1 00:00:06,000 --> 00:00:08,541 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:22,916 --> 00:00:23,958 Tolong! 3 00:00:25,875 --> 00:00:28,250 Tolong! Berhenti! 4 00:00:30,125 --> 00:00:33,166 Kenapa berhenti? Kita dah lambat nak ke istana. 5 00:00:33,250 --> 00:00:34,458 Tolong saya. 6 00:00:34,541 --> 00:00:35,791 Apa halnya, cik? 7 00:00:41,333 --> 00:00:42,750 Oh, Tuhan. 8 00:00:43,625 --> 00:00:45,083 Ada orang kejar awak? 9 00:00:48,791 --> 00:00:49,958 Maafkan saya. 10 00:00:50,041 --> 00:00:50,875 Apa yang awak… 11 00:01:14,291 --> 00:01:15,250 Semuanya cukup. 12 00:01:15,791 --> 00:01:17,666 Countess Leontine von Apafi. 13 00:01:21,375 --> 00:01:22,333 Kurang seorang. 14 00:01:25,208 --> 00:01:26,541 Kita mesti pergi. 15 00:01:40,208 --> 00:01:41,375 Untuk rakyat. 16 00:01:42,791 --> 00:01:44,125 Untuk rakyat. 17 00:02:53,083 --> 00:02:57,208 THE EMPRESS 18 00:04:01,416 --> 00:04:02,625 Tuanku? 19 00:04:04,500 --> 00:04:07,666 - Apa awak buat di sini? - Apa tuanku buat di atas? 20 00:04:12,750 --> 00:04:13,625 Nasib baik! 21 00:04:15,250 --> 00:04:16,500 Rokok? 22 00:04:31,000 --> 00:04:34,208 - Terima kasih, tuanku. - Kesabaran beta ada hadnya. 23 00:04:36,625 --> 00:04:39,458 Beta suruh awak panggil beta Elisabeth, bukan? 24 00:04:52,666 --> 00:04:55,541 - Bunyi apa itu? - Burung belatuk Bulgaria. 25 00:04:57,833 --> 00:04:58,833 Hei! 26 00:04:59,750 --> 00:05:01,041 Siapa itu? 27 00:05:06,333 --> 00:05:09,291 Saya nampak rubah di pintu masuk. 28 00:05:10,083 --> 00:05:11,166 Rubah? 29 00:05:11,250 --> 00:05:14,041 Awak patut periksa. Mungkin ia berpenyakit. 30 00:05:14,625 --> 00:05:17,083 Baginda maharani bersiar-siar di sini setiap pagi. 31 00:05:18,000 --> 00:05:18,958 Pergilah! 32 00:05:34,125 --> 00:05:35,166 Tuanku? 33 00:05:41,666 --> 00:05:42,708 Dah tiba masa. 34 00:06:24,250 --> 00:06:25,208 Kanda? 35 00:06:27,791 --> 00:06:28,833 Di mana baginda? 36 00:06:30,958 --> 00:06:32,625 Baginda dah berangkat. 37 00:06:33,500 --> 00:06:35,583 Countess Esterhazy tunggu tuanku. 38 00:06:41,000 --> 00:06:45,708 Demi kedaulatan ibu pertiwi dan kesejahteraan rakyat Empayar Habsburg, 39 00:06:45,791 --> 00:06:49,708 semoga keberanian, kekuatan dan keyakinan mengiringi langkah kamu. 40 00:06:52,166 --> 00:06:54,958 Terima kasih kerana mempertahankan tanah air. 41 00:06:56,708 --> 00:06:58,791 Kamu bersumpah setia terhadap beta. 42 00:06:59,958 --> 00:07:02,083 Bukan terhadap beta semata-mata… 43 00:07:07,625 --> 00:07:09,416 tapi juga Tuhan Yang Maha Esa. 44 00:07:17,041 --> 00:07:17,916 Maafkan beta. 45 00:07:21,458 --> 00:07:23,875 Sejujurnya, beta tak tahu nak cakap apa. 46 00:07:26,458 --> 00:07:28,875 Kamu yang terpaksa tinggalkan keluarga 47 00:07:29,750 --> 00:07:32,250 dan bersabung nyawa di perbatasan empayar. 48 00:07:33,500 --> 00:07:35,500 Kamu yang melindungi empayar kita. 49 00:07:36,875 --> 00:07:39,625 Bukan Tuhan, bukan beta, tapi kamu semua. 50 00:07:43,916 --> 00:07:46,083 Beta takkan mampu balas jasa kamu. 51 00:07:49,583 --> 00:07:50,750 Beta harap… 52 00:07:51,833 --> 00:07:57,000 Sebenarnya, beta percaya keamanan di sempadan dapat dikekalkan… 53 00:08:00,041 --> 00:08:02,625 tapi harga sebuah keamanan sangat mahal. 54 00:08:04,875 --> 00:08:08,833 Tunjukkan kepada tentera Rusia yang kita tak mahu berperang, 55 00:08:10,583 --> 00:08:13,416 tapi kita sedia angkat senjata bila-bila masa! 56 00:08:21,291 --> 00:08:22,583 Semoga Tuhan melindungi kamu. 57 00:08:24,166 --> 00:08:26,125 Perhatian! 58 00:08:27,166 --> 00:08:29,041 Batalion Pertama ke kanan! 59 00:08:29,125 --> 00:08:31,125 Batalion Kedua ke kiri! 60 00:08:32,000 --> 00:08:33,000 Pusing! 61 00:08:34,416 --> 00:08:35,833 Dari kiri, 62 00:08:36,875 --> 00:08:37,750 cepat jalan! 63 00:08:51,291 --> 00:08:52,750 Penghasut peperangan! 64 00:09:12,083 --> 00:09:14,250 Kunjungan hari ini sangat penting. 65 00:09:15,458 --> 00:09:19,375 Rakyat mesti nampak keprihatinan seorang maharani, 66 00:09:20,916 --> 00:09:25,000 tapi jangan lupa di mata rakyat, tuanku ialah jelmaan Tuhan. 67 00:09:26,000 --> 00:09:29,916 Ingat tiga peraturan penting. Jangan sentuh sesiapa. 68 00:09:30,500 --> 00:09:31,541 Sesiapa saja. 69 00:09:32,500 --> 00:09:33,833 Elak hubungan mata 70 00:09:33,916 --> 00:09:36,583 dan jangan terlalu mesra dengan sesiapa pun. 71 00:09:36,666 --> 00:09:41,958 Seorang maharani tak boleh disentuh atau didekati dalam apa jua keadaan. 72 00:09:46,250 --> 00:09:48,375 Tuanku akan melawat beberapa kilang 73 00:09:48,458 --> 00:09:51,083 dan terima hadiah daripada setiap satunya. 74 00:09:51,708 --> 00:09:54,375 Beta pun bawa hadiah untuk rakyat? 75 00:09:54,458 --> 00:09:56,291 Anakandalah hadiahnya. 76 00:10:03,083 --> 00:10:05,166 Rakyat di Vienna resah gelisah. 77 00:10:06,958 --> 00:10:08,875 Sebab pengerahan tentera. 78 00:10:08,958 --> 00:10:14,500 Sebab konflik dengan Rusia yang memuncak disebabkan campur tangan anakanda. 79 00:10:14,583 --> 00:10:16,708 Memang dah retak menanti belah. 80 00:10:16,791 --> 00:10:20,625 Maksudnya tanpa bantuan anakanda, Franz tak mampu tanganinya? 81 00:10:24,291 --> 00:10:27,791 Pergi tunjuk muka anakanda dan tenangkan rakyat jelata. 82 00:10:29,625 --> 00:10:30,791 Boleh minum esok? 83 00:10:33,458 --> 00:10:34,750 Korset ketat sangat. 84 00:10:34,833 --> 00:10:38,291 Tentera di sempadan terpaksa berlapar dan bersabung nyawa. 85 00:10:57,791 --> 00:10:59,583 Telan. 86 00:11:02,541 --> 00:11:03,666 Jangan kena gaun! 87 00:11:03,750 --> 00:11:06,125 Oh, Tuhan! Dah kena. Lapnya. 88 00:11:10,416 --> 00:11:13,333 Dah tiba masanya anakanda jalankan tugas anakanda. 89 00:11:45,583 --> 00:11:48,583 Jom, Hedi. Kita dah lambat nak masuk kerja. 90 00:11:51,583 --> 00:11:52,541 Dah siap? 91 00:11:57,125 --> 00:11:58,583 Putih-putih melati… 92 00:11:59,541 --> 00:12:01,208 Saya bukan budak kecil lagi. 93 00:12:02,375 --> 00:12:06,083 Putih-putih melati Ali Baba, merah-merah delima? 94 00:12:07,666 --> 00:12:08,666 Hidung saya? 95 00:12:12,875 --> 00:12:14,375 Tiada apa-apa yang merah. 96 00:12:15,000 --> 00:12:15,958 Pejam mata. 97 00:12:24,333 --> 00:12:25,250 Buka. 98 00:12:26,291 --> 00:12:27,625 Dari mana abang dapat? 99 00:12:29,125 --> 00:12:30,125 Rahsia. 100 00:12:36,291 --> 00:12:37,375 Jom. 101 00:12:51,666 --> 00:12:52,708 Tuanku. 102 00:12:53,333 --> 00:12:55,208 Kita mesti berbincang sekarang. 103 00:12:55,708 --> 00:12:57,541 Von Sina batalkan kontrak. 104 00:12:57,625 --> 00:12:58,958 Beta dah agak. 105 00:12:59,041 --> 00:13:01,500 Dia akan gantung semua baki pembiayaan. 106 00:13:01,583 --> 00:13:05,625 Dia kata tuanku mungkir janji selepas kerah 200,000 orang tentera… 107 00:13:05,708 --> 00:13:06,750 Beta tahu! 108 00:13:09,708 --> 00:13:10,583 Keluar. 109 00:13:30,291 --> 00:13:31,250 Kutip semua itu. 110 00:13:34,458 --> 00:13:36,000 Kutiplah! 111 00:13:45,916 --> 00:13:47,625 Maafkan beta, Theo. 112 00:13:50,541 --> 00:13:52,208 Maharani mohon mengadap. 113 00:14:01,083 --> 00:14:02,500 Ampun, tuanku. 114 00:14:04,625 --> 00:14:07,000 Walaupun tuanku rasa ini pengakhirannya, 115 00:14:08,125 --> 00:14:10,291 percayalah ada hikmah di sebaliknya. 116 00:14:25,208 --> 00:14:27,583 - Dinda nak… - Di mana dinda pagi tadi? 117 00:14:27,666 --> 00:14:29,208 - Dinda dulu. - Kanda dulu. 118 00:14:38,208 --> 00:14:39,208 Dinda cari kanda. 119 00:14:40,875 --> 00:14:44,250 Kalau dinda asyik keluar malam, bila kita nak jumpa? 120 00:14:54,333 --> 00:14:55,583 Macam mana pagi tadi? 121 00:14:58,250 --> 00:14:59,708 Kanda tak sedap hati. 122 00:15:01,541 --> 00:15:03,250 Suasana di bandar tegang. 123 00:15:06,833 --> 00:15:08,000 Dinda nak keluar. 124 00:15:08,583 --> 00:15:10,416 Bak kata bonda, "Tunjuk muka." 125 00:15:12,541 --> 00:15:13,791 Sebab dinda cantik. 126 00:15:21,458 --> 00:15:22,458 Jangan risau. 127 00:15:25,666 --> 00:15:29,375 Mungkin faundri besi kita sendiri akan bina landasan kereta api. 128 00:15:32,416 --> 00:15:34,291 Syukurlah kanda boleh senyum. 129 00:15:36,583 --> 00:15:38,291 Semuanya akan baik-baik saja. 130 00:16:15,250 --> 00:16:17,041 Selamat pagi, tuanku. 131 00:16:21,708 --> 00:16:23,000 Itu tangkal tuanku? 132 00:16:25,041 --> 00:16:27,208 Nampak macam cincin perempuan. 133 00:16:29,000 --> 00:16:30,291 Cincin pertunangan. 134 00:16:31,375 --> 00:16:32,375 Betul. 135 00:16:35,250 --> 00:16:36,916 Di mana pemiliknya sekarang? 136 00:16:37,916 --> 00:16:39,541 Dia patahkan hati tuanku? 137 00:16:40,125 --> 00:16:41,291 Dia dah mati. 138 00:16:44,875 --> 00:16:47,000 Oh, Tuhan. Ampunkan patik. 139 00:16:51,041 --> 00:16:53,416 Patik doakan tuanku jumpa pengganti dia. 140 00:16:56,375 --> 00:16:57,333 Pergi. 141 00:16:59,041 --> 00:16:59,916 Tolonglah. 142 00:17:26,083 --> 00:17:27,291 Wahai rakyat jelata, 143 00:17:28,541 --> 00:17:31,375 gelombang revolusi menandakan permulaan baharu. 144 00:17:33,708 --> 00:17:38,125 Dengan rasa bangga dan rendah diri, beta menerima mahkota diraja ini. 145 00:17:40,750 --> 00:17:43,000 Dengan rasa bangga dan rendah diri… 146 00:17:46,708 --> 00:17:49,375 Dengan berbesar hati dan rendah diri. 147 00:17:51,958 --> 00:17:53,791 Macam mana situasi di sempadan? 148 00:17:53,875 --> 00:17:57,083 Tentera Rusia masih bertahan. Tsar enggan berundur. 149 00:17:57,166 --> 00:18:00,791 Sejurus infantri kita tiba di sempadan, kita boleh serang. 150 00:18:00,875 --> 00:18:03,208 - Atas perkenan tuanku. - Tak. 151 00:18:03,291 --> 00:18:04,291 Jangan serang. 152 00:18:06,416 --> 00:18:08,750 Tentera kita akan berkawal di sempadan 153 00:18:10,125 --> 00:18:11,375 seperti tembok. 154 00:18:15,875 --> 00:18:19,000 Kita akan guna perang psikologi untuk menakutkan tsar 155 00:18:19,083 --> 00:18:21,791 tanpa memutuskan hubungan diplomatik. 156 00:18:22,375 --> 00:18:23,375 Keputusan bijak. 157 00:18:23,458 --> 00:18:24,416 Situasi… 158 00:18:25,791 --> 00:18:29,416 Situasi di Vienna tegang susulan pengerahan semula tentera. 159 00:18:29,500 --> 00:18:31,750 Baron von Kempen akan uruskannya. 160 00:18:34,333 --> 00:18:35,458 Bersurai. 161 00:18:36,500 --> 00:18:37,333 Ampun, tuanku. 162 00:18:38,458 --> 00:18:41,500 Tekanan daripada polis takkan meredakan ketegangan. 163 00:18:42,583 --> 00:18:46,083 Beratus-ratus orang ditangkap sejak hari perkahwinan tuanku. 164 00:18:49,166 --> 00:18:50,083 Tuanku. 165 00:18:54,666 --> 00:18:56,208 Suruh Kempen berlembut. 166 00:19:00,583 --> 00:19:02,750 Bonda faham anakanda kecewa. 167 00:19:05,625 --> 00:19:08,875 Bonda percaya matlamat anakanda akan terlaksana, 168 00:19:08,958 --> 00:19:11,291 tapi sekarang bukan masanya. 169 00:19:12,416 --> 00:19:14,541 Sekarang masa untuk bela nasib kita. 170 00:19:14,625 --> 00:19:18,500 Bonda rasa sekarang masa yang sesuai untuk suruh Elisabeth keluar? 171 00:19:20,291 --> 00:19:22,291 Dia boleh tenangkan rakyat jelata. 172 00:19:24,333 --> 00:19:27,666 Kestabilan, keselamatan dan ketenteraman paling penting. 173 00:19:27,750 --> 00:19:31,166 Kita perlu kawal situasi sebelum buat apa-apa perubahan. 174 00:19:31,791 --> 00:19:34,416 Bonda nak tahu sama ada kita sependapat. 175 00:19:40,541 --> 00:19:41,708 Dunia dah berubah, 176 00:19:43,291 --> 00:19:45,791 tapi bila keluarga kita nak berubah? 177 00:19:56,125 --> 00:19:58,791 Archduke dah biasa dengan lawatan macam ini. 178 00:19:58,875 --> 00:20:01,750 Rakyat sayang baginda. Betul, Yang Amat Mulia? 179 00:20:03,125 --> 00:20:05,250 Nasib baik dinda ikut hari ini. 180 00:20:06,666 --> 00:20:07,708 Kanda takut? 181 00:20:09,541 --> 00:20:10,791 Dengan rakyat? Tak. 182 00:20:12,250 --> 00:20:13,083 Dengan dia? 183 00:20:14,333 --> 00:20:15,166 Ya. 184 00:20:17,625 --> 00:20:20,000 Kalau takut, dinda akan cakap, 185 00:20:20,083 --> 00:20:22,208 "Yakah? Terima kasih banyak," 186 00:20:23,125 --> 00:20:24,708 sambil tunduk sikit. 187 00:20:24,791 --> 00:20:25,625 Macam ini. 188 00:20:27,916 --> 00:20:28,750 Cubalah. 189 00:20:33,333 --> 00:20:35,333 Yakah? Terima kasih banyak. 190 00:20:37,583 --> 00:20:40,250 Kalau dinda terpaksa makan atau minum sesuatu, 191 00:20:40,333 --> 00:20:41,708 dinda tak telan. 192 00:20:42,458 --> 00:20:45,250 Dinda kemam saja dan buangnya kemudian. 193 00:20:51,666 --> 00:20:53,750 - Beri laluan! - Elisabeth! 194 00:20:54,250 --> 00:20:55,916 Beri laluan! 195 00:20:56,000 --> 00:20:57,583 - Elisabeth! - Ke tepi! 196 00:20:57,666 --> 00:20:59,250 Elisabeth! 197 00:20:59,333 --> 00:21:02,333 - Salahkah beta tengok rakyat beta? - Salah. 198 00:21:04,166 --> 00:21:05,916 Elisabeth! 199 00:21:17,458 --> 00:21:20,541 - Elisabeth. - Berundur, semua! 200 00:21:21,375 --> 00:21:22,750 Berundur! 201 00:21:22,833 --> 00:21:26,166 - Saya tak nampak! - Hoi, pekakkah? Berundur! 202 00:21:40,041 --> 00:21:41,583 Elisabeth! 203 00:21:47,708 --> 00:21:49,750 - Elisabeth! - Elisabeth! 204 00:21:50,458 --> 00:21:51,375 Tuanku. 205 00:21:53,583 --> 00:21:55,791 Patik betul-betul berbesar hati. 206 00:21:57,166 --> 00:21:59,041 Yakah? Terima kasih banyak. 207 00:22:00,416 --> 00:22:02,541 Izinkan patik kenalkan pekerja kami. 208 00:22:06,125 --> 00:22:07,333 Tuanku. 209 00:22:08,166 --> 00:22:09,208 Helo. 210 00:22:10,083 --> 00:22:13,291 Dah lebih 50 tahun faundri kami menempa besi. 211 00:22:13,375 --> 00:22:17,875 Kami tempa semua benda termasuk ketuhar, pelepar dan air pancut. 212 00:22:19,208 --> 00:22:23,750 Buat masa sekarang, kami tempa meriam dan persenjataan lain. 213 00:22:26,250 --> 00:22:27,625 Ada 135 orang pekerja. 214 00:22:27,708 --> 00:22:30,666 Kami beroperasi mengikut standard paling moden. 215 00:22:32,166 --> 00:22:34,083 Bagi pihak semua pekerja kami, 216 00:22:34,166 --> 00:22:38,041 izinkan patik mempersembahkan hadiah ini kepada tuanku… 217 00:22:40,916 --> 00:22:44,833 sebagai tanda taat setia kami kepada Istana Diraja Habsburg. 218 00:22:44,916 --> 00:22:46,458 Terima kasih banyak. 219 00:22:46,541 --> 00:22:50,666 Pekerja kami sanggup bekerja tanpa gaji untuk menyokong tentera kita. 220 00:22:50,750 --> 00:22:53,916 - Apa awak cakap? - Daulat Tuanku! 221 00:22:54,541 --> 00:22:56,291 - Daulat Tuanku! - Daulat Tuanku! 222 00:23:00,166 --> 00:23:03,041 Tuanku, kita mesti berangkat sekarang. 223 00:23:07,083 --> 00:23:09,333 Jadual kita sangat padat. 224 00:23:12,500 --> 00:23:15,708 Beta nak masuk dan tengok cara kamu bekerja. 225 00:23:16,208 --> 00:23:18,958 Kita tiada masa untuk itu, tuanku. 226 00:23:19,791 --> 00:23:20,875 Ada. 227 00:23:22,291 --> 00:23:25,125 Pandang sini, Elisabeth! 228 00:23:25,208 --> 00:23:26,458 Pandang sini! 229 00:23:26,541 --> 00:23:29,333 Pandang sini, Elisabeth! 230 00:23:32,458 --> 00:23:34,583 FAUNDRI BESI DAN GANGSA H. WINKELMANN 231 00:23:39,750 --> 00:23:42,333 Jangan banyak sangat! Kurangkan! 232 00:23:43,416 --> 00:23:44,541 Helo. 233 00:23:46,833 --> 00:23:48,541 Letak di sini! 234 00:23:48,625 --> 00:23:50,125 Panggil dua orang lagi! 235 00:23:56,166 --> 00:23:57,500 Pergi tengok. 236 00:24:02,291 --> 00:24:04,291 Wasap ini berbahaya, tuanku. 237 00:24:04,375 --> 00:24:06,833 - Patik mohon… - Beta nak tengok saja. 238 00:24:06,916 --> 00:24:09,333 Tuanku tak apa-apa? 239 00:24:10,666 --> 00:24:12,333 Kita mesti pergi sekarang! 240 00:24:14,375 --> 00:24:15,541 Berambuslah, budak! 241 00:24:15,625 --> 00:24:17,291 Jangan! Tunggu. 242 00:24:33,291 --> 00:24:34,291 Terima kasih. 243 00:24:35,041 --> 00:24:37,500 - Budak tak guna. - Kami tunggu di luar! 244 00:24:37,583 --> 00:24:38,958 Buang benda itu! 245 00:24:44,125 --> 00:24:45,333 Siapa nama kamu? 246 00:24:46,375 --> 00:24:47,250 Nama patik? 247 00:24:49,958 --> 00:24:51,166 Kamu kerja di sini? 248 00:24:52,166 --> 00:24:53,166 Ya, tuanku. 249 00:24:53,916 --> 00:24:55,791 Ampun, tuanku. 250 00:24:56,291 --> 00:25:00,333 - Elisabeth! - Beri beta sedikit masa lagi. 251 00:25:00,416 --> 00:25:03,291 Elisabeth! 252 00:25:03,375 --> 00:25:06,416 - Elisabeth! - Kenapa kami tak boleh tengok dia? 253 00:25:06,500 --> 00:25:10,291 Kamu semua tak dengarkah? Berundur, sekarang! 254 00:25:10,375 --> 00:25:14,708 - Kamu belum jawab soalan beta. - Hedwig, tapi orang panggil Hedi saja. 255 00:25:15,208 --> 00:25:18,958 Elisabeth! 256 00:25:19,458 --> 00:25:21,458 Berundur! 257 00:25:21,541 --> 00:25:23,875 Abang patik akan belikan kasut baharu. 258 00:25:23,958 --> 00:25:25,541 Di mana ibu bapa kamu? 259 00:25:37,458 --> 00:25:38,958 Elisabeth! 260 00:25:42,333 --> 00:25:43,666 Oh, Tuhan! 261 00:25:43,750 --> 00:25:45,166 Apa tuanku buat? 262 00:25:51,541 --> 00:25:53,083 Kalau dah muat, pakailah. 263 00:25:53,166 --> 00:25:55,833 Elisabeth! 264 00:25:58,375 --> 00:26:00,791 Dukung baginda maharani sekarang. 265 00:26:02,166 --> 00:26:04,333 Tunggu apa lagi, Kempen? 266 00:26:04,416 --> 00:26:06,625 Baginda maharani mesti didukung. 267 00:26:07,416 --> 00:26:09,083 Tak payah. Beta boleh jalan. 268 00:26:09,166 --> 00:26:11,708 Seorang maharani tak boleh pijak tanah. 269 00:26:12,541 --> 00:26:13,958 Beta boleh jalan. 270 00:26:15,458 --> 00:26:17,291 Kempen, turunkan beta sekarang! 271 00:26:17,375 --> 00:26:18,833 Turunkan beta! 272 00:26:23,666 --> 00:26:24,583 Itu pun dia! 273 00:26:24,666 --> 00:26:26,500 Tolong turunkan beta. 274 00:26:26,583 --> 00:26:32,041 - Elisabeth! - Elisabeth! 275 00:26:32,125 --> 00:26:34,458 - Mengada-ngadanya! - Turunkan beta. 276 00:26:34,541 --> 00:26:36,291 Takut gaun dia kotor agaknya! 277 00:26:36,375 --> 00:26:37,833 Turunkan beta! 278 00:26:38,541 --> 00:26:40,583 Kenapa berdukung? Dia tiada kaki? 279 00:26:41,750 --> 00:26:43,583 Kerabat diraja keparat! 280 00:26:46,916 --> 00:26:48,000 Jalan! 281 00:26:50,958 --> 00:26:52,208 Lepaskan budak itu! 282 00:26:57,375 --> 00:26:58,666 Elisabeth! 283 00:27:00,500 --> 00:27:02,875 Kempen pukul mereka! Suruh dia berhenti! 284 00:27:02,958 --> 00:27:05,833 Kita akan pulang ke istana. Lawatan dibatalkan. 285 00:27:09,166 --> 00:27:10,250 Dinda tak apa-apa? 286 00:27:12,125 --> 00:27:14,333 Inilah akibatnya kalau terlalu mesra! 287 00:27:14,416 --> 00:27:15,625 Patik dah ingatkan! 288 00:28:03,208 --> 00:28:06,458 IBU DAN AYAH TERCINTA LEONTINE VON APAFI 289 00:28:39,750 --> 00:28:40,750 Darah. 290 00:28:43,708 --> 00:28:44,708 Countess Apafi? 291 00:28:47,125 --> 00:28:49,125 Ingat lagi? Saya Von Bach. 292 00:28:49,875 --> 00:28:53,333 Boleh kita bercakap sekejap? Saya nak… 293 00:28:56,250 --> 00:28:57,583 Boleh teman saya? 294 00:29:05,750 --> 00:29:08,416 Sejak hari pertama, saya tahu awak berbeza. 295 00:29:10,333 --> 00:29:12,583 Sebenarnya, itulah yang saya suka. 296 00:29:13,083 --> 00:29:15,625 Saya berasal dari pinggir Vienna. 297 00:29:16,500 --> 00:29:18,791 Ayah saya bukan count macam ayah awak… 298 00:29:21,125 --> 00:29:23,666 tapi entah macam mana saya boleh bekerja di istana. 299 00:29:24,625 --> 00:29:26,333 Saya sendiri tak percaya. 300 00:29:28,625 --> 00:29:30,833 Maaf, saya tak henti-henti bercakap. 301 00:29:36,041 --> 00:29:37,083 Awak tahu yang… 302 00:29:38,000 --> 00:29:42,791 Awak tahu ada karya pelukis terkenal dari Transylvania di galeri istana? 303 00:29:45,875 --> 00:29:47,416 Dekat Hermannstadt, bukan? 304 00:29:48,916 --> 00:29:49,750 Ya. 305 00:29:51,125 --> 00:29:53,333 Sudikah awak teman saya ke galeri? 306 00:29:55,708 --> 00:29:57,125 Mungkin lain kali. Saya… 307 00:29:57,208 --> 00:29:59,291 Baginda maharani balik lambat. 308 00:30:01,625 --> 00:30:02,541 Tolonglah. 309 00:30:06,583 --> 00:30:08,875 Dah lama saya memendam perasaan. 310 00:30:10,375 --> 00:30:12,291 Perasaan ini dah tak terbendung. 311 00:30:19,791 --> 00:30:20,666 Baiklah. 312 00:30:21,541 --> 00:30:25,333 Infantri selatan, tentera laut dan Bangsawan Austria sokong kita. 313 00:30:25,416 --> 00:30:29,833 Pihak akhbar, perkhidmatan rahsia dan perkhidmatan pos telah sedia maklum. 314 00:30:29,916 --> 00:30:31,291 Tapi? 315 00:30:31,375 --> 00:30:33,916 Tuanku perlukan sokongan tiga pihak lagi. 316 00:30:34,000 --> 00:30:37,000 - Pertama, sokongan tentera. - Beta tahu. Kedua? 317 00:30:37,083 --> 00:30:40,708 Sokongan Gereja Katolik. Untuk meyakinkan tentera, kita perlu… 318 00:30:40,791 --> 00:30:43,625 Rahmat Tuhan. Rauscher ikut cakap bonda. Ketiga? 319 00:30:44,916 --> 00:30:46,000 Bonda tuanku. 320 00:30:48,541 --> 00:30:49,625 Alamak. 321 00:30:57,791 --> 00:30:59,333 Pandailah beta uruskannya. 322 00:31:02,291 --> 00:31:05,916 Tuan-tuan, inilah satu-satunya peluang kita. 323 00:31:06,500 --> 00:31:11,500 Baginda raja terlalu lemah. Rakyat tak lagi berpihak kepada baginda. 324 00:31:15,083 --> 00:31:17,083 Beri beta masa beberapa hari. 325 00:31:19,750 --> 00:31:23,375 Tetamu undangan tuanku dah sampai. Countess Gundemann. 326 00:31:24,208 --> 00:31:25,166 Suruh dia masuk. 327 00:31:30,708 --> 00:31:31,666 Tuanku. 328 00:31:37,333 --> 00:31:38,291 Apa khabar? 329 00:31:40,458 --> 00:31:41,958 Awak nampak berseri-seri. 330 00:31:43,833 --> 00:31:44,958 Nampak lain. 331 00:31:47,000 --> 00:31:49,916 Mungkin kerana patik baru bertunang. 332 00:31:53,833 --> 00:31:55,541 Tahniah. 333 00:31:57,583 --> 00:32:01,625 Mujurlah Baron von Sina sudi memperisterikan patik. 334 00:32:03,166 --> 00:32:04,708 Ramai lagi lelaki lain. 335 00:32:04,791 --> 00:32:06,541 Tuanku saja boleh kahwin? 336 00:32:07,333 --> 00:32:08,833 Tak, tapi beta terkejut. 337 00:32:08,916 --> 00:32:11,708 Awak countess, tapi Von Sina cuma baron. 338 00:32:13,125 --> 00:32:16,916 - Dia tak setaraf dengan awak. - Patik tak pernah kejar pangkat. 339 00:32:17,416 --> 00:32:18,750 Apa yang awak kejar? 340 00:32:19,250 --> 00:32:21,000 Simon beri patik jaminan… 341 00:32:23,208 --> 00:32:26,333 dan sebuah pulau, jadi apa salahnya? 342 00:32:28,500 --> 00:32:29,750 Kita patut raikannya. 343 00:32:37,208 --> 00:32:38,125 Untuk cinta. 344 00:32:40,333 --> 00:32:41,916 Cinta patik untuk seorang saja. 345 00:32:45,541 --> 00:32:46,708 Beta minta maaf. 346 00:32:48,916 --> 00:32:50,166 Jangan perasan. 347 00:32:59,250 --> 00:33:00,583 Kamar ini dah berubah. 348 00:33:04,375 --> 00:33:06,083 Sekarang, semuanya nampak 349 00:33:07,791 --> 00:33:09,041 jauh lebih kecil. 350 00:33:12,708 --> 00:33:14,791 Beta perlukan sokongan tunang awak. 351 00:33:15,375 --> 00:33:16,958 Tuanku mungkir janji. 352 00:33:20,208 --> 00:33:23,375 Simon sudi menyokong rancangan infrastruktur tuanku, 353 00:33:23,458 --> 00:33:25,125 bukan usaha ketenteraan. 354 00:33:25,208 --> 00:33:29,125 Keadaan yang memaksa, tapi matlamat beta masih sama. 355 00:33:31,000 --> 00:33:32,666 Boleh pujuk dia sekali lagi? 356 00:33:34,208 --> 00:33:37,291 Patik sangka jemputan tuanku atas dasar persahabatan, 357 00:33:38,541 --> 00:33:40,333 tapi nampaknya patik silap. 358 00:33:41,208 --> 00:33:43,333 Tuanku cuma memperalatkan patik. 359 00:33:43,416 --> 00:33:44,625 Tak, itu tak benar. 360 00:33:48,166 --> 00:33:49,291 Beta perlukan awak. 361 00:33:56,041 --> 00:33:57,750 Patik nak tuanku merayu. 362 00:33:59,208 --> 00:34:00,041 Apa? 363 00:34:02,041 --> 00:34:03,375 Tuanku tak sanggup? 364 00:34:11,833 --> 00:34:13,333 Beta merayu, Louise. 365 00:34:15,458 --> 00:34:16,291 Tolong beta. 366 00:34:20,791 --> 00:34:22,333 Demi kesejahteraan rakyat. 367 00:34:27,000 --> 00:34:28,541 Baiklah, patik cuba. 368 00:34:30,750 --> 00:34:32,375 Tuanku patut fikir cara… 369 00:34:34,416 --> 00:34:36,125 untuk balas budi patik. 370 00:34:56,208 --> 00:34:57,041 Tuanku. 371 00:35:00,500 --> 00:35:03,750 Sebuah insiden tercetus semasa lawatan baginda maharani. 372 00:35:04,708 --> 00:35:07,041 - Tuanku mesti didukung. - Tak payah! 373 00:35:07,125 --> 00:35:08,875 Paling tidak, pakai kasut. 374 00:35:11,833 --> 00:35:14,541 Kalau Kempen tak dukung beta, semua ini takkan berlaku! 375 00:35:14,625 --> 00:35:18,375 Kalau tuanku dengar cakap patik, semua ini takkan berlaku! 376 00:35:18,458 --> 00:35:19,458 Pakai kasut! 377 00:35:22,083 --> 00:35:23,083 Tolonglah. 378 00:35:36,166 --> 00:35:37,291 Keluar, semua! 379 00:35:41,916 --> 00:35:43,250 Duli Yang Amat Mulia Raja. 380 00:35:49,875 --> 00:35:50,708 Dinda okey? 381 00:35:52,875 --> 00:35:56,083 Kedegilan anakanda membahayakan nyawa semua orang. 382 00:35:59,708 --> 00:36:00,666 Bukan macam itu! 383 00:36:00,750 --> 00:36:02,625 Rakyat merusuh kerana anakanda. 384 00:36:02,708 --> 00:36:06,416 - Bukan itu niat Elisabeth. - Niat tak menghalalkan cara. 385 00:36:07,750 --> 00:36:10,666 Dasar permata salah serudi! 386 00:36:11,166 --> 00:36:13,791 Ini bukan kali pertama anakanda buat masalah. 387 00:36:13,875 --> 00:36:17,916 - Polis mengasari orang ramai! - Polis cuma melindungi anakanda. 388 00:36:18,000 --> 00:36:20,791 Bukan rakyat yang berbahaya, tapi polis! 389 00:36:20,875 --> 00:36:22,041 Jangan merepek! 390 00:36:23,125 --> 00:36:24,416 Tinggalkan kami. 391 00:36:39,625 --> 00:36:41,791 Kanda tak faham. Apa yang berlaku? 392 00:36:44,750 --> 00:36:47,416 Kenapa dinda tak nak keluar dari faundri itu? 393 00:36:49,083 --> 00:36:51,125 Sebab belum tiba masanya. 394 00:36:55,291 --> 00:36:56,208 Elisabeth. 395 00:37:00,583 --> 00:37:03,083 Jangan terlalu mesra. Buruk padahnya nanti. 396 00:37:03,166 --> 00:37:04,125 Kenapa? 397 00:37:04,208 --> 00:37:05,583 Sebab dinda maharani! 398 00:37:06,166 --> 00:37:07,541 Darjat dinda tinggi. 399 00:37:07,625 --> 00:37:11,083 Sebab itu kita dibenci! Kita buat rakyat macam binatang. 400 00:37:11,166 --> 00:37:14,166 Kita tak boleh tegur, pandang atau sentuh mereka! 401 00:37:14,250 --> 00:37:15,750 Dinda nak hulur roti? 402 00:37:17,083 --> 00:37:19,541 Maaf, dinda. Ia tak semudah itu. 403 00:37:20,958 --> 00:37:22,791 Mudah! Rakyat hidup melarat. 404 00:37:22,875 --> 00:37:25,375 Sebab itu kanda cuba buat perubahan! 405 00:37:26,833 --> 00:37:29,291 Kekecewaan dinda takkan membantu kanda. 406 00:38:20,083 --> 00:38:23,041 Patik akan pastikan dia tak buat onar lagi. 407 00:38:23,125 --> 00:38:25,125 Bukankah dah terlambat? 408 00:38:27,916 --> 00:38:32,958 Kalau dia buat hal dan tak hamil kali ini, tanggunglah akibatnya. 409 00:38:34,125 --> 00:38:35,458 Patik setuju. 410 00:38:35,541 --> 00:38:36,708 Awak pun sama. 411 00:38:39,416 --> 00:38:41,750 Apa maksud tuanku? 412 00:38:44,125 --> 00:38:44,958 Itu saja. 413 00:39:10,958 --> 00:39:12,875 Ya, Tuhan. Ampunkan dosa-dosaku. 414 00:39:13,708 --> 00:39:16,833 Bila kali terakhir tuanku buat pengakuan dosa? 415 00:39:16,916 --> 00:39:18,791 Itu soalan pertama awak? 416 00:39:18,875 --> 00:39:19,875 Oh, Tuhan. 417 00:39:19,958 --> 00:39:22,583 Seingat patik, sejak tunang tuanku meninggal. 418 00:39:22,666 --> 00:39:24,083 Semoga rohnya dirahmati. 419 00:39:25,208 --> 00:39:27,958 Syukurlah tuanku dah pulang ke rumah Tuhan. 420 00:39:29,000 --> 00:39:30,416 Luahkanlah yang terbuku. 421 00:39:32,041 --> 00:39:33,458 Beta dah bersumpah… 422 00:39:33,541 --> 00:39:35,000 Aduhai, apa istilahnya? 423 00:39:35,083 --> 00:39:36,833 Mempermainkan nama Tuhan. 424 00:39:36,916 --> 00:39:41,166 Beta dah buat semua dosa besar. Beta nak bertaubat. 425 00:39:42,416 --> 00:39:46,666 Berdoalah semoga Tuhan ampunkan dosa-dosa tuanku. 426 00:39:58,083 --> 00:39:59,791 Ada lagi, Tuan Yang Terutama. 427 00:40:01,291 --> 00:40:04,791 Beta tahu awak nak hubungan Gereja dan istana lebih rapat 428 00:40:04,875 --> 00:40:08,666 dan negara jiran beraliran Katolik bergabung dengan Habsburg. 429 00:40:09,166 --> 00:40:10,875 Kalau revolusi tercetus lagi 430 00:40:11,625 --> 00:40:15,500 dan raja baharu ditabalkan, awak nak jawatan apa? 431 00:40:25,958 --> 00:40:31,083 Doa pun tuanku tak ingat, tapi ada hati melobi untuk rampas kuasa? 432 00:40:31,166 --> 00:40:32,250 Beta pragmatik. 433 00:40:33,041 --> 00:40:36,125 Apa visi dan pendirian tuanku untuk empayar kita? 434 00:40:37,750 --> 00:40:40,958 Beta tak pernah putus asa untuk capai cita-cita beta. 435 00:40:41,041 --> 00:40:43,291 Berani tuanku mempersoalkan takdir? 436 00:40:43,375 --> 00:40:45,916 Apa salahnya kita tukar raja sekali lagi? 437 00:40:48,416 --> 00:40:50,375 Rakyat sokong beta. 438 00:40:51,083 --> 00:40:52,958 Patik tak risau tentang itu. 439 00:40:53,041 --> 00:40:53,875 Jadi? 440 00:40:55,625 --> 00:40:59,833 Macam mana tuanku nak memerintah kalau tiada pendirian? 441 00:41:06,833 --> 00:41:07,666 Elsa. 442 00:41:10,416 --> 00:41:11,708 Saya nak jumpa Egon. 443 00:41:11,791 --> 00:41:14,291 Amalia dah syak. Saya mesti cabut sekarang. 444 00:41:15,750 --> 00:41:17,958 Kita mesti batalkan rancangan itu. 445 00:41:18,458 --> 00:41:19,583 Dah terlambat. 446 00:41:21,416 --> 00:41:22,791 Apa maksud awak? 447 00:41:22,875 --> 00:41:24,125 Ia dah bermula. 448 00:41:26,166 --> 00:41:27,000 Bila? 449 00:41:27,583 --> 00:41:28,416 Untuk rakyat! 450 00:42:54,291 --> 00:42:55,208 Elisabeth. 451 00:42:58,250 --> 00:43:02,541 Kanda dengar istana ini berhantu, tapi tak sangka pula dinda hantu itu. 452 00:43:08,375 --> 00:43:10,000 Kenapa tak tidur lagi? 453 00:43:13,166 --> 00:43:15,041 Dinda baru balik berparti. 454 00:43:17,041 --> 00:43:17,875 Kanda pula? 455 00:43:18,958 --> 00:43:21,166 Kanda tak boleh tidur. Macam biasa. 456 00:43:26,083 --> 00:43:28,583 Ada terowong rahsia untuk keluar dari sini. 457 00:43:29,291 --> 00:43:31,708 Kita boleh lari ke Prague malam ini. 458 00:43:35,500 --> 00:43:37,041 Dinda suka tabur janji. 459 00:43:44,458 --> 00:43:46,833 Macam mana kalau tiba-tiba kanda setuju? 460 00:43:51,833 --> 00:43:52,916 Jadi, cakaplah. 461 00:44:48,333 --> 00:44:49,208 Tak guna. 462 00:44:59,291 --> 00:45:00,125 Ya? 463 00:45:03,500 --> 00:45:04,333 Tuanku? 464 00:45:05,083 --> 00:45:07,041 Maaf kalau beta mengganggu. 465 00:45:10,541 --> 00:45:11,791 Beta tak boleh tidur. 466 00:45:24,333 --> 00:45:25,500 Boleh beta baring? 467 00:45:26,166 --> 00:45:27,125 Silakan, tuanku. 468 00:45:54,125 --> 00:45:57,000 Patik dah dengar cerita di faundri siang tadi. 469 00:45:58,041 --> 00:46:00,375 Tuanku beri kasut kepada seorang budak. 470 00:46:09,541 --> 00:46:10,750 Baginda raja marah? 471 00:46:14,041 --> 00:46:15,458 Kalaulah dia bukan raja. 472 00:46:23,208 --> 00:46:24,625 Ceritalah tentang awak. 473 00:46:25,875 --> 00:46:29,375 - Tiada yang menarik tentang saya. - Beta tak percaya. 474 00:46:31,083 --> 00:46:35,041 Sejujurnya, semasa kecil, patik tiada kenangan manis. 475 00:46:37,333 --> 00:46:40,875 Beta tak pernah jumpa insan hebat yang jalan hidupnya mudah. 476 00:46:57,583 --> 00:46:59,291 Apa kita buat di sini? 477 00:47:14,458 --> 00:47:16,125 Polis tangkap dia. 478 00:47:17,375 --> 00:47:18,916 Kenapa dengan dia? 479 00:47:31,791 --> 00:47:32,666 Kenapa? 480 00:47:38,791 --> 00:47:39,916 Tengok betul-betul. 481 00:47:41,541 --> 00:47:43,500 Nyawa kita langsung tak bernilai. 482 00:47:44,833 --> 00:47:46,666 Mereka akan terima balasannya. 483 00:47:46,750 --> 00:47:48,416 Hutang darah dibayar darah. 484 00:47:49,958 --> 00:47:51,750 - Untuk rakyat. - Untuk rakyat. 485 00:49:14,875 --> 00:49:17,125 Terjemahan sari kata oleh Saffura