1 00:00:10,458 --> 00:00:13,541 Yusuke, Ejen Alam Roh, merampas Bebola Serakah daripada Goki. 2 00:00:15,583 --> 00:00:17,583 Selepas mengetahui hajat Kurama… 3 00:00:17,666 --> 00:00:20,166 - Ambillah separuh nyawa aku juga. - Tidak! 4 00:00:20,250 --> 00:00:24,416 …dia korbankan separuh nyawanya dan berjaya peroleh Cermin Kegelapan. 5 00:00:25,125 --> 00:00:28,458 Hiei memiliki objek berbahaya ketiga, Cenangkas Penjelma. 6 00:00:31,541 --> 00:00:34,291 Bagi mendapatkannya semula, 7 00:00:34,958 --> 00:00:37,583 Yusuke menyeludup masuk ke sebuah rumah agam. 8 00:00:43,166 --> 00:00:44,500 Hei, Koenma. 9 00:00:45,000 --> 00:00:46,583 Betulkah dia akan muncul? 10 00:00:47,083 --> 00:00:51,500 Hiei hanya menyerang konco-konco Tarukane si jauhari itu. 11 00:00:51,583 --> 00:00:54,541 Mungkin dia akan datang untuk serang bos mereka. 12 00:00:54,625 --> 00:00:56,708 Maksudnya, kau pun tak pasti? 13 00:00:56,791 --> 00:00:58,500 Itulah namanya "siasatan"! 14 00:00:58,583 --> 00:01:02,041 Jangan banyak cakap. Dapatkan saja Cenangkas Penjelma itu. 15 00:01:02,125 --> 00:01:03,666 Hei, tak guna. 16 00:01:03,750 --> 00:01:06,708 Ini boleh dianggap macam mendera pekerja. 17 00:01:06,791 --> 00:01:07,791 Kau dengar tak? 18 00:01:08,750 --> 00:01:12,416 Cenangkas Penjelma mampu memberikan kebolehan yang diingini. 19 00:01:12,916 --> 00:01:15,000 Kita tak tahu kuasa yang dia dapat. 20 00:01:15,625 --> 00:01:17,708 Hati-hati apabila bertindak, faham? 21 00:01:18,875 --> 00:01:19,916 Baik, aku faham. 22 00:01:23,333 --> 00:01:24,666 - Di sana! - Sana! 23 00:01:27,583 --> 00:01:28,708 Nampak? 24 00:01:28,791 --> 00:01:30,333 Tepat sangkaan aku. 25 00:01:32,500 --> 00:01:34,083 Sempat lagi kau berlagak? 26 00:01:41,333 --> 00:01:43,291 Aku tak tahu! 27 00:01:43,791 --> 00:01:46,000 Korime itu dah tiada di sini. 28 00:01:51,458 --> 00:01:52,583 Mesti kau Hiei. 29 00:01:54,875 --> 00:01:58,375 Rasanya kau takkan serah Cenangkas Penjelma begitu saja. 30 00:02:00,041 --> 00:02:01,416 Budak suruhan Alam Roh, 31 00:02:02,583 --> 00:02:03,916 jangan halang aku. 32 00:02:15,833 --> 00:02:17,125 Bangsat! 33 00:02:32,541 --> 00:02:33,541 Buang masa saja. 34 00:02:34,083 --> 00:02:36,375 Aku takkan hunus pedang untuk manusia. 35 00:03:25,500 --> 00:03:27,708 Terima kasih kerana datang ke sini. 36 00:03:27,791 --> 00:03:28,875 Sakyo! 37 00:03:28,958 --> 00:03:31,708 Konco-konco aku diserang oleh yokai. 38 00:03:32,208 --> 00:03:33,416 Nyaris betul, bukan? 39 00:03:33,958 --> 00:03:35,208 Mujurlah kau selamat. 40 00:03:36,708 --> 00:03:40,583 Mereka cari Korime itu. Apa kau akan buat? 41 00:03:41,166 --> 00:03:42,166 Jangan risau. 42 00:03:42,708 --> 00:03:44,500 Kau akan selamat di pulau ini. 43 00:03:56,041 --> 00:03:57,125 Nah, tuan. 44 00:03:59,166 --> 00:04:00,416 Wah! 45 00:04:00,500 --> 00:04:02,416 Tarukane datang! 46 00:04:02,500 --> 00:04:05,000 Kau pun dah jadi ahli kelab ini sekarang? 47 00:04:05,083 --> 00:04:06,041 Apa? 48 00:04:09,125 --> 00:04:11,125 Aku sediakan taman hiburan 49 00:04:11,208 --> 00:04:14,708 untuk orang kaya yang dah jemu dengan nikmat lain. 50 00:04:15,458 --> 00:04:18,458 - Aku tak datang untuk berhibur. - Betul. 51 00:04:19,083 --> 00:04:22,750 Tapi kalau kau menyaksikannya sendiri, 52 00:04:22,833 --> 00:04:25,208 lebih mudah untuk kau percaya aku. 53 00:04:40,458 --> 00:04:41,833 Apa yang kau cuba buat? 54 00:04:44,375 --> 00:04:46,708 Kami melagakan yokai dengan yokai lain. 55 00:05:09,166 --> 00:05:11,625 Tiga puluh peratus cukup rasanya. 56 00:05:27,583 --> 00:05:28,958 Mengecewakan betul! 57 00:05:30,083 --> 00:05:32,875 Mudah macam itu saja kau kalah? Bodoh! 58 00:05:34,708 --> 00:05:37,208 Begitulah jadinya kalau ambil risiko besar. 59 00:05:40,208 --> 00:05:41,833 Tugaskan dia berkawal. 60 00:05:45,166 --> 00:05:47,625 - Ada apa-apa masalah? - Tak… 61 00:05:49,500 --> 00:05:50,375 Tiada. 62 00:05:52,125 --> 00:05:53,916 Baguslah, kau dah percaya aku. 63 00:05:55,083 --> 00:05:55,916 Sekarang, 64 00:05:56,000 --> 00:05:58,333 mari bawa Korime itu ke tempat selamat. 65 00:06:16,333 --> 00:06:17,458 Sila guna yang ini. 66 00:06:18,250 --> 00:06:19,333 Bawa dia ke dalam. 67 00:06:34,083 --> 00:06:34,958 Apa? 68 00:06:52,416 --> 00:06:53,250 Cepat! 69 00:06:54,041 --> 00:06:55,458 Jom naik helikopter itu. 70 00:06:55,541 --> 00:06:57,833 Tapi kau pun akan diburu nanti! 71 00:06:57,916 --> 00:06:59,750 Jangan risau tentang aku. 72 00:07:06,250 --> 00:07:08,333 Betul cakap dia. 73 00:07:08,416 --> 00:07:10,958 Kau patut lebih risau tentang nasib kau. 74 00:07:24,166 --> 00:07:25,166 Sebenarnya, 75 00:07:25,916 --> 00:07:30,375 kalau kau risau sekalipun, kau tetap akan mati. 76 00:07:46,958 --> 00:07:48,291 Bagus. 77 00:07:49,791 --> 00:07:51,333 Bagus betul! 78 00:07:52,291 --> 00:07:54,041 Kami dah penuhi kehendak kau. 79 00:07:57,500 --> 00:08:00,041 Aku nak kau uruskan mereka berdua juga. 80 00:08:02,708 --> 00:08:03,916 Seorang manusia. 81 00:08:05,250 --> 00:08:06,833 Seorang lagi yokai. 82 00:08:08,791 --> 00:08:09,791 Apa-apa pun, 83 00:08:10,375 --> 00:08:12,166 agar selamat untuk kau balik, 84 00:08:13,875 --> 00:08:15,833 aku akan minta mereka uruskannya. 85 00:08:40,208 --> 00:08:42,625 Macam merampas gula-gula daripada bayi. 86 00:08:42,708 --> 00:08:45,916 Tapi kalau musuh terlalu lemah, kita tak rasa nak rampas apa-apa. 87 00:08:46,541 --> 00:08:49,666 Apa-apa pun, janganlah hampa sangat. 88 00:08:49,750 --> 00:08:50,833 Cerialah sikit. 89 00:08:50,916 --> 00:08:53,250 Kau yang buat aku murung. 90 00:08:53,333 --> 00:08:54,625 Berhenti merungut. 91 00:08:55,208 --> 00:08:57,958 Koenma dah sediakan mentor untuk kau. 92 00:08:58,666 --> 00:09:00,083 Mentor? 93 00:09:00,875 --> 00:09:03,875 Pengamal seni bela diri masyhur, Mahaguru Genkai. 94 00:09:03,958 --> 00:09:08,041 Dia menggunakan Gelombang Roh dengan Tenaga Roh dalam badan manusia. 95 00:09:08,125 --> 00:09:11,708 Memandangkan kau belum mahir guna Tenaga Roh, maka sesuailah. 96 00:09:11,791 --> 00:09:12,791 Apa? 97 00:09:13,375 --> 00:09:15,000 Mana ada? 98 00:09:15,500 --> 00:09:17,250 Aku boleh guna Bedil Roh. 99 00:09:17,833 --> 00:09:21,375 Yang penting sekarang, aku kena atasi kelajuan bangsat itu. 100 00:09:21,458 --> 00:09:22,500 Sudahlah. 101 00:09:23,083 --> 00:09:25,333 Kau cuma perlu diam dan berlatih. 102 00:09:25,416 --> 00:09:27,583 Berhenti berbual sekejap! 103 00:09:30,416 --> 00:09:32,625 Aku pun nak sertai latihan itu. 104 00:09:34,083 --> 00:09:34,916 - Apa? - Apa? 105 00:09:56,375 --> 00:09:57,666 Mahaguru Genkai. 106 00:09:57,750 --> 00:09:59,208 Ini satu penghormatan. 107 00:09:59,833 --> 00:10:02,375 Saya dimaklumkan hanya ada satu murid. 108 00:10:03,458 --> 00:10:06,041 Maaf, Mahaguru Genkai. 109 00:10:06,125 --> 00:10:08,625 Dia tiba-tiba ikut… 110 00:10:08,708 --> 00:10:09,958 Puan mahaguru! 111 00:10:10,041 --> 00:10:13,208 Saya Kazuma Kuwabara. Sila berikan tunjuk ajar. 112 00:10:14,875 --> 00:10:16,291 Saya suka semangat kamu. 113 00:10:17,208 --> 00:10:19,916 Tapi kenapa kamu beria-ia nak berlatih? 114 00:10:21,333 --> 00:10:22,875 Saya nak jadi kuat. 115 00:10:23,875 --> 00:10:27,916 Sekarang, saya belum cukup handal sebagai pesaing dia. 116 00:10:29,875 --> 00:10:30,708 Apa? 117 00:10:31,458 --> 00:10:33,375 - Siapa pula pesaing kau? - Apa? 118 00:10:33,458 --> 00:10:34,666 Jahanam. 119 00:10:35,208 --> 00:10:38,166 Berani kau mempersendakan keazaman aku? 120 00:10:38,250 --> 00:10:39,958 Kau bukan pesaing aku! 121 00:10:40,041 --> 00:10:41,916 - Sudahlah… - Sejak dulu lagi. 122 00:10:42,000 --> 00:10:43,166 Jangan merepek! 123 00:10:43,250 --> 00:10:45,708 - Sejak dulu kita pesaing. - Sejak bila? 124 00:10:45,791 --> 00:10:48,125 - Sejak bila bukan? - Tak pernah pun! 125 00:10:48,208 --> 00:10:49,541 Cukup! 126 00:10:55,083 --> 00:10:57,541 Kecoh betul mulut kamu berdua, ya? 127 00:11:01,000 --> 00:11:03,625 Jangan melengah-lengah. Mari ikut saya. 128 00:11:04,541 --> 00:11:06,083 Latihan akan bermula! 129 00:11:07,291 --> 00:11:08,833 - Baik, puan! - Baik, puan! 130 00:11:13,208 --> 00:11:14,041 Jom! 131 00:11:14,541 --> 00:11:15,541 Lekas! 132 00:11:16,291 --> 00:11:17,291 Aduh! 133 00:11:18,750 --> 00:11:19,875 Celaka! 134 00:11:46,166 --> 00:11:47,541 Kekalkan kedudukan ini 135 00:11:48,166 --> 00:11:49,666 selama 12 jam lagi. 136 00:11:50,166 --> 00:11:51,541 Kau dah gila? 137 00:11:56,958 --> 00:11:58,208 Mustahil boleh buat… 138 00:12:00,708 --> 00:12:03,875 Budak nakal zaman sekarang langsung tak cekal, ya? 139 00:12:05,375 --> 00:12:08,041 Rehat lima minit, kemudian kita sambung. 140 00:12:08,625 --> 00:12:09,458 Hei. 141 00:12:09,958 --> 00:12:12,250 Apa tujuan latihan ini? 142 00:12:12,333 --> 00:12:15,583 Budak bebal macam kamu tak perlu fikir tentang "tujuan". 143 00:12:16,541 --> 00:12:18,583 Rasainya saja dengan badan kamu. 144 00:12:18,666 --> 00:12:21,625 Jadi, berilah latihan yang lebih praktikal. 145 00:12:21,708 --> 00:12:23,916 Aku perlu jadi kuat secepat mungkin. 146 00:12:26,291 --> 00:12:29,333 Kalau kamu tak faham bahasa, tak apalah. 147 00:12:38,666 --> 00:12:40,291 Mari. Serang saya. 148 00:12:42,208 --> 00:12:44,250 Kau yang minta, nenek tua! 149 00:13:08,500 --> 00:13:10,750 Kamu memang tak tahu sabar, ya? 150 00:13:10,833 --> 00:13:13,333 - Mesti perempuan tak suka kamu. - Diamlah! 151 00:13:22,125 --> 00:13:23,875 Banyak pergerakan sia-sia. 152 00:13:28,541 --> 00:13:29,625 Celaka! 153 00:13:34,375 --> 00:13:36,250 Gaya berlawan itu… 154 00:13:36,333 --> 00:13:38,208 Kamu cuba tiru Hiei, ya? 155 00:13:46,416 --> 00:13:49,750 Kenapa nak lawan kelajuan dengan kelajuan? 156 00:14:16,708 --> 00:14:18,791 Secepat itu kamu tiru teknik saya? 157 00:14:22,375 --> 00:14:23,541 Nah! 158 00:14:35,250 --> 00:14:37,541 Jangan angkuh. 159 00:14:38,125 --> 00:14:41,333 Sebelum kamu merungut, berlatih dulu betul-betul. 160 00:14:45,208 --> 00:14:46,208 Dia syaitankah? 161 00:15:13,000 --> 00:15:15,791 Latihan Kuwabara adalah untuk membelah batu itu. 162 00:15:17,208 --> 00:15:18,333 Dengan pedang kayu? 163 00:15:19,166 --> 00:15:20,166 Ya, betul. 164 00:15:22,083 --> 00:15:23,875 Mustahil boleh terbelah. 165 00:15:23,958 --> 00:15:24,791 Jahanam! 166 00:15:32,833 --> 00:15:34,208 Aku belum selesai! 167 00:15:41,291 --> 00:15:44,416 Seorang lagi budak nakal, tapi dia cekal hati. 168 00:15:47,166 --> 00:15:49,375 Kalau kamu biar, dia akan atasi kamu. 169 00:15:49,458 --> 00:15:50,291 Apa? 170 00:15:51,250 --> 00:15:52,291 Jangan harap. 171 00:15:54,875 --> 00:15:57,125 Kalau macam itu, kamu pun kena serius. 172 00:15:57,208 --> 00:15:59,041 Masa rehat kamu dah lama tamat! 173 00:15:59,125 --> 00:16:01,416 Aduh! Lepaskan aku, nenek tua! 174 00:16:04,666 --> 00:16:05,583 Semoga berjaya! 175 00:16:16,375 --> 00:16:18,416 Kau dah jumpa adik kau? 176 00:16:23,708 --> 00:16:25,208 Kau dah buka mata Jagan? 177 00:16:26,500 --> 00:16:28,000 Itu bukan urusan kau. 178 00:16:30,291 --> 00:16:31,333 Pedang itu… 179 00:16:32,375 --> 00:16:34,333 Boleh beri jika kau dah tak guna? 180 00:16:36,958 --> 00:16:37,958 Kenapa? 181 00:16:38,625 --> 00:16:40,333 Aku nak beri kepada seorang manusia. 182 00:16:41,750 --> 00:16:43,333 Ejen Alam Roh itu? 183 00:16:45,833 --> 00:16:46,666 Ya. 184 00:16:52,416 --> 00:16:53,625 Sebagai balasan, 185 00:16:54,666 --> 00:16:57,291 aku akan dapatkan maklumat tentang adik kau. 186 00:16:58,041 --> 00:16:59,166 Jangan main-main. 187 00:17:00,416 --> 00:17:02,833 Kau berkawan dengan manusia… 188 00:17:27,541 --> 00:17:29,000 Dengan mesin ini, 189 00:17:29,083 --> 00:17:32,416 kita berjaya menjana tenaga yang sangat banyak. 190 00:17:32,916 --> 00:17:35,125 Tapi dengan tempat kecil begini, 191 00:17:35,625 --> 00:17:39,666 kita hanya boleh hasilkan lubang sebesar penumbuk dalam dimensi ini. 192 00:17:39,750 --> 00:17:41,250 Tiada guna kalau begitu. 193 00:17:41,750 --> 00:17:43,458 Lubang itu perlu lebih besar. 194 00:17:43,958 --> 00:17:48,041 Jadi, kita perlukan dana yang banyak. 195 00:17:52,000 --> 00:17:53,125 Kami akan cari cara 196 00:17:53,958 --> 00:17:55,166 untuk dapatkan dana. 197 00:18:10,000 --> 00:18:11,791 Jarang kau datang ke sini. 198 00:18:15,041 --> 00:18:18,375 Menggabungkan Alam Manusia dengan Alam Syaitan… 199 00:18:19,666 --> 00:18:21,083 Kau rasa itu kerja gila? 200 00:18:24,000 --> 00:18:28,583 Aku tak tahu ini kerja gila atau tak, tapi aku tetap akan tolong kau. 201 00:18:31,416 --> 00:18:34,250 Aku juga dah terlalu kuat di Alam Manusia. 202 00:18:36,125 --> 00:18:39,041 Aku perlu ke Alam Syaitan walaupun terpaksa buka terowong. 203 00:18:39,791 --> 00:18:42,125 Tiada lawan setanding aku di sini. 204 00:18:57,458 --> 00:18:58,750 Apa masalahnya? 205 00:18:59,500 --> 00:19:02,916 Kalau ini pun tak boleh, macam mana kamu nak tewaskan dia? 206 00:19:03,416 --> 00:19:04,541 Diamlah! 207 00:19:05,250 --> 00:19:07,500 Kamu cakap nak jadi lebih kuat, bukan? 208 00:19:09,791 --> 00:19:11,791 - Ya. - Kenapa? 209 00:19:13,791 --> 00:19:15,208 Apa maksud kau "kenapa"? 210 00:19:16,833 --> 00:19:19,041 Aku tak boleh tewaskan Hiei sekarang. 211 00:19:19,125 --> 00:19:20,958 Kenapa kamu perlu tewaskan dia? 212 00:19:22,541 --> 00:19:23,458 Apa? 213 00:19:23,541 --> 00:19:27,291 Kalau kamu terus lemah sekalipun, tiada sesiapa akan terjejas. 214 00:19:27,958 --> 00:19:31,833 Kalau kamu tak lawan, orang lain akan lawan. 215 00:19:32,333 --> 00:19:34,500 Mungkin saya atau Kuwabara. 216 00:19:35,416 --> 00:19:36,541 Apa maksud kau? 217 00:19:38,583 --> 00:19:41,041 Aku dihidupkan semula dengan syarat ini. 218 00:19:41,125 --> 00:19:43,125 "Syarat"? 219 00:19:44,041 --> 00:19:49,625 Jika kamu cuma melepaskan batuk di tangga, kamu akan mati lagi nanti. 220 00:19:50,708 --> 00:19:52,291 Lagipun, 221 00:19:52,375 --> 00:19:54,500 Koenma takkan ambil nyawa kamu balik 222 00:19:54,583 --> 00:19:57,416 hanya kerana kamu berhenti menjadi Ejen Alam Roh. 223 00:19:58,333 --> 00:20:00,541 Fikirlah betul-betul. 224 00:20:20,708 --> 00:20:21,958 Mahaguru Genkai! 225 00:20:22,041 --> 00:20:23,583 Macam mana latihan Yusuke? 226 00:20:24,208 --> 00:20:25,916 Dia langsung tiada harapan. 227 00:20:27,541 --> 00:20:29,208 Nampaknya begitulah. 228 00:20:29,291 --> 00:20:31,166 Pergi beritahu Koenma 229 00:20:31,250 --> 00:20:32,916 yang semua ini sia-sia saja. 230 00:20:49,416 --> 00:20:53,541 Aku tak sangka Kuwabara si budak manusia itu pun sertai latihan. 231 00:20:55,791 --> 00:20:57,166 Ya… 232 00:20:57,250 --> 00:20:58,958 Maaf. 233 00:20:59,791 --> 00:21:00,791 Jangan risau. 234 00:21:01,791 --> 00:21:05,041 Dah lama juga mereka berlatih. Macam mana dengan Yusuke? 235 00:21:05,541 --> 00:21:06,625 Dia dah sedia? 236 00:21:13,958 --> 00:21:17,708 Aku rasa dia akan putus asa tak lama lagi. 237 00:21:18,875 --> 00:21:19,791 Apa? 238 00:21:37,375 --> 00:21:38,333 Celaka. 239 00:21:57,750 --> 00:21:59,166 Jahanam! 240 00:22:00,333 --> 00:22:02,333 Dia masih mencuba? 241 00:22:08,041 --> 00:22:09,375 Celaka! 242 00:22:39,166 --> 00:22:41,000 Aku tak boleh kalah lagi… 243 00:23:00,583 --> 00:23:04,750 Lelaki yang tak mampu melindungi semua yang dia mahu lindungi 244 00:23:04,833 --> 00:23:06,666 bukanlah lelaki sejati. 245 00:23:21,708 --> 00:23:26,083 Aku akan jadi lebih kuat daripada bedebah itu! 246 00:23:47,750 --> 00:23:49,208 Aku berjaya… 247 00:23:50,416 --> 00:23:51,583 Aku berjaya. 248 00:23:53,791 --> 00:23:57,166 Aku betul-betul berjaya! 249 00:24:22,458 --> 00:24:26,916 HARI KE-20 LATIHAN 250 00:24:59,791 --> 00:25:02,291 Saya langsung tak sangka. 251 00:25:04,125 --> 00:25:06,916 Dia terbalik sejak malam tadi. 252 00:25:07,000 --> 00:25:08,958 Dia tak nak dikalahkan Kuwabara. 253 00:25:09,041 --> 00:25:11,250 Begitu rupanya. 254 00:25:16,625 --> 00:25:18,625 Kamu nampak lebih baik hari ini. 255 00:25:19,458 --> 00:25:20,666 Yakah? 256 00:25:22,333 --> 00:25:23,458 Jom pergi ke depan. 257 00:25:28,416 --> 00:25:29,875 Terbaik! 258 00:25:34,125 --> 00:25:37,208 Kamu berjaya mengatasi kelemahan jiwa 259 00:25:37,291 --> 00:25:39,250 dan meningkatkan Tenaga Roh kamu. 260 00:25:39,750 --> 00:25:42,208 Disebabkan semangat bersaing bodoh itu. 261 00:25:42,291 --> 00:25:43,875 Janganlah cakap "bodoh". 262 00:25:43,958 --> 00:25:46,500 Tapi kamu tetap membazirkan tenaga. 263 00:25:48,041 --> 00:25:50,750 Kamu ibarat hos yang airnya dibiarkan mengalir. 264 00:25:51,750 --> 00:25:56,041 Kamu boleh padatkan Tenaga Roh dengan memicit muncung hos itu. 265 00:25:56,583 --> 00:25:57,583 Cubalah buat. 266 00:25:58,166 --> 00:26:00,208 Entah apa-apalah yang kau suruh… 267 00:26:00,291 --> 00:26:01,916 Saya tak sembarangan suruh. 268 00:26:02,416 --> 00:26:05,625 Kenapa saya suruh berdiri terbalik di atas pancang itu? 269 00:26:06,291 --> 00:26:08,208 Inilah tujuan latihan kamu. 270 00:26:10,958 --> 00:26:12,083 Begitu, ya? 271 00:26:28,541 --> 00:26:30,375 Hebatnya Tenaga Roh dia! 272 00:26:33,500 --> 00:26:34,500 Yusuke! 273 00:26:35,291 --> 00:26:36,625 Jangan teragak-agak! 274 00:26:43,750 --> 00:26:44,875 Mari lakukannya. 275 00:27:26,666 --> 00:27:29,500 Dah lama aku tak nampak rupa adik aku begitu. 276 00:27:32,875 --> 00:27:37,541 Ada sesuatu yang menarik akan berlaku. 277 00:28:02,291 --> 00:28:03,416 Dia akan datang… 278 00:28:21,833 --> 00:28:23,083 Mahaguru, apa halnya? 279 00:28:23,958 --> 00:28:25,208 Yusuke. 280 00:28:25,791 --> 00:28:27,333 Saya nak berikan sesuatu. 281 00:28:30,416 --> 00:28:32,583 Keinginan untuk jadi lebih kuat… 282 00:28:33,291 --> 00:28:34,625 Kamu masih merasainya? 283 00:28:36,458 --> 00:28:37,291 Ya. 284 00:28:38,791 --> 00:28:40,666 Lebih daripada sebelum ini. 285 00:28:43,375 --> 00:28:46,958 Saya pasti semakin lama, kamu akan semakin kuat. 286 00:28:49,208 --> 00:28:51,583 Kemahiran meningkat seiring dengan usia. 287 00:28:52,291 --> 00:28:54,291 Strategi kamu akan bertambah baik. 288 00:28:54,791 --> 00:28:55,666 Bagaimanapun, 289 00:28:56,333 --> 00:28:58,875 pada satu hari nanti, 290 00:28:58,958 --> 00:29:02,291 kamu takkan mampu lagi menahan kuasa yang begitu dahsyat. 291 00:29:03,500 --> 00:29:05,583 Saya rasa itu tak mengapa. 292 00:29:06,916 --> 00:29:08,541 Mengikut arus kehidupan, 293 00:29:09,291 --> 00:29:10,166 kemudian mati. 294 00:29:11,333 --> 00:29:14,208 Asalkan kita mewariskan harapan kepada generasi akan datang. 295 00:29:16,250 --> 00:29:18,166 Kenapa suram sangat ucapan puan? 296 00:29:18,250 --> 00:29:19,958 Diam. Dengar saja. 297 00:29:20,833 --> 00:29:26,000 Mengorbankan sesuatu demi mendapatkan kuasa bukanlah kekuatan, 298 00:29:27,041 --> 00:29:28,833 tapi kelemahan jiwa. 299 00:29:30,500 --> 00:29:31,500 Boleh kamu 300 00:29:33,000 --> 00:29:35,375 semat dalam hati sehingga hujung nyawa? 301 00:29:41,000 --> 00:29:42,000 Sejujurnya… 302 00:29:44,250 --> 00:29:47,500 kalau puan tanya lama dahulu, saya tak pasti saya mampu. 303 00:29:49,750 --> 00:29:51,833 Tapi selepas mati, baru saya sedar. 304 00:29:53,875 --> 00:29:56,083 Ada insan yang percaya akan saya. 305 00:30:01,958 --> 00:30:03,166 Saya takkan… 306 00:30:05,166 --> 00:30:07,083 mengkhianati kepercayaan mereka. 307 00:30:09,000 --> 00:30:10,166 Jangan sekali-kali 308 00:30:11,000 --> 00:30:12,333 lupa janji kamu itu. 309 00:30:20,916 --> 00:30:22,750 Saya amanahkan ini kepada kamu. 310 00:30:25,583 --> 00:30:27,333 Ini Bebola Gelombang Roh, 311 00:30:27,416 --> 00:30:29,958 rahsia Gelombang Roh. 312 00:30:33,041 --> 00:30:34,041 Ambillah. 313 00:30:49,458 --> 00:30:51,791 Saya amanahkan harapan saya juga. 314 00:30:55,708 --> 00:30:57,833 Latihan kamu dah selesai. 315 00:30:58,916 --> 00:31:00,250 Tinggalkan gunung ini. 316 00:31:18,916 --> 00:31:20,750 Kami akan datang berlatih lagi. 317 00:31:21,250 --> 00:31:23,583 Kami akan datang walaupun puan tak nak! 318 00:31:25,625 --> 00:31:26,916 Jaga diri. 319 00:31:34,166 --> 00:31:35,416 Okey! 320 00:32:49,875 --> 00:32:51,666 Kau dah tua, Genkai. 321 00:32:53,750 --> 00:32:56,041 Kau masih tak berubah. 322 00:32:56,125 --> 00:32:58,083 Sama saja macam 50 tahun lepas. 323 00:33:00,208 --> 00:33:02,833 Kau dah wariskan Bebola Gelombang Roh, ya? 324 00:33:04,500 --> 00:33:05,333 Ya. 325 00:33:06,750 --> 00:33:08,791 Maaflah. Dia dah tiada di sini. 326 00:33:09,541 --> 00:33:10,416 Begitu, ya? 327 00:33:10,500 --> 00:33:12,125 Jadi, kau tak lagi berguna. 328 00:33:14,000 --> 00:33:15,000 Tidak. 329 00:33:16,458 --> 00:33:19,958 Lebih tepat kalau aku cakap, aku dah meluat tengok muka kau. 330 00:33:25,000 --> 00:33:26,833 Aku tak boleh tengok si tua ini 331 00:33:27,958 --> 00:33:30,000 sesaat pun lagi. 332 00:33:31,250 --> 00:33:33,458 Aku pun menyampah tengok muka kau. 333 00:33:34,291 --> 00:33:35,833 Kau sanggup jual jiwa kau. 334 00:33:36,375 --> 00:33:39,416 Sedaya upaya berpaut pada kuasa yang akan lenyap. 335 00:33:41,750 --> 00:33:43,000 Kalau macam itu, 336 00:33:44,875 --> 00:33:47,541 salah seorang daripada kita perlu dihapuskan. 337 00:33:49,875 --> 00:33:52,708 Kau memang tak berubah. 338 00:33:53,958 --> 00:33:55,875 Otak kau hanya berfikir 339 00:33:56,708 --> 00:33:58,041 tentang berlawan. 340 00:34:25,083 --> 00:34:25,916 Sedapnya. 341 00:34:26,416 --> 00:34:27,708 Saya dah balik! 342 00:34:27,791 --> 00:34:29,458 - Selamat pulang. - Selamat pulang. 343 00:34:30,166 --> 00:34:33,041 Kau ke mana? Kau tak telefon pun! 344 00:34:33,666 --> 00:34:35,583 Ada kem latihan dengan Kuwabara. 345 00:34:36,083 --> 00:34:37,416 Kem latihan? 346 00:34:37,500 --> 00:34:40,583 Dengan Kuwabara? Kau berdua sentiasa bergaduh, bukan? 347 00:34:40,666 --> 00:34:42,791 Apa masalahnya? Panjang ceritanya. 348 00:34:42,875 --> 00:34:44,458 Keiko, turunkan kain itu. 349 00:34:44,541 --> 00:34:45,541 Okey. 350 00:34:50,875 --> 00:34:53,458 Wah! Kenyangnya! 351 00:34:54,416 --> 00:34:55,250 Terima kasih! 352 00:34:55,750 --> 00:34:57,125 - Terima kasih! - Terima kasih. 353 00:34:57,625 --> 00:34:59,708 Baguslah kau berdua dah berbaik. 354 00:34:59,791 --> 00:35:01,583 Bukan begitu. 355 00:35:01,666 --> 00:35:04,333 Apa? Aku tak faham. 356 00:35:06,916 --> 00:35:08,166 Terima kasih untuk makanan. 357 00:35:08,250 --> 00:35:10,125 Datang ke sekolah esok. 358 00:35:10,208 --> 00:35:11,291 Baik. 359 00:35:25,625 --> 00:35:26,791 Bangsat! 360 00:35:29,291 --> 00:35:30,541 Hei! Keiko! 361 00:35:37,458 --> 00:35:38,708 Tunggu! 362 00:35:41,208 --> 00:35:42,333 Terima kasih. 363 00:35:42,416 --> 00:35:43,291 Jumpa lagi. 364 00:35:44,208 --> 00:35:46,125 - Kurangkan bergerak. - Okey. 365 00:35:49,208 --> 00:35:50,791 Kuwabara! Ada kecemasan! 366 00:35:51,958 --> 00:35:54,541 - Apa? - Keiko diculik! 367 00:36:11,291 --> 00:36:12,541 Kau lagi? 368 00:36:13,791 --> 00:36:16,041 Mana Keiko? 369 00:37:03,750 --> 00:37:05,541 Kuasa itu… 370 00:37:07,583 --> 00:37:09,250 - Lepaskan aku! - Duduk diam! 371 00:37:09,333 --> 00:37:10,500 Lepaskan! 372 00:37:10,583 --> 00:37:11,458 Jangan gerak! 373 00:37:11,541 --> 00:37:12,500 Hei! 374 00:37:23,125 --> 00:37:24,875 Ganas juga kau, ya? 375 00:37:27,458 --> 00:37:28,541 Apa kau buat? 376 00:38:32,625 --> 00:38:33,958 Pulangkan Keiko! 377 00:38:38,833 --> 00:38:40,000 Apa masalah kau? 378 00:38:40,833 --> 00:38:43,416 Jangan pura-pura tak tahu! 379 00:38:58,416 --> 00:39:00,208 Kau berdua tak patut bergaduh. 380 00:39:00,750 --> 00:39:01,791 Kurama? 381 00:39:01,875 --> 00:39:03,083 Jangan campur! 382 00:39:03,166 --> 00:39:05,166 Bukan dia yang culik kawan kau. 383 00:39:08,416 --> 00:39:09,500 Mustahil. 384 00:39:10,125 --> 00:39:11,625 Aku nampak jelas tadi. 385 00:39:13,666 --> 00:39:15,708 Kau berdua berseronoklah. 386 00:39:17,666 --> 00:39:19,291 Aku tahu lokasi adik kau. 387 00:39:51,625 --> 00:39:53,375 Ini yang kau kata "menarik"? 388 00:39:54,041 --> 00:39:54,916 Ya. 389 00:39:55,416 --> 00:39:56,666 Untuk adik aku, 390 00:39:56,750 --> 00:39:59,708 aku nak aturkan pentasnya dengan elok. 391 00:40:00,375 --> 00:40:01,250 Kalau begitu, 392 00:40:01,791 --> 00:40:04,291 kita harus undang dengan semesra mungkin. 393 00:40:11,208 --> 00:40:13,541 Maknanya, Keiko dan adik dia 394 00:40:14,333 --> 00:40:16,791 dikurung di tempat yang sama? 395 00:40:17,583 --> 00:40:18,666 Kemungkinan besar. 396 00:40:19,708 --> 00:40:21,000 Kenapa pula? 397 00:40:23,291 --> 00:40:26,291 Aku tahu sebab adik Hiei diculik. 398 00:40:27,166 --> 00:40:31,416 Tapi aku tak tahu sebab kekasih kau diculik. 399 00:40:31,500 --> 00:40:32,833 Dia bukan kekasih aku. 400 00:40:32,916 --> 00:40:33,833 Siapa kisah? 401 00:40:33,916 --> 00:40:35,750 Hei, bodoh. Apa kau cakap? 402 00:40:37,541 --> 00:40:38,791 Apa-apa pun, 403 00:40:40,208 --> 00:40:43,666 aku dapat rasa mereka nak perangkap kita. 404 00:40:45,166 --> 00:40:48,291 Semua ini terlalu rumit jika mereka cuma nak culik dia. 405 00:40:51,958 --> 00:40:53,125 Aku tak kisah. 406 00:40:55,041 --> 00:40:57,958 Kalau kita terima undangan, kita boleh cari Keiko. 407 00:41:01,208 --> 00:41:02,291 Bawa aku ke sana. 408 00:41:07,541 --> 00:41:08,458 Hiei. 409 00:41:11,500 --> 00:41:13,708 Aku tersilap tadi. Maaf. 410 00:41:17,541 --> 00:41:18,750 Jom pergi sama-sama. 411 00:41:20,166 --> 00:41:21,833 Kau nak selamatkan adik kau? 412 00:41:26,791 --> 00:41:28,416 Jom ke Pulau Kubikukuri. 413 00:41:38,708 --> 00:41:40,125 Urameshi! 414 00:41:41,083 --> 00:41:42,125 Kuwabara? 415 00:41:42,625 --> 00:41:45,125 Tergamak kau tinggalkan pesaing kau? Sial! 416 00:41:45,791 --> 00:41:47,666 Kau nak selamatkan Yukimura, bukan? 417 00:41:48,375 --> 00:41:51,625 - Ya. - Jadi, aku pun nak ikut. 418 00:41:51,708 --> 00:41:52,625 Siapa kau? 419 00:41:53,125 --> 00:41:54,166 Kau nak mati, ya? 420 00:41:54,250 --> 00:41:55,666 Apa kau cakap? 421 00:41:55,750 --> 00:41:58,041 Badan kecil, tapi kau berlagak, ya? 422 00:41:58,125 --> 00:41:59,375 Sudahlah. 423 00:42:00,083 --> 00:42:01,125 Hiei rakan kita. 424 00:42:01,625 --> 00:42:02,666 Jangan harap. 425 00:42:02,750 --> 00:42:04,250 Memang tak pun! Tak guna! 426 00:42:04,750 --> 00:42:07,583 Aku tiada masa untuk layan budak bodoh macam kau. 427 00:42:08,333 --> 00:42:12,833 Bangsat! Baru saja jumpa, tapi buruk betul perangai kau! 428 00:42:21,375 --> 00:42:22,625 Kami menunggu kamu. 429 00:42:23,125 --> 00:42:26,083 Bos minta aku jemput kamu datang 430 00:42:26,166 --> 00:42:28,166 ke Pulau Kubikukuri. 431 00:46:37,208 --> 00:46:42,208 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi