1 00:00:38,375 --> 00:00:42,125 SELEPAS 35 KEMENANGAN, 46 PETAK PERTAMA DAN 3 GELARAN DUNIA, 2 00:00:42,208 --> 00:00:46,458 SENNA TANGGALKAN SUT MERAH MCLAREN DAN IKAT KONTRAK DENGAN WILLIAMS. 3 00:00:46,541 --> 00:00:51,333 Lihatlah! Masanya bertambah baik! 4 00:00:51,416 --> 00:00:55,666 Ya, Ayrton Senna mungkin akan bermula di petak pertama! 5 00:00:55,750 --> 00:00:57,125 Pusingan yang hebat… 6 00:00:57,208 --> 00:00:58,375 IMOLA, ITALI 1994 7 00:00:58,458 --> 00:01:01,500 JUMAAT DUA HARI SEBELUM PERLUMBAAN 8 00:01:07,958 --> 00:01:11,166 Syabas, Ayrton. P1 setakat ini. 9 00:01:11,250 --> 00:01:12,750 Kereta ini teruk, Frank. 10 00:01:14,250 --> 00:01:17,041 Kereta ini tak dibina mengikut spesifikasi baru. 11 00:01:17,791 --> 00:01:19,375 - Beri masa… - Saya tahu. 12 00:01:19,458 --> 00:01:21,666 Kita belum dapat mata tahun ini. 13 00:01:23,250 --> 00:01:25,250 Saya belum cakap dengan dia lagi. 14 00:01:25,875 --> 00:01:29,166 Dia tak nak layan saya sejak saya tulis artikel itu. 15 00:01:29,916 --> 00:01:31,666 Saya tahu ia dah lama, tapi… 16 00:01:32,541 --> 00:01:36,625 Jika pelumba pencen Perancis itu boleh menang tujuh kali, 17 00:01:36,708 --> 00:01:39,708 Senna boleh menang semua 16 perlumbaan tahun lepas. 18 00:01:43,625 --> 00:01:45,500 Saya akan telefon semula. Okey. 19 00:01:48,458 --> 00:01:53,166 Jangan risau, Laura. Saya setuju dengan awak. 20 00:01:53,250 --> 00:01:57,000 Tapi saya menang tujuh perlumbaan dan kejuaraan. 21 00:01:57,083 --> 00:01:58,166 Menentang Senna. 22 00:01:59,333 --> 00:02:01,500 - Boleh tahan, bukan? - Ya. 23 00:02:04,375 --> 00:02:07,375 Awak rasa pelumba pencen Perancis ini 24 00:02:07,458 --> 00:02:08,750 pandai jadi pengulas? 25 00:02:11,166 --> 00:02:12,291 Ada potensi. 26 00:02:15,166 --> 00:02:16,000 Bagus. 27 00:02:18,583 --> 00:02:21,458 PELUMBA JORDAN DARI BRAZIL 28 00:02:21,541 --> 00:02:24,166 - Apa khabar, bos? - Apa khabar, Rubens? 29 00:02:24,250 --> 00:02:25,750 - Awak okey? - Awak laju tadi. 30 00:02:25,833 --> 00:02:28,625 Ya, tapi tak cukup laju. 31 00:02:30,083 --> 00:02:32,791 Kereta itu teruk, trek lagilah teruk. 32 00:02:32,875 --> 00:02:34,583 Macam lumba rali, bukan? 33 00:02:34,666 --> 00:02:35,875 Permukaannya kasar. 34 00:02:35,958 --> 00:02:39,125 Semoga berjaya. Dapatkan petak pertama. 35 00:03:04,291 --> 00:03:06,333 Tangan awak masih bergesel dengan kokpit? 36 00:03:10,750 --> 00:03:14,208 Awak masuk Williams untuk jadi juara semula. 37 00:03:14,291 --> 00:03:16,625 Tapi Williams mengecewakan awak. 38 00:03:16,708 --> 00:03:17,875 Ini temu bual? 39 00:03:19,625 --> 00:03:23,083 Saya nak tulis artikel tentang awak. Tentang kerjaya awak. 40 00:03:24,416 --> 00:03:25,500 Bermula dengan go-kart. 41 00:03:28,791 --> 00:03:30,291 Itu permulaan yang baik. 42 00:03:31,625 --> 00:03:34,916 Tapi kenapa buang masa tulis tentang contoh buruk macam saya? 43 00:03:36,708 --> 00:03:39,541 Saya membesar dengan deruman enjin di Norfolk. 44 00:03:42,291 --> 00:03:44,416 Saya tahu apabila awak di trek. 45 00:03:51,416 --> 00:03:52,875 Awak mesti tahu bezanya. 46 00:03:56,375 --> 00:03:57,583 Mereka main tipu? 47 00:03:58,666 --> 00:03:59,708 Awak wartawan. 48 00:04:00,375 --> 00:04:04,250 FIA ubah peraturan. Alat bantu pelumba elektronik diharamkan. 49 00:04:05,791 --> 00:04:07,583 - Untuk sabotaj awak? - Tak. 50 00:04:07,666 --> 00:04:09,708 Semua pasukan terjejas. 51 00:04:09,791 --> 00:04:11,083 Benetton pun? 52 00:04:12,208 --> 00:04:15,041 Mereka saja ada alat itu. Itu tak adil. 53 00:04:15,125 --> 00:04:17,083 Ini bukan soal menang atau kalah. 54 00:04:17,166 --> 00:04:19,541 - Tapi awak kalah. - Ini bukan tentang saya. 55 00:04:19,625 --> 00:04:22,625 Alat itu meningkatkan kelajuan dan keselamatan. 56 00:04:22,708 --> 00:04:26,250 Itu penting, khususnya di trek yang tak rata tanpa zon kecemasan. 57 00:04:26,333 --> 00:04:27,583 Risikonya tinggi. 58 00:04:27,666 --> 00:04:29,666 Tapi awak masih nak berlumba. 59 00:04:29,750 --> 00:04:32,291 - Saya nak jadi juara. - Walaupun ketinggalan 20 mata? 60 00:04:34,125 --> 00:04:35,666 Musim ini belum tamat. 61 00:04:45,333 --> 00:04:51,416 Rubens Barrichello alami kemalangan teruk pada kelajuan 225 kmj di Variante Bassa. 62 00:04:52,333 --> 00:04:55,416 Ini mungkin kemalangan serius. 63 00:04:55,500 --> 00:04:58,083 Pelumba Brazil ini alami kemalangan teruk… 64 00:05:10,625 --> 00:05:14,166 Kami belum dapat maklumat tentang keadaan Rubens Barrichello. 65 00:05:14,250 --> 00:05:16,291 Dia sedang dirawat 66 00:05:16,375 --> 00:05:20,625 oleh Dr. Sid Watkins, Ketua Doktor Formula 1 dan pasukannya. 67 00:05:28,791 --> 00:05:29,708 Di mana Rubens? 68 00:05:33,958 --> 00:05:34,875 Sid! 69 00:07:02,250 --> 00:07:05,500 EPISOD 6 MASA 70 00:07:23,541 --> 00:07:26,875 PINTU UNIT KECEMASAN 71 00:07:43,875 --> 00:07:46,583 KETUA DOKTOR FIA 72 00:07:47,833 --> 00:07:48,958 Apa khabar, bos? 73 00:07:50,625 --> 00:07:52,125 Awak okey, Rubens? 74 00:07:52,208 --> 00:07:55,125 Saya cuba belok di Variante Bassa guna gear lima. 75 00:07:56,750 --> 00:07:57,708 Saya silap. 76 00:07:59,000 --> 00:08:00,166 Bukan salah awak. 77 00:08:01,958 --> 00:08:03,375 Dia akan pulih. 78 00:08:06,375 --> 00:08:10,250 Mujurlah pelumba Brazil itu tidak mengalami kecederaan serius. 79 00:08:11,208 --> 00:08:13,250 Hari terakhir pusingan kelayakan. 80 00:08:13,333 --> 00:08:14,708 SABTU SEHARI SEBELUM PERLUMBAAN 81 00:08:14,791 --> 00:08:19,083 Peluang terakhir untuk dapatkan petak permulaan terbaik. 82 00:09:04,875 --> 00:09:05,791 Hei. 83 00:09:05,875 --> 00:09:07,208 - Niki ada? - Tak. 84 00:09:07,291 --> 00:09:08,375 Ayrton! 85 00:09:09,041 --> 00:09:10,875 - Dah jumpa Rubens? - Ya. 86 00:09:10,958 --> 00:09:11,875 PELUMBA MCLAREN 87 00:09:11,958 --> 00:09:14,166 Dia terkejut. Tapi dia akan pulih. 88 00:09:14,250 --> 00:09:16,250 - Dia berlumba esok? - Tak. 89 00:09:16,333 --> 00:09:17,583 Semua orang terkejut. 90 00:09:18,208 --> 00:09:20,416 Tapi semua orang bekerja macam biasa. 91 00:09:21,041 --> 00:09:22,583 Inilah lumrah berlumba. 92 00:09:23,375 --> 00:09:25,750 Ingat perlanggaran Berger di Tamburello? 93 00:09:26,458 --> 00:09:27,875 Dia terbakar. 94 00:09:27,958 --> 00:09:30,833 Tapi mereka tak batalkan perlumbaan pun. 95 00:09:31,416 --> 00:09:35,041 Semasa kemalangan Donnelly beberapa tahun lalu pun sama. 96 00:09:35,125 --> 00:09:36,541 Atau semasa Niki hampir mati. 97 00:09:37,750 --> 00:09:40,708 Tak ada apa-apa berubah. Esok masih ada perlumbaan. 98 00:09:40,791 --> 00:09:41,916 Betul. 99 00:09:42,875 --> 00:09:45,375 Sebab kita yang berlumba, bukan mereka. 100 00:09:45,458 --> 00:09:48,666 Ya, malah saya bayar untuk berlumba. Bukan murah pun. 101 00:09:49,250 --> 00:09:50,875 Saya pergi dulu. 102 00:09:59,083 --> 00:10:00,541 Saya nak cari Niki. 103 00:10:01,083 --> 00:10:02,000 Jumpa lagi. 104 00:10:02,708 --> 00:10:04,375 Awak perasan trek itu? 105 00:10:05,041 --> 00:10:06,541 Permukaannya teruk. 106 00:10:07,750 --> 00:10:10,041 Ia cuma diturap sebelum selekoh. 107 00:10:10,125 --> 00:10:14,750 Ya, mereka akan salahkan Rubens. Walaupun bebendulnya tinggi. 108 00:10:15,416 --> 00:10:16,416 Niki. 109 00:10:17,833 --> 00:10:20,458 Kita perlu hidupkan semula persatuan pelumba. 110 00:10:20,541 --> 00:10:22,708 JUARA F1 TIGA KALI DAN PENASIHAT FERRARI 111 00:10:22,791 --> 00:10:24,458 Awak patut jadi presidennya. 112 00:10:26,125 --> 00:10:29,375 "Itulah akibatnya apabila ahli politik buat keputusan bodoh." 113 00:10:30,000 --> 00:10:33,208 Awak yang cakap begitu semasa sidang akhbar di Suzuka. 114 00:10:33,291 --> 00:10:34,333 Ayrton, 115 00:10:35,125 --> 00:10:36,708 awak berani bertindak. 116 00:10:37,500 --> 00:10:38,750 Awak berterus terang. 117 00:10:38,833 --> 00:10:43,958 Lihatlah awak pada 1976. Awak tarik diri selepas pusingan pertama. 118 00:10:44,041 --> 00:10:46,000 Selepas nahas saya tahun itu? 119 00:10:47,541 --> 00:10:48,541 Mestilah. 120 00:10:49,750 --> 00:10:51,833 Kenapa pertaruhkan nyawa untuk gelaran? 121 00:10:52,916 --> 00:10:55,708 Kita yang perlu buat keputusan untuk berlumba atau tidak. 122 00:10:55,791 --> 00:10:56,833 Bukan mereka. 123 00:10:59,708 --> 00:11:01,208 Saya tak pernah menyesal. 124 00:11:04,750 --> 00:11:05,958 Terima kasih. 125 00:11:17,666 --> 00:11:19,416 Dah sebulan kita berusaha. 126 00:11:19,500 --> 00:11:22,208 Kenapa hasilnya belum memuaskan? 127 00:11:22,291 --> 00:11:24,666 Kamu guna data Interlagos dan Okayama. 128 00:11:24,750 --> 00:11:25,875 - Betul tak? - Ya. 129 00:11:25,958 --> 00:11:29,000 Jika kita tingkatkan keseimbangan, 130 00:11:29,083 --> 00:11:31,083 daya tekan bawah akan terjejas. 131 00:11:31,166 --> 00:11:35,333 - Saya cuma nak keseimbangan. - Ia masih perlahan di selekoh. 132 00:11:35,416 --> 00:11:37,083 Kereta ini sukar dijangka. 133 00:11:37,583 --> 00:11:39,875 Takut berpusing lagi macam di Brazil. 134 00:11:40,666 --> 00:11:44,375 Biar perlahan di selekoh, asalkan saya tamatkan perlumbaan. 135 00:11:45,833 --> 00:11:46,666 Saya boleh buat. 136 00:11:52,666 --> 00:11:53,541 Okey, ayuh. 137 00:11:54,291 --> 00:11:55,708 Tuhanku! 138 00:11:55,791 --> 00:11:57,166 Kemalangan dahsyat! 139 00:11:57,666 --> 00:12:00,291 - Simtek MTV yang dipandu Ratzenberger… - Alamak. 140 00:12:00,375 --> 00:12:03,625 …hilang sayap belakangnya di selekoh Villeneuve. 141 00:12:03,708 --> 00:12:05,750 Perlanggaran pada kelajuan penuh! 142 00:12:05,833 --> 00:12:07,833 Semua penonton terdiam. 143 00:12:08,583 --> 00:12:10,750 Kereta Simtek itu hancur. 144 00:12:28,583 --> 00:12:29,708 DOKTOR 145 00:12:58,791 --> 00:13:01,625 KAWASAN PIT FORD MTV SIMTEK PASUKAN RATZENBERGER 146 00:13:01,708 --> 00:13:03,041 - Jangan masuk. - Saya… 147 00:13:03,125 --> 00:13:04,666 Bukan sekarang, cik. 148 00:13:04,750 --> 00:13:06,000 Ayrton! 149 00:13:17,666 --> 00:13:21,500 Frank, Damon. Latihan ini dah tamat. 150 00:13:21,583 --> 00:13:22,708 Tutup pit. 151 00:13:22,916 --> 00:13:24,625 PEMANDU KEDUA WILLIAMS 152 00:13:24,708 --> 00:13:28,250 Damon. Pakai topi keledar, masuk kereta. 153 00:13:28,333 --> 00:13:30,875 - Bukan keputusan awak. - Habis, awak? 154 00:13:31,916 --> 00:13:33,375 Ini masih pasukan saya! 155 00:13:33,458 --> 00:13:35,541 Saya tak nak berlumba hari ini. 156 00:13:37,625 --> 00:13:39,708 Mungkin esok pun sama. 157 00:13:41,166 --> 00:13:42,666 Awak nampak Ratzenberger? 158 00:13:50,625 --> 00:13:52,958 Baiklah, itu saja. Untuk hari ini. 159 00:13:56,166 --> 00:14:00,458 Saya nak awak kawal emosi semasa taklimat pelumba esok. 160 00:14:08,041 --> 00:14:10,958 Galvão, saya pasti setiap pelumba 161 00:14:11,041 --> 00:14:13,500 turut merasai kesakitan Ratzenberger. 162 00:14:14,166 --> 00:14:16,458 Saya harap dia bertuah seperti saya. 163 00:14:16,541 --> 00:14:18,833 Maklumat rasmi belum diterima, 164 00:14:18,916 --> 00:14:22,125 tapi malangnya, daripada apa yang kita lihat di skrin, 165 00:14:22,208 --> 00:14:23,875 keadaannya kritikal. 166 00:14:26,583 --> 00:14:29,250 Williams menyatakan mereka takkan berlumba. 167 00:14:29,333 --> 00:14:32,500 Keputusan yang saya pasti dipengaruhi oleh Senna, 168 00:14:32,583 --> 00:14:35,500 yang pergi ke tapak nahas untuk mewakili pelumba… 169 00:14:35,583 --> 00:14:37,208 Benetton pun tak berlumba. 170 00:14:37,291 --> 00:14:39,625 Begitu juga dengan Benetton. 171 00:14:39,708 --> 00:14:43,416 Benetton baru saja umumkan mereka takkan berlumba. 172 00:14:43,500 --> 00:14:44,750 Schumacher dan Senna, 173 00:14:44,833 --> 00:14:47,416 pesaing utama untuk gelaran juara musim ini 174 00:14:47,500 --> 00:14:49,375 mengetepikan persaingan mereka 175 00:14:49,458 --> 00:14:52,666 dan takkan cuba memperbaik masa kelayakan mereka. 176 00:14:56,666 --> 00:14:59,250 Saya ada semasa Villeneuve kemalangan pada 1982. 177 00:15:00,125 --> 00:15:01,208 Saya pun ada. 178 00:15:01,708 --> 00:15:02,791 Saya dalam F2000. 179 00:15:04,208 --> 00:15:05,250 Saya masih budak. 180 00:15:06,125 --> 00:15:10,291 Jadi, esoknya saya pergi ke trek. Tak terfikir pun untuk tak berlumba. 181 00:15:15,125 --> 00:15:16,875 Tapi kejadian di sini tak patut. 182 00:15:18,166 --> 00:15:21,833 Nasib Rubens dan Ratzenberger tak patut menimpa pelumba lain. 183 00:15:22,750 --> 00:15:26,625 Semuanya salah. Kereta, peraturan, trek ini… 184 00:15:26,708 --> 00:15:29,666 Niki kata nak tubuhkan semula persatuan pelumba. 185 00:15:29,750 --> 00:15:31,958 Ya, saya tahu. Saya cakap dengan dia. 186 00:15:32,833 --> 00:15:36,791 Dia rasa saya patut jadi presiden. Tapi saya tak layak. 187 00:15:38,416 --> 00:15:39,791 Saya rasa awak layak. 188 00:15:44,500 --> 00:15:48,041 Saya boleh jadi presiden yang hebat. Yang terbaik. 189 00:15:49,208 --> 00:15:53,333 Tapi macam biasa, Niki betul. Awak paling layak. 190 00:15:54,375 --> 00:15:56,333 Awak berlumba sejak kecil, 191 00:15:56,416 --> 00:15:58,583 jadi awak yang paling berpengalaman. 192 00:15:59,833 --> 00:16:04,291 Lihatlah kejadian hari ini, Ayrton. Awak yang hentikan perlumbaan kelayakan. 193 00:16:05,500 --> 00:16:08,458 FIA akan hukum saya. Sekali lagi. 194 00:16:09,333 --> 00:16:14,041 Sudahlah saya ketinggalan 20 mata. Susah saya nak menang. 195 00:16:14,125 --> 00:16:17,458 Betul, perlumbaan awak dengan Schumacher tak adil. 196 00:16:17,541 --> 00:16:18,875 - Betul. - Betul. 197 00:16:19,583 --> 00:16:21,000 Alat bantu elektronik… 198 00:16:22,333 --> 00:16:25,875 Cara mereka ubah peraturan memang mengejut. 199 00:16:26,833 --> 00:16:29,958 Padahal kereta kami dah dibina dengan alat elektronik. 200 00:16:30,041 --> 00:16:31,791 Mereka tak sedar bahayanya. 201 00:16:31,875 --> 00:16:32,875 Mereka tahu. 202 00:16:34,416 --> 00:16:35,416 Mereka tahu. 203 00:16:36,291 --> 00:16:39,208 Saya berlumba tahun lepas dengan alat bantuan elektronik. 204 00:16:39,291 --> 00:16:41,875 Itu semasa peraturan belum diubah. 205 00:16:44,000 --> 00:16:46,333 Awak patutnya boleh menang tahun ini. 206 00:16:47,166 --> 00:16:50,125 Tapi mereka rampas peluang awak. 207 00:16:50,208 --> 00:16:51,458 Mereka dan awak. 208 00:16:51,541 --> 00:16:53,208 - Saya? - Ya. 209 00:16:53,708 --> 00:16:57,333 Jika awak tak bantah, kita dah sepasukan tahun lepas. 210 00:16:57,416 --> 00:16:58,375 Taklah. 211 00:16:59,125 --> 00:17:00,375 Awak pun tahu. 212 00:17:01,333 --> 00:17:04,458 Saya pun patut bantah awak masuk McLaren pada 1988. 213 00:17:09,375 --> 00:17:10,916 Berlumbalah semula, Alain. 214 00:17:13,333 --> 00:17:17,375 Saya rindu nak kalahkan awak dalam perlumbaan. 215 00:17:19,375 --> 00:17:23,208 Tak boleh, saya ada kerja baru. 216 00:17:23,708 --> 00:17:26,375 Saya perlu kutuk awak dalam televisyen. 217 00:17:28,208 --> 00:17:29,750 Tak, saya nak… 218 00:17:30,333 --> 00:17:32,666 Saya nak luangkan masa dengan keluarga. 219 00:17:33,791 --> 00:17:37,291 Setiap yang bermula perlu berakhir. 220 00:17:41,541 --> 00:17:44,666 Awak pula? Apa rancangan awak selepas bersara? 221 00:17:45,791 --> 00:17:47,000 Saya takkan bersara. 222 00:17:54,375 --> 00:17:58,625 Kakak saya bantu tubuhkan institut yang fokus pada pendidikan. 223 00:17:58,708 --> 00:18:02,875 Kanak-kanak di Brazil perlukan lebih banyak peluang. 224 00:18:02,958 --> 00:18:04,500 Jadi, awak baik hati? 225 00:18:05,416 --> 00:18:06,791 Cuma tak baik terhadap saya? 226 00:18:15,333 --> 00:18:18,166 Saya akan bantu awak dalam hal persatuan pelumba. 227 00:18:19,916 --> 00:18:20,916 Terima kasih. 228 00:18:21,416 --> 00:18:23,375 Masa untuk pergi. 229 00:18:55,291 --> 00:19:00,833 Mogul media sukan ini menjamin ketelusan kerajaannya. 230 00:19:00,916 --> 00:19:03,625 Apabila ditanya tentang kemungkinan menjual perniagaannya 231 00:19:03,708 --> 00:19:05,291 untuk fokus pada politik… 232 00:19:05,375 --> 00:19:08,000 PADA PUSINGAN KE-21, MEREKA BERDUA MASUK PIT 233 00:19:09,625 --> 00:19:12,708 SENNA JUARA: CONTOH BURUK? 234 00:19:14,916 --> 00:19:17,291 PADA 1990, ARTIKEL SAYA MENANYAKAN SOALAN: 235 00:19:17,375 --> 00:19:18,916 ADAKAH SENNA CONTOH BURUK? 236 00:19:23,541 --> 00:19:26,250 JAWAPANNYA TIDAK. 237 00:19:27,208 --> 00:19:29,041 Berita menyedihkan… 238 00:19:29,125 --> 00:19:31,833 SEPANJANG 30 TAHUN BERLUMBA, AYRTON SENNA 239 00:19:31,916 --> 00:19:33,833 …Ratzenberger diisytiharkan mati 240 00:19:33,916 --> 00:19:36,541 lapan minit selepas tiba di hospital. 241 00:19:36,625 --> 00:19:39,083 Walaupun pelumba Austria itu mati, 242 00:19:39,166 --> 00:19:43,166 pegawai perlumbaan mengesahkan yang acara esok masih diteruskan. 243 00:19:43,875 --> 00:19:46,958 Kematian terakhir di Grand Prix Formula 1 berlaku 12 tahun lalu 244 00:19:47,041 --> 00:19:49,375 apabila pelumba Itali, Riccardo Paletti… 245 00:19:49,958 --> 00:19:52,875 Saya tonton kemalangan itu di TV. Ia menakutkan. 246 00:19:52,958 --> 00:19:55,458 Jangan fikir sangat, okey? 247 00:19:55,958 --> 00:19:59,916 Selepas ini saya akan ke Lisbon. Saya akan terus ke tempat awak. 248 00:20:00,625 --> 00:20:03,000 - Jumpa esok, sayang. - Sayang awak, Dri. 249 00:20:03,083 --> 00:20:04,250 Saya rindu awak. 250 00:20:14,791 --> 00:20:17,250 Adriane takut. 251 00:20:19,291 --> 00:20:22,208 Kemalangan Rubinho cukup merisaukannya, tapi kini… 252 00:20:23,291 --> 00:20:25,291 Ya, semua orang takut. 253 00:20:27,333 --> 00:20:30,500 Awak takut tak? Awak nak berlumba esok? 254 00:20:31,250 --> 00:20:33,000 Saya dah 34 tahun, Galvão. 255 00:20:33,500 --> 00:20:34,875 Saya bukannya budak. 256 00:20:36,250 --> 00:20:39,208 Saya tak boleh pura-pura tiada apa-apa berlaku. 257 00:20:40,208 --> 00:20:41,625 Ya, betul. 258 00:20:44,333 --> 00:20:46,500 Saya nak naik atas. 259 00:20:46,583 --> 00:20:49,875 Wartawan mat salih itu datang. Mesti dia kejar cerita. 260 00:20:49,958 --> 00:20:53,291 Saya tak tahu nombor bilik dia. Saya nak tinggalkan di sini. 261 00:20:53,375 --> 00:20:54,458 Selamat sejahtera. 262 00:20:54,958 --> 00:20:56,916 Tolong beri kunci saya. 263 00:20:58,375 --> 00:21:00,708 - Awak tak tahu mengalah. - Macam awak. 264 00:21:01,625 --> 00:21:02,875 - Terima kasih. - Sama-sama. 265 00:21:02,958 --> 00:21:06,500 Tapi saya ada satu soalan untuk artikel tentang kerjaya awak. 266 00:21:06,583 --> 00:21:07,666 Satu saja. 267 00:21:08,708 --> 00:21:10,375 Soalannya dalam pita ini. 268 00:21:28,291 --> 00:21:30,833 Ini kali pertama saya rasa tak nak berlumba, ibu. 269 00:21:32,000 --> 00:21:34,333 Beco, semasa awak bermula di Toleman, 270 00:21:34,833 --> 00:21:37,416 awak kata selepas jadi juara Formula 1, 271 00:21:37,500 --> 00:21:38,958 awak akan berhenti. 272 00:21:39,458 --> 00:21:40,958 Ibu tahu awak takkan berhenti. 273 00:21:41,458 --> 00:21:43,125 Awak perlu berlumba. 274 00:21:43,708 --> 00:21:44,875 Itulah jiwa awak. 275 00:21:45,625 --> 00:21:47,625 Tapi awak lebih daripada itu. 276 00:21:48,125 --> 00:21:49,375 Jauh lebih daripada itu. 277 00:21:50,625 --> 00:21:51,583 Dengar tak? 278 00:21:53,250 --> 00:21:54,875 - Terima kasih, ibu. - Beco? 279 00:21:54,958 --> 00:21:56,750 Ayah dengar dari tadi? 280 00:21:56,833 --> 00:21:59,750 Ayah pun nak dengar. Kereta awak okey? 281 00:22:01,208 --> 00:22:02,208 Ia… 282 00:22:03,541 --> 00:22:05,875 - Hampir siap. - Bagus. 283 00:22:07,208 --> 00:22:08,500 Jangan buat masalah, nak. 284 00:22:09,541 --> 00:22:11,208 Jangan buat masalah, ayah. 285 00:22:12,625 --> 00:22:13,458 Beco… 286 00:22:16,458 --> 00:22:18,833 Awak pelumba terbaik di dunia. 287 00:22:18,916 --> 00:22:21,125 Awak tak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa. 288 00:22:21,916 --> 00:22:25,041 Buat apa yang awak rasa betul, macam awak selalu buat. 289 00:22:27,166 --> 00:22:28,208 Selamat malam. 290 00:22:30,375 --> 00:22:31,625 Selamat malam, ayah. 291 00:22:46,375 --> 00:22:50,208 1 MEI 1994 292 00:22:58,750 --> 00:23:02,833 HARI PERLUMBAAN 293 00:23:19,666 --> 00:23:21,250 Kita semua… 294 00:23:22,708 --> 00:23:25,666 amat berdukacita dengan situasi yang kita hadapi. 295 00:23:28,000 --> 00:23:30,208 Menghadapi tragedi seperti ini 296 00:23:31,750 --> 00:23:32,833 bukannya mudah. 297 00:23:33,833 --> 00:23:35,375 Kita kehilangan pelumba. 298 00:23:36,083 --> 00:23:37,416 Roland Ratzenberger. 299 00:23:37,500 --> 00:23:39,041 PRESIDEN FIA 300 00:23:39,125 --> 00:23:40,916 PENGGANTI JEAN MARIE BALESTRE 301 00:23:41,000 --> 00:23:44,666 Tapi saya jamin semua peraturan keselamatan dipatuhi. 302 00:23:44,750 --> 00:23:47,000 Sejak saya jadi presiden tahun lepas, 303 00:23:47,083 --> 00:23:49,958 kami berusaha sedaya upaya tingkatkan keselamatan 304 00:23:50,041 --> 00:23:52,291 dan perubahan penting telah dibuat. 305 00:23:52,791 --> 00:23:53,791 Tapi… 306 00:23:55,916 --> 00:23:58,083 risiko sentiasa ada. 307 00:23:59,625 --> 00:24:01,541 Tiada sesiapa di sini yang naif. 308 00:24:02,541 --> 00:24:06,083 Baik atau buruk, ini sukan kita. 309 00:24:07,208 --> 00:24:10,291 Saya faham ini situasi yang rumit, 310 00:24:10,375 --> 00:24:11,958 tapi kita perlu teruskan. 311 00:24:12,625 --> 00:24:16,750 Sebab itu kami buat keputusan perlumbaan hari ini akan diteruskan. 312 00:24:18,375 --> 00:24:21,625 Saya yakin keputusan ini betul dalam keadaan ini. 313 00:24:21,708 --> 00:24:25,875 Saya rasa kita tak patut mengubah undang-undang dan peraturan 314 00:24:25,958 --> 00:24:29,166 tanpa meneliti apa yang berlaku secara mendalam. 315 00:24:30,000 --> 00:24:33,500 Baiklah, berkenaan prosedur permulaan semula perlumbaan, 316 00:24:33,583 --> 00:24:36,583 pegawai trek telah dimaklumkan tentang isu teknikal… 317 00:24:59,416 --> 00:25:01,750 - Kita berdua nak tahu kebenaran… - Max. 318 00:25:02,708 --> 00:25:04,416 Saya jumpa awak nanti. 319 00:25:05,125 --> 00:25:06,666 Ayrton, boleh saya bantu? 320 00:25:09,041 --> 00:25:11,458 Saya tahu perlumbaan ada risikonya. 321 00:25:12,625 --> 00:25:15,333 Tapi kita patut utamakan keselamatan. 322 00:25:16,416 --> 00:25:17,958 Undang-undang baru ini… 323 00:25:18,041 --> 00:25:21,083 Semua perubahan diluluskan oleh pasukan dan pelumba musim lepas. 324 00:25:21,166 --> 00:25:22,291 Biar saya habiskan. 325 00:25:23,000 --> 00:25:25,083 Ini bukan di bilik taklimat lagi. 326 00:25:25,166 --> 00:25:27,541 Hanya kita berdua di sini. Okey? 327 00:25:29,083 --> 00:25:31,416 - Apa awak nak? - Dengarlah pendapat pelumba. 328 00:25:31,500 --> 00:25:33,208 - Kami dengar. - Tidak. 329 00:25:33,916 --> 00:25:36,916 Kami dah cuba beritahu masalah sejak di Okayama. 330 00:25:37,000 --> 00:25:38,500 Sebelum itu lagi. 331 00:25:39,375 --> 00:25:44,166 Berapa banyak kemalangan serius berlaku semasa ujian awal tahun ini? 332 00:25:44,250 --> 00:25:48,375 Lehto, Hill, Alesi. Sekarang Barrichello dan Ratzenberger. 333 00:25:48,458 --> 00:25:50,416 Awak kritik undang-undang, 334 00:25:50,500 --> 00:25:53,916 tapi awak yang asyik langgar peraturan. 335 00:25:54,000 --> 00:25:58,250 Ingat, awak belum digantung dua perlumbaan atas kelakuan tahun lepas. 336 00:25:59,708 --> 00:26:01,416 Jadi, apa cadangan awak? 337 00:26:01,500 --> 00:26:02,833 Tangguhkan perlumbaan. 338 00:26:04,333 --> 00:26:07,208 Batalkan, supaya kematian pelumba tak dilupakan. 339 00:26:08,375 --> 00:26:10,500 Perlumbaan akan berjalan, Ayrton. 340 00:26:12,291 --> 00:26:14,541 Tapi tiada pelumba dipaksa berlumba. 341 00:26:18,875 --> 00:26:24,875 KAWASAN PIT FORD MTV SIMTEK PASUKAN RATZENBERGER 342 00:26:33,666 --> 00:26:34,916 Luka ini… 343 00:26:35,875 --> 00:26:40,083 Tak sembuh-sembuh. Ia dah jadi sebahagian daripada awak. 344 00:26:41,125 --> 00:26:42,000 Saya tahu. 345 00:26:43,500 --> 00:26:46,208 Pelarasan stereng tak membantu pun. 346 00:26:46,708 --> 00:26:50,458 Tangan saya asyik bergesel dengan sisi kokpit. 347 00:26:55,416 --> 00:26:57,583 Saya kesal tak dapat bantu dia. 348 00:26:58,583 --> 00:27:02,916 Ayrton, awak dah selamatkan satu nyawa di litar. 349 00:27:04,208 --> 00:27:08,250 Comas dapat berlumba hari ini atas bantuan awak pada 1992. 350 00:27:08,916 --> 00:27:13,041 Menyelamatkan nyawa ialah perkara yang luar biasa. 351 00:27:14,041 --> 00:27:15,500 Awak buat setiap hari. 352 00:27:16,000 --> 00:27:17,333 Malangnya tidak. 353 00:27:18,916 --> 00:27:20,583 Ramai saya tak dapat bantu. 354 00:27:24,750 --> 00:27:29,541 Awak juara dunia tiga kali dan pelumba terpantas dalam Formula 1. 355 00:27:30,541 --> 00:27:31,875 Apa lagi awak nak? 356 00:27:35,041 --> 00:27:36,166 Saya ada idea. 357 00:27:37,083 --> 00:27:39,708 Apa kata kita berhenti dan pergi memancing? 358 00:27:40,625 --> 00:27:42,666 Macam pergi bercuti. 359 00:27:43,541 --> 00:27:46,500 Tak kisahlah memancing atau apa-apa saja. 360 00:27:47,583 --> 00:27:50,875 Awak boleh selalu bersama kekasih. Apa pendapat awak? 361 00:28:00,750 --> 00:28:02,250 Saya tak boleh berhenti, Sid. 362 00:28:12,958 --> 00:28:16,583 Jika begitu, pastikan awak ada alasan kukuh untuk berlumba. 363 00:28:47,708 --> 00:28:50,916 Semasa saya mula menulis tentang kerjaya 30 tahun awak, 364 00:28:51,000 --> 00:28:53,500 saya mula dari awal iaitu zaman go-kart. 365 00:28:55,916 --> 00:28:59,250 Tapi mungkin dah tiba masanya untuk menilai masa kini 366 00:28:59,333 --> 00:29:00,708 dan pandang masa depan. 367 00:29:02,750 --> 00:29:05,166 Ayah awak beri go-kart 30 tahun dulu. 368 00:29:06,041 --> 00:29:10,083 Sepuluh tahun dalam Formula 1. Tiga gelaran dunia. 369 00:29:11,208 --> 00:29:12,875 Kenapa masih berlumba? 370 00:29:15,791 --> 00:29:16,791 Ayrton. 371 00:29:21,458 --> 00:29:22,833 Ini yang awak minta? 372 00:29:24,166 --> 00:29:27,625 Lebih cantik daripada kain hijau kuning yang awak bawa merata-rata. 373 00:29:27,708 --> 00:29:28,708 Terima kasih. 374 00:29:29,333 --> 00:29:31,583 Apa awak nak buat dengannya? 375 00:29:34,166 --> 00:29:36,791 Jika ini saja cara untuk tarik perhatian mereka, 376 00:29:38,458 --> 00:29:41,708 saya akan menang dan bawa bendera ini ke podium. 377 00:29:42,833 --> 00:29:44,666 Saya berlumba untuk Ratzenberger. 378 00:29:47,166 --> 00:29:48,791 Saya nak awak tahu, Ayrton. 379 00:29:49,333 --> 00:29:51,458 Jika awak terima tawaran Ferrari, 380 00:29:52,625 --> 00:29:54,250 kami semua berbesar hati. 381 00:29:54,333 --> 00:29:57,666 Tak boleh, Niki. Saya tak boleh buat Gerhard begitu. 382 00:29:58,541 --> 00:30:00,916 Ini peluang dia untuk jadi pelumba pertama. 383 00:30:01,000 --> 00:30:03,708 - Saya tak sampai hati ambil tempat dia. - Mengarut. 384 00:30:04,500 --> 00:30:06,416 Saya takkan bersorak untuk awak. 385 00:30:07,333 --> 00:30:08,958 Tapi selamat berlumba. 386 00:30:10,875 --> 00:30:11,708 Berhenti! 387 00:30:11,791 --> 00:30:13,958 Berhentilah! Bisingnya. 388 00:30:14,041 --> 00:30:16,625 Bruno, Paula! Kalau nak lari-lari, keluar. 389 00:30:16,708 --> 00:30:18,958 Adakah TV cuma tunjuk semasa perlumbaan bermula? 390 00:30:19,041 --> 00:30:20,833 Budak-budak ini buas hari ini. 391 00:30:20,916 --> 00:30:23,416 Awak ingat ketika Beco sebaya mereka, Zaza? 392 00:30:23,500 --> 00:30:24,833 Dia macam puting beliung. 393 00:30:27,458 --> 00:30:30,208 Siaran langsung untuk seluruh Brazil, 394 00:30:30,291 --> 00:30:32,041 liputan Grand Prix Imola, 395 00:30:32,125 --> 00:30:35,666 perlumbaan ketiga musim 1994. 396 00:30:41,750 --> 00:30:43,416 Senna bermula di petak pertama, 397 00:30:43,500 --> 00:30:46,291 mencari kemenangan pertama selepas gagal dapatkan mata 398 00:30:46,375 --> 00:30:50,541 dalam dua perlumbaan yang dimenangi Schumacher daripada Benetton. 399 00:31:09,708 --> 00:31:11,458 - Laura Harrison? - Ya. 400 00:31:11,958 --> 00:31:14,500 - Ini daripada Ayrton. - Terima kasih. 401 00:32:06,041 --> 00:32:09,666 Kami hubungi Ayrton Senna di trek melalui radio. 402 00:32:09,750 --> 00:32:11,708 Helo? Helo, Ayrton! 403 00:32:11,791 --> 00:32:14,708 Awak yakin perlumbaan hari ini hebat? 404 00:32:15,291 --> 00:32:18,416 Saya harap ia hebat untuk semua orang. 405 00:32:18,500 --> 00:32:20,750 Saya nak ambil peluang untuk ucap 406 00:32:20,833 --> 00:32:22,083 salam istimewa 407 00:32:22,791 --> 00:32:24,625 kepada sahabat saya, Alain. 408 00:32:25,208 --> 00:32:26,458 Dia ada bersama awak. 409 00:32:27,125 --> 00:32:28,125 Kami rindu awak. 410 00:32:35,541 --> 00:32:36,500 Ketat lagi. 411 00:33:13,958 --> 00:33:16,708 Alain, kamu berbual sebelum perlumbaan, bukan? 412 00:33:16,791 --> 00:33:19,000 Ya, saya bercakap dengan Ayrton 413 00:33:19,083 --> 00:33:22,166 dan dia risau tentang keadaan trek. 414 00:33:22,250 --> 00:33:25,250 Saya sependapat dengan dia. 415 00:34:12,166 --> 00:34:14,375 Satu lagi kemalangan serius di Imola. 416 00:34:14,458 --> 00:34:17,541 Lotus milik Pedro Lamy telah musnah. 417 00:34:18,125 --> 00:34:19,750 Kemalangan di permulaan, Ayrton. 418 00:34:19,833 --> 00:34:21,958 Lamy dan Lehto. Kereta keselamatan masuk trek. 419 00:34:22,041 --> 00:34:23,208 Terukkah? 420 00:34:23,291 --> 00:34:27,333 Dua tayar kereta Lamy melayang melepasi pagar ke arah orang ramai. 421 00:34:27,416 --> 00:34:29,833 Mereka okey. 422 00:34:29,916 --> 00:34:32,375 Hujung minggu yang bahaya di Imola. 423 00:34:35,000 --> 00:34:37,916 Pembersihan litar. Anggarkan dua pusingan untuk mula semula. 424 00:34:53,958 --> 00:34:55,250 Awak yang kawal. 425 00:34:56,000 --> 00:34:58,041 Tapi kereta bercakap dengan awak. 426 00:34:59,333 --> 00:35:01,416 Stereng gerakkan turus kemudi 427 00:35:01,500 --> 00:35:03,666 yang memusingkan roda di tanah. 428 00:35:04,666 --> 00:35:06,125 Ke kiri dan ke kanan. 429 00:35:07,791 --> 00:35:09,041 Jadi, 430 00:35:09,125 --> 00:35:11,458 tangan awak juga menyentuh tanah. 431 00:35:11,541 --> 00:35:13,541 Tanah, tar. 432 00:35:14,208 --> 00:35:15,458 Rasakannya. 433 00:35:40,416 --> 00:35:42,000 Kereta keselamatan keluar. 434 00:36:03,416 --> 00:36:06,125 Senna bermula di petak pertama dalam dua perlumbaan pertama, 435 00:36:06,208 --> 00:36:09,458 tapi Schumacher menang kedua-duanya dan mendahului kejuaraan. 436 00:36:10,166 --> 00:36:13,291 Hari ini di Imola, Senna di depan sekali lagi, 437 00:36:13,375 --> 00:36:15,625 dan cuba menghalang pelumba Jerman itu 438 00:36:15,708 --> 00:36:17,166 daripada memintas. 439 00:36:18,208 --> 00:36:20,125 Senna menuju ke laluan lurus. 440 00:36:20,208 --> 00:36:21,958 Sudah enam pusingan! 441 00:36:26,416 --> 00:36:28,875 Dia cuba buat enjin Renaultnya mengaum lebih kuat 442 00:36:28,958 --> 00:36:30,833 daripada Ford Schumacher. 443 00:36:44,125 --> 00:36:46,250 Ini bahagian terpantas trek. 444 00:36:46,333 --> 00:36:49,458 Mereka akan mencecah 330 kmj! 445 00:36:52,375 --> 00:36:54,208 Senna alami kemalangan serius! 446 00:36:58,166 --> 00:36:59,875 Ayrton Senna… 447 00:37:01,291 --> 00:37:03,458 Kemalangan yang amat serius. 448 00:37:04,583 --> 00:37:07,708 Senna terbabas. Dia melencong ke kanan di selekoh Tamburello. 449 00:37:07,791 --> 00:37:09,541 Nampaknya dia gagal membelok. 450 00:37:09,625 --> 00:37:11,291 Dia tersasar dari trek… 451 00:37:11,375 --> 00:37:13,583 …dan menghentam tembok. 452 00:37:16,208 --> 00:37:19,875 Dia terkeluar dari trek. Kemalangan serius di Imola. 453 00:37:19,958 --> 00:37:22,041 …Hospital Maggiore di Bologna… 454 00:37:23,375 --> 00:37:24,916 …dibawa ke Hospital Maggiore… 455 00:37:25,000 --> 00:37:26,875 Senna cedera parah. 456 00:37:26,958 --> 00:37:30,625 Kami diberitahu bahawa keadaan Senna… 457 00:37:30,708 --> 00:37:32,041 …sangat kritikal. 458 00:37:36,458 --> 00:37:39,833 Ayrton Senna da Silva meninggal dunia. 459 00:37:40,416 --> 00:37:44,291 Ini kenyataan rasmi oleh Hospital Maggiore 460 00:37:44,375 --> 00:37:45,625 di Bologna. 461 00:37:47,083 --> 00:37:50,333 Kami kesal terpaksa laporkan berita ini. 462 00:37:51,000 --> 00:37:54,208 Ayrton Senna terkorban. 463 00:38:00,875 --> 00:38:05,541 Ayrton Senna ialah pelumba terbaik dalam sejarah perlumbaan Grand Prix. 464 00:38:05,625 --> 00:38:09,666 Dia hampir tiada tandingan dalam sukan ini, 465 00:38:09,750 --> 00:38:13,750 dengan personaliti hebat, bukan saja sebagai pelumba, tapi manusia. 466 00:38:13,833 --> 00:38:18,250 Pada pukul 2:16, Ayrton Senna mati di litar Imola. 467 00:38:18,333 --> 00:38:20,875 Antara pelumba terhebat dalam sejarah F1. 468 00:38:20,958 --> 00:38:23,250 Hujung minggu yang tragik untuk F1. 469 00:38:23,333 --> 00:38:27,083 Pelumba Brazil, Ayrton Senna, menjadi mangsa nahas dahsyat. 470 00:38:27,166 --> 00:38:28,875 Sebaik nampak kemalangan itu… 471 00:38:30,458 --> 00:38:33,500 saya tak dapat teruskan laporan saya. 472 00:38:33,583 --> 00:38:37,666 Brazil ucap selamat tinggal kepada idola kesayangannya, Ayrton Senna. 473 00:38:38,375 --> 00:38:42,416 Bukan sekadar juara dunia tiga kali, tetapi wira sebenar. 474 00:38:42,916 --> 00:38:45,875 Selamat tinggal kepada tokoh yang mengibarkan bendera Brazil 475 00:38:45,958 --> 00:38:47,333 di podium terbesar. 476 00:38:48,291 --> 00:38:51,583 Formula 1 kehilangan salah satu nama besarnya. 477 00:38:52,291 --> 00:38:55,791 Hari Ahad di seluruh negara kini kelam. 478 00:38:55,875 --> 00:38:57,875 Ole, ole, ole, ola 479 00:38:57,958 --> 00:39:01,541 Senna, Senna 480 00:39:01,625 --> 00:39:05,041 Ole, ole, ole, ola 481 00:39:05,125 --> 00:39:07,333 Senna, Senna 482 00:39:07,416 --> 00:39:08,916 SENNA SELAMANYA WIRA KAMI 483 00:39:09,000 --> 00:39:10,875 DIKENANG SELAMANYA SENNA 484 00:39:44,166 --> 00:39:46,791 SENNA: ABADI SELAMANYA 485 00:39:50,000 --> 00:39:52,541 TEMU BUAL 486 00:39:56,541 --> 00:39:57,791 Saya pelumba. 487 00:39:59,833 --> 00:40:03,125 Sebelum saya mula-mula pegang stereng pun, 488 00:40:03,666 --> 00:40:06,083 saya tahu saya dilahirkan untuk berlumba. 489 00:40:07,750 --> 00:40:12,083 Sejak kecil, saya rasa dunia ini terlalu perlahan untuk saya. 490 00:40:13,416 --> 00:40:15,916 Persepsi saya berbeza tentang semua benda. 491 00:40:16,666 --> 00:40:18,333 Terutamanya masa. 492 00:40:19,666 --> 00:40:22,750 Ibu saya kata saya tak belajar berjalan, 493 00:40:22,833 --> 00:40:24,625 saya belajar berlumba. 494 00:40:26,000 --> 00:40:27,833 Dia panggil saya "puting beliung kecil". 495 00:40:30,791 --> 00:40:34,625 Suatu hari saya naik go-kart buatan ayah saya, Milton. 496 00:40:38,166 --> 00:40:41,291 Di situlah saya jumpa diri saya. 497 00:40:43,625 --> 00:40:46,750 Yang ada cuma saya, kereta itu… 498 00:40:47,791 --> 00:40:49,125 dan trek. 499 00:40:50,750 --> 00:40:52,041 Cuma saya dan masa. 500 00:40:56,375 --> 00:40:58,833 Itu saja. Saya pelumba. 501 00:40:59,875 --> 00:41:03,916 Setiap pelumba sentiasa bertarung melawan masa. 502 00:41:05,333 --> 00:41:07,250 Tapi bukan itu saja. 503 00:41:08,625 --> 00:41:10,875 Kegembiraannya tak dapat dijelaskan. 504 00:41:12,083 --> 00:41:14,458 Cabarannya, debarannya. 505 00:41:16,541 --> 00:41:17,916 Itulah nikmat berlumba. 506 00:41:20,708 --> 00:41:27,125 Semasa kecil, saya cuma nak berlumba dan menang untuk diri sendiri. 507 00:41:29,333 --> 00:41:32,375 Tapi saya rasa selepas 20 tahun berlumba, 508 00:41:34,250 --> 00:41:36,333 saya sedar tiada sesiapa menang seorang diri. 509 00:41:40,458 --> 00:41:42,666 Sebab itu saya tak berhenti berlumba. 510 00:41:43,833 --> 00:41:48,333 Sebab apabila saya di dalam kereta, saya tahu saya tak pernah bersendirian. 511 00:42:21,166 --> 00:42:24,833 Saya sangat bertuah. Hidup saya hebat selama ini. 512 00:42:25,583 --> 00:42:30,708 Tapi semua yang saya capai ialah hasil dedikasi dan ketabahan… 513 00:42:33,541 --> 00:42:36,541 dan semangat untuk mencapai matlamat saya. 514 00:42:36,625 --> 00:42:40,125 Semangat untuk menang. Menang dalam hidup, bukan sebagai pelumba. 515 00:42:41,000 --> 00:42:44,208 Kepada anda semua yang sedang menonton, 516 00:42:45,125 --> 00:42:48,458 tak kira siapa anda, 517 00:42:48,541 --> 00:42:53,541 tak kira apa pun darjat anda, 518 00:42:54,125 --> 00:42:57,125 daripada kelas sosial paling tinggi hingga paling bawah, 519 00:42:57,208 --> 00:43:01,000 cekalkan hati dan kuatkan semangat, 520 00:43:01,750 --> 00:43:04,458 sentiasa lakukan semuanya dengan kasih sayang 521 00:43:04,541 --> 00:43:06,625 dan keyakinan kuat kepada Tuhan. 522 00:43:06,708 --> 00:43:10,375 Suatu hari nanti, anda akan berjaya. Dengan apa cara sekalipun. 523 00:43:52,333 --> 00:43:53,958 Bolehkah kita seri? 524 00:43:54,041 --> 00:43:55,291 - Di kejuaraan? - Tak. 525 00:43:55,375 --> 00:43:57,291 - Tak guna. - Juara cuma seorang. 526 00:44:29,083 --> 00:44:30,583 Mari sini, ayah. 527 00:45:00,375 --> 00:45:03,708 Saya peminat setia! Saya sangat teruja. 528 00:45:43,083 --> 00:45:45,750 Ole, ole, ole, ola 529 00:45:45,833 --> 00:45:48,458 Senna, Senna 530 00:45:48,541 --> 00:45:51,458 Ole, ole, ole, ola 531 00:45:52,000 --> 00:45:55,125 Selepas kematian Roland Ratzenberger dan Ayrton Senna, 532 00:45:55,208 --> 00:45:57,250 para pelumba menubuhkan persatuan 533 00:45:57,333 --> 00:45:59,291 yang fokus pada keselamatan F1. 534 00:45:59,375 --> 00:46:03,125 Sepanjang 20 tahun seterusnya, tiada kemalangan maut berlaku. 535 00:46:04,500 --> 00:46:08,333 Institut Ayrton Senna ditubuhkan oleh keluarga Ayrton Senna 536 00:46:08,416 --> 00:46:10,958 untuk mengubah hidup melalui pendidikan. 537 00:46:11,041 --> 00:46:12,666 Sejak ditubuhkan pada 1994, 538 00:46:12,750 --> 00:46:16,041 lebih 36 juta perkhidmatan ditawarkan kepada kanak-kanak dan remaja 539 00:46:16,125 --> 00:46:18,125 di lebih 3,000 bandar di Brazil. 540 00:56:29,000 --> 00:56:30,708 Terjemahan sari kata oleh MMA