1 00:00:06,543 --> 00:00:09,918 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:10,001 --> 00:00:10,959 Kenapa, nak? 3 00:00:13,376 --> 00:00:14,251 Tak adillah. 4 00:00:18,334 --> 00:00:21,251 Saya jumpa seseorang yang nampak jujur bagi saya. 5 00:00:22,501 --> 00:00:24,626 Orang yang tak pandang rendah saya. 6 00:00:25,293 --> 00:00:29,584 Dia tak layan saya seperti budak-budak yang perlu diajar atau dibentuk. 7 00:00:30,751 --> 00:00:32,543 Tuan pula kata dia takkan kembali. 8 00:00:33,918 --> 00:00:35,001 Apa saya nak buat? 9 00:00:36,376 --> 00:00:37,543 Saya rasa hodoh. 10 00:00:39,876 --> 00:00:41,459 Dengan personaliti yang hodoh. 11 00:00:44,084 --> 00:00:45,751 Namun, saya ingin disayangi. 12 00:00:51,126 --> 00:00:56,876 THE LYING LIFE OF ADULTS 13 00:01:00,001 --> 00:01:01,626 - Hei, Giannì. - Hai, Corrà. 14 00:01:02,834 --> 00:01:04,126 Jom jalan-jalan, nak? 15 00:01:04,834 --> 00:01:06,126 Sudahlah, Corrà. 16 00:01:08,209 --> 00:01:09,334 Kau ada halkah? 17 00:01:09,418 --> 00:01:10,251 BAB 5 - CINTA 18 00:01:10,334 --> 00:01:13,793 Waktu kita kecil, semuanya nampak besar. 19 00:01:13,876 --> 00:01:17,376 Apabila kita dah besar, semuanya nampak kecil. 20 00:01:18,543 --> 00:01:19,918 Lain orang, lain cita rasanya. 21 00:01:20,001 --> 00:01:24,418 Selepas itu, dia pandang saya dan kata, "Awak nampak macam ikan rebus." 22 00:01:25,418 --> 00:01:26,668 Tiada sesiapa tahu. 23 00:01:26,751 --> 00:01:29,001 Saya rasa, ikan mentega lebih tepat. 24 00:01:29,084 --> 00:01:32,543 Nampak berminyak dan kotor. Hasil kerjanya teruk. 25 00:01:33,668 --> 00:01:36,459 - Siapa potong rambut awak? - Lino, macam biasa. 26 00:01:36,543 --> 00:01:38,834 Patutlah. Memang padan pun. 27 00:01:40,293 --> 00:01:42,251 - Hai, ayah. - Hai, Giovà. 28 00:01:52,251 --> 00:01:53,293 Semuanya okey? 29 00:01:53,376 --> 00:01:54,876 Ya. 30 00:01:59,168 --> 00:02:01,334 Mak memang tiada kehormatan, ya? 31 00:02:05,418 --> 00:02:06,501 Tak jijik dengan dia? 32 00:02:08,459 --> 00:02:11,543 Jangan salah faham. Mak cuma buatkan dia kopi. 33 00:02:11,626 --> 00:02:15,959 - Mak masih jijik. - Baiklah. Terima kasih, kamu berdua. 34 00:02:16,043 --> 00:02:18,209 Kadangkala, mak lupa mak benci dia. 35 00:02:20,001 --> 00:02:22,043 Ikut suka maklah. Saya pergi dulu. 36 00:02:22,126 --> 00:02:24,918 - Nak ke mana? Kamu baru balik. - Tunggu, Giovà. 37 00:02:28,043 --> 00:02:29,418 - Pendek tak? - Apa? 38 00:02:30,084 --> 00:02:30,918 Rambut ayah. 39 00:02:32,001 --> 00:02:34,168 Saya tak peduli tentang rambut ayah. 40 00:02:37,918 --> 00:02:41,084 - Ayah dah makin tua. - Ayah nampak muda bagi saya. 41 00:02:41,668 --> 00:02:43,501 Waktu saya kecil, ayah nampak tua. 42 00:02:45,376 --> 00:02:50,001 - Derita tak buat kita nampak muda. - Mungkin ayah tak cukup menderita. 43 00:02:50,084 --> 00:02:52,459 Giovanna, berilah muka kepada ayah kamu. 44 00:02:54,168 --> 00:02:55,793 Saya nak pergi baca Gospel. 45 00:02:56,668 --> 00:03:00,126 Kamu sengaja nak buat dia marah. Buat apa nak baca Gospel? 46 00:03:00,209 --> 00:03:03,251 Saya tertarik dengan cerita seseorang mengenainya. 47 00:03:04,168 --> 00:03:07,543 - Kamu juga dah jatuh cinta. - Tak, saya nak jadi kawanya. 48 00:03:08,459 --> 00:03:09,293 Siapa namanya? 49 00:03:10,459 --> 00:03:11,543 Roberto Matese. 50 00:03:14,293 --> 00:03:15,293 Roberto Matese? 51 00:03:16,126 --> 00:03:19,293 Ada seorang pendukung ideologi beragama Kristian dengan nama itu. 52 00:03:19,376 --> 00:03:20,418 Itulah dia. 53 00:03:23,584 --> 00:03:25,126 Kamu jumpa dia di Pascone? 54 00:03:25,959 --> 00:03:28,543 Ya, dia orang sana, tapi dia dah pindah ke Milan. 55 00:03:28,626 --> 00:03:30,334 Mak Cik Vittoria kenalkan kami. 56 00:03:33,168 --> 00:03:34,168 Baguslah. 57 00:03:35,293 --> 00:03:36,126 Baik. 58 00:03:37,293 --> 00:03:40,376 Ada orang yang berbaloi untuk dikenali. 59 00:03:41,459 --> 00:03:45,209 Ingat, Gospel ialah sesuatu untuk kamu kaji. 60 00:03:45,834 --> 00:03:48,543 Faham? Ia bukan sesuatu untuk dibaca saja. 61 00:03:48,626 --> 00:03:49,918 Ayah nak tunjuk sesuatu. 62 00:03:50,001 --> 00:03:51,918 GOSPEL 63 00:03:52,001 --> 00:03:52,834 Ini dia. 64 00:03:58,418 --> 00:04:02,001 Baca dengan sepenuh hati, dan ia akan buat kamu bersemangat. 65 00:04:04,209 --> 00:04:07,001 - Ia penuh dengan ketidakadilan. - Terima kasih. 66 00:04:09,876 --> 00:04:13,001 Giovà, Matese itu bagaimana orangnya? 67 00:04:15,751 --> 00:04:17,251 Dia berani pandang mata kita. 68 00:04:21,001 --> 00:04:22,918 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 69 00:04:25,709 --> 00:04:26,834 Hai, Nello. 70 00:04:52,418 --> 00:04:53,376 Saya balik dulu. 71 00:04:57,209 --> 00:05:00,459 - Biar saya bawa awak ke pintu. - Tak perlu. Jumpa lagi. 72 00:05:12,793 --> 00:05:14,334 PUSAT BANDAR DAN PINGGIRAN 73 00:05:14,418 --> 00:05:16,918 DI CUBO D'ORO 13 OKTOBER, 1996 JAM 9 MALAM 74 00:05:31,459 --> 00:05:32,709 Aku nak tangkap kau! 75 00:05:34,543 --> 00:05:36,168 Janganlah, Tonino! 76 00:05:38,126 --> 00:05:39,834 Aku tak nak dekat dengan kau! 77 00:05:42,334 --> 00:05:44,543 - Giovà, aku nak minta tolong. - Apa? 78 00:05:44,626 --> 00:05:47,168 - Ambil balik Tonino. - Bila masa dia milik aku? 79 00:05:47,251 --> 00:05:49,001 Ambil dia balik. Aku dah tak nak dia. 80 00:05:49,084 --> 00:05:51,209 Tak naklah. Kau simpan saja dia. 81 00:05:51,293 --> 00:05:53,209 Aku ambil dia sebab aku ingat kau suka dia. 82 00:05:53,293 --> 00:05:54,709 Apa kau cakap? 83 00:05:54,793 --> 00:05:59,668 Giovà, sejak kita kecil, aku kena suka benda yang kau suka. 84 00:05:59,751 --> 00:06:01,418 Umur kau dah 16 tahun. 85 00:06:01,501 --> 00:06:04,501 Dah tiba masa untuk kau buat keputusan sendiri. 86 00:06:05,626 --> 00:06:07,876 Tonino nampak macam lelaki yang baik. 87 00:06:07,959 --> 00:06:10,376 Dia sanggup temankan kau ke mana-mana. 88 00:06:10,459 --> 00:06:11,751 Tonino tak berguna. 89 00:06:12,251 --> 00:06:14,043 - Kau melebih-lebih. - Taklah. 90 00:06:14,126 --> 00:06:16,501 Setiap kali kami bersama, seluarnya pasti tersembul. 91 00:06:16,584 --> 00:06:20,001 Aku boleh rasa dan aku suka. Jadi, aku dekatkan diri. 92 00:06:20,084 --> 00:06:24,001 Nak tahu apa dia buat? Dia jauhkan diri dan kata, "Aku hormat kau!" 93 00:06:24,084 --> 00:06:25,126 Dia pengecut. 94 00:06:26,584 --> 00:06:29,209 Apabila kami keluar, aku asyik dengan Giuliana. 95 00:06:29,293 --> 00:06:32,626 Mujurlah aku boleh berseronok dengan dia. Kalau tak, mesti bosan. 96 00:06:32,709 --> 00:06:35,043 - Giuliana kata kau luar biasa. - Yakah? 97 00:06:35,126 --> 00:06:37,209 Ya. Aku sungguh bangga. 98 00:06:37,709 --> 00:06:41,293 Sebenarnya, Roberto yang kata. Jadi, dia pun setuju. 99 00:06:55,793 --> 00:06:57,751 Jom. Roberto dah nak sampai. 100 00:06:57,834 --> 00:07:01,418 Asyik-asyik Roberto. Kau cintakan diakah? 101 00:07:01,501 --> 00:07:03,043 Nampak tak, Giovà? 102 00:07:03,126 --> 00:07:05,751 Apabila aku serius, dia syak aku begitu pula. 103 00:07:05,834 --> 00:07:08,126 - Aku memang syak kau pun. - Tengoklah. 104 00:07:08,918 --> 00:07:10,126 Aku nak pergi minum. 105 00:07:14,793 --> 00:07:16,876 "Ia sesuatu yang menakutkan waktu kita kecil. 106 00:07:17,418 --> 00:07:18,543 Satu bayang-bayang. 107 00:07:19,043 --> 00:07:20,543 Kurus dan tak tentu hala. 108 00:07:21,334 --> 00:07:24,043 Rupanya selekeh dan dia terhendap-hendap 109 00:07:25,001 --> 00:07:27,834 di sudut-sudut rumah apabila malam menjelma." 110 00:07:27,918 --> 00:07:32,709 Aku berpusing-pusing sambil mengeluh 111 00:07:36,293 --> 00:07:42,459 Semalaman aku tak dapat tidur 112 00:07:47,126 --> 00:07:54,001 Aku mengagumi kecantikanmu 113 00:07:56,834 --> 00:08:03,834 Melihat malam berganti subuh 114 00:08:06,959 --> 00:08:11,168 Kini, kerana dirimu 115 00:08:11,251 --> 00:08:15,251 Aku tidak lagi mampu tidur 116 00:08:16,793 --> 00:08:23,668 Hatiku yang sakit ini tidak lagi tenang… 117 00:08:23,751 --> 00:08:28,543 Tonino, aku rasa tak ada salahnya untuk mengagumi seseorang. 118 00:08:28,626 --> 00:08:31,543 Orang lain tak memahami Roberto, tapi aku faham. 119 00:08:32,376 --> 00:08:34,043 Apabila dia bersama kita, 120 00:08:34,834 --> 00:08:36,459 dia buat kita rasa penting. 121 00:08:38,709 --> 00:08:40,793 - Jadi, dia macam harta karun. - Ya. 122 00:08:40,876 --> 00:08:41,876 Perlu dilindungi. 123 00:08:43,959 --> 00:08:45,251 Kau rasa difahamikah? 124 00:08:46,376 --> 00:08:50,084 Satu perkara yang pasti, aku tak nak terkurung di dalam sangkar. 125 00:08:52,584 --> 00:08:56,251 "Aku tak dapat mengagak jarak lagi. Aku asyik terlanggar benda. 126 00:08:58,043 --> 00:09:00,168 Adakah aku saja yang dah tak nampak? 127 00:09:02,334 --> 00:09:05,959 Adakah aku lebih nyata waktu aku boleh melihat dengan jelas, 128 00:09:07,209 --> 00:09:08,168 atau ketika ini… 129 00:09:09,834 --> 00:09:12,626 ketika perasaanku yang paling kuat dan mendalam, 130 00:09:13,293 --> 00:09:14,626 perasaan benci, cinta… 131 00:09:16,709 --> 00:09:17,834 sedang membutakanku?" 132 00:09:38,751 --> 00:09:41,793 Penulisan kau sungguh indah. Syabas. 133 00:10:01,751 --> 00:10:02,626 Hai. 134 00:10:05,793 --> 00:10:06,876 Berjumpa pun kita. 135 00:10:08,251 --> 00:10:09,418 Kau nampak sihat. 136 00:10:11,418 --> 00:10:12,334 Semuanya okey? 137 00:10:13,418 --> 00:10:14,376 Costà, duduk. 138 00:10:24,918 --> 00:10:29,501 Aku memang nak telefon kau, tapi aku tak berani. 139 00:10:30,751 --> 00:10:33,709 - Aku nak berbual dan terangkan. - Terangkan? 140 00:10:35,209 --> 00:10:37,668 Dia nak terangkan pula. Terangkan apa? 141 00:10:39,668 --> 00:10:41,793 Aku dah tak faham apa-apa lagi. 142 00:10:41,876 --> 00:10:43,376 Mungkin kau nak menangis. 143 00:10:44,834 --> 00:10:45,834 Beruntunglah kau. 144 00:10:46,751 --> 00:10:48,626 Kau masih belum cukup menangis. 145 00:10:49,376 --> 00:10:51,209 Aku pula dah kering air mata. 146 00:10:52,501 --> 00:10:55,668 Nella, jangan begini. Kau tahu aku sayang kau. 147 00:10:56,251 --> 00:10:58,876 Semua orang asyik cakap tentang sayang. 148 00:11:00,251 --> 00:11:03,001 Itu satu penipuan. Penipuan yang teruk. 149 00:11:05,126 --> 00:11:06,043 Betul kata kau. 150 00:11:07,584 --> 00:11:12,459 Kita terus-menerus menipu dan kita fikir apabila penipuannya dah terlalu banyak, 151 00:11:13,168 --> 00:11:17,293 ia akan menjadi benar kerana kita akhirnya mempercayainya. 152 00:11:18,418 --> 00:11:21,376 Aku ikut keinginan aku. Aku bukan nak aniaya kau. 153 00:11:23,043 --> 00:11:24,418 Kau ikut keinginan kau? 154 00:11:28,751 --> 00:11:30,084 Kau ikut naluri kau? 155 00:11:30,168 --> 00:11:31,001 Ya. 156 00:11:33,251 --> 00:11:34,168 Macam binatang? 157 00:11:37,793 --> 00:11:41,251 Aku nak tanya sesuatu kerana aku keliru sekarang ini. 158 00:11:42,001 --> 00:11:43,918 Kau perempuan atau binatang? 159 00:11:47,084 --> 00:11:48,126 Aku rindukan kau. 160 00:11:50,584 --> 00:11:52,251 Aku rindu makan malam kita. 161 00:11:53,543 --> 00:11:55,626 Kenapa kau tak datang jumpa aku di Posillipo? 162 00:11:57,168 --> 00:12:00,251 Di rumah sial kau di pantai yang celaka itu? 163 00:12:00,751 --> 00:12:03,043 Aku takkan jejakkan kaki ke situ lagi. 164 00:12:09,834 --> 00:12:10,793 Hai, Costà. 165 00:12:14,668 --> 00:12:15,501 Hai, Nella. 166 00:12:16,459 --> 00:12:17,376 Ini dia. 167 00:12:21,626 --> 00:12:23,751 Kita masih sekawan, bukan? 168 00:12:26,459 --> 00:12:27,918 Mari kita ucap selamat. 169 00:12:29,168 --> 00:12:30,168 Untuk pembenci kita. 170 00:12:30,876 --> 00:12:32,376 Tak jadilah. 171 00:12:34,168 --> 00:12:35,376 Untuk kita berempat. 172 00:12:37,543 --> 00:12:39,709 Untuk kita yang berkumpul semula. 173 00:12:40,834 --> 00:12:41,668 Bersama-sama. 174 00:12:42,543 --> 00:12:43,376 Minum. 175 00:12:44,126 --> 00:12:44,959 Minum. 176 00:12:57,543 --> 00:12:59,543 Aduhai, wain ini memang tak sedap. 177 00:13:00,209 --> 00:13:01,126 Lantaklah. 178 00:14:42,543 --> 00:14:45,376 MENTARI MASA DEPAN 179 00:15:02,793 --> 00:15:08,001 Angin bertiup Ribut melanda 180 00:15:08,084 --> 00:15:12,251 Kasut kita telah rosak tapi kita mesti teruskan 181 00:15:12,334 --> 00:15:16,793 Untuk menawan musim bunga merah 182 00:15:16,876 --> 00:15:20,876 Saat terbitnya mentari masa depan 183 00:15:20,959 --> 00:15:25,251 Untuk menawan musim bunga merah 184 00:15:25,334 --> 00:15:28,584 Saat terbitnya mentari masa depan 185 00:15:43,376 --> 00:15:47,043 Setiap daerah ialah tanah tumpah darah sang pemberontak 186 00:15:47,126 --> 00:15:50,626 Setiap wanita mendambakan dirinya 187 00:15:50,709 --> 00:15:54,501 Bintang membimbingnya meredah malam 188 00:15:54,584 --> 00:15:57,959 Hati dan tangannya utuh Ketika mereka menyerang 189 00:15:58,043 --> 00:16:01,834 Bintang membimbingnya meredah malam 190 00:16:01,918 --> 00:16:05,376 Hati dan tangannya utuh Ketika mereka menyerang 191 00:16:05,459 --> 00:16:08,959 Jika kita bertemu kematian yang kejam 192 00:16:09,043 --> 00:16:12,668 Partisan kita akan membalas dendam 193 00:16:12,751 --> 00:16:16,459 Takdir penuh kepayahan telah termaterai 194 00:16:16,543 --> 00:16:19,959 Buat si fasis pengkhianat yang keji 195 00:16:20,043 --> 00:16:23,793 Takdir penuh kepayahan telah termaterai 196 00:16:23,876 --> 00:16:26,959 Buat si fasis pengkhianat yang keji 197 00:16:41,876 --> 00:16:45,459 Angin berhenti Ribut pun reda 198 00:16:45,543 --> 00:16:49,126 Sang partisan pulang ke rumah dengan bangga 199 00:16:49,209 --> 00:16:52,918 Bendera merahnya berkibar megah 200 00:16:53,001 --> 00:16:56,334 Kita akhirnya berjaya dan bebas 201 00:16:56,418 --> 00:17:00,251 Bendera merahnya berkibar megah 202 00:17:00,334 --> 00:17:03,501 Kita akhirnya berjaya dan bebas 203 00:17:06,043 --> 00:17:11,126 Ini bukan tentang pinggiran semata-mata. Semangat untuk bersuara di negara ini 204 00:17:12,001 --> 00:17:14,168 datang dari luar, dari daerah luar. 205 00:17:14,251 --> 00:17:17,418 Carlo Levi, Italo Calvino, Pasolini… 206 00:17:17,501 --> 00:17:19,543 Togliatti, Berlinguer, Ingrao. 207 00:17:24,209 --> 00:17:26,584 Jesus Christ juga dari daerah luar. 208 00:17:28,876 --> 00:17:30,793 Nampak sangat mak dan mak cik menyampah. 209 00:17:30,876 --> 00:17:31,959 Jadi, maksud awak, 210 00:17:32,043 --> 00:17:35,168 persamaannya bukan saja antara pusat bandar dan pinggiran, 211 00:17:35,251 --> 00:17:37,376 tapi antara pusat bandar dan daerah luar juga? 212 00:17:37,876 --> 00:17:43,793 Maksud saya, semua orang rasa wujudnya kuasa dan gagasan di pusat bandar. 213 00:17:43,876 --> 00:17:46,668 Namun, tiada orang nak mengaku semua itu wujud 214 00:17:46,751 --> 00:17:49,293 kerana semangat yang datang dari luar. 215 00:17:49,376 --> 00:17:54,126 Tekanan penduduk pinggiran yang inginkan sesuatu yang baru. 216 00:17:54,209 --> 00:17:55,918 - Perubahan. - Baiklah. 217 00:17:57,043 --> 00:17:58,709 Jesus ada perspektif tersendiri. 218 00:17:59,209 --> 00:18:01,959 Kuasa beretika untuk seseorang yang tidak mementingkan diri, 219 00:18:02,043 --> 00:18:03,918 yang turut membawa semangat baru. 220 00:18:04,501 --> 00:18:08,334 Matlamat kita adalah untuk menghubungkan orang di dalam dan di luar. 221 00:18:08,418 --> 00:18:09,959 Itu yang paling penting. 222 00:18:10,793 --> 00:18:15,209 Bukan hanya kesusahan di pinggiran, malah potensi inovatif anak kecil. 223 00:18:16,584 --> 00:18:19,084 Saya dari Pascone. Mungkin ada yang tak tahu. 224 00:18:20,334 --> 00:18:23,668 Tempat yang paling sukar untuk kita keluar darinya. 225 00:18:24,584 --> 00:18:27,626 Namun, kita sentiasa mengingatinya, ke mana-mana pun kita pergi. 226 00:18:28,293 --> 00:18:31,543 Saya tak rasa kita patut tumpukan sangat 227 00:18:31,626 --> 00:18:33,834 kepada semangat baru dari pinggiran. 228 00:18:33,918 --> 00:18:36,084 Kita perlu tumpukan kepada masalah kemiskinan. 229 00:18:36,168 --> 00:18:38,751 Jika ada titik persamaan 230 00:18:38,834 --> 00:18:42,251 antara komunis yang baik, macam yang kita gelar masa kini, 231 00:18:42,334 --> 00:18:44,251 dan orang Katolik yang baik, 232 00:18:44,751 --> 00:18:47,251 persamaannya adalah mengambil berat kepada orang miskin. 233 00:18:47,334 --> 00:18:50,918 Ini sesuatu yang boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 234 00:18:51,001 --> 00:18:52,918 Kita perlu berikan penyelesaian. 235 00:18:53,001 --> 00:18:56,459 Persoalannya sekarang, Matese, 236 00:18:56,543 --> 00:18:58,709 waktu Jesus halau pedagang dari tempat ibadat, 237 00:18:58,793 --> 00:19:01,876 adakah dia cuma marah, atau dia ada rancangan? 238 00:19:05,876 --> 00:19:08,959 Orang Katolik memang selalu dipersoalkan begini. 239 00:19:09,043 --> 00:19:09,876 Contohnya, 240 00:19:09,959 --> 00:19:13,043 "Jika Tuhan ada, kenapa Dia tak selesaikan masalah dunia?" 241 00:19:13,126 --> 00:19:15,251 Memang itulah persoalannya. 242 00:19:16,084 --> 00:19:17,626 Ada satu pepatah Rusia. 243 00:19:17,709 --> 00:19:20,709 "Tuhan tahu kebenarannya, tapi Dia tak terus memberitahunya." 244 00:19:21,501 --> 00:19:24,251 Itulah perbezaan antara orang Katolik dan orang yang bukan. 245 00:19:24,876 --> 00:19:27,293 Orang Katolik ada pelan jangka panjang. 246 00:19:27,793 --> 00:19:31,793 Jika kita baca Gospel dengan sepenuh hati, pelan itu akan jadi jelas. 247 00:19:43,918 --> 00:19:44,959 Syabas. 248 00:19:49,168 --> 00:19:50,001 Terima kasih. 249 00:20:14,084 --> 00:20:16,501 - Bagus, Roberto. - Okey tak tadi? 250 00:20:16,584 --> 00:20:17,418 Hai. 251 00:20:18,209 --> 00:20:19,584 Awak hebat tadi. 252 00:20:19,668 --> 00:20:22,626 - Awak boleh dengarkah? - Boleh. Awak memang hebat. 253 00:20:24,626 --> 00:20:26,126 Saya pun dah baca Gospel. 254 00:20:26,793 --> 00:20:28,126 Keempat-empat sekali. 255 00:20:29,084 --> 00:20:31,543 - Apa pendapat awak? - Ia tak realistik. 256 00:20:31,626 --> 00:20:33,293 Dia berfikir macam ayahnya. 257 00:20:33,376 --> 00:20:34,459 Apa maksud awak? 258 00:20:34,959 --> 00:20:36,084 Jesus anak Tuhan, 259 00:20:36,168 --> 00:20:39,418 tapi dia lakukan keajaiban sia-sia. Dia dikhianati dan disalib. 260 00:20:39,501 --> 00:20:42,751 Bukan itu saja. Dia minta ayahnya selamatkan dia, 261 00:20:42,834 --> 00:20:45,168 tapi ayahnya tak buat apa-apa pun. 262 00:20:45,251 --> 00:20:48,084 - Memang pun. - Kenapa ayahnya tak boleh gantikan dia? 263 00:20:48,168 --> 00:20:51,001 Menurut Gospel, Tuhan mencipta dunia yang rosak, 264 00:20:51,084 --> 00:20:54,418 kemudian buat anaknya bertanggungjawab atas kegagalanNya. 265 00:20:54,501 --> 00:20:55,334 Kenapa? 266 00:20:55,418 --> 00:20:56,709 Tuhan sukar difahami. 267 00:20:56,793 --> 00:20:59,751 Dia perlu mudah difahami jika Dia nak saya faham. 268 00:20:59,834 --> 00:21:01,376 - Awak suka puisi? - Ya. 269 00:21:01,459 --> 00:21:03,418 - Awak baca tak? - Kadang-kadang. 270 00:21:03,501 --> 00:21:07,293 Puisi terdiri daripada perkataan. Macam perbualan kita sekarang. 271 00:21:07,793 --> 00:21:11,209 Jika seorang pemuisi menggunakan kata-kata kita daripada perbualan ini, 272 00:21:11,293 --> 00:21:15,001 kata-kata kita akan terus jadi bermakna dan memberikan kesan. 273 00:21:15,668 --> 00:21:19,668 - Begitulah Tuhan tunjukkan kewujudannya. - Tuhan bukan pemuisi. 274 00:21:20,501 --> 00:21:23,209 Dia manusia macam kita yang tahu tulis puisi. 275 00:21:23,293 --> 00:21:27,084 Namun, cara menulisnya itu yang membuka mata kita. 276 00:21:27,168 --> 00:21:29,876 - Itu pun jika dia mahir. - Ia akan menggoncang kita. 277 00:21:29,959 --> 00:21:32,043 Kenapa saya patut percaya dengan goncangan? 278 00:21:32,543 --> 00:21:34,834 - Bincang lain kalilah. - Untuk semangat agama. 279 00:21:34,918 --> 00:21:36,543 Apa itu semangat agama? 280 00:21:36,626 --> 00:21:40,793 Fikirkan tentang kisah penyiasatan. Tak semua misterinya selesai. 281 00:21:40,876 --> 00:21:42,543 Itulah semangat agama. 282 00:21:42,626 --> 00:21:46,626 Satu dorongan ke hadapan, hinggalah semuanya tersingkap. 283 00:21:46,709 --> 00:21:48,001 Saya tak dengar. 284 00:21:48,084 --> 00:21:50,251 Jangan sia-siakannya. Berikannya masa. 285 00:21:50,334 --> 00:21:53,043 Kandungan Gospel bukan sekadar yang awak baca. 286 00:21:53,126 --> 00:21:56,376 Roberto, awak kena pergi. Dah lewat. Mari. 287 00:22:04,334 --> 00:22:05,168 Sayang. 288 00:22:07,459 --> 00:22:08,584 Kamu memang hebat. 289 00:22:10,084 --> 00:22:11,668 Kamu memang bijak. Syabas. 290 00:22:11,751 --> 00:22:14,043 Hebat. Memang hebat. 291 00:22:14,126 --> 00:22:14,959 Terima kasih. 292 00:22:17,084 --> 00:22:19,501 "Jika kita nak keadaan kekal, keadaan perlu berubah." 293 00:22:19,584 --> 00:22:22,376 Bagus. Mari balik. Dah lewat. Esok sekolah. 294 00:22:23,334 --> 00:22:27,876 - Kita tengok The Leopard sebelum tidur. Dia pasang The Leopard untuk tidur. 295 00:22:34,626 --> 00:22:35,876 Mari kita balik juga. 296 00:23:00,043 --> 00:23:02,126 - Kau dengar aku cakap tadi? - Kau hebat. 297 00:23:02,209 --> 00:23:04,959 Aku dah cakap. Aku bangga sangat. 298 00:23:05,043 --> 00:23:06,334 Kau memang hebat. 299 00:23:12,668 --> 00:23:13,876 Saya faham. 300 00:23:13,959 --> 00:23:14,918 Tunggu sekejap. 301 00:23:18,793 --> 00:23:22,709 - Kata-kata awak sungguh mendalam. - Kata-kata awak lebih mendalam. 302 00:23:23,959 --> 00:23:25,126 Jumpa lagi nanti? 303 00:23:25,209 --> 00:23:27,834 Dia kena pergi. Takut terlepas tren ke Milan. 304 00:23:27,918 --> 00:23:30,793 - Jumpa lagi, Angela, Tonino. - Giuliana, cepat! 305 00:23:30,876 --> 00:23:32,168 - Mari pergi. - Jumpa lagi. 306 00:23:32,251 --> 00:23:34,459 - Cepat cium dan pergi. - Jumpa lagi. 307 00:23:35,459 --> 00:23:36,876 - Selamat jalan, sayang. - Baik. 308 00:23:42,001 --> 00:23:45,793 - Bawa Giovanna apabila awak ke Milan. - Okey. 309 00:23:46,709 --> 00:23:47,876 Kau buat dia kagum. 310 00:23:49,001 --> 00:23:50,959 - Kasihan Giuliana. - Kenapa? 311 00:23:51,043 --> 00:23:55,293 Nampak sangat dia bosan. Dia berpura-pura untuk ambil hati Roberto. 312 00:23:55,376 --> 00:23:56,834 Jumpa lagi, mak cik, mak. 313 00:24:01,209 --> 00:24:04,251 - Kenapa, mak cik? - Licik betul kamu. 314 00:24:06,418 --> 00:24:08,376 Kamu pura-pura macam kawannya. 315 00:24:08,459 --> 00:24:10,793 - Mak cik cakap apa? - Sudahlah, Vittò. 316 00:24:11,459 --> 00:24:14,918 Kenapa kamu nak rampas kekasih Giuliana? Kamu perempuan murahankah? 317 00:24:15,001 --> 00:24:17,876 - Sudahlah, mak cik! - Diam! 318 00:24:17,959 --> 00:24:20,251 - Saya tak rampas pun. - Yalah itu! 319 00:24:20,334 --> 00:24:22,834 - Mak, suruh dia diam. - Tolong bertenang. 320 00:24:22,918 --> 00:24:24,626 Pergilah cari lelaki lain! 321 00:24:25,126 --> 00:24:29,126 Kamu menunjuk-nunjuk kehebatan kamu macam seekor merak 322 00:24:29,209 --> 00:24:31,084 dengan kata-kata yang gah. 323 00:24:33,084 --> 00:24:37,668 Si bodoh itu pula mendengar dan rasa kagum. 324 00:24:37,751 --> 00:24:40,168 Kamu bersemuka dengannya, dan kini dia suka kamu. 325 00:24:41,043 --> 00:24:43,626 Sekarang Roberto tinggal di Milan. 326 00:24:44,209 --> 00:24:47,293 Tanpa kamu pun, cinta mereka dah cukup sukar! 327 00:24:47,876 --> 00:24:51,334 Memang Roberto tinggal jauh. Namun, cinta mereka suci. 328 00:24:53,459 --> 00:24:58,168 Kamu memang pandai berpura-pura. Giannì, kamu tak tahu apa-apa pun. 329 00:24:58,834 --> 00:25:01,876 Cinta tak pernah suci. Cinta kotor. 330 00:25:02,834 --> 00:25:04,418 Macam tingkap di tandas. 331 00:25:05,418 --> 00:25:08,418 Jaga-jaga, Giulià. Kamu budak baik. 332 00:25:09,168 --> 00:25:11,668 Dia pula musang berbulu ayam. 333 00:25:11,751 --> 00:25:13,043 Sudahlah. 334 00:25:13,126 --> 00:25:15,126 Mari pergi sebelum aku tampar dia. 335 00:25:15,668 --> 00:25:16,501 Vittò! 336 00:25:17,334 --> 00:25:19,834 - Aduhai. - Jangan lari, takut jatuh nanti. 337 00:25:19,918 --> 00:25:23,293 Mari kita pergi. Tayangan Maaf Kerana Lewat dah nak mula. 338 00:25:23,376 --> 00:25:25,834 Perempuan murahan itu kena belajar adab! 339 00:25:25,918 --> 00:25:26,751 Mari. 340 00:25:35,793 --> 00:25:39,001 Ibu, sundal, atau lelaki yang teruk 341 00:25:39,084 --> 00:25:42,001 Ini kisah seorang wanita di kawasan ini 342 00:25:42,084 --> 00:25:44,501 Dia ditakdirkan untuk ini Sejak dia lahir 343 00:25:44,584 --> 00:25:47,709 Jika hati orang lain yang memilih Punahlah dia 344 00:25:48,834 --> 00:25:52,001 Ibu, sundal, atau lelaki yang teruk 345 00:25:52,084 --> 00:25:54,793 Dia inginkan lebih Di kawasan ini 346 00:25:54,876 --> 00:25:57,209 Mahu dihargai bukan saja kerana melahirkan 347 00:25:57,293 --> 00:25:59,209 Mahupun kerana tubuhnya cantik 348 00:25:59,293 --> 00:26:01,043 Mahupun kerana pukulanku 349 00:26:01,126 --> 00:26:03,626 Hanya sebab aku lahir sebagai wanita 350 00:26:04,126 --> 00:26:07,501 Aku tak pernah mengunci hatiku 351 00:26:07,584 --> 00:26:10,209 Hanya sebab aku lahir sebagai wanita 352 00:26:10,293 --> 00:26:12,293 Hanya sebab aku wanita 353 00:26:13,543 --> 00:26:16,751 Jangan lupa 354 00:26:16,834 --> 00:26:19,584 Jangan lupa kerana kehidupan akan berlalu 355 00:26:20,084 --> 00:26:25,376 Jangan sesekali lupa diri 356 00:26:28,209 --> 00:26:29,709 - Ke tepilah! - Hei! 357 00:26:30,543 --> 00:26:33,043 Boleh ke tepi tak? Kau nak kena? 358 00:26:33,668 --> 00:26:35,584 Ke tepi, kalau tak, aku langgar. 359 00:26:36,126 --> 00:26:38,584 Hei, si rambut tebal! Kau syampu tak? 360 00:26:51,834 --> 00:26:54,876 Hei, Giannì! Kau pun ada di tempat sampah ini? 361 00:26:56,668 --> 00:26:58,543 Apa kau buat di sini? 362 00:26:59,668 --> 00:27:02,084 Sebenarnya, kami datang nak buat kacau. 363 00:27:02,168 --> 00:27:04,959 - Roberto dah selesai berucap pun. - Tak guna. 364 00:27:05,043 --> 00:27:08,251 Rosario, kita dah terlepas. Aku dah suruh kau cepat. 365 00:27:08,334 --> 00:27:11,876 Giannì, kau ingat kau bagus sangat? Kau tak kenal kamikah? 366 00:27:11,959 --> 00:27:13,793 Takutnya aku, Corrà! 367 00:27:13,876 --> 00:27:16,668 Jangan nak berlagak. Rosario suka kau. 368 00:27:16,751 --> 00:27:19,459 Rosario tak boleh cakap sendirikah? 369 00:27:19,543 --> 00:27:23,418 Dia pemalu sebenarnya. Kau lawan dia, dan dia kini sukakan kau. 370 00:27:23,501 --> 00:27:25,626 Dia asyik cakap tentang tetek kau. 371 00:27:25,709 --> 00:27:27,334 - Aku suka orang lain. - Siapa? 372 00:27:27,418 --> 00:27:28,918 Aku tak boleh beritahu. 373 00:27:29,001 --> 00:27:31,584 - Kau perempuan murahan. - Suka hati akulah. 374 00:27:35,334 --> 00:27:39,043 Sudahlah, Rosario. Mari kita pergi. Tempat ini dipenuhi Komunis. 375 00:27:39,126 --> 00:27:41,126 - Yalah. - Kenapa kau tak berambus? 376 00:27:41,209 --> 00:27:44,334 - Apa kata kita pergi sama-sama? - Macamlah aku nak. 377 00:27:44,418 --> 00:27:47,043 Giannì, aku betul-betul sukakan kau. 378 00:27:47,126 --> 00:27:49,251 Aku dilamun cinta. 379 00:27:50,168 --> 00:27:53,168 Patung di Istana Caserta pun tiada tetek macam kau. 380 00:27:53,251 --> 00:27:55,418 Gigi kau pula macam Don Chuck si beaver. 381 00:27:55,501 --> 00:27:58,501 - Ramai perempuan suka aku. - Pergilah cium mereka. 382 00:27:58,584 --> 00:28:01,668 Janganlah begitu. Tak baik. Sekejap. 383 00:28:02,209 --> 00:28:03,043 Giuliana ada. 384 00:28:03,668 --> 00:28:07,043 Tanya dia tentang rumah aku yang menghadap laut. 385 00:28:07,126 --> 00:28:10,209 - Rosario, sudahlah. - Marilah. 386 00:28:10,751 --> 00:28:12,584 Adakah kau suka Roberto Matese? 387 00:28:12,668 --> 00:28:15,334 - Kau gila? - Lupakan dia. Cakap dengan aku. 388 00:28:15,418 --> 00:28:18,126 - Kau nak aku bawa dia ke sini? - Bolehkah? 389 00:28:18,209 --> 00:28:20,293 - Mestilah. - Dia akan datang? 390 00:28:20,793 --> 00:28:23,084 Taklah terus, tapi aku akan pujuk dia. 391 00:28:23,168 --> 00:28:24,376 Mengarutlah kau. 392 00:28:24,876 --> 00:28:27,459 Roberto takkan buat perkara dia tak nak. 393 00:28:27,543 --> 00:28:29,918 Kalau dipaksa, dia pasti akan buat. 394 00:28:31,168 --> 00:28:32,251 - Giuliana. - Mari. 395 00:28:34,209 --> 00:28:38,251 - Jangan cakap dengan si bodoh itu. - Tak. Dia yang cakap dengan aku. 396 00:28:39,251 --> 00:28:40,709 Kau pernah meniduri dia? 397 00:28:42,418 --> 00:28:45,668 Ada masanya kita nak sesuatu yang buruk itu berakhir. 398 00:28:45,751 --> 00:28:48,293 - Dia buat aku takut. - Siapa? Si Rosario? 399 00:28:49,459 --> 00:28:52,126 - Jangan takut. Percayalah, dia BA. - Apa itu? 400 00:28:52,209 --> 00:28:53,209 Bodoh Abadi. 401 00:28:58,876 --> 00:29:02,543 Jangan dengar cakap Mak Cik Vittoria. Dia mengarut saja. 402 00:29:03,876 --> 00:29:06,459 Dia memang cakap kasar, tapi dia tak mengarut. 403 00:29:06,543 --> 00:29:09,501 Kau pandai bercakap, tapi kau perlu diam sekali-sekala. 404 00:29:09,584 --> 00:29:10,793 - Masalahnya… - Diam. 405 00:29:16,584 --> 00:29:17,418 Tunggu. 406 00:29:18,376 --> 00:29:19,459 Tonino, janganlah! 407 00:29:34,918 --> 00:29:36,834 - Si cantik. - Hei, si cantik! 408 00:29:41,001 --> 00:29:43,459 PAWAGAM MEDITERRANEAN 409 00:29:51,126 --> 00:29:52,751 - Ambillah. - Aku nak ini. 410 00:29:53,334 --> 00:29:54,584 - Nah. - Terima kasih. 411 00:29:54,668 --> 00:29:56,084 - Sama-sama. - Boleh kita pergi? 412 00:30:11,501 --> 00:30:12,418 Mari, Angela. 413 00:30:20,501 --> 00:30:22,501 Massimo Troisi pelakon kegemaran aku. 414 00:30:26,168 --> 00:30:27,293 Tengoklah dia. 415 00:30:28,584 --> 00:30:29,709 Selamat malam. 416 00:30:31,001 --> 00:30:35,459 Cik adik cantik. Duduklah dengan kami. Kami akan tunjukkan filem yang hebat. 417 00:30:36,751 --> 00:30:39,876 Kau ketawakah? Marilah duduk di sini. 418 00:30:39,959 --> 00:30:41,918 Marilah ketawa dengan konek ini. 419 00:30:47,543 --> 00:30:50,126 Lembutnya rambut. Macam sutera. 420 00:30:50,209 --> 00:30:52,626 Mereka ganggu kita. Kau tak nak buat apa-apa? 421 00:30:52,709 --> 00:30:54,209 Angela, sudahlah. 422 00:30:56,043 --> 00:30:58,751 Jom pindah ke depan. Di sini tak nampak. 423 00:30:59,251 --> 00:31:01,334 Sudahlah, Tonino. Kita putus saja. 424 00:31:01,418 --> 00:31:04,043 Ya, tinggalkan saja si bodoh itu. Mari sini. 425 00:31:28,376 --> 00:31:30,834 MAURO BERARDI MEMPERSEMBAHKAN 426 00:31:30,918 --> 00:31:34,584 SEBUAH FILEM OLEH MASSIMO TROISI 427 00:31:34,668 --> 00:31:37,626 MAAF KERANA LEWAT 428 00:31:37,709 --> 00:31:38,543 Jomlah. 429 00:31:42,876 --> 00:31:44,876 - Hei. - Diamlah! 430 00:31:45,626 --> 00:31:47,709 - Ke tepilah. - Celaka kau! 431 00:31:51,251 --> 00:31:53,293 - Ke tepi. - Ke tepilah sikit. 432 00:31:57,293 --> 00:31:59,293 Kami dah sampai. Rindu kami tak? 433 00:31:59,376 --> 00:32:02,709 Kau biar bedebah ini arahkan kau? Kami nak tengok wayang dengan kau. 434 00:32:02,793 --> 00:32:04,876 - Dia panggil kau bedebah. - Bedebah. 435 00:32:04,959 --> 00:32:06,584 Tonino, kau dengar tak? 436 00:32:06,668 --> 00:32:08,126 Bangunlah, Tonino! 437 00:32:09,793 --> 00:32:11,001 Mari kita keluar. 438 00:32:13,084 --> 00:32:14,209 Sial punya orang! 439 00:32:14,293 --> 00:32:16,793 Kau sengaja malukan aku! Bedebah tak guna! 440 00:32:16,876 --> 00:32:17,709 Tonino! 441 00:32:17,793 --> 00:32:20,293 Takutnya kami! Kau berani pukul perempuan saja. 442 00:32:21,126 --> 00:32:22,918 Kau memang nak mati! 443 00:32:27,418 --> 00:32:28,543 Berhenti! Sudah! 444 00:32:28,626 --> 00:32:30,418 - Hei! - Mari kita pergi! 445 00:32:30,501 --> 00:32:31,876 Tonino, berhenti! 446 00:32:33,084 --> 00:32:35,543 Cukup! Berhenti! 447 00:32:35,626 --> 00:32:37,543 - Cukup! - Berhenti, Tonino. 448 00:32:37,626 --> 00:32:38,459 Berhenti! 449 00:32:39,501 --> 00:32:40,668 Tengok apa mereka buat. 450 00:32:43,876 --> 00:32:45,626 Memang patut pun mereka kena. 451 00:32:49,043 --> 00:32:50,543 Polis! 452 00:32:50,626 --> 00:32:51,918 Mari kita pergi! 453 00:32:52,001 --> 00:32:54,543 - Kau perempuan yang teruk. - Berani kau? 454 00:32:54,626 --> 00:32:58,376 Kau mementingkan diri. Kau tak peduli orang lain. 455 00:32:58,459 --> 00:33:00,543 Perangai macam sundal, sekarang nak lari pula? 456 00:33:00,626 --> 00:33:02,001 Berani betul kau. 457 00:33:02,084 --> 00:33:04,209 Diam, Angela. Kalau tak, aku sentap rambut kau. 458 00:33:04,293 --> 00:33:05,876 Cubalah kalau berani! 459 00:33:06,668 --> 00:33:08,876 - Kau nak aku cakar muka kau? - Sudah! 460 00:33:08,959 --> 00:33:12,168 - Kau dah melampau, Angela. - Aku melampau? Sundal ini? 461 00:33:12,251 --> 00:33:13,876 Adik kau yang sundal! 462 00:33:13,959 --> 00:33:16,251 - Mari pergi, Tonino. - Polis datang. Kau melampau. 463 00:33:16,334 --> 00:33:18,001 - Aku? - Cepatlah! 464 00:33:47,001 --> 00:33:49,584 Giannì, berhenti! 465 00:33:52,084 --> 00:33:52,918 Kau okey? 466 00:33:56,126 --> 00:33:56,959 Kenapa? 467 00:33:57,584 --> 00:33:58,501 Aku nak pergi. 468 00:33:59,543 --> 00:34:01,501 - Kau nak ke mana? - Venice. 469 00:34:02,376 --> 00:34:04,959 Rosak hidup aku kalau di sini. Kau pun nampak. 470 00:34:05,543 --> 00:34:07,751 - Bila kau nak pergi? - Sekarang. 471 00:34:10,459 --> 00:34:11,584 Giuliana tahu tak? 472 00:34:11,668 --> 00:34:13,418 Tak. Dia tak tahu. 473 00:34:14,334 --> 00:34:16,334 - Tiada orang tahu. - Roberto pun? 474 00:34:16,834 --> 00:34:20,751 Tak. Jika dia tahu perbuatan aku tadi, dia takkan pandang muka aku lagi. 475 00:34:21,876 --> 00:34:24,793 - Boleh kau hantar alamat kau? - Nanti aku hantar. 476 00:34:26,751 --> 00:34:28,418 Kenapa kau beritahu aku? 477 00:34:30,209 --> 00:34:31,209 Kau memahami aku. 478 00:34:32,168 --> 00:34:33,126 Selamat tinggal. 479 00:34:53,084 --> 00:34:54,751 Hubungan kita dah tak sama. 480 00:34:56,334 --> 00:34:57,709 Kau dah tak sayang aku. 481 00:35:00,459 --> 00:35:02,668 Bukan tak sama. Ia cuma dah berakhir. 482 00:35:05,251 --> 00:35:06,334 Jadi, ciumlah aku. 483 00:35:09,876 --> 00:35:11,251 Kita bukan budak-budak lagi. 484 00:36:01,209 --> 00:36:03,209 Roberto nak kau ikut aku ke Milan. 485 00:37:29,709 --> 00:37:33,418 Waktu kita kecil, semuanya nampak besar. 486 00:37:33,501 --> 00:37:37,626 Apabila kita dah besar, semuanya nampak kecil. 487 00:37:38,126 --> 00:37:39,918 Lain orang, lain cita rasanya. 488 00:37:42,043 --> 00:37:44,084 Tiada sesiapa tahu. 489 00:37:45,043 --> 00:37:47,168 Tiada sesiapa tahu. 490 00:38:47,418 --> 00:38:49,334 Lain orang, lain cita rasanya. 491 00:38:49,418 --> 00:38:51,001 Tiada sesiapa tahu. 492 00:38:53,501 --> 00:38:55,668 Lain orang, lain cita rasanya. 493 00:38:55,751 --> 00:38:57,751 Tiada sesiapa tahu. 494 00:39:52,918 --> 00:39:54,709 Lain orang, lain cita rasanya. 495 00:39:55,209 --> 00:39:57,001 Tiada sesiapa tahu. 496 00:39:59,293 --> 00:40:01,501 Lain orang, lain cita rasanya. 497 00:40:01,584 --> 00:40:02,709 Tiada sesiapa tahu. 498 00:40:02,793 --> 00:40:07,459 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi