1 00:00:12,595 --> 00:00:16,349 DAERAH JERICHO KORONER - PEGAWAI PERUBATAN DR. R. ANWAR, KORONER 2 00:00:30,447 --> 00:00:32,949 Dr. Kinbott suruh saya lebih kerap keluar. 3 00:00:36,745 --> 00:00:40,540 Buka minda kepada orang dan pengalaman baru. 4 00:00:40,623 --> 00:00:43,668 Siapalah saya untuk mempertikaikan nasihat profesionalnya yang basi? 5 00:00:49,340 --> 00:00:50,717 Saya akan buat autopsi, 6 00:00:50,800 --> 00:00:53,720 awak cari fail mangsa raksasa dan buat salinannya. 7 00:00:55,388 --> 00:00:57,807 Jangan merajuk. Awak bukan tahu guna skalpel. 8 00:01:00,351 --> 00:01:03,605 Awak ingat semasa Pak Cik Fester beri saya kadaver? 9 00:01:03,688 --> 00:01:05,690 Awak potong karotid lelaki itu. 10 00:01:09,527 --> 00:01:10,528 Bukan. 11 00:01:12,280 --> 00:01:13,156 Bukan. 12 00:01:13,656 --> 00:01:15,075 Hematomanya menakjubkan. 13 00:01:17,786 --> 00:01:20,330 BILIK FOTOKOPI TUTUP PINTU SENTIASA 14 00:01:21,998 --> 00:01:23,208 Itu dia. 15 00:01:28,129 --> 00:01:31,758 Khamis, 7.23 malam. Mayat lelaki 50 tahun. 16 00:01:40,683 --> 00:01:43,520 Laserasi dan luka pergelutan di kedua-dua tangan. 17 00:01:43,603 --> 00:01:46,397 Keadaan dada dan torso menggambarkan serangan menggila. 18 00:01:46,481 --> 00:01:48,650 Hampir semua organ subjek tiada. 19 00:02:00,078 --> 00:02:01,454 Peliknya. 20 00:02:01,996 --> 00:02:03,581 Kaki kiri subjek hilang. 21 00:02:04,082 --> 00:02:06,334 Buku kalinya macam telah dimakan. 22 00:02:12,257 --> 00:02:14,175 Awak ada nampak kaki kiri? 23 00:02:15,468 --> 00:02:17,303 Bertenang. Siapa datang? 24 00:02:25,186 --> 00:02:27,272 Terima kasih kerana sanggup kembali ke pejabat. 25 00:02:27,355 --> 00:02:28,690 Tiada masalah, syerif, 26 00:02:28,773 --> 00:02:30,316 saya sedia membantu. 27 00:02:31,234 --> 00:02:37,323 Selama saya hidup, saya tak pernah lihat kecederaan seperti ini. 28 00:02:37,824 --> 00:02:42,662 Awak perlu melihatnya sebelum saya buat laporan mangsa terakhir. 29 00:02:42,745 --> 00:02:44,330 Ia sangat membingungkan. 30 00:02:46,958 --> 00:02:50,253 Pembunuhnya kerat dua jari kaki kirinya. 31 00:02:50,336 --> 00:02:52,714 Rasanya dengan gergaji pembedahan. 32 00:02:53,298 --> 00:02:55,383 Laporan autopsi akhir belum siap. 33 00:02:55,466 --> 00:02:58,011 Apabila ia siap, hantar terus ke meja saya. 34 00:02:58,094 --> 00:02:59,554 Rahsiakan keadaan jari kaki itu. 35 00:03:00,346 --> 00:03:01,556 Baik, syerif. 36 00:03:03,600 --> 00:03:05,518 Awak sibuk beberapa minggu ini? 37 00:03:05,602 --> 00:03:08,605 Saya dapat berseronok. Jumaat ini hari terakhir saya bekerja. 38 00:03:09,606 --> 00:03:11,191 Selamat bersara, doktor. 39 00:03:11,274 --> 00:03:14,068 Saya nak kejutkan isteri saya dengan percutian belayar. 40 00:03:15,612 --> 00:03:18,698 Saya tak sabar nak minum Mai Tai dan tinggalkan pemotong rusuk. 41 00:03:21,868 --> 00:03:23,620 Keluarlah. Saya akan kunci pintu. 42 00:03:44,557 --> 00:03:46,476 Saya tak ingat pula mayat ini. 43 00:03:48,895 --> 00:03:51,147 Dah keras. Awak dah lama mati. 44 00:03:51,231 --> 00:03:54,317 Apa salahnya tunggu sehari lagi sebelum dibedah? 45 00:04:09,666 --> 00:04:10,875 Lima minit lagi. 46 00:04:11,751 --> 00:04:13,461 Saya baru nak rasa selesa. 47 00:04:23,096 --> 00:04:26,683 BAB IV PILUNYA MALAM YANG INDAH 48 00:04:35,525 --> 00:04:38,361 Semasa saya cadangkan awak ubah rupa bilik, 49 00:04:38,444 --> 00:04:41,155 saya bukan suruh hias dengan maklumat pembunuh. 50 00:04:41,990 --> 00:04:44,826 Koleksi patung unikorn awak lebih menakutkan. 51 00:04:44,909 --> 00:04:47,078 Sebab inikah awak keluar malam tadi? 52 00:04:47,161 --> 00:04:49,872 Saya dan Benda pergi ke rumah mayat 53 00:04:49,956 --> 00:04:51,916 untuk salin fail mangsa raksasa. 54 00:04:52,000 --> 00:04:56,296 Okey, gelinya saya dengar sampai tak dapat saya bayangkan. 55 00:04:56,379 --> 00:04:59,882 Saya perlu faham cara ia berfikir. Cari corak atau anomali. 56 00:04:59,966 --> 00:05:02,218 Saya dah buat penemuan penting. 57 00:05:03,303 --> 00:05:07,390 Semua mangsanya pernah hilang anggota badan melalui pembedahan. 58 00:05:09,058 --> 00:05:10,935 Yang pertama hilang ginjal, kedua, jari… 59 00:05:11,019 --> 00:05:13,730 - Wednesday, saya tak… - Ketiga, pundi hempedu. 60 00:05:13,813 --> 00:05:16,607 Lelaki tua di rumah ibadat itu, dua jari kaki. 61 00:05:16,691 --> 00:05:19,736 Awak faham maksudnya? Pembunuhannya dirancang. 62 00:05:19,819 --> 00:05:23,656 Dia kumpul cenderahati macam pembunuh berpengalaman. Mengagumkan. 63 00:05:29,746 --> 00:05:31,247 Ambil garam hidu. 64 00:05:31,831 --> 00:05:32,707 Sekali lagi. 65 00:05:36,252 --> 00:05:40,298 Kebanyakan tumbuhan hadiahkan madu kepada agen pendebunganya, 66 00:05:40,381 --> 00:05:44,344 tapi ada juga tumbuhan karnivor yang menggunakan helah seks 67 00:05:44,427 --> 00:05:45,762 atau penipuan. 68 00:05:51,017 --> 00:05:52,685 Ia sakit akibat main pedang. 69 00:05:52,769 --> 00:05:57,106 Orkid menghasilkan feromon yang seakan-akan bau serangga betina 70 00:05:57,690 --> 00:05:59,275 untuk umpan serangga jantan. 71 00:05:59,359 --> 00:06:02,320 Setelah proses pendebungaan selesai, 72 00:06:02,403 --> 00:06:04,864 apa serangga jantan dapat? 73 00:06:05,573 --> 00:06:08,076 Tiada apa-apa. Seperti lelaki di Majlis Rave'N. 74 00:06:08,993 --> 00:06:12,121 Okey. Cikgu tahu kamu teruja tentang majlis Sabtu ini, 75 00:06:12,205 --> 00:06:14,290 jadi cikgu takkan beri kerja rumah. 76 00:06:14,373 --> 00:06:15,249 - Ya! - Ya. 77 00:06:15,333 --> 00:06:18,795 Tapi cikgu masih perlukan orang untuk hias dewan. 78 00:06:18,878 --> 00:06:21,214 Mereka yang berminat boleh jumpa cikgu. 79 00:06:21,714 --> 00:06:23,174 Awak tak nak tawarkan diri? 80 00:06:23,257 --> 00:06:26,636 Awak tak suka bebola disko dan minuman yang dibubuh dadah? 81 00:06:26,719 --> 00:06:29,138 Malah, DJ MC Blood Suckaz pun nak datang. 82 00:06:29,222 --> 00:06:31,390 Saya lebih rela cucuk mata. 83 00:06:33,142 --> 00:06:34,685 Rasanya saya mungkin buat. 84 00:06:35,478 --> 00:06:37,563 Atau ajak seseorang dan berseronok. 85 00:06:57,792 --> 00:06:59,127 Kita perlu lakukannya. 86 00:06:59,836 --> 00:07:02,296 Luka Xavier itu bukan akibat main pedang. 87 00:07:03,631 --> 00:07:05,049 Dia sembunyikan sesuatu. 88 00:07:29,740 --> 00:07:31,868 Mungkin ini pencetus ilhamnya. 89 00:07:37,373 --> 00:07:40,460 Xavier, awak makin menarik. 90 00:07:52,722 --> 00:07:53,556 Wednesday. 91 00:07:54,307 --> 00:07:55,474 Xavier. 92 00:07:55,558 --> 00:07:56,642 Helo. 93 00:07:57,643 --> 00:07:59,562 - Awak buat apa? - Tiada apa-apa. 94 00:08:00,229 --> 00:08:02,023 Saya nampak awak ke sini. 95 00:08:02,523 --> 00:08:03,774 Tempat apakah ini? 96 00:08:03,858 --> 00:08:06,944 Ia studio seni peribadi saya. 97 00:08:07,987 --> 00:08:10,406 Saya dah kemas dan baiki agar pengetua bagi saya guna. 98 00:08:10,489 --> 00:08:13,159 Pandai. Saya nak lihat bahagian dalamnya. 99 00:08:13,784 --> 00:08:15,286 Boleh awak tunjukkan? 100 00:08:16,871 --> 00:08:18,623 Bukan sekarang. Ia bersepah. 101 00:08:18,706 --> 00:08:22,543 Saya belajar dengan jurugambar polis tahun lepas. Saya tak kisah. 102 00:08:23,044 --> 00:08:25,796 Mungkin lain kali. Kenapa awak cari saya? 103 00:08:26,881 --> 00:08:29,926 Saya nak semak kerja rumah yang Cik Thornhill bagi. 104 00:08:31,594 --> 00:08:33,137 Dia tak bagi kerja rumah. 105 00:08:34,138 --> 00:08:35,056 Awak dah lupa? 106 00:08:36,515 --> 00:08:37,850 Kenapa awak di sini? 107 00:08:39,560 --> 00:08:41,103 Kerana majlis tari-menari 108 00:08:41,187 --> 00:08:44,106 yang buat awak rasa nak cucuk mata? 109 00:08:45,024 --> 00:08:46,359 Cakaplah. 110 00:08:47,985 --> 00:08:51,864 Kadangkala niat berubah apabila peluang yang tak dijangka muncul. 111 00:08:52,657 --> 00:08:56,369 Ini peluang mendekati lelaki yang mungkin pembunuh bersiri, 112 00:08:57,578 --> 00:08:59,080 takkanlah saya nak melepaskannya? 113 00:08:59,163 --> 00:09:01,666 - Betulkah awak nak saya tanya? - Mestilah. 114 00:09:11,175 --> 00:09:12,301 Sudikah awak… 115 00:09:17,557 --> 00:09:18,432 Sudi… 116 00:09:18,516 --> 00:09:23,437 Sudikah awak menghadiri Majlis Tari-Menari Rave'N dengan seorang… 117 00:09:26,107 --> 00:09:27,024 Sudi… 118 00:09:28,526 --> 00:09:30,528 Sudikah awak pergi dengan saya? 119 00:09:31,737 --> 00:09:34,782 Ya, Wednesday, saya sudi pergi dengan awak. 120 00:09:36,033 --> 00:09:37,451 Saya ingat awak takkan tanya. 121 00:09:38,286 --> 00:09:39,453 Saya pun. 122 00:09:42,248 --> 00:09:45,293 Seronoknya! Wednesday Addams akan menghadiri Rave'N. 123 00:09:45,376 --> 00:09:47,295 Dunia saya dah terbalik! 124 00:09:47,378 --> 00:09:49,297 - Awak tahu apa awak perlukan? - Ditembak. 125 00:09:49,380 --> 00:09:51,090 - Gaun. - Saya dah ada. 126 00:09:51,924 --> 00:09:54,010 Bukan gaun yang awak pakai dulu! 127 00:09:54,093 --> 00:09:57,555 Gaun itu terlalu buruk dan takkan dapat diselamatkan. 128 00:09:57,638 --> 00:09:58,889 Benda, tolong saya. 129 00:10:00,891 --> 00:10:02,351 Cari gaun yang seperti berkata, 130 00:10:02,435 --> 00:10:05,605 "Janji temu pertama. Ke tepi! Lihatlah saya!" 131 00:10:05,688 --> 00:10:07,523 Saya tahu mana nak cari! 132 00:10:09,650 --> 00:10:12,069 Neraka durjana apakah ini? 133 00:10:13,696 --> 00:10:16,490 Kegiatan beli-belah pertama kita! 134 00:10:16,574 --> 00:10:19,535 Jawatankuasa syorkan baju putih disebabkan temanya, 135 00:10:19,619 --> 00:10:22,038 tapi ia tak sesuai untuk kita. 136 00:10:22,121 --> 00:10:23,664 Saya ada hal lebih penting 137 00:10:23,748 --> 00:10:26,542 daripada gaun untuk majlis yang saya tak nak hadiri. 138 00:10:27,543 --> 00:10:29,337 Saya ingat kita makin rapat. 139 00:10:30,379 --> 00:10:32,298 Saya akan melambatkan awak. 140 00:10:32,381 --> 00:10:34,842 Awak rusa, saya anak rusa yang cedera. 141 00:10:34,925 --> 00:10:37,011 Pergilah dan sertailah rusa lain. 142 00:10:38,763 --> 00:10:39,889 Awak pasti? 143 00:10:50,691 --> 00:10:53,027 Saya nak jumpa Galpin. Bukan berhenti… 144 00:10:54,278 --> 00:10:59,116 KHANAH URIAH KEDAI BARANG ANTIK 145 00:11:01,202 --> 00:11:02,536 Hai, Wednesday. 146 00:11:04,413 --> 00:11:06,374 Gaun itu pasti mengagumkan. 147 00:11:07,833 --> 00:11:10,378 Awak cari barang kodi eksotik untuk pejabat? 148 00:11:10,461 --> 00:11:12,213 Itu cenderamata daripada lawatan saya. 149 00:11:12,296 --> 00:11:14,507 Itu bantu saya tinggalkan zon selesa. 150 00:11:15,132 --> 00:11:18,427 Saya baru teringat, awak pergi ke majlis Rave'N? 151 00:11:19,053 --> 00:11:22,223 Saya tak wajib jawab di tempat terbuka, bukan? 152 00:11:22,306 --> 00:11:25,267 Kita boleh membincangkannya semasa sesi seterusnya. 153 00:11:34,402 --> 00:11:36,278 Kita tahu raksasa itu wujud. 154 00:11:36,362 --> 00:11:37,697 Untuk menghalangnya, 155 00:11:37,780 --> 00:11:41,033 kita perlu ketepikan perselisihan dan bekerjasama. 156 00:11:41,117 --> 00:11:43,285 Jadi, ini patut buat saya mahu bekerjasama? 157 00:11:49,583 --> 00:11:51,127 Maaf, ia tak mencukupi. 158 00:11:51,210 --> 00:11:54,213 - Tapi cantik butirannya. - Bukan saya yang lukis. 159 00:11:54,296 --> 00:11:58,008 - Siapa pelukisnya? - Kita tak bekerjasama. Jadi, ia rahsia. 160 00:11:58,926 --> 00:12:01,929 Kenapa saya patut kongsi maklumat kes 161 00:12:02,012 --> 00:12:03,264 dengan budak sekolah? 162 00:12:03,347 --> 00:12:05,474 Kerana saya pelajar Nevermore, bukan macam awak. 163 00:12:05,975 --> 00:12:08,394 Awak tak mahukah pengintip di sana? 164 00:12:08,978 --> 00:12:12,773 Dengar sini, kamu patut tumpukan pada kerja rumah 165 00:12:12,857 --> 00:12:15,484 dan biar pakar saja uruskan kes ini. 166 00:12:15,568 --> 00:12:18,320 - Apa? - Datuk Bandar Walker di talian dua. 167 00:12:18,404 --> 00:12:20,906 - Dia mahu maklumat terkini. - Hei, Addams. 168 00:12:22,491 --> 00:12:24,201 Saya nak tengok lukisan itu lagi. 169 00:12:29,373 --> 00:12:31,876 Suspek awak ialah pelukis lukisan ini? 170 00:12:35,546 --> 00:12:38,591 Bawa bukti lebih kukuh, kemudian baru kita bincang. 171 00:12:40,384 --> 00:12:42,720 Ya, tuan. Semuanya berjalan lancar. 172 00:12:44,555 --> 00:12:46,599 Landak laut saya yang berduri. 173 00:12:47,558 --> 00:12:49,852 - Teruknya. - Itu memang nyanyiannya. 174 00:12:56,108 --> 00:12:58,110 Boleh saya bercakap dengan Enid? 175 00:13:01,530 --> 00:13:03,365 Tak apa. Saya boleh uruskan. 176 00:13:07,578 --> 00:13:08,496 Terima kasih. 177 00:13:10,080 --> 00:13:12,208 - Saya… - Lucas Walker, anak datuk bandar. 178 00:13:12,291 --> 00:13:14,794 Baru berpisah dengan kapten penyorak, Chrissy Smothers. 179 00:13:14,877 --> 00:13:17,505 Gadis comel berambut perang yang tak patut perangkan kulit. 180 00:13:17,588 --> 00:13:18,631 Itu menakutkan. 181 00:13:19,215 --> 00:13:22,009 Saya pandai hidu gosip dan ikut TikTok pelajar gred awak 182 00:13:22,092 --> 00:13:24,845 dan rakan sebilik saya belasah awak… dua kali. 183 00:13:25,971 --> 00:13:28,682 - Awak dan Wednesday sebilik? - Sudah tentu. 184 00:13:29,683 --> 00:13:31,560 Saya tahu ini bukan kebetulan. 185 00:13:32,311 --> 00:13:34,396 Kenapa awak datang, Lucas Walker? 186 00:13:34,480 --> 00:13:36,482 Awak tentu nak sesuatu. 187 00:13:36,565 --> 00:13:38,776 Kawan saya kerja di Busana Anggun. 188 00:13:38,859 --> 00:13:41,278 Katanya awak tiada teman untuk ke Rave'N. 189 00:13:41,862 --> 00:13:43,989 Mungkin kita boleh saling membantu. 190 00:13:49,495 --> 00:13:51,580 Awak nampak bengkeng. 191 00:13:51,664 --> 00:13:53,457 Ia masalah kecil saja. 192 00:13:53,541 --> 00:13:57,044 Angin ayah awak teruk hari ini. Elakkan dia. 193 00:13:57,795 --> 00:13:59,755 Ya, itulah dunia saya. 194 00:13:59,839 --> 00:14:04,593 Sekolah awak ada Rave'N hujung minggu ini? Ia kecoh di Weathervane hari ini. 195 00:14:04,677 --> 00:14:07,596 Tentu saya saja yang tak berminat dengannya. 196 00:14:08,681 --> 00:14:09,848 Awak tak pergi? 197 00:14:12,351 --> 00:14:15,563 Sebenarnya, saya terpaksa ajak seseorang demi maruah. 198 00:14:16,063 --> 00:14:20,276 Ya, biasalah. Siapa orangnya? 199 00:14:22,611 --> 00:14:23,612 Xavier. 200 00:14:25,781 --> 00:14:26,699 Okey. 201 00:14:27,616 --> 00:14:29,410 Saya harap kamu seronok. 202 00:14:29,493 --> 00:14:32,663 - Kenapa awak marah? - Itulah masalahnya. 203 00:14:32,746 --> 00:14:36,250 Mungkin saya salah faham, tapi awak bagi saya harapan. 204 00:14:36,333 --> 00:14:39,628 Bukan salah saya kalau saya tak faham emosi awak. 205 00:14:39,712 --> 00:14:41,463 Biar saya jelaskan. 206 00:14:42,840 --> 00:14:44,466 Saya ingat kita saling menyukai, 207 00:14:45,092 --> 00:14:48,512 tapi awak buat begini dan akibatnya, saya rasa bingung. 208 00:14:48,596 --> 00:14:53,100 Saya "lebih daripada kawan" atau cuma alat dalam permainan awak? 209 00:14:54,059 --> 00:14:56,020 Saya ada banyak masalah sekarang 210 00:14:56,604 --> 00:14:58,022 dan perlu kerja ikut keutamaan. 211 00:15:02,860 --> 00:15:04,278 Baguslah kerana menjelaskannya. 212 00:15:05,279 --> 00:15:08,741 Telefonlah saya jika saya dah jadi keutamaan awak. 213 00:15:13,996 --> 00:15:16,498 Jangan sebut sepatah pun. 214 00:15:32,681 --> 00:15:35,059 Enid tak bagi saya simpan di bilik kami. 215 00:15:35,142 --> 00:15:37,853 Tak apa. Sarang saya sarang awak juga. 216 00:15:39,605 --> 00:15:43,275 Tentu ini makhluk yang mengganas di dalam hutan. 217 00:15:44,068 --> 00:15:45,152 Awak pun tahu? 218 00:15:45,819 --> 00:15:49,573 Ada khabar angin. En. Fitts tak benarkan saya cari kumbang. 219 00:15:50,240 --> 00:15:51,825 Katanya ada beruang, 220 00:15:51,909 --> 00:15:55,746 tapi saya tahu dia tipu kerana beruang tak berhibernasi sekarang. 221 00:15:56,747 --> 00:16:00,042 Alang-alang bercakap tentang makhluk berkuku tajam, 222 00:16:00,125 --> 00:16:02,586 boleh beri madu kepada rakan awak dan puji saya sikit? 223 00:16:02,670 --> 00:16:04,880 Orang kata, dia belum ada teman untuk ke Rave'N. 224 00:16:04,964 --> 00:16:06,090 Eugene. 225 00:16:06,674 --> 00:16:10,594 Saya tahu dia mungkin takkan ajak saya, tapi saya tak peduli. 226 00:16:10,678 --> 00:16:14,139 Saya akan terus berusaha sampai Enid sedar kewujudan saya. 227 00:16:14,890 --> 00:16:17,434 - Tapi jika dia tak sedar? - Dia akan sedar. 228 00:16:17,518 --> 00:16:19,019 Ini usaha jangka panjang. 229 00:16:19,103 --> 00:16:21,355 Mak saya kata saya akan dihargai apabila dewasa. 230 00:16:21,438 --> 00:16:23,691 Dia mungkin cuma pujuk saya, tapi… 231 00:16:23,774 --> 00:16:26,443 Orang macam kita memang berbeza. 232 00:16:26,527 --> 00:16:30,781 Kita pemikir asli dan unik berbanding remaja sampah yang lain. 233 00:16:30,864 --> 00:16:33,951 Kita tak perlukan acara bodoh untuk mengesahkan kehebatan kita. 234 00:16:34,535 --> 00:16:36,453 Awak pun takkan hadiri Rave'N? 235 00:16:39,331 --> 00:16:40,457 Saya akan pergi. 236 00:16:41,083 --> 00:16:42,084 Dengan Xavier. 237 00:16:43,460 --> 00:16:44,294 Begitu, ya? 238 00:16:44,378 --> 00:16:46,213 Saya bukannya suka Xavier. 239 00:16:47,339 --> 00:16:49,133 Saya cuma ada niat lain. 240 00:16:49,633 --> 00:16:53,137 Lukisan ini saja modal saya untuk cuba menghentikan makhluk itu. 241 00:16:57,182 --> 00:16:58,809 Bulatan itu… 242 00:16:58,892 --> 00:17:00,269 Saya tahu lokasinya. 243 00:17:00,352 --> 00:17:01,270 Tunjukkannya. 244 00:17:05,232 --> 00:17:06,900 Ia memang sama. 245 00:17:06,984 --> 00:17:08,569 Apa awak buat di sini? 246 00:17:08,652 --> 00:17:09,820 Saya cari spesimen. 247 00:17:09,903 --> 00:17:12,781 Ada banyak rerama gipsi mengawan di sini. 248 00:17:14,032 --> 00:17:16,827 - Ia di dalam gua? - Nak tahu, kenalah masuk. 249 00:17:23,917 --> 00:17:26,712 Saya tak suka kawasan tertutup. 250 00:17:26,795 --> 00:17:28,005 Saya rasa fobia. 251 00:17:29,089 --> 00:17:31,008 Kalau saya terlolong-lolong, 252 00:17:31,091 --> 00:17:33,343 besar kemungkinan saya rasa seronok. 253 00:17:48,692 --> 00:17:50,402 Sah ini sarangnya. 254 00:17:51,570 --> 00:17:53,405 Itu tulang manusia? 255 00:17:55,324 --> 00:17:57,576 Tidak, rasanya ia suka daging rusa. 256 00:18:03,791 --> 00:18:04,875 Tengok benda ini. 257 00:18:17,096 --> 00:18:17,971 Berjaya. 258 00:18:21,391 --> 00:18:22,309 Itu apa? 259 00:18:22,810 --> 00:18:24,061 Bukti kukuh. 260 00:18:35,656 --> 00:18:37,366 Okey, saya masuk tak lama. 261 00:18:38,033 --> 00:18:41,036 Saya cuma perlukan padanan DNA kuku ini. 262 00:19:19,366 --> 00:19:20,409 Apa awak buat? 263 00:19:21,285 --> 00:19:23,370 Kenapa awak tahu rupa raksasa itu? 264 00:19:24,371 --> 00:19:26,206 Atau adakah ini potret awak? 265 00:19:26,790 --> 00:19:29,001 Awak fikir itu saya? Saya selamatkan awak. 266 00:19:29,084 --> 00:19:32,337 Raksasa itu pun. Awakkah raksasa semasa Rowan mati? 267 00:19:32,421 --> 00:19:34,923 - Awak dah melampau. - Saya cari kebenaran. 268 00:19:35,007 --> 00:19:37,426 Kebetulan lukisan awak ada motifnya. 269 00:19:40,178 --> 00:19:41,096 Ya. 270 00:19:42,639 --> 00:19:44,975 Makhluk ini menghantui mimpi saya. 271 00:19:45,559 --> 00:19:49,563 Saya cuba halang, tapi gagal. Jadi, saya melukisnya di sini. 272 00:19:50,147 --> 00:19:53,525 Semasa melukisnya, kukunya timbul dan cakar saya. 273 00:19:54,151 --> 00:19:55,986 Sebab itulah leher saya luka. 274 00:19:56,069 --> 00:19:58,405 Saya ingat awak boleh kawal kuasa awak. 275 00:19:59,489 --> 00:20:02,075 - Makhluk ini berbeza. - Mungkin awak cuma rasa bersalah. 276 00:20:02,159 --> 00:20:04,036 Saya bukan raksasa itu, okey? 277 00:20:08,290 --> 00:20:12,294 Jadi, gambar sarangnya pun awak lukis secara kebetulan, ya? 278 00:20:13,086 --> 00:20:14,880 Jelasnya mimpi awak. 279 00:20:16,089 --> 00:20:17,090 Awak dah masuk. 280 00:20:18,091 --> 00:20:20,010 Semasa saya jumpa awak di luar. 281 00:20:21,053 --> 00:20:23,347 Sebab itulah awak ajak saya pergi ke Rave'N, bukan? 282 00:20:25,933 --> 00:20:27,142 Supaya saya tertipu. 283 00:20:29,394 --> 00:20:31,813 - Awak melampau. - Jangan ambil hati. 284 00:20:31,897 --> 00:20:33,440 Awak memang begitu, bukan? 285 00:20:34,107 --> 00:20:37,361 Pernahkah awak peduli tentang sesiapa atau apa-apa? 286 00:20:40,906 --> 00:20:41,907 Keluar! 287 00:20:55,295 --> 00:20:58,340 Ya, saya tahu Inez selalu mabuk, 288 00:20:58,423 --> 00:21:00,133 tapi dia hubungi datuk bandar 289 00:21:00,217 --> 00:21:03,553 dan kata kononnya ada cahaya di rumah lama Gates. 290 00:21:03,637 --> 00:21:06,264 Jadi tolong pastikan tiada setinggan di sana. 291 00:21:09,851 --> 00:21:11,228 Itu kuku raksasa 292 00:21:11,311 --> 00:21:13,855 dan itu sampel darah kering suspek. 293 00:21:13,939 --> 00:21:16,316 Dia lap luka di leher dengannya. 294 00:21:16,817 --> 00:21:18,694 Buat ujian padanan DNA. 295 00:21:19,695 --> 00:21:23,573 - Maaf, awak bos saya? - Awak minta bukti kukuh. Itu buktinya. 296 00:21:24,157 --> 00:21:25,450 Ini dari mana? 297 00:21:25,534 --> 00:21:26,660 Siapa suspeknya? 298 00:21:27,786 --> 00:21:30,205 Buat ujian dulu. Kemudian, saya jelaskan. 299 00:21:30,289 --> 00:21:33,000 - Saya bukan main-main. - Saya pun, syerif. 300 00:21:38,255 --> 00:21:42,551 Bernice, beri saya borang pengesahan DNA. 301 00:21:51,977 --> 00:21:53,061 Kenapa awak muram? 302 00:21:53,562 --> 00:21:56,606 Saya tanya Enid sama ada dia dapat madu saya. 303 00:21:57,399 --> 00:21:58,942 Saya dah ingatkan awak. 304 00:22:02,863 --> 00:22:05,407 Tapi oleh sebab kita tiada teman ke majlis… 305 00:22:05,490 --> 00:22:07,117 - Jom pergi bersama! - Apa? 306 00:22:07,200 --> 00:22:10,912 Tidak, saya nak ajak awak kenal pasti raksasa di gua itu. 307 00:22:13,790 --> 00:22:15,167 Entah siapa orangnya. 308 00:22:22,799 --> 00:22:26,553 Dengar kata awak tiada teman malam esok. 309 00:22:46,365 --> 00:22:47,240 Terima kasih. 310 00:22:47,324 --> 00:22:50,202 TIP 311 00:23:11,348 --> 00:23:13,100 Okey, janji! 312 00:23:14,768 --> 00:23:16,311 Awak nampak cantik! 313 00:23:16,395 --> 00:23:17,896 Sangat cantik! 314 00:23:17,979 --> 00:23:19,856 Selamat datang ke Rave'N! 315 00:23:19,940 --> 00:23:22,734 Cantiknya! Comelnya baju kamu! 316 00:23:22,818 --> 00:23:24,486 Menarilah untuk saya! 317 00:23:31,368 --> 00:23:32,994 Selamat datang ke Rave'N. 318 00:23:53,098 --> 00:23:57,227 - Semoga malam ini sukar dilupakan. - Hati-hati apabila berhajat. 319 00:23:57,811 --> 00:23:59,729 Puan pernah belajar di sini. 320 00:23:59,813 --> 00:24:03,400 Puan masih ingat harapan dan rasa teruja tentang Rave'N? 321 00:24:04,568 --> 00:24:06,194 Saya cuma ingat kekecewaan. 322 00:24:07,529 --> 00:24:09,948 Lelaki pujaan saya pilih gadis lain. 323 00:24:13,702 --> 00:24:14,870 Morticia Frump. 324 00:24:15,745 --> 00:24:16,621 Ibu Wednesday? 325 00:24:19,166 --> 00:24:21,418 Pastikan minuman tak tercemar. 326 00:24:21,501 --> 00:24:23,670 Kita tak boleh buat silap malam ini. 327 00:24:36,725 --> 00:24:37,976 Sebentar, Eugene! 328 00:24:39,936 --> 00:24:43,106 Hei, awak ada bateri tambahan untuk lampu… 329 00:24:44,649 --> 00:24:45,484 Tyler. 330 00:24:46,985 --> 00:24:51,740 Saya dapat jemputan, yang saya rasa awak suruh Benda hantar. 331 00:24:53,700 --> 00:24:54,534 Betul. 332 00:24:54,618 --> 00:24:58,997 Selepas hari itu, saya ingat kita mungkin takkan berbual lagi, tapi… 333 00:25:00,165 --> 00:25:02,292 Nota awak sangat ikhlas dan… 334 00:25:03,668 --> 00:25:04,503 menawan hati. 335 00:25:04,586 --> 00:25:06,338 Saya betul-betul terkejut. 336 00:25:07,464 --> 00:25:08,298 Saya pun. 337 00:25:11,551 --> 00:25:13,136 Memandangkan saya di sini, 338 00:25:13,720 --> 00:25:14,971 mujurlah saya datang. 339 00:25:18,767 --> 00:25:20,268 Awak perlu bersendirian? 340 00:25:21,269 --> 00:25:24,940 Ikhlas dan menawan hati? Sampai hati awak buat saya begini? 341 00:25:36,826 --> 00:25:38,078 Bagaimana awak bayar? 342 00:25:41,248 --> 00:25:43,166 Yalah, tangan awak panjang. 343 00:25:48,046 --> 00:25:49,673 Benda, jangan pandang. 344 00:26:13,613 --> 00:26:16,074 Wah, awak nampak… 345 00:26:16,783 --> 00:26:19,119 Berbeza? Mengarut? 346 00:26:19,202 --> 00:26:22,122 Contoh wanita yang dijadikan objek tatapan lelaki? 347 00:26:24,082 --> 00:26:24,916 Mengagumkan. 348 00:26:26,585 --> 00:26:28,837 Saya ikhlas. Awak nampak cantik. 349 00:26:33,717 --> 00:26:34,551 Eugene? 350 00:26:34,634 --> 00:26:37,762 Wednesday, apa yang berlaku? 351 00:26:40,223 --> 00:26:42,517 Bukankah kita nak mengawasi gua? 352 00:26:47,689 --> 00:26:51,401 Ya, saya faham. Terpaksalah saya masuk hutan sendiri. 353 00:26:51,484 --> 00:26:52,902 Jangan pergi seorang. 354 00:26:53,445 --> 00:26:55,697 Ia terlalu berbahaya. Senang diri. 355 00:26:57,657 --> 00:26:59,868 Kita pergi bersama malam esok, faham? 356 00:27:08,001 --> 00:27:09,336 Mengawasi gua? 357 00:27:10,629 --> 00:27:12,881 Pendengung takkan gentar. 358 00:27:28,521 --> 00:27:30,106 Itu orang salji yang keji? 359 00:27:30,690 --> 00:27:33,651 Ya Tuhan! Jangan kata begitu. Gelaran itu biadab. 360 00:27:34,653 --> 00:27:35,904 Namanya Yeti. 361 00:27:35,987 --> 00:27:38,823 Maaf. Ada yang bersekolah di sini? 362 00:27:38,907 --> 00:27:41,910 Tidak. Mereka dah pupus sejak 1950-an. 363 00:27:41,993 --> 00:27:44,788 Cikgu sains kami, Cik Thornhill, ketuai jawatankuasa majlis. 364 00:27:44,871 --> 00:27:46,539 Dia nak Rave'N ikut situasi semasa. 365 00:27:46,623 --> 00:27:48,291 Jadi, tema kami krisis iklim 366 00:27:48,375 --> 00:27:50,627 dan kepupusan dari sudut yang menarik! 367 00:27:50,710 --> 00:27:53,880 Okey, tema kami dulu ialah malam Hawaii. 368 00:27:53,963 --> 00:27:55,256 - Yeti-tini? - Ya… 369 00:27:57,550 --> 00:28:00,804 Alamak. Maafkan saya! Biar saya bersihkan. 370 00:28:04,015 --> 00:28:05,016 Enid? 371 00:28:07,894 --> 00:28:09,270 Saya dah agak itu awak. 372 00:28:10,772 --> 00:28:11,940 Itu teman awak? 373 00:28:12,524 --> 00:28:16,653 Ya, dan dia seronok dengan saya. 374 00:28:16,736 --> 00:28:19,572 Kami suka majlis ini… 375 00:28:20,407 --> 00:28:21,533 bersama-sama. 376 00:28:23,910 --> 00:28:24,869 Baguslah. 377 00:28:33,586 --> 00:28:37,006 Adakah angin awak begini disebabkan gadis Gothik bertocang? 378 00:28:38,591 --> 00:28:40,051 Dia tiada di sini. 379 00:28:40,593 --> 00:28:41,428 Kita di sini. 380 00:28:42,971 --> 00:28:44,222 Betul. Maafkan saya. 381 00:28:45,056 --> 00:28:47,225 Saya gembira berada bersama awak… 382 00:28:47,308 --> 00:28:51,229 - Terima kasih atas jemputan awak. - Lupakan saja Wednesday Addams. 383 00:28:51,813 --> 00:28:52,647 Setuju? 384 00:28:56,901 --> 00:28:58,236 Hei, tengoklah. 385 00:29:01,906 --> 00:29:04,576 Wednesday keluar dari kepompongnya. 386 00:29:08,580 --> 00:29:10,290 Macam rama-rama burung hantu. 387 00:29:10,915 --> 00:29:12,792 Awak nampak muka Bianca? 388 00:29:12,876 --> 00:29:14,544 Dia tentu geram. 389 00:29:14,627 --> 00:29:17,755 Wednesday Addams. Saya tak sangka kamu datang. 390 00:29:17,839 --> 00:29:19,132 Cik Thornhill. 391 00:29:19,757 --> 00:29:21,134 - Ini Tyler… - Galpin. 392 00:29:23,344 --> 00:29:26,598 Ya. Kapucino berganda, tak nak buih, dua picit vanila tanpa gula. 393 00:29:27,474 --> 00:29:30,185 Ini pekan kecil. Susah nak simpan rahsia. 394 00:29:31,311 --> 00:29:33,229 Saya akan ambilkan minuman. 395 00:29:45,200 --> 00:29:47,827 Hebatnya! Saya suka rupa awak! 396 00:29:48,495 --> 00:29:50,330 Tapi pilihan teman yang aneh. 397 00:29:51,915 --> 00:29:53,041 Awak pun sama. 398 00:29:54,459 --> 00:29:55,752 Jangan salah faham. 399 00:29:55,835 --> 00:29:59,047 Bagus, kerana saya tak suka budak itu. 400 00:29:59,130 --> 00:30:01,299 Lucas nak bekas kekasihnya cemburu. 401 00:30:01,382 --> 00:30:03,718 Saya nak Ajax cemburu. Kami sama-sama untung. 402 00:30:06,513 --> 00:30:09,015 Wednesday, saya datang dengan aman. 403 00:30:09,098 --> 00:30:11,476 Sayang sekali. Saya ada lela. 404 00:30:12,894 --> 00:30:14,312 Versi zaman dahulu kala. 405 00:30:24,489 --> 00:30:27,492 - Tak sangka awak bawa dia. - Kenapa ungkit isu ini? 406 00:30:27,575 --> 00:30:29,619 Macamlah majlis ini belum cukup membosankan. 407 00:30:30,119 --> 00:30:31,621 Awak tak tahu perbuatannya dulu. 408 00:30:38,795 --> 00:30:39,879 Ceritalah. 409 00:30:40,713 --> 00:30:42,131 - KAMU DAH DEKAT? - SUDAH 410 00:30:42,215 --> 00:30:44,217 ADA KEJUTAN UNTUK BUDAK-BUDAK PELIK ITU 411 00:30:45,552 --> 00:30:47,428 Maaf tentang seluar awak. 412 00:30:48,638 --> 00:30:51,516 Itu keputusan mata? Penguin atau Duck mendahului? 413 00:30:51,599 --> 00:30:55,270 - Awak tahu tentang hoki? - Saya minat Shark. Abang saya ramai. 414 00:30:55,353 --> 00:30:58,273 Saya kena tengok kalau tak nak kena kung fu. 415 00:30:58,356 --> 00:31:00,608 Kung fu macam dalam Way of the Dragon? 416 00:31:00,692 --> 00:31:02,652 Itu antara filem kung fu terbaik! 417 00:31:02,735 --> 00:31:04,737 Awak berbeza! 418 00:31:06,698 --> 00:31:08,116 Awak nak menari? 419 00:31:09,200 --> 00:31:10,034 Ya. 420 00:31:18,918 --> 00:31:20,086 Eugene Ottinger. 421 00:31:20,670 --> 00:31:22,171 Jam 2100. 422 00:31:22,880 --> 00:31:24,716 Tiada pergerakan di gua. 423 00:31:24,799 --> 00:31:26,301 Tiada tanda-tanda suspek. 424 00:31:27,802 --> 00:31:28,720 Tapi… 425 00:31:29,846 --> 00:31:33,099 Ada bunyi belalang bertanduk yang unik. 426 00:31:41,441 --> 00:31:44,944 Udara gunung yang nipis atau Yeti-tini yang buat awak muram? 427 00:31:46,029 --> 00:31:47,780 Xavier cerita tentang perbuatan awak. 428 00:31:48,364 --> 00:31:51,909 Geng awak serang dia dan rosakkan muralnya pada Hari Khidmat Santun. 429 00:31:59,125 --> 00:32:01,085 Agaknya itu tak dapat dielakkan. 430 00:32:05,089 --> 00:32:08,217 Kalau boleh, saya nak kata saya tak sengaja 431 00:32:08,301 --> 00:32:11,554 atau ia tak seteruk mana, tapi itu menipu namanya. 432 00:32:12,472 --> 00:32:15,683 Dia pun boleh bertindak lebih keras, tapi dia tak buat. 433 00:32:17,518 --> 00:32:18,770 Kenapa awak buat? 434 00:32:19,937 --> 00:32:22,190 Saya boleh bagi banyak alasan, 435 00:32:23,191 --> 00:32:25,693 tapi sebenarnya, saya pun tak tahu. 436 00:32:27,862 --> 00:32:30,490 Saya dihantar ke kem bina diri 437 00:32:30,573 --> 00:32:33,660 dan sedar bahawa saya tak mahu lagi jadi begitu. 438 00:32:34,160 --> 00:32:37,872 Budak kampung yang salahkan orang atas nasibnya yang malang. 439 00:32:39,707 --> 00:32:43,169 Saya mengaku perbuatan saya teruk, tapi saya tak jahat. 440 00:32:48,091 --> 00:32:50,343 Saya tak peduli pun usikan lemah itu. 441 00:32:51,469 --> 00:32:52,762 Saya tentu buat lagi teruk. 442 00:32:52,845 --> 00:32:54,931 Macam buang piranha ke dalam kolam? 443 00:32:56,766 --> 00:32:59,560 Saya korek maklumat tentang awak selepas kita berjumpa. 444 00:33:00,061 --> 00:33:01,312 Saya tak menyesal. 445 00:33:03,481 --> 00:33:05,233 Patutlah saya sukakan awak. 446 00:34:31,402 --> 00:34:32,403 Ayuh! 447 00:34:33,112 --> 00:34:34,280 Saya akan kembali. 448 00:34:43,790 --> 00:34:44,916 Hai. 449 00:35:06,145 --> 00:35:07,480 Saya nak minta tolong. 450 00:35:11,234 --> 00:35:13,861 Tanggalkan azimat awak agar saya lupakan dia. 451 00:35:15,696 --> 00:35:18,783 - Awak melampau betul. - Awak kata tiada syarat. 452 00:35:19,951 --> 00:35:22,703 Awak tinggalkan saya kerana awak tuduh saya memanipulasi awak 453 00:35:22,787 --> 00:35:24,080 dengan lagu duyung. 454 00:35:24,163 --> 00:35:26,541 Sekarang awak nak saya tolong awak lupakan dia? 455 00:35:49,897 --> 00:35:50,898 Ayuh. 456 00:35:56,028 --> 00:35:57,864 - Cepatlah. - Dapat pegang? Nah. 457 00:35:58,739 --> 00:36:00,783 Tarik lagi. Ayuh. Cepat. 458 00:36:03,703 --> 00:36:05,413 - Ke tepi. - Biar saya buat. 459 00:36:07,290 --> 00:36:09,542 Saya rasa mungkin kita tak patut buat. 460 00:36:09,625 --> 00:36:11,961 Saya tak nak ayah saya kena tanggung. 461 00:36:12,044 --> 00:36:14,422 Kawan, kami buat pun sebab awak! 462 00:36:15,006 --> 00:36:17,758 Kita nak balas dendam kerana mereka bakar patung Crackstone! 463 00:36:17,842 --> 00:36:20,845 Takkanlah awak dah berlembut macam Tyler. Jom. Ayuh. 464 00:36:22,471 --> 00:36:24,265 PEMERCIK AIR AUTOMATIK 465 00:36:30,479 --> 00:36:33,941 Eugene Ottinger. Jam 2242. 466 00:36:34,025 --> 00:36:36,402 Suspek sudah tiba di lokasi. 467 00:36:46,203 --> 00:36:47,121 Ya Tuhan. 468 00:37:03,429 --> 00:37:07,391 Pencipta kasut tumit tinggi mesti tak pernah ambil upah seksa orang. 469 00:37:09,018 --> 00:37:11,187 Ibu saya selalu kata, 470 00:37:11,270 --> 00:37:14,732 "Emas diuji api, wanita diuji penderitaan." 471 00:37:17,944 --> 00:37:20,279 Yalah, tapi mana teman awak? 472 00:37:20,363 --> 00:37:22,573 Awak dan Xavier tak menari pun. 473 00:37:22,657 --> 00:37:23,908 Kami bergaduh. 474 00:37:25,034 --> 00:37:26,577 Kerana awak. 475 00:37:31,249 --> 00:37:32,875 Awak tak faham perasaannya. 476 00:37:34,210 --> 00:37:35,628 Jadi cantik dan popular? 477 00:37:36,254 --> 00:37:38,172 Tak tahu perasaan sebenar orang. 478 00:37:38,965 --> 00:37:40,925 Sama ada saya disukai kerana diri sebenar. 479 00:37:42,510 --> 00:37:43,928 Bagaimana dengan azimat awak? 480 00:37:44,011 --> 00:37:45,805 Ia bukannya tak pernah gagal. 481 00:37:46,305 --> 00:37:48,224 Ia lebih bersifat pencegahan. 482 00:37:50,351 --> 00:37:52,311 Sebab itu Xavier tinggalkan saya. 483 00:37:53,104 --> 00:37:54,772 Dia tak percaya saya lagi. 484 00:37:55,982 --> 00:37:58,651 Saya pun tak dapat percayakan perasaannya. 485 00:38:00,194 --> 00:38:02,196 Entah ia benar atau tidak. 486 00:38:06,534 --> 00:38:07,618 Awak bertuah. 487 00:38:08,536 --> 00:38:09,704 Kenapa? 488 00:38:10,663 --> 00:38:12,581 Awak tak peduli kata orang. 489 00:38:18,087 --> 00:38:20,131 Saya harap saya peduli juga. 490 00:38:51,912 --> 00:38:53,622 Ini masa untuk acara penutup. 491 00:38:56,792 --> 00:38:59,712 Yo! Sekarang hampir pukul 11, 492 00:38:59,795 --> 00:39:03,132 jadi, marilah menari untuk kali terakhir 493 00:39:03,215 --> 00:39:06,218 sebelum Rave'N melabuhkan tirai! 494 00:40:31,637 --> 00:40:32,596 Ayuh! 495 00:40:41,856 --> 00:40:44,358 Mereka tak cuba pun dapatkan darah khinzir. 496 00:40:46,569 --> 00:40:47,778 Ia cuma cat. 497 00:41:03,502 --> 00:41:05,421 Wednesday! Kamu okey? 498 00:41:05,504 --> 00:41:08,215 Eugene di dalam hutan dan dalam bahaya. 499 00:41:17,892 --> 00:41:20,728 - Apa awak buat? - Beritahu ayah saya. Dia akan datang. 500 00:41:20,811 --> 00:41:24,190 - Mana Wednesday? Dia dah hilang. - Entah. Dia teman awak. 501 00:41:25,941 --> 00:41:27,693 - Jom cabut. - Gila betul. 502 00:41:27,776 --> 00:41:29,820 - Ayuh. Masukkannya. - Cepat. 503 00:41:30,613 --> 00:41:31,780 Awak yang buat? 504 00:41:33,324 --> 00:41:35,534 Tak sangka saya percaya cakap awak. 505 00:41:36,660 --> 00:41:39,705 - Selepas patung Crackstone… - Saya ingat awak baik. 506 00:41:41,332 --> 00:41:42,875 Saya ingat awak suka saya. 507 00:41:43,792 --> 00:41:46,253 - Bertukar! - Bertukar! 508 00:41:46,337 --> 00:41:48,130 - Bertukar! - Bertukar! 509 00:41:48,964 --> 00:41:51,300 - Jangan ganggu dia! - Ayuh! 510 00:41:55,721 --> 00:41:56,805 Awak okey? 511 00:41:58,974 --> 00:42:00,935 Saya bukannya nak ajak dia pun. 512 00:42:01,602 --> 00:42:03,020 Saya nak ajak awak. 513 00:42:03,604 --> 00:42:04,897 Kenapa awak tak ajak? 514 00:42:04,980 --> 00:42:08,025 Kerana awak tak datang malam itu dan tak beri sebab. 515 00:42:10,236 --> 00:42:13,447 Saya terlalu malu nak beritahu yang saya… 516 00:42:13,531 --> 00:42:17,535 terpandang cermin dan ular saya tukar saya menjadi batu. 517 00:42:23,707 --> 00:42:24,667 Kita patut… 518 00:42:25,334 --> 00:42:27,795 Kita tak patut terburu-buru, bukan? 519 00:42:28,462 --> 00:42:29,505 Saya setuju. 520 00:43:17,219 --> 00:43:18,512 Eugene! 521 00:43:20,180 --> 00:43:21,223 Eugene! 522 00:43:30,024 --> 00:43:31,066 Eugene? 523 00:43:47,625 --> 00:43:48,667 Eugene? 524 00:43:49,460 --> 00:43:51,670 Wednesday! Di sini! 525 00:44:05,601 --> 00:44:06,602 Eugene? 526 00:44:09,980 --> 00:44:10,939 Eugene. 527 00:44:24,953 --> 00:44:25,871 Ya Tuhan! 528 00:44:29,249 --> 00:44:30,376 Adakah dia masih hidup? 529 00:47:21,338 --> 00:47:23,882 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin