1 00:00:42,917 --> 00:00:44,085 Tunggu! Mari sini! 2 00:00:53,845 --> 00:00:55,972 Kenapa dia lari? 3 00:00:55,972 --> 00:00:57,724 Tuanku. 4 00:00:57,724 --> 00:01:01,686 Dia mungkin takut dengan pemakaian tuanku yang seperti wanita. 5 00:01:01,686 --> 00:01:03,438 Ada apa? 6 00:01:03,438 --> 00:01:05,482 Dia menghidap Penyakit Wajah Manusia. 7 00:01:05,482 --> 00:01:07,484 Mana mungkin? 8 00:01:07,484 --> 00:01:09,069 Tuanku pasti? 9 00:01:09,069 --> 00:01:12,280 Kebanyakan pesakit akan membakar bahagian yang dijangkiti. 10 00:01:14,699 --> 00:01:17,535 Wajahnya masih ada parut kesan terbakar. 11 00:01:17,535 --> 00:01:22,248 Bukankah ia sepatutnya dah lenyap bersama kejatuhan Kerajaan Xianle? 12 00:01:22,248 --> 00:01:25,293 Lagipun, penyakit itu sangat mudah berjangkit. 13 00:01:25,293 --> 00:01:28,630 Setakat ini, tiada laporan tentang penyakit di Gunung Yujun. 14 00:01:30,298 --> 00:01:32,258 Beta pasti apa yang beta nampak. 15 00:01:32,258 --> 00:01:33,968 Mungkin dia sudah pulih, 16 00:01:35,386 --> 00:01:37,388 cuma tinggal parut saja. 17 00:01:38,556 --> 00:01:40,225 Maksud tuanku, 18 00:01:40,225 --> 00:01:41,810 mungkin umurnya beratus tahun? 19 00:01:43,853 --> 00:01:44,854 Ada kemungkinan. 20 00:01:46,815 --> 00:01:48,441 Ada banyak perkara kita tak pasti. 21 00:01:48,441 --> 00:01:49,901 Kita patut beritahu Ling Wen. 22 00:01:49,901 --> 00:01:53,696 Kita perlu hantar lebih ramai untuk jejaki budak itu secepat mungkin. 23 00:01:56,574 --> 00:01:58,701 DIADAPTASI DARIPADA HEAVEN OFFICIAL'S BLESSING 24 00:01:58,701 --> 00:02:00,328 NOVEL TULISAN MO XIANG TONG XIU 25 00:02:00,328 --> 00:02:02,122 DITERBITKAN DI JINJIANG LITERATURE CITY 26 00:03:54,692 --> 00:03:57,153 Begitu rupanya. 27 00:03:57,153 --> 00:03:58,571 Penyakit Wajah Manusia 28 00:03:58,571 --> 00:03:59,989 sememangnya isu yang besar. 29 00:03:59,989 --> 00:04:02,075 Jangan bimbang, tuanku. 30 00:04:02,075 --> 00:04:04,744 Kami akan buat apa saja untuk jejaki budak itu. 31 00:04:07,747 --> 00:04:09,749 Ada apa-apa lagi yang merisaukan tuanku? 32 00:04:11,459 --> 00:04:14,796 Awak rasa kes Penyakit Wajah Manusia ini bermaksud... 33 00:04:14,796 --> 00:04:16,422 Bertenang. 34 00:04:16,422 --> 00:04:18,716 Jangan fikir banyak sangat hingga siasatan selesai. 35 00:04:20,593 --> 00:04:22,929 Ada perkara lain beta nak beritahu tentang Gunung Yujun. 36 00:04:24,097 --> 00:04:26,474 Mari guna Sidang Komunikasi Spiritual. 37 00:04:26,474 --> 00:04:28,393 Pegawai sedang bincangkannya di sana. 38 00:04:28,393 --> 00:04:29,644 Apa dia dah buat? 39 00:04:29,644 --> 00:04:31,020 - Saya minum. - Dia berpengalaman. 40 00:04:31,020 --> 00:04:32,397 - Orang ada tuah... - Itu meninggalkan... 41 00:04:32,397 --> 00:04:34,023 - Baik sangat. - Awak bebas. 42 00:04:34,023 --> 00:04:35,942 - Betul. - Walaupun saya baik... 43 00:04:35,942 --> 00:04:36,901 Sudahlah! 44 00:04:36,901 --> 00:04:38,903 Xuan Ji takkan beritahu lokasi Hantu Hijau 45 00:04:38,903 --> 00:04:40,571 dan asyik minta berjumpa Pei Ming. 46 00:04:40,571 --> 00:04:41,990 - Boleh ambil dia? - Betul. 47 00:04:41,990 --> 00:04:44,993 Jeneral Nan Yang, tiada ruang di istana lain. 48 00:04:44,993 --> 00:04:46,452 Istana awak telah diperbaiki. 49 00:04:46,452 --> 00:04:48,162 Biar dia tinggal beberapa hari lagi 50 00:04:48,162 --> 00:04:50,039 sehingga jumpa gunung untuk penjarakan... 51 00:04:50,039 --> 00:04:51,457 Boleh cepat sikit? 52 00:04:51,457 --> 00:04:53,668 Istana saya tempat orang gilakah? 53 00:04:53,668 --> 00:04:56,629 Jeneral Pei Junior, awak ada bilik kosong? 54 00:04:59,716 --> 00:05:02,468 Jeneral Xuan Ji memang degil dan ganas. 55 00:05:02,468 --> 00:05:05,471 Hanya Jeneral Nan Yang yang mampu uruskannya. 56 00:05:05,471 --> 00:05:07,890 Istana Ming Guang dapat masalah kali ini. 57 00:05:09,017 --> 00:05:10,476 Xuan Ji dah cukup menyusahkan. 58 00:05:10,476 --> 00:05:12,729 Sekarang Hantu Hijau, Qi Rong turut terlibat. 59 00:05:12,729 --> 00:05:14,355 Hantu Hijau, Qi Rong menyusahkan. 60 00:05:14,355 --> 00:05:16,774 Hantu Hijau, Qi Rong? 61 00:05:16,774 --> 00:05:20,153 Bagaimana dengan Hutan Mayat Tergantung di Gunung Yujun? 62 00:05:20,153 --> 00:05:22,280 Adakah Hantu Hijau, Qi Rong juga ada di sana? 63 00:05:23,489 --> 00:05:25,325 Tuanku lewat seperti biasa, 64 00:05:25,325 --> 00:05:26,659 tuanku. 65 00:05:28,244 --> 00:05:30,079 Maaf, beta ada urusan tadi. 66 00:05:31,664 --> 00:05:33,708 Hantu Hijau bukannya berada di Gunung Yujun, 67 00:05:33,708 --> 00:05:36,878 tapi Hutan Mayat Tergantung itu ialah persembahan Xuan Ji kepadanya. 68 00:05:36,878 --> 00:05:38,880 Hutan Mayat Tergantung lagi. 69 00:05:38,880 --> 00:05:42,550 Cita rasa Qi Rong memang teruk macam selalu. 70 00:05:42,550 --> 00:05:45,219 Hantu lain pun tak suka dengan cita rasanya. 71 00:05:45,219 --> 00:05:48,681 Tak guna! Saya tak peduli. Jeneral Pei dah balik? 72 00:05:48,681 --> 00:05:51,267 Suruh perempuan itu beritahu lokasi Hantu Hijau dan bawa dia pergi. 73 00:05:51,267 --> 00:05:52,560 - Tak guna. - Benda begini... 74 00:05:52,560 --> 00:05:55,688 Hubungan Jeneral Pei menyebabkan huru-hara. 75 00:05:55,688 --> 00:05:58,066 Xuan Ji tergila-gilakan Jeneral Pei. 76 00:05:58,066 --> 00:06:00,026 - Temukan mereka. - Dia patut kawal diri. 77 00:06:00,026 --> 00:06:03,488 Betul. Jangan buat masalah dan susahkan semua orang. 78 00:06:03,488 --> 00:06:06,699 Sia-sia saja. Dia hanya akan bertambah marah. 79 00:06:06,699 --> 00:06:08,951 Xuan Ji ialah pengikut Hantu Hijau? 80 00:06:08,951 --> 00:06:10,578 Ya. 81 00:06:10,578 --> 00:06:13,498 Sudah beratus tahun Xuan Ji mati. 82 00:06:13,498 --> 00:06:16,334 Walaupun dia berdendam, dia tak menyusahkan. 83 00:06:17,502 --> 00:06:20,922 Ketika dia mula jadi pengikut Hantu Hijau, 84 00:06:20,922 --> 00:06:23,091 - barulah dia timbulkan masalah. - Masuk akal. 85 00:06:23,091 --> 00:06:25,051 Xuan Ji sendiri tak banyak kuasa. 86 00:06:25,051 --> 00:06:28,054 Kalau bukan kerana Qi Rong, dia takkan timbulkan masalah. 87 00:06:28,054 --> 00:06:32,100 Walaupun Jeneral Pei tiada di sini, kita masih ada Jeneral Pei Junior. 88 00:06:32,100 --> 00:06:34,060 Tunggu. Kami akan jejaki Qi Rong, 89 00:06:34,060 --> 00:06:36,646 tapi Istana Ming Guang harus bertanggungjawab. 90 00:06:36,646 --> 00:06:38,189 - Tepat sekali! - Diam! 91 00:06:38,189 --> 00:06:40,525 Masalah di Gunung Yujun dah selesai 92 00:06:40,525 --> 00:06:42,068 atas bantuan Xie Lian 93 00:06:42,068 --> 00:06:43,653 dan mereka yang bekerja untuk 94 00:06:43,653 --> 00:06:47,323 Jeneral Xuan Zhen, Jeneral Nan Yang dan Jeneral Ming Guang. 95 00:06:47,323 --> 00:06:48,783 Terima kasih banyak. 96 00:06:48,783 --> 00:06:50,451 Sebagai ketua tugasan ini, 97 00:06:50,451 --> 00:06:53,079 ada apa-apa tuanku nak tambah? 98 00:06:53,079 --> 00:06:55,248 Beta dengar nyanyian roh janin 99 00:06:55,248 --> 00:06:57,458 sewaktu beta di dalam tandu. 100 00:06:57,458 --> 00:07:00,294 Tapi kedua-dua pemangku dewa tak dengar. 101 00:07:00,294 --> 00:07:02,588 Beta rasa kuasanya luar biasa. 102 00:07:02,588 --> 00:07:03,881 Awak tahu tentang ini? 103 00:07:03,881 --> 00:07:05,049 "Roh janin" ? 104 00:07:05,049 --> 00:07:06,843 Kami tak tahu tentang itu. 105 00:07:06,843 --> 00:07:09,554 Memandangkan tuanku saja yang dengar, 106 00:07:09,554 --> 00:07:11,889 adakah ia hanya halusinasi? 107 00:07:11,889 --> 00:07:15,017 Seluruh isu ini mencurigakan. Istana Ming Guang perlu jelaskan... 108 00:07:15,017 --> 00:07:17,937 Saya tak peduli tentang roh fetus itu! Bawa Xuan Ji pergi dulu! 109 00:07:20,481 --> 00:07:22,442 Tunggu hingga kita jumpa gunung yang sesuai. 110 00:07:25,069 --> 00:07:28,531 Berkenaan roh janin itu, patik akan siasat. 111 00:07:28,531 --> 00:07:30,324 Ada apa-apa lagi? 112 00:07:30,324 --> 00:07:31,284 Ada satu lagi. 113 00:07:31,284 --> 00:07:34,287 Beta terjumpa pemuda yang boleh mengawal rama-rama perak. 114 00:07:34,287 --> 00:07:36,372 - Siapa dia? - Tuanku. 115 00:07:36,372 --> 00:07:37,915 - Apa? - Rama-rama Perak. Diakah? 116 00:07:37,915 --> 00:07:40,626 - Dia kata dia jumpa Hua Cheng. - Apa semua ini? 117 00:07:41,627 --> 00:07:43,129 Nama dia Hua Cheng? 118 00:07:43,129 --> 00:07:45,590 Ia sangat sesuai dengannya. 119 00:07:48,593 --> 00:07:51,012 Tuanku tak pernah dengar tentang Empat Bencana Hebat? 120 00:07:54,098 --> 00:07:56,100 Bukan salah tuanku. 121 00:07:56,100 --> 00:07:58,686 Baginda berada di bumi selama beratus tahun. 122 00:07:58,686 --> 00:08:00,021 Baginda takkan tahu. 123 00:08:03,816 --> 00:08:05,526 Apa Empat Bencana Hebat itu? 124 00:08:09,280 --> 00:08:11,782 Mereka adalah empat Raja Hantu. 125 00:08:11,782 --> 00:08:15,828 Tanglung Hijau Peronda Malam, Hantu Hijau adalah salah satu daripadanya. 126 00:08:15,828 --> 00:08:17,830 Tapi ia yang paling lemah 127 00:08:17,830 --> 00:08:19,498 dan belum capai tahap Musnah. 128 00:08:19,498 --> 00:08:21,876 Cita rasanya teruk. Ia suka makanan menjijikkan, 129 00:08:21,876 --> 00:08:23,294 juga pembuat masalah. 130 00:08:23,294 --> 00:08:25,963 Seterusnya Hantu Hitam, Bot Air Hitam. 131 00:08:25,963 --> 00:08:27,423 Ia jarang muncul. 132 00:08:27,423 --> 00:08:29,967 Syurga tak tahu banyak tentangnya 133 00:08:29,967 --> 00:08:32,553 selain hakikat yang ia hantu air. 134 00:08:32,553 --> 00:08:35,389 Seterusnya ialah Bencana Berbaju Putih. 135 00:08:35,389 --> 00:08:37,600 Ia ada nama lain. 136 00:08:37,600 --> 00:08:38,809 Bai Wuxiang. 137 00:08:40,061 --> 00:08:42,188 XIANLE 138 00:08:50,821 --> 00:08:55,243 Bai Wuxiang pembawa bencana. Kerajaan pertama yang dimusnahkan ialah... 139 00:08:55,243 --> 00:08:57,745 Tekak awak okey, Ling Wen? 140 00:08:57,745 --> 00:08:59,080 Tuanku, 141 00:08:59,080 --> 00:09:01,624 Bai Wuxiang dah mati beratus tahun lalu. 142 00:09:04,085 --> 00:09:05,294 Beta tahu. 143 00:09:05,294 --> 00:09:06,545 Jangan risau tentang beta. 144 00:09:09,215 --> 00:09:13,928 Jika Bai Wuxiang masih hidup pun, kita tiada masa nak berdepan dengannya. 145 00:09:13,928 --> 00:09:18,140 Rama-rama perak yang tuanku nampak juga dipanggil "Rama-rama Kematian". 146 00:09:18,140 --> 00:09:21,852 Tuannya adalah seseorang yang paling menyusahkan Syurga, 147 00:09:21,852 --> 00:09:25,189 Hua Cheng yang juga dikenali sebagai Hantu Bunga Hujan Darah. 148 00:09:27,191 --> 00:09:30,695 "Hua Cheng" pasti nama samaran. Rupanya juga pasti bukan rupa sebenar. 149 00:09:30,695 --> 00:09:32,738 Pentingkah semua itu? 150 00:09:32,738 --> 00:09:35,616 Selepas ia mencabar 33 dewa berturut-turut, 151 00:09:35,616 --> 00:09:37,368 tiada siapa dapat lupakan wajah itu. 152 00:09:37,368 --> 00:09:39,287 Dia mencabar 33 dewa berturut-turut? 153 00:09:41,038 --> 00:09:43,291 Waktu itu Hua Cheng jadi terkenal. 154 00:09:43,291 --> 00:09:46,586 Dia nak bertarung dengan 35 orang. 155 00:09:46,586 --> 00:09:49,589 Jika kalah, dia akan serahkan abu tulangnya kepada Syurga. 156 00:09:49,589 --> 00:09:53,718 Tapi jika dewa kalah, mereka akan turun ke bumi sebagai manusia semula. 157 00:09:53,718 --> 00:09:56,596 Jadi 33 dewa bodoh sahut cabaran itu. 158 00:09:56,596 --> 00:09:59,515 Dewa Pertahanan dan Dewa Awam kalah. 159 00:09:59,515 --> 00:10:01,475 Seluruh pasukan tewas. 160 00:10:01,475 --> 00:10:04,353 Sewaktu Hua Cheng suruh mereka tunaikan janji, 161 00:10:04,353 --> 00:10:06,480 mereka anggap Hua Cheng hanyalah hantu sombong 162 00:10:06,480 --> 00:10:09,525 dan takkan berani menentang Syurga. 163 00:10:09,525 --> 00:10:11,152 Jadi mereka semua tak endahkannya. 164 00:10:11,152 --> 00:10:14,572 Kemudian Hua Cheng bakar kuil dan istana mereka di bumi. 165 00:10:14,572 --> 00:10:18,326 Memandangkan kuil dan pemuja adalah sumber kuasa ajaib dewa, 166 00:10:19,410 --> 00:10:23,914 kehilangan itu menyebabkan kejatuhan 33 dewa itu. 167 00:10:25,458 --> 00:10:28,294 Bukan itu saja, para dewa bodoh itu mahu berlagak hebat 168 00:10:28,294 --> 00:10:31,213 dengan adakan pertarungan itu dalam mimpi pemuja tegar mereka. 169 00:10:31,213 --> 00:10:34,717 Sebaik saja mereka kalah, para pemuja beralih kepada Hua Cheng. 170 00:10:34,717 --> 00:10:37,553 Syurga telah dimalukan. 171 00:10:37,553 --> 00:10:40,556 - Dia gila. - Sangat licik. 172 00:10:40,556 --> 00:10:44,644 Dewa-dewa Pertahanan cedera teruk akibat pedang Hua Cheng yang menakutkan 173 00:10:44,644 --> 00:10:47,146 dan jadi trauma selepas itu. 174 00:10:47,146 --> 00:10:49,148 Begitu juga dengan Dewa Awam. 175 00:10:49,148 --> 00:10:52,401 Saya pasti ada yang sangat marah kerana Hua Cheng lemparkan hinaan 176 00:10:52,401 --> 00:10:55,321 tanpa rasa belas kasihan. 177 00:10:56,989 --> 00:10:59,617 Jangan lupa tentang rama-rama perak itu! 178 00:10:59,617 --> 00:11:02,870 Ya, ia masih mimpi ngeri beberapa dewa. 179 00:11:03,871 --> 00:11:06,707 Entah kenapa, beta rasa rama-rama perak itu cantik. 180 00:11:18,511 --> 00:11:21,389 Jadi Hua Cheng mencabar 35 dewa, 181 00:11:21,389 --> 00:11:23,265 tapi hanya 33 dewa yang sahut cabaran. 182 00:11:23,265 --> 00:11:24,308 Siapa dua orang lagi? 183 00:11:26,644 --> 00:11:28,479 Oh, ya. Xuan Zhen dan Nan Yang, 184 00:11:28,479 --> 00:11:30,564 bagaimana kamu tahu semua butiran itu? 185 00:11:32,149 --> 00:11:35,236 - Mereka serba tahu, bukan? - Tanyalah mereka! 186 00:11:35,236 --> 00:11:38,697 Tuanku pastikah yang tuanku bertemu Hua Cheng? 187 00:11:38,697 --> 00:11:40,032 Bagaimana rupa dia? 188 00:11:41,158 --> 00:11:44,662 Dia pakai jubah merah, but hitam dan membawa payung. 189 00:11:44,662 --> 00:11:46,997 Apa yang dia buat pada tuanku? 190 00:11:46,997 --> 00:11:50,292 Dia hancurkan formasi ajaib Xuan Ji dan tunjukkan jalan kepada beta. 191 00:11:50,292 --> 00:11:52,294 Itu saja? 192 00:11:52,294 --> 00:11:53,629 Ya. 193 00:11:53,629 --> 00:11:55,673 - Apa? - Peliknya. 194 00:11:55,673 --> 00:11:58,217 - Dia ada perangkapkah? - Apa yang dia nak? 195 00:11:58,217 --> 00:11:59,635 Beta tak tahu. 196 00:11:59,635 --> 00:12:02,138 Memandangkan dua daripada Empat Bencana Hebat dah muncul, 197 00:12:02,138 --> 00:12:04,098 mereka mungkin dah berpakat. 198 00:12:04,098 --> 00:12:06,642 Kalau kita terpedaya dan saling bertelagah, 199 00:12:06,642 --> 00:12:09,103 mereka yang akan untung. 200 00:12:09,103 --> 00:12:10,229 Ya. 201 00:12:10,229 --> 00:12:12,398 Hua Cheng mencurigakan. 202 00:12:12,398 --> 00:12:14,400 Kita tak boleh menduganya. 203 00:12:14,400 --> 00:12:17,194 Saya rasa keutamaan sekarang adalah siasat apa yang berlaku, 204 00:12:17,194 --> 00:12:19,071 bukan mencari siapa yang salah. 205 00:12:19,071 --> 00:12:21,740 Istana Ming Guang akan bantu penyiasatan. 206 00:12:21,740 --> 00:12:23,909 Apa pendapat awak, Cik Ling Wen? 207 00:12:23,909 --> 00:12:27,580 Boleh juga. Ini di luar agenda persidangan kita. 208 00:12:27,580 --> 00:12:29,415 Saya perlu maklumkan kepada Maharaja. 209 00:12:29,415 --> 00:12:32,376 Cukuplah untuk hari ini. 210 00:12:32,376 --> 00:12:34,712 Terima kasih, Cik Ling Wen dan tuanku. 211 00:12:34,712 --> 00:12:36,464 Patik pergi dulu. 212 00:12:36,464 --> 00:12:37,840 - Jumpa lagi. - Pergi dulu. 213 00:12:37,840 --> 00:12:38,841 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 214 00:12:38,841 --> 00:12:41,844 Patik pergi dulu. 215 00:12:41,844 --> 00:12:43,095 Jumpa lagi. 216 00:12:44,263 --> 00:12:46,015 Saya masih perlu uruskan Xuan Ji. 217 00:12:46,015 --> 00:12:47,349 - Jumpa lagi. - Nan Yang. 218 00:12:49,351 --> 00:12:50,352 Juga Xuan Zhen. 219 00:12:57,860 --> 00:13:00,237 Terima kasih kerana hantar pemangku dewa kepada beta. 220 00:13:02,865 --> 00:13:03,908 Beta hargainya. 221 00:13:07,953 --> 00:13:12,082 Patik rasa sebaiknya tuanku uruskan diri sendiri dulu. 222 00:13:12,082 --> 00:13:14,543 Tuanku fikir tuanku mampu bayar hutang merit tuanku 223 00:13:14,543 --> 00:13:17,129 dengan persembahan daripada para pemuja di Gunung Yujun? 224 00:13:17,129 --> 00:13:18,797 Apa pendapat awak, Jeneral Nan Yang? 225 00:13:35,856 --> 00:13:37,566 Mari tolong saya. 226 00:13:37,566 --> 00:13:38,526 Baik, cik. 227 00:13:41,862 --> 00:13:43,739 Ia mesti diperiksa dengan teliti. 228 00:13:57,628 --> 00:13:59,171 Ling Wen, beta nak cakap sesuatu. 229 00:14:00,631 --> 00:14:04,093 Tentang hutang 8.88 juta merit beta... 230 00:14:05,302 --> 00:14:08,847 Tuanku, tepat pada masanya. Patik pun nak beritahu tuanku sesuatu. 231 00:14:11,058 --> 00:14:12,643 Tahniah. 232 00:14:12,643 --> 00:14:15,062 Pemuja di Gunung Yujun dah beri persembahan mereka. 233 00:14:16,605 --> 00:14:19,233 Dengan semua merit yang tuanku terima, 234 00:14:19,233 --> 00:14:20,150 hutang tuanku... 235 00:14:21,443 --> 00:14:23,487 sudah langsai. 236 00:14:23,487 --> 00:14:25,322 Yakah? Semua langsai? 237 00:14:25,322 --> 00:14:28,242 Tapi merit dari Gunung Yujun sepatutnya tak cukup. 238 00:14:28,242 --> 00:14:30,369 Apa pun, hutang telah langsai. 239 00:14:30,369 --> 00:14:32,413 Tuanku tak perlu tahu perinciannya. 240 00:14:33,706 --> 00:14:34,582 Terima kasih. 241 00:14:36,667 --> 00:14:38,460 Apa pun, 242 00:14:38,460 --> 00:14:41,338 apa yang berlaku di sini? 243 00:14:49,597 --> 00:14:52,016 Selepas persidangan tempoh hari 244 00:14:52,016 --> 00:14:54,476 saya buat laporan tentang Hua Cheng kepada Maharaja. 245 00:14:54,476 --> 00:14:56,353 Kami sedang menjalankan siasatan. 246 00:14:57,521 --> 00:14:59,648 Sewaktu tuanku di bumi, 247 00:14:59,648 --> 00:15:02,067 tuanku timbulkan masalah kepada Syurga. 248 00:15:03,819 --> 00:15:05,988 Macam-macam awak dah lalui. 249 00:15:05,988 --> 00:15:09,033 Apa pun, tuanku ada perancangan untuk masa depan tuanku? 250 00:15:10,200 --> 00:15:12,411 Sebab itulah beta datang ke sini. 251 00:15:12,411 --> 00:15:17,291 Walaupun dah tiga kali naik ke Syurga, beta tak ada tokong atau pemuja 252 00:15:17,291 --> 00:15:19,251 sehingga menyusahkan awak dan Maharaja. 253 00:15:20,419 --> 00:15:22,379 Jadi beta dah fikir masak-masak 254 00:15:22,379 --> 00:15:24,715 dan putuskan untuk uruskannya sendiri. 255 00:15:24,715 --> 00:15:26,675 Memandangkan beta tak ada kerja di sini, 256 00:15:26,675 --> 00:15:29,011 lebih baik beta turun ke bumi 257 00:15:29,011 --> 00:15:30,930 dan bina tokong untuk diri sendiri. 258 00:15:34,516 --> 00:15:35,476 Jumpa lagi! 259 00:15:36,769 --> 00:15:37,603 Tunggu! 260 00:15:47,571 --> 00:15:50,658 Yakah? Rumah tinggal di laluan masuk dah tak kosong lagi? 261 00:15:50,658 --> 00:15:52,242 Sekarang ia jadi tokong Taoisme! 262 00:15:52,242 --> 00:15:54,078 Siapa yang uruskannya? Mari tengok! 263 00:15:59,291 --> 00:16:00,250 Selamat datang. 264 00:16:04,213 --> 00:16:05,214 Tuan. 265 00:16:06,632 --> 00:16:09,009 Dewa apa yang disembah di tokong ini? 266 00:16:09,009 --> 00:16:10,678 Putera Mahkota Xianle. 267 00:16:11,720 --> 00:16:12,888 Siapa itu? 268 00:16:12,888 --> 00:16:14,723 Dia seorang putera mahkota. 269 00:16:14,723 --> 00:16:16,433 Apa yang dia boleh buat? 270 00:16:16,433 --> 00:16:17,977 Dia mampu lindungi pemujanya. 271 00:16:17,977 --> 00:16:20,396 Adakah Putera Mahkota ini boleh beri kami kekayaan? 272 00:16:21,397 --> 00:16:23,399 Mungkin tidak. Maafkan saya. 273 00:16:23,399 --> 00:16:24,900 Kerjaya dan kenaikan pangkat? 274 00:16:24,900 --> 00:16:26,819 Juga tak boleh. 275 00:16:31,073 --> 00:16:33,826 Jadi dewa awak tak berguna. Patutlah awak miskin sangat. 276 00:16:33,826 --> 00:16:35,828 Lelaki jangan salah dagang, wanita jangan salah jodoh, 277 00:16:35,828 --> 00:16:38,414 penganut Taoisme jangan salah dewa. 278 00:16:38,414 --> 00:16:40,457 Awak patut beralih kepada Mahaguru Air. 279 00:16:40,457 --> 00:16:42,418 Sifatnya bawa kekayaan, pasti ramai pemuja! 280 00:16:44,336 --> 00:16:45,963 Cik Ling Wen pun okey juga. 281 00:16:45,963 --> 00:16:48,007 Dia mungkin rahmati kita dengan kepintaran! 282 00:16:48,007 --> 00:16:49,341 Sebenarnya... 283 00:16:50,634 --> 00:16:53,846 Atau awak boleh memuja... 284 00:16:53,846 --> 00:16:55,347 Siapa? 285 00:16:55,347 --> 00:16:57,349 Jeneral "Dick" . 286 00:17:02,229 --> 00:17:03,772 Berusahalah! 287 00:17:03,772 --> 00:17:05,274 Kalaulah dia Cik Ling Wen. 288 00:17:05,274 --> 00:17:07,693 - Jeneral "Dick" mulia juga. - Ya! 289 00:17:11,280 --> 00:17:12,865 Masih ada masa. 290 00:17:12,865 --> 00:17:15,701 Suatu hari nanti, akan ada pemuja dan kemenyan. 291 00:17:22,666 --> 00:17:24,710 Saya perlu keluarkan duit untuk baik pulih. 292 00:17:26,003 --> 00:17:27,421 Kemudian... 293 00:18:31,276 --> 00:18:32,402 Gosip tentang para dewa. 294 00:18:34,947 --> 00:18:36,323 Kisah benar hantu. 295 00:18:36,323 --> 00:18:37,324 Bagusnya benda ini! 296 00:18:38,534 --> 00:18:40,410 Ia cukup untuk baik pulih tokong. 297 00:18:40,410 --> 00:18:43,163 Keluar duit untuk baik pulih, dapat duit daripada barang terpakai. 298 00:18:43,163 --> 00:18:45,749 Kumpul barang terpakai lebih baik daripada naik ke Syurga! 299 00:18:50,921 --> 00:18:53,382 Apa? Saya disebut dalam ini juga? 300 00:18:54,424 --> 00:18:57,261 "Putera Mahkota Xianle naik ke Syurga tiga kali. 301 00:18:57,261 --> 00:18:59,763 Dewa Pertahanan, Dewa Wabak dan Dewa Barang Terpakai." 302 00:19:01,431 --> 00:19:03,559 Tak apalah. Setidaknya, saya dewa. 303 00:19:03,559 --> 00:19:06,520 Dewa Pertahanan dan Dewa Barang Terpakai sama saja. 304 00:19:06,520 --> 00:19:09,982 Semua dewa sama, begitu juga makhluk hidup. 305 00:19:09,982 --> 00:19:11,900 Yakah? 306 00:19:11,900 --> 00:19:14,069 Orang suka bercakap tentang kesamaan. 307 00:19:14,069 --> 00:19:15,571 Kalau kesamaan itu wujud, 308 00:19:15,571 --> 00:19:18,073 masih ada lagikah para dewa? 309 00:19:34,339 --> 00:19:36,091 Masuk akal juga. 310 00:19:36,091 --> 00:19:39,469 Mahaguru Air Wudu bertanggungjawab ke atas air dan kekayaan. 311 00:19:39,469 --> 00:19:43,098 Bagaimana Mahaguru Air boleh uruskan kekayaan juga? 312 00:19:43,098 --> 00:19:45,684 Pedagang sering berdagang melalui air, 313 00:19:45,684 --> 00:19:49,146 mereka berdoa untuk keselamatan di Kuil Mahaguru Air. 314 00:19:49,146 --> 00:19:52,065 Lama-kelamaan, Mahaguru Air juga bertanggungjawab atas kekayaan. 315 00:19:53,358 --> 00:19:56,361 Mahaguru Air pasti sangat berkuasa. 316 00:19:56,361 --> 00:19:58,864 Ya, dia Penguasa Air. 317 00:19:58,864 --> 00:20:00,115 "Penguasa Air" ? 318 00:20:00,115 --> 00:20:04,244 Dia akan menterbalikkan kapal yang tak memberikannya persembahan. 319 00:20:04,244 --> 00:20:05,996 Oleh itu, namanya "Penguasa Air" . 320 00:20:05,996 --> 00:20:07,623 Begitu rupanya. 321 00:20:07,623 --> 00:20:10,500 Banyak yang awak tahu walaupun masih muda. 322 00:20:11,710 --> 00:20:13,503 Saya banyak masa lapang. 323 00:20:22,137 --> 00:20:23,972 Banyak awak tahu tentang para dewa. 324 00:20:23,972 --> 00:20:25,015 Bagaimana dengan hantu? 325 00:20:26,683 --> 00:20:27,809 Hantu mana? 326 00:20:39,488 --> 00:20:41,490 Hantu Bunga Hujan Darah, Hua Cheng. 327 00:20:46,078 --> 00:20:47,621 Tunggu dulu, tuanku. 328 00:20:49,081 --> 00:20:51,291 Patik tak nak menyebabkan malang, 329 00:20:51,291 --> 00:20:53,710 tapi sewaktu tuanku mengembara di bumi, 330 00:20:53,710 --> 00:20:56,254 tuanku mungkin akan terjumpa Hua Cheng lagi. 331 00:20:56,254 --> 00:20:59,841 Jadi tolong ingat ini. 332 00:20:59,841 --> 00:21:02,261 Hua Cheng bangkit dari Gunung Tonglu, 333 00:21:02,261 --> 00:21:05,389 di mana beribu-ribu hantu saling berbunuhan. 334 00:21:05,389 --> 00:21:07,641 Raja Hantu yang terselamat daripada ujian 335 00:21:07,641 --> 00:21:10,936 bersifat licik, kejam dan selalu berubah. 336 00:21:12,020 --> 00:21:14,481 Mungkin dia layan tuanku dengan baik, 337 00:21:14,481 --> 00:21:17,025 tapi tuanku mesti sentiasa berjaga-jaga. 338 00:21:17,025 --> 00:21:19,319 Cuba mengelak daripadanya. 339 00:23:11,807 --> 00:23:15,185 Terjemahan sari kata oleh Nor Shahira Alena