1 00:00:06,466 --> 00:00:09,469 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:12,388 --> 00:00:13,556 Tidak. 3 00:00:44,295 --> 00:00:45,880 Boleh saya jumpa dia? 4 00:01:19,914 --> 00:01:22,250 Kali ini, saya betul-betul dah buat hal, bukan? 5 00:01:26,796 --> 00:01:28,464 - Maaf, ayah. - Tak apa. 6 00:01:29,257 --> 00:01:31,008 Tak apa. Mari sini. 7 00:01:33,594 --> 00:01:34,470 Duduklah. 8 00:01:37,140 --> 00:01:38,641 Kerana kita ada… 9 00:01:40,017 --> 00:01:41,936 Ayah perlu… 10 00:01:44,105 --> 00:01:45,148 Kita… 11 00:01:50,486 --> 00:01:51,821 Ayah amat terkejut. 12 00:02:00,496 --> 00:02:01,747 Nenek bagaimana? 13 00:02:03,457 --> 00:02:04,375 Dia baik. 14 00:02:05,793 --> 00:02:07,170 Dia kirim salam. 15 00:02:08,504 --> 00:02:09,505 Okey. 16 00:02:12,508 --> 00:02:14,802 Ayah sempat baiki penyaman udara itu? 17 00:02:19,432 --> 00:02:20,892 Ayah pun dah buntu. 18 00:02:24,604 --> 00:02:25,479 Okey. 19 00:02:29,859 --> 00:02:30,818 Saya pun. 20 00:02:31,736 --> 00:02:33,863 Ayah tak sedar masalah mental kamu seteruk ini. 21 00:02:37,867 --> 00:02:39,035 Kamu perlu bantuan. 22 00:02:40,912 --> 00:02:42,079 Okey. 23 00:02:42,163 --> 00:02:43,372 Tidak, maksud ayah… 24 00:02:44,832 --> 00:02:46,918 Bantuan pakar, 25 00:02:48,502 --> 00:02:49,462 kerana… 26 00:02:50,880 --> 00:02:52,798 kamu tentu masih boleh dirawat. 27 00:02:55,134 --> 00:02:57,845 Ayah rasa begitu kerana ayah… 28 00:02:59,138 --> 00:03:01,641 Ayah perlu berharap yang kamu boleh pulih. 29 00:03:05,770 --> 00:03:07,813 Kerana ayah… 30 00:03:12,276 --> 00:03:15,488 Ayah dah cuba cari punca semua ini, 31 00:03:16,239 --> 00:03:18,866 kerana ayah tak ajar kamu supaya jadi begini. 32 00:03:20,785 --> 00:03:22,161 Ya. 33 00:03:22,245 --> 00:03:23,663 Jadi, kenapa kamu fikir… 34 00:03:27,500 --> 00:03:28,876 Kenapa kamu lakukannya? 35 00:03:32,296 --> 00:03:33,506 Entahlah. 36 00:03:34,006 --> 00:03:35,216 Okey. 37 00:03:35,883 --> 00:03:38,678 Malangnya, jawapan itu tak cukup bagus. 38 00:03:40,596 --> 00:03:43,099 - Maafkan saya. - Jeff… 39 00:03:45,226 --> 00:03:47,353 Ayah tak nak dengar kamu minta maaf. 40 00:03:50,648 --> 00:03:52,149 Ayah perlu tahu sebabnya, 41 00:03:53,067 --> 00:03:56,195 kerana seseorang perlu bertanggungjawab. 42 00:03:56,279 --> 00:04:00,908 Kesan perbuatan kamu terhadap keluarga, nenek, Shari dan ayah… 43 00:04:04,453 --> 00:04:06,080 Takkanlah kamu… 44 00:04:09,000 --> 00:04:11,419 Kamu tahukah bagaimana semua ini bermula? 45 00:04:13,629 --> 00:04:14,839 Entahlah. 46 00:04:17,174 --> 00:04:20,845 Saya… Saya dah memikirkannya. 47 00:04:21,887 --> 00:04:22,847 Banyak kali. 48 00:04:24,598 --> 00:04:25,766 Ayah tahu? 49 00:04:29,353 --> 00:04:30,604 Jadi, dulu saya… 50 00:04:34,984 --> 00:04:35,985 Yalah… 51 00:04:37,695 --> 00:04:41,240 Ayah ingat tak dulu kita selalu cari bangkai 52 00:04:41,324 --> 00:04:43,409 yang kemudiannya, kita kerat-kerat? 53 00:04:43,492 --> 00:04:44,744 Tidak. 54 00:04:46,412 --> 00:04:49,832 Jangan salahkan ayah pula. 55 00:04:51,083 --> 00:04:51,959 Okey. 56 00:04:52,043 --> 00:04:53,419 Ini bukan salah ayah. 57 00:04:53,502 --> 00:04:55,046 Ayah bukan puncanya. 58 00:04:55,671 --> 00:04:57,882 - Ayah bapa yang baik. - Saya tahu. 59 00:04:58,382 --> 00:04:59,342 Ayah… 60 00:05:00,551 --> 00:05:01,677 Apa? 61 00:05:05,765 --> 00:05:09,727 Ayah cuma ambil berat tentang minat anak ayah. 62 00:05:09,810 --> 00:05:10,811 Ayah, tak apa. 63 00:05:10,895 --> 00:05:13,731 Ayah tak ajar semua jenayah yang kamu buat itu. 64 00:05:13,814 --> 00:05:15,149 - Sudahlah. - Faham? 65 00:05:15,232 --> 00:05:16,192 Okey. 66 00:05:20,279 --> 00:05:21,697 Ini bukan salah ayah! 67 00:05:33,209 --> 00:05:34,418 Itu Joyce Dahmer! 68 00:05:35,378 --> 00:05:36,962 - Ayuh. - Itu dia! 69 00:05:37,713 --> 00:05:38,589 Pn. Dahmer! 70 00:05:38,672 --> 00:05:40,549 Kami nak tanya tentang Jeffrey. 71 00:05:40,633 --> 00:05:43,052 Apa pendapat puan tentang jenayahnya? 72 00:05:43,135 --> 00:05:45,304 - Berambus. - Kenapa dia makan orang? 73 00:05:45,388 --> 00:05:47,807 Kenapa sasarannya orang gay kulit Hitam dan Latin? 74 00:05:47,890 --> 00:05:49,475 Saya dah halau kamu! 75 00:05:51,727 --> 00:05:53,896 Nama saya bukan Dahmer! 76 00:05:58,150 --> 00:05:59,235 Terima kasih. 77 00:06:13,999 --> 00:06:15,459 Isaac Richards? 78 00:06:15,543 --> 00:06:16,585 Ya? 79 00:06:19,630 --> 00:06:21,215 Saya Joyce Flint. 80 00:06:25,136 --> 00:06:29,598 Saya dah ada keputusan ujian HIV awak. 81 00:06:36,230 --> 00:06:37,189 Ia negatif. 82 00:06:46,824 --> 00:06:48,367 Syukurlah. 83 00:07:15,895 --> 00:07:19,565 Kenapa puan menangis? 84 00:07:20,691 --> 00:07:22,026 Saya cuma… 85 00:07:28,616 --> 00:07:32,453 Saya lega kerana awak tak perlu beritahu ibu awak berita sedih. 86 00:07:42,338 --> 00:07:43,506 Sayang? 87 00:07:45,799 --> 00:07:47,426 Lionel, apa awak buat? 88 00:07:47,510 --> 00:07:48,677 Saya cuma… 89 00:07:48,761 --> 00:07:49,970 Saya bangun awal. 90 00:07:50,888 --> 00:07:52,473 Awak tak tidur pun. 91 00:07:53,766 --> 00:07:55,267 Maaf, apa awak kata? 92 00:07:56,602 --> 00:07:57,603 Sayang, 93 00:07:59,021 --> 00:08:00,481 kita perlu berbincang. 94 00:08:05,236 --> 00:08:08,239 Awak perlu tidur. Perbuatan ini tak sihat. 95 00:08:08,322 --> 00:08:10,991 Jadual saya dah tak tentu hala. 96 00:08:11,075 --> 00:08:14,870 Awak patut gunakan masa ini untuk berehat. 97 00:08:16,121 --> 00:08:17,665 Itu mustahil, Shari. 98 00:08:17,748 --> 00:08:20,793 Tak apa, kita boleh minta pil tidur daripada doktor 99 00:08:20,876 --> 00:08:24,547 kerana berjaga lima malam berturut-turut tak elok untuk badan. 100 00:08:24,630 --> 00:08:28,217 Ya, boleh. Ambil pil lagi. Itulah yang keluarga ini perlukan. 101 00:08:28,300 --> 00:08:31,554 Awak tahukah yang pil punca semua ini? Awak tentu tahu. 102 00:08:31,637 --> 00:08:32,555 Bawa bertenang. 103 00:08:32,638 --> 00:08:35,391 Awak rasa berapa pil dia telan semasa kandungkan Jeff? 104 00:08:35,474 --> 00:08:39,603 Beribu-ribu. Pil tidur, ubat penenang, ubat sawan. 105 00:08:39,687 --> 00:08:41,063 Jeff tiada peluang. 106 00:08:41,981 --> 00:08:44,233 Sudahlah, janganlah salahkan Joyce. 107 00:08:44,316 --> 00:08:46,026 Suka hati sayalah! 108 00:08:47,319 --> 00:08:49,238 Kerana ini memang salahnya! 109 00:08:51,282 --> 00:08:52,908 Dia bukan ibu! 110 00:08:54,785 --> 00:08:56,495 Dia tak pernah pegang Jeff! 111 00:08:56,579 --> 00:08:59,873 - Jangan menjerit! - Dia takutkan Jeff! 112 00:09:01,125 --> 00:09:02,585 Kemudian, dia pergi! 113 00:09:03,210 --> 00:09:05,212 Dia naik kereta dan terus pergi, 114 00:09:05,296 --> 00:09:08,424 dan tinggalkan budak itu sepanjang musim panas. 115 00:09:08,507 --> 00:09:11,010 Awak di mana pada musim panas itu, Lionel? 116 00:09:12,886 --> 00:09:16,015 Ya Tuhan… Maafkan saya. Saya tak sengaja. 117 00:09:16,515 --> 00:09:19,935 Hei, kita akan hadapinya bersama. 118 00:09:20,686 --> 00:09:23,355 Saya sepatutnya jenguk dia. Saya tak buat pun. 119 00:09:23,439 --> 00:09:25,149 Tapi awak tak tahu! 120 00:09:29,653 --> 00:09:33,782 Dia ada gen saya, Shari. Sebahagian dirinya berasal daripada saya, 121 00:09:34,491 --> 00:09:35,451 dan saya… 122 00:09:37,703 --> 00:09:40,080 Mungkin saya pun pernah fikir macam dia. 123 00:09:40,748 --> 00:09:41,749 Dulu. 124 00:09:44,043 --> 00:09:45,252 Dulu saya 125 00:09:46,128 --> 00:09:47,921 cuba buat bahan letupan. 126 00:09:49,048 --> 00:09:53,927 Saya ambil bunga api dan ikat patung mainan padanya. 127 00:09:54,011 --> 00:09:58,098 Pada satu hari, saya bawa bom buatan sendiri ke sekolah. 128 00:10:00,559 --> 00:10:03,979 Kemudian, saya lontar keluar tingkap. 129 00:10:04,063 --> 00:10:05,898 Sayang, itu tak sama. 130 00:10:05,981 --> 00:10:09,318 Tidak. Dengar sini. 131 00:10:14,114 --> 00:10:16,867 Saya juga pernah ada fantasi sepertinya. 132 00:10:18,744 --> 00:10:21,830 Ada seorang gadis yang tinggal satu blok dengan kami. 133 00:10:21,914 --> 00:10:26,377 Saya pernah cuba pukau dia kerana… 134 00:10:28,295 --> 00:10:29,296 Entahlah. 135 00:10:32,299 --> 00:10:34,551 Saya nak dia ikut cakap saya. 136 00:10:38,722 --> 00:10:40,599 Saya pernah duduk di gereja… 137 00:10:46,271 --> 00:10:49,274 dan bayangkan keadaan apabila membunuh seseorang. 138 00:10:51,944 --> 00:10:56,365 Malah, saya pernah dapat mimpi ngeri tentangnya. 139 00:10:59,076 --> 00:11:00,661 Tapi ia bukan tentang cara 140 00:11:01,745 --> 00:11:06,625 bunuh orang tapi ia tentang keadaan selepas membunuhnya. 141 00:11:08,210 --> 00:11:11,672 Rasa sedar yang saya dah membunuh dan tak tahu tindakan seterusnya. 142 00:11:13,674 --> 00:11:14,967 Tapi awak tak bunuh. 143 00:11:16,510 --> 00:11:19,763 Gen awak tak bermasalah, sayang. 144 00:11:19,847 --> 00:11:21,473 Tengoklah David. 145 00:11:22,015 --> 00:11:25,728 Dia pun ada DNA awak, tapi dia normal saja. 146 00:11:25,811 --> 00:11:26,895 Takkah begitu? 147 00:11:28,731 --> 00:11:29,815 - Ya. - Ya. 148 00:11:34,528 --> 00:11:35,738 - Ya. - Ya. 149 00:12:03,724 --> 00:12:06,685 Encik tak dibenarkan berada di situ. Jangan masuk! 150 00:12:11,315 --> 00:12:15,778 Jeff! Dia mungkin tidur di atas. Sekarang masih awal! 151 00:12:15,861 --> 00:12:17,571 - Jangan ganggu dia. - Tolong keluar. 152 00:12:17,654 --> 00:12:19,198 - Dia ibu saya. - Bawa dia keluar. 153 00:12:19,281 --> 00:12:22,117 - Awak tak berhak menakutkan dia. - Ini lokasi jenayah. 154 00:12:22,201 --> 00:12:24,453 Anak encik bunuh orang di rumah ini. 155 00:12:24,536 --> 00:12:25,746 - Faham? - Encik… 156 00:12:25,829 --> 00:12:27,873 Dia bantu kami. Encik tahu, bukan? 157 00:12:27,956 --> 00:12:30,834 Dia ada demensia. Awak buat jiwanya terganggu. 158 00:12:30,918 --> 00:12:33,337 Jeff! Turun cepat. 159 00:12:33,420 --> 00:12:36,882 - Encik? - Benarkanlah saya bawa dia ke biliknya. 160 00:12:36,965 --> 00:12:40,427 Kami takkan mengganggu. Mari, mak. 161 00:12:43,972 --> 00:12:45,599 Itu pun kad ratu. 162 00:12:48,393 --> 00:12:49,269 Lionel? 163 00:12:51,480 --> 00:12:52,731 Ya. 164 00:12:55,734 --> 00:12:56,652 Okey. 165 00:13:06,245 --> 00:13:07,496 Sekarang giliran mak. 166 00:13:10,415 --> 00:13:14,628 Hari ini, penduduk Milwaukee bersedih. 167 00:13:16,922 --> 00:13:22,386 Jenayah kejam Jeffrey Dahmer bukan saja mengejutkan negara. 168 00:13:22,469 --> 00:13:24,972 Ia meninggalkan kesan pedih 169 00:13:25,055 --> 00:13:28,225 dan menyebabkan keperitan terhadap komuniti ini. 170 00:13:28,308 --> 00:13:30,269 DAHMER JAHAT KAMI MAHU KEADILAN 171 00:13:30,394 --> 00:13:32,729 Beberapa orang tanya saya, 172 00:13:32,813 --> 00:13:37,150 "Reverend, kenapa tuan pergi ke Milwaukee?" 173 00:13:37,901 --> 00:13:39,194 "Dahmer dah ditahan." 174 00:13:39,278 --> 00:13:42,281 "Tidakkah tuan cuma memecahbelahkan rakyat?" 175 00:13:44,783 --> 00:13:46,618 Saya jawab, 176 00:13:47,619 --> 00:13:50,539 "Saya datang bukan untuk tujuan itu, 177 00:13:50,622 --> 00:13:53,709 tapi saya mahu mencari pihak yang bertanggungjawab." 178 00:13:55,544 --> 00:13:58,297 Jenayah Dahmer tak berlaku dengan sendirinya. 179 00:13:59,631 --> 00:14:04,887 Ramai orang, termasuklah polis, tidak mengendahkannya, 180 00:14:04,970 --> 00:14:09,391 dan oleh sebab itulah, dia dapat melakukannya selama itu. 181 00:14:11,018 --> 00:14:13,979 Tapi kamu semua bertuah kerana ada ketua berkaliber 182 00:14:14,062 --> 00:14:16,148 seperti Ketua Polis Arreola. 183 00:14:16,857 --> 00:14:21,028 Menurutnya, dia merancang untuk mengadakan siasatan terperinci 184 00:14:21,111 --> 00:14:22,696 tentang kesilapan yang berlaku, 185 00:14:22,779 --> 00:14:26,575 terutama berkaitan kes melibatkan budak bernama 186 00:14:26,658 --> 00:14:28,911 Konerak Sinthasomphone. 187 00:14:30,495 --> 00:14:31,788 Tapi tolong faham, 188 00:14:32,706 --> 00:14:34,875 kami takkan berpuas hati 189 00:14:34,958 --> 00:14:39,338 dengan hanya kata-kata pujukan untuk menenangkan hati. 190 00:14:39,421 --> 00:14:40,797 - Okey! - Ya, betul! 191 00:14:40,881 --> 00:14:43,091 Kata-kata seperti "sembuh", 192 00:14:44,635 --> 00:14:45,761 "tenang", 193 00:14:47,137 --> 00:14:49,014 "bersatu". 194 00:14:50,057 --> 00:14:55,437 Semua kata-kata itu sama saja maknanya. 195 00:14:55,979 --> 00:14:58,649 "Sembunyikan kejadian memalukan ini." 196 00:15:00,943 --> 00:15:02,778 Kami takkan berpuas hati. 197 00:15:02,861 --> 00:15:07,950 Kami hanya akan berhenti apabila sudah tiada lagi situasi 198 00:15:08,033 --> 00:15:10,869 yang membolehkan orang seperti Jeffrey Dahmer 199 00:15:10,953 --> 00:15:15,082 membunuh 17 pemuda yang kebanyakannya berkulit Hitam dan perang. 200 00:15:15,165 --> 00:15:18,126 Kami takkan berhenti selagi keadilan tak ditegakkan 201 00:15:18,210 --> 00:15:20,879 bagi semua rakyat bandar ini. 202 00:15:20,963 --> 00:15:23,674 Kami takkan berhenti selagi janji-janji kosong 203 00:15:23,757 --> 00:15:25,676 belum digantikan dengan tindakan tegas! 204 00:15:25,759 --> 00:15:30,138 Kami takkan berehat! 205 00:15:37,479 --> 00:15:39,982 Ini tak adil. Tuan tak boleh gantung kami. 206 00:15:40,065 --> 00:15:41,149 Kami tak bersalah. 207 00:15:41,233 --> 00:15:42,317 Tak bersalah? 208 00:15:42,401 --> 00:15:44,861 Awak pulangkan budak bawah umur kepada pembunuh bersiri 209 00:15:44,945 --> 00:15:46,613 yang akhirnya bunuh dia. 210 00:15:46,697 --> 00:15:49,533 Awak tak periksa pun kad pengenalan atau umurnya. 211 00:15:49,616 --> 00:15:52,369 Awak tak endahkan saksi dan tak siasat latar belakang Dahmer. 212 00:15:52,452 --> 00:15:54,454 Kami tak nampak keperluannya. 213 00:15:54,538 --> 00:15:56,915 Kalau kamu buat, kamu akan tahu dia dalam pemerhatian 214 00:15:56,999 --> 00:15:58,291 kerana mencabul kanak-kanak. 215 00:15:58,375 --> 00:16:00,460 Budak itu nampak matang, okey? 216 00:16:00,544 --> 00:16:02,587 Kami ingat itu masalah peribadi. 217 00:16:02,671 --> 00:16:05,674 Agaknya sebab itulah awak "bersihkan diri". 218 00:16:05,757 --> 00:16:08,010 Awak kata begitu di radio. Kami rakam. 219 00:16:08,093 --> 00:16:09,094 Saya berguraulah. 220 00:16:09,177 --> 00:16:11,972 Kita juga ada jiran Dahmer, Glenda Cleveland. 221 00:16:12,055 --> 00:16:14,433 Dia dah mengadu berkali-kali tentangnya, 222 00:16:14,516 --> 00:16:15,809 tapi kamu tak layan. 223 00:16:15,892 --> 00:16:16,977 Tuan menyebelahi siapa? 224 00:16:17,060 --> 00:16:19,229 Itu bukan isunya. Kamu buat silap. 225 00:16:19,312 --> 00:16:20,731 Saya ditekan oleh banyak pihak. 226 00:16:20,814 --> 00:16:23,191 Datuk bandar, rakyat, Jesse Jackson, 227 00:16:23,275 --> 00:16:25,444 seluruh negara sedang memerhati. 228 00:16:25,527 --> 00:16:29,364 - Saya perlu buat sesuatu. - Tuan ketua kami. Jadi, bantulah kami. 229 00:16:31,116 --> 00:16:34,870 Kamu berdua dicutikan sehinggalah siasatan panel selesai. 230 00:16:34,953 --> 00:16:37,205 Kemudian, kami akan jatuhkan hukuman. 231 00:16:41,918 --> 00:16:45,464 Bersedialah. Wakil kesatuan akan memperjuangkan kami. 232 00:16:46,423 --> 00:16:48,508 Kami tak boleh dipecat. Percayalah. 233 00:16:49,342 --> 00:16:52,220 Kami akan kekal di sini lebih lama daripada tuan. 234 00:16:57,350 --> 00:17:00,187 Awak rasa Jeffrey Dahmer akan makan awak? 235 00:17:00,979 --> 00:17:01,855 Ya. 236 00:17:03,982 --> 00:17:04,983 Saya rasa begitu. 237 00:17:07,611 --> 00:17:09,279 Dia nak makan jantung saya. 238 00:17:10,947 --> 00:17:11,948 Menggerunkan. 239 00:17:13,116 --> 00:17:16,036 Namanya Tracy Edwards, lelaki yang hampir menjadi 240 00:17:16,119 --> 00:17:17,954 mangsa terakhir Jeffrey Dahmer. 241 00:17:18,622 --> 00:17:21,124 Terima kasih, Tracy, atas cerita itu. 242 00:17:21,208 --> 00:17:23,835 Tetamu seterusnya ialah rakan Jeffrey Dahmer semasa kecil 243 00:17:23,919 --> 00:17:27,714 yang setuju untuk muncul dengan syarat identitinya dirahsiakan, 244 00:17:27,798 --> 00:17:30,884 dan dalam wawancara eksklusif Geraldo. 245 00:17:30,967 --> 00:17:32,385 Kita namakan dia Nick. 246 00:17:33,136 --> 00:17:34,846 Terima kasih kerana datang. 247 00:17:35,472 --> 00:17:37,057 Terima kasih kerana menjemput saya. 248 00:17:37,599 --> 00:17:42,562 Saya difahamkan yang awak pernah ada hubungan seks dengan Jeffrey Dahmer. 249 00:17:42,646 --> 00:17:44,314 Bagaimana kamu berkenalan? 250 00:17:44,856 --> 00:17:48,151 - Kami sama-sama staf buku tahunan. - Mana ada. 251 00:17:48,235 --> 00:17:51,947 Di manakah kamu mengadakan hubungan seks itu? 252 00:17:53,073 --> 00:17:54,032 Di rumahnya. 253 00:17:55,242 --> 00:17:56,785 Awak jumpa keluarganya? 254 00:17:56,868 --> 00:18:00,747 Ya, dia ada ibu tiri yang… 255 00:18:00,831 --> 00:18:04,376 Dia ibu tiri jahat yang selalu tengking Jeff… 256 00:18:05,252 --> 00:18:06,128 Semuanya tipu. 257 00:18:06,211 --> 00:18:08,547 Dia maksudkan isteri kedua Lionel Dahmer, Shari. 258 00:18:09,256 --> 00:18:12,092 Jeff kata kepada saya, 259 00:18:12,175 --> 00:18:14,970 dia kata yang dia 260 00:18:16,471 --> 00:18:18,932 dicabul oleh ayahnya. 261 00:18:20,100 --> 00:18:21,393 Saya tak mahu tonton. 262 00:18:22,018 --> 00:18:24,312 Nick, Jeffrey Dahmer kata… 263 00:18:24,896 --> 00:18:26,314 Itu tak betul, Lionel. 264 00:18:26,398 --> 00:18:29,151 Betul! Semuanya tak betul! 265 00:18:29,234 --> 00:18:30,819 Sayang, apa boleh buat? 266 00:18:30,902 --> 00:18:34,990 Entahlah. Saya perlu buat sesuatu. 267 00:18:38,326 --> 00:18:39,202 Apa? 268 00:18:44,749 --> 00:18:47,252 Kamu di kulit majalah Newsweek dan People. 269 00:18:47,335 --> 00:18:50,130 KEGANASAN DI MILWAUKEE LAPORAN TENTANG PEMBUNUH BERSIRI 270 00:18:56,636 --> 00:18:57,512 Okey. 271 00:19:00,307 --> 00:19:04,311 Boleh saya ambil majalah ini? Saya cuma nak baca. 272 00:19:04,394 --> 00:19:05,645 Tak boleh. 273 00:19:12,903 --> 00:19:16,865 - Bagaimana rencananya? - Rencananya teruk, Jeff. 274 00:19:17,908 --> 00:19:19,993 Menurutnya, awak kanibal Milwaukee. 275 00:19:20,827 --> 00:19:22,954 Orang nak bunuh kamu agar kamu mati. 276 00:19:24,748 --> 00:19:27,000 Okey. Saya pun nak mati. 277 00:19:27,083 --> 00:19:28,793 Tidak. Tak mungkin. 278 00:19:28,877 --> 00:19:31,338 Wisconsin tiada hukuman mati. 279 00:19:32,464 --> 00:19:36,092 Mereka ada kata nak kembalikan hukuman itu kerana saya, bukan? 280 00:19:36,176 --> 00:19:39,429 Tidak, jangan fikir begitu. 281 00:19:41,848 --> 00:19:42,724 Dengar sini, 282 00:19:43,391 --> 00:19:45,810 sesiapa pun tak untung 283 00:19:45,894 --> 00:19:48,396 kalau kamu dihukum penjara seumur hidup. 284 00:19:48,480 --> 00:19:50,190 Okey? Kamu perlukan bantuan. 285 00:19:50,774 --> 00:19:52,984 Ada satu saja cara untuk buat begitu. 286 00:19:53,068 --> 00:19:54,319 Betul. 287 00:19:55,111 --> 00:19:57,906 Untuk mendapatkan bantuan agar kami fahami kamu, 288 00:19:57,989 --> 00:20:00,909 kita perlu yakinkan hakim yang kamu gila, Jeff. 289 00:20:03,370 --> 00:20:04,663 Tapi saya tak gila. 290 00:20:05,205 --> 00:20:07,499 Mungkin semasa kamu membunuh. 291 00:20:09,834 --> 00:20:12,587 - Waktu itu pun tak. - Tolonglah, Jeff. 292 00:20:13,964 --> 00:20:17,259 Kamu bunuh orang, kerat mereka, dan buat hubungan seks. 293 00:20:18,218 --> 00:20:21,179 Kamu terpaksa berhenti kerat orang untuk beronani. 294 00:20:21,263 --> 00:20:24,766 Tapi saya tak gila. Saya buat kerana godaan nafsu. 295 00:20:24,849 --> 00:20:27,269 Okey, godaan nafsu, 296 00:20:27,352 --> 00:20:29,521 bermakna kamu gagal menghalangnya. 297 00:20:29,604 --> 00:20:31,314 Ya, Jeff. Logiklah. 298 00:20:32,023 --> 00:20:35,652 Kamu pun pernah sebut tentang syaitan. Kamu kata kamu dirasuk. 299 00:20:35,735 --> 00:20:40,323 Kamu pernah kata yang kamu lupa perbuatan kamu selepas terjaga. 300 00:20:40,407 --> 00:20:42,450 Itu kerana saya mabuk teruk. 301 00:20:43,159 --> 00:20:45,203 Sebab itu saya tak ingat. 302 00:20:46,454 --> 00:20:48,164 Tapi saya tahu tindakan saya. 303 00:20:49,416 --> 00:20:50,834 Saya tak nak buat, tapi… 304 00:20:53,128 --> 00:20:54,629 saya gagal menghalangnya. 305 00:20:56,715 --> 00:20:57,966 Saya tak gila. 306 00:20:58,717 --> 00:21:00,427 Tidak, Jeff. 307 00:21:02,554 --> 00:21:05,765 Jangan kata begitu di mahkamah. Jangan sesekali, 308 00:21:06,683 --> 00:21:07,642 kerana… 309 00:21:09,102 --> 00:21:10,937 kami ada bahan untuk pembelaan. 310 00:21:11,021 --> 00:21:12,689 Kita ada duluan kehakiman. 311 00:21:14,024 --> 00:21:17,610 Dulu pernah ada kes yang sama dengan kes kamu. 312 00:21:17,694 --> 00:21:18,903 Ia agak berdekatan. 313 00:21:19,988 --> 00:21:22,782 Jenayah lelaki itu sama. 314 00:21:23,283 --> 00:21:26,536 Ia dah agak lama berlaku, semasa saya kecil. 315 00:21:26,619 --> 00:21:27,912 Ia di Plainfield. 316 00:21:28,747 --> 00:21:32,459 - 16 November 1957. - Lima puluh tujuh. 317 00:21:34,669 --> 00:21:36,713 Pemilik kedai perkakasan hilang. 318 00:21:36,796 --> 00:21:38,923 Tiada sesiapa tahu lokasinya. 319 00:21:40,008 --> 00:21:44,804 Anaknya beritahu polis yang lelaki bernama Ed Gein 320 00:21:45,305 --> 00:21:47,932 datang malam sebelumnya. 321 00:21:49,392 --> 00:21:50,810 Polis pergi ke rumahnya. 322 00:21:53,730 --> 00:21:54,564 Ia kosong. 323 00:21:56,358 --> 00:21:59,652 Jadi mereka pergi belakang rumah dan jumpa satu bangsal. 324 00:22:06,076 --> 00:22:07,243 Ya Tu… 325 00:22:07,327 --> 00:22:09,287 Ya Tuhan. 326 00:22:10,663 --> 00:22:12,332 Ada mayat seorang wanita, 327 00:22:12,999 --> 00:22:15,418 yang dikerat dan digantung pada kasau. 328 00:22:15,919 --> 00:22:16,961 Mereka pun tahan dia. 329 00:22:18,254 --> 00:22:20,215 Dia diam saja. 330 00:22:22,092 --> 00:22:25,637 Selama 30 jam, dia duduk saja. 331 00:22:27,680 --> 00:22:29,099 Akhirnya, dia bercakap. 332 00:22:30,725 --> 00:22:32,435 Saya nak pai epal 333 00:22:33,311 --> 00:22:35,063 dan sekeping keju. 334 00:22:35,146 --> 00:22:36,231 Kemudian, dia bercakap. 335 00:22:37,690 --> 00:22:39,317 Mereka geledah rumah itu. 336 00:22:40,527 --> 00:22:43,196 Mereka jumpa kepala wanita itu dalam guni 337 00:22:43,279 --> 00:22:46,491 dan ada bahagian badan di merata tempat. 338 00:22:49,035 --> 00:22:51,204 Ada mangkuk tengkorak manusia. 339 00:22:52,372 --> 00:22:54,290 Ada tengkorak di tiang katilnya. 340 00:22:55,792 --> 00:22:57,961 Dia balut kerusinya 341 00:22:58,044 --> 00:22:59,462 dengan kulit manusia. 342 00:23:00,713 --> 00:23:02,257 Macam kamu, 343 00:23:02,340 --> 00:23:04,676 Jeff, kamu kata 344 00:23:06,010 --> 00:23:08,096 kamu pernah cuba gali semula mayat. 345 00:23:08,596 --> 00:23:09,431 Sekali saja. 346 00:23:09,514 --> 00:23:11,015 Lelaki itu pun 347 00:23:11,724 --> 00:23:15,186 pernah buat dalam 30 hingga 40 kali. 348 00:23:16,646 --> 00:23:19,232 Mereka geledah keranda. Semuanya kosong. 349 00:23:19,315 --> 00:23:23,736 Dia seolah-olah berkhayal semasa dia buat semua itu 350 00:23:23,820 --> 00:23:28,741 dan apabila dia terjaga, dia tak ingat kejadian yang dah berlaku. 351 00:23:29,492 --> 00:23:31,661 Dia ada buat hubungan seks dengan mayat itu? 352 00:23:31,744 --> 00:23:35,165 Okey, Jeff, dengar sini, Ed Gein… 353 00:23:36,291 --> 00:23:41,045 Pokoknya, dia bunuh ramai orang. Itu tak dapat dinafikan. 354 00:23:41,129 --> 00:23:44,048 Tapi dia merayu tidak bersalah 355 00:23:44,132 --> 00:23:47,343 atas alasan tidak siuman dan dia tak dipenjarakan seumur hidup. 356 00:23:47,427 --> 00:23:50,597 Dia habiskan seumur hidupnya di hospital, 357 00:23:50,680 --> 00:23:52,599 dan dia dapat bantuan psikiatri. 358 00:23:53,475 --> 00:23:54,309 Kamu faham? 359 00:23:54,392 --> 00:23:56,728 Kami boleh buat begitu untuk kamu juga. 360 00:24:03,526 --> 00:24:05,862 Ya, saya pun rasa macam pernah dengar. 361 00:24:06,696 --> 00:24:07,655 Apa? 362 00:24:10,116 --> 00:24:11,701 Saya ada baca tentang dia. 363 00:24:14,245 --> 00:24:17,832 Rasanya ada buku komik tentang dia. 364 00:24:19,083 --> 00:24:20,960 Apa? Kamu kata buku komik? 365 00:24:22,253 --> 00:24:26,883 Ya, rasanya dalam majalah Weird Tales. 366 00:24:26,966 --> 00:24:28,009 Seram betul. 367 00:24:31,638 --> 00:24:33,515 Saya ingat gambar kulitnya. 368 00:24:34,599 --> 00:24:36,643 Buku komik. 369 00:24:36,726 --> 00:24:39,729 Sekarang kita dah tahu masalahnya. Budaya kita gila. 370 00:24:39,812 --> 00:24:41,689 - Ya. - Ada komik begitu? 371 00:24:41,773 --> 00:24:43,233 - Itu… - En. Dahmer. 372 00:24:43,316 --> 00:24:47,237 Encik perlu faham beban yang saya pikul 373 00:24:47,320 --> 00:24:49,072 kerana mewakili Jeff. 374 00:24:49,656 --> 00:24:51,241 Kita perlu fokus. 375 00:24:51,324 --> 00:24:54,035 Kita akan tumpukan pada alasan tidak siuman. 376 00:24:54,702 --> 00:24:57,038 Tapi perlukah kita masuk mahkamah? 377 00:24:57,121 --> 00:24:59,999 Ya, saya akan tumpukan pada alasan itu. 378 00:25:00,083 --> 00:25:03,127 Kita takkan nafikan yang pembunuhan itu mengerikan. 379 00:25:03,753 --> 00:25:05,338 Rasanya ia akan membantu. 380 00:25:05,838 --> 00:25:08,424 Dengan ini, juri membuat keputusan 381 00:25:08,508 --> 00:25:13,429 bahawa En. Dahmer waras dan tidak gila dari segi undang-undang 382 00:25:14,264 --> 00:25:20,562 ketika melakukan 15 pembunuhan secara sengaja seperti pengakuannya, 383 00:25:20,645 --> 00:25:25,817 bermakna, keluarga mangsa boleh rasa lega kerana dia akan dipenjarakan. 384 00:25:31,823 --> 00:25:34,033 Mahkamah ditangguhkan ke hari Isnin 385 00:25:34,117 --> 00:25:36,619 dan ahli keluarga mangsa akan dibenarkan 386 00:25:36,703 --> 00:25:38,871 membuat penyataan impak di mahkamah. 387 00:25:38,955 --> 00:25:43,084 Defendan dibenarkan membuat pernyataan sebelum hukuman dijatuhkan. 388 00:25:43,167 --> 00:25:46,796 Mahkamah ditangguhkan ke jam 9 pagi pada hari Isnin. 389 00:26:12,280 --> 00:26:15,158 Jadi, macam itu saja? Awak dah nak pergi? 390 00:26:22,624 --> 00:26:24,042 Apa awak nak saya kata? 391 00:26:24,125 --> 00:26:26,753 Saya nak awak turut mengaku bertanggungjawab. 392 00:26:26,836 --> 00:26:27,795 Lionel. 393 00:26:27,879 --> 00:26:31,007 - Tanggungjawab? Apa maksudnya? - Itulah maksudnya. 394 00:26:31,090 --> 00:26:33,217 Maksud awak, ini salah saya? 395 00:26:33,301 --> 00:26:34,344 Bukan begitu. 396 00:26:34,427 --> 00:26:37,388 Sekarang, saya saja yang mengaku bertanggungjawab. 397 00:26:37,472 --> 00:26:39,390 Awak ada baca tuduhan terhadap saya? 398 00:26:39,474 --> 00:26:41,309 Sepatah pun awak tak kata 399 00:26:41,392 --> 00:26:43,561 tentang pembohongan tentang saya. 400 00:26:43,645 --> 00:26:46,522 Saya tak tahu apa yang awak buat dengannya semasa saya tiada. 401 00:26:46,606 --> 00:26:49,442 - Begitu, ya? - Awak tuduh saya puncanya? 402 00:26:50,526 --> 00:26:54,197 - Ini bukan salah saya, bangsat! - Ini bukan salah sesiapa. 403 00:26:54,280 --> 00:26:56,157 Awak kata saya penyebabnya 404 00:26:56,240 --> 00:27:01,037 sedangkan awak yang lapah bangkai dengannya di garaj, Lionel? 405 00:27:01,120 --> 00:27:04,374 Ya, pergilah, Joyce. Seperti ketika awak tinggalkan dia. 406 00:27:04,457 --> 00:27:05,416 Lionel. 407 00:27:05,500 --> 00:27:08,961 Awak masih ambil pil? Berapa banyak yang awak telan? 408 00:27:09,045 --> 00:27:10,338 Lionel! Sudahlah! 409 00:27:11,047 --> 00:27:12,423 Sudahlah. 410 00:27:13,299 --> 00:27:15,259 Ya, maafkan saya. 411 00:27:15,343 --> 00:27:18,054 - Ya Tuhan, maafkan saya. - Tak apa. 412 00:27:19,013 --> 00:27:20,139 Maafkan saya. 413 00:27:50,420 --> 00:27:51,421 Boleh saya bantu? 414 00:27:52,338 --> 00:27:53,464 Pn. Straughter? 415 00:27:53,548 --> 00:27:54,465 Ya. 416 00:27:55,091 --> 00:27:57,677 - Saya Joyce Flint. Saya… - Saya kenal awak. 417 00:27:59,137 --> 00:28:02,223 Anak puan dan ibu Curtis, Dorothy ada di rumah? 418 00:28:02,306 --> 00:28:04,892 Dia tiada. Ada apa, Cik Flint? 419 00:28:06,269 --> 00:28:08,980 Terlebih dahulu, saya ingin katakan 420 00:28:10,481 --> 00:28:13,901 yang saya benar-benar minta maaf atas perkara yang berlaku. 421 00:28:15,653 --> 00:28:17,071 Atas perbuatan anak saya 422 00:28:18,489 --> 00:28:21,659 terhadap cucu puan, Curtis. 423 00:28:22,368 --> 00:28:25,747 Saya tahu kata-kata saya tak mengubah apa-apa. 424 00:28:28,040 --> 00:28:29,208 Ia tak dapat dimaafkan. 425 00:28:30,460 --> 00:28:32,587 Kenapa awak datang, Cik Flint? 426 00:28:38,468 --> 00:28:41,262 Saya datang kerana 427 00:28:42,388 --> 00:28:46,017 saya nak bercakap dengan puan atau anak puan 428 00:28:47,560 --> 00:28:48,770 sebagai seorang ibu. 429 00:28:50,772 --> 00:28:52,523 Saya nak tanya sama ada… 430 00:28:55,026 --> 00:28:58,946 puan atau anak puan sanggup 431 00:28:59,030 --> 00:29:01,616 beri kenyataan di mahkamah esok 432 00:29:02,116 --> 00:29:03,701 bagi pihak Jeff. 433 00:29:03,785 --> 00:29:05,578 Bagi pihak Jeff? 434 00:29:07,747 --> 00:29:12,752 Agar hakim mempertimbangkan kemasukannya ke hospital sakit jiwa, 435 00:29:12,835 --> 00:29:14,545 dan bukan penjara. 436 00:29:16,088 --> 00:29:18,382 Awak nak kami maafkan anak awak? 437 00:29:19,467 --> 00:29:21,427 Minta hakim maafkan dia? 438 00:29:21,511 --> 00:29:22,386 Bukan. 439 00:29:27,725 --> 00:29:29,060 Saya kasihankan awak. 440 00:29:29,977 --> 00:29:31,437 Saya ikhlas. 441 00:29:32,730 --> 00:29:35,942 Saya faham yang awak nak orang dengar perasaan awak sebagai ibu. 442 00:29:37,068 --> 00:29:40,238 Mungkin kali ini awak dengar pula perasaan orang lain. 443 00:29:41,489 --> 00:29:42,490 Faham? 444 00:29:45,076 --> 00:29:47,119 Tolong berikan pernyataan impak pertama. 445 00:29:56,379 --> 00:30:00,424 Saya dan keluarga saya datang ke negara ini dengan tongkang. 446 00:30:07,306 --> 00:30:10,476 Kami miskin, tapi penuh harapan. 447 00:30:13,187 --> 00:30:14,564 Impian Amerika. 448 00:30:15,731 --> 00:30:17,692 Kami yakin dengan impian Amerika. 449 00:30:26,784 --> 00:30:29,954 Tapi kini, kami dirundung mimpi ngeri. 450 00:30:35,459 --> 00:30:37,837 Semuanya kerana Jeffrey Dahmer. 451 00:30:44,343 --> 00:30:46,470 Dia rampas anak kami, Konerak. 452 00:30:51,767 --> 00:30:53,686 Dia rampas impian kami. 453 00:31:00,735 --> 00:31:04,322 Saya Shirley Hughes dan saya ibu Tony Hughes. 454 00:31:05,615 --> 00:31:08,200 Saya ingin kata kepada Jeffrey Dahmer 455 00:31:09,243 --> 00:31:13,164 yang dia takkan faham kesedihan, penderitaan, kehilangan 456 00:31:14,081 --> 00:31:17,251 dan kerunsingan yang dia buat keluarga kami lalui. 457 00:31:18,085 --> 00:31:23,341 Tapi saya mahu baca puisi yang kawan baik anak saya tulis. 458 00:31:25,259 --> 00:31:28,179 "Kenapa kau serang aku, Jeffrey? 459 00:31:28,262 --> 00:31:29,972 Aku ingat kau kawanku. 460 00:31:30,681 --> 00:31:34,352 Kenapa aku mangsa di duniamu yang kejam dan jahat? 461 00:31:34,435 --> 00:31:36,729 Lihatlah air mata yang menitis ini. 462 00:31:36,812 --> 00:31:42,068 Sesungguhnya ia jeritan batinku dan sedarlah yang aku mahu hidup. 463 00:31:42,151 --> 00:31:44,403 Apa salahku terhadapmu 464 00:31:44,487 --> 00:31:47,823 yang membuatkan kau menggila bagaikan syaitan?" 465 00:31:48,407 --> 00:31:51,202 Kenapa kejadian ini menimpa orang seperti Eddie? 466 00:31:53,162 --> 00:31:55,581 Dia banyak berbakti tanpa meminta balasan. 467 00:31:57,667 --> 00:32:00,211 Dia cuma mahu menjiwai dirinya. 468 00:32:02,338 --> 00:32:03,839 Semasa awak bunuh adik saya, 469 00:32:03,923 --> 00:32:06,008 awak bunuh 470 00:32:07,218 --> 00:32:10,221 ibu dan ayah saya. 471 00:32:10,846 --> 00:32:11,973 Saya merayu, Yang Arif, 472 00:32:12,056 --> 00:32:17,687 jangan biar lelaki ini keluar atau dibebaskan dari penjara. 473 00:32:20,398 --> 00:32:23,526 Selamat pagi, Yang Arif. Nama saya Donald Bradehoft. 474 00:32:25,611 --> 00:32:26,612 Saya… 475 00:32:28,280 --> 00:32:30,074 Bagi pihak keluarga Bradehoft. 476 00:32:32,118 --> 00:32:35,162 Keluarga kami rapat dan sayang-menyayangi. 477 00:32:36,622 --> 00:32:40,042 Ibu saya lahirkan lima orang anak. 478 00:32:42,670 --> 00:32:43,629 Kami kehilangan… 479 00:32:45,256 --> 00:32:48,300 Dia bunuh ahli termuda keluarga kami 480 00:32:49,760 --> 00:32:51,262 dan saya harap awak masuk neraka! 481 00:32:53,472 --> 00:32:55,057 Saya sayang dunia ini. 482 00:32:55,558 --> 00:32:58,894 Kamu jalankan tugas dengan baik. 483 00:32:58,978 --> 00:33:01,981 Dari lubuk hati saya, syukur kepada Tuhan. 484 00:33:02,481 --> 00:33:04,191 Saya ada banyak kekuatan. 485 00:33:08,446 --> 00:33:09,530 Terima kasih. 486 00:33:11,782 --> 00:33:13,617 Semoga Tuhan merahmati Amerika. 487 00:33:13,701 --> 00:33:18,414 Saya takkan lagi berpeluang untuk beritahu dia yang saya sayang dia. 488 00:33:19,790 --> 00:33:23,502 Awak rampas cucu sulung nenek saya. 489 00:33:23,586 --> 00:33:26,756 Oleh sebab itu, saya takkan memaafkan awak. 490 00:33:27,256 --> 00:33:28,841 "Mak, saya dah tiada. 491 00:33:29,508 --> 00:33:33,888 Saya tahu hati mak perit siang dan malam akibat kejadian ini, 492 00:33:33,971 --> 00:33:36,057 namun, saya berhampiran. 493 00:33:37,600 --> 00:33:40,352 Dua jari dan satu ibu jari 494 00:33:41,353 --> 00:33:44,065 bermakna saya sayang mak dalam bahasa isyarat. 495 00:33:45,274 --> 00:33:46,776 Apabila mak menangis, 496 00:33:47,610 --> 00:33:50,988 letakkan satu titisan air mata di luar belepas tingkap 497 00:33:51,072 --> 00:33:52,490 dan apabila saya datang, 498 00:33:52,573 --> 00:33:55,117 saya akan menukarnya dengan air mata saya. 499 00:33:55,201 --> 00:33:57,411 Maka, bolehlah kita sentiasa bersama. 500 00:33:58,662 --> 00:34:00,664 Dua jari dan satu ibu jari. 501 00:34:01,290 --> 00:34:02,666 Anak mak, Tony." 502 00:34:18,766 --> 00:34:20,226 Nama saya Rita Isbell 503 00:34:20,309 --> 00:34:23,395 dan saya kakak sulung Errol Lindsay. 504 00:34:23,479 --> 00:34:26,690 Je… Tak kiralah apa nama awak, setan. 505 00:34:27,691 --> 00:34:29,110 Saya berang! 506 00:34:29,193 --> 00:34:32,446 Inilah yang jadi apabila kita mengamuk! 507 00:34:32,530 --> 00:34:35,991 Saya tak mahu lagi lihat ibu saya melalui semua ini! 508 00:34:36,075 --> 00:34:37,159 Tidak lagi, Jeffrey! 509 00:34:37,243 --> 00:34:40,663 Jeffrey, saya benci awak, bangsat! 510 00:34:40,746 --> 00:34:41,872 Saya benci awak! 511 00:34:41,956 --> 00:34:44,208 Inilah orang yang mengamuk! 512 00:34:44,291 --> 00:34:46,919 Jangan cari pasal dengan saya! Saya akan bunuh awak! 513 00:34:47,002 --> 00:34:49,964 Pandang saya, bangsat! 514 00:34:51,298 --> 00:34:54,677 En. Dahmer, sebelum saya menjatuhkan hukuman, 515 00:34:54,760 --> 00:34:58,139 saya difahamkan yang awak ingin buat pernyataan? 516 00:34:58,222 --> 00:34:59,348 Ya, Yang Arif. 517 00:35:26,458 --> 00:35:29,670 Yang Arif, ia dah berakhir. 518 00:35:30,880 --> 00:35:33,841 Saya tak pernah cuba melepaskan diri. 519 00:35:35,092 --> 00:35:36,886 Saya tak mahu kebebasan. 520 00:35:37,761 --> 00:35:39,889 Terus terang, saya mahu mati. 521 00:35:41,765 --> 00:35:45,644 Ini cuma untuk memaklumkan kepada semua orang yang perbuatan saya 522 00:35:45,728 --> 00:35:47,354 bukan berasaskan kebencian. 523 00:35:47,855 --> 00:35:49,231 Saya tak benci sesiapa. 524 00:35:49,732 --> 00:35:53,027 Saya tahu saya gila, jahat atau kedua-duanya sekali. 525 00:35:53,736 --> 00:35:55,696 Sekarang, saya percaya saya gila. 526 00:35:56,280 --> 00:35:58,991 Doktor beritahu saya yang saya gila, 527 00:35:59,074 --> 00:36:01,076 dan sekarang saya rasa tenang. 528 00:36:01,911 --> 00:36:03,913 Saya tahu perbuatan saya dahsyat 529 00:36:04,413 --> 00:36:08,584 dan saya cuba menebusnya selepas saya ditahan, 530 00:36:09,084 --> 00:36:11,128 tapi walau apa yang saya buat, 531 00:36:11,212 --> 00:36:14,423 saya tak dapat mengubah segalanya. 532 00:36:14,506 --> 00:36:19,929 Perkara terbaik yang saya mampu buat cuma dengan mengenal pasti mayat. 533 00:36:20,012 --> 00:36:22,431 Tapi itu pun taklah berguna sangat. 534 00:36:22,514 --> 00:36:25,684 Saya rasa bersalah terhadap keluarga mangsa 535 00:36:26,352 --> 00:36:28,687 dan mereka berhak marah. 536 00:36:29,730 --> 00:36:32,399 Saya tahu saya akan dipenjara seumur hidup… 537 00:36:42,660 --> 00:36:45,329 Kami berada di luar Mahkamah Daerah Milwaukee 538 00:36:45,412 --> 00:36:48,749 dan sebentar tadi, Hakim Laurence Gram menjatuhkan 539 00:36:48,832 --> 00:36:53,754 15 hukuman penjara seumur hidup berturut-turut kepada Jeffrey Dahmer. 540 00:36:53,837 --> 00:36:56,924 Satu hukuman penjara seumur hidup bagi setiap mangsa. 541 00:36:57,007 --> 00:36:58,133 Mak tak apa-apa? 542 00:37:00,886 --> 00:37:03,264 Ya, mak baik. 543 00:37:04,014 --> 00:37:07,059 Kita berjaya buat dia dipenjara 544 00:37:07,977 --> 00:37:10,229 dan dia takkan dapat keluar lagi. 545 00:37:25,369 --> 00:37:27,913 Nampaknya saya dah dapat hukuman sewajarnya. 546 00:37:29,123 --> 00:37:30,165 Anakku. 547 00:37:34,962 --> 00:37:36,422 - Tak apa, ayah. - Ya. 548 00:37:36,505 --> 00:37:37,631 Kita dah cuba. 549 00:37:37,715 --> 00:37:43,095 Nak, kita cuma ada beberapa minit, jadi ayah nak beritahu kamu sesuatu. 550 00:37:46,140 --> 00:37:50,644 Ayah dah cuba cari orang yang bertanggungjawab atas semua ini, 551 00:37:51,145 --> 00:37:54,106 dan menyalahkan semua orang kecuali ayah. 552 00:37:55,691 --> 00:37:59,194 Tapi ayahlah yang bertanggungjawab. 553 00:37:59,278 --> 00:38:00,946 - Usah kata begitu. - Sayang… 554 00:38:01,030 --> 00:38:03,574 Okey, diam, Jeff. Tolong dengar cakap ayah. 555 00:38:04,074 --> 00:38:05,743 Ayah buat kamu jadi begini. 556 00:38:05,826 --> 00:38:09,413 Ayah tak patut kerat-kerat bangkai. 557 00:38:09,496 --> 00:38:11,540 Ayah tak patut tunjuk kepada kamu, 558 00:38:11,623 --> 00:38:15,753 dan fantasi kamu tentang bunuh orang dan perbuatan kejam lain… 559 00:38:15,836 --> 00:38:20,549 Ayah sepatutnya buat kamu rasa selesa untuk beritahu ayah tentangnya. 560 00:38:21,050 --> 00:38:21,967 Faham? 561 00:38:24,553 --> 00:38:27,973 Kerana ayah pun pernah rasa begitu. 562 00:38:31,185 --> 00:38:33,312 Ayah turunkan sifat itu kepada kamu. 563 00:38:39,610 --> 00:38:45,699 Ayah juga tak benar-benar membantu ketika kamu memerlukan bantuan. 564 00:38:45,783 --> 00:38:48,243 Semasa kamu di penjara, ayah tulis surat kepada hakim. 565 00:38:48,327 --> 00:38:50,621 Ayah kata, "Anak saya perlu bantuan," 566 00:38:50,704 --> 00:38:54,666 tapi ayah tak ambil langkah susulan dan itu tak mencukupi, dan… 567 00:38:57,503 --> 00:38:59,129 Ayah bukan bapa yang baik, 568 00:39:01,173 --> 00:39:03,217 kerana ayah bukan suami yang baik, 569 00:39:03,801 --> 00:39:06,845 dan kamu rasa tak selamat. 570 00:39:12,309 --> 00:39:15,938 Ayah biar kamu bersendirian. Tak sangka ayah buat begitu. 571 00:39:17,106 --> 00:39:20,442 Maafkan ayah kerana tinggalkan kamu sendirian. 572 00:39:20,526 --> 00:39:21,485 Dia perlu pergi. 573 00:39:21,568 --> 00:39:24,863 Ayah takkan dapat memaafkan diri ayah. 574 00:39:25,739 --> 00:39:28,492 Okey, tapi ayah takkan tinggalkan kamu lagi. 575 00:39:28,575 --> 00:39:32,162 Ayah janji, nak. Ayah akan tebus kesilapan ayah. 576 00:39:32,246 --> 00:39:35,541 Ayah akan melawat setiap minggu dan selalu telefon. 577 00:39:46,176 --> 00:39:49,096 Saya dah lama tahu ini akan berlaku. 578 00:39:50,264 --> 00:39:52,599 Terlalu banyak yang perlu saya luahkan. 579 00:39:54,017 --> 00:39:57,146 Tapi saya tak dapat meluahkannya dengan kata-kata 580 00:39:58,230 --> 00:40:00,607 kerana ia terlalu dahsyat. 581 00:40:02,693 --> 00:40:05,904 Kata-kata tidak dapat menggambarkan kesedihan saya. 582 00:40:08,907 --> 00:40:13,912 Apabila saya cuba bertanggungjawab atas penglibatan saya dalam semua ini, 583 00:40:14,413 --> 00:40:17,249 perasaannya amat perit. 584 00:40:19,710 --> 00:40:22,212 Tapi menafikan yang saya terlibat 585 00:40:22,880 --> 00:40:25,799 bukan sesuatu yang saya layak buat 586 00:40:26,925 --> 00:40:29,136 kerana saya tahu ia tak benar. 587 00:40:31,805 --> 00:40:33,432 Mak kecewakan kamu, Jeff, 588 00:40:34,057 --> 00:40:37,769 dan mak minta maaf kerana gagal menjadi ibu yang kamu perlukan. 589 00:40:39,229 --> 00:40:43,567 Saya juga tak mampu lagi hidup dengan rasa bersalah itu. 590 00:40:44,860 --> 00:40:47,488 Kepada semua mangsa Jeff, 591 00:40:47,571 --> 00:40:51,867 saya tak dapat gambarkan betapa kesalnya perasaan saya. 592 00:40:52,409 --> 00:40:55,287 Jadi, tak ada gunanya saya cuma menggambarkannya. 593 00:40:56,788 --> 00:41:01,043 Kepada anak mak, David, maafkan mak. 594 00:41:01,126 --> 00:41:04,087 Kamu berjaya mengatasi semua ini 595 00:41:04,713 --> 00:41:07,591 dan maafkan mak kerana mak tak mampu. 596 00:41:08,258 --> 00:41:10,636 Mak sayang kamu dan abang kamu. 597 00:41:13,430 --> 00:41:15,307 Mak dah cuba yang terbaik. 598 00:41:25,192 --> 00:41:26,151 Sayang… 599 00:41:26,235 --> 00:41:28,529 Sekejap. Saya sedang mengarang. 600 00:41:29,196 --> 00:41:31,031 Semasa Jeff… 601 00:41:31,532 --> 00:41:33,659 Awak ingat hari Krismas sebelum Jeff jadi askar? 602 00:41:33,742 --> 00:41:34,701 Okey, tapi… 603 00:41:34,785 --> 00:41:36,328 Sebentar. 604 00:41:39,331 --> 00:41:42,125 Tak sangka menulis buku ialah sesuatu 605 00:41:42,626 --> 00:41:44,836 yang saya sepatutnya dah lama buat. 606 00:41:46,421 --> 00:41:47,881 Rasanya saya berbakat. 607 00:41:47,965 --> 00:41:51,385 Lionel, saya baru cakap dengan David. 608 00:41:51,468 --> 00:41:52,761 Joyce selamat. 609 00:41:53,595 --> 00:41:56,223 Tapi dia kata Joyce cuba bunuh diri. 610 00:41:57,808 --> 00:41:59,101 Ya Tuhan. 611 00:42:00,811 --> 00:42:02,062 Ya Tuhan. 612 00:42:06,441 --> 00:42:07,317 Dia selamat? 613 00:42:08,735 --> 00:42:09,611 Ya. 614 00:42:10,279 --> 00:42:11,113 Okey. 615 00:42:13,782 --> 00:42:15,200 Saya akan telefon David. 616 00:42:30,799 --> 00:42:31,800 Terima kasih. 617 00:42:33,719 --> 00:42:35,804 Kami gembira dapat kembali. 618 00:42:36,305 --> 00:42:38,640 Terima kasih atas sokongan kamu. 619 00:42:40,017 --> 00:42:42,686 Ia amat bermakna dan 620 00:42:44,146 --> 00:42:46,481 kami gembira kerana ada sokongan kamu. 621 00:42:46,565 --> 00:42:47,691 - Ya! - Ya! 622 00:42:50,402 --> 00:42:51,820 - Terima kasih. - Terima kasih. 623 00:42:51,903 --> 00:42:54,281 - Saya gembira awak kembali. Apa khabar? - Bobby! 624 00:42:54,364 --> 00:42:56,742 Saya hargai panggilan itu, datuk bandar. 625 00:42:58,327 --> 00:42:59,995 Ya, saya pun. 626 00:43:03,832 --> 00:43:04,875 Apa yang berlaku? 627 00:43:05,667 --> 00:43:11,131 Dua polis yang hantar Konerak kepada Jeffrey Dahmer 628 00:43:12,215 --> 00:43:14,009 dah dibenarkan bekerja semula. 629 00:43:14,092 --> 00:43:14,968 Apa? 630 00:43:15,802 --> 00:43:17,763 Mereka kena marah saja? 631 00:43:17,846 --> 00:43:20,098 Datuk bandar akan buat rayuan. 632 00:43:20,182 --> 00:43:21,850 Bagaimana kalau ia gagal? 633 00:43:23,310 --> 00:43:24,561 Maka, kita… 634 00:43:26,229 --> 00:43:28,065 teruskan perjuangan seterusnya, 635 00:43:29,358 --> 00:43:30,692 dan yang seterusnya, 636 00:43:34,821 --> 00:43:36,031 dan yang seterusnya. 637 00:45:49,080 --> 00:45:51,625 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin