1 00:00:31,324 --> 00:00:32,366 Helo. 2 00:00:33,451 --> 00:00:34,536 UPACARA PEMBUKAAN MUSIM 2022 3 00:00:34,536 --> 00:00:38,790 Selamat pagi dari North Shore, Oahu yang cantik. 4 00:00:38,790 --> 00:00:41,960 Hentian pertama dalam jelajah kejuaraan. 5 00:00:42,586 --> 00:00:47,340 Semua peluncur lelaki WCT boleh datang ke sini? 6 00:00:47,924 --> 00:00:51,469 Kurang seorang peluncur pada permulaan tahun ini. 7 00:00:52,053 --> 00:00:55,765 Pada awal minggu ini, Gabe Medina beritahu kami. 8 00:00:55,765 --> 00:00:57,350 Dia takkan bertanding. 9 00:00:57,350 --> 00:00:58,435 PUSINGAN AKHIR 2021 10 00:00:59,895 --> 00:01:01,605 PUSINGAN AKHIR RIP CURL - WSL 11 00:01:01,605 --> 00:01:04,148 Saya rindu Gabriel. 12 00:01:04,148 --> 00:01:06,192 Dia watak utama di sini. 13 00:01:06,192 --> 00:01:07,569 PEDRO BURCKAUSER VLOGGER LUNCUR 14 00:01:07,569 --> 00:01:12,991 Ia sukar dipercayai kerana banyak perkara berlaku dalam kehidupan peribadi dia. 15 00:01:13,491 --> 00:01:17,245 - Saya harap dia kembali segera. - Terima kasih. 16 00:01:18,371 --> 00:01:20,665 Ada peluang bagi peluncur lelaki. 17 00:01:20,665 --> 00:01:21,875 ROSY HODGE BEKAS PELUNCUR 18 00:01:21,875 --> 00:01:25,503 Ia tentu menarik untuk lihat siapa akan ambil peluang itu. Ia sengit. 19 00:01:25,503 --> 00:01:26,755 ITALO FERREIRA KEDUDUKAN #3 DI DUNIA 20 00:01:26,755 --> 00:01:29,049 Mereka perlu meluncur dengan baik sejak awal lagi. 21 00:01:31,593 --> 00:01:33,136 Tentulah kami rindu Gabriel. 22 00:01:33,136 --> 00:01:34,512 FILIPE TOLEDO KEDUDUKAN #2 DI DUNIA 23 00:01:34,512 --> 00:01:36,973 Bagi saya dia mungkin salah seorang peluncur terbaik. 24 00:01:36,973 --> 00:01:39,601 Salah seorang peluncur terhebat di dunia. 25 00:01:42,729 --> 00:01:45,857 Bagi saya, ini peluang saya untuk menjadi juara dunia. 26 00:01:45,857 --> 00:01:50,362 - Helo! - Helo. 27 00:01:50,362 --> 00:01:53,114 Sukar untuk berhenti apabila kita ada di puncak. 28 00:01:54,783 --> 00:01:58,036 Kali terakhir seseorang menjadi juara dunia 29 00:01:58,036 --> 00:02:02,666 dan kata, "Okey, saya takkan bertanding," rasanya ialah Kelly Slater. 30 00:02:08,420 --> 00:02:09,631 Saya Kelly Slater. 31 00:02:09,631 --> 00:02:11,049 JUARA DUNIA WSL 11 KALI 32 00:02:11,049 --> 00:02:14,344 Saya dah sertai Jelajah Luncur Dunia selama 30 tahun. 33 00:02:16,429 --> 00:02:17,889 Setiap beberapa tahun, 34 00:02:17,889 --> 00:02:19,516 kumpulan peluncur terhebat berubah. 35 00:02:19,516 --> 00:02:22,519 Kelly Slater mengetuai perubahan itu pada 1992. 36 00:02:22,519 --> 00:02:23,603 Empat belas ribu dolar. 37 00:02:24,771 --> 00:02:26,398 Mungkin awak tak tahu, tapi awak akan memenangi 38 00:02:26,398 --> 00:02:28,066 Peluncur Baharu Terbaik dalam Triple Crown Surf. 39 00:02:28,066 --> 00:02:30,485 - Tahniah untuk itu. - Betulkah? Saya tak tahu. 40 00:02:30,485 --> 00:02:32,070 Kelly satu pengecualian. 41 00:02:33,947 --> 00:02:36,408 Lima kali lebih berjaya berbanding rakannya. 42 00:02:36,408 --> 00:02:37,450 STEPHEN 'BELLY' BELL PENGURUS 43 00:02:37,450 --> 00:02:39,119 Salah seorang atlet terhebat di dunia. 44 00:02:39,119 --> 00:02:43,206 Saya suka meluncur dan saya akan teruskan walaupun saya tak mendapat duit. 45 00:02:43,206 --> 00:02:45,166 Syukurlah ada ombak-ombak ini. 46 00:02:45,750 --> 00:02:48,336 Kelly Slater memenangi empat atau lima gelaran dunia pertamanya... 47 00:02:48,336 --> 00:02:49,421 JUARA PIPE MASTERS 48 00:02:49,421 --> 00:02:52,757 ...dengan pemikiran hasil daripada pertandingan dan semangat bersaing. 49 00:02:52,757 --> 00:02:54,467 LUKE KENNEDY EDITOR, MAJALAH TRACKS 50 00:02:56,344 --> 00:02:57,596 Dia tak dapat dikalahkan. 51 00:02:58,096 --> 00:03:01,141 Dia tinggalkan jelajah pada lewat 1990. 52 00:03:01,141 --> 00:03:02,058 JELAJAH ASP FOSTER'S 53 00:03:02,058 --> 00:03:05,604 Tapi dia kembali dan menang lima gelaran. 54 00:03:06,605 --> 00:03:09,316 - Tak mungkin ombak itu... - Dia... 55 00:03:09,316 --> 00:03:11,151 - Betapa hebatnya dia meluncur... - Itu dia. 56 00:03:11,151 --> 00:03:13,028 Kelly Slater, juara dunia sembilan kali. 57 00:03:14,654 --> 00:03:17,073 Kali terakhir Kelly memenangi gelaran... 58 00:03:17,073 --> 00:03:19,159 ialah pada 2011. 59 00:03:19,951 --> 00:03:24,372 Saya ingat saya kata, "Ini mungkin kali terakhir Kelly Slater menang." 60 00:03:24,372 --> 00:03:26,917 JUARA QUIKSILVER PRO 2011 GOLD COAST AUSTRALIA 61 00:03:26,917 --> 00:03:31,963 Jehovah. Jesu. Jesus. 62 00:03:31,963 --> 00:03:34,466 Ramai orang tak faham. 63 00:03:35,675 --> 00:03:37,510 Apa yang dia ingin buktikan? 64 00:03:37,510 --> 00:03:39,137 Dia tak perlu menang gelaran lagi. 65 00:03:39,137 --> 00:03:40,513 Tak perlu menang acara. 66 00:03:40,513 --> 00:03:41,973 MICK FANNING JUARA DUNIA TIGA KALI YANG BERSARA 67 00:03:41,973 --> 00:03:44,184 Dia peluncur terhebat. Dia akan sentiasa jadi begitu. 68 00:03:45,685 --> 00:03:49,981 Analogi yang selalu digunakan dalam sukan 69 00:03:49,981 --> 00:03:52,025 ialah analogi Muhammad Ali. 70 00:03:52,025 --> 00:03:56,279 Dia terlalu banyak bertarung dan legasi dia tercemar. 71 00:03:58,657 --> 00:04:01,243 Senario paling teruk ialah Kelly 72 00:04:01,243 --> 00:04:04,746 ada tiga atau empat keputusan teruk berturut-turut 73 00:04:04,746 --> 00:04:08,500 dan itu ingatan terakhir kita pada Kelly Slater. 74 00:04:11,127 --> 00:04:13,421 Di Hawaii, ia tentang hormat. 75 00:04:14,631 --> 00:04:15,840 Nama baik. 76 00:04:15,840 --> 00:04:19,219 Orang akan lupakan kamu selepas satu ketika, 77 00:04:19,844 --> 00:04:22,096 tapi mereka takkan lupakan nama kamu. 78 00:04:37,737 --> 00:04:40,323 Saya jadi peluncur profesional lebih daripada 30 tahun. 79 00:04:41,491 --> 00:04:43,994 Saya mula bertanding semasa saya lapan tahun. 80 00:04:43,994 --> 00:04:46,746 Tempoh kerjaya saya ialah 40 tahun. 81 00:04:48,373 --> 00:04:51,167 Sejak kecil, jelajah ialah segala-galanya. 82 00:04:51,167 --> 00:04:52,794 Seluruh hidup saya tentangnya. 83 00:04:55,672 --> 00:04:56,798 KELLY SLATER 18 TAHUN 84 00:04:58,300 --> 00:05:00,719 - Aduh. - Pening? 85 00:05:00,719 --> 00:05:02,387 - Ibu bapa saya berpisah... - Jangan. 86 00:05:02,387 --> 00:05:03,680 ...dan ada banyak drama. 87 00:05:03,680 --> 00:05:04,764 Ya. 88 00:05:05,307 --> 00:05:06,349 Dia kata, "Jangan pukul kuat." 89 00:05:06,349 --> 00:05:07,851 Kemudian awak tumbuk saya. 90 00:05:07,851 --> 00:05:09,436 Bapa saya kaki botol, 91 00:05:09,436 --> 00:05:11,646 ia sukar bagi saya. 92 00:05:11,646 --> 00:05:13,231 Saya perlu meluncur esok. 93 00:05:13,732 --> 00:05:16,234 - Ya. - Mari rakam orang meluncur. 94 00:05:16,234 --> 00:05:17,944 Saya kuat beremosi semasa kecil. 95 00:05:17,944 --> 00:05:19,070 KELLY 13 TAHUN 96 00:05:19,070 --> 00:05:22,157 Cara saya hadapinya ialah dengan bertanding. 97 00:05:22,824 --> 00:05:26,328 Semasa kita bertanding, ego kita melindungi kita. 98 00:05:26,328 --> 00:05:28,663 Ia memberi kita perisai. 99 00:05:29,539 --> 00:05:32,250 Pertandingan meluncur dan kemenangan, 100 00:05:32,250 --> 00:05:34,044 ia segala-galanya bagi saya. 101 00:05:35,295 --> 00:05:37,464 Saya anggapnya serius. 102 00:05:39,216 --> 00:05:42,135 Apa saya makan pada waktu pagi? Apa pil pagi saya? 103 00:05:43,011 --> 00:05:44,554 Di sini. Ini pil awak. 104 00:05:45,513 --> 00:05:47,140 Saya tiba di tahap ini 105 00:05:47,140 --> 00:05:50,310 dan menjadi juara dunia dalam pertandingan disebabkan 106 00:05:50,310 --> 00:05:52,270 oleh obsesi. 107 00:05:53,313 --> 00:05:55,482 Tapi obsesi tentang apa-apa saja mungkin 108 00:05:55,482 --> 00:05:57,525 tak memberi keseimbangan. 109 00:05:58,443 --> 00:06:00,028 Saya perlu keluar dan buat sesuatu 110 00:06:00,028 --> 00:06:02,113 kerana saya akan terus makan dan tak buat apa-apa. 111 00:06:02,113 --> 00:06:04,741 - Okey, pergi... - Mungkin saya akan mandi sauna. 112 00:06:04,741 --> 00:06:05,825 KALANI MILLER TEMAN WANITA 113 00:06:05,825 --> 00:06:08,745 - Apa rancangan awak hari ini? - Saya ada banyak kerja. 114 00:06:08,745 --> 00:06:09,871 Mari lihat... 115 00:06:11,539 --> 00:06:15,794 Kelly akan berumur 50 tahun dalam masa dua minggu. 116 00:06:15,794 --> 00:06:19,506 Saya diberi amaran keras supaya tak menganjurkan parti. 117 00:06:20,423 --> 00:06:23,635 "Jangan." Saya... 118 00:06:23,635 --> 00:06:25,595 Apa yang saya terlepas? 119 00:06:25,595 --> 00:06:26,763 Tiada apa-apa. 120 00:06:28,181 --> 00:06:30,850 - Tiada apa-apa yang awak perlu risaukan. - Tiada apa-apa? 121 00:06:32,018 --> 00:06:34,813 Saya fikir 50 tahun itu tempoh yang lama. Saya sudah tua. 122 00:06:35,564 --> 00:06:37,816 Semasa saya 21 tahun, saya ada matlamat kecil 123 00:06:37,816 --> 00:06:42,279 dan semuanya mendorong saya untuk kalahkan semua orang dan apa-apa saja. 124 00:06:46,825 --> 00:06:50,120 Sekarang dorongan itu semakin lemah. 125 00:06:53,331 --> 00:06:58,169 Tapi pertandingan ini akan bermula dan hari jadi saya di penghujungnya. 126 00:06:58,795 --> 00:07:02,632 Itu impian saya. Memenangi pertandingan ini. 127 00:07:05,343 --> 00:07:07,053 LAUTAN PASIFIK AS 128 00:07:13,768 --> 00:07:16,563 ACARA JELAJAH KEJUARAAN SATU DARIPADA SEPULUH 129 00:07:21,026 --> 00:07:22,861 Selamat kembali ke Pipeline. 130 00:07:24,237 --> 00:07:26,907 Hari ini pertandingan bermula. 131 00:07:26,907 --> 00:07:30,327 Permulaan Jelajah Kejuaraan 2022. 132 00:07:31,328 --> 00:07:33,747 - Berusaha sedaya upaya. - Kita perlu cuba. 133 00:07:33,747 --> 00:07:37,375 Semua orang sangat teruja. 134 00:07:39,336 --> 00:07:41,504 Kita dapat rasa pantai bergegar. 135 00:07:46,176 --> 00:07:48,929 Pipe ialah ombak paling mencabar di dunia. 136 00:07:54,184 --> 00:07:57,729 Cara ia menghempas terumbu di perairan cetek 137 00:07:57,729 --> 00:08:01,441 dan kekuatannya menakutkan. 138 00:08:02,150 --> 00:08:05,654 Ya, kita boleh mati dalam ombak itu. 139 00:08:06,279 --> 00:08:08,740 Kekuatan ombak di sini. 140 00:08:10,033 --> 00:08:12,661 Keadaan boleh menjadi berbahaya. 141 00:08:13,703 --> 00:08:16,498 Ia perkara utama dalam penilaian hari ini. 142 00:08:17,082 --> 00:08:18,917 Ombak di luar besar dan menakutkan. 143 00:08:18,917 --> 00:08:20,001 BILIK JURI 144 00:08:20,001 --> 00:08:23,713 Kita mahu lihat komitmen, tahap kesusahan semasa bermula 145 00:08:23,713 --> 00:08:26,258 untuk dapatkan barrel yang dalam. 