1 00:00:06,625 --> 00:00:09,041 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:11,666 --> 00:00:13,166 ENAM TAHUN SEBELUM 3 00:00:13,250 --> 00:00:15,000 Cepat! 4 00:00:20,333 --> 00:00:21,708 Pergi! 5 00:00:24,458 --> 00:00:26,708 Kita akan mati kalau tunggu di Vienna. 6 00:00:26,791 --> 00:00:29,500 Kita akan kembali selepas pemberontakan tamat. 7 00:00:30,458 --> 00:00:32,541 Pak cik kamu dah digulingkan. 8 00:00:34,333 --> 00:00:36,125 Masa kamu dah tiba, Franz. 9 00:00:38,333 --> 00:00:40,333 - Ayah akan naik takhta. - Tak. 10 00:00:40,916 --> 00:00:43,375 Ayah kamu pun lemah macam abang dia. 11 00:00:50,291 --> 00:00:51,333 Jangan takut. 12 00:00:54,125 --> 00:00:55,541 Kita boleh lakukannya. 13 00:00:56,041 --> 00:00:57,333 Bersama-sama. 14 00:01:00,291 --> 00:01:01,291 Mara! 15 00:01:41,458 --> 00:01:45,583 THE EMPRESS 16 00:01:55,000 --> 00:01:58,291 Selamat pagi, tuanku. Tuanku bermimpi. 17 00:02:00,291 --> 00:02:01,125 Terima kasih. 18 00:02:02,041 --> 00:02:05,958 Kabinet tunggu tuanku dan baginda raja untuk mulakan mesyuarat khas 19 00:02:06,041 --> 00:02:07,500 berhubung krisis Rusia. 20 00:02:08,291 --> 00:02:10,666 Selain itu, patik nak maklumkan, 21 00:02:10,750 --> 00:02:13,916 hari ini hari ke-30 baginda maharani tak datang haid. 22 00:02:15,041 --> 00:02:17,833 Patik percaya baginda maharani hamil. 23 00:02:18,375 --> 00:02:22,791 Panggil doktor untuk sahkannya. Moga-moga berbaloilah usaha beta. 24 00:02:24,833 --> 00:02:26,625 Fasa bulan madu dah berakhir. 25 00:02:55,166 --> 00:02:58,416 Jangan tenung dinda sepanjang malam macam burung hantu. 26 00:02:59,791 --> 00:03:02,208 Dinda dah bosan dengan kanda? 27 00:03:04,333 --> 00:03:05,333 Ya. 28 00:03:06,458 --> 00:03:07,500 Tapi? 29 00:03:07,583 --> 00:03:09,375 Makanan di sini sedap belaka. 30 00:03:11,041 --> 00:03:12,125 Pemandangannya… 31 00:03:21,750 --> 00:03:23,208 Kabinet sedang menunggu. 32 00:03:25,125 --> 00:03:26,125 Para menteri. 33 00:03:27,500 --> 00:03:28,458 Maafkan kanda. 34 00:03:30,333 --> 00:03:31,583 Konflik dengan Rusia? 35 00:03:46,250 --> 00:03:48,041 Giliran rejimen aku pula. 36 00:03:52,583 --> 00:03:54,416 Tiga, dua, satu. 37 00:03:55,375 --> 00:03:57,041 Countess Esterhazy. 38 00:03:59,125 --> 00:04:00,666 Selamat pagi, tuanku. 39 00:04:00,750 --> 00:04:03,708 - Selamat pagi, tuanku. - Patik harap tuanku tidur lena. 40 00:04:03,791 --> 00:04:06,500 - Selamat pagi, tuanku. - Selamat pagi, tuanku. 41 00:04:06,583 --> 00:04:08,416 Cuaca hari ini cerah. 42 00:04:08,500 --> 00:04:12,541 Kita boleh gubah bunga lagi atau sambung menyulam. 43 00:04:14,083 --> 00:04:18,041 Beta suka telur mentah, tapi boleh beta minum kopi pagi ini? 44 00:04:19,833 --> 00:04:22,000 Dah sebulan tuanku tak datang haid. 45 00:04:22,625 --> 00:04:25,625 Seisi istana harap tuanku hamil. 46 00:04:27,708 --> 00:04:31,583 Kami baru kahwin, bukan? Rezeki takkan ke mana, countess. 47 00:04:32,750 --> 00:04:36,375 Dijauhkan Tuhan, kalau sesuatu yang buruk menimpa baginda raja 48 00:04:36,458 --> 00:04:40,416 dan tiada pewaris takhta, perang rebut takhta akan tercetus. 49 00:04:40,500 --> 00:04:42,958 Kesimpulannya, patik tak setuju. 50 00:04:43,458 --> 00:04:47,583 Masa depan Habsburg perlu dijamin kerana rezeki tak datang bergolek. 51 00:05:02,958 --> 00:05:06,000 Pagi ini, patik bawa sesuatu yang istimewa. 52 00:05:08,708 --> 00:05:09,666 Apa itu? 53 00:05:09,750 --> 00:05:13,041 Uri wanita yang baru melahirkan anak lelaki kelapannya. 54 00:05:15,125 --> 00:05:16,625 Ampunkan patik, tuanku. 55 00:05:17,208 --> 00:05:18,416 Maaf, countess. 56 00:05:18,500 --> 00:05:21,458 Tuanku nak lahirkan pewaris takhta, bukan? 57 00:05:22,041 --> 00:05:23,583 Kalau anak beta perempuan? 58 00:05:24,416 --> 00:05:27,250 Anak perempuan tak boleh mewarisi takhta. 59 00:05:33,833 --> 00:05:35,833 Perancis masih membisu. 60 00:05:35,916 --> 00:05:39,583 Sejak tuanku kahwin, mereka putuskan semua hubungan diplomatik. 61 00:05:40,166 --> 00:05:43,375 Patik tak tahu tahu punca yang menyinggung Napoleon. 62 00:05:46,208 --> 00:05:47,708 Tsar dah baca surat beta? 63 00:05:47,791 --> 00:05:50,916 Masa untuk berdiplomasi dah tamat. 64 00:05:51,000 --> 00:05:54,500 Tuanku tak boleh biar konflik ini berlarutan. 65 00:05:54,583 --> 00:05:58,250 Kita mesti kuatkan pertahanan di kedua-dua perbatasan sekarang. 66 00:05:58,333 --> 00:06:00,208 Masalahnya, kita tak mampu. 67 00:06:00,291 --> 00:06:02,333 Kita perlukan landasan kereta api. 68 00:06:02,416 --> 00:06:05,291 Kita masih mampu mempertahankan empayar kita. 69 00:06:05,375 --> 00:06:08,500 Kita tak perlu bertahan kalau pamer kekuatan sekarang. 70 00:06:08,583 --> 00:06:11,541 Anakanda takkan berperang untuk tujuan sia-sia. 71 00:06:12,541 --> 00:06:14,083 Ada cara lain. 72 00:06:17,625 --> 00:06:20,666 Dah cuba berhubung dengan St. Petersburg atau Paris? 73 00:06:22,208 --> 00:06:25,500 Awak diplomat tertinggi, bukan penjaga kuda beta! 74 00:06:27,875 --> 00:06:29,375 Ada cadangan lain? 75 00:06:32,416 --> 00:06:33,250 Tiada? 76 00:06:34,708 --> 00:06:36,500 Kita jemput Raja Muda Rusia. 77 00:06:39,041 --> 00:06:41,500 Alexander? Dia belum naik takhta. 78 00:06:41,583 --> 00:06:43,000 Bonda tak setuju. 79 00:06:43,583 --> 00:06:46,208 Nicholas akan anggap itu satu lagi provokasi. 80 00:06:46,291 --> 00:06:49,083 Beta yakin pendirian Alexander berbeza. 81 00:06:50,958 --> 00:06:53,625 Kami boleh berbincang tentang masa depan. 82 00:06:55,416 --> 00:06:56,416 Bersurai. 83 00:07:10,250 --> 00:07:13,375 Kenapa Maxi datang? Dia bukan lagi penasihat anakanda. 84 00:07:13,458 --> 00:07:14,541 Dia bosan. 85 00:07:15,250 --> 00:07:17,666 Anakanda tahu dia suka cari pasal kalau bosan. 86 00:07:17,750 --> 00:07:18,833 Buat dia sibuk. 87 00:07:26,791 --> 00:07:28,083 Biar beta sambung. 88 00:07:28,166 --> 00:07:29,000 Tuanku. 89 00:07:44,500 --> 00:07:45,333 Takut? 90 00:07:45,833 --> 00:07:49,291 Kena tidur seorang malam ini atau dinda ada buat salah? 91 00:07:51,083 --> 00:07:54,000 Buktikan pedang dinda setajam lidah dinda. 92 00:08:06,500 --> 00:08:07,333 Itu saja? 93 00:08:44,875 --> 00:08:46,208 Dinda nak bunuh kanda? 94 00:08:58,333 --> 00:09:00,541 Dinda berubah sejak kanda kahwin. 95 00:09:01,666 --> 00:09:04,250 Kanda larang dinda campur urusan kanda. 96 00:09:04,833 --> 00:09:08,333 - Sejak bila dinda patuh arahan? - Dinda bukan boneka kanda. 97 00:09:08,875 --> 00:09:11,500 Ikutkan saja telunjuk kanda? Pergi jahanam. 98 00:09:11,583 --> 00:09:14,083 Jangan salahkan kanda kalau dinda sengsara! 99 00:09:15,041 --> 00:09:16,875 Dinda benci tinggal di istana! 100 00:09:16,958 --> 00:09:18,458 Kanda tak kenal dinda. 101 00:09:19,791 --> 00:09:21,250 Buktikan kanda silap. 102 00:09:26,708 --> 00:09:28,541 Kanda tak patut minta dinda pulang. 103 00:09:29,916 --> 00:09:31,291 Dinda perlukan sesuatu. 104 00:09:35,708 --> 00:09:37,958 Ketua Komander Tentera Laut Diraja Austria. 105 00:09:39,125 --> 00:09:40,125 Apa kata dinda? 106 00:09:45,666 --> 00:09:47,000 Kanda fikir dinda bodoh? 107 00:09:48,666 --> 00:09:50,583 Dinda tahu tentera laut kita. 108 00:09:50,666 --> 00:09:53,291 Dua pelabuhan dan lapan bot usang saja. 109 00:09:53,375 --> 00:09:55,166 Apa dinda nak sebenarnya? 110 00:09:55,250 --> 00:09:58,875 Lantik dinda sebagai Gabenor Bohemia atau Tyrol. 111 00:09:59,583 --> 00:10:00,958 Tanggungjawab sebenar. 112 00:10:05,500 --> 00:10:07,083 Dinda bukan negarawan. 113 00:10:12,708 --> 00:10:13,791 Baiklah. 114 00:10:15,916 --> 00:10:19,708 Seluas-luas empayar kita, satu negeri pun kanda tak nak kongsi. 115 00:10:21,125 --> 00:10:23,208 Kanda takut dinda rampas hak kanda. 116 00:10:24,500 --> 00:10:25,583 Sejak dulu lagi. 117 00:10:27,583 --> 00:10:32,166 Sedarlah hakikatnya, kanda yang suka rampas hak orang. 118 00:10:40,666 --> 00:10:42,333 Semoga berjaya dengan Rusia. 119 00:10:59,291 --> 00:11:04,666 Dengar kata Putera Ferdinand dari Kinsky melamar Puteri Marie dari Lichtenstein. 120 00:11:05,291 --> 00:11:06,708 Putera Kinsky? 121 00:11:06,791 --> 00:11:09,916 Dia hampir bertunang dengan Puteri Auersperg. 122 00:11:11,375 --> 00:11:12,291 Saya tahu! 123 00:11:12,375 --> 00:11:13,375 Tak sangka betul. 124 00:11:19,083 --> 00:11:21,625 Pegang jarum guna dua jari saja, Leontine. 125 00:11:22,208 --> 00:11:23,291 Itu lebih mudah. 126 00:11:25,208 --> 00:11:27,041 Charlotte, hulurkan gunting. 127 00:11:28,166 --> 00:11:29,000 Charlotte? 128 00:11:33,791 --> 00:11:36,125 Dia Schwarzenberg, Charlotte. 129 00:11:36,208 --> 00:11:38,583 Salah sebuah keluarga elit empayar kita. 130 00:11:38,666 --> 00:11:39,708 Jangan berangan. 131 00:11:46,958 --> 00:11:47,791 Celaka. 132 00:11:51,750 --> 00:11:53,250 Ampun, tuanku. 133 00:11:53,833 --> 00:11:56,291 Pandai mencarut, tak pandai menyulam. 134 00:11:56,375 --> 00:11:58,041 Mana satu lebih penting? 135 00:12:01,583 --> 00:12:03,458 - Teh, cik. - Terima kasih. 136 00:12:04,833 --> 00:12:07,583 Inikah hidup yang awak bayangkan di istana? 137 00:12:08,458 --> 00:12:09,833 Apa maksud tuanku? 138 00:12:10,333 --> 00:12:12,583 Beta teringin tinggal di bandar besar. 139 00:12:14,000 --> 00:12:18,208 Macam manalah agaknya hidup di luar pagar istana ini? 140 00:12:19,333 --> 00:12:20,291 Yalah, Leontine. 141 00:12:20,375 --> 00:12:23,791 Awak tak pernah cerita tentang rumah atau keluarga awak. 142 00:12:23,875 --> 00:12:25,291 Menjunjung duli, tuanku! 143 00:12:26,583 --> 00:12:28,000 - Tuanku. - Tuanku. 144 00:12:33,375 --> 00:12:36,083 Beta ada masa. Boleh kita pergi bersiar-siar? 145 00:12:37,166 --> 00:12:38,500 Dinda ada idea. 146 00:13:07,000 --> 00:13:09,083 Jangan tengok dinda. Pandang sana. 147 00:13:14,375 --> 00:13:15,625 Buka baju. 148 00:13:25,166 --> 00:13:26,333 Buka seluar sekali. 149 00:13:47,250 --> 00:13:48,625 Jangan tunjuk gigi. 150 00:13:56,666 --> 00:13:57,625 Itu rupa kanda? 151 00:13:59,208 --> 00:14:02,333 Dinda tahu. Kasihan dinda terpaksa tengok setiap hari. 152 00:15:03,125 --> 00:15:04,458 Macam mana rasanya? 153 00:15:08,791 --> 00:15:10,416 Kenapa dia nak bunuh kanda? 154 00:15:15,708 --> 00:15:17,333 Sebab dia tak rugi apa-apa. 155 00:15:20,375 --> 00:15:23,875 Kempen kata mereka berjaya tangkap semua yang terlibat… 156 00:15:26,000 --> 00:15:27,416 tapi itu tak penting. 157 00:15:29,875 --> 00:15:31,375 Rakyat masih menderita. 158 00:15:34,291 --> 00:15:35,625 Mereka hidup melarat. 159 00:15:37,833 --> 00:15:38,708 Kanda. 160 00:15:40,500 --> 00:15:43,333 Dinda percaya kanda boleh ubah nasib rakyat. 161 00:15:57,083 --> 00:15:59,583 Bonda dengar kamu berdua mandi sungai. 162 00:16:02,041 --> 00:16:05,583 Dia nampak sangat bahagia, Elisabeth. Bonda tumpang gembira. 163 00:16:06,166 --> 00:16:07,458 Terima kasih. 164 00:16:07,541 --> 00:16:10,250 Bukan mudah berkongsi dia dengan semua orang. 165 00:16:13,166 --> 00:16:16,041 Anakanda tak kisah. Dia cerita segala-galanya. 166 00:16:18,125 --> 00:16:21,875 Bonda dengar dah sebulan anakanda tak datang haid. 167 00:16:23,416 --> 00:16:25,666 Kelak, anakanda ada tugas sendiri. 168 00:16:35,458 --> 00:16:36,875 Seronokkah pagi tadi? 169 00:16:40,583 --> 00:16:42,250 Dinda nampak kamu di taman. 170 00:16:42,333 --> 00:16:44,958 Dinda sorok di dalam semak dan intai kami? 171 00:16:47,125 --> 00:16:48,708 Dah berapa helai sapu tangan? 172 00:16:49,291 --> 00:16:51,791 Cukup untuk semua gadis yang menangis kerana dinda. 173 00:16:53,541 --> 00:16:54,875 Jadi, kanda gembira? 174 00:16:55,875 --> 00:16:58,375 Maaf mengecewakan dinda, tapi kanda okey. 175 00:17:00,000 --> 00:17:02,958 Raja Muda Rusia baru sampai di Bavaria dari Hessen. 176 00:17:04,333 --> 00:17:05,458 Sediakan surat. 177 00:17:06,666 --> 00:17:07,500 Anakanda? 178 00:17:08,000 --> 00:17:10,583 Mungkin dia boleh singgah hujung minggu ini. 179 00:17:10,666 --> 00:17:13,291 Tak sempat buat persiapan untuk sambut dia. 180 00:17:13,375 --> 00:17:16,250 - Kita perlu tangguhkannya. - Ini peluang kita. 181 00:17:16,333 --> 00:17:19,041 Kita takkan sempat buat persiapan sepatutnya. 182 00:17:19,125 --> 00:17:20,375 Ladu! 183 00:17:21,875 --> 00:17:24,750 - Mulakan persiapan sekarang. - Jangan mengarut! 184 00:17:24,833 --> 00:17:27,041 Memalukan saja kalau buat ala kadar. 185 00:17:27,125 --> 00:17:29,541 Tak perlu buat sambutan besar-besaran. 186 00:17:30,791 --> 00:17:31,875 Apa maksud dinda? 187 00:17:33,416 --> 00:17:35,708 Buat sesuatu yang lebih tertutup. 188 00:17:36,291 --> 00:17:37,250 Lebih tertutup? 189 00:17:37,916 --> 00:17:41,416 Ayah selalu bincang hal penting semasa keluar berburu. 190 00:17:41,500 --> 00:17:43,375 Berburu? Bagus idea itu. 191 00:17:43,458 --> 00:17:45,375 Kita boleh ziarah ayah di Auhof. 192 00:17:49,625 --> 00:17:50,791 Bonda tak setuju. 193 00:17:51,833 --> 00:17:54,750 Kalau nak berbincang tanpa suara-suara sumbang, 194 00:17:54,833 --> 00:17:56,666 itulah persekitaran yang tepat. 195 00:17:57,416 --> 00:17:58,625 Suara-suara sumbang? 196 00:17:59,583 --> 00:18:03,250 Kita tak nak dia nampak yang kita cuba mengampu dia, bukan? 197 00:18:10,416 --> 00:18:11,583 Beta setuju. 198 00:18:13,750 --> 00:18:15,458 Tiada jamuan atau sambutan. 199 00:18:17,041 --> 00:18:18,458 Santai saja. 200 00:18:22,208 --> 00:18:24,458 Elisabeth tak boleh ikut berburu. 201 00:18:25,375 --> 00:18:26,208 Kenapa? 202 00:18:27,208 --> 00:18:30,625 Dalam keadaan kamu, ia terlalu lasak. 203 00:18:30,708 --> 00:18:31,750 Biar bonda pergi. 204 00:18:36,500 --> 00:18:37,583 Anakanda nak ikut. 205 00:18:41,041 --> 00:18:42,166 Kami pergi berdua. 206 00:18:43,333 --> 00:18:46,000 Kami berdua dengan raja muda dan isterinya. 207 00:18:53,333 --> 00:18:56,000 Ada apa-apa lagi, tuanku? 208 00:18:56,083 --> 00:18:57,041 Tak. 209 00:18:59,000 --> 00:19:02,000 Beta tak percaya dia cadangkan mereka pergi berburu. 210 00:19:02,500 --> 00:19:03,666 Tuanku mesti ikut. 211 00:19:03,750 --> 00:19:06,666 Dah tentulah. Empayar kita di ambang peperangan. 212 00:19:08,583 --> 00:19:10,666 Sekarang, kita terpaksa ke Auhof. 213 00:19:10,750 --> 00:19:14,000 Karl bersemayam di sana supaya dia tak boleh menyibuk. 214 00:19:14,083 --> 00:19:16,833 Apa selepas ini? Hantar Luziwuzi ke Napoleon? 215 00:19:17,875 --> 00:19:20,666 Yang Mulia akan tahu betapa seriusnya hal ini. 216 00:19:20,750 --> 00:19:22,875 Patik akan hantar uniform baharu. 217 00:19:22,958 --> 00:19:25,458 Berani budak itu pijak kepala beta? 218 00:19:25,541 --> 00:19:26,750 Tuanku. 219 00:19:26,833 --> 00:19:30,208 Kadang-kadang, ada baiknya kita biar baji bersua matan. 220 00:19:30,291 --> 00:19:33,500 Biar dia malukan diri sendiri di depan semua orang. 221 00:19:33,583 --> 00:19:35,583 Apalah sangat daya dia? 222 00:19:44,875 --> 00:19:48,750 Saya tak sabar nak jumpa raja muda. Kononnya dia sangat tampan. 223 00:19:49,333 --> 00:19:50,416 Selamat pagi. 224 00:19:58,083 --> 00:20:01,041 Awak tahu dia ada satu gelaran kehormat saja? 225 00:20:01,125 --> 00:20:02,250 Apa masalahnya? 226 00:20:02,750 --> 00:20:03,666 Cik, nak teh? 227 00:20:03,750 --> 00:20:05,500 Dia seorang akauntan. 228 00:20:07,666 --> 00:20:11,916 Lelaki yang pandai kira-kira biasanya pandai 229 00:20:13,083 --> 00:20:14,250 mengira. 230 00:20:19,875 --> 00:20:22,500 Entah kenapa baginda maharani suka dia. 231 00:20:22,583 --> 00:20:23,958 Dia tak beradab. 232 00:20:25,416 --> 00:20:26,750 Dia menyeronokkan. 233 00:20:27,250 --> 00:20:31,166 Kalau dah pipit itu, pipit jugalah lawannya. 234 00:20:31,708 --> 00:20:33,708 Jangan berangan nak jadi enggang. 235 00:20:38,791 --> 00:20:39,750 Tuanku? 236 00:20:45,083 --> 00:20:47,541 Kontrak daripada Sina dah sampai. 237 00:20:49,208 --> 00:20:50,458 Kita dah ada duit. 238 00:20:51,458 --> 00:20:53,250 Tuanku cuma perlu tandatangan. 239 00:20:56,416 --> 00:20:58,750 - Kita boleh bina landasan kereta api. - Tahniah. 240 00:20:58,833 --> 00:21:01,375 Mudah-mudahan kita tak perlu berperang. 241 00:21:37,625 --> 00:21:38,750 Anakanda. 242 00:21:39,250 --> 00:21:40,083 Ayahanda. 243 00:21:40,166 --> 00:21:42,541 - Akhirnya, anakanda mencemar duli. - Ya. 244 00:21:42,625 --> 00:21:45,708 Ini idea Elisabeth. Tak payah sentimental sangat. 245 00:21:47,416 --> 00:21:48,625 Bonda nak ke taman. 246 00:22:06,833 --> 00:22:09,333 Ada sebab anakanda mesti ikut. 247 00:22:11,416 --> 00:22:13,041 Hal ini terlalu penting bagi kita. 248 00:22:13,875 --> 00:22:15,500 Bonda faham. 249 00:22:18,916 --> 00:22:22,500 Kalaupun anakanda hamil, anakanda masih boleh berburu. 250 00:22:23,833 --> 00:22:27,083 Anakanda minum telur mentah yang Esterhazy sediakan, 251 00:22:27,166 --> 00:22:28,375 jadi jangan risau. 252 00:22:28,875 --> 00:22:30,875 Bonda kagumi keyakinan anakanda. 253 00:22:33,291 --> 00:22:36,250 Bonda mandi air garam sehingga kulit mengelupas. 254 00:22:36,333 --> 00:22:39,875 Bonda telan telur mentah sehingga muntah setiap pagi. 255 00:22:39,958 --> 00:22:42,875 Selepas enam tahun, baru bonda berjaya hamil. 256 00:22:45,458 --> 00:22:48,541 Bukan senang nak mengandung. 257 00:22:49,291 --> 00:22:50,958 Bonda anakanda hamil lapan kali. 258 00:22:51,041 --> 00:22:55,958 Tugas anakanda melahirkan pewaris takhta, bukan menyibuk hal lain! 259 00:23:36,041 --> 00:23:38,416 Selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan. 260 00:23:40,166 --> 00:23:41,375 Terima kasih datang. 261 00:23:42,000 --> 00:23:46,541 Tuanku pun tak setuju dengan keputusan baginda raja. 262 00:23:46,625 --> 00:23:50,041 Betul, tapi beta ada usul yang menarik. 263 00:24:16,833 --> 00:24:18,750 - Yang Amat Mulia. - Tuanku. 264 00:24:21,083 --> 00:24:22,750 Selamat datang ke Austria. 265 00:24:22,833 --> 00:24:25,208 Inilah wanita yang jadi bualan Eropah. 266 00:24:25,708 --> 00:24:29,458 "Bercahaya bak matahari," titip utusan patik dari Austria. 267 00:24:29,541 --> 00:24:33,041 - Benarlah gambaran dia. - Mungkin dia mabuk. 268 00:24:37,416 --> 00:24:40,625 Dulu, dia masih berhingus. Hari ini, dia dah jadi raja. 269 00:24:40,708 --> 00:24:41,708 Patik masih sama. 270 00:24:42,791 --> 00:24:45,750 Ajarlah patik cara gulingkan ayahanda patik. 271 00:24:46,916 --> 00:24:48,625 - Di mana isteri awak? - Ya. 272 00:24:48,708 --> 00:24:49,833 Di mana dia? 273 00:24:51,041 --> 00:24:52,083 Maria! 274 00:24:53,625 --> 00:24:54,916 Kita dah sampai? 275 00:25:01,958 --> 00:25:03,625 - Tuanku. - Maria. 276 00:25:05,083 --> 00:25:08,125 - Senang dapat berjumpa lagi. - Samalah. 277 00:25:08,708 --> 00:25:12,083 - Puppy nak buang hajat. - Nampak gayanya. 278 00:25:12,916 --> 00:25:14,958 Esok pagi semasa matahari terbit? 279 00:25:15,958 --> 00:25:18,541 - Baiklah. - Tak sabar rasanya. 280 00:25:31,041 --> 00:25:33,708 Kita tak setuju dengan keputusan baginda. 281 00:25:33,791 --> 00:25:35,708 Kita mesti bersekutu dengan Perancis. 282 00:25:35,791 --> 00:25:37,750 Napoleon tak nak layan kita lagi. 283 00:25:37,833 --> 00:25:39,250 Napoleon sangat marah. 284 00:25:39,333 --> 00:25:42,625 Kita terpaksa berdepan dua musuh kalau tak buat apa-apa. 285 00:25:43,583 --> 00:25:45,458 Rusia dan Perancis. 286 00:25:45,541 --> 00:25:49,166 Kita patut isytihar perang ke atas Rusia untuk pujuk Napoleon. 287 00:25:49,250 --> 00:25:52,833 - Betul, tapi baginda tak setuju. - Apa cadangan tuanku? 288 00:25:54,458 --> 00:25:58,125 Perancis dah janji dengan beta mereka takkan serang Habsburg. 289 00:25:59,916 --> 00:26:01,208 Selain daripada itu, 290 00:26:01,291 --> 00:26:04,541 mereka akan sokong kita kalau berperang dengan Rusia. 291 00:26:04,625 --> 00:26:05,750 Biar betul? 292 00:26:05,833 --> 00:26:08,750 Napoleon beri muka lagi? Macam mana tuanku tahu? 293 00:26:10,625 --> 00:26:12,791 Mungkin kamu semua masih tak faham. 294 00:26:14,500 --> 00:26:17,041 Perancis takkan bantu kakanda beta… 295 00:26:19,250 --> 00:26:21,333 tapi mereka akan bantu raja baharu. 296 00:26:29,375 --> 00:26:33,791 Dengan syarat, kita tak bersekutu dengan Rusia. 297 00:26:35,833 --> 00:26:39,583 Kalau baginda buat perjanjian damai dengan Raja Muda Rusia? 298 00:26:42,916 --> 00:26:44,250 Beta boleh uruskannya. 299 00:26:51,166 --> 00:26:52,916 Selamat pagi, tuanku. 300 00:26:53,000 --> 00:26:53,958 Selamat pagi. 301 00:26:55,666 --> 00:26:57,458 Tiada satu pun patik berkenan. 302 00:26:58,333 --> 00:26:59,333 Grand Duchess. 303 00:26:59,416 --> 00:27:01,125 Selamat pagi, sayang. 304 00:27:02,000 --> 00:27:05,250 Ini model terbaharu senapang pemburu Zaisenberger, 305 00:27:05,333 --> 00:27:07,291 bermuncung oktagon dan tepat. 306 00:27:08,250 --> 00:27:09,625 Ini model terbaik kami. 307 00:27:11,291 --> 00:27:15,000 Selesa dipegang. Kenapa tuanku tak tunjuk dari awal? 308 00:27:15,083 --> 00:27:17,208 Beta tak tunjuk semuanya sekali gus. 309 00:27:18,416 --> 00:27:20,041 Maksudnya, ada banyak lagi? 310 00:27:20,875 --> 00:27:21,833 Siapa tahu? 311 00:27:23,833 --> 00:27:25,500 Patik pilih senapang ini. 312 00:27:26,500 --> 00:27:27,958 - Bijak. - Tuanku. 313 00:27:28,958 --> 00:27:29,958 Selamat pagi. 314 00:27:32,208 --> 00:27:37,375 Dinda tak faham kenapa kita mesti keluar berburu awal pagi? 315 00:27:39,000 --> 00:27:40,166 Bila dinda sampai? 316 00:27:45,166 --> 00:27:47,416 Grand Duke, patik berbesar hati. 317 00:27:47,958 --> 00:27:51,125 Patik tak nak terlepas hujung minggu yang penting ini. 318 00:27:54,166 --> 00:27:57,708 - Senang dapat berjumpa kanda. - Selamat pagi, Maschenka. 319 00:27:58,541 --> 00:28:00,041 - Helo. - Itu pun kamu. 320 00:28:00,125 --> 00:28:02,041 Cantiknya cuaca pagi ini! 321 00:28:03,083 --> 00:28:04,083 Boleh kita mula? 322 00:28:08,291 --> 00:28:09,541 Beta pilih ini. 323 00:28:10,708 --> 00:28:14,166 Maria nak bersiar-siar dengan tuanku. 324 00:28:15,250 --> 00:28:18,041 Biar lelaki saja yang keluar berburu. 325 00:28:18,791 --> 00:28:21,500 Perempuan boleh bersiar-siar. Bagus idea itu. 326 00:28:23,791 --> 00:28:26,500 Anakanda nak bersiar-siar dengan Puteri Maria berdua saja. 327 00:28:27,083 --> 00:28:28,458 Boleh? 328 00:28:35,541 --> 00:28:38,250 Tuanku lebih suka ikut mereka berburu, bukan? 329 00:28:38,333 --> 00:28:40,208 Tak, ini pun seronok. 330 00:28:41,208 --> 00:28:43,791 Patik tertanya-tanya keunikan tuanku. 331 00:28:43,875 --> 00:28:45,208 Keunikan beta? 332 00:28:45,291 --> 00:28:47,666 Ciri yang membezakan tuanku sebagai maharani. 333 00:28:47,750 --> 00:28:49,375 Perlukah? 334 00:28:51,041 --> 00:28:55,333 Marie Antoinette pakai gaun cantik yang beratnya tujuh kilogram! 335 00:28:56,375 --> 00:28:59,291 Katharina Agung ada lebih 20 orang kekasih. 336 00:28:59,375 --> 00:29:02,833 Tuanku kenal Maria, Mantan Ratu Perancis? 337 00:29:03,583 --> 00:29:06,791 Baginda suka memasak dan cipta resipi pastri sendiri. 338 00:29:06,875 --> 00:29:08,166 Apa keunikan awak? 339 00:29:09,208 --> 00:29:10,666 Terang lagi bersuluh. 340 00:29:10,750 --> 00:29:12,125 Patik pencinta haiwan. 341 00:29:12,208 --> 00:29:15,416 Patik ada empat dozen kuda, anjing, dua ekor monyet 342 00:29:15,500 --> 00:29:17,625 dan seekor keldai di Hessen. 343 00:29:18,416 --> 00:29:22,208 Malah, patik bina beberapa buah hospital haiwan. 344 00:29:22,875 --> 00:29:26,791 Bolehlah jadi buah mulut orang dan memartabatkan kaum wanita. 345 00:29:26,875 --> 00:29:29,125 Sesuatu yang boleh dikenang. 346 00:29:31,166 --> 00:29:34,291 Beta nak dikenang sebagai maharani yang berjasa, 347 00:29:34,875 --> 00:29:36,500 bukan kerana gaya rambut. 348 00:29:37,375 --> 00:29:38,416 Semestinya. 349 00:29:39,875 --> 00:29:42,125 Rambut tuanku memang cantik. 350 00:29:47,333 --> 00:29:49,000 Di Rusia, kami buru beruang. 351 00:29:49,083 --> 00:29:51,416 Bukankah tuanku kata banyak babi hutan? 352 00:29:51,500 --> 00:29:52,375 Bukan musim. 353 00:29:54,125 --> 00:29:57,208 Kita mesti berani berubah untuk capai sesuatu, bukan? 354 00:29:59,500 --> 00:30:02,833 Beta suka rancangan awak untuk menghapuskan perhambaan. 355 00:30:02,916 --> 00:30:06,291 - Tuanku bodek patik? - Beta rasa kita banyak persamaan. 356 00:30:06,791 --> 00:30:09,166 Tuanku terhutang budi dengan Rusia. 357 00:30:09,250 --> 00:30:10,083 Betul. 358 00:30:10,958 --> 00:30:13,541 Ayahanda patik selamatkan tuanku semasa pemberontakan. 359 00:30:13,625 --> 00:30:15,125 Beta terhutang budi. 360 00:30:15,208 --> 00:30:17,000 Hutang budi mesti dibalas. 361 00:30:17,083 --> 00:30:18,750 Ayahanda patik kecewa. 362 00:30:18,833 --> 00:30:22,208 Awak yang menentukan masa depan Rusia, bukan? 363 00:30:22,708 --> 00:30:25,958 - Ayahanda patik masih pegang takhta. - Buat masa ini. 364 00:30:26,541 --> 00:30:32,041 Maafkan beta kerana berterus terang, tapi rakyat perlukan raja baharu. 365 00:30:32,125 --> 00:30:34,166 Raja yang mementingkan keamanan. 366 00:30:34,250 --> 00:30:35,916 Tuanku terlalu memuji patik. 367 00:30:36,916 --> 00:30:40,458 Berundur dari sempadan Austria dan kami takkan serang Rusia. 368 00:30:43,291 --> 00:30:44,375 Patik suka tuanku. 369 00:30:45,375 --> 00:30:49,791 Jom berburu, tuanku. Kita bincang soal itu malam nanti. 370 00:31:11,666 --> 00:31:13,708 Hati-hati. Panas. 371 00:31:13,791 --> 00:31:16,208 Macam itulah! Pandainya. 372 00:31:22,583 --> 00:31:25,291 Puteri Maria memang luar biasa, bukan? 373 00:31:27,333 --> 00:31:30,333 Katanya Alexander jumpa cinta baharu setiap Rabu 374 00:31:30,416 --> 00:31:32,250 dan putus cinta menjelang Ahad. 375 00:31:33,041 --> 00:31:34,875 Puteri Maria sangat penyabar. 376 00:31:36,958 --> 00:31:39,500 Syukurlah kanda belum meluat dengan dinda. 377 00:31:43,250 --> 00:31:44,583 Kenapa pula? 378 00:31:45,708 --> 00:31:47,708 Kanda agak dingin sejak berkahwin. 379 00:31:47,791 --> 00:31:49,041 Dinda tahu puncanya. 380 00:31:52,416 --> 00:31:54,000 Kenapa dinda datang? 381 00:31:54,583 --> 00:31:57,916 Kenapa kanda datang? Bukankah kanda patut berehat? 382 00:31:58,000 --> 00:31:59,583 Tolonglah jangan mula. 383 00:31:59,666 --> 00:32:03,208 Tugas kanda lahirkan pewaris takhta, bukan urus dasar luar negara. 384 00:32:03,291 --> 00:32:05,416 Sekurang-kurangnya, kanda ada tugas. 385 00:32:06,041 --> 00:32:07,083 Aduh. 386 00:32:08,833 --> 00:32:12,916 Maafkan kanda. Dinda asyik buat kanda hilang sabar. 387 00:32:13,000 --> 00:32:15,041 Sekurang-kurang, dinda ada kerja. 388 00:32:27,166 --> 00:32:30,416 Dinda sentiasa ada kalau kanda perlukan apa-apa. 389 00:32:34,500 --> 00:32:35,708 Apa kanda perlukan? 390 00:32:48,708 --> 00:32:52,291 Mungkin Alexander setuju. Terima kasih untuk idea ini. 391 00:32:54,041 --> 00:32:55,875 Pandai awak main hap, countess. 392 00:32:55,958 --> 00:32:57,125 Terima kasih. 393 00:32:57,208 --> 00:32:59,000 Kita belum berkenalan. 394 00:32:59,083 --> 00:33:01,541 Nama patik Leontine Apafi, tuanku. 395 00:33:01,625 --> 00:33:04,500 Apafi? Apafi dari Transylvania! 396 00:33:04,583 --> 00:33:06,291 Beta kenal ibu bapa awak. 397 00:33:06,375 --> 00:33:09,458 Ayah awak Count Michael dan ibu awak… 398 00:33:11,625 --> 00:33:13,541 - Agnes. - Agnes! Betul itu. 399 00:33:14,041 --> 00:33:16,583 Awak anak kebanggaan dia. 400 00:33:17,083 --> 00:33:19,500 Apa khabar dia? Dia tentu rindu awak. 401 00:33:20,000 --> 00:33:21,541 Patik selalu utus surat. 402 00:33:22,125 --> 00:33:24,958 Seingat beta, awak fasih berbahasa Perancis. 403 00:33:26,250 --> 00:33:29,750 Awak memang fasih berbahasa Perancis. Betul, Leontine? 404 00:33:30,375 --> 00:33:31,791 Macam nama saya. 405 00:33:31,875 --> 00:33:36,541 Awak minat sastera. Apa pendapat awak tentang Monsieur de Balzac? 406 00:33:37,666 --> 00:33:39,041 Saya suka karya dia. 407 00:33:39,708 --> 00:33:42,833 Gaya penulisannya sangat puitis. 408 00:33:43,583 --> 00:33:44,916 Patik minta diri dulu. 409 00:33:46,583 --> 00:33:47,541 Tunggu! 410 00:33:47,625 --> 00:33:49,583 Kami nak dengar pendapat awak! 411 00:33:50,166 --> 00:33:51,500 Kenapa malu-malu? 412 00:33:52,875 --> 00:33:54,666 Patik minta diri dulu, tuanku. 413 00:34:01,583 --> 00:34:04,416 Saya tahu awak rahsiakan sesuatu, countess, 414 00:34:05,958 --> 00:34:07,708 tapi jangan risau. 415 00:34:09,291 --> 00:34:11,083 Saya akan bongkar rahsia awak. 416 00:34:12,875 --> 00:34:15,125 Jangan ganggu aku, betina tak guna. 417 00:34:34,166 --> 00:34:35,958 Melintang patah, tuanku. 418 00:34:36,791 --> 00:34:38,291 Silakan. 419 00:34:44,541 --> 00:34:48,708 Maharani Elisabeth wanita yang istimewa dan beta yakin awak setuju. 420 00:34:48,791 --> 00:34:50,083 Betul itu. 421 00:34:50,166 --> 00:34:52,416 Orangnya bersemangat dan impulsif. 422 00:34:53,333 --> 00:34:56,958 Mampukah kanda awak layan dia atau awak rasa dia cepat bosan? 423 00:35:03,041 --> 00:35:05,083 Franz janjikan persepakatan? 424 00:35:05,666 --> 00:35:07,166 Apa salahnya? 425 00:35:08,166 --> 00:35:10,083 Patik harap tuanku hati-hati. 426 00:35:12,416 --> 00:35:14,125 Awak nak belot abang sendiri? 427 00:35:20,541 --> 00:35:21,458 Cakaplah. 428 00:35:23,041 --> 00:35:26,750 Kalau Rusia, Perancis dan lain-lain terus berperang 429 00:35:26,833 --> 00:35:29,625 dan saling membunuh, siapa yang untung akhirnya? 430 00:35:32,791 --> 00:35:36,875 Siapa akan dapat Empayar Uthmaniyyah tanpa mengotorkan tangannya? 431 00:35:51,125 --> 00:35:53,583 Dah 15 tahun ayahanda bersemayam di sini. 432 00:35:53,666 --> 00:35:56,333 Ada buruan ke arah timur! 433 00:35:56,416 --> 00:35:59,208 Ayuhlah. Patik tak nak pulang tangan kosong. 434 00:35:59,875 --> 00:36:03,375 Boleh tuanku teman patik kali ini? Patik merayu. 435 00:36:08,333 --> 00:36:10,958 Jarang perempuan suka berburu. 436 00:36:11,041 --> 00:36:13,708 Semasa kecil, beta suka masuk hutan sendirian. 437 00:36:13,791 --> 00:36:14,833 Tuanku tak takut? 438 00:36:15,500 --> 00:36:17,250 Hutan gelap dan sunyi. 439 00:36:18,458 --> 00:36:20,416 Hutan ada tarikannya tersendiri. 440 00:36:21,333 --> 00:36:23,208 Betul tuanku bukan orang Rusia? 441 00:36:39,166 --> 00:36:40,833 Tuanku takut berdua-duaan dengan patik? 442 00:36:42,583 --> 00:36:44,791 Beta tak takut apa-apa di hutan. 443 00:37:11,041 --> 00:37:12,875 Dia akan mainnya berjam-jam… 444 00:37:16,291 --> 00:37:18,125 sambil tengok kanda hisap paip. 445 00:37:21,791 --> 00:37:23,833 Dia cakap, "Ayahanda, jangan hisap paip." 446 00:37:23,916 --> 00:37:25,416 Jangan cakap tentang dia. 447 00:37:27,250 --> 00:37:29,000 Awak patut cakap tentang dia. 448 00:37:32,208 --> 00:37:34,916 Dia dan Elisabeth tentu boleh berkawan baik. 449 00:37:35,791 --> 00:37:39,458 Tak, dia tak sama. Dia bukan macam Elisabeth. 450 00:37:41,166 --> 00:37:43,291 - Elisabeth macam… - Macam dinda. 451 00:37:49,333 --> 00:37:50,458 Kita sesatkah? 452 00:37:51,208 --> 00:37:52,250 Alamak. 453 00:37:54,875 --> 00:37:56,166 Hari nak senja. 454 00:37:56,666 --> 00:37:58,291 Jangan takut. Patik ada. 455 00:38:00,000 --> 00:38:01,208 Beta tak takut. 456 00:38:02,875 --> 00:38:04,791 Patik tak berniat menyinggung. 457 00:38:08,541 --> 00:38:11,333 Tuanku tahu apa Franz mahu? Kepercayaan patik. 458 00:38:12,083 --> 00:38:15,666 Masalahnya, bolehkah patik percaya dia? 459 00:38:17,125 --> 00:38:18,500 Bantu patik, tuanku. 460 00:38:19,625 --> 00:38:22,541 Baginda nak lindung empayarnya, bukan luaskannya. 461 00:38:22,625 --> 00:38:25,500 Bagindalah raja pertama yang fikir macam itu… 462 00:38:26,208 --> 00:38:27,666 Abaikan saja. 463 00:38:27,750 --> 00:38:29,208 Jadi, kenapa tanya beta? 464 00:38:29,291 --> 00:38:30,833 Tuanku kenal suami tuanku. 465 00:38:30,916 --> 00:38:31,958 Dia berbeza. 466 00:38:32,583 --> 00:38:33,416 Tak. 467 00:38:34,958 --> 00:38:39,041 Sebenarnya, tuanku yang berbeza. 468 00:38:46,291 --> 00:38:50,125 Mungkin masa depan empayar yang besar dan lemah ini 469 00:38:51,375 --> 00:38:54,958 bukan terletak di tangan baginda atau Archduchess. 470 00:39:00,541 --> 00:39:02,666 Mungkin masa depan Habsburg terletak 471 00:39:03,916 --> 00:39:05,541 di dada tuanku semata-mata… 472 00:39:07,625 --> 00:39:08,541 atau… 473 00:39:10,333 --> 00:39:12,291 benarlah cakap semua orang. 474 00:39:13,083 --> 00:39:14,791 Tuanku cuma gadis kampung. 475 00:39:18,541 --> 00:39:20,541 Beta tak membesar di istana, tapi… 476 00:39:20,625 --> 00:39:21,625 Patik dah agak. 477 00:39:22,666 --> 00:39:25,666 "Kalau tak dipecahkan ruyung, takkan dapat sagunya," 478 00:39:26,416 --> 00:39:27,708 pesan ayahanda patik. 479 00:39:33,875 --> 00:39:35,291 Awak buat ia mengamuk. 480 00:39:59,958 --> 00:40:01,125 Tepat pada sasaran! 481 00:40:07,291 --> 00:40:11,666 Untuk penembak tepat hari ini, Yang Amat Mulia Maharani Elisabeth. 482 00:40:12,333 --> 00:40:13,375 Untuk Elisabeth! 483 00:40:16,833 --> 00:40:18,833 Babi hutan memang berbahayakah? 484 00:40:18,916 --> 00:40:21,166 Kalau sebesar itu, ia boleh membunuh. 485 00:40:21,250 --> 00:40:24,375 Maknanya, baginda maharani dah selamatkan raja muda. 486 00:40:27,166 --> 00:40:29,375 Maria, jom balik. Kemas semua barang. 487 00:40:29,458 --> 00:40:30,583 Kami balik dulu. 488 00:40:33,916 --> 00:40:34,750 Cepatnya? 489 00:40:45,833 --> 00:40:49,791 Sebelum dia sempat isi semula peluru, tuanku dah mati disondol babi. 490 00:40:49,875 --> 00:40:52,458 Takkanlah tuanku nak tercegat saja, bukan? 491 00:40:53,541 --> 00:40:55,958 Orang lelaki yang tentukan, bukan beta. 492 00:41:02,875 --> 00:41:04,708 Inikah cara tuanku berpolitik? 493 00:41:05,208 --> 00:41:06,958 Beri patik senapang rosak? 494 00:41:07,041 --> 00:41:08,916 Elisabeth cuma ikut naluri dia. 495 00:41:09,000 --> 00:41:11,416 Naluri patik kata semua ini cuma wayang. 496 00:41:12,666 --> 00:41:14,875 Apa sebenarnya niat tuanku? 497 00:41:14,958 --> 00:41:17,125 Beta jujur dengan awak, Alexander. 498 00:41:19,166 --> 00:41:21,541 Tuanku nak tahu apa pesan nenda patik? 499 00:41:21,625 --> 00:41:25,041 Kelam disigi, lekung ditinjau. Ada udang di balik batu. 500 00:41:25,125 --> 00:41:28,250 Beta cuma nak kita berdamai. 501 00:41:28,333 --> 00:41:30,416 Dengan mengkhianati ayahanda patik? 502 00:41:30,500 --> 00:41:32,333 Beta sangka awak berbeza. 503 00:41:33,791 --> 00:41:34,708 Tuanku silap. 504 00:41:37,666 --> 00:41:41,833 Rusia tak patut menceroboh sempadan kami. 505 00:41:43,666 --> 00:41:46,458 Oh, tolonglah. Empayar tuanku jauh lebih kejam. 506 00:41:46,958 --> 00:41:50,583 Austria tindas Hungary, Venetia dan Lombardy. 507 00:41:52,333 --> 00:41:55,625 Baiklah, tapi berundur dari sempadan kami sekarang. 508 00:41:55,708 --> 00:41:56,875 Kalau tidak? 509 00:41:57,541 --> 00:41:59,958 Nak suruh Elisabeth tembak patik? 510 00:42:00,041 --> 00:42:01,958 Paling tidak, tembakan dia mengena. 511 00:42:07,333 --> 00:42:08,875 Tuanku memang pengecut. 512 00:42:10,083 --> 00:42:13,541 Beta akan mempertahankan Austria dengan sedaya upaya beta. 513 00:42:14,125 --> 00:42:15,791 Kita jumpa di medan perang. 514 00:42:16,583 --> 00:42:17,416 Baiklah. 515 00:42:39,291 --> 00:42:42,291 Kabinet mesti bersidang malam ini. 516 00:42:46,291 --> 00:42:47,333 Jangan risau. 517 00:43:33,291 --> 00:43:34,958 Apa Alexander cakap? 518 00:43:35,041 --> 00:43:38,125 Kanda mesti pulang. Dinda boleh bertolak pagi esok. 519 00:43:38,208 --> 00:43:40,750 - Dia tak nak berundur? - Jangan sibuk. 520 00:43:43,791 --> 00:43:45,625 Kanda salahkan dinda? 521 00:43:48,500 --> 00:43:50,708 Dinda patut tahu batas, jadi ya. 522 00:43:54,583 --> 00:43:56,833 Kanda tahu macam mana dia layan dinda? 523 00:44:00,958 --> 00:44:02,500 Mungkin kanda tak kisah. 524 00:44:08,708 --> 00:44:10,166 Bonda akan ikut kanda. 525 00:44:12,750 --> 00:44:13,625 Jumpa esok. 526 00:44:16,791 --> 00:44:17,916 Tuanku. 527 00:44:22,583 --> 00:44:24,416 Bonda harap anakanda dah faham. 528 00:44:25,708 --> 00:44:27,916 Lain kali, jangan masuk campur. 529 00:44:50,166 --> 00:44:51,583 Kanda memang hebat. 530 00:44:54,333 --> 00:44:56,250 Betul kanda nak pulang sekarang? 531 00:44:56,833 --> 00:44:58,166 Ya, kanda nak balik. 532 00:45:04,041 --> 00:45:04,875 Tunggu. 533 00:45:07,625 --> 00:45:08,708 Boleh teman kanda? 534 00:45:15,000 --> 00:45:16,750 Kanda tak bersalah. 535 00:45:17,250 --> 00:45:20,583 Franz fikir sebaliknya. Kanda cuma memalukan dia. 536 00:45:20,666 --> 00:45:22,000 Taklah. 537 00:45:22,666 --> 00:45:24,541 Kanda faham jelingan dia. 538 00:45:26,416 --> 00:45:28,083 Kanda sangat berani. 539 00:45:29,833 --> 00:45:31,708 Kanda bertindak ikut kata hati. 540 00:45:33,291 --> 00:45:35,541 Tapi kenapa kanda rasa bersalah? 541 00:45:36,666 --> 00:45:40,958 Sebab kita ditakdirkan untuk memuaskan hati orang lain 542 00:45:42,333 --> 00:45:44,041 dan mengkosmetikkan semuanya. 543 00:45:46,916 --> 00:45:50,041 Tiada sesiapa peduli akan perasaan atau pendapat kita. 544 00:45:56,208 --> 00:45:57,166 Jadi? 545 00:46:19,500 --> 00:46:21,875 - Ini penyelesaiannya? - Bukan! 546 00:46:24,333 --> 00:46:25,333 Sejujurnya, 547 00:46:27,166 --> 00:46:28,333 tiada penyelesaian. 548 00:46:31,791 --> 00:46:33,125 Minum saja. 549 00:47:01,583 --> 00:47:04,750 Apa yang mustahak sangat? Kami baru sampai. 550 00:47:18,416 --> 00:47:21,250 Kenapa tak beritahu yang mereka berburu di hutan? 551 00:47:25,250 --> 00:47:29,541 Jauh dari istana, terpencil dan kurang pengawasan. 552 00:47:30,750 --> 00:47:33,250 Inilah peluang yang kita tunggu selama ini. 553 00:47:33,333 --> 00:47:35,708 Tak, kita perlukan masa untuk bertindak. 554 00:47:35,791 --> 00:47:37,208 Jangan fikir saya bodoh. 555 00:47:39,083 --> 00:47:41,416 Kenapa awak tak beritahu kami? 556 00:47:45,833 --> 00:47:47,416 Mungkin ada cara lain. 557 00:47:47,500 --> 00:47:50,000 Baginda seorang pembunuh. Dia patut mati. 558 00:47:50,708 --> 00:47:52,666 Dia tak sejahat yang kita sangka. 559 00:47:55,791 --> 00:47:57,083 Apa masalah awak? 560 00:47:59,625 --> 00:48:01,166 Ini satu kesilapan, Egon. 561 00:48:06,291 --> 00:48:08,166 Awak bukan countess, Ava. 562 00:48:10,250 --> 00:48:13,833 Awak dah lupa asal usul awak? 563 00:48:17,625 --> 00:48:20,875 Awak ditakdirkan untuk hidup dan mati di dalam longkang. 564 00:48:26,166 --> 00:48:28,000 Jangan berlagak suci dan mulia… 565 00:48:35,000 --> 00:48:36,541 dengan gaun cantik awak… 566 00:48:41,875 --> 00:48:44,250 kerana kita tahu betapa hinanya awak. 567 00:48:49,958 --> 00:48:52,583 Mereka mesti mati. 568 00:48:54,291 --> 00:48:56,875 Jangan jadi ular berkepala dua. 569 00:49:13,916 --> 00:49:15,083 Berhenti! 570 00:49:19,958 --> 00:49:21,333 Alamak! 571 00:49:28,041 --> 00:49:28,875 Alamak. 572 00:49:42,125 --> 00:49:44,791 Tuan-tuan, jumpa esok. 573 00:49:45,958 --> 00:49:46,875 Selamat malam. 574 00:49:58,541 --> 00:50:00,166 Kenapa tak balik esok? 575 00:50:02,208 --> 00:50:04,333 Maaf kalau dinda menyinggung Alexander. 576 00:50:06,083 --> 00:50:06,958 Percayalah. 577 00:50:10,375 --> 00:50:12,416 Apa dia? Cakaplah. 578 00:50:15,666 --> 00:50:17,666 Kenapa dinda mesti cari dia? 579 00:50:18,666 --> 00:50:21,416 Dinda tahu kanda tak suka dan tak percaya dia. 580 00:50:21,500 --> 00:50:24,083 - Dinda bukan budak-budak. - Jadi, buktikan! 581 00:50:28,416 --> 00:50:29,500 Pergi tidur. 582 00:50:30,541 --> 00:50:31,708 Dinda tentu penat. 583 00:52:29,291 --> 00:52:32,500 Terjemahan sari kata oleh Saffura