1 00:01:44,354 --> 00:01:45,563 Dia bangun. 2 00:01:45,647 --> 00:01:46,689 Dia berdiri. 3 00:01:46,773 --> 00:01:48,274 Saya ingat dah berakhir! 4 00:01:48,358 --> 00:01:50,777 Tuan Pengerusi, lari! 5 00:01:52,862 --> 00:01:53,780 Saya dah agak. 6 00:01:55,949 --> 00:01:59,536 Pickle, saya dah puas berseronok. 7 00:02:01,496 --> 00:02:04,082 Ambillah saya. Ambillah nyawa saya. 8 00:02:04,624 --> 00:02:07,043 Jangan! 9 00:02:15,385 --> 00:02:16,928 Bagaimana, Pickle? 10 00:02:18,096 --> 00:02:19,722 Sedap tak saya? 11 00:02:23,017 --> 00:02:24,185 Tidak! 12 00:02:26,271 --> 00:02:28,439 Saya akan tunaikan janji saya. 13 00:02:29,023 --> 00:02:32,944 Selepas sampai sejauh ini, saya tahu saya takkan selamat. 14 00:02:33,528 --> 00:02:36,406 Awak menang. Makanlah saya. 15 00:02:37,532 --> 00:02:40,702 Usahkan lengan. Usahkan kaki. 16 00:02:41,828 --> 00:02:43,121 Usahkan kepala. 17 00:02:44,455 --> 00:02:45,707 Semua pun tak apa. 18 00:02:54,048 --> 00:02:56,968 Dia nak biarkan dirinya dimakan. Dia benar-benar nak buat. 19 00:03:06,144 --> 00:03:07,687 Maafkan saya, Pickle. 20 00:03:07,770 --> 00:03:10,023 Namun, ini bukan zaman dinosaur. 21 00:03:10,106 --> 00:03:12,984 Saya tak boleh tunaikan janji saya. 22 00:03:22,577 --> 00:03:25,330 Mereka tak guna peluru. Maafkan saya. 23 00:03:27,665 --> 00:03:28,499 Doppo! 24 00:03:29,417 --> 00:03:30,251 Tuan Pengarah. 25 00:03:30,335 --> 00:03:31,252 Tuan Pengasas. 26 00:03:32,253 --> 00:03:34,589 Suruh mereka letakkan senjata. 27 00:03:37,091 --> 00:03:40,511 Tuan Yang Mulia, takkanlah awak 28 00:03:41,179 --> 00:03:44,933 nak bawa aib kepada anak saya? 29 00:03:45,016 --> 00:03:46,267 Apa? 30 00:03:46,851 --> 00:03:52,523 Ada perjanjian tersirat sesama lelaki antara Katsumi dan Pickle. 31 00:03:53,524 --> 00:03:57,278 Awak tak boleh masuk campur. 32 00:03:58,947 --> 00:04:01,783 Dia akan tunaikan janjinya. 33 00:04:11,209 --> 00:04:16,047 Tanpa mengira zaman, bangsa, budaya, dan kepintaran, 34 00:04:17,173 --> 00:04:21,135 ada satu kelakuan yang diamalkan oleh manusia meski berbeza latar belakang. 35 00:04:24,097 --> 00:04:26,891 Kuasa alam menjangkaui pemahaman manusia. 36 00:04:27,725 --> 00:04:30,812 Apabila berdepan ancaman di luar kawalan mereka, 37 00:04:31,729 --> 00:04:35,441 manusia menzahirkan sifat kemanusiaan yang tak mudah ditiru. 38 00:04:36,651 --> 00:04:40,697 Apabila berdepan kasih sayang, keazaman diri, atau kelembutan, 39 00:04:41,698 --> 00:04:45,451 entah kenapa, manusia menyatukan kedua-dua tapak tangannya. 40 00:04:48,204 --> 00:04:50,498 Lengan Katsumi sepatutnya jadi simbol kemenangan, 41 00:04:50,581 --> 00:04:53,418 tapi ia diberikan oleh seorang kawan. 42 00:04:55,128 --> 00:04:57,880 Walaupun dia buas, dia tetap manusia. 43 00:04:59,090 --> 00:05:01,926 Walaupun dia lelaki primitif, dia tetap kawannya. 44 00:05:14,272 --> 00:05:15,106 Dicabar. 45 00:05:15,773 --> 00:05:16,607 Bertarung. 46 00:05:17,275 --> 00:05:18,109 Menang. 47 00:05:18,943 --> 00:05:19,861 Makan. 48 00:05:20,695 --> 00:05:21,529 Diserang. 49 00:05:22,030 --> 00:05:22,864 Lawan balik. 50 00:05:23,698 --> 00:05:24,615 Bertarung. 51 00:05:25,283 --> 00:05:26,117 Menang. 52 00:05:27,076 --> 00:05:28,119 Makan. 53 00:05:28,953 --> 00:05:33,624 Pada zaman yang sentiasa ada pertarungan, makanan tak pernah tak cukup. 54 00:05:34,751 --> 00:05:37,128 Sentiasa ada lawan yang jadi sumber makanan. 55 00:05:38,504 --> 00:05:40,631 Dia bertarung dengan lawan terkuat. 56 00:05:41,591 --> 00:05:43,468 Dia tak perlu menahan diri. 57 00:05:44,802 --> 00:05:47,221 Lawannya jauh lebih besar dan kuat. 58 00:05:50,350 --> 00:05:51,476 Dia berasa bangga. 59 00:05:53,644 --> 00:05:54,771 Kini, 60 00:05:55,563 --> 00:05:59,776 dia bertarung dengan lawan baru, lawan yang lebih kecil daripadanya. 61 00:06:00,443 --> 00:06:02,528 Lawannya menendang dengan kaki kecilnya 62 00:06:02,612 --> 00:06:04,822 dan menumbuk dengan tangan kecilnya. 63 00:06:05,990 --> 00:06:09,869 Dia makhluk lemah yang tiada cakar, taring, mahupun racun. 64 00:06:11,788 --> 00:06:14,791 Namun, serangannya sangat kuat. 65 00:06:15,500 --> 00:06:16,542 Taring makhluk itu, 66 00:06:17,126 --> 00:06:18,544 tanduk makhluk itu, 67 00:06:18,628 --> 00:06:21,631 dan kuasa memijak makhluk itu. Dia setanding dengan kesemuanya. 68 00:06:24,175 --> 00:06:26,803 Sesetengah benda boleh difahami tanpa bahasa. 69 00:06:28,054 --> 00:06:31,682 Kemungkinan besar, si jantan kecil ini melakukan korban. 70 00:06:32,934 --> 00:06:35,395 Walaupun tidak tahu perkataan "korban", 71 00:06:35,478 --> 00:06:37,605 dia faham inti pati korban. 72 00:06:39,774 --> 00:06:45,696 Si jantan ini memperoleh senjata berkuasa setelah berusaha bertungkus lumus. 73 00:06:46,656 --> 00:06:48,574 Walaupun dengan tangan yang kecil, 74 00:06:48,658 --> 00:06:50,576 walaupun dengan kaki yang kecil… 75 00:06:51,911 --> 00:06:54,622 Walaupun tanpa bahasa, Pickle memahami sesuatu. 76 00:06:55,331 --> 00:06:57,834 Dia mengubah anggota badannya yang kecil dan lembut itu 77 00:06:57,917 --> 00:06:58,835 menjadi taring, 78 00:06:58,918 --> 00:06:59,836 tanduk 79 00:06:59,919 --> 00:07:02,088 dan cakar. 80 00:07:03,714 --> 00:07:05,883 Pencapaian ini satu khazanah yang tiada ganti. 81 00:07:07,385 --> 00:07:10,221 Namun, dia tetap mengorbankan khazanah yang tak ternilai itu. 82 00:07:11,431 --> 00:07:12,348 Usaha, 83 00:07:12,432 --> 00:07:13,307 pengorbanan, 84 00:07:13,391 --> 00:07:14,517 kerapuhan, 85 00:07:14,600 --> 00:07:15,601 pengukuhan, 86 00:07:15,685 --> 00:07:16,602 penyempurnaan, 87 00:07:16,686 --> 00:07:17,520 dan khazanah. 88 00:07:20,398 --> 00:07:23,693 Dia faham semua itu walaupun tak mengetahui perkataannya. 89 00:07:24,694 --> 00:07:27,447 Buat pertama kalinya, dia pilih untuk berundur dan berlapar. 90 00:07:27,947 --> 00:07:32,660 Tubuh Pickle dipenuhi dengan kepuasan yang sukar diterangkan. 91 00:07:44,338 --> 00:07:45,298 Kenapa? 92 00:07:45,965 --> 00:07:50,011 Penonton seramai 55,000 orang dah hilang. 93 00:07:51,179 --> 00:07:54,765 Ahli Shinshinkai seramai 55,000 orang telah mengisi stadium itu. 94 00:07:55,892 --> 00:07:59,020 Sebenarnya, tiada seorang pun yang beredar. 95 00:07:59,645 --> 00:08:03,024 Setiap ahli sedang melutut. 96 00:08:05,193 --> 00:08:11,157 Mereka tak sanggup memandang ketua yang mereka hormati itu. 97 00:08:11,991 --> 00:08:13,409 Tanpa diarah, 98 00:08:13,993 --> 00:08:15,995 mereka semua melutut. 99 00:08:16,496 --> 00:08:20,333 Mereka menunjukkan kesetiaan mereka dengan menundukkan pandangan. 100 00:08:28,007 --> 00:08:30,927 Baki berasa sangat kesal. 101 00:08:37,266 --> 00:08:40,186 Saya tak sangka awak yang akan lawan dulu. 102 00:08:40,686 --> 00:08:44,065 Dia cakap begitu kerana tak dapat menahan rasa cemburu. 103 00:08:44,732 --> 00:08:47,068 Ketua manja yang kuat main-main ini… 104 00:08:47,151 --> 00:08:51,531 Siapa sangka dia akan berubah menjadi seorang yang begitu mulia. 105 00:08:53,157 --> 00:08:54,575 Ayahnya sangat bangga. 106 00:08:55,159 --> 00:08:58,371 Walaupun tiada pertalian darah, mereka ayah dan anak. 107 00:08:59,664 --> 00:09:01,916 Apabila dia kenang balik, mungkin itulah detiknya. 108 00:09:02,416 --> 00:09:06,420 Ketika dia memberitahu tentang kekalahan Raja Laut Retsu. 109 00:09:07,797 --> 00:09:09,966 Ayah yang tak faham. 110 00:09:10,800 --> 00:09:12,051 Biar saya ulang. 111 00:09:12,635 --> 00:09:15,721 Itulah yang dimaksudkan memandang rendah! 112 00:09:16,931 --> 00:09:21,227 Dia dapat rasa sesuatu daripada anaknya yang tak pernah ada sebelum ini. 113 00:09:21,310 --> 00:09:23,771 Dia cuba untuk berubah. 114 00:09:25,690 --> 00:09:27,608 Memang sukar dipercayai. 115 00:09:28,192 --> 00:09:30,611 Perubahannya memang hebat. 116 00:09:30,695 --> 00:09:32,029 Di mana Pickle? 117 00:09:33,239 --> 00:09:34,657 Awak tak dengarkah? 118 00:09:34,740 --> 00:09:38,869 Raungan yang menggegarkan segenap penjuru. 119 00:09:41,038 --> 00:09:43,874 Walaupun Pickle tak nampak cedera, 120 00:09:43,958 --> 00:09:48,254 baginya, perlawanan tadi sangat hebat. 121 00:09:58,347 --> 00:09:59,348 Ini teh Cina. 122 00:10:02,059 --> 00:10:03,436 Saya yang adun sendiri. 123 00:10:07,231 --> 00:10:09,525 Sedap betul baunya. 124 00:10:13,529 --> 00:10:14,363 Sedap. 125 00:10:15,406 --> 00:10:17,908 Daun teh di dalam teh Cina ditapai. 126 00:10:18,618 --> 00:10:21,203 Itu sebab aroma dan rasanya sangat kuat. 127 00:10:22,079 --> 00:10:23,289 Memang kuat pun. 128 00:10:24,749 --> 00:10:28,919 Teh hijau gyokuro Jepun pun sedap, tapi saya rasa tak puas minum. 129 00:10:29,503 --> 00:10:32,923 Nanti saya akan buatkan teh gyokuro yang sedap untuk awak. 130 00:10:33,507 --> 00:10:37,428 Teh bancha, sencha dan hojicha tidak ditapai, 131 00:10:37,511 --> 00:10:38,929 tapi rasanya sedap. 132 00:10:39,722 --> 00:10:43,976 Katsumi, saya tahu saya tak patut cakap begini kepada awak 133 00:10:44,477 --> 00:10:46,937 kerana awak dah kehilangan lengan. 134 00:10:48,856 --> 00:10:50,524 Namun, saya cemburukan awak. 135 00:10:52,693 --> 00:10:54,320 Ia sangat menyakitkan hati. 136 00:10:58,407 --> 00:11:00,326 Saya takkan merendah diri. 137 00:11:00,409 --> 00:11:03,788 Mana-mana pengamal bela diri yang suka bertarung pasti akan cemburu. 138 00:11:03,871 --> 00:11:05,539 Pertarungan itu memang hebat. 139 00:11:06,791 --> 00:11:08,250 Saya akui itu benar. 140 00:11:08,751 --> 00:11:12,380 Namun begitu, perlu diingat, 141 00:11:12,463 --> 00:11:14,298 saya tak mencapainya sendirian. 142 00:11:14,799 --> 00:11:19,261 Semuanya hasil bantuan awak, Raja Laut Retsu, dan Maharaja Laut Kaku. 143 00:11:21,263 --> 00:11:25,476 Tak lupa juga, orang sebelum kita di China, Okinawa dan Jepun, 144 00:11:26,060 --> 00:11:28,437 yang selama ribuan tahun, 145 00:11:29,188 --> 00:11:32,858 tak pernah berhenti berkembang. 146 00:11:33,693 --> 00:11:39,657 Nafas dan kehangatan ratusan ribu dan jutaan orang sebelum kita. 147 00:11:41,367 --> 00:11:43,411 Ia akan berterusan selama-lamanya. 148 00:11:43,911 --> 00:11:45,746 Saya dapat rasakannya sekarang. 149 00:11:46,956 --> 00:11:50,084 Saya bertuah dapat mewakili semua itu. 150 00:11:50,167 --> 00:11:53,379 Pertarungan itu ialah kerjasama antara Jepun dan China. 151 00:11:56,966 --> 00:11:58,676 Namun, awak tetap tak menang. 152 00:11:59,218 --> 00:12:00,094 Hai. 153 00:12:01,220 --> 00:12:03,264 - Hai. - Berani awak cakap begitu! 154 00:12:05,599 --> 00:12:06,642 Itu sesuatu 155 00:12:07,268 --> 00:12:09,395 yang patut dikatakan. 156 00:12:10,396 --> 00:12:11,230 Baki, 157 00:12:11,731 --> 00:12:14,984 saya mungkin tak cukup kuat, tapi saya dah lawan sedaya upaya. 158 00:12:15,484 --> 00:12:17,236 Awak tak boleh nafikannya. 159 00:12:17,737 --> 00:12:20,406 Takkan ada pertarungan lebih hebat bagi saya. 160 00:12:21,449 --> 00:12:24,410 Awak rasa awak boleh sambung perjuangan saya? 161 00:12:47,850 --> 00:12:48,851 Sudah semestinya. 162 00:12:51,771 --> 00:12:53,689 Semua orang tergamam melihatnya. 163 00:12:54,273 --> 00:12:56,525 Lelaki itu cuma berjalan. 164 00:12:57,026 --> 00:12:59,695 Namun, orang-orang di jalanan… 165 00:13:01,906 --> 00:13:04,450 semuanya berhenti sejenak. 166 00:13:05,618 --> 00:13:07,453 Namun, dia cuma berjalan. 167 00:13:09,497 --> 00:13:14,835 Perumpamaannya sama seperti seekor impala yang berjalan di savana Afrika. 168 00:13:15,795 --> 00:13:16,921 Tidak semena-mena, 169 00:13:18,297 --> 00:13:21,842 ia terserempak dengan seekor citah. 170 00:13:22,676 --> 00:13:27,139 Citah mampu memecut dari sifar kepada 110 km sejam dalam masa empat saat. 171 00:13:27,640 --> 00:13:28,974 Ia haiwan terpantas. 172 00:13:30,684 --> 00:13:32,311 Impala itu sungguh malang. 173 00:13:33,687 --> 00:13:37,107 Impala itu dalam keadaan yang sangat terdesak 174 00:13:37,942 --> 00:13:40,945 hinggakan badannya menggigil dan tak dapat bergerak. 175 00:13:42,238 --> 00:13:45,741 Itulah yang sedang berlaku ketika ini. 176 00:13:46,742 --> 00:13:51,330 Tiada sesiapa tahu namanya. Dia cuma orang asing yang lalu-lalang. 177 00:13:52,748 --> 00:13:56,377 Walaupun tidak tahu apa-apa mengenai dirinya, 178 00:13:57,962 --> 00:14:02,216 60 trilion sel di dalam badan mereka bertindak dulu sebelum otak mereka. 179 00:14:10,766 --> 00:14:14,687 Awak tak nampak macam nak bertarung. 180 00:14:16,522 --> 00:14:18,774 Saya nak ajak awak minum sebentar. 181 00:14:22,152 --> 00:14:24,697 - Perkara yang saya kata? - Ya. 182 00:14:24,780 --> 00:14:28,200 Apabila saya kenang balik, itulah permulaannya. 183 00:14:29,743 --> 00:14:31,954 Jika awak tak cakap begitu… 184 00:14:32,538 --> 00:14:35,291 Itu sebab tiada sesiapa nak mendampingi awak. 185 00:14:35,374 --> 00:14:37,918 Usahkan saya dan Baki, ayah awak pun sama. 186 00:14:39,962 --> 00:14:42,172 …satu-satunya anak saya, Katsumi, 187 00:14:42,256 --> 00:14:44,466 pasti takkan berubah. 188 00:14:55,060 --> 00:14:57,563 Nikmatinya perlahan-lahan. 189 00:15:12,119 --> 00:15:14,872 Kucing pun boleh berubah menjadi singa. 190 00:15:15,456 --> 00:15:20,711 Bagi seorang budak manja yang tak berguna, perkara yang dilakukannya boleh tahan. 191 00:15:21,921 --> 00:15:24,131 Namun begitu, Doppo Orochi… 192 00:15:28,719 --> 00:15:32,264 Awak dah buat silap besar. 193 00:15:36,268 --> 00:15:37,645 Memang betul kata awak. 194 00:15:42,066 --> 00:15:44,777 Jadi, awak sendiri sedar? 195 00:15:45,611 --> 00:15:49,365 Saya rasa jijik dengan diri saya sekarang. 196 00:15:49,907 --> 00:15:52,242 Saya terlalu berlembut. 197 00:15:52,868 --> 00:15:53,786 Hei. 198 00:15:54,662 --> 00:15:56,664 Ya? 199 00:15:56,747 --> 00:15:58,749 Beri saya Port Ellen, 10 tahun. 200 00:15:58,832 --> 00:16:00,542 Baik, tuan. 201 00:16:02,252 --> 00:16:04,463 Tuan nak hidang macam mana? 202 00:16:04,546 --> 00:16:06,799 Dengan ais atau kosong saja? 203 00:16:07,466 --> 00:16:09,051 Beri saya botol itu dan koleh. 204 00:16:15,015 --> 00:16:16,350 Apa? 205 00:16:21,522 --> 00:16:24,775 Dia nak minum Scotch secara terus daripada koleh? 206 00:16:24,858 --> 00:16:28,445 Dia nak minum Scotch 70 peratus alkohol terus daripada koleh? 207 00:16:33,200 --> 00:16:35,536 Apa maksudnya awak terlalu berlembut? 208 00:16:36,203 --> 00:16:37,454 Ya. 209 00:16:37,538 --> 00:16:42,710 Saya terlalu terpesona melihat Katsumi membesar hinggakan saya lupa. 210 00:16:43,293 --> 00:16:46,380 Melihat anak saya mengatasi halangan dan cabaran, 211 00:16:46,463 --> 00:16:49,508 melihat perkembangan luar biasanya 212 00:16:49,591 --> 00:16:51,927 buat saya jadi lupa tanggungjawab saya. 213 00:16:53,012 --> 00:16:55,055 Tanggungjawab seorang pengamal seni bela diri. 214 00:16:57,558 --> 00:17:00,978 Walaupun antara bapa dan anak, tak boleh ada sifat lembut. 215 00:17:01,770 --> 00:17:03,772 Walaupun itu yang saya ajar, 216 00:17:03,856 --> 00:17:06,984 walaupun itu yang dituntut oleh seni bela diri, 217 00:17:07,693 --> 00:17:11,488 kita semua rasa sentimental apabila melihat perkembangan sesuatu. 218 00:17:12,656 --> 00:17:14,658 Karate terkuat di dunia? 219 00:17:15,200 --> 00:17:16,827 Mengarut betul. 220 00:17:31,925 --> 00:17:33,093 Doppo Orochi. 221 00:17:35,137 --> 00:17:36,889 Mengaku pun awak. 222 00:17:39,308 --> 00:17:42,311 Jauh di dalam tanah di Colorado, 223 00:17:42,394 --> 00:17:46,607 di dalam lapisan batu garam setebal 1,000 meter, 224 00:17:47,775 --> 00:17:53,530 ada seorang pahlawan purba yang telah membeku selama 190 juta tahun. 225 00:17:54,531 --> 00:17:58,702 Selepas itu, dia dibangkitkan semula dengan mudah pada zaman moden. 226 00:18:00,329 --> 00:18:04,541 Doppo, bagaimana awak mentafsirkannya? 227 00:18:05,042 --> 00:18:07,377 Maafkan saya. Beri saya pen dan kertas. 228 00:18:08,170 --> 00:18:09,046 Baiklah. 229 00:18:11,173 --> 00:18:13,008 Begini. 230 00:18:13,092 --> 00:18:17,596 Pickle telah tidur selama 190 juta tahun. 231 00:18:18,097 --> 00:18:20,724 Umur lebih kurang 50 tahun pula 232 00:18:20,808 --> 00:18:23,685 ialah umur kita boleh bertarung secara aktif. 233 00:18:23,769 --> 00:18:25,437 Jawapannya ialah 234 00:18:26,605 --> 00:18:29,191 satu per 3,800,000. 235 00:18:29,775 --> 00:18:31,151 Oh, begitu. 236 00:18:31,777 --> 00:18:34,279 Dari sudut matematik, 237 00:18:34,363 --> 00:18:40,244 jumlah di bawah satu per 300,000 dikira sebagai sifar peratus. 238 00:18:40,327 --> 00:18:44,665 Dengan kata lain, kejadian ini tak sepatutnya berlaku. 239 00:18:44,748 --> 00:18:46,542 Angka ini 240 00:18:47,417 --> 00:18:49,211 bukan satu kebetulan. 241 00:18:52,047 --> 00:18:53,549 Kita perlu berbangga. 242 00:18:54,049 --> 00:18:57,803 Entiti yang Maha Agung telah menyedarinya. 243 00:18:59,304 --> 00:19:01,265 Entiti yang berkuasa di atas sana 244 00:19:01,807 --> 00:19:04,977 mengatakan bahawa ini saja waktunya untuk menentukan orang terkuat 245 00:19:05,060 --> 00:19:07,563 dalam sejarah Bumi. 246 00:19:17,614 --> 00:19:18,866 Hebatnya! 247 00:19:19,366 --> 00:19:20,993 Ini tak pernah berlaku. 248 00:19:22,369 --> 00:19:26,498 Saya sikit pun tak dapat nak bayangkan dirinya. 249 00:19:28,333 --> 00:19:29,293 Pickle… 250 00:19:29,376 --> 00:19:31,753 Awak memang menakjubkan. 251 00:19:32,421 --> 00:19:34,089 Apakah awak sebenarnya? 252 00:19:34,590 --> 00:19:37,009 Saya tak dapat nak gambarkan. 253 00:19:37,759 --> 00:19:40,512 Saya dah lihat dia dengan mata saya sendiri. 254 00:19:40,596 --> 00:19:42,639 Dia dah terpahat dalam ingatan saya. 255 00:19:43,682 --> 00:19:46,643 Tangan yang luar biasa panjang dan menakutkan. 256 00:19:47,853 --> 00:19:51,899 Kaki seakan-akan spring yang membolehkannya bergerak pantas. 257 00:19:52,482 --> 00:19:56,403 Mata jernih yang membara dengan semangat zaman dahulu kala. 258 00:19:57,362 --> 00:19:58,363 Kulitnya. 259 00:19:58,447 --> 00:19:59,281 Mulutnya. 260 00:19:59,781 --> 00:20:01,241 Taringnya yang terjojol. 261 00:20:02,242 --> 00:20:04,328 Penampilannya semasa bertarung. 262 00:20:06,079 --> 00:20:07,080 Namun, 263 00:20:07,873 --> 00:20:11,710 saya tak dapat gambarkan dia melawan saya. 264 00:20:12,211 --> 00:20:14,129 Saya tak dapat bayangkannya. 265 00:20:20,177 --> 00:20:21,303 Retsu. 266 00:20:23,013 --> 00:20:24,806 Kilang raksasa awak. 267 00:20:24,890 --> 00:20:27,809 Macam yang saya jangka. Biasa-biasa saja. 268 00:20:28,393 --> 00:20:29,478 Awak berlatih, ya? 269 00:20:30,979 --> 00:20:33,232 Lebih kepada disedarkan. 270 00:20:34,399 --> 00:20:37,778 Disedarkan yang saya tak setara dengan makhluk buas itu. 271 00:20:39,071 --> 00:20:40,864 Apa sebenarnya Pickle itu? 272 00:20:41,698 --> 00:20:44,826 Saya tak tahu. Katsumi pun sama. 273 00:20:44,910 --> 00:20:48,580 Orang yang dah lawan dia pun tak tahu. 274 00:20:49,164 --> 00:20:52,376 Malangnya, Katsumi mahupun saya 275 00:20:52,960 --> 00:20:55,879 gagal menzahirkan potensi sebenar Pickle. 276 00:21:04,763 --> 00:21:07,349 Saya dah tak boleh tahan lagi, Retsu. 277 00:21:09,685 --> 00:21:11,228 Boleh percaya tak? 278 00:21:12,813 --> 00:21:17,901 Saya akan bertarung dengan lelaki yang luar biasa kuat itu! 279 00:21:19,236 --> 00:21:21,697 Kita tak tahu betapa kuatnya dia. 280 00:21:21,780 --> 00:21:24,616 Malah, kita tak tahu apa dia akan buat. 281 00:21:24,700 --> 00:21:27,703 Saya dapat berlawan dengan dia! 282 00:21:32,457 --> 00:21:34,293 Nampaknya, awak dah bersedia. 283 00:21:35,127 --> 00:21:37,212 Kita hubungi Tokugawa esok. 284 00:21:39,339 --> 00:21:40,924 Macam ambil mudah pula. 285 00:21:41,633 --> 00:21:43,385 Jangan hubungi dia esok. 286 00:21:44,261 --> 00:21:48,390 Esok, saya akan jumpa Pickle dulu. 287 00:21:50,809 --> 00:21:51,893 Baki, 288 00:21:52,561 --> 00:21:55,397 mungkin ini bukan sesuatu yang awak nak dengar, 289 00:21:56,315 --> 00:21:58,150 tapi apabila saya tengok awak sekarang, 290 00:21:59,735 --> 00:22:02,988 saya nampak ayah awak, Yujiro Hanma, dalam diri awak. 291 00:22:03,739 --> 00:22:06,616 Saya rasa seperti bercakap dengan Si Raksasa. 292 00:22:12,289 --> 00:22:15,042 Dah lama saya cari awak, orang primitif. 293 00:23:48,718 --> 00:23:51,138 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi