1 00:00:57,015 --> 00:01:00,269 Jangan risau. Michael tak boleh sakiti awak lagi. 2 00:01:32,259 --> 00:01:34,928 BERDASARKAN NOVEL OLEH SARAH PERRY 3 00:02:00,996 --> 00:02:03,373 Takziah atas kematian anak awak. 4 00:02:03,457 --> 00:02:06,001 - Beritahu kami jika perlukan apa-apa. - Terima kasih. 5 00:02:09,128 --> 00:02:10,631 Takziah. 6 00:02:19,431 --> 00:02:21,225 Saya bersimpati. 7 00:02:43,372 --> 00:02:44,831 Dah nak balik? 8 00:02:45,374 --> 00:02:48,043 Aldwinter. Stella kata, ada kotej boleh disewa. 9 00:02:48,126 --> 00:02:49,545 Apa? 10 00:02:51,505 --> 00:02:55,676 Cora, awak nampak mayat reput seorang gadis dalam dakapan adiknya. 11 00:02:55,759 --> 00:02:58,929 - Kenapa awak nak ke sana lagi? - Saya nak tahu hal sebenar. 12 00:03:00,347 --> 00:03:02,516 Kamu mahu tinggal di Essex, bukan? 13 00:03:02,599 --> 00:03:04,977 Tidak, saya benci udara segar. 14 00:03:08,897 --> 00:03:11,441 Tentu seronok tinggal di kotej buat sementara waktu. 15 00:03:14,152 --> 00:03:16,196 Saya boleh balik dan ambilkan barang awak. 16 00:03:17,281 --> 00:03:19,074 Serta beli lebih banyak buku Sherlock. 17 00:03:24,538 --> 00:03:26,206 Saya perlukan tambang kereta api. 18 00:03:27,249 --> 00:03:30,043 Baiklah. Jika awak perlukan perbelanjaan lain, 19 00:03:30,127 --> 00:03:32,004 - saya boleh… - Saya boleh jaga diri sendiri. 20 00:03:37,885 --> 00:03:39,344 Ayuh balik ke London. 21 00:03:39,928 --> 00:03:41,722 Maafkan saya, Luke. Saya tak boleh. 22 00:03:41,805 --> 00:03:43,307 Awak masih terkejut. 23 00:03:43,390 --> 00:03:46,643 Sebaik saja kita tiba di London, awak akan rasa lebih baik. 24 00:03:46,727 --> 00:03:50,230 - Saya baik-baik saja sekarang. - Tidak. Percayalah. Saya pernah tengok. 25 00:03:51,690 --> 00:03:53,150 - Tengok apa? - Ya. 26 00:03:53,233 --> 00:03:55,986 Kerisauan dalam kalangan wanita. Keinginan untuk kembali ke tempat kejadian. 27 00:03:56,069 --> 00:03:57,571 - Saya kembali untuk membantu. - Apa maksud awak? 28 00:03:57,654 --> 00:04:00,866 Saya boleh jumpa orang ramai dan berikan penjelasan yang logik. 29 00:04:00,949 --> 00:04:02,993 Awak nak beritahu mereka teori plesiosaur awak? Sekarang? 30 00:04:03,076 --> 00:04:04,953 Cora, seorang gadis ditemui mati. 31 00:04:05,037 --> 00:04:07,831 - Saya rasa… - Apa? Saya patut putus asa? 32 00:04:08,415 --> 00:04:09,917 Awak tak putus asa pun. 33 00:04:10,000 --> 00:04:12,878 - Saya doktor bertauliah. - Saya pula bukan pesakit awak. 34 00:04:20,761 --> 00:04:21,845 Awak akan tulis surat? 35 00:04:24,681 --> 00:04:25,807 Sudah tentu. 36 00:04:35,275 --> 00:04:38,153 - Ke stesen kereta api. - Baik, encik. 37 00:05:56,899 --> 00:05:57,941 Kecilnya. 38 00:05:58,025 --> 00:06:00,611 Lebih besar daripada pub. Di sini kamu boleh ada bilik sendiri. 39 00:06:00,694 --> 00:06:02,487 Saya ada bilik sendiri di London. 40 00:06:16,210 --> 00:06:17,544 Buku menarik? 41 00:06:18,754 --> 00:06:20,130 Awak akan syorkan untuk dibaca? 42 00:06:21,965 --> 00:06:23,091 Ya. 43 00:06:24,134 --> 00:06:25,427 Dengar. 44 00:06:25,928 --> 00:06:29,640 "Yang keras akan tersejat. Yang suci akan tercemar." 45 00:06:32,100 --> 00:06:33,310 Shakespeare? 46 00:06:34,269 --> 00:06:35,604 Karl Marx. 47 00:06:35,687 --> 00:06:37,898 Tentu The Communist Manifesto. 48 00:06:40,442 --> 00:06:44,071 Bagaimana awak boleh jadi begitu radikal? 49 00:06:46,323 --> 00:06:47,991 Saya lahir di Bethnal Green. 50 00:06:48,825 --> 00:06:52,496 Jika keadaan sekeliling bermasalah, kami cari idea baharu. 51 00:06:52,579 --> 00:06:55,999 Bagaimana Cora boleh hidup dengan penyokong sosialis? 52 00:06:56,083 --> 00:06:57,960 Kami tak begitu berbeza. 53 00:06:58,043 --> 00:06:59,878 Di rumah agamnya. 54 00:06:59,962 --> 00:07:01,380 Dia dapat disebabkan suaminya. 55 00:07:01,463 --> 00:07:04,132 - Barang kemasnya juga? - Dia dah dermakan. 56 00:07:07,845 --> 00:07:09,096 Kamu berdua rapat? 57 00:07:09,596 --> 00:07:11,056 Ya, boleh dikatakan begitu. 58 00:07:11,139 --> 00:07:13,267 - Dia sering luah perasaan? - Kadangkala. 59 00:07:13,350 --> 00:07:14,768 Soal hati? 60 00:07:19,439 --> 00:07:20,941 Maksud saya… 61 00:07:21,942 --> 00:07:24,778 - Awak rasa dia akan… - Dia akan menetap lama di Essex? 62 00:07:27,239 --> 00:07:28,490 Saya tak tahu. 63 00:07:29,324 --> 00:07:31,493 Mulai sekarang, Cora bertindak mengikut kehendaknya. 64 00:07:32,119 --> 00:07:34,746 - Betulkah? - Sama macam awak, Dr. Garrett. 65 00:08:05,277 --> 00:08:07,529 Dari mana kamu jumpa? 66 00:08:07,613 --> 00:08:10,032 Di luar. Boleh saya bela? 67 00:08:11,491 --> 00:08:13,327 Boleh, selagi kita tak jumpa siapa tuannya. 68 00:08:14,745 --> 00:08:16,121 Apa lagi kamu nampak? 69 00:08:16,205 --> 00:08:18,207 Ramai orang berpakaian serba hitam. 70 00:08:46,276 --> 00:08:48,445 - Henry. - Awak dengar apa mereka kata? 71 00:08:48,529 --> 00:08:49,613 Tidak. 72 00:08:50,906 --> 00:08:53,367 Gracie mati kerana dosanya. 73 00:08:55,452 --> 00:09:00,040 Tidak, Henry. Tidak. Dia lemas. Okey? 74 00:09:00,832 --> 00:09:02,835 Ia satu kemalangan. Kemalangan tragis. 75 00:09:07,923 --> 00:09:09,633 Kini, Tuhan akan menjaganya. 76 00:09:15,722 --> 00:09:17,891 Kita pula perlu menjaga Naomi. 77 00:09:32,573 --> 00:09:33,949 Apa boleh saya bantu? 78 00:09:46,628 --> 00:09:47,963 Mahu saya menyanyi untuk awak? 79 00:09:49,173 --> 00:09:51,425 - Saya akan nyanyi. - Okey. 80 00:10:04,605 --> 00:10:11,111 Di hutan itu, ada sebuah gereja 81 00:10:11,195 --> 00:10:16,700 Aku dengar mereka bunyikan loceng syurga 82 00:10:16,783 --> 00:10:22,915 Ia ditutupi lurub ungu 83 00:10:22,998 --> 00:10:29,421 Ia ditutupi lurub ungu 84 00:10:33,217 --> 00:10:39,056 Di gereja itu, ada sebuah katil 85 00:10:39,139 --> 00:10:44,978 Aku dengar mereka bunyikan loceng syurga 86 00:10:45,062 --> 00:10:51,068 Ia ditutupi lurub merah menyala 87 00:10:51,151 --> 00:10:57,950 Ia ditutupi lurub merah menyala 88 00:11:01,620 --> 00:11:05,791 Di bawah katil, ada… 89 00:11:20,013 --> 00:11:21,181 Maaf. 90 00:11:21,265 --> 00:11:23,100 Satu mengalirkan air 91 00:11:23,183 --> 00:11:25,394 Kenapa dia masih di sini? 92 00:11:25,477 --> 00:11:28,146 Satu lagi mengalirkan darah 93 00:11:28,230 --> 00:11:33,110 Satu mengalirkan air Satu lagi mengalirkan darah… 94 00:11:33,193 --> 00:11:34,486 Pn. Seaborne. 95 00:11:35,237 --> 00:11:37,531 - Cora. - Saya datang untuk beri penghormatan. 96 00:11:37,614 --> 00:11:39,575 Maaf jika saya buat orang ramai marah. 97 00:11:48,667 --> 00:11:52,212 Saya dan Stella tak terfikir awak akan kembali. 98 00:11:53,505 --> 00:11:56,300 Saya sangka saya boleh membantu. Bantu mereka faham. 99 00:11:56,383 --> 00:11:59,303 - Bagaimana? - Saya boleh berikan penjelasan. 100 00:12:00,971 --> 00:12:02,723 Tidak, awak datang sebab ular gergasi. 101 00:12:06,393 --> 00:12:08,645 Saya pergi dulu. Frankie sedang mengemas. 102 00:12:10,230 --> 00:12:11,481 Biar saya teman awak balik. 103 00:12:15,402 --> 00:12:17,029 Saya bukan datang untuk cetuskan masalah, Will. 104 00:12:17,112 --> 00:12:20,866 Awak mahu menyiasat dan bertanya soalan. 105 00:12:21,491 --> 00:12:22,576 Betul. 106 00:12:24,578 --> 00:12:27,247 Mereka takut, awak perlu berhati-hati. 107 00:12:27,331 --> 00:12:28,373 Ya, saya tahu. 108 00:12:28,457 --> 00:12:30,334 Stella tentu seronok dapat jumpa awak. 109 00:12:30,834 --> 00:12:32,294 Datanglah ke rumah setelah selesai mengemas. 110 00:12:32,377 --> 00:12:33,795 Boleh juga. 111 00:12:37,674 --> 00:12:39,676 Saya harap, awak tak kisah dengan kedatangan saya. 112 00:12:41,053 --> 00:12:46,141 Awak cuba memahami dan mencari kebenaran. 113 00:12:48,268 --> 00:12:49,603 Saya tak kisah. 114 00:13:13,752 --> 00:13:16,004 Pembantu awak masih belum tidur untuk sambut awak? 115 00:13:16,505 --> 00:13:18,131 Sayalah pembantu. 116 00:13:18,924 --> 00:13:23,220 - Begitu. Bodohnya saya. Saya… - Saya bergurau, Spencer. 117 00:13:30,727 --> 00:13:31,937 Maureen, kenapa? 118 00:13:32,020 --> 00:13:33,063 Gudang senjata meletup. 119 00:13:33,146 --> 00:13:35,732 Saya rasa, selaput jantung salah seorang mangsa terkoyak. 120 00:13:35,816 --> 00:13:38,318 - Lelaki muda? - Ya. Kuat dan sihat. 121 00:13:39,528 --> 00:13:40,654 Ayuh. 122 00:13:40,737 --> 00:13:42,197 Ayuh sekali lagi. 123 00:13:46,493 --> 00:13:47,870 Boleh saya minta tolong? 124 00:13:50,956 --> 00:13:54,793 Dia akan baik-baik saja, doktor. Tengok. Langsung tiada darah. 125 00:14:01,341 --> 00:14:04,428 Ada koyakan pada selaput jantung adik awak. 126 00:14:05,053 --> 00:14:06,263 Dia alami pendarahan… 127 00:14:07,890 --> 00:14:10,517 dalaman. Sangat laju. 128 00:14:11,268 --> 00:14:12,811 Kita perlu bedah sekarang. 129 00:14:13,979 --> 00:14:16,690 Bedah jantungnya? Ia selamat? 130 00:14:16,773 --> 00:14:19,526 Sejujurnya, saya gagal semasa kali terakhir saya lakukannya. 131 00:14:19,610 --> 00:14:21,445 Tapi dalam perubatan, peluang pertama sentiasa ada 132 00:14:21,528 --> 00:14:23,822 dan menjelang pagi, adik awak boleh mati jika tak dibedah. 133 00:14:23,906 --> 00:14:25,115 Ini saja harapannya. 134 00:14:27,159 --> 00:14:28,619 Sediakan topeng. 135 00:14:29,286 --> 00:14:31,371 Awak perlu tunggu di luar. Kawan saya akan teman awak. 136 00:14:38,212 --> 00:14:40,797 Tolong cuba yang terbaik. 137 00:14:41,840 --> 00:14:43,300 Ayuh. 138 00:14:48,805 --> 00:14:49,848 Cantik. 139 00:14:52,184 --> 00:14:55,145 Ada sesiapa boleh saya hubungi? Ahli keluarga? 140 00:14:56,563 --> 00:14:58,649 Saya dan Nev datang dari India tahun lepas. 141 00:14:59,816 --> 00:15:01,193 Kami tak kenal sesiapa di sini. 142 00:15:07,157 --> 00:15:08,659 Kenapa kamu datang ke London? 143 00:15:11,495 --> 00:15:13,455 Kami datang bersama sebuah keluarga British. 144 00:15:14,414 --> 00:15:17,668 Saya penjaga anak mereka dan Nev guru mereka. 145 00:15:19,169 --> 00:15:23,006 Tapi mereka ubah fikiran setelah kami sampai. 146 00:15:24,633 --> 00:15:26,009 Mereka pecat kami. 147 00:15:28,887 --> 00:15:30,347 Saya bersimpati. 148 00:15:35,269 --> 00:15:36,395 Gunting. 149 00:15:42,067 --> 00:15:43,360 Kapit. 150 00:15:57,207 --> 00:15:58,333 Awak sedia? 151 00:16:10,012 --> 00:16:11,263 Jarum. 152 00:16:11,346 --> 00:16:12,723 Kain kasa. 153 00:16:37,539 --> 00:16:38,540 Gunting. 154 00:16:50,594 --> 00:16:54,264 Luka masih tercantum buat masa ini. Ayuh jahit dadanya. 155 00:16:54,348 --> 00:16:56,725 Kita perlu tunggu dia sedar. 156 00:17:28,048 --> 00:17:29,675 Tentu jahitan terbuka semula. 157 00:17:32,511 --> 00:17:34,054 Sabar. 158 00:17:54,491 --> 00:17:55,534 Dia dah sedar. 159 00:18:02,082 --> 00:18:03,125 Luke. 160 00:18:04,626 --> 00:18:06,003 Luke. 161 00:18:10,549 --> 00:18:13,260 Pembedahan lancar. Semuanya okey. Bertenang. 162 00:18:13,343 --> 00:18:15,095 Hai, Nev. 163 00:18:18,223 --> 00:18:21,185 Saya berada di St. Paul, 164 00:18:22,978 --> 00:18:26,064 dan terfikir bagaimana kubahnya tak jatuh? 165 00:18:27,691 --> 00:18:31,153 Minta diri dulu. Saya nak cari En. Garrett. 166 00:18:40,871 --> 00:18:41,997 Luke? 167 00:18:45,083 --> 00:18:46,460 Luke. 168 00:18:46,543 --> 00:18:47,628 Apa awak buat? 169 00:18:48,295 --> 00:18:51,465 Saya sangka akan gagal. Saya tak terfikir pun. 170 00:18:53,008 --> 00:18:55,302 Saya tak pernah meragui awak. 171 00:19:17,449 --> 00:19:18,450 Masuklah. 172 00:19:21,954 --> 00:19:23,997 Saya bawakan bunga. 173 00:19:24,081 --> 00:19:25,290 Terima kasih. 174 00:19:26,083 --> 00:19:30,254 Maaf sebab menceroboh semalam. Saya cuma nak sampaikan takziah. 175 00:19:31,171 --> 00:19:35,175 Saya sewa kotej di sebelah. Beritahu saya jika perlukan bantuan. 176 00:19:37,511 --> 00:19:38,971 Takziah atas kematian anak awak. 177 00:19:41,348 --> 00:19:43,100 Suami saya pun baru meninggal, tapi… 178 00:19:46,019 --> 00:19:47,271 kehilangan anak… 179 00:19:47,354 --> 00:19:50,357 Betul kata awak. Ia jarang terjadi. 180 00:19:54,528 --> 00:19:57,739 - Awak rasa, ada sesuatu di luar sana? - Awak perlu pergi. 181 00:20:08,834 --> 00:20:13,964 Ayam yang anak awak jumpa adalah milik Cracknell. 182 00:20:14,047 --> 00:20:15,507 Dia tinggal di tepi paya. 183 00:20:15,591 --> 00:20:16,758 Terima kasih. 184 00:21:18,237 --> 00:21:20,739 - Helo, Pn. Seaborne. - Helo. 185 00:21:21,490 --> 00:21:24,076 - Kenapa nak jumpa Cracknell? - Kami jumpa ayamnya. 186 00:21:24,159 --> 00:21:25,452 Hati-hati. 187 00:21:25,536 --> 00:21:27,120 Apa maksud awak? 188 00:21:27,871 --> 00:21:29,039 Dia tak pergi gereja. 189 00:21:29,122 --> 00:21:30,624 Kami pun. 190 00:21:44,847 --> 00:21:46,390 Helo. 191 00:21:46,473 --> 00:21:47,766 En. Cracknell? 192 00:21:49,226 --> 00:21:51,395 Pendatang baharu yang suka ular gergasi. 193 00:21:52,062 --> 00:21:53,564 Itu ayam saya. 194 00:21:53,647 --> 00:21:56,608 Maafkan saya. Saya harap awak tak fikir ia dicuri. 195 00:21:56,692 --> 00:21:58,151 Oleh raksasa? 196 00:21:59,945 --> 00:22:02,155 Awak percaya ada sesuatu di luar sana? 197 00:22:02,239 --> 00:22:04,533 Bagi saya, ia tiada kaitan dengan kepercayaan. 198 00:22:05,784 --> 00:22:07,744 - Letakkan dalam reban. - Awak ada bukti? 199 00:22:09,746 --> 00:22:11,874 Maksud saya, jika tak percayakan Tuhan, 200 00:22:11,957 --> 00:22:13,792 maknanya syaitan pun tak wujud. 201 00:22:15,294 --> 00:22:17,129 Jadi awak rasa, apa terjadi kepada Gracie Banks? 202 00:22:19,131 --> 00:22:21,592 Setiap tahun ada orang mati di paya ini. 203 00:22:22,384 --> 00:22:24,428 Terperangkap akibat air pasang. 204 00:22:25,929 --> 00:22:29,892 Awak pernah nampak sesuatu yang pelik? Naga laut? 205 00:22:29,975 --> 00:22:32,686 Belum lagi. Cuma belut dan anjing laut. 206 00:22:33,520 --> 00:22:34,688 Bukan raksasa. 207 00:22:35,355 --> 00:22:37,316 Maaf, En. Cracknell. 208 00:22:37,399 --> 00:22:39,026 Apa nama kambing ini? 209 00:22:39,693 --> 00:22:41,987 Gog dan Magog. 210 00:22:43,655 --> 00:22:45,115 Jenaka saya. 211 00:22:46,408 --> 00:22:47,618 Awak nak beri makan? 212 00:22:54,750 --> 00:22:55,751 Ambil. 213 00:22:58,128 --> 00:23:00,422 - Terima kasih. - Sama-sama. 214 00:23:17,231 --> 00:23:19,149 Boleh saya beritahu sesuatu, paderi? 215 00:23:20,025 --> 00:23:21,151 Sudah tentu. 216 00:23:25,447 --> 00:23:26,740 Saya nampak ular gergasi itu. 217 00:23:30,077 --> 00:23:31,453 Awak pasti? 218 00:23:33,830 --> 00:23:35,457 Sekarang, saya nampak pada waktu malam juga. 219 00:23:38,544 --> 00:23:40,712 Dalam bayang-bayang, seolah-olah menunggu saya. 220 00:23:40,796 --> 00:23:42,506 - Tidak, Naomi. - Betul. 221 00:23:44,424 --> 00:23:45,551 Saya dapat rasakannya. 222 00:23:45,634 --> 00:23:46,802 Sebenarnya… 223 00:23:49,012 --> 00:23:51,849 …pada waktu malam, kita biarkan ketakutan mengawal kita. 224 00:24:20,794 --> 00:24:22,296 - Helo, Stella. - Helo. 225 00:24:23,422 --> 00:24:24,464 Helo. 226 00:24:24,548 --> 00:24:26,008 Seronok berjumpa awak. 227 00:24:26,091 --> 00:24:28,552 Apa khabar? Bagaimana dengan anak-anak? 228 00:24:29,261 --> 00:24:30,387 Masih terkejut. 229 00:24:32,014 --> 00:24:33,015 Masuklah. 230 00:24:34,641 --> 00:24:36,143 Cora. Frankie. 231 00:24:38,312 --> 00:24:39,354 Awak belajar apa? 232 00:24:39,438 --> 00:24:42,649 - Sains. Sangat membosankan. - Setidaknya, awak dapat belajar. 233 00:24:43,817 --> 00:24:44,902 Perempuan tak belajar sains? 234 00:24:44,985 --> 00:24:48,614 Kita perlukan sains untuk memahami dunia. 235 00:24:49,239 --> 00:24:52,034 Boleh awak ajar kami dan jelaskan tujuan awak datang ke sini? 236 00:24:53,160 --> 00:24:56,330 Boleh saja. Saya boleh bawa fosil saya. 237 00:24:56,830 --> 00:24:59,917 - Itu pun jika awak tak kisah. - Tiada masalah. 238 00:25:00,000 --> 00:25:03,295 - Saya akan minta Will uruskan. - Mana dia? 239 00:25:03,378 --> 00:25:04,379 Dalam bilik bacaan. 240 00:25:04,463 --> 00:25:06,048 Saya nak pergi jumpa dia. 241 00:25:12,179 --> 00:25:13,430 Pn. Seaborne. 242 00:25:13,514 --> 00:25:15,682 Cora. Saya… 243 00:25:15,766 --> 00:25:18,560 Saya tak sangka vikar kampung suka membaca. 244 00:25:20,896 --> 00:25:22,814 Awak berfikiran sempit. 245 00:25:30,697 --> 00:25:32,533 Apa awak buat di sini, Will? 246 00:25:32,616 --> 00:25:33,617 Apa maksud awak? 247 00:25:34,785 --> 00:25:37,996 Apa awak buat di paya ini? 248 00:25:40,999 --> 00:25:42,835 Saya pun boleh tanya awak begitu. 249 00:25:45,504 --> 00:25:49,383 Tengok apa saya jumpa ketika bersiar-siar pagi tadi. 250 00:25:51,051 --> 00:25:53,011 Saya tak sangka awak seorang pengumpul. 251 00:25:53,095 --> 00:25:57,391 Awak buatkan saya nak belajar ilmu alam dan ketuhanan. 252 00:26:01,186 --> 00:26:03,689 Apa itu? Awak tahu? 253 00:26:05,274 --> 00:26:07,109 Sejenis udang karang. 254 00:26:08,485 --> 00:26:12,281 Hoploparia. Di mana awak jumpa? 255 00:26:12,364 --> 00:26:16,326 Di cenuram di St. Osyth. Lain kali, saya boleh bawa awak ke sana. 256 00:26:16,410 --> 00:26:17,411 Terima kasih. 257 00:26:22,124 --> 00:26:23,125 Ambillah. 258 00:26:26,044 --> 00:26:28,005 Nanti saya keluar. Saya mahu… 259 00:26:30,841 --> 00:26:32,301 Itu apa? 260 00:26:33,051 --> 00:26:35,095 Warnanya pelik, bukan? 261 00:26:35,179 --> 00:26:36,889 Kami berkongsi harta karun. 262 00:26:38,640 --> 00:26:40,058 Awak tak kisah? 263 00:26:42,936 --> 00:26:43,979 Saya tak kisah. 264 00:26:48,066 --> 00:26:49,902 Saya jumpa yang ini di tepi Sungai Thames. 265 00:26:49,985 --> 00:26:53,989 Betulkah? Saya sukakannya. 266 00:26:58,076 --> 00:26:59,620 Bila Martha akan kembali? 267 00:27:00,162 --> 00:27:01,455 Mak harap secepat mungkin. 268 00:27:06,210 --> 00:27:09,463 "En. Luke Garrett telah menjalankan 269 00:27:09,546 --> 00:27:12,883 - pembedahan jantung pertama…" - Kami tahu. 270 00:27:12,966 --> 00:27:16,803 "…di Hospital Borough, London. 271 00:27:16,887 --> 00:27:21,308 Keberanian En. Garrett, atau sesetengah orang mengatakan keajaiban…" 272 00:27:21,391 --> 00:27:23,727 - Keajaiban? - Diamlah, Garrett. 273 00:27:23,810 --> 00:27:27,481 "…melakukan pembedahan tak patut dipandang rendah. 274 00:27:27,564 --> 00:27:31,276 Ia mungkin boleh memajukan bukan sekadar sains perubatan…" 275 00:27:31,360 --> 00:27:34,530 Apa awak buat di sini? Saya gembira dapat berjumpa awak. 276 00:27:34,613 --> 00:27:37,157 Dr. Garrett telah lakukan keajaiban. 277 00:27:37,241 --> 00:27:39,076 Walaupun dia dianggap Tuhan, 278 00:27:39,159 --> 00:27:41,828 tiada pesakit yang takkan pulih tanpa makanan berkhasiat. 279 00:27:41,912 --> 00:27:43,372 Biar saya teman awak. 280 00:27:44,081 --> 00:27:47,251 En. Garrett terima semua pujian. Saya dibiarkan buat kerja remeh. 281 00:27:48,252 --> 00:27:51,630 "Inilah sumbangan kelas pertama terhadap"… 282 00:27:58,971 --> 00:28:01,598 "Dia amat mudah melakukan sesuatu…" 283 00:28:01,682 --> 00:28:03,016 Awak nampak sihat. 284 00:28:03,100 --> 00:28:04,977 Terima kasih, doktor. 285 00:28:05,060 --> 00:28:08,146 Awak perlu ucapkan kepada En. Garrett jika awak jumpa dia. 286 00:28:08,230 --> 00:28:10,941 Boleh saya periksa luka awak? 287 00:28:22,661 --> 00:28:24,997 - Terima kasih. - Kebetulan saya buat banyak. 288 00:28:25,080 --> 00:28:26,415 Baiknya awak. 289 00:28:28,917 --> 00:28:32,045 Adik saya pun jatuh sakit semasa saya sebaya awak. Memang mencabar. 290 00:28:32,129 --> 00:28:33,547 Awak pun tiada ibu bapa? 291 00:28:35,716 --> 00:28:38,427 Jangan risau. Ia kisah lama. Dah 10 tahun. 292 00:28:40,762 --> 00:28:45,851 - Sekarang, adik awak sihat? - Tidak. Tifus. Dia tidak… 293 00:28:45,934 --> 00:28:47,227 Saya bersimpati. 294 00:28:49,438 --> 00:28:50,981 Apa-apa pun, saya bernasib baik. 295 00:28:51,064 --> 00:28:53,192 Sekarang, saya ada kerja dan rumah. 296 00:28:56,445 --> 00:28:59,656 Saya sangka dia akan lebih ceria sebab dapat pulang ke rumah. 297 00:29:00,407 --> 00:29:03,702 Awak beri dia banyak ubat dan suruh dia cuti bekerja selama sebulan. 298 00:29:03,785 --> 00:29:04,870 Minimum. 299 00:29:05,495 --> 00:29:06,955 Bagaimana mereka nak bayar sewa? 300 00:29:07,831 --> 00:29:09,458 Awak rasa, mereka akan diusir? 301 00:29:09,541 --> 00:29:13,253 Tidak. Dia akan sambung kerja memasukkan serbuk belerang awal pagi Isnin. 302 00:29:13,337 --> 00:29:16,215 Tidak. Tidak, Martha. Ia membahayakan proses pemulihannya. 303 00:29:16,298 --> 00:29:17,841 Dia perlu tahu. 304 00:29:17,925 --> 00:29:21,178 Tentang dia tak bernasib baik? Awak atau saya patut beritahu dia? 305 00:29:32,564 --> 00:29:34,316 Saya rasa, jika saya ikut perancangan, 306 00:29:34,399 --> 00:29:38,570 saya boleh saja jadi ahli parlimen biasa dan berdebat tentang undang-undang. 307 00:29:39,655 --> 00:29:44,117 Tapi sebenarnya, saya lebih rela menghabiskan masa 308 00:29:45,369 --> 00:29:48,413 memimpin Cracknell mempercayai Tuhan yang tak pernah abaikan dia. 309 00:29:49,915 --> 00:29:50,958 Atau… 310 00:29:53,085 --> 00:29:58,549 Saya mahukan kepuasan, bukan pencapaian. 311 00:29:59,341 --> 00:30:00,717 Awak nampak perbezaannya? 312 00:30:03,887 --> 00:30:05,055 Lagipun, 313 00:30:06,765 --> 00:30:08,559 Stella juga merasakan begitu. 314 00:30:10,978 --> 00:30:13,355 Ia di sekitar sini. 315 00:30:14,648 --> 00:30:17,401 Nampak macam berlaku tanah runtuh semasa gempa bumi. 316 00:30:17,484 --> 00:30:19,653 Oh, ya. Seluruh kawasan terjejas teruk. 317 00:30:32,457 --> 00:30:34,084 Saya akan datang semula dengan peralatan saya. 318 00:30:34,168 --> 00:30:35,794 Apa awak mahu cari? 319 00:30:37,212 --> 00:30:38,714 Perkaitan nyata kepada masa silam kita. 320 00:30:40,174 --> 00:30:42,426 Kepada makhluk yang hidup sebelum kewujudan kita. 321 00:30:44,595 --> 00:30:46,180 Kepada benda yang awak fikir ada di luar sana. 322 00:30:48,724 --> 00:30:49,933 Mungkin. 323 00:30:54,021 --> 00:30:59,026 Tapi bagaimana bangkai fosil membuktikan kewujudan makhluk hidup? 324 00:31:00,903 --> 00:31:04,907 Ia tak dapat buktikan. Tapi kita boleh dapat pembayang atau petunjuk. 325 00:31:06,783 --> 00:31:07,951 Awak betul-betul percaya? 326 00:31:09,453 --> 00:31:10,787 Saya rasa saya percaya. 327 00:31:12,915 --> 00:31:15,792 Saya tak tahu perbezaan antara fikir dan percaya. 328 00:31:16,752 --> 00:31:18,837 Mungkin lain kali, awak boleh ajar saya. 329 00:31:21,131 --> 00:31:24,092 Bukankah awak lebih suka bukti kukuh berbanding andaian? 330 00:31:25,135 --> 00:31:27,930 Sains memerlukan angan-angan, macam fahaman teologi awak. 331 00:31:28,722 --> 00:31:32,976 Mengambil risiko, kejahilan berubah kepada pemahaman. 332 00:31:36,563 --> 00:31:37,814 Kepercayaan. 333 00:31:50,494 --> 00:31:52,204 Awak percaya ular gergasi itu wujud? 334 00:31:56,208 --> 00:31:57,751 Entahlah, Frankie. 335 00:31:59,253 --> 00:32:01,296 Saya rasa, tiada siapa tahu jawapannya. 336 00:32:03,215 --> 00:32:04,341 Tapi jangan beritahu suami saya. 337 00:32:04,424 --> 00:32:05,968 Saya boleh berahsia. 338 00:32:07,386 --> 00:32:08,554 Saya pun. 339 00:32:12,432 --> 00:32:14,226 Mereka kutip tiram. 340 00:32:15,060 --> 00:32:17,062 Saya pun pernah kutip semasa kecil. 341 00:32:17,145 --> 00:32:19,606 Saya sangka awak budak bandar. 342 00:32:19,690 --> 00:32:21,775 Tidak, saya tinggal di pantai sehingga berusia 16 tahun. 343 00:32:23,694 --> 00:32:26,697 Ayah bawa saya ke London untuk berjumpa suami saya. 344 00:32:30,033 --> 00:32:31,702 Maaf. Tentu awak amat merinduinya. 345 00:32:36,957 --> 00:32:40,002 Benda pertama awak akan nampak jika datang ke rumah saya ialah… 346 00:32:41,545 --> 00:32:43,589 pasu kintsugi Jepun. 347 00:32:44,464 --> 00:32:48,760 Ia tembikar pecah dan dicantumkan menggunakan emas. 348 00:32:48,844 --> 00:32:49,845 Cantik. 349 00:32:52,222 --> 00:32:54,266 Michael beri kepada saya semasa kami berjumpa. 350 00:32:59,521 --> 00:33:03,942 Katanya, dia mahu sakiti saya dan pujuk saya menggunakan emas. 351 00:33:10,532 --> 00:33:11,783 Dia cederakan awak? 352 00:33:26,173 --> 00:33:27,508 Tengok. 353 00:34:21,186 --> 00:34:22,938 Berbeza daripada Knightsbridge, bukan? 354 00:34:46,210 --> 00:34:49,505 - Helo. Terima kasih sebab datang. - Tiada masalah. 355 00:34:49,590 --> 00:34:50,757 Seronok dapat jumpa awak. 356 00:34:54,594 --> 00:34:56,304 - Bagaimana keadaannya? - Baik. 357 00:34:57,181 --> 00:34:59,725 Saya bersihkan lukanya setiap hari seperti arahan awak. 358 00:35:10,861 --> 00:35:11,862 Ada alami kesakitan? 359 00:35:12,863 --> 00:35:14,323 Setiap kali bernafas. 360 00:35:14,907 --> 00:35:16,074 Bagus. 361 00:35:20,287 --> 00:35:21,455 Terima kasih. 362 00:35:38,305 --> 00:35:41,350 Laudanum. Saya takkan kenakan bayaran. 363 00:35:42,309 --> 00:35:43,602 Terima kasih. 364 00:35:44,269 --> 00:35:46,605 Jika awak berjanji takkan kembali bekerja. 365 00:35:48,106 --> 00:35:49,650 Saya sudah pun kehilangan kerja. 366 00:35:51,485 --> 00:35:52,694 Bagaimana keadaan awak? 367 00:35:54,404 --> 00:35:55,989 Kami cukup makan. 368 00:35:59,326 --> 00:36:01,453 Saya akan bayarkan sewa sementara awak belum pulih. 369 00:36:02,996 --> 00:36:05,249 Awak telah menyumbang kepada dunia perubatan. 370 00:36:06,083 --> 00:36:08,794 - Itu saja kami mampu lakukan. - Awak dah selamatkan adik saya. 371 00:36:08,877 --> 00:36:10,462 Saya mahu tanggung. 372 00:36:21,431 --> 00:36:22,558 Kami tak mahukan simpati. 373 00:36:23,141 --> 00:36:25,477 Saya dan Nev berpendidikan dan boleh selesaikan masalah kami. 374 00:36:25,561 --> 00:36:30,065 - Faham. Anggaplah ia pinjaman sehingga… - Sehingga apa? 375 00:36:30,148 --> 00:36:33,110 Kami terperangkap di setinggan, dan buat kotak mancis serta belerang. 376 00:36:33,193 --> 00:36:35,654 - Awak tak faham? - Saya faham. 377 00:36:35,737 --> 00:36:38,365 - Sebab itu saya jadi sosialis. - Pembuat kacau. 378 00:36:50,377 --> 00:36:53,046 Kadangkala, kita perlu buat kacau untuk dapatkan perubahan. 379 00:36:53,922 --> 00:36:57,301 Dah siap. Semuanya okey. Laudanum itu akan kurangkan kesakitannya. 380 00:36:58,427 --> 00:36:59,845 Terima kasih sekali lagi, doktor. 381 00:37:02,097 --> 00:37:04,850 Datanglah ke perjumpaan. Kami alu-alukan awak. 382 00:37:09,188 --> 00:37:10,689 Jaga diri. 383 00:37:17,196 --> 00:37:20,574 Saya perlukan bantuan awak, Spencer. Bantu saya ubah keadaan. 384 00:37:21,783 --> 00:37:22,993 Apa boleh saya buat? 385 00:37:23,076 --> 00:37:25,913 Awak boleh cakap dengan Charles Ambrose. Dia selalu abaikan saya. 386 00:37:26,580 --> 00:37:28,207 Apa saya patut cakap? 387 00:37:28,957 --> 00:37:30,459 Orang ramai perlukan rumah yang bersih dan mampu milik. 388 00:37:30,542 --> 00:37:34,588 Pujuk Ambrose bentangkan undang-undang rumah bantuan di Parlimen. 389 00:37:36,423 --> 00:37:39,968 Saya boleh tulis surat kepadanya dan ceritakan pengalaman saya. 390 00:37:40,052 --> 00:37:42,095 Biar saya rangkakan supaya semua faktanya tepat. 391 00:37:42,179 --> 00:37:44,973 Atau kita boleh makan tengah hari dan rangka bersama-sama. 392 00:37:51,772 --> 00:37:56,068 Ke hadapan En. Ambrose, maafkan saya atas surat ini. 393 00:37:57,402 --> 00:37:58,904 Baru-baru ini, saya berpeluang 394 00:37:58,987 --> 00:38:01,740 melihat keadaan perumahan di kawasan awak 395 00:38:02,950 --> 00:38:09,248 dan memandangkan abad ke-20 semakin hampir, perubahan perlu dilakukan. 396 00:38:36,650 --> 00:38:39,486 OBJEK SEBENAR 397 00:38:52,207 --> 00:38:53,500 OBJEK YANG DILIHAT UDARA YANG SEMAKIN PANAS 398 00:38:53,584 --> 00:38:54,418 OBJEK SEBENAR UDARA SEJUK 399 00:39:26,658 --> 00:39:28,702 Stesen Colchester! 400 00:39:28,785 --> 00:39:30,162 Martha. 401 00:39:32,956 --> 00:39:34,082 Apa awak buat di sini? 402 00:39:34,166 --> 00:39:37,920 Seronok jumpa awak juga. Saya pergi ke perpustakaan. 403 00:39:38,003 --> 00:39:39,463 - Mana Frankie? - Bersama Stella. 404 00:39:39,546 --> 00:39:42,591 Biar saya bawakan. Ada banyak perkara saya nak ceritakan. 405 00:39:42,674 --> 00:39:45,552 - Saya pun. - Tak sabar nak tunjuk awak kotej itu. 406 00:39:48,347 --> 00:39:49,765 Di sana. 407 00:39:51,642 --> 00:39:52,643 Cantik. 408 00:39:57,481 --> 00:39:59,024 Itu Will. 409 00:40:02,444 --> 00:40:04,196 Berhenti. 410 00:40:08,116 --> 00:40:09,368 Helo, Cora. 411 00:40:11,453 --> 00:40:15,290 Saya baru balik dari perpustakaan. Ia bukan logamaya, tapi… 412 00:40:15,374 --> 00:40:17,000 - Fata morgana. - Bagaimana awak tahu? 413 00:40:17,084 --> 00:40:18,418 Ada dalam salah satu buku saya. 414 00:40:18,961 --> 00:40:21,630 Angelucci pernah nampak di Selat Messina di Itali. 415 00:40:21,713 --> 00:40:22,840 Tengok. 416 00:40:22,923 --> 00:40:26,468 Jadi, apabila udara sejuk dan panas bergabung, ia hasilkan pembiasan. 417 00:40:26,552 --> 00:40:28,428 Benda dalam air nampak bergerak dan terherot. 418 00:40:28,512 --> 00:40:31,223 - Saya masuk dulu. - Nanti saya masuk. 419 00:40:34,268 --> 00:40:36,019 Inilah keajaiban sains. 420 00:40:36,103 --> 00:40:39,690 Tapi saya masih tak faham. 421 00:40:39,773 --> 00:40:40,774 Kenapa? 422 00:40:42,067 --> 00:40:43,235 Entahlah. 423 00:40:44,236 --> 00:40:47,698 Kita sangka, kita nampak kapal belayar di langit. 424 00:40:48,574 --> 00:40:53,078 Naomi pula sangka, dia nampak ular gergasi dalam air. 425 00:40:54,496 --> 00:40:55,998 Entahlah. 426 00:40:57,332 --> 00:40:58,584 Apa pendapat Stella? 427 00:41:02,171 --> 00:41:03,380 Saya belum beritahu dia. 428 00:41:11,054 --> 00:41:13,432 Saya masuk dulu. Nak pujuk Martha. 429 00:41:17,352 --> 00:41:18,770 Cora. 430 00:41:21,356 --> 00:41:23,525 Awak rasa, ada perkara pelik berlaku di sini? 431 00:41:25,152 --> 00:41:26,278 Tentulah tidak. 432 00:41:46,882 --> 00:41:48,967 - Matthew. - Pengadang dah siap dibina! 433 00:41:49,718 --> 00:41:52,429 - Saya akan mulakan kawalan malam. - Apa? Matthew. 434 00:41:52,513 --> 00:41:55,974 Saya akan letak obor di pantai malam ini, kemudian siapkan senarai tugas. 435 00:41:56,600 --> 00:41:57,851 Kalau saya nampak makhluk itu… 436 00:41:57,935 --> 00:42:01,939 Awak akan lawan dengan dahan pokok oak? 437 00:42:02,022 --> 00:42:03,106 Menumbuknya? 438 00:42:03,190 --> 00:42:04,983 Saya akan lari ke kampung dan bunyikan loceng amaran. 439 00:42:06,485 --> 00:42:10,781 Awak tak faham? Kami serta anak-anak perlukan kepastian. 440 00:42:12,866 --> 00:42:13,951 Baiklah. 441 00:42:15,953 --> 00:42:19,248 - Mereka mungkin perlukan penjelasan. - Apa maksud awak? 442 00:42:19,331 --> 00:42:21,959 Kawan saya, Pn. Seaborne, seorang ahli alamiah 443 00:42:22,042 --> 00:42:25,671 dan dia tawar diri untuk beri syarahan di sekolah. 444 00:42:25,754 --> 00:42:26,964 Begitu. 445 00:42:27,548 --> 00:42:28,715 Saya harap, awak terima dia. 446 00:42:33,011 --> 00:42:34,638 Apa awak mahu saya buat? 447 00:42:34,721 --> 00:42:36,098 Adakan perjumpaan majlis kariah. 448 00:42:36,181 --> 00:42:39,476 Tidak. Perjumpaan sebegitu akan buatkan orang semakin takut. 449 00:42:39,560 --> 00:42:43,188 Kalau begitu, suka hati awak. Biarkan perkara buruk berlaku. 450 00:42:58,871 --> 00:43:00,455 Frankie. Sepuluh minit. 451 00:43:00,539 --> 00:43:01,957 Baiklah. 452 00:43:42,623 --> 00:43:45,417 "Aku berdoa kepada Tuhan, dan Dia makbulkan 453 00:43:45,501 --> 00:43:47,961 serta menghilangkan semua ketakutanku." 454 00:44:01,683 --> 00:44:03,310 Apa awak takutkan? 455 00:44:12,110 --> 00:44:13,153 Tiada apa-apa. 456 00:44:15,072 --> 00:44:16,198 Tiada apa-apa. 457 00:44:19,117 --> 00:44:21,495 Maaf. Saya tak berniat nak buat awak terjaga. 458 00:45:45,913 --> 00:45:46,997 Cora bawa fosil. 459 00:45:51,460 --> 00:45:52,586 Kenapa? 460 00:45:54,171 --> 00:45:56,215 Ada camar masuk ke dalam rumah malam semalam. 461 00:45:56,924 --> 00:45:58,383 Percayalah, itu satu petanda. 462 00:45:58,467 --> 00:46:01,386 - Tak mengapa. Jangan risau. - Ular gergasi itu mahu bunuh saya. 463 00:46:01,470 --> 00:46:03,096 Cora akan jelaskan segalanya. 464 00:46:06,892 --> 00:46:11,313 Bangkai makhluk purba tertanam dalam lumpur di sekeliling kita. 465 00:46:11,396 --> 00:46:14,858 Makhluk ciptaan Tuhan yang hidup di dunia ini beribu tahun lalu. 466 00:46:14,942 --> 00:46:18,320 Bagi saya, makhluk itu berubah mengikut peredaran masa. 467 00:46:18,403 --> 00:46:20,989 Maksudnya dalam masa beribu tahun, orang akan jumpa 468 00:46:21,073 --> 00:46:23,784 - bangkai ular gergasi? - Soalan bodoh. Diamlah. 469 00:46:23,867 --> 00:46:25,369 Tidak, itu soalan bagus. 470 00:46:25,452 --> 00:46:27,329 Maksud awak, ia mungkin wujud? 471 00:46:29,790 --> 00:46:32,626 Ya. Jika ia fosil hidup. 472 00:46:32,709 --> 00:46:36,421 Fosil hidup? Jadi, kenapa saya tak pernah dengar tentangnya? 473 00:46:36,505 --> 00:46:37,714 Saya tak tahu. 474 00:46:37,798 --> 00:46:41,093 Teori tentang sesetengah haiwan terlepas evolusi amat terkenal. 475 00:46:41,176 --> 00:46:42,511 Jadi, ular gergasi memang wujud? 476 00:46:43,554 --> 00:46:45,305 Diam, kelas. 477 00:46:45,389 --> 00:46:47,933 - Pn. Seaborne tak cakap begitu. - Tidak. Saya cuma katakan… 478 00:46:48,016 --> 00:46:49,726 Ular gergasi itu wujud atau tidak? 479 00:46:52,729 --> 00:46:54,022 Beritahu saya hal sebenar. 480 00:46:57,860 --> 00:46:59,736 Itulah tujuan saya ke sini. 481 00:47:01,280 --> 00:47:05,325 Sebenarnya, saya pun tak tahu. 482 00:47:06,910 --> 00:47:08,036 Ular gergasi itu akan bunuh kita. 483 00:47:08,120 --> 00:47:10,998 - Ular gergasi itu akan bunuh kita. - Tidak, bukan itu maksud saya. 484 00:47:11,081 --> 00:47:13,584 - Ular gergasi! - Bukan itu maksud saya. 485 00:47:13,667 --> 00:47:16,295 - Jacob, Mark, diam! - Ular gergasi! 486 00:47:16,378 --> 00:47:20,007 - Sekejap. Awak takut? - Bertenang. Diam. Cukuplah! 487 00:47:21,592 --> 00:47:23,468 Cukuplah, semua! 488 00:47:28,807 --> 00:47:30,434 Berhenti! Diam! 489 00:47:31,560 --> 00:47:33,187 - Naomi. - Naomi, bertenang… 490 00:47:45,574 --> 00:47:46,783 Dia lakukannya. 491 00:47:47,868 --> 00:47:51,747 Dia lakukannya. 492 00:47:52,247 --> 00:47:54,583 - Dia lakukannya. - Ruth, duduk! 493 00:47:54,666 --> 00:47:57,669 Dia lakukannya. 494 00:47:57,753 --> 00:48:00,672 Dia lakukannya. 495 00:48:00,756 --> 00:48:03,967 Dia lakukannya. 496 00:48:04,051 --> 00:48:06,595 Elizabeth. Apa awak buat? Duduk! 497 00:48:06,678 --> 00:48:09,848 - Dia lakukannya. - Mark. Apa awak buat? 498 00:48:12,809 --> 00:48:15,729 - Dia sakiti saya! - Dia sakiti saya. 499 00:48:20,984 --> 00:48:22,361 Duduk! 500 00:48:25,322 --> 00:48:26,615 Jo. Jangan. Tolonglah. 501 00:48:27,324 --> 00:48:30,202 Tolong. Jangan ikut mereka. Tolonglah. 502 00:48:33,622 --> 00:48:35,958 John, pergi kejar kakak awak. 503 00:48:37,376 --> 00:48:39,169 Naomi? Naomi. 504 00:48:40,212 --> 00:48:41,463 Naomi. 505 00:48:47,678 --> 00:48:49,388 Naomi, tolonglah! 506 00:49:04,111 --> 00:49:05,237 Frankie? 507 00:49:11,243 --> 00:49:12,619 Jo? 508 00:50:22,606 --> 00:50:24,608 Terjemahan sari kata oleh Hamizah