1 00:00:37,830 --> 00:00:40,833 PANDU MASUK 2 00:00:46,089 --> 00:00:47,048 PESANAN TERAKHIR 3 00:00:50,134 --> 00:00:51,511 Awas! 4 00:00:53,721 --> 00:00:55,932 Semua jalan ada destinasinya. 5 00:00:56,891 --> 00:01:00,103 Ada yang membawa kita ke destinasi yang jauh, 6 00:01:00,686 --> 00:01:04,941 ada yang membawa kita ke pangkal jalan. 7 00:01:05,525 --> 00:01:08,945 Mereka semua dah lupakah yang wabak itu masih ada? 8 00:01:08,945 --> 00:01:12,657 Abbot dah ada penawarnya, jadi mereka pun bersuka rialah. 9 00:01:15,660 --> 00:01:18,746 Alamak. Ada 15 minit sebelum mereka tutup tempat ini. 10 00:01:18,746 --> 00:01:19,747 Jauhkah tempatnya? 11 00:01:20,248 --> 00:01:22,875 Ikut jalan Bluegill ke arah barat dan jumpa mereka di sana. 12 00:01:22,875 --> 00:01:24,335 Berdekatan dok kering. 13 00:01:25,878 --> 00:01:27,880 Kawan-kawan awak itu siapa? 14 00:01:28,381 --> 00:01:30,174 Mereka digelar "Tekong Udara". 15 00:01:30,174 --> 00:01:32,510 Saya tahu. Mereka askar upahan. 16 00:01:33,136 --> 00:01:34,762 Awak tak percayakan mereka? 17 00:01:35,388 --> 00:01:36,973 Bergantung. Awak kenal mereka? 18 00:01:37,640 --> 00:01:38,933 Sebenarnya, tak pun. 19 00:01:38,933 --> 00:01:41,352 Tapi kelmarin, saya pun tak kenal awak. 20 00:01:41,853 --> 00:01:42,812 Apa masalahnya? 21 00:01:42,812 --> 00:01:45,189 Orang begini cuma pandang wang, 22 00:01:45,189 --> 00:01:47,400 kalau kita tipu, nyawa melayang. 23 00:01:47,400 --> 00:01:49,026 Kita tak ada wang. 24 00:01:50,903 --> 00:01:52,113 Awak percayakan mereka? 25 00:01:52,113 --> 00:01:54,365 Mereka pernah kerja untuk saya dulu. 26 00:01:54,365 --> 00:01:56,742 Awak percayakan mereka? 27 00:01:56,742 --> 00:01:57,660 Ya. 28 00:01:58,244 --> 00:02:00,037 Saya percayakan awak, bukan? 29 00:02:00,037 --> 00:02:01,789 Awak tak hampakan saya pun. 30 00:02:02,582 --> 00:02:03,541 Setakat ini. 31 00:02:16,220 --> 00:02:17,221 Awak tak apa-apa? 32 00:02:17,221 --> 00:02:18,264 Saya okey. 33 00:02:18,931 --> 00:02:21,017 Saya cuma berjaga-jaga. 34 00:02:21,017 --> 00:02:23,227 Okey. Kalau awak nak berbual... 35 00:02:23,227 --> 00:02:25,897 Tak ada apa-apa yang nak dibualkan. 36 00:02:26,647 --> 00:02:28,649 Bahu dan kaki saya sakit. 37 00:02:28,649 --> 00:02:32,069 Sekejap saja lagi kita akan terperangkap di Pekan Kilang. 38 00:02:32,069 --> 00:02:36,073 Jadi, tak payahlah ajak saya kongsi perasaan. 39 00:02:37,575 --> 00:02:39,202 Saya cuma nak berjaga... 40 00:02:39,202 --> 00:02:40,536 Cepat, tangkap dia! 41 00:02:43,497 --> 00:02:44,874 Lepaskan saya! 42 00:02:45,541 --> 00:02:46,667 Mari kita pergi! 43 00:02:50,213 --> 00:02:53,674 Namun, mana-mana jalan pun yang kita pilih, 44 00:02:53,674 --> 00:02:55,509 satu perkara yang pasti, 45 00:02:56,552 --> 00:02:59,013 semuanya membawa kita ke arah kebenaran. 46 00:03:00,514 --> 00:03:03,309 Walau seperit mana perjalanannya. 47 00:03:11,943 --> 00:03:13,778 Kenapa awak tipu tentang Roy? 48 00:03:14,278 --> 00:03:15,613 Dia kawan kami. 49 00:03:16,739 --> 00:03:17,615 Dia dah mati. 50 00:03:17,615 --> 00:03:19,617 - Saya tak tipu. Saya... - Tipulah. 51 00:03:19,617 --> 00:03:22,703 Awak tipu, okey? Awak kata dia lari, tapi dia mati. 52 00:03:22,703 --> 00:03:23,996 Kita juga akan mati? 53 00:03:32,380 --> 00:03:35,508 Ya, saya tipu, tapi untuk lindungi kamu semua. 54 00:03:36,467 --> 00:03:40,388 Abah saya kata kadangkala kita perlu tipu demi orang tersayang. 55 00:03:40,388 --> 00:03:41,889 Lagipun, tengoklah! 56 00:03:41,889 --> 00:03:44,308 Saya dapat benda ini semasa saya ikut Dr. Singh. 57 00:03:44,308 --> 00:03:47,061 Ia boleh bantu kita melarikan diri. Tengoklah. 58 00:03:48,521 --> 00:03:49,814 Ia milik abah. 59 00:03:52,149 --> 00:03:55,736 Kemudian, kita boleh cari mak awak dan Jepp. 60 00:03:55,736 --> 00:03:58,030 Kita masih boleh buat. Percayalah! 61 00:03:58,030 --> 00:03:59,365 Awak tak faham. 62 00:04:00,658 --> 00:04:02,868 Kami tak percayakan awak lagi. 63 00:04:02,868 --> 00:04:04,954 Awak atau Abang Besar awak. 64 00:04:04,954 --> 00:04:08,124 Kami semua akan lari, tapi tanpa awak. 65 00:04:24,682 --> 00:04:25,599 Betul cakapnya. 66 00:04:26,976 --> 00:04:30,688 Kami dah kesuntukan masa dan sesiapa saja boleh jadi mangsa. 67 00:04:32,106 --> 00:04:33,232 Kecuali awak. 68 00:04:34,317 --> 00:04:35,318 Apa maksud awak? 69 00:04:35,318 --> 00:04:38,446 Gus, awak berbeza daripada kami semua. 70 00:04:40,698 --> 00:04:41,699 Tidak. 71 00:04:42,199 --> 00:04:46,078 - Tidak. Kita sama saja. - Jadi, kenapa awak selalu dapat pulang? 72 00:05:22,031 --> 00:05:22,865 Tak mungkin. 73 00:05:35,378 --> 00:05:38,130 7.17 pagi. 74 00:05:38,130 --> 00:05:42,301 Dengan menggunakan telur ayam Miller untuk mengeram antigen, 75 00:05:42,301 --> 00:05:45,304 saya masukkan antibodi ke dalam sel yang terlibat. 76 00:05:45,304 --> 00:05:49,892 Reaksinya nampak positif, tapi... 77 00:05:54,605 --> 00:05:56,732 Berjayakah virus itu dihapuskan? 78 00:05:58,109 --> 00:05:59,735 Ini saat penentunya. 79 00:06:04,490 --> 00:06:05,574 SAMPEL DIANALISIS 80 00:06:07,952 --> 00:06:09,412 Tolonglah. 81 00:06:09,995 --> 00:06:12,081 Tolonglah. 82 00:06:28,472 --> 00:06:30,975 TIADA VIRUS DIKESAN 83 00:06:38,774 --> 00:06:40,192 Ia berjaya! 84 00:06:47,491 --> 00:06:48,325 Ya Tuhan. 85 00:06:50,744 --> 00:06:52,288 Terima kasih! 86 00:06:53,831 --> 00:06:54,999 Kita berjaya, Dr. Miller. 87 00:06:56,041 --> 00:06:57,376 Kita selamatkan dunia. 88 00:06:57,960 --> 00:06:59,003 Adi? 89 00:06:59,003 --> 00:07:01,589 Awak bagaimana agaknya? 90 00:07:02,715 --> 00:07:04,008 - Adi? - Sayang. 91 00:07:07,094 --> 00:07:09,013 Kenapa awak di sini? Berehatlah. 92 00:07:09,013 --> 00:07:11,974 Mereka kata awak dah balik. Saya tunggu awak. Itu siapa? 93 00:07:12,725 --> 00:07:18,147 Dia cuma penyelidik di Fort Smith. 94 00:07:18,147 --> 00:07:21,192 - Awak seperti bercakap dengannya. - Tidak... 95 00:07:21,192 --> 00:07:22,443 Abaikan semua itu. 96 00:07:24,153 --> 00:07:25,571 Yang pentingnya... 97 00:07:28,240 --> 00:07:29,366 Saya dah jumpa. 98 00:07:36,540 --> 00:07:37,541 Maksud awak... 99 00:07:39,460 --> 00:07:43,297 Penawar yang sah berkesan. Rawatan dah tak perlu. 100 00:07:44,173 --> 00:07:45,633 Wabak ini akan berakhir. 101 00:07:46,217 --> 00:07:49,428 Saya cuma perlu sediakan dos pertama. 102 00:07:50,804 --> 00:07:51,931 Ia untuk awak. 103 00:07:53,933 --> 00:07:55,017 Kita akan bebas. 104 00:07:55,017 --> 00:07:56,352 Daripada virus jahanam itu. 105 00:07:56,352 --> 00:07:58,229 Dan lelaki jahanam itu. 106 00:08:30,177 --> 00:08:31,011 Rani. 107 00:08:31,011 --> 00:08:31,929 Tidak. 108 00:08:35,307 --> 00:08:36,433 Tak apa. 109 00:08:37,309 --> 00:08:38,769 Okey, saya cuma... 110 00:08:40,229 --> 00:08:41,605 Sambunglah kerja awak. 111 00:08:50,990 --> 00:08:54,076 Siapa ada Tylenol? Bahu saya sakit sangat. 112 00:08:56,912 --> 00:08:58,956 Saya lupa tanya, hidung awak okey? 113 00:08:59,873 --> 00:09:01,792 Tak seteruk muka awak selepas saya belasah. 114 00:09:01,792 --> 00:09:03,961 Amboi, padahal rambut awak buruk. 115 00:09:03,961 --> 00:09:05,421 Nanti dulu. 116 00:09:08,841 --> 00:09:09,967 Saya kenal awak. 117 00:09:14,346 --> 00:09:16,682 Biar betul! 118 00:09:17,182 --> 00:09:21,103 Awak Tommy Jepperd, bukan? Pemain nombor 93, Pemecah Tengkorak! 119 00:09:21,103 --> 00:09:22,438 Itu cerita dulu. 120 00:09:22,438 --> 00:09:25,482 Mana ada. Awak lawan pemain terhebat! 121 00:09:26,942 --> 00:09:28,652 Semasa Liga Konferensi, 122 00:09:28,652 --> 00:09:32,323 awak langgar Vicky Paz sampai kasutnya tercabut, 123 00:09:32,323 --> 00:09:34,408 rebut bola dan menangi perlawanan. 124 00:09:34,408 --> 00:09:38,037 Kerana awak, saya menang 200 dolar! Hei, cincin itu ada lagi? 125 00:09:38,037 --> 00:09:39,580 Sudahlah, Rufus. 126 00:09:43,917 --> 00:09:44,877 Jadi... 127 00:09:46,003 --> 00:09:47,087 Siapa dia? 128 00:09:47,087 --> 00:09:51,634 Pemain yang buat tumbang depan ketiga terhebat dalam sejarah dan... 129 00:09:53,385 --> 00:09:54,345 TEKONG UDARA 130 00:09:54,345 --> 00:09:56,138 Saya tak kenal awak. 131 00:09:57,598 --> 00:09:59,892 - Atau kawan awak. - Awak mungkin kenal suara saya. 132 00:10:00,643 --> 00:10:03,479 Kita pernah berbual di radio. Awak Dolly, bukan? 133 00:10:04,188 --> 00:10:05,522 Saya Aimee Eden. 134 00:10:06,190 --> 00:10:07,900 Saya buka Suaka untuk hibrid. 135 00:10:08,484 --> 00:10:10,110 Saya jarang cam suara. 136 00:10:10,694 --> 00:10:12,237 Periksa poket kanan saya. 137 00:10:27,127 --> 00:10:28,671 Itu lukisan anak saya, Wendy. 138 00:10:29,630 --> 00:10:33,425 Awak jatuhkan ribuan salinan untuk saya di wilayah Barat. 139 00:10:34,051 --> 00:10:35,427 Dia dah sembilan tahun. 140 00:10:35,427 --> 00:10:36,970 Pintar budaknya. 141 00:10:36,970 --> 00:10:39,723 Tapi dia dikurung oleh Orang Terakhir. 142 00:10:40,724 --> 00:10:43,227 Mereka tangkap dia, anak-anak saya yang lain dan... 143 00:10:45,729 --> 00:10:47,564 Anak jagaannya, Gus. 144 00:10:48,649 --> 00:10:49,608 Mereka perlukan kami 145 00:10:49,608 --> 00:10:52,069 dan kami perlu bantuan awak untuk selamatkan mereka. 146 00:10:57,533 --> 00:10:58,701 Beginilah. 147 00:10:59,410 --> 00:11:03,414 Saya sayang nyawa saya. Saya takkan pertaruhkannya secara percuma. 148 00:11:03,997 --> 00:11:06,959 Upah untuk sebarkan risalah itu 100 token MRE. 149 00:11:06,959 --> 00:11:08,627 Serang Suaka awak? 150 00:11:10,129 --> 00:11:12,089 Upahnya berlipat ganda. 151 00:11:12,840 --> 00:11:13,841 Jadi... 152 00:11:15,551 --> 00:11:16,510 Apa habuan kami? 153 00:11:18,137 --> 00:11:20,097 Bagaimana dengan rampasan perang? 154 00:11:24,393 --> 00:11:26,478 Orang Terakhir penuhi tempat itu 155 00:11:26,478 --> 00:11:29,606 dengan makanan, ubat, senjata, malah kereta kebal. 156 00:11:29,606 --> 00:11:32,234 Bayangkan kumpulan awak dengan kereta kebal. 157 00:11:32,735 --> 00:11:35,696 Bolehlah kamu digelar "Tekong Udara dan Darat". 158 00:11:37,239 --> 00:11:40,200 Lagipun, dia tahu selok-belok tempat itu. 159 00:11:40,200 --> 00:11:42,703 - Minyak pun mungkin ada. - Baguslah. 160 00:11:49,585 --> 00:11:52,212 Baiklah, Aimee Eden. 161 00:11:53,797 --> 00:11:54,923 Saya setuju. 162 00:11:56,425 --> 00:12:00,846 Tapi kalau kamu langgar perjanjian, kami tarik diri. 163 00:12:02,014 --> 00:12:04,892 TEKONG UDARA KAMI CEKAP! 164 00:12:18,781 --> 00:12:20,866 Rekrut, keluar! 165 00:12:29,958 --> 00:12:33,003 Hei, tengoklah! Saya dapat juga pergi sekolah. 166 00:12:33,003 --> 00:12:34,338 Sebut kuat-kuat! 167 00:12:34,338 --> 00:12:36,465 Orang Terakhir askar terbilang 168 00:12:36,465 --> 00:12:38,634 Suara lantang dan tangkap binatang 169 00:12:38,634 --> 00:12:39,551 Tak mengalah! 170 00:12:39,551 --> 00:12:42,971 Jangan buang masa! Kamu berdua, ayuh! 171 00:12:48,602 --> 00:12:51,104 Ini bukan pasukan paling ideal, Lou. 172 00:12:51,688 --> 00:12:53,023 Mereka bernyawa, tuan. 173 00:12:53,607 --> 00:12:54,942 Jari kelengkeng mereka sihat. 174 00:12:57,236 --> 00:13:00,030 Letak semua barang di dalam kotak. 175 00:13:00,030 --> 00:13:01,657 Semuanya sekali. 176 00:13:01,657 --> 00:13:03,659 Sekarang. Termasuk jaket. 177 00:13:13,794 --> 00:13:15,879 Jangan terlalu sentimental pula. 178 00:13:28,267 --> 00:13:32,104 Jika kamu lepas latihan ini, kamu akan dapat sertai Jeneral Abbot 179 00:13:32,104 --> 00:13:35,023 berjuang demi masa depan manusia. 180 00:13:35,023 --> 00:13:37,818 Jika tidak, kamu akan jadi orang awam semula. 181 00:13:38,402 --> 00:13:41,029 Masa untuk asingkan kaca daripada permata. 182 00:13:42,281 --> 00:13:43,282 Sediakan mereka. 183 00:13:43,282 --> 00:13:45,117 Kamu dengar cakapnya. Ayuh! 184 00:13:45,993 --> 00:13:47,870 Cepat, jangan lembab! 185 00:13:48,453 --> 00:13:50,747 Masa untuk tunjuk kemampuan kamu! 186 00:13:56,712 --> 00:13:58,463 TANAH TANDUS 187 00:14:11,685 --> 00:14:13,437 Selamat pulang, jeneral. 188 00:14:13,437 --> 00:14:16,064 Bagaimana pertarungan itu? Tuan nak apa-apa? 189 00:14:17,691 --> 00:14:18,817 Mereka dah telefon? 190 00:14:19,985 --> 00:14:20,819 Siapa? 191 00:14:20,819 --> 00:14:24,197 Tiga Ketua itu, Johnny! Sebab saya pergi tempoh hari. 192 00:14:25,365 --> 00:14:27,659 Biasalah ketua-ketua militan. 193 00:14:27,659 --> 00:14:29,286 Mereka tak suka bertindak dulu. 194 00:14:38,378 --> 00:14:39,212 Di mana... 195 00:14:40,672 --> 00:14:42,674 mana orang tahanan saya? 196 00:14:42,674 --> 00:14:47,262 Dr. Singh minta isterinya dipindahkan ke tempat baru. 197 00:14:47,262 --> 00:14:50,432 Saya pun bagi kerana kita ada beberapa bilik kosong. 198 00:14:50,432 --> 00:14:53,268 Ada juga masalah pencerobohan kecil. 199 00:14:53,268 --> 00:14:54,978 Tapi ia tak serius. 200 00:14:54,978 --> 00:14:57,105 Saya uruskan penceroboh itu. 201 00:15:21,546 --> 00:15:22,547 Kenapa... 202 00:15:23,966 --> 00:15:27,094 awak selalu buat saya menyesal kerana percayakan awak? 203 00:15:28,720 --> 00:15:29,721 Maaf, jeneral. 204 00:15:44,945 --> 00:15:46,154 Takkan nak terus pergi? 205 00:15:46,154 --> 00:15:47,322 {\an8}Kita tunggu dulu. 206 00:15:47,322 --> 00:15:50,033 {\an8}- Kita perlu keluar. - Tunggulah mak dulu. 207 00:15:50,033 --> 00:15:51,410 {\an8}Kenapa? Awak nampak... 208 00:15:52,369 --> 00:15:54,121 {\an8}Kita akan cari jalan keluar. 209 00:16:10,387 --> 00:16:13,181 Operasi kami berkembang sejak kita berbual dulu. 210 00:16:13,181 --> 00:16:16,226 Ubat, sekerap, barang antik. 211 00:16:16,768 --> 00:16:18,562 Jika orang beli, kami hantar. 212 00:16:18,562 --> 00:16:20,605 Tapi penghantaran hibrid menguntungkan. 213 00:16:21,773 --> 00:16:25,027 Strain Kiamat yang merebak pun tiada kesan kepada kami. 214 00:16:25,527 --> 00:16:27,279 Kami namakannya "ekonomi bencana". 215 00:16:27,279 --> 00:16:30,949 Ya. Lagi teruk serangannya, lagi baik untuk perniagaan kami. 216 00:16:30,949 --> 00:16:32,659 Bukan untuk awak, Abang Besar. 217 00:16:32,659 --> 00:16:35,829 Awak hilang kontrak, kerja promosi dan lain-lain. Ia tak adil... 218 00:16:35,829 --> 00:16:37,914 Jangan panggil saya "Abang Besar". 219 00:16:40,375 --> 00:16:41,251 Hei. 220 00:16:41,752 --> 00:16:45,422 Jika kita penuhi kehendak mereka, kehendak kita akan tercapai. 221 00:16:45,422 --> 00:16:47,591 Jadi, cuba relaks. 222 00:16:52,763 --> 00:16:53,889 Saya memang relaks. 223 00:16:55,265 --> 00:16:58,268 Setahu kami, anak-anak kami berada di rumah pam ini, 224 00:16:58,268 --> 00:17:01,438 tapi Orang Terakhir kawal semua laluan keluar masuk 225 00:17:01,438 --> 00:17:05,067 dan letak pengawal di sini, sini dan sini. 226 00:17:05,067 --> 00:17:09,196 Peluang masuk dari bawah tanah pun tiada akibat cubaan terakhir kami. 227 00:17:09,196 --> 00:17:10,655 Mereka dah tingkatkan kawalan. 228 00:17:10,655 --> 00:17:13,200 Jadi, pilihan jalan darat terhad. 229 00:17:13,200 --> 00:17:16,369 - Maknanya, habislah kita. - Taklah. Saya boleh buat. 230 00:17:16,369 --> 00:17:20,749 - Jatuhkan saja piano atas Abbot. - Ada orang nak beli piano Steinway itu. 231 00:17:21,708 --> 00:17:23,752 Kita boleh letupkan tempat itu. 232 00:17:23,752 --> 00:17:26,213 Tapi saya baru teringat. Bom dah habis. 233 00:17:26,213 --> 00:17:29,883 Bunyinya macam leceh saja untuk selamatkan binatang kurap. 234 00:17:30,759 --> 00:17:35,722 Padahal semuanya rasa macam ayam. Salut dengan tepung dan goreng! 235 00:17:36,348 --> 00:17:39,226 - Makan dengan kailan! - Kailan! 236 00:17:40,477 --> 00:17:41,812 Jangan cakap merepek! 237 00:17:43,855 --> 00:17:45,816 Maafkan saya. 238 00:17:47,526 --> 00:17:50,821 Saya tak tahu pula Pemecah Tengkorak berhati lembut. 239 00:17:51,404 --> 00:17:53,782 Mungkin saya tak seperti sangkaan awak. 240 00:17:53,782 --> 00:17:55,325 Saya kenal awak. 241 00:17:56,409 --> 00:17:58,954 Cuma sebelum prestasi awak jatuh. 242 00:18:00,413 --> 00:18:01,832 Semua orang, berehat. 243 00:18:15,303 --> 00:18:16,263 Maafkan mereka. 244 00:18:16,263 --> 00:18:18,098 Mereka terlampau becok. 245 00:18:22,727 --> 00:18:23,937 Mari sambung kerja. 246 00:18:29,943 --> 00:18:31,278 Hai, Gus. 247 00:18:32,237 --> 00:18:33,071 Hai, Bobby. 248 00:18:42,664 --> 00:18:44,374 - Anjing. - Nak pegang dia? 249 00:18:44,374 --> 00:18:46,042 Ya. 250 00:18:46,042 --> 00:18:48,128 Anjing. 251 00:18:53,925 --> 00:18:55,427 Ya, Anjing... 252 00:19:00,557 --> 00:19:02,809 Hati-hati, Bobby. Itu bukan mainan! 253 00:19:06,146 --> 00:19:07,689 Bobby, bagaimana awak... 254 00:19:08,398 --> 00:19:09,232 Bijaknya. 255 00:19:09,232 --> 00:19:11,484 Bobby percayakan Gus. 256 00:19:16,990 --> 00:19:18,366 Gus percayakan Bobby? 257 00:19:20,577 --> 00:19:23,747 Angkat. 258 00:19:33,340 --> 00:19:35,800 Bobby, apa awak buat? 259 00:19:35,800 --> 00:19:38,386 - Bobby! - Bobby nak dapatkan bantuan. 260 00:19:38,386 --> 00:19:39,804 Bobby, tunggu! 261 00:19:41,765 --> 00:19:42,682 Apa awak cakap? 262 00:19:42,682 --> 00:19:45,101 - Dia ke mana? - Dia nak cari Jepp dan mak awak. 263 00:19:45,101 --> 00:19:48,480 Awak tak patut biar dia pergi. Bagaimana jika dia cedera? 264 00:19:50,398 --> 00:19:51,816 Jika apa-apa menimpanya... 265 00:19:54,402 --> 00:19:55,403 Saya cuma... 266 00:20:00,200 --> 00:20:01,034 Awak betul. 267 00:20:01,660 --> 00:20:03,370 Tentang apa? 268 00:20:04,955 --> 00:20:08,500 Saya tak patut tipu tentang Roy. Ia cuma memburukkan keadaan. 269 00:20:10,627 --> 00:20:13,004 Tolong pastikan Bobby selamat. 270 00:20:28,186 --> 00:20:29,187 Hei, Rani. 271 00:20:30,021 --> 00:20:31,022 Itu pun awak. 272 00:20:35,235 --> 00:20:36,236 Semuanya okey? 273 00:20:39,239 --> 00:20:41,116 Ada pasang surutnya. 274 00:20:41,116 --> 00:20:42,450 Biasalah. 275 00:20:44,077 --> 00:20:45,078 Ya. 276 00:20:45,620 --> 00:20:46,663 Sebenarnya... 277 00:20:47,789 --> 00:20:48,915 Saya cuma nak cakap 278 00:20:48,915 --> 00:20:52,335 awak tak boleh lagi keluar tanpa pengiring, 279 00:20:52,836 --> 00:20:54,170 kerana abang saya... 280 00:20:54,713 --> 00:20:56,798 Maaf, jeneral dah balik. 281 00:20:58,383 --> 00:21:00,635 Dia tak suka. 282 00:21:03,430 --> 00:21:04,806 Dia abang awak? 283 00:21:06,933 --> 00:21:08,059 Ya. 284 00:21:08,727 --> 00:21:10,145 Dia abang saya. 285 00:21:11,855 --> 00:21:13,982 Orang berubah apabila mereka tahu. 286 00:21:15,025 --> 00:21:16,568 Memang patut pun. 287 00:21:17,902 --> 00:21:18,903 Ya. 288 00:21:19,571 --> 00:21:20,405 Okey. 289 00:21:20,905 --> 00:21:23,408 Maaf, tapi saya perlu hantar awak pulang. 290 00:21:31,833 --> 00:21:33,752 Saya nampak cara dia layan awak. 291 00:21:34,294 --> 00:21:35,587 Kenapa awak bersabar? 292 00:21:35,587 --> 00:21:38,048 Dia jahat. Awak nampak perbuatannya. 293 00:21:38,048 --> 00:21:41,509 Dia kurung hibrid itu. Kenapa awak tak tinggalkan dia? 294 00:21:43,553 --> 00:21:44,929 Dia saja saudara saya. 295 00:21:49,100 --> 00:21:50,810 Ramai yang tiada keluarga. 296 00:22:30,892 --> 00:22:33,978 Doktor sedarkah apa yang berlaku di luar sana? 297 00:22:35,146 --> 00:22:37,607 Perang sedang melanda. 298 00:22:37,607 --> 00:22:40,360 Kita lawan kepupusan, tapi peluang kita suram. 299 00:22:40,360 --> 00:22:42,445 Jadi, sekarang saya nak tanya, 300 00:22:43,321 --> 00:22:47,158 apa jadahnya awak bela ayam? 301 00:22:47,742 --> 00:22:50,578 Ayam inilah jawapannya. 302 00:22:52,163 --> 00:22:55,166 - Apa? - Ayam dari Fort Smith ini. 303 00:22:55,166 --> 00:22:58,211 Ia daripada baka yang genetiknya telah diubah suai 304 00:22:58,211 --> 00:23:01,381 untuk Projek Suria Malam. 305 00:23:01,381 --> 00:23:03,299 - Terus terang sajalah. - Ya. 306 00:23:04,217 --> 00:23:08,596 Ayam ini menghasilkan antibodi 307 00:23:08,596 --> 00:23:11,683 yang melawan virus H5G9. 308 00:23:12,892 --> 00:23:18,148 Malangnya antibodinya tak serasi dengan fisiologi manusia, 309 00:23:18,148 --> 00:23:23,528 tapi saya jumpa sesuatu yang serasi dengan antibodi itu. 310 00:23:23,528 --> 00:23:26,322 Adunan Rahsia Dr. Bell. 311 00:23:26,322 --> 00:23:28,283 Tanpa sebarang campuran, 312 00:23:28,283 --> 00:23:32,704 adunan ini menjadikan virus ini dorman. 313 00:23:32,704 --> 00:23:35,248 - Sebab itulah ia aktif semula. - Betul. 314 00:23:35,248 --> 00:23:37,000 Tapi apabila saya gabungkan 315 00:23:38,126 --> 00:23:40,086 dengan antibodi ayam itu, 316 00:23:41,671 --> 00:23:44,382 ia bukan saja melawan virus itu. 317 00:23:56,936 --> 00:23:58,062 Ia memusnahkannya. 318 00:24:07,155 --> 00:24:08,323 Ia penawar? 319 00:24:10,742 --> 00:24:11,743 Penawar mutlak. 320 00:24:15,330 --> 00:24:17,165 Ada berapa banyak lagi penawar? 321 00:24:17,749 --> 00:24:19,959 Ini yang pertama. Tapi kita perlu... 322 00:24:23,129 --> 00:24:24,756 Jangan pandang saya begitu. 323 00:24:29,511 --> 00:24:31,804 Saya akan pulangkannya. Saya janji. 324 00:24:32,931 --> 00:24:36,392 Saya cuma belum mahu awak selamatkan ratu awak. 325 00:24:38,311 --> 00:24:41,064 Awak tahu apa manusia hebat buat 326 00:24:41,064 --> 00:24:43,942 apabila mereka, dengan tak semena-menanya, 327 00:24:43,942 --> 00:24:46,444 selamatkan dunia? 328 00:24:47,862 --> 00:24:48,696 Mereka raikannya. 329 00:24:49,989 --> 00:24:54,327 Saya, awak, makan malam ini. 330 00:24:54,869 --> 00:24:56,788 Bawa sekali isteri awak. 331 00:24:58,206 --> 00:25:00,959 Jangan risau, doktor, kita takkan makan ayam. 332 00:25:03,753 --> 00:25:07,131 Setahu saya, Orang Terakhir tak pandai rancang strategi, 333 00:25:07,131 --> 00:25:08,800 mereka cuma tahu gempur. 334 00:25:08,800 --> 00:25:11,594 Jadi, mereka mungkin alihkan kebanyakan aset 335 00:25:11,594 --> 00:25:14,472 ke pusat pemeriksaan apabila amaran dikeluarkan. 336 00:25:14,472 --> 00:25:16,808 Mujurlah tak ramai yang pandai tembak. 337 00:25:17,517 --> 00:25:19,602 Tapi kami pandai, betul tak? 338 00:25:19,602 --> 00:25:20,979 - Ya. - Ya, puan. 339 00:25:20,979 --> 00:25:23,690 Jika kita boleh alihkan separuh askar keluar, 340 00:25:24,482 --> 00:25:26,526 saya rasa peluang kita cerah. 341 00:25:26,526 --> 00:25:28,570 Jadi, kita cuma perlu isi muatan... 342 00:25:31,281 --> 00:25:32,865 Budak-budak. 343 00:25:33,575 --> 00:25:35,535 Kemudian, cabut secepat mungkin. 344 00:25:35,535 --> 00:25:38,496 Maksud awak, untuk menjalankan misi ini, 345 00:25:38,496 --> 00:25:41,708 kita akan guna semua pesawat, termasuklah Big Bertha, 346 00:25:42,208 --> 00:25:46,754 dan angkut orang termasuklah gergasi itu. 347 00:25:46,754 --> 00:25:48,047 Apa masalahnya? 348 00:25:48,047 --> 00:25:51,509 Minyak tak cukup untuk bawa kita ke Essex. 349 00:25:51,509 --> 00:25:54,220 Tapi kita dah tukar dengan Zhang minggu lalu. 350 00:25:54,220 --> 00:25:56,973 Betul cakapnya. Kita guna untuk hantar rum. 351 00:25:56,973 --> 00:25:59,934 - Separuh dah habis. - Ambillah di depot dekat Kota LeMire. 352 00:25:59,934 --> 00:26:03,605 - Bukankah ia dah tak beroperasi? - Tak. Ia masih beroperasi. 353 00:26:03,605 --> 00:26:05,231 Kawalan pun tak ketat. 354 00:26:05,231 --> 00:26:08,443 Kita boleh curi minyak dan terus pergi ke zoo. 355 00:26:08,443 --> 00:26:10,069 Ya! Baguslah! 356 00:26:10,069 --> 00:26:14,282 Lagi cepat kita satukan pasangan ini dengan binatang mereka, 357 00:26:14,282 --> 00:26:16,451 lagi cepat saya dapat kereta kebal. 358 00:26:18,661 --> 00:26:20,997 Kali ini, minta maaf kepada wanita itu. 359 00:26:20,997 --> 00:26:22,915 - Buat sekarang. - Jepp. 360 00:26:22,915 --> 00:26:24,459 Jangan paksa saya ulang. 361 00:26:25,752 --> 00:26:27,295 Apa dah jadi dengan awak? 362 00:26:27,879 --> 00:26:29,547 Jepperd, jangan. 363 00:26:30,131 --> 00:26:31,215 Dulu awak ibarat dewa. 364 00:26:32,008 --> 00:26:35,345 Tapi kini, awak terincut-incut datang dengan penjaga zoo 365 00:26:35,345 --> 00:26:36,596 dan memohon bantuan kami. 366 00:26:37,096 --> 00:26:39,432 Selamat menyertai rakyat marhaen, Abang Besar. 367 00:26:40,808 --> 00:26:41,643 Hei! 368 00:26:41,643 --> 00:26:42,810 Sudah! 369 00:26:42,810 --> 00:26:44,979 - Hentikannya! - Cakaplah lagi! 370 00:26:50,485 --> 00:26:52,528 Awak perlu keluar. 371 00:27:20,848 --> 00:27:24,435 - Jangan berhenti! - Ayuh! 372 00:27:24,435 --> 00:27:26,437 Macam itulah! 373 00:27:27,230 --> 00:27:29,440 Sekarang baru macam askar! Ayuh! 374 00:27:30,733 --> 00:27:32,527 Laju lagi! 375 00:27:34,070 --> 00:27:35,154 Macam itulah! 376 00:27:35,655 --> 00:27:36,906 Buat lagi! 377 00:27:36,906 --> 00:27:38,658 Lantaklah kalau penat pun! 378 00:27:38,658 --> 00:27:42,453 Ayuh! Cari tempat selamat, gerak! 379 00:27:42,453 --> 00:27:45,164 Kamu mahu berperang, kamu harus lasak! 380 00:27:45,748 --> 00:27:47,792 Cepat, perempuan pun lagi laju! 381 00:27:48,459 --> 00:27:50,128 Kita Orang Terakhir! 382 00:27:56,342 --> 00:27:58,511 Awak buat kami semua nampak lembik. 383 00:27:59,762 --> 00:28:00,763 Sedia. 384 00:28:01,806 --> 00:28:03,349 Bidik. 385 00:28:03,349 --> 00:28:04,308 Tembak! 386 00:28:05,184 --> 00:28:07,520 Sekali lagi. Buat betul-betul! 387 00:28:07,520 --> 00:28:11,065 Sedia, bidik, tembak! 388 00:28:12,525 --> 00:28:14,819 Kenapa? Rasa simpati? 389 00:28:15,987 --> 00:28:16,904 Tidak, tuan. 390 00:28:16,904 --> 00:28:20,366 Kalau awak nampak seekor, awak nak tunjuk belas kasihan? 391 00:28:20,366 --> 00:28:22,368 Tidak, tuan. Tidak sekali-kali. 392 00:28:22,952 --> 00:28:24,871 Jadi, tunggu apa lagi? 393 00:28:33,921 --> 00:28:35,089 Boleh tahan. 394 00:28:38,134 --> 00:28:39,886 Sekali lagi. Sedia. 395 00:28:40,678 --> 00:28:42,138 Bidik. 396 00:28:42,138 --> 00:28:43,139 Tembak! 397 00:28:59,530 --> 00:29:01,783 Dari mana awak belajar tembak begitu? 398 00:29:03,743 --> 00:29:05,036 Saya belajar sendiri. 399 00:29:06,704 --> 00:29:08,956 Ibu bapa saya mati akibat wabak semasa saya kecil. 400 00:29:09,791 --> 00:29:11,250 Saya terpaksa berdikari. 401 00:29:12,376 --> 00:29:15,296 Untuk hidup, saya perlu lawan kalau tak mahu mati. 402 00:29:17,298 --> 00:29:18,591 Saya tak mahu mati. 403 00:29:23,054 --> 00:29:24,263 Awak ada semangat juang. 404 00:29:25,848 --> 00:29:28,643 Jika digilap, awak boleh jadi askar yang unggul. 405 00:29:30,311 --> 00:29:31,687 Ibu bapa awak pasti bangga. 406 00:29:34,565 --> 00:29:37,819 Semua orang, pergi mandi dan makan. 407 00:29:38,903 --> 00:29:40,029 Kamu patut berehat. 408 00:29:45,868 --> 00:29:46,953 Rani? 409 00:29:53,042 --> 00:29:54,085 Awak tak apa-apa? 410 00:29:55,336 --> 00:29:56,212 Saya okey. 411 00:29:57,839 --> 00:29:59,590 Kenapa awak masih berbaring? 412 00:30:00,967 --> 00:30:02,635 Saya cuma tengok bintang. 413 00:30:14,105 --> 00:30:15,815 Saya dah kata saya okey, Adi. 414 00:30:24,532 --> 00:30:26,993 Saya tahu semua ini sukar bagi awak. 415 00:30:28,494 --> 00:30:31,080 Sepanjang sembilan tahun lepas atau sebagai tahanan Abbot? 416 00:30:35,001 --> 00:30:36,419 Dah awak sebut namanya... 417 00:30:38,963 --> 00:30:40,631 Dia jemput kita makan malam. 418 00:30:41,132 --> 00:30:44,343 Saya tahu. Dia tinggalkan baju bersih untuk awak. 419 00:30:44,886 --> 00:30:47,471 Tapi ia agak buruk. 420 00:30:53,603 --> 00:30:54,729 Jadi, bagaimana? 421 00:30:55,354 --> 00:30:57,023 Awak nak keluar makan malam? 422 00:30:57,023 --> 00:30:59,233 Rasanya saya tiada pilihan. 423 00:31:00,443 --> 00:31:02,111 Ini satu keraian, Rani. 424 00:31:03,362 --> 00:31:04,363 Kita berjaya. 425 00:31:04,864 --> 00:31:05,698 Saya berjaya. 426 00:31:06,490 --> 00:31:10,286 Selepas sembilan tahun, inilah dia. 427 00:31:10,286 --> 00:31:13,539 Sikit saja lagi dan awak boleh dapat dos pertama. 428 00:31:15,458 --> 00:31:20,212 Kita bakal mengubah segala-galanya. 429 00:31:25,259 --> 00:31:26,844 Ia kerana awak percayakan saya. 430 00:31:30,514 --> 00:31:33,267 Itu saja yang Abbot perlukan untuk layan kita dengan baik? 431 00:31:33,267 --> 00:31:35,061 Ya, dia memang kejam. 432 00:31:35,603 --> 00:31:39,941 Dia juga narsisis, tapi dia hormati usaha saya. 433 00:31:41,359 --> 00:31:45,780 Jadi, kalau saya terpaksa terus layan keangkuhannya agar dia hormati saya, 434 00:31:46,280 --> 00:31:47,114 tak kisahlah. 435 00:31:58,542 --> 00:32:01,003 "Terus layan" makin berterusan, Adi. 436 00:32:01,003 --> 00:32:03,798 Saya tahu. Tapi sementara itu... 437 00:32:08,469 --> 00:32:11,138 Mari kita nikmati makan malam ini. Okey? 438 00:32:12,640 --> 00:32:15,893 Walaupun kita akan makan dengan orang gila berjambang. 439 00:32:17,144 --> 00:32:18,688 Kalau awak dah tak tahan, 440 00:32:19,605 --> 00:32:21,065 sebut "gargoil", 441 00:32:22,817 --> 00:32:24,402 dan saya akan minta diri. 442 00:32:30,408 --> 00:32:31,575 Gargoil. 443 00:32:42,545 --> 00:32:48,009 Ya, orang penting kita, bersama ratunya. 444 00:32:48,009 --> 00:32:53,514 Doktor, Rani, terima kasih kerana terima undangan saya. 445 00:32:53,514 --> 00:32:54,640 Turunlah. 446 00:33:07,153 --> 00:33:10,531 Doktor, janganlah monyok. Kita raikan kejayaan. Ikut sini. 447 00:33:11,907 --> 00:33:13,325 Muka saya memang begini. 448 00:33:14,535 --> 00:33:15,661 Saya nampak monyok? 449 00:33:19,040 --> 00:33:20,332 Sila duduk. 450 00:33:26,213 --> 00:33:29,133 Mereka kata awak ada bilik baru. 451 00:33:29,133 --> 00:33:30,051 Awak suka tak? 452 00:33:30,051 --> 00:33:32,470 Ia bukan sangkar, tapi bolehlah. 453 00:33:37,183 --> 00:33:39,560 Cakap saja kalau awak perlukan apa-apa. 454 00:33:40,144 --> 00:33:42,438 Dudley, si kuli dah sampai. 455 00:33:43,272 --> 00:33:44,940 Kuli Dudley. 456 00:33:44,940 --> 00:33:46,525 Dudley kuli. 457 00:33:47,610 --> 00:33:48,611 Bagus. 458 00:33:50,404 --> 00:33:52,031 Apa menu kita, Dudley? 459 00:33:52,031 --> 00:33:55,367 Salad tiga kacang dengan articok sebagai pembuka selera 460 00:33:55,367 --> 00:33:58,245 dan sajian utama kita, lasagna dengan keju asli. 461 00:33:58,245 --> 00:34:00,915 Aduhai, dari mana awak dapat menu itu? 462 00:34:01,832 --> 00:34:03,209 Saya ingat... 463 00:34:03,209 --> 00:34:05,836 Saya ada beri sedikit cadangan. 464 00:34:05,836 --> 00:34:08,881 Dia cef sebelum semua ini berlaku. 465 00:34:10,299 --> 00:34:11,425 Terharunya saya. 466 00:34:12,802 --> 00:34:14,804 Mujurlah awak tak kerja di dapur. 467 00:34:14,804 --> 00:34:17,014 Kalau tak, awak tentu masak sendiri. 468 00:34:17,723 --> 00:34:19,058 Saya dah kata, dia... 469 00:34:19,058 --> 00:34:21,685 {\an8}Saya tahu, penyakitnya tak berjangkit. 470 00:34:22,520 --> 00:34:24,396 Samalah macam lawak saya. 471 00:34:25,773 --> 00:34:27,108 Johnny! 472 00:34:27,108 --> 00:34:29,235 Ada apa? Kami baru saja nak makan. 473 00:34:29,235 --> 00:34:31,153 Saya yang undang dia. 474 00:34:32,738 --> 00:34:37,034 Semua orang sibuk, jadi saya fikir kita patut akhirnya duduk bersama. 475 00:34:37,034 --> 00:34:38,119 Lagipun, 476 00:34:38,953 --> 00:34:40,579 seronok makan dengan keluarga. 477 00:34:47,086 --> 00:34:48,671 Yakah? 478 00:34:49,505 --> 00:34:50,756 - Awak... - Ya. 479 00:34:51,882 --> 00:34:53,384 Silakan, Johnny. 480 00:34:53,968 --> 00:34:55,094 Ambil satu kerusi. 481 00:34:55,094 --> 00:34:56,178 Dudley! 482 00:34:59,140 --> 00:35:03,644 Saya tak tahu pula adik saya pandai beramah mesra. 483 00:35:04,895 --> 00:35:08,399 Saya cuma harap dia tak buka pekung di dada. 484 00:35:09,024 --> 00:35:11,694 Pekung apa yang awak nak sembunyikan? 485 00:35:18,534 --> 00:35:20,494 Ucap selamat. Mari. 486 00:35:26,250 --> 00:35:28,335 Sembilan tahun lepas... 487 00:35:31,255 --> 00:35:32,673 Cakaplah jika dah cukup. 488 00:35:37,595 --> 00:35:38,846 Ya. Terima kasih. 489 00:35:39,805 --> 00:35:40,806 Maaf. 490 00:35:45,227 --> 00:35:46,604 Awak dah sedia? 491 00:35:48,147 --> 00:35:52,818 Sembilan tahun lepas amat sukar bagi kita semua. 492 00:35:53,444 --> 00:35:59,909 Negara, masyarakat, malah spesies kita telah banyak menderita. 493 00:36:01,243 --> 00:36:02,661 Kita hilang pedoman... 494 00:36:04,455 --> 00:36:07,166 dan kepercayaan terhadap manusia sejagat. 495 00:36:08,042 --> 00:36:13,839 Tapi manusia memang ditakdirkan untuk mengharungi cabaran. 496 00:36:13,839 --> 00:36:19,803 Juga kerana takdirlah kita berada di sini malam ini. 497 00:36:21,430 --> 00:36:27,102 Doktor, usaha doktor akan tercatat dalam sejarah. 498 00:36:28,354 --> 00:36:32,441 Rani, awak tentu bangga dengan suami awak. 499 00:36:32,441 --> 00:36:35,027 Saya harap awak sedar bahawa tanpa awak, 500 00:36:35,778 --> 00:36:39,448 kejayaannya ini tak mungkin tercapai. 501 00:36:39,448 --> 00:36:42,034 Awak beri dia ilham. 502 00:36:43,535 --> 00:36:44,870 Syabas, doktor. 503 00:36:45,746 --> 00:36:46,580 Semoga awak sihat. 504 00:36:48,374 --> 00:36:49,583 - Minum. - Minum. 505 00:36:49,583 --> 00:36:50,668 Minum. 506 00:36:54,255 --> 00:36:55,089 Baiklah... 507 00:36:57,132 --> 00:36:58,592 Mari kita makan. 508 00:37:11,730 --> 00:37:13,232 Kenapa awak buat begitu? 509 00:37:14,316 --> 00:37:15,651 Ia bodoh betul. 510 00:37:16,694 --> 00:37:17,695 Saya tahu. 511 00:37:19,113 --> 00:37:20,114 - Saya... - Tidak. 512 00:37:20,948 --> 00:37:23,784 Mujurlah saya berjaya meredakan kemarahan mereka. 513 00:37:26,912 --> 00:37:29,123 Awak tak perlu pertahankan saya. 514 00:37:31,292 --> 00:37:32,751 Mungkin saya perlu. 515 00:37:32,751 --> 00:37:34,378 Saya tahu awak rasa sedih, 516 00:37:35,337 --> 00:37:37,006 dan rasa marah. 517 00:37:39,049 --> 00:37:41,385 Tapi jika kita nak bekerjasama 518 00:37:42,261 --> 00:37:45,723 dan saling percaya, tolonglah berkomunikasi dengan saya. 519 00:37:46,682 --> 00:37:50,728 Kita yang akan rugi jika kita terasa dek kata-kata mereka. 520 00:37:56,859 --> 00:37:58,110 Mereka bukan masalahnya. 521 00:37:59,361 --> 00:38:00,362 Saya... 522 00:38:01,905 --> 00:38:07,036 Isteri saya bersalin sejurus sebelum Kehancuran menimpa. 523 00:38:07,828 --> 00:38:09,913 Namanya Louisa. 524 00:38:09,913 --> 00:38:12,374 Kami tak sempat namakan anak sebelum... 525 00:38:14,418 --> 00:38:16,879 Sebelum kerajaan bawa dia pergi. 526 00:38:17,546 --> 00:38:21,050 Saya terdesak. Jadi, saya minta nasihat daripada kawan lama. 527 00:38:22,301 --> 00:38:23,844 Dia sertai Orang Terakhir 528 00:38:23,844 --> 00:38:26,764 pada awal penubuhannya. 529 00:38:26,764 --> 00:38:28,891 Dia kata dia ada kenalan 530 00:38:28,891 --> 00:38:32,519 yang boleh cari keluarga saya kalau saya sertai mereka. 531 00:38:37,816 --> 00:38:42,654 Semasa awak tanya tentang khidmat saya untuk mereka. 532 00:38:44,782 --> 00:38:46,033 Saya bohong. 533 00:38:51,622 --> 00:38:54,958 Sayalah yang kumpul budak-budak itu dan tangkap mereka 534 00:38:56,627 --> 00:38:57,920 dan saya juga cekap. 535 00:38:58,504 --> 00:39:00,631 Saya digelar "penangkap hibrid". 536 00:39:06,178 --> 00:39:10,099 Saya tak tahu jika saya ada tangkap anak-anak awak. 537 00:39:13,435 --> 00:39:17,231 Tapi kalau bukan saya pun, orang macam saya yang tangkap mereka. 538 00:39:22,027 --> 00:39:23,695 Saya harus terima hakikat itu. 539 00:39:27,199 --> 00:39:29,576 Hakikat yang saya pisahkan keluarga 540 00:39:30,202 --> 00:39:31,745 demi keluarga saya. 541 00:39:39,670 --> 00:39:41,755 Saya percayakan awak! 542 00:39:44,258 --> 00:39:45,509 Saya percayakan awak! 543 00:39:55,394 --> 00:39:58,063 Berjayakah awak dapatkan semula keluarga awak? 544 00:40:07,448 --> 00:40:08,740 Baguslah awak beritahu saya. 545 00:40:24,715 --> 00:40:27,509 Hei. Awak nak duduk dengan kami? 546 00:40:29,428 --> 00:40:31,638 Tak apalah, saya okey. Terima kasih. 547 00:40:34,808 --> 00:40:37,478 Hebat betul aksi awak tadi. 548 00:40:40,814 --> 00:40:42,357 Semua orang puji. 549 00:40:48,280 --> 00:40:51,366 Betulkah awak belajar sendiri? 550 00:40:54,369 --> 00:40:55,370 Ya. 551 00:41:04,213 --> 00:41:09,176 Hei, saya tahu kita baru berkawan, tapi yalah... 552 00:41:11,094 --> 00:41:12,888 Kalau sesuatu menghantui awak... 553 00:41:15,557 --> 00:41:16,517 Saya akan bantu. 554 00:41:19,394 --> 00:41:21,271 - Saya... - Okey, perhatian! 555 00:41:22,856 --> 00:41:26,026 Awak, awak dan awak. 556 00:41:26,610 --> 00:41:29,488 Bersedia untuk misi pertama. Kamu ada sepuluh minit. 557 00:41:29,488 --> 00:41:32,282 Baiklah, mari kita bersedia. 558 00:41:32,282 --> 00:41:33,408 Ikut saya. 559 00:41:41,208 --> 00:41:42,709 Siapa mahu pencuci mulut? 560 00:41:44,378 --> 00:41:45,712 Dudley! 561 00:41:47,923 --> 00:41:49,007 Susu kocak strawberi. 562 00:41:49,633 --> 00:41:51,718 Seperti yang doktor minta. 563 00:41:52,302 --> 00:41:55,514 Saya juga ada beri cadangan. 564 00:41:56,181 --> 00:41:57,015 Terima kasih. 565 00:42:03,146 --> 00:42:04,606 - Ini... - Tak sedap. 566 00:42:04,606 --> 00:42:06,275 Betul, memang tak sedap. 567 00:42:06,275 --> 00:42:09,278 Kami guna serbuk rangsum tentera. 568 00:42:09,278 --> 00:42:10,362 Itulah sebabnya. 569 00:42:11,655 --> 00:42:12,531 Maaf. 570 00:42:12,531 --> 00:42:13,824 Hei. 571 00:42:15,325 --> 00:42:17,202 Niat itu yang penting. 572 00:42:19,079 --> 00:42:20,372 Betulkah? 573 00:42:21,498 --> 00:42:23,500 Niat itu yang penting? 574 00:42:24,876 --> 00:42:28,255 Saya tanya kerana pada pandangan saya, 575 00:42:28,255 --> 00:42:33,218 awak wanita yang lebih pentingkan hasil. 576 00:42:34,136 --> 00:42:40,142 Jangan kecil hati, tapi saya tak rasa dia boleh sampai sejauh ini tanpa 577 00:42:41,184 --> 00:42:42,519 bimbingan awak. 578 00:42:44,646 --> 00:42:45,522 Ia usaha bersama. 579 00:42:46,690 --> 00:42:48,734 Seperti awak dengan Johnny. 580 00:42:48,734 --> 00:42:50,611 Betul cakap awak. 581 00:42:50,611 --> 00:42:54,698 Lagipun, siapa lagi yang boleh kita percaya di dunia ini 582 00:42:54,698 --> 00:42:56,491 kalau bukan keluarga sendiri? 583 00:42:58,118 --> 00:43:00,203 Kamu berdua pasangan yang hebat. 584 00:43:00,203 --> 00:43:01,288 Memang betul. 585 00:43:01,997 --> 00:43:04,291 Kami pasangan penyanyi. 586 00:43:04,291 --> 00:43:07,169 Kami ada kumpulan muzik semasa kami muda dulu. 587 00:43:07,169 --> 00:43:11,840 Saya main gitar, tapi Johnny pandai menyanyi. 588 00:43:12,758 --> 00:43:16,428 Suaranya merdu dan penuh perasaan. 589 00:43:16,428 --> 00:43:18,639 Bergenang air mata apabila kita mendengarnya. 590 00:43:19,139 --> 00:43:21,808 Kami nak jadi macam Simon dan Garfunkel. 591 00:43:21,808 --> 00:43:25,395 Ya, kami buat persembahan terbuka, di pertunjukan bakat. 592 00:43:25,395 --> 00:43:28,482 Malah, saya buat kad pengenalan palsu supaya dia boleh masuk bar. 593 00:43:28,482 --> 00:43:31,485 Awak ingat lagi pergaduhan di Cedar Mountain? 594 00:43:31,485 --> 00:43:32,986 Aduhai. 595 00:43:32,986 --> 00:43:35,280 - Pemilik itu tak nak bayar upah kita. - Aduhai. 596 00:43:35,280 --> 00:43:37,949 - Mak hampir hilang sabar. - Ya. 597 00:43:38,450 --> 00:43:40,869 Ya. Dia suruh saya duduk. 598 00:43:40,869 --> 00:43:43,955 Dia kata, "Suatu hari nanti, mak akan mati. 599 00:43:43,955 --> 00:43:45,707 Dia saja saudara kamu. 600 00:43:47,000 --> 00:43:48,377 Jagalah dia baik-baik." 601 00:43:50,128 --> 00:43:51,254 Itu yang saya buat. 602 00:43:52,464 --> 00:43:57,094 Saya mula kerja supaya dia boleh kejar minatnya. 603 00:43:58,428 --> 00:44:01,682 Semasa saya jadi tentera, saya hantar duit setiap bulan. 604 00:44:03,392 --> 00:44:06,561 Entahlah, saya cuma tak mahu 605 00:44:07,854 --> 00:44:10,565 dia hilang sifatnya itu. 606 00:44:11,692 --> 00:44:14,611 Tapi takdir mencelah 607 00:44:15,237 --> 00:44:19,700 dan tiba-tiba saja, wabak itu muncul. 608 00:44:20,575 --> 00:44:21,702 Mak kami meninggal. 609 00:44:22,285 --> 00:44:23,829 Tapi saya ingat janji itu. 610 00:44:24,830 --> 00:44:28,625 Saya bersumpah takkan meninggalkan John. 611 00:44:31,086 --> 00:44:31,920 Tidak sekali-kali. 612 00:44:35,215 --> 00:44:36,341 Saya ibarat tangan... 613 00:44:40,679 --> 00:44:42,139 dia ibarat hati nurani. 614 00:44:43,849 --> 00:44:49,396 Kami terpaksa ambil langkah yang perlu untuk mengharungi dunia baru ini. 615 00:44:54,276 --> 00:44:56,778 Aduhai, Dudley, saya belasah kamu karang. 616 00:44:56,778 --> 00:44:57,696 Ada apa? 617 00:44:59,322 --> 00:45:00,574 Tiga Ketua kata... 618 00:45:10,375 --> 00:45:11,960 Saya sungguh tak sangka. 619 00:45:12,544 --> 00:45:13,920 Nampaknya... 620 00:45:15,589 --> 00:45:19,217 takdir mencelah sekali lagi. 621 00:45:20,135 --> 00:45:22,220 Jadi, ketiga-tiga ketua itu... 622 00:45:23,847 --> 00:45:27,517 Mereka akhirnya setuju untuk dengar cadangan saya. 623 00:45:28,643 --> 00:45:30,145 Cadangan apa sebenarnya? 624 00:45:32,814 --> 00:45:35,317 Esok awak tahulah. 625 00:45:35,317 --> 00:45:41,281 Tapi saya ada ahli sains handalan dan mereka pasti akan dengar cakap saya. 626 00:45:41,865 --> 00:45:45,494 Esok, kita akan menenteramkan dunia yang huru-hara ini. 627 00:45:46,787 --> 00:45:47,662 Esok, 628 00:45:48,622 --> 00:45:50,290 kita akan buat pembentangan. 629 00:45:52,626 --> 00:45:54,085 Apa yang berlaku tadi? 630 00:45:56,838 --> 00:45:57,839 Entahlah. 631 00:45:58,507 --> 00:45:59,591 - Dia... - Dia... 632 00:46:00,091 --> 00:46:01,134 - ...baik juga. - ...gila. 633 00:46:02,719 --> 00:46:04,304 Awak biar betul. 634 00:46:05,388 --> 00:46:06,598 Dia gila. 635 00:46:07,182 --> 00:46:08,892 Fikiran awak di mana tadi? 636 00:46:08,892 --> 00:46:13,522 Gayanya memang keterlaluan, tapi saya rasa dia sayang adiknya 637 00:46:13,522 --> 00:46:17,818 dan akan buat apa saja untuknya, samalah macam saya dengan awak, jadi, 638 00:46:17,818 --> 00:46:18,902 saya dan dia... 639 00:46:18,902 --> 00:46:20,529 Awak bukan macam dia, Adi. 640 00:46:20,529 --> 00:46:22,030 Kami mencari penawarnya 641 00:46:22,030 --> 00:46:25,951 dan jika dia tak ancam nyawa saya, saya mungkin takkan menemuinya. 642 00:46:30,956 --> 00:46:34,334 Betulkah awak nak bantu dia membentangkannya esok? 643 00:46:34,334 --> 00:46:35,252 Saya terpaksa. 644 00:46:36,086 --> 00:46:40,173 Lagipun, kata-kata Abbot tentang takdir... 645 00:46:41,925 --> 00:46:45,303 Takkah awak rasa kita ditakdirkan berada di sini? 646 00:46:48,974 --> 00:46:50,267 Awak fikir begitu? 647 00:46:53,770 --> 00:46:56,273 Saya berjanji untuk membebaskan awak. 648 00:46:57,315 --> 00:47:00,402 Daripada virus dan tempat ini, dan... 649 00:47:01,111 --> 00:47:04,364 Saya tak mahu mungkir janji. Jadi, ya. 650 00:47:04,364 --> 00:47:07,200 Saya akan bantu dia dengan pembentangannya dan... 651 00:47:09,327 --> 00:47:11,913 kemudian, kita akan bebas. 652 00:47:18,795 --> 00:47:20,797 Awak dah banyak menderita, bukan? 653 00:47:22,424 --> 00:47:23,758 Kita dah menderita. 654 00:47:26,261 --> 00:47:27,095 Mari. 655 00:47:46,239 --> 00:47:47,616 Saya sayang awak, Rani. 656 00:47:49,659 --> 00:47:51,286 Saya juga sayang awak, Adi. 657 00:48:14,559 --> 00:48:15,518 Masa makan! 658 00:48:15,518 --> 00:48:17,228 Dia akan nampak. Tutup! 659 00:48:21,274 --> 00:48:22,233 Itu apa? 660 00:48:23,068 --> 00:48:24,945 Siaplah kamu. 661 00:48:35,372 --> 00:48:36,623 Benda ini dari mana? 662 00:48:37,207 --> 00:48:39,000 Kamu curi-curi keluar, ya? 663 00:48:40,335 --> 00:48:41,711 Kamu tak mahu mengaku? 664 00:48:42,420 --> 00:48:46,633 Yang mana agaknya yang akan disembelih selepas ini? 665 00:48:49,803 --> 00:48:52,389 Saya ada cenderamata daripada mangsa sebelum ini. 666 00:48:55,350 --> 00:48:56,935 Anak buaya itu terus mati. 667 00:48:58,103 --> 00:48:59,270 Peter. 668 00:49:00,647 --> 00:49:01,940 Awak nak cenderamata apa? 669 00:49:03,858 --> 00:49:06,403 Mungkin sarung tangan bulu. 670 00:49:10,156 --> 00:49:12,242 Atau bantal bulu burung? 671 00:49:16,871 --> 00:49:18,081 Tapi rasanya... 672 00:49:20,083 --> 00:49:24,045 Saya teringin makan daging khinzir. 673 00:49:25,130 --> 00:49:26,089 Daging khinzir! 674 00:49:28,967 --> 00:49:30,135 Jangan sentuh dia! 675 00:49:34,556 --> 00:49:35,890 KELUAR SUAKA 676 00:49:43,940 --> 00:49:44,774 Hei! 677 00:49:49,070 --> 00:49:50,447 Hei! Jangan lari! 678 00:49:58,246 --> 00:50:01,499 Saya cuma nak balik. 679 00:50:17,140 --> 00:50:18,016 Helo. 680 00:50:19,642 --> 00:50:21,227 Selamat berkenalan, Gus. 681 00:51:37,178 --> 00:51:40,014 Dengar kata ada keluarga yang sembunyikan hibrid. 682 00:51:40,974 --> 00:51:42,517 Tugas kita mudah saja. 683 00:51:43,143 --> 00:51:45,395 Hukum pengkhianat, tangkap haiwan itu. 684 00:51:45,395 --> 00:51:47,480 Kemudian, kita bawa mereka ke zoo. 685 00:51:47,480 --> 00:51:51,693 Kamu mungkin sempat lihat binatang lain yang mereka kurung. 686 00:51:51,693 --> 00:51:53,695 Katanya ada yang boleh bercakap. 687 00:51:56,781 --> 00:51:58,575 Awak dan Jordan masuk dulu. 688 00:51:59,409 --> 00:52:01,995 Yang lain akan kepung rumah itu. 689 00:52:01,995 --> 00:52:03,163 - Baik, tuan. - Bagus. 690 00:52:03,163 --> 00:52:05,707 Selepas misi selesai, kamu akan jadi Orang Terakhir. 691 00:52:05,707 --> 00:52:08,126 Kemudian, kita akan jadikannya rasmi. 692 00:52:09,878 --> 00:52:11,754 Orang Terakhir askar terbilang. 693 00:52:11,754 --> 00:52:14,007 Suara lantang dan tangkap binatang 694 00:52:34,736 --> 00:52:37,155 - Kita jumpa di Kota LeMire. - Ya, bos. 695 00:52:46,998 --> 00:52:49,000 Ada perubahan. Awak tak ikut. 696 00:52:49,751 --> 00:52:53,254 Sebab saya tumbuk orang awak? Memang padan muka dia pun. 697 00:52:54,923 --> 00:52:56,049 Jangan tanya saya. 698 00:52:56,799 --> 00:52:57,800 Hei, apa ini? 699 00:52:58,593 --> 00:53:01,095 Saya akan selamatkan Gus, tapi jangan ganggu dia lagi. 700 00:53:02,347 --> 00:53:03,723 Dia lebih selamat dengan saya. 701 00:53:04,682 --> 00:53:06,100 Apa? 702 00:53:06,100 --> 00:53:08,353 Hei! Buka pintu! 703 00:53:08,353 --> 00:53:10,730 Buka pintu! Jangan tinggalkan saya! 704 00:53:10,730 --> 00:53:13,191 Awak perlukan saya! Gus perlukan saya! 705 00:53:14,943 --> 00:53:15,944 Tak guna! 706 00:53:37,924 --> 00:53:40,385 Sesetengah jalan lurus. 707 00:53:45,598 --> 00:53:48,685 Sesetengahnya berbelit-belit. 708 00:53:50,728 --> 00:53:54,774 Tapi kita perlu yakin bahawa akhirnya, 709 00:53:54,774 --> 00:53:58,361 semua jalan membawa kita ke tempat yang sepatutnya. 710 00:53:59,696 --> 00:54:01,698 Asalkan kita tak terlambat. 711 00:55:43,007 --> 00:55:45,927 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin