1 00:00:02,586 --> 00:00:03,879 Ayuh Tati! 2 00:00:12,137 --> 00:00:13,514 PUSINGAN AKHIR WSL 2021, CALIFORNIA 3 00:00:13,597 --> 00:00:16,600 Kita akan ketahui siapa juara dunia wanita di sini. 4 00:00:16,683 --> 00:00:19,645 Carissa akan mendapat gelaran lagi atau Tatiana akan merampas impian dia? 5 00:00:26,777 --> 00:00:29,112 Sukar untuk saya mengingati semula acara itu 6 00:00:29,196 --> 00:00:31,657 kerana saya akan jadi beremosi. 7 00:00:32,908 --> 00:00:34,368 Dia meluncur dengan baik di sini. 8 00:00:35,619 --> 00:00:38,121 Dia memilih ombak yang sempurna. 9 00:00:38,789 --> 00:00:41,458 Dia boleh menamatkan pusingan ini dan menjadi juara dunia sekarang. 10 00:00:51,510 --> 00:00:52,636 Wau! 11 00:00:54,137 --> 00:00:56,807 Aduhai! Dia hampir berjaya. 12 00:00:57,766 --> 00:00:59,226 - Carissa! - Ya! 13 00:01:06,316 --> 00:01:09,903 Apabila kita hampir menjadi juara dunia, 14 00:01:11,071 --> 00:01:14,741 ia berbahaya kerana kita berada dalam keadaan 15 00:01:14,825 --> 00:01:18,745 kita dah cuba sedaya upaya. 16 00:01:20,163 --> 00:01:21,915 Awak meluncur dengan baik. 17 00:01:23,041 --> 00:01:26,086 Tiba-tiba semua usaha kita tak mencukupi. 18 00:01:27,296 --> 00:01:28,881 Bagaimana selepas itu? 19 00:01:43,020 --> 00:01:47,107 EMPAT BULAN KEMUDIAN 20 00:01:49,818 --> 00:01:53,405 Ya, Ross ada di bawah sana. Dia melatih Tati. 21 00:01:54,656 --> 00:01:56,950 Ross Williams ialah kawan lama saya. 22 00:01:57,451 --> 00:01:59,077 Saya kenal dia sejak kecil… 23 00:01:59,161 --> 00:02:00,495 KELLY SLATER JUARA DUNIA WSL 11 KALI 24 00:02:00,579 --> 00:02:02,289 …dan kami meluncur dalam jelajah bersama-sama. 25 00:02:02,372 --> 00:02:04,541 Dia dah bersara dan dia menjadi jurulatih. 26 00:02:04,625 --> 00:02:05,918 Itu minat dia. 27 00:02:12,007 --> 00:02:13,342 Selepas kita selesai, 28 00:02:13,425 --> 00:02:15,344 kita bertukar pendapat selepas itu. 29 00:02:15,427 --> 00:02:16,428 ROSS WILLIAMS JURULATIH TATIANA 30 00:02:16,512 --> 00:02:19,014 - Kita meluncur secara biasa. - Okey. 31 00:02:19,640 --> 00:02:22,309 Tati cuba menerima semuanya… 32 00:02:22,392 --> 00:02:23,894 - Sedia? - Sedia. 33 00:02:23,977 --> 00:02:26,939 …serta memahami kebaikan dan keburukan berada di pusingan akhir. 34 00:02:30,442 --> 00:02:35,030 Sepanjang kerjaya saya, saya tak pernah rasa seperti hujung tahun lepas. 35 00:02:36,698 --> 00:02:39,910 Ia hari paling sukar dalam kehidupan saya yang suka bersaing. 36 00:02:42,120 --> 00:02:45,499 Ia perasaan paling teruk di dunia. 37 00:02:54,174 --> 00:02:56,677 Saya jarang meluncur sejak pusingan akhir itu. 38 00:03:01,974 --> 00:03:04,351 Ia semakin sukar apabila kita hampir 39 00:03:04,434 --> 00:03:08,564 menjadi juara dunia, iaitu impian terbesar bagi peluncur jelajah. 40 00:03:11,900 --> 00:03:17,531 Tati sangat beremosi. Dia kemurungan. 41 00:03:20,367 --> 00:03:22,953 Ia mengambil masa untuk pulih daripada kekecewaan itu. 42 00:03:24,955 --> 00:03:26,498 Saya mahu pelukan. 43 00:03:37,092 --> 00:03:38,093 Burger? 44 00:03:39,178 --> 00:03:40,637 FILIPE TOLEDO KEDUDUKAN #2 DI DUNIA 45 00:03:40,721 --> 00:03:42,848 Filipe salah seorang kawan baik saya dalam jelajah. 46 00:03:44,558 --> 00:03:47,311 Mendapat tempat kedua dalam acara sama… 47 00:03:47,394 --> 00:03:50,022 rasanya saya dan Filipe ada persamaan 48 00:03:50,105 --> 00:03:53,108 dari segi pengalaman yang saya lalui. 49 00:03:53,192 --> 00:03:56,904 Selepas kekalahan seperti itu, 50 00:03:56,987 --> 00:04:00,282 hanya orang yang selalu dapat tempat kedua tahu perasaannya. 51 00:04:02,326 --> 00:04:06,205 Saya tak tahu dapat tempat kedua lebih mengecewakan daripada kalah separuh akhir. 52 00:04:07,039 --> 00:04:08,540 Kita begitu hampir 53 00:04:08,624 --> 00:04:10,542 dan kita fikir, "Kita di pusingan akhir. Itu saja." 54 00:04:10,626 --> 00:04:13,420 Tempat pertama atau kedua. Kita sentiasa mahu tempat pertama 55 00:04:13,504 --> 00:04:16,089 dan tiba-tiba kita fikir, 56 00:04:16,173 --> 00:04:18,300 "Tak guna, itu pusingan terakhir, peluang terakhir saya." 57 00:04:18,382 --> 00:04:19,635 - Ia sangat teruk. - Ia… 58 00:04:19,718 --> 00:04:21,094 Bagaimana keadaan awak? 59 00:04:21,178 --> 00:04:22,471 Teruk. 60 00:04:23,347 --> 00:04:25,891 Saya tak dapat menerima hakikat 61 00:04:25,974 --> 00:04:27,851 yang ia sangat sukar bagi saya kerana kalah. 62 00:04:27,935 --> 00:04:29,144 Awak ambil masa lama untuk… 63 00:04:29,228 --> 00:04:30,312 - Saya ambil masa lama. - Betulkah? 64 00:04:30,812 --> 00:04:31,855 Ya. 65 00:04:31,939 --> 00:04:33,774 Saya rasa kehidupan saya masih panjang 66 00:04:33,857 --> 00:04:35,734 dan saya rasa begini. 67 00:04:35,817 --> 00:04:38,362 Saya fikir, "Saya ada di mana? Apa yang saya buat?" 68 00:04:38,987 --> 00:04:44,201 Saya tak tahu jika saya patut cuba lagi… Saya tak tahu. 69 00:04:45,077 --> 00:04:49,248 Saya patut mengalah sekarang? Saya tak tahu. 70 00:04:53,669 --> 00:04:57,297 PELUANG KEDUA 71 00:05:03,804 --> 00:05:08,100 Saya dilahirkan di Brazil dan dibesarkan di kepulauan Kauai. 72 00:05:10,269 --> 00:05:14,648 Semasa kecil, impian saya ialah menjadi peluncur terbaik di dunia. 73 00:05:15,524 --> 00:05:17,109 Saya tulis di dinding saya, 74 00:05:17,192 --> 00:05:19,319 saya gantungnya dan lihatnya setiap hari. 75 00:05:20,696 --> 00:05:22,614 Saya selalu meluncur pada waktu itu. 76 00:05:22,698 --> 00:05:27,160 Tatiana Weston-Webb, bakal peluncur profesional. 77 00:05:28,287 --> 00:05:32,332 Beberapa tahun kemudian, saya bertanding dalam acara meluncur tempatan. 78 00:05:39,631 --> 00:05:42,217 Saya beritahu bapa saya, "Ayah, saya mahu menang." 79 00:05:42,301 --> 00:05:43,677 Ya, Tats! 80 00:05:43,760 --> 00:05:45,846 Tanpa dijangka… 81 00:05:45,929 --> 00:05:47,598 - Syabas! - …saya menang. 82 00:05:47,681 --> 00:05:51,518 Sembilan ke sepuluh tahun, Tatiana Weston-Webb! 83 00:05:53,103 --> 00:05:56,398 Saya menang acara peringkat kebangsaan pada satu tahun. 84 00:05:58,025 --> 00:06:02,487 Tahun sama Carissa menjadi juara dunia untuk kali pertama. 85 00:06:02,571 --> 00:06:04,114 JELAJAH DUNIA ASP 86 00:06:04,198 --> 00:06:05,782 Saya membesar di pulau sebelah, 87 00:06:05,866 --> 00:06:10,370 jadi saya menyaksikan kerjaya dia berkembang. 88 00:06:11,788 --> 00:06:14,666 Saya fikir, "Carissa baru menjadi juara dunia, 89 00:06:14,750 --> 00:06:16,668 mungkin satu hari nanti saya boleh jadi begitu." 90 00:06:16,752 --> 00:06:21,089 Ketika itulah saya fikir, "Okey, saya mahu jadi profesional." 91 00:06:23,634 --> 00:06:25,385 Tatiana Weston-Webb tak takut. 92 00:06:25,469 --> 00:06:27,429 Dia membuat barrel dan berjaya. 93 00:06:30,641 --> 00:06:32,309 Dia mencari tiub dan menemuinya. 94 00:06:32,392 --> 00:06:34,603 Itu dia, Tatiana, dia berjaya keluar! 95 00:06:34,686 --> 00:06:38,232 Tatiana Weston-Webb, Peluncur Baharu Terbaik 2015. 96 00:06:38,315 --> 00:06:40,025 Dia antara peluncur yang boleh lakukannya 97 00:06:40,108 --> 00:06:43,862 dari depan atau belakang. Dia boleh meluncur dari kedua-dua arah 98 00:06:43,946 --> 00:06:46,949 dan itu diperlukan jika kita mahu menjadi juara dunia. 99 00:06:47,616 --> 00:06:48,825 Dia ada semuanya, dia masih muda 100 00:06:48,909 --> 00:06:50,911 dan dia akan terus menjadi lebih baik. 101 00:06:50,994 --> 00:06:57,000 Tuan-tuan dan puan-puan, kemenangan besar bagi Tatiana Weston-Webb, 102 00:06:57,084 --> 00:07:01,588 juara Sukan Luncur Terbuka AS 2016. 103 00:07:01,672 --> 00:07:03,131 Kerjaya dia baru bermula. 104 00:07:03,632 --> 00:07:05,884 Dia akan terus berjaya. 105 00:07:08,262 --> 00:07:10,848 Carissa ialah peluncur wanita terbaik di dunia 106 00:07:10,931 --> 00:07:13,267 dan matlamat saya ialah mengalahkan peluncur terbaik. 107 00:07:15,561 --> 00:07:20,023 Musim 2022 dah bermula dan saya belum bersedia. 108 00:07:20,858 --> 00:07:22,943 Saya tak boleh kata, "Tunggu!" 109 00:07:24,820 --> 00:07:25,988 Saya harus bermula. 110 00:07:26,697 --> 00:07:28,699 AS LAUTAN PASIFIK 111 00:07:36,623 --> 00:07:39,209 Selamat datang, peminat sukan luncur. Ini Billabong Pro! 112 00:07:39,293 --> 00:07:40,419 ACARA JELAJAH KEJUARAAN SATU DARIPADA SEPULUH 113 00:07:41,795 --> 00:07:45,382 Dari North Shore, Oahu, pantai sepanjang 11.2 kilometer, 114 00:07:45,465 --> 00:07:49,595 tumpuannya ialah ombak paling terkenal dan berbahaya di dunia, 115 00:07:49,678 --> 00:07:51,221 Banzai Pipeline. 116 00:07:51,305 --> 00:07:52,764 Ini sebabnya. 117 00:07:52,848 --> 00:07:55,559 Ombak baru yang muncul dari kaki langit. 118 00:07:56,852 --> 00:08:00,647 Itu menjadikannya lebih berbahaya. 119 00:08:02,149 --> 00:08:06,111 Semua ombak tinggi sekarang, jadi ia sangat berbahaya di sini. 120 00:08:10,449 --> 00:08:12,743 Satu kejutan di Pipeline. 121 00:08:13,577 --> 00:08:16,246 Kita akan mencipta sejarah hari ini. 122 00:08:16,997 --> 00:08:22,169 Kali pertama wanita bertanding sepenuhnya bersama lelaki 123 00:08:22,252 --> 00:08:23,504 dan kita dah sedia untuknya. 124 00:08:23,587 --> 00:08:26,215 Ini tahun pertama gabungan 125 00:08:26,298 --> 00:08:27,716 antara jelajah lelaki dan wanita. 126 00:08:27,799 --> 00:08:31,595 Nampaknya sukan luncur wanita berubah dengan pantas. 127 00:08:31,678 --> 00:08:33,847 Ia lebih besar sekarang, jadi saya harap ada… 128 00:08:33,931 --> 00:08:34,932 CARISSA MOORE KEDUDUKAN #1 DI DUNIA 129 00:08:35,015 --> 00:08:36,475 …beberapa peluang. 130 00:08:36,558 --> 00:08:39,436 Ombak semakin besar. Ya. 131 00:08:41,188 --> 00:08:43,941 Nama saya Carissa Moore. Saya seorang peluncur profesional. 132 00:08:44,024 --> 00:08:47,152 Saya ada lima gelaran juara dunia dan pingat emas Olimpik. 133 00:08:47,736 --> 00:08:48,904 Mustahil. Terima kasih. 134 00:08:48,987 --> 00:08:51,823 Setiap perjalanan untuk jadi juara dunia agak berbeza. 135 00:08:52,950 --> 00:08:56,328 Bagi saya, motivasi ialah memasuki hari pusingan akhir 136 00:08:56,411 --> 00:08:57,746 dengan kedudukan nombor satu. 137 00:09:03,460 --> 00:09:06,338 - Terima kasih, Tatiana. - Ya, sama-sama. Terima kasih. 138 00:09:06,421 --> 00:09:07,589 - Baik. - Jumpa lagi. 139 00:09:07,673 --> 00:09:09,216 - Okey. - Selamat tinggal, Tati. 140 00:09:09,299 --> 00:09:12,886 - Terima kasih. Jumpa lagi. - Baik. Jumpa awak di Sunset. 141 00:09:12,970 --> 00:09:16,557 …dengan mata 4.27 dan 2.27. Carissa Moore bermula. 142 00:09:18,392 --> 00:09:21,353 Dia melakukan barrel dan berjaya keluar! 143 00:09:21,436 --> 00:09:24,565 Putaran mendadak di puncak, penamat yang baik. 144 00:09:32,114 --> 00:09:33,115 Hai. 145 00:09:33,198 --> 00:09:34,241 JESSE MENDES SUAMI TATIANA 146 00:09:34,324 --> 00:09:35,534 - Hai. - Hai. 147 00:09:36,702 --> 00:09:39,246 Awak bawa semua papan? Berapa papan yang ada? 148 00:09:40,163 --> 00:09:41,164 Banyak. 149 00:09:41,248 --> 00:09:43,834 Okey. Ada enam papan. 150 00:09:43,917 --> 00:09:46,170 Saya boleh bawa tiga papan, awak bawa tiga papan. 151 00:09:47,087 --> 00:09:50,048 Nama saya Jesse Mendes dan saya peluncur profesional. 152 00:09:51,091 --> 00:09:54,261 Tapi saya tarik diri daripada jelajah beberapa tahun lalu. 153 00:09:55,554 --> 00:09:57,806 - Pusingan baik bagi Carissa. - Saya nampak. 154 00:10:01,185 --> 00:10:04,855 Pencapaian dia pada tahun lepas sangat mengagumkan 155 00:10:04,938 --> 00:10:06,565 walaupun dia tak menjadi juara dunia. 156 00:10:06,648 --> 00:10:09,401 Tapi dia tak menyedarinya sekarang ini. 157 00:10:09,985 --> 00:10:14,573 Saya perlu menyokong dia seperti pasangan normal. 158 00:10:16,742 --> 00:10:17,993 Oh Tuhanku! 159 00:10:18,619 --> 00:10:20,913 Pusingan menarik dari awal lagi. 160 00:10:20,996 --> 00:10:22,456 Selepas ini, perlawanan wanita. 161 00:10:22,539 --> 00:10:27,127 Tatiana Weston-Webb menentang Moana Jones Wong yang diberi peluang khas. 162 00:10:27,211 --> 00:10:31,048 Awak ingat bapa kita bawa kita keluar semasa 12 tahun 163 00:10:31,131 --> 00:10:33,133 pada hari Krismas? Hanya kita ada di luar sana? 164 00:10:33,217 --> 00:10:35,010 MOANA JONES WONG PELUNCUR TEMPATAN & PELUANG KHAS ACARA 165 00:10:35,093 --> 00:10:37,262 Kita meluncur ombak setinggi 3.7 meter 166 00:10:37,346 --> 00:10:39,264 dan dihempas ke dalam air. Kita fikir, 167 00:10:40,265 --> 00:10:41,517 "Kita patut naik ke pantai sekarang." 168 00:10:45,270 --> 00:10:48,023 Peluang khas diberi kepada orang… 169 00:10:48,106 --> 00:10:49,274 NPS JELAJAH & KETUA PERTANDINGAN 170 00:10:49,358 --> 00:10:52,611 …yang bukan peserta jelajah sepenuh masa, tapi mereka mungkin pakar 171 00:10:52,694 --> 00:10:54,321 dan memahami ombak. 172 00:10:54,404 --> 00:10:58,784 Bagi mereka, meluncur hanya kerja sampingan. 173 00:10:58,867 --> 00:11:01,870 Ia bukan kerjaya mereka. Mereka atlet yang hebat. 174 00:11:01,954 --> 00:11:04,831 Sebab itu mereka dipanggil dan diberi peluang khas. 175 00:11:05,457 --> 00:11:09,545 Moana pilihan saya untuk Pipe. Dia pakar Pipe. 176 00:11:09,628 --> 00:11:12,381 Mereka tahu acara ini boleh jadi sesuatu 177 00:11:12,464 --> 00:11:16,176 yang akan mengubah kerjaya mereka dan mungkin juga mengubah hidup mereka. 178 00:11:16,677 --> 00:11:17,803 - Ya. - Ya, cubanya… 179 00:11:17,886 --> 00:11:19,721 Pusingan ini menarik kerana kita tahu 180 00:11:19,805 --> 00:11:22,641 mereka suka bersaing antara satu sama lain. 181 00:11:22,724 --> 00:11:25,811 Ia sengit. Moana dan Tati ada sejarah 182 00:11:25,894 --> 00:11:29,273 dan mereka berdua wanita paling agresif antara mereka semua. 183 00:11:32,234 --> 00:11:36,321 Saya buat kesilapan di Pipeline pada 2021. 184 00:11:36,405 --> 00:11:38,866 Ia hari meluncur yang memenatkan 185 00:11:38,949 --> 00:11:41,660 dan saya secara tak sengaja terjatuh pada Moana. 186 00:11:41,743 --> 00:11:43,203 Ombak itu sangat kuat. 187 00:11:43,287 --> 00:11:46,331 Saya terhempas. Saya tak nampak saya terjatuh pada seseorang 188 00:11:46,415 --> 00:11:49,585 dan dia sangat marah. 189 00:11:51,920 --> 00:11:54,798 Dia campak papan dia dan berlari ke arah saya 190 00:11:54,882 --> 00:11:58,468 dan cuba memukul saya. Dia kata, "Awak sengaja buat begitu." 191 00:12:00,053 --> 00:12:02,723 Dia mengamuk di media sosial. 192 00:12:02,806 --> 00:12:04,308 YA INI YANG DIPANGGIL SI DUNGU 193 00:12:04,391 --> 00:12:06,393 Ia terasa seperti orang mengutuk saya 194 00:12:06,476 --> 00:12:07,978 kerana satu kesilapan kecil. 195 00:12:08,061 --> 00:12:09,938 PERBUATAN INI SANGAT BERBAHAYA DAN DUNGU 196 00:12:10,022 --> 00:12:14,318 Saya jadi serius semasa di Pipe. Saya tahu saya comel dan kecil, 197 00:12:14,401 --> 00:12:17,571 dan mereka fikir saya akan berdiam diri, tapi saya ada sifat lain. 198 00:12:17,654 --> 00:12:19,656 Jika awak buat saya marah, 199 00:12:19,740 --> 00:12:21,575 saya seperti, "Saya takkan lepaskan awak." 200 00:12:23,660 --> 00:12:25,537 Jangan takut untuk meluncur sehingga hujung. 201 00:12:25,621 --> 00:12:27,623 Tak perlu naikkan papan selepas barrel. 202 00:12:27,706 --> 00:12:29,541 - Teruskannya. - Okey. 203 00:12:29,625 --> 00:12:33,212 Mereka kata begitu. Kriteria penilaian mahukan putaran selepas itu. 204 00:12:33,295 --> 00:12:35,380 - Betul? Saya sukakannya. Ya. - Saya… Ya. 205 00:12:35,964 --> 00:12:37,716 - Saya mahu salin… - Ya. 206 00:12:37,799 --> 00:12:39,510 …pakaian lain. 207 00:12:39,593 --> 00:12:40,594 Okey. 208 00:12:45,641 --> 00:12:48,310 Awak ada sembilan minit. Banyak masa lagi. 209 00:12:49,186 --> 00:12:51,522 - Awak mahu saya bawa papan ini? - Ya. 210 00:12:51,605 --> 00:12:54,691 Tati seorang yang bersemangat dan berani. 211 00:12:55,275 --> 00:12:58,695 Dia mungkin peluncur wanita paling berani dalam jelajah. 212 00:12:58,779 --> 00:13:03,450 Dia tak takut. Dia takkan mengalah pada orang seperti Moana. 213 00:13:09,498 --> 00:13:13,335 Ia dah bermula. Pusingan hebat selepas ini. 214 00:13:13,418 --> 00:13:15,921 Tatiana Weston-Webb dan Moana Jones Wong. 215 00:13:16,004 --> 00:13:18,090 Seronok dapat melihat dia dalam acara ini. 216 00:13:18,674 --> 00:13:21,426 Moana kenal ombak ini dengan baik. Dia salah seorang wanita 217 00:13:21,510 --> 00:13:26,723 yang mengabdikan dirinya pada Pipeline dan belajar selok-beloknya. 218 00:13:27,558 --> 00:13:30,227 Pusingan yang sengit. Pusingan penting bagi Tati. 219 00:13:33,856 --> 00:13:37,401 Moana meluncur di Pipe lebih daripada orang lain. 220 00:13:42,823 --> 00:13:44,658 Saya perlu fokus pada diri saya. 221 00:13:46,827 --> 00:13:47,828 PUSINGAN SATU 222 00:13:47,911 --> 00:13:49,413 TATIANA WESTON-WEBB LAWAN MOANA JONES WONG 223 00:13:50,414 --> 00:13:53,000 Ombak besar di sana sekarang. 224 00:13:54,501 --> 00:13:56,128 Set yang bagus. 225 00:13:56,211 --> 00:13:57,379 Ayuh, Tati. 226 00:13:58,255 --> 00:13:59,339 Dia dah bermula. 227 00:14:00,299 --> 00:14:02,926 Tatiana Weston-Webb, dia meluncur. Pipeline. 228 00:14:06,263 --> 00:14:08,223 - Bagus. - Ya, ayuh. 229 00:14:08,307 --> 00:14:09,516 Ombak yang bagus. 230 00:14:10,100 --> 00:14:15,314 Moana dan Tatiana ialah peluncur yang suka melakukan barrel ke arah kiri. 231 00:14:18,400 --> 00:14:20,152 Ia gerakan mudah bagi mereka. 232 00:14:24,281 --> 00:14:27,117 Moana Jones Wong mempunyai kelebihan 233 00:14:27,201 --> 00:14:30,370 dalam perlawanan dia dengan Tatiana Weston-Webb. 234 00:14:32,497 --> 00:14:36,210 Tati akan mula rasa gemuruh. 235 00:14:36,293 --> 00:14:39,004 Biasanya Tati tersenyum semasa meluncur. 236 00:14:39,087 --> 00:14:41,173 Dia nampak sangat serius sekarang ini. 237 00:14:41,798 --> 00:14:43,800 Mata yang hampir. 238 00:14:43,884 --> 00:14:44,885 BILIK JURI 239 00:14:44,968 --> 00:14:47,095 Tak begitu dalam tapi mereka berdua sama. 240 00:14:47,846 --> 00:14:52,601 Matlamatnya ialah mendapat ombak besar yang kuat… 241 00:14:52,684 --> 00:14:53,852 PRITAMO AHRENDT KETUA JURI WSL 242 00:14:53,936 --> 00:14:56,688 …dan melakukan barrel yang dalam untuk dapat mata yang tinggi. 243 00:14:56,772 --> 00:14:59,858 Tati bermula. Dia akan meluncur semua ombak 244 00:14:59,942 --> 00:15:01,985 sekarang ini untuk cuba dapatkan mata. 245 00:15:02,069 --> 00:15:04,238 - Dia hanya perlukan ombak yang bagus. - Perlawanan itu… 246 00:15:06,490 --> 00:15:08,367 Ayuh, Tati! Meluncur dengan baik. 247 00:15:08,951 --> 00:15:12,538 Tatiana Weston-Webb melakukan barrel… 248 00:15:14,790 --> 00:15:15,624 Tidak. 249 00:15:16,625 --> 00:15:19,253 Ombak itu menghempas. 250 00:15:27,803 --> 00:15:30,264 Ombak itu kuat 251 00:15:30,347 --> 00:15:34,476 dan kita masih mencari Tati. 252 00:15:38,146 --> 00:15:42,234 Terumbu di kawasan cetek ialah satu ancaman di Pipeline. 253 00:15:53,245 --> 00:15:59,042 Itu mendebarkan. Dia dihempas dengan teruk. 254 00:16:00,502 --> 00:16:02,045 - Itu satu kesilapan. - Ya. 255 00:16:02,629 --> 00:16:03,964 Dia hilang keseimbangan. 256 00:16:05,007 --> 00:16:07,092 Tatiana mengayuh selepas ombak itu. 257 00:16:07,176 --> 00:16:10,012 Dia menggeleng kepala, jadi kita tahu dia kecewa. 258 00:16:10,929 --> 00:16:12,598 Ini dia. 259 00:16:12,681 --> 00:16:15,809 Peluang bagi Moana Jones. 260 00:16:16,351 --> 00:16:18,937 Moana meluncur ombak ini dengan baik. 261 00:16:34,077 --> 00:16:36,788 Dia menamatkannya dan mendahului. 262 00:16:37,706 --> 00:16:41,418 Pengiraan bermula… Ia akan jadi keputusan rasmi. 263 00:16:42,544 --> 00:16:43,754 Peluncur peluang khas Hawaii, 264 00:16:43,837 --> 00:16:49,801 Moana Jones Wong mara ke pusingan suku akhir kedua. 265 00:16:50,302 --> 00:16:52,763 Dia kalah. Malangnya. 266 00:17:06,401 --> 00:17:11,114 Itu teruk. Tak mungkin saya kalah pada peluncur peluang khas. 267 00:17:11,198 --> 00:17:13,075 - Okey. Syabas. - Terima kasih. 268 00:17:13,157 --> 00:17:15,285 …gadis muda membesar dengan… bersaing… 269 00:17:15,368 --> 00:17:17,204 Saya pakai topi keledar. 270 00:17:19,122 --> 00:17:20,582 Terima kasih. 271 00:17:20,665 --> 00:17:21,875 Itu menyeronokkan. 272 00:17:26,713 --> 00:17:29,174 Tati bukan seperti biasa. 273 00:17:29,258 --> 00:17:31,718 Dia peluncur yang kita jangka akan buat yang terbaik… 274 00:17:31,802 --> 00:17:32,803 SHANNON HUGHES WARTAWAN SUKAN LUNCUR 275 00:17:32,886 --> 00:17:34,179 …terutamanya di ombak seperti Pipe. 276 00:17:34,263 --> 00:17:38,892 Permulaan dia kurang baik dan kehilangan momentum, 277 00:17:39,768 --> 00:17:41,937 dia tentu sangat kecewa. 278 00:17:43,313 --> 00:17:44,982 Sukar untuk menyaksikannya. 279 00:17:45,065 --> 00:17:47,651 - Aduhai! Satu kesilapan. - Ya. 280 00:17:47,734 --> 00:17:49,486 Ombak dia sangat baik. 281 00:17:49,570 --> 00:17:51,530 Saya tahu. Saya nampak semuanya. 282 00:17:51,613 --> 00:17:53,574 Selepas dia meluncur ombak itu, 283 00:17:53,657 --> 00:17:54,783 - saya rasa… - Tak guna. 284 00:17:54,867 --> 00:17:58,161 Dia bertuah kerana dapat ombak itu. 285 00:18:00,038 --> 00:18:04,001 Ia sangat sukar. Saya rasa seperti saya… 286 00:18:13,177 --> 00:18:17,598 Saya nampak Tati tertekan. Ia agak jelas. 287 00:18:18,348 --> 00:18:20,809 Ada banyak jangkaan dalam keadaan sekarang, 288 00:18:20,893 --> 00:18:23,604 ramai gadis baru yang sangat berbakat. 289 00:18:24,563 --> 00:18:27,191 Pilihan yang dia ada… 290 00:18:27,274 --> 00:18:29,401 rasanya dia tak fokus sekarang ini. 291 00:18:40,120 --> 00:18:41,288 Kita mulakan. 292 00:18:41,371 --> 00:18:43,207 Pusingan akhir Pipeline Wanita Billabong Pro bermula. 293 00:18:43,290 --> 00:18:44,833 CARISSA MOORE LAWAN MOANA JONES WONG 294 00:18:51,298 --> 00:18:56,220 Perlawanan hebat. Peserta peluang khas, Moana Jones Wong, 295 00:18:56,303 --> 00:18:59,723 menentang juara dunia sebanyak lima kali, Carissa Moore. 296 00:19:00,641 --> 00:19:03,852 Dia dah mengalahkan Tyler Wright dalam separuh akhir pertama, 297 00:19:03,936 --> 00:19:07,481 jadi impian diteruskan untuk peluncur tempatan itu. 298 00:19:08,065 --> 00:19:11,652 Bolehkah Carissa Moore bangkit semula dalam pusingan akhir ini? 299 00:19:11,735 --> 00:19:14,905 Peluncur peluang khas, Moana Jones Wong… 300 00:19:14,988 --> 00:19:16,114 - Ya. - …mendahului. 301 00:19:16,615 --> 00:19:18,534 Saya mahu sertai pusingan akhir 302 00:19:18,617 --> 00:19:21,161 dan saya rasa cemburu. 303 00:19:21,662 --> 00:19:23,997 - Itu dia. Hebat. - Moana! 304 00:19:24,081 --> 00:19:27,709 Jatuhan yang cantik, secara bersahaja. Perlahan di bawah. 305 00:19:27,793 --> 00:19:30,003 - Itu yang kita mahukan! - Bagus. 306 00:19:31,630 --> 00:19:33,757 Terlalu awal untuk gelar dia ratu Pipeline? 307 00:19:33,841 --> 00:19:35,717 - Ia dah tamat. - Lima, empat, 308 00:19:35,801 --> 00:19:38,720 - tiga, dua, satu. - Tiga, dua, satu. 309 00:19:39,304 --> 00:19:44,852 Moana Jones Wong memenangi Billabong Pro Pipeline. 310 00:19:44,935 --> 00:19:48,438 Dia mengalahkan juara dunia lima kali, Carissa Moore. 311 00:19:49,273 --> 00:19:51,525 Saya mula rasai tekanannya 312 00:19:51,608 --> 00:19:56,280 kerana kita perlu keputusan baik untuk terselamat dan setiap mata dikira. 313 00:20:01,910 --> 00:20:05,914 Tahun ini kami ada penyingkiran dan ini tahun pertama ia diperkenalkan. 