1 00:00:09,135 --> 00:00:11,388 Saya kenal Ole Golly seumur hidup saya, 2 00:00:11,388 --> 00:00:14,307 jadi saya tahu perkara yang dia minati. 3 00:00:16,017 --> 00:00:17,018 Sebagai contohnya, 4 00:00:17,018 --> 00:00:19,729 Alice Through the Looking-Glass oleh Lewis Carroll. 5 00:00:19,729 --> 00:00:24,526 "Masanya sudah tiba, kata Walrus, Bercakap tentang banyak perkara: 6 00:00:24,526 --> 00:00:29,364 Tentang kasut dan kapal dan lilin tera... Tentang kubis dan raja... 7 00:00:29,364 --> 00:00:32,241 Kenapa lautan panas mendidih..." 8 00:00:32,241 --> 00:00:34,953 "Sama ada khinzir ada sayap." 9 00:00:36,538 --> 00:00:40,166 Dia amat suka menamakan awan. Dia ada cara tersendiri. 10 00:00:40,166 --> 00:00:42,544 Awan itu nampak seperti kumulonimbus. 11 00:00:43,128 --> 00:00:44,671 Saya ada cara saya. 12 00:00:44,671 --> 00:00:47,299 Awan itu nampak seperti kerbau sedih bernama Monica. 13 00:00:49,467 --> 00:00:52,721 Dia juga sangat meminati postur yang bagus. 14 00:00:52,721 --> 00:00:56,057 Angkat dagu, bahu ke belakang. 15 00:00:56,725 --> 00:00:59,477 Kenapa awak menyeksa saya? 16 00:00:59,477 --> 00:01:03,064 Postur yang bagus buat awak kelihatan yakin. 17 00:01:05,609 --> 00:01:07,861 Saya juga tahu semua yang dia tak suka, 18 00:01:07,861 --> 00:01:12,949 di tempat pertama ialah bersenandung. 19 00:01:15,493 --> 00:01:18,163 Jika awak sangat gembira sampai perlu buat bising, 20 00:01:18,163 --> 00:01:19,706 mungkin awak patut jumpa doktor. 21 00:01:34,471 --> 00:01:35,680 Lihat, burung madu. 22 00:01:36,598 --> 00:01:38,350 Tiada sesiapa begitu gembira. 23 00:01:43,188 --> 00:01:46,650 Jadi satu hari, apabila nampak Ole Golly bersenandung, 24 00:01:46,650 --> 00:01:49,069 saya tahu ada yang tak kena. 25 00:01:50,737 --> 00:01:53,907 Sangat tak kena. 26 00:01:59,746 --> 00:02:02,415 {\an8}Aku mahu jadi Kau mahu jadi 27 00:02:02,415 --> 00:02:04,167 Kita mahu jadi 28 00:02:05,293 --> 00:02:07,754 Aku akan jadi sesiapa yang aku mahu 29 00:02:07,754 --> 00:02:09,421 Autonomiku 30 00:02:09,923 --> 00:02:12,842 Tidak, aku takkan potong rambutku 31 00:02:12,842 --> 00:02:15,303 Aku akan pakai apa-apa saja 32 00:02:15,303 --> 00:02:21,434 Aku suka apabila menjadi diri sendiri 33 00:02:21,434 --> 00:02:24,062 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 34 00:02:24,062 --> 00:02:27,023 Kita tak mahu diberi arahan 35 00:02:27,023 --> 00:02:28,108 {\an8}"OLE GOLLY BERCINTA" 36 00:02:30,151 --> 00:02:31,236 {\an8}BERDASARKAN BUKU OLEH LOUISE FITZHUGH 37 00:02:32,654 --> 00:02:33,905 Jadi dia bersenandung. 38 00:02:35,282 --> 00:02:37,242 - Saya bersenandung. - Tarik lebih kuat. 39 00:02:39,661 --> 00:02:43,164 Ole Golly tak suka bersenandung seperti siput tak suka garam. 40 00:02:43,915 --> 00:02:47,377 Mungkin dia diganti dengan robot daripada operasi rahsia kerajaan. 41 00:02:47,377 --> 00:02:48,879 Kemudian dia buat begini. 42 00:02:51,423 --> 00:02:53,174 Baiknya. 43 00:02:53,174 --> 00:02:54,801 Ini bukan baik. Ini... 44 00:02:54,801 --> 00:02:56,011 Tarik lebih kuat. 45 00:02:59,306 --> 00:03:00,932 Aduh! Tidak. Terlalu kuat. 46 00:03:01,516 --> 00:03:03,476 Apa yang kamu buat? 47 00:03:04,603 --> 00:03:06,855 Jimmy Feltzer jadi lebih tinggi tujuh sentimeter selepas musim lalu 48 00:03:06,855 --> 00:03:09,357 dan gantikan saya dalam pasukan bola keranjang. 49 00:03:11,026 --> 00:03:12,986 Sport perlu jadi lebih tinggi. 50 00:03:13,820 --> 00:03:15,238 Sekarang boleh awak tarik lengan saya? 51 00:03:21,703 --> 00:03:22,913 Awak boleh tolong. 52 00:03:25,624 --> 00:03:28,376 Saya harap keadaan akan kembali normal dengan Bandar, 53 00:03:28,376 --> 00:03:29,711 permainan yang kami main setiap minggu, 54 00:03:29,711 --> 00:03:32,422 kami mencipta watak yang tinggal dalam bandar imaginasi. 55 00:03:32,422 --> 00:03:35,592 Hei, Ole Golly. Perkenalkan Napoleon Blownapart. 56 00:03:35,592 --> 00:03:36,927 Dia akan buat ucapan penting. 57 00:03:36,927 --> 00:03:38,762 Harriet, saya lupa beritahu awak. 58 00:03:38,762 --> 00:03:41,014 Saya minta cuti malam ini dengan ibu awak. 59 00:03:41,014 --> 00:03:44,768 Tapi kita main Bandar setiap Isnin. Itu aktiviti kita. 60 00:03:44,768 --> 00:03:47,145 Kita perlu main hari lain. 61 00:03:47,854 --> 00:03:52,108 Baiklah, Ole Golly, berterus-terang. Apa berlaku? 62 00:03:52,108 --> 00:03:53,777 Apa maksud awak? 63 00:03:53,777 --> 00:03:55,528 Awak bersenandung. 64 00:03:55,528 --> 00:03:57,656 Betul? Pelik. Saya, bersenandung? 65 00:03:58,615 --> 00:04:00,158 Apa-apa pun, selamat malam, Harriet. 66 00:04:28,228 --> 00:04:29,604 Helo, Catherine. 67 00:04:30,480 --> 00:04:31,773 Helo, George. 68 00:04:31,773 --> 00:04:35,485 Saya pernah nampak dia. Dia penghantar untuk kedai Garcia. 69 00:04:36,069 --> 00:04:37,696 Apa dia buat dengan Ole Golly? 70 00:04:37,696 --> 00:04:40,115 Awak nampak cantik hari ini, Catherine. 71 00:04:43,535 --> 00:04:46,204 Bersenandung dan ketawa berdekit-dekit? 72 00:04:48,331 --> 00:04:50,250 Kehidupan satu misteri hebat. 73 00:04:50,250 --> 00:04:53,169 Semua orang jadi berbeza apabila bersama orang lain? 74 00:04:53,169 --> 00:04:55,297 Saya perlu periksanya. Ini mungkin penting. 75 00:05:00,510 --> 00:05:03,597 Jadi Ole Golly sedang bercinta? 76 00:05:03,597 --> 00:05:05,223 Entahlah, mungkin. 77 00:05:06,975 --> 00:05:07,976 Mungkin. 78 00:05:09,185 --> 00:05:10,562 Okey, pasti. 79 00:05:12,022 --> 00:05:13,815 Saya rasa itu indah. 80 00:05:13,815 --> 00:05:16,860 Ya, kalau awak suka pengasuh awak berkahwin dan tinggalkan awak. 81 00:05:16,860 --> 00:05:17,944 Tidak. 82 00:05:18,653 --> 00:05:19,654 Tidak. 83 00:05:20,238 --> 00:05:22,574 Tidak. Saya dan Ole Golly ada ikatan istimewa. 84 00:05:22,574 --> 00:05:24,117 Harriet. 85 00:05:24,117 --> 00:05:28,371 Jangan sedih sebab ia berakhir, gembiralah sebab ia berlaku. 86 00:05:28,955 --> 00:05:31,082 Mak selalu cakap begitu pada saya. 87 00:05:31,082 --> 00:05:33,001 Saya sendiri tak faham maksudnya. 88 00:05:34,377 --> 00:05:36,421 Apa yang dia tertarik dengan lelaki ini? 89 00:05:36,421 --> 00:05:37,505 Awak mahu nasihat saya? 90 00:05:37,505 --> 00:05:39,633 Pergi tonton filem baharu Greenzilla. 91 00:05:39,633 --> 00:05:42,552 Tonton dinosaur mutan musnahkan Tokyo ialah cara terbaik 92 00:05:42,552 --> 00:05:44,471 untuk lupakan masalah awak. 93 00:05:44,471 --> 00:05:46,514 Dia raksasa. 94 00:05:46,514 --> 00:05:48,767 Saya rasa orang salah faham ia. 95 00:05:48,767 --> 00:05:50,310 En. Waldenstein? 96 00:05:50,310 --> 00:05:52,020 Bukan, Greenzilla. 97 00:05:52,020 --> 00:05:55,357 Tahu apa awak perlukan, Harriet? Rancangan tambahan, seperti saya. 98 00:05:55,899 --> 00:05:59,778 Sebab kerjaya bola keranjang berakhir, saya mahu jadi akauntan. 99 00:05:59,778 --> 00:06:01,238 Ia belum berakhir. 100 00:06:01,238 --> 00:06:05,158 Jimmy Feltzer lebih tinggi daripada awak, tak bermakna dia lebih bagus. 101 00:06:05,700 --> 00:06:08,745 Ayuh, Jimmy Feltzer! Ya! 102 00:06:11,122 --> 00:06:12,749 Jimmy paling hebat! 103 00:06:14,125 --> 00:06:16,586 Kadangkala perlu tahu masa untuk berhenti. 104 00:06:17,087 --> 00:06:18,380 Awak takkan berhenti. 105 00:06:18,380 --> 00:06:19,965 Awak perlu lawan. 106 00:06:19,965 --> 00:06:21,508 Lari, angkat berat, 107 00:06:21,508 --> 00:06:26,388 cari kelemahan Jimmy Feltzer dan kalahkan dia. 108 00:06:28,139 --> 00:06:29,975 - Ya! - Ya! 109 00:06:29,975 --> 00:06:32,310 Kita tak boleh biarkan dia rampas Ole Golly! 110 00:06:32,310 --> 00:06:33,687 Ya! 111 00:06:34,521 --> 00:06:35,814 Sekejap... Apa? 112 00:06:36,815 --> 00:06:39,943 Jika saya nak hentikan lelaki ini daripada rampas Ole Golly, 113 00:06:39,943 --> 00:06:42,195 saya perlu ekori dia, 114 00:06:42,195 --> 00:06:44,781 perhatikan semua tindakannya 115 00:06:44,781 --> 00:06:48,410 dan mengintip dia sehingga dapat semua rahsia saya perlukan. 116 00:07:02,173 --> 00:07:04,050 Terima kasih atas derma awak. 117 00:07:04,050 --> 00:07:05,552 Sama-sama, puan. 118 00:07:06,136 --> 00:07:08,972 Okey, jadi dia murah hati. 119 00:07:10,515 --> 00:07:12,142 Biar saya tolong awak, cik. 120 00:07:12,767 --> 00:07:15,061 Terima kasih, pemuda. 121 00:07:16,104 --> 00:07:18,565 Serta baik. 122 00:07:19,149 --> 00:07:21,443 Tapi jelas sekali ada yang tak kena dengan dia. 123 00:07:27,949 --> 00:07:31,703 Tidak, dia pandai melayan kanak-kanak. 124 00:07:33,121 --> 00:07:35,999 Saya tidak jumpa apa-apa tentangnya selepas dua jam mengintip. 125 00:07:37,083 --> 00:07:38,752 Saya terfikir mahu balik. 126 00:07:38,752 --> 00:07:40,420 Helo, En. Waldenstein. 127 00:07:40,420 --> 00:07:42,756 Awak mahu surat sekarang atau saya patut hantar ke rumah? 128 00:07:42,756 --> 00:07:44,090 Saya boleh ambil sekarang. 129 00:07:44,090 --> 00:07:47,677 Tapi mujurlah, perisik yang bagus tak pernah berhenti. 130 00:07:47,677 --> 00:07:50,096 Hanya sepucuk surat untuk Pn. Waldenstein. 131 00:07:50,096 --> 00:07:52,182 Pn. Waldenstein? 132 00:07:53,433 --> 00:07:54,976 Dialamatkan kepada? 133 00:07:57,395 --> 00:07:58,730 George. 134 00:08:01,233 --> 00:08:03,693 Saya mahu bawa dia ke taman. Bila awak akan balik? 135 00:08:03,693 --> 00:08:05,278 Sebaik saja syif saya siap. 136 00:08:12,661 --> 00:08:15,872 Saya sangat terkejut. 137 00:08:15,872 --> 00:08:19,834 Teman lelaki sempurna ada isteri dan anak rahsia? 138 00:08:19,834 --> 00:08:24,589 Saya mahu beritahu Ole Golly, tapi ini sangat penting. 139 00:08:24,589 --> 00:08:27,759 Saya perlukan bukti. Saya perlukan sampul itu. 140 00:08:27,759 --> 00:08:28,843 {\an8}PN. WALDENSTEIN 141 00:08:31,721 --> 00:08:33,682 Cepat. Mak dan ayah tak mahu terlewat. 142 00:08:33,682 --> 00:08:35,683 Rasanya mak patut pakai gaun sifon. 143 00:08:35,683 --> 00:08:36,810 Mungkin mak patut tukar. 144 00:08:36,810 --> 00:08:39,270 Awak sudah tukar tiga kali. 145 00:08:39,270 --> 00:08:41,523 - Mak nampak hebat. - Awak rasa begitu? 146 00:08:41,523 --> 00:08:43,108 Saya tahu. 147 00:08:44,192 --> 00:08:45,527 Bergembira petang ini, sayang. 148 00:08:45,527 --> 00:08:47,529 Cik Golly, pastikan dia tidur pukul 10. 149 00:08:47,529 --> 00:08:48,863 Selalunya begitu, bukan? 150 00:08:50,365 --> 00:08:54,411 Harriet, bagaimana kalau kita main Bandar malam ini? 151 00:08:54,411 --> 00:08:57,247 Kita selalu main Bandar hari Isnin. 152 00:08:57,247 --> 00:08:59,874 Kadangkala bagus untuk ubah rutin. 153 00:08:59,874 --> 00:09:02,085 Saya teringin makan aiskrim. 154 00:09:02,085 --> 00:09:04,671 Baiklah, mari pergi ke Desantis Deli. 155 00:09:04,671 --> 00:09:09,676 Mengikut kata Janie, aiskrim terbaik ada di kedai Garcia. 156 00:09:10,260 --> 00:09:13,722 Mengarut, Harriet. Ia tujuh blok dari sini. 157 00:09:13,722 --> 00:09:16,892 Kita takkan berjalan sejauh itu untuk aiskrim. 158 00:09:17,475 --> 00:09:21,605 Tadi awak cakap kadangkala bagus untuk ubah rutin? 159 00:09:22,647 --> 00:09:24,482 Baiklah. 160 00:09:28,445 --> 00:09:29,738 Harriet? 161 00:09:34,951 --> 00:09:37,203 Harriet, apa awak buat? 162 00:09:37,203 --> 00:09:39,915 Sudah tentu saya mencari En. Waldenstein. 163 00:09:39,915 --> 00:09:45,170 Cari jaketnya, cari sampul surat itu, dedahkan rahsianya. 164 00:09:45,670 --> 00:09:47,839 Saya mencari aiskrim! 165 00:09:47,839 --> 00:09:50,091 Aiskrim ada di sini. 166 00:09:50,091 --> 00:09:53,136 Rasanya mereka simpan yang sedap di sini. 167 00:09:54,971 --> 00:09:57,390 Tak mungkin. Ia akan cair. 168 00:09:57,390 --> 00:09:59,851 Betul. Dungu betul. 169 00:09:59,851 --> 00:10:04,564 Sebab saya sudah ada di sini, rasanya saya nak beli gula-gula satu sen. 170 00:10:04,564 --> 00:10:06,650 Saya tak nak tunggu sepanjang malam, Harriet. 171 00:10:06,650 --> 00:10:08,443 Awak ada seminit lagi. 172 00:10:08,443 --> 00:10:12,280 Saya tak boleh buat keputusan. Ada begitu banyak pilihan. 173 00:10:13,073 --> 00:10:16,201 Lihat. Mereka ada gula-gula lilin bibir. 174 00:10:16,201 --> 00:10:20,455 Empat puluh lima, 44, 43. 175 00:10:20,455 --> 00:10:23,124 Catherine, tak sangka betul, 176 00:10:25,043 --> 00:10:26,545 Helo, George. 177 00:10:26,545 --> 00:10:30,549 En. Waldenstein dah sampai. Tapi mana jaketnya? 178 00:10:32,259 --> 00:10:33,885 Saya nak perkenalkan Harriet. 179 00:10:34,678 --> 00:10:35,679 Helo. 180 00:10:36,179 --> 00:10:38,515 Gembira dapat berjumpa awak, Harriet. 181 00:10:38,515 --> 00:10:40,976 Catherine banyak beritahu saya tentang awak. 182 00:10:40,976 --> 00:10:45,814 Pelik sebab dia tak pernah sebut tentang awak pada saya. 183 00:10:46,481 --> 00:10:50,277 Saya... Kami... Maafkan saya, Harriet. 184 00:10:50,277 --> 00:10:52,862 En. Waldenstein ialah... 185 00:10:55,073 --> 00:10:56,575 Kekasih? 186 00:10:58,159 --> 00:10:59,327 Awak boleh cakap begitu. 187 00:10:59,828 --> 00:11:00,870 Bukan? 188 00:11:03,248 --> 00:11:05,292 En. Waldenstein sibuk, Harriet. 189 00:11:05,292 --> 00:11:07,502 Mari bayar gula-gula bibir itu dan balik. 190 00:11:07,502 --> 00:11:10,422 Beginilah. Saya rasa saya mahu aiskrim semula. 191 00:11:12,382 --> 00:11:13,800 Mana jaket itu? 192 00:11:13,800 --> 00:11:16,136 Saya tak datang sejauh ini tanpa dapat bukti. 193 00:11:21,099 --> 00:11:23,393 Saya ada terfikir, Catherine, 194 00:11:23,393 --> 00:11:26,605 syif saya baru berakhir, pasti bagus 195 00:11:26,605 --> 00:11:30,775 kalau dapat luangkan masa dengan awak dan Harriet yang menarik ini. 196 00:11:30,775 --> 00:11:33,653 Bagaimana kalau kita semua tengok wayang? 197 00:11:34,779 --> 00:11:36,615 Entahlah. 198 00:11:36,615 --> 00:11:40,160 Marilah. 199 00:11:40,160 --> 00:11:43,204 Saya mahu pergi tengok wayang, Harriet. 200 00:11:43,204 --> 00:11:47,083 Tapi saya sudah berjanji yang awak akan tidur pukul 10, jadi... 201 00:11:48,084 --> 00:11:50,170 Tapi sekarang belum pukul 7. 202 00:11:50,170 --> 00:11:55,592 Saya tahu, tapi filem sekarang selalu lambat habis. 203 00:11:55,592 --> 00:11:57,510 Kita ada banyak masa. 204 00:11:57,510 --> 00:11:58,762 Jika hampir pukul 10 pun, 205 00:11:58,762 --> 00:12:02,891 mak pakai gaun tafeta biru, awak tahu maksudnya. 206 00:12:02,891 --> 00:12:05,936 Maksudnya dia akan keluar sampai lepas tengah malam. 207 00:12:07,354 --> 00:12:12,484 Mak cakap gaun tafeta biru buat dia mahu menari sampai matahari terbit. 208 00:12:13,818 --> 00:12:15,028 Jadi sudah selesai. 209 00:12:15,570 --> 00:12:18,031 Catherine, bagaimana? 210 00:12:21,493 --> 00:12:24,454 Baiklah, tapi tak boleh balik lewat. 211 00:12:25,205 --> 00:12:28,458 Kita akan sangat berseronok, bukan? 212 00:12:36,258 --> 00:12:38,218 Kenapa dengan basikalnya? 213 00:12:38,218 --> 00:12:39,761 Harriet, boleh diam? 214 00:12:39,761 --> 00:12:43,098 Bagaimana awak tunggangnya? Ia sudah buruk dan bergoyang. 215 00:12:43,098 --> 00:12:44,224 Sebenarnya, Harriet, 216 00:12:44,224 --> 00:12:48,436 rim depan yang kemik ini bagus untuk pusing cepat. 217 00:12:50,188 --> 00:12:53,191 Aduhai! Kita mahu tonton apa? 218 00:12:54,234 --> 00:12:56,778 {\an8}Bagaimana dengan Musim Luruh Untuk Kekasih? 219 00:12:56,778 --> 00:13:00,282 {\an8}Akhbar kata ia filem romantik terbaik tahun ini. 220 00:13:11,960 --> 00:13:13,086 {\an8}GREENZILLA MENYERANG 221 00:13:27,851 --> 00:13:29,561 {\an8}Bagaimana dengan Greenzilla Menyerang? 222 00:13:29,561 --> 00:13:31,688 {\an8}Saya dengar ia filem seram terbaik dekad ini. 223 00:13:31,688 --> 00:13:34,566 Ia lebih pendek berbanding Musim Luruh Untuk Kekasih. 224 00:13:39,696 --> 00:13:40,947 {\an8}Ya! 225 00:13:43,033 --> 00:13:45,869 Jika saya mahu dapatkan surat itu dari jaketnya, 226 00:13:45,869 --> 00:13:47,913 saya perlu duduk di sebelahnya. 227 00:13:47,913 --> 00:13:51,458 Selain itu, tak salah kalau jauhkan pasangan kekasih ini. 228 00:14:07,724 --> 00:14:09,476 Maafkan saya tentang ini, George. 229 00:14:09,476 --> 00:14:12,854 Saya tak kisah. Jika Harriet suka, saya pun suka. 230 00:14:19,486 --> 00:14:22,572 Ada sesiapa sejuk? Saya amat sejuk. 231 00:14:23,657 --> 00:14:27,202 En. Waldenstein, boleh saya pinjam jaket awak? 232 00:14:27,202 --> 00:14:28,620 Ambil selendang ini. 233 00:14:29,788 --> 00:14:32,123 Masa untuk rancangan kedua. 234 00:14:33,041 --> 00:14:34,125 Ole Golly. 235 00:14:34,125 --> 00:14:35,710 Ada apa sekarang? 236 00:14:35,710 --> 00:14:38,213 Boleh bagi saya duit untuk bertih jagung? 237 00:14:55,689 --> 00:14:59,484 Maafkan saya. Saya nak lalu. 238 00:14:59,484 --> 00:15:01,111 - Harriet! - Aduhai! 239 00:15:01,111 --> 00:15:05,949 En. Waldenstein, maafkan saya. Saya sangat cuai. 240 00:15:05,949 --> 00:15:08,743 Jangan risau, Harriet. Saya boleh bersihkannya. 241 00:15:08,743 --> 00:15:11,246 Tidak. Ini salah saya. Saya boleh... 242 00:15:11,246 --> 00:15:13,623 Harriet, dia cakap dia boleh bersihkan. 243 00:15:14,791 --> 00:15:18,295 Duduk dan berhenti buat masalah. 244 00:15:22,048 --> 00:15:26,636 Saya masih lagi sejuk. Saya menggigil. 245 00:15:28,179 --> 00:15:29,890 Guna kot saya. 246 00:15:42,068 --> 00:15:45,739 Aduhai! Apa dalam poket ini? 247 00:15:47,616 --> 00:15:51,578 Sampul surat dialamatkan kepada... 248 00:15:53,496 --> 00:15:57,167 Pn. Waldenstein! 249 00:15:57,918 --> 00:16:00,545 - Duduk, budak kecil. - Ya! 250 00:16:01,671 --> 00:16:04,007 Harriet, kenapa dengan awak? 251 00:16:04,007 --> 00:16:09,012 Saya selamatkan awak daripada kesakitan dan tragedi, Ole Golly. 252 00:16:09,012 --> 00:16:12,641 En. Waldenstein ada isteri rahsia. 253 00:16:13,141 --> 00:16:15,477 {\an8}Pn. Waldenstein? 254 00:16:15,477 --> 00:16:17,020 George? 255 00:16:22,859 --> 00:16:24,444 Saya perlu pergi. 256 00:16:31,743 --> 00:16:34,037 {\an8}George, apa berlaku? 257 00:16:35,580 --> 00:16:40,418 Pn. Waldenstein memang ada, tapi dia bukan isteri saya. 258 00:16:40,418 --> 00:16:42,837 Dia ibu saya. 259 00:16:43,421 --> 00:16:46,967 Ya, saya lelaki dewasa yang tinggal bersama ibu saya. 260 00:16:46,967 --> 00:16:49,553 Maaf saya tak beritahu awak, Catherine. 261 00:16:49,553 --> 00:16:51,054 Saya langsung tak kisah. 262 00:16:51,054 --> 00:16:54,933 Bagaimana dengan wanita yang awak cium? Wanita dengan bayi itu? 263 00:16:55,642 --> 00:16:57,519 Awak mengintip dia? 264 00:16:58,103 --> 00:17:00,063 Saya menjaga awak. 265 00:17:00,063 --> 00:17:02,357 {\an8}- Mengintip? - Mereka pergi ke taman. 266 00:17:02,357 --> 00:17:06,444 Awak cakap awak cintakan dia, awak cium dia dan bayi awak. 267 00:17:06,444 --> 00:17:07,612 {\an8}Apa? 268 00:17:08,112 --> 00:17:09,863 {\an8}Bukan, Harriet. 269 00:17:09,863 --> 00:17:12,742 Itu adik dan anak saudara saya. 270 00:17:12,742 --> 00:17:15,203 Mereka melawat dari Montreal. 271 00:17:23,169 --> 00:17:26,548 Saya tak pernah begitu kecewa dengan awak. 272 00:17:26,548 --> 00:17:28,507 Tidak, saya kecewa dengan awak. 273 00:17:28,507 --> 00:17:31,011 Awak yang ada kekasih rahsia. 274 00:17:31,011 --> 00:17:33,513 Saya mahu beritahu awak apabila masanya sesuai. 275 00:17:33,513 --> 00:17:35,682 {\an8}Bila? Sampai bila-bila? 276 00:17:35,682 --> 00:17:39,019 {\an8}Harriet, apa masalah sebenarnya? 277 00:17:39,936 --> 00:17:40,937 {\an8}Tiada apa-apa. 278 00:17:42,731 --> 00:17:47,193 Awak suka dia dan dia suka awak, 279 00:17:47,193 --> 00:17:50,572 dan kamu akan berkahwin, berpindah dan takkan kembali... 280 00:17:52,449 --> 00:17:53,783 Harriet. 281 00:17:57,495 --> 00:17:59,456 Saya tak mahu awak pergi. 282 00:17:59,456 --> 00:18:04,169 Saya tak tahu masa depan saya dan En. Waldenstein. 283 00:18:05,670 --> 00:18:09,132 Tapi saya tahu suatu hari nanti saya perlu pergi 284 00:18:09,132 --> 00:18:10,759 sebab awak sudah besar. 285 00:18:12,052 --> 00:18:15,931 Tapi saya janji untuk tidak pergi sebelum awak sudah sedia. 286 00:18:23,563 --> 00:18:26,358 {\an8}Maafkan saya, En. Waldenstein. 287 00:18:26,358 --> 00:18:30,862 {\an8}Maaf diterima dengan satu syarat. 288 00:18:30,862 --> 00:18:31,947 {\an8}Apa? 289 00:18:32,781 --> 00:18:35,867 {\an8}Kita perlu berjanji untuk kembali dan tonton wayang sampai habis. 290 00:18:37,786 --> 00:18:38,787 {\an8}Baiklah. 291 00:18:41,248 --> 00:18:42,290 Teksi! 292 00:18:42,958 --> 00:18:43,959 Alamak! 293 00:18:44,960 --> 00:18:46,836 Ya Tuhan! Ibu bapa awak. 294 00:18:47,921 --> 00:18:50,131 Awak tahu parti itu dekat dengan panggung wayang? 295 00:18:50,131 --> 00:18:51,383 - Teksi! - Tidak. 296 00:18:51,383 --> 00:18:54,094 - Kenapa mereka balik begitu awal? - Teksi! 297 00:18:55,929 --> 00:18:58,431 Gaun tafeta biru itu sentiasa berjaya. 298 00:18:58,431 --> 00:19:00,308 Kasut tumit tinggi perak itu. 299 00:19:00,892 --> 00:19:03,645 - Itu teruk? - Kasut itu buat mak melecet, 300 00:19:03,645 --> 00:19:05,897 jadi dia tak sabar nak balik dan buka kasut itu. 301 00:19:05,897 --> 00:19:07,649 Tafeta biru itu tak dapat lawannya. 302 00:19:08,817 --> 00:19:09,985 Awak bermasalah? 303 00:19:09,985 --> 00:19:12,404 Kita akan bermasalah kalau tak balik sebelum mereka. 304 00:19:12,404 --> 00:19:15,448 {\an8}Kenapa saya setuju dengan idea mengarut ini? 305 00:19:16,116 --> 00:19:17,534 {\an8}Sebab awak jatuh cinta. 306 00:19:18,702 --> 00:19:20,287 {\an8}Saya ada buat nota. 307 00:19:20,287 --> 00:19:21,580 {\an8}Kita boleh sampai. 308 00:19:25,125 --> 00:19:26,251 Saya sangat laju. 309 00:19:32,507 --> 00:19:33,842 Cepat! Kejar mereka. 310 00:19:34,843 --> 00:19:36,303 Mereka semakin jauh. 311 00:19:37,345 --> 00:19:39,097 Mereka akan terlepas! 312 00:19:39,598 --> 00:19:41,433 Saya takkan benarkan! 313 00:19:41,433 --> 00:19:43,184 Teruskan! 314 00:19:49,691 --> 00:19:51,943 Tukar kepada hijau! 315 00:19:54,571 --> 00:19:55,947 Pergi! 316 00:20:01,453 --> 00:20:03,747 - Pusing sana. Itu jalan pintas. - Baik, puan. 317 00:20:05,707 --> 00:20:07,417 Kemahiran pusing yang bagus, En. W. 318 00:20:07,417 --> 00:20:09,669 Saya sudah cakap rim depan ini hebat! 319 00:20:12,464 --> 00:20:16,718 Okey, 5th Avenue akan sesak. Terus ke timur. Kita elak pusat bandar di York. 320 00:20:22,557 --> 00:20:23,975 Otot saya tegang. 321 00:20:23,975 --> 00:20:27,270 - Saya boleh tunggang. Masuk bakul. - Tak, Harriet. Itu mengarut. 322 00:20:27,270 --> 00:20:29,481 Awak terlalu kecil dan dia terlalu besar. 323 00:20:30,065 --> 00:20:31,650 Saya boleh tunggang! 324 00:20:31,650 --> 00:20:34,361 Awak pasti? Dia baru belajar berbasikal. 325 00:20:35,278 --> 00:20:37,656 Saya ingat awak langgar saya. 326 00:20:37,656 --> 00:20:40,867 Jangan risau. Saya ada guru terbaik. 327 00:20:46,915 --> 00:20:48,583 Bertenang. Awak boleh. 328 00:20:48,583 --> 00:20:51,086 Ingat, tengok arah awak mahu pergi. 329 00:20:56,883 --> 00:20:58,009 Awak berjaya. 330 00:20:58,927 --> 00:21:00,303 Bertahan! 331 00:21:00,804 --> 00:21:03,473 Saya kenal Ole Golly seumur hidup saya. 332 00:21:03,473 --> 00:21:05,850 Saya lebih kenal dia berbanding diri sendiri. 333 00:21:06,643 --> 00:21:10,772 Walaupun begitu, saya sedar masih ada banyak untuk saya tahu. 334 00:21:14,901 --> 00:21:17,320 - Kita sampai! - Ya! Awak berjaya! Kita sampai! 335 00:21:17,320 --> 00:21:19,155 Saya keluarkan Harriet. Awak buka pintu. 336 00:21:20,699 --> 00:21:21,700 Sedia? 337 00:21:21,700 --> 00:21:22,909 Ya. 338 00:21:24,202 --> 00:21:25,537 Cik Golly? 339 00:21:25,537 --> 00:21:27,664 Apa awak buat dengan anak saya? 340 00:21:27,664 --> 00:21:29,207 Alamak! 341 00:21:29,207 --> 00:21:30,417 Harriet? 342 00:21:33,795 --> 00:21:36,590 Cik Golly, apa berlaku? 343 00:21:36,590 --> 00:21:38,466 Siapa lelaki aneh ini? 344 00:21:38,466 --> 00:21:40,927 Dia... Mereka... 345 00:21:42,220 --> 00:21:47,183 Saya mahu ambil peluang ini untuk perkenalkan diri saya. 346 00:21:47,684 --> 00:21:49,311 Rasanya sudah terlambat. 347 00:21:49,311 --> 00:21:51,563 Saya tak suka semua ini, Cik Golly. 348 00:21:51,563 --> 00:21:54,065 Mak, kami cuma menonton wayang. 349 00:21:54,065 --> 00:21:56,610 Harriet, masuk ke dalam. 350 00:21:57,861 --> 00:22:01,197 Kami tak tahu mak akan balik awal. 351 00:22:01,197 --> 00:22:04,784 Baguslah. Jadi kamu berdua fikir kamu boleh menyelinap masuk 352 00:22:04,784 --> 00:22:05,952 dan tiada siapa perasan? 353 00:22:06,870 --> 00:22:09,456 Kami lupa tentang kasut tinggi perak itu. 354 00:22:12,709 --> 00:22:15,128 Apa alasan awak, Cik Golly? 355 00:22:16,880 --> 00:22:19,216 Jelas sekali, awak fikir tak mengapa 356 00:22:19,216 --> 00:22:22,385 untuk bawa Harriet bersama awak berjanji temu dengan orang asing 357 00:22:22,385 --> 00:22:26,348 melepasi masa tidurnya dan menaiki basikal yang tak selamat ini. 358 00:22:27,891 --> 00:22:30,268 En. Welsch, Pn. Welsch. 359 00:22:30,268 --> 00:22:31,937 Sejujurnya, 360 00:22:31,937 --> 00:22:37,150 saya akan pastikan yang perkara begini takkan berlaku lagi. 361 00:22:37,150 --> 00:22:39,361 Saya boleh pastikan ia takkan berlaku. 362 00:22:39,361 --> 00:22:42,197 Sebab awak dipecat, Cik Golly. 363 00:22:44,532 --> 00:22:47,202 Aku mahu jadi Kau mahu jadi 364 00:22:47,202 --> 00:22:48,954 Kita mahu jadi 365 00:22:50,080 --> 00:22:52,624 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 366 00:22:52,624 --> 00:22:58,213 Kita tak mahu diberi arahan 367 00:23:00,382 --> 00:23:06,054 Aku cuba yang terbaik untuk buat baik Di kejirananku 368 00:23:06,054 --> 00:23:08,598 Aku tersenyum lebar 369 00:23:08,598 --> 00:23:11,893 Dan aku berusaha beritahu kebenaran 370 00:23:11,893 --> 00:23:14,479 Aku mahu jadi Kau mahu jadi 371 00:23:14,479 --> 00:23:16,398 Kita mahu jadi 372 00:23:17,274 --> 00:23:20,026 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 373 00:23:20,026 --> 00:23:22,862 Kita tak mahu diberi arahan 374 00:23:22,862 --> 00:23:25,448 Aku akan jadi sesiapa yang aku mahu 375 00:23:25,448 --> 00:23:27,450 Autonomiku 376 00:23:28,159 --> 00:23:30,954 Aku mahu jadi Kau mahu jadi 377 00:23:30,954 --> 00:23:32,956 Kita mahu jadi 378 00:23:32,956 --> 00:23:35,792 Tidak, aku takkan potong rambutku 379 00:23:35,792 --> 00:23:38,461 Aku akan pakai apa-apa saja 380 00:23:38,461 --> 00:23:44,134 Aku suka apabila menjadi diri sendiri 381 00:23:44,134 --> 00:23:47,053 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 382 00:23:47,053 --> 00:23:51,850 Kita tak mahu diberi arahan 383 00:23:51,850 --> 00:23:53,935 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman