1 00:00:18,643 --> 00:00:20,770 Jeneral Ke Mo, bawa bertenang. 2 00:00:20,770 --> 00:00:23,523 Adakah penasihat diraja yang digantung di atas Lubang Pendosa itu? 3 00:00:23,523 --> 00:00:24,733 Ya! 4 00:00:24,733 --> 00:00:27,944 Kalau saya mati pun, saya akan pastikan pengkhianat itu juga mati! 5 00:00:27,944 --> 00:00:30,196 Saya akan gantung dia setiap kali saya tangkap dia! 6 00:00:31,531 --> 00:00:33,074 Selama ini, 7 00:00:33,074 --> 00:00:35,785 dia digantung di atas Lubang Pendosa 8 00:00:35,785 --> 00:00:37,912 setiap kali awak tangkap dia? 9 00:00:39,539 --> 00:00:41,833 Untunglah saya cuma gantung dia! 10 00:00:41,833 --> 00:00:43,042 Selepas menjadi hantu, 11 00:00:43,042 --> 00:00:45,128 dia buru orang-orang saya yang berubah ke tahap Berang 12 00:00:45,128 --> 00:00:47,213 dan campak mereka ke dalam Lubang Pendosa! 13 00:00:47,213 --> 00:00:51,301 Dia buat formasi ajaib yang kuat di sekeliling lubang 14 00:00:51,301 --> 00:00:54,262 untuk halang sesiapa saja di dalam lubang daripada keluar. 15 00:00:56,306 --> 00:00:58,933 Saya dengar kawan-kawan saya menangis setiap hari, 16 00:01:00,101 --> 00:01:03,021 jadi saya terpaksa tangkap pedagang yang merayau-rayau di kota 17 00:01:03,021 --> 00:01:05,356 untuk beri mereka makan. 18 00:01:05,356 --> 00:01:07,275 Saya tak ada pilihan lain. 19 00:01:09,360 --> 00:01:11,488 Bagaimana dengan muka yang separuh tertanam di istana? 20 00:01:11,488 --> 00:01:12,614 Awak juga yang buat? 21 00:01:12,614 --> 00:01:15,075 Kami perlu suburkan Pakis Shanyue. 22 00:01:15,075 --> 00:01:18,828 Kalau tak, kami takkan dapat berdepan ular berekor kala jengking. 23 00:01:18,828 --> 00:01:21,372 Nampaknya walaupun Ke Mo bukan lagi manusia, 24 00:01:21,372 --> 00:01:25,168 dia masih lagi takut dengan ular-ular itu. 25 00:01:25,168 --> 00:01:28,463 Kalau begitu, kenapa penasihat diraja tak gunakan ularnya 26 00:01:28,463 --> 00:01:30,381 untuk lawan balik sebelum dia mati? 27 00:01:31,883 --> 00:01:34,761 Lagipun, pelik juga dia biarkan ularnya menggigit orang. 28 00:01:34,761 --> 00:01:36,805 Dia nampaknya mengumpan orang masuk ke kota 29 00:01:36,805 --> 00:01:38,807 supaya Ke Mo boleh beri makan askar-askarnya. 30 00:01:38,807 --> 00:01:42,519 Tapi bukankah itu bermaksud membantu musuhnya? 31 00:01:42,519 --> 00:01:43,978 Ada satu lagi isu 32 00:01:43,978 --> 00:01:45,188 yang buat saya bingung. 33 00:01:47,649 --> 00:01:50,443 Jeneral Ke Mo, dalam perjalanan ke sini, 34 00:01:50,443 --> 00:01:51,986 kami nampak warna hitam dan putih... 35 00:02:03,873 --> 00:02:06,000 DIADAPTASI DARIPADA HEAVEN OFFICIAL'S BLESSING 36 00:02:06,000 --> 00:02:07,710 NOVEL TULISAN MO XIANG TONG XIU 37 00:02:07,710 --> 00:02:09,504 DITERBITKAN DI JINJIANG LITERATURE CITY 38 00:04:28,434 --> 00:04:29,602 Apa yang berlaku, 39 00:04:29,602 --> 00:04:30,687 Ke Mo? 40 00:04:30,687 --> 00:04:32,689 "Apa yang berlaku" ? 41 00:04:32,689 --> 00:04:35,108 Awak tolak mereka! 42 00:04:35,108 --> 00:04:36,859 Awak Paderi Iblis! 43 00:04:36,859 --> 00:04:38,945 Awak penyebab mereka berada di sini! 44 00:04:38,945 --> 00:04:41,531 Saya patut gantung awak di sana 45 00:04:41,531 --> 00:04:43,533 selama-lamanya! 46 00:04:43,533 --> 00:04:44,534 Paderi Iblis? 47 00:04:45,576 --> 00:04:48,997 Jadi dia adalah penasihat kerajaan Bulan Separuh? 48 00:04:48,997 --> 00:04:49,956 Sekejap. 49 00:04:52,292 --> 00:04:53,626 Ada orang lain di sini? 50 00:05:31,831 --> 00:05:33,416 Baiklah. 51 00:05:33,416 --> 00:05:34,667 "Baiklah" ? 52 00:05:35,877 --> 00:05:38,129 Puas hati awak sekarang? 53 00:05:38,129 --> 00:05:40,506 Mereka semua dah mati! 54 00:05:40,506 --> 00:05:41,758 Ke Mo, 55 00:05:41,758 --> 00:05:43,301 maksud saya, 56 00:05:43,301 --> 00:05:45,344 "Sudah cukuplah. 57 00:05:45,344 --> 00:05:46,929 Akhirnya kita bebas." 58 00:05:48,639 --> 00:05:50,016 Kamukah yang musnahkan 59 00:05:50,016 --> 00:05:51,142 askar-askar hantu ini? 60 00:05:52,185 --> 00:05:53,227 Secara tak sengaja. 61 00:05:54,979 --> 00:05:56,397 Mengarut! 62 00:05:59,609 --> 00:06:01,069 Siapa kamu berdua? 63 00:06:01,069 --> 00:06:03,321 Saya Pegawai Syurga 64 00:06:03,321 --> 00:06:04,739 dan ini... 65 00:06:04,739 --> 00:06:06,115 Dia kawan saya. 66 00:06:12,997 --> 00:06:15,041 Tiada Pegawai Syurga pernah datang ke sini. 67 00:06:16,084 --> 00:06:18,628 Saya ingatkan kamu semua tak peduli tentang tempat ini. 68 00:06:21,339 --> 00:06:22,882 Kamu semua nak keluar? 69 00:06:22,882 --> 00:06:24,342 Sudah tentu. 70 00:06:24,342 --> 00:06:26,260 Tetapi formasi ajaib itu 71 00:06:26,260 --> 00:06:27,386 memerangkap kami. 72 00:06:37,563 --> 00:06:38,773 Saya dah lenyapkannya. 73 00:06:38,773 --> 00:06:40,399 Kamu boleh pergi. 74 00:06:40,399 --> 00:06:41,609 Jadi awak yang lakukannya. 75 00:06:43,236 --> 00:06:45,822 Siapa wanita berpakaian putih dan hitam yang kami nampak? 76 00:06:49,158 --> 00:06:50,576 Hei! 77 00:06:56,999 --> 00:06:58,084 Saya nak pergi! 78 00:06:58,084 --> 00:06:59,710 Fu Yao! Beta di bawah sini! 79 00:07:00,837 --> 00:07:02,130 Apa lagi yang ada? 80 00:07:03,256 --> 00:07:04,382 Ini... 81 00:07:04,382 --> 00:07:07,218 Awak nak turun ke sini dan tengok sendiri? 82 00:07:07,218 --> 00:07:08,594 Dia memang di dalam lubang. 83 00:07:23,109 --> 00:07:25,278 Mereka semua dibunuh. 84 00:07:27,738 --> 00:07:29,782 Adakah semua ini 85 00:07:29,782 --> 00:07:30,825 timbunan mayat... 86 00:07:39,167 --> 00:07:40,418 San Lang. 87 00:07:53,055 --> 00:07:54,974 Bukankah awak uruskan pedagang? 88 00:07:54,974 --> 00:07:56,684 Tuanku dah pergi selama enam jam. 89 00:07:56,684 --> 00:07:58,728 Saya lukis bulatan perlindungan di sekeliling mereka 90 00:07:58,728 --> 00:08:00,104 dan datang ke sini. 91 00:08:01,397 --> 00:08:05,151 Mereka mesti rasa diabaikan. 92 00:08:05,151 --> 00:08:08,196 Salah merekalah jika mereka buat benda bodoh. 93 00:08:17,038 --> 00:08:18,164 Siapa mereka? 94 00:08:18,164 --> 00:08:20,124 Ini penasihat diraja Bulan Separuh. 95 00:08:20,124 --> 00:08:22,793 Itu Jeneral Ke Mo. 96 00:08:22,793 --> 00:08:24,337 Sekarang mereka... 97 00:08:24,337 --> 00:08:26,297 Paderi Iblis! Saya akan bunuh awak! 98 00:08:26,297 --> 00:08:28,674 Awak akan terima balasan atas perbuatan awak! 99 00:08:35,264 --> 00:08:37,391 Pengkhianat! 100 00:08:38,476 --> 00:08:41,562 Di mana ular berekor kala jengking awak? 101 00:08:41,562 --> 00:08:42,855 Ayuh! 102 00:08:42,855 --> 00:08:44,440 Mari sini dan gigit saya! 103 00:08:44,440 --> 00:08:47,902 Ke Mo, saya dah tak boleh kawal ular. 104 00:08:47,902 --> 00:08:50,446 Habis itu, kenapa ia tak gigit awak? 105 00:08:50,446 --> 00:08:51,447 Maafkan saya. 106 00:08:53,950 --> 00:08:56,619 Maafkan saya. 107 00:08:56,619 --> 00:09:00,581 Bolehkah permohonan maaf awak kembalikan orang-orang saya? 108 00:09:01,958 --> 00:09:03,834 Pembelot! 109 00:09:03,834 --> 00:09:08,506 Kalau bukan kerana awak yang berpakat dengan musuh dan buka pintu kota... 110 00:09:08,506 --> 00:09:09,882 Tapi saya... 111 00:09:09,882 --> 00:09:12,969 Kita takkan jadi begini! 112 00:09:18,558 --> 00:09:20,518 Saya akan gantung awak 113 00:09:20,518 --> 00:09:22,770 setiap kali saya tangkap awak! 114 00:09:27,233 --> 00:09:28,734 Jeneral Ke Mo, bertenang! 115 00:09:28,734 --> 00:09:29,986 Berbincang dengan tenang. 116 00:09:43,457 --> 00:09:45,209 Awak rupanya? 117 00:09:45,209 --> 00:09:47,295 Jeneral Hua? 118 00:09:50,381 --> 00:09:51,924 Biar dia bertenang dulu. 119 00:09:59,181 --> 00:10:00,558 Kamu berdua saling mengenali? 120 00:10:03,394 --> 00:10:04,603 Ban Yue? 121 00:10:06,355 --> 00:10:09,400 Awak masih ingat saya, Jeneral Hua. 122 00:10:09,400 --> 00:10:11,027 Tentulah. 123 00:10:11,027 --> 00:10:13,112 Tapi... 124 00:10:13,112 --> 00:10:14,572 Bagaimana awak boleh jadi begini? 125 00:10:16,532 --> 00:10:18,951 Maafkan saya, leftenan. 126 00:10:18,951 --> 00:10:20,620 Saya... 127 00:10:20,620 --> 00:10:21,662 Saya dah buat silap. 128 00:10:25,666 --> 00:10:27,460 "Jeneral" ? 129 00:10:27,460 --> 00:10:29,170 "Leftenan" ? 130 00:10:29,170 --> 00:10:30,254 Apa semua ini? 131 00:10:31,505 --> 00:10:33,257 Tunggu. 132 00:10:33,257 --> 00:10:36,719 Adakah tuanku jeneral yang dimaksudkan di batu nisan itu? 133 00:10:36,719 --> 00:10:38,137 Ya, itu batu nisan saya. 134 00:10:39,722 --> 00:10:40,890 Apa yang berlaku? 135 00:10:43,267 --> 00:10:44,477 Sebenarnya, 136 00:10:44,477 --> 00:10:45,519 panjang ceritanya. 137 00:10:47,563 --> 00:10:49,148 Dua ratus tahun lalu, 138 00:10:49,148 --> 00:10:51,567 beta terpaksa mengelak daripada dikenali. 139 00:10:51,567 --> 00:10:54,028 Berpandukan kompas, beta menuju ke selatan. 140 00:10:54,028 --> 00:10:56,197 Tapi kompas beta rosak 141 00:10:56,197 --> 00:10:58,699 dan beta akhirnya berada di gurun. 142 00:10:59,950 --> 00:11:02,411 Beta bertemu kumpulan yang ambil orang untuk dijadikan tentera. 143 00:11:04,163 --> 00:11:05,831 Jadi tuanku disuruh masuk tentera? 144 00:11:06,832 --> 00:11:07,792 Kemudian, 145 00:11:07,792 --> 00:11:10,169 beta sertai beberapa misi untuk hapuskan penyamun itu 146 00:11:10,169 --> 00:11:12,088 dan dinaikkan pangkat kepada leftenan. 147 00:11:14,090 --> 00:11:17,385 Ada tentera panggil saya "jeneral" kerana rasa hormat. 148 00:11:17,385 --> 00:11:20,846 Kenapa mereka panggil "Jeneral Hua" sedangkan nama keluarga tuanku bukan Hua? 149 00:11:22,556 --> 00:11:24,642 Dulu beta guna nama samaran. 150 00:11:24,642 --> 00:11:26,394 Beta gelarkan diri beta "Hua Xie" . 151 00:11:29,063 --> 00:11:32,608 Peperangan di sempadan membuat ramai kanak-kanak jadi yatim piatu. 152 00:11:32,608 --> 00:11:34,110 Salah seorangnya ialah Ban Yue. 153 00:11:35,194 --> 00:11:36,779 Suatu hari, 154 00:11:36,779 --> 00:11:38,072 ketika beta sedang memasak... 155 00:11:46,455 --> 00:11:47,790 Apa benda ini? 156 00:11:50,084 --> 00:11:52,878 Ia masakan saya. Jangan lepaskan geram terhadap makanan. 157 00:11:52,878 --> 00:11:54,672 Awak ingat ada orang nak makan benda itu? 158 00:11:54,672 --> 00:11:55,756 - Aduhai. - Ya. 159 00:12:00,678 --> 00:12:02,721 Tunggu dulu, budak! Jangan... 160 00:12:08,352 --> 00:12:11,355 Fikir dua kali sebelum makan apa-apa yang awak kutip. 161 00:12:12,898 --> 00:12:13,983 Di mana ibu bapa awak? 162 00:12:19,572 --> 00:12:20,781 Apa yang awak buat? 163 00:12:31,667 --> 00:12:33,210 Makan ini. 164 00:12:37,047 --> 00:12:39,049 Sejak itu, 165 00:12:39,049 --> 00:12:41,010 budak itu selalu ikut beta senyap-senyap. 166 00:12:48,142 --> 00:12:49,059 Hei! 167 00:13:11,373 --> 00:13:13,876 Jadi beta dapat kenal dia setelah beberapa ketika. 168 00:13:15,753 --> 00:13:17,338 Beta tak tahu dia dari mana. 169 00:13:18,339 --> 00:13:19,965 Dia boleh berbahasa Mandarin, 170 00:13:19,965 --> 00:13:21,050 tapi jarang bercakap. 171 00:13:22,343 --> 00:13:24,220 Dia cuma ada seorang kawan, 172 00:13:24,220 --> 00:13:25,471 budak lelaki Yong'an. 173 00:13:27,431 --> 00:13:30,643 Kadang-kadang, beta ajar dia menyanyi dan bergusti. 174 00:13:30,643 --> 00:13:31,810 Kami serasi. 175 00:13:32,978 --> 00:13:34,647 Tapi 176 00:13:34,647 --> 00:13:36,232 saat indah takkan kekal selamanya. 177 00:13:37,858 --> 00:13:40,611 Kemudian, beta terlibat dalam sebuah rusuhan. 178 00:13:41,737 --> 00:13:44,532 Beta cedera dalam rusuhan itu, tak boleh berdiri, 179 00:13:44,532 --> 00:13:45,824 jadi beta terpaksa pura-pura mati. 180 00:13:46,992 --> 00:13:49,495 Beta tak ingat apa berlaku selepas itu. 181 00:13:51,997 --> 00:13:53,832 Apabila beta bangun, 182 00:13:53,832 --> 00:13:56,126 beta dah kembali ke Kerajaan Yong'an. 183 00:13:56,126 --> 00:13:57,962 Beta terputus hubungan dengan Ban Yue. 184 00:13:59,255 --> 00:14:01,382 Saya ingat apabila mereka sebut "Ban Yue" , 185 00:14:01,382 --> 00:14:03,342 mereka maksudkan nama kerajaan. 186 00:14:03,342 --> 00:14:05,844 Saya tak sangka awak orangnya. 187 00:14:05,844 --> 00:14:07,054 Maafkan saya. 188 00:14:08,472 --> 00:14:11,308 Awak diheret dalam rusuhan itu untuk selamatkan saya. 189 00:14:12,935 --> 00:14:15,437 Sebenarnya, taklah teruk sangat. 190 00:14:15,437 --> 00:14:17,106 Macam mana boleh "diheret" ? 191 00:14:17,106 --> 00:14:20,484 Setidaknya, tuanku mampu lindungi diri sendiri. 192 00:14:20,484 --> 00:14:21,694 Beta tak berapa ingat. 193 00:14:21,694 --> 00:14:24,697 Kedua-dua pihak mula bergaduh tanpa dengar kata-kata beta. 194 00:14:24,697 --> 00:14:27,741 Melihat Ban Yue terperangkap, beta cuba selamatkan dia. 195 00:14:27,741 --> 00:14:31,120 Tapi dah terlambat untuk keluar, jadi... 196 00:14:31,120 --> 00:14:32,580 "Tak berapa ingat" ? 197 00:14:32,580 --> 00:14:34,748 Kenapa tuanku boleh tak ingat? 198 00:14:34,748 --> 00:14:36,542 Kapasiti memori beta terhad. 199 00:14:36,542 --> 00:14:39,169 Beta lebih suka ingat ban kukus yang beta makan semalam 200 00:14:39,169 --> 00:14:42,214 berbanding diheret di dalam rusuhan beberapa ratus tahun lalu. 201 00:14:45,676 --> 00:14:47,386 Maafkan saya. 202 00:14:47,386 --> 00:14:50,306 Ban Yue, saya yang pilih untuk selamatkan awak. 203 00:14:50,306 --> 00:14:53,517 Tapi awak mungkin perlu minta maaf kepada orang lain. 204 00:14:56,896 --> 00:14:59,189 Mari kembali kepada isu utama. 205 00:14:59,189 --> 00:15:02,151 Kenapa awak buka pintu kota dan sebabkan pembunuhan beramai-ramai? 206 00:15:05,154 --> 00:15:07,072 Ada rakan subahat? 207 00:15:07,072 --> 00:15:08,616 Apa lagi rancangan kamu? 208 00:15:12,786 --> 00:15:13,621 Awak! 209 00:15:15,456 --> 00:15:16,832 Dia bodohkah? 210 00:15:19,001 --> 00:15:20,294 Setahu saya, 211 00:15:20,294 --> 00:15:23,047 awak takkan balas dendam atau khianati orang lain. 212 00:15:24,214 --> 00:15:27,051 Jadi kenapa awak buka pintu kota itu? 213 00:15:27,051 --> 00:15:28,344 Awak sudi beritahu saya? 214 00:15:31,597 --> 00:15:33,307 Kalau awak tak nak cakap tentang itu, 215 00:15:34,308 --> 00:15:36,060 boleh awak beritahu saya 216 00:15:36,060 --> 00:15:38,938 kenapa awak hantar ular untuk menggigit orang? 217 00:15:38,938 --> 00:15:41,523 Dia tahap Berang. Bukankah itu dah jelas? 218 00:15:41,523 --> 00:15:43,150 Saya tak hantar ular-ular itu. 219 00:15:43,150 --> 00:15:44,568 Ia ingkar arahan saya 220 00:15:44,568 --> 00:15:45,653 dan keluar sendiri. 221 00:15:45,653 --> 00:15:46,695 Apa? 222 00:15:46,695 --> 00:15:49,365 Saya tak tipu, Jeneral Hua. 223 00:15:49,365 --> 00:15:51,200 Bukankah itu kata-kata penjenayah? 224 00:15:51,200 --> 00:15:54,161 Bukankah orang-orang yang lalu disengat oleh ular awak? 225 00:15:54,161 --> 00:15:56,288 Berhenti mengarut. Hulurkan tangan awak. 226 00:16:07,257 --> 00:16:08,968 Misi kita berjaya. 227 00:16:08,968 --> 00:16:10,469 Mari. 228 00:16:10,469 --> 00:16:12,179 Sekejap, Fu Yao. 229 00:16:12,179 --> 00:16:15,099 Tuanku betul-betul nak dengar penipuan ini? 230 00:16:15,099 --> 00:16:16,350 Tiada sebab untuk dia tipu. 231 00:16:23,565 --> 00:16:25,401 Jadi awak tak boleh seru ular sekarang? 232 00:16:26,694 --> 00:16:27,695 Saya boleh seru, 233 00:16:27,695 --> 00:16:30,656 tapi kadangkala ia tak dengar arahan saya. 234 00:16:32,449 --> 00:16:34,201 Kalau begitu, serulah ular-ular itu. 235 00:16:48,215 --> 00:16:49,675 Tak guna! 236 00:17:03,188 --> 00:17:04,940 Dia menipu. 237 00:17:04,940 --> 00:17:06,817 Awak fikir ular itu akan bunuh dia? 238 00:17:06,817 --> 00:17:07,818 Bodohnya. 239 00:17:07,818 --> 00:17:09,028 Mana ada! 240 00:17:09,028 --> 00:17:10,946 Ular itu mengingkari arahan saya! 241 00:17:10,946 --> 00:17:14,825 Siapa tahu ia menurut arahan atau tak? 242 00:17:14,825 --> 00:17:16,243 Saya tak seru pun! 243 00:17:27,421 --> 00:17:28,714 Kenapa awak masih menipu? 244 00:17:28,714 --> 00:17:31,300 - Bukan saya! - Siapa lagi kalau bukan awak? 245 00:17:31,300 --> 00:17:32,217 Suruh ia pergi! 246 00:17:46,148 --> 00:17:48,901 - Tunggu! - Tuanku nak menyebelahi dia? 247 00:17:48,901 --> 00:17:49,860 Ular-ular ini... 248 00:18:02,414 --> 00:18:04,750 Tolonglah sedar sekarang! 249 00:18:06,168 --> 00:18:08,962 Mari keluar dari sini dulu. Kita bincang kemudian saja. 250 00:18:08,962 --> 00:18:10,255 Kenapa awak kembali? 251 00:18:10,255 --> 00:18:11,799 Formasi telah dilenyapkan. 252 00:18:11,799 --> 00:18:12,674 Naiklah! 253 00:18:14,718 --> 00:18:15,719 Apa ini? 254 00:18:22,810 --> 00:18:24,144 Memang betul awak! 255 00:20:15,422 --> 00:20:18,342 Terjemahan sari kata oleh Nor Shahira Alena