1 00:00:21,313 --> 00:00:22,856 Begini, Hugo. 2 00:00:22,940 --> 00:00:25,067 Pak cik selalu cakap tentang diri sendiri. 3 00:00:25,150 --> 00:00:27,110 Beritahu pak cik tentang kehidupan awak. 4 00:00:27,194 --> 00:00:28,195 Jadi, 5 00:00:28,737 --> 00:00:30,697 awak sudah ada kekasih? 6 00:00:31,281 --> 00:00:34,785 Ada seorang perempuan, Natalia. 7 00:00:34,868 --> 00:00:36,912 Dia bukan kekasih saya. Kami cuma rakan makmal. 8 00:00:36,995 --> 00:00:37,955 - Ada satu hari… - Ya. 9 00:00:38,038 --> 00:00:41,083 …dia minta pinjam pen walaupun dia sudah ada pen. 10 00:00:42,376 --> 00:00:46,421 - Pen atau pensel mekanikal? - Kisah yang hebat. Pak cik suka. 11 00:00:46,505 --> 00:00:49,216 Waktu itu Hari Valentine pada 1985. 12 00:00:49,299 --> 00:00:51,134 Tunggu. Cerita saya belum habis. 13 00:00:51,218 --> 00:00:52,427 Ia sudah habis. 14 00:00:52,511 --> 00:00:55,013 Waktu itu Hari Valentine, 1985. 15 00:00:57,349 --> 00:01:00,477 Semua orang di Las Colinas teruja. 16 00:01:02,271 --> 00:01:06,191 Import murah oleh korporat A.S. yang tawan negara kita 17 00:01:06,275 --> 00:01:08,652 dan jadikannya semakin generik setiap tahun? 18 00:01:08,735 --> 00:01:10,195 Saya tak mahu. 19 00:01:10,279 --> 00:01:13,407 Hari Valentine perayaan yang terlalu komersial. 20 00:01:13,490 --> 00:01:15,617 Okey, bukan semua orang teruja. 21 00:01:15,701 --> 00:01:18,871 Begitulah rupa Máximo semasa saya beritahu dia 22 00:01:18,954 --> 00:01:21,373 saya tak mahu aktiviti klise hari ini. 23 00:01:21,456 --> 00:01:23,417 Dia sangat comel. 24 00:01:23,876 --> 00:01:26,545 Kamu sudah bercinta sembilan hari? 25 00:01:26,628 --> 00:01:27,796 Ya? 26 00:01:27,880 --> 00:01:29,798 Pelik awak tahu sebab saya tak ingat. 27 00:01:29,882 --> 00:01:32,551 Siapa kira hubungan begitu? 28 00:01:32,634 --> 00:01:34,178 Sembilan hari. 29 00:01:34,261 --> 00:01:37,014 Saya suka kira hubungan kami begitu. 30 00:01:37,097 --> 00:01:38,557 Tahniah, kawan. 31 00:01:38,640 --> 00:01:41,185 Kamu ada rancangan hebat malam ini? 32 00:01:41,268 --> 00:01:43,395 Dia tak minat Hari Valentine. 33 00:01:43,896 --> 00:01:45,272 Itu memudahkan saya, bukan? 34 00:01:45,772 --> 00:01:47,149 Tiada tekanan. 35 00:01:47,232 --> 00:01:48,901 Ya. 36 00:01:48,984 --> 00:01:52,029 Awak pula? Chad ada buat sesuatu istimewa? 37 00:01:52,112 --> 00:01:53,947 Tidak, dia bukan lelaki begitu. 38 00:01:54,031 --> 00:01:55,407 Kami duduk di rumah saja malam ini. 39 00:01:55,490 --> 00:01:56,992 Ia pasti seronok. 40 00:01:58,952 --> 00:01:59,953 Hei. 41 00:02:00,037 --> 00:02:01,914 - Hai. - Kami semua gembira. 42 00:02:01,997 --> 00:02:05,292 Walaupun pak cik dan Julia masih tak selesa. 43 00:02:05,375 --> 00:02:09,213 Hari Valentine akan keluarkan semua yang dipendam. 44 00:02:09,295 --> 00:02:10,881 Serta lebih lagi. 45 00:02:10,964 --> 00:02:14,551 Sebelum hari berakhir, ada hubungan yang jadi lebih rapat, 46 00:02:14,635 --> 00:02:17,387 ada yang berpisah untuk kembali lebih kuat, 47 00:02:17,471 --> 00:02:22,184 serta satu yang berakhir selamanya. 48 00:02:23,268 --> 00:02:25,854 Pak cik perlu buat semuanya jadi misteri? 49 00:02:27,814 --> 00:02:30,275 Entahlah. Perlukah? 50 00:02:30,359 --> 00:02:32,361 Cerita saja. 51 00:02:33,862 --> 00:02:38,283 Hari Valentine boleh beri banyak tekanan pada hubungan. 52 00:02:39,034 --> 00:02:41,453 Termasuk hubungan rahsia. 53 00:02:46,583 --> 00:02:48,335 Itu menyeronokkan. 54 00:02:49,086 --> 00:02:53,215 Ia menakjubkan dan rambut awak tak bergerak langsung. 55 00:02:53,298 --> 00:02:55,008 Selepas berbulan mempunyai hubungan asmara kasual, 56 00:02:55,092 --> 00:02:58,345 sesuatu berubah dalam hubungan Diane dan Héctor. 57 00:02:58,428 --> 00:03:01,348 Salah seorang anggap ia hubungan tak serius. 58 00:03:01,431 --> 00:03:07,396 Namun, seorang lagi, ia jadi lebih mendalam. 59 00:03:08,564 --> 00:03:11,567 Kru luar dah bermula. Ikut pintu belakang supaya mereka tak nampak. 60 00:03:13,360 --> 00:03:14,403 Selain itu, 61 00:03:15,529 --> 00:03:17,030 selamat Hari Valentine. 62 00:03:25,664 --> 00:03:26,790 Jijik. 63 00:03:27,457 --> 00:03:30,711 - Saya sangka awak serius tadi. - Tentulah tak. 64 00:03:31,211 --> 00:03:32,254 Menjijikkan. 65 00:03:33,714 --> 00:03:35,257 - Pintu belakang. - Ya. 66 00:03:40,512 --> 00:03:43,390 UNTUK DIANE RAIKAN VALENTINE DENGAN SAYA. CIUM. 67 00:03:53,317 --> 00:03:56,153 Ia juga hari terakhir Lorena di Acapulco 68 00:03:56,236 --> 00:03:58,238 sebelum pulang ke Mexicali. 69 00:03:58,322 --> 00:04:00,449 Sejak dia dan Memo mula bercinta, 70 00:04:00,532 --> 00:04:03,035 mereka tak dapat luangkan masa bersendirian. 71 00:04:06,622 --> 00:04:08,582 Jangan pegang! 72 00:04:09,082 --> 00:04:12,085 Memo tetap mahu yakinkan Lupe 73 00:04:12,169 --> 00:04:15,422 untuk benarkan mereka luangkan malam terakhir berdua. 74 00:04:17,507 --> 00:04:18,884 Lupe. 75 00:04:20,594 --> 00:04:23,764 Saya datang untuk mengaku cinta saya. 76 00:04:23,847 --> 00:04:26,850 - Apa? - Bukan awak! Lorena. 77 00:04:27,434 --> 00:04:28,519 Anak saudara awak… 78 00:04:28,602 --> 00:04:31,688 cinta sejati saya akan pergi esok. 79 00:04:31,772 --> 00:04:33,815 Sebab itu saya mahu awak benarkan kami pergi satu janji temu 80 00:04:33,899 --> 00:04:35,984 pada hari kasih sayang yang istimewa ini. 81 00:04:36,527 --> 00:04:38,529 Awak tak boleh cakap tidak. 82 00:04:38,612 --> 00:04:40,280 - Tak. - Okey. 83 00:04:41,114 --> 00:04:43,200 Pak cik pula masih mencari cara 84 00:04:43,283 --> 00:04:44,910 untuk buktikan diri kepada Diane. 85 00:04:44,993 --> 00:04:48,372 Jadi pak cik beri lebih lagi berbanding hanya akhbarnya. 86 00:04:48,455 --> 00:04:50,457 Ini kopi dan akhbar awak. 87 00:04:50,541 --> 00:04:52,626 Serta pastri Danish. 88 00:04:52,709 --> 00:04:54,962 Serta pokok kecil untuk ceriakan pejabat awak. 89 00:04:55,838 --> 00:04:57,130 Serta gula-gula pudina. 90 00:04:58,173 --> 00:05:00,384 Mufin, jika awak tak suka pastri Danish. 91 00:05:00,884 --> 00:05:03,887 Terima kasih untuk semua ini. 92 00:05:04,513 --> 00:05:07,766 Saya ada tugasan penting untuk awak. 93 00:05:07,850 --> 00:05:11,103 Sudah berbulan kita tawarkan pakej Hari Valentine mewah 94 00:05:11,186 --> 00:05:13,897 untuk suite presiden kita, tapi tiada tempahan langsung. 95 00:05:13,981 --> 00:05:15,023 Sehingga pagi ini. 96 00:05:15,107 --> 00:05:17,484 Apa ada dalam pakej mewah Hari Valentine ini? 97 00:05:17,568 --> 00:05:20,028 Itu yang seronok. Saya tak tahu. 98 00:05:20,112 --> 00:05:23,156 Namun, untuk harga yang En. dan Pn. Teller bayar, ia perlu jadi bagus. 99 00:05:23,740 --> 00:05:26,577 Awak mahu saya fikirkan sesuatu? Saya suka Hari Valentine. 100 00:05:26,660 --> 00:05:29,454 Saya suka cinta dan pakej. 101 00:05:29,538 --> 00:05:30,539 Bagus. 102 00:05:31,707 --> 00:05:35,210 Saya tahu ia sukar, tapi jangan risau. Awak takkan kerja bersendirian. 103 00:05:36,753 --> 00:05:40,132 Baiklah, kamu berdua. Penuhi suite ini dengan cinta. 104 00:05:47,389 --> 00:05:48,557 Saya akan hias bilik ini! 105 00:05:48,974 --> 00:05:50,434 Saya akan hias bilik lain! 106 00:05:56,607 --> 00:06:00,819 Sara pula masih merawat hatinya. 107 00:06:11,830 --> 00:06:14,833 Dia salahkan nenek awak sebab perpisahannya dengan Roberta. 108 00:06:14,917 --> 00:06:19,671 Dia tunjukkan marahnya dengan cara pelik sebab dia tak boleh cakap begitu. 109 00:06:21,298 --> 00:06:22,799 Itu sangat kuat. 110 00:06:24,343 --> 00:06:25,177 Mak boleh perlahankan TV. 111 00:06:25,260 --> 00:06:28,514 Maksud saya, bunyi mak mengunyah sangat kuat. 112 00:06:29,598 --> 00:06:32,434 Mak makan pisang. Mak kunyah perlahan. 113 00:06:32,518 --> 00:06:36,480 Ia masih berbunyi seperti mulut mak penuh skru. 114 00:06:42,528 --> 00:06:46,490 Mak tak dengar apa-apa, walaupun telinga mak dekat dengan mulut mak. 115 00:06:48,992 --> 00:06:50,953 Aduhai, rasa seronok ada pencangkuk. 116 00:06:51,036 --> 00:06:53,121 Esteban! Mari berbual dengan kami. 117 00:06:53,747 --> 00:06:55,374 Selamat Hari Valentine! 118 00:06:55,457 --> 00:06:57,042 Sekarang keluar. 119 00:06:57,376 --> 00:06:58,502 Keluar? 120 00:06:58,585 --> 00:07:02,840 Jika awak tak kisah. Saya mahu masak makan malam kejutan untuk awak. 121 00:07:03,590 --> 00:07:05,467 Saya akan masak pulpo enamorado. 122 00:07:05,551 --> 00:07:06,635 Itu sepatutnya jadi kejutan. 123 00:07:06,969 --> 00:07:07,803 Ya, mak… 124 00:07:07,886 --> 00:07:09,054 Keluar. 125 00:07:09,680 --> 00:07:10,681 Baik. 126 00:07:11,974 --> 00:07:13,433 Awak perlu ikut mak. 127 00:07:13,517 --> 00:07:15,936 Awak kena tolong mak… Mak tak beli apa-apa untuk dia! 128 00:07:16,854 --> 00:07:18,272 Ya, kamu berdua pergi… 129 00:07:18,355 --> 00:07:20,148 saya tak mahu kamu nampak flan berbentuk hati saya buat. 130 00:07:20,232 --> 00:07:21,733 Sekali lagi? 131 00:07:23,193 --> 00:07:24,695 Kami pergi. 132 00:07:26,989 --> 00:07:28,532 Bunga. Belon. 133 00:07:28,615 --> 00:07:31,451 Champagne. Kelopak mawar. 134 00:07:33,412 --> 00:07:34,496 Ini teruk, bukan? 135 00:07:34,580 --> 00:07:35,622 Sangat teruk. 136 00:07:37,833 --> 00:07:39,251 Apa kita patut buat? 137 00:07:39,960 --> 00:07:41,753 Strawberi salut coklat! 138 00:07:42,796 --> 00:07:45,174 Don Pablo ajar saya buat angsa daripada napkin. 139 00:07:45,257 --> 00:07:48,177 Saya boleh ubah dua tuala jadi angsa bercium atas katil. 140 00:07:48,260 --> 00:07:50,846 Ya. Saya boleh bayangkan En. dan Pn. Teller… 141 00:07:50,929 --> 00:07:53,599 Hebat, Susan. Angsa ini dibuat daripada tuala. 142 00:07:53,682 --> 00:07:55,517 Saya sudah cakap ia amat berbaloi. 143 00:07:55,601 --> 00:07:59,354 Maaf sebab ia tak sebijak "Strawberi salut coklat!" 144 00:08:04,776 --> 00:08:07,029 Kenapa keadaan kita amat janggal? 145 00:08:07,112 --> 00:08:09,531 Kita tak boleh ada dalam bilik yang sama bersama-sama. 146 00:08:09,615 --> 00:08:12,701 Betul, ia pelik. 147 00:08:14,161 --> 00:08:16,163 Saya rindu berkawan dengan awak. 148 00:08:17,331 --> 00:08:18,457 Apa berlaku? 149 00:08:20,709 --> 00:08:22,586 Apa yang berlaku ialah balkoni… 150 00:08:59,540 --> 00:09:01,291 Héctor, si penggoda. 151 00:09:01,792 --> 00:09:03,585 Saya nampak awak perhatikan wanita itu. 152 00:09:03,669 --> 00:09:06,672 - Tidak. - Ada rancangan hebat untuk Valentine? 153 00:09:06,755 --> 00:09:09,258 Awak bercinta dengan ramai gadis. 154 00:09:09,341 --> 00:09:11,510 Saya cuma mahu bercinta dengan seorang saja. 155 00:09:12,344 --> 00:09:14,847 Ada orang dah jinakkan awak. 156 00:09:14,930 --> 00:09:18,475 Beritahu saya tentang dia. Ayuh. Ceritalah. 157 00:09:18,559 --> 00:09:21,061 Bagaimana rupanya? Saya akan suka dia? 158 00:09:22,646 --> 00:09:23,814 Ya. 159 00:09:24,481 --> 00:09:25,774 Kamu ada banyak persamaan. 160 00:09:25,858 --> 00:09:29,528 Ayuh. Saya mahu tahu lagi. Dia lebih tua atau lebih muda? 161 00:09:29,611 --> 00:09:31,655 Dia lebih tua. 162 00:09:31,738 --> 00:09:35,909 Ya, saya sudah agak. Dia ibu menawan. Ibu. 163 00:09:35,993 --> 00:09:37,077 Tolong jangan sebut "ibu." 164 00:09:37,160 --> 00:09:40,205 - Ibu saya menarik! - Okey. 165 00:09:40,289 --> 00:09:42,207 Hei, hati-hati. Saya mungkin memikat dia. 166 00:09:42,291 --> 00:09:43,292 Saya harap tidak. 167 00:09:43,375 --> 00:09:46,587 Saya dan dia bercinta. Bayangkannya. 168 00:09:46,670 --> 00:09:48,839 - Saya cuba tak bayangkan. - Hei, begini. 169 00:09:48,922 --> 00:09:50,757 Jika hubungan saya dan Julia berakhir, 170 00:09:50,841 --> 00:09:52,467 - dia ada adik perempuan? - Tidak. 171 00:09:52,551 --> 00:09:54,761 Cuma anak lelaki. 172 00:09:54,845 --> 00:09:57,890 Aduhai! Awak akan jadi ayah. 173 00:09:57,973 --> 00:09:59,600 - Tidak. - Ya. 174 00:10:00,517 --> 00:10:02,144 Itu tak penting, okey? 175 00:10:03,145 --> 00:10:06,023 - Dia sudah tak begitu meminati saya. - Pada Hari Valentine? 176 00:10:06,106 --> 00:10:07,608 Ya. 177 00:10:08,859 --> 00:10:11,111 Saya belikan dia patung besar dan sekarang saya… 178 00:10:11,195 --> 00:10:12,738 Patung besar? 179 00:10:12,821 --> 00:10:15,073 Awak bercinta dengan seorang wanita. Seorang ibu. 180 00:10:15,157 --> 00:10:17,618 Awak tak boleh… Jika ada orang bagi ibu saya patung besar, 181 00:10:17,701 --> 00:10:19,453 saya akan ketawakan orang itu. 182 00:10:19,536 --> 00:10:22,456 Awak perlu berusaha lebih lagi jika suka dia. Lakukan yang terbaik. 183 00:10:22,539 --> 00:10:25,834 Ambil peluang. Belikan dia perhiasan cantik seperti barang kemas. 184 00:10:27,419 --> 00:10:30,047 Sebab kamu tak sebut "J". 185 00:10:43,602 --> 00:10:46,063 Gembira dapat berurusan. 186 00:10:53,278 --> 00:10:57,282 Okey. Awak mahu cakap tentang balkoni? 187 00:10:57,366 --> 00:11:00,410 Ya! Tak. Maksud saya… 188 00:11:00,494 --> 00:11:04,915 Awak cakap ia satu kesilapan… 189 00:11:08,210 --> 00:11:09,461 dan saya setuju. 190 00:11:09,545 --> 00:11:10,754 Ya. Ia dungu. 191 00:11:10,838 --> 00:11:12,881 Amat dungu. Tak bermakna apa-apa. 192 00:11:12,965 --> 00:11:14,550 Langsung tidak! Tiada makna langsung. 193 00:11:14,633 --> 00:11:17,094 Namun, ia tetap berlaku! Ia buat saya buntu. 194 00:11:17,177 --> 00:11:18,428 Jika tak cakap yang saya fikirkan, 195 00:11:18,512 --> 00:11:19,763 saya tertekan, tapi tak boleh 196 00:11:19,847 --> 00:11:20,973 sebab tak boleh beritahu sesiapa. 197 00:11:21,223 --> 00:11:22,099 Awak boleh beritahu saya. 198 00:11:22,182 --> 00:11:25,727 Tak boleh. 199 00:11:26,520 --> 00:11:29,398 Saya malu. 200 00:11:33,026 --> 00:11:36,405 Pakai ini pada mata awak. 201 00:11:36,488 --> 00:11:38,323 Ini masa yang tak sesuai untuk main piñata. 202 00:11:38,407 --> 00:11:40,158 Bukan. Jika kita tak saling memandang, 203 00:11:40,242 --> 00:11:42,744 lebih mudah awak nak luahkan perasaan. 204 00:11:42,828 --> 00:11:44,872 Saya akan tunjukkan. 205 00:11:50,169 --> 00:11:52,796 Saya yang makan yogurt Lupe minggu lepas. 206 00:11:54,339 --> 00:11:56,758 Saya rasa lebih lega! 207 00:11:56,842 --> 00:11:59,678 Okey, giliran saya… 208 00:12:05,225 --> 00:12:06,226 Okey. 209 00:12:06,310 --> 00:12:08,187 Saya mula. 210 00:12:14,026 --> 00:12:19,489 Saya ada tanggungjawab besar selepas… 211 00:12:21,033 --> 00:12:22,492 ciuman itu. 212 00:12:22,576 --> 00:12:28,790 Saya patut beritahu Chad, tapi ia mungkin tamatkan hubungan kami, 213 00:12:28,874 --> 00:12:35,005 saya patut beritahu Isabel, tapi itu mungkin tamatkan hubungan kamu. 214 00:12:35,088 --> 00:12:37,049 Saya mahu beritahu awak, 215 00:12:37,132 --> 00:12:43,889 tapi hubungan kita akan jadi janggal. 216 00:12:45,849 --> 00:12:50,812 Saya mengecewakan semua orang walau apa pun saya lakukan. 217 00:12:50,896 --> 00:12:54,191 Saya sangat tertekan. 218 00:13:02,783 --> 00:13:04,451 Ia tak pernah berlaku. 219 00:13:05,118 --> 00:13:06,578 Apa maksud awak? 220 00:13:07,162 --> 00:13:11,917 Jika ia tak pernah berlaku, awak tak perlu sorok daripada Chad atau Isabel. 221 00:13:13,335 --> 00:13:16,046 Jika ia tak pernah berlaku, awak tak perlu rasa tertekan. 222 00:13:17,422 --> 00:13:20,175 Jika ia tak pernah berlaku, 223 00:13:20,259 --> 00:13:23,262 kita boleh berkawan semula. 224 00:13:23,345 --> 00:13:25,764 Kita saja yang ada di sana. 225 00:13:25,848 --> 00:13:28,016 Itu kisah kita. 226 00:13:28,100 --> 00:13:31,728 Jadi kita perlu cakap ia tak berlaku, 227 00:13:32,896 --> 00:13:34,690 dan ia tak pernah berlaku. 228 00:13:36,984 --> 00:13:38,235 Ia tak pernah berlaku. 229 00:13:39,403 --> 00:13:40,654 Ia tak pernah berlaku. 230 00:13:49,121 --> 00:13:50,038 Paris. 231 00:13:50,873 --> 00:13:52,207 Apa? 232 00:13:53,250 --> 00:13:55,919 Lampu ini ingatkan saya pada lampu di Paris… 233 00:13:56,420 --> 00:13:59,798 Rasanya kita masih ada prop dari acara Model PBB yang kita acarakan. 234 00:13:59,882 --> 00:14:03,135 Ya. Bahagian dapur boleh buat coq au vin dan kroisan… 235 00:14:03,218 --> 00:14:07,723 Chad ada pemain rekod antik yang pasti nampak hebat di sini… 236 00:14:07,806 --> 00:14:09,683 Mari mula. 237 00:14:12,936 --> 00:14:15,147 Awak berjaya pujuk Lupe? 238 00:14:15,230 --> 00:14:18,942 Tak. Dia tetap mendesak untuk perhatikan kita setiap kali kita bersama. 239 00:14:19,735 --> 00:14:20,944 Termasuk sekarang. 240 00:14:25,574 --> 00:14:28,452 Nampaknya inilah Hari Valentine kita. 241 00:14:28,535 --> 00:14:29,578 Jadi 242 00:14:30,078 --> 00:14:31,788 kita perlu buat ia jadi bertahan lama. 243 00:14:42,841 --> 00:14:46,637 Teringat bercinta semasa muda. 244 00:14:46,720 --> 00:14:49,181 Awak tahu mereka ingatkan saya kepada siapa? 245 00:14:49,264 --> 00:14:54,603 Awak dan lelaki berkaki kurus yang kerja di taman. 246 00:14:56,647 --> 00:14:59,274 Mauricio. 247 00:15:00,609 --> 00:15:02,736 Semoga dia bersemadi dengan tenang. 248 00:15:03,362 --> 00:15:08,033 Kaki kurusnya tak dapat berenang lebih laju dari jerung itu. 249 00:15:08,784 --> 00:15:12,204 Kamu saling memandang begitu… 250 00:15:12,996 --> 00:15:16,959 Ini pasti buat awak teringat waktu itu. 251 00:15:24,591 --> 00:15:27,970 Mak tahu ada perkara awak tak suka beritahu mak, 252 00:15:28,053 --> 00:15:31,348 tapi mak mahu awak tahu mak ada bersama awak. 253 00:15:32,558 --> 00:15:36,728 Terima kasih. Mari fokus pada hadiah Esteban. 254 00:15:38,272 --> 00:15:40,691 Dia suka jaket ini? 255 00:15:42,150 --> 00:15:44,695 Ya, ia bagus. 256 00:15:45,654 --> 00:15:49,366 Helo, saya Esteban dan saya seorang penentang! 257 00:15:49,449 --> 00:15:52,911 Semasa mengikut had kelajuan. 258 00:15:52,995 --> 00:15:55,622 Ada tali pinggang keledar padanya? 259 00:15:55,706 --> 00:15:58,542 Tolonglah, Sara. Jangan. 260 00:16:00,460 --> 00:16:01,712 Dia akan buat begini… 261 00:16:01,795 --> 00:16:03,255 Beri perhatian. 262 00:16:04,047 --> 00:16:05,340 Begini. 263 00:16:05,966 --> 00:16:08,969 Saya Esteban, raja rock and roll! 264 00:16:09,052 --> 00:16:13,682 Jika ia terlalu kuat, saya boleh perlahankan. Okey? 265 00:16:13,765 --> 00:16:17,769 Beginilah, saya tutup terus. 266 00:16:27,988 --> 00:16:30,532 Diane, seperti persetujuan kita, 267 00:16:30,616 --> 00:16:33,327 saya akan beritahu awal tentang hari cuti saya. 268 00:16:33,911 --> 00:16:36,997 Hujung minggu depan, saya akan lawat anak dan cucu saya. 269 00:16:37,623 --> 00:16:39,082 Saya mahu benarkan, 270 00:16:39,166 --> 00:16:42,127 tapi ada banyak kerja untuk parti Hollywood bulan depan. 271 00:16:42,211 --> 00:16:45,714 Kita perlu mula bincang tentang jemputan, katering… 272 00:16:49,468 --> 00:16:51,845 Mari bincangkannya lain kali. 273 00:16:53,597 --> 00:16:54,640 Okey. 274 00:16:59,061 --> 00:17:00,062 Awak bergurau? 275 00:17:00,145 --> 00:17:03,732 Jika mencintai awak satu gurauan, jadi saya badut terbesar di dunia. 276 00:17:04,525 --> 00:17:08,237 Diane, saya sudah bersama beratus… Bukan, berdozen wanita. 277 00:17:09,070 --> 00:17:14,535 Namun, tiada seorang setanding awak, Diane Davies, mi amor. 278 00:17:14,617 --> 00:17:16,744 Okey, rasanya ada salah faham. 279 00:17:16,828 --> 00:17:20,290 Saya takkan tinggalkan awak. Saya sentiasa ada di sini. 280 00:17:20,374 --> 00:17:22,376 Apa? Tidak. Apa itu? 281 00:17:22,459 --> 00:17:24,711 Awak setuju ini sepatutnya jadi kasual. 282 00:17:24,795 --> 00:17:25,796 Mi amor… 283 00:17:25,878 --> 00:17:27,005 Berhenti panggil saya begitu. 284 00:17:28,841 --> 00:17:30,384 Dengar. 285 00:17:30,467 --> 00:17:31,927 Awak rosakkannya. 286 00:17:32,010 --> 00:17:33,762 Maaf, Héctor, ia dah berakhir. 287 00:17:35,055 --> 00:17:36,306 Tunggu. 288 00:17:36,390 --> 00:17:37,599 Berakhir? 289 00:17:38,433 --> 00:17:40,894 Okey, kita tak perlu bercinta. 290 00:17:40,978 --> 00:17:43,480 Hanya berasmara. Tiga kali seminggu. 291 00:17:43,564 --> 00:17:46,608 Kadangkala, makan malam bercahaya lilin untuk kita berkongsi rahsia. 292 00:17:46,692 --> 00:17:47,526 Aduhai, tidak. 293 00:17:47,609 --> 00:17:50,237 Okey. Tiada makan malam. Hanya asmara. 294 00:17:50,320 --> 00:17:53,323 Serta perbualan ringkas tentang rancangan kita tonton di TV. 295 00:17:53,407 --> 00:17:54,992 Héctor, awak perlu pergi. 296 00:17:55,075 --> 00:17:57,703 Jika sesiapa tahu tentang kita, awak dipecat. 297 00:17:58,829 --> 00:18:00,038 Okey. 298 00:18:00,706 --> 00:18:01,832 Saya pergi. 299 00:18:05,377 --> 00:18:06,545 Tawaran terakhir. 300 00:18:06,628 --> 00:18:09,214 Saya takkan kata apa-apa, hanya asmara. Awak tentukan masa. 301 00:18:09,298 --> 00:18:11,049 Saya cuma prop. Ambil atau lupakan. 302 00:18:11,133 --> 00:18:12,634 - Keluar! - Saya cakap akan pergi. 303 00:18:20,434 --> 00:18:21,435 Itu dia! 304 00:18:21,518 --> 00:18:24,104 Nampak hebat. 305 00:18:24,730 --> 00:18:26,940 - Bagaimana? - Tak bagus, Chad. 306 00:18:27,691 --> 00:18:28,942 Tak bagus. 307 00:18:29,026 --> 00:18:30,360 Tidak. 308 00:18:31,653 --> 00:18:34,323 Ambillah. Awak boleh bagi pada Julia. 309 00:18:37,618 --> 00:18:40,078 Ya, terima kasih, tapi ini bukan gayanya. 310 00:18:44,374 --> 00:18:45,501 Hei, Héctor. 311 00:18:46,793 --> 00:18:50,214 Perempuan yang menolak cinta awak, anaknya terlepas ayah yang hebat. 312 00:18:56,136 --> 00:18:58,514 Sekarang ia rasa seperti Paris. 313 00:18:58,597 --> 00:18:59,681 Awak pernah ke sana? 314 00:18:59,765 --> 00:19:02,100 Tak, tapi saya pasti akan tinggal di sana nanti. 315 00:19:02,184 --> 00:19:04,478 Mungkin peraga pakaian saya di Minggu Fesyen. 316 00:19:04,561 --> 00:19:07,439 Bagus. Saya akan lawat awak dengan jet peribadi saya. 317 00:19:07,523 --> 00:19:08,899 Janji. 318 00:19:15,030 --> 00:19:17,115 Hebat. Saya suka. 319 00:19:20,494 --> 00:19:23,997 Angkat tangan! Ini polis bergaya! 320 00:19:24,081 --> 00:19:26,667 Jangan risau, ia bukan pistol sebenar. 321 00:19:26,750 --> 00:19:29,795 Walaupun saya pernah dirompak orang yang halakan jarinya pada saya. 322 00:19:29,878 --> 00:19:32,047 Itu sebab ia sangat gelap. 323 00:19:32,130 --> 00:19:35,300 Saya perlu ambil gambar awak. Mana kamera? 324 00:19:35,384 --> 00:19:37,719 Rasanya atas meja solek saya. 325 00:19:37,803 --> 00:19:39,012 Jangan berani buka! 326 00:19:40,764 --> 00:19:43,350 Sedap bau makanan! 327 00:19:43,433 --> 00:19:47,688 Pulpo enamorado ialah resipi istimewa keluarga kami sejak dulu. 328 00:19:47,771 --> 00:19:49,773 Ia diwarisi daripada moyang kepada nenek saya, 329 00:19:49,857 --> 00:19:52,860 kemudian kepada ibu saya dan akhirnya kepada saya. 330 00:19:52,943 --> 00:19:56,989 Semua sukatan perlu tepat. Begitu juga setiap bahan. 331 00:19:57,072 --> 00:19:58,907 Ia amat rumit 332 00:19:59,157 --> 00:20:00,450 jadi saya masak ayam. 333 00:20:00,534 --> 00:20:03,745 Cerita itu sangat… 334 00:20:04,580 --> 00:20:07,583 Mak, kenapa lama sangat? 335 00:20:07,666 --> 00:20:10,294 Kamera itu ada atas… 336 00:20:16,967 --> 00:20:19,219 Memo, ini teruk. 337 00:20:19,303 --> 00:20:21,930 Saya merayu Mak Cik Lupe sekali lagi supaya bagi kita keluar janji temu, 338 00:20:22,014 --> 00:20:23,515 tapi dia cakap saya perlu kerja malam ini. 339 00:20:23,599 --> 00:20:26,018 Sekarang kita hanya boleh luangkan masa bersama 340 00:20:26,101 --> 00:20:29,188 - jika awak tolong saya di bilik dobi. - Bilik dobi? 341 00:20:29,271 --> 00:20:32,274 Kita patut luangkan Hari Valentine lipat cadar? 342 00:20:32,357 --> 00:20:34,568 Awak sangat marah! 343 00:20:34,651 --> 00:20:36,820 Saya suka. 344 00:20:36,904 --> 00:20:38,906 Tuala? Serta sampul bantal? 345 00:20:38,989 --> 00:20:40,824 Teruskan sebut linen! Itu sangat seksi. 346 00:20:40,908 --> 00:20:43,660 Pelapik meja? Napkin? 347 00:20:43,744 --> 00:20:46,288 Ini malam terakhir kita! 348 00:20:46,371 --> 00:20:49,416 Saya takkan biarkan. 349 00:21:12,689 --> 00:21:15,651 "Nikmati malam kamu bersama-sama - Lupe" 350 00:21:21,365 --> 00:21:23,492 Jadi selama ini, 351 00:21:24,743 --> 00:21:26,495 bukan Roberta dan Máximo, 352 00:21:26,578 --> 00:21:28,038 tapi Roberta dan awak. 353 00:21:28,872 --> 00:21:30,374 Sara, kenapa awak buat begini? 354 00:21:30,457 --> 00:21:32,000 - Ini dosa! - Kami… 355 00:21:32,084 --> 00:21:34,837 Bagaimana jika orang tahu? Apa mereka akan kata? 356 00:21:35,838 --> 00:21:37,798 Saya tak tahu… 357 00:21:38,632 --> 00:21:39,883 Polis bergaya! 358 00:21:39,967 --> 00:21:41,885 Kamu ditahan sebab tak melaporkan diri untuk makan malam… 359 00:21:44,346 --> 00:21:49,309 Saya boleh tutupnya dengan kerajang supaya ia tak sejuk. 360 00:21:53,939 --> 00:21:58,527 Bagaimana dengan masa depan? Bagaimana awak akan ada keluarga? 361 00:21:59,403 --> 00:22:02,239 Itu paling penting. 362 00:22:02,322 --> 00:22:05,784 Kehidupan mak takkan bermakna tanpa anak-anak mak. 363 00:22:05,868 --> 00:22:08,662 Saya tak tahu. Cuma… 364 00:22:08,745 --> 00:22:11,582 Saya tak pasti saya mahukan suami. 365 00:22:11,665 --> 00:22:15,752 Bagaimana awak mahu tahu? Awak tak pernah bersama lelaki! 366 00:22:15,836 --> 00:22:18,338 Saya tak pernah rasa mahu cuba. 367 00:22:18,714 --> 00:22:20,549 Mak tak percaya! 368 00:22:23,427 --> 00:22:25,179 Apa ayah awak akan kata? 369 00:22:27,931 --> 00:22:29,016 Maaf… 370 00:22:29,099 --> 00:22:31,351 Mana awak simpan kerajang? 371 00:22:34,813 --> 00:22:36,398 Saya akan cari. 372 00:22:43,989 --> 00:22:45,866 - Kita berjaya. - Kita berjaya. 373 00:22:45,949 --> 00:22:48,410 Bagaimana cakap "syabas" dalam bahasa Perancis? 374 00:22:52,956 --> 00:22:53,957 Jadi... 375 00:22:55,626 --> 00:22:56,960 kepada awak juga. 376 00:23:01,507 --> 00:23:04,009 Saya gembira kita berkawan semula. 377 00:23:04,843 --> 00:23:06,011 Saya juga. 378 00:23:06,345 --> 00:23:09,598 Mereka akan ke sini nanti. Mahu periksa buat kali terakhir? 379 00:23:10,474 --> 00:23:11,600 Pn. Teller, sayang, 380 00:23:11,683 --> 00:23:14,061 mahu saya tunjukkan suite Paris kita yang mewah? 381 00:23:14,144 --> 00:23:17,356 En. Teller, ini amat indah. 382 00:23:19,107 --> 00:23:21,818 Champagne mahal. 383 00:23:21,902 --> 00:23:24,279 Jangan risau. Ia hanya sejuta dolar. 384 00:23:24,363 --> 00:23:26,657 Mereka kehabisan champagne dua juta dolar. 385 00:23:30,994 --> 00:23:33,413 Ini hebat. 386 00:23:33,497 --> 00:23:34,706 Awak buat semua ini? 387 00:23:34,790 --> 00:23:38,252 Ya, tapi kita patut pergi. Pasangan Teller akan sampai sebentar lagi. 388 00:23:38,335 --> 00:23:39,753 Tidak, sayang. 389 00:23:39,837 --> 00:23:41,421 Kita pasangan Teller. 390 00:23:41,505 --> 00:23:44,174 Saya tempah suite dengan nama palsu untuk beri awak kejutan. 391 00:23:44,883 --> 00:23:47,511 Saya cakap kita takkan keluar, tapi tak cakap duduk di mana. 392 00:23:47,594 --> 00:23:49,638 Aduhai! Awak mengagumkan. 393 00:23:52,391 --> 00:23:55,185 Saya tak sangka awak perlu sediakan suite sendiri. 394 00:23:56,353 --> 00:23:58,897 Baiklah, berseronok malam ini. 395 00:24:00,232 --> 00:24:02,276 Terima kasih, Máximo. Awak juga. 396 00:24:02,359 --> 00:24:03,735 Aduhai! 397 00:24:04,278 --> 00:24:06,405 Hei, saya ada pemain rekod begitu. 398 00:24:09,241 --> 00:24:11,910 Semua akan okey. Kita akan buat begini. 399 00:24:11,994 --> 00:24:17,457 Kita akan pura-pura ini tak pernah berlaku dan takkan cakap tentang Roberta lagi. 400 00:24:18,542 --> 00:24:21,170 Awak akan lupakan fasa ini nanti. 401 00:24:21,253 --> 00:24:23,338 Fasa? Mak… 402 00:24:23,422 --> 00:24:28,010 Awak remaja. Awak keliru. 403 00:24:28,093 --> 00:24:32,723 Kita akan lupakan dan teruskan kehidupan. 404 00:24:36,101 --> 00:24:40,063 Mak, dengar cakap saya! Ini bukan… 405 00:24:40,689 --> 00:24:42,858 Saya tak boleh buat begitu. 406 00:24:43,567 --> 00:24:44,985 Saya tak mahu. 407 00:24:45,068 --> 00:24:48,572 Ini dosa. 408 00:24:48,655 --> 00:24:50,073 Mak tak boleh ada orang dalam rumah mak… 409 00:24:50,157 --> 00:24:52,075 yang terus bersikap begitu. 410 00:24:52,159 --> 00:24:57,748 Saya tak mahu tinggal dalam rumah yang saya perlu tipu diri sendiri! 411 00:25:03,128 --> 00:25:04,880 Sara… 412 00:25:07,090 --> 00:25:09,927 Mak tak boleh terima awak begitu. 413 00:25:11,428 --> 00:25:13,430 Mak. Saya nekad. 414 00:25:14,181 --> 00:25:16,058 Ini salah. 415 00:25:24,233 --> 00:25:26,193 Maafkan mak. 416 00:25:27,528 --> 00:25:29,363 Mak tak boleh cakap ia okey. 417 00:25:31,114 --> 00:25:32,699 Maafkan mak. 418 00:25:39,206 --> 00:25:40,457 Saya bencikan mak! 419 00:25:43,418 --> 00:25:44,837 Kemudian, Hugo, 420 00:25:45,462 --> 00:25:48,173 mak dan nenek awak saling bercakap sesuatu 421 00:25:48,674 --> 00:25:50,467 yang pak cik takkan ulang kepada awak. 422 00:25:52,427 --> 00:25:56,139 Ia ambil masa yang lama untuk lupakan kejadian hari itu. 423 00:25:58,851 --> 00:26:02,855 Sudah tentu, pada waktu itu, pak cik sedang fikirkan hal lain. 424 00:26:15,534 --> 00:26:16,827 Máximo. 425 00:26:17,661 --> 00:26:19,746 Saya tahu rancangan kita malam esok, 426 00:26:19,830 --> 00:26:22,249 tapi saya mahu singgah untuk beri ini. 427 00:26:22,332 --> 00:26:24,751 Coklat. Ini… 428 00:26:24,835 --> 00:26:25,711 klise. 429 00:26:25,794 --> 00:26:27,087 Bukan coklat biasa. 430 00:26:27,171 --> 00:26:31,258 Saya curi semua coklat ini dari atas bantal bilik tetamu Las Colinas. 431 00:26:31,717 --> 00:26:33,719 Hanya untuk awak. 432 00:26:34,636 --> 00:26:36,471 Ini yang terbaik! 433 00:26:46,857 --> 00:26:47,941 Joe, 434 00:26:49,526 --> 00:26:51,820 hentian tambahan awak masukkan dalam jadual kita? 435 00:26:51,904 --> 00:26:52,946 Tunggu sebentar. 436 00:26:53,030 --> 00:26:55,407 Hentian yang awak kata tak mahu pergi 437 00:26:55,490 --> 00:26:57,618 dan marah saya sebab beri cadangan? 438 00:26:57,701 --> 00:26:59,161 Ya. Hentian itu. 439 00:26:59,870 --> 00:27:01,663 Boleh awak tolong periksanya? 440 00:27:03,373 --> 00:27:07,169 Itu idea yang hebat, bos. Saya gembira dapat uruskannya untuk awak. 441 00:27:07,836 --> 00:27:11,089 Pak cik mahu jumpa Isabel. 442 00:27:11,757 --> 00:27:12,883 Entahlah. 443 00:27:13,675 --> 00:27:14,885 Betulkah? 444 00:27:16,094 --> 00:27:17,763 Bayangkan kerja untuknya. 445 00:27:17,846 --> 00:27:19,348 - Bagaimana awak bertahan? - Saya terseksa. 446 00:27:19,431 --> 00:27:20,682 Seperti pak cik cakap, 447 00:27:21,808 --> 00:27:26,146 Hari Valentine itu ubah kami semua. 448 00:27:27,981 --> 00:27:30,067 Ada hubungan makin rapat. 449 00:27:42,204 --> 00:27:44,581 Satu hubungan berakhir selamanya. 450 00:27:47,084 --> 00:27:50,128 Walaupun satu hari nanti keadaan akan berubah, 451 00:27:50,212 --> 00:27:52,673 walaupun kedua-duanya tak mahu begitu, 452 00:27:53,257 --> 00:27:55,968 satu hubungan dah musnah. 453 00:29:13,754 --> 00:29:15,756 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman