1 00:00:09,593 --> 00:00:13,472 Selamat datang ke Acapulco yang indah. 2 00:00:14,097 --> 00:00:15,599 Ya, tempat ini teruk. 3 00:00:15,682 --> 00:00:17,976 Kenapa kita di sini? 4 00:00:19,061 --> 00:00:20,771 Ini tempat pak cik bermain semasa kecil. 5 00:00:21,855 --> 00:00:24,900 Pak cik dan Memo selalu ke sini. 6 00:00:24,983 --> 00:00:27,778 Kami selalu tangkap… Apa perkataan itu? 7 00:00:28,278 --> 00:00:29,571 - Tetanus? - Ikan merah. 8 00:00:30,072 --> 00:00:35,702 Pak cik juga akan guna marina ini sebagai metafora dalam cerita pak cik nanti. 9 00:00:35,786 --> 00:00:37,746 Metafora. Menarik. 10 00:00:37,829 --> 00:00:41,917 Menarik, bukan? Pak cik amat tertarik dengan metafora yang bagus. 11 00:00:42,501 --> 00:00:47,256 Pada malam Hari Valentine, pak cik balik selepas jumpa Isabel. 12 00:00:55,222 --> 00:00:57,474 Surat Roberta yang ada di atas meja 13 00:00:57,558 --> 00:00:59,476 hanya beri satu maksud. 14 00:01:00,727 --> 00:01:04,147 Ibu pak cik sudah jumpa surat itu dan tahu rahsia adik pak cik. 15 00:01:20,831 --> 00:01:21,748 Jangan cakap, 16 00:01:21,832 --> 00:01:22,958 dengar saja. 17 00:01:23,041 --> 00:01:24,751 Saya tahu awak sedih, 18 00:01:24,835 --> 00:01:26,587 tapi semua akan jadi okey. 19 00:01:26,670 --> 00:01:28,046 Saya ada untuk awak. 20 00:01:28,881 --> 00:01:30,507 Saya sayangkan awak. 21 00:01:30,591 --> 00:01:31,967 Saya juga sayangkan awak. 22 00:01:37,264 --> 00:01:38,557 Apa berlaku? 23 00:01:38,640 --> 00:01:39,600 Mana Sara? 24 00:01:39,683 --> 00:01:41,685 Mungkin dengan "bekas kekasih" awak, Roberta. 25 00:01:41,768 --> 00:01:42,936 Mak, saya boleh terangkan… 26 00:01:43,020 --> 00:01:44,188 Jangan risau. 27 00:01:44,271 --> 00:01:45,731 Adik awak sudah terangkan semuanya! 28 00:01:45,814 --> 00:01:47,149 Dia juga cakap dia bencikan mak 29 00:01:47,232 --> 00:01:50,277 sebab salah jika mahu anak jadi sempurna. 30 00:01:50,694 --> 00:01:52,321 Apa mak beritahu dia? 31 00:01:52,404 --> 00:01:54,239 Kita perlu berbincang sebagai satu keluarga. 32 00:01:54,448 --> 00:01:55,782 Itu yang saya beritahu dia. 33 00:01:57,242 --> 00:01:59,036 Perlahan-lahan dan tergagap-gagap. 34 00:01:59,244 --> 00:02:00,370 Mungkin saya fikirkannya. 35 00:02:00,621 --> 00:02:01,705 Awak mungkin tak tahu, 36 00:02:01,788 --> 00:02:03,373 tapi saya tak suka konfrontasi. 37 00:02:04,291 --> 00:02:06,418 - Maaf. - Mak tak mahu cakap dengan Sara 38 00:02:06,502 --> 00:02:08,044 selagi dia tak minta maaf dengan mak. 39 00:02:08,127 --> 00:02:10,339 Dia fikir dia boleh buat perangai dan pergi begitu saja? 40 00:02:10,422 --> 00:02:11,507 Jangan harap. 41 00:02:12,049 --> 00:02:13,008 Apabila dia balik, 42 00:02:13,091 --> 00:02:14,718 dia akan nampak semua barang yang buat dia… 43 00:02:14,801 --> 00:02:16,553 melencong ke gaya hidup itu sudah dibuang. 44 00:02:16,970 --> 00:02:18,805 Mak, ia bukan gaya hidup… 45 00:02:19,139 --> 00:02:21,558 Pemain rekod ini perlu dibuang. 46 00:02:21,642 --> 00:02:23,018 Kita tak tahu 47 00:02:23,101 --> 00:02:25,270 muzik berdosa yang dia dengar. 48 00:02:25,646 --> 00:02:27,064 Ya! Idea yang bagus. 49 00:02:27,397 --> 00:02:29,816 Hei, pemain rekod awak baru rosak, bukan? 50 00:02:31,318 --> 00:02:32,778 Rasanya… 51 00:02:32,861 --> 00:02:33,987 mungkin betul. 52 00:02:41,620 --> 00:02:43,747 Hei, troli itu tak patut ada di sana. 53 00:02:43,830 --> 00:02:45,082 Terima kasih. 54 00:02:49,878 --> 00:02:51,088 Maaf. 55 00:02:51,755 --> 00:02:53,382 Apa awak… 56 00:02:53,674 --> 00:02:54,967 Awak adik Máximo? 57 00:02:55,050 --> 00:02:56,593 Sebentar… Kenapa tidur di sini? 58 00:02:58,679 --> 00:02:59,596 Hai! 59 00:03:00,264 --> 00:03:04,434 Máximo, awak kehilangan adik? 60 00:03:04,518 --> 00:03:05,519 Sara. 61 00:03:05,602 --> 00:03:06,645 Bagaimana awak masuk sini? 62 00:03:06,728 --> 00:03:08,981 Saya tunggu sehingga pengawal ke tandas, 63 00:03:09,064 --> 00:03:10,190 kemudian berjalan masuk. 64 00:03:10,274 --> 00:03:12,693 Guillermo selalu perlu ke tandas. 65 00:03:15,195 --> 00:03:17,906 Mak beritahu kejadian itu. Maaf. 66 00:03:17,990 --> 00:03:19,575 Kita perlu bincang sebagai keluarga! 67 00:03:19,658 --> 00:03:20,659 Saya tak mahu cakap dengan mak 68 00:03:20,742 --> 00:03:22,202 selagi dia tak minta maaf dengan saya. 69 00:03:22,286 --> 00:03:23,537 Saya sedang buntu, 70 00:03:23,620 --> 00:03:25,205 tapi saya takkan balik rumah. 71 00:03:31,545 --> 00:03:33,130 Ibu dan adik saya bergaduh, 72 00:03:33,213 --> 00:03:34,131 saya mahu tahu… 73 00:03:34,214 --> 00:03:36,508 Dia sudah tanya. Dia tak boleh tinggal di sini… 74 00:03:36,592 --> 00:03:37,593 Julia, tolonglah. 75 00:03:37,676 --> 00:03:38,927 Dia tiada tempat lain untuk pergi. 76 00:03:39,011 --> 00:03:41,346 Dia tiada kerja, duit dan baru 16 tahun! 77 00:03:44,141 --> 00:03:45,434 Hampir 17 tahun. 78 00:03:47,561 --> 00:03:50,480 Okey. Ya. Ada bilik di sayap utara yang kosong. 79 00:03:50,564 --> 00:03:52,149 Namun, mereka mula ubah suai esok. 80 00:03:52,232 --> 00:03:54,776 Dia hanya boleh tinggal maksimum satu malam. 81 00:03:55,360 --> 00:03:58,322 Saya Máximo. Terima kasih. Awak yang terbaik. 82 00:04:03,076 --> 00:04:04,077 Hei. 83 00:04:10,083 --> 00:04:10,959 Awak bertuah… 84 00:04:11,043 --> 00:04:13,170 Bilik yang kosong hari ini cuma suite. 85 00:04:13,253 --> 00:04:15,380 Terima kasih. Saya tak perlukan bilik besar. 86 00:04:15,464 --> 00:04:17,548 Pelik sebab kapitalisme cuba yakinkan kita 87 00:04:17,632 --> 00:04:19,927 yang kita perlukan kemewahan. 88 00:04:20,010 --> 00:04:22,554 Pendirian saya tentangnya tetap sama… 89 00:04:23,388 --> 00:04:25,516 Biar betul! 90 00:04:57,172 --> 00:04:59,091 Pak cik risaukan keluarga pak cik, 91 00:04:59,174 --> 00:05:02,094 tapi pak cik tahu ada seseorang yang sentiasa boleh ceriakan pak cik. 92 00:05:02,177 --> 00:05:04,388 Selamat ulang tahun ke-30, En. dan Pn. Nelly. 93 00:05:04,471 --> 00:05:07,182 Semoga kamu sentiasa gembira. Saya amat teruja untuk kamu. 94 00:05:07,850 --> 00:05:10,018 Okey, mungkin bukan sentiasa. 95 00:05:10,519 --> 00:05:11,812 Kenapa? 96 00:05:11,895 --> 00:05:14,898 Saya sedih sebab terlalu rindukan Lorena. 97 00:05:15,566 --> 00:05:17,693 Sudah lama, saya dah mula lupa mukanya. 98 00:05:17,776 --> 00:05:19,653 Lorena baru pergi semalam. 99 00:05:19,736 --> 00:05:22,573 Ya, tapi rasa seperti dua malam. 100 00:05:26,869 --> 00:05:29,037 Aduhai! Lihatlah. 101 00:05:30,247 --> 00:05:32,165 Hugo Sánchez ada di sini? 102 00:05:32,249 --> 00:05:34,543 Pemain bola sepak kegemaran saya! 103 00:05:34,626 --> 00:05:36,086 Ini sangat hebat. 104 00:05:36,712 --> 00:05:38,422 Bayangkan dapat jumpa dia. 105 00:05:41,633 --> 00:05:44,803 Memo, saya takkan biarkan awak terus bersedih tentang Lorena. 106 00:05:44,887 --> 00:05:46,680 Sudah banyak kali awak ceriakan saya. 107 00:05:47,264 --> 00:05:49,516 Malam ini, saya akan jadi Memo awak! 108 00:05:49,600 --> 00:05:51,018 - Awak akan jadi saya? - Ya! 109 00:05:51,101 --> 00:05:53,437 Saya akan buat seperti awak semasa saya sedih. 110 00:05:53,520 --> 00:05:57,149 Contohnya, "Awak boleh buat apa-apa saja. Awak Máximo Gallardo." 111 00:05:57,232 --> 00:05:59,943 Tepat sekali! Cuma saya akan guna nama awak. 112 00:06:00,027 --> 00:06:02,613 Itu cuma perubahan kecil. 113 00:06:02,696 --> 00:06:04,990 Apa kita mahu buat? 114 00:06:05,490 --> 00:06:07,326 Kita akan jumpa Hugo Sánchez. 115 00:06:07,409 --> 00:06:11,538 Setiap kali dia di sini, dia akan ke kelab di La Costera, Beach Baby. 116 00:06:11,622 --> 00:06:14,875 Kita akan ke sana malam ini. 117 00:06:15,626 --> 00:06:16,710 Malam lelaki. 118 00:06:16,793 --> 00:06:18,795 Malam lelaki! 119 00:06:19,379 --> 00:06:22,090 Saya ada rancangan bersama Isabel malam ini. 120 00:06:23,383 --> 00:06:24,676 Malam lelaki dan Isabel. 121 00:06:24,760 --> 00:06:26,970 Malam lelaki dan Isabel. 122 00:06:32,100 --> 00:06:33,852 Chad, ada apa? 123 00:06:33,936 --> 00:06:37,981 Maaf sebab ganggu, tapi saya ada permintaan yang agak rumit. 124 00:06:38,524 --> 00:06:41,109 Kenapa hukum saya, Tuhan? 125 00:06:41,193 --> 00:06:43,695 Boleh. Apa awak perlukan? 126 00:06:43,779 --> 00:06:47,449 Saya tempat deejay kegemaran saya untuk perkahwinan kami, 127 00:06:47,533 --> 00:06:49,117 tapi dia batalkannya. 128 00:06:49,201 --> 00:06:55,207 Julia tempah kugiran salsa, tapi saya tak tahu menari salsa. 129 00:06:59,837 --> 00:07:00,838 Jadi… 130 00:07:02,339 --> 00:07:04,842 Mungkin… 131 00:07:04,925 --> 00:07:06,802 Mungkin lebih baik tanya Beto. 132 00:07:06,885 --> 00:07:10,264 Ya, kelakar sebab saya tanya Beto, dan dia suruh saya tanya awak. 133 00:07:10,848 --> 00:07:12,516 - Itu kelakar. - Ya. 134 00:07:12,599 --> 00:07:16,520 - Mungkin tanya Héctor. - Saya sudah tanya. Dia juga cakap awak. 135 00:07:20,274 --> 00:07:21,191 Awak sudah tanya… 136 00:07:21,275 --> 00:07:23,527 Semua orang cakap awak penari terbaik di Las Colinas. 137 00:07:23,610 --> 00:07:26,196 Kenapa hukum saya begini, Tuhan? 138 00:07:27,406 --> 00:07:29,867 Saya akan ajar awak sekali malam ini. 139 00:07:29,950 --> 00:07:32,870 Sebelum itu, saya mahu awak basuh kereta saya. 140 00:07:34,788 --> 00:07:36,164 Saya sudah tonton Karate Kid. Itu… 141 00:07:36,248 --> 00:07:38,000 Itu cara saya akan belajar gerak tari? 142 00:07:38,083 --> 00:07:41,170 Tak, itu cara kereta saya akan bersih. 143 00:07:41,962 --> 00:07:44,089 Saya takkan ajar secara percuma. 144 00:07:46,800 --> 00:07:47,676 Hei, mak! 145 00:07:47,759 --> 00:07:50,304 Saya balik tukar pakaian, saya takkan makan malam di rumah… 146 00:07:55,559 --> 00:07:59,521 Apa mak buat? Ini seperti bilik untuk biarawati bersedih. 147 00:07:59,605 --> 00:08:00,480 Bagus. 148 00:08:01,773 --> 00:08:03,442 Apabila Sara balik, 149 00:08:03,525 --> 00:08:06,069 mak mahu dia hanya fokus untuk meminta maaf pada Jesus. 150 00:08:08,780 --> 00:08:11,283 Itu bukan Jesus, itu Barry Gibb dari Bee Gees. 151 00:08:13,160 --> 00:08:16,455 Mak sangka itu Jesus sebab mereka jualnya di luar gereja. 152 00:08:16,705 --> 00:08:19,458 Saya mengaku rahsia saya kepada Bee Gees? 153 00:08:20,250 --> 00:08:22,794 Saya tak boleh ada di sini. Ini bukan seperti bilik Sara. 154 00:08:23,879 --> 00:08:25,297 Saya rasa sedih. 155 00:08:29,134 --> 00:08:30,552 Kita melampau? 156 00:08:31,803 --> 00:08:33,804 Kalaulah kita tak buang barangnya. 157 00:08:34,722 --> 00:08:38,477 Sebenarnya saya tak buang apa-apa. 158 00:08:39,352 --> 00:08:41,395 Saya letak semua kotak di rumah saya. Jikalau perlu. 159 00:08:41,605 --> 00:08:44,733 Betul? Jadi kita boleh ubah bilik ini jadi seperti dulu? 160 00:08:45,651 --> 00:08:46,485 Terima kasih! 161 00:08:46,985 --> 00:08:49,363 Okey. Mari buat cepat, dia mungkin akan balik sebentar lagi. 162 00:08:49,947 --> 00:08:50,781 Terima kasih! 163 00:08:51,949 --> 00:08:55,577 Kesian Sara. Keadaannya pasti teruk tanpa ibunya. 164 00:09:28,068 --> 00:09:30,028 Hugo, semasa 1980-an, 165 00:09:30,112 --> 00:09:33,240 hiburan malam hari di Acapulco yang terhebat. 166 00:09:33,323 --> 00:09:37,452 Orang kaya dan terkenal dari Bandar Mexico datang berparti sepanjang hujung minggu. 167 00:09:37,995 --> 00:09:40,372 Pak cik tak tahu jika kami boleh masuk, 168 00:09:40,455 --> 00:09:43,876 tapi pak cik mahu ceriakan Memo, jadi pak cik perlu cuba. 169 00:09:43,959 --> 00:09:45,460 Terima kasih sebab ajak saya. 170 00:09:45,544 --> 00:09:48,881 Saya harap kita dapat jumpa pemain bola sepak yang saya tak peduli. 171 00:09:48,964 --> 00:09:51,466 Saya suka dia. Dia kelakar. 172 00:09:54,761 --> 00:09:56,763 Kamu berdua tak boleh. 173 00:09:56,847 --> 00:09:57,890 Kami bersama dia! 174 00:09:57,973 --> 00:09:59,975 Saya tak peduli. Kamu tak boleh masuk. 175 00:10:01,935 --> 00:10:04,563 Tiada harapan. Mungkin kita patut balik. 176 00:10:04,646 --> 00:10:07,941 Kita ada banyak kerja di Las Colinas esok. 177 00:10:08,025 --> 00:10:11,528 Kamu berdua kerja di Las Colinas? 178 00:10:11,612 --> 00:10:13,071 Lain kali beritahu awal. 179 00:10:16,491 --> 00:10:18,577 Sebentar. Itu tak berlaku. 180 00:10:18,660 --> 00:10:20,329 Ia berlaku, Hugo. 181 00:10:20,412 --> 00:10:22,789 Bekerja di Las Colinas 182 00:10:22,873 --> 00:10:26,251 jadikan kami sebahagian komuniti pekerja servis taraf tinggi. 183 00:10:26,335 --> 00:10:28,253 Kami saling menjaga. 184 00:10:49,233 --> 00:10:51,985 Awak tahu lelaki teruk di kelab begini, 185 00:10:52,069 --> 00:10:53,445 yang selalu potong barisan 186 00:10:53,529 --> 00:10:55,364 dan sangka mereka paling bagus? 187 00:10:55,447 --> 00:10:57,407 Malam ini kita jadi mereka! 188 00:10:59,243 --> 00:11:01,912 Saya sudah lihat sekeliling. Tak nampak Hugo Sánchez. 189 00:11:01,995 --> 00:11:06,583 Jangan risau. Masih awal. Kami akan pastikan awak terhibur, Memo. 190 00:11:06,667 --> 00:11:08,627 Mari minum sambil tunggu. 191 00:11:11,588 --> 00:11:13,757 Sebentar. Saya mahu cuba sesuatu. 192 00:11:13,841 --> 00:11:16,885 Hai. Kami kerja di Las Colinas. 193 00:11:16,969 --> 00:11:18,095 Las Colinas? 194 00:11:18,720 --> 00:11:20,222 Pekerja di sana kawan kami. 195 00:11:20,305 --> 00:11:22,391 Minuman kamu percuma malam ini! 196 00:12:13,483 --> 00:12:14,985 Satu, dua, tiga. 197 00:12:15,068 --> 00:12:17,529 Satu, dua, tiga. 198 00:12:17,613 --> 00:12:19,907 - Satu, dua, tiga. - Perlahan. 199 00:12:19,990 --> 00:12:22,034 Satu, dua, tiga. 200 00:12:22,117 --> 00:12:24,077 - Satu, dua, tiga. Chad! - Sakit. 201 00:12:24,161 --> 00:12:25,120 Ia sangat mudah. 202 00:12:25,204 --> 00:12:28,207 - Satu, dua, tiga. - Itu yang saya buat. Satu, dua, tiga. 203 00:12:31,168 --> 00:12:32,628 Awak perlu longgarkan badan. 204 00:12:32,711 --> 00:12:34,421 Saya cuba, tapi awak menakutkan. 205 00:12:34,505 --> 00:12:38,258 Masalahnya awak tak mengetuai. Awak mengikut. 206 00:12:38,342 --> 00:12:39,927 Saya ikut sebab tak tahu caranya. 207 00:12:40,010 --> 00:12:42,304 Awak ikut sebab awak tak yakin. 208 00:12:42,387 --> 00:12:45,682 Awak perlu lebih yakin dalam langkah dan diri awak. 209 00:12:45,766 --> 00:12:46,850 Jadi ketua. 210 00:12:46,934 --> 00:12:50,729 Saya mahu jadi ketua. Saya cuma perlukan seseorang di depan saya untuk tunjuk cara. 211 00:12:51,355 --> 00:12:53,315 Itu mengikut! 212 00:12:53,398 --> 00:12:54,733 Mari cuba sekali lagi. 213 00:12:56,109 --> 00:12:57,194 Aduhai. 214 00:13:04,076 --> 00:13:06,328 Malam yang hebat! 215 00:13:06,411 --> 00:13:08,288 Terima kasih banyak. 216 00:13:08,580 --> 00:13:10,499 Mahu pulang sekarang? 217 00:13:12,167 --> 00:13:16,713 Pulang? Tak. Kita perlu tunggu Hugo Sánchez! 218 00:13:22,010 --> 00:13:23,637 Bunyi apa itu? 219 00:13:23,720 --> 00:13:25,389 Entahlah, tapi… 220 00:13:25,722 --> 00:13:27,182 Bunyinya seperti dari… 221 00:13:27,266 --> 00:13:28,809 masa depan. 222 00:13:28,892 --> 00:13:31,061 Seperti bertahun akan datang, 223 00:13:31,436 --> 00:13:33,355 seseorang bercerita tentang masa ini, 224 00:13:33,647 --> 00:13:36,692 tapi anak saudara mereka yang tak bertimbang rasa tak tutup bunyi telefon… 225 00:13:38,527 --> 00:13:40,863 Okey, faham. Maaf. 226 00:13:42,239 --> 00:13:43,282 Hei, mak. 227 00:13:43,365 --> 00:13:45,826 Hei! Awak lupa mesej mak selepas tiba. 228 00:13:45,909 --> 00:13:47,661 Maaf. Pak Cik Máximo sedang cerita 229 00:13:47,744 --> 00:13:50,205 tentang pergaduhan besar mak dan nenek, 230 00:13:50,289 --> 00:13:52,082 dan mak luangkan masa hebat di resort. 231 00:13:52,875 --> 00:13:54,877 Pak cik awak sentiasa salah cerita. 232 00:13:54,960 --> 00:13:57,796 Hei! Kadangkala cerita saya betul. 233 00:13:57,880 --> 00:14:02,176 Ya, mak berseronok di resort, tapi banyak yang mak fikirkan. 234 00:14:02,259 --> 00:14:07,139 Sebenarnya, ada satu perkara mak tak beritahu sesiapa. 235 00:14:07,222 --> 00:14:11,226 Mak asyik fikirkan pergaduhan dengan nenek. 236 00:14:11,935 --> 00:14:15,814 Dia tanya, bagaimana mak begitu yakin mak tak suka lelaki 237 00:14:15,898 --> 00:14:17,691 jika mak tak pernah cuba? 238 00:14:17,774 --> 00:14:20,986 Adakah dia betul? Mungkin ini cuma satu fasa, 239 00:14:21,069 --> 00:14:24,364 dan jumpa lelaki yang tepat akan buat mak jadi sebaliknya? 240 00:14:36,210 --> 00:14:40,881 Waktu itu mak putuskan, jika ada tempat untuk jumpa lelaki, 241 00:14:40,964 --> 00:14:43,967 Las Colinas tempatnya. 242 00:15:03,529 --> 00:15:04,988 Hai, si cantik. 243 00:15:07,241 --> 00:15:08,700 - Menjijikkan! - Menjijikkan! 244 00:15:11,912 --> 00:15:15,499 Saya bersimpati awak perlu lihat itu, lelaki boleh jadi menjijikkan. 245 00:15:15,958 --> 00:15:19,586 Betul. Masih belum jumpa yang berbeza. 246 00:15:19,670 --> 00:15:22,214 Biar saya perkenalkan diri. 247 00:15:22,297 --> 00:15:23,924 Saya Daniel. 248 00:15:24,967 --> 00:15:27,052 Klien mak telefon. Mak akan hubungi semula. 249 00:15:27,135 --> 00:15:28,136 Tidak! Hei! 250 00:15:28,637 --> 00:15:31,223 Dia pencerita tak boleh diharap. 251 00:15:32,850 --> 00:15:35,060 Selain itu, kembali di kelab… 252 00:15:35,143 --> 00:15:37,980 Mari balik ke restoran dan makan lewat malam. 253 00:15:38,063 --> 00:15:40,983 Ya! Mungkin saya boleh guna telefon restoran untuk hubungi Lorena. 254 00:15:41,066 --> 00:15:42,526 Saya pasti dia belum tidur. 255 00:15:42,609 --> 00:15:45,320 Tak! Saya perlu tolong awak. 256 00:15:45,863 --> 00:15:49,199 Saya perlu terlepas panggilan dengan Lorena supaya awak boleh tolong saya 257 00:15:49,283 --> 00:15:51,994 rasa lebih baik sebab rindukan Lorena? 258 00:15:52,077 --> 00:15:54,454 Betul! Saya jadi Memo awak! 259 00:15:54,538 --> 00:16:00,919 Saya tahu. Cuma tak pasti jika awak jadi saya sama seperti saya tolong awak. 260 00:16:02,504 --> 00:16:04,423 Awak okey, Máximo? 261 00:16:04,631 --> 00:16:06,008 Sudah tentu! 262 00:16:06,091 --> 00:16:07,801 Kita tak boleh berputus asa. 263 00:16:08,135 --> 00:16:10,637 Ya, saya putus asa. Jumpa esok. 264 00:16:14,224 --> 00:16:16,310 Okey, mak dah kembali. Apa mak cerita? 265 00:16:16,393 --> 00:16:20,439 Hei! Jangan mencelah. Hugo mahu dengar cerita saya. 266 00:16:20,522 --> 00:16:23,275 Pak cik bergurau? Mak pernah memikat lelaki. 267 00:16:23,358 --> 00:16:24,860 Saya mahu dengar kejadian yang berlaku. 268 00:16:24,943 --> 00:16:25,944 Pengkhianat. 269 00:16:26,028 --> 00:16:30,115 Mak dan Daniel luangkan sepanjang hari bersama. 270 00:16:30,199 --> 00:16:35,329 Dia bijak, kelakar dan setuju dengan semua pendapat mak. 271 00:16:35,621 --> 00:16:38,290 Saya rasa suri rumah tangga juga patut dapat gaji. 272 00:16:38,665 --> 00:16:40,125 Betul! 273 00:16:40,542 --> 00:16:42,294 Dalam Dawn of the Dead, mereka lari dari zombie, 274 00:16:42,377 --> 00:16:45,047 tapi pembunuh sebenar dalam filem itu ialah kapitalisme. 275 00:16:45,589 --> 00:16:46,507 Betul! 276 00:16:47,674 --> 00:16:51,094 Possum nampak seperti raksasa kecil dan saya bencinya. 277 00:16:51,386 --> 00:16:52,763 Betul! 278 00:16:52,846 --> 00:16:55,265 Ya. Dia benci possum. Menarik. 279 00:16:55,349 --> 00:16:56,808 Kembali kepada Chad. 280 00:16:59,436 --> 00:17:00,354 Dua, tiga. 281 00:17:00,437 --> 00:17:01,480 Hei! 282 00:17:01,563 --> 00:17:03,899 Satu, dua, tiga. 283 00:17:03,982 --> 00:17:05,233 Cepat. 284 00:17:05,817 --> 00:17:08,403 - Ya! - Bagus. Satu, dua, tiga. 285 00:17:08,487 --> 00:17:10,239 Pusing. Hebat. 286 00:17:10,321 --> 00:17:12,406 Satu, dua, tiga. Bagus! 287 00:17:12,491 --> 00:17:14,492 - …dua, tiga. Satu, dua, tiga. - Ya. 288 00:17:14,576 --> 00:17:16,369 Saya berjaya! 289 00:17:17,496 --> 00:17:20,165 Ya! Awak berjaya! 290 00:17:20,249 --> 00:17:22,876 - Saya berjaya! - Saya rasa keyakinan langkah awak. 291 00:17:22,960 --> 00:17:26,213 - Awak jadi ketua. - Saya dah agak. Saya boleh menari salsa. 292 00:17:26,296 --> 00:17:29,800 Tidak, tapi awak tak seteruk sebelum ini. 293 00:17:32,469 --> 00:17:33,971 "Tak seteruk sebelum ini." 294 00:17:34,680 --> 00:17:35,681 Saya suka. 295 00:17:35,764 --> 00:17:39,142 Malam mak dan Daniel diteruskan. 296 00:17:39,685 --> 00:17:41,854 Ia seperti filem romantik. 297 00:17:41,937 --> 00:17:44,940 Sara, saya tak pernah jumpa orang seperti awak. 298 00:17:45,566 --> 00:17:47,818 Awak yakin, 299 00:17:47,901 --> 00:17:49,528 kelakar, 300 00:17:49,862 --> 00:17:51,780 mata awak seperti matahari terbenam. 301 00:17:52,406 --> 00:17:53,657 Sara, 302 00:17:54,074 --> 00:17:55,117 awak pastinya 303 00:17:55,534 --> 00:17:58,996 orang paling bijak dalam keluarga awak… 304 00:17:59,079 --> 00:18:01,373 - Dia tak kata begitu. - Mana awak tahu? 305 00:18:01,456 --> 00:18:03,417 Kenapa mereka cerita awak? 306 00:18:03,500 --> 00:18:06,545 Awak tipu separuh cerita awak pada Hugo! 307 00:18:06,962 --> 00:18:09,298 Jadi awak mengaku separuh yang saya cerita itu betul. 308 00:18:09,381 --> 00:18:11,341 Awak tak patut bangga sebab itu! 309 00:18:11,425 --> 00:18:13,302 Jadi, seperti mak kata, 310 00:18:14,595 --> 00:18:17,681 kami saling merenung mata kami. 311 00:18:19,808 --> 00:18:23,228 Kemudian ia berlaku. 312 00:18:38,118 --> 00:18:40,412 Saya sudah faham sekarang. 313 00:18:40,871 --> 00:18:43,040 Ya! Saya juga sama! 314 00:18:43,665 --> 00:18:45,042 Saya tahu kita baru berkenalan 315 00:18:45,125 --> 00:18:46,668 dan orang akan cakap ini tak waras, 316 00:18:47,044 --> 00:18:48,170 tapi saya tak peduli… 317 00:18:48,712 --> 00:18:49,588 Apa? 318 00:18:49,671 --> 00:18:52,007 Apa awak buat? Jangan! 319 00:18:52,549 --> 00:18:54,885 Awak amat menakjubkan. 320 00:18:55,469 --> 00:18:57,262 Jangan salah faham, 321 00:18:57,554 --> 00:19:00,724 tapi saya tak mahu cium lelaki sekali lagi. 322 00:19:04,603 --> 00:19:06,522 Bagaimana saya mahu terimanya? 323 00:19:08,106 --> 00:19:10,943 Tiba-tiba mak faham sebab tak pernah 324 00:19:11,026 --> 00:19:13,820 mahu bermain keluarga dengan lelaki semasa di sekolah rendah, 325 00:19:13,904 --> 00:19:16,532 semua kawan mak memandang John Travolta, 326 00:19:16,615 --> 00:19:19,243 tapi mak memandang Olivia Newton-John. 327 00:19:20,035 --> 00:19:23,747 Mak selalu sangka mak bermasalah. 328 00:19:24,248 --> 00:19:26,250 Sekarang mak faham semuanya. 329 00:19:26,333 --> 00:19:29,253 Mak yakin dengan diri mak. 330 00:19:29,336 --> 00:19:31,797 Ya. Masa paling penting dalam kehidupan awak. 331 00:19:31,880 --> 00:19:32,881 Kembali kepada saya semula. 332 00:19:33,382 --> 00:19:37,302 Sekarang hanya ada orang teruk. Boleh kita balik? 333 00:19:37,386 --> 00:19:41,265 Tidak! Hugo Sánchez akan datang, kita cuma perlu bersabar. 334 00:19:41,348 --> 00:19:43,725 Mana dia? Tunjuk satu orang teruk dalam kelab ini. 335 00:19:43,809 --> 00:19:45,811 Helo, semua! 336 00:19:45,894 --> 00:19:46,895 Héctor! 337 00:19:46,979 --> 00:19:50,023 Saya terkejut kamu mampu ke kelab ini. 338 00:19:50,107 --> 00:19:52,442 Mereka jual minuman paling mahal di seluruh Acapulco. 339 00:19:52,526 --> 00:19:55,946 Jika mereka tahu kita kerja di Las Colinas, mereka beri percuma. 340 00:19:57,698 --> 00:20:01,159 Sudah tentu saya tahu. 341 00:20:01,243 --> 00:20:02,953 Apa awak buat di sini? 342 00:20:03,036 --> 00:20:07,499 Tiada apa-apa, mencari wanita! 343 00:20:10,169 --> 00:20:12,379 Boleh saya mengaku sesuatu? 344 00:20:13,088 --> 00:20:15,299 Saya cuba lupakan seseorang. 345 00:20:16,300 --> 00:20:17,759 Seseorang yang kecewakan saya. 346 00:20:18,135 --> 00:20:21,013 Saya tahu saya nampak yakin, tapi sebenarnya, 347 00:20:21,096 --> 00:20:24,558 saya seorang lelaki sedih yang perlu mencintai dan dicintai. 348 00:20:26,643 --> 00:20:28,520 - Maaf, di sini bising. - Kami tak dengar. 349 00:20:28,604 --> 00:20:29,605 Tiada apa-apa! 350 00:20:29,688 --> 00:20:31,481 Saya cakap saya sedang cari wanita! 351 00:20:31,565 --> 00:20:33,817 Malam ini sudah semakin teruk. Boleh kita pergi sekarang? 352 00:20:33,901 --> 00:20:35,235 Tidak! Jangan pergi! 353 00:20:35,319 --> 00:20:37,529 Saya terperangkap dalam pejabat kecil saya sepanjang hari, 354 00:20:37,613 --> 00:20:40,365 jauh dari matahari dan orang ramai. 355 00:20:40,449 --> 00:20:43,118 Tolong… Jangan pergi, saya sangat sunyi. 356 00:20:44,661 --> 00:20:46,038 - Apa? - Cakap kuat sikit! 357 00:20:46,121 --> 00:20:47,581 Tiada apa-apa! 358 00:20:47,664 --> 00:20:49,917 Jangan pergi! Parti baru saja bermula! 359 00:20:51,710 --> 00:20:55,547 Lagu ini hebat! Ayuh! 360 00:21:23,617 --> 00:21:26,703 Maaf, saya menyenguk. Rahang saya sakit dan saya sangat bersemangat! Dengar, 361 00:21:26,787 --> 00:21:30,040 lawat saya di pejabat saya bila-bila masa. Apa-apa saja awak perlukan. Betul. 362 00:21:30,123 --> 00:21:32,251 Itu peraturan Road Dog, sebab kita Road Dog! 363 00:21:32,543 --> 00:21:34,127 Siapa kita? 364 00:21:34,211 --> 00:21:35,462 Sudah tentu, Road Dog! 365 00:21:35,546 --> 00:21:39,341 Hei, kamu suka filem? Mahu mulakan kelab filem? Kelab Filem Road Dog! 366 00:21:39,424 --> 00:21:40,717 Jangan menolak. 367 00:21:40,801 --> 00:21:45,889 Kita perlu tonton Ordinary People, filem itu amat sedih. 368 00:21:49,309 --> 00:21:51,186 Hei, DP. 369 00:21:51,270 --> 00:21:53,897 Saya mahu berterima kasih sebab ajar saya semalam. 370 00:21:53,981 --> 00:21:55,148 Sama-sama. 371 00:21:55,232 --> 00:21:58,443 Serta, awak betul. Saya biarkan orang ketuai saya. 372 00:21:59,069 --> 00:22:00,779 Awak tunjukkan saya cara jadi ketua. 373 00:22:00,863 --> 00:22:03,240 Saya gembira awak belajar tentang kehidupan. 374 00:22:03,824 --> 00:22:06,243 Kehidupan? Saya maksudkan tarian. 375 00:22:09,955 --> 00:22:11,874 Ya Tuhan, itu tentang kehidupan. 376 00:22:11,957 --> 00:22:14,543 Di tempat kerja ini, ibu… 377 00:22:15,419 --> 00:22:18,297 "Resort ini" suka keadaan tertentu, 378 00:22:18,380 --> 00:22:22,676 tapi mungkin saya patut menolak sesetengah yang "resort ini" mahu. 379 00:22:22,759 --> 00:22:24,928 Ya. "Resort ini." 380 00:22:26,180 --> 00:22:29,349 Saya cuba ambil cuti untuk lawat anak saya, 381 00:22:29,892 --> 00:22:33,270 tapi "resort ini" tak benarkan. 382 00:22:33,353 --> 00:22:36,190 Anak awak terlepas peluang itu. Saya harap awak jumpa dia nanti. 383 00:22:36,273 --> 00:22:38,317 Terima kasih, Chad. Saya juga harap begitu. 384 00:22:41,862 --> 00:22:43,614 - "Resort ini" maksudnya ibu saya… - Saya tahu, Chad. 385 00:22:44,489 --> 00:22:45,532 Awak fahami saya. 386 00:22:51,455 --> 00:22:56,502 Máximo, saya sangat penat. Tak sangka saya langsung tak balik semalam. 387 00:22:56,585 --> 00:22:59,588 Berita baiknya Hugo Sánchez pasti ada di sana malam ini. 388 00:22:59,671 --> 00:23:01,215 Malam lelaki. 389 00:23:01,298 --> 00:23:03,091 - Malam lelaki. - Awak masih jadi diri saya? 390 00:23:03,175 --> 00:23:04,301 Jika begitu, 391 00:23:05,219 --> 00:23:07,221 saya amat menjengkelkan. 392 00:23:08,138 --> 00:23:09,014 Hei! 393 00:23:09,932 --> 00:23:12,226 Kamu takkan sangka siapa ada di La Marea semalam. 394 00:23:12,976 --> 00:23:14,520 Hugo Sánchez! 395 00:23:15,395 --> 00:23:16,688 Selepas tinggalkan kamu di kelab, 396 00:23:16,939 --> 00:23:18,524 saya singgah untuk makan malam dan dia ada di sana. 397 00:23:19,274 --> 00:23:20,192 Betul? 398 00:23:21,985 --> 00:23:27,241 Jadi, jika kita balik semalam seperti yang saya mahu, 399 00:23:27,824 --> 00:23:29,785 saya boleh jumpa Hugo Sánchez? 400 00:23:31,537 --> 00:23:32,371 Bagaimana orangnya? Dia baik? 401 00:23:32,454 --> 00:23:33,288 Ya, tapi… 402 00:23:33,372 --> 00:23:34,456 Kenapa awak buat begini? 403 00:23:34,540 --> 00:23:35,832 Saya cuba ceriakan awak. 404 00:23:35,916 --> 00:23:37,125 Awak sedih tentang Lorena… 405 00:23:37,209 --> 00:23:38,919 Sekarang saya tak sedih Máximo, 406 00:23:39,211 --> 00:23:40,504 saya marah! 407 00:23:40,712 --> 00:23:42,548 Saya tak dapat jumpa Hugo Sánchez 408 00:23:42,631 --> 00:23:43,799 dan terlepas berbual dengan Lorena! 409 00:23:44,091 --> 00:23:46,927 Kita juga perlu menari dengan Héctor. 410 00:23:47,553 --> 00:23:49,388 Kenapa awak tak benarkan kita balik? 411 00:23:51,056 --> 00:23:52,474 Sebab saya tak boleh balik! 412 00:23:53,559 --> 00:23:55,227 Ia tak rasa seperti rumah saya. 413 00:23:56,061 --> 00:23:57,563 Sara dan mak bergaduh besar. 414 00:23:57,646 --> 00:23:58,480 Sara keluar rumah… 415 00:23:58,897 --> 00:24:01,692 Keluarga saya bermasalah dan saya tak boleh pulihkannya. 416 00:24:23,463 --> 00:24:25,591 Sejak ayah saya meninggal dunia, saya rasa, 417 00:24:26,341 --> 00:24:29,845 "Okey, Máximo, sekarang tugas awak ialah pastikan keluarga selamat." 418 00:24:31,513 --> 00:24:32,973 Seksis. 419 00:24:33,557 --> 00:24:34,600 Namun, mengharukan. 420 00:24:35,893 --> 00:24:38,312 Saya tak mahu balik sebab ia ingatkan saya yang saya gagal. 421 00:24:38,979 --> 00:24:41,190 Tidak, Máximo, bagaimana awak gagal? 422 00:24:42,191 --> 00:24:45,027 Ibu dan adik awak sangat menyayangi, jadi ini tak mungkin pengakhirannya. 423 00:24:45,444 --> 00:24:50,616 Betul. Kadangkala sesuatu perlu berpisah untuk kembali lebih kuat. 424 00:24:50,699 --> 00:24:53,327 Awak cuma perlu terus ada untuk mereka. 425 00:24:54,995 --> 00:24:56,955 Kamu akan selesaikan masalah ini. 426 00:24:57,456 --> 00:24:59,917 Kamu boleh buat apa-apa saja. 427 00:25:00,626 --> 00:25:04,254 Kamu Máximo, Sara dan Nora Gallardo. 428 00:25:06,048 --> 00:25:07,591 Awak jadi Memo saya semula? 429 00:25:07,674 --> 00:25:09,968 Itulah yang sepatutnya. 430 00:25:10,469 --> 00:25:12,804 Walaupun dia pelatih Memo yang bagus. 431 00:25:14,181 --> 00:25:15,182 Terima kasih. 432 00:25:16,642 --> 00:25:19,770 - Maaf kita tak jumpa Hugo Sánchez. - Jangan risau. 433 00:25:20,896 --> 00:25:25,567 Sebenarnya, dia sangat baik. Dia… 434 00:25:28,862 --> 00:25:30,948 Saya dapat tandatangan Hugo Sánchez? 435 00:25:31,573 --> 00:25:34,159 Maaf. Saya patut ambil tisu yang bersih. 436 00:25:34,243 --> 00:25:36,411 Pada tisu yang dia guna? 437 00:25:37,996 --> 00:25:39,748 Saya cium Hugo Sánchez. 438 00:25:39,831 --> 00:25:41,542 Dia rasa seperti mole? 439 00:25:42,292 --> 00:25:43,293 Posole. 440 00:25:48,340 --> 00:25:49,550 Hei, Julia! 441 00:25:49,633 --> 00:25:51,176 Hei, Sara. Ada apa? 442 00:25:51,260 --> 00:25:54,346 Ada cara untuk saya tinggal beberapa hari… 443 00:25:54,721 --> 00:25:55,556 atau minggu… 444 00:25:55,639 --> 00:25:56,723 di hotel ini? 445 00:25:56,807 --> 00:26:00,227 Tak semestinya suite. Namun, katil besar pasti bagus. 446 00:26:00,811 --> 00:26:03,689 Maaf, semua bilik itu akan mula diubah suai hari ini. 447 00:26:04,106 --> 00:26:04,940 Awak pasti? 448 00:26:05,399 --> 00:26:09,278 Saya boleh tidur di mana saja. Saya kecil jadi dalam almari pun boleh! 449 00:26:10,070 --> 00:26:10,904 Dengar… 450 00:26:11,196 --> 00:26:13,657 Saya boleh benarkan awak guna telefon meja depan 451 00:26:13,866 --> 00:26:16,702 jika awak mahu hubungi kawan atau ahli keluarga. 452 00:26:18,787 --> 00:26:21,123 Awak tak perlu beritahu saya apa berlaku, tapi… 453 00:26:21,206 --> 00:26:22,499 saya ada jika perlukan apa-apa. 454 00:26:23,542 --> 00:26:24,418 Saya lesbian. 455 00:26:32,134 --> 00:26:33,760 Itu kali pertama saya kata begitu. 456 00:26:36,346 --> 00:26:37,973 Ibu saya dapat tahu 457 00:26:38,056 --> 00:26:40,684 - dan dia fikir saya akan masuk neraka… - Tidak. 458 00:26:40,767 --> 00:26:42,561 …saya tak boleh balik, tapi saya buntu, 459 00:26:42,644 --> 00:26:45,189 sebab saya takut beritahu orang lain, jadi saya akan tinggal di mana… 460 00:26:45,272 --> 00:26:46,231 Sara. 461 00:26:47,024 --> 00:26:48,358 Awak boleh tinggal dengan saya. 462 00:26:51,695 --> 00:26:52,905 - Apa? - Ya. 463 00:26:53,155 --> 00:26:57,451 Awak boleh tinggal di rumah saya selama yang perlu. Betul. 464 00:26:59,036 --> 00:26:59,912 Awak pasti? 465 00:27:02,372 --> 00:27:05,876 Ibu saya ajar wanita perlu saling menyokong. 466 00:27:06,418 --> 00:27:08,212 Awak tak patut laluinya bersendirian. 467 00:27:09,004 --> 00:27:10,214 Saya ada untuk awak. 468 00:27:12,049 --> 00:27:13,008 Aduhai… Terima kasih! 469 00:27:14,218 --> 00:27:15,844 Semuanya akan okey, saya janji. 470 00:27:19,932 --> 00:27:22,559 Saya sangka awak hanya berseronok di resort. 471 00:27:23,477 --> 00:27:28,273 Walaupun awak tak tahu semua yang berlaku… 472 00:27:32,194 --> 00:27:35,072 awak masih buat seperti yang Memo suruh. 473 00:27:43,497 --> 00:27:45,499 Awak sentiasa ada untuk kami berdua. 474 00:27:50,170 --> 00:27:52,631 Sekarang mak perlu pergi menjerit pada Peguam Negara. 475 00:27:52,714 --> 00:27:53,966 Mak sayang awak, chaparrito. 476 00:27:54,049 --> 00:27:56,218 - Saya juga sayang mak. - Jumpa lagi, Sarape. 477 00:27:56,969 --> 00:27:58,053 Jumpa lagi. 478 00:28:07,813 --> 00:28:09,022 Okey, ayuh. 479 00:28:10,357 --> 00:28:12,985 Semuanya kembali kepada kata-kata Isabel pada pak cik. 480 00:28:13,527 --> 00:28:17,197 Kadangkala sesuatu perlu berpisah untuk kembali lebih kuat. 481 00:28:17,281 --> 00:28:20,701 Hanya sebab sekarang jadi teruk, ia tak bermakna ia takkan jadi lebih baik. 482 00:28:21,368 --> 00:28:24,580 Sama seperti… Awak sudah sedia untuk metafora? 483 00:28:25,998 --> 00:28:28,417 Sama seperti marina ini. 484 00:28:31,086 --> 00:28:34,715 Dulu seluruh kawasan ini sama seperti kawasan tadi. 485 00:28:35,757 --> 00:28:39,094 Selepas pak cik berjaya, pak cik mahu berjasa. 486 00:28:41,972 --> 00:28:43,223 Pak cik buat begini? 487 00:28:43,307 --> 00:28:44,516 Ya. 488 00:28:44,600 --> 00:28:46,977 Ini perkara pertama pak cik buat selepas pak cik kaya. 489 00:28:47,060 --> 00:28:48,729 Pak cik akan beritahu lagi semasa atas bot. 490 00:28:49,897 --> 00:28:52,107 - Itu hebat. - Ya. 491 00:28:52,649 --> 00:28:56,737 Jadi cerita seterusnya ialah cerita mak balik ke rumah? 492 00:28:56,820 --> 00:28:57,863 Pak cik harap begitu. 493 00:28:58,488 --> 00:28:59,573 Pak cik masih belum tahu, 494 00:28:59,656 --> 00:29:03,243 tapi ada masalah lebih mendesak akan ubah segalanya bagi pak cik. 495 00:29:06,455 --> 00:29:11,668 Máximo Gallardo. Gembira jumpa awak lagi, si kacak. 496 00:29:11,752 --> 00:29:14,004 Mari sertai saya di pejabat saya sebentar. 497 00:29:14,338 --> 00:29:17,299 Saya ada maklumat awak tak mahu terlepas. 498 00:30:18,151 --> 00:30:20,153 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman