1 00:00:06,049 --> 00:00:08,384 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,262 --> 00:00:13,014 Mari kita kaji. 3 00:00:13,598 --> 00:00:16,100 Kepala diserkup untuk disorientasi optimum, 4 00:00:17,185 --> 00:00:20,271 tangan diikat supaya pengaliran darah tersekat 5 00:00:20,354 --> 00:00:22,732 dan entah saya akan hidup atau mati. 6 00:00:24,400 --> 00:00:26,110 Seronoknya. 7 00:00:26,944 --> 00:00:29,655 Berani kamu menceroboh kamar suci kami? 8 00:00:29,739 --> 00:00:31,365 Tanggalkan topeng, Bianca. 9 00:00:33,534 --> 00:00:34,786 Dengan begitu saja, 10 00:00:34,869 --> 00:00:37,914 harapan saya hancur dihempas kekecewaan yang pahit. 11 00:00:37,997 --> 00:00:40,249 Musuh saya bukan pembunuh gila. 12 00:00:40,333 --> 00:00:42,502 Tapi badut-badut sekolah tinggi. 13 00:00:42,585 --> 00:00:44,462 Pakai semula topeng awak. 14 00:00:44,545 --> 00:00:46,881 - Bagaimana awak tahu tempat ini? - Rowan tunjukkan. 15 00:00:48,049 --> 00:00:48,883 Poket kiri. 16 00:00:53,638 --> 00:00:55,890 Saya jejaki tera airnya hingga ke patung Poe. 17 00:00:55,973 --> 00:00:58,351 - Saya juga selesaikan teka-tekinya. - Ada teka-teki? 18 00:00:58,434 --> 00:00:59,977 Saya ingat petik dua kali saja. 19 00:01:00,478 --> 00:01:02,730 Bijaknya awak. 20 00:01:02,814 --> 00:01:05,066 Nightshade ialah kelab sosial elit. 21 00:01:05,149 --> 00:01:06,234 Sangat elit. 22 00:01:06,317 --> 00:01:09,946 Kami berparti atas bumbung, berkhemah, berendam waktu malam. 23 00:01:10,029 --> 00:01:11,614 Yoko juruadun amatur. 24 00:01:11,697 --> 00:01:14,909 Mojito bebas araknya sedap. Aktiviti kami liar. 25 00:01:15,576 --> 00:01:17,703 Hebat. Kamu sempat tidurkah? 26 00:01:18,246 --> 00:01:20,998 Orang kata kelab ini dah dibubarkan. 27 00:01:21,082 --> 00:01:25,086 Ya, kelab ini hampir dibubarkan selepas ada budak normal mati. 28 00:01:25,169 --> 00:01:26,879 Tapi ramai alumni kami kaya, 29 00:01:26,963 --> 00:01:30,341 jadi Pn. Weems tak kisah asalkan kami tak buat hal. 30 00:01:30,424 --> 00:01:33,469 - Orang macam Rowan? - Dia dibuang semester lepas. 31 00:01:34,220 --> 00:01:36,389 Sekarang, bagaimana dengan dia? 32 00:01:37,807 --> 00:01:40,059 Ahli saja boleh berada di pustaka ini. 33 00:01:43,938 --> 00:01:46,357 - Kita patut jemput dia jadi ahli. - Apa? 34 00:01:47,108 --> 00:01:48,025 Dia waris ahli. 35 00:01:48,109 --> 00:01:51,779 Selepas kes Piala Poe itu, jangan harap saya nak benarkan. 36 00:01:51,863 --> 00:01:54,740 Kita tak nak buat hal, tapi dia pasti buat kecoh. 37 00:01:54,824 --> 00:01:58,161 Kerana saya kalahkan awak? Biar saya mudahkan kerja awak. 38 00:01:58,244 --> 00:01:59,871 Saya pun tak nak jadi ahli. 39 00:02:00,454 --> 00:02:02,039 Awak tolak tawaran kami? 40 00:02:02,123 --> 00:02:03,332 Mengejutkan, bukan? 41 00:02:04,458 --> 00:02:06,878 - Buka ikatannya. - Saya dah buka tadi. 42 00:02:12,884 --> 00:02:14,969 Awak nak mata satu lagi lebam juga? 43 00:02:23,436 --> 00:02:25,938 Amatur macam kamulah yang memburukkan penculikan. 44 00:02:35,656 --> 00:02:39,410 BAB III KAWAN ATAU LARA 45 00:02:47,585 --> 00:02:51,214 Unsur dalam siasatan saya ini tak terkira banyaknya. 46 00:02:51,797 --> 00:02:55,384 Saya masih tak tahu bagaimana Rowan boleh hidup semula. 47 00:02:55,468 --> 00:02:57,511 Atau kenapa raksasa itu di dalam hutan. 48 00:02:58,512 --> 00:03:01,182 Tapi sekarang, buku ini tumpuan saya. 49 00:03:02,266 --> 00:03:05,394 Kalau benarlah saya akan menghancurkan Nevermore, 50 00:03:05,478 --> 00:03:06,812 persoalannya, 51 00:03:07,396 --> 00:03:10,191 kenapa saya akan melakukannya dengan penghijrah? 52 00:03:15,988 --> 00:03:19,909 Kamu diminta melapor diri untuk kerja sukarela pada pukul 10, 53 00:03:19,992 --> 00:03:22,119 diikuti dengan merarau pada pukul 1. 54 00:03:22,203 --> 00:03:28,251 Hari Khidmat Santun tahun ini akan berakhir dengan acara istimewa, 55 00:03:28,334 --> 00:03:31,963 perasmian tugu peringatan baru di medan bandar, 56 00:03:32,546 --> 00:03:36,008 yang juga melibatkan persembahan oleh pelajar Nevermore. 57 00:03:37,802 --> 00:03:43,474 Sebagai wakil sekolah, tolong tampilkan sisi terbaik kamu. 58 00:03:44,016 --> 00:03:45,393 - Ya. - Ya! 59 00:03:53,234 --> 00:03:55,486 Ya! Saya dapat Dunia Penghijrah. 60 00:03:55,569 --> 00:03:58,197 Saya pandai layan orang dan buat persembahan, 61 00:03:58,281 --> 00:04:00,866 patutlah mereka pilih saya. Awak dapat apa? 62 00:04:03,035 --> 00:04:04,787 Khanah Uriah, entah apa bendanya. 63 00:04:06,038 --> 00:04:09,542 Ia kedai barang antik pelik yang seram tapi awak tentu suka. 64 00:04:10,710 --> 00:04:13,796 Saya harap saya dan Ajax dapat tempat yang sama. 65 00:04:14,297 --> 00:04:16,340 Alamak, saya dapat Weathervane. 66 00:04:16,424 --> 00:04:18,926 Mari tukar dengan saya. Bolehlah! 67 00:04:19,760 --> 00:04:22,263 Wednesday, jangan risau tentang selo kamu. 68 00:04:22,346 --> 00:04:24,932 Saya akan bawa ke medan bandar nanti. 69 00:04:25,766 --> 00:04:26,600 Selo saya? 70 00:04:26,684 --> 00:04:29,437 Saya dengar dendangan kamu malam itu. 71 00:04:30,313 --> 00:04:31,230 Mengagumkan. 72 00:04:31,981 --> 00:04:36,277 Saya mahu kamu sertai pancaragam Sekolah Tinggi Jericho semasa acara itu. 73 00:04:37,069 --> 00:04:41,532 Saya pasti muzik Fleetwood Mac yang ceria tak terlalu sukar untuk kamu. 74 00:04:42,450 --> 00:04:45,161 Asalkan puan gantung saya selepas itu. 75 00:04:48,289 --> 00:04:50,458 DUNIA PENGHIJRAH BAS SEKOLAH 76 00:05:01,260 --> 00:05:04,805 - Kenapa pandang dinding kosong? - Ia tak kosong tahun lepas. 77 00:05:05,765 --> 00:05:08,476 Awak marah saya kerana tolak jemputan awak? 78 00:05:09,101 --> 00:05:10,519 Saya bersusah payah untuk awak. 79 00:05:10,603 --> 00:05:14,732 Tolonglah. Saya cuma bidak dalam perang dingin awak dengan Bianca. 80 00:05:14,815 --> 00:05:17,068 - Saya ada hal lagi penting. - Hal apa? 81 00:05:17,151 --> 00:05:19,236 Cari pembunuh rakan sebilik awak. 82 00:05:19,320 --> 00:05:21,113 Aduhai. Rowan dibuang sekolah. 83 00:05:21,197 --> 00:05:23,657 - Semua orang pun nampak. - Awak ada berbual dengannya? 84 00:05:25,326 --> 00:05:27,787 Saya hantar mesej, tapi dia tak balas. 85 00:05:27,870 --> 00:05:31,374 - Mungkin dia nak lupakan Nevermore. - Atau dia dah mati. 86 00:05:31,457 --> 00:05:33,959 Kenapa awak peduli? Awak tak kenal pun dia. 87 00:05:34,043 --> 00:05:36,128 Saya hairan kenapa awak tak peduli? 88 00:05:36,212 --> 00:05:38,714 Biarlah orang kutuk atau tak endahkan saya, 89 00:05:38,798 --> 00:05:40,341 tapi saya takkan mengalah. 90 00:05:41,050 --> 00:05:44,095 Baguslah. Sekarang, awak dah jadi pencuri. 91 00:05:44,178 --> 00:05:47,306 Apa yang hebat sangat dengan buku Nightshade itu? 92 00:05:47,390 --> 00:05:50,184 Awak tak terkejut semasa saya tunjuk gambar ini. 93 00:05:50,267 --> 00:05:51,936 Awak dah melihatnya, bukan? 94 00:05:52,770 --> 00:05:55,481 Ya. Beberapa hari sebelum Pesta Menuai itu. 95 00:05:55,564 --> 00:05:56,857 Di atas meja Rowan. 96 00:05:56,941 --> 00:05:59,860 Saya ingat dia curi selepas Nightshade buang dia. 97 00:06:00,361 --> 00:06:03,697 Saya cuba tanya dia, tapi dia mengamuk. 98 00:06:04,281 --> 00:06:05,991 - Melampau… - Diam! 99 00:06:06,075 --> 00:06:07,368 - Awak tergamak? - Awak gila! 100 00:06:09,537 --> 00:06:12,248 Dia lempar awak ke dinding dengan telekinesis. 101 00:06:13,499 --> 00:06:14,542 Ya. 102 00:06:15,584 --> 00:06:16,794 Bagaimana awak tahu? 103 00:06:17,503 --> 00:06:18,587 Saya agak saja. 104 00:06:20,214 --> 00:06:24,260 Anehnya awak ada dalam buku ini. Buku ini dah berusia 30 tahun. 105 00:06:24,343 --> 00:06:26,303 Kenapa Crackstone ada sekali? 106 00:06:26,387 --> 00:06:29,473 - Awak kenal dia? - Itu Joseph Crackstone. 107 00:06:29,557 --> 00:06:31,642 Dia pengasas Jericho. 108 00:06:31,725 --> 00:06:32,977 Dia penting di sini. 109 00:06:33,060 --> 00:06:34,228 Ya, tengoklah. 110 00:06:35,187 --> 00:06:36,063 Itu dia. 111 00:06:47,199 --> 00:06:48,742 - Syerif. - Ya. 112 00:06:48,826 --> 00:06:50,494 Awak ingat anak saya, Lucas? 113 00:06:50,578 --> 00:06:54,165 Ya. Saya jumpa dia dengan kawannya di Weathervane. 114 00:06:55,458 --> 00:06:56,792 Saya kena buat kerja. 115 00:06:56,876 --> 00:06:58,919 Hei, jangan buat hal. Faham? 116 00:07:04,467 --> 00:07:06,218 Awak nampak risau. 117 00:07:06,302 --> 00:07:09,013 Budak-budak buangan itu fikir kita mengalu-alukan mereka. 118 00:07:09,096 --> 00:07:12,141 Sesuatu dalam hutan berkait dengan sekolah itu. 119 00:07:12,224 --> 00:07:15,269 Sudahlah. Janganlah tuduh Nevermore lagi. 120 00:07:15,352 --> 00:07:17,480 Jericho amat bergantung pada mereka. 121 00:07:17,563 --> 00:07:21,567 Awak ingat siapa yang bayar kos jalan, taman, malah gaji awak? 122 00:07:21,650 --> 00:07:25,196 Saya bertanggungjawab menjaga kebajikan bandar kita, bos. 123 00:07:25,279 --> 00:07:27,198 Jangan cuba ajar saya, Donovan. 124 00:07:27,281 --> 00:07:29,700 Sebelum penduduk Jericho jadikan saya datuk bandar, 125 00:07:29,783 --> 00:07:31,911 saya yang pakai lencana itu. 126 00:07:33,245 --> 00:07:35,831 Dulu, awak tak berminat dengan sejarah. 127 00:07:35,915 --> 00:07:38,709 Jika ia menguntungkan, ia baiklah untuk Jericho. 128 00:07:38,792 --> 00:07:40,794 Terutamanya untuk Dunia Penghijrah awak. 129 00:07:40,878 --> 00:07:41,879 Hei. 130 00:07:42,880 --> 00:07:45,424 Cari dan bunuh beruang itu. 131 00:07:48,594 --> 00:07:50,721 Baiklah, semua orang, tolong duduk. 132 00:07:50,804 --> 00:07:52,848 Kita ada pengumuman penting. 133 00:07:55,768 --> 00:07:57,937 Selamat datang, Akademi Nevermore. 134 00:07:58,020 --> 00:08:01,857 Bagi pihak penduduk Jericho, 135 00:08:01,941 --> 00:08:04,902 kami mengalu-alukan kamu semua hari ini. 136 00:08:04,985 --> 00:08:09,114 Kemuliaan dan kerja keras kamu amat luar biasa! 137 00:08:11,492 --> 00:08:14,620 Kita jumpa semula di sini untuk merarau pukul 1 nanti. 138 00:08:14,703 --> 00:08:15,996 Selamat berseronok. 139 00:08:23,629 --> 00:08:24,630 Enid. 140 00:08:25,589 --> 00:08:27,299 Tukar tugasan sukarela. 141 00:08:27,383 --> 00:08:30,469 Tak naklah. Saya tak sesuai kerja di Khanah Uriah. 142 00:08:30,553 --> 00:08:33,222 Ia penting. Saya nak periksa Dunia Penghijrah. 143 00:08:33,305 --> 00:08:35,641 Tapi tukaran ini tak adil. 144 00:08:35,724 --> 00:08:39,270 Untuk apa saya nak buang masa di kedai yang penuh sampah? 145 00:08:39,353 --> 00:08:41,647 Kerana Ajax dapat kedai itu. 146 00:08:41,730 --> 00:08:43,232 Benda tengok tugasannya. 147 00:08:43,315 --> 00:08:45,526 - Tapi jika awak tak nak… - Tidak! 148 00:08:45,609 --> 00:08:47,945 Seronoknya, terima kasih. Awak terbaik! 149 00:08:50,698 --> 00:08:53,784 KHANAH URIAH 150 00:08:53,867 --> 00:08:56,870 DUNIA PENGHIJRAH SELAMAT SEJAHTERA PENGHIJRAH 151 00:09:06,505 --> 00:09:09,091 Selamat datang ke Dunia Penghijrah! 152 00:09:09,174 --> 00:09:12,177 Perbicaraan ahli sihir setiap hari! 153 00:09:12,261 --> 00:09:14,221 Pada pukul dua, pukul empat! 154 00:09:14,305 --> 00:09:16,140 Hei, tuan! Puan! 155 00:09:22,146 --> 00:09:24,523 Hei, Wednesday, jom ambil gambar kelab. 156 00:09:26,775 --> 00:09:27,610 Mungkin tidak. 157 00:09:28,402 --> 00:09:32,031 Selamat pagi, saudara Nevermore sekalian. 158 00:09:32,740 --> 00:09:35,743 Saya Cik Arlene, PA sejati. 159 00:09:37,161 --> 00:09:38,579 Penjajah asal. 160 00:09:38,662 --> 00:09:42,916 Tolong tukar mod telefon kamu kepada mod senyap cepat 161 00:09:43,667 --> 00:09:49,214 kerana kita akan mengembara ke tahun 1625, 162 00:09:49,298 --> 00:09:52,301 yakni penempatan penghijrah Jericho yang pertama. 163 00:09:59,266 --> 00:10:00,100 Di sana. 164 00:10:00,184 --> 00:10:02,519 Lihatlah, rumah ibadat. 165 00:10:02,603 --> 00:10:05,314 Di dalamnya, terdapat artifak 166 00:10:05,397 --> 00:10:09,109 berkaitan pengasas Jericho yang warak dan amat disayangi, 167 00:10:09,193 --> 00:10:10,611 Joseph Crackstone. 168 00:10:11,111 --> 00:10:15,783 Di belakangnya, ada tandas, bilik air uniseks pertama di Amerika. 169 00:10:15,866 --> 00:10:17,201 Saya ada soalan. 170 00:10:17,284 --> 00:10:18,744 Tanyalah cepat. 171 00:10:18,827 --> 00:10:22,331 Di rumah ibadat itu, artifak Joseph Crackstone dipamerkan? 172 00:10:22,915 --> 00:10:27,461 Ada banyak barang berharga, termasuklah alat bertani, pinggan mangkuk, 173 00:10:27,544 --> 00:10:29,546 malah pispot keluarga Crackstone yang asal. 174 00:10:29,630 --> 00:10:32,299 Menariknya. Saya nak bekerja di sana. 175 00:10:32,383 --> 00:10:35,094 Tak boleh. Ia sedang diubah suai. 176 00:10:35,177 --> 00:10:40,516 Hari ini, kamu semua akan bekerja di pusat Dunia Penghijrah. 177 00:10:41,141 --> 00:10:44,061 YE OLDE FUDGERY SEJAK 1955 178 00:10:44,144 --> 00:10:46,063 "Ye Olde Fudgery?" 179 00:10:46,146 --> 00:10:48,023 Macam kuih potong kaki saja. 180 00:10:48,107 --> 00:10:50,526 Sukarelawan, tolong pasang telinga. 181 00:10:51,610 --> 00:10:55,447 Fudge ialah nadi komuniti kami yang tak seberapa ini, 182 00:10:55,531 --> 00:10:57,324 dan sampel dianggap jualan. 183 00:10:57,408 --> 00:11:00,536 Jadi, ambil uniform dan sekotak fudge, 184 00:11:00,619 --> 00:11:03,122 dan banggakan nenek moyang kita. 185 00:11:03,706 --> 00:11:05,332 Ini untuk tutup mulut pelancong? 186 00:11:17,010 --> 00:11:20,973 Rasanya ia dah mati. Nampak kesan bunga tayar pada ekornya? 187 00:11:21,056 --> 00:11:24,101 Ahli seni tempatan kutip tikus itu di Lebuh 22. 188 00:11:24,184 --> 00:11:26,186 Maksud puan, ada orang 189 00:11:26,270 --> 00:11:28,981 pergi cari bangkai untuk dijadikan macam itu? 190 00:11:29,565 --> 00:11:33,527 Saya tak boleh letak di rak. Ada tempat khas untuk patung comel itu. 191 00:11:33,610 --> 00:11:36,655 Tupai, skunk, ular, dan patung kegemaran saya, 192 00:11:39,324 --> 00:11:41,618 sebuah keluarga feret berkelah. 193 00:11:41,702 --> 00:11:42,953 Comel sangat. 194 00:11:43,036 --> 00:11:45,122 Kamu nak membantu? 195 00:11:45,205 --> 00:11:49,251 Sikat bulu mereka dengan sikat ini. Ia akan menggebukan bulu. 196 00:11:51,420 --> 00:11:53,547 Mungkin kami boleh buat selepas… 197 00:11:53,630 --> 00:11:55,048 kudapan yang lama. 198 00:11:55,883 --> 00:11:56,967 Awak setuju, Ajax? 199 00:11:58,343 --> 00:12:02,431 Ya, kami nak pergi Weathervane. Puan nak pesan apa-apa? 200 00:12:03,474 --> 00:12:06,477 Jangan buang duit beli sampah cekik darah itu. 201 00:12:06,560 --> 00:12:07,811 Saya akan buat chaga. 202 00:12:09,188 --> 00:12:10,272 Buatan sendiri. 203 00:12:11,440 --> 00:12:12,399 Teh cendawan. 204 00:12:13,150 --> 00:12:15,235 Saya kutip cendawan itu sendiri. 205 00:12:15,319 --> 00:12:17,863 Sikatlah cepat. Teh itu sedap. 206 00:12:23,285 --> 00:12:24,369 Okey. 207 00:12:24,453 --> 00:12:25,454 Ini tentu sedap. 208 00:12:25,537 --> 00:12:26,830 - Sedap. - Sama-sama. 209 00:12:26,914 --> 00:12:30,751 Nikmati fudge penghijrah asli yang dibuat daripada biji koko 210 00:12:30,834 --> 00:12:33,462 yang diperoleh daripada orang asli Amazon yang ditindas. 211 00:12:33,545 --> 00:12:34,505 Apa? 212 00:12:34,588 --> 00:12:36,256 Hasil jualan akan digunakan 213 00:12:36,340 --> 00:12:40,511 untuk menutup kejahatan kaum kulit putih dalam sejarah Amerika. 214 00:12:41,303 --> 00:12:45,182 Untuk pengetahuan anda, fudge hanya dicipta 258 tahun kemudian. 215 00:12:46,517 --> 00:12:47,893 Siapa nak rasa? 216 00:12:48,477 --> 00:12:49,812 Tak apalah. 217 00:13:09,122 --> 00:13:10,833 Tengoklah toyol tamak ini. 218 00:13:11,416 --> 00:13:13,418 Tolonglah, saya perlu pulang ke… 219 00:13:21,885 --> 00:13:22,803 Jijiknya. 220 00:13:23,303 --> 00:13:24,179 Mari sini! 221 00:13:26,598 --> 00:13:27,683 Masuk! 222 00:13:28,934 --> 00:13:29,977 Apa khabar, penghijrah? 223 00:13:33,897 --> 00:13:36,358 - Lepaskan dia. - Awak nak dikekang juga? 224 00:13:36,441 --> 00:13:38,777 Ingat lagi kali terakhir kita berlawan? 225 00:13:46,869 --> 00:13:47,786 Tangkap dia! 226 00:13:58,171 --> 00:13:59,840 Kamu berdua masih di sini? 227 00:13:59,923 --> 00:14:02,009 Saya tak nak ayah saya marah lagi. 228 00:14:03,051 --> 00:14:04,595 Tunggu! 229 00:14:05,220 --> 00:14:06,179 Lucas. 230 00:14:08,056 --> 00:14:09,349 Jom cuci muka awak. 231 00:14:11,852 --> 00:14:14,104 KAFE & KEDAI ROTI WEATHERVANE 232 00:14:15,355 --> 00:14:16,481 Pn. Weems. 233 00:14:16,982 --> 00:14:20,819 Nampaknya Hari Khidmat Santun ini akan berjaya lagi, 234 00:14:22,279 --> 00:14:23,405 dan… 235 00:14:23,488 --> 00:14:27,701 terima kasih atas derma awak untuk kempen pemilihan saya semula. 236 00:14:29,786 --> 00:14:33,290 Anggaplah ia tanda kerjasama kita yang berterusan. 237 00:14:36,501 --> 00:14:39,129 Nampaknya semua orang sedang buat tugasan 238 00:14:39,212 --> 00:14:40,881 dan semuanya baik-baik saja. 239 00:14:41,757 --> 00:14:45,052 Datuk Bandar Walker, memperkenalkan Marilyn Thornhill. 240 00:14:45,135 --> 00:14:49,598 Demi menyantuni kamu semua, dia guru manusia normal pertama kami. 241 00:14:50,515 --> 00:14:52,392 Gembira saya mendengarnya. 242 00:14:53,644 --> 00:14:55,771 Pernahkah kita berjumpa? 243 00:14:56,355 --> 00:14:58,941 Bukan secara rasmi, tapi saya selalu nampak awak di sini. 244 00:14:59,524 --> 00:15:03,570 Awak duduk di kerusi belakang semasa saya datang setiap hari. 245 00:15:03,654 --> 00:15:04,529 Patutlah! 246 00:15:05,030 --> 00:15:06,949 Cik Thornhill, maklumkan berita terkini, 247 00:15:07,032 --> 00:15:10,661 terutamanya tentang budak angkuh bertocang itu. 248 00:15:11,954 --> 00:15:12,788 Baik. 249 00:15:18,335 --> 00:15:20,671 Tiada siapa pernah mempertahankan saya. 250 00:15:21,213 --> 00:15:22,714 Awak kata Pendengung bersatu. 251 00:15:22,798 --> 00:15:25,384 Awak mungkin tak sangka, 252 00:15:25,467 --> 00:15:27,594 tapi saya tak ada kawan. 253 00:15:31,598 --> 00:15:33,266 Awak macam adik saya, 254 00:15:33,767 --> 00:15:36,436 cuma saya tak rasa nak cekik awak. 255 00:15:38,772 --> 00:15:39,606 Ikut saya. 256 00:15:39,690 --> 00:15:42,150 Saya perlu tahu tentang Crackstone. 257 00:15:42,234 --> 00:15:44,027 Kita perlu pecah masuk rumah ibadat. 258 00:15:49,658 --> 00:15:52,661 - Beri pemegang awak. - Kenapa? Gigi awak cantik. 259 00:15:52,744 --> 00:15:54,871 Cuma tak sekemas atau seputih gigi Enid. 260 00:15:54,955 --> 00:15:55,789 Serahkannya! 261 00:15:57,666 --> 00:15:59,501 Bagaimana jika kita tertangkap? 262 00:15:59,584 --> 00:16:01,586 Tataamalan kita, nafikan semuanya. 263 00:16:01,670 --> 00:16:02,713 Mana ada! 264 00:16:03,380 --> 00:16:04,881 Apa yang penting sangat? 265 00:16:04,965 --> 00:16:07,509 Fudge ialah ciri-ciri terbaik tempat ini. 266 00:16:07,592 --> 00:16:09,136 Diam. Awasi tempat ini. 267 00:16:18,437 --> 00:16:21,898 Nenek saya pernah kata bahawa rahsia adalah seperti zombi… 268 00:16:23,942 --> 00:16:25,444 ia tak benar-benar mati. 269 00:16:27,738 --> 00:16:30,365 Saya tak tahu rahsia Crackstone, 270 00:16:30,866 --> 00:16:34,453 tapi rasanya yang masa depan saya bergantung pada masa silam. 271 00:16:41,334 --> 00:16:44,046 "Rumah Ibadat Lama, 1625." 272 00:16:55,348 --> 00:16:57,601 Gadis inilah yang dalam visi saya itu. 273 00:16:58,894 --> 00:17:00,520 Dia pegang buku yang sama. 274 00:17:01,104 --> 00:17:03,523 Dia pegang buku hitam itu di luar bilik bawah gereja. 275 00:17:11,406 --> 00:17:12,616 Selamat sejahtera. 276 00:17:12,699 --> 00:17:16,536 Saudara Nevermore kamu yang ada mata gelap dan muka masam itu, 277 00:17:16,620 --> 00:17:17,788 ke mana dia pergi? 278 00:17:17,871 --> 00:17:19,539 Wednesday Addams, ya? 279 00:17:20,040 --> 00:17:23,543 Dia tentu pergi ke tempat yang tak sepatutnya. 280 00:17:32,094 --> 00:17:33,220 Itulah bukunya. 281 00:17:39,017 --> 00:17:40,811 "Codex Umbrarum." 282 00:17:40,894 --> 00:17:42,813 Ia bahasa Latin yang bermakna Buku Mantera. 283 00:17:45,690 --> 00:17:47,818 Baguslah. Ia bukan buku sebenar. 284 00:17:50,320 --> 00:17:53,406 Saya tak kenal Etsy, tapi mustahil dia penghijrah buangan. 285 00:17:55,784 --> 00:17:58,370 Apa kamu buat di sini? 286 00:17:58,453 --> 00:18:00,247 Cik Arlene. Selamat sejahtera. 287 00:18:00,330 --> 00:18:01,790 Tak payah ucap selamat. 288 00:18:01,873 --> 00:18:04,376 Percayalah, rumah itu sedang dibaiki. 289 00:18:04,459 --> 00:18:06,419 Saya tahu kamu dengar cakap saya. 290 00:18:06,503 --> 00:18:10,382 Saya beritahu dia pintu itu tak berkunci dan awak nak tahu tentang Crackstone. 291 00:18:10,465 --> 00:18:13,218 Ya, dan kotak pameran ini dah terbuka. 292 00:18:14,553 --> 00:18:16,555 - Buku itu replika. - Mengejutkan. 293 00:18:16,638 --> 00:18:19,391 Buku asal dicuri semasa perbicaraan ahli sihir bulan lepas. 294 00:18:19,474 --> 00:18:22,352 Mungkin ini saja benda tulen di sini, 295 00:18:22,435 --> 00:18:24,354 tapi tiket masuk masih berharga $29.95. 296 00:18:24,437 --> 00:18:25,939 Jangan banyak cakap lagi. 297 00:18:27,149 --> 00:18:28,900 Kamu akan buat kerja lain. 298 00:18:28,984 --> 00:18:30,360 Masak fudge. 299 00:18:31,403 --> 00:18:34,906 Di mana rumah ibadat yang asal seperti dalam lukisan itu? 300 00:18:37,284 --> 00:18:38,869 Manalah saya tahu. 301 00:18:38,952 --> 00:18:41,371 Saya datang dari Scottsdale April lepas. 302 00:18:44,124 --> 00:18:47,169 KHANAH URIAH KEDAI BARANG ANTIK 303 00:18:52,465 --> 00:18:53,550 Boleh saya bantu? 304 00:19:07,230 --> 00:19:08,857 Benda ini menyeramkan. 305 00:19:09,900 --> 00:19:10,817 Entahlah. 306 00:19:11,568 --> 00:19:14,738 Bolehkah agaknya tupai dan tikus menjalinkan hubungan? 307 00:19:14,821 --> 00:19:17,574 Kedua-duanya spesies berbeza. 308 00:19:18,658 --> 00:19:19,910 Ya. 309 00:19:19,993 --> 00:19:20,952 Mesti boleh. 310 00:19:21,745 --> 00:19:22,746 Apa salahnya? 311 00:19:22,829 --> 00:19:24,831 Mereka ada banyak persamaan. 312 00:19:24,915 --> 00:19:28,210 Orang takut mereka, jadi terpaksalah kita… mereka 313 00:19:28,293 --> 00:19:29,419 melanggar adat. 314 00:19:31,880 --> 00:19:33,465 Mendalamnya. 315 00:19:35,634 --> 00:19:40,347 Saya juga suka cara awak cakar bot kami semasa pertandingan Piala Poe. 316 00:19:40,430 --> 00:19:41,681 Ia agak ganas. 317 00:19:42,265 --> 00:19:44,768 Terima kasih, awak tak marah kerana kalah? 318 00:19:45,352 --> 00:19:47,062 Saya cuma tolong Xavier. 319 00:19:47,145 --> 00:19:49,689 Kami rapat, tapi dia suka bersaing. 320 00:19:49,773 --> 00:19:51,399 Dia nampak tenang saja. 321 00:19:52,025 --> 00:19:54,653 Dia ada sisi gelap yang orang tak tahu. 322 00:19:54,736 --> 00:19:57,697 Mungkin kerana ayahnya terkenal. 323 00:19:58,573 --> 00:19:59,866 Teruk tekanannya. 324 00:20:00,992 --> 00:20:04,579 Awak sedarkah ini perbualan kita yang paling lama? 325 00:20:07,958 --> 00:20:10,543 Gorgon diajar supaya elak orang lain. 326 00:20:11,294 --> 00:20:14,256 Saya tak mahu tertukar orang jadi batu. 327 00:20:17,300 --> 00:20:20,887 Saya tak kisah kalau awak yang buat. Ia cuma sementara. 328 00:20:21,805 --> 00:20:22,889 Yakah? 329 00:20:24,557 --> 00:20:25,600 Betulkah? 330 00:20:25,684 --> 00:20:26,726 Sudah tentu! 331 00:20:28,103 --> 00:20:31,356 Saya ingat nak curi-curi pergi ke rumah hijau malam ini. 332 00:20:31,940 --> 00:20:33,275 Katanya bulan biru. 333 00:20:33,358 --> 00:20:35,568 Ia berlaku sekali setiap 23 tahun. 334 00:20:35,652 --> 00:20:36,695 Pelik betul. 335 00:20:36,778 --> 00:20:38,947 Saya nak cari tempat terbaik untuk melihatnya. 336 00:20:39,531 --> 00:20:41,408 Bagus. Hei, selamat berseronok. 337 00:20:42,784 --> 00:20:45,662 Awak tahu ramai pelajar bercumbu di sana, bukan? 338 00:20:45,745 --> 00:20:47,706 - Awak mungkin tak selesa. - Ajax! 339 00:20:47,789 --> 00:20:51,543 Satu pagi saya menggatal dan cuba berlagak manja 340 00:20:51,626 --> 00:20:54,462 sambil sikat bulu bangkai kerana nak awak ajak saya keluar. 341 00:20:58,133 --> 00:20:59,467 Itu rupanya niat awak. 342 00:21:00,218 --> 00:21:03,638 Saya hairan juga kerana awak sikat bulu ekor oposum dengan begitu lama. 343 00:21:06,099 --> 00:21:09,894 Jadi, awak nak jumpa di belakang rumah hijau itu malam ini? 344 00:21:09,978 --> 00:21:10,812 Ya. 345 00:21:11,771 --> 00:21:12,939 Ya, saya nak. 346 00:21:13,648 --> 00:21:18,028 Hei, Ajax, boleh tolong saya alihkan doktor gigi badger ke tingkap depan? 347 00:21:18,111 --> 00:21:19,070 Ya! 348 00:21:19,738 --> 00:21:21,072 Tak sangka dia ajak. 349 00:21:28,246 --> 00:21:31,374 Bukankah awak sepatutnya bertugas di Dunia Penghijrah? 350 00:21:31,458 --> 00:21:33,668 Saya lari sementara masih waras. 351 00:21:33,752 --> 00:21:34,669 Begitu, ya? 352 00:21:35,587 --> 00:21:36,880 Awak nak kopi? 353 00:21:36,963 --> 00:21:39,758 Ini salah satu kelebihan tugasan ini. 354 00:21:39,841 --> 00:21:40,967 Saya nak jumpa Tyler. 355 00:21:43,553 --> 00:21:45,764 - Saya dah kata dia teruk. - Dua kali. 356 00:21:46,264 --> 00:21:48,224 Tapi urusan saya hak saya. 357 00:21:53,813 --> 00:21:55,023 Awak nak jumpa saya? 358 00:21:59,944 --> 00:22:01,905 - Nak pesanan biasa? - Juga bantuan awak. 359 00:22:02,989 --> 00:22:06,618 Awak tahu rumah ibadah asal yang wujud pada 1600-an? 360 00:22:07,285 --> 00:22:08,745 Adakah ia masih wujud? 361 00:22:08,828 --> 00:22:12,248 Saki-bakinya ada di Hutan Cobham tapi ia dah terlalu usang. 362 00:22:12,832 --> 00:22:13,750 Tunjukkannya. 363 00:22:16,378 --> 00:22:19,089 Di situ, tapi ia agak berbahaya. 364 00:22:20,173 --> 00:22:22,342 Setinggan dan penagih dadah lepak di sana. 365 00:22:22,425 --> 00:22:24,719 Sekali-sekala, ayah saya halau mereka. 366 00:22:24,803 --> 00:22:25,887 Apa halnya? 367 00:22:26,554 --> 00:22:27,389 Tiada apa-apa. 368 00:22:29,265 --> 00:22:31,810 Suka betul awak nak cari raksasa di hutan itu. 369 00:22:31,893 --> 00:22:36,606 Awak nak saya suka kuda dan artis lelaki? Terima kasih kerana membantu. 370 00:22:38,066 --> 00:22:41,694 Hei, rumah itu agak sukar dicari. 371 00:22:41,778 --> 00:22:44,364 Saya boleh tunjuk tempatnya. Syif saya tamat pukul 2. 372 00:22:44,447 --> 00:22:46,533 Pengetua saya akan hukum saya 373 00:22:46,616 --> 00:22:48,535 kalau terlepas acara petang ini. 374 00:22:49,035 --> 00:22:51,996 Walaupun bunyinya menarik, saya tak nak orang tahu. 375 00:22:52,080 --> 00:22:54,541 Lagipun, saya tahu selok-belok hutan. 376 00:22:54,624 --> 00:22:56,543 Awak tentu ahli Pandu Puteri. 377 00:22:56,626 --> 00:22:58,878 Saya boleh "laukkan" Pandu Puteri. 378 00:22:59,587 --> 00:23:01,840 Pak cik dipenjara kerana buat begitu. 379 00:23:33,163 --> 00:23:34,956 Saya pun tak sangka ia begini. 380 00:23:38,001 --> 00:23:39,836 Adik comel cakap dengan siapa? 381 00:23:41,880 --> 00:23:45,925 Kalau awak panggil saya "adik comel" lagi, siaplah awak. 382 00:23:46,009 --> 00:23:47,969 Ini tempat saya. Berambus! 383 00:23:48,052 --> 00:23:49,262 Benda, tolong saya. 384 00:23:56,352 --> 00:23:57,228 Hei! 385 00:24:04,235 --> 00:24:05,111 Hei! 386 00:24:06,237 --> 00:24:07,739 Turun! Lepaskan saya! 387 00:24:14,245 --> 00:24:15,580 Tiada apa-apa di sini. 388 00:24:19,167 --> 00:24:21,127 Sentuh saja tak berkesan. 389 00:24:21,669 --> 00:24:24,047 Visi saya muncul secara tiba-tiba. 390 00:24:26,508 --> 00:24:29,469 Saya lebih rela berambut merah jambu daripada minta nasihat ibu. 391 00:24:31,638 --> 00:24:33,723 Awak nak saya buktikan? 392 00:24:35,016 --> 00:24:35,892 Tidak. 393 00:24:39,646 --> 00:24:40,605 Tak ada apa-apa. 394 00:24:41,189 --> 00:24:43,608 Benda ini tentu akan beri saya visi. 395 00:24:49,906 --> 00:24:52,367 Visi saya sukar diramal seperti serangan jerung. 396 00:25:02,710 --> 00:25:04,295 Bakar dia! 397 00:25:04,379 --> 00:25:05,672 Bakar dia! 398 00:25:05,755 --> 00:25:07,715 - Bakar dia! - Bakar dia! 399 00:25:07,799 --> 00:25:08,925 Bakar dia! 400 00:25:09,008 --> 00:25:10,635 Anak syaitan! 401 00:25:12,637 --> 00:25:14,222 Anak syaitan! 402 00:25:15,557 --> 00:25:16,599 Binatang! 403 00:25:18,935 --> 00:25:19,769 Ahli sihir! 404 00:25:21,604 --> 00:25:22,772 Bertaubatlah! 405 00:25:25,942 --> 00:25:26,818 Nyah kamu! 406 00:25:26,901 --> 00:25:28,778 - Ahli sihir! - Beri laluan! 407 00:25:30,572 --> 00:25:32,073 Goody Addams! 408 00:25:33,324 --> 00:25:36,619 Kamu telah dibicara di depan Tuhan dan didapati bersalah. 409 00:25:37,954 --> 00:25:39,247 Awak ahli sihir, 410 00:25:39,330 --> 00:25:40,582 bomoh sesat, 411 00:25:41,332 --> 00:25:43,751 perempuan simpanan Lucifer. 412 00:25:44,502 --> 00:25:46,296 Disebabkan dosa-dosa awak, 413 00:25:46,379 --> 00:25:48,548 awak akan dibakar malam ini 414 00:25:48,631 --> 00:25:51,759 dan diseksa azab api neraka yang abadi. 415 00:25:51,843 --> 00:25:53,136 Saya tak bersalah. 416 00:25:53,720 --> 00:25:56,014 Joseph Crackstone, awak yang patut dibicara. 417 00:25:56,806 --> 00:25:58,099 Kami tiba lebih awal, 418 00:25:58,850 --> 00:26:01,269 hidup aman dengan alam dan penduduk asal. 419 00:26:01,352 --> 00:26:03,104 Tapi awak rampas bumi kami, 420 00:26:03,688 --> 00:26:07,275 bunuh orang tak bersalah dan rampas jiwa kami yang cintakan keamanan. 421 00:26:08,901 --> 00:26:11,696 Awaklah yang jahat. Kamu semua pun sama! 422 00:26:15,074 --> 00:26:16,242 Hukum dia! 423 00:26:18,286 --> 00:26:20,288 Syaitan hantar iblis jahat. 424 00:26:22,957 --> 00:26:25,084 Tapi saya akan hantar awak balik! 425 00:26:25,168 --> 00:26:26,210 Tidak! 426 00:26:34,677 --> 00:26:37,597 Awak makhluk keji dan khadam syaitan! 427 00:26:38,473 --> 00:26:43,770 Saya takkan berhenti sehinggalah orang buangan di Dunia Baru ini terhapus. 428 00:26:43,853 --> 00:26:45,938 Makhluk sesat! 429 00:27:02,789 --> 00:27:04,749 Bakar mereka! 430 00:27:20,515 --> 00:27:21,557 Ibu! 431 00:27:22,350 --> 00:27:23,184 Ibu. 432 00:27:28,231 --> 00:27:29,982 Masa dah tiada, nak. 433 00:27:31,442 --> 00:27:33,111 Pergi. Selamatkan diri kamu. 434 00:27:33,194 --> 00:27:35,321 Dia rantai kami pada lantai. 435 00:27:42,286 --> 00:27:43,955 Saya takkan pergi tanpa ibu. 436 00:27:45,123 --> 00:27:47,542 Lari. Bela kematian kami. 437 00:27:47,625 --> 00:27:50,545 Cari yang lain dan selamatkan masa depan kita. 438 00:27:51,129 --> 00:27:53,715 Tolonglah. Anak kesayangan ibu. 439 00:27:53,798 --> 00:27:56,551 Larilah selaju yang mungkin. 440 00:27:56,634 --> 00:27:58,428 Kamu saja harapan kami. 441 00:28:33,296 --> 00:28:35,715 Dia takkan berhenti selagi tak dapat bunuh kita semua! 442 00:28:37,133 --> 00:28:38,009 Dia di sini. 443 00:28:41,179 --> 00:28:43,306 Awak tak boleh lari. 444 00:28:48,186 --> 00:28:49,645 Benda, saya nampak dia! 445 00:28:49,729 --> 00:28:51,230 Gadis dalam visi saya. 446 00:28:52,398 --> 00:28:53,900 Namanya Goody Addams. 447 00:28:54,776 --> 00:28:57,737 Saya percaya dia moyang saya 400 tahun yang lalu. 448 00:29:14,712 --> 00:29:16,881 Itu mesti lelaki berjanggut tadi. 449 00:29:24,430 --> 00:29:25,932 Ayuh! 450 00:29:45,535 --> 00:29:47,203 Raksasa itu manusia. 451 00:29:48,496 --> 00:29:50,039 Apa yang awak buat? 452 00:29:51,290 --> 00:29:53,709 - Saya ikut raksasa itu. - Awak nampakkah? 453 00:29:54,210 --> 00:29:56,337 Ia di sini? Awak nak tempah maut? 454 00:29:57,338 --> 00:29:58,548 Kenapa awak di sini? 455 00:29:58,631 --> 00:30:01,551 Saya dengar awak kata nak tengok rumah ibadat itu. 456 00:30:01,634 --> 00:30:03,094 Mujurlah saya datang. 457 00:30:03,678 --> 00:30:05,096 Saya dapat tahu sesuatu. 458 00:30:05,638 --> 00:30:07,014 Raksasa itu manusia. 459 00:30:07,640 --> 00:30:10,017 Jejaknya bertukar menjadi jejak manusia. 460 00:30:10,852 --> 00:30:12,228 Tunjuk kepada saya. 461 00:30:18,609 --> 00:30:20,403 Hujan telah menghilangkannya. 462 00:30:22,697 --> 00:30:23,823 Saya yakin itu raksasa. 463 00:30:23,906 --> 00:30:26,158 - Saya cuba berfikiran terbuka. - Baiknya. 464 00:30:26,242 --> 00:30:28,494 Tapi awak mungkin betul tentang Rowan. 465 00:30:29,078 --> 00:30:30,663 Kenapa awak tukar fikiran? 466 00:30:31,330 --> 00:30:32,957 Saya hantar mesej hari ini. 467 00:30:33,666 --> 00:30:37,336 Saya ajak dia meluncur salji macam tahun lepas. 468 00:30:38,129 --> 00:30:41,549 Kali ini dia balas dan kata dia takkan dapat datang. 469 00:30:41,632 --> 00:30:44,010 Tapi awak tak meluncur pun tahun lepas. 470 00:30:45,553 --> 00:30:47,889 Saya nak perubahannya dijadikan alasan. 471 00:30:48,389 --> 00:30:50,433 Saya tak mahu fikir malang menimpanya. 472 00:30:50,516 --> 00:30:52,935 Penipuan biasanya lebih teruk daripada jenayahnya. 473 00:30:53,019 --> 00:30:54,770 Sekarang, cakap dengan jujur. 474 00:30:55,813 --> 00:30:58,065 Kenapa awak pergi ke rumah ibadat itu? 475 00:30:59,025 --> 00:31:01,027 Saya nak tahu tentang Crackstone. 476 00:31:01,944 --> 00:31:04,322 Cari kaitannya dengan semua ini. 477 00:31:04,405 --> 00:31:07,366 Ya, awak cuba guna kuasa psikik, bukan? 478 00:31:07,450 --> 00:31:09,118 Kenapa awak fikir saya memilikinya? 479 00:31:10,077 --> 00:31:12,204 Saya agak saja. Bila ia bermula? 480 00:31:13,331 --> 00:31:14,707 Setahun yang lalu. 481 00:31:16,626 --> 00:31:19,253 Rasanya macam tersentuh wayar hidup. 482 00:31:20,296 --> 00:31:22,131 Saya suka rasa kejutan itu. 483 00:31:23,174 --> 00:31:25,801 Tapi awak tak dapat kawal dan ia mencemaskan. 484 00:31:26,719 --> 00:31:27,887 Ayah saya psikik. 485 00:31:28,387 --> 00:31:29,931 Vincent Thorpe. 486 00:31:30,014 --> 00:31:31,933 Adik saya amat meminatinya. 487 00:31:32,016 --> 00:31:33,851 Dia kerap tonton rancangan di Vegas itu 488 00:31:33,935 --> 00:31:36,437 sampai saya tak sangka kesannya tiada di matanya. 489 00:31:37,521 --> 00:31:39,565 Apa pun, saya tinggal dengan pakar 490 00:31:39,649 --> 00:31:42,902 dan dia kata visi psikik tak boleh diharap. 491 00:31:42,985 --> 00:31:44,570 Ia tunjuk sebahagian saja. 492 00:31:44,654 --> 00:31:47,949 Saya nampak Joseph Crackstone sejelas awak sekarang. 493 00:31:48,699 --> 00:31:52,036 Dia kumpul dan bakar orang buangan di rumah ibadat itu. 494 00:31:52,119 --> 00:31:53,913 Okey, dia bangsat kejam. 495 00:31:54,622 --> 00:31:57,083 Ia kisah lalu dan tak melibatkan kita. 496 00:31:57,166 --> 00:31:58,584 Bagaimana jika sebaliknya? 497 00:31:59,210 --> 00:32:02,755 Awak nampak lukisan Rowan. Crackstone berdiri di kuad. 498 00:32:02,838 --> 00:32:06,008 Awak reka cerita dan menyokongnya dengan visi. 499 00:32:06,092 --> 00:32:09,428 - Ia ikut kehendak awak. - Awak merendahkan kuasa saya? 500 00:32:10,680 --> 00:32:12,890 Maksud saya, ayah saya yang pakar pun 501 00:32:12,974 --> 00:32:16,018 akan kata kebolehan psikik tak berasaskan logik. 502 00:32:16,644 --> 00:32:18,020 Ia cetusan emosi 503 00:32:19,188 --> 00:32:22,024 dan terus terang, emosi awak kurang normal. 504 00:32:25,611 --> 00:32:27,196 Saya percaya cakap Rowan. 505 00:32:28,322 --> 00:32:31,283 Perkara buruk akan berlaku dan saya perlu menghalangnya. 506 00:32:31,367 --> 00:32:32,994 Bermula dengan raksasa itu. 507 00:32:34,453 --> 00:32:35,830 Tak kisahlah dia siapa. 508 00:32:44,046 --> 00:32:45,715 Saya ingat saya berani, 509 00:32:46,215 --> 00:32:49,677 tapi itu sebelum saya merenung mata Joseph Crackstone. 510 00:32:53,764 --> 00:32:57,560 Saya tak percaya syurga atau neraka, tapi saya percaya dendam. 511 00:32:59,020 --> 00:33:01,564 Biasanya saya balas dengan kejam dan pantas, 512 00:33:01,647 --> 00:33:04,442 tapi musuh saya dulu tak dibuat daripada gangsa. 513 00:33:20,082 --> 00:33:21,375 Terima kasih. 514 00:33:21,459 --> 00:33:25,171 Saya berbesar hati dapat raikan sejarah bandar kita 515 00:33:25,254 --> 00:33:29,592 dan pengasas Jericho yang mulia, Joseph Crackstone. 516 00:33:30,384 --> 00:33:33,888 Dia yakin dengan hati yang gembira dan telinga yang terbuka, 517 00:33:33,971 --> 00:33:36,640 bandar ini boleh buat apa-apa saja. 518 00:33:36,724 --> 00:33:42,980 Jadi, komuniti kita dan rakan-rakan kita di Akademi Nevermore, 519 00:33:43,064 --> 00:33:46,192 kami bina tugu untuk memperingatinya. 520 00:33:46,275 --> 00:33:51,739 Semoga semangat Joseph Crackstone kekal selamanya. 521 00:35:43,225 --> 00:35:44,810 Acara itu gagal teruk. 522 00:35:44,894 --> 00:35:46,478 Datuk bandar berang! 523 00:35:46,562 --> 00:35:51,483 Banyak panggilan telefon, e-mel, penduduk, alumni dan ibu bapa yang marah. 524 00:35:51,567 --> 00:35:53,569 Saya dan mereka mahu jawapannya. 525 00:35:53,652 --> 00:35:56,947 Saya nak ketuai soal siasatnya, tapi alat seksaan saya ada di rumah. 526 00:35:58,157 --> 00:36:01,619 Cik Addams, kamu dalam situasi genting. 527 00:36:01,702 --> 00:36:03,287 Sangat genting. 528 00:36:03,370 --> 00:36:05,706 Sumpah atas bangkai kala jengking saya, 529 00:36:06,290 --> 00:36:07,499 saya tak terlibat. 530 00:36:08,000 --> 00:36:08,834 GASOLIN 531 00:36:18,093 --> 00:36:20,971 Saya mungkin tiada bukti, tapi saya kenal kamu. 532 00:36:21,805 --> 00:36:23,641 Kamu suka buat hal. 533 00:36:23,724 --> 00:36:27,770 Jika hal bermakna menentang pembohongan, diskriminasi, 534 00:36:27,853 --> 00:36:32,024 layanan orang buangan yang hina berabad-abad lamanya… 535 00:36:32,107 --> 00:36:33,859 - Apa maksud kamu? - Jericho. 536 00:36:33,943 --> 00:36:36,403 Kenapa bandar ini ada Program Khidmat Santun? 537 00:36:36,487 --> 00:36:38,739 Puan tahukah sejarahnya dengan orang buangan? 538 00:36:38,822 --> 00:36:41,075 Kisah sebenar Joseph Crackstone? 539 00:36:43,202 --> 00:36:44,203 Saya tahu. 540 00:36:44,703 --> 00:36:47,831 - Lebih kurang. - Jadi kenapa puan sertai mereka? 541 00:36:47,915 --> 00:36:50,417 Orang yang lupa sejarah akan mengulanginya. 542 00:36:52,461 --> 00:36:53,921 Itulah perbezaan kita. 543 00:36:54,964 --> 00:36:56,423 Kamu nampak kemusnahan, 544 00:36:57,007 --> 00:36:58,801 saya nampak peluang. 545 00:36:58,884 --> 00:37:01,136 Mungkin ini peluang untuk membetulkan kesilapan 546 00:37:01,220 --> 00:37:04,682 dan mulakan balik hubungan orang normal dengan buangan. 547 00:37:04,765 --> 00:37:07,017 Semuanya sama sejak zaman Crackstone. 548 00:37:07,101 --> 00:37:11,313 Mereka masih benci kita. Cuma sekarang, mereka pura-pura baik. 549 00:37:12,356 --> 00:37:16,151 - Jika puan enggan perjuangkan kebenaran… - Kamu fikir saya tak mahu kebenaran? 550 00:37:16,235 --> 00:37:17,403 Mestilah saya mahu. 551 00:37:17,903 --> 00:37:21,323 Tapi tak semuanya sejelas hitam putih. Ada warna kelabu. 552 00:37:21,407 --> 00:37:22,491 Mungkin bagi puan. 553 00:37:23,075 --> 00:37:25,452 Tapi hidup ditentukan oleh kita atau mereka. 554 00:37:26,036 --> 00:37:27,329 Tiada pilihan lain. 555 00:37:29,707 --> 00:37:31,583 - Kamu menyusahkan. - Saya tahu. 556 00:37:37,881 --> 00:37:39,258 Selamat malam, Cik Addams. 557 00:37:43,137 --> 00:37:44,471 Tapi ketahuilah… 558 00:37:47,099 --> 00:37:48,517 saya tak cepat mengalah. 559 00:38:10,873 --> 00:38:12,333 Itu siapa? 560 00:38:32,436 --> 00:38:33,270 Melampau tak? 561 00:38:35,147 --> 00:38:37,483 Awak buat mata saya pedih, Enid. 562 00:38:37,566 --> 00:38:40,235 Saya gembira dapat keluar dengan Ajax. 563 00:38:40,319 --> 00:38:42,738 Bolehlah saya lupakan insiden siang tadi. 564 00:38:42,821 --> 00:38:46,408 Rasanya saya mengalami trauma. Malah, saya tak sempat menari. 565 00:38:46,492 --> 00:38:47,826 Tragisnya. 566 00:38:47,910 --> 00:38:51,914 Orang gila mana agaknya yang sabotaj acara yang mengiktiraf kita itu? 567 00:38:53,582 --> 00:38:54,708 Awak akan lambat. 568 00:38:57,878 --> 00:38:58,796 Doakan saya. 569 00:38:58,879 --> 00:39:00,798 Kalau dia kecewakan awak, siaplah dia. 570 00:39:04,760 --> 00:39:07,429 Saya tak percaya kerja sukarela yang wajib, 571 00:39:07,513 --> 00:39:10,724 pembohongan sejarah atau pengakhiran yang bahagia, 572 00:39:11,725 --> 00:39:15,604 tapi yang paling penting, saya tak percaya kebetulan. 573 00:39:46,176 --> 00:39:48,303 Bak kata Agatha Christie, 574 00:39:49,012 --> 00:39:51,765 satu kebetulan hanyalah kebetulan, 575 00:39:52,474 --> 00:39:53,725 dua ialah petunjuk, 576 00:39:54,601 --> 00:39:56,103 dan tiga ialah bukti. 577 00:40:05,821 --> 00:40:06,655 Tidak! 578 00:40:25,757 --> 00:40:29,428 Lukisan saya dan Crackstone oleh Rowan berlaku pada masa depan. 579 00:40:30,888 --> 00:40:34,224 Amaran Goody Addams tentang Crackstone berlaku pada masa silam. 580 00:40:36,143 --> 00:40:38,312 Raksasa itu wujud pada masa kini. 581 00:40:40,647 --> 00:40:43,275 Tiga kebetulan ini berkait. 582 00:41:33,450 --> 00:41:35,536 Raksasa itu mungkin sesiapa saja. 583 00:41:43,418 --> 00:41:47,089 Syerif fikir raksasa hanya wujud di kawasan sekolah ini. 584 00:41:52,344 --> 00:41:55,847 Hakikatnya, raksasa ada di mana-mana saja. 585 00:42:02,771 --> 00:42:07,693 Kadangkala raksasa yang tak disangka adalah yang paling berbahaya. 586 00:42:12,364 --> 00:42:15,200 Mereka tak menakutkan kita dengan gigi atau kuku. 587 00:42:16,785 --> 00:42:19,621 Mereka bersembunyi dalam gelap sehingga mereka dilupai. 588 00:42:20,789 --> 00:42:22,249 Kemudian mereka serang. 589 00:42:29,172 --> 00:42:30,716 Tapi saya memburunya 590 00:42:32,968 --> 00:42:35,929 dan takkan mengalah selagi belum menemui kebenaran. 591 00:45:57,923 --> 00:46:01,927 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin