1 00:00:14,680 --> 00:00:19,840 Saya kagum Martha asyik jumpa cara baru dan licik untuk kenakan saya. 2 00:00:19,840 --> 00:00:23,680 Tapi apabila dia beritahu ibu bapa saya yang saya cedera kemalangan kereta, 3 00:00:23,680 --> 00:00:24,760 itu dah melampau. 4 00:00:25,360 --> 00:00:27,840 Saya fikir bukan-bukan semasa berjalan ke rumah. 5 00:00:27,840 --> 00:00:32,400 Panik. Mungkin ada yang menangis. Banyak penjelasan perlu diberi. 6 00:00:32,400 --> 00:00:33,840 Tapi saya tak jangkakan 7 00:00:33,840 --> 00:00:36,440 ayah saya sedang berbual dengan dia. 8 00:00:36,440 --> 00:00:40,720 Saya dah kata, jika awak telefon lagi, saya akan ke London dan potong kaki awak. 9 00:00:40,720 --> 00:00:42,960 Ya, betul. Kaki awak. 10 00:00:43,560 --> 00:00:48,000 Awak degil, bukan? Cubalah buat begitu tanpa kaki. 11 00:00:48,000 --> 00:00:49,960 Bagaimana dia tahu nombor ayah? 12 00:00:49,960 --> 00:00:53,400 Penyambut tetamu di tempat kerja beri. Katanya dia klien. 13 00:00:53,400 --> 00:00:56,280 Semalam dia telefon rakan kerja ayah awak, 14 00:00:56,280 --> 00:00:59,400 kata ayah awak pedofil yang cabul dia semasa kecil. 15 00:00:59,400 --> 00:01:00,560 Teruknya. 16 00:01:00,560 --> 00:01:03,400 Kata betina gila yang berpura-pura jadi peguam! 17 00:01:03,400 --> 00:01:05,320 Unit HR panggil ayah awak. 18 00:01:05,320 --> 00:01:08,440 - Apa reaksi ayah? - Awak tahulah perangainya. 19 00:01:08,440 --> 00:01:12,000 Dia tokok tambah cerita dan kata ada ramai budak di dalam vannya. 20 00:01:12,000 --> 00:01:13,160 Ayah memang begitu. 21 00:01:13,160 --> 00:01:15,880 Jika awak telefon lagi, awak akan mati 22 00:01:15,880 --> 00:01:17,920 betina bodoh tak guna! 23 00:01:22,400 --> 00:01:25,400 Dah selesai. Syabas. Saya tak patut datang. 24 00:01:28,440 --> 00:01:29,680 Siapa dia, sayang? 25 00:01:33,440 --> 00:01:37,800 Wanita ini datang ke pub dan dah lama ganggu saya. 26 00:01:37,800 --> 00:01:40,000 Tuhanku. Awak berhenti kerja tak? 27 00:01:40,000 --> 00:01:42,240 Tak, sebab itu bermakna dia menang. 28 00:01:42,240 --> 00:01:47,120 Ini bukan tentang menang, Donny. Ini tentang keselamatan. Berhenti kerja! 29 00:01:47,120 --> 00:01:50,680 Kami akan beri duit hingga awak dapat kerja baru, betul tak, Gerry? 30 00:01:53,560 --> 00:01:56,720 Saya rasa anak kita betul. Ini tentang kemenangan. 31 00:01:56,720 --> 00:01:58,320 Tuhanku. 32 00:01:58,320 --> 00:02:00,640 Tak apa. Okey? 33 00:02:00,640 --> 00:02:04,960 Polis dah tahu hal ini. Hubungi mereka dan suruh mereka datang. 34 00:02:05,480 --> 00:02:08,400 Ia akan berakhir tak lama lagi, okey? Saya janji. 35 00:02:10,160 --> 00:02:11,440 Tak apa. Saya jawab. 36 00:02:19,920 --> 00:02:21,480 Itu awakkah, rusa kutub? 37 00:02:35,960 --> 00:02:37,760 Jemput minum teh. 38 00:02:39,200 --> 00:02:40,200 Terima kasih. 39 00:02:42,400 --> 00:02:45,400 Saya diberitahu ini kes gangguan. 40 00:02:45,400 --> 00:02:46,800 Betul. 41 00:02:46,800 --> 00:02:49,440 Siapakah orang yang dimaksudkan itu? 42 00:02:49,440 --> 00:02:51,760 Dia perempuan celaka. 43 00:02:54,160 --> 00:02:56,520 Gerry, biar kami uruskan hal ini, okey? 44 00:02:56,520 --> 00:02:58,920 Jika ada apa-apa, kami panggil awak. 45 00:03:09,920 --> 00:03:13,440 Wanita ini dah lama menghendap saya. 46 00:03:13,440 --> 00:03:15,840 Polis dah beri dia amaran. 47 00:03:15,840 --> 00:03:20,360 Dia hubungi ibu bapa saya, maknanya dia langgar amaran itu, bukan? 48 00:03:20,360 --> 00:03:24,240 Secara teknikal, dia tak ganggu awak. Dia ganggu ibu bapa awak. 49 00:03:24,240 --> 00:03:25,400 Awak serius? 50 00:03:25,400 --> 00:03:27,200 Jika awak mahu penyelesaian segera, 51 00:03:27,200 --> 00:03:30,200 ibu bapa awak perlu buat dakwaan berasingan. 52 00:03:32,360 --> 00:03:33,440 Tapi itu mengarut. 53 00:03:33,440 --> 00:03:35,720 Saya tahu ia rumit, 54 00:03:35,720 --> 00:03:40,560 tapi kami akan cuba sedaya upaya untuk menangani situasi ini 55 00:03:40,560 --> 00:03:43,080 sebaik mungkin. 56 00:03:45,320 --> 00:03:47,520 Maaf, pen ini rosak. 57 00:03:50,160 --> 00:03:52,240 Lihatlah. Maaf, dah boleh pakai. 58 00:03:52,800 --> 00:03:54,280 Kena pusing dulu. 59 00:03:55,640 --> 00:03:56,760 Boleh kita mulakan? 60 00:03:57,880 --> 00:04:01,320 Saya habiskan seminggu di Scotland, menanti tindakan polis, 61 00:04:01,320 --> 00:04:03,480 sementara Martha terus menelefon. 62 00:04:03,480 --> 00:04:05,280 Awak nak kena lagi, ya? 63 00:04:05,280 --> 00:04:08,080 Memanglah awak kata begitu, bodoh. 64 00:04:08,080 --> 00:04:10,680 Melihat kesannya kepada ibu bapa saya. 65 00:04:10,680 --> 00:04:12,600 Suara ayah saya serak kerana menjerit. 66 00:04:12,600 --> 00:04:14,880 Boleh tuangkan jus oren? 67 00:04:14,880 --> 00:04:17,480 Ibu saya melayan saya macam budak kecil. 68 00:04:17,480 --> 00:04:18,600 Awak budak baik. 69 00:04:18,600 --> 00:04:22,160 Jadi, tak lama kemudian, saya buat keputusan nak bertindak sendiri. 70 00:04:23,960 --> 00:04:27,440 Jika polis terlalu lambat bertindak, lambat lindungi kami, 71 00:04:28,080 --> 00:04:30,280 Martha akan buat perkara lebih teruk. 72 00:04:33,920 --> 00:04:36,800 Masa untuk saya uruskan sendiri. 73 00:04:46,400 --> 00:04:47,400 Martha. 74 00:04:51,840 --> 00:04:53,440 Jangan kacau keluarga saya. 75 00:04:54,200 --> 00:04:58,040 - Saya tak faham maksud awak. - Jangan kacau keluarga saya. 76 00:04:59,960 --> 00:05:02,200 Kalau tak, kita takkan bersama. 77 00:05:02,200 --> 00:05:03,440 Awak faham? 78 00:05:05,240 --> 00:05:08,000 Saya ingat kita takkan bersama kerana polis dah terlibat. 79 00:05:08,000 --> 00:05:10,080 Diamlah sekejap. 80 00:05:13,800 --> 00:05:16,000 Jika awak tak kacau keluarga saya... 81 00:05:18,280 --> 00:05:20,640 saya akan tebuk lubang awak malam ini. 82 00:05:23,720 --> 00:05:27,040 Saya nak buat dengan betul. Semuanya. 83 00:05:27,040 --> 00:05:29,640 Jadi, tulis dalam e-mel. 84 00:05:30,920 --> 00:05:35,440 Tulis apa yang awak nak buat kepada saya. Cara awak nak saya tebuk lubang. 85 00:05:37,560 --> 00:05:40,080 Tapi saya suka kasar-kasar, okey? 86 00:05:40,080 --> 00:05:43,360 Jadi, pastikan awak tulis 87 00:05:43,360 --> 00:05:46,640 cara yang paling teruk, keji dan lucah, okey? 88 00:05:48,960 --> 00:05:50,240 Baiklah, rusa kutub. 89 00:06:03,200 --> 00:06:04,200 Okey. 90 00:06:08,720 --> 00:06:12,480 jantan ggatal!! Sy boleh maiin kasar, marah awk, kelar awk dgn bennda tajam, 91 00:06:12,480 --> 00:06:15,560 ikat supaya awk tak bleh keluaaar, lelaki nakal akan kena hhhukum 92 00:06:15,560 --> 00:06:17,880 iPhone 93 00:06:17,880 --> 00:06:20,800 jantan ggatal!! Sy boleh maiin kasar 94 00:06:51,080 --> 00:06:52,640 Baiklah, En. Dunn. 95 00:06:53,160 --> 00:06:54,880 Temu bual ini sedang dirakam. 96 00:06:54,880 --> 00:06:57,520 Awak tak ditahan dan boleh pergi bila-bila masa. 97 00:06:59,280 --> 00:07:02,200 Okey. Terima kasih. 98 00:07:02,800 --> 00:07:05,800 Awak juga berhak dapat nasihat guaman bebas, jika awak mahu. 99 00:07:07,000 --> 00:07:09,480 Tak, saya rasa itu tak perlu. 100 00:07:09,480 --> 00:07:12,640 Baiklah, hak awak sudah dimaklumkan dalam temu bual ini. 101 00:07:13,240 --> 00:07:15,520 Tunggu. Maaf, apa yang berlaku? 102 00:07:15,520 --> 00:07:18,000 Awak jumpa Martha Scott di jalanan semalam? 103 00:07:18,520 --> 00:07:20,600 Ya, secara kebetulan. 104 00:07:21,560 --> 00:07:24,120 Awak minta dia hantar e-mel ugutan seksual? 105 00:07:24,760 --> 00:07:25,760 Tidak. 106 00:07:34,960 --> 00:07:36,560 Saya nak buat dengan betul. 107 00:07:38,440 --> 00:07:40,680 Semuanya. Jadi, tulis dalam e-mel. 108 00:07:41,520 --> 00:07:45,200 Tulis apa yang awak nak buat kepada saya. Cara awak nak saya tebuk. 109 00:07:45,200 --> 00:07:46,920 Martha rakam semuanya. 110 00:07:46,920 --> 00:07:48,760 - Baiklah, saya ikut. - Wah! 111 00:07:48,760 --> 00:07:51,960 - Semua yang kami buat. - Saya boleh tebuk lubang awak. 112 00:07:51,960 --> 00:07:54,000 Lawak lubang yang saya buat dulu. 113 00:07:54,000 --> 00:07:55,680 Saya serius tentang awak. 114 00:07:55,680 --> 00:07:57,520 Semasa saya gurau kata dia seksi. 115 00:07:57,520 --> 00:07:59,600 Saya pun ada nafsu, Martha. 116 00:07:59,600 --> 00:08:02,040 Semasa kami ketawa tentang saiz zakar saya. 117 00:08:02,040 --> 00:08:05,600 - Saya tak percaya apa saya dengar. - Panjangnya sepuluh inci. 118 00:08:05,600 --> 00:08:08,800 Muka saya merah padam apabila tertangkap terang-terang, 119 00:08:08,800 --> 00:08:12,080 masa tak bergerak, macam bom nak meletup di zon perang. 120 00:08:13,200 --> 00:08:14,600 Dia rakam semuanya? 121 00:08:14,600 --> 00:08:16,360 Itu saya tak pasti, 122 00:08:16,360 --> 00:08:19,640 tapi dia tunjukkan e-mel awak yang minta seks dubur. 123 00:08:19,640 --> 00:08:22,200 Tak, itu kawan saya guna akaun saya. 124 00:08:22,200 --> 00:08:24,960 Dia bodoh. Dia ingat itu kelakar. 125 00:08:24,960 --> 00:08:29,080 Martha kacau ibu bapa saya. Saya cuma mahu hentikannya. 126 00:08:29,080 --> 00:08:32,920 Saya simpati, tapi awak tak boleh kacau kerja kami. 127 00:08:32,920 --> 00:08:35,480 Ini boleh dianggap sebagai pemerangkapan, 128 00:08:36,000 --> 00:08:39,320 tapi Cik Scott tak mahu ambil tindakan terhadap awak. 129 00:08:42,200 --> 00:08:43,040 Apa? 130 00:08:43,040 --> 00:08:46,160 Cik Scott tak mahu ambil tindakan terhadap awak. 131 00:08:46,160 --> 00:08:47,480 Terhadap saya? 132 00:08:49,560 --> 00:08:51,760 Biar benar? Dia yang hendap saya. 133 00:08:51,760 --> 00:08:53,360 Baik awak minta maaf 134 00:08:53,360 --> 00:08:56,240 dan biar kami buat kerja ikut prosedur. 135 00:08:56,240 --> 00:08:58,960 Minta maaf? Kepadanya? Awak serius? 136 00:09:01,760 --> 00:09:05,120 Macam mana saya nak minta maaf? 137 00:09:05,120 --> 00:09:06,960 Kami boleh sampaikan permohonan maaf 138 00:09:06,960 --> 00:09:10,360 dan cadangkan kepada dia, dengan tegas, supaya kamu tak berjumpa lagi. 139 00:09:11,400 --> 00:09:14,160 Polis tak mahu dengar khabar kamu berdua lagi. 140 00:09:14,760 --> 00:09:16,720 Awak anggap kami serupa. 141 00:09:16,720 --> 00:09:17,760 Jadi, bagaimana? 142 00:09:24,760 --> 00:09:26,360 Sampaikan ucapan maaf saya. 143 00:09:27,400 --> 00:09:28,840 polis baaru dtg haha 144 00:09:28,840 --> 00:09:33,000 si bodooh tu kata dia tk nk campur, dia kata jgn kaccau satu ssama lain 145 00:09:33,000 --> 00:09:35,480 haaaah hah ha! jangan haraplahhh!!! 146 00:09:35,480 --> 00:09:36,960 oh saya rakam semuanyya 147 00:09:36,960 --> 00:09:40,920 Daripada iPhone saya 148 00:09:40,920 --> 00:09:42,360 Tiba-tiba saya tersedar 149 00:09:42,360 --> 00:09:46,760 yang Martha tahu cara untuk kenakan saya dan elak undang-undang. 150 00:09:46,760 --> 00:09:49,880 Sebab dia dah biasa buat begini. 151 00:09:49,880 --> 00:09:52,720 Dia pesalah berulang. Pakar berpengalaman. 152 00:09:53,600 --> 00:09:55,480 Penghendap saya berpengalaman. 153 00:09:55,480 --> 00:09:58,520 Kenapa awak begitu bodoh, Donny? Perangkap dia? 154 00:09:58,520 --> 00:10:01,560 - Apa yang awak fikirkan? - Ya, saya bodoh. 155 00:10:01,560 --> 00:10:03,600 Dia serang saya, Donny. 156 00:10:03,600 --> 00:10:06,720 Ke mana saja saya pergi, saya risau terjumpa dia. 157 00:10:06,720 --> 00:10:09,440 Kini awak kata saya perlu hidup begitu selamanya? 158 00:10:09,440 --> 00:10:11,480 Awak tak perlu cakap. Saya pun rasa begitu. 159 00:10:11,480 --> 00:10:15,640 Bagaimana jika dia jumpa Twitter saya dan maki saya macam di pub dulu? 160 00:10:16,240 --> 00:10:18,480 Cuba tutup akaun media sosial awak dulu. 161 00:10:18,480 --> 00:10:21,400 Biar benar? Itu cadangan awak? 162 00:10:21,400 --> 00:10:24,840 Setidaknya, buang semua simbol LGBTQ itu. 163 00:10:24,840 --> 00:10:26,040 Lindungi diri awak. 164 00:10:26,040 --> 00:10:29,920 Awak serius? Itu cadangan awak? Sorokkan diri saya. 165 00:10:29,920 --> 00:10:32,680 Jika awak risaukan pendapat dia, jangan beri umpan. 166 00:10:32,680 --> 00:10:33,600 Umpan? 167 00:10:33,600 --> 00:10:36,040 Tolonglah, Teri. Saya sedang cuba. 168 00:10:36,040 --> 00:10:39,360 Apa salahnya menyorok sedikit dan tunggu semua ini selesai? 169 00:10:39,360 --> 00:10:41,560 Sebab itu merampas kebebasan saya. 170 00:10:41,560 --> 00:10:46,680 Awak faham tak, dulu saya tak berani nak keluar pun? 171 00:10:46,680 --> 00:10:51,040 Kini saya perlu masuk semula dan kunci pintu kerana awak. 172 00:10:51,040 --> 00:10:53,920 Disebabkan saya atau orang gila menghendap saya? 173 00:10:53,920 --> 00:10:57,080 Awak macam salahkan saya atas semua ini. 174 00:10:57,080 --> 00:10:59,600 Dia sakit mental, Donny, 175 00:10:59,600 --> 00:11:01,200 dan awak layan dia. 176 00:11:01,200 --> 00:11:04,920 Tolonglah, ada penghendap ganas rosakkan hidup saya, 177 00:11:04,920 --> 00:11:06,440 tapi awak salahkan saya? 178 00:11:07,880 --> 00:11:11,720 - Awak nak tahu kenapa? - Ya, saya nak tahu. 179 00:11:12,640 --> 00:11:14,400 Saya rasa awak suka. 180 00:11:15,000 --> 00:11:18,240 Saya rasa awak suka dia ada dalam hidup awak. 181 00:11:18,240 --> 00:11:21,320 Dia nampak diri yang awak cuba nak jadi. 182 00:11:21,320 --> 00:11:24,560 Dia mewakili semua perasaan negatif terpendam awak, 183 00:11:24,560 --> 00:11:26,960 dalam bentuk seorang manusia. 184 00:11:30,360 --> 00:11:32,520 Tolonglah, Teri. 185 00:11:33,000 --> 00:11:35,320 Jangan biar dia jejaskan hubungan kita. 186 00:11:35,320 --> 00:11:38,320 Bukan dia yang jejaskan kita. Awak yang jejaskan. 187 00:11:38,320 --> 00:11:40,720 Saya tak larat lagi. 188 00:11:41,320 --> 00:11:43,640 Saya tak larat hadapi gangguan tak berkesudahan ini. 189 00:11:43,640 --> 00:11:44,840 Tunggu. 190 00:11:46,080 --> 00:11:49,080 Awak berpisah dengan saya kerana dia? 191 00:11:50,760 --> 00:11:53,360 Tak, kerana awak. 192 00:12:07,280 --> 00:12:08,960 Saya tahu saya dan Teri dah putus. 193 00:12:09,480 --> 00:12:12,320 Dia buang saya daripada fikirannya sebaik saja dia berpaling. 194 00:12:12,840 --> 00:12:14,600 Tamat. Musnah. 195 00:12:22,800 --> 00:12:24,160 Saya di takat paling sengsara. 196 00:12:24,160 --> 00:12:27,200 Satu-satunya perkara positif daripada keseluruhan situasi ini 197 00:12:27,200 --> 00:12:29,760 ialah keadaan tak mungkin jadi lebih teruk. 198 00:12:30,560 --> 00:12:33,240 Mustahil keadaan boleh jadi lebih teruk. 199 00:12:37,720 --> 00:12:40,880 1 hari nnt kita akan berrsama rusa kutb kita berdua saja 200 00:12:40,880 --> 00:12:44,480 Daripada iPhone saya 201 00:12:47,920 --> 00:12:49,080 - Ya. - Helo. 202 00:12:49,080 --> 00:12:51,960 - Boleh beri dua gelas bir? Terima kasih. - Ya. 203 00:12:53,720 --> 00:12:55,800 Awak tak boleh masuk. 204 00:12:55,800 --> 00:12:57,600 - Boleh. - Awak dilarang masuk. 205 00:12:57,600 --> 00:12:59,360 Digsy, panggil Greggsy. 206 00:12:59,360 --> 00:13:01,360 - Dia balik awal. - Kenapa? 207 00:13:01,360 --> 00:13:04,240 Dia pergi ambil "barang". 208 00:13:04,240 --> 00:13:07,160 - Tak guna. Panggil Gino. - Tak boleh. 209 00:13:07,160 --> 00:13:08,280 Kenapa? 210 00:13:08,920 --> 00:13:11,480 - Aduhai. - Saya boleh tunggu di sini. 211 00:13:11,480 --> 00:13:13,440 Tak boleh. Saya telefon polis. 212 00:13:13,440 --> 00:13:15,520 Telefonlah. Itu takkan berkesan. 213 00:13:15,520 --> 00:13:18,120 Polis dah tak nak peduli kes kita. 214 00:13:18,120 --> 00:13:20,640 - Maaf, saya... - Sekejap, okey? 215 00:13:20,640 --> 00:13:22,160 Digsy, bawa dia keluar. 216 00:13:22,160 --> 00:13:24,200 - Ayuh, cik. - Jangan sentuh saya! 217 00:13:24,200 --> 00:13:27,120 Awak tiada hak. Tiada hak langsung. 218 00:13:27,120 --> 00:13:28,280 Saya datang bulan 219 00:13:28,280 --> 00:13:31,440 dan saya datang untuk minum air, itu hak saya. 220 00:13:31,440 --> 00:13:35,000 Jangan halang wanita haid minum air. Itu satu kesalahan. 221 00:13:37,320 --> 00:13:39,200 Biarkan saja, okey? 222 00:13:41,880 --> 00:13:44,520 - Cik nak apa? - Jangan layan dia. Abaikan. 223 00:13:44,520 --> 00:13:46,600 Awak tak pandai buat kerja? 224 00:13:46,600 --> 00:13:48,760 Pergi isi barang ke dalam peti ais. 225 00:13:49,440 --> 00:13:51,800 - Maaf... - Ya. Apa tadi? Dua gelas? 226 00:13:51,800 --> 00:13:52,840 - Ya. - Okey. 227 00:14:15,360 --> 00:14:17,440 Lebih baik awak lap dulu gelas itu. 228 00:14:18,720 --> 00:14:20,920 Tangannya ada kuman penyakit kelamin. 229 00:14:21,960 --> 00:14:26,160 Awak patut lihat teman wanitanya. Betina sundal betul. 230 00:14:27,680 --> 00:14:31,440 Kami panggil dia Si Bongkok kerana standard dia rendah. 231 00:14:32,160 --> 00:14:33,880 Dia macam khinzir 232 00:14:33,880 --> 00:14:37,000 yang menghidu trufel dengan hidung penuh najis. 233 00:14:38,240 --> 00:14:40,640 Trufel! Itu nama panggilan baru awak. 234 00:14:40,640 --> 00:14:41,800 Sepuluh paun. 235 00:14:43,560 --> 00:14:46,120 - Terima kasih. - Dia seorang pelawak. 236 00:14:48,800 --> 00:14:49,840 Yang tak bagus. 237 00:14:49,840 --> 00:14:52,840 - Bukan macam pelawak dalam TV. - Buatlah lawak. 238 00:14:52,840 --> 00:14:56,080 Dia tak buat lawak. Dia lebih banyak guna prop pentas. 239 00:14:56,080 --> 00:14:58,320 Letak mata palsu pada cerek. Mengarut. 240 00:14:59,160 --> 00:15:00,120 Tak matang. 241 00:15:00,640 --> 00:15:02,800 - Cubalah Google. - Perlu taip apa? 242 00:15:02,800 --> 00:15:05,360 - "Pelawak hambar dan sampah." - "Pelawak..." 243 00:15:05,360 --> 00:15:08,800 Tak, saya bergurau. Itu sepatutnya kategori dia. 244 00:15:09,400 --> 00:15:11,640 Cuba taip "komedi Donny Dunn". 245 00:15:11,640 --> 00:15:14,120 "Komedi Donny Dunn." 246 00:15:14,120 --> 00:15:15,280 Ya. Dah jumpa. 247 00:15:15,800 --> 00:15:19,000 Anda suka lawak satu baris? Pergilah tengok Jimmy Carr. 248 00:15:19,760 --> 00:15:22,400 - Aduhai. Adakah itu lucu? - Betul. 249 00:15:23,080 --> 00:15:25,600 Tengok yang ini. Lawak tak jadi. 250 00:15:25,600 --> 00:15:28,160 Saya ada anak perempuan. Umurnya dua bulan. 251 00:15:28,160 --> 00:15:30,520 Namanya Adolf sempena Adolf Hitler. 252 00:15:30,520 --> 00:15:32,440 Saya bergurau! 253 00:15:33,120 --> 00:15:34,920 Umurnya tiga bulan. 254 00:15:35,880 --> 00:15:39,800 Saya rasa awak tak patut baca lawak daripada buku nota. 255 00:15:39,800 --> 00:15:43,760 Ia sebahagian daripada lawaknya. Ia dipanggil antikomedi. 256 00:15:43,760 --> 00:15:46,520 - Itu memang tepat. - Ya. Betul. 257 00:15:49,640 --> 00:15:50,720 Beginilah. 258 00:15:53,040 --> 00:15:55,000 Apa kata awak Google benda lain? 259 00:15:56,920 --> 00:16:03,560 "Penghendap bersiri seksa anak Pekak peguam." 260 00:16:04,800 --> 00:16:05,640 Apa? 261 00:16:05,640 --> 00:16:10,760 "Penghendap bersiri seksa 262 00:16:11,440 --> 00:16:15,840 anak Pekak peguam." 263 00:16:20,800 --> 00:16:21,960 Awak rosakkannya! 264 00:16:25,840 --> 00:16:26,920 Celaka... 265 00:16:28,160 --> 00:16:29,440 Aduh. 266 00:16:29,440 --> 00:16:33,320 Awak rosakkannya! 267 00:16:33,320 --> 00:16:35,840 - Hei! Sudah! - Mulut awak! 268 00:16:35,840 --> 00:16:37,440 Mulut awak sial! 269 00:16:37,440 --> 00:16:39,880 Saya dah kata mulut awak akan menyusahkan awak. 270 00:16:40,400 --> 00:16:41,440 Saya dah kata! 271 00:16:43,520 --> 00:16:45,240 Tuhanku! Kenapa dia begitu? 272 00:16:50,960 --> 00:16:52,640 Saya beri dia secawan teh. 273 00:16:58,040 --> 00:16:59,600 Saya beri dia secawan teh. 274 00:17:02,760 --> 00:17:05,160 Kita putus lepaas saya tuliis emel ni 275 00:17:05,160 --> 00:17:07,640 awk buat sy marah sgtt 276 00:17:07,640 --> 00:17:10,560 muka awk hodoooh niat awk jahat, kerja awakk bodo 277 00:17:10,560 --> 00:17:13,240 mak bapak awk taktau jaga anak, sekolahhh awk terok, 278 00:17:13,240 --> 00:17:14,440 ini saya ckp baikbaik!!! 279 00:17:14,440 --> 00:17:15,880 Saya x suka bermusuhhh 280 00:17:15,880 --> 00:17:18,000 tp awk dah tempuh batasannnn 281 00:17:18,000 --> 00:17:20,080 atau langgarrr batasan, apa-apa sajalah... 282 00:17:20,080 --> 00:17:21,520 balikkklah ke fife 283 00:17:21,520 --> 00:17:25,160 tempat ramai pemalas mcm awk, pedofil dan penjenayyyah mcm kluarga awk 284 00:17:25,160 --> 00:17:27,360 kenapa dtg sini? jangn kacau kami di sini 285 00:17:27,360 --> 00:17:30,520 sy kenal ramaiii VIP mereka maraaaah awk 286 00:17:30,520 --> 00:17:34,440 daripada ihpon saya 287 00:17:35,560 --> 00:17:38,640 ps saya cintakan awak, ituu takkan berubah 288 00:17:38,640 --> 00:17:41,840 Daripada iPhone saya 289 00:17:44,320 --> 00:17:48,160 Jika awak telefon polis, mesti tuan kedai tak suka. 290 00:17:48,160 --> 00:17:49,080 Betul. 291 00:17:49,080 --> 00:17:51,160 Pengurus sepatutnya sentiasa ada. 292 00:17:51,160 --> 00:17:53,480 Tapi kami tinggalkan awak di sana. 293 00:17:53,480 --> 00:17:54,400 Habislah kami. 294 00:17:54,400 --> 00:17:58,200 Mereka akan tahu kita pusing kamera untuk buka pub lebih masa. 295 00:17:58,200 --> 00:18:00,680 Kami akan dipecat kerana itu dikira kecuaian. 296 00:18:00,680 --> 00:18:02,000 Itu kecuaian, Donny. 297 00:18:02,000 --> 00:18:05,240 Beginilah. Nanti kami datang ke persembahan awak dan belanja minum. 298 00:18:05,240 --> 00:18:06,440 Gelas besar. 299 00:18:06,440 --> 00:18:11,600 Kami akan pastikan dia takkan dekati tempat ini lagi. 300 00:18:19,400 --> 00:18:20,400 Baiklah. 301 00:18:26,400 --> 00:18:27,400 Baiklah. 302 00:18:57,360 --> 00:18:58,200 Awak okey? 303 00:20:28,600 --> 00:20:32,400 - Awak pasti awak boleh buat? - Ya. Saya okey. 304 00:20:32,400 --> 00:20:33,560 Betul? 305 00:20:33,560 --> 00:20:35,080 Lepas ini, giliran awak. 306 00:20:57,040 --> 00:21:01,360 Para hadirin, anda sedia untuk persembahan terakhir bahagian ini? 307 00:21:02,880 --> 00:21:06,320 Teruskan bersorak untuk Donny Dunn! 308 00:21:06,920 --> 00:21:10,640 Hei! Terima kasih. Ya! Terima kasih. 309 00:21:13,480 --> 00:21:14,440 Mari kita mula. 310 00:21:15,040 --> 00:21:17,800 Para hadirin, sebelum apa-apa, saya nak jelaskan dulu. 311 00:21:17,800 --> 00:21:20,720 Anda mungkin nampak muka saya lebam dan luka, 312 00:21:20,720 --> 00:21:22,280 jadi ini satu nasihat. 313 00:21:22,280 --> 00:21:23,720 Jangan hisap zakar 314 00:21:23,720 --> 00:21:26,000 jika anda yang memandu. 315 00:21:26,840 --> 00:21:28,600 Okey, bagus. 316 00:21:28,600 --> 00:21:30,320 Sedikit pesanan. 317 00:21:30,320 --> 00:21:32,440 Persembahan ini ditaja oleh... 318 00:21:32,440 --> 00:21:35,520 Kondom Poppa. Kondom yang padu. 319 00:21:37,000 --> 00:21:39,000 Pakai kondom yang padu. 320 00:21:39,000 --> 00:21:41,960 Terima kasih banyak kepada penaja. 321 00:21:41,960 --> 00:21:44,200 Okey, mari melawak. 322 00:21:44,200 --> 00:21:47,960 Setiap kali pergi bercuti, saya tak nak pakai spek hitam di pantai 323 00:21:47,960 --> 00:21:50,240 kerana takut orang kata saya renung tubuh mereka. 324 00:21:50,240 --> 00:21:54,520 Jadi, untuk hilangkan kerisauan ini, saya suka buka mata besar-besar. 325 00:21:55,120 --> 00:21:57,680 Ia buat saya nampak kurang menyeramkan. 326 00:21:58,280 --> 00:22:00,400 Baiklah. Okey. Jadi... 327 00:22:00,400 --> 00:22:03,280 Ini teko kecil, bulat dan bantut 328 00:22:03,280 --> 00:22:04,680 Ini tangkai 329 00:22:04,680 --> 00:22:06,320 Ini gout 330 00:22:10,800 --> 00:22:11,640 Tak kelakar? 331 00:22:13,200 --> 00:22:14,520 Tak apa. Okey. 332 00:22:15,240 --> 00:22:17,040 Anda tak suka. Tak apa. 333 00:22:20,240 --> 00:22:21,560 Kondom Poppa. 334 00:22:21,560 --> 00:22:25,320 Kondom padu untuk kadet polis yang suka makan Burger King. 335 00:22:26,080 --> 00:22:28,280 Pakai kondom pulapol Whopper yang padu. 336 00:22:40,040 --> 00:22:41,280 Aduhai. 337 00:22:45,520 --> 00:22:47,520 Teruknya. 338 00:22:49,720 --> 00:22:52,360 Patutlah awak tak nampak bakat saya. 339 00:22:53,240 --> 00:22:54,720 Awak cuma nampak saya. 340 00:23:21,040 --> 00:23:22,720 Dulu saya fikir... 341 00:23:22,720 --> 00:23:24,800 Ini serius. Dengar dulu. 342 00:23:26,000 --> 00:23:27,320 Dulu saya fikir 343 00:23:28,280 --> 00:23:30,600 lawak saya 344 00:23:31,160 --> 00:23:32,600 lain daripada yang lain. 345 00:23:33,600 --> 00:23:35,760 Saya tengok pelawak lain 346 00:23:36,280 --> 00:23:38,080 semakin popular dan saya... 347 00:23:38,600 --> 00:23:42,280 Saya tak faham kenapa mereka popular, tapi saya tak popular. 348 00:23:42,280 --> 00:23:43,360 Tapi tiba-tiba... 349 00:23:44,000 --> 00:23:46,240 Realiti memberi tamparan hebat. 350 00:23:47,440 --> 00:23:49,480 Saya sangat naif. 351 00:23:57,720 --> 00:24:02,000 Saya terlalu naif sampaikan saya fikir ini sesuatu yang istimewa, 352 00:24:03,360 --> 00:24:07,280 apabila seorang penulis yang mengagumkan saya 353 00:24:07,280 --> 00:24:11,800 berkata, "Hei, awak ada bakat. Mari kita jadikan awak terkenal," 354 00:24:13,840 --> 00:24:15,920 saya percaya setiap kata-katanya. 355 00:24:17,240 --> 00:24:20,240 Sebab itu kata-kata yang saya dah lama nak dengar. 356 00:24:21,200 --> 00:24:25,400 "Saya yakin dengan bakat awak seperti awak yakin dengannya." 357 00:24:28,560 --> 00:24:31,480 Saya sanggup buat apa-apa saja yang dia minta 358 00:24:31,480 --> 00:24:36,800 kerana populariti mempengaruhi tanggapan orang. 359 00:24:36,800 --> 00:24:41,040 Saya takut dengan tanggapan orang sepanjang hidup saya. 360 00:24:41,640 --> 00:24:44,560 Sebab itu saya nak popular kerana apabila popular, 361 00:24:45,160 --> 00:24:47,120 orang cuma nampak kita popular. 362 00:24:47,920 --> 00:24:51,200 Mereka tak fikir perkara lain yang saya takut mereka fikir. 363 00:24:51,200 --> 00:24:55,040 Contohnya macam, "Lelaki itu gagal, membosankan atau gay." 364 00:24:57,160 --> 00:25:00,480 Mereka cuma fikir, "Dia daripada rancangan itu. 365 00:25:01,640 --> 00:25:03,120 Dia lelaki yang kelakar." 366 00:25:04,000 --> 00:25:06,720 Saya nak sangat jadi lelaki kelakar. 367 00:25:11,120 --> 00:25:13,560 Jangan kacaulah, lampu. Saya belum habis. 368 00:25:18,480 --> 00:25:20,080 Apabila penulis itu kata 369 00:25:20,960 --> 00:25:25,120 dia hanya bekerja dengan orang berani dan suruh saya hadapi ketakutan, 370 00:25:25,120 --> 00:25:29,160 saya pun mula ke rumahnya, hisap banyak dadah setiap hujung minggu. 371 00:25:29,160 --> 00:25:31,840 Memang seronok kena perdaya, bukan? 372 00:25:33,120 --> 00:25:35,600 Sebelum kita sedar kita diperdayakan. 373 00:25:36,680 --> 00:25:39,800 Hingga pengsan akibat ambil dadah GHB di sofa ruang tamunya 374 00:25:39,800 --> 00:25:42,520 sambil dia rentap seluar saya dengan tangannya yang jijik. 375 00:25:42,520 --> 00:25:46,200 Dalam hati, saya tahu perkara yang dia suruh buat itu salah. 376 00:25:46,200 --> 00:25:49,240 Tapi saya datang lagi berkali-kali. 377 00:25:49,240 --> 00:25:50,880 Saya mula fikir, 378 00:25:51,600 --> 00:25:54,840 "Rendah sangatkah harga diri saya, 379 00:25:56,480 --> 00:25:59,800 tinggi sangatkah nafsu saya untuk berjaya, 380 00:26:00,400 --> 00:26:04,120 hingga saya berulang kali pergi ke rumah lelaki itu 381 00:26:04,120 --> 00:26:06,360 dan biar dia dera saya 382 00:26:06,360 --> 00:26:09,520 demi mengecap sedikit populariti?" 383 00:26:10,640 --> 00:26:12,960 "Awak mangsa. Jangan salahkan diri sendiri." 384 00:26:12,960 --> 00:26:14,920 Tapi jika dah lima kali pengsan 385 00:26:14,920 --> 00:26:17,840 dan bangun dengan zakar saya di dalam mulutnya, 386 00:26:17,840 --> 00:26:19,800 patutnya janganlah pergi sana lagi. 387 00:26:19,800 --> 00:26:21,600 Tapi saya tetap pergi juga. 388 00:26:21,600 --> 00:26:23,920 Saya memang minta dirogol. 389 00:26:34,440 --> 00:26:36,320 Geng, ada nak buat lawak tak? 390 00:26:45,880 --> 00:26:47,920 Keyakinan saya sangatlah rendah... 391 00:26:47,920 --> 00:26:49,280 Mesti anda gelak. 392 00:26:50,560 --> 00:26:53,480 ...hingga saya biarkan betina gila masuk dalam hidup saya. 393 00:26:54,680 --> 00:26:57,800 Saya kerja di bar dan saya belanja dia secawan teh. 394 00:26:57,800 --> 00:27:00,720 Dia menangis. Saya cuma nak ceriakan dia. 395 00:27:01,600 --> 00:27:04,560 Tapi dia asyik datang berkali-kali 396 00:27:04,560 --> 00:27:06,960 dan saya tahu dia mula menaruh hati, 397 00:27:07,560 --> 00:27:12,520 tapi saya tetap layan kerana saya laparkan perhatian. 398 00:27:12,520 --> 00:27:14,800 Tengoklah muka saya. Dia yang buat. 399 00:27:19,080 --> 00:27:20,080 Itulah 400 00:27:22,120 --> 00:27:24,280 kesan penderaan terhadap kita. 401 00:27:24,280 --> 00:27:25,680 Saya menarik perhatian 402 00:27:27,720 --> 00:27:31,440 semua orang pelik-pelik. 403 00:27:32,280 --> 00:27:34,640 Sebab mereka boleh kesan derita saya. 404 00:27:34,640 --> 00:27:36,920 Saya tahu dia gila dan berbahaya, 405 00:27:36,920 --> 00:27:39,600 tapi dia puji saya dan itu dah cukup. 406 00:27:45,840 --> 00:27:49,760 Sekarang, saya tak tahu kesudahannya. 407 00:27:51,280 --> 00:27:54,640 Salah seorang daripada kami perlu mati, tapi saya bukan pembunuh. 408 00:27:57,800 --> 00:28:00,920 Ya, pergilah. Ada permainan kata selepas ini. 409 00:28:02,000 --> 00:28:03,920 Ada lelaki pakai baju konduktor kereta api. 410 00:28:03,920 --> 00:28:05,640 Mesti dia kelakar. 411 00:28:14,920 --> 00:28:16,520 Saya jumpa seorang wanita trans. 412 00:28:19,480 --> 00:28:20,680 Anda patut tengok dia. 413 00:28:23,360 --> 00:28:25,920 Dia orang paling cantik di dunia, 414 00:28:26,480 --> 00:28:27,880 tapi saya tak boleh... 415 00:28:28,920 --> 00:28:30,400 Saya tak boleh 416 00:28:31,360 --> 00:28:32,240 sayangi dia. 417 00:28:35,480 --> 00:28:36,720 Kini saya dah faham 418 00:28:38,240 --> 00:28:40,480 apa yang saya perlu korbankan untuk cintai dia. 419 00:28:41,400 --> 00:28:44,040 Saya dah faham punca saya sabotaj hubungan kami. 420 00:28:45,360 --> 00:28:47,080 Inilah sebabnya. 421 00:28:49,280 --> 00:28:53,560 Sebab ada satu perkara di dunia ini yang saya lebih suka daripada dia. 422 00:28:53,560 --> 00:28:54,720 Satu perkara. 423 00:28:56,520 --> 00:28:58,400 Anda tahu apa perkara itu? 424 00:29:01,040 --> 00:29:02,520 Benci diri sendiri. 425 00:29:17,640 --> 00:29:18,800 Saya memang suka. 426 00:29:19,800 --> 00:29:23,320 Saya memang ketagih. Saya tak tahu buat benda lain. 427 00:29:23,320 --> 00:29:26,320 Saya tak pernah berani ambil risiko dalam hidup. 428 00:29:26,320 --> 00:29:29,000 Saya tak berani untuk cuba cari kebahagiaan. 429 00:29:32,280 --> 00:29:35,920 Sebab itu saya sabotaj hubungan kami. 430 00:29:37,880 --> 00:29:41,240 Sebab saya benci diri saya lebih daripada saya sayang dia. 431 00:29:44,400 --> 00:29:46,400 Padahal saya amat menyayanginya. 432 00:29:53,000 --> 00:29:56,800 Sepanjang hidup saya, saya asyik lari. 433 00:29:59,120 --> 00:30:00,120 Pertandingan ini 434 00:30:01,320 --> 00:30:05,240 cuma perlumbaan 100 meter 435 00:30:06,240 --> 00:30:08,960 dalam maraton yang saya takkan habiskan. 436 00:30:11,120 --> 00:30:12,960 Jadi, saya nak berhenti lari. 437 00:30:14,400 --> 00:30:17,240 Sebab kaki saya dah tak larat. Memang tak larat. 438 00:30:28,080 --> 00:30:29,080 Ya. 439 00:30:31,040 --> 00:30:33,920 Saya pun tak tahu kenapa saya tiba-tiba luahkan semua ini. 440 00:30:37,080 --> 00:30:38,320 Bagaimana nak habiskan? 441 00:30:44,240 --> 00:30:45,200 Okey, saya tahu... 442 00:30:46,120 --> 00:30:50,520 Kondom Poppa, kondom padu untuk kadet polis unit letupan 443 00:30:50,520 --> 00:30:53,680 yang suka makan makanan India dan Burger King. 444 00:30:53,680 --> 00:30:58,040 Pakai kondom padu popadom bom pulapol Whopper. 445 00:31:17,320 --> 00:31:19,880 Ada apa-apa soalan? 446 00:31:25,240 --> 00:31:26,240 Jika tiada, 447 00:31:27,680 --> 00:31:29,920 saya tak sabar nak menang pertandingan ini. 448 00:31:55,000 --> 00:31:56,280 BERDASARKAN TEATER "BABY REINDEER" OLEH RICHARD GADD 449 00:32:43,760 --> 00:32:45,480 Terjemahan sari kata oleh MMA