146 00:08:26,258 --> 00:08:28,718 Ombak penting yang kita perlu perhatikan... 147 00:08:32,972 --> 00:08:36,935 Banyak kekecewaan pada hari pertama pertandingan. 148 00:08:38,352 --> 00:08:40,230 Permulaan musim yang perlahan 149 00:08:40,230 --> 00:08:43,400 bagi Filipe Toledo dan Italo Ferreira. 150 00:08:44,776 --> 00:08:48,280 Jack Robinson. Terjatuh. 151 00:08:49,614 --> 00:08:51,741 Morgan Cibilic akan tersingkir. 152 00:08:51,741 --> 00:08:53,076 MORGAN CIBILIC KEDUDUKAN #5 DI DUNIA 153 00:08:53,076 --> 00:08:56,413 Betul. Tahun yang panjang. 154 00:08:57,622 --> 00:09:01,293 Peserta seterusnya, Kelly Slater. 155 00:09:07,465 --> 00:09:09,759 Awak tahu makanan Superman? Awak suka Spam? 156 00:09:12,846 --> 00:09:16,474 - Jangan beritahu sesiapa, saya suka. - Saya juga suka. 157 00:09:16,474 --> 00:09:18,935 Kelly! Terima kasih. 158 00:09:19,686 --> 00:09:21,646 Tandatangan gambar saya sedang tandatangan sesuatu. 159 00:09:21,646 --> 00:09:23,440 Boleh ambil gambar? 160 00:09:23,440 --> 00:09:24,608 Terima kasih. 161 00:09:24,608 --> 00:09:25,650 - Ini dia. - Terima kasih. 162 00:09:25,650 --> 00:09:27,736 Ini jersi yang salah. 163 00:09:27,736 --> 00:09:31,114 Mereka tiada jersi awak. Saya dah tanya mereka. 164 00:09:31,114 --> 00:09:32,782 Hei. Ambil. 165 00:09:32,782 --> 00:09:34,159 Tak mungkin! 166 00:09:34,659 --> 00:09:38,663 Awak seorang legenda. Terima kasih, Kelly. Awak sangat baik. 167 00:09:38,663 --> 00:09:39,748 - Kelly. - Hei. 168 00:09:39,748 --> 00:09:41,541 - Pindah dari Cocoa Beach. - Ya? 169 00:09:41,541 --> 00:09:42,834 Awak ada restoran... 170 00:09:42,834 --> 00:09:45,462 - Awak pergi ke Jazzy's? - Ya. Kadangkala. 171 00:09:45,462 --> 00:09:48,048 - Tak sangka. - Itu seperti... 172 00:09:48,048 --> 00:09:49,132 Terima kasih. 173 00:09:49,132 --> 00:09:50,926 Ini pertandingan terakhir awak? 174 00:09:51,551 --> 00:09:53,553 - Pemenang pingat gangsa... - Yang terakhir? 175 00:09:53,553 --> 00:09:55,430 - Awak akan terus meluncur? - Tak tahu. Lihatlah nanti. 176 00:09:55,430 --> 00:09:56,514 Ya. 177 00:09:56,514 --> 00:09:59,017 - Baik. Terima kasih. - Terima kasih. 178 00:10:06,107 --> 00:10:08,401 Ini pusingan yang kita impikan. 179 00:10:09,110 --> 00:10:11,947 Terutamanya bagi budak tempatan, Barron Mamiya. 180 00:10:12,489 --> 00:10:15,325 Barron selalu bertanding di sini sejak dia remaja. 181 00:10:15,325 --> 00:10:17,160 Dia peluncur yang bagus. 182 00:10:18,036 --> 00:10:20,455 Barron Mamiya ada harapan menjadi peluncur terhebat. 183 00:10:20,455 --> 00:10:22,165 Pusingan antara generasi. 184 00:10:22,165 --> 00:10:24,501 Barron mengagumi Kelly sepanjang hidup dia. 185 00:10:26,086 --> 00:10:28,171 PUSINGAN DUA BARRON MAMIYA LAWAN KELLY SLATER 186 00:10:28,171 --> 00:10:31,299 Dia bersemangat dan takkan mengalah. 187 00:10:31,800 --> 00:10:33,593 Dia takkan mengalah pada sesiapa. 188 00:10:38,807 --> 00:10:42,060 Barron Mamiya memegang papan. Peluncuran yang cantik. 189 00:10:42,060 --> 00:10:46,022 Dia ada ruang. Dia dapat keluar. Baik. Ia semakin menarik. 190 00:10:47,440 --> 00:10:52,028 Ini dia. Kelly Slater meluncur dari atas. Bolehkah dia keluar? 191 00:10:52,988 --> 00:10:53,822 Tidak. 192 00:10:54,990 --> 00:10:57,492 Saya selalu terkejut jika Kelly Slater jatuh di dalam barrel. 193 00:10:58,910 --> 00:11:03,164 Barron Mamiya. Oh Tuhanku. Sempurna. Meluncur di dalam. 194 00:11:03,164 --> 00:11:07,794 Anda perhatikan perubahan peluncur hebat. Barron Mamiya bersemangat. 195 00:11:07,794 --> 00:11:08,879 DUA MATA TERBAIK 196 00:11:08,879 --> 00:11:12,883 Dia dapat 8.67. Jauh mendahului Kelly Slater. 197 00:11:14,384 --> 00:11:17,846 Dua mata terbaik digabungkan untuk jumlah mata pusingan. 198 00:11:17,846 --> 00:11:22,684 - Peluncur teratas akan mara. - Ayuh, Kelly. Berusaha. 199 00:11:23,184 --> 00:11:27,355 Kelly Slater. Tak memegang papan. Berpusing. 200 00:11:27,355 --> 00:11:29,691 - Di dalam. - Ayuh. 201 00:11:29,691 --> 00:11:31,735 - Berjaya keluar. - Ayuh. 202 00:11:31,735 --> 00:11:36,823 Kelly Slater melawan semula. Pusingan di bawah ke bahagian tengah. 203 00:11:37,782 --> 00:11:40,076 Itu akan beri dia mata yang baik. 204 00:11:40,076 --> 00:11:44,497 Slater serius sekarang. Tak memandang rendah pada Barron Mamiya. 205 00:11:44,497 --> 00:11:47,000 Ya, tapi Barron Mamiya masih mendahului. 206 00:11:48,668 --> 00:11:50,921 Perhatian, para peluncur. Lima minit lagi. 207 00:11:50,921 --> 00:11:52,505 Kelly Slater di tempat kedua. 208 00:11:53,548 --> 00:11:56,718 Ayuh. Dia perlu satu ombak lagi. 209 00:11:57,510 --> 00:12:00,263 Ini dia. Ombak datang lagi. Mamiya sekali lagi. 210 00:12:00,847 --> 00:12:04,684 Peluncuran yang cantik. Penamat yang hebat. 211 00:12:04,684 --> 00:12:06,061 Jika dia berjaya... 212 00:12:07,896 --> 00:12:09,189 Oh Tuhanku. 213 00:12:12,192 --> 00:12:13,777 Tak, dia terjatuh. 214 00:12:13,777 --> 00:12:16,071 Barron Mamiya hampir berjaya. 215 00:12:16,655 --> 00:12:18,490 Dia boleh dapat mata tinggi. 216 00:12:18,490 --> 00:12:19,407 JUMLAH MATA PUSINGAN 217 00:12:22,535 --> 00:12:24,746 Tinggal satu minit, 15 saat. 218 00:12:24,746 --> 00:12:29,417 Kelly Slater, awak perlukan 7.18 untuk mendahului. 219 00:12:30,335 --> 00:12:31,336 Tolonglah. 220 00:12:31,336 --> 00:12:34,881 Kelly boleh pilih mana-mana ombak yang muncul. 221 00:12:34,881 --> 00:12:39,553 Jangkaan semakin tinggi setiap kali ada ombak kecil. 222 00:12:40,720 --> 00:12:43,265 Tinggal 45 saat. 223 00:12:43,265 --> 00:12:47,185 Masa berlalu dengan lambat untuk Barron Mamiya. 224 00:12:47,185 --> 00:12:49,980 Lebih kurang 40 saat sebelum kemenangan terbesar dia. 225 00:12:51,815 --> 00:12:54,150 Mungkinkah ada ombak yang sempat muncul? 226 00:12:55,110 --> 00:12:57,320 Ada ombak kecil. 227 00:13:05,829 --> 00:13:07,163 Patut luncur ombak itu. 228 00:13:07,163 --> 00:13:09,249 - Entahlah. - Pengiraan sepuluh saat. 229 00:13:09,249 --> 00:13:11,167 Mungkin ombak ini. Ayuh. 230 00:13:14,170 --> 00:13:18,383 Lima. Empat. 231 00:13:20,093 --> 00:13:23,930 Tiga. Dua. 232 00:13:25,098 --> 00:13:26,349 Satu! 233 00:13:48,580 --> 00:13:50,332 - Itu yang... - Tinggal empat saat. 234 00:13:51,041 --> 00:13:54,294 Hanya peluncur terhebat boleh buat begitu. Meluncur laju. 235 00:13:57,088 --> 00:13:58,506 Bulu roma saya meremang. 236 00:13:58,506 --> 00:14:02,594 - Peluncur terhebat setakat ini. - Oh Tuhanku. 237 00:14:03,470 --> 00:14:06,890 Guru Slater berjaya lagi. 238 00:14:10,185 --> 00:14:12,562 Itu hebat. 239 00:14:14,231 --> 00:14:17,192 Kelly Slater, 9.23. 240 00:14:18,109 --> 00:14:20,987 Dia di kedudukan pertama, menyingkirkan Barron Mamiya. 241 00:14:21,780 --> 00:14:22,781 Kelly Slater, 242 00:14:22,781 --> 00:14:25,659 tinggal empat saat semasa awak lepaskan tangan awak. 243 00:14:26,159 --> 00:14:28,036 Ada perasaan lebih baik semasa meluncur? 244 00:14:28,036 --> 00:14:29,663 ...dalam pertarungan hebat. 245 00:14:29,663 --> 00:14:31,414 Tahniah, Barron dan Kelly. 246 00:14:31,998 --> 00:14:35,043 Italo Ferreira di Pipeline... 247 00:14:36,419 --> 00:14:39,214 Itu cara kami lakukannya. Itu yang penting. 248 00:14:40,257 --> 00:14:42,884 Barron ialah generasi yang seterusnya. 249 00:14:42,884 --> 00:14:45,345 Sukar dipercayai, dalam 30 tahun, 250 00:14:45,345 --> 00:14:47,639 berapa kali itu berlaku dan berpihak pada saya. 251 00:14:48,431 --> 00:14:49,849 Saya tak tahu sebabnya, 252 00:14:49,849 --> 00:14:53,603 selain daripada masa yang saya habiskan di laut. 253 00:14:54,813 --> 00:14:56,064 Hei, sayang. 254 00:14:56,940 --> 00:14:57,941 Sangat hebat. 255 00:14:59,067 --> 00:15:00,569 Itu sangat hebat. 256 00:15:00,569 --> 00:15:03,905 - Saya gembira untuk awak sekarang. - Kami dah terima. Mata terakhir 257 00:15:03,905 --> 00:15:06,074 - Kanoa Igarashi... - Awak berdiri, dua, satu. 258 00:15:06,074 --> 00:15:08,868 Saya tahu. Mereka kata empat saat semasa saya berdiri. 259 00:15:08,868 --> 00:15:09,953 LIGA LUNCUR DUNIA 260 00:15:19,129 --> 00:15:21,840 - Awak mahu mandi sauna? - Ya, saya baru hidupkan. 261 00:15:23,633 --> 00:15:28,847 Saya masih boleh bertanding dan lakukan dengan baik. 262 00:15:29,806 --> 00:15:33,476 Tiada orang pandang rendah pada saya, tapi pada masa yang sama, 263 00:15:33,476 --> 00:15:38,815 saya tak terlalu fikirkan tentang pertandingan lagi. 264 00:15:39,900 --> 00:15:42,861 Ya, saya dah boleh terima yang waktu itu... 265 00:15:42,861 --> 00:15:45,739 Itu fokus dan waktu yang berbeza bagi saya. 266 00:15:48,408 --> 00:15:50,243 Bila awak akan bersara? 267 00:15:53,997 --> 00:15:59,294 Ini mungkin tahun terakhir saya bertanding sepenuhnya, jadi... 268 00:16:00,170 --> 00:16:01,254 Saya dah penat. 269 00:16:01,254 --> 00:16:04,799 Saya dah penat menyertai banyak pertandingan, 270 00:16:04,799 --> 00:16:07,427 terlalu fokus dan berdisiplin selama ini. 271 00:16:08,011 --> 00:16:12,224 Ia menjejaskan kita. Kita mahu berhenti lakukannya. 272 00:16:27,530 --> 00:16:31,451 Keputusan dibuat pada awal pagi di North Shore, Oahu. 273 00:16:31,451 --> 00:16:33,245 Acara hari ini dibatalkan. 274 00:16:42,128 --> 00:16:44,589 - Tak guna. - Terkena bahagian kanan lintasan. 275 00:16:45,298 --> 00:16:46,299 Tak juga. 276 00:16:47,092 --> 00:16:50,512 Nama saya Stephen Bell. Ramai orang dalam sukan luncur panggil saya "Belly." 277 00:16:52,138 --> 00:16:55,559 Saya ada pekerjaan? Tiada sekarang ini. 278 00:16:56,726 --> 00:16:59,563 Tapi saya bekerja bersama Quiksilver selama tiga dekad. 279 00:17:00,063 --> 00:17:02,857 Saya sangat bertuah dapat menjadi pengurus harian Kelly. 280 00:17:04,693 --> 00:17:06,820 - Itu sangat teruk. - Pukulan dia teruk. 281 00:17:06,820 --> 00:17:08,862 Dia saudara saya. Dia seperti keluarga. 282 00:17:08,862 --> 00:17:11,116 - Okey, paling hampir. - Warna merah? 283 00:17:11,658 --> 00:17:14,202 - Ya. Berapa? - Berapa? 284 00:17:14,202 --> 00:17:16,912 - Sepuluh dolar. Jika... - Ada duit dalam poket awak? 285 00:17:16,912 --> 00:17:18,247 - Ya. - Betulkah? 286 00:17:18,247 --> 00:17:19,457 - Ya. - Tunjuk pada saya. 287 00:17:20,583 --> 00:17:21,626 Awak ada? 288 00:17:22,127 --> 00:17:25,338 Dia cukup bijak untuk tahu dia dah mencapai hadnya 289 00:17:25,338 --> 00:17:27,924 dan mulakan peringkat kehidupan yang seterusnya. 290 00:17:27,924 --> 00:17:29,801 - Ayuh. - Sudah lama saya kenal dia. 291 00:17:29,801 --> 00:17:30,886 Dia mahu menang. 292 00:17:31,511 --> 00:17:36,808 Bukan memenangi satu pusingan, tapi memenangi acara. Dia sukakannya. 293 00:17:36,808 --> 00:17:38,310 Pukulan teruk. Sepuluh dolar 294 00:17:38,310 --> 00:17:40,687 - paling mudah saya dapat. - Oh Tuhanku! Gandakannya. 295 00:17:40,687 --> 00:17:42,147 Kita perlu ada ego baik 296 00:17:42,147 --> 00:17:44,983 untuk percaya diri kita boleh berjaya seperti orang lain. 297 00:17:44,983 --> 00:17:47,903 Michael Jordan, Kelly Slater, Tiger Woods. 298 00:17:48,445 --> 00:17:50,155 Awak kalahkan saya. Bedebah. 299 00:17:50,155 --> 00:17:52,157 Ramai orang mahu kalahkan kita. 300 00:17:52,157 --> 00:17:55,201 Kita perlu abaikannya dan terus buat yang terbaik. 301 00:17:55,201 --> 00:17:57,704 Dia boleh buat begitu. 302 00:17:59,247 --> 00:18:01,041 Kita akan berhenti setakat ini. 303 00:18:14,679 --> 00:18:15,805 Keputusan dah dibuat. 304 00:18:16,431 --> 00:18:19,643 Pusingan suku akhir bermula sekarang. 305 00:18:20,602 --> 00:18:24,940 Bagaimana kalau mulakan dengan pusingan yang menarik? 306 00:18:24,940 --> 00:18:29,152 Kita ada Kelly Slater, peluncur terhebat, melawan Kanoa Igarashi. 307 00:18:29,736 --> 00:18:34,783 Statistik ini mungkin mengejutkan. Kanoa kalahkan Kelly sebanyak tiga kali. 308 00:18:36,117 --> 00:18:38,286 Ini saat yang awak mahu nikmati. 309 00:18:38,286 --> 00:18:40,288 - Ya. Nikmatinya. - Ia okey. 310 00:18:40,288 --> 00:18:42,374 Terutamanya melawan pakar di tempat ini. 311 00:18:42,374 --> 00:18:43,541 TOM WHITAKER JURULATIH KANOA 312 00:18:43,541 --> 00:18:45,210 Sama ada Kelly atau sesiapa saja. 313 00:18:45,210 --> 00:18:47,003 - Ya. - ...awak pakar dalam catur 314 00:18:47,003 --> 00:18:49,506 - dan awak sangat bagus di sana. - Ya. 315 00:18:50,674 --> 00:18:54,636 Semasa saya 13, 14 tahun, saya lihat Kelly menjadi juara dunia. 316 00:18:54,636 --> 00:18:56,263 Sekarang dia anggap saya pesaing. 317 00:18:57,222 --> 00:18:59,224 Perlawanan pertama saya dengan Kelly ialah di Pipe. 318 00:18:59,224 --> 00:19:02,644 Saya mengalahkan dia dan saya menang tiga kali sejak itu. 319 00:19:03,979 --> 00:19:06,648 Saya tahu dia tahu, tapi saya boleh kalahkan dia di sini. 320 00:19:07,983 --> 00:19:10,068 - Jadi bijak. Hati-hati dengan dia... - Ya. 321 00:19:10,068 --> 00:19:11,736 - ...dan kemudian buat seperti biasa. - Ya. 322 00:19:11,736 --> 00:19:12,988 Percaya naluri awak. 323 00:19:14,030 --> 00:19:17,367 - Percaya naluri samurai itu, ya? - Ya. Mudah. 324 00:19:17,367 --> 00:19:19,953 - Berseronok. Kalahkan dia. - Ya. 325 00:19:22,622 --> 00:19:24,457 Kelly tak pernah kalahkan Kanoa. 326 00:19:24,457 --> 00:19:28,753 Bagi dia, itu seperti pertarungan kecil dan motivasi kecil 327 00:19:29,337 --> 00:19:31,214 dalam perjalanan menuju ke pusingan akhir. 328 00:19:32,382 --> 00:19:35,594 Dia tahu statistiknya dengan baik. 329 00:19:36,303 --> 00:19:37,429 Ya. 330 00:19:38,763 --> 00:19:43,435 Kelly akan gunakan semua motivasi yang dia ada 331 00:19:43,435 --> 00:19:45,896 jika dia boleh jadikannya cabaran 332 00:19:45,896 --> 00:19:50,650 atau jadikannya seperti permainan. Satu pertandingan. 333 00:19:52,110 --> 00:19:53,695 - Baiklah. - Selamat jalan, sayang. 334 00:19:53,695 --> 00:19:55,697 - Selamat tinggal. - Okey. 335 00:19:59,242 --> 00:20:03,288 Sebelum pusingan saya, saya fikir cara meluncur sebelum tidur. 336 00:20:04,080 --> 00:20:06,374 Saya pejam mata dan nampak serta merasainya. 337 00:20:06,374 --> 00:20:09,461 Rasakan arusnya dan mengetahui di mana saya akan buat kesilapan. 338 00:20:09,461 --> 00:20:10,879 Saya akan kembali dan mula semula. 339 00:20:10,879 --> 00:20:13,006 Saya akan luncur ombak itu sekali lagi dengan betul. 340 00:20:13,006 --> 00:20:15,300 Jika situasi itu muncul, 341 00:20:15,300 --> 00:20:17,302 saya dah tahu cara bereaksi tanpa berfikir. 342 00:20:19,804 --> 00:20:21,890 Ia seperti latihan tanpa perlu buat secara fizikal. 343 00:20:21,890 --> 00:20:23,099 - Semoga berjaya. - Semoga berjaya. 344 00:20:23,099 --> 00:20:24,559 Saya selalu buat begitu. 345 00:20:24,559 --> 00:20:25,644 Hei, apa khabar? 346 00:20:27,395 --> 00:20:28,939 Semoga berjaya dalam perlawanan. Di mana? 347 00:20:28,939 --> 00:20:30,857 - Semoga berjaya. - Terima kasih. 348 00:20:30,857 --> 00:20:32,317 Semoga berjaya hari ini, Kelly. 349 00:20:33,610 --> 00:20:35,904 Ada beberapa tahun, semasa dia di kedudukan terbaik, 350 00:20:35,904 --> 00:20:38,615 tinggal empat acara sebelum hujung tahun. 351 00:20:39,157 --> 00:20:41,493 Kami mengira berapa pusingan dia perlu menang. 352 00:20:41,493 --> 00:20:46,081 Dia kata pada saya, "Saya perlu luncur 16 ombak lagi." 353 00:20:47,040 --> 00:20:48,625 Saya kata, "Apa maksud awak?" 354 00:20:48,625 --> 00:20:51,711 Dia kata, "Saya perlu mata sebanyak ini untuk jadi juara dunia." 355 00:20:51,711 --> 00:20:55,423 Saya kata, "Dari mana awak dapat itu?" 356 00:20:56,049 --> 00:20:58,635 Hanya orang tertentu ada fikiran seperti itu. 357 00:21:04,683 --> 00:21:06,309 Saya jadi keterlaluan. 358 00:21:06,309 --> 00:21:09,604 Saya tahu setiap mata dan purata mata bagi setiap orang. 359 00:21:09,604 --> 00:21:14,651 Saya ada maklumat pusingan setiap orang, jadi saya tahu apa patut dilakukan. 360 00:21:16,236 --> 00:21:19,281 Kanoa kalahkan saya beberapa kali, jadi saya mahu kalahkan dia. 361 00:21:20,740 --> 00:21:21,741 Kelly. 362 00:21:25,579 --> 00:21:28,248 Baiklah. Kelly Slater dah tiba. 363 00:21:28,748 --> 00:21:30,959 SUKU AKHIR KANOA IGARASHI LAWAN KELLY SLATER 364 00:21:32,878 --> 00:21:34,921 Kanoa Igarashi berdiri di atas papan. 365 00:21:36,256 --> 00:21:38,884 Gerakan pintu belakang yang cantik, meluncur laju. 366 00:21:38,884 --> 00:21:41,553 Permulaan baik untuk Kanoa, tapi dia tak meluncur 367 00:21:41,553 --> 00:21:42,971 lama di dalam barrel. 368 00:21:42,971 --> 00:21:44,389 Mata dia tentu rendah. 369 00:21:47,851 --> 00:21:50,937 Kita perlu ada di dalam barrel, di sebalik ombak untuk dapat mata tinggi. 370 00:21:51,605 --> 00:21:55,150 Itu akan jadikan mata dia rendah. Kurang daripada dua mata. 371 00:21:57,444 --> 00:21:59,446 Ini dia. Peluncur terhebat, Kelly Slater. 372 00:22:00,822 --> 00:22:01,990 Gerakan biasa. 373 00:22:01,990 --> 00:22:04,492 Kelly mahu membalas dendam. 374 00:22:04,492 --> 00:22:06,411 Dia fokus untuk menang. 375 00:22:06,411 --> 00:22:07,621 JACK ROBINSON KEDUDUKAN #12 DI DUNIA 376 00:22:08,413 --> 00:22:10,248 Kelly Slater lagi. 377 00:22:10,957 --> 00:22:14,836 Dia meluncur semua ombak dengan baik. 378 00:22:17,255 --> 00:22:20,050 Jelas sekali Kelly Slater dalam keadaan serius. 379 00:22:20,050 --> 00:22:22,385 - Dia membalas dendam dengan teruk. - Ya. 380 00:22:23,553 --> 00:22:25,347 Dia sangat fokus. 381 00:22:25,347 --> 00:22:28,016 - Dia langsung tak pandang Kanoa. - Ya. 382 00:22:29,476 --> 00:22:31,519 Kita tak berfikir semasa kita fokus. 383 00:22:31,519 --> 00:22:34,397 Kita tak dapat berfikir dan rasa, "Saya akan teruskan saja." 384 00:22:37,150 --> 00:22:39,486 Jika semuanya berjalan dengan lancar 385 00:22:39,486 --> 00:22:41,404 dan kita tak mempersoal apa-apa, 386 00:22:41,988 --> 00:22:44,783 perkara pelik ini akan berlaku apabila kita sangat bebas, 387 00:22:45,367 --> 00:22:46,993 tak risau tentang apa-apa. 388 00:22:48,995 --> 00:22:50,538 Itu mungkin penentunya. 389 00:22:53,458 --> 00:22:54,668 Kelly sangat hebat. 390 00:22:54,668 --> 00:22:56,753 Ombak tak dapat mengalahkan dia. 391 00:22:56,753 --> 00:23:00,549 Dia benar-benar menggunakannya dan Kanoa ialah pesaing yang mahir, 392 00:23:00,549 --> 00:23:02,259 tapi Kelly jadikan pusingan itu nampak mudah. 393 00:23:03,677 --> 00:23:05,136 Saya kalah dengan teruk. 394 00:23:06,179 --> 00:23:08,348 Sukar untuk menerimanya. 395 00:23:08,348 --> 00:23:12,143 Saya rasa sangat kecewa, saya hilang keberanian dan semangat. 396 00:23:13,645 --> 00:23:14,771 Dia kalahkan saya. 397 00:23:18,817 --> 00:23:20,860 Dia ada keazaman untuk berjaya. 398 00:23:21,278 --> 00:23:23,154 Saya sertai pertandingan untuk menang. 399 00:23:24,614 --> 00:23:26,324 Kemenangan boleh merebak. Tiada orang 400 00:23:26,324 --> 00:23:28,034 di dunia ini yang tak sukakannya. 401 00:23:31,538 --> 00:23:34,082 - Kelly, pandang sini. - Sukar untuk mengalah. 402 00:23:34,082 --> 00:23:36,960 - Pandang sini, Kelly. - Kita buat sambil berjalan. 403 00:23:36,960 --> 00:23:38,253 Kelly, di sini. 404 00:23:41,423 --> 00:23:43,341 Kelly Slater. 405 00:23:48,889 --> 00:23:52,726 Arah ombak seterusnya akan mengikut angin utara ke barat. 406 00:23:53,226 --> 00:23:55,061 Empat pusingan melawan Kanoa. 407 00:23:55,061 --> 00:23:57,522 Ini kali pertama awak kalahkan dia. 408 00:23:58,273 --> 00:23:59,274 Saya tahu. 409 00:24:00,358 --> 00:24:02,903 Saya tak pandang rendah pada dia, tapi saya sangat fokus. 410 00:24:02,903 --> 00:24:05,655 Saya hampir muntah sebelum mula kerana terlalu teruja. 411 00:24:05,655 --> 00:24:08,283 Kadangkala saya rasa terlalu teruja, 412 00:24:08,283 --> 00:24:10,827 tapi saya cuma mahu menyapa anak saya, Taylor, 413 00:24:10,827 --> 00:24:12,871 dan keluarga saya di rumah serta semua penonton. 414 00:24:14,247 --> 00:24:15,457 Ya, ia menyeronokkan. 415 00:24:16,166 --> 00:24:17,334 Terima kasih kerana luangkan masa. 416 00:24:18,793 --> 00:24:20,086 Apa pendorong Kelly? 417 00:24:22,047 --> 00:24:24,716 Dia masih mahu bersaing dengan peluncur terhebat. 418 00:24:24,716 --> 00:24:27,010 - Baiklah, terima kasih. - Sepuluh minit. 419 00:24:27,761 --> 00:24:30,138 Dia suka kerana dia boleh cabar mereka 420 00:24:30,138 --> 00:24:32,474 walaupun dia 20 tahun lebih tua. 421 00:24:33,183 --> 00:24:34,184 - Okey. - Helo. 422 00:24:34,893 --> 00:24:38,021 Tapi dia sedar dia boleh kelihatan tak penting. 423 00:24:39,898 --> 00:24:45,070 Kali terakhir Kelly menang di Pipe ialah pada 2013, itu hampir sedekad. 424 00:24:46,488 --> 00:24:49,032 Kerjaya sukan sesetengah orang hanya bertahan selama satu dekad. 425 00:24:50,784 --> 00:24:52,786 Bolehkah dia menang acara pada umur 50 tahun? 426 00:24:53,745 --> 00:24:54,746 Itu cabaran yang besar. 427 00:25:00,585 --> 00:25:05,006 Saya tahu saya bukan peluncur pilihan di setiap acara lagi. 428 00:25:06,258 --> 00:25:08,301 Saya tak rasa cemas, 429 00:25:08,301 --> 00:25:10,470 tapi mungkin saya meragui diri sendiri. 430 00:25:11,304 --> 00:25:15,559 Sekarang ini saya tak takut kekalahan, 431 00:25:15,559 --> 00:25:17,477 tak takut pada peserta lain. 432 00:25:19,229 --> 00:25:21,773 Ia sangat penting untuk saya lakukan dengan baik, 433 00:25:21,773 --> 00:25:24,818 untuk buktikan saya boleh kalahkan peserta lain pada bila-bila masa. 434 00:25:38,373 --> 00:25:41,042 Perjalanan yang panjang untuk tiba di pusingan akhir ini. 435 00:25:41,710 --> 00:25:42,919 Daya ketahanan. 436 00:25:46,882 --> 00:25:48,884 Sukar untuk meluncur kembali. 437 00:25:48,884 --> 00:25:52,137 Semasa muda saya bersaing sengit, sekarang saya lebih bertenang. 438 00:25:53,889 --> 00:25:55,640 Beri tepukan 439 00:25:55,640 --> 00:25:57,142 untuk peserta pusingan akhir 440 00:25:57,142 --> 00:25:58,518 Seth Moniz dari Hawaii. 441 00:25:58,518 --> 00:26:03,607 Seth Moniz memang hebat, mengalahkan juara tahun lalu, 442 00:26:03,607 --> 00:26:06,026 John John Florence, di pusingan suku akhir. 443 00:26:06,568 --> 00:26:08,570 Jika dia boleh kalahkan John, dia boleh kalahkan Kelly. 444 00:26:10,739 --> 00:26:12,616 Cabaran besar bagi Kelly Slater. 445 00:26:12,616 --> 00:26:15,201 Umur Seth separuh daripada umur Kelly Slater. 446 00:26:15,702 --> 00:26:19,247 Dia tentu pernah meluncur melawan bapa Seth Moniz dahulu. 447 00:26:19,247 --> 00:26:20,332 TONY MONIZ BAPA SETH 448 00:26:21,374 --> 00:26:23,543 Biar takdir menentukannya. 449 00:26:34,763 --> 00:26:38,475 Peluncur Pipeline sudah tiba. 450 00:26:39,226 --> 00:26:42,354 Kelly Slater melawan Seth Moniz. 451 00:26:43,063 --> 00:26:46,942 Lima. Empat. Tiga. Dua. Satu. 452 00:26:46,942 --> 00:26:49,027 PUSINGAN AKHIR SETH MONIZ LAWAN KELLY SLATER 453 00:26:51,363 --> 00:26:53,490 Siapa akan meluncur ombak pertama pusingan ini? 454 00:26:55,909 --> 00:26:57,911 Kelly Slater yang akan bermula. 455 00:26:58,578 --> 00:27:00,455 Menggunakan pintu belakang, di bawah ombak. 456 00:27:01,122 --> 00:27:04,042 Hampir berjaya. Ombak menghempas dia. 457 00:27:06,086 --> 00:27:07,629 Ini dia. Seth Moniz. 458 00:27:07,629 --> 00:27:10,131 Dia berjaya keluar? Tidak. 459 00:27:10,882 --> 00:27:11,883 KELUARGA MONIZ 460 00:27:12,926 --> 00:27:13,927 Dia penat. 461 00:27:16,555 --> 00:27:20,100 Itu dia, Kelly Slater. Dia mungkin berjaya kali ini. 462 00:27:20,100 --> 00:27:21,560 Dia meluncur! 463 00:27:23,228 --> 00:27:26,022 Dua percubaan gagal berturut-turut bagi Kelly Slater. 464 00:27:26,648 --> 00:27:29,943 Setiap percubaan yang gagal memenatkan kita. 465 00:27:33,238 --> 00:27:36,533 Seth Moniz memasuki barrel. 466 00:27:38,285 --> 00:27:39,327 - Oh Tuhanku. - Menyakitkan. 467 00:27:39,327 --> 00:27:40,579 LAKEY PETERSON KEDUDUKAN #18 DI DUNIA 468 00:27:40,579 --> 00:27:42,455 Kita perlu bergantung pada adrenalina 469 00:27:42,455 --> 00:27:44,040 untuk mengharungi 35 minit ini. 470 00:27:44,666 --> 00:27:47,252 Tekanan mula dirasai. 471 00:27:48,753 --> 00:27:52,424 Apabila kita rasa tertekan, kita hampir lupa saat itu. 472 00:27:53,466 --> 00:27:56,136 Kita fikirkan perkara lebih besar dan bukan perkara kecil. 473 00:27:56,636 --> 00:27:57,888 Itu boleh menghalang kita. 474 00:27:58,763 --> 00:28:00,181 Bagi saya, ia beritahu saya, 475 00:28:00,181 --> 00:28:02,225 "Kembali dan fokus pada perkara mudah 476 00:28:02,893 --> 00:28:04,811 yang ada di depan saya pada saat itu." 477 00:28:04,811 --> 00:28:06,521 Kita boleh menang jika buat begitu. 478 00:28:09,983 --> 00:28:14,029 Kelly Slater meluncur di belakang satu ombak lagi! 479 00:28:14,029 --> 00:28:15,447 Dia berjaya keluar! 480 00:28:17,574 --> 00:28:20,535 Ombak sebelum ini mendapat 9.0. 481 00:28:21,661 --> 00:28:23,788 Kelly dapat markah tinggi pertama. 482 00:28:26,750 --> 00:28:28,585 Dia meluncur di dalam barrel. 483 00:28:28,585 --> 00:28:30,503 - Jaga-jaga! Mana... - Ayuh! 484 00:28:30,503 --> 00:28:34,966 - Kelly... - Dia terus meluncur. 485 00:28:34,966 --> 00:28:36,885 Dia kelihatan sangat agresif 486 00:28:36,885 --> 00:28:39,346 dan sangat fokus semasa bersaing yang saya pernah lihat. 487 00:28:39,346 --> 00:28:42,182 Dia seperti pemuda dan nampaknya dia mahu menang. 488 00:28:44,100 --> 00:28:46,228 Seth Moniz cuba membalas. 489 00:28:46,228 --> 00:28:49,522 Memegang bahagian luar papan. Meluncur dengan baik. 490 00:28:50,899 --> 00:28:52,484 Dan... 491 00:28:53,860 --> 00:28:55,862 Papan dia terlepas. 492 00:28:58,073 --> 00:29:01,451 Ini kegagalan keempat berturut-turut bagi Seth Moniz 493 00:29:01,451 --> 00:29:03,411 dan itu tentu menjejaskan dia. 494 00:29:03,411 --> 00:29:06,039 Kelly Slater mempunyai momentum sekarang ini. 495 00:29:06,039 --> 00:29:07,249 Dia meluncur lagi. 496 00:29:09,542 --> 00:29:12,128 Melompat ke bahagian bawah. 497 00:29:21,846 --> 00:29:24,474 Meluncur di barrel terasa seperti satu kebiasaan. 498 00:29:28,436 --> 00:29:32,857 Ia seperti tempat suci alam semula jadi dan ia munasabah. 499 00:29:37,821 --> 00:29:39,155 Dia dah keluar. 500 00:29:42,450 --> 00:29:44,619 Ia terasa seperti tujuan hidup kita. 501 00:29:48,873 --> 00:29:50,834 Kelly sedang berseronok. 502 00:29:52,210 --> 00:29:54,212 Oh Tuhanku. Itu memang hebat. 503 00:29:54,880 --> 00:29:56,047 Tinggal sepuluh, 504 00:29:56,047 --> 00:29:58,383 - sembilan, lapan... - Sukar dipercayai. 505 00:29:58,383 --> 00:30:00,260 - Dia akan mencipta sejarah di sini. - ... tujuh, enam, 506 00:30:00,260 --> 00:30:05,724 lima, empat, tiga, dua, satu. 507 00:30:05,724 --> 00:30:07,726 Kelly Slater ialah juara! 508 00:30:11,104 --> 00:30:12,522 Kelly Slater, 509 00:30:12,522 --> 00:30:18,486 kemenangan besar di Billabong Pro Pipeline 2022. 510 00:30:19,571 --> 00:30:21,239 Dia buat yang terbaik. 511 00:30:21,239 --> 00:30:22,908 Kelly Slater dah kembali. 512 00:30:25,035 --> 00:30:27,162 Kelly Slater, mata ombak terakhir awak 513 00:30:27,162 --> 00:30:29,414 ialah 9.77! 514 00:30:50,227 --> 00:30:53,104 Seronok apabila kita menang. Ia menagihkan. 515 00:30:54,522 --> 00:30:56,066 Tak boleh jelaskan pada orang lain. 516 00:30:56,066 --> 00:30:58,401 Kita perlu mengalaminya untuk memahaminya. 517 00:30:58,401 --> 00:31:02,697 Seluruh badan kita berdebar-debar untuk mencapainya 518 00:31:02,697 --> 00:31:05,951 dan apabila kita berjaya, tiada kelegaan yang lebih baik. 519 00:31:05,951 --> 00:31:07,994 - Tiada perasaan lebih baik. - Ya! 520 00:31:09,287 --> 00:31:11,039 Apabila kita dah berusaha 521 00:31:11,039 --> 00:31:15,335 dan kita berjaya setelah menghabiskan banyak masa dalam hidup kita. 522 00:31:15,877 --> 00:31:19,297 Sebab itu kemenangan sangat memuaskan dan menagihkan. 523 00:31:19,297 --> 00:31:22,509 Ya, Kelly! Awak berjaya! 524 00:31:24,052 --> 00:31:27,597 Lapan kali, empat dekad. Nikmatinya. 525 00:31:28,473 --> 00:31:30,934 Ini sejarah dalam sukan. 526 00:31:35,188 --> 00:31:36,606 Lidah saya kelu. 527 00:31:38,066 --> 00:31:40,443 Saya mengabdikan hidup saya pada sukan ini. 528 00:31:41,611 --> 00:31:45,615 Pada semua ini. Semua kekalahan, kemenangan dan semua kesukaran ini. 529 00:31:46,116 --> 00:31:47,075 Ia... 530 00:31:49,244 --> 00:31:50,662 Saya benci kebanyakannya, 531 00:31:52,038 --> 00:31:55,333 tapi saya akan menikmatinya dan ini kemenangan terhebat dalam hidup saya. 532 00:31:56,001 --> 00:32:01,631 Kelly! 533 00:32:10,223 --> 00:32:11,975 - COVID lemah. - COVID... 534 00:32:12,475 --> 00:32:14,769 - Untuk orang tua. - Ya. 535 00:32:20,358 --> 00:32:21,359 Saya tergamam. 536 00:32:21,359 --> 00:32:23,653 - Awak tergamam? - Saya terkejut sekarang ini. 537 00:32:23,653 --> 00:32:25,572 Saya dengar awak kata awak tak percaya. 538 00:32:31,036 --> 00:32:36,833 Dia memenangi gelaran pertama di sini pada 1992. 539 00:32:39,669 --> 00:32:41,254 Itu sangat istimewa. 540 00:32:41,254 --> 00:32:43,798 Juara lapan kali di Pipe. 541 00:32:44,507 --> 00:32:50,513 Silakan juara Pipeline 2022, legenda, peluncur terhebat, Kelly Slater! 542 00:32:59,564 --> 00:33:01,983 Saya dapat peluang dalam hidup saya 543 00:33:01,983 --> 00:33:05,570 untuk jadi hebat dalam sesuatu dan saya belajar caranya. 544 00:33:07,572 --> 00:33:08,782 Ya. 545 00:33:10,909 --> 00:33:12,535 Ia segala-galanya bagi saya. 546 00:33:12,535 --> 00:33:15,205 Kerjaya saya, peluncuran saya, dunia ini, semua kawan saya, 547 00:33:15,205 --> 00:33:17,749 semua perkara yang berlaku dalam hidup saya. 548 00:33:25,131 --> 00:33:26,716 Jika saya boleh menang di Pipeline... 549 00:33:27,717 --> 00:33:28,843 Ada bir untuk awak. 550 00:33:28,843 --> 00:33:30,595 ...mungkin saya boleh jadi juara dunia. 551 00:33:33,765 --> 00:33:37,018 ENAM HARI KEMUDIAN IALAH HARI JADI KE-50 KELLY... 552 00:33:38,770 --> 00:33:39,813 Ini dia. 553 00:33:39,813 --> 00:33:41,606 DIA MEMAKAI JERSI KUNING PENDAHULU 554 00:33:41,606 --> 00:33:42,983 UNTUK KALI PERTAMA SELEPAS LAPAN TAHUN 555 00:33:42,983 --> 00:33:44,442 Sudah lapan tahun. Ayuh. 556 00:33:44,442 --> 00:33:45,610 KEDUDUKAN #1 DI DUNIA 557 00:33:45,610 --> 00:33:47,404 Saiz yang betul. 558 00:33:48,196 --> 00:33:49,864 Warna itu sesuai dengan awak. 559 00:33:52,492 --> 00:33:53,326 EPISOD SETERUSNYA 560 00:33:53,326 --> 00:33:54,828 Carissa Moore bermula. 561 00:33:54,828 --> 00:33:57,497 Dia memasuki barrel dan keluar! 562 00:33:57,497 --> 00:33:59,666 Carissa ialah peluncur wanita terbaik di dunia 563 00:33:59,666 --> 00:34:03,128 dan saya perlu kalahkan dia untuk jadi juara dunia. 564 00:34:03,128 --> 00:34:04,504 Ombak semakin besar. 565 00:34:04,504 --> 00:34:09,092 Carissa Moore, pemenang pingat emas Olimpik, juara dunia lima kali. 566 00:34:09,092 --> 00:34:10,302 Apa lagi dia belum capai? 567 00:34:10,302 --> 00:34:13,262 Saya perlu buat yang terbaik setiap kali saya melawan Tati. 568 00:34:14,097 --> 00:34:15,640 Ombak dia sangat baik. 569 00:34:15,640 --> 00:34:18,184 Saya tahu. Saya nampak semuanya. 570 00:34:20,311 --> 00:34:21,313 Pasukan perubatan berhampiran. 571 00:34:21,313 --> 00:34:22,939 Kerjaya dia menjadi pertaruhan. 572 00:34:22,939 --> 00:34:24,774 Saya mula rasai tekanannya 573 00:34:24,774 --> 00:34:27,277 kerana kita perlu keputusan baik untuk terselamat. 574 00:34:27,277 --> 00:34:30,822 Tatiana Weston-Webb memasuki barrel... 575 00:35:22,832 --> 00:35:24,834 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof