1 00:01:45,772 --> 00:01:50,026 - Buat masa ini, dia perlu kekal begini. - Baik. 2 00:01:50,110 --> 00:01:53,404 Berikan antibiotik dan ubat tahan sakit melalui tiub intravena. 3 00:01:53,905 --> 00:01:57,617 - Gantikan pembalutnya setiap 12 jam. - Baik. 4 00:01:59,869 --> 00:02:02,038 Maaf sebab telefon awak tiba-tiba. 5 00:02:02,622 --> 00:02:05,625 Tak mengapa. Saya dah buat yang termampu. 6 00:02:05,708 --> 00:02:07,794 Akan ada parut nanti. 7 00:02:08,461 --> 00:02:11,881 Tulang lehernya juga mengalami kerosakan teruk, 8 00:02:11,965 --> 00:02:13,925 tapi tiada masalah neurologi. 9 00:02:14,676 --> 00:02:17,178 Badannya pun dalam keadaan baik. 10 00:02:17,262 --> 00:02:18,930 Bagaimana dengan ini? 11 00:02:19,514 --> 00:02:22,433 Maksud awak, dia lakukannya selepas hilang kesedaran? 12 00:02:22,517 --> 00:02:25,436 Ya, ketika dia tak sedarkan diri. 13 00:02:29,190 --> 00:02:32,527 Awak pasti tahu tentang ini, Profesor Payne. 14 00:02:32,610 --> 00:02:33,695 Tahu tentang apa? 15 00:02:34,279 --> 00:02:37,198 Manusia, walaupun setelah hilang kesedaran, 16 00:02:37,782 --> 00:02:42,453 malah, walaupun setelah mati, manusia masih boleh bertindak. 17 00:02:43,204 --> 00:02:48,960 Kisah ini berlaku semasa perang, tapi ia kisah benar. 18 00:02:50,253 --> 00:02:53,590 Sekumpulan askar telah ditawan oleh pihak lawan. 19 00:02:54,215 --> 00:02:57,594 Disebabkan waktu itu perang, mereka dijatuhi hukuman mati. 20 00:02:58,428 --> 00:03:01,139 Semasa menunggu hukuman mati, 21 00:03:01,222 --> 00:03:04,559 ketua askar yang ditawan membuat usul yang mengejutkan. 22 00:03:05,059 --> 00:03:09,981 Katanya, "Selepas saya dipancung, saya akan kutip kepala saya dan lari. 23 00:03:10,982 --> 00:03:13,484 Saya akan lari melepasi askar-askar saya. 24 00:03:13,568 --> 00:03:19,282 Saya nak kalian lepaskan askar yang saya berjaya lepasi." 25 00:03:20,408 --> 00:03:22,619 Askar musuh ketawa terbahak-bahak. 26 00:03:22,702 --> 00:03:24,746 Mereka kata, "Cubalah kalau boleh." 27 00:03:25,496 --> 00:03:27,332 Dia kemudian dipancung. 28 00:03:27,832 --> 00:03:29,500 Tanpa disangka, dia berlari. 29 00:03:30,168 --> 00:03:34,005 Dia berlari melepasi semua askarnya sambil membawa kepalanya. 30 00:03:36,966 --> 00:03:38,009 Itu kisah benar. 31 00:03:38,718 --> 00:03:42,013 Dalam hal ini, itulah yang dilakukan oleh Jack Hammer. 32 00:03:42,597 --> 00:03:47,518 Ketika sedar mahupun tidur, dia hanya mencari kekuatan dalam hidupnya. 33 00:03:48,144 --> 00:03:51,022 Dia pasti memikirkan cara untuk terus berlawan 34 00:03:51,648 --> 00:03:54,817 walaupun setelah dia kalah teruk. 35 00:03:55,818 --> 00:04:01,115 Mesti dia telah menanam rancangannya di setiap penjuru sel di dalam badannya. 36 00:04:01,616 --> 00:04:04,285 Saya pasti Jack melakukan perkara sebegitu. 37 00:04:06,371 --> 00:04:09,040 Pesakit kita, Jack, dah tiada. 38 00:04:09,874 --> 00:04:11,042 Biar betul? 39 00:04:12,252 --> 00:04:13,127 Nampak tak? 40 00:04:17,674 --> 00:04:19,050 Maafkan saya. 41 00:04:19,133 --> 00:04:22,053 Maaf kerana beredar semasa pertarungan kita. 42 00:04:23,721 --> 00:04:26,307 Mari kita teruskan! 43 00:04:27,850 --> 00:04:29,310 Mari kita teruskan! 44 00:04:30,645 --> 00:04:31,813 Mari kita teruskan! 45 00:04:32,480 --> 00:04:35,316 Mari kita teruskan! 46 00:04:36,943 --> 00:04:40,405 Lima tendangan Jack singgah ke muka Pickle berturut-turut. 47 00:04:41,656 --> 00:04:45,910 Terukkah Pickle cedera? Sebenarnya, tak teruk pun. 48 00:04:47,078 --> 00:04:50,832 Dulu, setiap hari dia lawan haiwan yang ratusan kali lebih berat daripadanya. 49 00:04:51,874 --> 00:04:54,085 Walaupun kaki Jack kuat, 50 00:04:54,836 --> 00:04:57,088 dan walaupun penumbuk Jack kuat, 51 00:04:57,797 --> 00:05:00,591 berat Pickle dan berat Jack hampir sama. 52 00:05:01,342 --> 00:05:04,095 Jadi, kenapa Pickle lari? 53 00:05:04,971 --> 00:05:08,433 Ini bukan lagi tentang kekuatan atau kekuasaan. 54 00:05:09,100 --> 00:05:10,935 Saya tak pernah jumpa orang seperti dia. 55 00:05:11,436 --> 00:05:15,440 Lelaki yang tak mati setelah dibunuh, yang tak mati setelah dia mati. 56 00:05:16,441 --> 00:05:17,275 Yang itu, 57 00:05:18,109 --> 00:05:18,985 yang itu, 58 00:05:19,819 --> 00:05:20,862 dan yang itu, 59 00:05:21,529 --> 00:05:23,614 apabila ia mati, semuanya berakhir. 60 00:05:24,365 --> 00:05:27,118 Yang itu pun tidak cuba menerpa ke arahnya. 61 00:05:28,286 --> 00:05:30,121 Itulah peraturan yang sepatutnya, bukan? 62 00:05:31,039 --> 00:05:34,125 Jack Hanma, seorang petarung yang luar biasa. 63 00:05:35,043 --> 00:05:37,128 Dia latih badannya melampaui batas. 64 00:05:37,211 --> 00:05:40,340 Dia ambil dadah begitu banyak tanpa mengira akibatnya. 65 00:05:40,965 --> 00:05:45,136 Dia biar kaki dan tangannya dipotong untuk memanjangkan tulangnya. 66 00:05:45,720 --> 00:05:48,890 Dia tak peduli masa depan. Dia hidup untuk masa kini. 67 00:05:48,973 --> 00:05:52,018 Apabila difikirkan balik, kesemuanya di luar tabii. 68 00:05:52,101 --> 00:05:54,395 Tiada satu pun wujud secara semula jadi. 69 00:05:55,313 --> 00:05:57,273 Sepertimana manusia takut hantu 70 00:05:58,024 --> 00:06:00,401 dan lari daripada benda yang tak dapat diterangkan, 71 00:06:00,985 --> 00:06:04,906 Pickle juga takut dengan benda yang membentuk diri Jack. 72 00:06:05,698 --> 00:06:09,911 Namun, rasa takut seseorang ada hadnya. 73 00:06:10,536 --> 00:06:12,997 Dua minit selepas pertarungan mereka bermula, 74 00:06:14,415 --> 00:06:17,919 semangatnya sebagai makhluk yang tak pernah kalah membara. 75 00:06:41,442 --> 00:06:45,405 Ini kekalahan yang dia sendiri cari. Kekalahan yang boleh diakuinya. 76 00:06:45,905 --> 00:06:49,951 Walaupun dia mahu mengakuinya, dia dalam keadaan koma yang teruk. 77 00:06:50,701 --> 00:06:54,330 Ini kali kedua dalam hidupnya dia kalah dua kali dalam sehari. 78 00:07:02,672 --> 00:07:04,882 Oh, syukurlah. 79 00:07:04,966 --> 00:07:06,592 Awak memang kuat. 80 00:07:09,178 --> 00:07:12,014 Ini hospital tempat awak berada pagi tadi. 81 00:07:12,098 --> 00:07:13,182 Awak dah kembali. 82 00:07:16,978 --> 00:07:18,104 Lebih baik jangan. 83 00:07:18,813 --> 00:07:20,606 Cukup-cukuplah itu. 84 00:07:23,192 --> 00:07:27,071 Awak berlawan dengan khazanah budaya yang tiada tandingannya, 85 00:07:27,155 --> 00:07:30,616 dan dua kali kalian cederakan satu sama lain. Takkan ada kali ketiga. 86 00:07:30,700 --> 00:07:34,120 Sudah-sudahlah, Jack Hammer. 87 00:07:40,251 --> 00:07:42,378 Abang nak ke mana? 88 00:07:46,466 --> 00:07:50,887 Abang, saya faham sangat perasaan abang. 89 00:07:51,971 --> 00:07:56,893 Bukan sebab kita adik-beradik, tapi sebab kita lahir sebagai pahlawan. 90 00:07:57,727 --> 00:07:59,395 Itu sebab saya tahu ia dah berakhir. 91 00:08:02,106 --> 00:08:02,982 Abang! 92 00:08:04,609 --> 00:08:08,821 Hidup abang sebagai petarung dah berakhir. 93 00:08:11,949 --> 00:08:15,912 Selagi seseorang itu tak terima kekalahan, dia bukan orang yang kalah. 94 00:08:17,079 --> 00:08:21,918 Itulah prinsip yang menjadi pegangan Jack. 95 00:08:22,710 --> 00:08:26,714 Namun, selepas kali kedua tak sedarkan diri, 96 00:08:26,797 --> 00:08:30,009 perkara yang Pickle lakukan kepada Jack, 97 00:08:31,552 --> 00:08:33,804 apabila Jack dengar mengenainya, 98 00:08:34,472 --> 00:08:38,976 tiada apa-apa yang lebih memalukan baginya sebagai seorang pahlawan. 99 00:08:40,478 --> 00:08:42,563 Pickle mengangkat Jack dari tempat pertarungan. 100 00:08:43,356 --> 00:08:45,566 Dia angkat Jack dengan berhati-hati. 101 00:08:46,484 --> 00:08:49,820 Dia mengangkat Jack sambil memastikan Jack tidak terjatuh 102 00:08:50,655 --> 00:08:53,324 atau cedera lebih teruk. 103 00:08:53,908 --> 00:08:54,825 Kenapa? 104 00:08:55,493 --> 00:08:57,286 Sebabnya akan diketahui nanti. 105 00:08:58,579 --> 00:09:00,081 Sebenarnya, 106 00:09:00,831 --> 00:09:05,586 Pickle cuba mengawet Jack Hammer yang besar untuk dimakan nanti. 107 00:09:06,462 --> 00:09:08,589 Abang faham maksudnya? 108 00:09:09,465 --> 00:09:12,593 Dia tak tanam abang. Dia kendalikan abang dengan berhati-hati. 109 00:09:13,553 --> 00:09:16,097 Bukan sebagai musuh, tapi sebagai makanan. 110 00:09:17,223 --> 00:09:18,683 Abang faham maksudnya? 111 00:09:25,690 --> 00:09:28,067 Baki kata tak adil jika dia lawan sekarang. 112 00:09:28,150 --> 00:09:29,485 Jadi, dia akan tunggu. 113 00:09:29,569 --> 00:09:33,489 Dia kata dia akan tunggu selama mana pun hinggalah tiba masanya. 114 00:09:33,573 --> 00:09:36,075 Masalahnya pada tempat dia menunggu. 115 00:09:37,118 --> 00:09:39,453 Dia berada di hadapannya. 116 00:09:39,537 --> 00:09:44,500 Dua lelaki berdepan satu sama lain di arena bawah tanah tanpa penonton. 117 00:09:46,085 --> 00:09:50,506 Dia kata dia sanggup tunggu berhari-hari tanpa perlu makan. 118 00:09:55,886 --> 00:09:58,014 Awak rasa Baki boleh menang? 119 00:10:00,600 --> 00:10:03,227 Petarung hebat, Raja Laut Retsu, tewas. 120 00:10:03,311 --> 00:10:06,147 Katsumi Orochi yang dah berubah kalah teruk. 121 00:10:06,230 --> 00:10:09,025 Malah, Jack Hammer yang macam raksasa pun… 122 00:10:09,650 --> 00:10:11,027 Nak tahu tak, Yujiro, 123 00:10:11,611 --> 00:10:14,280 setahu saya, mereka bertiga… 124 00:10:17,283 --> 00:10:20,536 Mereka boleh jadi pahlawan terkuat dalam Angkatan Pertahanan Bumi. 125 00:10:20,620 --> 00:10:23,164 Daripada tiga orang itu, tidak mengejutkan 126 00:10:23,247 --> 00:10:26,542 jika salah seorang dapat tewaskan Baki Hanma. 127 00:10:30,129 --> 00:10:32,548 Itu mefun dari Hokkaido. 128 00:10:32,632 --> 00:10:35,551 Shiokara yang diperbuat daripada isi perut salmon. 129 00:10:36,385 --> 00:10:38,804 Mahir juga awak tentang makanan. 130 00:10:39,805 --> 00:10:40,806 Ini kegemaran saya. 131 00:10:41,641 --> 00:10:43,184 Yakah? 132 00:10:45,144 --> 00:10:49,315 Macam saya cakap tadi, kekuatan mereka bertiga setanding Baki… 133 00:10:49,398 --> 00:10:50,399 Orang tua! 134 00:10:52,401 --> 00:10:55,529 Ada satu benda yang Baki ada yang tidak dimiliki mereka bertiga. 135 00:10:56,030 --> 00:10:58,741 Baki ada darah saya. 136 00:10:59,283 --> 00:11:01,327 Dia keturunan Hanma. 137 00:11:01,410 --> 00:11:04,330 Apa? Jack pun ada darah awak. 138 00:11:04,914 --> 00:11:06,415 Darahnya tak pekat. 139 00:11:06,916 --> 00:11:08,834 Tak pekat? 140 00:11:09,418 --> 00:11:13,339 Melihat keputusan pertarungannya, memang jelas darahnya tak pekat. 141 00:11:13,923 --> 00:11:14,799 Apa? 142 00:11:15,925 --> 00:11:20,346 Maksudnya, jika dia tak menang, darahnya tak pekat? Aduhai. 143 00:11:22,848 --> 00:11:24,850 Keangkuhan awak buat saya hairan. 144 00:11:26,185 --> 00:11:27,603 Oh ya, Si Raksasa, 145 00:11:28,562 --> 00:11:30,106 awak tak nak lawan diakah? 146 00:11:34,694 --> 00:11:36,987 Jangan risau, orang tua. 147 00:11:37,488 --> 00:11:40,366 Jangan putus asa dulu dengan Baki Hanma. 148 00:11:41,117 --> 00:11:43,369 Mereka memang ditakdirkan untuk berlawan. 149 00:11:45,454 --> 00:11:48,290 Saya akan tewaskan sesiapa yang menang. 150 00:11:50,418 --> 00:11:52,253 Saya dengar haiwan liar 151 00:11:53,045 --> 00:11:56,799 boleh hidup tanpa makanan untuk tempoh yang lama. 152 00:11:57,842 --> 00:12:01,220 Namun, Pickle pasti dah capai hadnya. 153 00:12:01,303 --> 00:12:02,763 Tak begitu, Payne? 154 00:12:04,014 --> 00:12:09,770 Saya tak boleh terima orang lain lawan Pickle kecuali saya. 155 00:12:10,354 --> 00:12:12,690 Saya nak lakukannya sebelum orang lain. 156 00:12:13,190 --> 00:12:16,110 Bodoh. Itulah masalah saya. 157 00:12:16,610 --> 00:12:20,072 Saya sepatutnya berada di sini dari awal lagi. 158 00:12:20,614 --> 00:12:22,032 Saya sepatutnya di sini. 159 00:12:22,742 --> 00:12:25,035 Pickle, mari kita duduk begini 160 00:12:25,911 --> 00:12:27,538 hinggalah masanya tiba. 161 00:12:27,621 --> 00:12:30,124 Sementara itu, kita terus saja begini. 162 00:12:30,791 --> 00:12:35,546 Menghirup udara yang sama, tidur apabila mengantuk, makan apabila… 163 00:12:36,922 --> 00:12:38,048 Betul juga! 164 00:12:38,841 --> 00:12:42,553 Dia perlu makan. Apabila dia lapar, dia akan makan saya. 165 00:12:42,636 --> 00:12:45,389 Tidak, masalah itu dah diselesaikan. 166 00:12:47,558 --> 00:12:51,312 Kita dah pun ada makanan yang Pickle bunuh. 167 00:12:51,395 --> 00:12:52,229 Apa? 168 00:12:53,814 --> 00:12:57,818 Maksud awak, T-Rex yang diawet di Amerika itu? 169 00:12:58,569 --> 00:13:00,821 Dagingnya banyak. 170 00:13:01,405 --> 00:13:02,740 Ada beberapa tan. 171 00:13:04,909 --> 00:13:09,205 Masalahnya, itu bukan daging biasa. Ia khazanah budaya yang… 172 00:13:09,288 --> 00:13:11,081 Ia bukan milik sesiapa. 173 00:13:11,165 --> 00:13:15,836 Pickle mempertaruhkan nyawanya untuk mendapatkan daging T-Rex itu. 174 00:13:16,420 --> 00:13:19,465 Bangkai dinosaur itu sememangnya khazanah budaya yang penting. 175 00:13:19,548 --> 00:13:21,300 Itu memang tak dinafikan. 176 00:13:21,383 --> 00:13:24,345 Namun, Pickle tiada gantinya. 177 00:13:24,929 --> 00:13:26,972 Dia masih hidup. 178 00:13:33,437 --> 00:13:34,730 Apa halnya? 179 00:13:38,025 --> 00:13:39,610 Benda ini tidak ternilai. 180 00:13:39,693 --> 00:13:42,863 Ini daging Tyrannosaurus seberat 40 kilogram. 181 00:13:44,198 --> 00:13:46,408 Kita tolak sampai sini saja. 182 00:13:46,492 --> 00:13:48,619 Jarak dari arena cuma 100 meter. 183 00:13:49,203 --> 00:13:52,373 Mari kita pergi. Mati kita jika dia nampak kita. 184 00:14:00,923 --> 00:14:01,966 Pickle… 185 00:14:06,971 --> 00:14:09,139 Awak betul-betul makan! 186 00:14:12,977 --> 00:14:14,603 Daging itu mentah, bukan? 187 00:14:15,104 --> 00:14:16,397 Malah, ada pasir. 188 00:14:20,067 --> 00:14:22,403 Baiklah, jika itu yang awak nak. 189 00:14:32,413 --> 00:14:34,665 Sedap juga rasanya. 190 00:14:36,333 --> 00:14:37,543 Terima kasihlah, ya. 191 00:14:39,211 --> 00:14:42,423 Wah, sedapnya! Ini daging apa? 192 00:14:44,967 --> 00:14:46,760 Kenyangnya! 193 00:14:50,306 --> 00:14:51,515 Sekejap. 194 00:14:52,725 --> 00:14:54,935 Jika Pickle kenyang… 195 00:14:59,523 --> 00:15:00,774 mahukan dia berlawan? 196 00:15:01,525 --> 00:15:03,944 Dia takkan berlawan lagi. 197 00:15:04,778 --> 00:15:09,283 Pasukan kami memperoleh keputusan yang memberangsangkan. 198 00:15:10,284 --> 00:15:11,952 Keputusan? 199 00:15:12,036 --> 00:15:15,247 Menggunakan daging T-Rex yang telah diawet, 200 00:15:15,331 --> 00:15:18,459 kami menggunakan bioteknologi untuk menghasilkannya semula. 201 00:15:18,542 --> 00:15:21,211 Perkara sebegitu boleh dilakukan? 202 00:15:22,338 --> 00:15:23,213 Dua tahun. 203 00:15:23,297 --> 00:15:27,468 Tempoh yang diperlukan oleh Pickle untuk menghabiskan daging T-Rex itu. 204 00:15:27,551 --> 00:15:30,971 Tempoh itu cukup lama untuk ujian dan pengeluaran. 205 00:15:31,055 --> 00:15:33,974 Pickle takkan berlapar. 206 00:15:34,725 --> 00:15:36,977 Jika dia puas… 207 00:15:37,061 --> 00:15:39,730 Tak perlulah dia berlawan. 208 00:15:39,813 --> 00:15:44,485 Sama macam kita, manusia biasa, yang menikmati pencuci mulut lepas makan. 209 00:15:47,571 --> 00:15:49,490 KEBAIKAN 210 00:15:56,080 --> 00:15:58,999 Itulah yang Payne cakap. 211 00:16:01,585 --> 00:16:04,463 Payne seorang sarjana. 212 00:16:04,546 --> 00:16:06,757 Memang begitu cara pemikirannya. 213 00:16:07,925 --> 00:16:10,928 Jadi, bagaimana pula cara pemikiran seorang yakuza? 214 00:16:11,011 --> 00:16:13,263 Apa pendapat Petarung Unggul, Kaoru Hanayama? 215 00:16:13,347 --> 00:16:17,851 Walaupun sekejap, saya pernah beradu kekuatan dengan Pickle. 216 00:16:18,352 --> 00:16:19,353 Apa? 217 00:16:19,436 --> 00:16:22,481 Awak pernah lawan dia? Bila? Di mana? 218 00:16:22,564 --> 00:16:24,024 Kami cuma lawan tolak. 219 00:16:24,108 --> 00:16:27,069 Tak guna! Ruginya saya tak dapat tengok! 220 00:16:27,152 --> 00:16:30,280 Perlawanan tolak-menolak antara Hanayama dan Pickle. 221 00:16:30,364 --> 00:16:32,282 Jadi, siapa menang? 222 00:16:32,866 --> 00:16:35,619 Jangan risau, Tuan Yang Mulia. 223 00:16:35,703 --> 00:16:37,287 Pickle di pihak kita. 224 00:16:37,371 --> 00:16:38,622 Pihak kita? 225 00:16:42,876 --> 00:16:47,381 Tak kiralah dia makan kita atau tak, dia suka beradu kekuatan. 226 00:16:49,883 --> 00:16:54,763 Sama macam apabila lelaki kacak dan perempuan cantik di dalam satu bilik… 227 00:16:57,599 --> 00:16:59,309 mereka pasti mahu berkenalan. 228 00:17:00,477 --> 00:17:04,314 Mereka meminati satu sama lain, dan pandangan mata mereka bertemu. 229 00:17:04,898 --> 00:17:08,819 Mereka di dalam arena pertarungan. Sesuatu pasti akan berlaku. 230 00:17:11,405 --> 00:17:13,574 Idea itu muncul secara spontan. 231 00:17:14,742 --> 00:17:18,078 Namun, provokasinya tersangat berkesan. 232 00:17:19,413 --> 00:17:21,582 Walaupun dia sangat berpuas hati, 233 00:17:22,416 --> 00:17:24,835 dan walaupun dia rasa tenang. 234 00:17:25,794 --> 00:17:28,005 Pickle tak memahami bahasa, 235 00:17:28,088 --> 00:17:30,841 tapi kemarahannya meletus akibat provokasi itu. 236 00:17:41,810 --> 00:17:43,854 Tamparan itu tidaklah kasar, 237 00:17:43,937 --> 00:17:46,231 malah, tamparan itu agak lembut. 238 00:17:46,315 --> 00:17:48,776 Namun, pendekatan yang lembut itu 239 00:17:48,859 --> 00:17:52,404 menyinggung perasaan Pickle ke tahap yang tak pernah dirasai. 240 00:17:54,865 --> 00:18:00,079 Ketika itu, kejohanan ketiga UFK di Charlotte, Carolina Utara, Amerika. 241 00:18:01,163 --> 00:18:04,917 Lorion Grassy memenangi kejohanan pertama dengan mudah. 242 00:18:05,626 --> 00:18:08,378 Dia pilihan utama untuk menang kejohanan kali ini. 243 00:18:08,462 --> 00:18:10,881 Lawan pertamanya seorang petarung misteri. 244 00:18:11,465 --> 00:18:12,633 Namanya Timo. 245 00:18:13,217 --> 00:18:17,387 Lorion dijangka menang mudah, tapi pertarungan itu sangat sengit. 246 00:18:18,222 --> 00:18:20,432 Lorion menang tipis, 247 00:18:20,516 --> 00:18:24,394 tapi dia terpaksa tarik diri daripada kejohanan kerana keletihan. 248 00:18:25,270 --> 00:18:28,357 Tiada sesiapa sangka Timo dapat berlawan sehebat itu. 249 00:18:28,857 --> 00:18:31,401 Apabila ditanya tentang rahsia kekuatannya, dia menjawab… 250 00:18:31,485 --> 00:18:34,113 Bedebah itu tampar pipi saya! 251 00:18:34,196 --> 00:18:35,030 Dengan lembut! 252 00:18:35,114 --> 00:18:36,865 Sakit hati saya dibuatnya! 253 00:18:48,627 --> 00:18:51,547 Pickle, terima kasih. 254 00:18:51,630 --> 00:18:56,051 Awak faham yang saya menghina awak. 255 00:18:56,718 --> 00:18:58,804 Pickle, awak dah berubah. 256 00:18:59,721 --> 00:19:02,683 Buat pertama kalinya sejak awak dilahirkan, 257 00:19:02,766 --> 00:19:07,020 awak bertarung bukan untuk makan, tapi untuk mempertahankan maruah awak. 258 00:19:14,653 --> 00:19:16,071 Ia baru bermula. 259 00:19:16,738 --> 00:19:20,576 Jantan paling perkasa dari zaman dinosaur melawan Baki Hanma. 260 00:19:21,535 --> 00:19:23,078 Dia menumbangkan Pickle! 261 00:19:23,745 --> 00:19:26,081 Dia lakukan tendangan tinggi yang padu. 262 00:19:26,165 --> 00:19:29,084 Tendangan tadi memang hebat dan berkesan. 263 00:19:30,043 --> 00:19:32,337 Serangan pertama yang biasa dilakukan oleh Baki. 264 00:19:32,921 --> 00:19:34,798 Pickle dah puas makan. 265 00:19:35,674 --> 00:19:37,926 Saya pasti Baki akan sampaikan kepada dia 266 00:19:38,468 --> 00:19:41,346 bahawa bertarung itu satu budaya, 267 00:19:42,931 --> 00:19:45,851 bukan cara untuk memburu atau makan semata-mata. 268 00:19:46,935 --> 00:19:50,814 Baki akan buat dia tahu bahawa pertarungan ini untuk maruah 269 00:19:51,315 --> 00:19:53,442 dan untuk mempertahankan harga diri. 270 00:19:54,443 --> 00:19:59,281 Dia akan sampaikannya dengan cara baik, dan dengan cara yang amat mudah difahami. 271 00:20:05,954 --> 00:20:07,539 Bunuh atau dibunuh! 272 00:20:08,790 --> 00:20:10,042 Ini bukan tentang itu. 273 00:20:12,502 --> 00:20:14,546 Makan atau dimakan! 274 00:20:15,172 --> 00:20:17,049 Ini bukan tentang itu, Pickle. 275 00:20:17,132 --> 00:20:20,052 Adakah dia nak bunuh Pickle? 276 00:20:20,636 --> 00:20:24,056 Kita bukan nak bertarung sampai mati. 277 00:20:24,973 --> 00:20:27,559 Kita tak perlu bunuh satu sama lain. 278 00:20:28,185 --> 00:20:30,562 Tak perlu sampai begitu. 279 00:20:30,646 --> 00:20:33,232 Dia akan tamatkannya! 280 00:20:33,315 --> 00:20:35,400 Tidak. Belum lagi. 281 00:20:46,411 --> 00:20:47,829 Biar betul? 282 00:20:47,913 --> 00:20:49,831 Dia nak naik ke siling? 283 00:20:51,667 --> 00:20:53,835 Awak faham, Pickle. 284 00:20:53,919 --> 00:20:55,587 Macam itulah. 285 00:20:56,463 --> 00:20:59,591 Itulah yang awak perlu buat semasa beradu kekuatan. 286 00:21:01,176 --> 00:21:04,263 Mereka terlalu tinggi di udara. Teruk kalau jatuh. 287 00:21:04,346 --> 00:21:06,598 Mereka berada 20… Tidak, 30 meter di udara! 288 00:21:08,183 --> 00:21:10,352 Alamak, mereka terlalu tinggi di udara. 289 00:21:10,435 --> 00:21:11,603 Teruklah nanti. 290 00:21:13,438 --> 00:21:16,608 Wah! Kita begitu dekat dengan lampu. 291 00:21:16,692 --> 00:21:18,360 Kita begitu tinggi di udara! 292 00:21:18,944 --> 00:21:20,362 Oh, mereka ada di sini. 293 00:21:20,445 --> 00:21:21,863 Gila betul. 294 00:21:21,947 --> 00:21:23,115 Tanah… 295 00:21:43,719 --> 00:21:45,220 Mereka berdiri! 296 00:21:45,721 --> 00:21:46,930 Tak mungkin. 297 00:21:47,014 --> 00:21:48,640 Pickle mungkin boleh, 298 00:21:49,141 --> 00:21:52,144 tapi Baki pun boleh berdiri selepas semua itu? 299 00:21:52,978 --> 00:21:54,062 Mustahil. 300 00:21:54,730 --> 00:21:58,650 Benarkah Baki Hanma seorang pahlawan yang sekuat ini? 301 00:22:05,741 --> 00:22:08,660 Apa? Pickle mendekati Baki. 302 00:23:48,718 --> 00:23:51,138 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi