masa depan akan tiba Para fasis dan usahawan 243 00:26:53,918 --> 00:26:57,168 Semakin hampir mereka Semakin nampak seperti penindas 244 00:26:57,251 --> 00:27:00,793 Orang menjual diri mereka Demi sesuap nasi 245 00:27:00,876 --> 00:27:04,834 Kau perlu nyalakan api Yang buat para pembesar goyah 246 00:27:08,418 --> 00:27:12,043 Kau perlu Kau perlu bakar semuanya 247 00:27:12,126 --> 00:27:15,834 Kau perlu Kau perlu bakar semuanya 248 00:27:15,918 --> 00:27:21,376 Kau perlu bakar semuanya 249 00:27:21,459 --> 00:27:24,001 Kesedihan, darah dan air mata… 250 00:27:26,334 --> 00:27:27,709 Siapa si berlagak ini? 251 00:27:28,918 --> 00:27:32,459 Kau tahu tak pakaian kau sama dengan gaji tahunan pekerja? 252 00:27:32,543 --> 00:27:36,001 Kau rasa golongan pekerja kena pakai kain burukkah? 253 00:27:36,084 --> 00:27:40,293 - Kau buat apa di sini, fasis? - Siapa fasis? Aku dah baca manifestonya. 254 00:27:40,376 --> 00:27:42,584 Kau itu tahu suntik dadah saja. 255 00:27:42,668 --> 00:27:45,084 Siapa benarkan kau masuk, fasis tak guna? 256 00:27:46,793 --> 00:27:49,459 - Hei! - Apa kau nak? 257 00:27:51,709 --> 00:27:53,001 Apa kau buat? 258 00:27:54,793 --> 00:28:00,251 Kau perlu bakar semuanya 259 00:28:21,209 --> 00:28:23,918 Tekap pada mata kau. Kalau tak, bengkak nanti. 260 00:28:25,293 --> 00:28:26,126 Terima kasih. 261 00:28:30,668 --> 00:28:31,501 Sakitkah? 262 00:28:32,626 --> 00:28:33,459 Kau pula? 263 00:28:42,084 --> 00:28:43,418 Aku perlu ke sana. 264 00:28:44,334 --> 00:28:46,459 - Untuk apa? - Untuk jumpa seseorang. 265 00:28:47,376 --> 00:28:50,001 - Nanti aku cerita. - Jangan lupa, ya. 266 00:28:55,334 --> 00:28:56,418 Minum perlahan-lahan. 267 00:29:03,626 --> 00:29:06,251 - Selamat petang, profesor. - Selamat petang. 268 00:29:15,668 --> 00:29:16,501 Sekejap. 269 00:29:47,168 --> 00:29:48,584 - Sakit lagikah? - Ya. 270 00:29:51,209 --> 00:29:52,418 Okey, beginilah. 271 00:29:53,418 --> 00:29:56,084 Beri ayah mata kamu. Biar ayah pergi baiki 272 00:29:56,168 --> 00:29:57,834 dan jadikannya seperti baru. 273 00:29:59,001 --> 00:29:59,834 Yalah. 274 00:30:03,543 --> 00:30:05,876 Maaf, ayah nak tanya sesuatu. 275 00:30:05,959 --> 00:30:08,126 Dari pagi tadi ayah terfikirkannya. 276 00:30:09,501 --> 00:30:11,834 Siapa gadis paling cantik di Naples? 277 00:30:11,918 --> 00:30:14,293 - Saya tak tahu. - Jawablah. 278 00:30:14,376 --> 00:30:16,168 Cuba ingat. Siapa, ya? 279 00:30:18,043 --> 00:30:18,918 Saya? 280 00:30:19,001 --> 00:30:21,209 Bagus. Tepat sekali. 281 00:30:21,293 --> 00:30:22,251 Saya dah agak. 282 00:30:25,168 --> 00:30:28,001 Ingat lagi lagu yang kita nyanyikan waktu protes? 283 00:30:28,709 --> 00:30:33,459 Siapa kata aku perlu tinggalkan kau? Aku lebih rela… 284 00:30:33,543 --> 00:30:34,876 Masukkan ke gear dua. 285 00:30:34,959 --> 00:30:38,543 …mati daripada merasai derita ini… 286 00:30:38,626 --> 00:30:39,459 Gear tiga. 287 00:30:42,001 --> 00:30:43,543 - Sudah? - Sudah. 288 00:30:43,626 --> 00:30:45,459 Matilah aku 289 00:30:45,543 --> 00:30:46,834 Nyanyilah sekali. 290 00:30:47,334 --> 00:30:49,418 Selamat tinggal jantung hatiku 291 00:30:49,501 --> 00:30:53,501 - Kaulah cintaku - Cintaku 292 00:30:56,876 --> 00:31:01,793 Matilah aku Selamat tinggal jantung hatiku 293 00:31:10,209 --> 00:31:12,584 Matilah aku 294 00:31:12,668 --> 00:31:14,543 Selamat tinggal jantung hatiku 295 00:31:14,626 --> 00:31:17,668 Kaulah cintaku 296 00:31:17,751 --> 00:31:18,584 Bagus. 297 00:31:22,459 --> 00:31:23,293 Di sinikah? 298 00:31:24,709 --> 00:31:26,501 Sekejap. Ayah silaplah. 299 00:31:52,459 --> 00:31:55,876 Nampak keadaan di sini? Ayah lahir dan membesar di sini. 300 00:31:55,959 --> 00:31:57,501 Ini tempat tinggal ayah dulu. 301 00:32:12,126 --> 00:32:15,668 Di sini rumah Mak Cik Vittoria kamu. Itu pintu depannya. 302 00:32:17,668 --> 00:32:19,334 Pergilah. Ayah tunggu kamu. 303 00:32:22,001 --> 00:32:23,084 Nak biskut? 304 00:32:24,834 --> 00:32:25,834 Nah. 305 00:32:30,084 --> 00:32:31,084 Kenapa? 306 00:32:32,043 --> 00:32:33,251 Jangan ke mana-mana. 307 00:32:33,751 --> 00:32:35,959 Pergilah. Ayah takkan ke mana-mana. 308 00:32:40,043 --> 00:32:41,293 Bagaimana kalau lama? 309 00:32:43,876 --> 00:32:47,793 Apabila kamu dah penat, cakap, "Saya kena balik." 310 00:32:51,334 --> 00:32:52,709 Kalau dia tak bagi balik? 311 00:32:54,459 --> 00:32:57,709 Baik. Paling lama, sejam. Selepas itu, ayah akan selamatkan kamu. 312 00:32:59,334 --> 00:33:02,418 Tak perlu. Tunggu di sini. Nanti saya datang balik. 313 00:33:35,418 --> 00:33:37,959 Celaka betul! Aduh! 314 00:33:38,459 --> 00:33:39,959 Dia tak faham. 315 00:33:40,043 --> 00:33:42,418 Nak cantik, kena tahan sakit, betul tak? 316 00:33:42,501 --> 00:33:43,959 - Betullah. - Dengar tak? 317 00:33:44,918 --> 00:33:48,334 - Comelnya dia. - Ya, macam anak patung. 318 00:33:48,418 --> 00:33:50,334 Tumpang tanya. Trada di mana? 319 00:33:50,918 --> 00:33:53,126 Pintunya di sana. Tingkat satu. 320 00:33:53,209 --> 00:33:54,793 Pergilah. Dia tunggu kamu. 321 00:34:30,376 --> 00:34:33,293 Apa masalah kamu? Tak boleh sabarkah? 322 00:34:33,376 --> 00:34:34,543 Sekejaplah! 323 00:34:40,293 --> 00:34:41,543 Apa halnya? 324 00:34:41,626 --> 00:34:43,251 Kamu sakit? Nak terkencing? 325 00:34:44,084 --> 00:34:44,918 Tak. 326 00:34:45,668 --> 00:34:46,543 Habis? 327 00:34:47,084 --> 00:34:48,834 Kenapa kamu ketuk begitu? 328 00:34:50,584 --> 00:34:53,001 - Saya Giovanna, mak cik. - Aku tahulah. 329 00:34:53,584 --> 00:34:57,251 Jika kamu panggil aku "mak cik" lagi, elok kamu balik saja. 330 00:35:08,293 --> 00:35:10,251 Boleh tuan belanja saya kopi? 331 00:35:11,293 --> 00:35:13,293 Kau nak apa? Pergi dari sini. 332 00:35:13,376 --> 00:35:16,751 Baiklah, saya faham. Biadab betul. 333 00:35:16,834 --> 00:35:19,084 - Tak guna. - Berambuslah! 334 00:36:04,501 --> 00:36:05,751 Bagaimana tadi? 335 00:36:06,334 --> 00:36:07,209 Bolehlah. 336 00:36:19,043 --> 00:36:21,001 Itu saja? Ceritalah lagi. 337 00:36:22,001 --> 00:36:24,709 Mak cik hidang jus oren yang penuh dengan biji. 338 00:36:24,793 --> 00:36:26,168 Saya terpaksa ludah. 339 00:36:26,251 --> 00:36:29,668 Dia tanya tentang kawan saya. Saya cerita tentang Angela dan Ida. 340 00:36:30,709 --> 00:36:31,543 Oh, begitu. 341 00:36:32,168 --> 00:36:34,418 - Dia ada tanya tentang ayah? - Tak. 342 00:36:34,501 --> 00:36:35,959 - Langsung tak? - Tak. 343 00:36:36,668 --> 00:36:38,876 - Tentang mak kamu? - Tak. 344 00:36:40,459 --> 00:36:42,709 - Muzik apa tadi? - Muzik apa? 345 00:36:42,793 --> 00:36:45,418 Ayah ada dengar muzik kuat tadi. 346 00:36:49,126 --> 00:36:50,334 Saya tak dengar pun. 347 00:36:52,293 --> 00:36:53,543 Dia baik tak? 348 00:36:54,959 --> 00:36:56,209 Boleh kata begitulah. 349 00:36:57,668 --> 00:36:59,084 Dia ada cakap kasar tak? 350 00:37:00,084 --> 00:37:01,626 Dia agak tak menyenangkan. 351 00:37:02,543 --> 00:37:04,251 Ayah dah cakap, bukan? 352 00:37:07,084 --> 00:37:09,084 Kamu dah puas hati sekarang? 353 00:37:09,168 --> 00:37:11,501 Kamu dah sedar yang dia tak macam kamu? 354 00:37:11,584 --> 00:37:13,126 - Ya. - Bagus. 355 00:37:16,251 --> 00:37:17,168 Cium ayah. 356 00:37:19,876 --> 00:37:23,418 - Kamu dah maafkan ayah? - Sudah. 357 00:37:25,334 --> 00:37:27,626 Tak naklah. Janggut ayah menggelikan. 358 00:37:28,543 --> 00:37:31,543 Misai mak cik kamu lebih menggelikan. 359 00:37:32,501 --> 00:37:33,793 Dia tiada misai. 360 00:37:33,876 --> 00:37:35,334 - Ada. - Taklah. 361 00:37:38,876 --> 00:37:40,376 Baiklah. Dia tiada misai. 362 00:37:41,168 --> 00:37:45,334 Harapnya kamu tak nak ke sana lagi untuk tengok misai dia pula. 363 00:37:45,418 --> 00:37:47,084 Saya tak nak jumpa dia lagi. 364 00:38:00,084 --> 00:38:02,418 - Saya Giovanna, mak cik. - Aku tahulah. 365 00:38:02,501 --> 00:38:06,084 Jika kamu panggil aku "mak cik" lagi, elok kamu balik saja. 366 00:38:13,209 --> 00:38:14,084 Kenapa ini? 367 00:38:15,459 --> 00:38:16,918 - Sakit tak? - Tak. 368 00:38:18,376 --> 00:38:19,668 Nak minum jus tak? 369 00:38:20,168 --> 00:38:21,959 Saya tak nak susahkan awak. 370 00:38:22,043 --> 00:38:22,918 Nak atau tak? 371 00:38:24,043 --> 00:38:24,959 - Okey. - Mari. 372 00:38:31,334 --> 00:38:32,168 Baiklah. 373 00:38:41,834 --> 00:38:45,418 Hati-hati. Kerusi itu dah patah. Duduk di sini. 374 00:38:48,918 --> 00:38:50,334 Tanggalkan kot kamu. 375 00:38:50,418 --> 00:38:52,418 Buat apa pakai di dalam rumah? 376 00:38:59,709 --> 00:39:01,501 - Ini dia. - Awak nak buatkah? 377 00:39:02,626 --> 00:39:04,334 Yalah. Siapa lagi nak buat? 378 00:39:15,793 --> 00:39:19,834 Giannì, kamu tak pakai rantai tangan kamukah? 379 00:39:19,918 --> 00:39:23,084 - Rantai tangan? - Aku hadiahkannya waktu kamu lahir. 380 00:39:25,418 --> 00:39:27,668 Mungkin mak pakaikannya waktu saya kecil, 381 00:39:27,751 --> 00:39:30,043 hingga umur saya setahun dua, kemudian tak muat. 382 00:39:31,668 --> 00:39:32,918 Kamu bijak, Giannì. 383 00:39:35,418 --> 00:39:36,501 Aku cakap betul. 384 00:39:38,251 --> 00:39:40,959 - Kamu takut dengan akukah? - Ya. 385 00:39:41,543 --> 00:39:44,584 Memang patut pun. Ketakutan buat kita berjaga-jaga. 386 00:39:47,043 --> 00:39:50,626 Cepat saja kamu cari alasan untuk selamatkan ayah kamu. 387 00:39:50,709 --> 00:39:51,876 Bagus, Giannì. 388 00:39:51,959 --> 00:39:54,709 Namun, kamu terlupa nak selamatkan diri kamu. 389 00:39:55,501 --> 00:39:58,293 Aku tak beri kamu rantai tangan untuk bayi. 390 00:39:59,251 --> 00:40:02,459 Aku berikan rantai tangan orang dewasa yang berharga. 391 00:40:19,501 --> 00:40:20,334 Minumlah. 392 00:40:22,001 --> 00:40:23,168 Ia baik untuk kamu. 393 00:40:32,876 --> 00:40:34,459 Aku bukan macam ayah kamu. 394 00:40:35,251 --> 00:40:37,668 Terlalu sayangkan wang dan harta benda. 395 00:40:38,918 --> 00:40:40,626 Aku tak pedulikan kebendaan. 396 00:40:41,543 --> 00:40:43,168 Aku peduli tentang manusia. 397 00:40:43,834 --> 00:40:46,709 Dulu aku memiliki sesuatu. Satu benda saja. 398 00:40:46,793 --> 00:40:47,918 Rantai tangan itu. 399 00:40:48,876 --> 00:40:50,834 Apabila kamu lahir, aku terfikir, 400 00:40:51,334 --> 00:40:54,501 "Dia boleh pakai apabila dia dah meningkat remaja." 401 00:40:56,376 --> 00:40:58,209 Aku ada tulis pada kad. 402 00:40:59,626 --> 00:41:00,584 Kad apa? 403 00:41:01,876 --> 00:41:06,084 Kad berserta rantai tangan yang aku tinggalkan di dalam peti surat. 404 00:41:06,751 --> 00:41:09,084 "Berikan kepada dia apabila dia dah besar." 405 00:41:10,501 --> 00:41:13,501 Mungkin awak tak patut tinggalkan di situ. Mesti pencuri dah ambil. 406 00:41:13,584 --> 00:41:14,501 Pencuri? 407 00:41:15,543 --> 00:41:17,543 Kenapa tuduh tanpa bukti? 408 00:41:17,626 --> 00:41:19,126 Minum jus kamu cepat! 409 00:41:19,209 --> 00:41:21,209 Mak kamu bukannya pandai buat jus. 410 00:41:25,043 --> 00:41:28,043 Menyalalah cepat, bedebah! 411 00:41:29,293 --> 00:41:32,209 Menyalalah. Bagus. 412 00:41:37,501 --> 00:41:39,543 Aku tinggalkan di dalam peti surat 413 00:41:40,043 --> 00:41:43,376 sebab jika aku masuk, ayah kamu pasti akan halau aku. 414 00:41:43,459 --> 00:41:45,668 Ayah saya tak pernah halau sesiapa. 415 00:41:45,751 --> 00:41:47,918 Ayah kamu itu teruk orangnya. 416 00:41:49,501 --> 00:41:52,043 Dia fikir dia tahu semua benda. 417 00:41:52,126 --> 00:41:54,168 Dia tak boleh terima orang lebih daripada dia. 418 00:41:54,668 --> 00:41:57,293 Jika kita kata dia salah, dia buang kita daripada hidupnya. 419 00:41:57,876 --> 00:42:00,251 Dia buang Enzo juga. 420 00:42:02,834 --> 00:42:03,793 Enzo aku. 421 00:42:04,293 --> 00:42:07,459 Ayah kamu akan buang sesiapa yang lebih baik daripada dia. 422 00:42:07,543 --> 00:42:09,126 Dari dulu dia begitu. 423 00:42:09,876 --> 00:42:11,084 Sejak kecil lagi. 424 00:42:11,584 --> 00:42:15,126 Dia fikir dia bijak, tapi dia tak bijak pun. 425 00:42:15,834 --> 00:42:17,334 Dia seorang bedebah. 426 00:42:17,418 --> 00:42:21,501 Dia sanggup buat apa-apa saja agar kita rasa kita perlukan dia. 427 00:42:22,084 --> 00:42:26,293 Waktu kami kecil, setiap kali dia pergi, rasa macam matahari menghilang. 428 00:42:26,376 --> 00:42:28,376 Aku rasa macam nak mati. 429 00:42:28,459 --> 00:42:31,168 Jadi, dulu aku ikut saja kehendaknya. 430 00:42:31,793 --> 00:42:35,543 Dia yang putuskan perkara yang betul dan salah. 431 00:42:38,418 --> 00:42:41,543 Malah, dia buat aku percaya yang Tuhan tak wujud. 432 00:42:43,251 --> 00:42:44,543 Sampai begitu sekali. 433 00:42:45,584 --> 00:42:49,668 Namun, aku terus ubah fikiran sebaik saja aku mengenali Enzo. 434 00:42:51,293 --> 00:42:52,334 Tak guna betul! 435 00:42:55,584 --> 00:42:58,918 Bagi ayah kamu, kita hanya layak wujud 436 00:42:59,001 --> 00:43:00,876 jika kita membaca. 437 00:43:07,876 --> 00:43:08,793 Si bedebah itu. 438 00:43:09,918 --> 00:43:11,126 Si tak guna itu. 439 00:43:12,293 --> 00:43:13,418 Si sial itu. 440 00:43:17,084 --> 00:43:18,168 Dengan Enzo aku pun, 441 00:43:18,251 --> 00:43:20,751 mula-mula dia pura-pura berkawan dengannya, 442 00:43:21,251 --> 00:43:24,668 kemudian, dia curi jiwanya. Dia carik-carikkannya. 443 00:43:47,001 --> 00:43:48,709 Giannì, mari sini. 444 00:43:51,293 --> 00:43:52,251 Giannì! 445 00:43:53,459 --> 00:43:55,543 Kamu tidurkah? Marilah! 446 00:43:56,376 --> 00:44:00,251 Aku nak si anjing itu dengar supaya dia ingat! 447 00:44:01,293 --> 00:44:05,793 Aku jumpa Enzo kali pertama di majlis tari-menari. 448 00:44:06,751 --> 00:44:09,543 Kami menari begini, diiringi lagu ini. 449 00:44:10,126 --> 00:44:13,418 - Lama dulukah? - Rasa macam baru semalam. 450 00:44:13,501 --> 00:44:16,209 - Di mana Enzo sekarang? - Kamu tak dibesarkan dengan betul. 451 00:44:16,293 --> 00:44:20,293 Kamu lebih percayakan penipuan daripada kebenaran. Betul tak? 452 00:44:20,376 --> 00:44:22,876 Aku pasti kamu tak tahu menari. 453 00:44:22,959 --> 00:44:26,793 - Saya boleh menari Breakdance. - Breakdance? Ya Tuhan! 454 00:44:34,834 --> 00:44:36,084 Hulurkan tangan kamu. 455 00:44:36,584 --> 00:44:38,418 Satu, dua… 456 00:44:39,959 --> 00:44:40,793 Ikut aku. 457 00:45:01,001 --> 00:45:03,334 Ayuh, gerakkan pinggul kamu! 458 00:45:15,334 --> 00:45:16,376 Apa halnya? 459 00:45:17,668 --> 00:45:19,709 Saya teringin nak jumpa Enzo. 460 00:45:19,793 --> 00:45:21,293 - Yakah? - Ya. 461 00:45:21,376 --> 00:45:24,001 Okey. Kita boleh jumpa dia nanti. 462 00:45:25,334 --> 00:45:26,168 Di mana dia? 463 00:45:27,168 --> 00:45:29,459 Dia di tanah perkuburan. 464 00:46:19,501 --> 00:46:23,209 Waktu kita kecil, semuanya nampak besar. 465 00:46:23,293 --> 00:46:27,001 Apabila kita dah besar, semuanya nampak kecil. 466 00:46:27,918 --> 00:46:30,251 Lain orang, lain cita rasanya. 467 00:47:06,709 --> 00:47:08,918 Lain orang, lain cita rasanya. 468 00:47:09,001 --> 00:47:11,001 Tiada sesiapa tahu. 469 00:47:12,959 --> 00:47:15,251 Lain orang, lain cita rasanya. 470 00:47:15,334 --> 00:47:17,668 Tiada sesiapa tahu. 471 00:47:51,959 --> 00:47:55,626 Waktu kita kecil, semuanya nampak besar. 472 00:47:55,709 --> 00:47:59,418 Apabila kita dah besar, semuanya nampak kecil. 473 00:48:00,501 --> 00:48:03,043 Lain orang, lain cita rasanya. 474 00:48:04,418 --> 00:48:05,876 Tiada sesiapa tahu. 475 00:48:07,459 --> 00:48:08,918 Tiada sesiapa tahu. 476 00:49:09,501 --> 00:49:11,709 Lain orang, lain cita rasanya. 477 00:49:11,793 --> 00:49:13,334 Tiada sesiapa tahu. 478 00:49:15,876 --> 00:49:17,668 Lain orang, lain cita rasanya. 479 00:49:18,209 --> 00:49:20,043 Tiada sesiapa tahu 480 00:49:21,293 --> 00:49:23,668 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi