1 00:00:05,048 --> 00:00:08,384 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:13,056 --> 00:00:15,808 Sejauh mana kita kenal ibu bapa kita? 3 00:00:16,434 --> 00:00:17,727 Misalnya, ayah saya. 4 00:00:17,810 --> 00:00:20,521 Saya selalu fikir dia mudah dibaca. 5 00:00:20,605 --> 00:00:24,859 Mudah terpengaruh dan terlalu suka menunjukkan kasih sayang. 6 00:00:25,401 --> 00:00:29,530 Tetapi semasa dia bersekolah, dia dituduh membunuh di atas sana. 7 00:00:30,573 --> 00:00:31,783 Itu buat saya terfikir… 8 00:00:33,534 --> 00:00:37,497 GOTH & GLAMOR RAVE'N 1990 9 00:00:37,580 --> 00:00:39,874 …apakah yang berlaku pada malam beribut kencang 10 00:00:39,957 --> 00:00:41,334 32 tahun yang lalu? 11 00:01:01,979 --> 00:01:05,650 Rasanya dia ada pedang dan mereka memang tak sefahaman. 12 00:01:07,026 --> 00:01:09,529 Saya tak suka reka cerita, Syerif Walker, 13 00:01:09,612 --> 00:01:11,864 tapi ia memang salah Morticia Frump. 14 00:01:12,365 --> 00:01:14,242 Mereka berebut dia. 15 00:01:20,081 --> 00:01:20,957 Tish… 16 00:01:21,457 --> 00:01:23,042 Saya tak terkata, Gomez. 17 00:01:23,126 --> 00:01:26,087 Melihat awak digari, dituduh membunuh… 18 00:01:27,463 --> 00:01:30,091 - Buat saya makin mencintai awak. - Sayangku. 19 00:01:30,174 --> 00:01:32,552 Sudahlah, Addams. Mari kita pergi. 20 00:01:36,931 --> 00:01:39,600 Baiklah, ayuh. Jalan. 21 00:01:43,896 --> 00:01:48,901 SELAMAT DATANG KE HUJUNG MINGGU BERSAMA IBU BAPA 22 00:02:03,624 --> 00:02:07,044 BAB V YANG DIRATAPI ITU PADAHNYA 23 00:02:10,840 --> 00:02:13,467 Ketengikan kebimbangan anak muda. 24 00:02:13,551 --> 00:02:16,762 Itu zaman terindah dalam hidup kita. Awak setuju, Tish? 25 00:02:16,846 --> 00:02:19,432 Sudah tentu, sayangku. 26 00:02:22,310 --> 00:02:24,645 Semoga Wednesday gembira berjumpa kita. 27 00:02:25,229 --> 00:02:28,608 Dia tak jawab pun mesej yang saya hantar kepada bebola kristalnya. 28 00:02:29,400 --> 00:02:31,694 Jangan khuatir, ratnaku. 29 00:02:31,777 --> 00:02:34,155 Dia pasti tak sabar untuk berjumpa kita. 30 00:02:37,575 --> 00:02:38,951 Ayuh. Mari kita pergi. 31 00:02:47,585 --> 00:02:51,505 Nevermore ditubuhkan sebagai tempat selamat untuk anak-anak kita, 32 00:02:51,589 --> 00:02:53,799 untuk belajar dan berkembang, 33 00:02:53,883 --> 00:02:56,594 tak kira siapa atau apa diri mereka. 34 00:03:03,559 --> 00:03:05,353 Saya sedar ramai yang dah tahu 35 00:03:05,436 --> 00:03:08,606 tentang kemalangan yang menimpa seorang pelajar kami. 36 00:03:08,689 --> 00:03:11,567 Tapi syukurlah, Eugene semakin pulih 37 00:03:11,651 --> 00:03:13,986 dan dijangka sembuh sepenuhnya. 38 00:03:14,487 --> 00:03:16,030 Jadi, tumpukan pada aspek positif 39 00:03:16,113 --> 00:03:19,742 dan jadikanlah acara hujung minggu ini yang terbaik. 40 00:03:22,536 --> 00:03:23,621 Semakin pulih? 41 00:03:24,580 --> 00:03:25,790 Dia komalah. 42 00:03:26,457 --> 00:03:27,625 Awak dah lawat dia? 43 00:03:28,668 --> 00:03:29,919 Awak kawannya. 44 00:03:30,002 --> 00:03:33,422 - Sebab sayalah dia di hospital. - Ini bukan salah awak. 45 00:03:34,006 --> 00:03:36,968 Raksasa itu tak serang sesiapa minggu lepas. 46 00:03:37,051 --> 00:03:41,597 - Mungkin awak dah menghalaunya. - Atau ia cuba elak minggu ini. 47 00:03:42,306 --> 00:03:45,017 Tengoklah. Sesetengah perkara masih sama. 48 00:03:47,645 --> 00:03:49,522 Saya sepatutnya pakai topeng wabak. 49 00:03:51,148 --> 00:03:52,900 Cuba tengok keluarga saya. 50 00:03:52,984 --> 00:03:55,236 Mentaliti toksik secara berkawanan. 51 00:03:55,319 --> 00:03:58,572 Mak saya pasti akan mula menilai orang dalam 30 saat. 52 00:04:01,075 --> 00:04:02,576 Mari kita selesaikannya. 53 00:04:06,455 --> 00:04:08,165 Itu pun dia. 54 00:04:08,249 --> 00:04:11,502 Rindunya kami pada pandangan tajam dan cemuhan comelnya. 55 00:04:13,462 --> 00:04:15,965 Apa khabar, anak masam ibu? 56 00:04:16,048 --> 00:04:18,718 Saya ingat Benda laporkan setiap langkah saya. 57 00:04:20,136 --> 00:04:22,596 Saya dapat tahu muslihat itu serta-merta. 58 00:04:24,098 --> 00:04:26,267 Benda apa khabar? 59 00:04:26,809 --> 00:04:28,894 Jarinya masih lengkap? 60 00:04:28,978 --> 00:04:31,814 Bertenang. Saya belum patahkan mana-mana jarinya. 61 00:04:31,897 --> 00:04:32,815 Lagi. 62 00:04:33,607 --> 00:04:35,276 Jadi, ceritakanlah semuanya. 63 00:04:35,943 --> 00:04:39,322 Sejak ditinggalkan di sini, saya diburu, dihantui, 64 00:04:40,990 --> 00:04:42,908 dan cuba dibunuh. 65 00:04:43,826 --> 00:04:47,163 Nevermore. Sayangnya ayah kepadanya. 66 00:04:47,830 --> 00:04:48,956 Enid. 67 00:04:49,957 --> 00:04:52,084 Mari mak tengok. 68 00:04:52,626 --> 00:04:56,255 - Satu seribu, dua seribu… - Kamu tak buang bulu? 69 00:04:56,339 --> 00:04:59,383 Tiga saat. Itu rekod terbaik. 70 00:05:01,302 --> 00:05:04,305 Kamu sihat tak? Kamu nampak pucat. 71 00:05:04,388 --> 00:05:06,515 Kamu makan daging merah secukupnya? 72 00:05:07,767 --> 00:05:09,643 Saya gembira dapat jumpa mak, 73 00:05:10,227 --> 00:05:11,228 dan juga ayah. 74 00:05:18,069 --> 00:05:21,072 Tak tahannya saya lihat aktiviti kekeluargaan ini. 75 00:05:22,198 --> 00:05:25,910 Rasanya awak terlupa minta maaf kerana biadab minggu lepas. 76 00:05:27,203 --> 00:05:28,996 Maaf atas kejadian malam itu. 77 00:05:29,830 --> 00:05:32,291 Saya tak patut suruh awak hilangkan ingatan saya. 78 00:05:36,295 --> 00:05:38,672 Ayah awak tak datang lagi tahun ini? 79 00:05:38,756 --> 00:05:39,715 Ya. 80 00:05:40,549 --> 00:05:42,968 Saya dapat mesejnya pagi tadi. Awak pula? 81 00:05:44,178 --> 00:05:46,764 Ibu saya tak pernah datang sejak saya berpindah ke sini. 82 00:05:47,765 --> 00:05:50,601 Dia mungkin sedang berjemur di Seychelles. 83 00:05:50,684 --> 00:05:52,561 Anak kesayangan ibu. 84 00:05:54,939 --> 00:05:56,524 Ibu datang. 85 00:05:57,108 --> 00:05:59,193 Ibu takkan lepaskan peluang ini. 86 00:06:00,778 --> 00:06:02,613 Awak dah salah anggap ibu awak. 87 00:06:07,743 --> 00:06:08,744 BUKU TAHUNAN 88 00:06:10,454 --> 00:06:12,832 Buku tahunan kita dulu. 89 00:06:13,541 --> 00:06:17,128 Sudah 20 tahun saya tak melihatnya. 90 00:06:17,211 --> 00:06:20,256 Hidup kita dulu seronok, bukan, Larissa? 91 00:06:21,090 --> 00:06:24,927 - Hanya bagi sesetengah daripada kita. - Janganlah merendah diri. 92 00:06:25,010 --> 00:06:28,055 Kehadiran awak sangat terasa. 93 00:06:28,639 --> 00:06:31,267 Seperti pokok meranti yang gagah berdiri. 94 00:06:31,767 --> 00:06:34,770 Jadi, itu bermakna awak pembalak. 95 00:06:36,689 --> 00:06:40,734 Lawak sinis itulah saya suka. 96 00:06:42,278 --> 00:06:47,158 Awak ingat tak duet kita semasa Pertunjukan Bakat Solstis dulu? 97 00:06:47,241 --> 00:06:51,871 Ajukan Judy Garland awak betul-betul menjadi. 98 00:06:51,954 --> 00:06:54,206 Bunyinya macam nak cari nahas. 99 00:06:57,710 --> 00:06:59,295 Gambar saya dah tiada. 100 00:06:59,378 --> 00:07:01,547 Yakah? Peliknya. 101 00:07:02,798 --> 00:07:04,425 Boleh saya pinjam buku ini? 102 00:07:05,009 --> 00:07:09,138 Saya nak mengimbau masa silam bersama Gomez. 103 00:07:10,931 --> 00:07:14,435 Baiklah. Mari kita tumpukan pada isu sebenar. 104 00:07:16,854 --> 00:07:21,901 Malangnya, Wednesday didapati sukar menyesuaikan diri. 105 00:07:22,526 --> 00:07:25,112 Itu kerana saya enggan menerima budaya ketidakjujuran 106 00:07:25,196 --> 00:07:27,156 dan penafian di sekolah ini. 107 00:07:27,239 --> 00:07:30,367 Bermula dengan raksasa yang bunuh Rowan dan mencederakan Eugene. 108 00:07:30,951 --> 00:07:34,163 Tapi saya dengar dia semakin pulih. 109 00:07:34,246 --> 00:07:37,291 Kami galakkan Wednesday supaya berani bersuara. 110 00:07:37,374 --> 00:07:40,586 Kadangkala kelancangannya menghiris hati. 111 00:07:40,669 --> 00:07:44,298 Pakar terapinya rasa dia tak terbuka kepada prosesnya. 112 00:07:44,381 --> 00:07:48,344 - Sesi mereka tak membuahkan hasil. - Saya bukan bahan uji kaji. 113 00:07:49,428 --> 00:07:52,389 Saya dan Dr. Kinbott bersetuju 114 00:07:52,473 --> 00:07:55,226 bahawa kamu semua patut menjalani 115 00:07:55,309 --> 00:07:57,311 sesi terapi hujung minggu ini. 116 00:07:57,394 --> 00:07:58,312 Tidak. 117 00:07:59,021 --> 00:08:02,983 Saya dah agak kamu tak setuju, tapi ibu bapa kamu tahu manfaatnya. 118 00:08:03,484 --> 00:08:07,780 Kami tak kata Wednesday betul, tapi kami datang cuma untuk hujung minggu. 119 00:08:09,240 --> 00:08:10,491 Bolehlah. 120 00:08:10,574 --> 00:08:11,450 Apa salahnya? 121 00:08:11,534 --> 00:08:15,621 Terus terang, saya memang suka kegiatan melibatkan benak. 122 00:08:15,704 --> 00:08:18,457 Ia bukan benak yang macam itu, sayang. 123 00:08:19,542 --> 00:08:20,584 Kalau begitu, 124 00:08:21,627 --> 00:08:23,087 sayang sekali. 125 00:08:23,671 --> 00:08:25,673 Tapi apa-apa saja untuk anak kami. 126 00:08:31,637 --> 00:08:34,431 DUNIA PENGHIJRAH 127 00:08:34,515 --> 00:08:35,474 Ya. 128 00:08:36,100 --> 00:08:39,103 Pastikan mereka cari tanda-tanda raksasa di gua itu. 129 00:08:39,186 --> 00:08:42,898 Geledah sepenuhnya. Ambil semua bahan bukti, faham? 130 00:08:44,400 --> 00:08:47,778 Kemudian, hubungi makmal. Saya nak keputusan DNA kuku itu. 131 00:08:48,904 --> 00:08:52,032 Seorang budak masuk hospital, beberapa orang dah mati. 132 00:08:52,116 --> 00:08:53,409 Saya tak mahu ia berulang. 133 00:08:55,828 --> 00:08:56,662 Baiklah. 134 00:09:02,334 --> 00:09:03,419 Celaka. 135 00:09:05,129 --> 00:09:06,130 Kenapa? 136 00:09:06,213 --> 00:09:09,758 Ayah tak tahan melihat pembunuh berleluasa di pekan ini. 137 00:09:11,302 --> 00:09:14,722 Setidak-tidaknya, mereka ikut sesi terapi dengan Wednesday. 138 00:09:15,389 --> 00:09:17,224 Tyler, kita dah bincang dulu. 139 00:09:17,308 --> 00:09:21,437 Ayah tak suka ungkit kisah keluarga dengan orang yang tak dikenali. 140 00:09:22,021 --> 00:09:24,982 Ayah ingat saya suka bincangkan kesilapan saya? 141 00:09:25,065 --> 00:09:27,318 Ayah ada banyak yang nak difikirkan. 142 00:09:31,614 --> 00:09:33,282 Awak dah dapat keputusannya? 143 00:09:35,409 --> 00:09:38,203 Baik. Tutup kawasan itu. Saya datang sekarang. 144 00:09:39,204 --> 00:09:41,582 Ayah tak apa-apa? Apa yang berlaku? 145 00:09:43,834 --> 00:09:45,836 Kamu kenal Reggie, koroner itu? 146 00:09:47,588 --> 00:09:49,173 Dia tembak kepalanya. 147 00:10:02,436 --> 00:10:04,730 Baiklah, siapa nak mula? 148 00:10:07,983 --> 00:10:11,278 Kita boleh bincang tentang ketiadaan Wednesday di rumah? 149 00:10:15,240 --> 00:10:17,034 Bagi saya, 150 00:10:17,951 --> 00:10:18,869 saya rasa 151 00:10:18,952 --> 00:10:21,455 sedih kerana Kak Wednesday tiada. 152 00:10:22,706 --> 00:10:25,751 Saya rindu waktu dia benam kepala saya dalam air. 153 00:10:28,671 --> 00:10:30,255 Morticia, Gomez. 154 00:10:31,006 --> 00:10:34,343 - Kamu bagaimana? - Kami juga terseksa. 155 00:10:34,927 --> 00:10:38,263 Mujurlah rak abang saya, Fester, muat untuk dua orang. 156 00:10:38,806 --> 00:10:42,685 Regangan baik untuk kami berdua. 157 00:10:42,768 --> 00:10:44,436 Sayangku. 158 00:10:49,692 --> 00:10:50,859 Cukup! 159 00:10:53,654 --> 00:10:56,031 Ibu bapa saya perlu berdepan perkara sebenar. 160 00:10:57,616 --> 00:10:59,201 Mereka tipu saya. 161 00:10:59,993 --> 00:11:01,286 Simpan rahsia. 162 00:11:01,787 --> 00:11:03,914 Rahsia maut yang perlu dijawab. 163 00:11:07,251 --> 00:11:10,170 Siapa Garrett Gates dan kenapa ayah dituduh membunuhnya? 164 00:11:11,588 --> 00:11:14,717 Tuduhan itu dah digugurkan. Ayah kamu tak bersalah. 165 00:11:14,800 --> 00:11:16,885 Syerif tempatan tak setuju. 166 00:11:16,969 --> 00:11:18,929 Wednesday, cukup. 167 00:11:19,012 --> 00:11:21,473 Masa dan tempatnya tak sesuai. 168 00:11:21,557 --> 00:11:24,101 Sebenarnya, tempat ini sangat sesuai. 169 00:11:24,184 --> 00:11:27,438 - Sesi ini… - Isu ini tak melibatkan doktor. 170 00:11:27,980 --> 00:11:31,692 Ibu juga enggan membahaskan kes lama dengan kamu sekarang. 171 00:11:31,775 --> 00:11:33,569 - Saya… - Sayang, mungkin… 172 00:11:33,652 --> 00:11:35,863 Tidak. Sesi ini dah tamat. 173 00:11:35,946 --> 00:11:37,614 Suka hati ibulah. 174 00:11:37,698 --> 00:11:40,033 - Wednesday? - Berterus teranglah. 175 00:11:40,117 --> 00:11:42,369 Jika tidak, saya akan siasat sendiri. 176 00:11:44,079 --> 00:11:44,997 Kamu… 177 00:11:47,624 --> 00:11:49,626 Terima kasih atas gula-gula ini. 178 00:11:51,086 --> 00:11:53,213 Sebenarnya, itu bunga rampai. 179 00:11:54,465 --> 00:11:55,966 Tapi ambillah semuanya. 180 00:12:03,223 --> 00:12:04,892 Kamu dah gila? 181 00:12:05,434 --> 00:12:07,936 Tergamak kamu serang ayah kamu begitu? 182 00:12:08,020 --> 00:12:08,854 Wednesday. 183 00:12:09,438 --> 00:12:11,815 Tergamak? Ibu paksa saya pindah ke sini. 184 00:12:11,899 --> 00:12:14,067 Ibu fikir rahsia ibu takkan pecah? 185 00:12:14,151 --> 00:12:17,154 Kamu tak tahu kisah sebenar. Ayah kamu tak bersalah. 186 00:12:17,237 --> 00:12:18,947 Biar saya yang tentukan. 187 00:12:26,663 --> 00:12:27,706 Bunga rampai? 188 00:12:34,129 --> 00:12:37,966 - Bagaimana ibu cari saya? - Komuniti MorningSong rindukan kamu. 189 00:12:38,634 --> 00:12:41,762 - Ibu rindukan kamu. - Komuniti? Maksud ibu, kultus? 190 00:12:41,845 --> 00:12:44,223 Kami gerakan pembangunan diri 191 00:12:44,306 --> 00:12:46,642 yang membantu orang kawal hidup mereka. 192 00:12:46,725 --> 00:12:50,938 - Selepas kawal akaun bank mereka. - Ibu tak mahu bergaduh, Brandy Jane. 193 00:12:51,021 --> 00:12:52,439 Nama saya Bianca. 194 00:12:52,523 --> 00:12:54,107 Nama baru. Hidup baru. 195 00:12:54,191 --> 00:12:55,484 Kamu perlu pulang. 196 00:12:55,567 --> 00:12:57,277 Tempat itu bukan rumah saya. 197 00:12:57,361 --> 00:13:01,031 - Gideon dah kata kamu akan melawan. - Jangan sebut namanya. 198 00:13:01,114 --> 00:13:03,909 Ibu fikir dia kisah tentang ibu tunggal dan anaknya 199 00:13:03,992 --> 00:13:05,410 kalau kita bukan duyung? 200 00:13:05,494 --> 00:13:09,039 Jangan kutuk ayah tiri kamu. 201 00:13:09,748 --> 00:13:11,333 Ibu kahwini dia. 202 00:13:11,416 --> 00:13:15,254 Dia nak kamu pulang supaya kita boleh hidup berkeluarga. 203 00:13:15,963 --> 00:13:16,880 Jangan harap. 204 00:13:17,464 --> 00:13:19,883 Dia dah ada seorang kuli duyung. 205 00:13:20,926 --> 00:13:22,010 Selamat tinggal. 206 00:13:22,970 --> 00:13:26,473 Saya juga tak mahu lagi gelang MorningSong di pekan ini. 207 00:13:27,599 --> 00:13:29,643 Lagu pukauan ibu makin lemah. 208 00:13:31,687 --> 00:13:33,480 Ahli kami makin kurang 209 00:13:33,564 --> 00:13:36,567 dan makin ramai orang cuba bongkar rahsia kita. 210 00:13:37,943 --> 00:13:39,820 Ini bukan permintaan. 211 00:13:40,654 --> 00:13:42,072 Kalau saya menolak? 212 00:13:44,700 --> 00:13:49,371 Semua orang di sini akan tahu cara kamu dapat masuk ke Nevermore. 213 00:13:49,454 --> 00:13:52,541 Ibu suka memusnahkan kejayaan saya. 214 00:13:52,624 --> 00:13:55,127 Kamu tak berjaya pun, Bianca. 215 00:13:56,753 --> 00:14:00,007 Kamu tipu golongan elit, tapi mereka bukan kawan kamu. 216 00:14:01,091 --> 00:14:04,011 Lambat-laun mereka akan tahu rahsia kamu. 217 00:14:04,720 --> 00:14:07,806 Sisik duyung takkan berubah menjadi bulu. 218 00:14:09,683 --> 00:14:13,186 Kamu boleh berada di sini hingga hujung minggu ini berakhir. 219 00:14:15,939 --> 00:14:18,066 MADU BUNGA HUTAN 220 00:14:20,986 --> 00:14:22,779 Saya ambil dari sarang ketiga. 221 00:14:24,406 --> 00:14:25,908 Lebah rindu awak, Eugene. 222 00:14:28,577 --> 00:14:29,536 Kami semua pun. 223 00:14:33,332 --> 00:14:35,208 Terima kasih kerana jaga dia. 224 00:14:36,585 --> 00:14:37,461 Ada berita baru? 225 00:14:40,047 --> 00:14:41,590 Dia tak sepatutnya koma. 226 00:14:43,508 --> 00:14:45,093 Saya yang sepatutnya terlantar. 227 00:14:45,886 --> 00:14:47,638 Kenapa awak pergi tanpa saya? 228 00:14:49,681 --> 00:14:51,516 Kami tak sengaja buat kamu terkejut. 229 00:14:51,600 --> 00:14:52,976 Kamu tentu Wednesday. 230 00:14:53,560 --> 00:14:56,313 Kami mak Eugene, Sue dan Janet. 231 00:14:56,396 --> 00:14:58,231 Dia kerap cerita tentang kamu. 232 00:14:58,315 --> 00:15:00,859 Dia gembira kerana kamu jadi Pendengung. 233 00:15:00,943 --> 00:15:04,279 Eugene sukar menyesuaikan diri di Nevermore. 234 00:15:04,363 --> 00:15:07,324 Dia gembira kerana akhirnya dia ada kawan sebenar. 235 00:15:07,824 --> 00:15:09,242 Saya bawa madu untuknya. 236 00:15:09,326 --> 00:15:12,579 Eugene sayang lebah macam ibu sayang anak. 237 00:15:13,872 --> 00:15:15,624 Anak-anaknya yang berbulu. 238 00:15:18,085 --> 00:15:20,003 Dia akan selamat, bukan? 239 00:15:20,087 --> 00:15:21,254 Saya minta diri. 240 00:15:36,687 --> 00:15:39,606 Ini kali pertama orang bunuh diri di rumah mayat. 241 00:15:39,690 --> 00:15:41,775 Mereka tak reti uruskan mayatnya. 242 00:15:41,858 --> 00:15:43,193 Apa yang awak jumpa? 243 00:15:43,276 --> 00:15:46,571 Pistol itu sah dan didaftarkan atas namanya. Colt .45. 244 00:15:46,655 --> 00:15:48,407 Ia disimpan di mejanya. 245 00:15:48,490 --> 00:15:50,200 Saya jumpa dia minggu lepas. 246 00:15:50,701 --> 00:15:54,246 Dia nak belayar dengan isterinya dan tak sabar untuk bersara. 247 00:15:54,329 --> 00:15:56,665 Agaknya kita tak tahu apa berlegar dalam kepalanya. 248 00:15:56,748 --> 00:15:59,918 Pelurulah, apa lagi? Dah ambil kamera keselamatan? 249 00:16:00,502 --> 00:16:03,797 Belum. Kamera itu ditutup dengan gula-gula getah hitam. 250 00:16:03,880 --> 00:16:07,217 Saya dah suruh mereka siasat sejak bila ia di situ. 251 00:16:07,300 --> 00:16:08,927 Gula-gula getah hitam. 252 00:16:09,594 --> 00:16:11,221 Biar betul. 253 00:16:12,264 --> 00:16:17,102 Menurut nota bunuh diri ini, dia rasa bersalah atas kes lama. 254 00:16:17,185 --> 00:16:20,147 Katanya, dia rahsiakannya, palsukan laporan koroner 255 00:16:20,230 --> 00:16:22,858 dan dihantui rasa bersalah selama ini. 256 00:16:24,109 --> 00:16:25,193 Kes apa? 257 00:16:25,277 --> 00:16:26,570 Garrett Gates. 258 00:16:27,904 --> 00:16:30,073 Garrett Gates. Biar betul. 259 00:16:30,157 --> 00:16:31,074 Awak tahu? 260 00:16:31,158 --> 00:16:33,869 Dah 30 tahun saya tunggu untuk tangkap pembunuhnya. 261 00:16:33,952 --> 00:16:35,287 Awak tahu orangnya? 262 00:16:35,370 --> 00:16:37,414 Cuma ada seorang suspek. 263 00:16:37,497 --> 00:16:40,333 Saya selalu rasa mereka rahsiakan kebenaran. 264 00:16:41,960 --> 00:16:43,336 Sekarang bukti dah ada. 265 00:17:50,153 --> 00:17:52,572 GARRETT GATES ANAK DAN SAUDARA TERSAYANG 266 00:17:52,656 --> 00:17:54,991 PERGI TERLALU AWAL DISAYANGI SELAMANYA 267 00:17:57,744 --> 00:17:59,746 Saya lapar. 268 00:18:04,042 --> 00:18:06,044 Kamu tak lapar, sayang? 269 00:18:06,128 --> 00:18:08,046 Saya tak ada selera. 270 00:18:08,839 --> 00:18:10,882 Seperti kebenaran tak ada dalam hidup ibu. 271 00:18:19,766 --> 00:18:21,184 Kita perlu beritahu dia. 272 00:18:23,186 --> 00:18:25,272 Dia takkan percaya cakap kita. 273 00:18:26,356 --> 00:18:27,983 Kita harus terus tabah. 274 00:18:30,485 --> 00:18:34,781 Semoga sesuatu lebih suram mengganggu tumpuannya. 275 00:18:46,501 --> 00:18:49,004 Kamu nak mak tanya? 276 00:18:49,921 --> 00:18:53,341 Saya dan Ajax belum dapat sahkan hubungan kami. 277 00:18:53,425 --> 00:18:55,385 Mak tak maksudkan lelaki. 278 00:18:55,468 --> 00:18:57,512 Kamu dah bertukar? 279 00:19:02,058 --> 00:19:03,018 Belum. 280 00:19:03,810 --> 00:19:05,979 Itu mengecewakan. 281 00:19:07,397 --> 00:19:08,440 Biasalah. 282 00:19:09,733 --> 00:19:11,401 Saya amat mengecewakan. 283 00:19:23,163 --> 00:19:25,457 Apa tujuan awak datang, syerif? 284 00:19:26,249 --> 00:19:28,210 Apa yang berlaku, Cik Thornhill? 285 00:19:28,293 --> 00:19:29,628 Saya pun tak tahu. 286 00:19:29,711 --> 00:19:31,129 Gomez Addams. 287 00:19:35,592 --> 00:19:36,927 Ada apa, syerif? 288 00:19:37,010 --> 00:19:40,055 Awak ditahan kerana membunuh Garrett Gates. 289 00:19:40,138 --> 00:19:41,640 Awak berhak berdiam diri. 290 00:19:41,723 --> 00:19:44,976 Kata-kata awak akan dan boleh digunakan terhadap awak di mahkamah. 291 00:19:45,060 --> 00:19:45,894 Ayah? 292 00:19:46,436 --> 00:19:48,313 Awak berhak mendapatkan peguam. 293 00:19:48,396 --> 00:19:51,483 Jika awak tak mampu, peguam akan dilantik untuk awak. 294 00:20:22,806 --> 00:20:25,850 Anakku, bagaimana ibu? 295 00:20:25,934 --> 00:20:28,311 Kecewa. Dia benci kerana ayah berbaju jingga. 296 00:20:29,312 --> 00:20:32,065 Saya nampak dia letak bunga di atas kubur tadi. 297 00:20:33,024 --> 00:20:35,277 Batu nisannya terukir "Garrett Gates". 298 00:20:35,360 --> 00:20:37,946 Budak yang mereka tuduh ayah bunuh. 299 00:20:39,406 --> 00:20:40,615 Boleh ayah jelaskan? 300 00:20:45,287 --> 00:20:47,872 Garrett tergila-gilakan ibu kamu. 301 00:20:48,707 --> 00:20:51,793 Dia kelirukan kebaikan ibu kamu dengan cinta. 302 00:20:52,377 --> 00:20:55,505 Perasaan cintanya bertukar menjadi obsesi 303 00:20:56,089 --> 00:20:57,757 dan dia mula menghendap ibu. 304 00:20:57,841 --> 00:21:00,051 - Kenapa tak beritahu polis? - Kami dah cuba. 305 00:21:00,719 --> 00:21:03,346 Tapi keluarganya keluarga tertua dan terkaya di Jericho. 306 00:21:03,430 --> 00:21:05,223 Tiada sesiapa percayakan kami. 307 00:21:05,890 --> 00:21:09,185 Ayah Garrett, benci orang buangan, 308 00:21:09,269 --> 00:21:12,188 mengamuk kerana ibu kamu tuduh anak tunggalnya. 309 00:21:13,231 --> 00:21:16,359 Kemuncak perselisihan ini berlaku pada malam Majlis Rave'N. 310 00:21:18,445 --> 00:21:21,489 Ayah dan ibu keluar untuk ambil angin. 311 00:21:28,413 --> 00:21:29,998 Addams! 312 00:21:30,081 --> 00:21:32,083 Ketika itulah ayah nampak dia. 313 00:21:32,751 --> 00:21:34,586 Dia ceroboh sekolah kami. 314 00:21:35,086 --> 00:21:38,673 Cintanya terhadap ibu kamu buat dia jadi gila. 315 00:21:38,757 --> 00:21:43,470 Matanya pandang ayah dengan kebencian yang meluap-luap. 316 00:21:44,054 --> 00:21:46,306 Pergi. Dia takkan sakiti saya. 317 00:21:47,349 --> 00:21:48,516 Garrett, tidak! 318 00:21:48,600 --> 00:21:50,602 Garrett, berhenti! 319 00:21:58,943 --> 00:22:01,279 Serta-merta, ayah terbayang hidup ayah. 320 00:22:02,113 --> 00:22:06,534 Didorong perasaan cemburu dan benci, Garrett sukar dihalang. 321 00:22:30,767 --> 00:22:32,268 Semasa ternampak pedang itu, 322 00:22:33,186 --> 00:22:35,563 ayah hanya fikir ayah mahu hidup. 323 00:22:41,069 --> 00:22:44,072 Ia kemalangan yang dahsyat. 324 00:23:06,302 --> 00:23:10,140 Sebenarnya, pengakuannya masuk akal, 325 00:23:10,223 --> 00:23:12,934 disampaikan dengan penuh keikhlasan. 326 00:23:13,017 --> 00:23:15,270 Mungkin gambaran ayah saya tentang dirinya benar. 327 00:23:15,353 --> 00:23:17,188 Terima kasih kerana berterus terang. 328 00:23:20,108 --> 00:23:22,527 Namun, gerak-gerinya menggambarkan sebaliknya. 329 00:23:22,610 --> 00:23:25,113 Cara dia mengusap misainya. 330 00:23:25,196 --> 00:23:27,449 Cara dia mengerdipkan matanya. 331 00:23:28,199 --> 00:23:31,202 Kami sering bermain rolet Rusia sejak saya 12 tahun. 332 00:23:31,703 --> 00:23:32,871 Saya faham gerak-gerinya. 333 00:23:33,580 --> 00:23:36,291 Maaf kerana ayah bukan bapa yang baik. 334 00:23:36,374 --> 00:23:39,377 Boleh teruskan tanpa rasa sedih yang melampau? 335 00:23:40,003 --> 00:23:42,088 Ayah tahu ia buat kamu tak selesa. 336 00:23:43,548 --> 00:23:47,093 Berapa ramai ayah beri pedang kepada anak yang berusia lima tahun? 337 00:23:47,177 --> 00:23:50,180 Ayunan pedang kamu sangat sempurna. 338 00:23:50,263 --> 00:23:55,059 - Atau ajar dia berenang dengan jerung? - Jerung pun rasa kamu kejam. 339 00:23:55,143 --> 00:23:57,061 Cara untuk menguliti ular? 340 00:23:57,145 --> 00:23:59,981 Rasanya macam ayam jika dibuat dengan betul. 341 00:24:00,565 --> 00:24:03,776 Pokoknya, ayah ajar saya agar saya kuat dan berdikari. 342 00:24:04,402 --> 00:24:07,697 Cara untuk hidup di dunia yang zalim dan penuh prejudis. 343 00:24:08,907 --> 00:24:13,828 Kerana ayahlah saya sedar saya perlu jaga kebajikan diri saya. 344 00:24:16,498 --> 00:24:20,126 Jadi, kesimpulannya, ayah dah jalankan tugas dengan agak baik. 345 00:24:23,755 --> 00:24:25,298 Terima kasih, Wednesday. 346 00:24:31,095 --> 00:24:32,222 Kita perlu bincang. 347 00:24:34,557 --> 00:24:36,059 Bagaimana awak masuk… 348 00:24:37,060 --> 00:24:39,312 Bernice! 349 00:24:39,395 --> 00:24:41,231 Bernice mungkin dapat panggilan 350 00:24:41,314 --> 00:24:44,108 mengatakan kucingnya Swifty dijadikan tebusan. 351 00:24:44,609 --> 00:24:47,028 Ayah saya tak bunuh Garrett Gates. 352 00:24:47,904 --> 00:24:52,075 Saya ada pengakuannya dan dia kenal pasti pedang yang dia guna. 353 00:24:52,158 --> 00:24:54,953 Saya akan hantar kedua-duanya kepada Pendakwa Raya. 354 00:24:55,036 --> 00:24:57,413 Awak tak rasa semuanya berlaku serentak? 355 00:24:57,497 --> 00:25:00,750 Koroner bunuh diri akibat rasa bersalah kerana kes lama 356 00:25:00,833 --> 00:25:04,837 pada masa yang sama ayah saya, suspek utama awak, kembali ke sini. 357 00:25:05,505 --> 00:25:09,050 Bagi saya, dia cuma akan terima balasan atas kesalahannya. 358 00:25:09,133 --> 00:25:12,679 Saya dapat gari dia sendiri. Saya anggap itu satu bonus. 359 00:25:12,762 --> 00:25:14,931 Kenapa awak tak nampak ada seseorang 360 00:25:15,014 --> 00:25:17,183 cuba menggagalkan siasatan saya? 361 00:25:17,267 --> 00:25:20,812 Saya jumpa gua raksasa dan beri awak bukti DNA itu. 362 00:25:20,895 --> 00:25:22,438 Awak periksa tak semuanya? 363 00:25:22,522 --> 00:25:25,733 Sedarlah, dunia ini bukan hanya berkisar tentang kamu. 364 00:25:26,568 --> 00:25:28,987 Nah. Ini keputusan DNAnya. 365 00:25:29,988 --> 00:25:31,698 Tiada padanan. Tiada jawapan. 366 00:25:31,781 --> 00:25:34,576 Jadi awak percaya semua ini kebetulan? 367 00:25:35,159 --> 00:25:37,954 Orang yang sakiti Eugene ialah pembunuh koroner. 368 00:25:38,037 --> 00:25:40,790 Malangnya, kamera keselamatan di bilik mayat telah disabotaj, 369 00:25:40,873 --> 00:25:42,417 jadi kejadian itu misteri. 370 00:25:42,500 --> 00:25:46,212 Ada gula-gula getah berwarna hitam padanya. 371 00:25:47,463 --> 00:25:49,048 Nak saya buat ujian DNA? 372 00:25:49,132 --> 00:25:52,594 Ada orang mahu saya gagal. Semua ini satu gangguan. 373 00:25:52,677 --> 00:25:55,847 Tidak. Sekarang, keadilan ditegakkan. 374 00:25:55,930 --> 00:25:57,765 Keluarga Garrett berhak dapat jawapan 375 00:25:58,349 --> 00:26:01,019 walaupun mereka dah tiada untuk mengetahuinya. 376 00:26:01,519 --> 00:26:04,439 - Kenapa dengan mereka? - Ibunya gantung dirinya. 377 00:26:04,522 --> 00:26:08,026 Ayahnya minum arak sampai mati. Adiknya pun mati awal. 378 00:26:08,693 --> 00:26:12,405 Dia anak yatim, dihantar ke luar negara dan akhirnya mati lemas. 379 00:26:13,114 --> 00:26:14,490 Semuanya dah tiada. 380 00:26:15,074 --> 00:26:17,535 Ayah kamu bukan saja bersalah atas kematian Garret, 381 00:26:17,619 --> 00:26:19,412 tapi juga seluruh keluarganya. 382 00:26:36,220 --> 00:26:38,640 Nah. Ada hadiah untuk kamu. 383 00:26:39,432 --> 00:26:42,644 Baiknya. Mak tak perlu beri saya apa-apa. 384 00:26:42,727 --> 00:26:47,815 Ya, tapi mak rasa hujung minggu ini tak bermula dengan baik. 385 00:26:48,524 --> 00:26:52,320 Mak nak kamu tahu bahawa mak mahu yang terbaik untuk kamu. 386 00:26:57,700 --> 00:26:59,786 KEM MUSIM PANAS 387 00:27:02,705 --> 00:27:06,959 KEM MUSIM PANAS SERIGALA JADIAN 388 00:27:08,002 --> 00:27:09,003 Apa ini? 389 00:27:09,587 --> 00:27:10,588 Risalah. 390 00:27:11,422 --> 00:27:15,093 - Untuk kem musim panas. - Ini bukan kem musim panas biasa. 391 00:27:16,344 --> 00:27:18,596 Ini kem pertukaran serigala jadian. 392 00:27:18,680 --> 00:27:21,432 Tak perlu terlalu dramatik, Enid. 393 00:27:21,516 --> 00:27:24,102 Mak nak saya jalani terapi untuk bertukar? 394 00:27:24,185 --> 00:27:27,063 Ia membantu sepupu kamu, Lucille, bukan? 395 00:27:27,689 --> 00:27:32,568 Selepas tujuh minggu di desa Balkan, dia terus boleh meraung waktu bulan penuh. 396 00:27:32,652 --> 00:27:34,278 Seperti yang sepatutnya. 397 00:27:34,362 --> 00:27:38,282 Kamu tak mahukah bertukar dan akhirnya, jadi normal? 398 00:27:51,003 --> 00:27:52,004 Pergi dari sini. 399 00:27:53,089 --> 00:27:54,799 Kamu tertinggal alat memancing. 400 00:28:03,599 --> 00:28:05,059 Jangan pura-pura baik. 401 00:28:06,018 --> 00:28:07,061 Ia tak sesuai. 402 00:28:08,312 --> 00:28:09,856 Ayah bawa umpan kesukaan kamu. 403 00:28:27,957 --> 00:28:29,625 Apa akan jadi kepadanya? 404 00:28:30,334 --> 00:28:32,837 Dia dah mengaku, jadi dia takkan dibicara. 405 00:28:33,921 --> 00:28:36,674 Selepas hukuman dijatuhkan, dia akan dipenjara 406 00:28:36,758 --> 00:28:39,719 dan jadi gila kerana terpisah daripada ibu. 407 00:28:41,262 --> 00:28:44,432 Kamu tahukah mereka tak pernah tidur berasingan sejak kahwin? 408 00:28:45,349 --> 00:28:48,227 Saya ingat antara kita, sayalah yang akan dipenjara dulu. 409 00:28:48,311 --> 00:28:50,229 Kakak dan Lurch ada bertaruh. 410 00:28:54,066 --> 00:28:56,694 Ayuh. Gunalah dan cuba dapatkan ikan. 411 00:29:06,913 --> 00:29:08,331 Mengagumkan. 412 00:29:10,124 --> 00:29:11,542 Saya akan rindukan dia. 413 00:29:11,626 --> 00:29:14,170 Ini belum berakhir. Dia tak bersalah. 414 00:29:15,254 --> 00:29:16,088 Saya rasa, 415 00:29:17,006 --> 00:29:19,592 kalau ada orang mampu cari pembunuh sebenar, 416 00:29:21,511 --> 00:29:22,345 kakaklah orangnya. 417 00:29:22,428 --> 00:29:25,556 Kakak perlu bongkar kebenaran dan bebaskan ayah. 418 00:29:25,640 --> 00:29:29,018 Sementara itu, ibu tentu tak keruan. 419 00:29:31,062 --> 00:29:32,939 Jadi, kita perlu kuat semangat. 420 00:29:33,940 --> 00:29:35,483 Kakak maksudkan kamu. 421 00:29:38,861 --> 00:29:40,947 Sekarang, bagi kakak benda itu. 422 00:29:55,127 --> 00:29:56,587 Mana ibu? 423 00:29:57,421 --> 00:29:59,549 Dia nak bersendirian. 424 00:29:59,632 --> 00:30:01,592 Di tempat dia takkan ditemui. 425 00:30:15,147 --> 00:30:16,232 Helo, ibu. 426 00:30:19,735 --> 00:30:20,862 Helo, Wednesday. 427 00:30:22,071 --> 00:30:24,115 Kamu pun ahli Nightshade rupanya. 428 00:30:24,198 --> 00:30:27,869 - Cepatnya kamu diterima. - Saya dah tolak jemputan mereka. 429 00:30:28,369 --> 00:30:29,912 Kenapa? Sebab ibu ahlinya? 430 00:30:29,996 --> 00:30:32,331 Saya takkan dapat menandingi ibu, 431 00:30:32,999 --> 00:30:33,958 jadi, biarlah. 432 00:30:35,126 --> 00:30:37,962 Saya menang Piala Poe, ibu menang empat kali. 433 00:30:38,045 --> 00:30:40,256 Saya sertai pasukan lawan pedang, ibu kaptennya. 434 00:30:42,091 --> 00:30:45,720 Kenapa ibu hantar saya ke tempat yang memperlekehkan saya? 435 00:30:46,429 --> 00:30:48,389 Kita bukan bersaing, Wednesday. 436 00:30:48,472 --> 00:30:50,683 Semuanya satu persaingan. 437 00:30:52,059 --> 00:30:55,271 Tapi saya tolak kebanyakan kelab kerana ia tak penting. 438 00:30:55,354 --> 00:30:57,398 Dulu, agenda kami lebih penting. 439 00:30:58,524 --> 00:31:02,194 Kami mahu lindungi orang buangan daripada bahaya dan prasangka. 440 00:31:03,654 --> 00:31:07,074 Malah, kumpulan ini diasaskan oleh moyang sebelah ayah kamu 441 00:31:07,158 --> 00:31:08,367 yang berasal dari Mexico. 442 00:31:08,910 --> 00:31:11,120 Dia antara peneroka pertama Amerika. 443 00:31:11,203 --> 00:31:12,204 Goody. 444 00:31:14,290 --> 00:31:15,958 Lukisannya ada di Dunia Penghijrah. 445 00:31:20,129 --> 00:31:23,799 Ironiknya memandangkan dia pembunuh Joseph Crackstone. 446 00:31:25,009 --> 00:31:27,136 Nightshade ialah rahsia Goody 447 00:31:27,219 --> 00:31:29,597 yang menghapuskan penindasannya. 448 00:31:32,183 --> 00:31:34,810 Ibu tahu sebab kamu datang ke sini. 449 00:31:36,979 --> 00:31:38,689 Jadi, tanyalah. 450 00:31:40,650 --> 00:31:43,152 Ayah tak bunuh Garrett Gates, bukan? 451 00:31:45,821 --> 00:31:46,656 Benar. 452 00:31:50,409 --> 00:31:52,495 Apabila ibu tiba di atas, 453 00:31:52,578 --> 00:31:56,207 ibu nampak ayah mempertahankan dirinya. Ia amat menggerunkan. 454 00:31:56,999 --> 00:31:57,875 Garrett, tidak! 455 00:32:08,219 --> 00:32:09,136 Garrett! 456 00:32:09,637 --> 00:32:10,721 Garrett, berhenti! 457 00:32:10,805 --> 00:32:11,931 Lepaskan dia! 458 00:32:18,980 --> 00:32:21,524 Saya takkan lupa cara dia pandang ibu. 459 00:32:23,150 --> 00:32:25,945 Mulutnya berbuih. 460 00:32:27,697 --> 00:32:31,993 Ibu rasa seperti ibu merenung mata raksasa gila. 461 00:32:49,593 --> 00:32:50,553 Tidak. 462 00:32:57,184 --> 00:33:01,105 Ketika ibu dengar jeritan itu barulah ibu sedar perbuatan ibu. 463 00:33:02,690 --> 00:33:04,859 Ayah kamu sangat… 464 00:33:06,152 --> 00:33:08,154 tenang dan berani. 465 00:33:17,872 --> 00:33:22,585 Tish, awak perlu pergi segera. Balik ke bilik awak dan kunci pintu. 466 00:33:23,169 --> 00:33:26,213 Awak tak berada di sini. Faham? 467 00:33:26,797 --> 00:33:28,340 Morticia? 468 00:33:29,800 --> 00:33:31,635 Letak pedang ini di atas meja. 469 00:33:32,720 --> 00:33:33,846 - Pergi. - Okey. 470 00:33:39,518 --> 00:33:42,897 Ayah kamu mengaku bersalah kerana mahu melindungi ibu. 471 00:33:47,610 --> 00:33:50,780 Ibu amat bersyukur kerana dia didapati tak bersalah. 472 00:33:50,863 --> 00:33:52,239 Tapi ibu tahu 473 00:33:53,532 --> 00:33:56,243 kejadian itu akan kembali menghantui kami. 474 00:34:01,207 --> 00:34:03,584 Ibu kata mulut Garrett berbuih, 475 00:34:03,667 --> 00:34:05,377 matanya nampak aneh. 476 00:34:06,629 --> 00:34:10,216 Ibu tak pernah lihat orang yang berang begitu sekali. 477 00:34:10,800 --> 00:34:12,176 Mungkin dia tak berang. 478 00:34:12,968 --> 00:34:16,180 Air liur berbuih, mata terbeliak, kebingungan. 479 00:34:16,263 --> 00:34:18,724 Itu simptom-simptom apa? 480 00:34:25,314 --> 00:34:26,732 Tapi masakan ia begitu? 481 00:34:27,775 --> 00:34:29,568 Ada satu saja cara untuk mengetahuinya. 482 00:34:33,572 --> 00:34:37,451 Ibu teringat waktu kamu terima kit gali kubur kamu yang pertama. 483 00:34:37,535 --> 00:34:39,870 Kamu gembira hingga hampir tersenyum. 484 00:34:40,996 --> 00:34:42,706 Betulkah ibu tak mahu gali? 485 00:34:44,708 --> 00:34:47,503 Tak apalah, sayang. Nanti kamu tak seronok pula. 486 00:35:00,474 --> 00:35:01,684 Ini saat penentunya. 487 00:35:09,567 --> 00:35:10,734 Helo, Garrett. 488 00:35:12,695 --> 00:35:13,612 Betul tekaan saya. 489 00:35:14,697 --> 00:35:17,366 Apa yang berlaku di sini? 490 00:35:19,118 --> 00:35:23,122 Nampaknya keluarga Addams akan bersatu dalam jel malam ini. 491 00:35:23,205 --> 00:35:24,957 Kamu berdua ditahan. 492 00:35:27,960 --> 00:35:30,588 Berehatlah. Kamu boleh ikat jamin esok pagi. 493 00:35:33,174 --> 00:35:35,718 Undang-undang pun tak dapat memisahkan kita. 494 00:35:35,801 --> 00:35:37,887 Mujurlah kita dapat bersama buat kali terakhir. 495 00:35:37,970 --> 00:35:38,804 Ya. 496 00:35:38,888 --> 00:35:42,016 Anjing pun pandai kawal nafsu daripada ayah dan ibu. 497 00:35:43,309 --> 00:35:46,061 Ayah dan ibu takkan dapat bertahan di penjara. 498 00:35:47,188 --> 00:35:48,731 Kerana saya, ia tak perlu berlaku. 499 00:35:48,814 --> 00:35:51,692 Ayah dah agak anak kita tahu cara melarikan diri. 500 00:35:53,944 --> 00:35:57,198 Ini barang yang saya pinjam daripada Garrett tadi. 501 00:35:58,282 --> 00:36:00,326 Dia mati akibat racun nightshade. 502 00:36:00,409 --> 00:36:03,746 Tisu badan yang lembut dan warna biru mengesahkannya. 503 00:36:04,788 --> 00:36:09,293 - Bermakna Garrett dah tenat… - Sebelum ibu tikam dia. 504 00:36:10,753 --> 00:36:13,756 Awak lebih mempesonakan apabila tidak bersalah. 505 00:36:13,839 --> 00:36:14,673 Ya. 506 00:36:14,757 --> 00:36:17,927 Boleh tak jangan fikir nafsu saja dan tolong fokus? 507 00:36:19,762 --> 00:36:22,348 Buktikan yang kamu layak digelar anak ayah! 508 00:36:22,932 --> 00:36:24,850 Bunuh semua budak buangan itu! 509 00:36:24,934 --> 00:36:27,561 Tuang ke dalam minuman mereka di majlis itu. 510 00:36:28,771 --> 00:36:29,855 Addams! 511 00:36:34,526 --> 00:36:35,611 Wednesday. 512 00:36:39,990 --> 00:36:41,533 Kamu dapat visi? 513 00:36:42,785 --> 00:36:43,911 Apa yang berlaku? 514 00:36:44,411 --> 00:36:45,913 Apa yang kamu nampak? 515 00:36:47,623 --> 00:36:48,749 Pada malam Garrett mati, 516 00:36:48,832 --> 00:36:52,169 bebuli racun nightshade dalam poketnya pecah. 517 00:36:52,253 --> 00:36:54,338 Dia bukan saja nak bunuh ayah. 518 00:36:55,589 --> 00:36:58,968 Dia nak guna racun itu untuk bunuh semua pelajar sekolah. 519 00:37:01,929 --> 00:37:03,847 DUNIA PENGHIJRAH 520 00:37:05,432 --> 00:37:08,394 Terima kasih kerana menemui kami serta-merta. 521 00:37:08,477 --> 00:37:11,063 Ya, itulah yang jadi apabila kita diancam. 522 00:37:11,647 --> 00:37:14,149 Garrett Gates tak mati akibat ditikam. 523 00:37:19,613 --> 00:37:23,617 Warna biru itu kesan keracunan nightshade. 524 00:37:23,701 --> 00:37:26,287 Tapi awak dah tahu, bukan? 525 00:37:26,370 --> 00:37:28,289 Kerana awak syerif pada masa itu 526 00:37:28,372 --> 00:37:30,249 dan awak yang merahsiakannya. 527 00:37:37,715 --> 00:37:41,677 Ansel Gates benci orang buangan dan Nevermore. 528 00:37:41,760 --> 00:37:44,722 Dia dakwa sekolah itu dibina di tanah 529 00:37:44,805 --> 00:37:47,391 yang dicuri daripada keluarganya lebih 200 yang lalu. 530 00:37:48,225 --> 00:37:51,395 Garrett nak bubuh racun dalam minuman pada malam itu 531 00:37:51,937 --> 00:37:53,897 dan bunuh semua pelajar di situ. 532 00:37:54,481 --> 00:37:57,318 Ansel mengaku kepada saya semasa dia mabuk. 533 00:37:57,401 --> 00:37:58,610 Ia ideanya. 534 00:37:58,694 --> 00:38:01,488 Kenapa awak suruh Dr. Anwar memalsukan laporan? 535 00:38:02,197 --> 00:38:04,867 Awak tahu punca sebenar kematiannya. 536 00:38:04,950 --> 00:38:08,245 Dengar sini. Saya bertanggungjawab mengekalkan keamanan. 537 00:38:08,329 --> 00:38:12,458 Kalau ada perbicaraan, nama Jericho dan Nevermore akan busuk. 538 00:38:12,541 --> 00:38:16,003 Saya rasa awak cuma risau tentang nama baik awak saja. 539 00:38:17,087 --> 00:38:21,759 Garrett pernah kata yang ayahnya kuasai syerif. 540 00:38:22,843 --> 00:38:25,387 Setahun kemudian, awak jadi datuk bandar. 541 00:38:26,305 --> 00:38:28,766 Sudah tentu dengan sokongan Ansel Gates. 542 00:38:28,849 --> 00:38:31,060 Saya tak suka kesimpulan itu. 543 00:38:31,143 --> 00:38:34,938 Saya tak suka hakikat yang awak boleh halang kematian Garrett 544 00:38:35,022 --> 00:38:36,565 kalau awak buat kerja awak 545 00:38:36,648 --> 00:38:39,651 semasa saya buat aduan yang dia menghendap saya. 546 00:38:40,152 --> 00:38:41,153 Tapi tidak. 547 00:38:41,236 --> 00:38:46,408 Lelaki macam awak tak faham perasaan kami apabila tak dipercayai. 548 00:38:53,457 --> 00:38:54,666 Apa yang awak nak? 549 00:38:58,670 --> 00:39:00,672 Gugurkan semua tuduhan. 550 00:39:00,756 --> 00:39:02,549 Bebaskan ayah saya serta-merta 551 00:39:02,633 --> 00:39:05,594 dengan pemaafan penuh daripada pejabat syerif. 552 00:39:08,347 --> 00:39:10,140 Setuju? 553 00:39:23,737 --> 00:39:25,572 Ibu sangat mengagumkan tadi. 554 00:39:25,656 --> 00:39:29,660 DEWAN PERBANDARAN JERICHO 555 00:39:31,620 --> 00:39:33,497 Bila kamu mula dapat visi? 556 00:39:36,667 --> 00:39:37,960 Beberapa bulan lepas. 557 00:39:38,710 --> 00:39:40,379 Sebelum saya belajar di Nevermore. 558 00:39:41,130 --> 00:39:43,132 Maaf jika kamu tak selesa untuk beritahu ibu. 559 00:39:45,300 --> 00:39:47,886 Ibu tahu kita tak sefahaman baru-baru ini. 560 00:39:48,429 --> 00:39:52,349 Mengemudi laluan berliku dalam hubungan anak dengan ibu. 561 00:39:55,102 --> 00:39:57,646 Tapi ibu sentiasa sedia membantu, Wednesday. 562 00:39:59,148 --> 00:40:00,232 Sentiasa. 563 00:40:06,613 --> 00:40:08,782 Kadangkala semasa sentuh orang atau benda, 564 00:40:09,783 --> 00:40:12,661 saya nampak bayangan masa silam atau masa depan. 565 00:40:14,163 --> 00:40:15,747 Saya gagal mengawalnya. 566 00:40:17,458 --> 00:40:21,044 Kuasa psikik kita bergantung pada sifat-sifat kita. 567 00:40:22,463 --> 00:40:26,467 Berdasarkan kecenderungan ibu, visi ibu biasanya lebih positif. 568 00:40:26,550 --> 00:40:27,885 Itu menjadikan ibu Merpati. 569 00:40:28,719 --> 00:40:32,473 Bagi orang macam saya yang lihat dunia melalui kanta gelap pula? 570 00:40:33,182 --> 00:40:34,349 Kamu Raven. 571 00:40:35,559 --> 00:40:38,395 Visi kamu lebih kuat dan berkuasa. 572 00:40:39,521 --> 00:40:42,608 Tapi tanpa latihan, ia boleh buat kamu gila. 573 00:40:43,734 --> 00:40:48,280 Kalau boleh, ibu nak bantu. Tapi kita tak dilatih oleh manusia hidup. 574 00:40:49,156 --> 00:40:53,952 Nenek moyang dari sebelah sana akan cari kita apabila kita dah bersedia. 575 00:40:55,204 --> 00:40:56,413 Goody dah cari saya. 576 00:40:57,247 --> 00:41:00,125 - Saya pernah jumpa dia. - Hati-hati, Wednesday. 577 00:41:00,959 --> 00:41:03,086 Goody ahli sihir yang sangat kuat, 578 00:41:03,587 --> 00:41:05,881 tapi dendamnya menyesatkan dia 579 00:41:05,964 --> 00:41:08,175 hingga dia gagal pulang ke jalan yang benar. 580 00:41:17,267 --> 00:41:18,519 Maaf atas semua ini. 581 00:41:20,687 --> 00:41:22,189 Saya tak berdendam, 582 00:41:22,773 --> 00:41:24,024 cuma hutang darah. 583 00:41:25,984 --> 00:41:29,530 Jadi, anak awak dan anak saya dah… 584 00:41:30,739 --> 00:41:31,573 rapat. 585 00:41:32,157 --> 00:41:35,202 Kasihan budak yang terperangkap dalam pesona matanya 586 00:41:35,285 --> 00:41:36,828 tapi dia tentu budak baik. 587 00:41:37,621 --> 00:41:40,207 Dia takkan layan budak jahat. 588 00:41:40,958 --> 00:41:43,252 Dia warisi sifat itu daripada ibunya. 589 00:41:53,428 --> 00:41:54,346 Ayah! 590 00:41:55,222 --> 00:41:58,016 Saya rindukan ayah. 591 00:42:01,311 --> 00:42:02,312 Sayang. 592 00:42:03,689 --> 00:42:04,731 Juitaku. 593 00:42:05,232 --> 00:42:06,191 Jangan kerumun ayah. 594 00:42:19,913 --> 00:42:24,001 Okey, kita dah setuju. Enam minggu di Kem Lolong. 595 00:42:24,084 --> 00:42:27,004 - Kamu perlu pilih aktiviti itu… - Tidak. 596 00:42:27,087 --> 00:42:28,338 Saya tak nak pergi. 597 00:42:29,047 --> 00:42:30,841 Bukan kali ini atau bila-bila. 598 00:42:30,924 --> 00:42:34,303 Jika saya ditakdirkan bertukar, ia akan berlaku menurut masa saya, 599 00:42:34,386 --> 00:42:35,387 bukan masa mak. 600 00:42:37,639 --> 00:42:40,976 Saya cuma harap mak dapat terima saya seadanya. 601 00:42:52,237 --> 00:42:53,739 Ayah bangga dengan kamu. 602 00:42:55,157 --> 00:42:56,575 Jangan ikut cakap orang. 603 00:43:07,794 --> 00:43:10,464 Saya akan tolong ibu dengan satu syarat. 604 00:43:10,547 --> 00:43:12,799 Tunggu sehingga tahun sekolah tamat. 605 00:43:12,883 --> 00:43:15,594 Bagaimana jika kamu lari lagi? 606 00:43:15,677 --> 00:43:18,930 Kita berdua yang rugi jika saya lari. Tapi selepas itu, 607 00:43:19,014 --> 00:43:22,726 ibu dan MorningSong tak boleh ganggu saya lagi… selama-lamanya. 608 00:43:30,192 --> 00:43:31,318 Jangan keterlaluan. 609 00:43:34,905 --> 00:43:39,034 Sekurang-kurangnya, hujung minggu ini mendebarkan. 610 00:43:39,117 --> 00:43:41,578 Saya tahu ayah tak mampu membunuh. 611 00:43:42,287 --> 00:43:44,247 Walaupun pedih ayah mendengarnya, 612 00:43:45,374 --> 00:43:47,709 terima kasih, anak puaka ayah. 613 00:43:54,758 --> 00:43:57,678 Semasa ibu selak buku tahunan ini, 614 00:43:57,761 --> 00:44:02,724 ibu teringat saat-saat indah ibu di sini. 615 00:44:02,808 --> 00:44:04,518 Tapi ia cuma saat-saat indah, 616 00:44:05,227 --> 00:44:06,061 milik ibu. 617 00:44:07,771 --> 00:44:10,440 Kamu akan tentukan haluan sendiri. 618 00:44:12,150 --> 00:44:14,528 Ibu mahu wujud dalam hidup kamu, sayang. 619 00:44:15,529 --> 00:44:18,115 Kalau kamu perlukan ibu, 620 00:44:18,198 --> 00:44:19,741 untuk apa-apa sekalipun, 621 00:44:21,326 --> 00:44:23,286 gunalah bebola kristal kita. 622 00:44:24,955 --> 00:44:26,206 Terima kasih, ibu. 623 00:45:05,829 --> 00:45:06,663 Saya dah agak. 624 00:45:07,914 --> 00:45:10,167 Saya nampak Rowan dibunuh malam itu. 625 00:45:10,250 --> 00:45:11,168 Apa? 626 00:45:11,251 --> 00:45:13,503 Ketika Rowan muncul esoknya, itu puan. 627 00:45:14,087 --> 00:45:18,467 Semasa pertunjukan bakat itu, puan bukan saja ajuk Judy Garland, 628 00:45:18,550 --> 00:45:19,801 puan jadi dia. 629 00:45:21,052 --> 00:45:22,512 Puan makhluk jadian. 630 00:45:28,435 --> 00:45:30,604 Itu teori yang menarik. 631 00:45:31,188 --> 00:45:34,191 Entah apa Syerif Galpin akan kata apabila saya beritahu dia nanti. 632 00:45:37,402 --> 00:45:42,032 Jangan beritahu sesiapa. Tapi tak kisah pun jika kamu beritahu. 633 00:45:42,115 --> 00:45:44,242 Ayah Rowan dah tahu kejadian sebenar 634 00:45:44,326 --> 00:45:47,496 dan setuju untuk tidak melibatkan pihak berkuasa. 635 00:45:48,205 --> 00:45:49,581 Kenapa dia setuju? 636 00:45:49,664 --> 00:45:52,959 Kerana Rowan tak siuman. 637 00:45:53,543 --> 00:45:55,712 Kuasa telekinetiknya buat dia gila 638 00:45:55,796 --> 00:45:58,048 dan dia cuba bunuh kamu dua kali. 639 00:45:58,757 --> 00:46:03,178 Kematian tragisnya membolehkan kita membetulkan keadaan 640 00:46:03,261 --> 00:46:06,890 tanpa memburukkan nama sekolah atau nama Rowan. 641 00:46:07,891 --> 00:46:09,976 Puan dan Datuk Bandar Walker sama saja. 642 00:46:11,144 --> 00:46:13,563 Bunuh orang untuk sorok rahsia jijik. 643 00:46:14,147 --> 00:46:17,943 Saya buat untuk melindungi sekolah ini daripada kontroversi 644 00:46:18,026 --> 00:46:19,694 dan pelajarnya daripada bahaya. 645 00:46:19,778 --> 00:46:21,238 Cakaplah begitu kepada Eugene. 646 00:46:23,198 --> 00:46:25,158 Ada puan lindungi dia? 647 00:46:37,420 --> 00:46:38,839 Apa dah berlaku? 648 00:46:45,887 --> 00:46:49,224 API AKAN MENCURAH 649 00:49:41,354 --> 00:49:43,898 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin