1 00:00:20,646 --> 00:00:24,358 Bertahun-tahun yang lalu, ketika Kehancuran Besar mula melanda, 2 00:00:24,358 --> 00:00:27,278 Abang Besar menghabiskan setiap saat hidupnya 3 00:00:27,278 --> 00:00:28,946 untuk mencari keluarganya... 4 00:00:34,243 --> 00:00:35,078 Keluarga... 5 00:00:35,078 --> 00:00:36,996 untuk cuba membawa mereka pulang. 6 00:00:41,834 --> 00:00:43,920 Tapi ini bukan lagi rumahnya. 7 00:00:45,254 --> 00:00:47,340 Kini ia cuma tempat 8 00:00:48,341 --> 00:00:50,134 yang dipenuhi kenangan pahit. 9 00:00:50,843 --> 00:00:52,345 HOSPITAL DAERAH ROSEWOOD 10 00:00:52,345 --> 00:00:53,471 Tidak... 11 00:00:55,807 --> 00:00:56,808 Tak guna. 12 00:00:56,808 --> 00:00:58,601 KUARANTIN SEGERA HILANG 13 00:01:00,144 --> 00:01:01,062 SENARAI PESAKIT 14 00:01:01,062 --> 00:01:02,605 Awak di mana? 15 00:01:03,648 --> 00:01:04,941 Mana anak saya? 16 00:01:04,941 --> 00:01:07,735 Mana perginya anak saya? 17 00:01:10,571 --> 00:01:12,740 Keluarga! 18 00:01:35,429 --> 00:01:37,932 ANDA DIPERLUKAN SIAPA AKAN SELAMATKAN KAMI? 19 00:01:38,766 --> 00:01:45,273 {\an8}Utamakan manusia! 20 00:01:45,940 --> 00:01:52,446 Utamakan manusia! 21 00:01:53,614 --> 00:01:54,949 Saya dah bosan. 22 00:01:54,949 --> 00:01:58,327 Kamu mungkin tak setuju, tapi saya dah bosan menunggu jawapannya. 23 00:01:58,327 --> 00:01:59,829 Ya! 24 00:01:59,829 --> 00:02:01,956 Kita dah berusaha untuk hidup, 25 00:02:01,956 --> 00:02:04,834 tapi saya dah bosan mempertahankan diri sendiri. 26 00:02:04,834 --> 00:02:08,796 Bosan berasa seolah-olah saya menjadi sasaran kerana saya manusia. 27 00:02:08,796 --> 00:02:10,089 Ya! 28 00:02:10,089 --> 00:02:12,925 Dunia ini membingungkan, 29 00:02:12,925 --> 00:02:17,263 tapi saya pasti Orang Terakhir akan menenteramkan kekacauan ini. 30 00:02:17,263 --> 00:02:18,431 Ya! 31 00:02:21,350 --> 00:02:22,602 Sertailah kami! 32 00:02:22,602 --> 00:02:24,020 Selamatkan manusia! 33 00:02:24,020 --> 00:02:25,104 Ya, jurulatih! 34 00:02:25,104 --> 00:02:26,230 Ya! 35 00:02:34,488 --> 00:02:35,489 Jurulatih. 36 00:02:38,868 --> 00:02:40,369 Sudah tentulah awak selamat. 37 00:02:41,370 --> 00:02:43,998 Kehancuran Besar pun tak dapat tewaskan pemain nombor 93. 38 00:02:48,169 --> 00:02:49,170 Louisa bagaimana? 39 00:02:51,672 --> 00:02:52,673 Dia dah tiada. 40 00:02:53,883 --> 00:02:57,011 Dia dengan bayi... anak kami. 41 00:02:57,595 --> 00:03:01,849 Saya dah cari di merata tempat. Zon kuarantin, kem, rekod pendaftaran. 42 00:03:01,849 --> 00:03:03,601 Saya dah buntu. 43 00:03:05,269 --> 00:03:07,188 Betulkah cakap jurulatih tadi? 44 00:03:08,981 --> 00:03:09,899 Tentang apa? 45 00:03:10,399 --> 00:03:12,235 Tentang mendapatkan jawapannya. 46 00:03:22,870 --> 00:03:26,332 Ini akan buka banyak pintu kepada kita. 47 00:03:26,332 --> 00:03:29,293 Pintu yang terkunci kerana kita tak penting di dunia baru ini, 48 00:03:29,293 --> 00:03:30,211 seperti saya dulu. 49 00:03:31,879 --> 00:03:33,005 Dengan Orang Terakhir... 50 00:03:34,590 --> 00:03:36,133 kita akan dihargai semula. 51 00:03:37,260 --> 00:03:39,387 Awak boleh rampas semula hak awak. 52 00:03:39,387 --> 00:03:41,305 Saya cuma mahu keluarga saya. 53 00:03:41,305 --> 00:03:42,932 - Sedarlah, T. - Utamakan manusia! 54 00:03:43,683 --> 00:03:47,061 Jika mereka di luar sana, Orang Terakhir akan cari mereka. 55 00:03:47,061 --> 00:03:51,983 Utamakan manusia! 56 00:03:51,983 --> 00:03:55,194 Awak nak sertai kami? 57 00:03:57,113 --> 00:04:03,411 Utamakan manusia! 58 00:04:03,411 --> 00:04:04,829 Abang Besar? 59 00:04:04,829 --> 00:04:06,163 Abang Besar! 60 00:04:06,914 --> 00:04:08,040 Abang Besar! 61 00:04:08,040 --> 00:04:09,834 Mana dia? Mana... 62 00:04:14,964 --> 00:04:17,967 Awak selamat. Itu cuma serangan panik. 63 00:04:18,968 --> 00:04:20,344 Perlahankan pernafasan. 64 00:04:21,721 --> 00:04:23,306 Kira sampai sepuluh. 65 00:04:24,015 --> 00:04:25,016 Satu. 66 00:04:26,392 --> 00:04:27,268 Dua. 67 00:04:28,394 --> 00:04:30,396 Bagaimana awak cari saya? 68 00:04:31,397 --> 00:04:32,231 Tiga. 69 00:04:32,231 --> 00:04:34,233 - Suara anak awak keluar di radio. - Empat. 70 00:04:34,233 --> 00:04:36,986 Apabila saya tiba di sana, dia dah dibawa ke Suaka. 71 00:04:36,986 --> 00:04:37,903 Lima. 72 00:04:40,364 --> 00:04:41,365 Enam. 73 00:04:41,365 --> 00:04:43,743 - Kemudian saya nampak awak. - Tujuh. 74 00:04:43,743 --> 00:04:46,787 Orang Terakhir tembak awak, jadi awak tentu baik. 75 00:04:47,955 --> 00:04:49,373 Ada nampak orang lain? 76 00:04:50,082 --> 00:04:53,961 Gadis berambut keriting, kuat melawan. 77 00:04:53,961 --> 00:04:55,504 Dia berada di GoGro. 78 00:04:57,131 --> 00:04:59,925 Mereka kata melalui radio yang mereka jumpa rumah selamat. 79 00:05:00,634 --> 00:05:02,678 Mungkin kawan awak di sana. 80 00:05:04,555 --> 00:05:07,183 Rasanya ia dibakar kerana talian terputus. 81 00:05:08,267 --> 00:05:09,477 Maaf. 82 00:05:09,477 --> 00:05:10,770 Tak mungkin. 83 00:05:10,770 --> 00:05:13,898 Kalau dia bijak, dia mesti dah lari. 84 00:05:16,734 --> 00:05:17,568 Saya Aimee. 85 00:05:17,568 --> 00:05:18,861 Mana jaket saya? 86 00:05:18,861 --> 00:05:20,154 Saya tinggalkannya. 87 00:05:20,738 --> 00:05:23,074 - Saya suka jaket itu. - Sama-sama. 88 00:05:23,074 --> 00:05:25,659 - Kerana tinggalkannya? - Kerana selamatkan awak. 89 00:05:33,167 --> 00:05:37,463 Awak wanita Suaka yang selamatkan budak-budak hibrid itu. 90 00:05:38,047 --> 00:05:40,091 Awak pula lelaki buruan. 91 00:05:40,841 --> 00:05:42,968 Bagus. Jantung awak dah stabil. 92 00:05:42,968 --> 00:05:44,887 Sekarang kita boleh mula. 93 00:05:45,471 --> 00:05:46,472 Mula apa? 94 00:05:47,390 --> 00:05:48,682 Aduh. 95 00:05:48,682 --> 00:05:49,975 Ini rancangannya. 96 00:05:50,476 --> 00:05:52,561 Anak-anak kita di Suaka. 97 00:05:52,561 --> 00:05:54,688 Saya masuk ikut pintu depan pada tengah malam. 98 00:05:56,607 --> 00:05:57,525 Semoga berjaya. 99 00:05:57,525 --> 00:05:59,110 Dia dah gila. 100 00:06:01,654 --> 00:06:02,655 Aduh. 101 00:06:05,950 --> 00:06:06,867 Awak nak pergi? 102 00:06:06,867 --> 00:06:08,911 Tempat itu dikawal macam kubu. 103 00:06:10,538 --> 00:06:13,499 Saya akan selamatkan budak itu, ikut cara saya. 104 00:06:13,499 --> 00:06:16,460 Tapi kita boleh buat bersama dan selamatkan semua budak. 105 00:06:16,460 --> 00:06:18,337 Selamatkan seorang lagi mudah. 106 00:06:18,337 --> 00:06:20,589 Saya tahu selok-belok tempat itu. 107 00:06:22,299 --> 00:06:25,553 Beri saya satu peluang. Awak terhutang budi dengan saya. 108 00:06:32,935 --> 00:06:36,480 Saya cari kurungan mereka, kemudian, kita keluar di sini. 109 00:06:36,480 --> 00:06:40,192 Ia terowong yang dah lama dihadang di bawah zoo itu. 110 00:06:40,192 --> 00:06:41,735 Ia mungkin dah ditutup. 111 00:06:41,735 --> 00:06:43,696 Mereka tak tahu kewujudannya. 112 00:06:44,655 --> 00:06:46,407 Laluan keluarnya di Crosby. 113 00:06:47,241 --> 00:06:51,287 Apabila saya beri isyarat, awak bawa trak dan jumpa kami di sana. 114 00:06:52,163 --> 00:06:53,080 Rancangan ini bagus. 115 00:06:53,956 --> 00:06:55,207 Ia tak bagus. 116 00:06:55,791 --> 00:06:58,836 Mak, kita masih hidup. Kami di rumah pam di bawah kandang gajah. 117 00:06:59,670 --> 00:07:01,213 Mereka cekup Roy. 118 00:07:02,214 --> 00:07:05,593 Kalau awak jawab, habislah kelebihan awak, iaitu kejutan. 119 00:07:14,351 --> 00:07:16,520 - Apa awak buat? - Roy dah ditangkap. 120 00:07:17,229 --> 00:07:18,647 Saya perlu pergi segera. 121 00:07:20,399 --> 00:07:24,153 - Bukan pada tengah malam? - Awak kata kita boleh buat kejutan. 122 00:07:24,153 --> 00:07:26,447 Orang takkan sangka saya datang waktu siang. 123 00:07:28,073 --> 00:07:29,074 Tunggu isyarat saya. 124 00:07:29,074 --> 00:07:30,659 Saya tak janji nak bantu. 125 00:07:30,659 --> 00:07:32,077 Gus tunggu awak. 126 00:07:33,078 --> 00:07:35,581 - Saya tak sebut namanya. - Awak mengingau. 127 00:07:40,753 --> 00:07:41,587 Celaka. 128 00:08:07,863 --> 00:08:09,615 - Aduhai. - Mari tolong saya. 129 00:08:11,367 --> 00:08:13,911 - Ada muatan berat! - Muatan berat! 130 00:08:35,266 --> 00:08:36,600 Saya nak periksa dulu. 131 00:08:38,811 --> 00:08:39,895 Pergi ke situ. 132 00:08:42,982 --> 00:08:43,941 Buang penutup kepala. 133 00:08:44,984 --> 00:08:46,151 Gogal. 134 00:08:55,578 --> 00:08:56,662 Tangan. 135 00:08:58,163 --> 00:08:59,248 Tangan! 136 00:09:04,670 --> 00:09:06,171 Saya kena uji darah awak. 137 00:09:15,180 --> 00:09:17,099 MENGANALISIS... 138 00:09:26,233 --> 00:09:27,776 TIADA H5G9 DIKESAN 139 00:09:28,861 --> 00:09:29,695 Awak boleh masuk. 140 00:10:23,457 --> 00:10:26,502 - Bunga itu untuk apa? - Awak tak perlu tahu. 141 00:10:26,502 --> 00:10:29,046 Saya nak tolong doktor semasa bos tiada, 142 00:10:29,046 --> 00:10:31,632 tapi jika keadaan tak menurut kehendaknya, 143 00:10:31,632 --> 00:10:32,966 habislah kita nanti. 144 00:10:32,966 --> 00:10:36,303 Semuanya akan kembali seperti sediakala, Johnny. 145 00:10:36,303 --> 00:10:38,806 Demi kebaikan awak, harapnya begitulah. 146 00:10:50,693 --> 00:10:51,819 Awak pekerja baru? 147 00:10:53,278 --> 00:10:56,031 Saya baru ditugaskan. Tugas hibrid. 148 00:10:56,699 --> 00:10:59,493 Jadi, kenapa awak bawa kotak Choc-o-Rockets? 149 00:11:01,829 --> 00:11:03,330 Untuk kita makan. 150 00:11:04,206 --> 00:11:05,207 Awak nak satu? 151 00:11:06,625 --> 00:11:08,127 Awak dari pangkalan mana? 152 00:11:09,878 --> 00:11:12,256 - Kenapa awak tanya? - Jawab soalan saya. 153 00:11:14,758 --> 00:11:15,634 Itu pun awak. 154 00:11:16,719 --> 00:11:19,012 Kita diperlukan di kandang gajah. 155 00:11:19,680 --> 00:11:20,597 Kami sepasukan. 156 00:11:21,724 --> 00:11:24,893 Tunggu. Saya nak tengok dokumen pengenalan awak. 157 00:11:30,274 --> 00:11:31,984 Relakslah. 158 00:11:34,069 --> 00:11:34,987 Ayuh. 159 00:11:44,371 --> 00:11:46,957 Terima kasih kerana selamatkan saya. 160 00:11:46,957 --> 00:11:48,250 Saya tak buat pun. 161 00:11:48,250 --> 00:11:51,837 Saya cuma tak mahu peluang saya untuk bebaskan Gus gagal. 162 00:11:52,713 --> 00:11:54,214 Jom kita bebaskan dia. 163 00:11:55,424 --> 00:11:56,425 Mestilah. 164 00:11:57,134 --> 00:11:57,968 Berhenti. 165 00:12:01,638 --> 00:12:03,682 Saya bunuh pembelot semalam. 166 00:12:04,808 --> 00:12:06,477 Dia bawa hibrid bersamanya. 167 00:12:07,770 --> 00:12:09,438 Awak ada dengar? 168 00:12:10,522 --> 00:12:12,232 Mestilah. Ya. 169 00:12:12,232 --> 00:12:15,027 Dengar kata awak tembak dia bertubi-tubi. 170 00:12:16,111 --> 00:12:17,488 Tepat di dadanya. 171 00:12:23,076 --> 00:12:25,120 Rasanya awak patut ikut saya. 172 00:12:34,379 --> 00:12:35,380 Bagus. 173 00:12:36,256 --> 00:12:37,716 Mereka di sana. Ayuh. 174 00:12:39,843 --> 00:12:40,803 Itu Hulk, bukan? 175 00:12:40,803 --> 00:12:42,262 - Hei. - Bunyikan penggera! 176 00:12:42,262 --> 00:12:43,472 Kita perlu keluar. 177 00:12:43,472 --> 00:12:44,598 Tidak. 178 00:12:44,598 --> 00:12:48,352 - Kita kena selamatkan mereka. - Jika kita tertangkap, habislah mereka. 179 00:12:49,478 --> 00:12:50,979 - Hei! - Ada seorang di sini! 180 00:12:50,979 --> 00:12:51,897 Tak guna. 181 00:12:51,897 --> 00:12:54,483 Sikit saja lagi. Mereka takkan tahu kita dah cuba. 182 00:12:55,234 --> 00:12:56,944 Hei. Mereka akan tahu. 183 00:12:56,944 --> 00:12:58,111 Gus akan tahu. 184 00:12:59,029 --> 00:13:01,198 Hei, kamu! Tunggu. Jangan bergerak! 185 00:13:01,740 --> 00:13:03,283 {\an8}PELET 186 00:13:11,667 --> 00:13:12,584 Buka pintu ini! 187 00:13:14,461 --> 00:13:15,838 Awak ingat saya muat? 188 00:13:15,838 --> 00:13:17,923 Saya tak sangka awak nak datang. 189 00:13:17,923 --> 00:13:20,133 Buka pintu ini sekarang! 190 00:13:20,133 --> 00:13:21,301 Masuk! 191 00:13:21,301 --> 00:13:23,345 Aduh! Ya Tuhan. 192 00:13:23,345 --> 00:13:24,888 Berundur! 193 00:13:43,532 --> 00:13:45,951 Tidak! Kenapa kita tak tahu ada terowong? 194 00:13:45,951 --> 00:13:48,745 - Awak! Tinjau dari atas. - Baik, tuan! 195 00:13:48,745 --> 00:13:50,914 - Kamu, pergi ambil Jeep. - Baik. 196 00:13:50,914 --> 00:13:52,958 Suruh orang tutup terowong itu! 197 00:14:00,382 --> 00:14:02,092 Unit Alfa, cari di luar. 198 00:14:02,593 --> 00:14:05,137 Keluar dari pagar selatan, pergi ke arah timur dan barat. 199 00:14:05,137 --> 00:14:06,763 Hidupkan dron! 200 00:14:12,936 --> 00:14:15,063 Makan tengah hari, binatang. 201 00:14:33,957 --> 00:14:36,209 Anjing? Bagaimana awak sampai ke sini? 202 00:14:37,002 --> 00:14:39,421 Abang Besar! Dia masih hidup. 203 00:14:39,421 --> 00:14:42,257 Saya dah kata! Kita akan bebas! 204 00:14:44,176 --> 00:14:45,177 Dengar sini. 205 00:14:48,555 --> 00:14:50,724 Kita perlu sedia untuk lari apabila mereka tiba. 206 00:14:50,724 --> 00:14:52,225 Kita boleh jumpa Roy! 207 00:14:52,225 --> 00:14:54,686 Roy! Jumpa Roy. 208 00:14:56,688 --> 00:15:01,151 {\an8}Bagaimana jika mereka cekup kita sebelum mak datang? 209 00:15:01,151 --> 00:15:02,402 Mereka akan datang. 210 00:15:02,402 --> 00:15:05,489 Untuk selamatkan kita. Asalkan kita tak berpecah. 211 00:15:06,073 --> 00:15:06,907 Percayalah. 212 00:15:06,907 --> 00:15:08,075 Tapi untuk ke mana? 213 00:15:08,700 --> 00:15:10,702 Mungkin tempat Gus membesar. 214 00:15:11,453 --> 00:15:13,830 - Tak payahlah. - Tapi ia kediaman awak. 215 00:15:13,830 --> 00:15:15,707 Saya pun ingat begitu, tapi... 216 00:15:19,378 --> 00:15:20,879 Saya tak nak pulang. 217 00:15:20,879 --> 00:15:23,799 Bobby tak boleh. 218 00:15:24,841 --> 00:15:25,926 Relang leher. 219 00:15:25,926 --> 00:15:27,219 Betul juga. 220 00:15:27,219 --> 00:15:29,846 Kita perlu tanggalkannya sebelum mak sampai. 221 00:15:57,457 --> 00:15:59,001 PENGEMBARAAN TOM SAWYER 222 00:16:13,598 --> 00:16:15,058 Apa dah jadi, Gus? 223 00:16:38,582 --> 00:16:39,583 Di sini? 224 00:16:50,594 --> 00:16:51,595 Bilik baru kita. 225 00:16:54,556 --> 00:16:57,642 Saya minta Johnny beri kita pemandangan yang berbeza. 226 00:16:59,895 --> 00:17:01,271 Saya perlu guna lau burung. 227 00:17:09,404 --> 00:17:10,947 Saya bersemangat semula. 228 00:17:13,283 --> 00:17:14,284 Terima kasih. 229 00:17:14,868 --> 00:17:19,956 Buatlah macam rumah sendiri, malangnya, 230 00:17:19,956 --> 00:17:22,501 tiada Target yang masih dibuka. 231 00:17:23,418 --> 00:17:24,836 Angin awak baik. 232 00:17:25,796 --> 00:17:28,507 Adakah ini bermakna kerja awak berjalan lancar? 233 00:17:29,216 --> 00:17:31,676 Ya. Saya mungkin buat penemuan penting. 234 00:17:33,095 --> 00:17:36,640 Malah, mungkin juga tentang asal usul hibrid. 235 00:17:37,307 --> 00:17:39,142 - Bagaimana awak... - Ada... 236 00:17:40,936 --> 00:17:43,939 Ada seorang budak rusa yang aneh, Rani. 237 00:17:45,565 --> 00:17:47,400 Mungkin ayahnya yang cipta dia. 238 00:17:50,195 --> 00:17:51,988 Awak cukup tidur tak? 239 00:17:53,782 --> 00:17:58,328 Masa tidur merugikan masa yang saya boleh guna untuk selamatkan kita. 240 00:17:58,328 --> 00:17:59,412 Hei. 241 00:18:00,413 --> 00:18:02,374 Awak merisaukan saya, Adi. 242 00:18:04,334 --> 00:18:07,504 Mungkin awak boleh tidur nyenyak malam ini 243 00:18:07,504 --> 00:18:09,589 di atas katil, bersama saya. 244 00:18:09,589 --> 00:18:12,008 Pemburuan penceroboh diperluas ke seluruh kota. 245 00:18:12,008 --> 00:18:12,968 Baik. 246 00:18:13,552 --> 00:18:14,845 Semuanya okey? 247 00:18:14,845 --> 00:18:17,597 Ya, dia orang gila yang tinggal di sini dulu. Jangan risau. 248 00:18:19,057 --> 00:18:20,058 Ini rumah orang? 249 00:18:22,686 --> 00:18:25,105 Ada pesanan, doktor. Bunga dah sampai. 250 00:18:28,900 --> 00:18:30,110 Adi? 251 00:18:30,110 --> 00:18:31,111 Saya ada kerja. 252 00:18:31,111 --> 00:18:33,196 ...masih belum dikenal pasti... 253 00:18:56,303 --> 00:18:57,137 Tarik! 254 00:19:02,184 --> 00:19:03,560 Buat satu barisan. 255 00:19:20,285 --> 00:19:22,204 Kamu ingat saya tak kenal riak muka itu? 256 00:19:23,788 --> 00:19:25,707 Saya ada abang. 257 00:19:25,707 --> 00:19:26,958 Ya. 258 00:19:27,542 --> 00:19:30,754 Kamu sorok sesuatu. 259 00:19:34,174 --> 00:19:35,759 Tangan! Kaki sirip. 260 00:19:35,759 --> 00:19:36,843 Tunjukkannya. 261 00:19:47,771 --> 00:19:49,898 Makin lama makin pening kepala saya. 262 00:19:52,984 --> 00:19:55,570 Kamu. Budak rusa. Ikut saya. 263 00:19:55,570 --> 00:19:56,780 Singh nak jumpa. 264 00:19:58,823 --> 00:19:59,950 {\an8}Kami ada di sini. 265 00:20:04,996 --> 00:20:07,832 Bagaimana jika mak datang sebelum Gus kembali? 266 00:20:31,106 --> 00:20:34,109 Saya ambil risiko besar kerana awak janjikan hasil. 267 00:20:34,109 --> 00:20:37,279 Saya harap awak sedar tindakan awak. Bunga ini boleh bunuh kita. 268 00:20:37,279 --> 00:20:39,948 Dah sedekad orang cari penawarnya, Johnny. 269 00:20:39,948 --> 00:20:43,034 Kalau saya nak cari juga, saya perlu berani. 270 00:20:43,034 --> 00:20:45,161 Awak ada sepuluh minit. Itu saja. 271 00:20:46,871 --> 00:20:48,707 Semoga ia berjaya. 272 00:21:08,059 --> 00:21:09,060 Gus. 273 00:21:09,894 --> 00:21:11,021 Kamu dengar tak? 274 00:21:15,900 --> 00:21:19,279 Saya nak cuba sesuatu yang berbeza kali ini, Gus. 275 00:21:20,030 --> 00:21:22,198 Kamu kata kamu jumpa abah 276 00:21:22,198 --> 00:21:25,535 selepas kamu jatuh ke atas bunga ungu, jadi saya... 277 00:21:25,535 --> 00:21:27,829 Saya bawa bunga ungu untuk kamu. 278 00:21:28,455 --> 00:21:32,417 Debunga beri kesan halusinasi kepada makhluk seperti kamu. 279 00:21:32,417 --> 00:21:35,754 Kesannya seakan-akan hipnosis. 280 00:21:36,338 --> 00:21:40,550 Ia mungkin boleh bantu kamu ingat asal usul kamu. 281 00:21:40,550 --> 00:21:42,010 Saya perlu kembali. 282 00:21:42,010 --> 00:21:44,220 Saya perlukan bantuan kamu, Gus. 283 00:21:45,221 --> 00:21:48,475 Kalau ia gagal, saya terpaksa bedah semula kawan-kawan kamu. 284 00:21:53,188 --> 00:21:54,522 Okey, Gus. 285 00:21:55,357 --> 00:21:56,691 Mari kita mula. 286 00:22:10,789 --> 00:22:13,666 Bawa saya ke detik kamu dilahirkan. 287 00:22:16,461 --> 00:22:17,837 Semasa abah cipta kamu. 288 00:22:39,484 --> 00:22:45,448 Suatu masa dahulu, ada budak nakal bernama Tom Sawyer. 289 00:22:46,199 --> 00:22:47,826 YELLOWSTONE SEMPADAN 290 00:22:47,826 --> 00:22:49,661 Dia selalu buat hal... 291 00:22:50,328 --> 00:22:52,330 Suka menghadapi bahaya. 292 00:22:55,166 --> 00:22:56,626 Saya nak pergi! 293 00:22:57,210 --> 00:22:58,878 Hei, jangan risau. 294 00:22:59,462 --> 00:23:00,880 Saya ada bersama kamu. 295 00:23:03,258 --> 00:23:05,427 Gus, kamu perlu beritahu saya 296 00:23:06,177 --> 00:23:10,515 segala yang kamu nampak jika kamu mahu pulang bertemu kawan-kawan. 297 00:23:10,515 --> 00:23:12,767 Apa yang kamu nampak 298 00:23:14,310 --> 00:23:15,395 sekarang? 299 00:23:17,397 --> 00:23:20,316 Pagar yang saya tak boleh seberangi. 300 00:23:20,900 --> 00:23:23,153 Tapi saya di sebaliknya. 301 00:23:23,903 --> 00:23:25,029 Ayuh, Gus. 302 00:23:25,738 --> 00:23:27,574 Kita seberanginya bersama. 303 00:23:28,992 --> 00:23:29,993 Mari. 304 00:23:32,787 --> 00:23:35,415 Awak tahu jalan terdekat untuk keluar bandar? 305 00:23:35,415 --> 00:23:36,458 Tidak. 306 00:23:36,958 --> 00:23:38,918 Kita boleh tunggu dulu di pejabat saya. 307 00:23:38,918 --> 00:23:39,961 Awak tak faham. 308 00:23:39,961 --> 00:23:41,671 Kita perlu pergi sekarang, 309 00:23:41,671 --> 00:23:43,590 dapatkan bantuan dan kembali. 310 00:23:43,590 --> 00:23:47,135 Saya baru tinggalkan anak-anak saya dan takkan tinggalkan bandar ini. 311 00:23:47,969 --> 00:23:49,554 Suka hati awaklah. 312 00:23:51,181 --> 00:23:53,099 Saya akan pergi dari sini. 313 00:23:54,476 --> 00:23:55,602 Tunggu, Jepperd. 314 00:23:56,186 --> 00:23:57,395 Gus bagaimana? 315 00:23:59,981 --> 00:24:01,441 Anjing tanda janji saya. 316 00:24:02,025 --> 00:24:03,985 Mestilah saya akan menunaikannya. 317 00:24:05,153 --> 00:24:05,987 Baiklah. 318 00:24:06,905 --> 00:24:08,031 Tapi awak perlukan saya 319 00:24:10,992 --> 00:24:13,286 dan kita hanya boleh pergi dengan trak saya. 320 00:24:16,372 --> 00:24:17,248 Tak guna! 321 00:24:17,999 --> 00:24:19,959 Baiklah, mari kita pergi. 322 00:24:28,092 --> 00:24:29,677 - Apa masalahnya? - Entah. 323 00:24:29,677 --> 00:24:32,597 Jangan pula kata awak memang nak guna trak rosak. 324 00:24:32,597 --> 00:24:35,558 Diamlah! Biar saya fikir. 325 00:24:42,106 --> 00:24:43,316 Tok-tok. 326 00:24:45,735 --> 00:24:47,070 Kacang dengan roti. 327 00:24:48,571 --> 00:24:49,614 Kerana awak British. 328 00:24:53,409 --> 00:24:55,745 Awak tukang masak rupanya. 329 00:24:55,745 --> 00:24:57,705 Saya jaga semua tahanan 330 00:24:59,415 --> 00:25:02,502 dan bertanggungjawab atas tempat ini sehingga Dougie... 331 00:25:02,502 --> 00:25:04,337 Abbot pulang. 332 00:25:05,755 --> 00:25:06,673 Mengagumkan. 333 00:25:10,134 --> 00:25:12,095 Cantik hiasan makanan ini. 334 00:25:13,304 --> 00:25:14,681 Saya bekas cef. 335 00:25:16,057 --> 00:25:17,058 Terima kasih. 336 00:25:18,643 --> 00:25:21,854 Tempat ini rumah orangkah? 337 00:25:21,854 --> 00:25:25,233 Ia milik wanita yang jaga tempat perlindungan hibrid. 338 00:25:25,817 --> 00:25:29,070 Dia biar mereka hidup bebas. Macam haiwan peliharaan. 339 00:25:30,405 --> 00:25:32,490 Tapi jangan risau, hibrid kini dalam kandang. 340 00:25:33,575 --> 00:25:35,952 - Hibrid tinggal di sini? - Pelik, bukan? 341 00:25:35,952 --> 00:25:39,414 Orang kata ada yang boleh bercakap. 342 00:25:43,793 --> 00:25:45,378 Saya tak tahu pula. 343 00:25:45,962 --> 00:25:49,924 Ya, ada banyak salah faham tentang hibrid dan wabak itu. 344 00:25:49,924 --> 00:25:52,051 Sama macam awak. 345 00:25:52,051 --> 00:25:54,679 Semua orang takut kepada awak. 346 00:25:55,597 --> 00:25:57,432 Padahal penyakit awak tak berjangkit. 347 00:25:59,851 --> 00:26:01,311 Saya tak pernah tengok hibrid. 348 00:26:05,273 --> 00:26:07,900 Awak tentu boleh bawa saya ke kandang, bukan? 349 00:26:09,193 --> 00:26:10,695 Entahlah, Pn. Singh. 350 00:26:10,695 --> 00:26:12,030 Itu tak... 351 00:26:12,030 --> 00:26:14,115 Awak kata awak ada kuasa. 352 00:26:24,584 --> 00:26:25,835 Kamu di mana, Gus? 353 00:26:29,672 --> 00:26:30,840 Suasana sejuk... 354 00:26:33,051 --> 00:26:34,802 dan pokok dah tiada. 355 00:26:36,763 --> 00:26:37,847 Fokus, Gus. 356 00:26:39,140 --> 00:26:40,600 Kita kesuntukan masa. 357 00:26:40,600 --> 00:26:42,352 Kamu perlu pulang. 358 00:26:42,352 --> 00:26:43,269 Tak nak. 359 00:26:45,355 --> 00:26:46,856 Kamu tak nak jumpa abah? 360 00:26:46,856 --> 00:26:48,941 Apa yang berlaku di rumah, Gus? 361 00:26:48,941 --> 00:26:50,860 Abah sakiti kamu? 362 00:26:50,860 --> 00:26:51,944 Tidak. 363 00:26:52,654 --> 00:26:55,573 Dia tipu saya dan buat saya sedih. 364 00:26:55,573 --> 00:26:57,617 Dia ahli sains macam saya? 365 00:26:58,201 --> 00:26:59,327 Dia bukan macam awak. 366 00:26:59,327 --> 00:27:01,412 Kalau begitu, tunjuklah, Gus. 367 00:27:01,412 --> 00:27:03,706 Kamu perlu bantu saya. Cepat. 368 00:27:15,968 --> 00:27:16,886 Kabin. 369 00:27:19,764 --> 00:27:22,558 Kabin. Bukan makmal? 370 00:27:22,558 --> 00:27:23,559 Bukan. 371 00:27:24,977 --> 00:27:26,270 Kabin itu. 372 00:27:26,896 --> 00:27:27,897 Kabin abah. 373 00:27:32,068 --> 00:27:35,029 Saya nak balik. Saya dan kawan-kawan perlu bersama. 374 00:27:35,029 --> 00:27:36,239 Tidak! 375 00:27:36,239 --> 00:27:38,116 Maafkan saya, Gus. Saya... 376 00:27:39,867 --> 00:27:42,328 Malangnya, saya juga tipu kamu. 377 00:27:42,912 --> 00:27:47,917 Saya kata yang awak membantu seseorang yang amat saya sayangi. 378 00:27:47,917 --> 00:27:51,754 Tapi kamu tahukah sebab utama saya perlukan jawapan? 379 00:27:54,382 --> 00:27:56,008 Sebab saya juga terkurung. 380 00:27:57,468 --> 00:27:58,302 Macam kamu. 381 00:28:00,471 --> 00:28:05,226 Nyawa saya terancam setiap detik jawapannya tiada, tapi saya... 382 00:28:07,395 --> 00:28:09,772 Tapi kita mungkin boleh saling membantu. 383 00:28:11,983 --> 00:28:13,317 Boleh kamu bantu saya? 384 00:28:16,571 --> 00:28:17,488 Okey. 385 00:28:19,490 --> 00:28:20,324 Okey. 386 00:28:42,513 --> 00:28:44,390 Apa yang kamu nampak sekarang? 387 00:28:45,391 --> 00:28:46,392 Abah. 388 00:28:50,062 --> 00:28:54,025 Ada peralatan bersamanya. Macam di makmal saya? 389 00:28:54,025 --> 00:28:56,027 Alat sains atau alat-alat lain? 390 00:28:56,778 --> 00:28:57,945 Tak ada. 391 00:28:59,739 --> 00:29:01,365 Dia tak ada benda sebegitu. 392 00:29:01,365 --> 00:29:02,867 Saya tak faham. 393 00:29:03,534 --> 00:29:07,789 Dia sembunyikan dan besarkan kamu di tengah-tengah hutan sendiri. 394 00:29:07,789 --> 00:29:11,417 Kamu tentu istimewa, Gus. Jika tidak, dia takkan buat begitu. 395 00:29:11,918 --> 00:29:12,877 Dia buat... 396 00:29:15,546 --> 00:29:16,923 Kerana dia sayang saya. 397 00:29:19,759 --> 00:29:21,636 Dia sayang dan lindungi saya. 398 00:29:22,887 --> 00:29:24,388 Dia abah saya. 399 00:29:25,139 --> 00:29:27,099 Dia cuma bukan ayah kandung saya. 400 00:29:29,936 --> 00:29:31,354 Tidak, Gus. 401 00:29:31,354 --> 00:29:34,982 Jika bukan dia, mesti orang lain yang cipta kamu. 402 00:29:34,982 --> 00:29:37,693 Pergi lebih jauh. Semasa kamu lebih muda. 403 00:29:37,693 --> 00:29:41,072 Semasa kamu dan abah pergi ke hutan itu. 404 00:29:41,072 --> 00:29:43,407 Saya masih bayi. Mana saya ingat. 405 00:29:43,407 --> 00:29:45,827 Itulah keistimewaan tempat ini, Gus. 406 00:29:45,827 --> 00:29:49,247 Kamu boleh ingat kejadian yang kamu pun tak tahu. 407 00:29:57,755 --> 00:29:59,298 - Saya kena balik. - Tidak! 408 00:30:00,550 --> 00:30:03,052 Ada orang yang pakai kot makmal macam saya? 409 00:30:03,052 --> 00:30:04,720 Tentu mereka yang hasilkan kamu! 410 00:30:06,305 --> 00:30:07,849 SURIA MALAM 411 00:30:10,810 --> 00:30:12,770 Apa yang kamu nampak? Cakap. 412 00:30:13,771 --> 00:30:14,897 Tempat sains. 413 00:30:15,857 --> 00:30:19,235 - Projek Suria Malam. - Ya. 414 00:30:19,235 --> 00:30:21,112 Itulah asal usul kamu. 415 00:30:21,112 --> 00:30:22,655 Beritahu saya tempatnya. 416 00:30:23,239 --> 00:30:24,991 Dr. Miller, unit itu stabil? 417 00:30:24,991 --> 00:30:27,159 - Itu siapa? - Siapa? Ahli sains? 418 00:30:27,159 --> 00:30:28,202 Wanita biasa. 419 00:30:28,202 --> 00:30:29,370 Kuat lagi, Gus! 420 00:30:29,370 --> 00:30:30,997 Saya tak kenal dia. 421 00:30:30,997 --> 00:30:32,456 Cari namanya! 422 00:30:34,166 --> 00:30:35,376 Fort Smith! 423 00:30:38,421 --> 00:30:41,007 - Tidak! Lepaskan saya! - Apa yang berlaku? 424 00:30:41,007 --> 00:30:42,341 Tidak! 425 00:30:44,969 --> 00:30:47,388 Bangun, Gus. Bangun... 426 00:30:53,477 --> 00:30:55,563 Tak apa. Kamu selamat. 427 00:30:57,523 --> 00:30:59,567 Ia amat menakutkan sebentar tadi. 428 00:30:59,567 --> 00:31:02,737 Ya. Ia dah berakhir. 429 00:31:04,071 --> 00:31:05,448 Kami dapat maklumatnya. 430 00:31:07,700 --> 00:31:09,160 Teori itu benar. 431 00:31:12,955 --> 00:31:16,208 Fort Smith yang cipta virus itu. 432 00:31:19,170 --> 00:31:20,504 Termasuklah kamu, Gus. 433 00:31:25,259 --> 00:31:26,344 Terima kasih, Gus. 434 00:31:28,471 --> 00:31:32,558 Kamu beri saya sesuatu yang saya sangka dah lama hilang. 435 00:31:35,394 --> 00:31:36,228 Akal? 436 00:31:41,275 --> 00:31:42,276 Harapan. 437 00:33:28,215 --> 00:33:29,300 Jari kelengkeng. 438 00:33:29,884 --> 00:33:30,885 Awak dulu. 439 00:33:38,893 --> 00:33:41,395 Saya tak mahu datuk dan nenek saya sakit. 440 00:33:46,192 --> 00:33:47,318 Saya nak tumpang. 441 00:33:52,031 --> 00:33:53,115 Awak berseorangan? 442 00:33:54,533 --> 00:33:56,243 Saya cari kawan saya. 443 00:33:59,955 --> 00:34:02,208 Kalau awak nak cari di sana, bolehlah. 444 00:34:03,459 --> 00:34:07,713 Tapi awak kena main Pinochle setiap kali datuk saya berjaga. 445 00:34:09,757 --> 00:34:10,633 Pinochle? 446 00:34:11,717 --> 00:34:12,802 Aktiviti bosan. 447 00:34:24,897 --> 00:34:27,024 Awak mekanik sebelum Kehancuran itu? 448 00:34:27,024 --> 00:34:28,317 Ahli terapi. 449 00:34:29,401 --> 00:34:32,113 Patutlah awak tahu cara pernafasan itu. 450 00:34:32,113 --> 00:34:36,033 - Kira sampai sepuluh. - Taklah. Saya dah lama tahu sebelum itu. 451 00:34:37,243 --> 00:34:38,369 Saya anak tentera. 452 00:34:38,369 --> 00:34:41,288 Kami selalu berpindah-randah sebelum mak saya diberhentikan. 453 00:34:41,997 --> 00:34:46,877 Pihak tentera tak pedulikan PTSD. Masalahnya, kesan traumanya teruk. 454 00:34:46,877 --> 00:34:50,005 Apabila saya 12 tahun, saya dah kenal pencetusnya. 455 00:34:51,924 --> 00:34:54,677 Bateri ini masih ada kuasa. Kita tiada masalah. 456 00:34:58,430 --> 00:35:00,516 Awak tak kata mereka ada dron. 457 00:35:02,184 --> 00:35:03,102 Dulu tak ada. 458 00:35:07,606 --> 00:35:08,858 Tolak! 459 00:35:10,442 --> 00:35:11,735 Tak guna! 460 00:35:20,452 --> 00:35:21,453 Pecut! 461 00:35:44,727 --> 00:35:47,855 Dron itu hantar lokasi kita kepada semua unit. 462 00:35:47,855 --> 00:35:49,064 Kita perlu lari. 463 00:35:55,654 --> 00:35:57,907 Kanan! Di sini! 464 00:35:59,241 --> 00:36:00,242 Awas! 465 00:36:00,242 --> 00:36:01,160 Maaf! 466 00:36:01,160 --> 00:36:05,331 Unit Dron Empat mengejar trak merah. Pemandu wanita, penumpang lelaki. 467 00:36:05,331 --> 00:36:07,875 Penumpang lelaki yang sangat besar. 468 00:36:10,211 --> 00:36:12,338 {\an8}Mak datang! Bersama Abang Besar Gus! 469 00:36:12,338 --> 00:36:14,465 {\an8}Cepat! Kita kena buang relang leher Bobby! 470 00:36:18,636 --> 00:36:19,595 Cepat! 471 00:36:24,350 --> 00:36:25,267 Awak dah sedia? 472 00:36:26,018 --> 00:36:26,936 Sedia. 473 00:36:43,327 --> 00:36:46,038 Bobby tak ikut. 474 00:36:49,375 --> 00:36:50,668 Lalu bawah pokok. 475 00:36:57,174 --> 00:37:01,053 Mereka dah hilang, tapi nampaknya mereka menuju ke zoo. 476 00:37:03,180 --> 00:37:05,140 Skuad B, tutup pagar depan. 477 00:37:12,064 --> 00:37:14,900 Baik. Unit Dron Empat sedang mengejar. 478 00:37:22,866 --> 00:37:24,159 Tak guna. 479 00:37:47,683 --> 00:37:49,018 Dron rosak. 480 00:37:49,018 --> 00:37:51,603 Unit peronda diminta berkumpul di koordinat terakhirnya. 481 00:37:51,603 --> 00:37:52,980 Terus kejar. 482 00:38:08,495 --> 00:38:09,496 Ayuh. 483 00:38:13,500 --> 00:38:16,003 Koordinat baru diterima. Alfa, Tango, Romeo disahkan. 484 00:38:21,925 --> 00:38:23,135 Ada musuh. 485 00:38:28,349 --> 00:38:29,975 Di sini. 486 00:38:30,976 --> 00:38:32,102 Laju lagi! 487 00:38:32,102 --> 00:38:33,395 Cepat! 488 00:38:37,399 --> 00:38:39,318 - Belok kanan! - Okey! 489 00:38:39,318 --> 00:38:40,694 Ayuh! 490 00:38:44,698 --> 00:38:45,949 Alamak. 491 00:38:46,450 --> 00:38:47,493 Langgar! 492 00:38:47,493 --> 00:38:48,911 Nombor tiga! 493 00:38:48,911 --> 00:38:49,953 Lari! 494 00:38:59,213 --> 00:39:00,255 Tak guna. 495 00:39:07,554 --> 00:39:09,556 Trak itu dah meninggalkan bandar. 496 00:39:09,556 --> 00:39:11,433 Semua unit, berundur. 497 00:39:12,184 --> 00:39:14,978 Saya ulang. Trak itu dah meninggalkan bandar. 498 00:39:27,449 --> 00:39:31,161 {\an8}Saya ingat itu mak? 499 00:39:31,787 --> 00:39:35,249 Jadi, dia tinggalkan kita? 500 00:39:41,630 --> 00:39:42,464 Jalan. 501 00:39:49,513 --> 00:39:50,722 Bangun. 502 00:40:10,159 --> 00:40:12,411 Ada apa? Kenapa awak perlahankan trak? 503 00:40:13,704 --> 00:40:14,830 Kerana itu. 504 00:40:24,465 --> 00:40:27,801 Saya boleh halau. Buat semuanya bertempiaran lari. 505 00:40:27,801 --> 00:40:28,760 Jangan. 506 00:40:28,760 --> 00:40:30,220 Biarkan saja. 507 00:40:31,346 --> 00:40:33,557 Mereka tak perlu ikut waktu manusia. 508 00:40:34,558 --> 00:40:35,934 Kita tunggu saja. 509 00:40:41,356 --> 00:40:43,275 Kita sepatutnya dah selamatkan mereka. 510 00:40:44,359 --> 00:40:46,612 Kalau saya tunggu hingga tengah malam. 511 00:40:48,363 --> 00:40:50,491 Sekarang saya tinggalkan mereka. 512 00:40:51,825 --> 00:40:53,327 Amanda. 513 00:40:53,327 --> 00:40:54,244 Aimee. 514 00:40:56,371 --> 00:40:58,707 Bukan awak saja yang kehilangan orang. 515 00:41:02,085 --> 00:41:03,629 Kita akan bebaskan mereka. 516 00:41:09,718 --> 00:41:10,761 Biar saya tolong. 517 00:41:13,764 --> 00:41:17,142 Awak kata yang kita perlu dapatkan bantuan. 518 00:41:17,726 --> 00:41:19,436 Ada orang tertentu? 519 00:41:20,354 --> 00:41:21,605 Ada beberapa orang. 520 00:41:22,981 --> 00:41:24,858 Mereka bekas Orang Terakhir macam awak? 521 00:41:24,858 --> 00:41:26,902 Ya, tapi mereka boleh dipercayai. 522 00:41:28,654 --> 00:41:30,572 Apa yang awak buat untuk mereka? 523 00:41:32,866 --> 00:41:33,992 Tiada apa-apa yang baik. 524 00:41:38,288 --> 00:41:39,581 - Awak... - Tidak. 525 00:41:41,667 --> 00:41:43,502 Kanak-kanak bukan sasaran saya. 526 00:41:56,682 --> 00:41:57,891 Dah siap. 527 00:42:04,606 --> 00:42:05,440 Terima kasih. 528 00:42:12,281 --> 00:42:13,907 Mari kita dapatkan bantuan. 529 00:42:34,928 --> 00:42:36,221 Kamu masih di sini! 530 00:42:36,972 --> 00:42:39,349 Tapi apa yang berlaku? Mana Abang Besar? 531 00:42:39,349 --> 00:42:41,018 Mereka tinggalkan kita. 532 00:42:41,018 --> 00:42:43,854 Tak tahulah punca atau sama ada mereka akan kembali. 533 00:42:49,067 --> 00:42:52,613 - Dia tentu ada sebab tertentu. - Tapi kita tak boleh tunggu. 534 00:42:53,447 --> 00:42:55,616 Kita akan keluar sendiri. 535 00:42:55,616 --> 00:42:57,200 Saya tahu destinasi kita. 536 00:42:58,160 --> 00:42:59,119 Yellowstone. 537 00:42:59,703 --> 00:43:02,205 Yellowstone? 538 00:43:02,205 --> 00:43:04,666 Di sanalah abah besarkan saya. 539 00:43:06,084 --> 00:43:09,880 Ia tempat tinggal saya dan boleh juga jadi tempat tinggal kita. 540 00:43:09,880 --> 00:43:11,340 {\an8}- Selamat tak? - Kenapa kuning? 541 00:43:11,340 --> 00:43:12,466 {\an8}Ada makanan tak? 542 00:43:12,466 --> 00:43:13,508 Bagaimana rupanya? 543 00:43:13,508 --> 00:43:14,676 Biar saya tanya. 544 00:43:16,470 --> 00:43:18,096 Mereka nak tahu keadaannya. 545 00:43:18,096 --> 00:43:21,516 Ia luas dan hijau, 546 00:43:22,392 --> 00:43:24,227 dan... 547 00:43:24,227 --> 00:43:25,937 di sana ada sirap mapel 548 00:43:25,937 --> 00:43:28,231 dan kita boleh lompat atas batu, 549 00:43:28,940 --> 00:43:32,611 dan apabila kita tidur, perut kita 550 00:43:33,445 --> 00:43:34,446 rasa selesa. 551 00:43:36,573 --> 00:43:37,783 Mari saya tunjukkan. 552 00:44:52,983 --> 00:44:55,777 Tak sangka saya jumpa hibrid. 553 00:44:56,319 --> 00:44:58,739 Budak rusa yang boleh bercakap, 554 00:44:59,489 --> 00:45:02,284 dan mungkin boleh menjawab semua persoalan saya. 555 00:45:08,081 --> 00:45:08,915 Mungkin... 556 00:45:10,876 --> 00:45:12,210 ia telah ditakdirkan. 557 00:45:28,059 --> 00:45:31,021 KEPADA: MAK SALAM SAYANG WENDY 558 00:47:13,832 --> 00:47:18,837 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin