1 00:00:06,006 --> 00:00:07,916 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:22,188 --> 00:00:23,018 Ya? 3 00:00:23,106 --> 00:00:25,276 Adakah orang di jalanan mengganggu… 4 00:00:25,358 --> 00:00:26,188 Ya. 5 00:00:30,196 --> 00:00:33,196 Jika orang berhenti di tengah-tengah kesesakan jalan 6 00:00:33,283 --> 00:00:35,373 dan melihat peta mereka atau… 7 00:00:38,788 --> 00:00:41,668 Malangnya, saya takkan cukup masa untuk menjawab. 8 00:00:42,125 --> 00:00:44,625 Orang di jalanan ganggu saya? Memang betul. 9 00:00:44,711 --> 00:00:45,801 Inilah sebabnya. 10 00:00:45,879 --> 00:00:49,549 Saya rasa saya patut tulis manifesto. Saya pernah jadi penulis. 11 00:00:51,301 --> 00:00:53,511 Judulnya ialah, 12 00:00:53,595 --> 00:00:56,675 dan ini ialah nasihat kepada orang yang disebut tadi, 13 00:00:56,765 --> 00:00:58,135 Pretend It's a City. 14 00:00:59,059 --> 00:01:01,059 Okey? Pretend It's a City. 15 00:01:01,144 --> 00:01:05,364 Saya tak boleh berhenti sekejap atau berdiri di mana-mana sambil merokok 16 00:01:05,440 --> 00:01:08,150 tanpa sepuluh orang terus datang bertanya arah. 17 00:01:08,234 --> 00:01:10,654 Saya terkejut dan selalu fikir, "Betul? 18 00:01:10,737 --> 00:01:12,487 Saya nampak mesra bagi awak?" 19 00:01:30,381 --> 00:01:32,931 Ada banyak benda di atas jalan New York. 20 00:01:33,802 --> 00:01:38,142 Ada banyak lintasan pejalan kaki. Cuma saya saja yang mematuhinya. 21 00:01:38,223 --> 00:01:40,603 Saya selalu jerit pada kereta, "Awak di lintasan!" 22 00:01:41,518 --> 00:01:43,518 Awak tahu, macamlah mereka peduli. 23 00:01:46,356 --> 00:01:50,106 Ada grafiti di atas jalan. Ada iklan di atas jalan. 24 00:01:52,070 --> 00:01:55,240 Tapi ada banyak tempat di New York 25 00:01:55,323 --> 00:01:57,953 yang diletakkan plak di atas jalan. 26 00:01:58,034 --> 00:02:00,954 Ia sesuatu yang saya amat sukai 27 00:02:01,037 --> 00:02:05,377 kerana ia bererti mereka berharap seseorang akan melihatnya. 28 00:02:05,875 --> 00:02:08,915 Saya rasa mereka tak fikir, "Cuma Fran yang tengok. 29 00:02:09,629 --> 00:02:11,669 Orang lain melihat telefon. 30 00:02:11,756 --> 00:02:15,546 Fran saja, tapi ia berbaloi. Mari letak plak ini untuknya." 31 00:02:15,635 --> 00:02:20,055 HARTA ESTET HESS YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN UNTUK KEGUNAAN AWAM 32 00:02:23,476 --> 00:02:26,596 Dekat perpustakaan, ada plak berbeza untuk penulis. 33 00:02:26,688 --> 00:02:29,318 JALAN PERPUSTAKAAN MERAIKAN SASTERA TERHEBAT DUNIA 34 00:02:29,399 --> 00:02:31,939 Kemudian ada petikan daripada penulis. 35 00:02:32,735 --> 00:02:37,445 Saya rasa agak optimistik untuk fikir bahawa orang akan baca petikannya. 36 00:02:43,371 --> 00:02:46,711 UCAPAN AWAM OLEH FRAN LEBOWITZ! 37 00:02:46,791 --> 00:02:48,541 Ya? Di belakang. 38 00:02:48,626 --> 00:02:51,626 Hai, Fran. Saya tak pernah dengar tentang awak. 39 00:02:51,713 --> 00:02:53,803 Itu cara yang baik untuk mula. 40 00:02:59,721 --> 00:03:01,931 - Ya? - Boleh gambarkan gaya hidup awak? 41 00:03:02,640 --> 00:03:04,230 Gambarkan gaya hidup saya? 42 00:03:04,309 --> 00:03:06,689 Saya jamin, saya tak sebut "gaya hidup". 43 00:03:10,023 --> 00:03:10,863 Tahniah. 44 00:03:10,940 --> 00:03:12,940 Begitulah gambaran saya. 45 00:03:20,658 --> 00:03:22,408 Kenapa awak di New York? 46 00:03:22,493 --> 00:03:24,833 Orang tanya, "Kenapa masih di sini?" 47 00:03:24,913 --> 00:03:27,083 Mana lagi awak mahu cadangkan? 48 00:03:27,874 --> 00:03:30,134 Okey, begini ceritanya. 49 00:03:30,210 --> 00:03:33,670 Jika saya boleh fikirkan tempat lain, saya akan ke sana. 50 00:03:37,133 --> 00:03:39,643 - Okey. Bagaimana? Inilah dia. - Boleh. 51 00:03:39,719 --> 00:03:41,259 Baiklah. Mari kita mula. 52 00:03:44,682 --> 00:03:46,272 - Itu dia. - Alamak. Maaf. 53 00:03:46,351 --> 00:03:50,271 Awak ingat saya kata, jangan benarkan rakaman dalam kereta atau apartmen awak. 54 00:03:50,355 --> 00:03:54,475 Awak beritahu saya selepas saya merungut mereka rosakkan kereta saya. 55 00:04:31,771 --> 00:04:34,111 Adakah rungutan mengubah apa-apa? 56 00:04:34,190 --> 00:04:36,150 - Maksud awak, ia membantu? - Ya. 57 00:04:37,277 --> 00:04:41,657 Jika saya merungut tentang sesuatu, adakah perkara itu akan berubah? 58 00:04:41,739 --> 00:04:42,569 Ya. 59 00:04:42,657 --> 00:04:45,737 Setakat ini tidak. Tapi saya masih muda. 60 00:04:46,327 --> 00:04:48,657 Saya jumpa pakar psikiatri di parti 61 00:04:48,746 --> 00:04:51,366 dan saya kata kepadanya, 62 00:04:52,792 --> 00:04:55,462 "Tiada kerja lain lebih bosan daripada kerja awak." 63 00:04:55,545 --> 00:04:58,205 Dia kata, "Awak tak tahu 64 00:04:58,923 --> 00:05:02,393 perasaannya untuk ke sekolah selama 14 tahun 65 00:05:02,468 --> 00:05:05,468 dan dengar rungutan seharian tentang bunyi bising. 66 00:05:07,181 --> 00:05:10,481 Itulah rasanya menjadi pakar psikiatri di New York. 67 00:05:10,560 --> 00:05:14,610 Di tempat lain, orang merungut tentang ibu dan suami mereka. 68 00:05:14,689 --> 00:05:18,149 Di New York, bunyi bising. Mereka masuk. Bayar $500. 69 00:05:18,234 --> 00:05:20,244 Mereka merungut tentang bising. 70 00:05:20,320 --> 00:05:22,910 New York tak pernah membosankan. 71 00:05:22,989 --> 00:05:26,279 Dalam erti kata lain, jika saya sedang menunggu sesuatu, 72 00:05:26,367 --> 00:05:28,407 contohnya kereta api bawah tanah, 73 00:05:28,494 --> 00:05:33,124 atau jika saya duduk dalam kereta api dan menunggu ia bergerak, 74 00:05:34,584 --> 00:05:36,044 orang melihat telefon. 75 00:05:36,127 --> 00:05:39,297 Beberapa orang membaca, tapi bukan saya. 76 00:05:39,380 --> 00:05:43,300 Saya duduk di sana dan hanya memerhatikan orang lain. 77 00:05:43,885 --> 00:05:48,965 Kebanyakan masanya, ia menarik. Amat menarik. 78 00:05:49,057 --> 00:05:50,847 Awak nampak ini di New York. 79 00:05:50,933 --> 00:05:55,613 Orang bukan saja berjalan dan hantar mesej atau berdiri di tengah jalan saya. 80 00:05:56,814 --> 00:06:01,034 Tapi awak nampak orang buat sesuatu yang tak pernah saya fikirkan. 81 00:06:01,110 --> 00:06:03,990 Saya tiada telefon dan tak pernah hantar mesej, 82 00:06:04,072 --> 00:06:07,282 tapi saya yakin jika saya ada telefon dan hantar mesej, 83 00:06:07,367 --> 00:06:09,867 saya takkan buat begini semasa berjalan. 84 00:06:09,952 --> 00:06:11,292 Beberapa bulan lalu… 85 00:06:11,371 --> 00:06:15,711 Saya tak selalu melihatnya, tapi ia menonjol di fikiran saya. 86 00:06:16,709 --> 00:06:19,549 Saya nampak budak berbasikal di Lebuh Ketujuh. 87 00:06:20,546 --> 00:06:22,546 Hantar mesej dengan satu tangan, 88 00:06:22,632 --> 00:06:24,762 makan pizza dengan tangan satu lagi, 89 00:06:24,842 --> 00:06:27,472 dan mengawal basikal dengan sikunya. 90 00:06:27,553 --> 00:06:28,973 Dia gunakan sikunya. 91 00:06:29,055 --> 00:06:31,055 Pastinya, dia hampir langgar saya. 92 00:06:31,140 --> 00:06:33,600 Dia tak sedar, itu sebabnya saya perasan. 93 00:06:33,684 --> 00:06:37,864 Saya terfikir, "Saya seorang yang setiap hari percaya, 94 00:06:37,939 --> 00:06:40,979 kemungkinan besar saya akan mati ketika melintas." 95 00:06:41,067 --> 00:06:44,317 Orang ini percaya tiada apa-apa akan jadi kepadanya." 96 00:06:44,404 --> 00:06:47,534 Jika ketepikan mesej dan piza itu, saya tetap tak… 97 00:06:47,615 --> 00:06:50,275 Siku yang mengawal basikal itu juga. 98 00:06:50,368 --> 00:06:54,038 Jika saya berbasikal tanpa pegang apa-apa dan tangan di hendal, 99 00:06:54,122 --> 00:06:57,172 saya takkan berbasikal di Lebuh Ketujuh. Saya tahu berbasikal. 100 00:06:57,250 --> 00:06:58,750 Saya takkan buat begitu. 101 00:06:58,835 --> 00:07:03,875 Ia mengejutkan saya kerana setiap hari, berpuluh ribu orang 102 00:07:03,965 --> 00:07:07,505 tak terbunuh di jalanan New York. Saya tak tahu sebabnya. 103 00:07:07,593 --> 00:07:10,763 Ia menakjubkan kerana ada berjuta-juta orang. 104 00:07:11,597 --> 00:07:14,017 Saya saja yang melihat arah tuju saya. 105 00:07:14,517 --> 00:07:18,687 Saya saja di seluruh bandar yang memerhatikan arah saya. 106 00:07:18,771 --> 00:07:20,901 Salah satu perkara terburuk… 107 00:07:20,982 --> 00:07:22,782 Ada banyak perkara yang buruk, 108 00:07:22,859 --> 00:07:27,109 tapi salah satu perkara terburuk ialah orang New York lupa cara berjalan. 109 00:07:27,655 --> 00:07:30,275 Perkara paling hebat di New York dahulu ialah 110 00:07:30,366 --> 00:07:32,986 ya, ada ramai orang teruk di jalanan, 111 00:07:33,077 --> 00:07:35,907 tapi setiap orang di jalanan tahu, 112 00:07:36,497 --> 00:07:39,327 jika awak berjalan menuju ke arah orang lain, 113 00:07:39,417 --> 00:07:41,837 awak ke tepi sikit, mereka ke tepi sikit. 114 00:07:41,919 --> 00:07:45,629 Itu sebabnya semua orang masih hidup di penghujung hari. 115 00:07:50,470 --> 00:07:53,060 Sekarang, orang tak buat begitu. 116 00:07:53,931 --> 00:07:55,521 Sekarang, saya buat… 117 00:07:55,600 --> 00:07:58,900 Mereka tak buat kerana sama ada mereka guna telefon 118 00:07:58,978 --> 00:08:01,768 atau mereka mementingkan diri sendiri. 119 00:08:02,273 --> 00:08:06,573 Kadangkala, saya langgar orang kerana mereka tak beri perhatian. 120 00:08:06,652 --> 00:08:09,492 Saya fikir, "Biar saja dia langgar saya." 121 00:08:09,572 --> 00:08:11,122 Mereka mendongak marah, 122 00:08:11,199 --> 00:08:14,739 saya kata, "Orang lain di lobi hotel. Bukankah menakjubkan?" 123 00:08:15,203 --> 00:08:16,753 Macam itulah… 124 00:08:16,829 --> 00:08:22,129 Itu sebabnya saya kata, anggap ia bandar yang ada orang lain. 125 00:08:22,210 --> 00:08:26,380 Anggap ia bandar yang ada orang selain daripada pelancong. 126 00:08:26,881 --> 00:08:30,551 Orang yang perlu ke sesuatu tempat. 127 00:08:30,635 --> 00:08:34,345 Ke janji temu, agar mereka boleh taja semua tempat pelancongan. 128 00:08:42,355 --> 00:08:45,355 Times Square ialah kawasan paling teruk di dunia. 129 00:08:45,441 --> 00:08:47,531 Awak jarang pergi ke Times Square. 130 00:08:47,610 --> 00:08:51,320 Awak ke Times Square selalunya untuk menonton teater. 131 00:08:51,405 --> 00:08:55,365 Awak fikir, "Saya perlu menonton teater di Times Square, 132 00:08:55,451 --> 00:08:59,121 jadi saya akan cuba sampai di teater 133 00:08:59,205 --> 00:09:02,165 tanpa bertengkar dengan 75 orang." 134 00:09:02,250 --> 00:09:04,420 Kadangkala saya akan fikir, 135 00:09:04,502 --> 00:09:08,972 apa caranya untuk ke Times Square tanpa perlu jalan lama di sana 136 00:09:09,048 --> 00:09:12,298 walaupun terpaksa berjalan mengelilinginya. 137 00:09:12,385 --> 00:09:16,465 "Bagaimana jika saya guna Jalan Ke-125 dan jalan ke bawah? 138 00:09:16,556 --> 00:09:20,346 Saya boleh mengelaknya. Itu jauh, tapi ia berbaloi." 139 00:09:28,150 --> 00:09:31,780 Pembukaan Phantom of the Opera merupakan majlis amal AIDS. 140 00:09:32,446 --> 00:09:37,576 Saya jadi ahli jawatankuasanya, tapi saya tak ingat tugasnya. 141 00:09:38,077 --> 00:09:43,747 Saya dapat tiket pembukaan itu, jadi saya jemput ibu saya untuk pergi. 142 00:09:44,250 --> 00:09:47,170 Kami dapat tempat duduk yang hebat. 143 00:09:47,253 --> 00:09:50,013 Orang fikir ia hebat. Di tengah barisan depan. 144 00:09:50,089 --> 00:09:52,759 Saya suka tempat duduk hujung di belakang 145 00:09:52,842 --> 00:09:54,552 supaya mudah keluar. 146 00:09:54,635 --> 00:09:58,505 Jadi apabila saya masuk teater, saya cari jalan nak keluar. 147 00:09:58,598 --> 00:10:02,438 Tentu saya satu-satunya orang di New York 148 00:10:02,518 --> 00:10:06,358 yang tak baca tentang hal ini kerana ia sangat penting. 149 00:10:06,439 --> 00:10:08,689 Ketika candelier jatuh dari siling 150 00:10:08,774 --> 00:10:12,324 saya sangka ia jatuh ke atas kami dan saya menjerit. 151 00:10:12,403 --> 00:10:16,743 Jika Internet wujud ketika itu, pasti awak boleh melihatnya. 152 00:10:16,824 --> 00:10:20,124 - Fran, awak tak tengok filemnya? - Tak. Saya fikir… 153 00:10:20,202 --> 00:10:21,752 Ia betul-betul di atas. 154 00:10:21,829 --> 00:10:24,499 Tentu sekali, ibu saya tahu. 155 00:10:24,582 --> 00:10:28,292 Ibu saya kata, "Budak ini selalu buat masalah. Sampai sekarang." 156 00:10:28,377 --> 00:10:31,297 Saya buat bising, kerana ia jatuh begini. 157 00:10:31,380 --> 00:10:33,010 Saya sangka ia jatuh. 158 00:10:35,134 --> 00:10:37,974 Itu yang saya ingat tentang Phantom of the Opera, 159 00:10:38,054 --> 00:10:40,974 selain memikirkan betapa teruknya ia. 160 00:10:41,057 --> 00:10:43,557 Awak tahu, "Teruk betul teater ini." 161 00:10:43,643 --> 00:10:48,363 Inilah benda yang saya benci. Ia seperti Evita. 162 00:10:48,439 --> 00:10:51,899 Robert Stigwood mengadakan acara. 163 00:10:52,443 --> 00:10:54,993 Dia penerbit Evita. 164 00:10:55,071 --> 00:11:00,491 Dia jemput beberapa orang, lebih kurang 25 orang 165 00:11:00,576 --> 00:11:05,826 ke Hotel Plaza yang ada teater kecil dulu, bukan macam sekarang. 166 00:11:05,915 --> 00:11:07,375 Saya pergi menontonnya, 167 00:11:07,958 --> 00:11:11,498 dan kemudian, Sigwood tanya pendapat saya dan saya cakap, 168 00:11:11,587 --> 00:11:12,797 "Awak gila? 169 00:11:13,506 --> 00:11:15,716 Muzikal tentang Eva Perón? 170 00:11:16,217 --> 00:11:18,677 Orang di New York akan ketawakan awak!" 171 00:11:18,761 --> 00:11:19,681 Jangan buat!" 172 00:11:20,388 --> 00:11:21,558 Saya kata begitu. 173 00:11:21,639 --> 00:11:24,889 Inilah sebabnya saya tak boleh buat duit dalam teater. 174 00:11:24,975 --> 00:11:28,645 Jika kita fikir tentang muzikal Eva Perón, 175 00:11:28,729 --> 00:11:31,649 saya sangat betul. 176 00:11:31,732 --> 00:11:36,112 Saya menontonnya pada satu malam dengan dua lelaki dari Argentina 177 00:11:36,195 --> 00:11:40,655 dan mereka ketawa begitu kuat hingga kami hampir diusir keluar. 178 00:11:41,659 --> 00:11:44,999 Saya rasa Evita tak dimainkan lagi. Tapi ia lama bermain. 179 00:11:45,079 --> 00:11:48,999 Saya pasti setiap kali saya nampak Stigwood selepas itu, saya kata, 180 00:11:50,251 --> 00:11:52,041 "Saya tetap rasa saya betul." 181 00:11:52,128 --> 00:11:54,458 Untungnya satu juta dolar seminit. 182 00:11:55,464 --> 00:11:57,884 Awak selalu pandang rendah kepada orang? 183 00:11:57,967 --> 00:12:01,047 Pandang rendah? Maksud awak, adakah saya angkuh? 184 00:12:01,137 --> 00:12:04,097 Ada beberapa keangkuhan yang saya rasa buruk. 185 00:12:04,181 --> 00:12:07,311 Tentu sekali, saya tiada keangkuhan itu. Okey? 186 00:12:07,393 --> 00:12:10,523 Keangkuhan yang saya miliki tiada kaitan dengan, 187 00:12:10,604 --> 00:12:14,364 "Siapa ayah awak? Awak ke sekolah mana? Membesar di mana?" 188 00:12:14,442 --> 00:12:18,032 Ia berkaitan dengan, "Awak setuju dengan saya?" 189 00:12:18,821 --> 00:12:21,951 Itulah kaitannya. Atau, "Awak fikir begitu? Tak." 190 00:12:22,032 --> 00:12:25,542 Walaupun saya tahu orang selalu rasa… 191 00:12:25,619 --> 00:12:29,039 Bukan menyampah, itu terlalu ringan. Marah terhadap saya. 192 00:12:29,123 --> 00:12:31,713 Ia mengejutkan saya kerana saya tak kisah. 193 00:12:32,209 --> 00:12:35,169 Siapa saya? Saya buat keputusan untuk awak? 194 00:12:35,254 --> 00:12:37,054 Saya tak berkuasa di sini. 195 00:12:37,131 --> 00:12:40,091 Saya faham orang marah apabila saya kata, 196 00:12:40,176 --> 00:12:44,676 "Buat begini," atau "Ini patut berlaku," jika orang fikir saya boleh ubah ia. 197 00:12:44,764 --> 00:12:47,484 Jika saya boleh mengubahnya, saya takkan marah. 198 00:12:47,975 --> 00:12:53,395 Saya marah kerana saya tiada kuasa, tapi saya ada banyak pendapat. 199 00:12:57,193 --> 00:13:00,243 Kereta api bawah tanah teruk, dan ia berbahaya. 200 00:13:01,030 --> 00:13:02,990 Awak ditolak. Awak diasak. 201 00:13:03,073 --> 00:13:07,373 Kadangkala, awak dirompak dalam kereta api bawah pada siang hari. 202 00:13:11,332 --> 00:13:16,052 Saya masih ingat ketika pengangkutan awam menjadi kebanggaan New York. 203 00:13:16,128 --> 00:13:17,458 Apa yang berlaku? 204 00:13:18,422 --> 00:13:22,262 Adakah New York lebih baik atau teruk berbanding waktu awak tiba? 205 00:13:23,052 --> 00:13:26,682 Pada tahun 70-an, awak selalu dengar betapa teruknya New York. 206 00:13:26,764 --> 00:13:31,144 New York akan muflis. Saya tak tahu ia sedang berlaku. 207 00:13:31,227 --> 00:13:34,857 Awak seronok. Nampak tikus, bangku berkecai di taman, grafiti. 208 00:13:34,939 --> 00:13:37,149 - Itulah New York! - "Seronoknya." 209 00:13:37,233 --> 00:13:38,153 Sebabnya ialah… 210 00:13:38,234 --> 00:13:41,824 "Saya mabuk. Saya nak naik bas itu. Tak kisah ada grafiti." 211 00:13:41,904 --> 00:13:44,954 Itu rupanya ketika awak tiba, jadi itulah New York. 212 00:13:45,032 --> 00:13:49,252 Orang tiba sekarang dan fikir, "New York, kerusi lipat di Times Square." 213 00:13:49,328 --> 00:13:50,748 Apabila ia dikeluarkan, 214 00:13:50,830 --> 00:13:55,290 orang akan fikir, "Mana kerusi lipat? Itulah New York sebenar." 215 00:14:00,005 --> 00:14:04,835 Awak rasa mereka masih akan ada Kafe Times Square di tengah jalan? 216 00:14:04,927 --> 00:14:08,007 - Saya tak pasti jika awak tahu, Marty. - Tak. 217 00:14:08,097 --> 00:14:10,057 Saya tak keluar dari Jalan Ke-57. 218 00:14:10,140 --> 00:14:15,060 Baiklah, 24 jam setiap hari hinggalah sekarang, 219 00:14:15,145 --> 00:14:19,435 mereka menurap semula simen yang ada di sana. 220 00:14:19,525 --> 00:14:22,815 Ya, pulau pembahagi di tengah-tengah Times Square. 221 00:14:22,903 --> 00:14:25,743 Akhirnya, sebelum dia dibuang pejabat, 222 00:14:25,823 --> 00:14:31,703 saya nampak Bloomberg kata, "Kini, ia kekal!" 223 00:14:32,621 --> 00:14:35,251 Saya fikir, "Kekal? Bodohnya awak." 224 00:14:35,332 --> 00:14:40,212 Apa yang kekal di New York? Betulkah? Kekal! Ia takkan kekal. 225 00:14:40,296 --> 00:14:43,966 Namun, itulah hari saya dapat tahu. Berapa harganya? $40 juta. 226 00:14:44,592 --> 00:14:47,722 $40 juta. Bukan Bloomberg yang bayar pun. 227 00:14:47,803 --> 00:14:51,353 Okey? $40 juta, wang pembayar cukai. 228 00:14:51,432 --> 00:14:56,772 $40 juta untuk itu. Okey? Sebabnya ramai orang New York kata, 229 00:14:56,854 --> 00:14:59,864 "Tak cukup tempat untuk baring di Times Square." 230 00:14:59,940 --> 00:15:02,360 Ya, mereka bencikannya. 231 00:15:02,443 --> 00:15:04,653 - "Tak tahan!" - Ya. 232 00:15:04,737 --> 00:15:07,237 "Kami akan pergi. Kami dah tak tahan lagi." 233 00:15:10,326 --> 00:15:14,786 Jadi jalan-jalan dipenuhi dengan 234 00:15:14,872 --> 00:15:18,082 pasu pokok yang buruk. Saya tak pasti namanya. 235 00:15:18,167 --> 00:15:21,547 Pokok palsu atau mungkin pokok betul. Saya pun tak tahu. 236 00:15:21,629 --> 00:15:25,629 Pokok betul, pokok palsu, entahlah. Kenapa ada pokok di Times Square? 237 00:15:27,134 --> 00:15:30,474 Bukan Times Square saja. The Bowery. Di seluruh bandar. 238 00:15:30,554 --> 00:15:34,934 Ia di merata-rata tempat. Pokok, kerusi lipat, hiasan. 239 00:15:35,017 --> 00:15:37,347 Nampak macam apartmen nenek saya. 240 00:15:41,065 --> 00:15:44,435 Awak pun tercari-cari gambar cucunya dan… 241 00:15:45,986 --> 00:15:47,946 piring kecil berisi gula-gula. 242 00:15:49,615 --> 00:15:52,115 Apabila orang New York tahu tentang potongan belanjawan, 243 00:15:52,201 --> 00:15:55,161 mereka mahu tahu jika Bandar New York akan hancur. 244 00:15:55,245 --> 00:15:58,825 - Bolehkah kita kata… - New York takkan hancur. 245 00:15:58,916 --> 00:16:02,286 Bolehkah kita kata kerajaan New York akan kurang efisien, 246 00:16:02,378 --> 00:16:07,678 jalan lebih kotor, rakyat kurang selamat daripada kebakaran dan jenayah? 247 00:16:07,758 --> 00:16:12,428 Saya kata Bandar New York takkan musnah. Bandar New York akan kekal. 248 00:16:13,097 --> 00:16:15,467 Ia masih bandar paling hebat di dunia 249 00:16:15,557 --> 00:16:18,137 dan selepas ini pun, ia tetap memberikan 250 00:16:18,227 --> 00:16:23,437 lebih banyak perkhidmatan kepada rakyatnya berbanding bandar lain di seluruh dunia. 251 00:16:24,108 --> 00:16:26,938 Saya nak jadi Datuk Bandar New York, 252 00:16:27,027 --> 00:16:29,657 tapi keburukan menjadi datuk bandar New York 253 00:16:29,738 --> 00:16:31,488 ialah ia tugas yang sukar. 254 00:16:31,573 --> 00:16:34,623 Ia tugas kedua paling sukar di negara ini. 255 00:16:34,702 --> 00:16:36,292 Ia bermula pada awal pagi. 256 00:16:36,370 --> 00:16:39,750 Ia patut dibahagi dua, saya akan jadi datuk bandar malam. 257 00:16:41,291 --> 00:16:42,581 Saya menawarkan diri. 258 00:16:42,668 --> 00:16:45,498 Orang lain jadi datuk bandar siang. Saya waktu malam. 259 00:16:46,255 --> 00:16:50,045 Saya mula pada pukul empat petang, saya kerja sepanjang malam. 260 00:16:50,134 --> 00:16:53,934 Di New York, banyak perkara berlaku pada lewat malam. 261 00:16:54,555 --> 00:16:57,265 Apa awak akan ubah tentang New York waktu malam 262 00:16:57,349 --> 00:16:59,599 semasa datuk bandar siang tidur? 263 00:16:59,685 --> 00:17:01,765 Perkara pertama saya akan ubah 264 00:17:01,854 --> 00:17:04,064 ialah sistem kereta api bawah tanah. 265 00:17:04,565 --> 00:17:07,775 Ini perkara pertama saya akan ubah tentang New York. 266 00:17:07,860 --> 00:17:11,700 Beberapa minggu lalu, saya pasang stesen radio saya, Berita WNS. 267 00:17:11,780 --> 00:17:15,660 Ada berita tentang kereta api L iaitu kereta api dari Brooklyn. 268 00:17:15,743 --> 00:17:20,543 "Kereta api L ditutup hari ini kerana ada bau busuk dalam kereta api L." 269 00:17:20,622 --> 00:17:21,622 Sepanjang hari. 270 00:17:21,707 --> 00:17:24,287 Setiap sepuluh minit, mereka asyik kata, 271 00:17:24,376 --> 00:17:26,996 "Ada bau busuk di kereta api L. Ia ditutup." 272 00:17:27,087 --> 00:17:31,377 Saya terfikir, "Kereta api bawah tanah ditutup kerana bau busuk?" 273 00:17:32,551 --> 00:17:34,971 Apakah maksudnya? Okey? 274 00:17:35,054 --> 00:17:39,144 Macam mana ia lebih teruk daripada baunya yang biasa? 275 00:17:39,224 --> 00:17:41,774 Apakah maksudnya? Mereka tak tahu puncanya. 276 00:17:41,852 --> 00:17:46,152 Saya terfikir, "Siapa perasan?" Dalam erti kata lain, kereta api busuk. 277 00:17:46,648 --> 00:17:51,068 Ada orang kata, "Awak tahu, bau kereta api lebih teruk daripada biasa"? 278 00:17:51,153 --> 00:17:55,953 Mereka berlagak seperti sebelum ini, baunya macam wisteria di perkampungan Alp. 279 00:17:56,033 --> 00:18:00,373 Sepanjang hari, "Kami tak jumpa punca bau ini." 280 00:18:00,454 --> 00:18:03,464 Hari semakin berlalu, sudah lima jam ia ditutup. 281 00:18:03,540 --> 00:18:08,340 Mereka turun untuk uji dan cakap, "Baunya tak seteruk sebelum ini." 282 00:18:08,420 --> 00:18:10,920 Sudah tentulah. Dah lima jam ia kosong. 283 00:18:11,006 --> 00:18:15,136 Biar saya beritahu punca bau busuk dalam kereta api L. Penumpangnya! 284 00:18:15,219 --> 00:18:20,389 Okey? Akhirnya, mereka turun dan kata ada minyak motor bocor. 285 00:18:20,474 --> 00:18:25,024 Ada komen di berita juga tentang ujian yang mereka jalankan 286 00:18:25,104 --> 00:18:27,114 bahawa ia tak berbahaya. 287 00:18:27,189 --> 00:18:29,529 Tak. Mereka bau minyak motor bagus. 288 00:18:29,608 --> 00:18:32,858 Ia seperti selepas 11 September, satu jam kemudian, 289 00:18:32,945 --> 00:18:36,695 apabila Christine Whitman iaitu ketua EPA waktu itu 290 00:18:36,782 --> 00:18:40,542 pergi ke sana dan dia kata, "Ini okey. Udara ini okey." 291 00:18:40,619 --> 00:18:43,409 Saya ingat saya cakap, "Bagaimana udaranya okey? 292 00:18:43,497 --> 00:18:44,957 Itu satu penipuan." 293 00:18:45,040 --> 00:18:46,210 Itu bukan… 294 00:18:46,291 --> 00:18:50,001 George Bush ialah presiden, jadi kita dah biasa dengan penipuan, 295 00:18:50,087 --> 00:18:52,087 tapi saya kata, "Itu mustahil." 296 00:18:52,172 --> 00:18:57,802 Awak boleh bau debu yang orang sebut itu sejauh 80 blok. 297 00:18:57,886 --> 00:19:00,716 Awak tahu? Tapi dia kata udaranya okey. 298 00:19:00,806 --> 00:19:05,016 Sekarang, beribu-ribu orang menghidap barah 299 00:19:05,102 --> 00:19:08,062 kerana pertama sekali, ia bukannya debu, 300 00:19:08,772 --> 00:19:11,402 dan ia tak okey. 301 00:19:13,777 --> 00:19:18,447 - Seronok melihat bandar tenang… - Ia tenang kerana tiada orang. 302 00:19:20,284 --> 00:19:23,374 Bandar New York senyap begini? Ada sesuatu berlaku. 303 00:19:24,246 --> 00:19:27,536 Saya ingat betapa sunyinya bandar ini pada 11 September. 304 00:19:27,624 --> 00:19:30,924 Maksud saya, jika awak tak tinggal di sana. 305 00:19:31,545 --> 00:19:34,005 Selain itu, Bandar New York hanya senyap… 306 00:19:34,089 --> 00:19:36,759 Saya tinggal di Midtown. Ia tak pernah senyap. 307 00:19:36,842 --> 00:19:39,722 Ia ketika mereka umumkan keputusan OJ Simpson. 308 00:19:39,803 --> 00:19:42,563 Seluruh bandar sedang menonton televisyen, 309 00:19:42,639 --> 00:19:45,389 dan seluruh bandar senyap sunyi… 310 00:19:47,227 --> 00:19:48,937 hingga keputusan diumumkan. 311 00:19:49,897 --> 00:19:51,317 Apa benda lain awak nak? 312 00:19:51,398 --> 00:19:54,858 Saya mahu ada sut getah Godzilla yang kami nak buat. 313 00:19:57,029 --> 00:20:00,199 Ishirō Honda! Kita akan pijak seluruh bandar. 314 00:20:00,282 --> 00:20:02,032 Baik, awak berjalan-jalan… 315 00:20:02,117 --> 00:20:06,077 Itu Sungai Hudson? Itu Sungai Timur. Jadi jika apa-apa langgar awak… 316 00:20:06,163 --> 00:20:10,713 Saya lebih risau jika saya langgar, bukan benda lain langgar saya. 317 00:20:11,585 --> 00:20:15,665 Ada perbezaan antara model ini berbanding New York sekarang? 318 00:20:15,756 --> 00:20:16,836 Ada apa-apa… 319 00:20:16,924 --> 00:20:19,684 Semasa saya tiba di sini tak lama dahulu, 320 00:20:19,760 --> 00:20:22,180 saya cari bangunan kediaman saya. 321 00:20:22,262 --> 00:20:23,932 Ketika ia dibina, 322 00:20:24,014 --> 00:20:26,774 bangunan kediaman saya ialah tiga gudang 323 00:20:26,850 --> 00:20:30,230 yang dijadikan apartmen dan saya berjaya menjumpainya. 324 00:20:31,271 --> 00:20:34,941 Awak rasa apa yang awak selalu rasa. Saya patut beli sepuluh. 325 00:20:36,568 --> 00:20:40,278 Saya pujuk anak kawan saya untuk pindah balik ke New York dari LA. 326 00:20:40,364 --> 00:20:43,334 Dia kata, "Saya nak pindah semula, tapi tak mampu." 327 00:20:43,408 --> 00:20:44,948 Saya kata, "Pindah balik. 328 00:20:45,035 --> 00:20:48,115 Percayalah. Tiada siapa mampu tinggal di New York." 329 00:20:48,205 --> 00:20:52,165 Tiada siapa mampu tinggal di New York. Namun, ada lapan juta orang. 330 00:20:54,378 --> 00:20:56,708 Macam mana kami buat? Kami tak tahu! 331 00:20:58,340 --> 00:20:59,720 Ia misteri bagi kami. 332 00:21:02,970 --> 00:21:04,220 Kami tak tahu. 333 00:21:05,347 --> 00:21:08,847 Itulah masalahnya. Kami tak tahu, namun kami masih di sini. 334 00:21:09,810 --> 00:21:13,360 Jadi awak boleh pindah tanpa tahu cara untuk hidup di sini 335 00:21:13,438 --> 00:21:16,778 dan awak akan buat apa-apa saja untuk tinggal di sini. 336 00:21:17,359 --> 00:21:18,739 Ia semudah itu. 337 00:21:19,611 --> 00:21:20,451 Okey. 338 00:21:21,488 --> 00:21:25,908 Apabila meninggalkan New York atau jika tinggal di tempat lain sebentar, 339 00:21:25,993 --> 00:21:28,663 awak sedar betapa mudahnya hidupan harian. 340 00:21:28,745 --> 00:21:33,205 Pada mulanya, awak pindah ke apartmen, awak fikir, 341 00:21:34,668 --> 00:21:36,838 "Mana kedai dobi? Boleh saya cari?" 342 00:21:36,920 --> 00:21:39,920 Kadangkala tak pernah jumpa. Kadangkala tak ada! 343 00:21:40,007 --> 00:21:41,427 Kadangkala awak pergi… 344 00:21:41,508 --> 00:21:44,968 Saya tahu saya hanya perlu bergaduh tiga bulan lagi, 345 00:21:45,053 --> 00:21:47,433 saya tak boleh masuk ke sini lagi. 346 00:21:47,514 --> 00:21:49,814 Kemudian awak fikir, di tempat lain, 347 00:21:49,891 --> 00:21:53,811 orang cuma ambil cucian mereka dan pergi ke kedai dobi. 348 00:21:53,895 --> 00:21:56,015 Ia cuma tugasan kecil. 349 00:21:56,773 --> 00:22:00,743 Tapi semuanya di New York sentiasa berterusan. 350 00:22:00,819 --> 00:22:03,739 Semuanya di New York adalah satu operasi. 351 00:22:03,822 --> 00:22:05,412 Ia masalah luar biasa. 352 00:22:05,490 --> 00:22:09,830 Jadi awak sedar betapa sukarnya untuk tinggal di New York 353 00:22:09,911 --> 00:22:13,041 hingga apabila ditanya, "Kenapa tinggal di New York?" 354 00:22:13,123 --> 00:22:14,753 awak tak boleh jawab, 355 00:22:14,833 --> 00:22:19,303 tapi awak pandang hina terhadap orang yang tak berani tinggal di sini. 356 00:22:19,796 --> 00:22:22,796 "Awak tinggal di tempat yang semuanya mudah, 357 00:22:22,883 --> 00:22:25,053 orang melayan awak dengan baik, 358 00:22:25,135 --> 00:22:27,545 tiada sesiapa cuba menipu awak. 359 00:22:27,637 --> 00:22:29,557 Itu kehidupan dewasa bagi awak?" 360 00:22:30,849 --> 00:22:34,809 Saya terkejut kerana ramai orang yang berusia 20-an sekarang 361 00:22:35,312 --> 00:22:36,982 datang kepada saya dan kata, 362 00:22:37,064 --> 00:22:41,494 "Fran, saya mahu tinggal di New York pada tahun 70-an. Nampak seronok." 363 00:22:41,568 --> 00:22:43,448 Saya tahu dengan pasti. 364 00:22:43,528 --> 00:22:47,368 Pada usia 20-an, saya tak menemui orang lebih tua dan kata, 365 00:22:47,449 --> 00:22:52,409 "Saya nak tinggal di New York pada tahun 30-an." Tak pernah. Jadi… 366 00:22:52,496 --> 00:22:54,786 Mereka tahu saya di sini ketika itu, 367 00:22:55,791 --> 00:22:57,211 saya jadi seperti saksi. 368 00:22:57,292 --> 00:23:01,802 Jika awak meminati Perang Saudara dan nampak Abraham Lincoln, 369 00:23:01,880 --> 00:23:04,420 awak fikir, "Dia ada. Biar saya tanya." 370 00:23:05,675 --> 00:23:08,095 Jika anda tiada tempahan, tunggu di luar. 371 00:23:09,096 --> 00:23:13,926 Kami akan menyanyi tentang budak lelaki di New York. 372 00:23:16,978 --> 00:23:20,648 Bagi kebanyakan orang yang taraf kewangannya seperti saya, 373 00:23:20,732 --> 00:23:23,822 pemanasan ialah isu besar. Kami selalu bincangkannya. 374 00:23:23,902 --> 00:23:26,862 Saya akan pergi ke kelab Max's untuk bertemu orang. 375 00:23:26,947 --> 00:23:29,407 Tapi saya tanya, "Ada sistem pemanasan?" 376 00:23:29,950 --> 00:23:32,870 Saya anggap itu sesuatu yang amat menggoda. 377 00:23:32,953 --> 00:23:35,753 Tiba-tiba, dia bertukar menjadi Brigitte Bardot. 378 00:23:35,831 --> 00:23:38,381 "Ada sistem pemanasan? Mari kita pergi." 379 00:24:01,773 --> 00:24:05,493 New York Dolls hebat dan tak ramai yang menonton mereka. 380 00:24:05,569 --> 00:24:08,069 Mereka menyanyi di Pusat Seni Mercer yang tiba-tiba… 381 00:24:10,115 --> 00:24:12,445 telah roboh. Begitulah keadaan New York. 382 00:24:12,534 --> 00:24:16,584 Kami selalu ke Pusat Seni Mercer untuk melihat Dolls dan orang lain 383 00:24:16,663 --> 00:24:17,793 tapi terutamanya Dolls. 384 00:24:18,331 --> 00:24:21,081 Kemudian, suatu hari, ia tiba-tiba roboh. 385 00:24:22,127 --> 00:24:25,507 Bangunan itu runtuh. Itulah tahap pengabaiannya. 386 00:24:25,589 --> 00:24:28,259 Apabila orang kata, "Pusat Seni Mercer roboh," 387 00:24:28,341 --> 00:24:31,221 tiada orang kata, "Apa?" Mereka kata, "Ia roboh." 388 00:24:31,303 --> 00:24:34,183 Tiga bangunan roboh pada tahun itu. 389 00:24:34,723 --> 00:24:38,393 - Ia roboh kerana ia tidak dijaga. - Tidak dijaga, ya. 390 00:24:38,477 --> 00:24:41,187 Itu perkara biasa. Saya tak pernah terfikir. 391 00:24:41,271 --> 00:24:44,771 Banyak yang saya fikir, tapi bukannya New York semakin baik. 392 00:24:44,858 --> 00:24:47,778 New York hebat, itu sebabnya saya datang! 393 00:24:47,861 --> 00:24:49,861 Saya tak datang kerana ia bersih. 394 00:24:50,614 --> 00:24:52,994 Tempat asal saya bersih. Saya tak fikir, 395 00:24:53,074 --> 00:24:55,084 "Saya nak ke New York. Ia bersih." 396 00:24:55,160 --> 00:24:57,250 Saya tak datang kerana ia selamat. 397 00:24:57,329 --> 00:25:00,249 Tempat asal saya selamat. Saya tak datang kerana ia bahaya. 398 00:25:00,332 --> 00:25:04,002 Saya tak gembira berada dalam bahaya, tapi saya biasakan diri. 399 00:25:04,085 --> 00:25:06,585 Saya ada semua tabiat daripada tahun 70-an. 400 00:25:06,671 --> 00:25:08,471 Contohnya, saya dalam kereta api, 401 00:25:08,548 --> 00:25:11,218 nampak orang tinggalkan beg di sebelah mereka. 402 00:25:11,301 --> 00:25:14,261 Saya fikir, "Awak gila?" Saya pun mahu mencurinya. 403 00:25:14,846 --> 00:25:21,096 Tak kira apa-apa pun yang saya pegang, mungkin pensel. 404 00:25:21,186 --> 00:25:24,356 Saya genggam. "Awak tak dapat ambil pensel ini." 405 00:25:25,482 --> 00:25:28,742 Saya takkan tinggalkan apa-apa di sebelah saya. Takkan! 406 00:25:29,653 --> 00:25:33,113 Bukan kerana saya takut orang fikir ia bom, 407 00:25:33,198 --> 00:25:36,028 tapi seseorang akan mengambilnya! Sudah tentu. 408 00:25:36,117 --> 00:25:37,447 Itulah yang berlaku. 409 00:25:37,536 --> 00:25:40,746 Pada tahun 1971 atau sekitar waktu itu, 410 00:25:40,830 --> 00:25:44,670 ada orang pecahkan cermin depan kereta saya 411 00:25:44,751 --> 00:25:47,381 yang saya masih miliki dari sekolah menengah. 412 00:25:47,837 --> 00:25:50,507 Dia ambil dari papan pemuka 413 00:25:50,590 --> 00:25:54,090 sebiji epal dan sepaket rokok yang ada di atas papan pemuka. 414 00:25:54,719 --> 00:25:57,099 Sepaket rokok berharga 50 sen dahulu. 415 00:25:58,056 --> 00:26:00,096 Sebiji epal, sepuluh sen. 416 00:26:01,560 --> 00:26:03,350 Saya panggil polis. 417 00:26:03,436 --> 00:26:06,816 Saya panggil mereka kerana mereka meronda dan saya kata, 418 00:26:06,898 --> 00:26:11,438 "Ada orang pecahkan cermin dan curi barang dari papan pemuka saya." 419 00:26:11,528 --> 00:26:13,358 Polis tanya, "Apa yang dicuri?" 420 00:26:13,446 --> 00:26:16,026 Saya jawab, "Epal dan sepaket rokok." 421 00:26:16,116 --> 00:26:18,236 Dia kata, "Apa yang awak jangkakan? 422 00:26:22,414 --> 00:26:26,254 Jika awak tinggalkan barang berharga di tempat yang boleh dilihat, 423 00:26:26,334 --> 00:26:30,134 tentulah mereka pecahkan cermin awak! Siapa yang tak pecahkan? 424 00:26:30,213 --> 00:26:31,593 Awak bodoh?" 425 00:26:37,053 --> 00:26:39,853 Dia betul, jadi saya tak bertengkar dengannya. 426 00:26:40,849 --> 00:26:43,059 Saya sedar, "Ya, apa awak jangkakan?" 427 00:26:43,685 --> 00:26:46,435 Ada tajuk utama berita yang menyebut, 428 00:26:47,314 --> 00:26:50,194 "Presiden kepada New York: Pergi jahanam." 429 00:26:50,275 --> 00:26:52,235 Ya. "Ford kepada New York: Pergi mati." 430 00:26:52,861 --> 00:26:54,201 Sekarang, siapa mati? 431 00:27:50,543 --> 00:27:53,963 Saya juga rasa, walaupun New York tak seperti dulu, 432 00:27:54,047 --> 00:27:57,007 mereka takkan benarkan saya tinggal di tempat lain. 433 00:27:58,343 --> 00:28:02,013 Mereka akan bermesyuarat, tubuhkan majlis perbandaran 434 00:28:02,097 --> 00:28:06,557 dan beritahu saya, "Awak perlu pergi. Awak tak boleh tinggal di sini." 435 00:28:06,643 --> 00:28:10,693 - Saya dibuat begitu. - "Maaf. Masa untuk awak pergi." 436 00:28:59,904 --> 00:29:02,204 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman