1 00:00:07,375 --> 00:00:09,916 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:27,625 --> 00:00:29,041 Beta rindu dia, 3 00:00:30,208 --> 00:00:31,208 Hazy. 4 00:00:31,791 --> 00:00:36,416 Pelihara aku daripada bisikan iblis 5 00:00:37,416 --> 00:00:42,458 Wahai malaikat, lindungilah aku 6 00:00:43,041 --> 00:00:48,583 Limpahi aku dengan rahmat-Mu 7 00:00:50,291 --> 00:00:51,791 Hari ini hari bersejarah. 8 00:00:54,500 --> 00:00:55,583 Bangun, tuanku. 9 00:01:34,750 --> 00:01:38,875 THE EMPRESS 10 00:01:47,583 --> 00:01:51,791 Tuanku, countess itu datang lagi. Patutkah patik suruh dia pergi? 11 00:01:53,333 --> 00:01:54,458 Suruh dia masuk. 12 00:02:04,416 --> 00:02:05,250 Tuanku. 13 00:02:05,333 --> 00:02:06,333 Countess. 14 00:02:07,750 --> 00:02:09,125 Kenapa awak datang? 15 00:02:10,166 --> 00:02:12,333 Tuanku tak balas surat-surat patik. 16 00:02:12,416 --> 00:02:14,041 Hubungan kita dah berakhir. 17 00:02:15,166 --> 00:02:17,416 Habis manis sepah dibuang? 18 00:02:19,291 --> 00:02:21,541 Beta dah janjikan pampasan lumayan. 19 00:02:27,708 --> 00:02:29,541 Bukankah tuanku perlukan patik? 20 00:02:35,291 --> 00:02:38,708 Ampun, tuanku. Pengantin diraja akan tiba sebentar lagi. 21 00:02:43,958 --> 00:02:44,958 Selamat tinggal. 22 00:03:01,750 --> 00:03:05,833 Hari ini hari yang penting. Duchess Elisabeth akan tiba sebentar lagi. 23 00:03:07,125 --> 00:03:10,125 Seluruh dunia akan menyaksikan perkahwinan esok 24 00:03:10,208 --> 00:03:15,041 dan kamu terpilih untuk berkhidmat di sisi bakal Maharani Habsburg. 25 00:03:23,166 --> 00:03:25,166 Kenapa tunjuk lurah dada? 26 00:03:26,708 --> 00:03:28,791 Kita di Vienna, bukan Versailles. 27 00:03:34,250 --> 00:03:36,375 Saya takkan buang sesiapa hari ini. 28 00:03:36,458 --> 00:03:39,333 Yang terbaik akan dipilih beberapa minggu lagi. 29 00:03:41,333 --> 00:03:43,166 Kehendak baginda mesti dipenuhi 30 00:03:43,958 --> 00:03:46,458 supaya harapan rakyat dapat dipenuhi. 31 00:03:46,958 --> 00:03:49,333 Maharani yang menyinari Habsburg. 32 00:03:52,666 --> 00:03:54,041 Saya nak tahu semuanya. 33 00:03:54,125 --> 00:03:58,375 Apa yang baginda makan, minum dan fikir. Semuanya termasuk kitaran haid. 34 00:04:01,125 --> 00:04:04,000 Bakal maharani hampir tiba. 35 00:04:05,666 --> 00:04:06,750 Perhatian, semua. 36 00:04:06,833 --> 00:04:08,958 Selamat datang ke Istana Vienna. 37 00:04:12,833 --> 00:04:15,250 Franz utus 44 pucuk surat kepada dia. 38 00:04:15,333 --> 00:04:18,125 - Bayangkan. - Kanda rasa mereka takkan bahagia. 39 00:04:18,625 --> 00:04:21,750 Kenapa? Mereka saling mencintai, bukan? 40 00:04:22,750 --> 00:04:25,000 Cinta saja tak memadai, Luzi. 41 00:04:25,916 --> 00:04:27,875 Franz tahu kanda fikir macam itu? 42 00:04:30,125 --> 00:04:32,083 Semua orang ada rahsia. 43 00:04:33,458 --> 00:04:34,958 Betul, Luziwuzi? 44 00:04:35,916 --> 00:04:38,250 Berbaris! Kereta kuda dah sampai. 45 00:04:40,750 --> 00:04:41,583 Dah sampai! 46 00:04:44,625 --> 00:04:48,000 Yang cantik-cantik saja di depan. Semuanya mesti sempurna. 47 00:04:48,083 --> 00:04:49,500 Semuanya pasti lancar. 48 00:04:49,583 --> 00:04:52,708 Beta tak nak ada apa-apa masalah. 49 00:05:01,000 --> 00:05:03,666 Elisabeth, boleh ayah cakap sesuatu? 50 00:05:04,500 --> 00:05:06,125 Sepanjang kita di istana, 51 00:05:07,125 --> 00:05:09,500 jangan percaya sesiapa. 52 00:05:09,583 --> 00:05:10,625 Jangan risau. 53 00:05:12,750 --> 00:05:14,500 Franz sayang saya seadanya. 54 00:05:16,250 --> 00:05:17,750 Betulkah ini gambar kamu? 55 00:05:47,625 --> 00:05:48,666 Selamat datang. 56 00:06:05,416 --> 00:06:06,666 Kamu selamat sampai. 57 00:06:07,708 --> 00:06:08,708 Syukurlah. 58 00:06:10,125 --> 00:06:12,000 Menjunjung kasih, tuanku. 59 00:06:13,000 --> 00:06:14,000 Silakan. 60 00:06:14,083 --> 00:06:16,083 Kita perlu buat banyak persiapan. 61 00:06:31,416 --> 00:06:32,583 Helene. 62 00:06:33,833 --> 00:06:34,916 Selamat datang. 63 00:06:36,083 --> 00:06:37,750 Ludovica, apa khabar? 64 00:06:53,208 --> 00:06:55,666 Rakyat jelata tak sabar nak tengok kamu. 65 00:06:55,750 --> 00:06:59,500 Mengikut tradisi, kamu akan tiba menaiki kereta kuda kaca esok. 66 00:06:59,583 --> 00:07:02,500 Dua jam lagi, kamu ada kelas menari dengan Franz. 67 00:07:02,583 --> 00:07:07,208 Johann Strauss dah tulis lagu waltz, tapi kamu mesti menyedang persalinan dulu. 68 00:07:10,458 --> 00:07:11,375 Dah sampai. 69 00:07:12,500 --> 00:07:16,125 Sementara itu, iring Yang Amat Mulia ke taman mawar baharu. 70 00:07:16,208 --> 00:07:18,083 Menjunjung perintah. Silakan. 71 00:07:18,625 --> 00:07:19,458 Helene. 72 00:07:20,916 --> 00:07:22,333 Helene, tunggu. 73 00:07:25,500 --> 00:07:27,333 Dia tak nak cakap dengan patik. 74 00:07:28,250 --> 00:07:29,375 Walau sepatah pun. 75 00:07:35,208 --> 00:07:37,625 Kita patut takut kalau Tuhan tak ampunkan kita. 76 00:07:37,708 --> 00:07:39,625 Kemaafan manusia tiada makna. 77 00:07:39,708 --> 00:07:40,958 Buang masa saja. 78 00:07:41,458 --> 00:07:42,708 Tuanku. 79 00:07:45,625 --> 00:07:47,291 Ini kamar kamu. 80 00:07:54,916 --> 00:07:57,625 Ini Ketua Istanawati, Countess Esterhazy. 81 00:07:57,708 --> 00:08:00,583 Dia lebih arif tentang protokol berbanding beta. 82 00:08:00,666 --> 00:08:03,083 Dia akan urus dan selia istana kamu. 83 00:08:03,166 --> 00:08:05,583 Patik sangat berbesar hati, tuanku. 84 00:08:06,333 --> 00:08:08,541 Boleh patik kenalkan istanawati lain? 85 00:08:08,625 --> 00:08:12,541 Mereka anak-anak bangsawan yang sedia memberi pengisian rohaniah 86 00:08:12,625 --> 00:08:14,750 dan menunaikan semua hajat tuanku. 87 00:08:15,500 --> 00:08:18,041 Countess Amalia von Salm-Reifferscheidt. 88 00:08:18,125 --> 00:08:21,958 Dia fasih bertutur enam bahasa, mahir menyulam, melukis 89 00:08:22,041 --> 00:08:23,541 dan sangat berpengalaman. 90 00:08:23,625 --> 00:08:25,875 Patik amat berbesar hati, tuanku. 91 00:08:26,375 --> 00:08:28,208 Dah lama patik tunggu hari ini. 92 00:08:29,666 --> 00:08:31,750 Countess Charlotte von Stubenberg. 93 00:08:32,458 --> 00:08:34,625 Seorang pemain hap yang berbakat. 94 00:08:34,708 --> 00:08:37,625 Tuanku jauh lebih cantik berbanding dalam gambar! 95 00:08:38,666 --> 00:08:40,333 Maaf, patik terlalu teruja. 96 00:08:40,416 --> 00:08:44,041 Countess Leontine von Apafi dari Transylvania. 97 00:08:44,125 --> 00:08:47,625 Dia sangat fasih berbahasa Perancis dan pembaca yang kritis. 98 00:08:47,708 --> 00:08:49,500 Beta bawa buku kegemaran beta. 99 00:08:50,000 --> 00:08:51,416 Awak kenal Werther? 100 00:08:53,125 --> 00:08:54,291 Tuanku. 101 00:08:55,291 --> 00:08:57,750 - Panggil Elisabeth saja. - Jangan sentuh! 102 00:08:57,833 --> 00:09:01,250 Tuanku tak boleh guna nama pertama di istana. 103 00:09:03,208 --> 00:09:04,750 Sila ikut patik. 104 00:09:17,833 --> 00:09:21,333 Semua ini gaya terkini. Paris, Milan dan Saint Petersburg. 105 00:09:21,916 --> 00:09:23,791 Beta sendiri yang pilih. 106 00:09:37,625 --> 00:09:38,791 Banyaknya kasut. 107 00:09:39,791 --> 00:09:41,208 Bukan saiz awak. 108 00:09:41,291 --> 00:09:43,833 Tuanku tak boleh pakai kasut sama dua kali. 109 00:09:43,916 --> 00:09:46,416 - Kasut semalam mesti dibuang. - Sayangnya. 110 00:09:46,500 --> 00:09:47,750 Itulah Schönbrunn. 111 00:09:47,833 --> 00:09:50,916 Bilalah agaknya beg kasut awak akan sampai? 112 00:09:51,000 --> 00:09:53,375 Hari ini, kita akan menyedang persalinan 113 00:09:53,458 --> 00:09:56,458 untuk majlis malam ini dan majlis perkahwinan esok. 114 00:09:57,083 --> 00:10:00,708 Jadual kita padat, tapi ia tak mustahil dengan disiplin. 115 00:10:04,083 --> 00:10:05,083 Kamu suka? 116 00:10:08,000 --> 00:10:11,125 Kalung ini warisan nenek moyang kami. 117 00:10:34,000 --> 00:10:35,333 Bonda, cepatlah! 118 00:10:38,375 --> 00:10:39,958 Bonda tangkap anakanda! 119 00:10:44,166 --> 00:10:45,458 Tuanku? 120 00:10:53,333 --> 00:10:55,083 Kabinet menunggu di bilik mesyuarat. 121 00:11:02,708 --> 00:11:03,583 Baiklah. 122 00:11:05,958 --> 00:11:07,583 Mereka akan layan kamu. 123 00:11:14,750 --> 00:11:16,416 Apa yang mustahak sangat? 124 00:11:18,750 --> 00:11:20,250 Tuanku. 125 00:11:20,958 --> 00:11:24,166 Perancis dan England bersatu menentang Rusia. 126 00:11:24,250 --> 00:11:27,750 Pangkalan tentera Rusia di Odessa diserang sejak semalam. 127 00:11:27,833 --> 00:11:31,666 Tuanku mesti pilih satu pihak atau kita akan dipilih. 128 00:11:32,625 --> 00:11:35,375 Patik percaya kita patut hantar bantuan. 129 00:11:35,875 --> 00:11:40,125 Masalahnya, perbelanjaan ketenteraan tahun ini melangkaui bajet kita. 130 00:11:40,916 --> 00:11:45,416 Kalau kita berperang, perbelanjaan lain terpaksa dipotong. 131 00:11:45,500 --> 00:11:48,458 - Saya dah agak itu jawapan awak, Bach. - Von Bach. 132 00:11:48,541 --> 00:11:51,666 Nak buat apa dengan duit itu? Rumah untuk balu miskin? 133 00:11:52,375 --> 00:11:53,208 Kabinet! 134 00:11:55,708 --> 00:11:59,500 Tuanku, apa yang lebih penting daripada mempertahankan empayar? 135 00:11:59,583 --> 00:12:01,500 Awak nak serang, bukan bertahan. 136 00:12:01,583 --> 00:12:03,291 Patik rasa kita patut tunggu. 137 00:12:03,791 --> 00:12:06,500 - Situasi semasa masih kabur. - Kabur? 138 00:12:07,625 --> 00:12:08,583 Tolonglah. 139 00:12:12,000 --> 00:12:12,875 Tepi sikit. 140 00:12:21,291 --> 00:12:25,666 Perancis ada sekurang-kurangnya sepuluh buah kapal perang tempur. 141 00:12:26,375 --> 00:12:28,375 British berkubu di depan Crimea. 142 00:12:28,458 --> 00:12:32,375 Sembilan buah kapal stim, enam bot pembedil dan satu frigat. 143 00:12:32,875 --> 00:12:34,000 Di sini pula… 144 00:12:34,750 --> 00:12:36,125 Hulurkan anggur. 145 00:12:43,375 --> 00:12:47,208 Infantri dan armada Rusia. 146 00:12:55,458 --> 00:12:58,541 Perancis boleh menang dengan atau tanpa bantuan kita. 147 00:12:59,125 --> 00:13:02,750 Pada pendapat patik, kita patut pandang ke Barat, 148 00:13:03,458 --> 00:13:05,708 mencontohi Perancis dan Inggeris. 149 00:13:05,791 --> 00:13:08,041 Kita mesti bantu Tsar Nicholas. 150 00:13:08,125 --> 00:13:11,416 Perikatan dengan Rusia mengukuhkan Habsburg di Eropah. 151 00:13:11,500 --> 00:13:13,708 Kita mesti bersatu menentang Barat. 152 00:13:24,208 --> 00:13:27,625 Kita takkan sertai peperangan ini. Itu keputusan Habsburg. 153 00:13:28,708 --> 00:13:31,583 Perang mengorbankan nyawa dan membazirkan sumber. 154 00:13:31,666 --> 00:13:33,625 Beta ada rancangan lain. 155 00:13:34,166 --> 00:13:37,458 Utusan dari Paris dan Saint Petersburg akan hadir esok. 156 00:13:38,041 --> 00:13:41,291 Mereka nak tahu pendirian Habsburg. 157 00:13:43,833 --> 00:13:46,916 Patik mohon tuanku pertimbangkannya semula. 158 00:13:47,958 --> 00:13:49,125 Keputusan beta muktamad. 159 00:13:52,416 --> 00:13:53,375 Beta pergi dulu. 160 00:14:08,375 --> 00:14:09,875 Bonda tuanku benci patik. 161 00:14:10,375 --> 00:14:12,791 Jangan risau. Bukan awak seorang saja. 162 00:14:13,458 --> 00:14:16,541 Bila boleh beritahu kabinet tentang rancangan kita? 163 00:14:16,625 --> 00:14:18,500 Rahsiakan selagi ia belum mula. 164 00:14:19,541 --> 00:14:20,875 Bila kami boleh jumpa? 165 00:14:21,375 --> 00:14:25,416 Dia nak jumpa malam ini. Patik dah cakap tuanku nak kahwin esok. 166 00:14:27,833 --> 00:14:28,833 Baiklah. 167 00:14:36,750 --> 00:14:40,958 Maharani bersiram selama dua jam pada setiap pagi dan malam. 168 00:14:41,958 --> 00:14:45,583 Rambut baginda mesti disikat dan didandan setiap hari. 169 00:14:46,291 --> 00:14:50,583 Ia cuma dibasuh dengan campuran susu keldai dan buah Pokok Suci 170 00:14:51,791 --> 00:14:54,625 yang berkhasiat untuk meningkatkan kesuburan. 171 00:14:59,250 --> 00:15:01,750 Cuci kuku baginda betul-betul. 172 00:15:02,375 --> 00:15:05,083 Cantiknya kulit tuanku. Lembut bak sutera. 173 00:15:06,166 --> 00:15:08,625 Raja tentu jatuh cinta dengan matanya. 174 00:15:08,708 --> 00:15:09,958 Atau bibir. 175 00:15:11,041 --> 00:15:13,708 Kalaulah rambut patik sepanjang rambut tuanku. 176 00:15:16,000 --> 00:15:19,458 Leontine, apa awak buat? Itu kerja orang gaji. 177 00:15:21,791 --> 00:15:22,750 Saya tahu. 178 00:15:23,666 --> 00:15:27,750 Kita patut buang surai itu dan gantikannya dengan rambut palsu. 179 00:15:32,875 --> 00:15:33,875 Apa baginda buat? 180 00:15:45,333 --> 00:15:46,541 Ketat sangat. 181 00:15:55,458 --> 00:15:57,500 Cukup! Beta tak boleh bernafas. 182 00:15:58,166 --> 00:15:59,916 Itulah yang sepatutnya. 183 00:16:00,000 --> 00:16:01,375 Beta nak berehat. 184 00:16:02,416 --> 00:16:04,250 Beta nak jumpa raja. 185 00:16:04,333 --> 00:16:06,000 Belum tiba masanya. 186 00:16:06,083 --> 00:16:07,250 Teruskan. 187 00:16:08,958 --> 00:16:10,583 Beta nak pergi ambil angin… 188 00:16:12,000 --> 00:16:13,208 Beta nak keluar. 189 00:16:14,041 --> 00:16:16,458 Dalam persalinan yang sesuai. 190 00:16:34,708 --> 00:16:35,875 Apa baginda buat? 191 00:16:36,833 --> 00:16:38,416 Tugas kita ikut baginda. 192 00:16:40,458 --> 00:16:42,333 Betulkah ada yang akan dibuang? 193 00:16:43,250 --> 00:16:44,333 Jangan percaya. 194 00:16:45,000 --> 00:16:47,666 Maharani mesti dilayan oleh enam dang perwara. 195 00:16:49,958 --> 00:16:51,375 Kita ada sepuluh orang. 196 00:16:52,083 --> 00:16:53,500 Ada yang akan dibuang. 197 00:16:54,333 --> 00:16:55,625 Siapa akan terpilih? 198 00:16:56,500 --> 00:16:58,333 Enam yang terbaik. 199 00:17:08,625 --> 00:17:09,583 Jijiknya! 200 00:17:26,333 --> 00:17:28,250 Awak pernah tengok burung itu? 201 00:17:28,333 --> 00:17:29,958 Dia pandang tuanku. 202 00:17:30,666 --> 00:17:32,083 Sebab ia tak cam beta. 203 00:17:33,458 --> 00:17:35,750 Bukan burung itu, tapi archduke. 204 00:17:40,833 --> 00:17:43,333 Itu Maximilian, adinda raja! 205 00:17:43,958 --> 00:17:45,958 Oh, Tuhan! Tampannya dia. 206 00:17:46,041 --> 00:17:47,833 Gembira dapat berjumpa lagi. 207 00:17:49,166 --> 00:17:50,458 Patik pun. 208 00:17:54,583 --> 00:17:56,791 Awak berubah sejak pertunangan itu. 209 00:17:56,875 --> 00:17:59,416 Awak semakin berseri-seri. 210 00:18:01,416 --> 00:18:03,000 - Apa rahsianya? - Rahsia? 211 00:18:03,083 --> 00:18:06,166 Tuanku memuji-muji, tapi sebenarnya menghina. 212 00:18:06,250 --> 00:18:09,541 - Beta boleh ajar. - Patik lebih suka berterus terang. 213 00:18:10,916 --> 00:18:12,416 Cantik betul istana ini. 214 00:18:13,375 --> 00:18:14,875 Zahirnya, ya. 215 00:18:17,708 --> 00:18:20,416 - Tuanku cuba takutkan patik? - Itu realitinya. 216 00:18:23,875 --> 00:18:25,750 Apa khabar baroness Itali itu? 217 00:18:30,041 --> 00:18:33,541 Dengarnya, bahagia. Dia bertunang dengan seorang count. 218 00:18:34,583 --> 00:18:35,583 Tuanku pula? 219 00:18:36,083 --> 00:18:37,166 Beta masih bujang. 220 00:18:38,208 --> 00:18:39,208 Elisabeth. 221 00:18:41,416 --> 00:18:43,375 Awak patut tahu sesuatu. 222 00:18:45,791 --> 00:18:49,208 Beta boleh jaga awak di istana ini. 223 00:18:50,875 --> 00:18:53,291 Patik rasa sebaliknya. 224 00:18:58,083 --> 00:19:01,041 - Masa untuk kelas tarian. - Patik pergi dulu. 225 00:19:22,166 --> 00:19:26,916 "Sungai mengalir deras. Ribut kencang menguasai diriku." 226 00:19:28,750 --> 00:19:30,875 Dia belum bersedia. 227 00:19:30,958 --> 00:19:33,375 Beta tak kisah kalau dia suka berpuisi. 228 00:19:33,958 --> 00:19:35,333 Apa lagi awak jumpa? 229 00:19:35,958 --> 00:19:38,375 Kerajaan kita haramkan buku-buku ini. 230 00:19:39,333 --> 00:19:42,750 Maafkan patik, tapi dia degil dan tak berdisiplin. 231 00:19:44,708 --> 00:19:49,166 Patik dengar cara dia sapa raja dan sesuka hati batalkan sesi menyedang. 232 00:19:50,375 --> 00:19:51,666 Apa cadangan awak? 233 00:19:52,458 --> 00:19:55,291 Dia mesti diajar, barulah dia sedar diri. 234 00:19:56,166 --> 00:19:57,875 Jangan buat dia takut. 235 00:20:01,875 --> 00:20:04,083 Tuanku, suami tuanku datang. 236 00:20:05,458 --> 00:20:06,458 Dia datang? 237 00:20:07,333 --> 00:20:08,791 Yang Amat Mulia. 238 00:20:10,375 --> 00:20:12,291 Kanda! Tak sangka betul. 239 00:20:12,916 --> 00:20:14,083 Kanda dah sampai. 240 00:20:16,916 --> 00:20:19,000 Kanda takkan terlepas perkahwinan Franz. 241 00:20:19,083 --> 00:20:21,083 Apa cerita Istana Auhof? 242 00:20:21,166 --> 00:20:24,875 Baik-baik saja. Mac lalu, kanda tembak seekor rusa jantan. 243 00:20:26,500 --> 00:20:29,500 Kami bina kandang baharu siap dengan bilik air. 244 00:20:30,750 --> 00:20:31,625 Seronoknya. 245 00:20:33,791 --> 00:20:35,541 Apa khabar Vienna? 246 00:20:39,166 --> 00:20:42,833 Ada konflik tentang Perang Rusia, tapi jangan risau. 247 00:20:46,000 --> 00:20:47,916 Dinda tentu boleh selesaikannya. 248 00:20:50,000 --> 00:20:52,000 Kanda nak apa-apa? 249 00:20:53,291 --> 00:20:56,291 Kita boleh luang masa bersama-sama malam ini. 250 00:20:56,375 --> 00:20:58,458 Kanda perlu jumpa pengantin diraja. 251 00:21:00,916 --> 00:21:02,125 Selepas itu. 252 00:21:09,791 --> 00:21:10,875 Kanda tunggu. 253 00:21:12,958 --> 00:21:14,166 Kanda berehat dulu. 254 00:21:23,958 --> 00:21:26,125 Maaf kerana lambat. 255 00:21:29,791 --> 00:21:33,000 Tuanku, izinkan patik memperkenalkan diri. 256 00:21:33,583 --> 00:21:35,791 Johann Strauss, penulis lagu. 257 00:21:36,875 --> 00:21:40,625 Patik gubah satu lagu waltz untuk acara tari-menari esok. 258 00:22:37,750 --> 00:22:40,458 Muka Encik Strauss macam tengah sembelit. 259 00:22:53,291 --> 00:22:54,708 Tuanku susah hati. 260 00:22:58,250 --> 00:23:00,791 Kabinet nak Habsburg sertai peperangan. 261 00:23:01,583 --> 00:23:02,958 Secepat mungkin. 262 00:23:04,333 --> 00:23:05,583 Tuanku tak setuju. 263 00:23:07,250 --> 00:23:08,666 Beta ada rancangan lain. 264 00:23:10,500 --> 00:23:11,750 Nanti beta cerita. 265 00:23:51,250 --> 00:23:52,541 Itu pintu apa? 266 00:24:52,416 --> 00:24:53,500 Tuanku, patik… 267 00:24:57,291 --> 00:24:59,000 Ampunkan patik, tuanku. 268 00:25:03,166 --> 00:25:05,500 Pengantin diraja perlu buat persiapan. 269 00:25:06,583 --> 00:25:07,583 Baiklah. 270 00:25:09,125 --> 00:25:10,625 Sila ikut patik. 271 00:25:54,083 --> 00:25:55,083 Bu! 272 00:26:02,333 --> 00:26:03,416 Countess. 273 00:26:07,416 --> 00:26:09,583 - Helo. - Awak bawa kasut saya? 274 00:26:10,708 --> 00:26:13,375 Kasut macam itu susah nak jumpa dan mahal. 275 00:26:13,458 --> 00:26:17,416 Saya nak pakai malam ini. Amalia mula syak yang bukan-bukan. 276 00:26:17,500 --> 00:26:18,708 Awak akan dapat. 277 00:26:20,291 --> 00:26:21,166 Saya janji. 278 00:26:24,750 --> 00:26:25,708 Macam mana? 279 00:26:27,416 --> 00:26:29,291 Mereka hurung pengantin diraja 280 00:26:29,375 --> 00:26:32,125 macam lalat hurung tahi kerana takut dibuang. 281 00:26:35,875 --> 00:26:36,875 Kenapa menggigil? 282 00:26:37,375 --> 00:26:38,583 Cuaca panas. 283 00:26:38,666 --> 00:26:39,666 Saya sejuk. 284 00:26:40,583 --> 00:26:42,708 Dang perwara tak pakai seluar dalam. 285 00:26:42,791 --> 00:26:44,583 Entah macam mana mereka tahan. 286 00:26:54,750 --> 00:26:55,791 Mereka tak tahan. 287 00:27:01,208 --> 00:27:04,708 Maharani itu macam mana orangnya? 288 00:27:05,666 --> 00:27:06,833 Macam mana lagi? 289 00:27:08,041 --> 00:27:09,375 Dia memang bangsat. 290 00:27:09,458 --> 00:27:10,708 Macam yang lain-lain. 291 00:27:12,083 --> 00:27:14,250 Yang penting, dia percaya awak. 292 00:27:15,625 --> 00:27:16,458 Saya tahu. 293 00:27:26,375 --> 00:27:27,750 Kita nak buat apa lagi? 294 00:27:29,250 --> 00:27:30,250 Ikut patik. 295 00:27:32,958 --> 00:27:34,333 Tuanku. 296 00:27:40,083 --> 00:27:41,500 Tunggu. Awak… 297 00:27:41,583 --> 00:27:42,750 Tuanku. 298 00:27:43,625 --> 00:27:44,458 Patik mohon. 299 00:27:54,708 --> 00:27:57,416 Tak perlu tukar baju. Upacara ini sekejap saja. 300 00:27:59,750 --> 00:28:00,958 Apa yang sekejap? 301 00:28:01,708 --> 00:28:04,333 Dr. Fritsch akan sahkan keperawanan pengantin diraja 302 00:28:04,416 --> 00:28:07,000 dan kesuburannya untuk melahirkan pewaris. 303 00:28:07,083 --> 00:28:11,541 - Menjunjung kasih, tuanku. - Semuanya berlaku dengan izin Tuhan. 304 00:28:12,291 --> 00:28:15,166 Sebagai hamba-Nya, kita tahu Dialah penentu pewarisan takhta. 305 00:28:15,666 --> 00:28:18,458 Mulai esok, tuanku pengutus kehendak-Nya. 306 00:28:19,333 --> 00:28:21,833 Tuan Yang Terutama, Ketua Biskop Rauscher. 307 00:28:23,375 --> 00:28:24,541 Baring, tuanku. 308 00:28:48,458 --> 00:28:49,666 Kangkangkan kaki. 309 00:29:06,875 --> 00:29:08,500 Sikit saja lagi. 310 00:29:10,916 --> 00:29:12,250 Semua nampak sihat. 311 00:29:12,333 --> 00:29:14,791 Paling penting ialah bukti keperawanan. 312 00:29:16,541 --> 00:29:17,916 Berhenti! 313 00:29:20,000 --> 00:29:21,291 Beta masih dara. 314 00:29:22,291 --> 00:29:24,125 Doktor mesti sahkannya. 315 00:29:26,541 --> 00:29:28,750 - Saya tak nampak apa-apa. - Mustahil. 316 00:29:30,583 --> 00:29:32,500 Tuanku suka menunggang kuda. 317 00:29:35,625 --> 00:29:37,333 Doktor tahu maksudnya, bukan? 318 00:29:39,791 --> 00:29:43,208 - Ada kemungkinan. - Tiada bukti, tak boleh kahwin. 319 00:30:18,500 --> 00:30:20,041 Saya yakin baginda perawan 320 00:30:21,250 --> 00:30:23,541 walaupun selaput daranya dah koyak. 321 00:30:34,041 --> 00:30:36,333 Semoga rahimmu melahirkan raja-raja 322 00:30:37,208 --> 00:30:39,541 yang berguna untuk umat manusia. 323 00:30:47,666 --> 00:30:49,750 Adinda tuanku datang mengadap. 324 00:30:50,416 --> 00:30:51,750 Kanda nak jumpa dinda? 325 00:30:53,500 --> 00:30:55,458 Biar dinda pujuk utusan itu esok. 326 00:30:56,541 --> 00:30:59,750 - Mereka takkan faham rancangan kanda. - Biar betul? 327 00:31:01,375 --> 00:31:02,625 Apa maksud kanda? 328 00:31:03,833 --> 00:31:05,875 Dah berminggu-minggu dinda jadi penasihat kanda, 329 00:31:05,958 --> 00:31:08,333 tapi kanda cuma ikut nasihat Von Bach. 330 00:31:09,250 --> 00:31:10,583 Semasa revolusi, 331 00:31:10,666 --> 00:31:13,458 Leftenan Pertama Krall kudung semasa berkhidmat. 332 00:31:17,958 --> 00:31:18,791 Hebatnya. 333 00:31:20,958 --> 00:31:24,541 Dia ada dua orang anak perempuan, Agnes dan Emilie. 334 00:31:26,208 --> 00:31:30,000 Agnes hamil anak pemuda yang tak pernah berniat menikahinya. 335 00:31:30,916 --> 00:31:32,416 Dia mati semasa bersalin. 336 00:31:33,458 --> 00:31:35,666 Emilie jadi mangsa pemuda yang sama. 337 00:31:36,958 --> 00:31:40,750 Disebabkan kecewa, dia cuba bunuh diri dan akhirnya gila. 338 00:31:43,833 --> 00:31:47,000 Atas dasar tanggungjawab, kita mesti pastikan dia 339 00:31:47,083 --> 00:31:49,416 dan keluarganya diberikan pampasan. 340 00:31:50,791 --> 00:31:52,958 Status bangsawan dan pencen tahunan. 341 00:31:53,833 --> 00:31:54,916 Apa kata dinda? 342 00:31:57,458 --> 00:31:58,291 Setuju. 343 00:31:59,875 --> 00:32:02,416 Dengan itu, dia boleh lupakan semua ini 344 00:32:03,291 --> 00:32:05,250 dan tak lagi rasa teraniaya. 345 00:32:06,625 --> 00:32:08,125 Menjunjung kasih, tuanku. 346 00:32:20,791 --> 00:32:24,166 - Dinda tak tahu mereka adik-beradik. - Dinda mesti ikut peraturan! 347 00:32:25,708 --> 00:32:27,250 Kalau tak, habislah kita. 348 00:32:46,916 --> 00:32:48,333 Awak nampak cantik. 349 00:32:54,125 --> 00:32:55,500 Kita belum berjumpa. 350 00:32:55,583 --> 00:32:57,875 Nama beta Karl, ayahanda Franz. 351 00:32:57,958 --> 00:33:00,916 Patik tahu. Selamat berkenalan. 352 00:33:02,333 --> 00:33:04,666 Maharani cuma jemput beta ke acara-acara penting 353 00:33:04,750 --> 00:33:06,666 kerana beta diusir ke Auhof. 354 00:33:07,166 --> 00:33:08,458 Samalah nasib kita. 355 00:33:09,208 --> 00:33:11,458 Kamu nampak berseri-seri. 356 00:33:12,833 --> 00:33:14,083 Macam mana hari kamu? 357 00:33:15,250 --> 00:33:16,500 Helene tak datang? 358 00:33:17,166 --> 00:33:18,500 Dia minta maaf. 359 00:33:20,833 --> 00:33:22,416 Ayah hampir tak cam kamu. 360 00:33:23,708 --> 00:33:25,083 Berita baik atau buruk? 361 00:33:26,000 --> 00:33:27,000 Entahlah. 362 00:33:27,625 --> 00:33:30,625 Elisabeth, mari berbual dengan kami. 363 00:33:31,125 --> 00:33:35,583 Perang boleh memberi makna. Itu cara untuk menggertak penderhaka. 364 00:33:35,666 --> 00:33:37,833 Perang bukan pilihan, tapi desakan. 365 00:33:37,916 --> 00:33:40,958 Rakyat tetap terima sesuatu yang bermakna esok. 366 00:33:43,541 --> 00:33:46,458 Dah jumpa pengantin diraja, Tuan Yang Terutama? 367 00:33:46,541 --> 00:33:48,208 Kami dah berkenalan. 368 00:33:49,041 --> 00:33:52,916 Patik berbesar hati mengesahkan keperawanan gadis ini. 369 00:33:53,000 --> 00:33:53,916 Bagus. 370 00:33:54,000 --> 00:33:56,375 Dengan senang hati, tuanku patut tahu 371 00:33:56,458 --> 00:33:59,375 bakal maharani kita seorang yang suci dan sihat. 372 00:34:00,208 --> 00:34:02,291 Lelaki mana yang tak suka? 373 00:34:04,291 --> 00:34:07,291 Elisabeth, Tuan Yang Terutama cuma jalankan tugas. 374 00:34:07,375 --> 00:34:11,125 Maafkan patik jika upacara suci itu buat tuanku rasa tak selesa. 375 00:34:11,208 --> 00:34:14,916 Upacara suci? Betulkah? Bukannya pencabulan bermaruah? 376 00:34:23,166 --> 00:34:25,250 Maafkan anakanda, bonda. 377 00:34:25,333 --> 00:34:28,000 Tuanku nampak gelisah. 378 00:34:28,083 --> 00:34:29,291 Patik tak gelisah. 379 00:34:29,375 --> 00:34:30,833 Awak okey, Elisabeth? 380 00:34:31,875 --> 00:34:33,583 Mungkin dia perlu berehat. 381 00:34:34,666 --> 00:34:36,208 Anakanda rasa tak perlu. 382 00:34:44,708 --> 00:34:45,708 - Patik… - Franz. 383 00:34:46,500 --> 00:34:48,500 Dia penat buat persiapan sepanjang hari. 384 00:34:48,583 --> 00:34:50,916 Kita nak upacara esok berjalan lancar. 385 00:34:51,708 --> 00:34:53,958 Kamu patut berehat, Elisabeth. 386 00:34:55,041 --> 00:34:55,875 Tak, patik… 387 00:34:55,958 --> 00:34:57,666 Lebih baik awak berehat. 388 00:34:58,916 --> 00:35:00,458 - Tapi… - Ikut cakap beta. 389 00:35:35,666 --> 00:35:37,666 Izinkan patik cakap sesuatu. 390 00:35:38,333 --> 00:35:42,416 Countess Esterhazy pilih patik kerana patik sangat berpengalaman. 391 00:35:42,916 --> 00:35:45,666 Patik pandai berkomunikasi dan berdiplomasi. 392 00:35:47,083 --> 00:35:48,916 Patik boleh ajar tuanku. 393 00:35:50,750 --> 00:35:51,666 Terima kasih. 394 00:35:54,375 --> 00:35:59,208 Dang perwara lain masuk istana untuk cari calon suami. 395 00:36:00,291 --> 00:36:01,625 Istanawati silih berganti. 396 00:36:03,041 --> 00:36:04,958 Patik hidup untuk istana ini 397 00:36:05,583 --> 00:36:07,458 dan berkhidmat untuk tuanku. 398 00:36:08,166 --> 00:36:10,000 Tuanku boleh harapkan patik. 399 00:36:12,916 --> 00:36:14,583 Awak tahu apa ini? 400 00:36:16,458 --> 00:36:18,041 Beta jumpa di atas lantai. 401 00:36:18,666 --> 00:36:22,541 Patik rasa ini cuma sampah. Nak patik buangkan? 402 00:36:27,791 --> 00:36:29,458 Biar patik tengok. 403 00:36:29,541 --> 00:36:31,708 Tuanku mesti tidur awal. 404 00:36:36,958 --> 00:36:37,791 Apa halnya? 405 00:36:37,875 --> 00:36:42,708 Di kampung saya, orang bakar patung jerami sebagai simbol kematian… 406 00:36:44,833 --> 00:36:46,833 agar roh si mati dicucuri rahmat. 407 00:36:48,250 --> 00:36:49,583 Tuanku. 408 00:36:50,083 --> 00:36:51,083 Gosok gigi. 409 00:36:53,791 --> 00:36:55,291 Beta boleh gosok sendiri. 410 00:36:56,250 --> 00:36:59,125 Tak boleh, tuanku. Nanti orang mengata. 411 00:37:02,166 --> 00:37:03,083 Awak sajalah. 412 00:37:32,375 --> 00:37:33,583 Tak boleh! 413 00:37:33,666 --> 00:37:36,125 Esok hari perkahwinan diraja. 414 00:37:36,208 --> 00:37:39,333 Mungkin kita boleh pergi. Baginda dah beradu. 415 00:37:44,541 --> 00:37:45,541 Apa itu? 416 00:37:45,625 --> 00:37:48,125 Archduke Maximilian buat parti. 417 00:37:48,750 --> 00:37:49,833 Tuanku dijemput. 418 00:37:49,916 --> 00:37:52,250 Kami semua pun dijemput. 419 00:37:52,333 --> 00:37:55,041 Countess Esterhazy kata tuanku tak boleh keluar 420 00:37:55,125 --> 00:37:57,000 pada malam perkahwinan. 421 00:38:18,083 --> 00:38:19,083 Kita patut balik. 422 00:38:20,458 --> 00:38:21,500 Itu Franz! 423 00:38:21,583 --> 00:38:22,500 Liszt! 424 00:38:23,416 --> 00:38:27,291 Kononnya alunan piano dia boleh hidupkan semula orang mati! 425 00:38:27,833 --> 00:38:28,791 Absinthe, cik? 426 00:38:30,875 --> 00:38:31,833 Apa itu? 427 00:38:33,708 --> 00:38:36,125 Mungkin teh pilihan lebih wajar, tuanku. 428 00:38:52,916 --> 00:38:53,916 Seronok? 429 00:38:57,083 --> 00:39:00,333 Jangan risau. Beta tak jemput Rauscher bedebah itu. 430 00:39:05,250 --> 00:39:06,333 Franz tak datang? 431 00:39:07,666 --> 00:39:08,750 Tak. 432 00:39:10,250 --> 00:39:12,583 - Awak nak balik kalau dia tiada? - Tak. 433 00:39:14,583 --> 00:39:15,500 Bagus. 434 00:39:16,833 --> 00:39:19,083 Boleh beta kenalkan sahabat beta. 435 00:39:19,166 --> 00:39:20,875 Dia baru tiba dari Weimar. 436 00:39:20,958 --> 00:39:23,416 Maestro, ini bakal maharani. 437 00:39:25,916 --> 00:39:27,041 Patik berbesar hati. 438 00:39:34,791 --> 00:39:37,250 Lagu ini untuk tuanku. 439 00:39:57,375 --> 00:39:58,458 Kita lambatkah? 440 00:39:59,416 --> 00:40:01,458 Dia janji nak jumpa tengah malam. 441 00:40:01,541 --> 00:40:02,833 Saya dah sampai. 442 00:40:04,166 --> 00:40:05,083 En. Stephenson. 443 00:40:05,958 --> 00:40:07,791 Duli Yang Maha Mulia Raja. 444 00:40:13,500 --> 00:40:14,791 Selamat berkenalan. 445 00:40:32,041 --> 00:40:34,416 Pergi sekarang sebelum mereka perasan. 446 00:40:39,000 --> 00:40:40,166 Untuk rakyat. 447 00:40:43,583 --> 00:40:47,833 Beta nak awak bina laluan kereta api yang hebat macam di England, 448 00:40:47,916 --> 00:40:50,250 Mesir dan Norway. 449 00:40:51,541 --> 00:40:53,625 Beta nak satukan rakyat jelata. 450 00:40:54,541 --> 00:40:56,083 Tingkatkan ekonomi mereka. 451 00:41:00,375 --> 00:41:01,833 Ini tak cukup. 452 00:41:01,916 --> 00:41:03,958 Austria perlukan kereta api. 453 00:41:04,041 --> 00:41:08,708 Seluruh dunia perlukan kereta api. Sebab itulah kosnya tinggi. 454 00:41:12,875 --> 00:41:15,916 Beri beta tiga hari untuk bayar semuanya. 455 00:41:16,000 --> 00:41:20,000 Khabarnya Austria nak sertai peperangan menentang Empayar Uthmaniyah. 456 00:41:20,500 --> 00:41:22,083 Cukupkah duit Austria? 457 00:41:23,166 --> 00:41:24,750 Austria takkan berperang. 458 00:41:26,500 --> 00:41:28,833 Beta akan bayar sebelum awak balik. 459 00:41:51,958 --> 00:41:53,041 Jom duduk. 460 00:42:01,000 --> 00:42:02,083 Tuanku suka? 461 00:42:03,666 --> 00:42:05,250 Maharani yang hadiahkan. 462 00:42:06,625 --> 00:42:09,750 - Itu kalung mak cik beta, Maria Antonia. - Marie Antoinette? 463 00:42:10,625 --> 00:42:13,166 Dia pakai kalung itu semasa kepalanya dipenggal. 464 00:42:16,416 --> 00:42:19,916 Keluarga beta pandai mengkosmetikkan keburukan. 465 00:42:23,041 --> 00:42:25,541 Jadi, kenapa tuanku masih di sini? 466 00:42:28,041 --> 00:42:29,875 Dah puas beta cuba bawa diri… 467 00:42:32,583 --> 00:42:33,583 Elisabeth. 468 00:42:36,666 --> 00:42:40,583 Sejujurnya, beta rasa gaya hidup ini lebih sesuai untuk awak. 469 00:42:42,250 --> 00:42:43,958 Beta lebih sesuai untuk awak. 470 00:42:46,791 --> 00:42:48,333 Patik akan berkahwin esok. 471 00:42:49,458 --> 00:42:50,791 Belum terlambat. 472 00:42:52,583 --> 00:42:53,458 Jangan. 473 00:42:57,583 --> 00:43:01,250 Kelakar betul! Awak percaya cakap beta? 474 00:43:04,416 --> 00:43:06,250 Cinta sejati tak mengenal rupa. 475 00:43:09,666 --> 00:43:11,041 Patik cinta akan Franz. 476 00:43:11,916 --> 00:43:13,750 Jadi, apa awak buat di sini? 477 00:43:34,458 --> 00:43:36,250 Kakak tak nak cakap dengan saya lagi? 478 00:43:42,958 --> 00:43:45,083 Berapa kali saya perlu minta maaf? 479 00:43:45,583 --> 00:43:46,875 Saya minta maaf. 480 00:43:47,458 --> 00:43:49,416 - Saya maksudkannya. - Kamu mabuk. 481 00:43:52,000 --> 00:43:52,833 Saya tahu. 482 00:43:53,333 --> 00:43:55,625 Bakal maharani mesti jaga perangai. 483 00:43:58,916 --> 00:43:59,875 Helene. 484 00:44:02,083 --> 00:44:03,875 Hari ini sangat menyeksakan. 485 00:44:06,375 --> 00:44:08,958 Kakak cuma boleh tumpang simpati. 486 00:44:17,750 --> 00:44:20,291 Kamu selalu lari daripada masalah. 487 00:44:22,583 --> 00:44:24,125 Matanglah sikit, Sisi. 488 00:44:26,375 --> 00:44:28,083 Kakak tahu kakak macam siapa? 489 00:44:29,125 --> 00:44:30,083 Ibu. 490 00:44:46,666 --> 00:44:50,125 Beta beri mereka tiga bulan saja. Apa pendapat awak? 491 00:44:54,166 --> 00:44:56,000 Beta bukan hadiah sagu hati. 492 00:46:01,375 --> 00:46:04,000 Beta dah cakap yang beta tak nak diganggu. 493 00:46:04,791 --> 00:46:06,125 Bukan suami tuanku… 494 00:46:08,791 --> 00:46:10,583 tapi Putera Vasa. 495 00:46:16,375 --> 00:46:19,708 Tuanku, apa patut patik cakap? 496 00:46:20,208 --> 00:46:21,250 Tuanku kenal dia? 497 00:46:26,875 --> 00:46:28,041 Suruh dia masuk. 498 00:46:37,250 --> 00:46:38,625 Tuanku. 499 00:46:41,666 --> 00:46:42,750 Putera Vasa. 500 00:46:55,458 --> 00:46:57,000 Dah berapa tahun? Sepuluh? 501 00:46:58,708 --> 00:46:59,583 Tiga belas. 502 00:47:01,375 --> 00:47:03,333 Awak masih pakai bulu musang itu. 503 00:47:03,833 --> 00:47:06,833 Patik jenis yang menghargai, bukan macam tuanku. 504 00:47:08,250 --> 00:47:11,000 Lelaki terakhir yang biadab dengan beta mati di tali gantung. 505 00:47:12,875 --> 00:47:14,000 Nak minum? 506 00:47:17,541 --> 00:47:18,625 Dia cinta akannya? 507 00:47:19,458 --> 00:47:20,333 Franz? 508 00:47:21,500 --> 00:47:23,375 Dia mabuk kepayang. 509 00:47:24,750 --> 00:47:27,791 Perkahwinan atas dasar cinta? Tak salahkah? 510 00:47:29,333 --> 00:47:31,041 Kami cuba buat pembaharuan. 511 00:47:39,333 --> 00:47:41,666 Kenapa tuanku jemput saya? 512 00:47:43,541 --> 00:47:44,958 Seluruh Eropah dijemput. 513 00:47:45,041 --> 00:47:48,500 Sebab anak patik yang kahwin esok? 514 00:47:56,750 --> 00:47:58,958 Banyaknya soalan, Putera Vasa. 515 00:48:01,416 --> 00:48:02,916 Bawa bertenang. 516 00:48:13,041 --> 00:48:14,500 Patik minta diri dulu. 517 00:48:16,583 --> 00:48:17,916 Selamat malam, tuanku. 518 00:48:20,958 --> 00:48:22,500 Kita jumpa esok? 519 00:48:27,333 --> 00:48:28,750 Tuanku akan jawab soalan patik? 520 00:48:44,333 --> 00:48:47,041 Apa maksud awak yang baginda tiada di kamarnya? 521 00:48:50,250 --> 00:48:52,208 Maharani dah lari? 522 00:48:58,416 --> 00:48:59,416 Apa itu? 523 00:49:07,875 --> 00:49:09,208 Halau dia keluar. 524 00:49:15,875 --> 00:49:18,333 - Mereka tunggu kamu. - Saya tak peduli. 525 00:49:19,291 --> 00:49:20,458 Oh, Tuhan. 526 00:49:24,541 --> 00:49:26,208 Tinggalkan kami sekejap. 527 00:49:49,750 --> 00:49:51,666 Puas hati tengok saya macam ini? 528 00:49:55,000 --> 00:49:56,000 Sepatutnya… 529 00:49:58,000 --> 00:49:58,958 tapi sebaliknya. 530 00:50:02,541 --> 00:50:04,583 Nafas kamu bau champagne lama! 531 00:50:07,625 --> 00:50:08,541 Kakak pun sama. 532 00:50:13,000 --> 00:50:14,708 Saya suka rambut kakak. 533 00:50:16,208 --> 00:50:17,625 Kakak nampak cantik. 534 00:50:20,541 --> 00:50:21,791 Kakak minta maaf. 535 00:50:23,125 --> 00:50:24,000 Saya pun sama. 536 00:50:25,250 --> 00:50:26,916 Jangan samakan kakak dengan ibu. 537 00:50:28,041 --> 00:50:28,916 Taklah. 538 00:50:45,291 --> 00:50:46,583 Doakan saya bahagia. 539 00:50:47,916 --> 00:50:49,708 Lama-lama, kamu akan terbiasa. 540 00:50:51,791 --> 00:50:53,583 Saya tak nak kehilangan kakak. 541 00:50:56,375 --> 00:50:57,916 Kakak sentiasa ada. 542 00:51:08,500 --> 00:51:10,666 Betulkah kakak nak balik ke Bavaria? 543 00:51:12,791 --> 00:51:14,833 Boleh kakak teman saya? 544 00:51:17,208 --> 00:51:19,000 Saya tiada sesiapa di sini. 545 00:51:30,666 --> 00:51:31,750 Apa halnya, Theo? 546 00:51:34,291 --> 00:51:37,208 Pengantin diraja bergaduh dengan adinda tuanku. 547 00:51:38,125 --> 00:51:39,083 Adinda beta? 548 00:51:42,333 --> 00:51:43,833 Dia nampak tak keruan. 549 00:52:10,083 --> 00:52:11,791 Terima kasih, semua. 550 00:52:12,458 --> 00:52:14,958 Countess, tahniah. 551 00:54:10,625 --> 00:54:12,000 Tolong jaga anak dinda. 552 00:54:17,750 --> 00:54:19,000 Elisabeth! 553 00:54:19,583 --> 00:54:21,375 - Elisabeth! - Elisabeth! 554 00:54:24,541 --> 00:54:25,500 Elisabeth! 555 00:54:27,333 --> 00:54:28,375 Elisabeth! 556 00:54:29,083 --> 00:54:31,250 Elisabeth! 557 00:54:33,166 --> 00:54:34,291 Tuanku! 558 00:54:39,041 --> 00:54:40,875 Elisabeth! 559 00:54:42,250 --> 00:54:43,958 Elisabeth! 560 00:55:58,583 --> 00:56:01,583 Terjemahan sari kata oleh Saffura