1 00:00:06,006 --> 00:00:08,383 Naomi! 2 00:00:09,468 --> 00:00:11,720 Naomi! 3 00:00:15,349 --> 00:00:17,142 Naomi! 4 00:00:17,226 --> 00:00:19,603 Naomi! 5 00:00:19,686 --> 00:00:22,439 Tentu dia hanyut dalam paya macam kakaknya. 6 00:00:23,315 --> 00:00:24,942 Dibunuh kerana dosanya. 7 00:00:26,151 --> 00:00:27,694 Naomi! 8 00:00:42,459 --> 00:00:45,087 Belum jumpa. Kami masih mencari. 9 00:00:47,506 --> 00:00:48,507 Maafkan saya. 10 00:00:51,885 --> 00:00:55,806 Dia akan pulang, Henry. Saya yakin. 11 00:00:55,889 --> 00:00:58,058 Awak cakap begitu juga tentang Gracie. 12 00:00:58,141 --> 00:00:59,142 Henry… 13 00:03:15,529 --> 00:03:16,613 Dia dijumpai? 14 00:03:21,743 --> 00:03:22,828 Jo. 15 00:03:43,515 --> 00:03:44,516 Apa berlaku? 16 00:03:49,479 --> 00:03:50,981 Kita perlu ke London. 17 00:03:53,734 --> 00:03:55,611 - Kenapa? - Dr. Garrett. 18 00:03:56,195 --> 00:03:58,739 Dia kata akan rawat saya tanpa perlu janji temu. 19 00:03:58,822 --> 00:04:00,699 Janji temu? Untuk apa? 20 00:04:01,366 --> 00:04:03,243 Saya sakit, Will. 21 00:04:07,789 --> 00:04:09,082 Demam? 22 00:04:09,625 --> 00:04:10,918 Lebih teruk daripada itu. 23 00:04:17,548 --> 00:04:18,884 Saya tak… 24 00:04:18,966 --> 00:04:21,845 Cuaca selama ini amat… 25 00:04:23,305 --> 00:04:24,348 sejuk dan lembap. 26 00:04:24,431 --> 00:04:25,933 - Tentulah awak… - Saya lemah. 27 00:04:29,144 --> 00:04:30,395 Saya semakin lemah. 28 00:04:34,942 --> 00:04:36,485 Saya cuba sembunyikannya. 29 00:04:38,487 --> 00:04:39,530 Stella, kenapa? 30 00:04:42,199 --> 00:04:44,576 Kenapa? Jika tahu, saya boleh… 31 00:04:44,660 --> 00:04:46,286 - Tak mengapa. - Tidak, Stella. 32 00:04:46,828 --> 00:04:48,163 Saya percayakan Dr. Garrett. 33 00:04:55,879 --> 00:04:56,880 Baiklah. 34 00:04:59,716 --> 00:05:00,801 Awak… 35 00:05:01,635 --> 00:05:03,428 Awak mahu berjumpa Dr. Garrett? 36 00:05:05,222 --> 00:05:06,223 Di London? 37 00:05:13,021 --> 00:05:14,815 Kita boleh bawa anak-anak. 38 00:05:15,566 --> 00:05:16,942 Ia boleh jadi pengembaraan. 39 00:05:20,237 --> 00:05:21,655 Pengembaraan? 40 00:05:21,738 --> 00:05:22,739 Apa salahnya? 41 00:05:29,705 --> 00:05:30,873 Kita boleh jumpa Cora. 42 00:05:39,673 --> 00:05:41,216 Tidak. Saya… 43 00:05:42,342 --> 00:05:45,095 - Saya tak… - Kita perlukan tempat untuk bermalam. 44 00:05:49,474 --> 00:05:51,059 Kita boleh tumpang rumah Charles. 45 00:05:54,146 --> 00:05:55,772 Kita bertolak pagi esok. 46 00:06:29,264 --> 00:06:32,267 BERDASARKAN NOVEL OLEH SARAH PERRY 47 00:06:59,461 --> 00:07:00,587 Saya tak mahu. 48 00:07:14,685 --> 00:07:16,979 Bila dia akan keluar bilik? 49 00:07:17,062 --> 00:07:18,355 Tak lama lagi. 50 00:07:18,438 --> 00:07:20,607 PN. SEABORNE, 2 JALAN FOULIS, WESTMINSTER, LONDON 51 00:07:26,738 --> 00:07:27,990 Saya harap, secepat mungkin. 52 00:07:46,383 --> 00:07:47,551 Apa khabar pagi ini? 53 00:07:49,178 --> 00:07:50,179 Baik. 54 00:08:20,584 --> 00:08:25,172 Mereka mahu jumpa saya dan tengok plesiosaur itu. 55 00:08:26,632 --> 00:08:27,883 Jadi, awak perlu bersiap. 56 00:08:29,801 --> 00:08:30,844 Tapi bagaimana mereka… 57 00:08:31,887 --> 00:08:35,097 Saya tak nak tengok awak mengalah kerana orang kampung yang percayakan hal karut. 58 00:08:38,268 --> 00:08:40,229 Awak hantar surat ini kepada persatuan? 59 00:08:43,440 --> 00:08:45,359 Frankie asyik bertanyakan awak. 60 00:08:45,859 --> 00:08:47,486 Setiap kali waktu makan. 61 00:08:53,450 --> 00:08:56,286 Dia boleh ikut saya. Kami akan naik kereta api bawah tanah. 62 00:09:12,094 --> 00:09:13,929 Ada surat lain untuk saya? 63 00:09:14,429 --> 00:09:15,430 Tiada. 64 00:09:16,014 --> 00:09:17,307 Tiada surat dari Aldwinter? 65 00:09:18,267 --> 00:09:19,268 Masih tiada. 66 00:09:47,004 --> 00:09:48,046 Tengok. 67 00:09:48,630 --> 00:09:51,592 PAMERAN RANGKA - PAUS BIRU MUZIUM SEJARAH SEMULA JADI BRITISH 68 00:09:51,675 --> 00:09:53,218 Boleh kita pergi tengok? 69 00:09:55,053 --> 00:09:56,054 Hari ini tak boleh. 70 00:09:56,138 --> 00:09:57,806 Mak ada janji temu. 71 00:10:14,072 --> 00:10:15,866 PERSATUAN GEOGRAFI DIRAJA 72 00:10:23,540 --> 00:10:25,250 Di sini ada ular gerasi? 73 00:10:25,334 --> 00:10:29,087 Belum lagi. Mungkin satu hari nanti, jika mak temui bangkainya. 74 00:10:30,714 --> 00:10:31,840 Profesor Marchand. 75 00:10:33,050 --> 00:10:34,259 Cora Seaborne. 76 00:10:36,428 --> 00:10:37,429 Helo. 77 00:10:37,513 --> 00:10:38,514 Silakan. 78 00:10:46,104 --> 00:10:47,105 Silakan. 79 00:10:58,825 --> 00:11:01,328 Saya tak mahu mengelaskannya sendiri, 80 00:11:01,912 --> 00:11:04,915 tapi saya yakin ia sejenis plesiosaur. 81 00:11:04,998 --> 00:11:08,126 Saya tak pernah tengok. Saya dah cari dalam semua jurnal yang diterbitkan. 82 00:11:12,381 --> 00:11:15,634 Awak terjumpa secara tak sengaja? 83 00:11:16,718 --> 00:11:20,138 Tidak, saya temui semasa menggali di pantai Essex. 84 00:11:28,188 --> 00:11:29,231 Mengagumkan. 85 00:11:32,067 --> 00:11:33,068 Ada lagi? 86 00:11:35,487 --> 00:11:37,364 Tidak, itu saja buat masa ini. 87 00:11:38,156 --> 00:11:39,241 Sayangnya. 88 00:11:45,581 --> 00:11:48,250 Saya tak boleh buat apa-apa dengan satu penemuan ini saja. 89 00:11:51,587 --> 00:11:52,796 Awak pakar dalam bidang ini. 90 00:11:53,589 --> 00:11:55,382 Awak perlu kembali ke sana dan cari lagi. 91 00:12:01,805 --> 00:12:03,098 Terima kasih sudi luangkan masa. 92 00:12:03,599 --> 00:12:05,434 Pergi semula ke Essex, Pn. Seaborne. 93 00:12:07,019 --> 00:12:08,770 Kami mahu cari ular gergasi itu. 94 00:12:09,271 --> 00:12:10,439 Dia sangat teruja. 95 00:12:15,986 --> 00:12:18,488 Kenapa kita tak boleh kembali ke Aldwinter? 96 00:12:18,572 --> 00:12:19,823 Kita tak boleh, Frankie. 97 00:12:22,534 --> 00:12:23,535 Mahu mak pegangkan? 98 00:12:23,619 --> 00:12:25,662 Tidak, saya boleh pegang. 99 00:12:47,643 --> 00:12:49,686 - Frankie, awak tak apa-apa? - Saya sejuk. 100 00:12:49,770 --> 00:12:51,355 Naik atas dan tukar baju. 101 00:12:53,941 --> 00:12:55,692 Cora, ini kawan saya, Sali. 102 00:12:56,276 --> 00:12:57,986 Pn. Cora Seaborne. 103 00:12:58,070 --> 00:12:59,112 Helo. 104 00:12:59,196 --> 00:13:00,364 Selamat berkenalan. 105 00:13:01,657 --> 00:13:03,617 Saya harap awak datang minggu depan? 106 00:13:04,910 --> 00:13:07,162 Bersama Ambrose? Ke rumah saya? 107 00:13:08,413 --> 00:13:10,749 Martha kata, Ambrose dengar cakap awak. 108 00:13:10,832 --> 00:13:12,000 Oh, ya. 109 00:13:14,378 --> 00:13:16,296 Maaf. Saya keletihan. 110 00:13:23,554 --> 00:13:25,264 Gunalah payung kami. 111 00:13:45,367 --> 00:13:46,785 Penemuan itu tak bernilai. 112 00:13:46,869 --> 00:13:47,995 Apa? 113 00:13:49,371 --> 00:13:51,498 Saya perlu kembali ke sana dan cari lagi. 114 00:13:52,082 --> 00:13:53,041 Awak tak boleh kembali ke sana. 115 00:13:54,209 --> 00:13:56,170 Tidak, tak boleh. 116 00:13:57,588 --> 00:13:59,423 Awak perlu lupakan tentang Essex. 117 00:14:00,257 --> 00:14:02,551 Kalau begitu, awak tak patut suruh saya jumpa profesor itu. 118 00:14:02,634 --> 00:14:03,886 Saya cuma nak tolong. 119 00:14:04,595 --> 00:14:05,596 Kenapa? 120 00:14:06,513 --> 00:14:08,056 Saya mahu awak jadi macam dulu. 121 00:14:09,057 --> 00:14:10,559 Saya sedang cuba. 122 00:14:10,642 --> 00:14:11,643 Betulkah awak mencuba? 123 00:14:13,437 --> 00:14:15,772 Terbaring sepanjang hari, enggan makan? 124 00:14:15,856 --> 00:14:18,025 Kecewa kerana suami orang? 125 00:14:20,277 --> 00:14:21,695 Kita perlu kembali normal. 126 00:14:21,778 --> 00:14:23,947 Kita perlu sediakan persekitaran yang baik untuk Frankie. 127 00:14:24,031 --> 00:14:25,449 - Kita perlu buat begitu? - Ya. 128 00:14:25,532 --> 00:14:26,867 Kita perlu buka rumah ini 129 00:14:26,950 --> 00:14:29,661 dan mula fikirkan tentang pendidikannya. 130 00:14:29,745 --> 00:14:31,330 - Kita perlu cuba, dan… - "Kita." 131 00:14:31,413 --> 00:14:33,957 Awak bercakap seolah-olah kita pasangan. 132 00:14:38,921 --> 00:14:41,089 - Maksud saya… - Saya cuma pembantu awak. 133 00:14:41,673 --> 00:14:43,425 Bukan. Kawan saya. 134 00:14:43,509 --> 00:14:45,385 Awak tak boleh bayar demi persahabatan. 135 00:14:45,469 --> 00:14:46,470 Apa? 136 00:14:46,553 --> 00:14:48,430 - Awak nak ke mana? - Saya minta maaf. 137 00:14:48,514 --> 00:14:50,724 Boleh saya ambil cuti separuh hari, puan? 138 00:14:50,807 --> 00:14:52,226 Apa? 139 00:14:52,726 --> 00:14:53,894 Martha? 140 00:14:56,772 --> 00:14:58,899 - Martha pergi mana? - Mak tak tahu. 141 00:14:58,982 --> 00:15:00,859 - Bila dia akan kembali? - Mak tak tahu. 142 00:15:00,943 --> 00:15:02,611 - Dia pergi ke Essex? - Tidak! 143 00:15:06,365 --> 00:15:07,491 Mak minta maaf. 144 00:15:09,243 --> 00:15:11,703 Beginilah. Kamu nak pergi tengok paus? 145 00:15:13,163 --> 00:15:14,289 Bila? 146 00:15:15,791 --> 00:15:16,792 Esok. 147 00:15:22,172 --> 00:15:24,424 Saya perlu pura-pura tak maksudkannya. 148 00:15:24,508 --> 00:15:26,426 - Berbaik dengan dia. - Kenapa? 149 00:15:26,510 --> 00:15:29,054 - Saya tiada pilihan lain. - Pilihan sentiasa ada. 150 00:15:30,806 --> 00:15:31,807 - Martha. - Tidak. 151 00:15:31,890 --> 00:15:35,644 Awak takkan faham perasaan tidak memiliki pengaruh. 152 00:15:37,020 --> 00:15:38,897 Saya rasa, awak sangat berpengaruh. 153 00:15:40,566 --> 00:15:43,569 Dia dah bersetuju nak ikut kita. Tentu dia menghormati awak. 154 00:15:43,652 --> 00:15:46,738 Tapi selama ini, setiap hari kami bersama. Berbual, meluahkan perasaan. 155 00:15:46,822 --> 00:15:48,448 Saya sangka, dia pun merasakan begitu. 156 00:15:48,532 --> 00:15:50,450 Awak seolah-olah mencintai dia. 157 00:15:55,622 --> 00:15:56,874 Orang lain pun sama. 158 00:16:07,301 --> 00:16:08,635 John, mari pergi. 159 00:16:10,846 --> 00:16:12,764 Ada darah pada sampan! 160 00:16:21,106 --> 00:16:22,107 Siapa yang buat? 161 00:16:23,525 --> 00:16:24,651 Evansford. 162 00:16:26,445 --> 00:16:27,446 Kenapa? 163 00:16:28,655 --> 00:16:30,115 Dia sangka, ia akan melindungi kita. 164 00:16:30,199 --> 00:16:31,325 Jadi, kita dalam bahaya? 165 00:16:31,825 --> 00:16:33,035 Tidak. 166 00:16:33,535 --> 00:16:36,205 - Sebab itu kita ke London? - Tidak. 167 00:17:07,986 --> 00:17:09,404 Naomi akan pulang. 168 00:17:11,531 --> 00:17:12,866 Kita perlu yakin. 169 00:17:48,443 --> 00:17:49,862 Kamu lukis apa, John? 170 00:17:51,572 --> 00:17:52,614 Paus. 171 00:17:55,158 --> 00:17:56,910 Kamu boleh tunjukkan kepada Charles apabila kita sampai nanti. 172 00:17:56,994 --> 00:17:59,037 Kenapa kita tak boleh terus ke muzium? 173 00:18:00,706 --> 00:18:02,916 Mak dan ayah ada hal di bandar pagi ini. 174 00:18:03,000 --> 00:18:05,919 - Boleh kita pergi jumpa Cora? - Tidak. 175 00:18:07,337 --> 00:18:08,881 Kita akan jumpa dia nanti. 176 00:18:42,706 --> 00:18:44,041 Tarik nafas dalam lagi. 177 00:19:00,599 --> 00:19:02,059 Jangan risau. 178 00:19:02,935 --> 00:19:04,061 Saya tak apa-apa. 179 00:19:04,978 --> 00:19:08,273 Boleh batuk sekali lagi, kemudian ludah ke dalam piring ini? 180 00:19:24,331 --> 00:19:25,666 Apa awak buat? 181 00:19:26,750 --> 00:19:30,045 Saya akan warnakan basilus ini, supaya dapat tengok di bawah mikroskop. 182 00:20:09,835 --> 00:20:11,044 Boleh saya tengok? 183 00:20:12,129 --> 00:20:13,130 Sudah tentu. 184 00:20:24,391 --> 00:20:25,893 Macam butir beras. 185 00:20:28,103 --> 00:20:29,354 Warnanya biru. 186 00:20:31,607 --> 00:20:33,150 Cantiknya. 187 00:20:33,233 --> 00:20:35,652 Malangnya, ia tuberkulosis. 188 00:20:36,320 --> 00:20:38,071 - Tak mungkin. - Maafkan saya. 189 00:20:41,366 --> 00:20:45,329 - Doktor di Aldwinter kata… - Doktor di Aldwinter bodoh. 190 00:20:45,412 --> 00:20:46,413 Luke. 191 00:20:47,497 --> 00:20:49,833 - Mari balik. Ayuh. - Tunggu. 192 00:20:51,543 --> 00:20:52,669 Ia boleh dirawat. 193 00:20:56,131 --> 00:20:58,383 Pneumotoraks terapeutik. 194 00:20:59,468 --> 00:21:04,014 Ia agak berisiko, tapi pada pendapat saya, ini saja harapan terbaik buatnya. 195 00:21:08,185 --> 00:21:09,478 Bagaimana rawatan itu? 196 00:21:11,313 --> 00:21:14,691 Saya akan bedah untuk kempiskan paru-paru yang dijangkiti 197 00:21:14,775 --> 00:21:16,777 untuk beri peluang terbaik untuk sembuh. 198 00:21:16,860 --> 00:21:19,905 Prosedur ini tak pernah berjaya sebelum ini. 199 00:21:19,988 --> 00:21:21,698 Kalau begitu, tidak. Saya tak benarkan. 200 00:21:21,782 --> 00:21:25,786 - Jangan korbankan dia kerana awak takut. - Awak mahu saya benarkan awak bedah dia 201 00:21:25,869 --> 00:21:28,330 macam haiwan disembelih? 202 00:21:28,413 --> 00:21:29,706 Ada juga cara lain. 203 00:21:29,790 --> 00:21:31,834 Saya cadangkan suntikan tuberkulin… 204 00:21:31,917 --> 00:21:34,127 - Kadar keberkesanannya amat rendah. - Ia berkesan di Jerman. 205 00:21:34,211 --> 00:21:35,712 Saya rasa, pembedahan… 206 00:21:35,796 --> 00:21:37,297 Dia bukan salah satu mayat ujian awak, Dr. Garrett. 207 00:21:37,381 --> 00:21:38,799 - Dia isteri saya. - Diam. 208 00:21:42,553 --> 00:21:43,720 Saya yang sakit. 209 00:21:50,894 --> 00:21:52,688 Saya tak mahu dirawat. 210 00:21:57,609 --> 00:21:59,945 Kalau begitu, awak perlu tahu tentang kesannya, Pn. Ransome. 211 00:22:01,196 --> 00:22:03,866 Kadangkala okey, kadangkala teruk. 212 00:22:11,623 --> 00:22:12,749 Lemah. 213 00:22:13,375 --> 00:22:14,376 Meracau. 214 00:22:16,587 --> 00:22:17,588 Terima kasih. 215 00:22:19,464 --> 00:22:21,884 Benarkan saya berbincang dengan suami saya. 216 00:22:38,442 --> 00:22:39,526 Stella. 217 00:22:42,029 --> 00:22:43,780 Saya dah buat keputusan. 218 00:22:46,700 --> 00:22:49,578 Saya tak mahu habiskan masa berharga di hospital. 219 00:22:51,413 --> 00:22:52,539 Berjauhan daripada… 220 00:22:53,123 --> 00:22:54,291 Apa patut saya buat? 221 00:23:00,839 --> 00:23:02,591 Bawa anak-anak keluar berjalan. 222 00:23:05,719 --> 00:23:07,679 Mereka sangat teruja. 223 00:23:11,266 --> 00:23:12,726 Kemudian, kita pulang. 224 00:23:17,940 --> 00:23:19,608 Charles sedang menunggu kita di… 225 00:23:19,691 --> 00:23:22,861 Saya akan pergi jumpa dia sekarang dan berehat di sana. 226 00:23:42,381 --> 00:23:43,382 Ayah? 227 00:23:46,426 --> 00:23:47,719 Ayah tak apa-apa? 228 00:23:48,637 --> 00:23:49,763 Ya. 229 00:23:53,100 --> 00:23:54,434 Pergi cari adik kamu. 230 00:24:50,866 --> 00:24:51,909 Jangan ke mana-mana, okey? 231 00:24:53,827 --> 00:24:54,912 Will. 232 00:24:55,746 --> 00:24:56,788 Awak datang ke London. 233 00:24:57,956 --> 00:25:00,042 Anak-anak mahu tengok paus. 234 00:25:01,251 --> 00:25:04,463 Sudah tentu. Ya. Frankie pun taasub dengannya. 235 00:25:06,465 --> 00:25:07,758 Sama macam ibunya. 236 00:25:10,928 --> 00:25:11,970 Saya terfikir tentang… 237 00:25:12,054 --> 00:25:13,305 Cora. 238 00:25:17,976 --> 00:25:19,186 Kenapa awak pergi? 239 00:25:23,524 --> 00:25:25,692 Frankie rindu rumah kami. Itu saja. 240 00:25:26,276 --> 00:25:27,778 Cora, awak berkelakuan aneh. 241 00:25:27,861 --> 00:25:29,071 Maafkan saya. 242 00:25:31,114 --> 00:25:33,200 Apa khabar kamu semua? Apa khabar ibu awak? 243 00:25:33,867 --> 00:25:35,202 - Dia… - Mana John? 244 00:25:36,370 --> 00:25:37,454 Kami… 245 00:25:37,538 --> 00:25:38,956 Kami balik dulu. 246 00:25:42,751 --> 00:25:45,003 Selamat tinggal, Pn. Seaborne. 247 00:26:03,856 --> 00:26:05,274 Mak menggigil. 248 00:26:17,411 --> 00:26:20,664 - Cora, apa dah berlaku? - Jangan ganggu saya. 249 00:26:36,638 --> 00:26:38,599 Saya nak tengok jika Naomi dah pulang. 250 00:26:38,682 --> 00:26:39,683 Jo? 251 00:26:43,770 --> 00:26:45,147 Biar dia pergi. 252 00:27:32,444 --> 00:27:34,071 Pulanglah, Naomi. 253 00:27:35,155 --> 00:27:36,156 Pulanglah. 254 00:28:16,488 --> 00:28:17,906 Adakah ini hukuman untuk saya? 255 00:28:20,576 --> 00:28:22,202 Saya asyik terfikir, tentu ini hukuman saya. 256 00:28:26,164 --> 00:28:27,291 Untuk apa? 257 00:28:28,166 --> 00:28:30,669 Kita tak pernah berahsia sesama sendiri, bukan? 258 00:28:35,007 --> 00:28:36,008 Tak pernah. 259 00:28:43,473 --> 00:28:45,225 Ada sesuatu saya tak beritahu awak. 260 00:28:54,109 --> 00:28:55,110 Ada seseorang yang saya… 261 00:28:55,194 --> 00:28:56,195 Diam. 262 00:29:07,456 --> 00:29:10,083 Awak lelaki yang baik, Will Ransome. 263 00:29:30,521 --> 00:29:32,814 Patutkah kita lupakan pertengkaran kita? 264 00:29:34,691 --> 00:29:36,026 Saya betul-betul mencuba. 265 00:29:41,073 --> 00:29:42,824 Awak perlu tetapkan keinginan awak. 266 00:29:45,702 --> 00:29:47,663 Jangan asyik fikirkan sesuatu yang awak tak boleh dapat. 267 00:29:54,711 --> 00:29:55,712 Cora. 268 00:29:56,296 --> 00:29:58,632 Helo. Terima kasih sebab datang. 269 00:30:00,759 --> 00:30:02,261 Saya sangka, awak masih di Essex. 270 00:30:02,845 --> 00:30:05,055 Tidak, dah lama saya balik. 271 00:30:07,224 --> 00:30:08,684 Kenapa tak kirim surat? 272 00:30:09,560 --> 00:30:10,853 Kenapa awak tak kirim surat? 273 00:30:10,936 --> 00:30:12,980 Saya tak berguna. Itu alasan saya. 274 00:30:14,606 --> 00:30:15,774 Seronok dapat jumpa awak. 275 00:30:20,863 --> 00:30:22,072 Jadi, apa dah berlaku? 276 00:30:22,781 --> 00:30:26,034 Semua orang tak terima saya. Mereka kata saya syaitan. 277 00:30:26,118 --> 00:30:28,245 Apa? Termasuk paderi kesayangan itu? 278 00:30:29,037 --> 00:30:30,289 Tidak, dia… 279 00:30:32,833 --> 00:30:35,794 Apa-apa pun, saya datang untuk bincang hal lain dengan awak. 280 00:30:36,503 --> 00:30:39,214 Masih ingat ketika di parti? Hal berkaitan Martha? 281 00:30:41,091 --> 00:30:42,092 Martha? 282 00:30:43,093 --> 00:30:44,178 Serta Sali? 283 00:30:46,346 --> 00:30:47,514 Sali? 284 00:30:47,598 --> 00:30:49,057 Kakak pesakit awak. 285 00:30:53,061 --> 00:30:54,938 Lawatan ke setinggan itu. 286 00:30:55,022 --> 00:30:56,773 Luke, ia amat penting. 287 00:30:56,857 --> 00:30:59,193 Saya mahu sokong Martha. Awak perlu ikut. 288 00:30:59,735 --> 00:31:01,778 - Betulkah? - Ya. 289 00:31:01,862 --> 00:31:03,071 Awak doktor Nev. 290 00:31:03,155 --> 00:31:05,657 Kalau awak cakap dengan Ambrose, tentu dia akan dengar. 291 00:31:05,741 --> 00:31:07,075 Tolonglah, Luke. 292 00:31:07,159 --> 00:31:09,411 Masalahnya, saya ada janji temu lain. 293 00:31:11,747 --> 00:31:13,457 Parti BMA tahunan. 294 00:31:13,540 --> 00:31:14,750 Kalau begitu, jangan pergi. 295 00:31:15,918 --> 00:31:18,003 Tapi, mereka mahu beri saya anugerah. 296 00:31:18,086 --> 00:31:20,214 Luke, hebatnya. 297 00:31:20,297 --> 00:31:22,049 Mengaku sajalah, awak seronok. 298 00:31:24,718 --> 00:31:26,803 Mungkin saya boleh penuhi kedua-dua janji temu 299 00:31:26,887 --> 00:31:28,680 jika ada peneman. 300 00:31:31,558 --> 00:31:32,893 Saya berbesar hati. 301 00:31:39,191 --> 00:31:41,276 Saya tak suka barang kemas. 302 00:31:42,861 --> 00:31:44,112 Tapi, terima kasih. 303 00:31:47,074 --> 00:31:49,451 Tak mengapa. Lagipun, saya tak mampu beli. 304 00:32:03,674 --> 00:32:04,842 Selamat pagi. 305 00:32:05,843 --> 00:32:06,844 Apa awak buat? 306 00:32:07,344 --> 00:32:08,637 Ini saja saya mampu buat. 307 00:32:09,429 --> 00:32:10,430 Terima kasih. 308 00:32:18,146 --> 00:32:21,358 Awak akan ikut saya jemput Luke? Supaya dia tak cuba mengelak. 309 00:32:23,527 --> 00:32:25,821 Saya rasa, saya patut bersarapan dengan Frankie. 310 00:32:29,658 --> 00:32:32,244 Luke. Martha dah sampai. 311 00:32:38,250 --> 00:32:39,251 Luke. 312 00:32:45,090 --> 00:32:46,300 Kenapa awak jahat sangat? 313 00:32:46,383 --> 00:32:47,384 Martha dah sampai. 314 00:32:48,969 --> 00:32:50,053 Oh, Tuhan. 315 00:32:54,516 --> 00:32:55,517 Selamat pagi. 316 00:32:57,561 --> 00:32:58,687 Awak nampak ceria. 317 00:32:58,770 --> 00:33:00,063 Sedia? 318 00:33:00,147 --> 00:33:01,148 Sebenarnya… 319 00:33:03,483 --> 00:33:05,360 Saya bekerja sepanjang malam. 320 00:33:05,444 --> 00:33:07,571 Saya rasa sangat penat. 321 00:33:09,072 --> 00:33:11,408 - Bangun. - Sebenarnya… 322 00:33:13,744 --> 00:33:14,870 Mahu kopi pekat? 323 00:33:15,454 --> 00:33:16,830 - Apa pendapat awak? - Ya. 324 00:33:23,670 --> 00:33:26,798 Awak tak beritahu dia, bukan? Tentang… 325 00:33:27,716 --> 00:33:29,051 Tentulah tidak. 326 00:33:29,134 --> 00:33:31,845 Bagus. Sebab saya perasan, dia amat menyukai awak. 327 00:33:34,723 --> 00:33:37,518 Oh ya, saya dah lama nak tanya. Saya… 328 00:33:38,018 --> 00:33:39,561 Maksud saya, adakah saya hebat? 329 00:33:41,939 --> 00:33:43,524 Saya dah lupakannya. 330 00:33:47,236 --> 00:33:49,821 Perempuan memang pakar mencalarkan ego lelaki. 331 00:33:51,448 --> 00:33:53,659 Saya harap, awak tidak lagi menaruh harapan terhadap Cora. 332 00:33:56,078 --> 00:33:57,246 Luke, 333 00:33:57,746 --> 00:33:59,581 jangan bazirkan cinta awak kepada dia. 334 00:33:59,665 --> 00:34:01,792 Dia takkan tahu apa dia patut buat dengannya. 335 00:34:03,210 --> 00:34:04,211 Dah siap. 336 00:34:15,722 --> 00:34:16,931 Baiklah. 337 00:34:18,016 --> 00:34:19,601 Mari pergi. 338 00:34:37,786 --> 00:34:39,121 Seperti awak dapat tengok, En. Ambrose, 339 00:34:39,204 --> 00:34:41,581 tempat ini tak sesuai untuk pulih daripada pembedahan. 340 00:34:42,165 --> 00:34:44,793 Mungkin tetamu kita mahu segelas air. 341 00:35:02,311 --> 00:35:04,354 Perigi tak bersih. 342 00:35:04,438 --> 00:35:07,608 - Hidrogen sulfida dalam air. - Apa, Luke? 343 00:35:09,943 --> 00:35:11,028 Gas beracun. 344 00:35:11,111 --> 00:35:13,113 Tingkap jadi hitam disebabkannya. 345 00:35:18,285 --> 00:35:21,330 Jadi, di mana kamu buang air kecil dan besar, Sali? 346 00:35:21,914 --> 00:35:25,375 Di parit di luar, atau parit di hujung jalan jika di sini melimpah. 347 00:35:25,459 --> 00:35:26,502 Di sini ada serangga perosak? 348 00:35:26,585 --> 00:35:27,878 Tentulah ada. 349 00:35:29,922 --> 00:35:30,923 Terima kasih. 350 00:35:32,758 --> 00:35:34,092 Lawatan ini 351 00:35:35,260 --> 00:35:37,763 amat memberi pengetahuan. 352 00:35:47,856 --> 00:35:49,066 Jangan lari, Charles. 353 00:35:49,149 --> 00:35:50,484 Saya kata saya akan datang. Saya dah datang. 354 00:35:50,567 --> 00:35:53,654 - Awak ada kuasa untuk bantu mereka. - Kami dah bantu, Cora. 355 00:35:53,737 --> 00:35:55,531 Kami dah gubal undang-undang berkaitannya sekali lagi. 356 00:35:55,614 --> 00:35:57,032 Akta Pemugaran… 357 00:35:57,115 --> 00:36:00,327 Awak tak boleh robohkan setinggan dan biarkan mereka jadi gelandangan. 358 00:36:00,410 --> 00:36:01,495 Apa cadangan awak? 359 00:36:01,578 --> 00:36:03,121 Kita perlukan rang undang-undang rumah bantuan. 360 00:36:04,373 --> 00:36:06,124 Komunis dah muncul. 361 00:36:06,208 --> 00:36:07,876 Mereka semakin tenat, Ambrose. 362 00:36:07,960 --> 00:36:10,170 Satu-satunya perkara yang hidup di sini ialah penyakit. 363 00:36:10,254 --> 00:36:11,672 Awak masih hidup. 364 00:36:11,755 --> 00:36:13,757 - Oh, Tuhanku, Charles. - Apa… 365 00:36:13,841 --> 00:36:17,719 Awak faham keadaan apabila mati disebabkan taun? 366 00:36:17,803 --> 00:36:20,389 Ada banyak patogen dalam parit di bawah kaki kita. 367 00:36:20,472 --> 00:36:23,100 Jadi, pertama, awak tak dapat kawal usus awak, 368 00:36:23,767 --> 00:36:25,894 muntah-muntah sepanjang hari, 369 00:36:25,978 --> 00:36:28,230 mata awak akan jadi cekung, 370 00:36:28,313 --> 00:36:30,023 dan kulit awak bertukar biru. 371 00:36:32,818 --> 00:36:35,737 Ia kematian yang sunyi dan menakutkan. 372 00:36:36,989 --> 00:36:38,740 Sumber air bersih ialah hak asasi manusia. 373 00:36:40,284 --> 00:36:42,870 Kalau awak tak bersetuju, lebih baik awak pergi saja. 374 00:36:51,044 --> 00:36:52,546 Saya akan bincang dengan rakan-rakan sekerja saya. 375 00:36:53,172 --> 00:36:54,590 Saya akan cuba usulkan rang undang-undang. 376 00:37:01,346 --> 00:37:02,598 Luke ada di bawah. 377 00:37:03,473 --> 00:37:05,517 Saya tak patut keluar. 378 00:37:06,268 --> 00:37:08,228 Jangan terperap saja dan rasa bersalah. 379 00:37:08,312 --> 00:37:09,354 Bertindak. 380 00:37:10,063 --> 00:37:11,273 Awak boleh sertai perjuangan kami. 381 00:37:11,773 --> 00:37:13,400 Awak hebat, Martha. 382 00:37:14,276 --> 00:37:15,444 Awak tak patut bekerja di sini. 383 00:37:17,487 --> 00:37:19,615 - Saya memang mahu bantu lebih lagi. - Awak perlu membantu. 384 00:37:21,283 --> 00:37:23,744 Awak dan Frankie takkan perlukan saya di sini selama-lamanya, bukan? 385 00:37:26,747 --> 00:37:28,207 Hati-hati dengan Luke. 386 00:37:29,499 --> 00:37:30,501 Kami berkawan. 387 00:37:54,399 --> 00:37:56,151 Mahu pergi ucap selamat atas kejayaan awak? 388 00:37:56,860 --> 00:37:59,780 Maksud saya, minum sampai mabuk teruk. 389 00:38:26,390 --> 00:38:27,599 Dia sangat… 390 00:38:35,315 --> 00:38:36,316 Dr. Garrett. 391 00:38:36,400 --> 00:38:38,235 - Oh, Tuhan. Itu pengerusi lembaga. - Garrett? 392 00:38:38,318 --> 00:38:41,029 Kita perlu minum di sebuah bar di tempat lain. 393 00:38:41,113 --> 00:38:43,615 Awak diraikan malam ini. Kita akan berseronok. 394 00:38:43,699 --> 00:38:44,783 Garrett. 395 00:38:45,909 --> 00:38:47,411 Garrett, tahniah. 396 00:38:47,494 --> 00:38:48,745 Saya buat yang terbaik. 397 00:38:49,663 --> 00:38:53,333 - Ini anak perempuan awak? - En. Garrett, jangan nakal. 398 00:38:53,417 --> 00:38:55,169 Malangnya, agak sukar. 399 00:38:55,252 --> 00:38:58,422 Tentu awak Pn. Garrett. Seronok dapat berjumpa awak. 400 00:38:58,505 --> 00:39:00,090 Seronok berjumpa awak juga. 401 00:39:02,384 --> 00:39:05,762 Saya perlu berlatih beri ucapan bersama isteri saya. 402 00:39:07,556 --> 00:39:08,557 Helo. 403 00:39:15,647 --> 00:39:19,318 Dengan penuh rasa hormat dan rendah diri… 404 00:39:19,401 --> 00:39:21,695 - Rendah diri? Biar betul? - …saya terima… 405 00:39:28,744 --> 00:39:31,205 Saya perlukan suasana sebegini. Terima kasih. 406 00:39:31,288 --> 00:39:33,665 Saya memang suka minum tanpa batasan. 407 00:39:35,334 --> 00:39:37,961 - Alamak, saya sangat mabuk! - Betulkah? 408 00:39:38,045 --> 00:39:40,339 Semuanya salah awak, Pn. Garrett. 409 00:39:50,432 --> 00:39:52,726 Apa semua ini, Cora? Apa kita buat? 410 00:39:53,352 --> 00:39:56,063 Tunjukkan sikap teruk di parti awak. 411 00:39:56,146 --> 00:39:59,983 Saya dah bosan bersikap terbatas dan sopan. 412 00:40:00,067 --> 00:40:01,985 Apa maksud awak? 413 00:40:02,069 --> 00:40:03,403 Mari berkahwin. 414 00:40:05,781 --> 00:40:08,700 Saya serius. Kahwin dengan saya. Jadi isteri saya. 415 00:40:12,538 --> 00:40:13,997 Luke. Apa… 416 00:40:16,208 --> 00:40:19,503 - Saya tak boleh. Awak pun tahu. - Kenapa tak boleh? 417 00:40:20,963 --> 00:40:23,590 Baru beberapa bulan suami saya mati. 418 00:40:23,674 --> 00:40:26,134 - Ia seolah-olah… - Suami tak guna. Awak tak cintakan dia. 419 00:40:26,218 --> 00:40:27,594 Apa? Awak… 420 00:40:27,678 --> 00:40:28,846 Saya cintakan awak. 421 00:40:33,809 --> 00:40:35,894 Saya cintakan awak sejak kali pertama berjumpa awak. 422 00:40:37,062 --> 00:40:38,230 Sebelum awak kenal saya? 423 00:40:39,314 --> 00:40:40,649 Saya suka apa yang saya nampak. 424 00:40:41,692 --> 00:40:43,485 Jadi, awak mahu tunjuk hebat? 425 00:40:46,154 --> 00:40:49,157 - Bukankah awak berjiwa bebas? - Maaf. Saya… 426 00:40:49,241 --> 00:40:50,492 Fikirlah dulu. 427 00:40:52,035 --> 00:40:53,287 Kita ketawa. 428 00:40:53,370 --> 00:40:55,747 Kita bertengkar. Kita sudah pun macam pasangan suami isteri. 429 00:40:58,417 --> 00:41:00,419 Tak cukupkah jika berkawan saja? 430 00:41:01,295 --> 00:41:02,796 Maksud awak, miliki secebis saja diri awak. 431 00:41:05,090 --> 00:41:06,466 Maaf. Saya… 432 00:41:09,136 --> 00:41:10,888 - Sekali, atau mungkin lebih, tapi… - Sekali? 433 00:41:10,971 --> 00:41:12,264 Apabila awak jemput saya ke Essex 434 00:41:12,347 --> 00:41:14,099 - dan jadikan saya "ketua keluarga"? - Apa? 435 00:41:14,183 --> 00:41:16,685 Awak rasa, kenapa saya anjurkan parti itu untuk awak? 436 00:41:19,855 --> 00:41:22,733 Saya sangka, awak lakukannya sebab saya kawan awak. 437 00:41:24,151 --> 00:41:26,945 Bagaimana dengan dia? Adakah dia pun kawan awak? 438 00:41:29,072 --> 00:41:30,115 Siapa? 439 00:41:31,033 --> 00:41:32,659 Awak sedar dia suami orang? 440 00:41:33,285 --> 00:41:36,121 Mungkin nanti tidak lagi, disebabkan keadaan paru-paru isterinya. 441 00:41:36,205 --> 00:41:37,873 Itu yang awak tunggu? 442 00:41:39,750 --> 00:41:42,461 Saya tak sangka awak sekejam itu, Cora. 443 00:41:42,544 --> 00:41:44,004 Apa maksud awak? 444 00:41:45,339 --> 00:41:48,008 TB. Saya periksa dia minggu lepas. 445 00:41:51,136 --> 00:41:52,221 Awak tipu. 446 00:41:52,304 --> 00:41:54,264 Kalau tak percaya, tanya Spencer. 447 00:41:54,890 --> 00:41:56,850 Jangan risau. Dia akan mati beberapa bulan lagi 448 00:41:56,934 --> 00:41:58,644 dan awak boleh miliki lelaki itu. 449 00:41:58,727 --> 00:42:00,103 Jangan dekati saya. 450 00:42:00,187 --> 00:42:01,813 Cora, tunggu. Saya minta maaf. 451 00:42:01,897 --> 00:42:02,981 Jangan dekati saya. 452 00:42:07,402 --> 00:42:10,030 - Cora, jangan pergi. - Jangan ganggu saya. 453 00:42:20,666 --> 00:42:22,417 - Awak mabuk. - Awak lebih mabuk. 454 00:42:28,423 --> 00:42:30,676 Larilah, pengecut. 455 00:42:30,759 --> 00:42:32,469 Awak yang pengecut. 456 00:42:47,234 --> 00:42:49,903 Tolong naik ke pentas, encik. 457 00:42:51,947 --> 00:42:53,156 Sudahlah. 458 00:43:16,555 --> 00:43:20,475 Awak bodoh. Bodoh! 459 00:43:27,858 --> 00:43:30,652 - Apa jadi? - Luke lamar saya. 460 00:43:30,736 --> 00:43:31,945 - Apa? - Saya pun terkejut. 461 00:43:33,447 --> 00:43:34,489 Awak bodoh. 462 00:43:35,866 --> 00:43:38,452 - Dia yang bodoh. - Tidak, Cora. Sudahlah. 463 00:43:38,535 --> 00:43:39,703 Tidak, awak tiada di situ. 464 00:43:39,786 --> 00:43:42,873 Mula-mula, kami bergurau, tiba-tiba, dia melamar. 465 00:43:42,956 --> 00:43:44,333 Dia mencintai awak. 466 00:43:47,961 --> 00:43:50,756 Awak faham kesakitan mencintai awak? 467 00:43:52,799 --> 00:43:55,219 Saya tak sedar. 468 00:43:55,302 --> 00:43:57,387 - Awak tak pernah sedar. - Martha, apa… 469 00:43:57,471 --> 00:43:59,097 - Apa yang awak mahu, Cora? - Mahu? 470 00:43:59,181 --> 00:44:02,476 Ya. Sebab semakin lama awak tak sedar akan sesuatu, 471 00:44:02,559 --> 00:44:05,062 - lebih ramai orang akan terluka. - Selama ini… 472 00:44:05,145 --> 00:44:07,231 - Selama ini, saya terperangkap… - Oh, ya. 473 00:44:07,814 --> 00:44:09,900 Salahkan Michael lagi. 474 00:44:11,068 --> 00:44:13,946 Betul kata awak. Saya tak patut bekerja di sini lagi. 475 00:44:37,219 --> 00:44:39,680 STESEN KERETA API LONDON & METROPOLITAN 476 00:44:49,565 --> 00:44:50,566 Duit. 477 00:44:54,403 --> 00:44:55,571 Dompet! 478 00:44:57,823 --> 00:44:58,824 Tak boleh. 479 00:44:59,408 --> 00:45:00,409 Serahkan. 480 00:45:16,300 --> 00:45:17,301 Serahkan. 481 00:45:28,437 --> 00:45:30,439 Jangan cederakan tangan saya. Tolonglah. 482 00:46:01,261 --> 00:46:02,471 Tuhan. 483 00:46:03,972 --> 00:46:05,182 Dengarlah doaku. 484 00:46:09,311 --> 00:46:12,564 Aku takkan berbuat dosa. 485 00:46:14,233 --> 00:46:15,817 Aku takkan berbuat kejahatan. 486 00:46:20,197 --> 00:46:21,532 Kembalikan dia kepadaku. 487 00:47:41,403 --> 00:47:43,405 Terjemahan sari kata oleh Hamizah