1 00:00:25,192 --> 00:00:28,195 Jadi, siapa yang cukup berani mahu makan mata ikan? 2 00:00:29,655 --> 00:00:33,492 Apa kerja awak, Gustavo? 3 00:00:33,575 --> 00:00:36,203 Sudah agak terlewat nak jadi ayah yang maco. 4 00:00:36,286 --> 00:00:37,538 Kami dah berkahwin. 5 00:00:37,621 --> 00:00:39,289 Ayah cuma cuba berbual. 6 00:00:39,873 --> 00:00:42,709 Tak apa, sayang. Sebenarnya saya nantikan saat ini. 7 00:00:44,795 --> 00:00:45,879 Saya seorang artis. 8 00:00:46,547 --> 00:00:48,465 Itu antara lukisannya. 9 00:00:49,633 --> 00:00:50,676 Dia hasilkan lukisan itu? 10 00:00:52,970 --> 00:00:55,097 Saya ingat itu lukisan jari 11 00:00:55,180 --> 00:00:58,475 dibuat oleh cucu yang awak tak beritahu ayah. 12 00:00:59,017 --> 00:01:00,894 Saya juga penganjur komuniti. 13 00:01:00,978 --> 00:01:02,354 Berapa gaji sebagai penganjur? 14 00:01:02,938 --> 00:01:04,815 Saya akan makan mata itu kalau bayar 20 dolar. 15 00:01:04,897 --> 00:01:07,860 Ya. Awak hanya pentingkan duit. 16 00:01:07,943 --> 00:01:10,571 Bagi kami pula, kami mahukan kepuasan emosi. 17 00:01:10,654 --> 00:01:13,657 Pelik, sebab semasa saya beli rumah yang awak tinggal ini, 18 00:01:14,366 --> 00:01:17,119 saya bayar dengan wang tunai, bukan perasaan. 19 00:01:17,202 --> 00:01:18,745 Okey, jangan bertengkar. 20 00:01:19,329 --> 00:01:20,330 Dengar. 21 00:01:20,956 --> 00:01:25,043 Saya tak tahu apa Paloma beritahu awak, tapi itu bukan saya. 22 00:01:25,127 --> 00:01:28,338 Setidaknya, bukan cara saya bermula. 23 00:01:28,422 --> 00:01:30,424 Okey. Jadi apa berlaku? 24 00:01:31,008 --> 00:01:32,301 - Awak saja cari masalah. - Gustavo. 25 00:01:32,384 --> 00:01:33,886 Sebab awak tanya, 26 00:01:33,969 --> 00:01:37,764 biar saya bawa awak ke masa saya mula perjalanan ke kehidupan saya sekarang. 27 00:01:38,265 --> 00:01:43,228 Semasa saya menyesuaikan diri sebagai Pembantu Ketua Operasi, 28 00:01:43,979 --> 00:01:46,773 Julia baru saja mula bekerja di butik baharunya. 29 00:01:47,608 --> 00:01:50,277 Dia bukan lagi gadis meja depan. 30 00:01:50,360 --> 00:01:52,779 Saya selalu nampak awak berpakaian biasa, 31 00:01:52,863 --> 00:01:54,489 tapi melihat awak begitu di sini? 32 00:01:54,990 --> 00:01:57,409 - Awak nampak hebat. - Terima kasih. 33 00:01:57,492 --> 00:02:00,329 Baguslah saya nampak bagus sebab saya tak tidur sepanjang malam. 34 00:02:00,412 --> 00:02:02,080 Mesin jahit saya rosak, 35 00:02:02,164 --> 00:02:04,333 sejam saya buang masa untuk siapkan gaun sutera. 36 00:02:04,416 --> 00:02:06,835 Itu sangat lama? 37 00:02:06,919 --> 00:02:07,920 Sekejap? 38 00:02:08,002 --> 00:02:09,630 Saya akan pilih "lama." 39 00:02:09,713 --> 00:02:13,425 Hei! Awak boleh pergi rumah saya dan guna mesin jahit ibu saya. 40 00:02:13,509 --> 00:02:16,303 Terima kasih, tapi saya tak mahu menyusahkan. 41 00:02:16,386 --> 00:02:18,680 Saya juga tak tahu kalau ibu awak suka saya. 42 00:02:18,764 --> 00:02:19,932 Dia suka awak. 43 00:02:20,015 --> 00:02:22,309 Sekarang saya fikir dia bencikan saya. 44 00:02:22,392 --> 00:02:24,353 Tak, ibu saya tak begitu mengenali awak. 45 00:02:24,436 --> 00:02:26,980 Cuma awak selalu menolak jemputan untuk sertai kami di gereja. 46 00:02:27,064 --> 00:02:29,024 Saya tak sewarak dia. 47 00:02:29,107 --> 00:02:31,068 Tiada orang setanding kewarakan dia. 48 00:02:31,151 --> 00:02:32,194 Maaf, Jesus. 49 00:02:33,820 --> 00:02:34,988 Namun, ini mungkin bagus. 50 00:02:35,072 --> 00:02:38,742 Dia akan gembira awak ada di sana dan mungkin kamu boleh jadi rapat. 51 00:02:39,243 --> 00:02:41,411 Entahlah, tapi, okey, saya akan ke sana. 52 00:02:41,912 --> 00:02:43,247 Terima kasih, sayang. 53 00:02:43,330 --> 00:02:45,249 - Siapa kekasih paling baik… - Tak boleh berpeluk! 54 00:02:46,166 --> 00:02:47,125 Maaf. Cuma… 55 00:02:47,209 --> 00:02:49,211 Chad belum pernah nampak kita bersama sejak dia balik. 56 00:02:49,294 --> 00:02:50,838 Saya tak tahu apa reaksi dia. 57 00:02:50,921 --> 00:02:51,964 Ya, awak betul. 58 00:02:52,047 --> 00:02:54,007 Chad tak boleh dijangka. 59 00:02:54,091 --> 00:02:55,551 Julia! Máximo! 60 00:02:58,554 --> 00:03:00,347 Ini tak dijangka. 61 00:03:00,430 --> 00:03:02,683 Dia nampak seperti Jesus Scandinavia. 62 00:03:02,766 --> 00:03:03,767 Maaf sekali lagi, Jesus. 63 00:03:04,601 --> 00:03:06,728 Chad, "hermigo" saya! 64 00:03:11,817 --> 00:03:14,027 - Julia, awak juga. - Okey. 65 00:03:14,695 --> 00:03:17,030 Saya mahu kamu tahu yang saya tahu. 66 00:03:17,781 --> 00:03:19,449 Pergunungan Peru beritahu saya. 67 00:03:20,534 --> 00:03:21,535 Serta ibu saya. 68 00:03:22,077 --> 00:03:25,414 Saya mahu cakap yang saya restui hubungan ini. 69 00:03:26,290 --> 00:03:27,541 Terima kasih. 70 00:03:27,624 --> 00:03:31,295 Ya, awak sangat sedar, Chad. 71 00:03:31,378 --> 00:03:32,629 Tidak, belum selesai. 72 00:03:33,672 --> 00:03:39,052 Semasa mengembara, saya belajar mencari kegembiraan dalam kegembiraan orang lain. 73 00:03:39,136 --> 00:03:44,057 Saya harap semua hasrat kamu tercapai dan sentiasa berkasih-sayang… 74 00:03:44,141 --> 00:03:48,395 serta kalau kamu mahu, anak-anak comel yang akan panggil saya Pak Cik Chad. 75 00:03:49,229 --> 00:03:51,523 Saya lega Chad terima kami bercinta, 76 00:03:51,607 --> 00:03:53,317 sehingga ke tahap yang tak selesa, 77 00:03:53,400 --> 00:03:56,612 tapi sekarang saya boleh kembali bekerja seperti biasa. 78 00:03:56,695 --> 00:04:00,490 Okey, kita capai kapasiti penuh pada hujung minggu ini. 79 00:04:00,574 --> 00:04:03,202 Jadi mari beri yang terbaik untuk penginap kita! 80 00:04:05,454 --> 00:04:07,789 Idea yang bagus! Simpan semangat itu untuk penginap! 81 00:04:07,873 --> 00:04:09,208 Sekarang masa pengumuman. 82 00:04:09,291 --> 00:04:11,752 Pertama, sebab Julia akan mulakan butik, 83 00:04:11,835 --> 00:04:15,255 Lorena dinaikkan pangkat dari bilik dobi ke meja depan. 84 00:04:18,966 --> 00:04:21,512 Terima kasih banyak untuk peluang ini. 85 00:04:22,721 --> 00:04:24,556 Itu suara meja depan saya. 86 00:04:25,224 --> 00:04:28,393 Beritahu mak cik apabila awak dah penat senyum seperti si dungu. 87 00:04:29,645 --> 00:04:32,648 Cik Davies, awak juga ada pengumuman penting. 88 00:04:32,731 --> 00:04:33,732 Ya. 89 00:04:33,815 --> 00:04:36,527 Sedia untuk terkejut, semua, 90 00:04:36,610 --> 00:04:43,283 sebab rakan perniagaan saya, anak saya, Chad, sudah kembali! 91 00:04:45,661 --> 00:04:50,707 Dia pergi mengembara kejap, tapi keadaan dah kembali seperti biasa. 92 00:04:52,584 --> 00:04:56,046 Helo. Buat pengetahuan kamu, ia bukan hanya pengembaraan biasa. 93 00:04:58,090 --> 00:04:59,758 Saya temui kesedaran kerohanian yang besar 94 00:04:59,842 --> 00:05:03,053 dan matlamat utamanya ialah untuk tak kembali seperti biasa. 95 00:05:05,264 --> 00:05:06,682 Namaste. 96 00:05:09,142 --> 00:05:14,940 Okey, seterusnya, tentang ciptaan bijak di kolam. 97 00:05:19,611 --> 00:05:21,029 Baiklah, semua. 98 00:05:21,113 --> 00:05:24,950 Kami sangat teruja untuk perkenalkan ciptaan baharu… 99 00:05:25,033 --> 00:05:26,660 Satu, dua, tiga! 100 00:05:26,743 --> 00:05:28,871 - Kelab Kanak-Kanak. - Kelab Kanak-Kanak! 101 00:05:29,705 --> 00:05:31,039 Apa? 102 00:05:32,124 --> 00:05:33,125 Dieja dengan dua K 103 00:05:33,208 --> 00:05:35,878 sebab itu tunjukkan yang kami di sini untuk berseronok. 104 00:05:36,461 --> 00:05:39,548 Kalau nampak penginap dengan anak, tolong suruh mereka bawanya kepada kami. 105 00:05:42,009 --> 00:05:44,595 Kita dah berlatih banyak kali. Tangan kemudian cakap, ingat? 106 00:05:44,678 --> 00:05:46,013 Itu yang saya buat. 107 00:05:46,597 --> 00:05:48,473 Baiklah, agenda seterusnya… 108 00:05:48,557 --> 00:05:50,350 Maaf sebab mencelah. 109 00:05:50,434 --> 00:05:52,477 Máximo, awak kena ikut saya sekarang. 110 00:05:53,187 --> 00:05:54,271 Sudah tentu! 111 00:05:54,354 --> 00:05:55,606 Saya cuma ada satu soalan. 112 00:05:55,689 --> 00:05:57,399 Kenapa saya tak dijemput ke perkahwinan itu? 113 00:05:57,482 --> 00:05:58,734 Apa? 114 00:05:58,817 --> 00:06:00,068 Sebab tarian ayah? 115 00:06:00,652 --> 00:06:03,780 Ayah tak perlu selalu ada di hadapan barisan tarian ular. 116 00:06:03,864 --> 00:06:05,490 Ini sangat mengganggu awak? 117 00:06:05,574 --> 00:06:09,119 Maksud saya, bagaimana anak tunggal saya sanggup tak ajak saya 118 00:06:09,203 --> 00:06:11,580 ke hari paling penting kehidupannya? 119 00:06:11,663 --> 00:06:14,082 Sebenarnya, itu hari saya dapat bantuan 120 00:06:14,166 --> 00:06:17,586 untuk beri air bersih kepada sejuta rumah di Chiapas, tapi okey. 121 00:06:18,879 --> 00:06:19,963 Kejap. 122 00:06:20,464 --> 00:06:22,633 Kalau awak masih marah sebab hubungan 123 00:06:22,716 --> 00:06:23,717 mak dan ayah berpisah… 124 00:06:23,800 --> 00:06:25,719 - Bukan sebab itu. - …ayah minta maaf. Jadi? 125 00:06:25,802 --> 00:06:28,055 Saya tak jemput ayah ke perkahwinan saya sebab… 126 00:06:31,350 --> 00:06:33,977 selepas bertahun-tahun ayah tak datang makan malam, 127 00:06:34,061 --> 00:06:37,814 parti hari jadi dan juga perjumpaan di FaceTime sebab urusan perniagaan, 128 00:06:39,399 --> 00:06:41,735 saya tak mahu dikecewakan lagi. 129 00:06:46,031 --> 00:06:49,368 Saya tak faham, tapi ia tetap sukar didengari. 130 00:06:49,451 --> 00:06:50,452 Dengar. 131 00:06:51,119 --> 00:06:52,913 Ayah tahu ayah kecewakan awak, Paloma. 132 00:06:53,622 --> 00:06:55,916 Mungkin sebab itu ayah ceritakan kisah ini. 133 00:06:55,999 --> 00:06:59,545 Bukan sebagai alasan, tapi supaya awak faham perubahan ayah. 134 00:07:02,714 --> 00:07:06,677 Ia bermula pada hari Don Pablo panggil ayah untuk urusan penting. 135 00:07:07,469 --> 00:07:10,889 Ayah cuba urusnya dengan sangat profesional. 136 00:07:10,973 --> 00:07:12,808 Ya! Ini yang saya nantikan. 137 00:07:12,891 --> 00:07:16,144 Berjalan dan bercakap di koridor tentang urusan hotel yang penting. 138 00:07:16,228 --> 00:07:17,646 Lebih baik kalau awak kurang bercakap. 139 00:07:18,146 --> 00:07:19,398 Maaf, saya sangat teruja. 140 00:07:19,481 --> 00:07:21,567 Akhirnya saya dapat lihat perkara di sebalik tabir. 141 00:07:21,650 --> 00:07:23,360 Atau orang di sebalik tabir. 142 00:07:23,443 --> 00:07:25,904 Okey, ya atau tidak. Dia Lionel Richie? 143 00:07:25,988 --> 00:07:28,240 Jangan terlalu teruja, Máximo. 144 00:07:28,323 --> 00:07:30,868 Latihan awak akan jadi ujian. 145 00:07:33,120 --> 00:07:34,663 Maafkan saya, puan. 146 00:07:34,746 --> 00:07:36,206 Kami akan uruskannya. 147 00:07:36,999 --> 00:07:38,500 Dia okey? 148 00:07:38,584 --> 00:07:39,585 Apa berlaku? 149 00:07:43,130 --> 00:07:44,715 Ya Tuhan. Orang itu… 150 00:07:44,798 --> 00:07:48,135 Sudah meninggal dunia, ya. Sebab semua keluarga yang ada hari ini, 151 00:07:48,218 --> 00:07:51,680 kita perlu keluarkan mayatnya tanpa diketahui. 152 00:07:51,763 --> 00:07:54,725 Kita? Apa? Itu tugas paramedik, bukan? 153 00:07:54,808 --> 00:07:57,728 Máximo. Kita tawarkan fantasi. 154 00:07:57,811 --> 00:08:02,274 Penginap kita tak mahu lihat ambulans, kereta polis dan beg mayat. 155 00:08:02,357 --> 00:08:05,569 Kita pasti dia sudah mati? 156 00:08:10,908 --> 00:08:12,701 Ya, dia sudah mati. 157 00:08:12,784 --> 00:08:15,454 Orang pertama saya nampak hidup. Maksud saya, mati. 158 00:08:15,537 --> 00:08:19,333 Awak dah pun isytiharkan dia mati, jadi kita perlu alihkan dia cepat. 159 00:08:21,710 --> 00:08:24,838 Kita tak boleh guna lif penginap, 160 00:08:24,922 --> 00:08:27,549 jadi kita perlu lalu koridor ini untuk ke lif perkhidmatan, 161 00:08:27,633 --> 00:08:29,843 kemudian keluar melalui pintu pekerja. 162 00:08:29,927 --> 00:08:31,553 Mereka akan tunggu kita di sana. 163 00:08:31,637 --> 00:08:34,640 Bagaimana kita mahu bawa mayat ke sana tanpa sesiapa perasan? 164 00:08:44,650 --> 00:08:46,401 Awak ada idea yang sama seperti saya? 165 00:08:46,485 --> 00:08:48,320 Ya, Lupe pandai menyanyi. 166 00:08:49,446 --> 00:08:50,989 Maksud awak troli itu! Ya! 167 00:08:51,615 --> 00:08:54,910 Semasa ayah baru saja mahu tolong alihkan mayat penginap, 168 00:08:54,993 --> 00:08:56,787 Memo dan Héctor akan menghiburkan 169 00:08:56,870 --> 00:08:59,665 beberapa penginap yang baru saja memulakan kehidupan. 170 00:08:59,748 --> 00:09:01,625 Saya dah tahu caranya. 171 00:09:01,708 --> 00:09:03,877 Kalau ada dua budak, kita main matatena. 172 00:09:03,961 --> 00:09:06,380 Kalau ada empat budak, kita bina istana pasir. 173 00:09:06,463 --> 00:09:10,300 Kalau kita bertuah dapat enam budak, saya ada bola untuk main elak bola. 174 00:09:14,930 --> 00:09:16,181 Kita perlukan lebih banyak bola. 175 00:09:18,851 --> 00:09:19,893 Bola saya! 176 00:09:19,977 --> 00:09:23,438 Kejap, dari mana awak dapat gunting itu? Jangan berlari sambil pegang gunting! 177 00:09:23,939 --> 00:09:25,524 Awak tahu cara uruskannya. 178 00:09:26,108 --> 00:09:28,569 - Awak mahu ke mana? - Apa maksud awak? 179 00:09:28,652 --> 00:09:31,530 Rancangan kita ialah awak jaga kanak-kanak semasa saya jaga ibu bapa mereka 180 00:09:31,613 --> 00:09:33,740 yang ada banyak masa terluang dan duit untuk dibelanjakan. 181 00:09:33,824 --> 00:09:36,451 Ya, tapi ada begitu ramai budak. Saya perlukan awak. 182 00:09:36,535 --> 00:09:38,787 Begitu juga pasangan Johnson di kabana lima. 183 00:09:38,871 --> 00:09:41,748 En. Frank, anak-anak dah tiada, ya! 184 00:09:45,335 --> 00:09:46,587 Saya tak perlukan dia. 185 00:09:46,670 --> 00:09:47,880 Saya boleh buat. 186 00:09:48,505 --> 00:09:51,383 Saya Memo Reyes. Saya boleh buat apa-apa saja. 187 00:09:52,593 --> 00:09:53,635 Saya ada kekuatan. 188 00:09:54,261 --> 00:09:55,345 Saya ada kuasa. 189 00:09:55,429 --> 00:09:56,513 Saya… 190 00:09:59,308 --> 00:10:00,309 tiada budak. 191 00:10:01,101 --> 00:10:02,269 Saya tiada budak. 192 00:10:02,853 --> 00:10:04,688 Mana kamu semua pergi? 193 00:10:07,900 --> 00:10:11,361 Sebab Esteban banyak membantu di rumah, 194 00:10:11,445 --> 00:10:15,199 nenek mencari hobi baharu untuk mengisi masa lapang. 195 00:10:17,701 --> 00:10:20,871 Malangnya, dia masih belum temui bakatnya. 196 00:10:26,502 --> 00:10:28,754 - Hai. - Julia! Apa awak buat di sini? 197 00:10:28,837 --> 00:10:30,756 Máximo tak hubungi awak? 198 00:10:31,507 --> 00:10:33,300 Maaf sebab ganggu awak, Doña Nora, 199 00:10:33,383 --> 00:10:35,761 tapi boleh saya guna mesin jahit awak? 200 00:10:35,844 --> 00:10:37,095 Mesin jahit saya rosak dan saya… 201 00:10:37,179 --> 00:10:39,014 Ya! Sudah tentu awak boleh guna. 202 00:10:39,097 --> 00:10:40,516 - Awak pasti? - Masuklah. Sudah tentu! 203 00:10:40,599 --> 00:10:43,393 Saya tak mahu ganggu awak melukis… 204 00:10:44,353 --> 00:10:45,771 orang-orang yang terbakar? 205 00:10:46,271 --> 00:10:48,815 Tak! Sila ganggu saya! 206 00:10:49,399 --> 00:10:51,109 Sebenarnya, saya mahu tolong. 207 00:10:51,193 --> 00:10:52,236 Biar saya tolong. 208 00:10:53,195 --> 00:10:55,197 Selain itu, ini La Virgen de Guadalupe. 209 00:10:56,657 --> 00:10:58,742 Ya! Saya dah nampak. 210 00:10:58,825 --> 00:11:00,160 Kenapa dia terbakar? 211 00:11:00,911 --> 00:11:01,912 Itu bukan api. 212 00:11:02,454 --> 00:11:03,539 Itu kemuliaannya. 213 00:11:04,373 --> 00:11:05,499 Halo cakerawala dia. 214 00:11:07,417 --> 00:11:09,253 Ia nampak bagus. 215 00:11:16,677 --> 00:11:17,845 Hari ini ada banyak tuala. 216 00:11:17,928 --> 00:11:19,471 Tuala bersih paling berat. 217 00:11:20,764 --> 00:11:23,433 Maaf. Saya tak pernah buat begini. Awak pernah? 218 00:11:23,934 --> 00:11:26,186 Perkara begini berlaku, Máximo. 219 00:11:27,104 --> 00:11:28,522 Ingat majlis perkahwinan koboi dulu? 220 00:11:29,481 --> 00:11:30,482 Dua mayat. 221 00:11:31,024 --> 00:11:32,192 Siapa yang tolong awak? 222 00:11:32,276 --> 00:11:34,194 Tak, jangan beritahu! Saya dah tahu terlalu banyak. 223 00:11:35,279 --> 00:11:37,281 LIF PEKERJA 224 00:11:43,620 --> 00:11:45,455 Alamak! Ia rosak? 225 00:11:45,539 --> 00:11:46,623 Pelik. 226 00:11:49,668 --> 00:11:51,503 Kita patut tunggu sini sehingga ia dah dibaiki? 227 00:11:51,587 --> 00:11:55,591 Ya. Mari tunggu penggera membingar dengan mayat. 228 00:11:55,674 --> 00:11:58,343 Kita tak boleh bawa dia guna tangga. Apa kita patut buat? 229 00:11:59,678 --> 00:12:01,430 Kita hanya boleh… 230 00:12:02,514 --> 00:12:04,141 guna lif penginap. 231 00:12:11,481 --> 00:12:13,192 Lif penginap. 232 00:12:23,410 --> 00:12:26,288 Doña Nora, teknik ini lebih efisien. 233 00:12:26,371 --> 00:12:27,748 Awak tukang jahit yang bagus. 234 00:12:27,831 --> 00:12:28,999 Terima kasih, sayang. 235 00:12:30,375 --> 00:12:32,711 Selepas suami saya meninggal dunia, saya perlu jadi kreatif. 236 00:12:32,794 --> 00:12:35,506 Saya jual hasil jahitan dan sulaman saya di pantai. 237 00:12:35,589 --> 00:12:39,134 Namun, saya paling sibuk dengan Máximo semasa dia kecil. 238 00:12:39,218 --> 00:12:41,637 Dia sangat cuai. Saya perlu balut siku dia banyak kali. 239 00:12:41,720 --> 00:12:43,722 Dia masih lagi cuai. 240 00:12:43,805 --> 00:12:46,767 Dia terjatuh sebab terlanggar seluarnya semasa kami… 241 00:12:49,228 --> 00:12:50,521 beli lebih banyak seluar. 242 00:12:52,397 --> 00:12:54,066 Baguslah awak bawa dia beli belah. 243 00:12:54,149 --> 00:12:56,443 Máximo ada cita rasa yang teruk. 244 00:12:57,110 --> 00:12:58,820 Kecuali berkaitan wanita. 245 00:12:59,446 --> 00:13:01,240 Saya dah siap. 246 00:13:01,323 --> 00:13:03,867 Kita akan siap dengan cepat kalau begini. 247 00:13:12,751 --> 00:13:13,752 Bagaimana? 248 00:13:16,213 --> 00:13:18,549 Awak ada ubah sedikit? 249 00:13:18,632 --> 00:13:20,467 Ya, saya harap tak apa. 250 00:13:20,551 --> 00:13:21,927 Mungkin awak tak perasan, 251 00:13:22,010 --> 00:13:25,764 tapi semasa saya siapkan gaun ini, saya perasan ia nampak… 252 00:13:27,015 --> 00:13:28,684 agak seksi. 253 00:13:29,351 --> 00:13:32,062 Saya fikir, "Julia tak mahu pelanggannya 254 00:13:32,145 --> 00:13:34,064 nampak seperti Wanita Murahan Babylon." 255 00:13:34,147 --> 00:13:37,526 - Siapa? - Wahyu, bab 17, ayat lima? 256 00:13:39,361 --> 00:13:42,698 Saya ada buat perubahan sedikit. 257 00:13:42,781 --> 00:13:44,992 Ia jadi lebih baik, bukan? 258 00:13:45,617 --> 00:13:46,827 Boleh tahan. 259 00:13:46,910 --> 00:13:48,412 - Nak saya buat yang seterusnya? - Tak! 260 00:13:50,747 --> 00:13:52,374 Berehatlah, Doña Nora. 261 00:13:53,041 --> 00:13:54,042 Awak berhak berehat. 262 00:13:54,126 --> 00:13:55,252 Terima kasih. 263 00:13:58,964 --> 00:14:00,132 Saya tak begitu penat. 264 00:14:01,633 --> 00:14:04,344 Di hotel, Diane dengar 265 00:14:04,428 --> 00:14:07,973 Chad cakap dia tak mahu keadaan kembali seperti dulu. 266 00:14:08,473 --> 00:14:09,474 Jadi dia beri Chad… 267 00:14:09,558 --> 00:14:10,559 Kenaikan pangkat! 268 00:14:10,642 --> 00:14:11,810 CHAD DAVIES EKSEKUTIF PENGURUSAN 269 00:14:11,894 --> 00:14:14,229 Pejabat awak sendiri dan nama awak pada cermin. 270 00:14:15,272 --> 00:14:16,899 "Eksekutif pengurusan." 271 00:14:17,691 --> 00:14:18,692 Apa maksudnya? 272 00:14:18,775 --> 00:14:21,278 Jawatan lama saya dengan nama baharu? 273 00:14:21,361 --> 00:14:22,779 Tentulah tidak. 274 00:14:22,863 --> 00:14:25,657 Pengurus besar menguruskan urusan secara umum. 275 00:14:25,741 --> 00:14:29,870 Jawatan ini tentang menguruskan urusan di peringkat pengurusan. 276 00:14:29,953 --> 00:14:31,330 Peningkatan besar. 277 00:14:31,413 --> 00:14:34,458 Mak tempah sesi mencuci muka bersama-sama hari Jumaat. 278 00:14:35,792 --> 00:14:37,544 Tak, saya tak boleh. 279 00:14:37,628 --> 00:14:40,047 Sayang, jangan risau. Tanya boleh elak janggut awak. 280 00:14:40,130 --> 00:14:42,299 Tak, sudah tentu boleh. Dia pakar. Saya… 281 00:14:42,382 --> 00:14:43,800 Saya tak boleh terima jawatan ini. 282 00:14:43,884 --> 00:14:45,844 Kita tak boleh bina kuil dari atas ke bawah. 283 00:14:45,928 --> 00:14:49,056 Kita perlu binanya dari bawah. Itu yang saya belajar di Macho Poncho. 284 00:14:49,139 --> 00:14:50,849 Rasanya itu "Machu"… 285 00:14:51,850 --> 00:14:53,185 Teruskan, sayang. 286 00:14:53,268 --> 00:14:55,187 Saya mahu terima sesuatu sebab usaha saya. 287 00:14:55,270 --> 00:14:56,271 Mula dari bawah 288 00:14:56,355 --> 00:14:59,566 dan belajar semuanya tentang Las Colinas. 289 00:14:59,650 --> 00:15:00,901 Supaya berhak jadi ketua. 290 00:15:01,485 --> 00:15:02,486 Begitu. 291 00:15:04,363 --> 00:15:05,989 Mak rasa ini bagus. 292 00:15:06,073 --> 00:15:09,243 Mak menyokong awak, tak kira berapa lama ia bertahan. 293 00:15:09,826 --> 00:15:10,869 Terima kasih. 294 00:15:11,495 --> 00:15:12,996 Satu perkara lagi. 295 00:15:13,080 --> 00:15:16,583 Saya mahu panggil mak, Diane, di hotel mulai sekarang. 296 00:15:19,962 --> 00:15:21,755 Jangan harap. 297 00:15:31,515 --> 00:15:35,769 Don Pablo dan ayah tunggu sehingga jumpa lif yang tiada penginap. 298 00:15:41,900 --> 00:15:43,527 Yang hanya bertahan satu tingkat. 299 00:15:47,114 --> 00:15:48,407 Hai. 300 00:15:48,490 --> 00:15:49,700 Hei, ini keluarga Kirkman! 301 00:15:49,783 --> 00:15:51,368 - Hai. - Selamat tengah hari. 302 00:15:51,451 --> 00:15:53,036 Hai. 303 00:15:53,704 --> 00:15:55,539 Seluruh hotel ini lava. 304 00:15:55,622 --> 00:15:57,374 Kamu mati kalau lepaskan tali ini. 305 00:15:57,457 --> 00:16:00,002 Ayuh, Kelab Kanak-Kanak. Mari pergi. 306 00:16:01,420 --> 00:16:04,298 Tuala bersih. Semasa kami di kolam sebelum ini, tiada tuala bersih. 307 00:16:04,381 --> 00:16:06,425 Jason, Celeste, Hailey, ambil tuala. 308 00:16:07,426 --> 00:16:08,510 Ya, ambil satu lagi. 309 00:16:08,594 --> 00:16:10,179 Rob, sayang, ambil tiga. 310 00:16:10,262 --> 00:16:11,972 Dia memang susah kering. 311 00:16:27,738 --> 00:16:31,116 Pada waktu itu, tuala di troli itu sangat sedikit. 312 00:16:31,200 --> 00:16:32,492 Ayah perlu buat sesuatu. 313 00:16:32,576 --> 00:16:33,577 Tidak! 314 00:16:36,079 --> 00:16:41,043 Maaf. Cuma, tuala di kolam renang lebih panjang dua inci setengah. 315 00:16:41,126 --> 00:16:43,962 Kalau kamu suka berbaring, itu sangat bagus. 316 00:16:44,755 --> 00:16:45,923 Okey. 317 00:16:56,892 --> 00:16:58,018 Hampir-hampir! 318 00:16:58,101 --> 00:17:00,395 Maaf, tapi cerita ini sangat menarik. 319 00:17:00,479 --> 00:17:02,648 Saya boleh rasa jantung saya berdebar-debar. 320 00:17:03,190 --> 00:17:05,317 Tolonglah. Mereka hampir nampak kaki itu! 321 00:17:05,400 --> 00:17:06,652 Ya. 322 00:17:06,734 --> 00:17:10,239 Suami saya yang setia pun dah tertarik dengan cerita dia yang menarik. 323 00:17:10,321 --> 00:17:12,741 Awak rasa ia menarik? 324 00:17:12,824 --> 00:17:15,493 Itu lebih bagus berbanding ayah merungut tentang majlis perkahwinan kami. 325 00:17:15,577 --> 00:17:17,788 - Teruskan, ayah. - Okey. 326 00:17:17,871 --> 00:17:19,122 Jadi… 327 00:17:19,790 --> 00:17:22,000 Mereka akan ambil dia dalam tiga minit. 328 00:17:22,084 --> 00:17:26,128 Hai, Don Pablo, Máximo. Boleh saya tanya sesuatu sekejap? 329 00:17:26,213 --> 00:17:29,007 Maaf kalau ia mengarut. Ini hari pertama saya di depan. 330 00:17:29,091 --> 00:17:31,301 Tak mengapa. Cakaplah, Lorena. 331 00:17:31,385 --> 00:17:34,012 Ada seorang penginap. Dia di sana. 332 00:17:34,096 --> 00:17:35,931 Dia berehat di tepi kolam renang sepanjang hari. 333 00:17:36,014 --> 00:17:37,766 Dia luangkan masa baca majalah. 334 00:17:37,850 --> 00:17:41,228 Bahagian kegemarannya horoskop. Dia seorang Capricorn. 335 00:17:41,311 --> 00:17:43,981 Horoskopnya cakap dia akan ada banyak pengembaraan baharu. 336 00:17:44,064 --> 00:17:46,066 Dia mengelak sepenuhnya daripada tupai. 337 00:17:46,149 --> 00:17:48,235 Dia ada pak cik di Guadalajara yang jual gitar kecil. 338 00:17:48,318 --> 00:17:50,028 Ada alahan kacang yang teruk. 339 00:17:50,112 --> 00:17:51,280 Flan untuk semua orang! 340 00:17:52,239 --> 00:17:54,533 Jadi selain daripada semua itu, dia hilang kunci. 341 00:17:55,033 --> 00:17:56,451 Boleh saya beri kunci baharu? 342 00:17:58,078 --> 00:17:59,079 Maaf. 343 00:17:59,162 --> 00:18:01,874 Jadi soalan awak cuma kalau dia boleh dapat kunci lain? 344 00:18:03,125 --> 00:18:04,501 Dia cakap ia penting. Jadi… 345 00:18:07,754 --> 00:18:09,840 Ya. Beri dia kunci baharu. 346 00:18:09,923 --> 00:18:11,675 Sebelum itu, hantar dia ke bar 347 00:18:11,758 --> 00:18:16,638 untuk minuman, stik dan udang karang percuma sebab hal ini. 348 00:18:16,722 --> 00:18:18,807 Okey. Terima kasih. 349 00:18:19,433 --> 00:18:23,228 Kejap. Kita beri stik dan udang karang kalau hilang kunci? 350 00:18:23,312 --> 00:18:25,063 Fokus pada perkara penting. 351 00:18:25,147 --> 00:18:26,148 Tolak! 352 00:18:27,149 --> 00:18:30,777 Okey, semua. Cepat. Mari kembali ke Kelab Kanak-Kanak. 353 00:18:30,861 --> 00:18:32,196 Tidak! 354 00:18:32,279 --> 00:18:34,615 Nathaniel, jangan duduk sekarang. Tolonglah. 355 00:18:34,698 --> 00:18:36,408 Mari… Awak tahu? 356 00:18:37,117 --> 00:18:40,871 Baiklah. Tak apa. Semua, pegang kuat! 357 00:18:40,954 --> 00:18:41,955 Mari lakukannya. 358 00:19:11,318 --> 00:19:12,361 Terima kasih. 359 00:19:12,861 --> 00:19:16,156 Sudah sampai! Nektar Héctor. 360 00:19:16,240 --> 00:19:17,699 Terima kasih, Héctor. 361 00:19:17,783 --> 00:19:20,953 Tenang betul tak perlu tengok anak saya terjun dalam kolam renang sepanjang hari. 362 00:19:21,453 --> 00:19:23,872 Saya ada untuk apa-apa saja awak perlukan. 363 00:19:23,956 --> 00:19:27,167 Dengan ais, dikisar atau tanpa baju. 364 00:19:27,251 --> 00:19:29,586 Hai, Memo, kawan saya. 365 00:19:29,670 --> 00:19:31,463 Lihatlah awak. 366 00:19:31,547 --> 00:19:33,298 Awak buat jaga budak nampak mudah. 367 00:19:33,382 --> 00:19:35,175 Betul, Héctor? 368 00:19:35,259 --> 00:19:36,552 Letak ceri itu. 369 00:19:37,719 --> 00:19:40,222 Okey, awak perlu jaga mereka selama sepuluh minit 370 00:19:40,305 --> 00:19:41,473 sementara saya cari Stephanie. 371 00:19:41,974 --> 00:19:44,351 Ia tak mudah. Dia ketua mereka. 372 00:19:44,434 --> 00:19:45,477 Saya mahu tolong. 373 00:19:45,561 --> 00:19:49,273 Cuma, air Nancy di kerusi 43 hampir habis 374 00:19:49,356 --> 00:19:51,525 - dan dia juga mahu urutan kaki. - Héctor! 375 00:19:52,192 --> 00:19:55,070 Kalau awak lupa, awak rakan saya bagi rancangan ini. 376 00:19:55,153 --> 00:19:56,613 Saya juga pengurus awak. 377 00:19:56,697 --> 00:19:59,449 Jadi awak kena uruskan mereka sekarang. 378 00:19:59,533 --> 00:20:03,287 Kalau awak tak suka, saya langsung tak peduli! 379 00:20:04,162 --> 00:20:05,747 Stephanie ajar saya. 380 00:20:05,831 --> 00:20:09,209 Okey! Tak perlu begitu berkasar. 381 00:20:19,887 --> 00:20:21,430 DOK PUNGGAH - LAS COLINAS 382 00:20:24,892 --> 00:20:27,686 Ayah dan Don Pablo hampir-hampir bebas. 383 00:20:28,187 --> 00:20:30,063 Namun, ada yang tak kena. 384 00:20:30,147 --> 00:20:32,858 Apa awak buat? Ambulans di sebelah sini, bukan? 385 00:20:32,941 --> 00:20:35,319 - Saya akan uruskannya. - Tak. Maafkan saya! 386 00:20:35,402 --> 00:20:37,571 Tuala ini sangat berharga. 387 00:20:37,654 --> 00:20:39,281 - Beri pada saya. - Tidak. 388 00:20:39,364 --> 00:20:40,741 Máximo. 389 00:20:41,366 --> 00:20:42,659 Biar dia ambil troli itu. 390 00:20:42,743 --> 00:20:44,620 Saya akan hantar senator balik ke vila. 391 00:20:44,703 --> 00:20:46,330 Terima kasih, seperti selalu, Don Pablo. 392 00:20:49,458 --> 00:20:50,459 Kejap. 393 00:20:51,043 --> 00:20:52,461 Itu mayat senator? 394 00:20:53,295 --> 00:20:54,129 Ya. 395 00:20:54,213 --> 00:20:56,006 Apa maksudnya, dia hantarnya balik ke vila? 396 00:20:56,089 --> 00:20:57,925 Kita baru ambil dia dari bilik, bukan? 397 00:20:58,008 --> 00:21:00,093 Isteri dia sedang menangis di koridor. 398 00:21:00,677 --> 00:21:04,223 Isterinya sedang makan stik dan udang karang. 399 00:21:06,266 --> 00:21:08,227 Maksud awak, kita bawa mayat 400 00:21:08,310 --> 00:21:11,188 untuk lindungi ahli politik teruk yang curang pada isterinya? 401 00:21:11,271 --> 00:21:12,272 Awak tipu saya? 402 00:21:12,356 --> 00:21:13,690 Saya tak tipu. 403 00:21:13,774 --> 00:21:16,652 Saya beritahu yang awak perlu tahu untuk selesaikan tugasan. 404 00:21:16,735 --> 00:21:18,278 Walaupun ini salah? 405 00:21:18,904 --> 00:21:21,657 - Kenapa buat perkara tak bermoral begini? - Máximo! 406 00:21:22,241 --> 00:21:25,994 Sebagai Ketua Operasi, kita perlu buat keputusan begini. 407 00:21:26,620 --> 00:21:30,916 Kalau awak tak boleh terimanya, beritahu saya secepat mungkin. 408 00:21:33,460 --> 00:21:37,047 Semasa ayah sedang alami pengalaman ke sisi gelap yang pertama, 409 00:21:37,673 --> 00:21:39,758 Julia akan melihat cahaya kesedaran. 410 00:21:39,842 --> 00:21:43,095 Doña Nora, saya sangat hargai bantuan awak, 411 00:21:43,178 --> 00:21:45,389 tapi saya nak awak buat gaun saya dengan cara saya. 412 00:21:45,472 --> 00:21:48,725 Gaun ini direka oleh Julia González, bukan Nora Ramos. 413 00:21:51,603 --> 00:21:55,065 Jadi saya takkan jumpa awak lagi. Sampai bila-bila. 414 00:21:56,483 --> 00:21:58,735 Kalau Nora mahu gunakan agama 415 00:21:58,819 --> 00:22:02,614 untuk pertahankan rekaan pilihnya, mungkin Julia boleh cuba perkara sama. 416 00:22:02,698 --> 00:22:05,325 Walaupun dia dibesarkan oleh pemikir agnostik, 417 00:22:05,409 --> 00:22:07,995 dia pernah bercinta dengan budak mazbah semasa sekolah rendah. 418 00:22:09,872 --> 00:22:11,331 Doña Nora. 419 00:22:11,999 --> 00:22:16,795 Kebetulan awak sebut tentang Wanita Murahan Babylon tadi. 420 00:22:17,504 --> 00:22:23,010 Sebab gaun itu diinspirasikan oleh pepatah daripada seorang santa kegemaran saya, 421 00:22:23,594 --> 00:22:30,225 yang berkata, "Supaya aku boleh bergerak bebas demi Tuhan, 422 00:22:31,143 --> 00:22:37,232 begitu juga lengan dan dadaku bebas daripada pakaian demi Tuhan." 423 00:22:38,859 --> 00:22:40,944 Bagusnya. 424 00:22:41,695 --> 00:22:43,113 Santa mana yang cakap itu? 425 00:22:44,990 --> 00:22:46,200 Santa Tina. 426 00:22:47,326 --> 00:22:48,327 Cristina. 427 00:22:48,869 --> 00:22:51,955 Santa kurang dikenali yang menari secara peribadi. 428 00:22:53,040 --> 00:22:56,376 Saya tak tahu ada santa untuk penari peribadi. 429 00:22:56,460 --> 00:22:58,795 - Memang ada santa untuk semuanya. - Ya. 430 00:22:58,879 --> 00:23:00,923 Dia santa kegemaran saya dalam Bible. 431 00:23:01,590 --> 00:23:03,258 Tiada santa dalam Bible. 432 00:23:04,843 --> 00:23:10,682 Kecuali Santa Cristina ada dalamnya, tapi dijadikan kanon kemudian? 433 00:23:13,227 --> 00:23:15,896 - Saya akan ambil Bible untuk awak tunjuk… - Tak perlu. Tak. 434 00:23:15,979 --> 00:23:17,272 Jangan ambil. 435 00:23:19,316 --> 00:23:21,151 Saya tak berterus-terang, Doña Nora. 436 00:23:22,402 --> 00:23:23,862 Saya tak kuat beragama. 437 00:23:24,655 --> 00:23:27,407 Sebenarnya, saya tak suka hasil gaun itu. 438 00:23:29,993 --> 00:23:31,161 Kenapa tak beritahu saya? 439 00:23:31,245 --> 00:23:33,747 Kita sedang menjadi begitu rapat. 440 00:23:34,248 --> 00:23:37,334 Serta sebab Máximo sangat bermakna kepada saya, 441 00:23:37,417 --> 00:23:40,379 jadi saya mahu kita ada hubungan baik. 442 00:23:41,296 --> 00:23:43,298 Rekaan juga amat bermakna kepada saya. 443 00:23:43,382 --> 00:23:47,261 Ini sesuatu yang sudah lama saya impikan, 444 00:23:47,344 --> 00:23:50,764 dan saya perlu lihat idea saya pada gaun saya. 445 00:23:55,477 --> 00:23:57,020 Saya faham. 446 00:23:57,104 --> 00:23:58,146 Betul? 447 00:24:00,315 --> 00:24:02,860 Saya diinspirasikan oleh semangat awak. 448 00:24:03,735 --> 00:24:05,863 Sebenarnya, saya kagumi awak. 449 00:24:05,946 --> 00:24:07,447 - Betul? - Ya! 450 00:24:08,240 --> 00:24:11,493 Cuma sekarang saya ada lebih banyak masa terluang, 451 00:24:11,577 --> 00:24:14,454 saya cuba cari minat sebenar saya. 452 00:24:15,122 --> 00:24:18,500 Jelas sekali bukan melukis. 453 00:24:19,209 --> 00:24:20,210 Bukan. 454 00:24:20,294 --> 00:24:23,630 Doña Nora, awak akan jumpa minat awak. 455 00:24:23,714 --> 00:24:24,882 Saya pasti. 456 00:24:24,965 --> 00:24:27,426 Saya gembira awak ke sini, Julia. 457 00:24:28,635 --> 00:24:29,761 Terima kasih. 458 00:24:30,470 --> 00:24:32,222 Cuma kalau awak mahu bercinta dengan Máximo, 459 00:24:32,306 --> 00:24:35,309 awak kena cuba baca Bible, okey? 460 00:24:35,392 --> 00:24:36,393 Setuju. 461 00:24:39,313 --> 00:24:42,816 Ayah susah menerima tindakan ayah pada hari itu. 462 00:24:43,317 --> 00:24:46,570 Jika ini maksudnya melihat di sebalik tabir, 463 00:24:46,653 --> 00:24:50,115 mungkin ayah tak mahu jadi Don Máximo. 464 00:24:51,325 --> 00:24:53,160 Jangan nampak begitu terseksa. 465 00:24:53,243 --> 00:24:55,621 Perkara begini selalu berlaku. 466 00:24:55,704 --> 00:24:56,872 Awak tahu apa berlaku? 467 00:24:56,955 --> 00:24:59,583 Tentulah. Saya dah lama di sini. 468 00:24:59,666 --> 00:25:00,918 Saya dah nampak semuanya. 469 00:25:01,001 --> 00:25:03,837 Saya tak sangka Don Pablo tipu saya supaya buat perkara begitu teruk. 470 00:25:04,421 --> 00:25:06,507 Isterinya yang malang takkan tahu kebenaran. 471 00:25:07,841 --> 00:25:10,677 Awak rasa dia akan lebih gembira kalau tahu? 472 00:25:10,761 --> 00:25:14,431 Banyak kali saya harap saya tak tahu sesuatu. 473 00:25:14,932 --> 00:25:17,518 Contohnya ibu saya meracun ayah saya perlahan-lahan 474 00:25:18,602 --> 00:25:20,771 dan penamat Blade Runner. 475 00:25:21,730 --> 00:25:23,732 Saya faham, tapi saya sangat marah. 476 00:25:25,567 --> 00:25:26,777 Kenapa? 477 00:25:27,611 --> 00:25:32,241 Sebab awak buat perkara teruk atau sebab Don Pablo tak beritahu awak? 478 00:25:39,748 --> 00:25:42,459 Awak lawan yang sukar, Stephanie. 479 00:25:42,543 --> 00:25:44,753 Awak kena guna kuasa awak untuk kebaikan. 480 00:25:45,379 --> 00:25:46,505 Berambuslah. 481 00:25:47,965 --> 00:25:53,220 Apabila dia sampai ke istana, Héctor yang kacak dan berani, 482 00:25:53,303 --> 00:25:58,141 telah dihalang oleh hantu yang sangat jahat, Memo. 483 00:26:01,061 --> 00:26:02,145 Tolonglah! 484 00:26:02,229 --> 00:26:06,525 Awak kena ikut cakap saya sebab saya Memo, ketua hantu. 485 00:26:06,608 --> 00:26:07,985 Bagi saya rambut awak. 486 00:26:08,068 --> 00:26:09,695 Itu sangat kacak. 487 00:26:10,863 --> 00:26:13,949 Awak takkan dapat pegang rambut yang cantik ini. 488 00:26:14,032 --> 00:26:16,952 Saya akan lawan awak habis-habisan. Sedia! 489 00:26:18,704 --> 00:26:20,455 Terimalah! Terimalah, raksasa! 490 00:26:21,915 --> 00:26:23,792 Awak sangat kuat, Héctor! 491 00:26:24,376 --> 00:26:27,129 Ya, saya sangat kuat. 492 00:26:27,629 --> 00:26:28,714 Jadi… 493 00:26:29,214 --> 00:26:34,094 selepas selamatkan ratu yang cantik dari Istana Merah Jambu… 494 00:26:36,388 --> 00:26:39,099 Héctor kasihani Memo. 495 00:26:40,058 --> 00:26:42,144 Ayuh, Memo! 496 00:26:43,061 --> 00:26:47,941 Dia biarkan Memo merangkak kembali ke bawah jambatan berlendir dan jijik, 497 00:26:48,025 --> 00:26:49,943 tempat asal Memo. 498 00:26:55,115 --> 00:26:56,950 Kamu suka? 499 00:26:58,118 --> 00:27:00,329 Awak beri kami margarita dan hiburkan anak kami? 500 00:27:00,412 --> 00:27:02,664 - Ya. - Ini sesuatu untuk awak. 501 00:27:03,498 --> 00:27:06,168 Saya berbesar hati. Mereka sangat baik. 502 00:27:08,128 --> 00:27:09,838 Apa awak buat di sini? 503 00:27:13,091 --> 00:27:14,092 Awak suka begitu? 504 00:27:19,598 --> 00:27:20,641 Máximo. 505 00:27:21,308 --> 00:27:22,851 Baguslah awak datang. 506 00:27:23,435 --> 00:27:24,728 Dengar. 507 00:27:24,811 --> 00:27:27,606 - Saya tahu awak marah. - Betul. 508 00:27:28,524 --> 00:27:29,983 Sejujurnya, 509 00:27:30,901 --> 00:27:33,403 saya lebih marah sebab awak berahsia dengan saya. 510 00:27:34,488 --> 00:27:36,323 Kalau awak mahu latih saya, 511 00:27:36,406 --> 00:27:38,659 saya perlu tahu semua yang berlaku di sini. 512 00:27:40,160 --> 00:27:41,203 Awak betul. 513 00:27:41,787 --> 00:27:44,248 Saya salah sebab tak beritahu awak semuanya. 514 00:27:46,291 --> 00:27:47,584 Awak patut tahu. 515 00:27:52,047 --> 00:27:55,425 Saya mahu kongsi sesuatu dengan awak. Tutup pintu itu. 516 00:28:14,069 --> 00:28:15,404 Ini tentang senator itu? 517 00:28:15,487 --> 00:28:18,532 Ia tentang semua penginap berprofil tinggi kita. 518 00:28:19,449 --> 00:28:24,246 Sudah lama saya isi buku nota ini dengan maklumat sulit. 519 00:28:26,707 --> 00:28:29,084 Ia membantu kita memuaskan kehendak mereka. 520 00:28:29,168 --> 00:28:30,627 Ini sangat teliti. 521 00:28:32,212 --> 00:28:34,131 Ada ramai selebriti di sini. 522 00:28:35,549 --> 00:28:36,925 Huey Lewis buat begitu? 523 00:28:38,552 --> 00:28:40,470 - Serta The News? - Serta The News. 524 00:28:40,554 --> 00:28:41,805 Ada banyak berita. 525 00:28:41,889 --> 00:28:47,060 Serta, hanya apabila diperlukan, ia boleh digunakan untuk kepentingan kita. 526 00:28:48,353 --> 00:28:50,689 Maksudnya, peras ugut? 527 00:28:51,315 --> 00:28:54,818 Apa-apa saja yang diperlukan demi kepentingan hotel ini. 528 00:28:54,902 --> 00:28:57,237 Ini mengujakan! 529 00:28:57,321 --> 00:28:58,989 Ia juga menakutkan. Ini… 530 00:29:00,490 --> 00:29:02,159 Buku Rahsia! 531 00:29:03,076 --> 00:29:05,204 Bukan. Ini cuma buku nota. 532 00:29:06,955 --> 00:29:08,123 Ini kunci awak. 533 00:29:08,790 --> 00:29:10,918 Kunci untuk laci yang simpannya. 534 00:29:11,793 --> 00:29:13,003 Awak kena pastikan ia selamat. 535 00:29:13,086 --> 00:29:15,923 Kunci misteri untuk Buku Rahsia! 536 00:29:16,006 --> 00:29:17,090 Máximo. 537 00:29:17,174 --> 00:29:19,843 Jangan anggap ini mudah, faham? 538 00:29:20,469 --> 00:29:23,639 Kita berdua saja yang boleh tahu maklumat ini. 539 00:29:24,306 --> 00:29:26,308 Pada hari itu ayah sedar 540 00:29:26,391 --> 00:29:29,561 yang kebenaran boleh jadi berkuasa dan juga berbahaya. 541 00:29:30,187 --> 00:29:33,106 Kadangkala, kebenaran akan beri inspirasi untuk kita bermula semula. 542 00:29:33,857 --> 00:29:35,359 Terbaik! 543 00:29:37,819 --> 00:29:40,072 Saya akan patahkan awak, si rambut perang. 544 00:29:42,074 --> 00:29:43,575 Saya juga. 545 00:29:43,659 --> 00:29:47,496 Kebenaran juga boleh beri kita pemahaman baharu. 546 00:29:49,498 --> 00:29:51,250 Begini atau lebih seksi? 547 00:29:51,333 --> 00:29:53,752 Ia sudah cukup seksi. 548 00:29:54,878 --> 00:29:56,755 - Hai. - Hai, sayang. 549 00:29:56,839 --> 00:29:58,882 Saya baru sampai bab Cain dan Abel. 550 00:29:58,966 --> 00:30:00,342 Ini seperti drama! 551 00:30:01,093 --> 00:30:02,845 Saya serius! 552 00:30:04,346 --> 00:30:06,515 Kebenaran boleh jadi sukar untuk diakui, 553 00:30:06,598 --> 00:30:08,934 walaupun bagi lelaki tua yang degil seperti ayah. 554 00:30:09,601 --> 00:30:14,773 Namun, sebenarnya ayah sangat menyesal dengan keadaan kita dulu. 555 00:30:17,276 --> 00:30:18,277 Tak guna. 556 00:30:18,360 --> 00:30:21,613 Saya dah terpengaruh. Sekarang saya harap kita jemput dia ke majlis kita. 557 00:30:24,741 --> 00:30:28,328 Paloma, ayah tahu ayah tak layak, 558 00:30:28,412 --> 00:30:32,499 tapi ayah mahu awak sertai ayah ke majlis peringatan Don Pablo. 559 00:30:33,333 --> 00:30:35,377 Ayah mahu tunjukkan awak tempat asal ayah. 560 00:30:36,128 --> 00:30:37,671 Itu bagus, ayah. 561 00:30:38,505 --> 00:30:40,841 Cuma semua orang di Las Colinas bencikan ayah, bukan? 562 00:30:40,924 --> 00:30:42,885 Sebab itu ayah perlukan awak di sana. 563 00:30:43,844 --> 00:30:44,845 Bagaimana? 564 00:30:47,014 --> 00:30:48,765 Saya akan fikirkannya. 565 00:30:48,849 --> 00:30:50,893 Pak cik rasa Julia akan ada di majlis peringatan itu? 566 00:30:50,976 --> 00:30:52,436 Saya tak tahu, tapi saya harap ya. 567 00:30:52,519 --> 00:30:55,230 Tak boleh Paloma hubungi ibunya dan tanya dia? 568 00:30:55,314 --> 00:30:56,940 - Ibunya? - Ayah! 569 00:30:58,066 --> 00:30:59,067 Ya. 570 00:30:59,776 --> 00:31:03,530 Pak cik mungkin tak beritahu satu perkara kecil. 571 00:31:04,990 --> 00:31:07,159 Julia bukan ibu Paloma. 572 00:31:07,910 --> 00:31:09,119 Apa? 573 00:32:09,596 --> 00:32:11,598 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman