1 00:00:14,418 --> 00:00:16,834 Lencongkan kepak enjin kanan enam darjah. 2 00:00:17,334 --> 00:00:18,209 Baiklah. 3 00:00:18,751 --> 00:00:21,543 Bagus. Sauh pada kedalaman 244 meter. 4 00:00:22,501 --> 00:00:23,334 Bagus. 5 00:00:29,959 --> 00:00:31,501 KASTAM BIRO PERANCIS 6 00:00:33,126 --> 00:00:35,834 Matikan enjin dan bersedia untuk berlabuh. 7 00:00:35,918 --> 00:00:37,376 Syabas. Terima habis. 8 00:00:38,126 --> 00:00:39,084 Syabas, tuan. 9 00:00:39,168 --> 00:00:40,376 Ya. 10 00:00:40,459 --> 00:00:43,834 Bukan nak cakap besar, tapi saya memang pandai mengemudi. 11 00:00:43,918 --> 00:00:46,626 Saya akan arahkan kerja-kerja pembaikan. 12 00:00:46,709 --> 00:00:48,709 Tak lama pun. Tiga hari siaplah. 13 00:00:48,793 --> 00:00:51,084 Bagus! Kita pasukan yang hebat. 14 00:00:51,876 --> 00:00:53,918 Bersatu teguh, bercerai roboh. 15 00:01:06,793 --> 00:01:08,959 Hei, selamat bercuti! 16 00:01:23,959 --> 00:01:25,459 Hei, kapten! 17 00:01:25,543 --> 00:01:29,584 Biar saya teka! Awak suka bunga, bukan? 18 00:01:30,793 --> 00:01:35,543 Ya, saya suka bunga. Berwarna-warni dan sebagainya. 19 00:01:35,626 --> 00:01:36,751 Cantik. 20 00:01:37,376 --> 00:01:38,293 Saya dah agak. 21 00:01:38,793 --> 00:01:41,084 - Dah siap kemas? - Dah. 22 00:01:41,168 --> 00:01:43,751 Tak sangka awak sudi jumpa keluarga saya. 23 00:01:43,834 --> 00:01:45,918 Sejujurnya, saya agak terkejut. 24 00:01:46,001 --> 00:01:49,001 Saya teruja nak cuba perkara baharu dengan tuan. 25 00:01:49,084 --> 00:01:52,668 Lagipun, saya ada hal yang perlu diselesaikan di Monaco. 26 00:01:52,751 --> 00:01:56,668 Bak kata orang, "Sambil menyelam, minum air." 27 00:01:56,751 --> 00:02:01,709 Baguslah, tapi kita tak lalu Monaco. 28 00:02:01,793 --> 00:02:04,793 Taklah jauh sangat. Lagipun, sekejap saja. 29 00:02:04,876 --> 00:02:08,876 Jangan beritahu sesiapa yang kita akan singgah di Monaco, okey? 30 00:02:08,959 --> 00:02:12,459 Tuan boleh simpan rahsia, bukan? 31 00:02:12,543 --> 00:02:15,709 Ya, mestilah. Saya takkan beritahu sesiapa. 32 00:02:27,293 --> 00:02:28,834 Cantiknya pemandangan. 33 00:02:28,918 --> 00:02:30,876 Wah, cantiknya pemandangan! 34 00:02:32,501 --> 00:02:34,751 Saya nak tukar baju yang lebih selesa. 35 00:02:35,251 --> 00:02:36,709 Okey, saya pun sama. 36 00:02:44,084 --> 00:02:45,959 Saya ada kerja sikit. 37 00:02:46,043 --> 00:02:48,376 Okey, biar saya ikut. 38 00:02:48,459 --> 00:02:49,876 Tak, ini hal peribadi. 39 00:02:49,959 --> 00:02:53,876 Baguslah itu! Saya nak buat aktiviti peribadi dengan awak. 40 00:02:54,543 --> 00:02:56,001 Okey. Dengar sini, tuan. 41 00:02:56,501 --> 00:02:59,793 Kalau nak hubungan ini berjaya, jangan buat saya rimas. 42 00:02:59,876 --> 00:03:01,876 Beri ruang kepada satu sama lain. 43 00:03:01,959 --> 00:03:07,251 Ya, setiap pasangan mesti beri ruang kepada pasangannya. 44 00:03:07,334 --> 00:03:08,334 Saya pernah baca. 45 00:03:08,418 --> 00:03:10,626 Maaf, saya budak baru belajar. 46 00:03:10,709 --> 00:03:12,001 Tak apa. 47 00:03:12,084 --> 00:03:13,876 Saya pergi dulu! Jumpa nanti. 48 00:03:13,959 --> 00:03:16,084 Okey, jumpa nanti. Baiklah. 49 00:03:41,459 --> 00:03:42,418 Liza! 50 00:03:43,001 --> 00:03:44,501 Awak nak tahu? 51 00:03:44,584 --> 00:03:47,293 Oligarki itu masuk berita. Ada orang bunuh dia! 52 00:03:47,376 --> 00:03:48,418 - Betulkah? - Ya. 53 00:03:48,501 --> 00:03:50,168 Tragis betul. 54 00:03:50,251 --> 00:03:56,084 Buntut dia dijolok dengan bahan radioaktif yang sangat berbahaya. 55 00:03:56,168 --> 00:03:59,293 Nampaknya, kita takkan dijemput ke parti dia lagi. 56 00:03:59,376 --> 00:04:00,293 Nampak gayanya. 57 00:04:00,793 --> 00:04:03,168 Kenapa orang bunuh dia? 58 00:04:04,084 --> 00:04:05,709 Entahlah, tuan. 59 00:04:05,793 --> 00:04:09,293 Mungkin dia kuat mengadu. Itulah balasan kaki repot. 60 00:04:09,793 --> 00:04:11,709 Yakah? Saya baru tahu. 61 00:04:17,834 --> 00:04:19,918 SELAMAT DATANG KE CONNECTICUT 62 00:04:20,001 --> 00:04:21,209 Itu pemandu kita. 63 00:04:22,209 --> 00:04:24,084 Ya, betul cakap tuan. 64 00:04:31,209 --> 00:04:34,251 Ada apa-apa masalahkah? Tuan nampak resah. 65 00:04:34,334 --> 00:04:37,418 Saya tak tahu hal yang patut dijangka di rumah nanti. 66 00:04:37,501 --> 00:04:41,626 Ibu bapa saya bangga dengan saya, tapi mereka sukar diramal. 67 00:04:41,709 --> 00:04:42,918 - Yakah? - Ya. 68 00:04:43,001 --> 00:04:46,001 Mereka suka guna mainan psikologi sejak saya kecil, 69 00:04:46,084 --> 00:04:49,418 jadi apa-apa saja boleh berlaku. Ada saja kejutan. 70 00:04:49,918 --> 00:04:52,959 Yang bagusnya, ia buat saya sentiasa berjaga-jaga. 71 00:04:53,834 --> 00:04:54,668 Okey. 72 00:04:55,459 --> 00:04:56,376 Tengok. 73 00:04:56,459 --> 00:05:01,584 Inilah tindak balas normal sebelum jumpa ibu bapa kandung kita. 74 00:05:01,668 --> 00:05:03,459 Itu tak normal, tuan. 75 00:05:03,543 --> 00:05:07,959 Sebenarnya, normal. Inilah reaksi yang sepatutnya. 76 00:05:08,043 --> 00:05:09,626 Saya tak faham, tuan. 77 00:05:09,709 --> 00:05:12,793 Di dalam setiap reban ayam, ada seekor ayam 78 00:05:12,876 --> 00:05:17,126 yang asyik dibuli dan dipatuk oleh ayam-ayam lain. 79 00:05:17,209 --> 00:05:21,459 Mungkin sebab ia paling kecil, lemah atau nasibnya memang malang. 80 00:05:21,543 --> 00:05:26,918 Dalam keluarga atau reban kami, sayalah ayam malang itu. 81 00:05:27,001 --> 00:05:28,209 Kasihannya. 82 00:05:28,293 --> 00:05:32,793 Tak, saya cuma disakiti secara mental, jadi fizikal saya okey saja. 83 00:05:32,876 --> 00:05:36,459 Fizikal saya baik-baik saja, jadi baguslah. 84 00:05:36,543 --> 00:05:38,709 - Yakah? - Ya. 85 00:05:38,793 --> 00:05:40,334 Semuanya baik-baik saja. 86 00:05:48,876 --> 00:05:52,293 Ibu bapa saya selalu pesan supaya tekan loceng. 87 00:05:52,376 --> 00:05:54,876 "Pengemis saja yang redah masuk rumah." 88 00:05:55,709 --> 00:05:56,918 Walaupun rumah sendiri? 89 00:05:57,001 --> 00:05:59,501 Ya, terutamanya rumah kita sendiri. 90 00:06:01,084 --> 00:06:04,418 Jonathan, sayang! Gembira jumpa awak! 91 00:06:04,959 --> 00:06:08,334 Apa khabar, Consuela? Saya betul-betul rindu akan awak. 92 00:06:08,418 --> 00:06:11,001 Saya pun rindu awak, Johnny. 93 00:06:11,084 --> 00:06:13,293 Siapa si cantik ini? 94 00:06:13,793 --> 00:06:17,834 Saya Liza, rakan sekerja dan teman wanita Jonathan. 95 00:06:18,376 --> 00:06:20,751 Wah, bak pinang dibelah dua! 96 00:06:21,459 --> 00:06:22,293 Terima kasih. 97 00:06:22,793 --> 00:06:24,543 Ibu dan ayah ada di rumah? 98 00:06:24,626 --> 00:06:27,376 Ada! Silakan masuk. Mereka ada di taman. 99 00:06:33,084 --> 00:06:35,959 Encik dan Puan Fall, Jonathan dah balik! 100 00:06:36,043 --> 00:06:38,459 Jonathan, anak ibu. 101 00:06:38,543 --> 00:06:42,418 Baguslah kamu balik pakai uniform itu. 102 00:06:42,501 --> 00:06:45,918 - Kita dah mula berpelukan, bukan? - Ya. 103 00:06:46,001 --> 00:06:48,084 Mari sini dan peluk ibu kamu. 104 00:06:48,168 --> 00:06:51,876 Pelukan yang hangat dan normal. 105 00:06:53,918 --> 00:06:57,626 - Wah, seronoknya! - Cukuplah itu. Mari sini, nak. 106 00:06:58,959 --> 00:07:01,459 Seronoknya. Ya, sangat semula jadi. 107 00:07:01,543 --> 00:07:03,376 Ewah! 108 00:07:03,459 --> 00:07:07,793 Siapa lagi kalau bukan adik derhaka yang tak nak tolong abang dia sendiri? 109 00:07:07,876 --> 00:07:11,168 - Apa? - Perlukah kamu tayang uniform kamu? 110 00:07:11,251 --> 00:07:13,376 Kamu tahu abang dah dibuang kerja. 111 00:07:13,459 --> 00:07:18,626 Saya tumpang simpati, tapi saya bukan nak sakitkan hati abang. 112 00:07:18,709 --> 00:07:19,876 Yalah itu! 113 00:07:19,959 --> 00:07:23,168 Aduh, sakitnya hati! Kamu dah lukakan hati abang. 114 00:07:23,251 --> 00:07:27,376 Tak malu, tiada kelas, asyik abang saja… 115 00:07:27,459 --> 00:07:29,084 - Diamlah, Tanner! - Diam! 116 00:07:29,168 --> 00:07:32,209 Siapa ini? Boleh kami bantu? Awak sesat? 117 00:07:32,876 --> 00:07:36,709 Ini Liza, teman wanita saya. 118 00:07:39,584 --> 00:07:41,418 Selamat berkenalan, Liza. 119 00:07:41,501 --> 00:07:43,043 Selamat berkenalan. 120 00:07:43,126 --> 00:07:45,793 Apa maksud kamu? Teman wanita? 121 00:07:45,876 --> 00:07:49,209 Mungkin kamu tersilap cakap. 122 00:07:49,293 --> 00:07:53,626 Tak, Liza rakan sekerja merangkap teman wanita saya. 123 00:07:53,709 --> 00:07:56,418 Oh, dia kawan dari tempat kerja kamu. 124 00:07:56,501 --> 00:07:58,543 - Ibu faham. - Ya. 125 00:07:58,626 --> 00:07:59,793 Kawan perempuan. 126 00:07:59,876 --> 00:08:03,751 Ya, betul itu. Selain itu, kami juga saling mencintai. 127 00:08:03,834 --> 00:08:07,334 Tolonglah! Jangan tipu. Kamu tahu kami takkan percaya. 128 00:08:07,418 --> 00:08:11,251 Hakikatnya, dia terlalu cantik dan seksi. 129 00:08:11,334 --> 00:08:14,209 Bercinta konon? Nak sentuh pun takkan dapatlah. 130 00:08:14,293 --> 00:08:16,709 Jangan harap! 131 00:08:16,793 --> 00:08:18,418 Dia tak tipu, Tanner. 132 00:08:18,501 --> 00:08:22,418 Jonathan cuma keliru dengan istilah "teman wanita" 133 00:08:22,501 --> 00:08:25,293 kerana dia tak pernah ada teman wanita. 134 00:08:25,376 --> 00:08:26,626 Betul, Jonathan? 135 00:08:26,709 --> 00:08:30,959 Kamu keliru dengan istilah "kawan perempuan" dan "teman wanita". 136 00:08:31,043 --> 00:08:33,376 Ya! Itulah ceritanya, bukan? 137 00:08:33,459 --> 00:08:36,168 Tak payah malu. Tak salah pun berangan. 138 00:08:36,251 --> 00:08:38,251 - Mestilah. - Dia memang bodoh. 139 00:08:40,126 --> 00:08:43,251 Okey, dengar sini. Biar saya fahamkan. 140 00:08:43,334 --> 00:08:45,668 Macam dalam filem Pretty Woman, bukan? 141 00:08:45,751 --> 00:08:47,043 - Awak pelacur? - Tak. 142 00:08:47,126 --> 00:08:48,834 Celaka, Tanner! 143 00:08:48,918 --> 00:08:50,793 Maafkan saya sebab mencarut. 144 00:08:50,876 --> 00:08:54,584 Dah banyak kali saya cakap. Liza teman wanita saya. 145 00:08:54,668 --> 00:08:56,793 Kenapa susah sangat nak faham? 146 00:08:56,876 --> 00:09:00,084 - Ya, sayang. Kami faham. - Ya. 147 00:09:00,168 --> 00:09:01,418 - Kami faham. - Ya. 148 00:09:01,501 --> 00:09:02,959 Kami ikut trend. 149 00:09:03,043 --> 00:09:06,168 Kita tahu cara budak zaman sekarang bercinta 150 00:09:06,251 --> 00:09:07,543 tak sama macam kami. 151 00:09:07,626 --> 00:09:10,834 Budak zaman sekarang guna aplikasi, hantar gambar pelir 152 00:09:10,918 --> 00:09:13,834 dan minta kad telefon di lorong-lorong untuk seks. 153 00:09:14,418 --> 00:09:16,834 - Saya tak rasa macam itu. - Percayalah. 154 00:09:16,918 --> 00:09:22,251 Ayah kamu pernah lalui fasa yang kamu lalui sekarang. 155 00:09:22,751 --> 00:09:26,834 Ingat lagi waktu awak selamatkan pelacur itu, Blake? 156 00:09:26,918 --> 00:09:29,709 - Apa? Ingat lagi? - Ya. 157 00:09:29,793 --> 00:09:32,043 Epik betul. 158 00:09:32,126 --> 00:09:35,668 Ya, pokai saya dibuatnya. Malangnya, dia tetap tak berubah. 159 00:09:35,751 --> 00:09:38,209 Dia masih melacur di kaki-kaki lima. 160 00:09:38,751 --> 00:09:42,543 Kadang-kadang ayah nampak dia dan terkenang kisah lama, 161 00:09:42,626 --> 00:09:44,084 tapi sebenarnya, 162 00:09:44,168 --> 00:09:46,876 kami memang tak ditakdirkan bersama. 163 00:09:46,959 --> 00:09:49,209 Ayah tak patut percaya bapa ayam dia. 164 00:09:49,751 --> 00:09:52,501 Licik betul! Mereka saling mencintai. 165 00:09:52,584 --> 00:09:56,084 Susah payah ayah cuba tawan hati dia. 166 00:09:56,168 --> 00:09:58,501 Apa pun, cinta kami tak kesampaian. 167 00:09:58,584 --> 00:10:02,376 Ayah masih kecewa dan bengang sampai hari ini. 168 00:10:02,459 --> 00:10:05,626 - Menyedihkan betul! - Awak dah merapu, Blake. 169 00:10:05,709 --> 00:10:09,584 Pengajarannya ialah bapa borek, anak rintik. 170 00:10:09,668 --> 00:10:13,501 Okey, semua. Cukup itu. 171 00:10:13,584 --> 00:10:16,584 Saya bukan pelacur yang Jonathan cuba selamatkan. 172 00:10:16,668 --> 00:10:19,168 - Mestilah! Jangan ambil hati, Liza. - Tak. 173 00:10:19,251 --> 00:10:23,376 Saya tak nak anak saya kecewa dan biar pisang berbuah dua kali. 174 00:10:23,459 --> 00:10:28,959 Saya pegawai di Caribbean Queen dan saya amat mencintai anak awak. 175 00:10:29,459 --> 00:10:31,876 Dia lelaki paling baik saya pernah kenal. 176 00:10:33,126 --> 00:10:36,418 Kecerdasan buatan, bukan? Saya dah agak. 177 00:10:36,501 --> 00:10:39,709 Awak bukan manusia, tapi patung RealDoll terbaharu. 178 00:10:39,793 --> 00:10:41,209 Sebab sejujurnya… 179 00:10:41,293 --> 00:10:43,876 Boleh saya cakap? Tiada sesiapa suka dia. 180 00:10:43,959 --> 00:10:45,251 Semua orang tahu! 181 00:10:45,334 --> 00:10:47,959 Cukup, Tanner! Tak semua orang tahu! 182 00:10:48,043 --> 00:10:50,793 - Berambus! Balik ke pondok kamu! - Nyah! 183 00:10:50,876 --> 00:10:53,084 - Berambus! - Nyah! Pergi! 184 00:10:53,168 --> 00:10:54,876 Dengar cakap ibu kamu! Pergi! 185 00:10:59,751 --> 00:11:03,626 Terima kasih, Consuela. Ia nampak menyegarkan. 186 00:11:03,709 --> 00:11:04,959 Minum! 187 00:11:05,043 --> 00:11:07,668 Kami bangga dengan kamu… 188 00:11:10,168 --> 00:11:15,209 jadi kami nak ajak kamu makan tengah hari di Kelab Kapten. 189 00:11:15,293 --> 00:11:19,876 - Betulkah? Tapi kita baru makan. - Itu tak penting, Jonathan. 190 00:11:19,959 --> 00:11:22,751 Okey! Menarik juga. Awak nak ikut, Liza? 191 00:11:22,834 --> 00:11:26,918 Saya nak kemas beg dan berehat di rumah. Kamu bertiga pergilah. 192 00:11:28,001 --> 00:11:31,626 Saya tak perlukan ruang yang awak maksudkan itu. 193 00:11:31,709 --> 00:11:33,626 Malah, sebaliknya. 194 00:11:34,209 --> 00:11:36,043 Tak apa, tuan pergilah. 195 00:11:36,126 --> 00:11:40,459 Bawa kawan perempuan Jonathan ke bilik tetamu kita. 196 00:11:41,334 --> 00:11:44,584 Okey, saya nak mandi dan tukar baju dulu. 197 00:11:44,668 --> 00:11:46,459 - Pakai saja uniform itu. - Ya. 198 00:11:46,543 --> 00:11:47,626 Ada bawa KP? 199 00:11:48,209 --> 00:11:49,168 Ada. 200 00:11:49,251 --> 00:11:51,959 Bagus! Bawa KP kamu sekali. 201 00:11:52,043 --> 00:11:56,376 Kalau ada surat tawaran kerja bersetem, bawa sekali. 202 00:11:56,459 --> 00:11:57,709 Bijak, sayang. 203 00:12:03,334 --> 00:12:08,293 Wah, seronoknya! Percutian keluarga kita yang pertama. 204 00:12:08,376 --> 00:12:10,376 Jangan jadi bodoh, Jonathan. 205 00:12:10,459 --> 00:12:12,959 Dah banyak kali kita pergi bercuti. 206 00:12:13,459 --> 00:12:18,376 Grand Canyon, Aspen, Hawaii, Costa Rica, 207 00:12:18,459 --> 00:12:21,084 India, Thailand dan banyak lagi. 208 00:12:21,168 --> 00:12:23,501 Dengan Tanner. Saya tak pernah ikut. 209 00:12:23,584 --> 00:12:24,668 Kamu dah lupa? 210 00:12:24,751 --> 00:12:29,043 Banyak sangat beg dan barang, jadi tak muat kereta. 211 00:12:29,126 --> 00:12:31,918 - Kamu naik kapal terbang, bukan? - Mestilah. 212 00:12:32,001 --> 00:12:35,376 Adakah orang jalan kaki ke lapangan terbang? 213 00:12:35,459 --> 00:12:38,418 Tak, tapi ini percutian keluarga pertama saya. 214 00:12:38,501 --> 00:12:39,584 Itu maksud saya. 215 00:12:39,668 --> 00:12:42,001 - Itu tak penting. - Tak penting. 216 00:12:42,084 --> 00:12:44,709 Sebab kamu sentiasa dalam ingatan kami. 217 00:12:44,793 --> 00:12:48,876 Itu yang penting. Jauh di mata, dekat di hati. 218 00:12:50,084 --> 00:12:51,001 Ya. 219 00:12:59,334 --> 00:13:01,459 Terperanjat saya! Boleh saya bantu? 220 00:13:01,543 --> 00:13:03,459 Mungkin. 221 00:13:05,918 --> 00:13:08,918 Oh, Tuhan. Kecantikan awak sungguh klasik. 222 00:13:09,001 --> 00:13:12,293 Dengan rupa awak, awak boleh jadi model majalah lucah. 223 00:13:12,376 --> 00:13:13,209 Okey. 224 00:13:14,251 --> 00:13:17,626 Majalah Private. Awak boleh jadi gadis Private. 225 00:13:17,709 --> 00:13:20,626 Terima kasih, tapi awak nak apa? 226 00:13:20,709 --> 00:13:24,834 Saya tak mampu jauhkan diri. Awak ibarat magnet untuk belalai saya. 227 00:13:25,334 --> 00:13:26,251 Belalai awak? 228 00:13:27,043 --> 00:13:30,001 Itu nama manja pelir saya sebab gajah ada belalai, 229 00:13:30,084 --> 00:13:32,793 jadi ia analogi atau metafora. 230 00:13:33,459 --> 00:13:36,959 Okey, jadi bentuk pelir awak macam belalai gajah? 231 00:13:37,043 --> 00:13:40,251 Boleh patahkan ranting dan kutip kacang guna pelir? 232 00:13:40,334 --> 00:13:41,459 Okey, baguslah. 233 00:13:41,543 --> 00:13:44,543 Tak boleh, tapi saya maksudkan saiznya. 234 00:13:45,168 --> 00:13:48,084 Tipulah. Pelir awak tak sepanjang belalai gajah. 235 00:13:49,001 --> 00:13:50,501 Belum tengok, belum tahu. 236 00:13:51,793 --> 00:13:55,626 - Awak tak patut ada di sini. - Ya. Biar saya terus terang saja. 237 00:13:55,709 --> 00:13:57,751 Saya kenal perempuan macam awak. 238 00:13:57,834 --> 00:13:59,793 - Okey. - Jangan salah faham. 239 00:13:59,876 --> 00:14:03,584 Jonathan memang baik dan saya nak dia bahagia… 240 00:14:03,668 --> 00:14:04,543 Tapi? 241 00:14:04,626 --> 00:14:08,584 Awak patut tinggalkan dia dan beromen dengan saya sekarang. 242 00:14:08,668 --> 00:14:10,959 Tinggalkan dan lupakan dia! 243 00:14:11,668 --> 00:14:14,334 - Kenapa? - Tengoklah saya. 244 00:14:14,418 --> 00:14:18,668 Saya tak suka puji diri sendiri, tapi saya terlalu kacak. 245 00:14:18,751 --> 00:14:21,876 Lagipun, saya boleh beri awak segalanya. 246 00:14:21,959 --> 00:14:23,043 Apa-apa saja. 247 00:14:23,126 --> 00:14:24,709 Yakah? Contohnya, Tanner? 248 00:14:24,793 --> 00:14:25,626 Okey. 249 00:14:25,709 --> 00:14:30,251 Untuk permulaan, pelir yang luar biasa saiznya. 250 00:14:30,334 --> 00:14:31,834 Luar biasa? 251 00:14:31,918 --> 00:14:35,168 Ya, mungkin. Dengan teknik mengukur yang betul. 252 00:14:35,251 --> 00:14:37,626 Kulitnya licin dan rupanya pun cantik. 253 00:14:38,126 --> 00:14:41,126 Pelir saya memang kacak. Saya yakin awak pasti suka. 254 00:14:41,209 --> 00:14:42,043 Okey. 255 00:14:42,126 --> 00:14:47,376 Sebelum Jonathan balik, saya boleh beri awak rasa… 256 00:15:10,668 --> 00:15:12,501 Baguslah awak dah sedar. 257 00:15:12,584 --> 00:15:15,626 Jonathan baru mesej saya. 258 00:15:15,709 --> 00:15:18,251 Dia akan balik kira-kira dua jam lagi. 259 00:15:18,876 --> 00:15:21,543 Sempatlah saya kerat-kerat badan awak, 260 00:15:21,626 --> 00:15:24,751 bungkus dan sumbatnya ke dalam bagasi itu. 261 00:15:24,834 --> 00:15:27,626 Kemudian, pergi mandi. 262 00:15:28,834 --> 00:15:30,251 Dengan benda ini, 263 00:15:30,334 --> 00:15:33,501 saya boleh gerudi mata awak hingga ke lobus parietal. 264 00:15:34,459 --> 00:15:37,459 Menembusi otak awak. 265 00:15:45,251 --> 00:15:48,584 Memandangkan yang mungkin Jonathan sayang awak, 266 00:15:48,668 --> 00:15:50,126 saya beri awak pilihan. 267 00:15:50,209 --> 00:15:52,709 Mungkin saya tak perlu bunuh awak, Tanner. 268 00:16:14,584 --> 00:16:17,209 KELAB KAPTEN UNTUK KAPTEN DAN KELUARGA SAHAJA 269 00:16:38,834 --> 00:16:41,043 PENYAMBUT TETAMU 270 00:16:41,126 --> 00:16:43,168 UNTUK KAPTEN DAN KELUARGA SAHAJA 271 00:16:50,126 --> 00:16:51,834 KP KAPTEN - CARIBBEAN QUEEN 272 00:16:54,793 --> 00:16:56,001 KELAB KAPTEN 273 00:17:12,959 --> 00:17:15,959 KELUARGA FALL AHLI RASMI KELAB KAPTEN 274 00:17:18,501 --> 00:17:23,459 Maaf tanya, tapi ibu ajak saya ke sana untuk dapatkan semula keahlian kelab itu? 275 00:17:23,543 --> 00:17:26,293 Jangan mengarutlah! 276 00:17:26,918 --> 00:17:30,626 Kami takkan gunakan kamu untuk kejar keahlian kelab atau status. 277 00:17:30,709 --> 00:17:33,376 - Yakah? - Keahlian itu tak penting pun. 278 00:17:33,459 --> 00:17:37,501 Lagipun, bukankah seronok dapat berjasa kepada ibu bapa kamu? 279 00:17:37,584 --> 00:17:39,168 Selepas sekian lama? 280 00:17:39,251 --> 00:17:40,668 Mungkin. 281 00:17:41,209 --> 00:17:42,084 Bagus. 282 00:17:49,709 --> 00:17:50,834 Jonathan! 283 00:17:50,918 --> 00:17:53,043 Alamak! Hei, abang. 284 00:17:53,668 --> 00:17:56,584 Baguslah kamu dah balik. Seronok ke kelab tadi? 285 00:17:56,668 --> 00:17:59,001 Ya, seronok. 286 00:17:59,084 --> 00:18:02,959 Ahli-ahli kelab itu membosankan, tapi baguslah kamu dah balik. 287 00:18:03,043 --> 00:18:05,834 Nak tahu apa kita patut buat? Lepak di taman. 288 00:18:05,918 --> 00:18:10,584 Luangkan masa berkualiti bersama. Main Frisbee atau apa-apa saja. 289 00:18:10,668 --> 00:18:12,709 Kamu hisap dadah lagi, Tanner? 290 00:18:12,793 --> 00:18:15,918 - Tak. - Kenapa tiba-tiba jadi abang misali? 291 00:18:16,793 --> 00:18:20,626 Selama ini, saya bergurau saja. Pura-pura jadi jahat. 292 00:18:20,709 --> 00:18:24,793 Selama ini? Wah, kamu memang berdedikasi! 293 00:18:24,876 --> 00:18:28,168 Ya! Jomlah! Orang yang sampai dulu menang! 294 00:18:28,251 --> 00:18:30,834 Kita boleh main pistol Nerf abang. Seronok! 295 00:18:30,918 --> 00:18:33,543 - Atau buat apa-apa kamu nak buat. - Baiklah! 296 00:18:33,626 --> 00:18:35,251 - Kejar abang! - Okey. 297 00:18:36,959 --> 00:18:38,543 Lajunya abang lari! 298 00:18:45,001 --> 00:18:46,918 Macam di rumah sendiri, ya? 299 00:18:47,001 --> 00:18:49,501 Tiada satu pun gambar Jonathan. 300 00:18:49,584 --> 00:18:50,751 Kenapa? 301 00:18:51,876 --> 00:18:55,251 Sebab dia anugerah terindah bagi kami. 302 00:18:56,293 --> 00:18:57,251 Betulkah? 303 00:18:58,376 --> 00:19:00,793 Sebenarnya, ada sebab lain. 304 00:19:00,876 --> 00:19:05,543 Susah saya nak cerita, tapi Jonathan lahir tak cukup bulan. 305 00:19:05,626 --> 00:19:07,793 Dia lahir terlalu awal. 306 00:19:08,459 --> 00:19:13,584 Doktor cakap sebab saya merokok dan minum arak, tapi entahlah. 307 00:19:14,084 --> 00:19:18,834 Kulit dia berkedut-kedut macam kura-kura tak bercangkerang 308 00:19:18,918 --> 00:19:22,501 yang tiba-tiba menggelongsor keluar dari rahim saya. 309 00:19:22,584 --> 00:19:24,418 - Dia memang hodoh. - Buruk. 310 00:19:24,501 --> 00:19:26,668 Macam bayi Yoda, tapi versi hodoh. 311 00:19:26,751 --> 00:19:28,043 Oh, Tuhan. 312 00:19:28,126 --> 00:19:30,959 - Syukurlah dia hidup. - Ya. 313 00:19:31,043 --> 00:19:33,543 Awal sangatkah dia lahir? 314 00:19:33,626 --> 00:19:38,084 Hampir dua minggu. Lebih tepat lagi, lapan hari. 315 00:19:38,668 --> 00:19:40,834 Itu bukan tak cukup bulan namanya. 316 00:19:41,418 --> 00:19:45,001 Ya, dia bayi pramatang. Kami betul-betul takut. 317 00:19:45,084 --> 00:19:50,001 Kami sisihkan Jonathan kerana takut dia takkan selamat. 318 00:19:50,084 --> 00:19:52,043 Kami tak nak bersedih. 319 00:19:52,126 --> 00:19:57,418 Kami minta Consuela susukan dia untuk pudarkan rasa sayang sesama kami. 320 00:19:57,501 --> 00:20:00,209 Wah, teruknya! 321 00:20:00,293 --> 00:20:01,293 Ya, memang teruk. 322 00:20:01,376 --> 00:20:04,543 Ya, ia memang sukar. Dipendekkan cerita, 323 00:20:04,626 --> 00:20:09,626 kami curah seluruh jiwa dan raga kami kepada Tanner. 324 00:20:09,709 --> 00:20:13,334 Kami tatang dia ibarat minyak yang penuh. Betul, sayang? 325 00:20:13,418 --> 00:20:15,126 - Ya. - Ya, betul itu. 326 00:20:17,126 --> 00:20:18,209 Dah sedia, bang? 327 00:20:21,001 --> 00:20:23,084 Wah! 328 00:20:23,876 --> 00:20:26,709 Itulah gaya paku terbaik abang pernah tengok. 329 00:20:26,793 --> 00:20:28,918 Air langsung tak memercik. 330 00:20:29,001 --> 00:20:32,501 Terima kasih! Bertahun-tahun saya berlatih. 331 00:20:32,584 --> 00:20:35,668 - Abang tahu. - Tuan, jom tidur. 332 00:20:36,376 --> 00:20:39,084 Okey! Saya nak terjun beberapa kali lagi. 333 00:20:39,168 --> 00:20:41,709 - Okey, saya tunggu di atas. - Ya! 334 00:20:41,793 --> 00:20:44,084 Tunggu! Tengok gaya paku Jonathan. 335 00:20:44,168 --> 00:20:45,709 Ia memang epik! 336 00:20:45,793 --> 00:20:47,668 Sebenarnya, ia agak hebat. 337 00:20:48,168 --> 00:20:50,001 - Okey. - Okey, tengok ini. 338 00:20:57,001 --> 00:20:58,959 Awak nampak? Hebat, bukan? 339 00:20:59,043 --> 00:21:00,501 Ya, tuan memang hebat. 340 00:21:00,584 --> 00:21:03,126 Banyaknya abang minum malam ini. 341 00:21:05,334 --> 00:21:07,293 Seronok main dengan Tanner tadi. 342 00:21:07,793 --> 00:21:10,876 Dia buktikan yang manusia boleh berubah sekelip mata 343 00:21:10,959 --> 00:21:14,959 daripada seorang kaki buli pada sebelah pagi dan seumur hidup dia 344 00:21:15,043 --> 00:21:18,043 kepada abang paling sporting pada sebelah petang. 345 00:21:18,126 --> 00:21:20,334 Ya, ia agak menakjubkan. 346 00:21:21,043 --> 00:21:24,584 Saya bukan nak burukkan keluarga tuan, 347 00:21:24,668 --> 00:21:27,418 tapi ibu bapa tuan memang teruk. 348 00:21:28,209 --> 00:21:31,876 Mungkin mereka agak teruk, tapi niat mereka baik. 349 00:21:32,459 --> 00:21:34,334 Tak! Niat mereka jahat. 350 00:21:34,418 --> 00:21:37,751 Mereka tak guna dan tak layak jadi ibu bapa tuan. 351 00:21:39,334 --> 00:21:41,876 Walaupun kita baru kenal, 352 00:21:41,959 --> 00:21:47,334 saya anggap awak, Pedro, Nico dan anak-anak kapal lain 353 00:21:47,418 --> 00:21:50,084 macam darah daging saya sendiri. 354 00:21:50,168 --> 00:21:53,043 Itu barulah keluarga namanya. 355 00:21:53,126 --> 00:21:56,876 Ya, betul cakap tuan. 356 00:21:56,959 --> 00:22:01,918 Kita saling menghormati dan jujur antara satu sama lain. 357 00:22:02,001 --> 00:22:04,751 Saya percaya kamu semua sepenuh hati saya. 358 00:22:04,834 --> 00:22:06,251 Baguslah macam itu. 359 00:22:08,876 --> 00:22:09,876 Sekejap. 360 00:22:18,251 --> 00:22:21,043 Helo, Liza. Kamu kena balik. 361 00:22:21,126 --> 00:22:24,376 Encik Tyrant batalkan cuti semua orang. Maafkan saya. 362 00:22:24,459 --> 00:22:27,459 Oh, Tuhan. Putus-putus. Biar saya keluar. 363 00:22:27,543 --> 00:22:29,209 Mungkin isyarat lebih kuat. 364 00:22:29,709 --> 00:22:31,584 PANGGILAN GAGAL TIADA ISYARAT 365 00:22:44,001 --> 00:22:45,543 Pedro? Pedro, apa dia? 366 00:22:45,626 --> 00:22:47,793 Awak kena balik. Maaf. 367 00:22:47,876 --> 00:22:50,876 Maaf, apa dia? Saya tak dengar. 368 00:22:50,959 --> 00:22:53,084 Saya kata kamu kena balik. 369 00:22:54,084 --> 00:22:55,959 Saya guna pembesar suara, okey? 370 00:22:56,043 --> 00:22:58,418 Mungkin isyarat lebih kuat di atas sana. 371 00:22:59,293 --> 00:23:00,918 Helo? Okey, cakap sekarang. 372 00:23:01,001 --> 00:23:02,501 Boleh dengar sekarang? 373 00:23:02,584 --> 00:23:04,668 - Ya. Jelas. - Bagus. 374 00:23:04,751 --> 00:23:06,376 Apa khabar kapten kita? 375 00:23:06,918 --> 00:23:08,668 Bagus. Ya, semuanya okey. 376 00:23:08,751 --> 00:23:13,126 Saya masih tak percaya yang kartel jenayah macam kita, 377 00:23:13,209 --> 00:23:15,626 berkali-kali terlepas sebab dia. 378 00:23:16,418 --> 00:23:19,084 - Saya tahu. - Ya, saya tahu. 379 00:23:19,168 --> 00:23:21,834 - Ada sesuatu saya nak beritahu. - Apa dia? 380 00:23:21,918 --> 00:23:24,209 Okey, biar saya mula dari awal. 381 00:23:24,709 --> 00:23:28,084 Saya masih dihantui insiden yang berlaku di Brazil. 382 00:23:28,168 --> 00:23:31,209 Semasa saya dan Jonathan berjalan di lorong itu… 383 00:23:38,668 --> 00:23:42,168 Itulah yang saya rasa tentang seluruh operasi jenayah kita. 384 00:23:42,251 --> 00:23:44,418 - Awak boleh petik ayat saya. - Okey. 385 00:23:44,501 --> 00:23:48,334 Tapi jangan beritahu Encik Tyrant, dalang di sebalik semua ini. 386 00:23:48,418 --> 00:23:52,834 Apa pun, awak dan Fall kena balik secepat mungkin. 387 00:23:52,918 --> 00:23:54,001 Baiklah. 388 00:23:55,043 --> 00:23:55,876 Hai! 389 00:23:55,959 --> 00:23:59,251 - Siapa telefon malam-malam buta ini? - Tiada sesiapa. 390 00:23:59,334 --> 00:24:01,043 Panggilan usikan. 391 00:24:01,126 --> 00:24:03,668 Awak cakap selama 20 minit dengan pengusik? 392 00:24:03,751 --> 00:24:06,209 Ya, betul itu. 393 00:24:06,293 --> 00:24:08,876 Okey, panggilan usikan memang teruk. 394 00:24:08,959 --> 00:24:11,334 Mereka salah guna nikmat telekomunikasi. 395 00:24:11,418 --> 00:24:14,834 Alexander Graham Bell tentu kecewa. 396 00:24:14,918 --> 00:24:17,209 Sia-sia saja dia cipta telefon. 397 00:24:17,293 --> 00:24:19,293 Ya, betul itu. 398 00:24:19,376 --> 00:24:20,293 Apa pun, 399 00:24:21,793 --> 00:24:25,126 saya nak cakap sesuatu sebelum tidur. 400 00:24:25,209 --> 00:24:26,043 Okey? 401 00:24:26,626 --> 00:24:32,543 Saya nak ucap terima kasih kerana jadi kawan dan teman wanita 402 00:24:32,626 --> 00:24:35,334 yang baik untuk saya dan sebagainya. 403 00:24:35,418 --> 00:24:38,126 Ia sangat bermakna bagi saya. 404 00:24:40,251 --> 00:24:43,793 Tuan seorang lelaki yang hebat. 405 00:24:43,876 --> 00:24:45,209 Saya harap tuan tahu. 406 00:24:45,293 --> 00:24:48,251 Walau apa pun yang berlaku kelak, 407 00:24:48,334 --> 00:24:51,626 saya harap tuan tahu yang saya betul-betul suka tuan. 408 00:24:53,209 --> 00:24:54,459 Tapi kita kena pergi. 409 00:24:54,959 --> 00:24:56,001 - Sekarang? - Ya. 410 00:24:56,084 --> 00:24:58,501 Saya tak sanggup tinggal di sini lagi. 411 00:24:59,001 --> 00:25:01,918 Jom balik ke pangkuan keluarga sebenar tuan. 412 00:25:52,126 --> 00:25:55,043 Terjemahan sari kata oleh Saffura