1 00:00:21,958 --> 00:00:24,875 Ada banyak kisah kesateriaan 2 00:00:24,958 --> 00:00:28,291 tentang wira berani yang menyelamatkan perawan yang ditimpa kecelakaan. 3 00:00:29,958 --> 00:00:32,958 Ini bukan salah satu daripadanya. 4 00:01:05,666 --> 00:01:07,041 Itu dia. 5 00:01:07,833 --> 00:01:09,291 Ambil kedudukan! 6 00:01:11,625 --> 00:01:13,375 Mari kita bunuh raksasa itu. 7 00:01:13,458 --> 00:01:15,166 Demi kemegahan! 8 00:01:30,458 --> 00:01:31,333 Awas. 9 00:02:12,333 --> 00:02:13,250 Bentuk barisan! 10 00:02:44,958 --> 00:02:45,791 Bertahan! 11 00:03:26,708 --> 00:03:29,750 {\an8}BERABAD-ABAD KEMUDIAN… 12 00:03:34,000 --> 00:03:36,958 {\an8}…DI SUATU TEMPAT JAUH DARI SINI 13 00:03:45,375 --> 00:03:46,750 Ini dahan terakhir. 14 00:03:47,333 --> 00:03:49,916 Kamu dah bawa kain ke pekan macam yang ayah suruh? 15 00:03:50,000 --> 00:03:50,833 Sudah, pagi tadi. 16 00:03:51,416 --> 00:03:54,541 Bawa sekali bulu binatang dan langsir. 17 00:03:54,625 --> 00:03:55,541 Langsir tak boleh! 18 00:03:55,625 --> 00:03:57,916 Kamu benci corak itu di bilik kamu. 19 00:03:58,000 --> 00:03:59,625 Tapi ia berguna. 20 00:03:59,708 --> 00:04:02,541 Floria, rakyat kita kesejukan, 21 00:04:02,625 --> 00:04:03,541 dan kebuluran. 22 00:04:10,375 --> 00:04:11,791 Siapa mereka? 23 00:04:20,000 --> 00:04:22,125 Kakak, kenapa mereka mahu pergi? 24 00:04:22,208 --> 00:04:24,333 Tanah ini dah gersang, Floria. 25 00:04:28,791 --> 00:04:31,000 Itu tak cukup. Tolonglah, saya lapar. 26 00:04:31,083 --> 00:04:33,375 - Berbaris untuk ambil makanan! - Di tepi. 27 00:04:33,458 --> 00:04:34,541 Saya kelaparan. 28 00:04:35,083 --> 00:04:36,000 Baiklah. 29 00:04:37,333 --> 00:04:38,708 Pergi! Ini aku punya! 30 00:04:38,791 --> 00:04:41,833 - Pulangkan makanan aku. - Berambuslah, pak cik! 31 00:04:41,916 --> 00:04:43,000 Makanan kau dah cukup! 32 00:04:43,083 --> 00:04:45,291 Kongsilah dengan kakak kamu. Pergi. 33 00:04:45,375 --> 00:04:47,750 - Siapa orangnya? - Orang luar, cik. 34 00:04:47,833 --> 00:04:50,083 Biar mereka ambil sebanyak yang mampu dibawa. 35 00:04:50,166 --> 00:04:51,625 - Baik. - Mari, Flor. 36 00:04:51,708 --> 00:04:52,750 - Jalan. - Baik. 37 00:04:53,333 --> 00:04:54,666 - Berbaris. - Saya nak. 38 00:04:55,333 --> 00:04:56,458 Saya nak jumpa dia. 39 00:04:56,541 --> 00:04:57,666 Ayah? 40 00:05:01,875 --> 00:05:03,250 Kamu tentu Elodie. 41 00:05:03,833 --> 00:05:04,833 Ya, saya. 42 00:05:18,875 --> 00:05:19,833 Dia sesuai. 43 00:05:26,208 --> 00:05:28,625 - Berikanlah jawapan. - Terima kasih, Yang Kudus. 44 00:05:31,333 --> 00:05:32,333 Di sini. 45 00:05:35,500 --> 00:05:37,250 Ayah, apa yang berlaku? 46 00:05:38,333 --> 00:05:39,291 Itu siapa? 47 00:05:42,166 --> 00:05:43,000 Mak cik? 48 00:05:45,708 --> 00:05:46,750 Apa ceritanya? 49 00:05:47,500 --> 00:05:49,291 Daripada Ratu Aurea. 50 00:05:53,125 --> 00:05:54,125 Lamaran. 51 00:05:54,208 --> 00:05:55,333 Tak sangka. 52 00:05:57,333 --> 00:05:59,500 - Ayah carikan kamu jodoh. - Boleh saya baca? 53 00:06:01,958 --> 00:06:03,041 Dia putera raja. 54 00:06:03,875 --> 00:06:04,791 Putera? 55 00:06:06,000 --> 00:06:08,875 Seperti ibu kandung kamu, ayah tahu kamu mahu mengembara. 56 00:06:09,666 --> 00:06:12,125 Pergilah. Lihatlah dunia. 57 00:06:12,208 --> 00:06:16,291 Lelaki ini ada searmada kapal dan emas yang banyak tak terhingga. 58 00:06:16,875 --> 00:06:18,666 Kita tak patut kahwin kerana harta. 59 00:06:19,833 --> 00:06:21,041 Kita perlukannya. 60 00:06:22,083 --> 00:06:23,916 Gudang kita dah kosong. 61 00:06:24,000 --> 00:06:26,041 Kita akan kebuluran sebelum musim bunga. 62 00:06:28,208 --> 00:06:29,583 Rakyat kamu perlukan kamu. 63 00:06:31,291 --> 00:06:32,208 Hei. 64 00:06:34,916 --> 00:06:36,208 Ini tanggungjawab kita. 65 00:06:48,625 --> 00:06:50,000 Ke sebelah kiri. 66 00:06:50,625 --> 00:06:51,791 Sebelah kiri. 67 00:06:57,166 --> 00:06:59,625 Kak Elodie, apa masalahnya? 68 00:07:00,541 --> 00:07:01,541 Tak ada apa-apa. 69 00:07:04,750 --> 00:07:06,416 Ayah kata kita memang akan gementar 70 00:07:06,500 --> 00:07:08,666 apabila bertemu bakal suami dan keluarganya. 71 00:07:09,583 --> 00:07:10,791 Kita tak kenal mereka. 72 00:07:11,375 --> 00:07:15,000 Negara itu pun kakak tak tahu sebelum ayah sebut tentangnya. 73 00:07:15,083 --> 00:07:16,250 Hati-hati. 74 00:07:18,875 --> 00:07:22,333 Kamu dah gila? Apa kamu berdua buat di situ? 75 00:07:22,916 --> 00:07:24,041 Turun sekarang. 76 00:07:25,041 --> 00:07:26,166 Ayuh. 77 00:07:30,291 --> 00:07:32,833 Beginikah kamu nak putera itu jumpa kamu? 78 00:07:32,916 --> 00:07:34,958 Ketakutan, kesejukan, 79 00:07:35,041 --> 00:07:37,208 dengan hingus meleleh. 80 00:07:37,291 --> 00:07:40,666 Apa mak cik kata sepanjang pelayaran ini? 81 00:07:41,166 --> 00:07:42,625 Gambaran pertama penting. 82 00:07:43,666 --> 00:07:45,000 Angkat cepat. 83 00:07:52,916 --> 00:07:54,125 Tengok itu. 84 00:08:06,666 --> 00:08:08,750 Anak-anak, ada berita baik. 85 00:08:08,833 --> 00:08:12,083 Nakhoda kata kita menghampiri pesisiran pantai Aurea. 86 00:08:13,291 --> 00:08:15,083 Kita akan tiba bila-bila masa. 87 00:08:25,041 --> 00:08:26,291 Ayah. 88 00:08:29,083 --> 00:08:30,875 Apa benda itu? 89 00:08:33,541 --> 00:08:36,291 Rupanya seperti… 90 00:08:36,375 --> 00:08:37,458 Naga. 91 00:09:07,125 --> 00:09:08,291 Jangan risau. 92 00:09:48,666 --> 00:09:50,833 {\an8}Waduh. 93 00:10:35,791 --> 00:10:36,958 {\an8}Menakjubkan. 94 00:10:37,708 --> 00:10:40,500 {\an8}Tuan, puan, 95 00:10:40,583 --> 00:10:43,125 {\an8}selamat datang ke Cakerawati Aurea. 96 00:10:43,666 --> 00:10:45,958 {\an8}Keluarga diraja sedang beribadat, 97 00:10:46,041 --> 00:10:48,208 {\an8}tapi dah dimaklumkan tentang ketibaan kalian. 98 00:10:48,291 --> 00:10:51,041 Sementara itu, kami dah sediakan bilik kalian. 99 00:10:51,666 --> 00:10:53,000 Silakan. 100 00:10:55,208 --> 00:10:56,333 {\an8}Saya bermimpikah? 101 00:10:57,250 --> 00:11:00,291 {\an8}Kalau betul, jangan kejutkan saya. 102 00:11:01,916 --> 00:11:04,916 {\an8}Kalau kamu mahu mereka fikir kita sekufu dengan mereka, 103 00:11:05,000 --> 00:11:08,166 {\an8}jangan tunjuk ketakjuban kamu. 104 00:11:08,666 --> 00:11:10,000 {\an8}Apa pendapat kamu? 105 00:11:11,083 --> 00:11:14,083 {\an8}Saya tak sangka kemewahan sebegini boleh wujud. 106 00:11:35,416 --> 00:11:38,458 Saya harap puan suka bilik ini. 107 00:11:39,541 --> 00:11:41,125 Air mandian dah disediakan 108 00:11:41,916 --> 00:11:43,916 dan makanan akan dihantar. 109 00:11:45,791 --> 00:11:48,583 Awal pagi esok, saya akan bawa kalian 110 00:11:49,083 --> 00:11:50,666 berjumpa tuanku. 111 00:11:51,250 --> 00:11:53,250 Henry, Putera Aurea. 112 00:11:55,250 --> 00:11:57,458 Floria, jangan sentuh semua benda. 113 00:12:00,583 --> 00:12:01,791 Kenapa? 114 00:12:02,708 --> 00:12:04,583 Saya cuma harap dia baik hati. 115 00:12:05,333 --> 00:12:06,500 - Berilmu. - Ya. 116 00:12:07,083 --> 00:12:08,083 Tampan. 117 00:12:10,541 --> 00:12:13,333 Mari kita beri Elodie sedikit ruang. 118 00:12:13,416 --> 00:12:16,708 Untuk dia menyesuaikan diri. Kita patut juga. 119 00:12:16,791 --> 00:12:18,000 Sudah tentu. 120 00:12:18,916 --> 00:12:19,875 Mari. 121 00:13:15,250 --> 00:13:16,375 Cik. 122 00:13:17,291 --> 00:13:18,666 Semua orang menunggu. 123 00:14:31,500 --> 00:14:32,500 Kak Ellie? 124 00:14:35,166 --> 00:14:36,625 Saya tak boleh tidur. 125 00:14:41,875 --> 00:14:44,375 Saya masih tak percaya kakak akan tinggal di sini. 126 00:14:45,208 --> 00:14:46,416 Kakak pun. 127 00:14:47,708 --> 00:14:50,125 Kakak asyik terfikir, jika ibu masih ada, 128 00:14:51,208 --> 00:14:53,583 bolehlah kami berbual tentang semua ini. 129 00:14:55,291 --> 00:14:57,166 Kakak cubalah berbual dengan mak cik. 130 00:14:58,083 --> 00:15:01,333 Niatnya baik, dia cuma… 131 00:15:01,416 --> 00:15:02,541 Cerewet? 132 00:15:06,333 --> 00:15:09,333 Semuanya akan berjalan lancar, percayalah. 133 00:15:10,750 --> 00:15:13,375 Kak Elodie. Kakak serba boleh. 134 00:15:16,750 --> 00:15:18,458 Apa kekuatan terbesar kamu? 135 00:15:20,041 --> 00:15:22,000 Saya sentiasa jujur, tuanku. 136 00:15:22,708 --> 00:15:25,708 Sesetengah orang menganggapnya kelemahan. 137 00:15:26,875 --> 00:15:28,166 Kamu kenal jati diri kamu? 138 00:15:28,916 --> 00:15:30,833 Ya, tuanku. 139 00:15:31,500 --> 00:15:33,041 Apa yang ia bisikkan? 140 00:15:33,125 --> 00:15:37,125 Bisikannya terlalu kuat hingga menenggelami semua bunyi lain. 141 00:15:38,166 --> 00:15:39,625 Berdiri, Elodie. 142 00:15:47,916 --> 00:15:49,000 Beta Henry. 143 00:15:50,416 --> 00:15:52,416 Beta gembira kerana kita dapat berjumpa. 144 00:15:53,416 --> 00:15:54,291 Kami pun. 145 00:15:55,708 --> 00:15:58,041 Anak beta tak gambarkan keterujaan kami. 146 00:15:58,916 --> 00:16:00,125 Sama seperti 147 00:16:00,708 --> 00:16:03,291 ayah kamu yang tak gambarkan kecantikan kamu. 148 00:16:03,875 --> 00:16:07,500 Setahu patik, ayah patik suka beri gambaran yang keterlaluan. 149 00:16:08,000 --> 00:16:09,666 Cair benar otak gadis ini. 150 00:16:09,750 --> 00:16:13,083 Itu memang sifatnya, tuanku. 151 00:16:13,166 --> 00:16:14,625 Kamu tentu Floria. 152 00:16:16,416 --> 00:16:19,666 Nampaknya di bumi tandus pun bunga terindah boleh tumbuh. 153 00:16:19,750 --> 00:16:21,583 Patik suka istana tuanku. 154 00:16:21,666 --> 00:16:24,041 Patik amat menyukainya. 155 00:16:24,125 --> 00:16:24,958 Suka sangat. 156 00:16:27,041 --> 00:16:27,875 Tuanku. 157 00:16:28,458 --> 00:16:30,458 Kamu buatlah macam rumah sendiri. 158 00:16:30,541 --> 00:16:35,208 Beta dan orang tua kamu perlu bincangkan urusan perkahwinan kamu. 159 00:16:35,291 --> 00:16:36,208 Ya. 160 00:16:36,875 --> 00:16:40,291 Dalam surat tuanku, tuanku ada sebut hal tertentu 161 00:16:40,375 --> 00:16:42,416 yang tuanku mahu bincangkan. 162 00:16:42,916 --> 00:16:45,333 - Kita boleh bincang berdua. - Baik. 163 00:16:45,416 --> 00:16:47,625 Nanti bosan pula anak-anak kita. 164 00:16:48,916 --> 00:16:50,958 Lagipun, tugas mereka lebih penting. 165 00:16:52,125 --> 00:16:53,958 Mereka perlu berkenalan. 166 00:17:07,125 --> 00:17:08,833 Awak ada soalan untuk beta? 167 00:17:10,791 --> 00:17:12,375 Soalan tentang apa? 168 00:17:12,958 --> 00:17:14,458 Awak pilihlah soalannya. 169 00:17:17,333 --> 00:17:18,708 Tuanku suka patik? 170 00:17:20,208 --> 00:17:21,208 Apa? 171 00:17:22,333 --> 00:17:25,625 Tuanku nampak bosan. Patik sedar tuanku berhak rasa begitu. 172 00:17:25,708 --> 00:17:28,416 Tapi betulkah lelaki yang patik dipaksa kahwini ini 173 00:17:28,500 --> 00:17:29,875 suka patik atau tidak? 174 00:17:32,583 --> 00:17:35,541 Maafkan beta jika awak tersinggung. Beta tak sengaja. 175 00:17:38,833 --> 00:17:43,750 Tapi beta tak tahu pula yang awak dipaksa berkahwin. 176 00:17:46,041 --> 00:17:49,916 Tempat asal patik memang seperti yang ratu gambarkan. 177 00:17:51,000 --> 00:17:53,125 Dahsyat dan tandus. 178 00:17:54,500 --> 00:17:57,708 Perkahwinan ini akan selamatkan kami. Jadi, patik reda. 179 00:17:58,583 --> 00:18:02,000 Patik rela berkorban demi masa depan rakyat patik. 180 00:18:05,791 --> 00:18:06,750 Kenapa, tuanku? 181 00:18:09,375 --> 00:18:10,375 Beta cuma… 182 00:18:11,875 --> 00:18:15,500 Dalam surat awak, awak kedengaran berbeza. 183 00:18:16,791 --> 00:18:18,541 Berbeza yang bagaimana? 184 00:18:19,500 --> 00:18:20,625 Bunyinya jauh… 185 00:18:22,791 --> 00:18:23,791 berbunga-bunga. 186 00:18:25,583 --> 00:18:29,458 Mungkin kerana sebahagian besarnya karangan ibu tiri patik 187 00:18:29,541 --> 00:18:32,958 dan adik patik yang cadangkan gambar hati. 188 00:18:33,666 --> 00:18:34,500 Hati. 189 00:18:35,541 --> 00:18:38,041 Beta ingat ia lambang wilayah awak. 190 00:18:41,458 --> 00:18:42,708 Awak lukis gambar ini? 191 00:18:46,333 --> 00:18:48,083 Nanti dulu. Ini pagar sesat? 192 00:18:48,166 --> 00:18:50,041 "Semoga tuanku memahami hati patik." 193 00:18:50,125 --> 00:18:51,625 Bijaknya. 194 00:18:53,583 --> 00:18:56,125 Patik selalu lukis untuk Floria semasa dia kecil. 195 00:18:57,083 --> 00:18:59,583 - Boleh patik tanya satu lagi soalan? - Boleh. 196 00:19:00,458 --> 00:19:02,333 Mereka memang selalu ikut sedekat ini? 197 00:19:04,625 --> 00:19:06,208 Itu sebenarnya tak dekat. 198 00:19:07,833 --> 00:19:08,875 Lecehnya. 199 00:19:09,875 --> 00:19:11,458 Memang leceh. 200 00:19:13,916 --> 00:19:17,541 Patik nampak beberapa kuda yang tak dijaga di kandang. 201 00:19:21,458 --> 00:19:22,333 Awak tahu berkuda? 202 00:19:52,291 --> 00:19:55,416 - Siapa ajar awak tunggang kuda? - Ibu patik. 203 00:19:56,625 --> 00:19:58,125 Kita ke mana sekarang? 204 00:19:58,208 --> 00:20:00,291 Awak nak lihat apa? 205 00:20:01,250 --> 00:20:02,250 Semuanya. 206 00:20:03,375 --> 00:20:04,583 Baiklah. 207 00:20:20,375 --> 00:20:21,750 Apa yang berlaku? 208 00:20:23,958 --> 00:20:24,833 Cakaplah. 209 00:20:25,750 --> 00:20:28,166 - Perkahwinan itu masih diteruskan? - Ya. 210 00:20:28,875 --> 00:20:31,583 Awak minta bayaran yang berpatutan? 211 00:20:31,666 --> 00:20:34,125 Emas banyak yang tak terperi. 212 00:20:38,625 --> 00:20:40,291 Tapi kenapa awak nampak muram? 213 00:20:40,375 --> 00:20:41,958 Saya tak apa-apa. 214 00:20:43,958 --> 00:20:46,500 Tolonglah kata awak tak memalukan kita. 215 00:20:46,583 --> 00:20:48,041 Taklah, jangan risau. 216 00:20:48,125 --> 00:20:51,958 Ingat, keluarga kita dan keluarga mereka harus bersefahaman. 217 00:20:52,041 --> 00:20:54,250 Demi kebaikan Elodie dan kita semua. 218 00:20:54,333 --> 00:20:56,875 Saya dah kata, semuanya tak apa-apa! 219 00:21:00,833 --> 00:21:04,333 Patik nampak sesuatu, di pergunungan malam tadi. 220 00:21:04,958 --> 00:21:05,958 Obor api. 221 00:21:07,875 --> 00:21:09,166 Awak nampak, ya? 222 00:21:09,250 --> 00:21:10,416 Patik tak dapat tidur. 223 00:21:12,708 --> 00:21:14,125 Ia upacara purba. 224 00:21:15,041 --> 00:21:17,000 Yang pertama daripada tiga. 225 00:21:17,625 --> 00:21:19,541 Ia penting bagi keluarga beta. 226 00:21:20,166 --> 00:21:22,250 Bagi seluruh negara. Ia… 227 00:21:23,916 --> 00:21:25,625 Ia memuliakan leluhur kami. 228 00:21:27,625 --> 00:21:30,333 Sebab itulah bonda pilih tarikh ini untuk kita. 229 00:21:31,291 --> 00:21:32,708 Ia sangat indah. 230 00:21:33,625 --> 00:21:34,833 Ya, agaknya. 231 00:21:35,916 --> 00:21:38,416 Beta tak pernah lihat tempat lain. 232 00:21:39,458 --> 00:21:41,125 Boleh beta beritahu awak sesuatu? 233 00:21:42,083 --> 00:21:43,041 Boleh. 234 00:21:43,125 --> 00:21:45,791 Beta teringin melihat dunia. 235 00:21:47,375 --> 00:21:50,583 Benar-benar keluar dan mengembara. 236 00:21:51,250 --> 00:21:52,375 Patik faham. 237 00:21:53,583 --> 00:21:54,833 Itu juga impian patik. 238 00:21:57,333 --> 00:22:01,708 Dah lama patik teringin mengembara ke tempat jauh dari sini. 239 00:22:02,541 --> 00:22:04,208 Tempat yang hanya dalam buku. 240 00:22:08,291 --> 00:22:10,166 Mungkin kita boleh mengembara kelak. 241 00:22:12,208 --> 00:22:13,291 Mungkin. 242 00:22:27,375 --> 00:22:29,458 Buah limau di bahagian ini. 243 00:22:33,125 --> 00:22:36,000 Semuanya sangat indah, tuanku. 244 00:22:36,083 --> 00:22:37,666 Baguslah kalau kamu suka. 245 00:22:38,750 --> 00:22:40,125 Sangat anggun. 246 00:22:42,541 --> 00:22:44,750 Cita rasa tuanku luar biasa. 247 00:22:45,750 --> 00:22:49,333 Semuanya menakjubkan. 248 00:22:49,416 --> 00:22:52,166 Maaf, ada apa-apa yang kamu mahukan? 249 00:22:52,833 --> 00:22:55,750 Patik cuma rasa kita patut kenal lebih rapat, 250 00:22:56,458 --> 00:22:58,708 memandangkan kita akan berbesan. 251 00:22:58,791 --> 00:23:02,333 Semua ini tentu mengujakan kamu. 252 00:23:02,416 --> 00:23:05,416 Bapa kamu pembuat tali, bukan? 253 00:23:05,500 --> 00:23:07,208 Yang terbaik di kotanya. 254 00:23:07,291 --> 00:23:09,958 Lihatlah. Tingginya status kamu sekarang. 255 00:23:11,041 --> 00:23:14,000 Tapi kita tak patut lupa asal usul kita. 256 00:23:14,916 --> 00:23:16,875 Atau mengagungkan 257 00:23:16,958 --> 00:23:20,708 urusan yang dibuat kerana terpaksa. 258 00:23:23,166 --> 00:23:24,000 "Terpaksa"? 259 00:23:24,583 --> 00:23:26,208 Keluarga kamu perlukan wang. 260 00:23:26,875 --> 00:23:28,458 Keluarga beta perlukan menantu. 261 00:23:29,166 --> 00:23:31,791 Kami tak perlukan keluarga tambahan. 262 00:23:33,291 --> 00:23:35,583 Beta harap Henry dan Eloise bahagia. 263 00:23:35,666 --> 00:23:37,000 - Beta cuma… - Elodie. 264 00:23:37,500 --> 00:23:38,333 Apa? 265 00:23:40,291 --> 00:23:43,416 Anak tiri patik. Namanya Elodie. 266 00:23:44,916 --> 00:23:46,000 Itulah yang beta kata. 267 00:23:46,958 --> 00:23:48,291 Selamat sejahtera. 268 00:24:05,416 --> 00:24:06,250 Cantiknya. 269 00:24:07,166 --> 00:24:08,833 Segalanya di sini cantik. 270 00:24:13,125 --> 00:24:14,125 Mak cik. 271 00:24:15,875 --> 00:24:17,250 Apa masalahnya? 272 00:24:18,708 --> 00:24:19,666 Elodie, 273 00:24:20,750 --> 00:24:23,041 mak cik tahu kita tak rapat, 274 00:24:23,750 --> 00:24:25,791 tapi dengar cakap mak cik baik-baik. 275 00:24:26,541 --> 00:24:29,625 Perkahwinan ini satu kesilapan. 276 00:24:29,708 --> 00:24:30,708 Apa? 277 00:24:33,125 --> 00:24:34,458 Saya tak faham. 278 00:24:34,541 --> 00:24:36,958 Mak cik tak percayakan mereka. 279 00:24:37,541 --> 00:24:41,041 Mak cik tak dapat terangkan, tapi naluri ibu tak pernah silap. 280 00:24:41,125 --> 00:24:43,250 Semalam mak cik kagumi tempat ini. 281 00:24:43,333 --> 00:24:44,291 Floria. 282 00:24:44,375 --> 00:24:45,416 Mak cik silap. 283 00:24:46,625 --> 00:24:50,750 Mereka kerabat diraja, tapi mereka bukan orang baik-baik. 284 00:24:52,458 --> 00:24:53,583 Tapi… 285 00:24:54,125 --> 00:24:57,208 - Apa kata ayah? - Dia diam saja. 286 00:24:57,291 --> 00:25:01,458 Kalau mak cik cuba kongsi kerisauan mak cik, dia tiba-tiba marah. 287 00:25:01,541 --> 00:25:04,250 - Memanglah, kerana ia tak masuk akal. - Flor, cukup. 288 00:25:04,833 --> 00:25:10,000 Elodie, sumpah mak cik cuma pentingkan kebahagiaan kamu. 289 00:25:15,291 --> 00:25:17,000 Ayah mengganggukah? 290 00:25:18,708 --> 00:25:19,750 Tidak. 291 00:25:20,666 --> 00:25:21,500 Kami cuma… 292 00:25:23,958 --> 00:25:25,000 berbual. 293 00:25:26,166 --> 00:25:30,416 Esok hari penting dan anak-anak kita perlu berehat. 294 00:25:33,208 --> 00:25:36,125 Pertimbangkan kata-kata mak cik. Masa masih ada. 295 00:25:36,708 --> 00:25:37,541 Masa untuk apa? 296 00:25:44,625 --> 00:25:46,416 Saya harap awak tak tersilap langkah. 297 00:25:52,500 --> 00:25:53,916 Selamat malam, sayang. 298 00:25:55,000 --> 00:25:56,708 - Selamat malam. - Selamat malam. 299 00:25:58,916 --> 00:25:59,833 Selamat malam. 300 00:28:10,916 --> 00:28:12,583 Kamu boleh cium isteri kamu. 301 00:28:29,500 --> 00:28:33,458 Mempersembahkan anakanda dan menantu beta, Puteri Elodie. 302 00:28:57,833 --> 00:28:59,166 Selamat tinggal, ayah. 303 00:29:22,125 --> 00:29:24,833 Saya harap saya secantik kakak satu hari nanti. 304 00:29:26,833 --> 00:29:28,250 Dua kali ganda lebih cantik. 305 00:29:31,041 --> 00:29:33,291 - Kakak sayang kamu. - Saya sayang kakak. 306 00:29:49,208 --> 00:29:53,750 Hei! 307 00:29:57,875 --> 00:29:59,125 Kita akan ke mana? 308 00:29:59,208 --> 00:30:02,416 Dinda ingat tentang upacara purba di atas gunung itu? 309 00:30:02,500 --> 00:30:03,333 Ya. 310 00:30:03,416 --> 00:30:06,333 Kita akan beri penghormatan kepada leluhur kanda. 311 00:31:00,000 --> 00:31:01,666 Selamat datang, tuan puteri. 312 00:31:02,541 --> 00:31:06,083 Sejak berabad-abad yang lalu, kami dipertanggungjawabkan 313 00:31:06,958 --> 00:31:08,500 untuk melindungi rakyat. 314 00:31:09,750 --> 00:31:13,083 Tuntutannya tinggi, namun begitu jugalah ganjarannya. 315 00:31:14,291 --> 00:31:15,458 Oleh itu, malam ini, 316 00:31:16,833 --> 00:31:22,041 seperti wanita lain, kamu akan menyumbang ke arah pembangunan negara ini. 317 00:31:26,000 --> 00:31:28,958 Semasa leluhur kami mahu menguasai pulau ini, 318 00:31:29,750 --> 00:31:32,166 mereka dapati yang ia sudah berpenghuni. 319 00:31:33,166 --> 00:31:35,458 Ada makhluk tinggal di sini. 320 00:31:36,416 --> 00:31:38,083 Satu-satunya yang masih hidup. 321 00:31:39,208 --> 00:31:41,208 Kerana laparkan mangsa, 322 00:31:41,291 --> 00:31:44,750 ia meninggalkan sarangnya dan menyerang perkampungan manusia. 323 00:31:46,041 --> 00:31:50,166 Maka, raja menghimpunkan tentera untuk membela kematian rakyatnya. 324 00:31:50,916 --> 00:31:53,375 Namun senjata mereka tak setanding raksasa itu 325 00:31:54,333 --> 00:31:56,791 dan mereka semua terkorban. 326 00:31:57,875 --> 00:32:00,041 Kecuali seorang. 327 00:32:00,958 --> 00:32:05,500 Itu kerana raksasa merancang pembalasan yang dahsyat untuk sang raja. 328 00:32:06,333 --> 00:32:10,166 Yakni, korbankan tiga anak perempuannya supaya dapat berkongsi pulau ini. 329 00:32:11,208 --> 00:32:12,625 Ia seksaan yang kejam. 330 00:32:13,583 --> 00:32:14,791 Dia sayang anak-anaknya, 331 00:32:16,375 --> 00:32:19,041 namun tanggungjawab kepada rakyat lebih penting. 332 00:32:20,083 --> 00:32:22,500 Maka, satu perjanjian telah dibuat. 333 00:32:22,583 --> 00:32:25,958 Puteri-puteri itu dikorbankan sebagai santapan raksasa, 334 00:32:26,041 --> 00:32:27,625 maka lahirlah negara ini. 335 00:32:35,333 --> 00:32:38,916 Pengorbanan inilah yang kami peringati setiap generasi. 336 00:32:39,000 --> 00:32:41,416 Tradisi yang berkurun-kurun lamanya. 337 00:32:52,666 --> 00:32:54,083 Hulurkan tangan, anakku. 338 00:33:02,125 --> 00:33:07,708 Kamu warisi satu tanggungjawab yang mulia, Puteri Elodie dari Aurea. 339 00:33:20,375 --> 00:33:24,458 Satukanlah pertalian darah keturunan kami. 340 00:33:25,916 --> 00:33:28,375 Dia kini kerabat diraja. 341 00:33:40,458 --> 00:33:43,583 Agar kerajaan kita terus makmur, 342 00:33:44,250 --> 00:33:45,791 laksanakan tanggungjawab kamu. 343 00:33:48,291 --> 00:33:50,208 Lontar syiling ke dalam lohong. 344 00:34:02,875 --> 00:34:05,041 Upacara ini sudah selesai. 345 00:34:07,250 --> 00:34:08,916 Sekarang, kamu boleh pulang. 346 00:34:12,708 --> 00:34:14,583 Kanda sepatutnya dukung dinda. 347 00:34:14,666 --> 00:34:16,666 Dinda boleh jalan sendiri. 348 00:34:22,000 --> 00:34:23,875 Floria tentu suka adat ini. 349 00:34:25,875 --> 00:34:26,916 Tutup mata. 350 00:34:28,083 --> 00:34:29,125 Kanda ada di sini. 351 00:34:53,625 --> 00:34:54,458 Maafkan kanda. 352 00:35:01,458 --> 00:35:02,750 Tidak! 353 00:36:03,041 --> 00:36:04,625 Tolong! 354 00:36:20,666 --> 00:36:22,291 Tolong! 355 00:36:23,958 --> 00:36:25,500 Ada sesiapa di sini? 356 00:37:30,666 --> 00:37:32,000 Itu bukan rantai aku. 357 00:37:34,000 --> 00:37:38,458 Akulah korbannya. 358 00:39:13,458 --> 00:39:14,750 Kasihannya kamu. 359 00:39:15,625 --> 00:39:17,083 Apa yang berlaku? 360 00:40:25,750 --> 00:40:27,541 Ibu, berikanlah aku kekuatan. 361 00:40:28,416 --> 00:40:29,750 Ibu? 362 00:41:25,750 --> 00:41:29,125 Siapa nama kamu, adik manis? 363 00:41:31,291 --> 00:41:33,333 Nyatakan nama kamu. 364 00:41:35,125 --> 00:41:36,208 Elodie. 365 00:41:36,833 --> 00:41:40,333 El-o-die. 366 00:41:41,791 --> 00:41:43,375 Menariknya. 367 00:41:45,291 --> 00:41:46,458 Apa yang kau nak? 368 00:41:49,958 --> 00:41:54,375 Aku mahu tuntut janji. 369 00:41:57,041 --> 00:41:58,916 Hutang yang takkan lunas. 370 00:42:01,208 --> 00:42:07,083 Setiap generasi golongan kamu wajib menjelaskannya. 371 00:42:10,541 --> 00:42:11,791 Golongan aku? 372 00:42:11,875 --> 00:42:15,208 Bau kamu jelas menunjukkan kamu kerabat diraja. 373 00:42:16,250 --> 00:42:18,291 Ia ada dalam darah kamu. 374 00:42:33,125 --> 00:42:38,625 Ini bahagian kegemaran aku. 375 00:42:41,666 --> 00:42:43,166 Lari. 376 00:44:10,833 --> 00:44:12,875 Kamu cedera? 377 00:44:17,958 --> 00:44:19,458 Dah tak mahu melawan? 378 00:44:21,625 --> 00:44:23,458 Pandai. 379 00:44:24,625 --> 00:44:27,541 Gadis sebelum ini mati terlalu cepat. 380 00:45:02,916 --> 00:45:04,083 Tidak. 381 00:45:29,125 --> 00:45:31,000 Ibu tentu mahu aku berjuang. 382 00:47:47,125 --> 00:47:49,916 Tidak. 383 00:49:01,500 --> 00:49:02,458 Dia putera raja. 384 00:49:04,791 --> 00:49:06,583 Mereka perlu berkenalan. 385 00:49:10,375 --> 00:49:12,791 Beta teringin melihat dunia. 386 00:49:14,208 --> 00:49:16,000 Mungkin kita boleh mengembara kelak. 387 00:50:18,083 --> 00:50:19,041 Kita simpan di sini. 388 00:51:03,500 --> 00:51:04,541 Jangan risau. 389 00:51:06,000 --> 00:51:07,333 Saya takkan apa-apakan kamu. 390 00:53:29,541 --> 00:53:32,458 Aku hampir berjaya tangkap kau. 391 00:53:36,875 --> 00:53:38,583 Kamu menyorok, ya? 392 00:53:40,125 --> 00:53:41,666 Macam gadis-gadis sebelum ini. 393 00:53:45,500 --> 00:53:48,250 SINI SELAMAT DIA TAK BOLEH CAPAI 394 00:53:50,500 --> 00:53:52,833 Tak guna kamu menyorok. 395 00:53:54,750 --> 00:53:59,291 Kesudahannya sama saja. 396 00:54:33,208 --> 00:54:34,041 V. 397 00:54:35,916 --> 00:54:37,291 Victoria. 398 00:54:40,875 --> 00:54:41,833 Beatrice. 399 00:54:42,916 --> 00:54:43,791 Artemis. 400 00:54:44,750 --> 00:54:45,750 {\an8}Genevive. 401 00:54:46,708 --> 00:54:47,583 Fatima. 402 00:54:48,666 --> 00:54:49,791 Carlotta. 403 00:54:53,333 --> 00:54:54,500 Berapa orang? 404 00:54:59,666 --> 00:55:01,208 Ada tak yang berjaya keluar? 405 00:56:01,708 --> 00:56:03,250 Tolonglah. 406 00:56:04,458 --> 00:56:05,583 Seseorang… 407 00:56:47,250 --> 00:56:48,125 Mereka bohong. 408 00:57:03,375 --> 00:57:04,208 Turunlah. 409 00:57:50,750 --> 00:57:52,208 Maafkan saya 410 00:57:54,125 --> 00:57:55,916 kerana sangka kamu berbahaya. 411 00:58:00,541 --> 00:58:01,708 Peta. 412 00:58:05,208 --> 00:58:06,625 Aku di mana sekarang? 413 00:58:09,208 --> 00:58:10,166 Itu pokok. 414 00:58:11,958 --> 00:58:13,166 Pintu masuk gua. 415 00:58:16,333 --> 00:58:20,750 Yang menuju ke gua burung. 416 00:58:24,500 --> 00:58:25,875 Lalu jalan bersimpang-siur… 417 00:58:28,208 --> 00:58:29,708 sampai kawasan berair. 418 00:58:31,208 --> 00:58:33,291 Gua ulat bercahaya. 419 00:58:34,625 --> 00:58:35,958 Jalan terus. 420 00:58:36,666 --> 00:58:38,041 SELAMAT 421 00:58:38,125 --> 00:58:39,500 Aku di sini sekarang. 422 00:58:42,208 --> 00:58:43,500 Di mana jalan keluar? 423 00:58:47,875 --> 00:58:48,791 Inikah jalannya? 424 00:58:50,166 --> 00:58:52,041 Ada puteri berjaya keluar? 425 00:58:56,916 --> 00:58:59,750 Ada tiga cara. Ambil simpang tengah. 426 00:59:00,833 --> 00:59:01,875 Penanda bunyi. 427 00:59:03,250 --> 00:59:04,375 Hablur. 428 00:59:06,750 --> 00:59:07,875 Jalan lagi. 429 00:59:08,708 --> 00:59:12,125 Kemudian, aku akan bebas. 430 00:59:27,333 --> 00:59:28,625 Simpang tengah. 431 01:00:05,458 --> 01:00:06,458 Bunyi-bunyian. 432 01:00:36,500 --> 01:00:37,666 Hablur. 433 01:00:51,458 --> 01:00:52,541 Inilah tempatnya. 434 01:01:06,250 --> 01:01:07,375 Semoga aku berjaya. 435 01:01:19,833 --> 01:01:21,125 Kau berjaya keluar. 436 01:02:47,458 --> 01:02:48,666 Tidak! 437 01:03:01,791 --> 01:03:04,625 Elodie. 438 01:03:06,583 --> 01:03:09,166 Terbanglah, adik manis. 439 01:05:09,041 --> 01:05:10,041 Hoi. 440 01:05:12,083 --> 01:05:13,208 Hoi! 441 01:05:15,500 --> 01:05:18,666 Saya di sini! Tolong! 442 01:05:20,208 --> 01:05:21,916 Tolong! 443 01:05:22,583 --> 01:05:24,583 Hoi! 444 01:05:32,250 --> 01:05:36,000 Tiada jalan keluar, tuan puteri. 445 01:05:36,083 --> 01:05:37,125 TIDAK SELAMAT 446 01:05:37,208 --> 01:05:39,583 Malah, tiada bagi kamu semua. 447 01:05:42,250 --> 01:05:43,958 Tiga diragut. 448 01:05:44,708 --> 01:05:47,458 Tiga harus dituntut. 449 01:05:53,416 --> 01:05:54,791 Elodie! 450 01:05:56,916 --> 01:05:58,166 Itu apa pula? 451 01:06:09,250 --> 01:06:10,958 Elodie! 452 01:06:22,875 --> 01:06:24,208 Elodie! 453 01:06:31,166 --> 01:06:32,083 Jalan. 454 01:06:35,125 --> 01:06:38,000 Saya dah buat tugas saya dan akan tunggu di atas. 455 01:06:38,083 --> 01:06:39,750 Jangan pergi. 456 01:06:41,125 --> 01:06:43,083 Saya upah awak untuk bawa kami kepadanya. 457 01:06:44,125 --> 01:06:47,416 Tiada sesiapa boleh balik tanpa anak saya. 458 01:06:59,958 --> 01:07:01,750 Elodie! 459 01:07:03,500 --> 01:07:04,958 Elodie! 460 01:07:41,333 --> 01:07:43,791 Ada makhluk tinggal di sini. 461 01:07:45,958 --> 01:07:47,583 Satu-satunya yang masih hidup. 462 01:07:49,791 --> 01:07:51,041 Mereka bohong. 463 01:07:55,750 --> 01:07:56,833 Tiga diragut. 464 01:08:15,833 --> 01:08:17,166 Bunuh anak-anak naga itu. 465 01:08:35,416 --> 01:08:36,708 Bentuk barisan! 466 01:08:52,875 --> 01:08:55,125 Tolonglah, jangan bunuh saya. 467 01:08:56,541 --> 01:08:57,958 Kasihanilah saya. 468 01:09:00,500 --> 01:09:02,166 Saya akan beri apa-apa saja. 469 01:09:06,791 --> 01:09:10,375 Kematian tak cukup perit untuk kamu. 470 01:09:10,458 --> 01:09:13,208 Kamu akan faham penderitaan aku. 471 01:09:18,125 --> 01:09:19,708 Elodie! 472 01:09:23,750 --> 01:09:25,083 Elodie! 473 01:09:38,458 --> 01:09:40,291 Elodie! 474 01:09:44,416 --> 01:09:46,000 Elodie! 475 01:09:46,083 --> 01:09:49,000 Diamlah. Raksasa itu boleh dengar. 476 01:09:50,708 --> 01:09:54,083 Kita dah terlambat. Raksasa itu menghendap kita di sarangnya. 477 01:09:54,833 --> 01:09:58,416 - Ia tentu dah bawa dia untuk dibaham… - Di mana sarangnya? 478 01:09:58,500 --> 01:10:01,166 Anak tuan dah berada cukup lama di sini. 479 01:10:01,750 --> 01:10:03,291 Dia pasti dah dibunuh. 480 01:10:04,625 --> 01:10:06,000 Elodie! 481 01:10:08,625 --> 01:10:11,125 Khabarnya orang pernah buru makhluk itu. 482 01:10:12,583 --> 01:10:13,416 Kerana darahnya. 483 01:10:14,750 --> 01:10:15,875 Mengarutlah. 484 01:11:18,291 --> 01:11:20,875 Kenapa kamu datang ke sini? 485 01:11:21,791 --> 01:11:23,375 Saya datang kerana anak saya. 486 01:11:25,291 --> 01:11:26,208 Ayah. 487 01:12:06,541 --> 01:12:08,833 Ayah. 488 01:12:09,833 --> 01:12:10,791 Tolonglah. 489 01:12:12,083 --> 01:12:13,333 Saya merayu. 490 01:12:23,291 --> 01:12:27,583 Bukan belas kasihan aku yang kamu perlukan. 491 01:12:28,791 --> 01:12:30,333 Serulah dia. 492 01:12:31,291 --> 01:12:32,375 Dia masih hidup? 493 01:12:33,291 --> 01:12:34,833 Elodie masih hidup? 494 01:12:35,625 --> 01:12:37,041 Aku boleh kesan baunya. 495 01:12:38,875 --> 01:12:40,125 Bersembunyi. 496 01:12:41,583 --> 01:12:42,666 Memerhati. 497 01:12:52,333 --> 01:12:54,208 Serulah dia. 498 01:12:55,208 --> 01:12:56,041 Tidak. 499 01:12:57,833 --> 01:12:59,333 Serulah dia. 500 01:13:04,583 --> 01:13:05,416 Elodie. 501 01:13:08,041 --> 01:13:08,916 Kamu dengar tak? 502 01:13:14,291 --> 01:13:19,166 Ayah dah buat kesilapan besar. 503 01:13:21,000 --> 01:13:24,041 Ayah korbankan orang yang paling ayah sayang. 504 01:13:24,916 --> 01:13:26,791 Ayah korbankan nyawa kamu 505 01:13:28,791 --> 01:13:30,583 demi rakyat ayah. 506 01:13:32,250 --> 01:13:34,375 Ayah ingat emas itu berbaloi, 507 01:13:37,208 --> 01:13:38,875 dan ayah takkan rasa bersalah. 508 01:13:40,583 --> 01:13:41,541 Itu keputusan ayah. 509 01:13:45,458 --> 01:13:46,541 Tapi ayah tak sanggup. 510 01:13:48,750 --> 01:13:49,708 Ayah tak sanggup. 511 01:13:57,916 --> 01:14:00,166 Suruh dia datang ke sini. 512 01:14:05,708 --> 01:14:07,875 Ini peluang terakhir. 513 01:14:12,041 --> 01:14:15,375 Elodie. Dengar baik-baik. 514 01:14:17,083 --> 01:14:20,333 Ini ayah kamu. Kamu wajib dengar cakap ayah. 515 01:14:22,000 --> 01:14:23,291 Ini perintah ayah. 516 01:14:24,375 --> 01:14:26,208 Jangan keluar! 517 01:14:29,833 --> 01:14:30,666 Tidak. 518 01:14:36,916 --> 01:14:37,791 Tidak! 519 01:15:32,750 --> 01:15:33,916 Ellie. 520 01:15:39,916 --> 01:15:41,083 Guna tali itu. 521 01:15:41,166 --> 01:15:42,833 Floria dan ibu tiri kamu 522 01:15:43,625 --> 01:15:46,750 sedang menunggu di kapal. 523 01:15:50,041 --> 01:15:51,458 Maafkan ayah. 524 01:17:44,666 --> 01:17:46,125 Jalan! 525 01:18:04,875 --> 01:18:06,083 Pergi. 526 01:18:42,666 --> 01:18:46,166 Gadis tak guna. Dinda dah agak dia akan menyusahkan kita. 527 01:18:48,000 --> 01:18:49,750 - Dinda ke mana? - Uruskan masalah. 528 01:19:23,791 --> 01:19:26,083 - Berhenti. - Berundur. 529 01:19:34,583 --> 01:19:35,416 Kak Elodie. 530 01:19:38,666 --> 01:19:39,625 Buka pintu! 531 01:19:39,708 --> 01:19:41,458 Ke tepi! 532 01:19:44,083 --> 01:19:45,125 Keluar! 533 01:19:51,166 --> 01:19:52,083 Tangkap dia. 534 01:19:52,166 --> 01:19:53,416 Tak boleh. 535 01:19:53,500 --> 01:19:55,291 - Tidak! Dia masih muda! - Tidak! 536 01:19:55,375 --> 01:19:56,916 Kamu janjikan anak perempuan. 537 01:19:57,000 --> 01:19:59,208 - Mak cik! - Tidak! 538 01:19:59,291 --> 01:20:00,291 Floria! 539 01:20:56,333 --> 01:20:57,166 Elodie. 540 01:21:02,208 --> 01:21:03,125 Mak cik. 541 01:21:06,791 --> 01:21:08,583 - Elodie. - Mak cik. 542 01:21:09,958 --> 01:21:11,125 Syukurlah. 543 01:21:11,208 --> 01:21:12,666 Mak cik tak apa-apa? 544 01:21:12,750 --> 01:21:13,708 Mak cik selamat. 545 01:21:15,208 --> 01:21:16,083 Mana Floria? 546 01:21:16,166 --> 01:21:19,000 Mereka bawa dia ke gua untuk menggantikan kamu. 547 01:21:19,083 --> 01:21:21,125 Mak cik dah cuba halang mereka. 548 01:21:21,208 --> 01:21:25,000 - Mak cik perlu selamatkan dia. - Tidak, biar saya pergi cari dia. 549 01:21:25,083 --> 01:21:26,208 Kamu mungkin terlambat. 550 01:21:27,166 --> 01:21:28,083 Tidak. 551 01:21:28,583 --> 01:21:30,291 Saya kena cari juga. 552 01:21:31,791 --> 01:21:32,666 Ayah kamu… 553 01:21:36,666 --> 01:21:37,916 Pergilah. 554 01:21:44,291 --> 01:21:47,458 Tolonglah. Lepaskan patik! 555 01:21:47,541 --> 01:21:49,666 Tolong lepaskan patik. 556 01:21:51,541 --> 01:21:52,375 Berhentilah. 557 01:21:52,458 --> 01:21:54,750 Bonda, sudahlah! Dia terlalu muda. 558 01:21:54,833 --> 01:21:58,958 Putera wajib melindungi kerajaannya tanpa merungut atau teragak-agak. 559 01:21:59,041 --> 01:22:00,083 Hulurkan tangan. 560 01:22:00,166 --> 01:22:03,208 Saya enggan teruskan. Dia terlalu muda. 561 01:22:03,791 --> 01:22:05,916 Kamu lemah. 562 01:22:06,000 --> 01:22:09,541 Tidak! Jangan buat begini kepada patik! 563 01:22:14,958 --> 01:22:16,750 Lepaskan patik! 564 01:22:17,333 --> 01:22:19,041 Tidak! Lepaskan patik! 565 01:22:19,125 --> 01:22:20,291 Humban dia. 566 01:22:45,083 --> 01:22:48,666 Floria! 567 01:22:50,291 --> 01:22:52,041 Floria! 568 01:23:43,375 --> 01:23:44,916 Kakak akan selamatkan kamu. 569 01:24:46,125 --> 01:24:47,833 Anak-anakku. 570 01:24:50,500 --> 01:24:52,583 Mereka bunuh kamu. 571 01:24:54,791 --> 01:24:58,083 Oleh itu, ibu akan bunuh Elodie. 572 01:25:09,208 --> 01:25:12,708 Kakak kamu akan cari kamu. 573 01:25:29,000 --> 01:25:31,083 Itu pun dia. 574 01:25:54,791 --> 01:25:56,916 Floria, kamu dengar suara kakak? 575 01:25:57,791 --> 01:25:58,708 Bangun! 576 01:25:58,791 --> 01:26:00,500 Kita perlu cepat. 577 01:26:00,583 --> 01:26:01,625 Floria! 578 01:26:02,291 --> 01:26:03,125 Kak Ellie. 579 01:26:06,166 --> 01:26:07,625 Kakak masih hidup. 580 01:26:08,708 --> 01:26:11,083 Baiklah, kakak akan bawa kamu keluar. 581 01:26:15,833 --> 01:26:18,333 Kaki saya cedera semasa saya jatuh tadi. 582 01:26:19,791 --> 01:26:21,250 Kita tak ada masa, Flor. 583 01:26:31,875 --> 01:26:33,833 Tolonglah. Bukan sekarang. 584 01:26:33,916 --> 01:26:34,958 Apa kita nak buat? 585 01:26:35,041 --> 01:26:36,458 Kamu perlu sembunyi. 586 01:26:36,541 --> 01:26:37,708 Kakak bagaimana? 587 01:26:37,791 --> 01:26:39,250 Kakak nak dedahkan kebenaran. 588 01:26:39,333 --> 01:26:40,208 Ayuh. 589 01:26:56,541 --> 01:26:59,083 Di mana kamu menyorok? 590 01:27:03,500 --> 01:27:04,541 Naga. 591 01:27:09,541 --> 01:27:11,333 Pedang itu tak mampu bunuh aku, 592 01:27:12,416 --> 01:27:14,791 tapi ia buat aku geram. 593 01:27:14,875 --> 01:27:16,125 Baguslah. 594 01:27:16,750 --> 01:27:18,791 Kerana aku juga rasa geram. 595 01:27:23,500 --> 01:27:25,208 Kita berdua dah ditipu. 596 01:27:25,875 --> 01:27:27,791 Mereka kata kau serang kampung mereka. 597 01:27:27,875 --> 01:27:30,208 Kononnya raja mereka cuma melindungi rakyatnya. 598 01:27:30,916 --> 01:27:33,875 Dia datang bukan kerana diancam. 599 01:27:35,166 --> 01:27:36,458 Aku tahu perbuatan mereka. 600 01:27:37,208 --> 01:27:38,666 Mereka bunuh anak-anak kau. 601 01:27:39,250 --> 01:27:41,750 "Mereka"? Kamu! 602 01:27:41,833 --> 01:27:44,291 Golongan kamu, kerabat kamu. 603 01:27:44,375 --> 01:27:45,208 Tidak! 604 01:27:45,291 --> 01:27:49,041 Anak-anak perempuan aku waris terakhir keturunan aku. 605 01:27:49,125 --> 01:27:53,250 Maka, aku akan bunuh anak perempuan mereka hingga ke hujung hayat aku. 606 01:27:53,958 --> 01:27:57,166 Tapi kau silap. Kami bukan anak mereka. 607 01:27:57,250 --> 01:27:58,916 Kamu tipu lagi. 608 01:28:36,666 --> 01:28:37,791 Kakak! 609 01:28:52,208 --> 01:28:56,958 Sekarang kamu akan faham penderitaan anak-anak aku. 610 01:29:44,416 --> 01:29:46,666 Aku bukan keturunan raja! 611 01:29:51,791 --> 01:29:54,250 Darah kamu berbau keturunan mereka. 612 01:31:20,000 --> 01:31:23,583 El-o-die. 613 01:31:25,833 --> 01:31:28,208 Terimalah takdir kamu… 614 01:31:34,166 --> 01:31:36,166 sebagaimana yang telah aku buat. 615 01:31:40,250 --> 01:31:43,875 Kita ditakdirkan mati bersendirian. 616 01:31:51,208 --> 01:31:52,500 Tidak. 617 01:31:56,083 --> 01:31:58,041 Aku ditemani seangkatan tentera. 618 01:32:00,708 --> 01:32:04,583 Semua wanita tak bersalah yang mati dibunuh di sini. 619 01:32:06,875 --> 01:32:10,833 Golongan kamu sentiasa bersalah. 620 01:32:18,291 --> 01:32:19,541 Kalau begitu, buatlah. 621 01:32:23,750 --> 01:32:25,375 Tunjukkanlah pawaka kau. 622 01:32:30,291 --> 01:32:31,125 Tunjuklah. 623 01:32:32,458 --> 01:32:33,916 Tunggu apa lagi? 624 01:32:37,041 --> 01:32:38,125 Bakarlah aku. 625 01:32:40,750 --> 01:32:41,791 Bakarlah aku! 626 01:33:45,750 --> 01:33:47,375 Adik aku juga ada luka ini. 627 01:33:48,791 --> 01:33:49,916 Kami semua pun ada. 628 01:33:50,916 --> 01:33:53,041 Inilah cara kami dijadikan kerabat diraja. 629 01:33:54,416 --> 01:33:56,625 Darah inilah yang kau hidu. 630 01:34:07,125 --> 01:34:08,291 Mereka tipu kau. 631 01:34:10,291 --> 01:34:13,625 Kau bunuh perempuan baik-baik seperti mereka bunuh anak kau. 632 01:34:21,708 --> 01:34:24,791 Kalau begitu, bunuhlah aku. 633 01:34:51,208 --> 01:34:52,041 Tidak. 634 01:34:56,958 --> 01:34:59,291 Aku enggan lagi ikut telunjuk orang lain. 635 01:36:19,250 --> 01:36:20,083 Elodie. 636 01:36:26,916 --> 01:36:29,750 Percayalah. Kanda tak dapat tidur sejak… 637 01:36:29,833 --> 01:36:31,666 Sejak kau cuba bunuh adik aku? 638 01:36:33,250 --> 01:36:34,166 Kanda terpaksa. 639 01:36:34,250 --> 01:36:37,208 Jangan cuba beri penjelasan kepada 640 01:36:37,291 --> 01:36:38,875 perempuan kebanyakan ini. 641 01:36:43,125 --> 01:36:44,791 Dia bakal jadi yang ketiga? 642 01:36:45,750 --> 01:36:47,250 Puteri nombor tiga. 643 01:36:49,000 --> 01:36:52,458 Dia yang terakhir sebelum kanda bebas mengahwini… 644 01:36:52,541 --> 01:36:54,208 Cukup, Henry. 645 01:36:55,166 --> 01:36:57,583 Kamu tak tahu segala yang kami harungi. 646 01:36:58,250 --> 01:37:00,500 Kamu tak tahu kisah kami. 647 01:37:08,833 --> 01:37:10,208 Kumpulkan keluarga awak 648 01:37:12,041 --> 01:37:13,375 dan lari dari sini. 649 01:37:15,416 --> 01:37:16,750 Ayuh. Mari kita pergi. 650 01:37:18,583 --> 01:37:22,041 Aku akan beri kamu semua satu peluang akhir untuk lari. 651 01:37:29,541 --> 01:37:30,375 Tak mahu lari? 652 01:37:32,458 --> 01:37:34,958 Kurang ajar. 653 01:37:36,000 --> 01:37:37,750 Kamu ingat kami takut kepada kamu? 654 01:37:39,166 --> 01:37:40,000 Kenapa? 655 01:37:40,750 --> 01:37:43,958 Kerana kamu berjaya melepaskan diri daripada naga itu? 656 01:37:47,750 --> 01:37:50,041 Bukan aku yang kau patut takuti. 657 01:37:51,166 --> 01:37:54,500 Sekarang, kisah hidup kau akan berakhir. 658 01:37:55,583 --> 01:37:56,583 Lari! 659 01:38:10,958 --> 01:38:13,208 - Naga! - Lari! 660 01:38:36,333 --> 01:38:42,875 Tidak! 661 01:39:29,166 --> 01:39:31,333 Tolong aku angkat tong ini. 662 01:39:31,416 --> 01:39:32,833 Pekalah sikit, nak. 663 01:39:32,958 --> 01:39:35,125 Kamu tentu bergurau. 664 01:39:35,208 --> 01:39:36,125 Saya serius. 665 01:39:36,208 --> 01:39:37,958 Kita akan memerintah bersama. 666 01:39:38,041 --> 01:39:39,541 Kita ada banyak makanan. 667 01:39:39,708 --> 01:39:42,083 Cukup untuk musim sejuk ini dan yang seterusnya. 668 01:39:42,166 --> 01:39:43,166 Elodie. 669 01:39:43,250 --> 01:39:46,416 Saya yakin mak cik sajalah yang boleh menjaga rakyat kita. 670 01:39:55,333 --> 01:39:56,541 Boleh saya bantu? 671 01:39:59,833 --> 01:40:00,666 Floria. 672 01:40:01,375 --> 01:40:02,583 Sudah tentu. 673 01:40:12,000 --> 01:40:14,541 Mak cik, tengok ini. 674 01:40:14,625 --> 01:40:16,208 Indahnya. 675 01:40:16,291 --> 01:40:19,416 Cik puan, ke mana haluan kita? 676 01:40:21,750 --> 01:40:22,750 Pulang. 677 01:47:11,208 --> 01:47:16,208 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati