1 00:00:06,168 --> 00:00:10,709 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:12,876 --> 00:00:13,918 Ayuh! 3 00:00:14,543 --> 00:00:15,543 Cepatlah! 4 00:00:19,209 --> 00:00:20,501 Tunggu aku! 5 00:00:33,084 --> 00:00:34,334 Apa benda itu? 6 00:00:36,543 --> 00:00:38,751 Dah mati. Mujurlah. 7 00:00:38,834 --> 00:00:40,793 Tolonglah kata ini dunia kita. 8 00:00:40,876 --> 00:00:41,876 Tengoklah. 9 00:00:42,793 --> 00:00:43,918 Xin'trea. 10 00:00:44,918 --> 00:00:46,168 Ia dah makin dekat. 11 00:00:49,543 --> 00:00:53,834 Tenaga daripadanya itulah yang kau rasa di dunia asal raksasa Balor. 12 00:00:54,793 --> 00:00:56,709 Ia tiris ke dunia kita. 13 00:00:56,793 --> 00:00:58,501 Mari kita sambung perjalanan. 14 00:01:08,751 --> 00:01:09,793 Orang kerdil. 15 00:01:10,793 --> 00:01:12,834 Sekarang waktu dia makanlah! 16 00:01:12,918 --> 00:01:14,501 Dia dah berkhayal. 17 00:01:14,584 --> 00:01:16,834 Aku tak berkhayallah, bodoh. 18 00:01:17,876 --> 00:01:18,751 Itu! 19 00:01:21,043 --> 00:01:21,918 Raksasa Balor. 20 00:01:23,084 --> 00:01:24,293 Matilah kita. 21 00:01:24,376 --> 00:01:25,959 Ikut aku kalau nak hidup. 22 00:01:44,168 --> 00:01:47,043 Aku sebenarnya nak tengok kamu kena makan, 23 00:01:47,126 --> 00:01:50,459 tapi Gwen kata kamu semua istimewa. 24 00:01:50,543 --> 00:01:51,418 Gwen? 25 00:01:55,126 --> 00:01:55,959 Gwen. 26 00:01:57,959 --> 00:01:59,251 Dia betul rupanya. 27 00:01:59,834 --> 00:02:01,876 Aku biasanya menyampah bunian, 28 00:02:01,959 --> 00:02:04,418 tapi aku gembira dapat menjamu kalian. 29 00:02:04,918 --> 00:02:07,168 Katanya kalian bunuh ratusan askar di Daédwóde 30 00:02:07,251 --> 00:02:10,876 selepas mereka bakar bank orang kerdil. 31 00:02:10,959 --> 00:02:12,209 Lebih kuranglah. 32 00:02:12,834 --> 00:02:14,334 Hebat. 33 00:02:15,501 --> 00:02:17,418 Seri Ayu pun ada sekali. 34 00:02:17,501 --> 00:02:19,126 Aku ingat kau pendek. 35 00:02:19,209 --> 00:02:21,418 Tak apa, ia bukan salah kau. 36 00:02:21,501 --> 00:02:24,084 Perbuatan kau dah makin terkenal daripada lagu kau. 37 00:02:24,168 --> 00:02:26,876 Orang kata kau bunuh 80 pembunuh empayar 38 00:02:26,959 --> 00:02:30,459 yang dihantar untuk bunuh kau di Inis Dubh dengan tangan kosong dan gigi. 39 00:02:31,793 --> 00:02:33,376 Bukan hanya 80? 40 00:02:34,084 --> 00:02:34,959 Aku dah agak! 41 00:02:35,459 --> 00:02:36,584 Duduk! 42 00:02:36,668 --> 00:02:37,584 Silakan. 43 00:02:39,084 --> 00:02:42,459 Terima kasih. Dah lama kami tak makan makanan panas. 44 00:02:42,543 --> 00:02:46,084 Ayah aku kata, "Makanan sedap jika dikongsi." 45 00:02:46,168 --> 00:02:48,126 Tempat ini boleh tahan, Meldof. 46 00:02:48,959 --> 00:02:49,959 Jadi, 47 00:02:51,459 --> 00:02:52,501 betulkah? 48 00:02:53,793 --> 00:02:57,834 - Kalian rancang untuk bunuh maharani? - Kami bukan saja merancang. 49 00:02:57,918 --> 00:02:59,876 Kalian gilalah. 50 00:03:00,543 --> 00:03:04,751 Aku suka! Semoga dewa bencana bangkit dan menyokong kalian. 51 00:03:05,793 --> 00:03:08,126 Tapi Xin'trea kuat, 52 00:03:08,209 --> 00:03:11,543 lagipun, kalian bukannya ada pasukan tentera. 53 00:03:11,626 --> 00:03:12,709 Tentera tak perlu. 54 00:03:13,376 --> 00:03:14,834 Dia ahli Suku Anjing. 55 00:03:14,918 --> 00:03:16,251 Dia tahu jalan masuk. 56 00:03:16,834 --> 00:03:20,418 Untuk bunuh maharani, bunuh raksasanya dulu. 57 00:03:20,501 --> 00:03:23,209 Ia boleh tukar orang kepada debu berdarah. 58 00:03:23,293 --> 00:03:25,209 Malah, pekan Gylfen pun lenyap sekali gus. 59 00:03:25,793 --> 00:03:27,793 Kami tak tahu cara untuk membunuhnya. 60 00:03:27,876 --> 00:03:30,668 Kami nyaris jadi mangsa raksasa yang lebih kecil daripadanya. 61 00:03:30,751 --> 00:03:33,001 Kita bagilah ia makan kambing beracun. 62 00:03:36,334 --> 00:03:37,293 Bengapnya. 63 00:03:38,209 --> 00:03:39,043 Boleh juga. 64 00:03:39,126 --> 00:03:42,001 Apa kata kita hasilkan raksasa untuk membunuhnya? 65 00:03:43,501 --> 00:03:44,709 Bagaimana? 66 00:03:45,709 --> 00:03:48,126 Jantung makhluk dunia dari pintu itu… 67 00:03:48,959 --> 00:03:52,209 Jika dikenakan dengan sihir tertentu, 68 00:03:53,668 --> 00:03:55,043 mungkin berpadu dengan aku. 69 00:03:57,001 --> 00:03:59,793 Rasanya aku tak masukkan dadah dalam kuah itu. 70 00:04:00,293 --> 00:04:03,418 - Apa makna "berpadu"? - Itulah maknanya. 71 00:04:03,501 --> 00:04:06,834 Aku satukan teras biologi raksasa itu dengan teras aku 72 00:04:06,918 --> 00:04:08,751 untuk dapatkan kekuatan dan kuasanya. 73 00:04:10,126 --> 00:04:12,959 Harap-harap ia mampu bunuh raksasa Balor. 74 00:04:17,043 --> 00:04:18,584 Tapi aku tak mampu buat seorang. 75 00:04:24,501 --> 00:04:25,376 Dia buat lagi! 76 00:04:27,709 --> 00:04:28,668 Dia buat lagi! 77 00:04:45,418 --> 00:04:50,168 Aku ingat kau kembali untuk tebus kesilapan lalu. 78 00:04:55,418 --> 00:05:01,626 - Aku tahu aku tak balik sejak ibu pergi. - Kami tak sepatutnya terima kau. 79 00:05:12,668 --> 00:05:15,293 Aku rahsiakan kejadian itu. 80 00:05:17,668 --> 00:05:20,543 Aku fikir jika aku melupakannya… 81 00:05:20,626 --> 00:05:23,001 Ia mustahil. Aku dah cuba. 82 00:05:29,584 --> 00:05:32,168 - Tindakan kita… - Kita cuba selamatkan dia. 83 00:05:32,251 --> 00:05:35,043 - Dia mati, Syndril. - Kita hidupkan dia semula. 84 00:05:35,126 --> 00:05:37,251 Makhluk yang kita hidupkan itu 85 00:05:38,251 --> 00:05:39,626 bukan dia. 86 00:05:42,626 --> 00:05:45,543 Dia mati dan kita sepatutnya reda. 87 00:05:49,001 --> 00:05:49,918 Aku tahu… 88 00:05:53,001 --> 00:05:56,584 Aku memang tak berhak mengharapkan bantuan kau, 89 00:05:57,168 --> 00:06:01,376 tapi raksasa dan segala kemusnahan itu berlaku disebabkan aku. 90 00:06:02,584 --> 00:06:04,793 Tanpa bantuan kau, dunia akan kiamat. 91 00:06:04,876 --> 00:06:06,793 Mungkin dunia patut kiamat. 92 00:06:35,876 --> 00:06:38,209 Aku hampir berjaya, Solryth. 93 00:06:39,709 --> 00:06:41,668 Aku hanya perlu terus hidup. 94 00:07:31,959 --> 00:07:36,293 Penyatuan bunian dan raksasa itu, tak sesuai untuk kau. 95 00:07:37,251 --> 00:07:41,459 - Kita perlu pahlawan, bukan ahli sihir. - Salah seorang daripada kami. 96 00:07:43,001 --> 00:07:46,251 Ikut rancangan. Musnahkan tugu selepas kita bunuh raksasa. 97 00:07:46,334 --> 00:07:48,418 Jika kau hidup selepas upacara itu, 98 00:07:49,751 --> 00:07:53,043 kau mungkin berubah sepenuhnya. 99 00:07:53,626 --> 00:07:58,126 Setiap urat dan saraf kau akan rosak. 100 00:07:58,918 --> 00:08:02,334 Tempoh perubahannya memakan masa dan sakitnya tak terperi. 101 00:08:02,418 --> 00:08:05,293 Ithlinne kata, "Dua yang terpisah akan bersatu.." 102 00:08:06,084 --> 00:08:07,001 Ini lagi. 103 00:08:07,084 --> 00:08:09,876 Aku akan buat. Ini takdir aku. 104 00:08:09,959 --> 00:08:11,501 Lantaklah dengan takdir. 105 00:08:11,584 --> 00:08:13,334 Kamu boleh pilih kemudian. 106 00:08:14,418 --> 00:08:16,834 Persediaannya ambil masa sepanjang malam. 107 00:08:16,918 --> 00:08:20,626 Bunga feainnewedd ada dalam gua ini, tapi aku nak kalian cari 108 00:08:20,709 --> 00:08:23,501 akar mandrake, wolfsban dan netel mayat. 109 00:08:24,001 --> 00:08:26,834 Bawa juga jantung raksasa yang di tugu itu. 110 00:08:26,918 --> 00:08:27,793 Aku nak cari herba. 111 00:08:27,876 --> 00:08:29,626 Jangan biar dia buat. 112 00:08:30,834 --> 00:08:32,918 Kehendaknya takkan dapat dihalang. 113 00:08:34,668 --> 00:08:35,709 Percayalah. 114 00:08:40,168 --> 00:08:41,376 Kau tak boleh buat. 115 00:08:42,501 --> 00:08:46,126 - Aku orang terbaik. - Kerana ramalan gadis yang mengarut itu? 116 00:08:46,209 --> 00:08:48,543 Ia mengarut semasa raksasa tak wujud. 117 00:08:49,626 --> 00:08:51,501 Ia bukan sekadar ramalan. 118 00:08:53,834 --> 00:08:55,501 Aku perlu tebus dosa, Fjall. 119 00:08:56,001 --> 00:08:57,334 Dalam halimun Zacharé, 120 00:08:57,418 --> 00:09:00,626 aku teringat waktu aku bakar sebuah keluarga demi raja. 121 00:09:01,959 --> 00:09:03,959 Padahal itu belum apa-apa lagi. 122 00:09:04,043 --> 00:09:06,834 Kita semua pernah berlaku kejam demi suku kita. 123 00:09:06,918 --> 00:09:10,001 Aku ingat aku boleh tebus dosa dengan berkongsi lagu. 124 00:09:10,751 --> 00:09:13,626 Tapi tidak. Ia hanya boleh ditebus dengan mengorbankan diri. 125 00:09:13,709 --> 00:09:14,709 Tidak. 126 00:09:16,709 --> 00:09:18,751 Kau beri harapan kepada dunia. 127 00:09:19,418 --> 00:09:20,501 Aku lihat sendiri. 128 00:09:22,209 --> 00:09:23,543 Aku tak beri apa-apa kecuali… 129 00:09:25,168 --> 00:09:26,626 Kecuali maut. 130 00:09:28,584 --> 00:09:30,043 Kau perlu hidup, Éile. 131 00:09:31,543 --> 00:09:32,668 Tak apa. 132 00:09:40,584 --> 00:09:42,376 Fjall, aku dah kehabisan lagu. 133 00:09:58,793 --> 00:10:00,501 Siapa akan ambil eliksir itu? 134 00:10:03,001 --> 00:10:04,251 Aku akan buat. 135 00:10:11,918 --> 00:10:14,334 Kalian tahu aku mungkin mati esok, bukan? 136 00:10:17,584 --> 00:10:20,334 Mana majlis keraian aku, kawan-kawan? 137 00:10:20,418 --> 00:10:21,376 Majlis! 138 00:10:21,959 --> 00:10:24,126 Ya! 139 00:10:26,084 --> 00:10:28,043 Dari mana kau dapat semua ini? 140 00:10:28,126 --> 00:10:30,126 Aku mungkin hidup dalam hutan terpencil, 141 00:10:30,209 --> 00:10:33,751 tapi itu tak bermakna aku perlu lupakan nikmat tamadun dunia. 142 00:10:39,709 --> 00:10:40,626 Cendawan? 143 00:10:43,668 --> 00:10:44,876 Minumlah dengan aku. 144 00:11:08,876 --> 00:11:10,626 Kamu buat peraturan sendiri. 145 00:11:10,709 --> 00:11:13,043 Kalau kau kata aku boleh guna hravel untuk vaina… 146 00:11:13,126 --> 00:11:14,626 Kau kata kau tahu main! 147 00:11:16,126 --> 00:11:17,168 Aku bahagi kad. 148 00:11:17,251 --> 00:11:20,209 Kita patut biar dia main tipu. Kasihan dia. 149 00:11:20,293 --> 00:11:21,543 Dia tetap akan kalah. 150 00:11:23,376 --> 00:11:26,876 Kalau dah malang, memang malanglah jawabnya. 151 00:11:32,543 --> 00:11:35,918 - Kau tak minum. - Fikiran seseorang perlu kekal tajam. 152 00:11:36,834 --> 00:11:41,459 Kalau sihir Syndril berkesan pun, kita masih perlu masuk ke dalam istana. 153 00:11:42,043 --> 00:11:43,918 Ceritakan tentang pintu masuk rahsia itu. 154 00:11:48,293 --> 00:11:50,168 Mana ada pintu rahsia. 155 00:11:51,376 --> 00:11:52,668 Kalau ada pun, 156 00:11:52,751 --> 00:11:55,293 aku tentu dah jumpa dan tutup pintu itu. 157 00:11:55,376 --> 00:11:58,459 Jadi, kita perlu melepasi tembok Xin'trea 158 00:11:58,959 --> 00:12:00,459 tanpa askar upahan? 159 00:12:00,959 --> 00:12:02,459 Kita ikutlah keadaan. 160 00:12:04,709 --> 00:12:07,501 Setiap kali aku dah puas bersabar dengan badut bodoh, 161 00:12:08,001 --> 00:12:09,918 ada saja badut baru yang muncul. 162 00:12:31,501 --> 00:12:35,001 Syabas, Tuan Avallac'h. Boleh kamu buka laluannya? 163 00:12:35,501 --> 00:12:37,126 Ya, mungkin boleh. 164 00:12:37,209 --> 00:12:39,709 Sepatutnya boleh, tapi patik tak pasti 165 00:12:39,793 --> 00:12:41,584 selagi tak cuba sendiri. Jika… 166 00:12:42,376 --> 00:12:43,793 Pencuri! 167 00:12:44,709 --> 00:12:47,709 Kau fikir kau boleh curi daripada aku? 168 00:12:47,793 --> 00:12:48,959 Jangan sakiti dia! 169 00:12:50,418 --> 00:12:53,334 Tuanku perlu tunggu. Nanti giliran tuanku pula. 170 00:12:53,918 --> 00:12:57,626 Beritahu aku, kau buat begini kerana angkuh atau bodoh? 171 00:12:59,084 --> 00:13:01,376 Nak mati cepat atau dengan cara yang menarik? 172 00:13:04,376 --> 00:13:05,501 Baiklah, menarik. 173 00:13:06,584 --> 00:13:09,501 Pernahkah kau lihat mayat bahlul hancur berkecai? 174 00:13:13,543 --> 00:13:15,959 Mahu pergi ke dunia lain, Tuan Avallac'h? 175 00:13:16,584 --> 00:13:18,668 Belajarlah terbang dulu. 176 00:13:20,168 --> 00:13:21,168 Balor! 177 00:13:24,751 --> 00:13:26,376 Buatlah kalau nak dia mati. 178 00:13:35,751 --> 00:13:36,584 Berhenti. 179 00:13:41,959 --> 00:13:42,959 Pergi. 180 00:13:47,001 --> 00:13:49,959 Panggil tabib terbaik kita. Kita perlukan dia. 181 00:13:54,126 --> 00:13:55,543 Kau dah tertipu. 182 00:14:05,709 --> 00:14:06,543 Jadi, 183 00:14:08,168 --> 00:14:09,959 kenapa tukul kau ada nama? 184 00:14:12,001 --> 00:14:12,959 Gwen. 185 00:14:14,543 --> 00:14:18,793 Dia orang kerdil tercantik yang aku pernah kenal. 186 00:14:20,501 --> 00:14:22,918 Payudaranya montok. 187 00:14:23,876 --> 00:14:25,626 Janggutnya lembut bak sutera. 188 00:14:26,584 --> 00:14:27,959 Cemburu aku dibuatnya. 189 00:14:28,459 --> 00:14:32,251 Sehelai bulu pun tak mahu tumbuh di dagu aku. 190 00:14:33,834 --> 00:14:35,043 Walau bagaimanapun, 191 00:14:35,626 --> 00:14:38,876 aku amat mencintainya. 192 00:14:40,418 --> 00:14:42,376 Ia saat terindah dalam hidup aku. 193 00:14:44,918 --> 00:14:45,918 Apa yang berlaku? 194 00:14:48,293 --> 00:14:49,293 Perkara biasa. 195 00:14:51,251 --> 00:14:54,501 Tentera bunian serang kem kami semasa aku memburu. 196 00:14:55,709 --> 00:14:59,459 Aku jumpa Gwen dalam keadaan bogel dan disembelih 197 00:14:59,543 --> 00:15:02,043 oleh bangsat Xin'trea itu. 198 00:15:02,126 --> 00:15:02,959 Maaf. 199 00:15:04,084 --> 00:15:05,918 Sebagai bunian, kau agak teruk. 200 00:15:06,001 --> 00:15:08,668 Minta maaf kepada orang kerdil. Tak pernah dibuat bunian. 201 00:15:10,918 --> 00:15:11,793 Selepas itu, 202 00:15:15,293 --> 00:15:19,293 aku gali bijih terbaik di Pergunungan Koreth, 203 00:15:19,376 --> 00:15:23,418 aku leburkannya dan sebatikannya dengan abu Gwen kesayanganku. 204 00:15:25,709 --> 00:15:29,043 Kemudian, aku dan Gwen pergi memburu. 205 00:15:35,251 --> 00:15:36,751 Benda terakhir yang mereka nampak 206 00:15:37,876 --> 00:15:40,418 ialah nama Gwen yang menuntut keadilan. 207 00:15:43,501 --> 00:15:45,293 Aku janji tak buat dia marah. 208 00:15:49,584 --> 00:15:51,793 - Kau dan ahli sihir wanita itu… - Ya. 209 00:15:53,376 --> 00:15:57,543 - Bagaimana kalian boleh bersama? - Panjang ceritanya. 210 00:15:58,959 --> 00:16:01,001 Ia tentu menarik. 211 00:16:02,209 --> 00:16:05,668 Pada satu hari, aku melangkah ke dalam kabusnya… 212 00:16:09,793 --> 00:16:12,626 dan dia nampak segala yang aku dah buat… 213 00:16:15,584 --> 00:16:18,251 segala kejahatan yang aku bawa ke dunia ini… 214 00:16:21,918 --> 00:16:24,418 tapi entah kenapa, dia masih nampak… 215 00:16:29,834 --> 00:16:31,084 kebaikan dalam diri aku. 216 00:16:34,793 --> 00:16:36,584 Maka, dia mula merawat roh aku 217 00:16:36,668 --> 00:16:39,293 dengan kelembutan yang aku tak berhak terima. 218 00:16:50,668 --> 00:16:52,584 Hebatnya kisah kau. 219 00:16:55,543 --> 00:16:59,751 Diamatinya cahaya fajar 220 00:16:59,834 --> 00:17:03,293 Pada mayangnya yang mengurai 221 00:17:04,959 --> 00:17:07,001 Kemongelan bibirnya 222 00:17:07,959 --> 00:17:11,626 Menjanjikan kehidupan bahagia 223 00:17:11,709 --> 00:17:15,168 Dua kekasih berdakapan 224 00:17:15,251 --> 00:17:19,126 Dalam sinar musim salju 225 00:17:21,418 --> 00:17:23,834 Tatkala perang 226 00:17:23,918 --> 00:17:27,709 Melanda segenap alam 227 00:17:30,251 --> 00:17:33,084 Temanilah daku, sayangku 228 00:17:33,168 --> 00:17:36,834 Kerisauan menguasai hati 229 00:17:36,918 --> 00:17:39,251 Temanilah daku, sayangku 230 00:17:39,334 --> 00:17:41,751 Perbatasan dijilat api 231 00:17:41,834 --> 00:17:45,001 Dan perang menanti 232 00:17:45,084 --> 00:17:48,793 Untuk membawa kau pergi 233 00:17:48,876 --> 00:17:51,043 Biar kau bersemadi 234 00:17:51,126 --> 00:17:54,709 Tertanam dalam Bumi 235 00:17:55,543 --> 00:17:58,334 Pulanglah, oh sayangku 236 00:17:58,418 --> 00:18:01,168 Cintaku masih membara 237 00:18:03,793 --> 00:18:05,751 Pulanglah, oh sayangku 238 00:18:05,834 --> 00:18:08,376 Anakmu mahukan bapanya 239 00:18:08,459 --> 00:18:11,543 Jiwaku dahaga 240 00:18:11,626 --> 00:18:15,001 Akan gelombang yang berbusa 241 00:18:17,293 --> 00:18:20,209 Jejakmu akan kuturuti 242 00:18:20,293 --> 00:18:24,501 Ke negeri abadi 243 00:18:38,084 --> 00:18:40,793 Pulanglah, oh sayangku… 244 00:18:40,876 --> 00:18:42,959 Aduh, tolonglah. 245 00:18:44,543 --> 00:18:47,043 Cintaku masih cedera… 246 00:18:47,126 --> 00:18:49,168 Sudahlah. Jahanam lagu aku. 247 00:18:49,251 --> 00:18:53,084 Rasa sungai berpusar 248 00:18:53,168 --> 00:18:56,043 Jejakmu akan kuturuti… 249 00:18:56,126 --> 00:18:57,584 Aku menyanyi macam itu? 250 00:18:58,876 --> 00:18:59,959 Terima kasih. 251 00:19:06,001 --> 00:19:08,168 Kau memang berbakat. 252 00:19:10,376 --> 00:19:12,834 Kau ada terfikir tentang masa depan 253 00:19:13,709 --> 00:19:15,334 jika terselamat? 254 00:19:20,376 --> 00:19:21,668 Entahlah. 255 00:19:24,376 --> 00:19:25,793 Aku tak ada bakat. 256 00:19:28,084 --> 00:19:30,001 Selain membunuh dan… 257 00:19:32,126 --> 00:19:33,709 sentiasa memalukan diri. 258 00:19:38,043 --> 00:19:39,126 Manalah tahu. 259 00:19:39,918 --> 00:19:41,959 Kalaulah kita lahir di bawah bintang berbeza, 260 00:19:42,043 --> 00:19:46,168 aku dibesarkan sebagai anak orang biasa dan… 261 00:19:48,793 --> 00:19:49,709 bukan begini. 262 00:19:55,751 --> 00:19:57,543 Kau pula penggembala khinzir 263 00:19:58,293 --> 00:19:59,709 dan Merwyn isteri kau. 264 00:20:01,126 --> 00:20:02,834 Dengan 20 orang anak. 265 00:20:07,043 --> 00:20:08,043 Tidak. 266 00:20:12,293 --> 00:20:13,918 Hubungan aku dengan Merwyn 267 00:20:15,459 --> 00:20:16,334 tak sejati. 268 00:20:23,001 --> 00:20:24,376 Di bawah mana-mana bintang. 269 00:20:32,751 --> 00:20:35,251 Indahnya kalau kita lahir di bawah bintang yang sama. 270 00:20:40,209 --> 00:20:41,084 Ya. 271 00:20:46,834 --> 00:20:47,959 Jangan lupakan aku. 272 00:21:35,209 --> 00:21:36,168 Tidak. 273 00:21:38,126 --> 00:21:40,584 - Tidak! - Dia terlalu kuat! 274 00:21:40,668 --> 00:21:43,334 Hentikannya. Aku yang sepatutnya minum! 275 00:21:43,418 --> 00:21:46,959 Dia dah ambil eliksir pertama. Kalau berhenti, dia akan mati. 276 00:21:49,418 --> 00:21:50,751 - Ikat dia! - Fjall! 277 00:21:51,584 --> 00:21:52,751 Aku di sini. 278 00:21:52,834 --> 00:21:54,793 Ini aku! Aku di sini. 279 00:21:56,209 --> 00:21:57,043 Celaka. 280 00:22:01,376 --> 00:22:04,418 - Tentu ada cara untuk memulihkannya. - Tiada, aku… 281 00:22:05,209 --> 00:22:06,084 Tolonglah! 282 00:22:07,834 --> 00:22:09,168 Kita perlu sambung. 283 00:22:10,168 --> 00:22:11,001 Pegang dia. 284 00:22:17,668 --> 00:22:19,793 Telan! 285 00:22:31,668 --> 00:22:36,209 Ketika Ujian Ramuan Herba mula menampakkan kesan dahsyatnya terhadap Fjall, 286 00:22:36,293 --> 00:22:39,918 maharani muda itu mula merealisasikan impian utamanya, 287 00:22:40,001 --> 00:22:42,793 yakni menguasai kunci ke dunia lain. 288 00:22:42,876 --> 00:22:43,709 Komander Agung. 289 00:22:44,501 --> 00:22:46,918 Tuan Avallac'h. Kamu dah bersedia? 290 00:22:47,001 --> 00:22:48,084 Sudah tentu. 291 00:22:49,084 --> 00:22:49,918 Sebentar, ya. 292 00:23:12,501 --> 00:23:13,501 Ini kerja bodoh. 293 00:23:15,043 --> 00:23:15,876 Kita perlu Balor. 294 00:23:16,459 --> 00:23:19,251 Tanpa laluan ini, tak bolehlah kita takluk dunia baru. 295 00:23:19,334 --> 00:23:20,876 Maka, kita tiada makanan. 296 00:23:20,959 --> 00:23:24,168 - Pemberontakan akan tercetus. - Kita dah kurung dia. 297 00:23:24,251 --> 00:23:25,751 Dia takkan setuju, 298 00:23:25,834 --> 00:23:27,459 tapi patik boleh pujuk dia. 299 00:23:27,543 --> 00:23:30,584 Tidak, dia lebih rela dihukum. 300 00:23:30,668 --> 00:23:34,001 Dia sanggup mati daripada malu. Biar beta uruskannya. 301 00:23:34,876 --> 00:23:36,459 Sediakan pasukan peninjau. 302 00:23:37,043 --> 00:23:38,543 Baik. 303 00:23:46,918 --> 00:23:48,334 Lama lagikah? 304 00:23:48,418 --> 00:23:52,376 Segala yang kita dah buat cuma persediaan untuk tatacaranya. 305 00:23:54,209 --> 00:23:56,209 Itu bukan tatacaranya? 306 00:23:56,876 --> 00:23:57,876 Kau patut keluar. 307 00:23:58,376 --> 00:24:00,751 Ini mungkin tak berjaya langsung. 308 00:24:00,834 --> 00:24:04,501 Aku faham perasaannya apabila melihat orang menjadi raksasa. 309 00:24:07,043 --> 00:24:08,751 Kau buatlah apa yang patut. 310 00:24:10,751 --> 00:24:12,334 Aku takkan ke mana-mana. 311 00:24:13,918 --> 00:24:14,959 Buka mulutnya. 312 00:24:37,251 --> 00:24:38,251 Dia dah bersedia. 313 00:24:46,709 --> 00:24:47,709 Fjall. 314 00:24:49,126 --> 00:24:51,376 Mari buat cepat supaya dia tak mati. 315 00:24:58,168 --> 00:24:59,126 Buatlah. 316 00:25:04,334 --> 00:25:08,293 Ibu bentala, dengarlah rayuanku. Pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 317 00:25:09,209 --> 00:25:12,209 Ibu samudera, pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 318 00:25:12,293 --> 00:25:15,001 Ibu cakerawala, pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 319 00:25:15,084 --> 00:25:18,668 Ibu segala yang tak nyata, pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 320 00:25:19,501 --> 00:25:22,334 Ibu samudera, pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 321 00:25:22,418 --> 00:25:25,584 Ibu cakerawala, pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 322 00:25:25,668 --> 00:25:30,126 Ibu bentala, dengarlah rayuanku. Pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 323 00:25:33,376 --> 00:25:36,376 Ibu samudera, pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 324 00:25:36,459 --> 00:25:39,626 Ibu cakerawala, pinjamkanlah kuasamu kepadaku. 325 00:26:31,543 --> 00:26:32,459 Dia… 326 00:26:34,584 --> 00:26:35,543 dah tiada. 327 00:26:38,918 --> 00:26:40,126 Maafkan aku. 328 00:27:13,959 --> 00:27:14,876 Seksanya. 329 00:27:16,001 --> 00:27:18,334 Kalian tak biasa terseksa begini. 330 00:27:18,834 --> 00:27:21,834 Bunian lebih cekal daripada orang kerdil. Itu hakikatnya. 331 00:27:23,543 --> 00:27:24,376 Hakikat. 332 00:27:25,459 --> 00:27:26,376 Hakikat bunian. 333 00:27:28,084 --> 00:27:32,001 Kami dah lama menderita di tangan bunian. 334 00:27:32,084 --> 00:27:36,334 Penderitaan dan keperitan yang kau takkan faham. 335 00:27:36,418 --> 00:27:37,334 Ya, tapi… 336 00:27:38,418 --> 00:27:40,543 itu dah lama berlalu. Ia bukan… 337 00:27:40,626 --> 00:27:41,626 Bukan kau? 338 00:27:44,084 --> 00:27:46,793 Dunia kaum kau wujud atas pengorbanan kami. 339 00:27:52,626 --> 00:27:55,126 Kau tahu kenapa aku panggil tugu itu "menara zakar"? 340 00:27:56,834 --> 00:28:00,876 Kerana nenek moyang kami tanam tugu itu untuk menyuburkan alam. 341 00:28:02,918 --> 00:28:03,918 Ia tugu keramat. 342 00:28:05,418 --> 00:28:08,543 Tapi bunian mencemarinya. 343 00:28:10,126 --> 00:28:12,168 Patutlah kebuluran berleluasa. 344 00:28:13,584 --> 00:28:17,043 Ya, aku memang tak menafikannya. 345 00:28:20,376 --> 00:28:22,959 Kau yakinkah kau mampu bunuh maharani? 346 00:28:24,584 --> 00:28:25,918 Itulah rancangannya. 347 00:28:29,043 --> 00:28:30,376 Baiklah, aku nak ikut. 348 00:28:33,334 --> 00:28:35,668 Kenapa kau nak bantu sekumpulan bunian? 349 00:28:36,876 --> 00:28:39,668 Kerana untuk pengetahuan kau, 350 00:28:43,168 --> 00:28:44,376 jiwa aku kosong. 351 00:28:48,751 --> 00:28:53,043 Aku dah buru dan bunuh semua perogol Gwen. 352 00:28:55,668 --> 00:28:57,334 Tiada apa-apa yang tinggal. 353 00:28:58,334 --> 00:29:01,126 Tinggal satu lagi misi untuk menemukan kami. 354 00:29:02,418 --> 00:29:05,918 Supaya aku boleh mati dengan rasa megah. 355 00:29:06,876 --> 00:29:08,376 Kami mengalu-alukan kau, 356 00:29:09,418 --> 00:29:10,501 dan Gwen. 357 00:29:13,209 --> 00:29:14,834 Kami perlukan tukang masak. 358 00:29:22,959 --> 00:29:23,876 Mana Scían? 359 00:29:49,668 --> 00:29:50,668 Berhenti! 360 00:29:51,959 --> 00:29:53,918 Apa urusan kau di Xin'trea? 361 00:29:57,209 --> 00:29:59,418 Aku ada maklumat untuk maharani. 362 00:30:02,959 --> 00:30:03,793 Mara. 363 00:30:32,501 --> 00:30:33,709 Cacah di badan kamu. 364 00:30:34,293 --> 00:30:38,834 Puak Hantu? Beta pernah nampak lukisan dalam buku Tolomast yang Muda, 365 00:30:39,376 --> 00:30:40,293 beta ingat kamu… 366 00:30:40,376 --> 00:30:43,793 Patik orang terakhir puak kami, disebabkan ayahanda tuanku. 367 00:30:44,668 --> 00:30:46,418 Kalaulah keadaan berbeza, 368 00:30:46,501 --> 00:30:48,376 patik mungkin dah bunuh tuanku. 369 00:30:48,459 --> 00:30:49,334 Tunggu. 370 00:30:51,626 --> 00:30:52,959 Kalau keadaan berbeza, 371 00:30:53,501 --> 00:30:54,959 kamu mungkin akan cuba. 372 00:31:00,543 --> 00:31:02,043 Baiklah, apa urusan kamu? 373 00:31:02,834 --> 00:31:05,751 Patik tahu kedudukan Fjall Stoneheart. 374 00:31:06,334 --> 00:31:07,626 Dia masih hidup? 375 00:31:07,709 --> 00:31:09,668 Kali terakhir kami berjumpa, ya. 376 00:31:10,209 --> 00:31:13,251 Patik mengembara dengan dia dan gadis Raven itu. 377 00:31:13,334 --> 00:31:16,543 Patik Ibu Pedangnya. Dia percayakan patik. 378 00:31:16,626 --> 00:31:18,501 Tapi kamu sanggup khianati dia? 379 00:31:18,584 --> 00:31:21,626 Tuanku pun pernah khianati keluarga sendiri. 380 00:31:22,584 --> 00:31:26,709 Bayar dulu 50,000 oir untuk Fjall, dan 20,000 untuk Seri Ayu itu. 381 00:31:27,876 --> 00:31:32,709 - Nilainya tak setinggi itu. - Dia suara rakyat. 382 00:31:33,959 --> 00:31:37,084 Lagipun, dia dah curi hati Fjall. 383 00:31:38,959 --> 00:31:40,418 - Baiklah. - Patik belum selesai. 384 00:31:40,918 --> 00:31:42,626 Sebagai tukaran dengan Fjall, 385 00:31:43,626 --> 00:31:46,918 kembalikan pedang suci puak patik, 386 00:31:47,626 --> 00:31:49,293 Soulreaver. 387 00:31:50,668 --> 00:31:54,543 Akhir sekali, patik perlukan 50 askar Empayar Emas 388 00:31:54,626 --> 00:31:56,876 untuk tangkap dia hidup-hidup. 389 00:31:56,959 --> 00:31:59,709 Patik tak rasa dia mahu jumpa tuanku 390 00:31:59,793 --> 00:32:01,459 menurut tuntutan tuanku. 391 00:32:03,084 --> 00:32:04,668 - Penuhi permintaannya. - Baik. 392 00:32:11,668 --> 00:32:12,668 Fjall. 393 00:32:19,209 --> 00:32:20,126 Fjall, ini aku. 394 00:32:27,709 --> 00:32:30,376 Aku boleh… hidu darah kau, 395 00:32:31,584 --> 00:32:34,084 Aku nak musnahkan segalanya. 396 00:32:40,251 --> 00:32:41,168 Tak apa. 397 00:32:43,584 --> 00:32:47,334 Hei. Yang lain ada di luar. Cuma kita berdua di sini. 398 00:33:11,168 --> 00:33:12,459 Maafkan aku. 399 00:33:15,959 --> 00:33:17,876 Kenapa kau buat begini? 400 00:33:24,251 --> 00:33:25,709 Aku ingat kau dah mati. 401 00:33:29,459 --> 00:33:30,709 Tak sanggup aku melihatnya. 402 00:34:53,876 --> 00:34:55,209 Aku sanggup mati demi kau. 403 00:35:07,293 --> 00:35:08,334 Kau dah mati pun. 404 00:35:18,376 --> 00:35:21,209 Sia-sia saja kita korbankan budak-budak itu. 405 00:35:21,293 --> 00:35:24,668 Kenapa ia gagal? 406 00:35:24,751 --> 00:35:28,168 Apa lagi yang dia nak? 407 00:35:30,543 --> 00:35:32,543 Pengorbanan sebenar datang dari dalam jiwa. 408 00:35:35,543 --> 00:35:37,376 Sekarang aku faham maksudnya. 409 00:35:39,751 --> 00:35:40,751 Dah terlambat. 410 00:35:56,084 --> 00:35:57,209 Kita perlu bincang. 411 00:36:02,251 --> 00:36:03,751 Belenggu ini tak perlu. 412 00:36:05,459 --> 00:36:10,043 Patik bina sel dimeritium ini untuk kurung ahli sihir yang keras kepala. 413 00:36:11,126 --> 00:36:12,834 Supaya kuasa mereka dikekang. 414 00:36:13,501 --> 00:36:16,334 Supaya mereka rasa kosong dan tak berkuasa. 415 00:36:18,251 --> 00:36:19,876 Kini, patik berada di sini. 416 00:36:20,709 --> 00:36:22,418 Kosong dan tanpa kuasa. 417 00:36:23,668 --> 00:36:26,251 Atas perintah maharani yang keras kepala. 418 00:36:29,126 --> 00:36:30,918 Tapi ada cara untuk bebas. 419 00:36:32,126 --> 00:36:34,293 Berkhidmat untuk maharani kamu. 420 00:36:35,626 --> 00:36:38,418 Ahli sihir tuanku gagal buka laluannya, bukan? 421 00:36:41,668 --> 00:36:42,709 Ya. 422 00:36:45,001 --> 00:36:46,543 Beta akan berterus terang. 423 00:36:47,834 --> 00:36:50,043 Kalau kamu bekerjasama dengan beta, 424 00:36:50,126 --> 00:36:51,584 beta akan bebaskan kamu 425 00:36:51,668 --> 00:36:54,043 dan kembalikan jawatan Ketua Pendeta Majlis. 426 00:36:54,126 --> 00:36:55,668 Patik pernah bantu tuanku. 427 00:36:57,001 --> 00:36:58,293 Lihatlah akibatnya. 428 00:36:59,584 --> 00:37:01,209 Kita mungkin tak sekepala. 429 00:37:02,501 --> 00:37:05,459 Tapi lihatlah segala yang kita capai bersama. 430 00:37:06,626 --> 00:37:10,459 Akhirnya, semua bunian disatukan, sedia untuk menakluk dunia lain. 431 00:37:10,543 --> 00:37:12,084 Kerana patik dan wawasan patik. 432 00:37:12,168 --> 00:37:13,959 Ya, beta amat berterima kasih. 433 00:37:17,126 --> 00:37:19,293 Kita sama-sama keras kepala. 434 00:37:21,418 --> 00:37:22,293 Namun begitu, 435 00:37:23,334 --> 00:37:25,459 kenapa kita jauh terpisah? 436 00:37:25,543 --> 00:37:27,793 - Ia atas dasar hormat. - Hormat? 437 00:37:28,501 --> 00:37:31,709 Balor, kamu anggap beta sebagai puteri yang dikurung 438 00:37:31,793 --> 00:37:35,459 untuk ditukar, diperguna atau dihapuskan. 439 00:37:35,543 --> 00:37:39,959 Tuanku anggap patik rakyat marhaen yang diangkat ke kedudukan yang tinggi. 440 00:37:40,459 --> 00:37:42,251 Kamu yang anggap begitu. 441 00:37:44,043 --> 00:37:47,709 Beta anggap kamu seorang yang bijak, 442 00:37:47,793 --> 00:37:51,043 jauh berkebolehan daripada kepompong yang ayahanda beta tetapkan. 443 00:37:52,209 --> 00:37:54,376 Beta cuma minta kamu anggap beta begitu juga. 444 00:37:58,293 --> 00:38:00,168 Hentikan perselisihan ini 445 00:38:00,251 --> 00:38:02,959 dan mari kita bentuk masa depan bersama. 446 00:38:04,584 --> 00:38:06,793 Tentu bukan ini saja yang ada. 447 00:38:08,918 --> 00:38:09,793 Memang ada. 448 00:38:12,668 --> 00:38:13,668 Baiklah. 449 00:38:15,001 --> 00:38:18,876 Tapi bebaskan Fenrik. Dia anak didik patik. 450 00:38:21,251 --> 00:38:22,251 Sudah tentu. 451 00:38:22,751 --> 00:38:26,209 Jangan percayakan perempuan ini. 452 00:38:28,293 --> 00:38:30,834 Dia ucap terima kasih setulus hati. 453 00:38:38,001 --> 00:38:39,001 Pengawal! 454 00:38:43,126 --> 00:38:44,126 Bebaskan mereka. 455 00:38:50,543 --> 00:38:54,251 Aku dah cari di seluruh hutan. Kuda terbaik aku pun dah tiada. 456 00:38:54,334 --> 00:38:55,668 Tak sangka dia curi. 457 00:38:55,751 --> 00:38:57,293 - Siapa? - Scían. 458 00:38:59,126 --> 00:39:01,709 Itu tak masuk akal. Kenapa pergi sekarang? 459 00:39:02,626 --> 00:39:03,626 Tanpa sebarang ucapan. 460 00:39:03,709 --> 00:39:07,626 Mungkin dia cuma tiba-tiba waras memandangkan kita menempah maut. 461 00:39:08,459 --> 00:39:11,709 Rupa-rupanya tak ada pun pintu rahsia. 462 00:39:12,209 --> 00:39:15,709 Semasa Fjall kata begitu, mukanya berubah. 463 00:39:15,793 --> 00:39:17,209 - Dia… - Dia dah pulang. 464 00:39:24,918 --> 00:39:26,043 Aku tinjau kawasan. 465 00:39:26,668 --> 00:39:27,543 Semua selamat. 466 00:39:27,626 --> 00:39:31,834 Ada jejak pemburu yang boleh melindungi jejak kita ke Xin'trea. 467 00:39:31,918 --> 00:39:32,959 Bijak. 468 00:39:37,959 --> 00:39:39,293 Kau nampak sama saja. 469 00:39:41,126 --> 00:39:42,293 Ia gagalkah? 470 00:39:42,376 --> 00:39:43,376 Ia berjaya. 471 00:39:45,126 --> 00:39:46,126 Tapi bukan pada aku. 472 00:39:49,293 --> 00:39:51,334 Fjall yang keluar dari gua itu 473 00:39:51,418 --> 00:39:53,918 bukan Fjall yang memasukinya. 474 00:39:54,709 --> 00:39:59,376 Perubahan tenaga pada udara di sekelilingnya belum pernah mereka rasa… 475 00:40:03,209 --> 00:40:04,209 atau lihat. 476 00:40:12,168 --> 00:40:13,501 Boleh tahan. 477 00:40:13,584 --> 00:40:15,126 Baiklah. Mari kita pergi. 478 00:40:15,959 --> 00:40:17,209 Kita kesuntukan masa. 479 00:40:24,043 --> 00:40:25,251 Cepatlah, Meldof. 480 00:40:25,334 --> 00:40:28,209 Kencing pun tak tenang. Teruknya apabila digesa. 481 00:40:29,668 --> 00:40:31,251 Kita dah tak jauh. 482 00:40:31,334 --> 00:40:34,751 Jejak pemburu itu berada di seberang rabung seterusnya. 483 00:40:35,626 --> 00:40:37,126 Apa ini? 484 00:40:37,209 --> 00:40:38,459 Jalan mati. 485 00:40:43,043 --> 00:40:44,918 Dari mana mereka datang? 486 00:41:06,543 --> 00:41:07,459 Apa dia buat? 487 00:41:10,084 --> 00:41:11,126 Tidak. 488 00:41:15,751 --> 00:41:17,709 Biar betul. 489 00:41:19,918 --> 00:41:21,168 Berbaris! 490 00:41:22,334 --> 00:41:23,793 Jangan biar mereka lepasi kita. 491 00:41:24,793 --> 00:41:25,918 Jangan berundur. 492 00:41:29,876 --> 00:41:31,709 Berhenti! Angkat pedang. 493 00:41:32,418 --> 00:41:35,251 Scían, apa kau buat? 494 00:42:04,251 --> 00:42:05,626 Indahnya. 495 00:42:06,709 --> 00:42:09,043 Lihatlah. Mereka macam landak berdarah. 496 00:42:09,126 --> 00:42:11,751 Jangan ragui lagi rancangan aku, Uthrok. 497 00:42:11,834 --> 00:42:13,168 Kau kenal dia? 498 00:42:13,251 --> 00:42:14,501 Mereka di pihak kita? 499 00:42:15,668 --> 00:42:16,751 Kita menangkah? 500 00:42:17,376 --> 00:42:18,501 Tak juga. 501 00:42:25,293 --> 00:42:26,459 Maaf, Gwen. 502 00:42:27,709 --> 00:42:29,876 Dia agak cemburu. 503 00:42:43,668 --> 00:42:48,168 Éile daripada Suku Raven, aku perkenalkan Uthrok Berbuah Satu. 504 00:42:49,126 --> 00:42:50,376 Ia nama gelaran saja. 505 00:42:50,876 --> 00:42:53,626 Ia besar macam dua biji buah delima. 506 00:42:53,709 --> 00:42:54,709 Tanyalah dia. 507 00:42:54,793 --> 00:42:55,793 Hei. 508 00:42:58,459 --> 00:43:00,709 Jangan pandang aku begitu. 509 00:43:00,793 --> 00:43:04,251 Semua orang di Kontinen buru kau untuk tuntut ganjaran. 510 00:43:04,834 --> 00:43:07,376 Aku cuma guna kelemahan itu dan jadikannya kekuatan 511 00:43:07,459 --> 00:43:11,293 dan kini, kita ada cara untuk memasuki kota 512 00:43:12,084 --> 00:43:14,084 dan askar upahan. 513 00:43:19,376 --> 00:43:22,751 Kini, dengan askar yang pahlawan bertujuh itu perlukan, 514 00:43:22,834 --> 00:43:24,626 mereka berpeluang untuk menang 515 00:43:25,668 --> 00:43:28,209 sekiranya mereka berjaya membawa Fjall masuk 516 00:43:28,293 --> 00:43:31,459 sebelum raksasa dalam tubuhnya menguasai dirinya. 517 00:43:35,293 --> 00:43:38,376 Sebaik saja kita berjaya masuk, buka semua jelapang. 518 00:43:38,459 --> 00:43:41,084 Biar rakyat merusuh, supaya semua askar lari. 519 00:43:41,168 --> 00:43:43,209 Aku akan suruh Fjall masuk ke balairung seri 520 00:43:43,293 --> 00:43:44,584 untuk bunuh raksasa. 521 00:43:44,668 --> 00:43:47,043 Aku dan Zacharé akan musnahkan tugu itu. 522 00:43:47,543 --> 00:43:48,876 Aku akan bunuh Merwyn. 523 00:43:52,293 --> 00:43:54,209 Kita akan bertarung lagi, Gwen. 524 00:43:54,293 --> 00:43:56,084 Kita akan jumpa tak lama lagi. 525 00:43:57,584 --> 00:44:01,959 Kalau aku terkorban, boleh kau suruh dia bela kematian aku? 526 00:44:03,709 --> 00:44:04,834 Dia tentu suka. 527 00:44:17,043 --> 00:44:19,001 Rancangan ini akan gagal. 528 00:44:20,668 --> 00:44:22,209 Mereka tentu tahu rancangan kita. 529 00:44:22,293 --> 00:44:23,459 Cubalah bertahan. 530 00:44:25,168 --> 00:44:26,251 Lawan desakan itu. 531 00:44:26,751 --> 00:44:27,584 Aku memang lawan. 532 00:44:27,668 --> 00:44:28,751 Dengar sini. 533 00:44:40,293 --> 00:44:41,793 Bawa suara aku bersama. 534 00:44:43,334 --> 00:44:44,459 Jangan lepaskannya, 535 00:44:45,584 --> 00:44:48,918 selagi kau belum bersemuka dengan raksasa itu. 536 00:45:00,126 --> 00:45:01,126 Baiklah. 537 00:45:02,626 --> 00:45:04,709 Mari kita tumpaskan sebuah empayar. 538 00:45:12,584 --> 00:45:16,501 Diamatinya cahaya fajar 539 00:45:16,584 --> 00:45:20,918 Pada mayangnya yang mengurai 540 00:45:22,334 --> 00:45:24,543 Kemongelan bibirnya 541 00:45:25,334 --> 00:45:29,043 Menjanjikan kehidupan bahagia 542 00:45:29,126 --> 00:45:32,584 Dua kekasih berdakapan 543 00:45:32,668 --> 00:45:36,626 Dalam sinar musim salju 544 00:45:38,126 --> 00:45:40,834 Tatkala perang 545 00:45:40,918 --> 00:45:44,668 Melanda segenap alam 546 00:45:47,418 --> 00:45:50,251 Temanilah daku, sayangku 547 00:45:50,334 --> 00:45:54,334 Kerisauan menguasai hati 548 00:45:55,334 --> 00:45:57,793 Temanilah daku, sayangku 549 00:45:57,876 --> 00:46:00,584 Perbatasan dijilat api 550 00:46:00,668 --> 00:46:03,709 Dan perang menanti 551 00:46:03,793 --> 00:46:07,668 Untuk membawa kau pergi 552 00:46:09,876 --> 00:46:15,084 Biar kau bersemadi, tertanam dalam Bumi 553 00:46:16,959 --> 00:46:19,834 Di tepi sungai dia menanti 554 00:46:19,918 --> 00:46:23,418 Kepulangan roh kekasihnya 555 00:46:25,043 --> 00:46:27,668 Fitrah kekasih diwarisi 556 00:46:27,751 --> 00:46:30,084 Anaknya yang bakal bernyawa 557 00:46:30,168 --> 00:46:33,126 Dan suara mereka yang gugur 558 00:46:33,209 --> 00:46:36,918 Bergema dalam kabus pagi 559 00:46:38,334 --> 00:46:40,751 Cuba untuk kembali 560 00:46:40,834 --> 00:46:44,293 Menemui cinta sejati 561 00:46:46,584 --> 00:46:49,418 Pulanglah, oh sayangku 562 00:46:49,501 --> 00:46:53,168 Anakmu mahukan bapanya 563 00:46:55,626 --> 00:46:57,584 Pulanglah, oh sayangku 564 00:46:57,668 --> 00:47:00,459 Cintaku masih membara 565 00:47:00,543 --> 00:47:03,626 Jiwaku dahaga 566 00:47:03,709 --> 00:47:07,251 Akan gelombang yang berbusa 567 00:47:10,709 --> 00:47:13,459 Jejakmu akan kuturuti 568 00:47:13,543 --> 00:47:17,709 Ke negeri abadi 569 00:47:19,668 --> 00:47:22,626 Jejakmu akan kuturuti 570 00:47:22,709 --> 00:47:26,626 Ke negeri abadi 571 00:48:26,793 --> 00:48:32,293 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin