1 00:00:06,049 --> 00:00:11,304 SEKOLAH TINGGI NANCY REAGAN PINTU MASUK UTAMA 2 00:00:24,567 --> 00:00:27,445 Entah siapa yang cadangkan idea gila 3 00:00:28,446 --> 00:00:31,699 untuk kumpul ratusan remaja di sekolah yang kurang dana 4 00:00:33,659 --> 00:00:36,662 dan bawah pengurusan orang yang sudah putus harapan… 5 00:00:39,415 --> 00:00:41,084 tapi saya suka deraan itu. 6 00:00:55,139 --> 00:00:56,766 OINK OINK - BUDAK PELIK 7 00:01:04,565 --> 00:01:05,691 Beri kakak namanya. 8 00:01:05,775 --> 00:01:07,527 Saya tak tahu mereka siapa. 9 00:01:08,111 --> 00:01:11,155 - Ia terlalu pantas. - Pugsley, emosi bererti lemah. 10 00:01:12,031 --> 00:01:13,533 Kawal emosi kamu. 11 00:01:14,492 --> 00:01:15,701 Sekarang. 12 00:01:19,080 --> 00:01:20,790 Budak, awak takut? 13 00:01:27,255 --> 00:01:28,089 Kakak okey? 14 00:01:28,172 --> 00:01:29,966 Saya enggan beritahu adik saya 15 00:01:30,049 --> 00:01:32,385 yang saya mendapat visi baru-baru ini. 16 00:01:32,969 --> 00:01:34,428 Ia muncul tanpa amaran 17 00:01:34,512 --> 00:01:38,516 dan macam terapi renjatan elektrik tapi tanpa kepuasan rasa terbakar. 18 00:01:38,599 --> 00:01:39,976 Biar kakak uruskan. 19 00:01:40,059 --> 00:01:41,018 Kakak? 20 00:01:41,853 --> 00:01:43,563 Apa kakak nak buat? 21 00:01:43,646 --> 00:01:44,981 Kepakaran kakak. 22 00:02:01,706 --> 00:02:02,790 Dalton, tengoklah. 23 00:02:03,583 --> 00:02:05,084 Kakak Pugsley. 24 00:02:08,004 --> 00:02:09,213 Hei, hantu. 25 00:02:09,755 --> 00:02:11,632 Ini latihan tertutup. 26 00:02:12,466 --> 00:02:15,636 Saya saja yang berhak seksa adik saya. 27 00:02:49,921 --> 00:02:51,297 AKADEMI NEVERMORE 28 00:02:52,006 --> 00:02:54,425 SEBUAH SIRI NETFLIX 29 00:04:07,665 --> 00:04:11,919 Dalam keajaiban malam 30 00:04:12,003 --> 00:04:15,381 Aku berbisik 31 00:04:16,340 --> 00:04:20,594 Memanjatkan doa 32 00:04:20,678 --> 00:04:24,557 Dengan harapan syahdu 33 00:04:25,141 --> 00:04:29,395 Lalu kutidur dan bermimpi 34 00:04:29,478 --> 00:04:32,315 Akan dirimu 35 00:04:34,942 --> 00:04:36,610 Aku ingat 36 00:04:37,194 --> 00:04:41,866 Kau ucap selamat tinggal 37 00:04:56,756 --> 00:05:00,259 Sayang, sampai bila kamu nak bersikap dingin terhadap kami? 38 00:05:02,053 --> 00:05:05,973 Lurch, ingatkan ibu bapa saya yang saya tak bercakap dengan mereka. 39 00:05:08,225 --> 00:05:10,144 Ayah berani jamin 40 00:05:10,227 --> 00:05:12,730 yang kamu akan menyukai Nevermore. 41 00:05:12,813 --> 00:05:14,732 - Bukan begitu, Tish? - Mestilah. 42 00:05:14,815 --> 00:05:17,234 - Ia sekolah terbaik untuknya. - Kenapa? 43 00:05:17,318 --> 00:05:19,278 Kerana ia yang terbaik buat ibu? 44 00:05:19,362 --> 00:05:21,572 Saya tak mahu ikut jejak langkah ibu. 45 00:05:21,655 --> 00:05:23,616 Jadi kapten pasukan lawan pedang, 46 00:05:23,699 --> 00:05:26,619 Ratu Majlis Tari-menari Mistik, presiden Persatuan Puja Roh. 47 00:05:26,702 --> 00:05:31,248 Maksud ibu, akhirnya kamu akan dikelilingi remaja yang memahami kamu. 48 00:05:31,332 --> 00:05:33,584 Kamu juga mungkin dapat kawan baru. 49 00:05:35,252 --> 00:05:38,214 Nevermore bukan seperti sekolah berasrama lain. 50 00:05:39,215 --> 00:05:40,758 Ia penuh keajaiban. 51 00:05:41,509 --> 00:05:43,177 Di sanalah kami bertemu, 52 00:05:44,095 --> 00:05:45,679 dan jatuh cinta. 53 00:05:47,932 --> 00:05:50,351 Loyanya saya tengok ayah dan ibu. 54 00:05:50,935 --> 00:05:51,977 Ia menjelikkan. 55 00:05:52,061 --> 00:05:55,231 Sayang, kami bukan punca kamu dibuang sekolah. 56 00:05:55,314 --> 00:05:59,610 Keluarga budak itu akan kemukakan dakwaan cubaan membunuh. 57 00:05:59,693 --> 00:06:01,821 Apa jadi dengan rekod kamu nanti? 58 00:06:01,904 --> 00:06:02,863 Teruk. 59 00:06:03,864 --> 00:06:06,117 Orang akan tahu cubaan saya gagal. 60 00:06:12,832 --> 00:06:14,333 Di situ pun dah okey. 61 00:06:14,417 --> 00:06:17,420 AKADEMI NEVERMORE SIMPANG KIRI SETERUSNYA 62 00:06:22,550 --> 00:06:25,302 - Terima kasih. - Awak yakin nak turun di sini? 63 00:06:26,345 --> 00:06:30,224 Denai itu mungkin nampak selamat, tapi ia lalu Nevermore. 64 00:06:30,891 --> 00:06:32,101 Sekolah budak buangan? 65 00:06:32,685 --> 00:06:34,603 Itu gelaran yang sopan. 66 00:06:34,687 --> 00:06:37,106 Saya tiada masalah dengan orang buangan. 67 00:06:37,189 --> 00:06:39,400 Kaunselor kem musim panas saya serigala jadian. 68 00:06:39,483 --> 00:06:40,484 Baik orangnya. 69 00:06:40,568 --> 00:06:44,905 Ya, mereka sama macam kita, tapi tunggulah apabila mereka baham awak. 70 00:06:49,869 --> 00:06:50,870 Terima kasih. 71 00:07:45,799 --> 00:07:52,765 AKADEMI NEVERMORE 72 00:07:56,936 --> 00:07:59,730 Sekurang-kurangnya, cuaca hari ini makin indah. 73 00:08:17,748 --> 00:08:18,832 PENGETUA WEEMS 74 00:08:18,916 --> 00:08:21,585 Wednesday nama yang segar dan unik. 75 00:08:23,087 --> 00:08:24,838 Ia tentu hari kelahiran awak. 76 00:08:24,922 --> 00:08:27,007 Saya lahir pada 13 hb, hari Jumaat. 77 00:08:27,091 --> 00:08:30,886 Saya namakannya sempena lirik lagu kanak-kanak kegemaran saya, 78 00:08:30,970 --> 00:08:33,389 "Anak hari Rabu gundah gulana." 79 00:08:35,975 --> 00:08:40,020 Pandangan awak terhadap dunia memang unik sejak dulu lagi, Morticia. 80 00:08:41,146 --> 00:08:44,525 Ibu kamu ada beritahu yang kami dulu sebilik? 81 00:08:44,608 --> 00:08:47,987 Tapi puan tamat sekolah dalam keadaan waras? Mengagumkan. 82 00:08:50,030 --> 00:08:53,409 Pengalaman pendidikan kamu nampaknya sangat menarik. 83 00:08:53,492 --> 00:08:55,327 Lapan sekolah dalam lima tahun. 84 00:08:55,411 --> 00:08:58,205 Sekolah yang mampu kawal saya belum wujud. 85 00:08:58,289 --> 00:09:00,374 Tempat ini pun pasti sama saja. 86 00:09:00,457 --> 00:09:02,293 Sebenarnya, anak saya cuba kata 87 00:09:02,376 --> 00:09:05,170 yang dia amat menghargai peluang ini. 88 00:09:08,215 --> 00:09:11,302 Kami tak terima pelajar pada tengah semester, 89 00:09:11,885 --> 00:09:14,722 tapi memandangkan gred Wednesday sempurna 90 00:09:14,805 --> 00:09:17,683 dan keluarga kamu bekas pelajar sekolah ini, 91 00:09:17,766 --> 00:09:20,769 maka saya dan lembaga sekolah buat pengecualian. 92 00:09:26,942 --> 00:09:29,862 Larissa, bagaimana dengan 93 00:09:30,779 --> 00:09:32,114 sesi terapinya? 94 00:09:32,698 --> 00:09:34,199 Mahkamah yang suruh buat. 95 00:09:35,451 --> 00:09:38,162 Sekolah kami bekerjasama dengan pakar terapi di Jericho. 96 00:09:38,746 --> 00:09:39,997 Sesinya dua kali seminggu, 97 00:09:40,080 --> 00:09:42,333 Kamu dengar tak, intan payung? 98 00:09:42,416 --> 00:09:46,253 - Kamu pasti terjaga. - Tengoklah jika dia tahan sesi pertama. 99 00:09:49,506 --> 00:09:51,759 Kamu dapat bilik asrama ibu kamu dulu. 100 00:09:51,842 --> 00:09:52,760 Dewan Ophelia. 101 00:09:55,471 --> 00:09:56,764 Ingatkan saya semula. 102 00:09:56,847 --> 00:09:58,599 Ophelia bunuh diri 103 00:09:58,682 --> 00:10:01,560 selepas keluarganya buat dia jadi gila, bukan? 104 00:10:08,609 --> 00:10:10,944 Mari kita jumpa rakan sebilik kamu. 105 00:10:18,577 --> 00:10:20,537 Ia sangat terang. 106 00:10:25,042 --> 00:10:25,876 Hai, rakan? 107 00:10:25,959 --> 00:10:29,129 Wednesday, ini Enid Sinclair. 108 00:10:29,213 --> 00:10:30,756 Awak tak apa-apa? 109 00:10:30,839 --> 00:10:32,341 Awak nampak pucat. 110 00:10:33,842 --> 00:10:35,552 Rupanya memang macam mayat. 111 00:10:37,471 --> 00:10:39,556 Selamat datang ke Dewan Ophelia. 112 00:10:40,849 --> 00:10:42,643 Awak tak suka peluk. Baik. 113 00:10:42,726 --> 00:10:44,269 Maafkan Wednesday. 114 00:10:44,353 --> 00:10:46,480 Dia ada alahan terhadap warna. 115 00:10:48,440 --> 00:10:49,733 Apa kesan alahannya? 116 00:10:50,234 --> 00:10:53,904 Gegata timbul dan kulit akan tertanggal daripada tulang saya. 117 00:10:53,987 --> 00:10:56,699 Mujurlah kami dah pesan pakaian seragam khas. 118 00:10:57,783 --> 00:10:59,952 Enid, bawa dia ke pejabat pendaftar 119 00:11:00,035 --> 00:11:02,204 untuk ambil salinan jadualnya 120 00:11:02,287 --> 00:11:04,289 dan bawa dia melawat sekolah. 121 00:11:16,301 --> 00:11:20,097 Nevermore ditubuhkan pada 1791 untuk mendidik orang seperti kita. 122 00:11:20,180 --> 00:11:22,349 Orang buangan, budak pelik, raksasa, 123 00:11:22,433 --> 00:11:24,768 semua golongan terpinggir ada di sini. 124 00:11:24,852 --> 00:11:26,979 Tak perlu yakinkan saya. 125 00:11:27,813 --> 00:11:29,314 Saya takkan lama di sini. 126 00:11:29,398 --> 00:11:32,067 - Kenapa? - Ibu bapa saya yang nak saya ke sini. 127 00:11:32,651 --> 00:11:35,154 Tengok, ibu saya senyum sinis ke arah saya. 128 00:11:35,821 --> 00:11:38,240 Mereka dah lama nak hantar saya ke sini. 129 00:11:38,824 --> 00:11:42,286 Ia antara rancangan keji mereka yang mudah dibaca. 130 00:11:42,369 --> 00:11:43,412 Rancangan apa? 131 00:11:43,996 --> 00:11:46,081 Untuk jadikan saya seperti mereka. 132 00:11:46,957 --> 00:11:49,793 Jika begitu, mungkin awak boleh jelaskan sesuatu. 133 00:11:49,877 --> 00:11:52,546 Orang kata, awak bunuh budak di sekolah lama 134 00:11:52,629 --> 00:11:54,548 dan ibu bapa awak bantu awak. 135 00:11:54,631 --> 00:11:56,800 Sebenarnya, saya bunuh dua budak. 136 00:12:01,263 --> 00:12:02,765 Selamat datang ke kuad. 137 00:12:05,768 --> 00:12:07,144 Ia berbentuk pentagon. 138 00:12:08,604 --> 00:12:12,065 Gaya gadis Gothik sinis mungkin berkesan di sekolah biasa, 139 00:12:12,149 --> 00:12:13,650 tapi sekolah ini berbeza. 140 00:12:14,485 --> 00:12:16,987 Biar saya jelaskan suasana sosial di sini. 141 00:12:17,488 --> 00:12:20,908 Saya tak berminat dengan puak-puak remaja yang dah basi. 142 00:12:20,991 --> 00:12:24,703 Jika begitu, gunalah maklumat ini untuk mengisi kebencian awak. 143 00:12:24,787 --> 00:12:26,997 Ada banyak jenis orang buangan, 144 00:12:27,080 --> 00:12:30,876 tapi empat geng utama ialah Taring, Bulu, Batu dan Sisik. 145 00:12:30,959 --> 00:12:34,421 Itu geng Taring, juga dikenali sebagai puntianak. 146 00:12:34,505 --> 00:12:37,508 Ada antara mereka yang dah berdekad-dekad di sini. 147 00:12:38,258 --> 00:12:41,720 Geng bengap itu ialah Bulu, atau serigala jadian. 148 00:12:41,804 --> 00:12:42,679 Macam saya! 149 00:12:44,097 --> 00:12:46,350 Tempat ini hingar waktu bulan purnama. 150 00:12:46,433 --> 00:12:50,229 Ketika itu mereka bertukar. Jadi, carilah fon kepala antibunyi. 151 00:12:50,312 --> 00:12:52,356 Sisik tentu ikan duyung, bukan? 152 00:12:52,981 --> 00:12:54,191 Awak cepat tangkap. 153 00:12:54,274 --> 00:12:58,779 Gadis itu, Bianca Barclay, ialah pelajar paling berpengaruh di sini. 154 00:13:00,864 --> 00:13:02,825 Tapi kedudukannya terjejas baru-baru ini. 155 00:13:02,908 --> 00:13:05,911 Dulu, kekasihnya pelukis bernama Xavier Thorpe itu. 156 00:13:05,994 --> 00:13:08,247 Mereka berpisah awal semester dulu. 157 00:13:08,330 --> 00:13:10,082 Puncanya tak diketahui. 158 00:13:10,666 --> 00:13:12,292 - Menarik. - Betul. 159 00:13:12,376 --> 00:13:15,754 Vlog saya sumber gosip utama di Nevermore. 160 00:13:15,838 --> 00:13:19,383 Enid! Gosip tentang rakan sebilik awak amat mengejutkan. 161 00:13:19,466 --> 00:13:21,593 Dia makan daging manusia. 162 00:13:21,677 --> 00:13:23,595 Dia makan budak yang dia bunuh. 163 00:13:23,679 --> 00:13:25,305 Jadi, berhati-hatilah. 164 00:13:26,515 --> 00:13:27,516 Itu tak benar. 165 00:13:27,599 --> 00:13:32,020 Saya hiris daging mangsa dan jadikannya makanan haiwan peliharaan saya. 166 00:13:33,355 --> 00:13:35,774 Ajax, ini rakan sebilik saya, Wednesday. 167 00:13:38,777 --> 00:13:40,320 Awak hitam putih. 168 00:13:41,238 --> 00:13:43,365 - Macam penapis gambar Instagram. - Abaikan dia. 169 00:13:43,448 --> 00:13:47,244 Gorgon kaki hisap batu. Dia kacak tapi tak tahu apa-apa. 170 00:13:47,327 --> 00:13:49,746 Sekolah ini kecil. Awak tak terkenal dalam talian. 171 00:13:49,830 --> 00:13:52,833 Awak perlu sertai Insta, Snapchat dan TikTok. 172 00:13:53,625 --> 00:13:57,421 Media sosial pengesahan tak bermakna yang mengosongkan jiwa. 173 00:14:04,011 --> 00:14:06,847 Tengoklah kamu sekarang, buah hati ayah. 174 00:14:07,472 --> 00:14:11,184 Pakaian seragam ini mengembalikan banyak kenangan sedih. 175 00:14:11,268 --> 00:14:13,103 - Bukan begitu, Tish? - Ya. 176 00:14:14,897 --> 00:14:16,857 Apa kata kamu berdua tunggu di dalam kereta? 177 00:14:17,441 --> 00:14:19,276 Ibu nak cakap dengan Wednesday. 178 00:14:26,491 --> 00:14:27,451 Pugsley, 179 00:14:28,577 --> 00:14:30,370 kamu lembut dan lemah. 180 00:14:30,454 --> 00:14:33,999 Kamu takkan hidup tanpa kakak. Paling lama pun dua bulan. 181 00:14:34,708 --> 00:14:36,501 Saya juga akan merindui kakak. 182 00:14:42,507 --> 00:14:47,596 Jangan cuba untuk melarikan diri. 183 00:14:49,264 --> 00:14:51,975 Ibu dah suruh semua saudara kita hubungi ibu 184 00:14:52,059 --> 00:14:54,728 sebaik saja kamu muncul di rumah mereka. 185 00:14:56,647 --> 00:14:57,856 Kamu tiada tempat mengadu. 186 00:14:57,940 --> 00:15:00,984 Seperti biasa, ibu pandang rendah terhadap saya. 187 00:15:01,068 --> 00:15:03,695 Saya akan lari dari penjara pendidikan ini 188 00:15:03,779 --> 00:15:06,031 dan terus menghilangkan diri. 189 00:15:06,907 --> 00:15:09,034 Kamu sangat pintar, Wednesday, 190 00:15:09,117 --> 00:15:11,870 tapi kadangkala, kamu menyusahkan diri sendiri. 191 00:15:13,747 --> 00:15:16,959 Ibu pasti kamu akan menyukai Nevermore, 192 00:15:17,751 --> 00:15:21,338 dan ia akan mengubah hidup kamu seperti yang ibu lalui dulu. 193 00:15:23,840 --> 00:15:27,010 Ibu juga ada sesuatu untuk kamu. 194 00:15:29,805 --> 00:15:30,806 W… 195 00:15:32,224 --> 00:15:33,058 M. 196 00:15:33,642 --> 00:15:34,726 Parap kita. 197 00:15:35,310 --> 00:15:37,521 Ia diperbuat daripada obsidian 198 00:15:38,647 --> 00:15:41,817 yang pendeta Aztec guna untuk mendapatkan visi. 199 00:15:43,360 --> 00:15:45,362 Ia lambang hubungan kita. 200 00:15:48,073 --> 00:15:51,785 Roh mana yang syorkan manek koran yang bodoh ini? 201 00:15:52,494 --> 00:15:54,037 Saya bukan macam ibu. 202 00:15:55,247 --> 00:15:58,625 Saya takkan jatuh cinta, jadi suri rumah atau berkeluarga. 203 00:16:01,128 --> 00:16:04,715 Orang beritahu ibu yang gadis remaja kasar bahasanya 204 00:16:05,257 --> 00:16:07,092 dan ibu tak patut cepat terasa. 205 00:16:08,343 --> 00:16:10,262 Mujurlah ibu tak berhati perut. 206 00:16:12,806 --> 00:16:15,100 Akhirnya, pujian untuk ibu kamu. 207 00:16:18,687 --> 00:16:21,982 Lurch, tolong ambilkan bebola kristal. 208 00:16:25,027 --> 00:16:28,071 Kami tak boleh hubungi kamu pada minggu pertama, 209 00:16:28,155 --> 00:16:30,532 kami akan hubungi kamu Ahad depan. 210 00:16:57,100 --> 00:16:58,727 Jangan risau, sayang. 211 00:16:59,352 --> 00:17:01,563 Anak kita takkan bersendirian. 212 00:17:27,464 --> 00:17:28,590 Mana bahagian lain? 213 00:17:29,174 --> 00:17:31,927 Torso dan lengannya di situ. 214 00:17:32,844 --> 00:17:34,679 Kakinya ada di tepi tasik. 215 00:17:34,763 --> 00:17:37,724 Ada satu lengan di pokok itu 216 00:17:37,808 --> 00:17:40,811 dan bahagian-bahagian lain belum ditemui. 217 00:17:40,894 --> 00:17:43,814 Ia menyerupai dua serangan lain minggu lepas. 218 00:17:44,981 --> 00:17:48,110 Keluarkan amaran supaya orang tak masuk hutan ini. 219 00:17:48,193 --> 00:17:51,613 Jangan beri permit unggun api untuk masa terdekat ini. 220 00:17:51,696 --> 00:17:53,532 Apa saya patut beritahu pihak media? 221 00:17:53,615 --> 00:17:56,827 Mereka tentu datang berduyun-duyun nanti. 222 00:17:57,702 --> 00:18:00,831 - Cakaplah beruang dah kembali. - Tuan pun tak yakin. 223 00:18:00,914 --> 00:18:02,457 Memang pun. 224 00:18:03,416 --> 00:18:05,293 Pembunuhnya bukan manusia. 225 00:18:06,211 --> 00:18:08,338 Semua pembunuhan ini berkait dengan Nevermore, 226 00:18:08,421 --> 00:18:10,841 bukti saja tiada, jadi sementara itu… 227 00:18:12,300 --> 00:18:13,760 Beruanglah alasannya. 228 00:18:28,441 --> 00:18:30,694 Apa awak buat kepada bilik saya? 229 00:18:31,528 --> 00:18:33,488 Membahagikannya sama rata. 230 00:18:36,158 --> 00:18:38,577 Bahagian awak nampak macam terkena muntah pelangi. 231 00:18:39,077 --> 00:18:40,912 Tolong diam. 232 00:18:40,996 --> 00:18:42,664 Sekarang masa saya menulis. 233 00:18:42,747 --> 00:18:44,166 Masa menulis? 234 00:18:44,249 --> 00:18:46,459 Saya habiskan sejam sehari untuk novel saya. 235 00:18:46,543 --> 00:18:49,671 Contohilah saya agar vlog awak lebih mudah difahami. 236 00:18:49,754 --> 00:18:52,674 Tanda baca dalam diari pembunuh bersiri pun lebih teratur. 237 00:18:52,757 --> 00:18:54,384 Saya tulis pendapat saya. 238 00:18:54,467 --> 00:18:57,262 Ia luahan hati saya. Pengikut saya pun suka. 239 00:18:57,345 --> 00:18:59,764 Jelas sekali, pengikut awak bodoh. 240 00:19:00,557 --> 00:19:03,643 Mereka beri reaksi dengan gambar kecil yang hambar. 241 00:19:04,436 --> 00:19:05,312 Maksud awak, emoji? 242 00:19:06,021 --> 00:19:07,689 Itu luahan perasaan. 243 00:19:07,772 --> 00:19:10,108 Nampaknya ia konsep aneh bagi awak. 244 00:19:11,318 --> 00:19:14,529 Apabila saya lihat awak, saya terbayangkan emoji ini. 245 00:19:15,155 --> 00:19:17,490 Tali, penyodok, lubang. 246 00:19:18,992 --> 00:19:20,660 Ada dua D dalam Addams. 247 00:19:20,744 --> 00:19:24,122 Kalau nak bergosip tentang saya, gunalah ejaan yang betul. 248 00:19:28,168 --> 00:19:29,085 Matikannya. 249 00:19:31,129 --> 00:19:32,964 Ini amaran terakhir. 250 00:19:34,549 --> 00:19:36,384 Jangan cari gaduh dengan saya. 251 00:19:36,468 --> 00:19:40,180 Saya ada kuku dan saya berani menggunakannya. 252 00:19:41,348 --> 00:19:44,768 Selamat petang. Maaf kerana kasut saya berlumpur. 253 00:19:44,851 --> 00:19:48,563 Saya nak pastikan Wednesday selesa. 254 00:19:54,694 --> 00:19:55,612 Saya silap masakah? 255 00:19:57,364 --> 00:20:00,158 Saya Cik Thornhill, ibu asrama kamu. 256 00:20:00,242 --> 00:20:03,036 Maaf kerana tiada untuk sambut ketibaan kamu. 257 00:20:03,119 --> 00:20:05,914 Enid tentu dah alu-alukan kamu ala cara Nevermore. 258 00:20:05,997 --> 00:20:08,541 Dia terlalu baik hingga melemaskan saya. 259 00:20:08,625 --> 00:20:10,252 Saya ingin balas jasanya. 260 00:20:10,835 --> 00:20:12,087 Semasa dia tidur. 261 00:20:13,880 --> 00:20:17,509 Ini hadiah dari rumah hijau saya. 262 00:20:17,592 --> 00:20:20,762 Saya cuba padankan bunga dengan setiap pelajar. 263 00:20:20,845 --> 00:20:23,181 Pernyataan dalam borang permohonan kamu 264 00:20:23,265 --> 00:20:24,975 buat saya teringat pokok ini. 265 00:20:25,058 --> 00:20:26,184 Dahlia hitam. 266 00:20:26,268 --> 00:20:27,310 Kamu kenal bunga ini? 267 00:20:27,394 --> 00:20:30,146 Mestilah. Namanya sempena pembunuhan misteri. 268 00:20:32,274 --> 00:20:33,108 Terima kasih. 269 00:20:33,692 --> 00:20:37,028 Baiklah. Sebelum saya pergi, ada beberapa peraturan. 270 00:20:37,737 --> 00:20:42,200 Tutup lampu pada pukul 10 malam, jangan bising atau bawa budak lelaki. 271 00:20:42,284 --> 00:20:44,494 Bagaimana untuk pergi ke pekan? 272 00:20:44,577 --> 00:20:47,330 Kamu perlu minta kebenaran untuk ke Jericho. 273 00:20:47,414 --> 00:20:51,167 Jaraknya 25 minit dengan jalan kaki dan ada bas ke sana pada hujung minggu. 274 00:20:51,251 --> 00:20:54,921 Penduduk tempatan tak selesa dengan Nevermore, 275 00:20:55,005 --> 00:21:00,927 jadi, jangan buat kacau atau mengiakan tanggapan mereka. 276 00:21:01,011 --> 00:21:05,181 Maksud saya, sembunyikan kuku dan jangan bunuh orang semasa dia tidur. 277 00:21:05,765 --> 00:21:06,850 Faham? 278 00:21:09,352 --> 00:21:10,312 Bagus. 279 00:21:42,218 --> 00:21:44,220 Jurulatih, dia main tipu. 280 00:21:45,013 --> 00:21:46,848 Serangannya sah, Rowan. 281 00:21:46,931 --> 00:21:50,060 Tambah latihan dan kurangkan rungutan, barulah awak jadi handal. 282 00:21:50,143 --> 00:21:53,021 Jurulatih, mana saya nak cari saingan yang baik? 283 00:21:53,104 --> 00:21:54,981 Ada sesiapa nak cabar saya? 284 00:21:55,065 --> 00:21:56,066 Saya. 285 00:21:57,734 --> 00:22:01,237 Awak tentu budak gila yang mereka terima itu. 286 00:22:01,321 --> 00:22:03,114 Awak tentu gadis perasan ratu itu. 287 00:22:03,698 --> 00:22:05,283 Menarik macam ratu lebah, 288 00:22:05,367 --> 00:22:07,327 buang sengatnya dan ia akan mati. 289 00:22:09,788 --> 00:22:12,165 Awak tak perlu pertahankan Rowan. 290 00:22:12,248 --> 00:22:15,335 - Dia tak lemah, dia cuma malas. - Awak nak lawan? 291 00:22:21,007 --> 00:22:22,300 Sedia. 292 00:22:48,743 --> 00:22:50,370 Satu mata untuk Wednesday. 293 00:22:57,710 --> 00:22:59,087 Mata satu sama. 294 00:23:03,007 --> 00:23:05,718 Mata pertama itu hanya tuah orang baru. 295 00:23:06,594 --> 00:23:07,929 Mari kita tamatkannya. 296 00:23:09,139 --> 00:23:12,183 Untuk mata akhir, saya ingin cabar macam tentera. 297 00:23:12,267 --> 00:23:13,184 Tanpa topeng. 298 00:23:13,268 --> 00:23:14,602 Tanpa bantuan. 299 00:23:15,979 --> 00:23:17,605 Orang yang tumpahkan darah menang. 300 00:23:23,403 --> 00:23:25,196 Kamu pilihlah, Bianca. 301 00:23:29,534 --> 00:23:31,744 Mari kita lihat warna darah awak. 302 00:24:05,528 --> 00:24:09,032 Akhirnya, ada pun warna pada wajah awak. 303 00:24:19,459 --> 00:24:20,877 Awak Wednesday, bukan? 304 00:24:24,047 --> 00:24:25,006 Rowan. 305 00:24:26,257 --> 00:24:28,635 - Saya faham perasaan awak. - Mustahil. 306 00:24:29,427 --> 00:24:32,013 Ibu saya kata ada tempat untuk saya. 307 00:24:34,140 --> 00:24:38,478 Saya tak sangka akan terbuang di sekolah budak buangan. 308 00:24:39,771 --> 00:24:42,357 Tapi awak mungkin akan cabar kedudukan saya. 309 00:24:44,817 --> 00:24:46,778 Saya simpati dengan luka itu. 310 00:24:46,861 --> 00:24:48,947 Setiap perbuatan ada balasannya. 311 00:24:56,371 --> 00:24:57,664 BILIK SAKIT 312 00:25:20,103 --> 00:25:21,604 Wednesday! 313 00:25:30,280 --> 00:25:31,239 Selamat kembali. 314 00:25:32,615 --> 00:25:34,075 Perlahan-lahan. 315 00:25:35,285 --> 00:25:36,703 Awak tak alami konkusi, 316 00:25:36,786 --> 00:25:38,830 tapi awak mungkin terhantuk dengan teruk. 317 00:25:38,913 --> 00:25:41,124 Saya cuma ingat saya berjalan di luar 318 00:25:41,207 --> 00:25:44,294 dengan rasa marah, sedih dan jijik pada diri sendiri. 319 00:25:45,461 --> 00:25:46,838 Saya tak pernah rasa begitu. 320 00:25:46,921 --> 00:25:49,549 Ya, orang rasa begitu jika ditewaskan Bianca. 321 00:25:49,632 --> 00:25:53,052 Kemudian, saya nampak gargoil jatuh dan saya fikir, 322 00:25:53,136 --> 00:25:55,096 "Kematian saya tentu menarik." 323 00:25:56,848 --> 00:25:58,766 Tapi awak tolak saya ke tepi. 324 00:25:59,642 --> 00:26:00,476 Kenapa? 325 00:26:02,228 --> 00:26:03,354 Gerak hati. 326 00:26:04,897 --> 00:26:09,819 Awak gunakan sifat kesateriaan untuk buat saya rasa bersyukur? 327 00:26:10,320 --> 00:26:12,113 Orang biasanya akan ucap terima kasih. 328 00:26:12,196 --> 00:26:13,531 Saya tak nak diselamatkan. 329 00:26:13,615 --> 00:26:15,825 Jadi, saya patut biar awak dihempap? 330 00:26:15,908 --> 00:26:19,454 - Saya lebih rela selamatkan diri sendiri. - Baguslah awak masih sama. 331 00:26:20,913 --> 00:26:23,708 Anggap saja yang saya cuma balas budi awak. 332 00:26:25,084 --> 00:26:26,044 Xavier Thorpe? 333 00:26:26,711 --> 00:26:27,962 Awak mungkin lupa. 334 00:26:28,046 --> 00:26:31,466 Kali terakhir kita bertemu, saya lebih pendek dan gemuk. 335 00:26:31,549 --> 00:26:32,634 Apa yang berlaku? 336 00:26:33,593 --> 00:26:36,512 - Akil baligh agaknya. - Apa yang berlaku dulu? 337 00:26:39,057 --> 00:26:41,768 Kita kenal ketika majlis pengebumian ibu angkat saya. 338 00:26:41,851 --> 00:26:43,519 Dia dan nenek awak berkawan. 339 00:26:43,603 --> 00:26:47,815 Mereka tipu orang kaya dan jahat di Eropah semasa mereka muda. 340 00:26:49,192 --> 00:26:52,028 Ketika itu, kita sepuluh tahun dan rasa bosan, 341 00:26:52,779 --> 00:26:54,447 jadi kita main aci sembunyi. 342 00:26:54,530 --> 00:26:57,784 Saya dapat idea untuk sembunyi di dalam kerandanya. 343 00:26:57,867 --> 00:27:01,788 - Saya di dalamnya semasa di krematorium. - Saya terdengar jeritan. 344 00:27:01,871 --> 00:27:05,667 Saya ingat ibu angkat awak tak mati dan cuba keluar. 345 00:27:05,750 --> 00:27:07,710 Kemudian, awak tekan butang henti 346 00:27:07,794 --> 00:27:09,754 dan selamatkan saya daripada dibakar, jadi… 347 00:27:11,255 --> 00:27:12,465 Hutang saya langsai. 348 00:27:38,491 --> 00:27:39,325 Saya dah agak! 349 00:27:40,118 --> 00:27:41,160 Helo, Benda. 350 00:27:45,373 --> 00:27:48,334 Awak fikir deria bau saya yang tajam takkan kesan 351 00:27:48,418 --> 00:27:52,213 bau neroli dan bergamot daripada losen tangan kegemaran awak? 352 00:27:53,297 --> 00:27:54,632 Saya boleh terus buat begini. 353 00:27:56,718 --> 00:27:57,885 Menyerah diri? 354 00:28:01,764 --> 00:28:04,434 Ayah dan ibu suruh awak intip saya, bukan? 355 00:28:05,768 --> 00:28:08,062 Saya sanggup patahkan jari. 356 00:28:08,563 --> 00:28:12,108 Mereka pandang rendah terhadap saya kerana fikir saya takkan jumpa awak. 357 00:28:13,067 --> 00:28:15,903 Benda, kasihannya awak. 358 00:28:16,612 --> 00:28:18,406 Ibu bapa saya tak risau tentang saya. 359 00:28:18,489 --> 00:28:21,409 Mereka jahat dan cuba kawal hidup saya dari jauh. 360 00:28:22,910 --> 00:28:24,829 Jadi, awak ada dua pilihan. 361 00:28:25,663 --> 00:28:26,664 Pertama, 362 00:28:27,790 --> 00:28:30,543 saya kurung awak di sini sepanjang semester 363 00:28:30,626 --> 00:28:34,172 dan awak jadi gila kerana mencakar untuk cuba keluar 364 00:28:34,255 --> 00:28:38,634 hingga kuku dan kulit awak rosak sedangkan awak pentingkan kecantikan. 365 00:28:38,718 --> 00:28:39,802 Kedua… 366 00:28:41,471 --> 00:28:43,014 setia kepada saya. 367 00:28:48,978 --> 00:28:52,482 Rancangan pertama kita adalah untuk lari dari tempat ini. 368 00:28:53,524 --> 00:28:55,109 Saya memang ada rancangan 369 00:28:56,527 --> 00:28:58,029 dan ia bermula sekarang. 370 00:29:03,117 --> 00:29:05,953 SELAMAT DATANG KE JERICHO DITUBUHKAN PADA 1625 371 00:29:06,037 --> 00:29:08,247 LOKASI DUNIA PENGHIJRAH 372 00:29:11,417 --> 00:29:14,545 PESTA MENUAI JERICHO KESERONOKAN UNTUK TAHUN KE-74 373 00:29:26,808 --> 00:29:29,435 Pejabat Dr. Kinbott di tingkat dua. 374 00:29:29,519 --> 00:29:32,063 Pelajar Nevermore kata dia amat membantu. 375 00:29:32,688 --> 00:29:34,899 Puan akan tunggu saya di sini? 376 00:29:34,982 --> 00:29:37,944 Mungkin kita boleh pergi minum di Weathervane. 377 00:29:38,027 --> 00:29:41,280 Puan, cubaan puan menjatuhkan maruah puan. 378 00:29:44,242 --> 00:29:47,453 Hantar saya ke sini juga bukan tugas puan. 379 00:29:48,037 --> 00:29:51,290 Berdasarkan sejarah kamu, kamu tentu akan cuba lari. 380 00:29:53,501 --> 00:29:55,670 Saya perlu menghalangnya. 381 00:29:57,630 --> 00:29:58,756 Semoga berjaya. 382 00:30:03,469 --> 00:30:05,680 Saya dah baca nota kaunselor sekolah. 383 00:30:05,763 --> 00:30:06,639 Pn. Bronstein. 384 00:30:06,722 --> 00:30:10,685 Dia mengalami trauma selepas sesi kami dan perlu bercuti enam bulan. 385 00:30:11,727 --> 00:30:13,104 Silakan duduk. 386 00:30:15,189 --> 00:30:17,942 - Apa perasaan kamu tentangnya? - Sah betul. 387 00:30:18,025 --> 00:30:20,903 Tapi orang yang mengait tak layak memusuhi saya. 388 00:30:21,654 --> 00:30:22,822 Musuh? 389 00:30:22,905 --> 00:30:27,076 Saya mahu kita berkawan berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat. 390 00:30:27,159 --> 00:30:28,870 Ini ruang selamat, Wednesday. 391 00:30:28,953 --> 00:30:31,372 Tempat untuk kita bincang apa-apa saja. 392 00:30:31,455 --> 00:30:35,793 Pendapat, perasaan pandangan terhadap dunia dan falsafah peribadi kamu. 393 00:30:35,877 --> 00:30:39,171 Itu mudah saja. Saya rasa sesi ini sia-sia. 394 00:30:39,755 --> 00:30:41,924 Bagi saya, dunia ini seksaan 395 00:30:42,008 --> 00:30:44,594 dan kita perlu membunuh jika enggan dibunuh. 396 00:30:45,094 --> 00:30:47,722 Sebagai contoh, apabila adik kamu dibuli, 397 00:30:47,805 --> 00:30:50,057 kamu masukkan ikan piranha ke dalam kolam. 398 00:30:50,141 --> 00:30:53,519 Bak kata orang, jangan bawa pisau untuk berlawan pedang… 399 00:30:54,562 --> 00:30:55,730 kecuali secara curi-curi. 400 00:30:56,314 --> 00:30:59,025 Kamu serang budak itu dan tak rasa bersalah. 401 00:30:59,108 --> 00:31:01,819 - Sebab itu kamu di sini. - Satu testikelnya hancur. 402 00:31:02,612 --> 00:31:05,698 Saya dah berbakti kepada dunia. Dalton tak patut ada anak. 403 00:31:05,781 --> 00:31:07,533 Soalan awak dah terjawab. 404 00:31:08,200 --> 00:31:09,452 Kita belum selesai. 405 00:31:12,872 --> 00:31:16,042 Terapi dapat membantu kamu memahami diri kamu. 406 00:31:16,125 --> 00:31:18,544 Ia ajar cara baru untuk menangani emosi. 407 00:31:18,628 --> 00:31:21,255 Juga membantu kamu membina hidup idaman kamu. 408 00:31:21,339 --> 00:31:23,007 Saya tahu apa yang saya nak. 409 00:31:23,633 --> 00:31:24,634 Ceritalah lagi. 410 00:31:26,385 --> 00:31:29,388 Perbualan kita semasa sesi ini rahsia. 411 00:31:32,058 --> 00:31:34,477 Kamu mahu jadi penulis? 412 00:31:34,560 --> 00:31:37,688 Saya tahu kamu tulis tiga novel tentang detektif muda, 413 00:31:37,772 --> 00:31:40,900 Viper De La Muerte. Boleh ceritakan tentang dia? 414 00:31:40,983 --> 00:31:44,111 Viper bijak, perseptif tapi tak difahami. 415 00:31:44,195 --> 00:31:45,947 Karya kamu dah diterbitkan? 416 00:31:47,782 --> 00:31:50,701 Editor tak berpandangan jauh dan tak berani. 417 00:31:50,785 --> 00:31:53,162 Ada yang kata karya saya menggerunkan 418 00:31:53,245 --> 00:31:55,665 dan suruh saya jumpa doktor psikiatri. 419 00:31:56,374 --> 00:31:57,541 Ironik, bukan? 420 00:31:58,125 --> 00:31:59,585 Apa reaksi kamu? 421 00:32:01,045 --> 00:32:02,713 Saya beri hadiah "terima kasih". 422 00:32:11,430 --> 00:32:13,891 Saya boleh terima kritikan yang membina. 423 00:32:14,684 --> 00:32:15,893 Baguslah begitu. 424 00:32:16,394 --> 00:32:19,522 Manuskripnya dihantar kepada saya untuk membantu penilaian saya. 425 00:32:19,605 --> 00:32:21,440 Hubungan paling menarik 426 00:32:21,524 --> 00:32:23,651 ialah hubungan Viper dengan ibunya, Dominica. 427 00:32:25,111 --> 00:32:26,487 Mari kita bualkannya. 428 00:32:29,281 --> 00:32:32,827 Proses ini melibatkan penerokaan perasaan yang kita tak suka. 429 00:32:32,910 --> 00:32:34,120 Saya tak suka meneroka. 430 00:32:36,205 --> 00:32:38,541 Boleh saya pergi ke bilik air dulu? 431 00:32:50,886 --> 00:32:51,846 Wednesday? 432 00:32:51,929 --> 00:32:53,389 Semuanya okey? 433 00:32:55,474 --> 00:32:57,643 Kamu tak boleh terus bersembunyi. 434 00:32:57,727 --> 00:32:58,686 Saya okey. 435 00:32:58,769 --> 00:33:02,398 Saya cuma bersedia untuk penerokaan yang saya tak suka itu. 436 00:33:04,025 --> 00:33:04,984 Pengasah kuku. 437 00:33:28,507 --> 00:33:33,596 Saya ada masa pada petang Sabtu, sekitar pukul empat. 438 00:33:47,193 --> 00:33:50,446 Siapa yang lepaskan awak? Budak pelik. 439 00:33:53,574 --> 00:33:57,119 KAFE & KEDAI ROTI WEATHERVANE 440 00:34:05,920 --> 00:34:07,129 Opocot! 441 00:34:07,213 --> 00:34:10,091 Buat orang terkejut adalah antara hobi awak, ya? 442 00:34:10,174 --> 00:34:11,509 Ia bukan sekadar hobi. 443 00:34:12,676 --> 00:34:14,053 Awak pelajar Nevermore. 444 00:34:14,762 --> 00:34:16,764 Mereka dah tukar pakaian seragam. 445 00:34:16,847 --> 00:34:18,182 Bagi kuad berais. 446 00:34:18,265 --> 00:34:19,225 Ia penting. 447 00:34:21,477 --> 00:34:24,730 - Ia empat cawan kecil espreso. - Saya tahu maknanya. 448 00:34:24,814 --> 00:34:28,275 Tapi mesin espreso bermasalah sekarang, jadi… 449 00:34:28,359 --> 00:34:29,610 kami cuma ada kopi biasa. 450 00:34:30,111 --> 00:34:34,615 Kopi itu cuma untuk orang yang benci diri dan sedar hidup mereka sia-sia. 451 00:34:37,701 --> 00:34:39,370 Apa masalah mesin awak? 452 00:34:39,453 --> 00:34:42,289 Ia kuat meragam dan suka buat sesuka hati. 453 00:34:42,373 --> 00:34:45,543 Tambahan pula, arahannya dalam bahasa Itali. 454 00:34:49,588 --> 00:34:53,300 Beri saya pemutar skru tiga cabang dan perengkuh Allen empat mm. 455 00:34:53,384 --> 00:34:55,553 Awak faham bahasa Itali? 456 00:34:56,637 --> 00:34:58,973 Mestilah. Ia bahasa ibunda Machiavelli. 457 00:34:59,932 --> 00:35:02,351 Macam ini. Saya baiki mesin espreso awak, 458 00:35:02,434 --> 00:35:04,478 awak buat kopi saya dan panggilkan teksi. 459 00:35:05,521 --> 00:35:07,898 Tiada teksi di Jericho. 460 00:35:07,982 --> 00:35:09,066 Cubalah guna Uber. 461 00:35:09,150 --> 00:35:12,486 Saya tak ada telefon dan enggan jadi hamba teknologi. 462 00:35:13,320 --> 00:35:14,572 Sayang sekali. 463 00:35:14,655 --> 00:35:16,198 Awak nak ke mana? 464 00:35:16,282 --> 00:35:19,285 Awak tak perlu tahu. Kereta api ada tak? 465 00:35:20,286 --> 00:35:23,372 Stesen terdekat ialah Burlington, 30 minit dari sini. 466 00:35:23,455 --> 00:35:25,958 Mesin ini ada masalah injap. Saya pernah melihatnya. 467 00:35:27,126 --> 00:35:29,461 Di mana? Di rumah awak? 468 00:35:29,545 --> 00:35:32,381 Gilotin berkuasa stim yang saya bina semasa saya sepuluh tahun. 469 00:35:33,507 --> 00:35:36,051 Saya nak penggal kepala anak patung dengan lebih cekap. 470 00:35:38,262 --> 00:35:39,221 Okey. 471 00:35:39,305 --> 00:35:42,016 Malaikat Maut Barbie, patutlah. 472 00:35:47,688 --> 00:35:48,564 Terima kasih. 473 00:35:49,440 --> 00:35:51,901 Budak Nevermore jarang buat kerja kasar. 474 00:35:53,819 --> 00:35:55,571 Saya Tyler. 475 00:35:55,654 --> 00:35:58,866 Siapa nama awak? Atau saya tak perlu tahu? 476 00:36:00,492 --> 00:36:01,327 Wednesday. 477 00:36:02,036 --> 00:36:06,373 Wednesday, sebagai balasan, apa kata saya hantar awak ke Burlington? 478 00:36:06,457 --> 00:36:08,918 Bagus. Bungkus kuad itu. 479 00:36:09,001 --> 00:36:11,462 Tapi syif saya ada lagi sejam. 480 00:36:13,547 --> 00:36:14,632 Saya bagi duit. 481 00:36:16,091 --> 00:36:17,551 Dua puluh dolar… 482 00:36:17,635 --> 00:36:19,094 Menarik, tapi tak boleh. 483 00:36:21,305 --> 00:36:22,473 Saya boleh bagi 40. 484 00:36:23,974 --> 00:36:27,603 Wednesday, untuk pengetahuan awak… 485 00:36:28,312 --> 00:36:30,522 Saya tak terima sogokan, jadi awak boleh tunggu 486 00:36:30,606 --> 00:36:32,816 atau cari pemandu lain. 487 00:36:53,671 --> 00:36:54,713 Apa yang berlaku? 488 00:36:54,797 --> 00:36:56,966 VALERIE KINBOTT AHLI PSIKOTERAPI 489 00:37:00,386 --> 00:37:01,929 Hei, tengoklah. 490 00:37:02,012 --> 00:37:03,222 - Itu siapa? - Kawan… 491 00:37:03,305 --> 00:37:04,223 Ayuh. 492 00:37:08,310 --> 00:37:10,437 Ada raksasa Nevermore terlepas. 493 00:37:10,521 --> 00:37:11,689 Ini tempat kami. 494 00:37:12,690 --> 00:37:14,733 Kenapa kamu berpakaian seperti fanatik agama? 495 00:37:15,859 --> 00:37:18,070 - Kami penghijrah. - Sama saja. 496 00:37:18,153 --> 00:37:19,613 Kami kerja di Dunia Penghijrah. 497 00:37:23,659 --> 00:37:26,578 Orang bodoh saja yang bina taman tema untuk raikan 498 00:37:26,662 --> 00:37:28,580 pembunuhan besar-besaran. 499 00:37:29,164 --> 00:37:31,250 Ayah saya pemilik Dunia Penghijrah. 500 00:37:31,333 --> 00:37:32,710 Awak kata siapa bodoh? 501 00:37:33,669 --> 00:37:35,045 Siapa makan cili… 502 00:37:35,129 --> 00:37:36,547 Sudahlah. 503 00:37:36,630 --> 00:37:38,924 - Jangan masuk campur, Galpin. - Betul. 504 00:37:40,884 --> 00:37:42,803 Saya nak tahu, budak pelik… 505 00:37:44,930 --> 00:37:46,473 awak pernah tiduri manusia normal? 506 00:37:47,266 --> 00:37:49,184 Tak ada yang mampu tangani saya. 507 00:37:54,440 --> 00:37:55,274 Hei! 508 00:38:14,043 --> 00:38:17,880 - Dari mana awak belajar kung fu? - Pak cik saya yang ajar. 509 00:38:17,963 --> 00:38:20,549 Dia habiskan lima tahun di biara di Tibet. 510 00:38:21,175 --> 00:38:22,426 Dia sami? 511 00:38:22,509 --> 00:38:23,385 Tahanan. 512 00:38:25,304 --> 00:38:26,180 Ayah! 513 00:38:28,057 --> 00:38:29,892 Tyler, apa yang berlaku? 514 00:38:29,975 --> 00:38:33,437 Mereka ganggu pelanggan, jadi dia ajar mereka. 515 00:38:35,314 --> 00:38:37,524 Gadis ini kalahkan tiga budak lelaki? 516 00:38:38,192 --> 00:38:39,526 Kamu tolong dia? 517 00:38:40,110 --> 00:38:42,237 Ayah, sumpah saya tak terlibat. 518 00:38:44,031 --> 00:38:44,990 Maaf, syerif. 519 00:38:45,074 --> 00:38:47,034 Dia terlepas daripada saya. 520 00:38:47,117 --> 00:38:48,994 Cik Addams, mari kita balik. 521 00:38:50,746 --> 00:38:52,247 Nanti dulu. 522 00:38:54,291 --> 00:38:55,417 Kamu anak Addams? 523 00:38:57,586 --> 00:39:00,172 Gomez Addams ayah kamu? 524 00:39:01,465 --> 00:39:04,385 Dia patut dipenjarakan kerana membunuh. 525 00:39:04,468 --> 00:39:07,388 Nampaknya bapa borek, anak rintik. 526 00:39:09,056 --> 00:39:10,391 Saya akan awasi kamu. 527 00:39:11,141 --> 00:39:12,101 Okey. 528 00:39:16,563 --> 00:39:19,817 Syerif Galpin dah nak awasi kamu pada hari pertama kamu. 529 00:39:20,317 --> 00:39:23,404 - Tak mengejutkan. - Apa maksudnya tentang ayah saya? 530 00:39:23,987 --> 00:39:26,198 Entahlah, tapi ini nasihat saya. 531 00:39:26,865 --> 00:39:29,201 Jangan cari musuh dan mula berkawan. 532 00:39:30,119 --> 00:39:31,328 Kawan penting. 533 00:39:34,623 --> 00:39:36,166 Nampak macam kemalangan. 534 00:39:36,875 --> 00:39:38,669 Saya harap pemandunya selamat. 535 00:39:39,962 --> 00:39:40,963 Dia dah mati. 536 00:39:42,339 --> 00:39:43,257 Lehernya patah. 537 00:39:45,592 --> 00:39:47,511 Kamu boleh tahu dari sini? 538 00:40:47,988 --> 00:40:49,823 TASIK 539 00:40:51,200 --> 00:40:52,451 REKOD JENAYAH 540 00:41:05,672 --> 00:41:09,092 LOKASI MANGSA TERKINI 541 00:41:09,176 --> 00:41:10,052 MANGSA #1 542 00:41:10,135 --> 00:41:11,011 MANGSA #2 543 00:41:11,094 --> 00:41:12,346 MANGSA #3 544 00:41:14,264 --> 00:41:15,474 DIBUNUH ATAU HAIWAN SERANG 545 00:42:03,021 --> 00:42:04,731 TAMAT 546 00:42:18,579 --> 00:42:20,247 Saya masih tak gembira. 547 00:42:21,123 --> 00:42:23,125 Ada sesuatu yang tak kena di sini. 548 00:42:23,625 --> 00:42:25,210 Bukan kerana ia sekolah. 549 00:42:26,169 --> 00:42:29,923 Bagaimana awak bawa biola besar itu keluar tingkap? 550 00:42:30,007 --> 00:42:31,508 Saya ada tangan tambahan. 551 00:42:35,095 --> 00:42:36,346 Mana baki badannya? 552 00:42:36,430 --> 00:42:39,016 Ia antara misteri keluarga Addams. 553 00:42:49,443 --> 00:42:51,194 Kenapa awak tak "bertukar"? 554 00:42:52,529 --> 00:42:53,614 Saya tak mampu. 555 00:42:55,907 --> 00:42:57,034 Ini saja kemampuan saya. 556 00:42:59,369 --> 00:43:04,291 Sesetengah orang lambat berkembang tapi saya dah jumpa pakar serigala. 557 00:43:04,374 --> 00:43:07,002 Saya pergi sampai ke Milwaukee. Hebat, bukan? 558 00:43:08,420 --> 00:43:10,839 Dia kata saya mungkin takkan… 559 00:43:11,757 --> 00:43:12,591 Yalah. 560 00:43:14,801 --> 00:43:16,219 Kemudian, apa akan jadi? 561 00:43:17,554 --> 00:43:18,764 Saya akan bersendirian. 562 00:43:21,266 --> 00:43:22,517 Baguslah. 563 00:43:22,601 --> 00:43:25,854 Awak berguraukah? Tamatlah hidup saya. 564 00:43:26,355 --> 00:43:29,733 Saya akan dibuang keluarga dan takkan ada pasangan. 565 00:43:30,567 --> 00:43:33,278 - Apa masalahnya? - Saya akan mati sendirian. 566 00:43:34,988 --> 00:43:36,657 Kita semua pun sama, Enid. 567 00:43:38,784 --> 00:43:40,911 Awak tak pandai langsung, 568 00:43:40,994 --> 00:43:42,245 menceriakan orang. 569 00:43:46,667 --> 00:43:48,919 - Kenapa awak menangis? - Saya sedih! 570 00:43:50,003 --> 00:43:52,547 Awak pernah menangis atau ia hina bagi awak? 571 00:43:58,261 --> 00:44:00,180 Pada minggu selepas Halloween, 572 00:44:03,308 --> 00:44:04,768 saya berusia enam tahun. 573 00:44:07,062 --> 00:44:11,108 Saya bawa kala jengking saya bersiar-siar dan kami diserang. 574 00:44:11,191 --> 00:44:13,026 SELAMAT MENIKMATI AISKRIM 575 00:44:16,405 --> 00:44:19,324 Mereka fikir saya pelik kerana bela kala jengking. 576 00:44:19,408 --> 00:44:20,367 Ya. 577 00:44:23,704 --> 00:44:25,914 Dua orang tahan dan paksa saya lihat… 578 00:44:35,257 --> 00:44:38,885 sementara yang lain lenyek Nero sampai… 579 00:44:47,519 --> 00:44:50,188 Salji turun semasa saya tanam Nero. 580 00:44:53,150 --> 00:44:55,318 Saya menangis sekuat hati. 581 00:45:00,615 --> 00:45:02,617 Tapi air mata tak membantu. 582 00:45:06,163 --> 00:45:08,081 Jadi, saya takkan menangis lagi. 583 00:45:17,424 --> 00:45:19,301 Saya akan rahsiakan kisah itu. 584 00:45:21,553 --> 00:45:23,638 Tapi saya masih rasa awak pelik. 585 00:45:24,347 --> 00:45:26,057 Awak pelik juga. 586 00:45:30,228 --> 00:45:32,481 Awak nak bilik awak semula? 587 00:45:32,564 --> 00:45:35,025 Awak cuma perlu ajar saya guna komputer. 588 00:45:48,246 --> 00:45:49,831 Apa ini? 589 00:46:03,053 --> 00:46:03,887 Okey. 590 00:46:05,555 --> 00:46:08,642 Okey, saya ikut arahan tangan. 591 00:46:09,976 --> 00:46:12,062 Ini tak pelik langsung. 592 00:46:14,356 --> 00:46:18,235 HUBUNGI SAYA 4135551938 WEDNESDAY 593 00:46:23,990 --> 00:46:24,825 Hai. 594 00:46:25,742 --> 00:46:26,785 Itu Benda. 595 00:46:27,786 --> 00:46:30,330 Ia benda peliharaan awak? 596 00:46:32,707 --> 00:46:33,834 Dia sensitif. 597 00:46:33,917 --> 00:46:37,379 Saya tahu Nevermore pusat segala benda pelik, 598 00:46:37,462 --> 00:46:39,881 tapi ini terlalu pelik. 599 00:46:40,549 --> 00:46:43,677 Bukankah awak tak mahu jadi hamba teknologi? 600 00:46:43,760 --> 00:46:46,596 Saya terpaksa. Awak masih nak tolong saya lari? 601 00:46:46,680 --> 00:46:50,100 Selepas kejadian hari ini, saya ingatkan awak dikurung. 602 00:46:50,183 --> 00:46:53,603 Ada Pesta Menuai hujung minggu ini. Kami wajib pergi. 603 00:46:53,687 --> 00:46:55,105 Itulah helah saya. 604 00:46:55,188 --> 00:46:59,025 Kalau awak bawa saya ke stesen kereta api, saya akan pastikan ia berbaloi. 605 00:47:01,695 --> 00:47:02,863 Baiklah, 606 00:47:02,946 --> 00:47:04,865 dan awak tak perlu bayar. 607 00:47:04,948 --> 00:47:06,283 Ia percuma. 608 00:47:07,325 --> 00:47:08,410 Kenapa? 609 00:47:08,493 --> 00:47:10,328 Kerana saya teringin ikut awak. 610 00:47:11,162 --> 00:47:13,748 Setidak-tidaknya ada juga yang dapat pergi. 611 00:47:25,635 --> 00:47:27,888 Betulkah manusia itu boleh dipercayai? 612 00:47:27,971 --> 00:47:30,056 Saya tak tahu mereka akan datang. 613 00:47:30,140 --> 00:47:32,017 Saya tahu saya boleh jaga diri. 614 00:47:32,100 --> 00:47:34,728 Jangan cakap dengannya. Balik sebelum jam 12. 615 00:47:34,811 --> 00:47:36,354 - Pukul 1. - 12.30. 616 00:47:36,438 --> 00:47:37,272 Jadi, 617 00:47:38,315 --> 00:47:40,483 semoga berjaya dan selamat jalan. 618 00:47:42,110 --> 00:47:44,279 Masih tak suka peluk. Baik. 619 00:47:56,875 --> 00:47:58,043 TIKET 620 00:48:19,022 --> 00:48:22,901 Sikit lagi dan awak boleh bawa balik sekawan panda itu. 621 00:48:22,984 --> 00:48:25,695 Panda tiada kawanan. Ia hidup bersendirian. 622 00:48:26,821 --> 00:48:28,698 Okey. Saya faham maksud awak. 623 00:48:30,450 --> 00:48:32,535 Saya sedang tunggu seseorang. 624 00:48:32,619 --> 00:48:35,497 Yakah? Siapalah orang bertuah itu? 625 00:48:35,997 --> 00:48:37,707 Apa kaitannya dengan awak? 626 00:48:39,125 --> 00:48:40,710 Maaf jika mengganggu. 627 00:48:40,794 --> 00:48:41,753 Tak apa. 628 00:48:45,507 --> 00:48:47,384 Kita ada masalah. 629 00:48:47,467 --> 00:48:50,261 Ayah saya bagi had masa. Kita perlu pergi cepat. 630 00:48:50,345 --> 00:48:52,430 Saya perlu selesaikan sesuatu dulu. 631 00:48:53,890 --> 00:48:56,643 Jumpa di belakang tempat kereta ketika bunga api bermula. 632 00:49:00,647 --> 00:49:03,024 Awak nampak wanita yang kesunyian itu? 633 00:49:04,359 --> 00:49:07,112 Dia lebih memerlukan penawar hati ini. 634 00:49:08,029 --> 00:49:09,531 Boleh alihkan tumpuannya? 635 00:49:13,368 --> 00:49:15,203 Saya cinta awak. 636 00:49:25,672 --> 00:49:29,342 Hei, sebelum awak pergi, ambillah benda ini. 637 00:49:30,301 --> 00:49:33,221 Ini rekod polis ayah awak semasa dia di Nevermore. 638 00:49:33,304 --> 00:49:35,682 Rasanya sebab ini ayah saya benci dia. 639 00:49:37,183 --> 00:49:38,351 Awak tak apa-apa? 640 00:49:40,937 --> 00:49:43,273 Saya jarang berkomunikasi dengan orang. 641 00:49:43,898 --> 00:49:45,859 Mereka biasanya tengok dari jauh. 642 00:49:45,942 --> 00:49:48,153 Awak tak menakutkan. Awak cuma… 643 00:49:49,612 --> 00:49:50,447 pelik. 644 00:49:52,532 --> 00:49:53,825 Saya nak menyeramkan. 645 00:49:55,410 --> 00:49:58,413 Kereta api saya akan bertolak. Kita kesuntukan masa. 646 00:49:59,456 --> 00:50:00,707 Baiklah. 647 00:50:03,293 --> 00:50:04,127 Hei. 648 00:50:05,795 --> 00:50:07,338 Ayuh, Wednesday! 649 00:50:07,422 --> 00:50:09,215 Kita lari dalam orang ramai. 650 00:50:37,494 --> 00:50:38,495 Alamak. 651 00:50:38,578 --> 00:50:40,371 Wednesday, kita perlu cepat. 652 00:50:40,455 --> 00:50:41,831 Wednesday, ayuh. 653 00:50:43,041 --> 00:50:44,459 - Wednesday! - Rowan, mari sini! 654 00:50:58,973 --> 00:51:00,475 Rowan, tunggu! 655 00:51:00,558 --> 00:51:03,603 Apa awak nak? Kenapa awak ikut saya? 656 00:51:03,686 --> 00:51:06,147 Saya tak dapat jelaskan, tapi awak dalam bahaya. 657 00:51:11,945 --> 00:51:13,738 Awak dah salah faham. 658 00:51:19,953 --> 00:51:22,664 - Awak yang dalam bahaya. - Apa awak buat? 659 00:51:22,747 --> 00:51:24,624 Selamatkan orang daripada awak. 660 00:51:24,707 --> 00:51:25,708 Saya perlu bunuh awak. 661 00:51:27,127 --> 00:51:29,254 Gargoil itu awak? 662 00:51:29,337 --> 00:51:30,338 Ya. 663 00:51:32,048 --> 00:51:33,299 Budak pendiam selalu jahat. 664 00:51:37,846 --> 00:51:40,181 Gadis dalam gambar itu awak. 665 00:51:45,270 --> 00:51:47,147 Itu punca awak nak bunuh saya? 666 00:51:47,230 --> 00:51:51,860 Ibu saya lukis gambar itu 25 tahun lepas semasa dia pelajar Nevermore. 667 00:51:51,943 --> 00:51:53,862 Dia peramal yang berkuasa. 668 00:51:55,572 --> 00:51:58,825 - Dia beritahu sebelum dia mati. - Rowan, turunkan saya. 669 00:51:58,908 --> 00:52:01,161 Tidak! Ibu saya kata saya ditakdirkan 670 00:52:01,244 --> 00:52:03,621 untuk halang gadis ini jika dia datang ke Nevermore 671 00:52:03,705 --> 00:52:07,083 kerana dia akan musnahkan sekolah dan semua penghuninya. 672 00:52:09,252 --> 00:52:10,336 Rowan. 673 00:52:10,920 --> 00:52:11,754 Rowan. 674 00:53:15,485 --> 00:53:18,696 LAPORAN TAHANAN HOMISID 675 00:53:22,742 --> 00:53:24,577 Helo, budak masam ayah. 676 00:53:26,120 --> 00:53:28,706 Jadi, bagaimana minggu pertama kamu? 677 00:53:29,415 --> 00:53:30,959 Bagi saya fikir, 678 00:53:31,042 --> 00:53:33,211 saya nyaris mati dua kali, 679 00:53:33,294 --> 00:53:35,922 dapat tahu yang ayah saya mungkin pembunuh, 680 00:53:36,005 --> 00:53:38,633 saya mungkin akan musnahkan sekolah 681 00:53:38,716 --> 00:53:41,970 dan diselamatkan oleh raksasa misteri yang ganas. 682 00:53:42,804 --> 00:53:45,723 Sukar untuk saya mengaku, tapi betul cakap ibu. 683 00:53:46,724 --> 00:53:48,726 Saya akan suka sekolah ini. 684 00:53:54,649 --> 00:53:56,484 Musim ini dalam Wednesday… 685 00:53:56,567 --> 00:53:58,945 Kisah ini akan mula menjadi seram. 686 00:54:00,238 --> 00:54:01,114 Mujurlah… 687 00:54:02,073 --> 00:54:03,866 saya tak takut gelap. 688 00:54:05,243 --> 00:54:08,413 Ada raksasa di luar sana, tapi orang ingat saya reka cerita. 689 00:54:08,496 --> 00:54:11,624 Saya perlu cari sesuatu untuk buktikan saya tak gila. 690 00:54:12,750 --> 00:54:15,628 Suka betul awak nak cari raksasa di hutan itu. 691 00:54:15,712 --> 00:54:18,589 Awak nak saya suka kuda dan artis lelaki? 692 00:54:19,757 --> 00:54:21,384 Ceritakanlah semuanya. 693 00:54:21,467 --> 00:54:24,971 Sejak ditinggalkan di sini, saya diburu, dihantui, 694 00:54:25,054 --> 00:54:26,973 dan cuba dibunuh. 695 00:54:27,765 --> 00:54:30,560 Nevermore. Sayangnya ayah kepadanya. 696 00:54:33,354 --> 00:54:37,233 Kenapa kamu selalu terlibat dalam semua kejadian buruk di sini? 697 00:54:37,317 --> 00:54:38,401 Tuah. 698 00:54:40,194 --> 00:54:41,821 Ibu paksa saya pindah ke sini. 699 00:54:41,904 --> 00:54:44,324 Ibu fikir rahsia ibu takkan pecah? 700 00:54:44,407 --> 00:54:45,700 Kamu tak tahu kisah sebenar. 701 00:54:46,993 --> 00:54:49,537 Semasa saya cadangkan awak ubah rupa bilik 702 00:54:49,620 --> 00:54:52,373 saya bukan suruh hias dengan maklumat pembunuh. 703 00:54:54,459 --> 00:54:56,127 Ini berakhir sekarang. 704 00:54:57,128 --> 00:54:58,046 API AKAN MENCURAH 705 00:55:03,843 --> 00:55:07,638 Kalau saya terlolong-lolong, besar kemungkinan saya rasa seronok. 706 00:55:08,222 --> 00:55:10,308 Saksikanlah semua episod sekarang. 707 00:56:58,666 --> 00:57:02,253 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin