1 00:00:06,883 --> 00:00:08,801 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:15,058 --> 00:00:17,310 Mari pergi dari sini, cepat! 3 00:00:17,393 --> 00:00:19,729 Saya rasa mungkin ada tempat perlindungan di sini? 4 00:00:19,812 --> 00:00:24,150 Tak guna. Apa ini. Cepat! Marilah. 5 00:00:32,200 --> 00:00:35,244 Semua okey? Bagus. 6 00:00:37,455 --> 00:00:40,500 Anda tahu apa memori terawal saya ketika kecil? 7 00:00:42,460 --> 00:00:46,839 Ia ketika Taufan Gloria melanda Long Island pada 1985. 8 00:00:47,882 --> 00:00:52,136 Saya dan ibu bapa berkumpul di bilik bawah tanah, terputus elektrik, 9 00:00:52,220 --> 00:00:57,475 berdoa kami selamat ketika taufan melepasi di atas kepala kami. 10 00:00:57,558 --> 00:01:01,062 Sehingga hari ini, setiap kali taufan melanda 11 00:01:01,145 --> 00:01:03,231 saya rasa tak berdaya. 12 00:01:04,982 --> 00:01:07,068 Kita berlagak seperti spesies kuat, 13 00:01:07,151 --> 00:01:10,822 tapi alam semula jadi mengalahkan kita. Ia tak peduli pasal rancangan kita! 14 00:01:10,905 --> 00:01:14,909 Hujan boleh turun ketika penggambaran TV, banjir di bandar kita, putuskan kuasa… 15 00:01:18,121 --> 00:01:20,748 Kita tak boleh mengawalnya. 16 00:01:21,457 --> 00:01:25,044 Cara terbaik kita boleh lakukan adalah meramal cuaca 17 00:01:25,128 --> 00:01:29,215 supaya kita boleh merancang dan bangkit semula selepas ia melanda. 18 00:01:29,298 --> 00:01:31,843 Semua itu kita tak boleh lakukan sendirian. 19 00:01:33,219 --> 00:01:35,137 Bila anda fikirkannya, 20 00:01:35,221 --> 00:01:37,723 bukankah itu fungsi utama kerajaan? 21 00:01:37,807 --> 00:01:41,477 Melindungi kita daripada ancaman yang terlalu besar untuk kita uruskan? 22 00:01:41,561 --> 00:01:45,690 Merepek! Saya tak perlu kerajaan untuk meramal cuaca. 23 00:01:45,773 --> 00:01:48,985 Lutut kiri ini meramal taufan akan datang. 24 00:01:49,068 --> 00:01:50,278 Awak nak picit? 25 00:01:51,654 --> 00:01:53,030 Mungkin lain kali. 26 00:01:53,114 --> 00:01:55,658 Kita perlukan sesuatu yang lebih baik daripada itu. 27 00:01:59,537 --> 00:02:02,456 Selalunya saya hanya guna laporan cuaca sebagai 28 00:02:02,540 --> 00:02:04,417 alasan tak keluar berjoging, 29 00:02:04,500 --> 00:02:09,839 tapi jika kita tak tahu bila taufan bakal tiba, orang boleh mati. 30 00:02:09,922 --> 00:02:12,842 Bukan itu saja, seluruh sektor dalam masyarakat kita 31 00:02:12,925 --> 00:02:15,678 daripada perladangan, perkapalan dan pengangkutan udara, 32 00:02:15,761 --> 00:02:18,347 bergantung pada kebolehan kita meramal cuaca dengan tepat. 33 00:02:18,431 --> 00:02:21,976 Kawalan Trafik Udara. Tiada siapa beritahu kami tentang ribut salji ini 34 00:02:22,059 --> 00:02:25,771 jadi kami dan setiap kapal terbang lain di lingkungan ini akan terhempas. 35 00:02:26,731 --> 00:02:27,648 Tamat! 36 00:02:28,816 --> 00:02:31,152 Jadi dari mana datangnya ramalan cuaca? 37 00:02:31,235 --> 00:02:34,739 Selama ini, saya andaikan daripada aplikasi AccuWeather di telefon saya 38 00:02:34,822 --> 00:02:36,449 atau hos cuaca di TV. 39 00:02:40,161 --> 00:02:45,166 Saya pegawai kaji cuaca anda, Sam Storm dengan ramalan Doppler-Hojillion hari ini 40 00:02:45,249 --> 00:02:47,084 dan hari akan hujan, Linda. 41 00:02:47,168 --> 00:02:49,879 Alamak. Lebih baik saya keluarkan but getah saya! 42 00:02:51,839 --> 00:02:53,674 Awak dan but getah tak boleh berpisah! 43 00:02:53,758 --> 00:02:57,178 Tapi, awak pernah terfikir dari mana mereka dapatkan data itu? 44 00:02:57,261 --> 00:03:00,348 Saya selalu tertanya-tanya hal itu. 45 00:03:00,431 --> 00:03:01,807 Sam, sayang, 46 00:03:01,891 --> 00:03:05,519 dari mana awak dapat awan-awan hijau dan nombor-nombor itu? 47 00:03:05,603 --> 00:03:07,521 Atau ia rahsia? 48 00:03:08,689 --> 00:03:12,860 Saya tak boleh kata tidak pada awak, Linda. Seperti di peta ini, 49 00:03:12,944 --> 00:03:15,446 Khidmat Cuaca Negara kerajaan persekutuan 50 00:03:15,529 --> 00:03:19,951 telah pantau negara dengan pos kawalan cuaca, radar resolusi tinggi 51 00:03:20,034 --> 00:03:23,454 dan juga enam belas satelit. 52 00:03:23,537 --> 00:03:27,291 Semua sains kerajaan menghasilkan data cuaca besar 53 00:03:27,375 --> 00:03:29,585 meliputi seluruh negara. 54 00:03:30,211 --> 00:03:31,963 Saksikan cuaca tempat anda, 55 00:03:32,046 --> 00:03:34,173 kita akan mula lihat data bertukar jadi ramalan 56 00:03:34,256 --> 00:03:36,342 oleh ahli kaji cuaca di tempat anda. 57 00:03:36,425 --> 00:03:37,885 Kemudian apabila hari berlalu, 58 00:03:37,969 --> 00:03:41,138 mereka umumkan ramalan untuk semua guna 59 00:03:41,222 --> 00:03:44,016 dan kita akan lihat data diambil oleh banyak organisasi, 60 00:03:44,100 --> 00:03:46,602 agensi-agensi dan saluran media seperti kita, Linda. 61 00:03:48,271 --> 00:03:52,942 Hei, adakah itu gambar Denzel? Gurau saja. 62 00:04:05,246 --> 00:04:10,334 Jadi semua aplikasi cuaca, surat khabar dan pegawai kaji cuaca TV seperti awak, 63 00:04:10,418 --> 00:04:13,170 dapat ramalan cuaca daripada kerajaan? 64 00:04:13,254 --> 00:04:17,300 Betul, Linda. Saya lelaki angkuh dengan ijazah komunikasi. 65 00:04:17,383 --> 00:04:19,760 Lihatlah ini! Memang panas! 66 00:04:23,014 --> 00:04:27,310 Wah! Jadi ada ahli kaji cuaca kerajaan di tempat saya tinggal? 67 00:04:27,393 --> 00:04:28,853 Tak mungkin. 68 00:04:28,936 --> 00:04:30,396 Memang betul, Linda. 69 00:04:32,481 --> 00:04:35,401 Alamak! Keluar dari sini, Sam! 70 00:04:36,068 --> 00:04:38,821 Hebat, bukan? Di mana saja anda tinggal, 71 00:04:38,904 --> 00:04:42,616 terdapat ahli kaji cuaca Khidmat Cuaca Negara melepaskan belon cuaca, 72 00:04:42,700 --> 00:04:46,787 menganalisis data dan menulis ramalan cuaca untuk anda. 73 00:04:46,871 --> 00:04:51,375 Seramai beribu-ribu ahli kaji cuaca bekerja bersama di seluruh negara, 74 00:04:51,459 --> 00:04:54,128 dalam projek sains negara yang besar, 75 00:04:54,211 --> 00:04:57,340 hanya untuk hantar amaran cuaca ke telefon anda. 76 00:04:58,174 --> 00:05:02,219 Hujan akan turun? Alamak, kita perlu batalkan larian ria ini! 77 00:05:02,303 --> 00:05:05,473 Maaf semua, saya menanti-nantikannya juga. 78 00:05:05,556 --> 00:05:08,392 Anda tahu, ramalan cuaca seperti air bersih 79 00:05:08,476 --> 00:05:10,978 dan kita tak boleh hidup tanpanya. 80 00:05:11,937 --> 00:05:15,232 Sebab itu ia penting untuk keperluan awam. 81 00:05:15,316 --> 00:05:19,862 Khidmat penting yang kerajaan sediakan secara percuma untuk awam 82 00:05:19,945 --> 00:05:21,447 kerana mereka saja yang boleh beri. 83 00:05:21,530 --> 00:05:26,243 Sentiasa terburu-buru, semua! Wang cukai anda digunakan. 84 00:05:27,286 --> 00:05:31,874 Tapi, tunggu hingga anda dengar tentang ini. Bagaimana jika saya beritahu 85 00:05:31,957 --> 00:05:35,669 seseorang telah cuba ambil keperluan awam ini daripada anda? 86 00:05:35,753 --> 00:05:40,591 Seperti syarikat botol air yang menampal label sendiri pada air paip, 87 00:05:40,674 --> 00:05:43,969 syarikat cuaca swasta seperti AccuWeather dan The Weather Channel, 88 00:05:44,053 --> 00:05:45,971 pek semula data cuaca umum, 89 00:05:46,055 --> 00:05:48,849 tambah sedikit data mereka dan analisis 90 00:05:48,933 --> 00:05:52,311 dan jual kepada saluran berita, aplikasi dan pengguna. 91 00:05:52,394 --> 00:05:57,358 Dapatkan ramalan cuaca premium di sini. Lebih baik dari ramalan percuma kerajaan. 92 00:05:58,317 --> 00:06:01,112 Syarikat swasta tak salah 93 00:06:01,195 --> 00:06:03,155 nak bina perniagaan dari data umum. 94 00:06:03,239 --> 00:06:05,741 Itulah tujuannya. 95 00:06:05,825 --> 00:06:07,118 Tapi kebelakangan ini, 96 00:06:07,201 --> 00:06:09,829 AccuWeather mula anggap Khidmat Cuaca Negara 97 00:06:09,912 --> 00:06:13,457 bukan sekadar pengedar mereka, tapi pesaing mereka. 98 00:06:13,541 --> 00:06:18,254 Ya, ia bagus untuk perniagaan jika kami saja 99 00:06:18,337 --> 00:06:20,548 yang menerima data itu. 100 00:06:20,631 --> 00:06:25,177 Jadi, sejak dua dekad lalu, kami laksanakan kempen licik 101 00:06:25,261 --> 00:06:29,181 untuk halang khidmat cuaca daripada berkomunikasi dengan umum. 102 00:06:32,434 --> 00:06:38,858 Pada 2005, kami melobi untuk cuba melarang mereka 103 00:06:38,941 --> 00:06:41,485 daripada berkongsi rutin ramalan cuaca 104 00:06:41,569 --> 00:06:44,655 dengan sesiapa kecuali pembekal komersial seperti kami. 105 00:06:45,781 --> 00:06:50,536 Apa? Itu pelik, biar saya hubungi… 106 00:06:52,663 --> 00:06:56,292 Juga pada 2012, kami halang khidmat cuaca 107 00:06:56,375 --> 00:06:59,753 daripada menghasilkan aplikasi umum percuma. 108 00:06:59,837 --> 00:07:02,631 Awak tahu saintis kami hasilkan data yang awak guna… 109 00:07:06,385 --> 00:07:08,304 Khidmat Cuaca Negara tak dibenarkan 110 00:07:08,387 --> 00:07:10,764 mengiklankan sains hebat mereka 111 00:07:10,848 --> 00:07:13,767 dan itu memberi kami kuasa untuk yakinkan orang awam 112 00:07:13,851 --> 00:07:16,312 bahawa kami dewa cuaca sebenar. 113 00:07:17,855 --> 00:07:22,109 Dapatkan ramalan cuaca daripada kami, satu-satunya sumber, 114 00:07:22,193 --> 00:07:26,989 sebab walaupun wang cukai anda membayar untuk ramalan ini, 115 00:07:27,072 --> 00:07:29,366 kami lebih suka anda bayar kami lagi. 116 00:07:32,161 --> 00:07:34,121 Tak disangka, bukan? 117 00:07:34,205 --> 00:07:38,667 AccuWeather telah cuba tukar keperluan awam ini menjadi harta persendirian. 118 00:07:38,751 --> 00:07:41,837 Walaupun seluruh perniagaan mereka dibina daripada data percuma 119 00:07:41,921 --> 00:07:43,339 yang diberikan oleh kerajaan. 120 00:07:44,089 --> 00:07:47,885 Bayangkan jika di masa depan nanti anda perlu bayar untuk amaran cuaca melampau. 121 00:07:47,968 --> 00:07:51,096 Jadi anda hanya akan tahu taufan bakal tiba, jika anda bayar. 122 00:07:51,180 --> 00:07:52,890 Berhenti membayangkannya! 123 00:07:52,973 --> 00:07:58,145 Pada 2015, kami di AccuWeather mengesan taufan menuju ke Moore, Oklahoma, 124 00:07:58,229 --> 00:08:01,774 tapi kami hanya beri amaran kepada pelanggan berbayar kami. 125 00:08:08,113 --> 00:08:09,490 Anda tahu apa paling teruk? 126 00:08:09,573 --> 00:08:12,993 Semua ini berlaku di bawah radar kita. 127 00:08:13,077 --> 00:08:15,412 Kali terakhir khidmat pos bermasalah, 128 00:08:15,496 --> 00:08:18,707 saya mula membeli setem macam orang lain. 129 00:08:18,791 --> 00:08:21,377 Tapi di mana kita ketika cuaca lemah? 130 00:08:22,086 --> 00:08:25,005 Keperluan awam perlu sokongan umum, 131 00:08:25,089 --> 00:08:28,968 terutama kerana, apabila cuaca ekstrem melanda, 132 00:08:29,051 --> 00:08:32,388 mereka ini membahayakan diri untuk melindungi kita. 133 00:08:36,976 --> 00:08:40,187 LAPANGAN TERBANG HENRY E. ROHLSEN ST. CROIX, PULAU VIRGIN AS 134 00:08:40,271 --> 00:08:41,939 PEMBURU TAUFAN PENINJAUAN CUACA 53D SQ 135 00:08:54,827 --> 00:08:56,120 Hei Adam, awak bersedia untuk lakukan ini? 136 00:08:56,203 --> 00:08:59,665 Kita sdang bersedia nak terbang melalui taufan besar. 137 00:08:59,748 --> 00:09:01,584 Okey, kenapa begitu? 138 00:09:01,667 --> 00:09:04,587 Kita akan kumpul data untuk bantu Pusat Taufan Negara 139 00:09:04,670 --> 00:09:07,381 meramal keamatan dan menjejaki ribut ini supaya mereka boleh 140 00:09:07,464 --> 00:09:10,467 beri amaran sebaiknya kepada mereka yang mungkin ada di laluan ini. 141 00:09:10,551 --> 00:09:12,803 Sedia untuk berlepas, senarai semak lengkap. 142 00:09:15,973 --> 00:09:19,268 - Kuasa berlepas sedia. Kuasa diperiksa. - Alamak. 143 00:09:20,477 --> 00:09:24,898 Okey! Hentian seterusnya ialah Taufan Sam. 144 00:09:25,983 --> 00:09:27,776 - Tolong bangunkannya. - Wah. 145 00:09:27,860 --> 00:09:32,448 Jadi kami berlepas dari St. Croix dan terbang lebih kurang 700 batu. 146 00:09:32,531 --> 00:09:35,409 Kita akan menurun ke 10,000 kaki 147 00:09:35,492 --> 00:09:37,911 dan melalui di tengah-tengahnya jadi… 148 00:09:38,662 --> 00:09:40,164 Kita akan terbang di tengah-tengahnya? 149 00:09:40,247 --> 00:09:41,999 Ya, di tengah-tengahnya. 150 00:09:42,082 --> 00:09:44,585 Ya. Itu hujan lebat. 151 00:09:44,668 --> 00:09:46,086 Alamak. 152 00:09:47,254 --> 00:09:49,048 Awak mungkin nak duduk dengan kamera. 153 00:09:54,970 --> 00:09:56,972 Alamak! 154 00:10:02,186 --> 00:10:05,397 Ini ialah dropsond kami. 155 00:10:05,481 --> 00:10:08,692 Ia alat saintifik cuaca yang kami guna untuk kumpul angin, 156 00:10:08,776 --> 00:10:11,528 tekanan, suhu, kelembapan… 157 00:10:11,612 --> 00:10:15,574 Ia mengumpul data daripada taufan dan awak lepaskan ke lautan. 158 00:10:15,658 --> 00:10:17,701 - Di bawah tiub ini. - Wah. 159 00:10:17,785 --> 00:10:19,787 Jadi saya nak awak membukanya. 160 00:10:20,996 --> 00:10:22,498 Ya, masukkan begitu. 161 00:10:25,584 --> 00:10:29,922 - Itu dia. - Wah! Itu dia. Berat. 162 00:10:33,467 --> 00:10:35,177 Itu saja. 163 00:10:35,260 --> 00:10:37,971 Ini data yang telah diterima. 164 00:10:38,055 --> 00:10:41,433 Jadi itu ialah kelembapan, suhu di udara, 165 00:10:41,517 --> 00:10:43,268 - tekanan dan semua itu. - Ya, tuan. 166 00:10:43,352 --> 00:10:45,688 Saya selalu anggap yang 167 00:10:45,771 --> 00:10:48,816 awak menonton TV dan awak lihat di mana taufan berada 168 00:10:48,899 --> 00:10:51,694 dan mereka lakukan itu melalui satelit atau radar. 169 00:10:51,777 --> 00:10:53,696 Tapi awak buat begini macam filem Armageddon, 170 00:10:53,779 --> 00:10:56,865 seperti kita perlu hantar satu pasukan ke dalam ribut 171 00:10:56,949 --> 00:11:00,911 untuk mencari… Itu saja cara kita tahu di mana ribut berada. 172 00:11:00,994 --> 00:11:05,249 Kemudian bila awak menemuinya, awak turunkan muatan ke tengah-tengahnya. 173 00:11:05,332 --> 00:11:07,793 - Awak buat beberapa kali sehari? - Saya rasa begitu. 174 00:11:07,876 --> 00:11:09,211 - Bila ada taufan? - Kami bukanlah, 175 00:11:09,294 --> 00:11:10,337 letupkan taufan. 176 00:11:10,421 --> 00:11:12,548 Awak hampir letupkan taufan. 177 00:11:12,631 --> 00:11:16,427 Kapal terbang ini saja cara kita berupaya mengetahui 178 00:11:16,510 --> 00:11:18,262 perincian tepat apa yang berlaku. 179 00:11:18,345 --> 00:11:21,598 Kita juga mengumpul maklumat cuaca di sekeliling ribut 180 00:11:21,682 --> 00:11:23,725 dan hantar maklumat itu ke pusat taufan. 181 00:11:23,809 --> 00:11:26,228 Jadi ia beri banyak maklumat. Memberitahu apa, 182 00:11:26,311 --> 00:11:30,941 berapa besar medan angin keliling taufan supaya mereka boleh keluarkan amaran. 183 00:11:31,024 --> 00:11:34,278 Secara tak langsung, kami selamatkan nyawa atau bantu selamatkan nyawa 184 00:11:34,361 --> 00:11:35,737 - Ya. - melalui rangkaian kecemasan dan 185 00:11:35,821 --> 00:11:37,781 ramalan taufan mengeluarkan amaran ke luar sana. 186 00:11:39,366 --> 00:11:41,618 Kita di tengah-tengah Taufan Sam sekarang. 187 00:11:43,454 --> 00:11:45,622 Sam tak gembira kami di sini. 188 00:11:45,706 --> 00:11:47,916 - Okey, kita akan pecah masuk. - Okey. 189 00:11:49,960 --> 00:11:51,670 Kita di atas. 190 00:11:51,753 --> 00:11:53,422 Oh, Tuhan! 191 00:12:08,479 --> 00:12:10,189 Oh, Tuhan. 192 00:12:12,608 --> 00:12:18,322 Ini sangat cantik. Aduhai. Apabila anda berada di tempat begini, 193 00:12:19,323 --> 00:12:22,201 awak berada di awan-awan putih, tiba-tiba melepasinya 194 00:12:22,284 --> 00:12:25,496 dan memang jelas, awak boleh lihat lautan dengan jelas, 195 00:12:25,579 --> 00:12:26,747 ia indah! 196 00:12:29,333 --> 00:12:32,711 Ramai antara kita tinggal di Pantai Teluk, atau keluarga kita 197 00:12:33,462 --> 00:12:38,425 dan kita terus bantu mereka buat keputusan yang perlu 198 00:12:38,509 --> 00:12:40,344 ketika ribut menghampiri kawasan mereka. 199 00:12:40,427 --> 00:12:45,516 Awak memang terbang masuk ke kejadian semula jadi paling hebat di bumi 200 00:12:45,599 --> 00:12:47,809 dan awak dapat saksikannya dengan cara 201 00:12:47,893 --> 00:12:50,979 tiada siapa lain di bumi dapat lakukan. 202 00:12:51,063 --> 00:12:52,272 Bertuah dapat berada atas ini, 203 00:12:52,356 --> 00:12:54,441 apa perasaan awak dapat lakukan setiap hari? 204 00:12:54,525 --> 00:12:59,029 Memang bertuah dapat kerja ini. Berjuta-juta orang rasa kesannya, 205 00:12:59,112 --> 00:13:02,533 apa kami buat untuk memperbaiki ramalan dan bantu mereka membuat 206 00:13:02,616 --> 00:13:06,078 keputusan selamat dan betul tentang tindakan terhadap ribut. 207 00:13:06,161 --> 00:13:08,455 - Jadi kami sangat bertuah kerana, - Ya. 208 00:13:08,539 --> 00:13:13,043 tugas ini memudahkan kami melihat apa kami lakukan 209 00:13:13,126 --> 00:13:15,003 dan beri faedah kepada orang awam. 210 00:13:15,087 --> 00:13:17,673 Mark, memang bertuah dapat berada di atas ini. 211 00:13:17,756 --> 00:13:20,592 - Terima kasih jemput kami. - Ya. Gembira awak datang, Adam. 212 00:13:21,260 --> 00:13:22,761 Menakjubkan. 213 00:13:24,429 --> 00:13:28,850 Okey, saya agak loya. Saya gembira dapat kembali berpijak di tanah. 214 00:13:28,934 --> 00:13:31,061 Mari ke Pusat Taufan Negara untuk melihat 215 00:13:31,144 --> 00:13:35,232 apa saintis di sana lakukan dengan data dikumpul oleh kapal terbang ini. 216 00:13:35,315 --> 00:13:39,111 Sebenarnya kami guna data yang diperolehi daripada kapal terbang 217 00:13:39,194 --> 00:13:43,490 untuk memastikan atau cari apa sebenarnya berlaku dalam taufan ini 218 00:13:43,574 --> 00:13:45,409 kemudian guna itu untuk buat ramalan 219 00:13:45,492 --> 00:13:47,869 dan paling penting sampaikan maklumat itu kepada umum. 220 00:13:47,953 --> 00:13:52,332 Selalunya, keputusan ramalan kami menyebabkan pemindahan kadangkala 221 00:13:52,416 --> 00:13:54,251 sejuta orang atau lebih. 222 00:13:54,334 --> 00:13:56,712 Pernah tak awak berada dalam keadaan 223 00:13:56,795 --> 00:13:58,630 ketika awak melihat ini dan berkata, 224 00:13:58,714 --> 00:14:01,925 saya perlu buat keputusan tentang betapa teruknya ini 225 00:14:02,009 --> 00:14:04,928 dan keadaan akan berlaku kerana apa saya katakan. 226 00:14:05,012 --> 00:14:08,932 Ya. Ia berlaku pada musim taufan lepas, 2020. 227 00:14:09,016 --> 00:14:11,643 Peramal kami selalunya ada beberapa saat 228 00:14:11,727 --> 00:14:13,437 untuk membuat keputusan 229 00:14:13,520 --> 00:14:16,356 selalunya berdasarkan pengalaman dan naluri 230 00:14:16,440 --> 00:14:19,818 dan bekerja dengan pakar taufan pada ketika itu, 231 00:14:19,901 --> 00:14:23,488 hari itu, kami tentukan yang ribut takkan jadi lemah. 232 00:14:23,572 --> 00:14:27,242 Ia akan melanda pantai sepenuhnya, tidak reda-reda. 233 00:14:27,326 --> 00:14:31,580 Itu digabungkan dengan kawasan yang mudah terdedah, ia sangat rendah, 234 00:14:31,663 --> 00:14:35,584 kawasan datar dan apa kami dengar daripada pengurus kecemasan ketika itu, 235 00:14:35,667 --> 00:14:37,169 orang tak berpindah, 236 00:14:37,252 --> 00:14:40,380 mendesak kami lakukan sesuatu yang tak pernah dibuat 237 00:14:40,464 --> 00:14:43,634 kami terpaksa meletakkan terma takkan selamat, 238 00:14:44,301 --> 00:14:45,302 bersamanya. 239 00:14:45,385 --> 00:14:49,222 Selalunya media panik dengan mesej begitu. 240 00:14:49,306 --> 00:14:50,474 Wah! 241 00:14:50,557 --> 00:14:51,808 Itu saja awak dengar hari itu, 242 00:14:51,892 --> 00:14:54,603 takkan selamat. 243 00:14:54,686 --> 00:14:58,815 Kami tiada korban ribut ketika itu 244 00:14:58,899 --> 00:15:03,195 dan 100 peratus patuh berpindah di kawasan teruk dilanda ribut. 245 00:15:03,278 --> 00:15:07,032 Wah, itu menakjubkan. 246 00:15:07,115 --> 00:15:09,701 Jika salah seorang tak pindah, 247 00:15:09,785 --> 00:15:12,120 - lebih kurang sedozen akan tinggal, - Ya. 248 00:15:12,204 --> 00:15:13,956 kemungkinan mereka akan terkorban. 249 00:15:14,039 --> 00:15:17,668 Wah. Ini merupakan pengalaman hebat 250 00:15:17,751 --> 00:15:20,170 untuk naik kapal terbang itu 251 00:15:20,253 --> 00:15:21,797 dan mengetahui tugas awak lakukan. 252 00:15:21,880 --> 00:15:23,131 Jamie, terima kasih atas masa awak. 253 00:15:23,215 --> 00:15:24,716 Saya berbesar hati, kawan. 254 00:15:32,349 --> 00:15:34,643 Saya memang kagum. 255 00:15:34,726 --> 00:15:39,022 Semua orang yang berani ini bekerja bersama seperti sawat jam, 256 00:15:39,106 --> 00:15:41,984 hanya nak pastikan kita ada maklumat diperlukan 257 00:15:42,067 --> 00:15:44,027 untuk melindungi diri daripada taufan. 258 00:15:44,611 --> 00:15:45,988 Ia mengagumkan! 259 00:15:46,697 --> 00:15:49,700 Tapi satu perkara tak kena. 260 00:15:50,534 --> 00:15:55,205 Jika kerajaan sangat hebat melindungi kita sebelum taufan melanda, 261 00:15:55,288 --> 00:15:59,167 kenapa ia sangat teruk dalam membantu kita selepas itu? 262 00:15:59,251 --> 00:16:02,212 Memang betul, saya cakap pasal FEMA. 263 00:16:02,295 --> 00:16:05,841 Bukan satu nama anda selalu dengar lepas berkata "lakukan tugas dengan baik." 264 00:16:05,924 --> 00:16:10,095 Sebaliknya, ia menjadi cacian agensi-agensi kerajaan. 265 00:16:11,304 --> 00:16:14,433 Ketika Taufan Maria melanda Puerto Rico pada 2017, 266 00:16:15,017 --> 00:16:18,270 FEMA tak bawa cukup pegawai, air botol 267 00:16:18,353 --> 00:16:20,981 dan juga generator elektrik. 268 00:16:21,064 --> 00:16:25,027 Pulau itu mengambil masa 11 bulan untuk dapat semula tenaga elektrik 269 00:16:25,110 --> 00:16:29,489 dan kesan daripada kegagalan ini, 4,500 orang mati. 270 00:16:30,240 --> 00:16:32,784 Kebanyakan mereka, bukan kerana taufan itu. 271 00:16:32,868 --> 00:16:36,705 Mereka mati kerana selepas ribut, mereka tak dapat bantuan diperlukan. 272 00:16:37,706 --> 00:16:41,668 Hanya nak ingatkan anda, Puerto Rico ialah sebahagian Amerika. 273 00:16:41,752 --> 00:16:44,463 Ini berlaku kepada rakyat Amerika. 274 00:16:45,672 --> 00:16:50,886 Jika kerajaan kita berupaya terbangkan kapal terbang menembusi taufan, 275 00:16:50,969 --> 00:16:55,265 kenapa pula tak boleh bawa air botol 276 00:16:55,348 --> 00:16:57,768 kepada warganegara sendiri? 277 00:17:03,565 --> 00:17:08,153 Okey, mudah saja nak cakap FEMA teruk dan tamatkan rancangan. 278 00:17:08,236 --> 00:17:10,572 Saya tak salahkan anda, ia memuaskan hati. 279 00:17:10,655 --> 00:17:15,368 Tapi anda tak nak tahu kenapa ia teruk? Saya nak. 280 00:17:15,452 --> 00:17:19,539 Ketika cuba untuk jawab soalan itu, kami dapat tahu bahawa lebih dari segalanya, 281 00:17:19,623 --> 00:17:22,459 apa menentukan sama ada sebuah agensi kerajaan berjaya atau tak 282 00:17:22,542 --> 00:17:25,712 ialah strukturnya dan struktur FEMA ialah 283 00:17:25,796 --> 00:17:30,258 selalunya adalah, kemusnahan yang sempurna. 284 00:17:30,342 --> 00:17:32,803 Sebelum lewat 70-an, bantuan bencana persekutuan 285 00:17:32,886 --> 00:17:35,263 diuruskan oleh agensi-agensi yang lain 286 00:17:35,347 --> 00:17:37,265 yang tak mampu bekerja bersama. 287 00:17:37,349 --> 00:17:38,308 PELAN RESPONS BENCANA LANGKAH SATU, DUA, TIGA 288 00:17:38,391 --> 00:17:40,060 Apa? Hei! 289 00:17:41,228 --> 00:17:42,395 Lelaki bijak, ya? 290 00:17:43,814 --> 00:17:47,109 Tapi daripada menubuhkan agensi berkuasa baharu dari awal, 291 00:17:47,192 --> 00:17:50,946 eksekutif arahkan penubuhan FEMA hanya sumbat mereka bersama. 292 00:17:51,029 --> 00:17:52,405 Diam, semua! 293 00:17:53,698 --> 00:17:55,450 Anda semua FEMA sekarang. 294 00:17:56,576 --> 00:18:00,664 Tugas anda ialah rancang semua bencana untuk rakyat Amerika di mana-mana, 295 00:18:00,747 --> 00:18:03,250 jadi, apa kita nak lakukan dulu? 296 00:18:09,005 --> 00:18:10,006 Semoga berjaya! 297 00:18:13,385 --> 00:18:16,805 Dengan keutamaan bercanggah dan tiada agenda jelas, 298 00:18:16,888 --> 00:18:19,599 FEMA sukar nak menjadi sebuah agensi bersatu 299 00:18:19,683 --> 00:18:24,271 dan masalahnya bertambah dengan musuh ketat kerajaan, pita merah. 300 00:18:27,440 --> 00:18:30,485 FEMA sangat terikat dengan peraturan birokratik, 301 00:18:30,569 --> 00:18:34,239 mereka tak boleh hantar bantuan selepas Taufan Andrew 302 00:18:34,322 --> 00:18:36,324 sehingga kertas kerja yang betul difailkan. 303 00:18:38,410 --> 00:18:39,786 Awak lemas? 304 00:18:39,870 --> 00:18:44,457 Okey, saya nak awak faks borang permohonan bantuan bencana air. 305 00:18:46,376 --> 00:18:49,045 Saya dengar tapi saya tak buat peraturan, puan. 306 00:18:49,796 --> 00:18:54,259 Sebenarnya, menurut peraturan persekutuan, Agensi Pengurusan Kecemasan kita 307 00:18:54,342 --> 00:18:58,722 tak boleh umumkan kecemasan tanpa kebenaran. 308 00:18:58,805 --> 00:19:01,474 Itu bermakna daripada dapat buat keputusan, 309 00:19:01,558 --> 00:19:05,604 FEMA dipaksa mempertimbang tuntutan presiden, gabenor dan ahli kongres. 310 00:19:06,271 --> 00:19:08,273 Ya, gabenor, saya uruskan. 311 00:19:09,149 --> 00:19:11,443 Ya, tuan, segera. 312 00:19:11,526 --> 00:19:14,154 Boleh saya dapat lebih wang untuk bantu Puerto Ri… 313 00:19:14,237 --> 00:19:16,698 Awak bodoh! Kita tak ada wang! 314 00:19:16,781 --> 00:19:21,203 FEMA tiada banyak kuasa, lemah terhadap politik, 315 00:19:21,286 --> 00:19:24,664 bermakna siapa dapat bantuan bergantung kepada siapa anda kenal. 316 00:19:24,748 --> 00:19:26,958 Sekejap, kawan. 317 00:19:27,042 --> 00:19:30,045 Awak ada senator atau ahli kongres dalam jawatankuasa pengawasan FEMA? 318 00:19:31,213 --> 00:19:32,672 Malang sekali untuk awak. 319 00:19:33,673 --> 00:19:36,092 Jika ada, menurut sejarah FEMA akan beri 320 00:19:36,176 --> 00:19:40,096 bantuan tambahan secara puratanya sebanyak 36.5 juta dolar. 321 00:19:40,889 --> 00:19:45,393 Tambahan khidmat botol. Khidmat botol air. 322 00:19:46,645 --> 00:19:48,855 Sejurus anda ikut arus bawah politik, 323 00:19:48,939 --> 00:19:52,442 anda mula lihat kenapa Texas, sebuah negeri dengan dua senator berkuasa, 324 00:19:52,525 --> 00:19:56,071 menerima bantuan besar daripada FEMA selepas Taufan Harvey. 325 00:19:56,154 --> 00:20:00,742 Pada tahun sama ketika Puerto Rico, yang tiada wakil dalam Kongres 326 00:20:00,825 --> 00:20:05,247 atau pemilihan presiden, dibiarkan kesejukan. 327 00:20:05,330 --> 00:20:06,915 MAINAN KATA CUACA : TUJUH 328 00:20:06,998 --> 00:20:10,835 Cakaplah saya gila, saya tak fikir bantuan FEMA patut bergantung kepada kod zip. 329 00:20:10,919 --> 00:20:12,754 Ia patut jadi khidmat awam. 330 00:20:13,463 --> 00:20:16,299 Tak! Ini kelab eksklusif. 331 00:20:17,133 --> 00:20:20,220 Itu menjelaskan kenapa wilayah dengan populasi kulit Hitam, Hispanik, 332 00:20:20,303 --> 00:20:24,057 atau orang Asli Amerika selalu terima wang yang kurang daripada FEMA 333 00:20:24,140 --> 00:20:27,811 berbanding wilayah kulit putih. Ya, Connecticut! 334 00:20:27,894 --> 00:20:31,898 Saya jumpa awak di padang golf. Biar dia lalu! 335 00:20:32,691 --> 00:20:36,403 Lebih teruk sekali, kekurangan dana yang kronik telah menghalang FEMA 336 00:20:36,486 --> 00:20:41,366 daripada rancang untuk bencana alam yang pekerja FEMA tahu akan tiba. 337 00:20:42,784 --> 00:20:47,122 Musim taufan setiap tahun, semua, mari bersedia. 338 00:20:47,205 --> 00:20:50,458 Pada 2004, hanya setahun sebelum Katrina, 339 00:20:50,542 --> 00:20:53,753 FEMA melakukan simulasi dinamakan Taufan Pam 340 00:20:53,837 --> 00:20:57,382 yang secara hipotesisnya taufan itu melanda New Orleans. 341 00:20:57,465 --> 00:21:02,387 Okey, jadi apa akan berlaku jika tetambak pecah? 342 00:21:10,103 --> 00:21:13,315 Puan, latihan kami menunjukkan jika taufan melanda New Orleans, 343 00:21:13,398 --> 00:21:18,320 kita tak cukup peralatan untuk uruskannya. Kita perlu pelan baharu sekarang. 344 00:21:20,780 --> 00:21:24,576 Sekejap! Kita tak cukup dana 345 00:21:24,659 --> 00:21:27,746 dan kurang kakitangan untuk laksanakan sebarang pemulihan ini. 346 00:21:27,829 --> 00:21:30,749 Kita tak boleh buang duit untuk sekadar hipotesis taufan 347 00:21:30,832 --> 00:21:33,418 sedangkan ada senjata pemusnah di Iraq untuk dicari. 348 00:21:37,005 --> 00:21:38,840 Maksud saya, kenapa? 349 00:21:39,466 --> 00:21:41,885 Berapa banyak nyawa boleh diselamatkan 350 00:21:41,968 --> 00:21:44,804 jika FEMA ada segala sumber yang diperlukan? 351 00:21:45,680 --> 00:21:47,849 Seperti hari ini, ketika perubahan iklim 352 00:21:47,932 --> 00:21:51,394 membuat setiap musim taufan lebih dahsyat daripada sebelumnya, 353 00:21:51,478 --> 00:21:55,398 FEMA berdepan kekurangan peruntukan dan kakitangan 354 00:21:55,482 --> 00:21:57,942 melemahkan lagi agensi yang sedia lemah. 355 00:22:05,116 --> 00:22:07,410 Menyakitkan hati, bukan? 356 00:22:08,203 --> 00:22:10,080 Kerana itulah 357 00:22:10,163 --> 00:22:13,124 saya tak tahu apa saya sendiri boleh buat dengannya. 358 00:22:13,750 --> 00:22:17,921 Memperbaiki masalah struktur besar seperti ini sangat sukar. 359 00:22:18,004 --> 00:22:20,965 Ia akan memerlukan carta organisasi, peruntukan dan 360 00:22:21,049 --> 00:22:24,302 pendengaran kongres tanpa henti apabila lelaki tua akan ambil 30 saat 361 00:22:24,386 --> 00:22:27,180 antara soalan untuk minum air dari botol kecil dan… 362 00:22:28,473 --> 00:22:31,184 Oh Tuhan, saya bosan hanya memandang awak. 363 00:22:32,227 --> 00:22:35,647 Tapi anda tahu, mungkin ada sinar harapan. 364 00:22:37,232 --> 00:22:38,483 Helo? Grafik? 365 00:22:38,566 --> 00:22:39,984 MAINAN KATA CUACA: LAPAN 366 00:22:40,068 --> 00:22:41,945 Terima kasih. Cuba fokus sikit. 367 00:22:42,028 --> 00:22:43,196 MAINAN KATA CUACA: SEMBILAN TAPI IA AGAK TERPAKSA 368 00:22:43,279 --> 00:22:45,073 Okey, awak cari pasal! 369 00:22:45,156 --> 00:22:46,574 KESIMPULANNYA, ADAM! 370 00:22:47,617 --> 00:22:51,788 Walau kita mendesak pembentukan semula struktur yang amat diperlukan ini, 371 00:22:51,871 --> 00:22:55,667 kita tak perlu duduk saja dan lihat air banjir semakin naik. 372 00:22:55,750 --> 00:22:59,087 Seperti setiap bahagian dalam kerajaan, saling melindungi dari cuaca 373 00:22:59,170 --> 00:23:03,508 ialah projek bersama dan setiap seorang muncul dan menyumbang. 374 00:23:03,591 --> 00:23:05,426 Memang betul! 375 00:23:06,094 --> 00:23:09,472 Saya rasa contoh sebenar inspirasi akan tiba. 376 00:23:09,556 --> 00:23:11,766 Ya, saya rasa awak mungkin betul. 377 00:23:18,273 --> 00:23:20,608 - Hai. Selamat berkenalan. - Michael Berlow, ya. 378 00:23:20,692 --> 00:23:21,776 Terima kasih kerana bertemu saya. 379 00:23:21,860 --> 00:23:22,861 Mari pergi, sekarang sedang hujan. 380 00:23:22,944 --> 00:23:24,612 Jadi, apa itu Skywarn? 381 00:23:24,696 --> 00:23:27,532 Skywarn ialah sekumpulan sukarelawan, 382 00:23:27,615 --> 00:23:29,617 pemerhati dengan Khidmat Cuaca Negara. 383 00:23:29,701 --> 00:23:34,164 Kami tak dibayar, kami hanya memerhati cuaca buruk dan lapor kepada mereka 384 00:23:34,247 --> 00:23:36,749 sama ada melalui telefon atau radio amatur. 385 00:23:36,833 --> 00:23:37,709 Tapi kenapa khidmat cuaca 386 00:23:37,792 --> 00:23:40,753 perlukan beratus-ribu sukarelawan di seluruh negara? 387 00:23:40,837 --> 00:23:43,923 Kenapa mereka perlu awak memandu dengan radio di dalam kereta? 388 00:23:44,007 --> 00:23:47,427 Ya, jadi ada satu elemen tiada iaitu pemerhati di darat. 389 00:23:47,510 --> 00:23:50,513 Mereka perlu maklumat dari darat. Mereka ada alat seperti radar dan 390 00:23:50,597 --> 00:23:52,140 stesen cuaca dan sebagainya, 391 00:23:52,223 --> 00:23:54,809 tapi bila awak di luar ini, di bahagian selatan Pennsylvania, 392 00:23:54,893 --> 00:23:58,563 radar banyak kali tak lihat apa kami lihat di darat. 393 00:23:58,646 --> 00:24:00,148 Kebanyakan cuaca buruk muncul 394 00:24:00,231 --> 00:24:02,192 pada dua ribu kaki di atmosfera. 395 00:24:02,275 --> 00:24:06,196 Wah. Jadi jika mereka bergantung kepada begitu ramai sukarelawan 396 00:24:06,279 --> 00:24:09,365 dan awak ini… Awak gila cuaca, nerda cuaca, 397 00:24:09,449 --> 00:24:10,825 apa gelaran awak suka? 398 00:24:10,909 --> 00:24:13,077 Gelaran rasmi ialah Weenie Cuaca. 399 00:24:14,537 --> 00:24:17,457 - Saya tak sebut pun. - Ia agak menghina kepada awak. 400 00:24:17,540 --> 00:24:19,209 Saya hanya panggil diri, pemerhati cuaca, 401 00:24:19,292 --> 00:24:20,668 penggemar, apa saja awak nak panggil. 402 00:24:20,752 --> 00:24:24,297 Jadi awak berdepan dengan hujan batu, puting beliung, 403 00:24:24,380 --> 00:24:26,007 kadangkala taufan, 404 00:24:26,090 --> 00:24:27,342 - banjir, ada banyak banjir? - Ada. 405 00:24:27,425 --> 00:24:29,302 Ada banjir kilat, banjir sungai, 406 00:24:29,385 --> 00:24:30,929 segala jenis banjir yang ada. 407 00:24:31,012 --> 00:24:34,390 Hanya sekaki air diperlukan untuk hanyutkan kereta. 408 00:24:34,474 --> 00:24:37,143 Itu bukan sesuatu yang Khidmat Cuaca Negara boleh lihat. 409 00:24:37,227 --> 00:24:38,686 Betul, komuniti Skywarn 410 00:24:38,770 --> 00:24:41,314 beri mereka maklumat peka masa pada masa mereka perlukan 411 00:24:41,397 --> 00:24:42,565 untuk keluarkan amaran banjir kilat. 412 00:24:42,649 --> 00:24:43,816 Faham. 413 00:24:43,900 --> 00:24:45,902 Jadi kita di satu kawasan Wilayah Lancaster, 414 00:24:45,985 --> 00:24:48,279 dilanda ribut kilat yang sangat teruk dua hari lalu. 415 00:24:48,363 --> 00:24:51,532 Saya memerhati ribut tak bahaya menjadi bahaya 416 00:24:51,616 --> 00:24:54,494 dan tak sampai dua minit lepas itu amaran dikeluarkan. 417 00:24:54,577 --> 00:24:57,330 Wah, sekejap. Jadi awak melaporkan, 418 00:24:57,413 --> 00:24:59,749 dua minit lepas itu mereka beri amaran di kawasan itu, 419 00:24:59,832 --> 00:25:01,668 sekarang ribut bahaya jadi hati-hati. 420 00:25:01,751 --> 00:25:03,670 - Betul. - Itu sangat hebat. 421 00:25:03,753 --> 00:25:05,588 Setiap saat berharga bila melibatkan cuaca buruk. 422 00:25:05,672 --> 00:25:07,090 Ketika ia nampak teruk pada radar, 423 00:25:07,173 --> 00:25:09,467 ia mungkin dah menyebabkan kemusnahan. Itu terjadi sebab 424 00:25:09,550 --> 00:25:13,304 pokok-pokok tumbang dan waktu itu mereka bertindak dan berkata, 425 00:25:13,388 --> 00:25:14,931 "Okey. Ini ribut bahaya, mari beri amaran." 426 00:25:15,014 --> 00:25:17,225 Khidmat Cuaca memang sediakan amaran 427 00:25:17,308 --> 00:25:20,561 dan laporan kami berikan membantu mereka keluarkan amaran. 428 00:25:20,645 --> 00:25:22,188 Boleh kami lihat cara awak beri laporan? 429 00:25:22,272 --> 00:25:24,732 Ya, jadi kita akan cakap ke stesen kawalan dan beritahu 430 00:25:24,816 --> 00:25:26,067 mereka apa kita lihat di sini. 431 00:25:26,150 --> 00:25:27,235 Hebat. 432 00:25:27,318 --> 00:25:30,196 W3DLB, ini W3MSB hubungi. 433 00:25:30,947 --> 00:25:34,534 W3MSB, W3DLB teruskan Mike. 434 00:25:34,617 --> 00:25:38,579 Hei, selamat petang, Dave. Kami berada di Long's Park di Wilayah Lancaster 435 00:25:38,663 --> 00:25:42,667 dan kami lihat lebih 50 pokok-pokok matang 436 00:25:42,750 --> 00:25:44,544 sama ada tercabut akar atau patah. 437 00:25:44,627 --> 00:25:47,547 Beritahu dia hujan turun! 438 00:25:47,630 --> 00:25:50,508 - Ya. Sekarang hujan turun. - Ya. 439 00:25:50,591 --> 00:25:53,803 Saya akan maklumkan Khidmat Cuaca Negara melalui ruang sembang. 440 00:25:53,886 --> 00:25:57,849 W3MSB ini stesen kawalan W3DLB. 441 00:25:57,932 --> 00:25:59,851 Terima kasih atas laporan, selamat sejahtera. W3MSB. 442 00:25:59,934 --> 00:26:00,893 Saya menyumbang! 443 00:26:00,977 --> 00:26:04,397 Ya, betul. Laporan begini dilakukan setiap hari ketika cuaca buruk. 444 00:26:04,480 --> 00:26:08,443 Bagaimana rasanya dapat melindungi komuniti awak secara langsung? 445 00:26:08,526 --> 00:26:11,321 Awak bukanlah bomba atau sesuatu, awak hanya lelaki memandu Subaru. 446 00:26:11,404 --> 00:26:13,364 Betul. Seorang lelaki memandu Subaru. Rasa bagus. 447 00:26:13,448 --> 00:26:15,992 Saya suka buat begini dan membantu… 448 00:26:16,075 --> 00:26:17,452 Saya suka membantu komuniti… 449 00:26:18,077 --> 00:26:22,081 Saya suka cuaca dan bila dapat melihat cuaca bukan saja untuk diri sendiri 450 00:26:22,165 --> 00:26:25,460 tapi guna apa dilihat untuk bantu Khidmat Cuaca melindungi nyawa dan harta benda 451 00:26:25,543 --> 00:26:27,128 - ia perasaan yang hebat. - Wah. 452 00:26:27,837 --> 00:26:29,881 Boleh awak hantar saya balik ke LA? 453 00:26:29,964 --> 00:26:31,299 Tentu sekali, mari pergi. 454 00:26:38,556 --> 00:26:40,183 Terima kasih sebab hantar saya, Michael. 455 00:26:42,769 --> 00:26:45,146 Anda tahu apa saya suka tentang cuaca? 456 00:26:45,730 --> 00:26:47,315 Ia menyatukan kita. 457 00:26:47,398 --> 00:26:51,319 Ketika ribut melanda, semua di bandar berfikir perkara sama. 458 00:26:51,402 --> 00:26:54,864 Pertama sekali, saya perlu beli susu dan tisu tandas segera. 459 00:26:54,947 --> 00:26:57,575 Tapi kemudian, saya perlu periksa jiran saya. 460 00:26:58,326 --> 00:27:01,621 Apabila kita bekerjasama seperti itu, bila kita bertindak bersama-sama 461 00:27:01,704 --> 00:27:03,206 untuk kebaikan bersama, 462 00:27:03,289 --> 00:27:05,750 tiada had terhadap apa kita boleh buat. 463 00:27:06,459 --> 00:27:09,629 Ia beri kita satu cara untuk melakukannya, fikirkan bersama 464 00:27:09,712 --> 00:27:13,466 dan saling melindungi ketika berdepan kemusnahan terhebat dalam hidup, 465 00:27:13,549 --> 00:27:16,386 pada hari-hari terbaiknya, itulah kerajaan kita. 466 00:27:16,469 --> 00:27:20,431 Walaupun jika ia tak selalu memenuhi jangkaan. 467 00:27:20,515 --> 00:27:24,018 Bank dapat jamin keluar! Kita disingkirkan! 468 00:27:24,102 --> 00:27:27,271 Bank dapat jamin keluar! Kita disingkirkan! 469 00:27:39,867 --> 00:27:42,328 BERDASARKAN BUKU "THE FIFTH RISK" OLEH MICHAEL LEWIS 470 00:29:11,375 --> 00:29:13,377 Terjemahan sari kata oleh Shakhiah Zainuddin