1 00:00:06,680 --> 00:00:09,960 SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:24,440 --> 00:00:28,960 Bumi, rumah bagi berjuta-juta spesies. 3 00:00:33,520 --> 00:00:36,800 Tetapi apa yang mungkin hidup, di luar? 4 00:00:42,280 --> 00:00:45,600 Ahli astronomi telah temui beribu planet 5 00:00:45,680 --> 00:00:47,680 di luar sistem suria kita. 6 00:00:50,680 --> 00:00:53,640 Mereka yakin ada trilion lagi. 7 00:00:56,840 --> 00:01:00,280 Jika kehidupan ini cuma sebahagian kecil daripadanya, 8 00:01:01,440 --> 00:01:06,200 maka alam semesta pasti hidup. 9 00:01:15,880 --> 00:01:19,360 Semua makhluk hidup mempunyai keperluan yang sama. 10 00:01:22,320 --> 00:01:23,280 Untuk makan, 11 00:01:30,320 --> 00:01:31,480 membiak 12 00:01:36,000 --> 00:01:37,480 dan berkembang. 13 00:01:41,040 --> 00:01:43,680 Dengan menerapkan hukum kehidupan di bumi 14 00:01:44,240 --> 00:01:46,280 ke seluruh alam semesta, 15 00:01:48,040 --> 00:01:49,840 membolehkan bayangan 16 00:01:50,400 --> 00:01:51,600 tentang kehidupan 17 00:01:53,120 --> 00:01:55,320 di dunia asing. 18 00:02:28,640 --> 00:02:32,240 Menjadi ahli astronomi sentiasa menjadi buah mulut manusia. 19 00:02:33,640 --> 00:02:37,280 Dua soalan yang akan selalu diterima. Pertama, "Apa isi lubang hitam?" 20 00:02:37,360 --> 00:02:40,000 SAINS ANEH FANTASI ANEH 21 00:02:40,080 --> 00:02:42,400 "Bagaimana kehidupan di tempat lain di alam semesta? 22 00:02:46,160 --> 00:02:49,440 Kemudian, kami sentiasa datang ke sini. 23 00:02:49,520 --> 00:02:51,120 ADAM FRANK AHLI ASTROFIZIK 24 00:02:52,560 --> 00:02:57,520 KAWASAN 51 NEVADA, AMERIKA SULIT 25 00:03:06,000 --> 00:03:07,680 BERHENTI 26 00:03:07,760 --> 00:03:11,680 Kawasan 51 adalah pangkalan Tentera Udara rahsia AS. 27 00:03:13,320 --> 00:03:19,120 Kewujudannya hanya dikenali secara rasmi pada 2013. 28 00:03:24,760 --> 00:03:26,800 Jadi, apa sebenarnya ada di sana? 29 00:03:26,920 --> 00:03:29,640 Tak siapa tahu. 30 00:03:29,720 --> 00:03:35,360 Tentunya, ada yang anggap mereka tahu. Orang yang percaya, ahli teori konspirasi, 31 00:03:35,520 --> 00:03:38,840 mereka fikir ada badan makhluk asing di situ. 32 00:03:38,920 --> 00:03:43,280 Semua makhluk asing yang mati akibat hempasan kapal angkasa dibawa ke sana 33 00:03:43,360 --> 00:03:46,400 dan disimpan di dalam peti atau pemusnah 34 00:03:46,480 --> 00:03:49,240 atau apa saja teknologi yang diperlukan badan makhluk asing. 35 00:03:49,600 --> 00:03:52,680 Di situlah lokasi segala rahsia 36 00:03:52,760 --> 00:03:55,480 yang kita tak dibenarkan tahu disimpan. 37 00:03:57,080 --> 00:04:00,760 KAWASAN 51 38 00:04:04,520 --> 00:04:08,200 Ini adalah rakaman yang konon menunjukkan badan makhluk asing 39 00:04:08,920 --> 00:04:11,200 sedang diperiksa di Kawasan 51. 40 00:04:17,040 --> 00:04:18,720 Namun video ini satu rekaan, 41 00:04:21,640 --> 00:04:25,440 mengekalkan idea yang makhluk asing ada di kalangan kita. 42 00:04:29,200 --> 00:04:32,600 PENDUDUK BUMI MENGALU-ALUKAN MAKHLUK ASING RESTORAN, BAR, MOTEL 43 00:04:35,040 --> 00:04:39,320 Sebab kebanyakan ufologi berbunyi seakan kisah sains fiksyen adalah, 44 00:04:39,600 --> 00:04:41,600 ia memang kisah sains fiksyen. 45 00:04:54,160 --> 00:04:57,560 Namun, di sebalik isu ufologi ini, 46 00:04:57,640 --> 00:05:02,000 saya percaya memang ada hidupan lain di alam semesta. 47 00:05:02,280 --> 00:05:05,400 Sebagai saintis, saya berpegang pada kepercayaan itu 48 00:05:05,480 --> 00:05:09,080 kerana saya yakin di situlah nombornya melepasi kita. 49 00:05:09,600 --> 00:05:13,360 PESAWAT TERBANG RENDAH. 50 00:05:18,280 --> 00:05:21,000 Beberapa tahun lalu, saya dan rakan sekerja 51 00:05:21,400 --> 00:05:24,520 cuba mengambil semua data luar biasa yang kami ada sekarang 52 00:05:24,720 --> 00:05:27,640 dan kami catit persamaan yang membenarkan kami 53 00:05:27,800 --> 00:05:32,760 mengira jumlah planet di luar sana 54 00:05:32,840 --> 00:05:34,640 yang mungkin ada peradaban. 55 00:05:35,160 --> 00:05:40,160 Pada dasarnya, kami temui sepuluh bilion, 56 00:05:40,960 --> 00:05:42,080 trilion 57 00:05:43,000 --> 00:05:44,120 planet di luar sana 58 00:05:45,440 --> 00:05:50,040 di tempat yang tepat di mana kehidupan serta mungkin peradaban boleh dibentuk. 59 00:05:57,240 --> 00:06:00,560 Setiap satu planet itu pada hakikatnya adalah eksperimen. 60 00:06:00,680 --> 00:06:04,480 Jika semua planet selain bumi yang tak hidup dalam peradaban, 61 00:06:05,160 --> 00:06:06,760 itu agak keterlaluan. 62 00:06:14,120 --> 00:06:18,000 Jika peradaban asing  mungkin wujud secara statistik, 63 00:06:18,600 --> 00:06:21,320 kenapa ahli astronomi tak jumpa sebarang tanda? 64 00:06:25,120 --> 00:06:26,440 Di mana semua makhluk? 65 00:06:28,960 --> 00:06:30,360 Fikir begini, 66 00:06:30,480 --> 00:06:35,880 di dalam Lautan Pasifik, terdapat 187 juta bilion gelen air. 67 00:06:35,960 --> 00:06:40,080 Kalau saya ambil baldi ini dan lempar ke dalam laut, 68 00:06:43,400 --> 00:06:44,680 kemudian lempar 69 00:06:45,800 --> 00:06:46,920 dan lihat isinya… 70 00:06:49,240 --> 00:06:51,280 Okey. Apa yang kita lihat? 71 00:06:53,240 --> 00:06:54,200 Tiada apa-apa. 72 00:06:55,440 --> 00:06:58,240 Adakah apabila saya tak nampak hidupan dalam baldi ini 73 00:06:58,320 --> 00:07:00,520 bermakna tiada hidupan  dalam Lautan Pasifik? 74 00:07:00,640 --> 00:07:03,880 Itu mustahil, bukan? Ada pelbagai hidupan di dalam laut. 75 00:07:04,120 --> 00:07:07,360 Ada memerang, ikan paus, sotong gurita dan ubur-ubur, 76 00:07:07,440 --> 00:07:09,240 hanya Tuhan yang tahu isinya! 77 00:07:10,000 --> 00:07:11,640 Cuma ia tiada di sini. 78 00:07:14,240 --> 00:07:16,720 Sebab itu ini metafora sempurna 79 00:07:16,800 --> 00:07:19,280 untuk pencarian kepintaran di luar angkasa. 80 00:07:21,840 --> 00:07:26,320 Setiap kali kami melihat bintang individu, seakan melempar baldi di lautan. 81 00:07:28,640 --> 00:07:31,280 Kami perlu mencari bintang yang banyak 82 00:07:31,360 --> 00:07:34,280 dan melalui pelbagai data, 83 00:07:35,080 --> 00:07:39,040 sehingga menemui petunjuk yang membawa kami ke tamadun yang lain. 84 00:07:53,440 --> 00:07:59,520 Apakah jenis tamadun asing yang mungkin wujud dalam angkasa yang luas? 85 00:08:05,800 --> 00:08:12,680 Bayangkan planet, berusia sembilan bilion tahun, dua kali lebih tua daripada bumi. 86 00:08:14,120 --> 00:08:18,600 Cukup tua untuk kecerdasan yang amat mahu boleh berkembang. 87 00:08:22,440 --> 00:08:24,400 Ini Terra. 88 00:08:31,720 --> 00:08:34,280 Dahulu ia subur. 89 00:08:36,320 --> 00:08:38,080 Kini ia tandus. 90 00:08:39,640 --> 00:08:42,640 Namun hidupan masih boleh berkembang di sini, 91 00:08:45,040 --> 00:08:47,280 dalam kubah buatan. 92 00:08:57,480 --> 00:09:01,080 Tumbuhan mengubah cahaya matahari menjadi tenaga glukosa, 93 00:09:03,320 --> 00:09:05,800 yang memberi makan penduduk Terra. 94 00:09:16,520 --> 00:09:21,880 Setiap kotak mengandungi isu otak makhluk yang amat cerdas. 95 00:09:24,160 --> 00:09:28,120 Semakin lama, mereka berevolasi untuk tak menggunakan badan sendiri. 96 00:09:30,440 --> 00:09:33,200 Mereka wujud hanya sebagai tisu saraf. 97 00:09:38,720 --> 00:09:40,120 Mereka tak pernah tua. 98 00:09:40,520 --> 00:09:41,680 Mereka tak pernah mati. 99 00:09:42,440 --> 00:09:45,400 Mereka dipantau dan dikendalikan robot. 100 00:09:49,600 --> 00:09:51,440 Setiap satunya adalah individu. 101 00:09:53,240 --> 00:09:56,600 Namun mereka saling terhubung untuk berfikir sebagai satu, 102 00:09:57,120 --> 00:09:58,560 sebuah sarang minda. 103 00:10:02,240 --> 00:10:06,120 Ini adalah peradaban yang amat maju. 104 00:10:14,280 --> 00:10:21,240 Di bumi, cuma manusia yang boleh mencipta bentuk ketamadunan. 105 00:10:25,320 --> 00:10:29,200 Kenapa makhluk  cerdas lain tak buat begitu? 106 00:10:29,880 --> 00:10:33,040 SEATTLE WASHINGTON, AMERIKA 107 00:10:38,440 --> 00:10:42,080 Octopus adalah seakan makhluk asing pintar 108 00:10:42,160 --> 00:10:44,080 yang muncul di planet kita. 109 00:10:51,960 --> 00:10:54,800 Octopus tergolong dalam kumpulan yang disebut sefalopod. 110 00:10:57,040 --> 00:10:59,960 Ia telah berkembang dalam cara yang amat berbeza. 111 00:11:04,440 --> 00:11:08,520 Octopus mempunyai sistem saraf yang terpisah di setiap lengannya. 112 00:11:09,560 --> 00:11:12,640 Setiap lengan mengandungi kira-kira 14 juta neuron. 113 00:11:13,240 --> 00:11:16,200 Setiap lengan berupaya  membuat keputusan sendiri. 114 00:11:17,040 --> 00:11:21,320 Jadi ia boleh dikatakan mempunyai  sembilan otak yang terpisah. 115 00:11:25,120 --> 00:11:27,480 Rasa macam nak pegang ia. 116 00:11:33,480 --> 00:11:35,880 Permainan Lego seperti sukar dileraikan. 117 00:11:36,760 --> 00:11:40,160 Tapi kami ingin tahu jika ia mampu membukanya. 118 00:12:07,760 --> 00:12:10,120 Octopus ternyata bijak. 119 00:12:13,440 --> 00:12:17,360 Namun bijak saja tak cukup  untuk bentuk peradaban. 120 00:12:28,040 --> 00:12:30,360 Kuncinya ialah kerjasama, 121 00:12:32,200 --> 00:12:33,360 berkongsi idea, 122 00:12:35,760 --> 00:12:41,040 menurunkan pengetahuan dari generasi ke generasi seterusnya. 123 00:12:45,120 --> 00:12:47,480 Budaya kita sentiasa meningkat. 124 00:12:48,600 --> 00:12:51,680 Kita terus membina ciptaan masing-masing. 125 00:12:55,840 --> 00:12:56,880 Baiklah. 126 00:13:00,320 --> 00:13:01,760 Ambil teksi ini sebagai contoh. 127 00:13:03,040 --> 00:13:06,400 Roda dicipta lebih  daripada 5.5 ribu tahun dahulu. 128 00:13:06,960 --> 00:13:10,640 Besi mula dileburkan lebih  daripada 4.5 ribu tahun dahulu. 129 00:13:12,440 --> 00:13:16,520 Getah tervulkan digunakan untuk tayar sejak 180 tahun lalu. 130 00:13:19,240 --> 00:13:20,440 Kesemua penemuan ini 131 00:13:20,520 --> 00:13:24,240 diperlukan untuk membina sesuatu yang rumit seperti kereta ini. 132 00:13:24,640 --> 00:13:27,280 KUNING 133 00:13:27,520 --> 00:13:31,760 Octopus pula, perlu ketahui segalanya untuk dirinya sendiri. 134 00:13:33,720 --> 00:13:37,160 Tiada peningkatan atau penyelesaian sebelumnya. 135 00:13:37,840 --> 00:13:40,760 Itu memberinya had, walaupun dengan sembilan otak. 136 00:13:44,720 --> 00:13:48,400 Peradaban adalah seperti organisma hidup, 137 00:13:50,160 --> 00:13:52,560 dengan berjuta bahagian yang bersambung. 138 00:13:55,920 --> 00:13:57,560 Kesinambungan inilah 139 00:13:58,120 --> 00:14:00,240 yang membolehkan mereka berkembang. 140 00:14:06,400 --> 00:14:09,480 KEAMATAN BINTANG 141 00:14:12,120 --> 00:14:16,080 Namun peradaban  di Terra berada dalam bahaya. 142 00:14:19,520 --> 00:14:22,800 Usia bintangnya dua kali  ganda matahari kita. 143 00:14:28,080 --> 00:14:32,760 Apabila bintang semakin tua, ia menjadi semakin besar dan cerah. 144 00:14:37,680 --> 00:14:42,040 Akhirnya, planet Terra akan terbakar. 145 00:14:48,720 --> 00:14:51,840 Maka, rancangan  menyelamatkan diri sedang berjalan, 146 00:14:56,440 --> 00:15:00,200 untuk menjajah planet lain di dalam sistem suria yang sama 147 00:15:03,160 --> 00:15:05,440 jauh daripada bintang dari Terra. 148 00:15:12,920 --> 00:15:16,600 Terdapat ais di dunia ini,  tapi tiada atmosfera. 149 00:15:19,640 --> 00:15:22,280 Ia perlu dihasilkan. 150 00:15:33,840 --> 00:15:37,800 Ini adalah kejuruteraan pada skala planet. 151 00:15:42,320 --> 00:15:45,080 Mesin raksasa mencairkan penutup ais 152 00:15:46,040 --> 00:15:48,200 untuk mengeluarkan wap dan gas, 153 00:15:52,920 --> 00:15:56,600 menjana atmosfera yang cukup untuk memanaskan planet ini. 154 00:16:00,920 --> 00:16:06,120 Projek besar sebegini memerlukan sejumlah besar tenaga, 155 00:16:08,480 --> 00:16:11,800 dihantar terus dari bintang yang tua. 156 00:16:24,120 --> 00:16:30,080 Keupayaan untuk memanfaatkan tenaga adalah landasan peradaban itu sendiri. 157 00:16:39,720 --> 00:16:43,280 MARRAKECH MOROCCO 158 00:16:45,000 --> 00:16:47,800 Antara tugas saya ialah cuba meramal masa depan. 159 00:16:48,640 --> 00:16:52,880 Kita boleh rujuk kembali sejarah dan dapat banyak idea dari sana. 160 00:16:54,240 --> 00:16:59,280 Tapi terdapat trend dasar yang boleh diguna untuk tahu apa yang akan berlaku, 161 00:17:00,320 --> 00:17:03,360 seperti jangka hayat, kekayaan dan jumlah penduduk. 162 00:17:03,760 --> 00:17:08,440 Salah satu perkara yang amat jelas ialah jumlah tenaga yang digunakan peradaban. 163 00:17:11,280 --> 00:17:14,720 Semakin banyak tenaga yang boleh dicapai peradaban, 164 00:17:15,440 --> 00:17:17,480 ia semakin berkuasa. 165 00:17:20,040 --> 00:17:22,480 Itulah rahsia kemajuan. 166 00:17:24,040 --> 00:17:26,720 Dari zaman batu hingga ke hari ini. 167 00:17:39,400 --> 00:17:42,400 Melepaskan haba dan tenaga ke dalam arang 168 00:17:42,480 --> 00:17:45,840 membolehkan kita mendapat suhu yang cukup panas untuk leburkan logam 169 00:17:46,160 --> 00:17:48,040 untuk membuat alat dan senjata. 170 00:17:52,040 --> 00:17:56,680 Kemudian, kita memanfaatkan bahan bakar fosil seperti arang batu dan gas 171 00:17:57,040 --> 00:18:00,600 membolehkan penciptaan kenderaan yang menguasai seluruh dunia 172 00:18:00,680 --> 00:18:03,640 yang sangat laju berbanding sebelumnya. 173 00:18:11,160 --> 00:18:15,920 Namun sumber terpenting tenaga tentunya, bintang kita. 174 00:18:36,640 --> 00:18:42,880 Stesen Tenaga Noor adalah kompleks suria terbesar di dunia. 175 00:18:48,080 --> 00:18:52,400 Setengah juta cermin di pinggir Gurun Sahara. 176 00:19:00,880 --> 00:19:03,720 Alat ini dipanggil heliostat. 177 00:19:04,200 --> 00:19:07,000 Ia mengesan matahari ketika ia bergerak melalui langit 178 00:19:07,120 --> 00:19:11,000 dan menumpukan seluruh tenaganya ke menara itu. 179 00:19:16,320 --> 00:19:18,920 Seterusnya tenaga itu masuk ke dalam dunia 180 00:19:19,000 --> 00:19:21,000 dan menguatkan tamadun moden. 181 00:19:24,320 --> 00:19:26,240 Semakin bertambah pengangkutan, 182 00:19:26,680 --> 00:19:28,840 pencahayaan dan pertanian kita. 183 00:19:29,120 --> 00:19:31,760 Sangat relevan untuk penyaman udara di sini. 184 00:19:32,360 --> 00:19:34,480 Pada dasarnya, segala yang buat kita selamat 185 00:19:34,560 --> 00:19:38,480 bekerja dan berkhidmat kepada kita datang dari elektrik. 186 00:19:38,760 --> 00:19:40,760 Semakin banyak elektrik itu 187 00:19:40,920 --> 00:19:44,000 semuanya berasal dari loji tenaga suria seperti ini. 188 00:19:49,640 --> 00:19:56,080 Namun manusia cuma menggunakan sebahagian kecil daripada tenaga matahari. 189 00:19:58,080 --> 00:20:04,600 Terdapat 430 kuintilion joule tenaga matahari jatuh di bumi pada setiap jam. 190 00:20:04,920 --> 00:20:10,040 Sebagai perbandingan, kira-kira 2,000 bom Hiroshima setiap saat. 191 00:20:10,720 --> 00:20:12,640 Tenaga yang banyak. Jumlah yang kita guna? 192 00:20:12,920 --> 00:20:19,040 Umat manusia menggunakan 410 kuintilion joule, dalam setahun. 193 00:20:20,840 --> 00:20:23,000 Jadi dalam setahun,  kita gagal untuk gunakan 194 00:20:23,080 --> 00:20:26,920 kesemua tenaga yang  dihantar matahari dalam satu jam. 195 00:20:28,160 --> 00:20:31,160 Bayangkan jika kita dapat tangkap kesemua tenaga itu 196 00:20:31,240 --> 00:20:33,560 dan gunanya untuk kuatkan tamadun kita. 197 00:20:34,920 --> 00:20:37,400 Keajaiban apa yang boleh dicapai? 198 00:20:37,720 --> 00:20:40,160 Tempat mana yang boleh diteroka dengannya? 199 00:20:44,160 --> 00:20:46,200 Menurut ahli astrofizik, 200 00:20:46,520 --> 00:20:51,800 suatu peradaban yang amat mahu akan dapat memanfaatkan seluruh tenaga 201 00:20:53,080 --> 00:20:55,080 yang didapati terus dari matahari. 202 00:21:03,440 --> 00:21:09,120 Dengan ukuran ini,  peradaban di Terra amat maju. 203 00:21:14,680 --> 00:21:17,080 Panel suria telah dibina di angkasa, 204 00:21:18,000 --> 00:21:19,400 berhampiran bintangnya 205 00:21:22,720 --> 00:21:24,280 untuk kesan yang maksima. 206 00:21:37,920 --> 00:21:41,040 Tetapi apabila bintang menjadi lebih besar dan terang, 207 00:21:43,840 --> 00:21:46,800 ia juga menjadi lebih meruap. 208 00:21:52,960 --> 00:21:54,320 Sinar suria. 209 00:22:10,840 --> 00:22:15,560 Lambat laun, inilah nasib Terra… 210 00:22:18,280 --> 00:22:21,600 Dihapuskan oleh kekuatan matahari. 211 00:22:27,920 --> 00:22:33,680 Penyelesaiannya ialah dengan segera menjajah planet baru. 212 00:22:39,040 --> 00:22:40,880 Tiada bentuk kehidupan di sini. 213 00:22:42,440 --> 00:22:45,040 Semua kerja dilakukan mesin. 214 00:22:51,120 --> 00:22:55,840 Ia mampu berfikir  dan buat keputusan sendiri. 215 00:22:59,760 --> 00:23:02,200 Ia kepintaran buatan. 216 00:23:11,320 --> 00:23:14,320 Sekiranya manusia membentuk koloni di angkasa, 217 00:23:14,400 --> 00:23:17,440 asasnya akan dilakukan dengan cara yang sama. 218 00:23:20,160 --> 00:23:21,400 Menggunakan robot. 219 00:23:26,120 --> 00:23:28,080 Robot-robot itu akan direka 220 00:23:29,240 --> 00:23:31,360 oleh pereka seperti Philip Metzger. 221 00:23:33,840 --> 00:23:37,680 Dia telah menghabiskan seluruh hidupnya di dalam dan di sekitar program angkasa. 222 00:23:40,400 --> 00:23:42,640 Dulu ayah saya kerja di bangunan ini. 223 00:23:42,720 --> 00:23:44,840 Dia bantu bina roket Saturn V 224 00:23:45,080 --> 00:23:48,040 yang cukup besar untuk bawa manusia ke bulan. 225 00:23:48,680 --> 00:23:51,400 Apollo 11, ini adalah Operasi Pelancaran. 226 00:23:51,480 --> 00:23:54,080 Pasukan pelancaran mengucapkan semoga berjaya dan lancar. 227 00:23:54,840 --> 00:23:57,040 Terima kasih banyak. Ia pasti bagus. 228 00:23:57,120 --> 00:23:58,560 TANJUNG CANAVERAL FLORIDA, USA 229 00:24:03,320 --> 00:24:06,160 Saya takkan lupa penerbangan Apollo 11. 230 00:24:09,120 --> 00:24:10,680 Saya berumur tujuh tahun. 231 00:24:11,720 --> 00:24:14,720 Saya ada di seberang sungai ketika pelancaran, sedang menontonnya. 232 00:24:16,040 --> 00:24:17,960 Helikopter berlegar di udara. 233 00:24:18,880 --> 00:24:20,880 Ramai yang datang dari seluruh pelusuk dunia, 234 00:24:21,040 --> 00:24:23,000 untuk melihat pelancaran roket ke bulan. 235 00:24:24,480 --> 00:24:25,800 Ia sangat mengujakan. 236 00:24:25,880 --> 00:24:29,440 Angkasawan laporkan semua bagus. Dalam kiraan 20. 237 00:24:31,280 --> 00:24:34,080 T-Tolak 15 saat, panduan dalaman. 238 00:24:34,840 --> 00:24:36,640 12, 11, 239 00:24:36,720 --> 00:24:38,840 sepuluh, sembilan, 240 00:24:38,920 --> 00:24:40,520 urutan pencucuhan bermula, 241 00:24:40,600 --> 00:24:46,160 enam, lima, empat, tiga, dua, satu, 242 00:24:46,800 --> 00:24:47,760 kosong. 243 00:24:51,000 --> 00:24:51,960 Berlepas! 244 00:24:52,040 --> 00:24:53,280 Pelepasan berlaku. 245 00:25:01,640 --> 00:25:06,000 Ketika ia naik ke langit, dapat nampak api yang cantik dan panjang 246 00:25:06,360 --> 00:25:08,280 berkilau di seberang laut. 247 00:25:11,240 --> 00:25:12,520 Skirt telah diangkat? 248 00:25:13,680 --> 00:25:15,320 Terima, kami sahkan skirt diangkat. 249 00:25:17,840 --> 00:25:22,280 Jadi saya membesar untuk jadi saintis roket. 250 00:25:36,720 --> 00:25:39,240 Philip menjadi saintis NASA. 251 00:25:40,720 --> 00:25:42,920 Bukan mereka bentuk roket, 252 00:25:44,120 --> 00:25:45,760 tetapi pembuatan robot. 253 00:25:52,040 --> 00:25:56,880 Jika kita mahu buat sesuatu yang luar biasa di angkasa, kita perlukan robot. 254 00:26:05,760 --> 00:26:09,360 RASSOR direka untuk bekerja di persekitaran planet yang sukar. 255 00:26:11,920 --> 00:26:13,280 Ia boleh memanjat batu. 256 00:26:14,240 --> 00:26:17,480 Jika tersekat, ia boleh lepaskan diri. 257 00:26:19,840 --> 00:26:23,240 Jika terbalik, ia boleh betul sendiri. 258 00:26:24,160 --> 00:26:26,920 Dalam apa situasi sekalipun, ia mampu selesaikan masalahnya. 259 00:26:29,520 --> 00:26:33,240 Bahan termudah yang boleh dilombong di planet ialah regolitos. 260 00:26:33,840 --> 00:26:36,680 Kekotoran yang menutupi permukaan planet. 261 00:26:38,640 --> 00:26:40,920 Regolitos boleh mengekstrak logam. 262 00:26:42,720 --> 00:26:47,480 Ia juga boleh menghasilkan seramik untuk jadi sistem penebat elektrik. 263 00:26:48,440 --> 00:26:50,320 Juga sebagai bahan bakar roket. 264 00:26:53,520 --> 00:26:56,280 Tapi perlombongan perlukan kepintaran. 265 00:26:57,920 --> 00:27:00,800 Anda perlu tahu pandu ke mana dan potong di mana. 266 00:27:01,400 --> 00:27:04,360 Anda perlu elakkan diri sesat dan pastikan diri tak tersekat. 267 00:27:04,440 --> 00:27:07,240 Maka, jentera bijak  seperti RASSOR diperlukan 268 00:27:07,320 --> 00:27:09,560 untuk memulakan industri di angkasa lepas. 269 00:27:12,240 --> 00:27:15,680 Ciptaan ulung robot pembuatan robot adalah replikaan diri. 270 00:27:17,600 --> 00:27:20,280 Mesin yang boleh buat salinan dirinya sendiri. 271 00:27:23,480 --> 00:27:26,480 Ini adalah roda ganti untuk RASSOR. 272 00:27:27,440 --> 00:27:33,600 Alat ganti robot yang dibuat oleh robot, menggunakan bahan angkasa. 273 00:27:34,560 --> 00:27:37,600 Tapi ini adalah contoh awal bagaimana kita mengembangkan robot 274 00:27:37,680 --> 00:27:44,400 ke arah robot ekologi penuh yang boleh menghasilkan semula diri di angkasa. 275 00:27:50,520 --> 00:27:54,840 Setelah robot replikaan diri dapat dihasilkan, kita boleh ke semua tempat. 276 00:27:55,840 --> 00:27:57,600 Saya tak fikir akan ada had. 277 00:28:11,920 --> 00:28:14,600 Tanpa input daripada sebarang bentuk hidupan, 278 00:28:15,840 --> 00:28:18,560 robot merancang semula planet, 279 00:28:21,400 --> 00:28:23,720 menyiapkannya untuk penjajahan. 280 00:28:34,840 --> 00:28:37,400 Kini, masa untuk meninggalkan Terra. 281 00:28:41,240 --> 00:28:44,240 Setiap kubah telah direka untuk saat ini, 282 00:28:47,040 --> 00:28:48,480 untuk masuk ke orbit. 283 00:28:53,840 --> 00:28:57,080 Dari sini, mereka akan bergerak ke rumah baru. 284 00:29:12,040 --> 00:29:15,720 Kubah ini mempunyai sistem sokongan hidupan sendiri. 285 00:29:17,680 --> 00:29:19,520 Malangnya mereka tak berdaya 286 00:29:20,120 --> 00:29:23,400 melawan ledakan tenaga tinggi radiasi suria. 287 00:29:48,960 --> 00:29:53,200 Tiada apa yang boleh bertahan dalam ruang vakum. 288 00:29:59,040 --> 00:30:02,880 Sama ada makhluk asing ataupun manusia. 289 00:30:11,320 --> 00:30:15,520 Michael Foale tahu semua bahaya tentang pengembaraan angkasa lepas. 290 00:30:20,040 --> 00:30:26,640 Pada 1997, dia adalah angkasawan jemputan Amerika di Stesen Angkasa Mir Rusia, 291 00:30:29,760 --> 00:30:32,600 sewaktu perlanggaran pertama di angkasa lepas. 292 00:30:37,840 --> 00:30:42,040 Terdapat cubaan oleh Komander Rusia, Vasily dan anak buahnya 293 00:30:42,120 --> 00:30:44,760 untuk mengawal kapal kargo seberat tujuh ton 294 00:30:44,840 --> 00:30:49,480 dan melabuhkannya tanpa radar, kelajuan atau ukuran jarak, 295 00:30:49,840 --> 00:30:51,760 pasangkannya ke stesen angkasa kami. 296 00:31:06,760 --> 00:31:08,200 Saya dapat rasakannya.   297 00:31:08,400 --> 00:31:12,840 Bukan rasa, saya nampak stesen berpusing dan dengar bunyi ribut. 298 00:31:19,880 --> 00:31:23,960 Sewaktu itu saya fikir, "Mungkin inilah dia", detik kematian saya. 299 00:31:24,080 --> 00:31:26,280 Saya sedang melihat bolt itu bergerak 300 00:31:26,360 --> 00:31:28,360 dan cuma menunggu ia terpisah, 301 00:31:28,480 --> 00:31:31,440 dan apabila terbuka akan masuk ke ruang kosong angkasa. 302 00:31:38,520 --> 00:31:45,240 Kemudian semua kipas, lampu dan komputer mati dan senyap. 303 00:31:49,640 --> 00:31:52,480 Kini kami dalam stesen yang senyap sepenuhnya 304 00:31:53,120 --> 00:31:54,400 dan semakin sejuk. 305 00:31:59,400 --> 00:32:02,080 Kita kehilangan kuasa. 306 00:32:03,120 --> 00:32:06,880 Tekanan pada 602. 307 00:32:09,520 --> 00:32:11,680 Kemudian telinga saya mula meletup. 308 00:32:13,360 --> 00:32:15,240 Saya sedar gas semakin kurang. 309 00:32:16,440 --> 00:32:19,360 Itu bermakna udara keluar daripada stesen angkasa. 310 00:32:20,480 --> 00:32:22,920 Cuma tinggal 23 minit untuk kami hidup, 311 00:32:23,000 --> 00:32:25,520 kalau kami terus di situ dan tak hentikan bocoran. 312 00:32:26,640 --> 00:32:29,080 Saya mula bantu Sasha tarik kabel keluar. 313 00:32:30,720 --> 00:32:33,640 Kabel besar yang disangka perlukan masa yang lama untuk ditarik, 314 00:32:33,720 --> 00:32:35,200 kami siapkan dalam enam minit. 315 00:32:35,720 --> 00:32:39,440 Kami ambil penutupnya dan pasang, ia disedut masuk kemudian… 316 00:32:39,840 --> 00:32:41,960 Ketika itulah kami hentikan bocoran. 317 00:32:47,040 --> 00:32:50,480 Ia berada di sana di depan tingkap, apabila melihat galaksi 318 00:32:51,680 --> 00:32:52,560 saya cakap, 319 00:32:53,320 --> 00:32:57,880 "Saya tahu hari ini malang tapi pemandangan ini amat indah." 320 00:33:01,120 --> 00:33:05,840 Cuba merasa setiap kehadiran elemen di alam semesta. 321 00:33:14,360 --> 00:33:19,200 Keseluruhannya, Michael Foale sertai enam misi ke angkasa. 322 00:33:19,680 --> 00:33:21,440 Alamak, rambut gugur lagi. 323 00:33:24,040 --> 00:33:26,480 Tapi setiap detik di luar bumi 324 00:33:27,520 --> 00:33:29,640 menambahkan jumlah radiasi. 325 00:33:33,440 --> 00:33:35,280 Kami terdedah radiasi di bumi, 326 00:33:36,520 --> 00:33:38,240 tapi setelah memasuki orbit, 327 00:33:38,320 --> 00:33:41,480 kini kami terdedah kepada ribuan lebih tinggi radiasi. 328 00:33:44,000 --> 00:33:47,640 Radiasi itu kini merosakkan DNA kami dengan pantas. 329 00:33:48,720 --> 00:33:51,880 Mekanisma pembaikan yang kami miliki 330 00:33:52,320 --> 00:33:53,880 tak berupaya untuk menanganinya. 331 00:34:14,600 --> 00:34:16,760 Semasa kembali dari penerbangan luar angkasa, 332 00:34:17,480 --> 00:34:22,720 mereka mendapati empat peratus daripada darah putih saya berlaku mutasi DNA. 333 00:34:27,920 --> 00:34:31,920 Kebanyakan sel mutasi itu berjaya dibunuh oleh sel darah putih badan. 334 00:34:34,280 --> 00:34:36,640 Namun, malangnya ada yang tak mati. 335 00:34:37,800 --> 00:34:41,320 Ia membiak, bermutasi dan menjadi kanser. 336 00:34:42,600 --> 00:34:45,600 Itu risiko utama angkasawan. 337 00:34:52,920 --> 00:34:55,440 Jika dibayangkan naik ke bintang, 338 00:34:55,960 --> 00:35:00,000 di antara seratus kapal, cuma satu yang akan berjaya. 339 00:35:12,480 --> 00:35:15,880 Pengembaraan angkasa jarak jauh sentiasa berisiko, 340 00:35:17,920 --> 00:35:20,240 bahkan untuk makhluk asing yang pintar. 341 00:35:22,400 --> 00:35:26,400 Tiada perlindungan terhadap letupan radiasi bintang secara tiba-tiba. 342 00:35:35,480 --> 00:35:38,280 Namun bagi yang berjaya menamatkan pengembaraan, 343 00:35:39,440 --> 00:35:40,880 ini ganjaran mereka. 344 00:35:43,800 --> 00:35:45,040 Terra yang baru. 345 00:35:56,480 --> 00:35:59,320 Daripada menyesuaikan diri dalam dunia berbeza, 346 00:36:00,640 --> 00:36:03,800 mereka mencipta salinan dunia lama mereka. 347 00:36:08,040 --> 00:36:11,560 Itulah kelebihan peradaban yang maju. 348 00:36:21,920 --> 00:36:24,640 Namun berapa lama  detik indah akan bertahan? 349 00:36:28,720 --> 00:36:33,000 Bintang semakin membesar dan terang, 350 00:36:34,200 --> 00:36:36,160 memancarkan lebih banyak sinaran. 351 00:36:42,400 --> 00:36:47,200 Akhirnya, ia akan menjadi planet baru tak bernyawa seperti Terra. 352 00:36:57,320 --> 00:36:59,840 Kemudian mereka perlu berpindah semula 353 00:37:01,080 --> 00:37:04,000 ke planet yang lain, jauh daripada bintang. 354 00:37:15,240 --> 00:37:18,200 Ini kelebihan berpindah randah. 355 00:37:20,520 --> 00:37:23,880 Mereka mampu berpindah dari planet ke planet lain, 356 00:37:24,400 --> 00:37:27,200 kemudian membina semula rumah. 357 00:37:39,480 --> 00:37:44,640 Mungkin sudah ada peradaban  asing yang menuju ke bumi. 358 00:37:48,120 --> 00:37:50,600 Jika benar, adakah kita perlu bersembunyi, 359 00:37:51,440 --> 00:37:53,080 atau tonjolkan diri? 360 00:37:57,560 --> 00:37:58,400 Okey. 361 00:37:59,640 --> 00:38:01,880 Saya akan tamatkannya dengan… 362 00:38:03,120 --> 00:38:07,200 Saya akan tamatkan dengan beritahu kenapa kita perlu mula berhubung 363 00:38:07,440 --> 00:38:09,920 dan kenapa kita patut bermula sekarang. 364 00:38:10,000 --> 00:38:14,200 DOUG VAKOCH AHLI ASTROBIOLOGI 365 00:38:16,920 --> 00:38:21,400 Doug Vakoch mahu memulakan dialog dengan makhluk asing yang berpotensi 366 00:38:22,360 --> 00:38:24,760 dengan menghantar pesanan radio. 367 00:38:37,520 --> 00:38:40,720 Tapi dia perlu meyakinkan ahli astronomi di bumi dahulu 368 00:38:41,920 --> 00:38:43,480 yang ia idea yang bagus. 369 00:38:51,560 --> 00:38:53,160 Di sini segalanya bermula. 370 00:38:55,640 --> 00:38:59,400 Teleskop radio terbesar yang pernah wujud di bumi. 371 00:39:01,240 --> 00:39:05,160 BALAI CERAP ARECIBO PUERTO RICO 372 00:39:13,240 --> 00:39:15,080 Ada sesuatu di sini, 373 00:39:16,320 --> 00:39:18,680 kehebatannya dan skala tempatnya. 374 00:39:27,040 --> 00:39:32,080 Di sinilah pada 1974 kami menghantar mesej pertama manusia ke angkasa. 375 00:39:40,800 --> 00:39:45,680 Ia bermula dengan denyutan ini yang menghitung angka satu hingga sepuluh. 376 00:39:48,800 --> 00:39:51,280 Kemudian setelah menunjukkan cara hitungan, 377 00:39:51,360 --> 00:39:53,280 kami gunakan nombor itu untuk jelaskan 378 00:39:53,360 --> 00:39:56,320 beberapa unsur kimia penting untuk hidupan di bumi. 379 00:39:58,320 --> 00:39:59,440 Seterusnya, 380 00:40:01,040 --> 00:40:02,560 bagaimana rupa kita, 381 00:40:03,520 --> 00:40:05,280 berapa ramai jumlah manusia 382 00:40:06,040 --> 00:40:07,000 dan ketinggian. 383 00:40:09,040 --> 00:40:12,000 Kemudian, perwakilan sistem suria kita. 384 00:40:13,360 --> 00:40:17,000 Ia berakhir dengan perwakilan teleskop itu sendiri, 385 00:40:17,080 --> 00:40:18,560 lokasi mesej itu datang. 386 00:40:21,520 --> 00:40:23,840 Denyut mesej Arecibo 387 00:40:24,120 --> 00:40:28,920 boleh disusun menjadi piktogram untuk memberi tahu makhluk asing bijak 388 00:40:29,320 --> 00:40:31,240 tentang hidupan di bumi. 389 00:40:38,440 --> 00:40:40,080 Tapi ia kejadian satu kali, 390 00:40:40,920 --> 00:40:45,720 untuk kelompok bintang  sejauh 25,000 tahun cahaya. 391 00:40:50,120 --> 00:40:52,600 Jika kita hantar mesej kepada bintang berdekatan 392 00:40:52,680 --> 00:40:54,840 pada masa yang sama mesej Arecibo dihantar, 393 00:40:54,920 --> 00:40:59,400 kita mungkin mendapat respon kini dari salah satu ribuan bintang. 394 00:41:00,640 --> 00:41:03,200 Tapi tiada dan kita masih dalam kejahilan. 395 00:41:06,200 --> 00:41:10,640 Sebab terbesar kita belum hantar lebih banyak mesej adalah sebab kita risau. 396 00:41:11,760 --> 00:41:14,880 Sebab filem sains fiksyen blokbuster 397 00:41:15,040 --> 00:41:17,880 menunjukkan makhluk asing datang ke bumi dan memusnahkan kita. 398 00:41:20,920 --> 00:41:22,880 Maka, itulah jangkaan kita. 399 00:41:27,240 --> 00:41:32,440 Saya rasa cabaran yang paling utama ialah kebimbangan segelintir pihak 400 00:41:32,560 --> 00:41:37,520 bahawa penghantaran mesej ini akan menjurus kepada pencerobohan asing. 401 00:41:37,920 --> 00:41:41,800 Jawapan termudah adalah planet kita telah memberi bukti 402 00:41:41,880 --> 00:41:44,480 kehidupan selama dua bilion tahun. 403 00:41:45,000 --> 00:41:47,240 Jadi, jika benar ada makhluk asing 404 00:41:47,320 --> 00:41:49,560 yang mahu menjadi pemenang pencerobohan, 405 00:41:49,640 --> 00:41:52,200 sudah lama mereka ke sini tapi saya tak nampak apa-apa. 406 00:41:56,360 --> 00:41:59,280 Daripada menghantar satu mesej ke angkasa, 407 00:42:00,080 --> 00:42:03,400 Doug merancang untuk  menghantar ribuan mesej 408 00:42:05,720 --> 00:42:08,600 sewaktu teleskop Arecibo tidak berfungsi. 409 00:42:12,520 --> 00:42:15,280 Dengan radio astronomi, ia boleh dilakukan pada setiap masa. 410 00:42:16,320 --> 00:42:18,600 Tapi, saya gemar  lakukannya di waktu malam. 411 00:42:21,480 --> 00:42:23,920 Kafein amat penting untuk ahli astronomi. 412 00:42:24,760 --> 00:42:27,600 Perlu banyak berjaga malam dan kekal fokus. 413 00:42:36,360 --> 00:42:37,280 Sebulan sekali, 414 00:42:37,760 --> 00:42:41,440 Arecibo melakukan tinjauan tentang asteroid yang baru ditemui. 415 00:42:44,040 --> 00:42:46,800 Selalunya ada jurang, mungkin sejam 416 00:42:46,880 --> 00:42:50,720 di mana pemancar dihantar ke ruang angkasa tanpa tempat tertentu. 417 00:42:56,640 --> 00:43:01,360 Cadangan saya ialah Arecibo patut gunakan jurang dalam jadual itu 418 00:43:01,720 --> 00:43:05,160 untuk mensasarkan bintang terdekat dengan mesej, 419 00:43:05,400 --> 00:43:08,880 sekiranya ada makhluk luar angkasa di orbit sekitar bintang itu. 420 00:43:13,120 --> 00:43:17,240 Setiap bulan kami dapat mensasarkan kira-kira 50 bintang 421 00:43:17,400 --> 00:43:20,080 yang mungkin menyokong hidupan pintar. 422 00:43:20,160 --> 00:43:23,040 Bagi saya, jangan fikir lagi. Kita patut lakukannya. 423 00:43:26,040 --> 00:43:29,320 Saya fikirkan situasi yang digelar, 424 00:43:29,400 --> 00:43:31,040 "menyertai kelab galaksi". 425 00:43:31,720 --> 00:43:36,760 Yang anehnya tentang analogi itu ialah tiada sesiapa pernah bercakap tentang 426 00:43:37,120 --> 00:43:40,160 membayar yuran atau  menghantar borang permohonan. 427 00:43:40,360 --> 00:43:43,360 Itulah mesej luar bumi pintar buat. 428 00:43:43,640 --> 00:43:46,640 Mungkin ini cara kita untuk buat komunikasi pertama. 429 00:43:46,960 --> 00:43:47,800 Terima kasih. 430 00:43:47,880 --> 00:43:51,120 Terima kasih banyak, Douglas di atas hujah yang menarik. 431 00:44:00,120 --> 00:44:04,080 Apabila kita menjangkau bintang yang lain atau menghantar pesanan, 432 00:44:05,520 --> 00:44:10,600 dalam senario terbaik, kita akan dibalas dalam sepuluh atau 20 tahun. 433 00:44:12,640 --> 00:44:16,560 Namun realistiknya,  mungkin juga sehingga ribuan tahun. 434 00:44:21,040 --> 00:44:23,360 Ini adalah usaha kami, 435 00:44:23,520 --> 00:44:28,480 bukan untuk kami sendiri, tapi untuk anak cucu kita nanti. 436 00:44:29,360 --> 00:44:30,680 Walaupun untuk makhluk asing. 437 00:44:34,280 --> 00:44:37,160 Lapan, tujuh, enam, 438 00:44:37,440 --> 00:44:40,200 lima, empat, tiga, 439 00:44:40,360 --> 00:44:42,360 dua, satu. 440 00:44:43,840 --> 00:44:45,520 Misi berjaya berlepas. 441 00:44:52,520 --> 00:44:58,760 Pada 2018, teleskop pemburu planet terbaru memasuki orbit. 442 00:45:07,720 --> 00:45:10,680 Ia mencari bukti kewujudan dunia baru 443 00:45:11,960 --> 00:45:13,760 di seberang langit malam. 444 00:45:23,520 --> 00:45:26,520 Ahli astronomi fikir cuma menunggu masa 445 00:45:26,800 --> 00:45:30,000 sebelum bentuk hidupan  makhluk asing ditemui. 446 00:45:35,520 --> 00:45:39,080 Di antara mereka, mungkin terdapat makhluk pintar. 447 00:45:45,120 --> 00:45:47,680 Suatu hari nanti, kita akan tahu juga. 448 00:45:51,920 --> 00:45:57,800 Sehingga itu, kita cuma boleh meneka tentang makhluk asing di luar sana. 449 00:46:34,360 --> 00:46:36,680 Terjemahan sari kata oleh Fhaezah Wan