1 00:00:06,843 --> 00:00:09,883 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:23,203 --> 00:00:24,723 SEBUAH PULAU 3 00:00:28,483 --> 00:00:29,923 PARTI EKSKLUSIF 4 00:00:33,443 --> 00:00:34,963 PERISA BARU 5 00:00:40,043 --> 00:00:41,763 SELAMAT DATANG KE PERJALANAN TERHEBAT 6 00:00:42,443 --> 00:00:46,243 EDEN BIRU 7 00:00:54,843 --> 00:00:56,563 Ini masa untuk dilahirkan semula. 8 00:01:00,643 --> 00:01:03,843 Tinggalkan beban kehidupan selama-lamanya. 9 00:01:05,323 --> 00:01:08,843 Pada penghujung laluan, kamu akan temui kunci kemajuan, 10 00:01:10,243 --> 00:01:13,363 bintang yang akan beri panduan dari saat itu. 11 00:01:15,243 --> 00:01:17,843 Alam semula jadi tawarkan kamu cabaran. 12 00:01:24,963 --> 00:01:26,883 Buktikan kamu layak terima restunya. 13 00:04:11,883 --> 00:04:13,683 Bertenang. 14 00:04:16,963 --> 00:04:18,923 Dia okey. 15 00:04:19,003 --> 00:04:20,523 Awak lakukan dengan baik. 16 00:04:23,803 --> 00:04:24,883 Tahniah. 17 00:04:53,163 --> 00:04:55,723 Api menghapuskan perkara yang menyeksa kamu. 18 00:04:57,003 --> 00:04:59,483 Tak lama lagi kamu akan jadi suri teladan. 19 00:04:59,563 --> 00:05:03,243 Tak lama lagi kita akan anjurkan Pesta Eden seterusnya. 20 00:05:04,123 --> 00:05:06,603 Seratus tetamu akan datang. 21 00:05:07,123 --> 00:05:09,963 Namun, hanya beberapa, yang terbaik 22 00:05:10,523 --> 00:05:12,483 akan menjadi keluarga kita. 23 00:05:12,563 --> 00:05:15,043 Kamu tahu pengorbanan yang perlu dilakukan. 24 00:05:15,123 --> 00:05:17,683 Gred satu yang kamu dah capai 25 00:05:18,243 --> 00:05:20,723 memerlukan komitmen tinggi kepada yayasan. 26 00:05:22,763 --> 00:05:25,723 Saya tahu kamu akan beri yang terbaik. 27 00:05:28,563 --> 00:05:31,523 Namun, bukan kamu saja yang berkembang malam ini. 28 00:05:32,403 --> 00:05:35,323 Kelebihan capai gred dua, 29 00:05:36,643 --> 00:05:38,203 tak perlu jalan atas api. 30 00:05:39,203 --> 00:05:40,843 Alma, Eva, 31 00:05:40,923 --> 00:05:43,883 alam semula jadi beri ganjaran untuk usaha kamu. 32 00:05:46,523 --> 00:05:51,003 Akhirnya, seseorang yang layak dinaikkan ke gred tertinggi. Gred tiga. 33 00:05:51,083 --> 00:05:54,003 Orang yang saya dan Astrid bangga. 34 00:05:58,283 --> 00:06:01,363 Kawan, terima kasih atas dedikasi awak. 35 00:06:01,883 --> 00:06:04,363 Terima kasih atas kesetiaan awak, Ulises. 36 00:06:05,003 --> 00:06:06,003 Selamat datang. 37 00:06:22,163 --> 00:06:23,243 Tenang. 38 00:06:23,883 --> 00:06:26,163 Lecur sikit saja. Jangan risau. 39 00:06:31,203 --> 00:06:32,483 Awak okey, África? 40 00:06:33,923 --> 00:06:36,723 Minuman itu buat saya teringat segalanya. 41 00:06:38,363 --> 00:06:40,483 Saya lupa wajah mak saya. 42 00:06:42,243 --> 00:06:44,163 Ketika berusia enam tahun, 43 00:06:45,843 --> 00:06:48,083 mak saya tinggalkan saya di taman 44 00:06:48,683 --> 00:06:49,843 dan pergi. 45 00:06:50,523 --> 00:06:51,923 Apa awak buat? 46 00:06:52,443 --> 00:06:53,683 Saya terus bermain. 47 00:06:54,203 --> 00:06:55,803 Itu perkara biasa. 48 00:06:56,323 --> 00:06:58,403 Apabila dia perlukan rehat, 49 00:06:58,483 --> 00:07:04,203 dia akan minum di bar berdekatan tapi dia selalu kembali. 50 00:07:05,123 --> 00:07:07,083 Tapi, kali itu berbeza. 51 00:07:08,603 --> 00:07:10,203 Saya tak jumpa dia lagi. 52 00:07:12,323 --> 00:07:15,243 Saya tunggu dia di sana sepanjang malam. 53 00:07:15,763 --> 00:07:18,443 Menjerit, mencari dia… 54 00:07:20,803 --> 00:07:22,563 Saya sangat takut. 55 00:07:24,123 --> 00:07:26,083 Sama seperti hari ini. 56 00:07:29,243 --> 00:07:31,003 Semuanya salah saya. 57 00:07:31,883 --> 00:07:36,643 Dia terpaksa buat tiga kerja dan menyara anak. 58 00:07:38,243 --> 00:07:39,083 Serta, 59 00:07:39,763 --> 00:07:41,683 saya anak yang nakal. 60 00:07:57,203 --> 00:07:58,243 Dia kata apa? 61 00:07:58,323 --> 00:08:00,443 Kita berhak dapat malam istimewa. 62 00:08:05,323 --> 00:08:07,283 Awak nak biarkan dia terbakar? 63 00:08:07,363 --> 00:08:09,963 Saya tak nak ia berlaku di depan semua orang. 64 00:08:10,043 --> 00:08:11,443 Kenapa awak risau? 65 00:08:11,523 --> 00:08:13,883 Sebab kita ketuai berdua. 66 00:08:13,963 --> 00:08:18,403 - Jika bertindak sendiri, takkan berjaya. - África layak diberi kenaikan. 67 00:08:18,483 --> 00:08:19,963 Tiada siapa patut marah. 68 00:08:20,043 --> 00:08:22,723 - Awak sedar saya terima ugutan bunuh? - Ya. 69 00:08:22,803 --> 00:08:26,123 - Sebab mereka nampak kita lemah. - Pelakunya dah terima balasan. 70 00:08:26,203 --> 00:08:29,643 - Awak rasa Claudia yang ugut? - Tak kisah jika dia buat. 71 00:08:29,723 --> 00:08:33,363 Mereka tahu tindak balas kita. Mereka akan fikir dua kali. 72 00:08:33,443 --> 00:08:37,243 Kita pernah diugut sebelum ini dan pasti akan berlaku lagi. 73 00:08:37,323 --> 00:08:38,603 Tapi kita tabah. 74 00:08:39,123 --> 00:08:44,483 Kita akan dapat petanda yang dinantikan dan pergi ke Eden sebenar bersama Isaac. 75 00:08:46,043 --> 00:08:47,563 Itu yang penting. 76 00:08:47,643 --> 00:08:49,243 Betul atau tidak? 77 00:09:16,003 --> 00:09:17,803 - Ada orang nampak awak? - Tak. 78 00:09:20,483 --> 00:09:21,683 Awak terima isyarat? 79 00:09:22,443 --> 00:09:25,963 - Apa awak nak? - Ucap tahniah atas kenaikan gred awak. 80 00:09:26,683 --> 00:09:29,603 Tahniah kepada awak juga. Itu yang awak mahu. 81 00:09:30,643 --> 00:09:31,763 Gred dua. 82 00:09:32,443 --> 00:09:34,203 Pengorbanan berbaloi. 83 00:09:35,363 --> 00:09:37,363 Saya tak rasa Fran akan bersetuju. 84 00:09:38,723 --> 00:09:41,083 Dia mahu yang terbaik untuk pemberontakan ini. 85 00:09:43,563 --> 00:09:45,403 Awak sanggup repot saya juga? 86 00:09:50,683 --> 00:09:53,163 - Bagaimana dengan Zoa? - Saya masih berusaha. 87 00:09:53,243 --> 00:09:55,363 Ada berita tentang ugutan bunuh? 88 00:09:55,883 --> 00:09:58,523 Tidak. Dia fikir itu perbuatan kita. 89 00:09:59,803 --> 00:10:00,883 Siapa agaknya? 90 00:10:02,603 --> 00:10:03,763 Claudia? 91 00:10:03,843 --> 00:10:06,283 Tak. Dia pun tuduh kita. 92 00:10:07,243 --> 00:10:10,483 - Awak nampak tanda itu, bukan? - Simbol Lilith. 93 00:10:11,323 --> 00:10:13,683 Mengaku saja. Macam kerja awak. 94 00:10:15,283 --> 00:10:18,723 Kita tahu tak lama lagi. Awak dalam jawatankuasa sekarang. 95 00:10:18,803 --> 00:10:20,883 Pandangan awak akan lebih jelas. 96 00:10:21,403 --> 00:10:24,563 - Kita perlu tahu dulu. - Awak akan rekrut mereka? 97 00:10:25,363 --> 00:10:27,203 Kita perlukan bantuan. 98 00:10:29,603 --> 00:10:30,683 Saya akan berjaga-jaga. 99 00:10:30,763 --> 00:10:33,803 - Kematian untuk Astrid. - Kematian untuk Astrid. 100 00:11:01,563 --> 00:11:02,763 Tidur lena? 101 00:11:03,803 --> 00:11:04,803 Baik. 102 00:11:07,443 --> 00:11:08,523 Baik saja? 103 00:11:12,443 --> 00:11:13,883 Sangat baik. 104 00:11:27,523 --> 00:11:29,243 Awak bos saya sekarang? 105 00:11:33,683 --> 00:11:34,643 Bukan bos awak. 106 00:11:37,603 --> 00:11:38,643 Pemilik awak. 107 00:11:48,283 --> 00:11:49,363 Terima kasih, Mar. 108 00:11:50,203 --> 00:11:51,163 Ada apa? 109 00:11:51,243 --> 00:11:54,243 Saya tahu awak tak buat keputusan dengan bersahaja. 110 00:11:54,323 --> 00:11:56,443 Sekejap, Nico. Terus terang saja. 111 00:11:56,963 --> 00:12:00,403 Awak tak rasa saya layak dinaikkan gred macam Alma dan Eva? 112 00:12:00,923 --> 00:12:04,123 Awak rasa pencapaian awak sama? 113 00:12:04,803 --> 00:12:07,803 Saya orang pautan Zoa. 114 00:12:08,523 --> 00:12:11,403 Dengan hasil yang tak seberapa? 115 00:12:12,203 --> 00:12:15,083 Dia sedikit mencabar. Saya benar-benar cuba. 116 00:12:15,643 --> 00:12:17,723 Saya ada rancangan lain untuk awak. 117 00:12:18,403 --> 00:12:20,563 Seseorang perlu perhatikan Zoa. 118 00:12:20,643 --> 00:12:22,323 Ya. Seseorang akan perhati. 119 00:12:30,203 --> 00:12:33,083 - Saya letak barang awak di sana. - Memang awak. 120 00:12:34,043 --> 00:12:35,483 Saya ikut arahan saja. 121 00:12:36,083 --> 00:12:39,043 Saya cuma akan cakap sekali. 122 00:12:39,963 --> 00:12:41,883 Zoa milik saya. 123 00:12:41,963 --> 00:12:44,403 Okey. Apa kata kita tanya dia? 124 00:12:47,083 --> 00:12:50,323 - Apa? - Nico kata awak milik dia. 125 00:12:50,403 --> 00:12:51,243 Taklah. 126 00:12:52,323 --> 00:12:53,643 Apa awak buat di sini? 127 00:12:58,523 --> 00:12:59,523 Helo. 128 00:12:59,603 --> 00:13:01,683 - Awak ibu Zoa Rey? - Ya. 129 00:13:02,283 --> 00:13:04,123 Ibón Arregui, anak lelaki klien saya, 130 00:13:04,723 --> 00:13:07,203 hilang pada hari yang sama anak awak hilang. 131 00:13:07,283 --> 00:13:10,803 Dia tak hilang. Dia pernah buat sebelum ini. 132 00:13:10,883 --> 00:13:13,323 Dia marah, dia akan pergi tenangkan diri. 133 00:13:13,923 --> 00:13:16,843 Ketika dia sepuluh tahun, semasa krisis keluarga, 134 00:13:16,923 --> 00:13:19,003 dia tinggal sebulan bersama Judith. 135 00:13:19,083 --> 00:13:21,883 - Mungkin dia bersama Judith. - Judith. 136 00:13:22,683 --> 00:13:25,523 Dia hantar mesej kata semuanya okey. 137 00:13:26,883 --> 00:13:28,403 - Boleh saya lihat? - Ya. 138 00:13:31,483 --> 00:13:32,443 Terima kasih. 139 00:13:33,723 --> 00:13:35,403 Bukan nombor peribadi. 140 00:13:35,483 --> 00:13:36,923 SAYA PERLU TENANGKAN FIKIRAN 141 00:13:37,003 --> 00:13:38,763 Sama macam mesej Ibón. 142 00:13:40,363 --> 00:13:44,483 - Ada sesiapa tinggal bersama awak? - Ya. Seorang lagi anak perempuan. 143 00:13:45,163 --> 00:13:48,563 Gabi. Dia 16 tahun. Dia pergi tanpa tinggalkan pesan. 144 00:13:49,083 --> 00:13:50,003 Oh, begitu. 145 00:13:50,843 --> 00:13:54,003 Awak rasa ada kemungkinan 146 00:13:54,763 --> 00:13:57,483 Gabi pergi jumpa kakaknya? 147 00:13:58,603 --> 00:13:59,843 Saya pun rasa begitu. 148 00:14:00,763 --> 00:14:03,523 Namun, setelah dengar kata-kata awak, 149 00:14:03,603 --> 00:14:05,203 saya tak pasti. 150 00:14:05,723 --> 00:14:06,763 Roberta. 151 00:14:08,403 --> 00:14:10,363 Bertenang, okey? 152 00:14:10,963 --> 00:14:12,403 - Terima kasih. - Tarik nafas. 153 00:14:14,603 --> 00:14:15,603 Rasa lebih baik? 154 00:14:18,323 --> 00:14:21,523 - Kita, ibu, perlu bantu satu sama lain. - Ya. 155 00:14:22,243 --> 00:14:23,803 Awak ada anak? 156 00:14:24,483 --> 00:14:25,523 Ya, tengoklah. 157 00:14:29,243 --> 00:14:30,603 Comelnya. 158 00:14:32,563 --> 00:14:34,483 Saya akan hilang arah tanpanya. 159 00:14:35,003 --> 00:14:36,003 Itu katil awak. 160 00:14:38,083 --> 00:14:38,923 Itu? 161 00:14:39,003 --> 00:14:41,123 Ya. Awak tidur di sana. Ayuh. 162 00:14:47,523 --> 00:14:48,363 Siapa dia? 163 00:14:48,443 --> 00:14:52,203 Orang terdahulu. Wanita hebat. Dia ajar saya segala-galanya. 164 00:14:52,283 --> 00:14:53,483 Saya tak kenal dia. 165 00:14:54,003 --> 00:14:55,923 Semasa awak sampai di sini, dia… 166 00:15:01,363 --> 00:15:05,203 Bagus juga awak membantu. Kita teruskan tradisi guru-pelajar. 167 00:15:05,283 --> 00:15:08,083 Ya. Saya harap hubungan kita berjalan lancar. 168 00:15:08,843 --> 00:15:09,763 Ya. 169 00:15:12,043 --> 00:15:14,163 Saya nak awak periksa semua rakaman. 170 00:15:15,883 --> 00:15:17,323 Apa yang kita cari? 171 00:15:18,963 --> 00:15:21,003 Ada penghuni yang nak bunuh saya. 172 00:15:23,403 --> 00:15:24,803 Saya nak cari mereka. 173 00:16:27,523 --> 00:16:31,683 - Rancangan itu takkan berjaya. Bahaya. - Charly jumpa laluan. 174 00:16:31,763 --> 00:16:32,883 Itu saja peluang kita. 175 00:16:32,963 --> 00:16:36,243 Ya, merayap dalam gua dan paut bot bergerak? 176 00:16:36,763 --> 00:16:38,243 Zoa, itu misi bunuh diri. 177 00:16:41,963 --> 00:16:46,523 - Saya tak boleh kembali kepada ayah saya. - Awak dah dewasa. Lawan dia. 178 00:16:46,603 --> 00:16:47,483 Awak tak kenal dia. 179 00:16:47,563 --> 00:16:50,363 Saya terikat kepada syarikat. Dia dah atur hidup saya. 180 00:16:50,443 --> 00:16:53,283 - Kenapa tak larikan diri? - Dia akan cari saya. 181 00:16:54,763 --> 00:16:57,083 - Tapi jika saya kekal di sini… - Jangan jadi bodoh. 182 00:16:57,163 --> 00:16:59,963 - Tiada sesiapa di sini pedulikan awak. - Tak benar. 183 00:17:00,043 --> 00:17:01,403 Alam dah dapat bintangnya. 184 00:17:01,483 --> 00:17:03,483 Dia tak perlukan awak. Saya dan Charly perlu. 185 00:17:03,563 --> 00:17:06,163 Zoa, saya nak jalani hidup saya. 186 00:17:07,003 --> 00:17:10,483 Bersama Alma atau sesiapa, saya nak buat keputusan sendiri. 187 00:17:12,843 --> 00:17:15,843 Saya tak ada pilihan kecuali tinggal di sini. 188 00:17:15,923 --> 00:17:17,723 Awak berpihak kepada mereka. 189 00:17:18,443 --> 00:17:20,763 - Zoa. - Saya tak nak cakap dengan awak. 190 00:17:29,563 --> 00:17:31,123 Kamu buat mak risau. 191 00:17:31,643 --> 00:17:32,563 Betulkah? 192 00:17:47,363 --> 00:17:48,363 Mari sini. 193 00:17:52,723 --> 00:17:56,163 - Kamu ke mana? - Bersama kawan. Ayah tak kenal. 194 00:17:58,163 --> 00:18:00,763 - Kawan mana, Gabi? - Bárbara. 195 00:18:03,043 --> 00:18:06,523 Kawan sekolah. Senior sekolah. Apa? Tak percaya? 196 00:18:07,283 --> 00:18:08,323 Hubungilah dia. 197 00:18:10,283 --> 00:18:12,083 Apa dia akan kata? 198 00:18:23,003 --> 00:18:24,883 Saya tak boleh hidup tanpa Zoa. 199 00:18:28,883 --> 00:18:30,243 Zoa pun perlukan kamu. 200 00:18:32,963 --> 00:18:34,923 Jangan pergi tanpa beritahu kami. 201 00:18:36,203 --> 00:18:37,443 Janji. 202 00:18:40,483 --> 00:18:41,763 Saya janji. 203 00:18:46,563 --> 00:18:48,003 Apa yang awak pandang? 204 00:18:51,563 --> 00:18:53,083 Tiada siapa tengok kita. 205 00:18:53,163 --> 00:18:54,563 Bagaimana awak pasti? 206 00:18:54,643 --> 00:18:56,963 Saya orang pautan baru awak, ingat tak? 207 00:18:58,203 --> 00:19:01,643 Kita baru nak saling mengenali. Permulaan kisah cinta kita. 208 00:19:04,203 --> 00:19:06,763 Relaks. Itu yang mereka fikir. 209 00:19:07,283 --> 00:19:10,523 - Awak boleh percaya saya. - Nico pun cakap begitu. 210 00:19:11,043 --> 00:19:12,403 Saya bukan Nico. 211 00:19:42,643 --> 00:19:46,443 Ini penculikan. Mungkin ramai yang lupa tapi bukan saya. 212 00:19:47,923 --> 00:19:50,683 Kita di syurga. Orang sanggup bayar untuk jadi kita. 213 00:19:50,763 --> 00:19:52,363 Tiada siapa minta saya bayar. 214 00:19:52,443 --> 00:19:54,123 Mereka tak perlukan wang. 215 00:19:54,203 --> 00:19:55,883 Keluarga Erick kaya. 216 00:19:55,963 --> 00:19:57,403 Apa yang mereka kejar? 217 00:19:57,483 --> 00:20:00,803 - Anak yang mereka tak mampu dapat. - Mereka mandul? 218 00:20:02,483 --> 00:20:04,123 Awak nampak budak di sini? 219 00:20:05,203 --> 00:20:06,683 Saya rasa nampak seorang. 220 00:20:07,203 --> 00:20:10,363 Angkara minuman itu. Ia buat awak berhalusinasi. 221 00:20:11,923 --> 00:20:15,963 Budak-budak tak dibenarkan di sini. Kita tak dibenarkan hamil. 222 00:20:16,043 --> 00:20:17,443 Apa maksud awak? 223 00:20:17,963 --> 00:20:20,403 Mereka mahu yang terbaik untuk kita. 224 00:20:20,483 --> 00:20:23,403 Jika tak tepati jangkaan mereka, awak akan digantikan. 225 00:20:23,923 --> 00:20:26,283 Pasti ada calon baru. 226 00:20:27,883 --> 00:20:31,283 Seseorang perlu menentang mereka. Sebab itu pemberontakan penting. 227 00:20:31,363 --> 00:20:33,563 Ramai yang rasa begitu. 228 00:20:34,563 --> 00:20:36,003 Bersatu kita teguh. 229 00:20:38,283 --> 00:20:39,963 Itu yang awak beritahu Fran? 230 00:20:41,123 --> 00:20:43,483 Mereka bunuh dia, begitu juga Claudia. 231 00:20:48,163 --> 00:20:52,283 Saya minta Fran tunggu beberapa hari, selepas pesta. 232 00:20:54,083 --> 00:20:55,763 Kami masih belum bersedia. 233 00:20:58,403 --> 00:21:00,123 Tapi dia nak tolong orang. 234 00:21:04,243 --> 00:21:05,763 Awak tak bunuh dia. 235 00:21:07,203 --> 00:21:08,483 Astrid yang bunuh. 236 00:21:19,363 --> 00:21:22,923 Maaf, mak lempang kamu tadi. Mak marah. 237 00:21:23,003 --> 00:21:24,363 Makan tanpa saya. 238 00:21:24,443 --> 00:21:26,403 - Kamu nak ke mana? - Keluar. 239 00:21:26,483 --> 00:21:27,883 Kamu baru balik. 240 00:21:29,163 --> 00:21:31,523 - Mak pula? - Mak? Kenapa dengan mak? 241 00:21:32,243 --> 00:21:33,803 Berapa lama mak akan ada di sini? 242 00:21:34,963 --> 00:21:37,963 Entahlah. Mak dan ayah kamu perlu berbincang. 243 00:21:40,683 --> 00:21:41,523 Ya. 244 00:21:41,603 --> 00:21:43,403 Kamu takkan rujuk, bukan? 245 00:21:44,483 --> 00:21:47,483 Kami tak jaga kamu dan kakak kamu dengan baik. 246 00:21:47,563 --> 00:21:51,083 - Jelas sekali. - Kamu perlukan ibu bapa yang sayang kamu. 247 00:21:51,163 --> 00:21:52,243 Keluarga sebenar. 248 00:21:53,323 --> 00:21:56,203 Mak dan ayah dah cakap begini berjuta kali. 249 00:21:56,283 --> 00:21:59,963 Kali ini betul. Kita berempat akan luang masa bersama. 250 00:22:01,003 --> 00:22:01,923 Zoa pula? 251 00:22:02,643 --> 00:22:05,443 Apabila dia kembali, kita pergi makan angin bersama. 252 00:22:05,523 --> 00:22:08,203 Ke kepulauan Greek. Apa kata kamu? 253 00:22:08,963 --> 00:22:10,003 Saya pergi dulu. 254 00:22:11,203 --> 00:22:13,203 Tunggu. Sebelum pergi, ambil ini. 255 00:22:14,323 --> 00:22:15,883 Dia nak cakap tentang Zoa. 256 00:22:17,483 --> 00:22:19,563 PENYIASAT PERSENDIRIAN 257 00:22:19,643 --> 00:22:22,243 Cantik gaya rambut kamu. 258 00:22:35,283 --> 00:22:36,483 Tak nak tegur saya? 259 00:22:36,563 --> 00:22:40,003 Mula-mula kata jangan, sekarang suruh pula. Saya tak faham. 260 00:22:43,563 --> 00:22:46,563 Saya tak faham maksud awak. Terlalu panjang untuk "hai." 261 00:22:46,643 --> 00:22:47,563 Tengok. 262 00:22:49,043 --> 00:22:50,843 Ulises gred 3 sekarang. 263 00:22:50,923 --> 00:22:54,323 Apa awak nak? Mahu saya belasah dia sebab dia tumbuk awak? 264 00:22:54,403 --> 00:22:57,123 Saya tahu awak takkan pertahankan saya, saya tak peduli. 265 00:23:00,203 --> 00:23:02,243 Saya pertahankan awak kepada jawatankuasa. 266 00:23:02,323 --> 00:23:05,603 - Daripada apa? - Saya datang nak beri amaran. 267 00:23:05,683 --> 00:23:07,643 Ulises sedang pantau awak. 268 00:23:08,243 --> 00:23:10,683 Awak mungkin sasaran seterusnya. Faham? 269 00:23:11,483 --> 00:23:13,843 Dengar. Jaga kelakuan. 270 00:23:14,603 --> 00:23:15,843 Jangan cari masalah. 271 00:23:15,923 --> 00:23:17,803 Saya nak awak selamat. 272 00:23:20,483 --> 00:23:21,403 Astrid tahu. 273 00:23:22,763 --> 00:23:24,203 Biarlah yang lain tahu. 274 00:23:32,243 --> 00:23:34,483 BAS JELAJAH BARCELONA 275 00:23:35,483 --> 00:23:36,403 MANA AFRILUX? 276 00:23:36,483 --> 00:23:39,043 IKUT DIA. BERSAMA GALATERRA, LUPAKAN DUNIA. 277 00:23:46,083 --> 00:23:47,563 Nak saya ambilkan? 278 00:23:48,363 --> 00:23:50,083 Ya. Terima kasih. 279 00:23:50,603 --> 00:23:51,563 Mari saya lihat. 280 00:23:56,043 --> 00:23:58,243 - Saya ambil beberapa. - Terima kasih. 281 00:23:58,323 --> 00:24:00,363 Tiada masalah. Awak dari mana? 282 00:24:02,403 --> 00:24:03,563 San Sebastián. 283 00:24:03,643 --> 00:24:04,723 Tak penting. 284 00:24:04,803 --> 00:24:07,083 Awak seiras seseorang. 285 00:24:08,683 --> 00:24:12,003 Awak ada hubungan dengan Zoa Rey? 286 00:24:17,843 --> 00:24:18,683 Siapa awak? 287 00:24:19,963 --> 00:24:22,363 Orang yang boleh bantu awak cari dia. 288 00:24:23,963 --> 00:24:25,523 Polis pun tak membantu. 289 00:24:29,643 --> 00:24:30,963 Saya bukan polis. 290 00:24:31,523 --> 00:24:34,163 Saya tak ikut cara polis. 291 00:24:36,963 --> 00:24:38,483 Siapa upah awak? 292 00:24:39,443 --> 00:24:41,843 Bukan Zoa saja yang hilang hari itu. 293 00:24:42,363 --> 00:24:45,323 Saya cuba bantu seorang ayah yang risaukan anaknya. 294 00:24:45,923 --> 00:24:47,883 Saya akan tolong awak, jika mahu. 295 00:24:49,563 --> 00:24:51,043 Awak tahu di mana dia? 296 00:24:51,843 --> 00:24:52,923 Belum tahu lagi. 297 00:24:54,803 --> 00:24:56,443 Saya tak percaya awak boleh tolong. 298 00:25:15,723 --> 00:25:17,443 AWAK OKEY? 299 00:25:17,523 --> 00:25:19,243 YA TIDAK 300 00:25:33,483 --> 00:25:35,483 SAYA RASA, TIDAK. 301 00:25:39,643 --> 00:25:41,363 Saya tak rasa nak berbual. 302 00:25:59,923 --> 00:26:01,043 Apa yang berlaku? 303 00:26:12,523 --> 00:26:13,803 Apa maksudnya? 304 00:26:15,963 --> 00:26:17,683 KAMI MASIH BERSAMA 305 00:26:18,963 --> 00:26:20,083 Kami buat setiap malam. 306 00:26:21,043 --> 00:26:24,083 Sebagai ingatan, kami sentiasa ada untuk satu sama lain. 307 00:26:49,403 --> 00:26:50,763 Kamu buat saya cemburu. 308 00:26:54,243 --> 00:26:57,803 Penting percayai seseorang. Walaupun seorang. 309 00:26:59,283 --> 00:27:01,003 Tentu awak ada seseorang. 310 00:27:59,603 --> 00:28:00,723 Kenapa? 311 00:28:02,683 --> 00:28:04,323 Awak di pihak mana? 312 00:28:08,203 --> 00:28:09,523 Jangan pandang begitu. 313 00:28:10,803 --> 00:28:13,083 Jika nak lakukannya, kita perlu jujur. 314 00:28:16,363 --> 00:28:18,283 Awak nak larikan diri dari sini? 315 00:28:20,923 --> 00:28:22,683 - Tiada sesiapa berjaya. - Kami boleh. 316 00:28:22,763 --> 00:28:23,883 Mereka akan bunuh awak. 317 00:28:31,043 --> 00:28:32,243 Ikut saya. 318 00:28:36,443 --> 00:28:37,523 Tak boleh, Zoa. 319 00:28:38,043 --> 00:28:40,643 Ada lebih 50 orang saya tak boleh tinggalkan. 320 00:28:40,723 --> 00:28:42,203 Kita kembali selamatkan mereka. 321 00:28:45,723 --> 00:28:48,003 Jika awak tukar fikiran, saya di sini. 322 00:30:19,883 --> 00:30:20,803 Balik dulu. 323 00:31:02,003 --> 00:31:02,843 Ingat saya? 324 00:31:34,243 --> 00:31:35,683 ULISES GRED 3 325 00:32:48,003 --> 00:32:48,923 Erick. 326 00:32:52,043 --> 00:32:53,043 Tenang. 327 00:32:54,483 --> 00:32:56,643 Panggil Saúl. 328 00:32:57,403 --> 00:33:00,323 - Pergi. - Tidak. Orang tak boleh tahu. 329 00:33:00,403 --> 00:33:01,643 Saya tak nak mati. 330 00:33:01,723 --> 00:33:04,443 Awak takkan mati. 331 00:33:05,483 --> 00:33:06,683 Kita jumpa Isaac. 332 00:33:06,763 --> 00:33:07,603 - Okey. - Okey? 333 00:33:07,683 --> 00:33:08,803 Ayuh. 334 00:33:09,523 --> 00:33:10,363 Bangun. 335 00:33:46,003 --> 00:33:46,963 Isaac? 336 00:33:47,763 --> 00:33:48,763 Isaac? 337 00:33:52,043 --> 00:33:53,123 Dia nazak. 338 00:35:15,163 --> 00:35:20,163 Terjemahan sari kata oleh Jasmine Izam