314 00:20:08,041 --> 00:20:10,919 Penyingkiran itu menimbulkan kontroversi. 315 00:20:11,837 --> 00:20:14,423 Ia akan jadi saat penting dalam jelajah. 316 00:20:15,257 --> 00:20:17,092 Selepas lima acara… 317 00:20:19,094 --> 00:20:25,017 kami akan kurangkan peserta kepada 22 lelaki dan sepuluh wanita. 318 00:20:26,268 --> 00:20:27,936 Ada peserta akan disingkirkan. 319 00:20:28,020 --> 00:20:29,438 Ia memberi tekanan. 320 00:20:30,856 --> 00:20:33,066 Kita perlu meluncur dengan baik dari awal 321 00:20:33,150 --> 00:20:36,403 kerana kita akan disingkirkan jika kita gagal. 322 00:20:38,322 --> 00:20:41,033 Ia menakutkan jika kita disingkirkan. 323 00:20:41,116 --> 00:20:42,618 STEPHANIE GILMORE JUARA DUNIA TUJUH KALI 324 00:20:42,701 --> 00:20:44,286 Ia beri kesan besar pada kerjaya kita. 325 00:20:45,329 --> 00:20:47,748 Rasanya semua orang tak mahu penyingkiran itu… 326 00:20:47,831 --> 00:20:49,541 FILIPE TOLEDO KEDUDUKAN #9 DI DUNIA 327 00:20:49,625 --> 00:20:51,418 …kerana ia tak adil bagi ramai orang. 328 00:20:52,127 --> 00:20:53,378 Saya tak suka format itu. 329 00:20:53,462 --> 00:20:54,546 LAKEY PETERSON KEDUDUKAN #3 DI DUNIA 330 00:20:54,630 --> 00:20:56,798 Sesiapa yang sertai jelajah berhak untuk menjelajah 331 00:20:56,882 --> 00:20:57,883 sepanjang tahun. 332 00:20:57,966 --> 00:20:59,092 Saya rasa ia bagus. 333 00:20:59,843 --> 00:21:02,179 Ia menjadikan beberapa acara pertama ini penting. 334 00:21:02,262 --> 00:21:05,015 Tiada peluncur bawahan… 335 00:21:05,098 --> 00:21:06,308 KANOA IGARASHI KEDUDUKAN #5 DI DUNIA 336 00:21:06,391 --> 00:21:09,520 …yang akan mengganggu pertandingan sengit. 337 00:21:09,603 --> 00:21:10,687 MORGAN CIBILIC KEDUDUKAN #33 DI DUNIA 338 00:21:10,771 --> 00:21:13,357 Saya tak tahu. Saya menyasarkan kedudukan teratas. 339 00:21:13,440 --> 00:21:14,399 Tapi ia tak menyenangkan. 340 00:21:15,192 --> 00:21:17,027 Tahun ini sangat berbeza. 341 00:21:17,861 --> 00:21:19,446 Ia tiada sebelum ini. 342 00:21:20,572 --> 00:21:22,866 Ia beri banyak tekanan dari awal. 343 00:21:22,950 --> 00:21:25,577 Sekarang kita perlu berjuang untuk kekal. 344 00:21:26,245 --> 00:21:28,580 Berjaya ke penghujung tahun. 345 00:21:42,469 --> 00:21:44,304 Hurley Pro Sunset Beach, 346 00:21:44,388 --> 00:21:46,014 ditaja oleh Shiseido, diteruskan. 347 00:21:46,098 --> 00:21:47,224 ACARA JELAJAH KEJUARAAN DUA DARIPADA SEPULUH 348 00:21:47,850 --> 00:21:51,645 Berita utama di sini ialah Moana Jones Wong disingkirkan 349 00:21:51,728 --> 00:21:53,188 daripada pertandingan hari ini. 350 00:21:54,481 --> 00:21:55,649 Mengarut. 351 00:21:55,732 --> 00:21:57,776 Awak boleh menang pusingan itu. 352 00:21:57,860 --> 00:21:59,695 Ia bagus. Mereka beri awak mata rendah. 353 00:21:59,778 --> 00:22:02,489 - Ya, tapi saya tetap kalah. Ia okey. - Mereka beri awak mata sangat rendah. 354 00:22:02,573 --> 00:22:03,574 TEHOTU WONG SUAMI MOANA 355 00:22:05,075 --> 00:22:06,702 Satu lagi berita utama, 356 00:22:06,785 --> 00:22:11,498 juara dunia lima kali, Carissa Moore, menguasai pusingan pertama 357 00:22:11,582 --> 00:22:14,001 dan boleh menjadi salah seorang peluncur pilihan. 358 00:22:14,084 --> 00:22:16,170 Baiklah, pusingan kedua bermula. 359 00:22:16,253 --> 00:22:19,548 Memperkenalkan Tatiana Weston-Webb dalam jersi merah. 360 00:22:19,631 --> 00:22:23,218 Ya, Tati… Kita bercakap tentang penyingkiran dan bagaimana ia… 361 00:22:23,302 --> 00:22:24,636 jadikan semua acara ini penting. 362 00:22:24,720 --> 00:22:28,515 Tatiana boleh dapat keputusan baik di sini. 363 00:22:29,683 --> 00:22:30,684 PUSINGAN SATU 364 00:22:30,767 --> 00:22:32,186 TATIANA WESTON-WEBB LAWAN LUANA SILVA 365 00:22:33,437 --> 00:22:35,564 Tatiana Weston-Webb. 366 00:22:35,647 --> 00:22:38,400 Ombak yang sukar di depan dia dan… 367 00:22:47,201 --> 00:22:48,202 BILIK JURI 368 00:22:48,911 --> 00:22:50,120 Aduh! 369 00:22:50,204 --> 00:22:51,914 Pasukan perubatan berhampiran. 370 00:22:53,165 --> 00:22:56,376 Nampaknya ombak tadi mencederakan lutut dia. 371 00:22:56,460 --> 00:22:59,129 Jumlah 12.66. Jumlah 24 mata mendahului. 372 00:23:01,256 --> 00:23:02,466 Ia perasaan paling teruk. 373 00:23:03,133 --> 00:23:05,135 Saya tahu. Lutut ini, bukan? 374 00:23:05,219 --> 00:23:07,054 - Ya. - Baik. 375 00:23:07,137 --> 00:23:10,224 - Awak okey? - Hei. Ombak tadi cederakan lutut saya. 376 00:23:10,307 --> 00:23:11,558 Apa yang terjadi? 377 00:23:11,642 --> 00:23:13,185 Ombak menghempas belakang saya 378 00:23:13,268 --> 00:23:16,271 dan kaki depan saya tergelincir 379 00:23:16,355 --> 00:23:18,857 - dan menekan lutut saya ke dalam. - Okey. 380 00:23:19,566 --> 00:23:21,693 - Di tengah. - Okey, di tengah… 381 00:23:21,777 --> 00:23:22,986 - Ya, di situ. - Itu okey, di situ? 382 00:23:23,070 --> 00:23:26,448 Ia lebih kepada LKM. Maksudnya, ia tak… 383 00:23:26,532 --> 00:23:28,158 - Yang mana? - LKM. 384 00:23:28,242 --> 00:23:29,326 - Okey. - LKM. 385 00:23:29,409 --> 00:23:31,870 Sekarang awak perlu bertenang. 386 00:23:34,581 --> 00:23:37,084 - Awak akan okey, Tati. Awak cepat pulih. - Ini mengarut. Saya okey. 387 00:23:38,544 --> 00:23:40,170 Satu demi satu. 388 00:23:41,630 --> 00:23:43,715 Saya bersimpati, sayang. Saya tahu awak bagus. 389 00:23:47,928 --> 00:23:51,056 Carissa Moore tersingkir. 390 00:23:51,139 --> 00:23:55,018 Peluncur baharu, Molly Picklum, memasuki pusingan suku akhir. 391 00:23:55,102 --> 00:23:57,312 Satu lagi kekalahan mengejutkan. 392 00:23:58,605 --> 00:24:00,357 Dia nampak kecewa. 393 00:24:02,109 --> 00:24:04,570 Ya, tapi dia tak cedera. 394 00:24:10,075 --> 00:24:11,118 Jumpa lagi. 395 00:24:11,201 --> 00:24:15,205 Selepas Sunset, saya di kedudukan ke-14 di dunia. 396 00:24:15,789 --> 00:24:17,708 Jika saya tak dapat sertai beberapa acara seterusnya, 397 00:24:18,292 --> 00:24:21,587 peluang untuk saya terselamat sangat tipis. 398 00:24:21,670 --> 00:24:23,672 KEDUDUKAN JELAJAH KEJUARAAN WSL 399 00:24:30,554 --> 00:24:32,097 - Saya sayang awak. - Saya juga. 400 00:24:32,181 --> 00:24:33,682 Kerjaya dia menjadi pertaruhan. 401 00:24:33,765 --> 00:24:35,058 Awak boleh atasinya. 402 00:24:35,142 --> 00:24:37,603 Dia di bawah garis penyingkiran, dia tercedera. 403 00:24:37,686 --> 00:24:40,480 Dia mungkin tak dapat sertai pada tahun depan. 404 00:24:40,564 --> 00:24:41,940 Dia mungkin tersingkir, 405 00:24:42,024 --> 00:24:45,569 bermakna dia tak layak untuk Jelajah Kejuaraan 2023. 406 00:24:47,738 --> 00:24:49,281 Itu sangat pelik bagi Tatiana. 407 00:24:53,785 --> 00:24:57,080 DUA MINGGU KEMUDIAN 408 00:25:02,252 --> 00:25:03,921 Dua minggu saya tak meluncur. 409 00:25:05,005 --> 00:25:09,134 Ia menakutkan dengan mengetahui saya mungkin terlepas hujung tahun ini. 410 00:25:09,718 --> 00:25:12,221 Saya sangat beremosi. 411 00:25:12,304 --> 00:25:14,515 - Hai. - Helo. Apa khabar? 412 00:25:14,598 --> 00:25:16,266 Baik. Awak apa khabar? 413 00:25:17,643 --> 00:25:22,689 - Bagaimana keadaan awak? - Saya sakit semalam. 414 00:25:22,773 --> 00:25:23,774 TOM ALLAN OSTEOPAT 415 00:25:23,857 --> 00:25:26,151 Ya, kita akan buat senaman asas hari ini. 416 00:25:27,069 --> 00:25:29,738 Baiklah, kita akan tarik lutut ke arah kepala awak. 417 00:25:29,821 --> 00:25:30,822 Okey. 418 00:25:31,323 --> 00:25:32,324 Itu okey? 419 00:25:33,158 --> 00:25:35,327 Ya, ia agak sakit semasa ditolak ke dalam. 420 00:25:35,410 --> 00:25:36,245 Ya. 421 00:25:36,328 --> 00:25:39,039 Kebanyakannya berpunca daripada tekanan. 422 00:25:39,122 --> 00:25:40,249 Mungkin. 423 00:25:40,332 --> 00:25:43,252 Penyingkiran itu menambah tekanan awak. 424 00:25:43,752 --> 00:25:46,046 Semasa kita kemurungan, kita tertanya 425 00:25:46,129 --> 00:25:48,173 sebab kita lakukan semua ini. 426 00:25:48,257 --> 00:25:54,263 Saya mahu terus berusaha sepenuh hati setiap kali 427 00:25:54,346 --> 00:25:57,057 hanya untuk dikalahkan lagi? 428 00:25:57,140 --> 00:26:01,395 Ketika itulah kita perlu fikir secara mendalam dan cari sebab kita. 429 00:26:02,271 --> 00:26:04,523 Saya masih mahu jadi peluncur terbaik di dunia satu hari nanti. 430 00:26:05,065 --> 00:26:06,400 Okey. 431 00:26:06,483 --> 00:26:09,695 Saya perlu berfikir dan ingatkan diri saya 432 00:26:09,778 --> 00:26:13,115 sama ada, "Ini akibat paling teruk? Tak. 433 00:26:13,198 --> 00:26:17,119 Saya masih peluncur yang baik? Tentulah. Ya, saya tahu saya begitu." 434 00:26:17,202 --> 00:26:19,037 Saya mahu meluncur. 435 00:26:19,121 --> 00:26:21,623 Saya rasa saya jadi lebih baik semasa meluncur. 436 00:26:21,707 --> 00:26:22,791 Ya. 437 00:26:26,545 --> 00:26:29,673 Saya seorang pejuang dan pesaing. 438 00:26:31,341 --> 00:26:36,972 Saya perlu buang sifat manja saya. Berusaha lebih kuat. 439 00:26:43,103 --> 00:26:44,104 Saya rindu pekerjaan saya. 440 00:26:45,105 --> 00:26:46,398 Saya rindu meluncur. 441 00:26:47,524 --> 00:26:51,195 Ya, saya perlu buat yang terbaik di Portugal supaya tak tersingkir. 442 00:26:53,197 --> 00:26:54,198 Saya dah sedia. 443 00:26:55,490 --> 00:26:57,492 PORTUGAL - PENICHE LAUTAN ATLANTIK 444 00:27:09,463 --> 00:27:10,672 JELAJAH KEJUARAAN ACARA TIGA DARIPADA SEPULUH 445 00:27:10,756 --> 00:27:13,425 Selamat tengah hari dan selamat kembali ke Peniche, Portugal. 446 00:27:13,509 --> 00:27:16,845 Anda menyaksikan MEO Pro Portugal, ditaja oleh Rip Curl. 447 00:27:16,929 --> 00:27:20,265 Hentian ketiga dalam Jelajah Kejuaraan World Surf League. 448 00:27:20,349 --> 00:27:22,809 Cuaca sangat sejuk hari ini. 449 00:27:23,393 --> 00:27:26,939 Empat puluh enam darjah Fahrenheit, lapan darjah Celsius. 450 00:27:27,022 --> 00:27:28,065 Ia agak teruk. 451 00:27:28,148 --> 00:27:30,734 Ramai orang tak menjangkanya. 452 00:27:32,736 --> 00:27:34,112 Tapi inilah Portugal, jadi… 453 00:27:38,200 --> 00:27:39,201 ITALO FERREIRA #16 DI DUNIA 454 00:27:39,284 --> 00:27:41,495 Duduk di sini sebentar untuk hangatkan badan. 455 00:27:41,578 --> 00:27:43,872 Sangat selesa. 456 00:27:47,835 --> 00:27:50,629 Lihat saya lakukan barrel dan keluar. 457 00:27:57,052 --> 00:27:59,555 Permulaan baik untuk juara dunia lima kali, 458 00:27:59,638 --> 00:28:00,639 Carissa Moore. 459 00:28:00,722 --> 00:28:05,018 Carissa akan dapat jersi pendahulu kuning jika berjaya ke pusingan akhir. 460 00:28:05,102 --> 00:28:06,228 Banyak dipertaruhkan. 461 00:28:11,108 --> 00:28:12,901 Ia sangat sukar bagi Tatiana. 462 00:28:14,862 --> 00:28:16,780 Untuk meluncur dengan baik dengan kecederaan itu, 463 00:28:16,864 --> 00:28:18,156 terutamanya pada peringkat awal, 464 00:28:18,240 --> 00:28:21,577 akan mencabar fizikal dan mental dia. 465 00:28:23,370 --> 00:28:26,957 Fikiran saya berubah semasa di Portugal. 466 00:28:27,666 --> 00:28:32,171 Saya tak tahu jika dapat sertai pusingan kerana kecederaan dan saya ada di sini. 467 00:28:33,881 --> 00:28:38,510 Matlamat saya sekarang ialah jadi lebih baik. 468 00:28:39,136 --> 00:28:40,387 Saya tak boleh buat kesilapan. 469 00:28:40,971 --> 00:28:42,097 PUSINGAN SATU 470 00:28:42,181 --> 00:28:44,725 TATIANA WESTON-WEBB LAWAN LUANA SILVA 471 00:28:48,437 --> 00:28:51,773 Ya, Tati. Putaran mendadak di bahagian kiri. 472 00:28:53,650 --> 00:28:55,485 Dia tak teragak-agak. 473 00:28:57,196 --> 00:28:58,197 Dia meluncur lagi. 474 00:28:59,823 --> 00:29:02,034 Dia meluncur dengan agresif di atas. 475 00:29:02,910 --> 00:29:04,244 Meluncur ombak secara menegak. 476 00:29:05,662 --> 00:29:08,123 Para juri tentu kagum. 477 00:29:09,291 --> 00:29:10,501 Pusingan hebat untuk Tati. 478 00:29:10,584 --> 00:29:13,837 Ini dapat membantu kedudukan dia. 479 00:29:18,800 --> 00:29:19,801 GREG BROWNING PASUKAN TATIANA 480 00:29:19,885 --> 00:29:21,136 Saya tak faham. 481 00:29:21,220 --> 00:29:24,473 - Bagaimana awak lakukannya? - Saya fikir, "Saya boleh menang." 482 00:29:24,556 --> 00:29:25,974 Itu memang hebat. Syabas. 483 00:29:27,434 --> 00:29:30,270 - Saya rasa baik. - Ya. Awak buat dengan baik. 484 00:29:30,354 --> 00:29:32,022 - Jangan ragu-ragu. - Ya. 485 00:29:32,105 --> 00:29:33,607 Ya, awak meluncur dengan baik. 486 00:29:35,192 --> 00:29:36,401 PUSINGAN SUKU AKHIR WESTON-WEBB LAWAN ROBINSON 487 00:29:36,485 --> 00:29:37,694 Tatiana Weston-Webb, 488 00:29:37,778 --> 00:29:40,364 keputusan terbaik dia setakat ini untuk tahun ini. 489 00:29:40,447 --> 00:29:41,657 Dia semakin baik. 490 00:29:45,536 --> 00:29:46,537 Satu lagi gerakan baik. 491 00:29:47,329 --> 00:29:49,248 Dia tak mahu teragak-agak. 492 00:29:51,416 --> 00:29:54,336 Dia mahu menyerang dan itu yang dia lakukan. 493 00:29:54,419 --> 00:29:57,130 Tatiana Weston-Webb, untuk kali pertama dalam musim ini, 494 00:29:57,214 --> 00:29:59,049 mara ke separuh akhir. 495 00:29:59,132 --> 00:30:00,759 Tatiana Weston-Webb. 496 00:30:01,552 --> 00:30:03,762 Tati, itu luar biasa. 497 00:30:03,846 --> 00:30:06,932 Terima kasih. Ya, saya gembira dengan pusingan itu. 498 00:30:07,015 --> 00:30:08,809 Bagaimana rasanya melepasi Pusingan Sembilan, 499 00:30:08,892 --> 00:30:10,561 malah memasuki pusingan separuh akhir 500 00:30:10,644 --> 00:30:13,605 dan apa awak perlukan untuk melepasi separuh akhir di Portugal, 501 00:30:13,689 --> 00:30:14,982 seperti keputusan awak sebelum ini? 502 00:30:15,065 --> 00:30:17,901 Ya, saya perlu meluncur dengan baik dan bijak dalam pusingan. 503 00:30:17,985 --> 00:30:21,738 Saya menghadapi sedikit masalah di Sunset, 504 00:30:21,822 --> 00:30:22,906 pada penghujung pusingan saya. 505 00:30:22,990 --> 00:30:24,199 Lutut saya kurang baik 506 00:30:24,283 --> 00:30:27,494 dan saya gunakan itu untuk bermula semula 507 00:30:27,578 --> 00:30:29,955 kerana permulaan saya tahun ini kurang baik. 508 00:30:30,038 --> 00:30:32,916 Kami teruja melihat awak ke separuh akhir dan semoga berjaya. 509 00:30:33,000 --> 00:30:34,793 - Lutut awak okey? - Ya. 510 00:30:34,877 --> 00:30:36,003 Ia sangat baik. 511 00:30:36,086 --> 00:30:39,882 Ia masih sakit sedikit akhirnya, tapi saya boleh bertahan. 512 00:30:39,965 --> 00:30:41,925 Saya harap semuanya okey untuk hari pusingan akhir. 513 00:30:42,009 --> 00:30:43,468 Terima kasih. Hai. 514 00:30:46,638 --> 00:30:48,640 Keterujaan diteruskan. 515 00:30:48,724 --> 00:30:54,062 Kita akan lihat semula perlawanan pusingan akhir WSL 2021 516 00:30:54,146 --> 00:30:58,442 iaitu Tatiana Weston-Webb melawan Carissa Moore. 517 00:30:59,067 --> 00:31:00,736 Banyak yang kita nantikan. 518 00:31:05,490 --> 00:31:07,034 6:00 PAGI 519 00:31:07,117 --> 00:31:09,536 DUA JAM SEBELUM PUSINGAN SEPARUH AKHIR 520 00:31:10,829 --> 00:31:12,664 Berhampiran sana, di sebelah kiri awak. 521 00:31:12,748 --> 00:31:13,749 Terima kasih. 522 00:31:17,044 --> 00:31:18,962 Syukurlah, hari yang indah. 523 00:31:26,094 --> 00:31:29,890 Saya tiada kepercayaan karut semasa memanaskan badan untuk pusingan. 524 00:31:34,186 --> 00:31:38,023 Saya cuba bertenang dan membuat rancangan. 525 00:31:41,401 --> 00:31:43,237 Cuaca di Portugal sangat sejuk. 526 00:31:43,320 --> 00:31:47,699 Kita perlu sentiasa memanaskan badan dan bersedia untuk bertanding. 527 00:31:47,783 --> 00:31:51,286 Jika tidak, kita akan kesejukan dan tak dapat berfikir. 528 00:32:00,212 --> 00:32:01,964 Saya rasa hebat. 529 00:32:02,047 --> 00:32:08,011 Saya tahu Carissa ialah pesaing yang kuat, tapi saya suka kemungkinan saya. 530 00:32:11,431 --> 00:32:15,477 Tempat kedua tahun lepas di Pusingan Akhir WSL Rip Curl, 531 00:32:15,978 --> 00:32:20,816 Tatiana Weston-Webb, sangat hampir menjadi juara dunia. 532 00:32:21,358 --> 00:32:22,985 Saya suka perlawanan ini 533 00:32:23,068 --> 00:32:25,654 kerana ada persaingan yang berterusan antara dua wanita ini 534 00:32:25,737 --> 00:32:29,533 dan sebagai peminat sukan luncur, kita mahu melihatnya. 535 00:32:30,033 --> 00:32:35,247 Dalam perlawanan satu lawan satu, Carissa mengatasi Tatiana Weston-Webb. 536 00:32:36,290 --> 00:32:38,625 Kelemahan Tati ialah Carissa. 537 00:32:38,709 --> 00:32:39,751 ROSY HODGE BEKAS PELUNCUR WSL 538 00:32:39,835 --> 00:32:42,462 Dia perlu kalahkan Carissa jika dia mahu dapatkan keyakinan 539 00:32:42,546 --> 00:32:44,506 dan percaya dia boleh menjadi juara dunia. 540 00:32:45,507 --> 00:32:49,052 Saya perlu buat yang terbaik setiap kali saya melawan Tati. 541 00:32:49,136 --> 00:32:51,597 Dia seorang yang agresif. 542 00:32:51,680 --> 00:32:55,642 Dia bijak, sangat berkuasa dan pesaing yang hebat. 543 00:32:57,227 --> 00:33:00,314 Carissa ialah pesaing terhebat saya. 544 00:33:00,397 --> 00:33:02,482 Dia sentiasa mempunyai taktik. 545 00:33:02,566 --> 00:33:05,444 Dia selalu mendorong saya. 546 00:33:05,527 --> 00:33:07,029 Kita mahu kalahkan juara dunia. 547 00:33:07,613 --> 00:33:08,614 PUSINGAN SEPARUH AKHIR 548 00:33:08,697 --> 00:33:10,032 TATIANA WESTON-WEBB LAWAN CARISSA MOORE 549 00:33:10,115 --> 00:33:11,950 Carissa Moore berada di ombak sekarang. 550 00:33:14,161 --> 00:33:15,162 Dia terjatuh. 551 00:33:18,957 --> 00:33:21,001 Sekarang masih awal pagi dan cuaca sejuk. 552 00:33:21,835 --> 00:33:23,837 Saya nampak Carissa di zon atlet 553 00:33:23,921 --> 00:33:26,882 dan dia cuba untuk hangatkan badan. 554 00:33:28,300 --> 00:33:29,843 Carissa Moore dapat 4.33 555 00:33:29,927 --> 00:33:32,596 untuk peluncuran pertama menentang Tatiana Weston-Webb. 556 00:33:34,681 --> 00:33:36,099 Tati cuba meluncur di sini. 557 00:33:41,355 --> 00:33:43,524 Dia akan berjaya? 558 00:33:43,607 --> 00:33:45,192 Malangnya dia tak berjaya. 559 00:33:47,152 --> 00:33:50,781 Kadangkala kaki kita kesejukan. Benar-benar kesejukan. 560 00:33:50,864 --> 00:33:53,242 Itu mengurangkan cengkaman. 561 00:33:57,996 --> 00:34:00,666 Carissa membuat lompatan untuk penamat yang hebat. 562 00:34:09,341 --> 00:34:11,092 Tatiana Weston-Webb membalas semula. 563 00:34:16,849 --> 00:34:18,266 Buat dengan baik. 564 00:34:18,976 --> 00:34:20,101 Buat dengan baik. 565 00:34:32,489 --> 00:34:34,324 Kombinasi tiga putaran hebat. 566 00:34:34,408 --> 00:34:35,409 BILIK JURI 567 00:34:35,492 --> 00:34:38,203 Putaran pertama itu sangat baik. 568 00:34:39,329 --> 00:34:42,291 Mata 6.83 mendahului dalam pusingan ini. 569 00:34:43,625 --> 00:34:47,379 Tatiana Weston-Webb mendahului Carissa. 570 00:34:48,422 --> 00:34:50,841 Merah mengejar ombak terbaik dia. 571 00:34:51,507 --> 00:34:53,886 Masa tinggal lima minit, lima puluh saat. 572 00:34:53,969 --> 00:34:58,098 Bolehkah Carissa Moore bangkit semula dalam separuh akhir ini? 573 00:34:59,183 --> 00:35:01,476 Kita sentiasa meragui diri sendiri. 574 00:35:04,396 --> 00:35:09,651 Saya cuba percayakan pengalaman saya selama ini dan kebolehan saya. 575 00:35:13,030 --> 00:35:17,576 Mengenal pasti ombak terbaik dan cuba sedaya upaya. 576 00:35:30,339 --> 00:35:33,800 Carissa cuba dapatkan mata terbaik dalam pusingan ini. 577 00:35:47,731 --> 00:35:48,732 Malangnya. 578 00:35:51,109 --> 00:35:52,819 Ia dah tamat. Semua mata dah diterima. 579 00:35:52,903 --> 00:35:54,863 Tahniah kepada Tatiana Weston-Webb. 580 00:36:04,790 --> 00:36:05,791 Semoga berjaya. 581 00:36:06,625 --> 00:36:08,168 Jumpa lagi, Riss. 582 00:36:08,252 --> 00:36:12,297 Mata Tatiana Weston-Webb mengalahkan Carissa Moore. 583 00:36:12,381 --> 00:36:13,382 Dia sukakannya. 584 00:36:14,049 --> 00:36:15,717 Syabas. 585 00:36:16,343 --> 00:36:18,345 Hei, kita berjaya. 586 00:36:20,639 --> 00:36:22,891 Carissa sentiasa mendorong saya meluncur lebih baik dan 587 00:36:22,975 --> 00:36:28,981 saya kalah pusingan akhir tahun lepas menentang dia kerana kesilapan kecil. 588 00:36:30,107 --> 00:36:31,108 Dia mungkin salah seorang… 589 00:36:32,025 --> 00:36:33,527 Dia peluncur kegemaran saya dalam jelajah, 590 00:36:33,610 --> 00:36:37,823 jadi saya rasa seperti menang pertandingan selepas kalahkan dia. 591 00:36:37,906 --> 00:36:39,032 Jadi… 592 00:36:46,039 --> 00:36:47,833 - Terima kasih. Tahniah. - Terima kasih. 593 00:36:47,916 --> 00:36:49,376 Dia memberi mesej kepada peminat dia 594 00:36:49,459 --> 00:36:52,880 dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan. 595 00:36:52,963 --> 00:36:54,882 Tati akan mara ke pusingan akhir. 596 00:36:54,965 --> 00:36:55,966 PUSINGAN AKHIR 597 00:36:56,049 --> 00:36:57,551 TATIANA WESTON-WEBB LAWAN LAKEY PETERSON 598 00:36:57,634 --> 00:36:59,553 Tati meluncur ombak yang baik di sana. 599 00:36:59,636 --> 00:37:03,182 Kita mahu buat persembahan di pentas besar dan inilah pentas paling besar. 600 00:37:09,313 --> 00:37:14,526 Kita lihat peluncuran lapan mata bagi Tati untuk mencapai kemenangan. 601 00:37:35,672 --> 00:37:36,882 Ayuh! 602 00:37:37,466 --> 00:37:40,344 Saya sentiasa menyokong Tati. 603 00:37:40,928 --> 00:37:44,598 Itu menjadikan dia yakin untuk tahun ini. 604 00:37:45,307 --> 00:37:47,559 Dia fikirkan kemahuan dia 605 00:37:47,643 --> 00:37:52,523 dan dia berusaha mendapatkannya. Itu memberi saya inspirasi. 606 00:37:56,151 --> 00:37:58,904 Tahniah, Tati. Awak meluncur dengan baik, legenda. 607 00:38:03,450 --> 00:38:05,118 Awak berhak menang. 608 00:38:05,202 --> 00:38:06,537 Awak terkejut? 609 00:38:11,583 --> 00:38:14,962 Saya tahu tahun ini sangat sukar bagi saya 610 00:38:15,045 --> 00:38:16,922 untuk tumpukan perhatian sepenuhnya. 611 00:38:19,049 --> 00:38:22,970 Saya masih mahu cuba yang terbaik untuk memenangi gelaran tahun ini 612 00:38:23,053 --> 00:38:24,805 dan saya tahu ia berkemungkinan. 613 00:38:25,305 --> 00:38:27,349 KEDUDUKAN JELAJAH KEJUARAAN WSL 614 00:38:27,432 --> 00:38:31,770 GARISAN PENYINGKIRAN 14 TATIANA WESTON-WEBB 615 00:38:34,064 --> 00:38:35,899 Tati berusaha dengan kuat 616 00:38:36,400 --> 00:38:39,027 dan ia sangat memberi inspirasi melihat seseorang berusaha kuat 617 00:38:39,111 --> 00:38:42,990 dan mengalami saat tak dijangka yang membawa kepada kemenangan. 618 00:38:43,073 --> 00:38:45,951 Beri tepukan untuk juara anda, Tatiana Weston-Webb. 619 00:38:48,078 --> 00:38:50,914 Semasa kami nampak awak terincut-incut di Sunset Beach, 620 00:38:50,998 --> 00:38:55,252 saya tak pasti jika awak akan ada di sini, apatah lagi memenanginya. 621 00:38:55,335 --> 00:38:57,254 Awak boleh jelaskan pada kami? 622 00:38:57,337 --> 00:39:00,507 Merasai kemenangan ialah sesuatu yang sangat istimewa. 623 00:39:03,135 --> 00:39:04,970 Ada banyak acara lagi selepas ini. 624 00:39:09,057 --> 00:39:13,520 Masa untuk fokus dan berusaha memenanginya. 625 00:39:14,605 --> 00:39:16,982 Tati dah kembali. 626 00:39:20,235 --> 00:39:21,069 EPISOD SETERUSNYA 627 00:39:21,153 --> 00:39:22,529 Saya mengejar adik saya sepanjang hidup saya. 628 00:39:22,613 --> 00:39:23,989 Awak nampak baik. 629 00:39:24,072 --> 00:39:25,532 Saya suka bersaing. 630 00:39:25,616 --> 00:39:29,620 Ini Rip Curl Pro Bells Beach. Siapa akan bunyikan loceng itu? 631 00:39:29,703 --> 00:39:33,874 Jika saya tak berjaya di sini, saya akan disingkirkan. 632 00:40:32,933 --> 00:40:34,935 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof