1 00:00:13,680 --> 00:00:17,184 HARI 121 2 00:00:17,184 --> 00:00:19,811 Sekali lagi, kapal lebih besar dah tiba. 3 00:00:19,811 --> 00:00:23,982 {\an8}Hari ini menandakan bulan keempat makhluk asing menyerang dunia kita. 4 00:00:24,733 --> 00:00:28,529 {\an8}Empat bulan yang lama. Waktu paling sukar bagi dunia kita. 5 00:00:28,529 --> 00:00:31,949 Kita menderita. Kita kehilangan nyawa, 6 00:00:31,949 --> 00:00:34,409 tempat tinggal dan orang yang disayangi. 7 00:00:35,994 --> 00:00:40,207 Walaupun berjuta orang telah mati, kami di Pakatan Pertahanan Dunia 8 00:00:40,207 --> 00:00:44,628 berjuang untuk kamu setiap hari dengan setiap sumber dari setiap negara. 9 00:00:44,628 --> 00:00:49,758 Kami cuba sedaya upaya untuk memahami dan mengalahkan musuh kita. 10 00:00:50,384 --> 00:00:54,805 Kami meminta bantuan kamu. Tolong beri kerjasama kepada askar, 11 00:00:54,805 --> 00:00:57,850 patuhi semua kod dan kosongkan kawasan tercemar. 12 00:00:58,433 --> 00:01:02,729 Spora makhluk asing telah mencemari lebih 30 peratus udara planet kita. 13 00:01:02,729 --> 00:01:06,316 Kami dah menubuhkan tempat perlindungan untuk pelarian dari kawasan tercemar. 14 00:01:06,900 --> 00:01:13,073 Kami bekerjasama dengan seluruh dunia, satu pakatan, untuk keselamatan kamu. 15 00:01:13,073 --> 00:01:15,367 Kita akan menang peperangan ini bersama-sama. 16 00:01:16,034 --> 00:01:19,204 Kita akan mengatasi kesusahan ini bersama-sama. 17 00:01:20,247 --> 00:01:24,459 Apabila tiba hari kita bebas daripada penyerang kita, 18 00:01:25,460 --> 00:01:29,131 ia akan menjadi hari terbaik bagi manusia. 19 00:01:41,435 --> 00:01:43,687 {\an8}OSAKA, JEPUN, BUMI 20 00:02:40,994 --> 00:02:44,081 Lari! 21 00:04:17,757 --> 00:04:20,469 Jangan risau, kita akan cari ibu awak. 22 00:04:55,879 --> 00:04:58,257 PPD, Pertahanan Dunia? 23 00:04:58,257 --> 00:04:59,842 Kamu dari Pakatan? Kerajaan? 24 00:04:59,842 --> 00:05:01,301 Mitsuki Yamato? 25 00:05:01,802 --> 00:05:02,886 Ada orang dalam masalah. 26 00:05:02,886 --> 00:05:05,013 - Kami datang bukan untuk mereka. - Lepaskan saya! 27 00:05:05,013 --> 00:05:06,056 Apa kamu kata? 28 00:05:06,056 --> 00:05:11,228 Lepaskan saya! Apa kamu buat? 29 00:05:11,228 --> 00:05:12,980 Kita perlu bantu semua orang! 30 00:05:12,980 --> 00:05:17,067 Kamu kerajaan! Bantu mereka! Apa kamu buat? 31 00:05:17,067 --> 00:05:18,944 Lepaskan saya! 32 00:05:20,153 --> 00:05:21,697 Lepaskan saya! 33 00:05:23,282 --> 00:05:24,283 {\an8}TEKNOLOGI DHARMAX 34 00:05:30,122 --> 00:05:31,123 Turunkan saya! 35 00:05:31,123 --> 00:05:33,834 Lepaskan saya! 36 00:05:35,377 --> 00:05:36,712 Turunkan saya. 37 00:05:36,712 --> 00:05:37,713 Lepaskan saya. 38 00:05:37,713 --> 00:05:39,798 - Kami ada arahan... - Ramai orang mati! 39 00:05:39,798 --> 00:05:41,717 - Saya faham. - Saya perlu bantu mereka. 40 00:05:41,717 --> 00:05:43,802 Kita kalah dalam peperangan ini. 41 00:05:43,802 --> 00:05:45,262 Turunkan saya. 42 00:05:45,262 --> 00:05:46,889 Turunkan saya, mereka perlu bantuan kita. 43 00:05:46,889 --> 00:05:50,058 Kami akan bawa awak ke tempat untuk awak bantu kami menang. 44 00:05:53,353 --> 00:05:56,315 Tempat awak boleh selamatkan semua orang. 45 00:06:01,778 --> 00:06:03,864 Lepaskan saya. 46 00:06:14,666 --> 00:06:17,169 Kita mahu ke mana? 47 00:07:35,205 --> 00:07:38,834 ...serangan di India merebak ke Pakistan, 48 00:07:38,834 --> 00:07:41,461 {\an8}menimbulkan krisis pelarian dan kumpulan pembantu memanggilnya... 49 00:07:41,461 --> 00:07:42,588 {\an8}BRITISH COLUMBIA, BUMI 50 00:07:42,588 --> 00:07:44,298 {\an8}...krisis serangan paling teruk setakat ini. 51 00:07:44,298 --> 00:07:46,800 {\an8}Pakatan Pertahanan Dunia melaporkan tahap ammonia 52 00:07:46,800 --> 00:07:49,761 meningkat ke tahap membahayakan di atmosfera 53 00:07:49,761 --> 00:07:52,681 dengan beberapa kawasan menghampiri 200 bahagian per juta. 54 00:07:52,681 --> 00:07:54,850 Penyokong kumpulan pinggiran, Gerakan, 55 00:07:54,850 --> 00:07:57,561 terus menimbulkan masalah kepada Pakatan. 56 00:07:57,561 --> 00:08:01,190 Pagi ini, sebuah konvoi bekalan diserang hendap dan catuan dirampas 57 00:08:01,190 --> 00:08:04,526 semasa menuju ke kem mangsa terselamat di daerah... 58 00:08:04,526 --> 00:08:07,404 - Serangan seperti ini bertambah... - Awak ada gula-gula? 59 00:08:07,404 --> 00:08:09,698 - ...kekurangan makanan semakin teruk... - Apa? 60 00:08:09,698 --> 00:08:12,034 Jell-O? Aiskrim? 61 00:08:12,034 --> 00:08:16,455 Kami tiada makanan. Kami tiada ais sejak sebulan lalu. 62 00:08:16,455 --> 00:08:18,332 ...menuju ke kem berhampiran. 63 00:08:33,013 --> 00:08:36,433 Okey, bagaimana dengan anak patung haiwan? 64 00:08:36,433 --> 00:08:39,727 Seperti beruang teddy? Ia tak semestinya beruang. 65 00:08:39,727 --> 00:08:44,149 Ia boleh jadi memerang, anjing laut, rantai kunci arnab... 66 00:08:44,149 --> 00:08:46,485 Hei. Siapa bawa awak ke sini? 67 00:08:46,485 --> 00:08:48,820 Ibu saya. Dia di bilik air. 68 00:08:50,989 --> 00:08:51,990 Bilik air? 69 00:09:03,627 --> 00:09:05,420 Bilik air itu perlukan kunci. 70 00:09:06,505 --> 00:09:07,506 Awak tunggu di situ. 71 00:09:08,173 --> 00:09:11,718 ...Dubai dan Santiago masih belum diserang, 72 00:09:11,718 --> 00:09:14,054 mungkin disebabkan iklim dan rupa bumi di sana. 73 00:09:14,054 --> 00:09:15,430 Luke, kita harus pergi. 74 00:09:20,185 --> 00:09:22,354 - Hei! - Tujuh belas, enam belas... 75 00:09:31,363 --> 00:09:32,906 Dua belas, sebelas, 76 00:09:32,906 --> 00:09:34,658 sepuluh, sembilan... 77 00:09:34,658 --> 00:09:37,411 Hei, awak di luar sana! 78 00:09:38,579 --> 00:09:40,414 Lapan, tujuh... 79 00:09:42,124 --> 00:09:44,376 - Mana Luke? - Dia di belakang saya tadi. 80 00:09:49,089 --> 00:09:51,300 - Buka pintu ini! - Mana abang awak? 81 00:09:59,183 --> 00:10:02,477 Buka pintu ini! 82 00:10:22,247 --> 00:10:25,959 - Luke, apa terjadi pada awak? Awak okey? - Mak, saya dapat alat. Lihat. 83 00:10:25,959 --> 00:10:27,836 Luke, awak tahu peraturannya. 84 00:10:27,836 --> 00:10:31,089 Awak ada 17 saat untuk keluar selepas mereka pergi ke pintu. 85 00:10:31,089 --> 00:10:32,382 Awak ambil masa lebih 30 saat. 86 00:10:32,382 --> 00:10:35,302 Awak boleh mati dalam waktu itu. Kita semua boleh mati. 87 00:10:35,302 --> 00:10:36,553 Kita tak mati, okey? 88 00:10:36,553 --> 00:10:39,097 - Kita perlukan ini. - Luke, awak tahu peraturannya! 89 00:10:39,097 --> 00:10:40,807 Tujuh belas saat! 90 00:10:41,475 --> 00:10:42,476 Ya. 91 00:10:45,145 --> 00:10:46,230 Saya tahu peraturan itu. 92 00:11:26,103 --> 00:11:28,313 Kita hampir tiba. 93 00:11:34,444 --> 00:11:35,988 Itu kapal mereka. 94 00:11:35,988 --> 00:11:38,448 {\an8}HUTAN HUJAN AMAZON, BRAZIL 95 00:11:38,448 --> 00:11:41,368 {\an8}Kapal yang kita tembak jatuh. 96 00:11:45,831 --> 00:11:48,166 Saya tahu. 97 00:11:49,793 --> 00:11:51,795 {\an8}Dia dalam perjalanan, Puan Presiden. 98 00:11:51,795 --> 00:11:53,213 {\an8}Saya harap awak betul kali ini. 99 00:11:53,213 --> 00:11:55,132 {\an8}Hampir empat bulan kita dapat kapal itu. 100 00:11:55,132 --> 00:11:56,884 {\an8}Jika tiada kemajuan dalam masa terdekat, 101 00:11:56,884 --> 00:11:58,760 {\an8}Pakatan akan mengambil alih operasi. 102 00:11:58,760 --> 00:12:02,472 {\an8}Saya mungkin perlu ingatkan awak yang operasi itu menggunakan dana saya. 103 00:12:02,472 --> 00:12:06,685 Jadi ia milik saya, bukan Bangsa-Bangsa Bersatu tiruan. 104 00:12:06,685 --> 00:12:09,188 {\an8}Ini bukan salah satu mainan mahal awak, Nikhil. 105 00:12:09,188 --> 00:12:12,065 {\an8}Saya cuma beritahu kata-kata ketua negara kepada saya. 106 00:12:12,065 --> 00:12:13,192 {\an8}Kami mahu jawapan. 107 00:12:13,192 --> 00:12:16,320 Hampir 80 peratus daripada peta itu berwarna hijau minggu lepas. 108 00:12:16,320 --> 00:12:17,946 Sekarang hampir 75 peratus. 109 00:12:17,946 --> 00:12:19,781 Ada kawasan tak boleh didiami di seluruh negara. 110 00:12:19,781 --> 00:12:22,075 Pada kadar ini, mereka akan ubah atmosfera kita dalam... 111 00:12:22,075 --> 00:12:23,827 Ya, saya faham, Puan Presiden. 112 00:12:23,827 --> 00:12:27,873 Awak boleh beritahu ketua lain yang jawapan akan diketahui. 113 00:12:27,873 --> 00:12:29,208 Selamat tinggal. 114 00:13:00,280 --> 00:13:01,281 Di sini. 115 00:13:10,791 --> 00:13:12,918 Selamat datang. 116 00:13:12,918 --> 00:13:15,754 Saya sangat teruja kerana akhirnya awak ada di sini. 117 00:13:15,754 --> 00:13:16,964 Awak boleh berbahasa Inggeris? 118 00:13:17,464 --> 00:13:20,175 Lebih sebulan kami cuba mencari awak. 119 00:13:20,175 --> 00:13:22,845 Kami fikir kami dapat cari awak di Kanazawa, tapi, 120 00:13:22,845 --> 00:13:24,513 awak tiada di sana semasa kami tiba. 121 00:13:24,513 --> 00:13:27,182 Semua orang dah hilang kecuali mereka. 122 00:13:27,182 --> 00:13:30,185 Baik. Awak mahu minum atau makan? 123 00:13:30,185 --> 00:13:33,564 Cef saya hebat dan boleh masak masakan Asia atau apa-apa saja. 124 00:13:34,106 --> 00:13:35,440 Kenapa saya dibawa ke sini? 125 00:13:35,440 --> 00:13:37,568 Terus ke perkara utama. 126 00:13:37,568 --> 00:13:39,027 Saya sukakannya. Okey. 127 00:13:40,028 --> 00:13:42,281 Kita tak perlu beramah mesra. 128 00:13:43,615 --> 00:13:44,783 Nama saya Nikhil Kapur. 129 00:13:44,783 --> 00:13:45,868 Saya kenal awak. 130 00:13:47,703 --> 00:13:48,912 Semua orang kenal awak. 131 00:13:50,247 --> 00:13:51,623 Betul. 132 00:13:51,623 --> 00:13:54,418 Kadangkala saya terlupa keadaan sebelum semua ini. 133 00:13:55,419 --> 00:13:56,587 Sebenarnya, saya tak pernah lupa. 134 00:13:56,587 --> 00:13:58,088 Saya cuma merendah diri. 135 00:13:59,131 --> 00:14:01,508 Tapi kita tiada masa untuk berpura-pura merendah diri, bukan? 136 00:14:02,009 --> 00:14:05,387 Awak ada di sini disebabkan itu. 137 00:14:05,929 --> 00:14:08,432 Itu ada di sini disebabkan awak. 138 00:14:09,183 --> 00:14:11,560 Kod awak yang dapat hubungi kapal itu. 139 00:14:12,978 --> 00:14:15,772 Satu-satunya komunikasi dengan pihak musuh. 140 00:14:17,149 --> 00:14:19,067 Koordinat awak berjaya... 141 00:14:20,194 --> 00:14:22,029 menjatuhkan kapal itu. 142 00:14:24,781 --> 00:14:26,700 Awak beri satu-satunya kemenangan dalam peperangan ini. 143 00:14:29,995 --> 00:14:30,996 Ia bukan kemenangan. 144 00:14:32,581 --> 00:14:34,082 Ia jadikan keadaan lebih teruk. 145 00:14:37,461 --> 00:14:40,589 Awak bawa saya dari jauh untuk lihat kapal yang dah rosak? 146 00:14:44,301 --> 00:14:45,469 Awak fikir begitu? 147 00:14:48,055 --> 00:14:49,056 Ia dah rosak? 148 00:14:51,183 --> 00:14:52,643 Awak berhubung dengannya sebelum ini. 149 00:14:53,769 --> 00:14:55,604 Kami mahu awak lakukannya sekali lagi. 150 00:14:57,314 --> 00:14:58,315 Kami dah cuba. 151 00:14:58,315 --> 00:15:02,236 Ada beberapa pakar sedang cuba. 152 00:15:02,236 --> 00:15:05,864 Tapi hanya ada seorang saja yang berjaya berhubung dengannya. 153 00:15:07,741 --> 00:15:08,742 Awak. 154 00:15:11,119 --> 00:15:15,624 Berhubung. Berkomunikasi. 155 00:15:15,624 --> 00:15:18,710 Itu saja peluang untuk kita tahu kemahuan mereka. 156 00:15:19,378 --> 00:15:20,379 Sebab mereka ada di sini. 157 00:15:21,046 --> 00:15:22,464 Serta cara menghalang mereka? 158 00:15:26,301 --> 00:15:30,055 Saya bekerja dengan askar sebelum ini dan mereka menipu saya. 159 00:15:31,098 --> 00:15:32,099 Mereka gunakan saya. 160 00:15:34,560 --> 00:15:35,686 Kenapa saya patut percayakan awak? 161 00:15:36,186 --> 00:15:39,398 Sebab saya bukan askar dan saya juga tak percayakan mereka. 162 00:15:40,691 --> 00:15:43,735 Saya bekerja di luar sistem sepanjang hidup saya 163 00:15:43,735 --> 00:15:46,947 dan satu-satunya peraturan yang saya ikut ialah... 164 00:15:49,074 --> 00:15:50,868 "Pastikan kita melanggar peraturan." 165 00:15:58,208 --> 00:16:00,878 Apa maksud awak yang ia belum rosak? 166 00:16:03,255 --> 00:16:04,631 Masuk dan lihat sendiri. 167 00:16:05,549 --> 00:16:07,843 Kami perlu lakukan beberapa ujian pada awak dahulu. 168 00:16:07,843 --> 00:16:09,636 - Ujian apa? - Ujian standard. 169 00:16:09,636 --> 00:16:13,265 Untuk rekod psikologi, fisiologi awak, jika sesuatu berlaku. 170 00:16:13,265 --> 00:16:16,101 Ia cuma formaliti untuk keselamatan awak. 171 00:16:18,979 --> 00:16:19,980 Apa yang ada di sana? 172 00:16:22,357 --> 00:16:25,611 Jika awak dapat jawab soalan itu, Mitsuki Yamato, 173 00:16:26,570 --> 00:16:29,615 kita mungkin ada peluang untuk menang peperangan ini. 174 00:16:44,546 --> 00:16:47,508 Apa kamu berdua buat? Mak suruh kamu berkemas. Cepat! 175 00:16:47,508 --> 00:16:50,844 Saya suka tempat ini. Kita ada air daripada paip. 176 00:16:50,844 --> 00:16:53,639 Ada tilam walaupun ia agak busuk. 177 00:16:53,639 --> 00:16:55,599 Dua undi kepada satu. Kita tunggu. 178 00:16:55,599 --> 00:16:57,684 Mak ibu kamu. Ia bukan demokrasi. 179 00:16:57,684 --> 00:17:01,563 Belum 48 jam lagi. Mak tak ikut peraturan mak sendiri. 180 00:17:01,563 --> 00:17:04,566 Kita tak boleh tunggu sebab awak langgar peraturan. Ia terlalu bahaya. 181 00:17:05,067 --> 00:17:07,319 Bagaimana kalau lelaki tadi hubungi pihak berkuasa? 182 00:17:07,319 --> 00:17:09,988 Bagaimana kalau ada orang mencari kita? Kita perlu bergerak. 183 00:17:09,988 --> 00:17:11,656 Saya dah bosan melarikan diri. 184 00:17:11,656 --> 00:17:14,034 Jika kita teruskan, kita akan sampai ke laut. 185 00:17:14,034 --> 00:17:16,662 Kita takkan ke barat lagi. Kita ke utara sekarang, 186 00:17:16,662 --> 00:17:19,830 ke benua paling atas, sehingga ke hujung jalan. 187 00:17:19,830 --> 00:17:22,084 Tiada orang tinggal di sana, walaupun sebelum serangan. 188 00:17:22,084 --> 00:17:24,252 Betul. Itu tujuannya. Kita akan selamat. 189 00:17:24,252 --> 00:17:26,797 Daripada makhluk asing atau manusia? 190 00:17:33,220 --> 00:17:35,556 Bukan makhluk asing yang bunuh bapa awak. 191 00:17:36,348 --> 00:17:39,685 Tolong kemas barang awak. Ayuh. 192 00:17:56,702 --> 00:17:57,703 Tak guna. 193 00:17:58,829 --> 00:18:00,038 Mak cari ini? 194 00:18:03,375 --> 00:18:06,044 Awak tahu kita tak boleh dedahkan itu. 195 00:18:07,212 --> 00:18:09,131 Luke, beri kepada mak. 196 00:18:09,131 --> 00:18:12,259 Saya yang menemuinya. Kita akan selamat di sini dengannya. 197 00:18:12,259 --> 00:18:14,386 Mak yang pastikan kita selamat, Luke. 198 00:18:14,386 --> 00:18:18,015 Luke, beri kepada mak. Luke, awak perlu percayakan mak. 199 00:18:18,015 --> 00:18:20,058 - Awak perlu percayakan... - Naluri mak? 200 00:18:20,058 --> 00:18:23,020 Naluri itu yang selamatkan kita selama ini. 201 00:18:23,020 --> 00:18:25,564 Seluruh dunia di luar sana dah musnah. 202 00:18:25,564 --> 00:18:27,858 Awak, adik awak, keluarga ini yang penting bagi mak. 203 00:18:27,858 --> 00:18:30,402 Mak akan buat apa-apa saja untuk selamatkannya. 204 00:18:30,402 --> 00:18:32,863 Saya juga ada naluri. Ia tak penting? 205 00:18:32,863 --> 00:18:34,198 Ya, ia penting. 206 00:18:34,198 --> 00:18:37,409 Apabila naluri awak tahu cara memandu, cara menjahit luka dalam gelap, 207 00:18:37,409 --> 00:18:40,871 cara masak hidangan daripada bahan catuan, cara menjaga adik awak. 208 00:18:42,664 --> 00:18:46,919 Mak bukan saja melindungi awak. Mak menyediakan awak jika... 209 00:18:46,919 --> 00:18:48,003 Jika apa? 210 00:18:49,004 --> 00:18:54,468 Luke, serahkannya. Saya mahu pergi. Okey? Itu dua undi kepada satu. 211 00:18:57,804 --> 00:18:59,556 Saya mahu tinggal di sini sendiri. 212 00:18:59,556 --> 00:19:01,850 Itu bukan pilihan. 213 00:19:02,392 --> 00:19:04,520 Kita akan pergi mengikut satu sama lain. 214 00:19:04,520 --> 00:19:07,022 Kita pergi bersama-sama. Itu peraturan pertama kita. 215 00:19:22,538 --> 00:19:23,622 Terima kasih. 216 00:19:27,709 --> 00:19:30,045 Mari. 217 00:19:38,053 --> 00:19:39,346 Apa yang awak sukat? 218 00:19:40,138 --> 00:19:42,975 Bacaan EEG ialah jumlah potensi ujaan 219 00:19:42,975 --> 00:19:46,478 dan penyekatan yang sentiasa berubah. 220 00:19:47,062 --> 00:19:48,063 Awak doktor? 221 00:19:48,605 --> 00:19:50,148 Saintis kognitif. 222 00:19:50,148 --> 00:19:52,442 {\an8}Saya akan jawab semua soalan awak selepas ujian. 223 00:19:54,611 --> 00:19:56,029 Endō Shūsaku. 224 00:19:57,364 --> 00:19:58,615 Enchi Fumiko. 225 00:20:00,868 --> 00:20:04,121 Callas. Clinton. 226 00:20:04,121 --> 00:20:06,498 Berapa umur awak semasa tamat belajar di universiti? 227 00:20:06,498 --> 00:20:08,000 Dua puluh dua. 228 00:20:09,251 --> 00:20:10,252 Kremlin. 229 00:20:12,171 --> 00:20:13,172 Mandela. 230 00:20:17,009 --> 00:20:18,510 Saya tak tahu itu. 231 00:20:18,510 --> 00:20:20,596 Kali pertama awak jatuh cinta? 232 00:20:24,892 --> 00:20:26,310 Kali pertama awak jatuh cinta? 233 00:20:28,145 --> 00:20:29,146 Tiga tahun lalu. 234 00:20:29,938 --> 00:20:31,690 Nama kekasih pertama awak? 235 00:20:34,735 --> 00:20:36,862 - Awak perlu beritahu nama dia. - Kenapa? 236 00:20:37,613 --> 00:20:39,323 Kita mencipta ingatan asas. 237 00:20:39,323 --> 00:20:40,407 Untuk apa? 238 00:20:40,991 --> 00:20:42,159 Saya akan jelaskan nanti. 239 00:20:43,660 --> 00:20:44,661 Siapa nama dia? 240 00:20:48,290 --> 00:20:49,291 Hinata. 241 00:20:50,417 --> 00:20:51,710 Hinata ada di Jepun? 242 00:20:52,211 --> 00:20:53,212 Tidak. 243 00:20:57,382 --> 00:20:58,592 Bayangkan itu anak awak. 244 00:20:58,592 --> 00:21:00,302 Situasi antara hidup atau mati. 245 00:21:00,802 --> 00:21:04,932 Siapa awak akan pilih jika awak perlu selamatkan dia atau Hinata? 246 00:21:05,891 --> 00:21:07,935 Kekasih awak atau bayi? 247 00:21:09,811 --> 00:21:10,812 Kekasih. 248 00:21:14,316 --> 00:21:16,902 Ini bunyi rakaman semasa bangunan runtuh. 249 00:21:16,902 --> 00:21:20,322 Siapa awak akan pilih jika awak perlu selamatkan kekasih atau ibu bapa awak? 250 00:21:21,532 --> 00:21:22,533 Kekasih. 251 00:21:24,326 --> 00:21:27,204 - Ramai orang tak bersalah... - Kekasih. Boleh kita teruskan? 252 00:21:33,210 --> 00:21:36,380 - Siapa bersama awak dalam gambar itu? - Teman sebilik kolej saya yang pertama. 253 00:21:36,880 --> 00:21:38,048 Ichiko. 254 00:21:53,939 --> 00:21:56,108 Hinata itu? 255 00:21:58,193 --> 00:21:59,444 Angkasawan itu? 256 00:22:00,028 --> 00:22:02,990 Dia sebab awak cuba hubungi kapal angkasa lepas itu? 257 00:22:06,368 --> 00:22:07,870 - Dia sebab awak... - Ya. 258 00:22:08,537 --> 00:22:10,831 Awak percaya Hinata masih hidup di atas kapal itu? 259 00:22:10,831 --> 00:22:11,999 Apa tujuan semua ini? 260 00:22:11,999 --> 00:22:14,918 Awak rasa bersalah kerana membunuh Hinata 261 00:22:14,918 --> 00:22:16,920 semasa kapal itu ditembak jatuh? 262 00:22:20,757 --> 00:22:24,178 - Awak rasa bersalah... - Saya dengar soalan itu. Apa tujuannya? 263 00:22:24,178 --> 00:22:26,930 - Awak rasa bersalah... - Ini tiada kaitan dengan... 264 00:22:26,930 --> 00:22:28,390 Awak perlu jawab soalan itu. 265 00:22:28,390 --> 00:22:32,019 Awak rasa bersalah atas kematian Hinata Murai? 266 00:22:33,520 --> 00:22:34,605 Awak tak guna. 267 00:22:35,480 --> 00:22:36,523 Itu jawapan awak? 268 00:23:28,784 --> 00:23:30,035 "Badam." 269 00:23:36,667 --> 00:23:39,044 Itu perkataan apabila awak dalam bahaya. 270 00:23:44,508 --> 00:23:46,552 Saya tak mahu belajar bahasa Parsi lagi. 271 00:23:47,177 --> 00:23:48,345 Kita tak perlu belajar sebelum ini. 272 00:23:48,345 --> 00:23:50,138 - Kita perlu belajar sekarang. - Kenapa? 273 00:23:50,764 --> 00:23:52,391 Ia mungkin selamatkan nyawa kita satu hari nanti. 274 00:23:56,436 --> 00:23:57,437 Saya tak fasih. 275 00:24:00,315 --> 00:24:01,525 Sebab itu awak berlatih. 276 00:24:06,154 --> 00:24:07,239 Betul. 277 00:24:12,119 --> 00:24:13,120 Okey. 278 00:24:13,120 --> 00:24:16,290 Mak akan masuk dan tanya mereka di mana stesen minyak seterusnya. 279 00:24:16,290 --> 00:24:17,708 Kamu tunggu di sini, okey? 280 00:24:17,708 --> 00:24:19,126 Saya lapar, mak. 281 00:24:19,126 --> 00:24:20,669 Mak akan tanya jika mereka ada makanan. 282 00:24:22,087 --> 00:24:23,797 Kita boleh minta sedikit pada mereka. 283 00:24:33,182 --> 00:24:35,809 Kita jauhkan diri daripada askar. 284 00:24:36,602 --> 00:24:38,061 - Awak tahu... - Peraturan itu. 285 00:24:39,104 --> 00:24:40,105 Ya. 286 00:24:44,109 --> 00:24:45,110 Apa yang kita ada? 287 00:24:46,528 --> 00:24:47,529 Satu sama lain. 288 00:24:48,780 --> 00:24:49,781 Apa yang kita perlukan? 289 00:24:49,781 --> 00:24:51,533 - Tiada apa-apa. - Tiada apa-apa. 290 00:24:51,533 --> 00:24:52,618 Betul. 291 00:24:53,452 --> 00:24:54,453 Okey. 292 00:24:57,331 --> 00:24:58,749 Mak akan kembali. 293 00:25:31,865 --> 00:25:32,866 Petrol. 294 00:25:35,077 --> 00:25:36,078 Itu minyak. 295 00:25:40,832 --> 00:25:43,752 Mari main satu permainan. Saya melihat. 296 00:25:44,920 --> 00:25:48,715 Saya melihat dengan mata saya sesuatu yang bermula dengan G? 297 00:25:49,716 --> 00:25:51,802 Luke, tolonglah, jangan pergi. 298 00:25:51,802 --> 00:25:52,886 Saya akan kembali. 299 00:25:54,012 --> 00:25:56,306 - Mak kata tunggu... - Saya tahu, Sarah. 300 00:25:57,641 --> 00:25:59,268 Saya janji saya akan kembali. 301 00:26:24,334 --> 00:26:26,670 - Hei. Siapa mahu lagi? - Saya mahu satu. 302 00:27:09,880 --> 00:27:11,924 Sekarang. Pergi sekarang. 303 00:27:46,208 --> 00:27:48,126 Hei, budak! Apa awak buat dengan minyak itu? 304 00:28:00,264 --> 00:28:01,265 Mak. 305 00:28:03,559 --> 00:28:04,560 Mak. 306 00:28:12,526 --> 00:28:13,944 - Hei, helo. - Mak, jangan pergi! 307 00:28:13,944 --> 00:28:15,946 Maaf. Saya ibu dia. 308 00:28:15,946 --> 00:28:18,198 Kami dah kehabisan minyak. 309 00:28:18,198 --> 00:28:20,450 Saya ke kedai untuk tanya lokasi stesen minyak seterusnya. 310 00:28:20,450 --> 00:28:26,290 Jelas sekali perbuatan dia terdesak dan mengarut, tapi dia cuma seorang budak 311 00:28:26,290 --> 00:28:27,791 dan tempat tinggal kami jauh. 312 00:28:28,458 --> 00:28:30,043 Sam, letak bekas itu. 313 00:28:31,545 --> 00:28:34,882 Pulangkan kepada orang baik yang memastikan kita selamat ini 314 00:28:34,882 --> 00:28:36,216 dan minta maaf. 315 00:28:36,216 --> 00:28:37,301 Saya minta maaf. 316 00:28:37,301 --> 00:28:38,802 Dia dah minta maaf. 317 00:28:39,553 --> 00:28:44,099 Budak membuat kesilapan, tapi saya jamin dia takkan buat kesilapan ini lagi. 318 00:28:44,099 --> 00:28:46,560 Awak bukan ahli Gerakan, bukan? 319 00:28:47,060 --> 00:28:48,145 Apa? 320 00:28:48,645 --> 00:28:52,274 Saya tak faham maksud awak. Kami sebuah keluarga. Dia cuma budak. 321 00:28:52,774 --> 00:28:54,776 Jadi kami boleh periksa kereta awak. 322 00:28:54,776 --> 00:28:56,862 Awak kata tugas kami memastikan orang selamat. 323 00:28:58,447 --> 00:29:00,032 Kamu akan menakutkan anak-anak saya. 324 00:29:00,032 --> 00:29:02,993 Anak awak patut fikirkan itu sebelum cuba mencuri harta kerajaan, 325 00:29:02,993 --> 00:29:04,077 puan. 326 00:29:05,579 --> 00:29:06,914 - Angkat tangan. - Apa? 327 00:29:06,914 --> 00:29:09,666 Saya suruh awak angkat tangan untuk periksa jika ada senjata. 328 00:29:09,666 --> 00:29:11,919 - Saya seorang ibu. - Kami pernah lihat lebih teruk. 329 00:29:11,919 --> 00:29:15,380 - Tak. - Pistol! Ada pistol. 330 00:29:20,093 --> 00:29:21,887 - Geledah kereta mereka. - Ya, tuan. 331 00:29:22,471 --> 00:29:25,015 Pistol itu untuk melindungi keluarga saya. 332 00:29:25,015 --> 00:29:26,266 Tolonglah, lepaskan kami. 333 00:29:26,266 --> 00:29:28,060 - Sam, minta maaf. - Maaf. 334 00:29:28,060 --> 00:29:29,811 - Dia dah minta maaf. - Jangan... 335 00:29:31,021 --> 00:29:32,147 - Mak! - Hei! 336 00:29:32,147 --> 00:29:34,316 - Mak! - Jangan sentuh dia! 337 00:29:34,316 --> 00:29:37,152 Ambil pistol itu. Simpannya, okey? 338 00:29:37,152 --> 00:29:38,612 Saya merayu pada awak, lepaskan kami. 339 00:29:38,612 --> 00:29:40,697 Kami keluarga yang cuba teruskan hidup! 340 00:29:41,198 --> 00:29:43,742 Saya minta maaf. Ini salah saya. Tolonglah, saya minta maaf. 341 00:29:43,742 --> 00:29:45,953 - Kapten! - Tolong jangan cederakan kami. 342 00:29:45,953 --> 00:29:47,663 Lepaskan kami. Okey? 343 00:29:47,663 --> 00:29:48,789 Tolonglah hentikannya. 344 00:29:49,456 --> 00:29:50,457 Tolonglah. 345 00:29:55,462 --> 00:29:57,339 - Apa ini? - Saya tak tahu. 346 00:30:01,093 --> 00:30:02,261 Siapa nama awak? 347 00:30:04,680 --> 00:30:06,056 Ana Lewis. 348 00:30:09,101 --> 00:30:10,853 Ambil meter medan elektromagnet. 349 00:30:11,395 --> 00:30:12,396 Ya, tuan. 350 00:30:14,439 --> 00:30:16,692 Kami mencari banyak benda kebelakangan ini. 351 00:30:16,692 --> 00:30:19,945 Salah satunya ialah keluarga yang memiliki sesuatu kerajaan anggap senjata 352 00:30:19,945 --> 00:30:21,238 menentang makhluk asing. 353 00:30:21,238 --> 00:30:23,365 Saya tak faham maksud awak. 354 00:30:23,866 --> 00:30:25,492 Ini cuma sekeping logam. 355 00:30:33,584 --> 00:30:34,793 Kapten. 356 00:30:37,921 --> 00:30:40,340 DIKEHENDAKI UNTUK SOAL SIASAT 357 00:30:40,340 --> 00:30:41,633 Aneesha. 358 00:30:44,553 --> 00:30:45,554 Aneesha Malik. 359 00:30:50,601 --> 00:30:53,145 Bawa mereka dan semua barang mereka ke dalam trak. 360 00:30:54,396 --> 00:30:55,939 Baiklah. Berlembut dengan dia. 361 00:31:06,116 --> 00:31:07,326 Mari. 362 00:31:17,169 --> 00:31:18,462 Ambil posisi! 363 00:31:18,462 --> 00:31:19,630 Helo. 364 00:31:19,630 --> 00:31:21,423 Cepat! 365 00:31:21,423 --> 00:31:23,634 Ayuh. Cepat. 366 00:31:23,634 --> 00:31:25,302 Kamu tak perlu takut. 367 00:31:25,302 --> 00:31:27,054 Ayuh. Pergi! 368 00:31:27,054 --> 00:31:28,430 Tak perlu takut pada saya. 369 00:31:28,931 --> 00:31:30,140 Ayuh! 370 00:31:35,437 --> 00:31:37,564 Dia gagal ujian itu. 371 00:31:37,564 --> 00:31:38,649 Dengan teruk. 372 00:31:39,441 --> 00:31:41,276 Emosi dia mudah terjejas, 373 00:31:41,276 --> 00:31:44,112 memberi respons kepada tekanan dengan sangat cepat 374 00:31:44,613 --> 00:31:47,032 dan masa gerak balas dia paling cepat saya pernah lihat. 375 00:31:47,032 --> 00:31:48,867 Serta paling semberono. 376 00:31:48,867 --> 00:31:52,329 Kita perlukan sedikit kesemberonoan sekarang ini. 377 00:31:53,956 --> 00:31:56,583 Kemajuan perlukan pemikiran yang radikal. 378 00:31:57,918 --> 00:31:59,211 Sama ada itu benar atau tidak, 379 00:31:59,211 --> 00:32:02,673 awak tahu apa terjadi pada saintis dengan status normal yang masuk ke sana. 380 00:32:02,673 --> 00:32:04,383 Ya, mereka tak dapat sebarang jawapan. 381 00:32:04,925 --> 00:32:06,760 Saya maksudkan apa terjadi pada mereka. 382 00:32:06,760 --> 00:32:08,387 Saya faham maksud awak. 383 00:32:09,555 --> 00:32:12,516 Dia mungkin peluang terbaik saya untuk selamatkan manusia. 384 00:32:13,350 --> 00:32:14,434 Peluang terbaik awak? 385 00:32:15,227 --> 00:32:16,353 Bagus. 386 00:32:16,353 --> 00:32:19,356 Saya tak mengupah awak untuk mengsikoanalisis saya. 387 00:32:19,356 --> 00:32:20,732 Lakukannya di sana. 388 00:32:22,067 --> 00:32:25,404 Dia sebab kapal itu berada di Amazon 389 00:32:26,029 --> 00:32:27,322 dan bukan di angkasa lepas. 390 00:32:27,322 --> 00:32:30,075 Dia tak anggap itu kemenangan seperti awak. 391 00:32:30,868 --> 00:32:34,413 Nikhil, wanita ini bukan mahu menyelamatkan nyawa orang ramai. 392 00:32:35,205 --> 00:32:37,541 Dia di sana untuk menebus kesalahan kerana membunuh seseorang. 393 00:32:39,209 --> 00:32:42,171 Dia menggunakan kemarahan dan rasa bersalah, 394 00:32:42,171 --> 00:32:44,548 iaitu dua pendorong yang paling sukar dijangka. 395 00:32:44,548 --> 00:32:48,302 Tiada cara untuk menjangka kelakuan atau reaksi dia jika dia berada di kapal. 396 00:32:49,720 --> 00:32:52,681 Awak tak peduli tentang dia? Fikirkan tentang misi. 397 00:32:53,932 --> 00:32:55,058 Misi awak. 398 00:32:57,311 --> 00:32:59,104 Okey, mari beritahu dia. 399 00:33:25,631 --> 00:33:29,426 Dr. Castillo kata awak gagal ujian itu. 400 00:33:29,426 --> 00:33:31,678 Ujian yang awak dah selesaikan. 401 00:33:31,678 --> 00:33:35,349 Dia kata psikologi awak tak cukup stabil untuk memasuki kapal itu. 402 00:33:35,349 --> 00:33:38,310 Sebab itu Dr. Castillo akan menemani awak di sana. 403 00:33:38,310 --> 00:33:39,770 - Apa? - Tidak. 404 00:33:39,770 --> 00:33:42,606 Ya. Saya tahu perkenalan kamu tak bermula dengan baik. 405 00:33:42,606 --> 00:33:44,107 Kamu bertengkar, bukan? 406 00:33:44,107 --> 00:33:48,111 Kamu mungkin tak suka ini, 407 00:33:48,111 --> 00:33:51,198 tapi saya tak peduli tentang perasaan orang lain. 408 00:33:51,698 --> 00:33:53,534 Perasaan mengganggu. 409 00:33:54,159 --> 00:33:56,954 Ia salah satu kelemahan besar spesies kita 410 00:33:57,454 --> 00:33:59,873 dan mungkin sebab kita kalah dalam peperangan ini. 411 00:33:59,873 --> 00:34:03,752 Disebabkan itu, saya mengarah kamu berdua 412 00:34:03,752 --> 00:34:07,798 untuk lupakan perasaan kamu. 413 00:34:08,422 --> 00:34:13,512 Masuk ke dalam kapal itu dan lihat jika awak boleh dapatkan jawapan. 414 00:34:15,138 --> 00:34:17,056 Awak dapat berhubung dengan fikiran mereka sebelum ini. 415 00:34:18,100 --> 00:34:19,851 Saya yakin awak boleh lakukannya lagi. 416 00:34:19,851 --> 00:34:25,107 Untuk pastikan ia berjaya, Maya akan mengawasi fikiran awak di sana. 417 00:34:25,607 --> 00:34:26,692 Saya tak perlukan pengawas. 418 00:34:26,692 --> 00:34:27,775 Ya, awak perlukannya. 419 00:34:28,485 --> 00:34:31,822 Tugas Maya ialah mengesan kesedaran dalam kapal itu. 420 00:34:31,822 --> 00:34:35,826 Dia boleh mengesan kesedaran awak dan pastikan awak kekal stabil. 421 00:34:35,826 --> 00:34:37,536 Stabil seperti status normal awak 422 00:34:37,536 --> 00:34:40,205 dan kita tahu ia tak begitu stabil. 423 00:34:40,205 --> 00:34:41,665 Bagus. Semua dah bersetuju. 424 00:34:41,665 --> 00:34:44,668 Kita patut tunggu saja sementara dunia musnah 425 00:34:45,168 --> 00:34:48,213 atau kami patut siapkan awak untuk menyelamatkannya? 426 00:35:00,058 --> 00:35:01,435 Hati-hati. 427 00:35:11,987 --> 00:35:13,906 Sut itu diprogram untuk badan awak. 428 00:35:14,907 --> 00:35:16,825 Saya akan sentiasa mengawasi fungsi penting badan awak. 429 00:35:18,535 --> 00:35:21,455 Jika ada sebarang kerosakan, batalkan misi. 430 00:35:54,780 --> 00:35:57,574 Berita tersebar dengan pantas. Mereka tahu awak akan masuk. 431 00:36:00,494 --> 00:36:01,537 Maya. 432 00:36:02,329 --> 00:36:03,830 Awak okey? 433 00:36:03,830 --> 00:36:05,666 Kami dah hantar sampel ke makmal awak, okey? 434 00:36:05,666 --> 00:36:06,750 Terima kasih. 435 00:36:06,750 --> 00:36:09,211 Mitsuki Yamato, ini Tomas, ketua ahli kimia kami 436 00:36:09,211 --> 00:36:11,046 dan pakar pengumpul sampel. 437 00:36:11,046 --> 00:36:13,006 Selamat datang ke kapal ini. 438 00:36:16,385 --> 00:36:18,762 Dinding ini ada laluan saraf mikroskopik. 439 00:36:19,263 --> 00:36:21,431 Kapal ini seperti anggota yang berfungsi. 440 00:36:22,641 --> 00:36:24,726 Sebab itu kami boleh kaji cara ia menghantar data. 441 00:36:24,726 --> 00:36:26,311 Dia mahu masuk? 442 00:36:26,311 --> 00:36:28,438 Nikhil beri kebenaran. 443 00:36:30,357 --> 00:36:33,694 Ini dunia dia dan kita cuma hidup atau mati di dalamnya. 444 00:36:34,444 --> 00:36:35,696 Di sini. 445 00:36:58,343 --> 00:36:59,511 Apa ini? 446 00:37:02,306 --> 00:37:03,557 Kapal pengangkut. 447 00:37:04,183 --> 00:37:06,727 Kumpulan pertama makhluk asing datang ke Bumi dengan itu. 448 00:37:07,811 --> 00:37:08,812 Halimunan. 449 00:37:09,730 --> 00:37:11,523 Sebab itu kita tak nampak mereka datang. 450 00:37:12,733 --> 00:37:14,484 Kita masih tak nampak mereka datang. 451 00:37:17,863 --> 00:37:19,615 Kami harap awak boleh selesaikan itu. 452 00:37:37,007 --> 00:37:38,634 Nama saya Clark. 453 00:37:43,889 --> 00:37:45,057 Nama awak? 454 00:37:45,557 --> 00:37:47,851 Kami tak bercakap dengan orang asing. 455 00:37:48,435 --> 00:37:50,604 Saya bukan orang asing. Saya baru beritahu nama saya. 456 00:37:57,528 --> 00:37:58,862 Mereka bawa kita ke mana? 457 00:38:02,199 --> 00:38:04,117 Tak jauh. 458 00:38:07,663 --> 00:38:09,748 Awak sangat tenang walaupun digari. 459 00:38:10,707 --> 00:38:13,085 Fikiran kita yang paling sukar dibebaskan. 460 00:38:17,130 --> 00:38:19,007 Maaf. Saya... 461 00:38:19,925 --> 00:38:21,844 Guru bahasa Inggeris sebelum ini. 462 00:38:22,719 --> 00:38:23,720 Mak? 463 00:38:25,389 --> 00:38:26,682 Siapa awak sekarang? 464 00:38:26,682 --> 00:38:27,766 Sama seperti kamu. 465 00:38:28,308 --> 00:38:29,351 Orang yang cuba teruskan hidup. 466 00:38:30,519 --> 00:38:33,146 Awak perlu percayakan saya jika awak mahu kekal begitu. 467 00:38:36,733 --> 00:38:37,860 Kenapa? 468 00:38:37,860 --> 00:38:40,737 Awak perlu lupakan perkataan itu jika awak percaya. 469 00:38:42,906 --> 00:38:45,200 Mungkin awak boleh anggap jawapannya ialah... 470 00:38:47,369 --> 00:38:48,954 saya bukan banduan yang sebenar. 471 00:38:54,126 --> 00:38:55,836 Bukan semuanya seperti yang awak lihat. 472 00:39:16,231 --> 00:39:17,774 Ayuh. Nampaknya dia cedera. 473 00:39:17,774 --> 00:39:20,485 - Hei, budak, awak okey? - Wah, apa terjadi pada awak? 474 00:39:20,485 --> 00:39:22,237 Awak akan okey. 475 00:39:24,281 --> 00:39:25,282 Tak mengapa. 476 00:39:29,494 --> 00:39:30,913 - Hei! - Baik. Okey. 477 00:39:30,913 --> 00:39:33,415 - Tunduk! - Hei! 478 00:39:34,917 --> 00:39:37,419 - Keluar dari trak! - Tunduk! 479 00:39:38,837 --> 00:39:40,005 Apa yang terjadi? 480 00:39:40,005 --> 00:39:41,924 Bertenang dan ikut saya. 481 00:39:45,844 --> 00:39:50,349 - Jangan bergerak! - Pandang ke bawah! 482 00:39:51,767 --> 00:39:53,894 Hei, ambil tali pengikat. 483 00:39:56,230 --> 00:39:58,357 Cepat! Sekarang! 484 00:40:01,235 --> 00:40:02,778 Saya pegang awak. Awak akan okey. 485 00:40:07,741 --> 00:40:09,201 Tutup telinga kamu. 486 00:40:15,207 --> 00:40:17,626 Hati-hati! Letupan! 487 00:40:25,551 --> 00:40:27,261 Mari ikut kami. Ayuh. 488 00:40:29,513 --> 00:40:30,597 Percayalah saya. 489 00:40:43,151 --> 00:40:44,152 Mereka hantar isyarat kecemasan! 490 00:40:47,281 --> 00:40:48,574 Kita harus pergi! 491 00:40:50,450 --> 00:40:51,451 Ini peluang terakhir kamu. 492 00:40:52,578 --> 00:40:53,787 Mak. 493 00:40:56,164 --> 00:40:58,125 Kami perlu ambil barang kami yang dirampas. 494 00:40:58,125 --> 00:41:00,002 Ambil barang mereka. Semuanya. 495 00:41:00,002 --> 00:41:01,420 Ayuh. 496 00:41:06,633 --> 00:41:09,928 Ambil bekalan! Masuk ke dalam trak. 497 00:41:09,928 --> 00:41:11,805 - Turun. - Cepat! 498 00:41:11,805 --> 00:41:14,266 Okey, ayuh. Pergi! 499 00:41:21,481 --> 00:41:22,774 Ambil posisi! 500 00:41:26,111 --> 00:41:28,030 Kita berperang dengan musuh yang sama. 501 00:41:28,697 --> 00:41:31,909 Kamu mula berkelakuan seperti itu, mungkin kami boleh menang. 502 00:41:32,701 --> 00:41:33,994 Ambil beg! 503 00:41:33,994 --> 00:41:36,079 Tinggalkan kot supaya mereka tak kesejukan. 504 00:41:39,333 --> 00:41:41,752 Ayuh! 505 00:41:41,752 --> 00:41:43,587 Ya, barang di depan itu. 506 00:41:45,255 --> 00:41:46,632 Periksa untuk kali terakhir. 507 00:41:48,634 --> 00:41:50,469 - Baik, ayuh! - Ayuh! 508 00:41:54,348 --> 00:41:56,225 Syabas. Mari pergi. 509 00:41:59,228 --> 00:42:00,229 Okey, mari pergi! 510 00:42:00,229 --> 00:42:01,688 - Ryder. - Ayah. 511 00:42:02,731 --> 00:42:03,732 Syabas. 512 00:42:04,650 --> 00:42:06,026 Masukkan ke sini. 513 00:42:06,902 --> 00:42:08,237 Ambilnya. 514 00:42:08,237 --> 00:42:09,321 Awak okey? 515 00:42:09,321 --> 00:42:10,697 Ambil barang! Ayuh! 516 00:42:10,697 --> 00:42:12,658 Ini Heinz 57. 517 00:42:20,958 --> 00:42:21,959 Ayuh! 518 00:42:22,918 --> 00:42:23,919 Saya dah kata, 519 00:42:24,628 --> 00:42:26,171 bukan semuanya seperti yang awak lihat. 520 00:42:50,946 --> 00:42:52,030 Kita dah tiba. 521 00:43:11,300 --> 00:43:15,220 VARIANS 522 00:43:19,850 --> 00:43:22,519 Ya. Ia lebih besar daripada Kanada di dalam sana. 523 00:43:31,945 --> 00:43:32,946 Awak nampak? 524 00:43:37,743 --> 00:43:38,994 Kamu ada video siaran langsung? 525 00:43:39,786 --> 00:43:41,914 Tak, ia mengganggu suapan. 526 00:43:48,378 --> 00:43:49,630 Apa yang ada di sana? 527 00:43:50,464 --> 00:43:52,299 Sumber kuasa yang sangat kuat. 528 00:43:53,300 --> 00:43:55,677 Kami tak boleh melepasi dia untuk menyiasatnya. 529 00:43:57,513 --> 00:43:58,805 Dia? 530 00:44:02,351 --> 00:44:03,477 Ikut saya. 531 00:44:39,221 --> 00:44:42,307 Awak patut tahu, semua orang yang masuk bilik ini hilang ingatan. 532 00:44:42,891 --> 00:44:46,395 Orang terakhir yang masuk mengalami kerosakan saraf yang teruk. 533 00:44:48,230 --> 00:44:49,731 Kerosakan apa? 534 00:44:50,274 --> 00:44:51,400 Saya belum tahu lagi. 535 00:44:52,109 --> 00:44:53,944 Dia masih belum sedar. 536 00:45:00,075 --> 00:45:02,119 Saya bukan cuba melukakan awak dengan ujian itu. 537 00:45:03,287 --> 00:45:04,788 Saya cuba membantu awak. 538 00:45:13,213 --> 00:45:14,756 Awak pasti awak mahu teruskan? 539 00:45:16,800 --> 00:45:17,801 Ya. 540 00:45:19,845 --> 00:45:21,471 Protokolnya ialah keluar selepas 15 minit. 541 00:45:21,471 --> 00:45:23,515 Pemeriksaan mental setiap dua minit. 542 00:45:24,850 --> 00:45:25,851 Saya faham. 543 00:45:26,435 --> 00:45:28,729 Saya tak boleh jamin awak takkan lupakan wajah ibu awak 544 00:45:28,729 --> 00:45:30,814 atau rasa makanan kegemaran awak. 545 00:45:31,315 --> 00:45:32,441 Saya kata saya faham. 546 00:45:34,359 --> 00:45:35,652 Okey. 547 00:45:46,788 --> 00:45:47,873 Port wayar. 548 00:45:48,874 --> 00:45:50,459 Wayar dah disambungkan. 549 00:45:50,459 --> 00:45:53,295 Tekan ini jika awak mahu dikeluarkan segera. 550 00:45:53,295 --> 00:45:54,838 Jika awak tak boleh bercakap. 551 00:45:57,382 --> 00:45:58,550 Pakai topi keledar. 552 00:46:19,363 --> 00:46:20,822 Masa untuk bermula. 553 00:46:29,289 --> 00:46:31,291 Kenapa awak tak mahu beritahu destinasi kita? 554 00:46:31,291 --> 00:46:34,545 Saya dah kata. Tempat yang selamat dan hangat. 555 00:46:35,337 --> 00:46:36,588 Makan dan tidur. 556 00:46:37,881 --> 00:46:38,882 Kemudian kita terus bergerak. 557 00:46:38,882 --> 00:46:41,260 Terima kasih, tapi kami akan ambil barang kami dan pergi. 558 00:46:42,052 --> 00:46:43,512 Itu tak wajar. 559 00:46:44,304 --> 00:46:46,640 Tadi awak ditahan oleh askar. 560 00:46:47,140 --> 00:46:48,517 Saya tahu identiti kamu. 561 00:46:50,602 --> 00:46:52,145 Warna jingga. 562 00:46:53,564 --> 00:46:55,607 Kamu gelar diri kamu "Gerakan." 563 00:46:57,067 --> 00:46:58,610 - Anarki. - Aktivis. 564 00:46:58,610 --> 00:47:01,530 Kami tak mahu timbulkan masalah. Kami cuma mahu barang kami. 565 00:47:04,449 --> 00:47:06,910 - Di luar sana sejuk, mak. - Tak mengapa. 566 00:47:08,412 --> 00:47:09,872 Mak, saya lapar. 567 00:47:10,747 --> 00:47:12,165 Kita dah hampir. 568 00:47:21,383 --> 00:47:22,801 Pintu pagar! 569 00:47:27,681 --> 00:47:28,891 Ayuh! 570 00:47:43,322 --> 00:47:44,531 Berhenti! 571 00:48:02,216 --> 00:48:03,884 Ini saja tempat yang hangat di kawasan ini. 572 00:48:04,885 --> 00:48:07,304 Saya tahu kerana kami dah meninjau sejauh 80 kilometer. 573 00:48:07,304 --> 00:48:08,847 Itu tugas kami. 574 00:48:09,348 --> 00:48:12,100 Bantu orang. Pastikan mereka selamat. 575 00:48:13,769 --> 00:48:15,145 Orang seperti kamu. 576 00:48:16,063 --> 00:48:18,482 Ini dia. Semua barang kamu. 577 00:48:21,527 --> 00:48:23,946 - Terima kasih. - Kamu boleh tidur lena 578 00:48:23,946 --> 00:48:27,282 dan kami akan bawa kamu ke kem pelarian terdekat esok pagi. Bagaimana? 579 00:48:27,282 --> 00:48:29,117 Itu coklat panas? 580 00:48:29,618 --> 00:48:31,787 Ya, itu coklat panas. Awak mahu minum? 581 00:48:38,585 --> 00:48:42,047 Awak fikir ia lebih selamat jika tak berhubung dengan orang lain. 582 00:48:42,047 --> 00:48:43,507 Sebenarnya ia berlawanan. 583 00:48:45,384 --> 00:48:47,594 Hubungan saja yang dapat bantu kita terus hidup. 584 00:48:57,312 --> 00:48:59,523 Pergi minum coklat panas. Pergi. 585 00:49:40,314 --> 00:49:41,523 Ini dia. 586 00:50:03,545 --> 00:50:05,297 Yamato, laporkan status. 587 00:50:05,297 --> 00:50:09,343 Nombor telefon pertama. Teman sebilik kolej. Warna mata saya? 588 00:50:10,427 --> 00:50:15,015 02-555-0876. 589 00:50:15,015 --> 00:50:16,350 Ichiko. Hijau. 590 00:50:16,350 --> 00:50:19,061 Bagus. Awak buat dengan baik. 591 00:50:20,646 --> 00:50:23,065 Mengesan aktiviti neurologi di seluruh kapal. 592 00:50:23,774 --> 00:50:27,402 Semua frekuensi yang awak minta ada dalam alat kawalan di pergelangan tangan awak. 593 00:50:46,755 --> 00:50:48,173 Ia beri respons kepada dia. 594 00:50:51,134 --> 00:50:52,135 Ini sukar dipercayai. 595 00:50:54,096 --> 00:50:56,473 Apa itu? 596 00:51:43,187 --> 00:51:44,271 Apa yang terjadi? 597 00:51:46,398 --> 00:51:48,525 - Hampir tiba masa untuk keluarkan dia. - Tak. 598 00:51:48,525 --> 00:51:50,402 Keluar selepas 15 minit. Itu protokolnya. 599 00:51:50,903 --> 00:51:52,362 Lupakan protokol itu. 600 00:51:52,905 --> 00:51:56,033 Jika kita putuskan hubungan ini, kita mungkin takkan dapatnya semula. 601 00:51:56,033 --> 00:51:57,242 Awak tak tahu itu. 602 00:51:57,242 --> 00:51:59,411 Kita mungkin kehilangan dia jika tinggalkan dia di sana. 603 00:51:59,411 --> 00:52:01,038 Ya, risiko itu boleh diterima. 604 00:52:01,747 --> 00:52:05,042 - Ia bukan risiko awak. - Biarkan dia sehingga hubungan putus 605 00:52:05,542 --> 00:52:06,710 atau dia hilang ingatan. 606 00:52:21,308 --> 00:52:23,727 Mari cuba ini. 607 00:53:15,153 --> 00:53:16,280 Itu... 608 00:54:38,195 --> 00:54:39,321 Luke. 609 00:54:40,656 --> 00:54:41,657 Luke. 610 00:54:45,744 --> 00:54:46,954 Kenapa, Luke? 611 00:54:47,621 --> 00:54:48,956 Kamu dengar itu? 612 00:54:54,837 --> 00:54:56,338 Dengar apa? 613 00:54:57,965 --> 00:54:58,966 Dengungan... 614 00:55:01,635 --> 00:55:02,761 itu. 615 00:55:32,875 --> 00:55:34,418 Apa yang terjadi? 616 00:55:34,418 --> 00:55:36,128 Ia bermula sebentar tadi. 617 00:55:36,128 --> 00:55:38,589 Saya fikir ia satu lagi getaran seperti getaran lain, 618 00:55:38,589 --> 00:55:40,048 tapi getaran lain itu secara rawak. 619 00:55:55,439 --> 00:55:58,233 Getaran ini berirama. Ia mempunyai pola. 620 00:56:00,944 --> 00:56:03,322 Ia berbeza kali ini. 621 00:56:03,989 --> 00:56:06,366 Ada sesuatu berubah. 622 00:57:46,925 --> 00:57:48,927 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof