1 00:00:15,057 --> 00:00:18,727 Saya sertai pertandingan meluncur pertama semasa 14 atau 15 tahun. 2 00:00:24,733 --> 00:00:28,111 Saya ingat semasa saya melihat wanita profesional pada waktu itu. 3 00:00:29,863 --> 00:00:31,698 Saya fikir, 4 00:00:31,782 --> 00:00:33,784 "Ya, saya mahu jadi begitu. 5 00:00:35,202 --> 00:00:36,912 Saya mahu jadi peluncur terbaik di dunia." 6 00:00:39,164 --> 00:00:40,249 Ia terasa mudah. 7 00:00:44,211 --> 00:00:46,755 Ada sesuatu tentang meluncur. 8 00:00:46,839 --> 00:00:48,841 Seperti mempunyai pentas. 9 00:00:48,924 --> 00:00:51,176 Saya cuba menari dan lain-lain lagi, 10 00:00:51,260 --> 00:00:54,221 tapi meluncur sangat feminin dan sangat bergaya. 11 00:00:56,223 --> 00:00:58,851 Selepas dua tahun, di acara yang sama. 12 00:00:58,934 --> 00:01:01,019 Saya diberi peluang menyertai pertandingan itu. 13 00:01:01,103 --> 00:01:02,729 Saya tak ke sekolah selama beberapa hari. 14 00:01:03,564 --> 00:01:05,315 Semasa tahun pertama saya sebagai peluncur baharu, 15 00:01:05,399 --> 00:01:09,236 saya kalahkan semua wira saya dan menjadi Juara Dunia. 16 00:01:10,445 --> 00:01:14,408 Kemudian saya menang lagi dua tahun berturut-turut selepas itu. 17 00:01:14,491 --> 00:01:16,201 Saya menang lagi pada tahun seterusnya. 18 00:01:16,702 --> 00:01:18,579 Kita melihat Gilmore beraksi lagi. 19 00:01:19,705 --> 00:01:21,623 Dia cuba meluncur tiub. 20 00:01:22,207 --> 00:01:25,627 Di bahagian dalam ombak ini. Mengagak dengan baik. 21 00:01:25,711 --> 00:01:28,755 Dia berjaya keluar. Usaha yang baik. 22 00:01:28,839 --> 00:01:31,508 Bagi saya, tiada peluncuran lebih sempurna. 23 00:01:33,302 --> 00:01:36,138 Saya ingat Steph semasa dia di awal kerjaya dia. 24 00:01:36,221 --> 00:01:38,640 Jelas sekali dia akan menjadi… 25 00:01:38,724 --> 00:01:39,933 KELLY SLATER 11x JUARA DUNIA WSL 26 00:01:40,017 --> 00:01:41,810 …peluncur wanita terbaik yang kita pernah lihat. 27 00:01:41,894 --> 00:01:45,439 Sekarang Stephanie Gilmore dah jadi juara dunia sebanyak tujuh kali. 28 00:01:45,522 --> 00:01:49,610 Saya kagum dengan Steph. Saya peminat dia. Jadi… 29 00:01:49,693 --> 00:01:53,071 Sasaran selepas ini? Lapan, sembilan? Kelly Slater, berapa? 30 00:01:53,155 --> 00:01:55,032 Saya benci soalan itu. 31 00:01:55,115 --> 00:01:56,867 Hanya ada seorang Steph. 32 00:01:56,950 --> 00:01:58,744 Dia ikon untuk sukan luncur air. 33 00:01:58,827 --> 00:02:02,122 Tapi pada awal kerjaya dia yang sengit, 34 00:02:02,206 --> 00:02:04,082 keadaannya berbeza. 35 00:02:04,166 --> 00:02:07,669 Gilmore dengan putaran yang cantik. 36 00:02:08,211 --> 00:02:10,380 Sukan luncur air wanita dah maju dan berubah, 37 00:02:10,464 --> 00:02:12,216 jadi ia lebih sukar untuk menang. 38 00:02:12,799 --> 00:02:14,468 Tatiana Weston-Webb. 39 00:02:14,551 --> 00:02:17,804 Dia mempunyai kelajuan, kuasa, gerakan. 40 00:02:17,888 --> 00:02:18,805 TATIANA WESTON-WEBB KEDUDUKAN SEMASA DI DUNIA #4 41 00:02:18,889 --> 00:02:20,307 Sekarang ada peluncur baharu 42 00:02:20,390 --> 00:02:21,725 yang lebih agresif. 43 00:02:21,808 --> 00:02:23,477 Johanne Defay sangat agresif. 44 00:02:23,560 --> 00:02:24,561 JOHANNE DEFAY KEDUDUKAN SEMASA DI DUNIA #2 45 00:02:24,645 --> 00:02:27,356 Meluncur dengan lebih agresif. 46 00:02:27,439 --> 00:02:28,398 CARISSA MOORE 4x JUARA DUNIA WSL 47 00:02:28,482 --> 00:02:31,026 Carissa Moore terkejut dengan gerakan itu. 48 00:02:31,109 --> 00:02:33,987 Ia seperti menonton dua sukan yang berbeza. 49 00:02:34,071 --> 00:02:35,948 Gerakan klasik seperti Gilmore… 50 00:02:36,031 --> 00:02:37,866 Dia meluncur dengan halus dan anggun. 51 00:02:38,534 --> 00:02:42,079 …menentang lompatan berisiko tinggi dan berkuasa. 52 00:02:42,162 --> 00:02:45,082 Begitulah tanggapan terhadap sukan ini berubah. 53 00:02:45,165 --> 00:02:48,585 Itu mencabar bagi Steph. Dia dikenali sebagai ratu gaya, 54 00:02:49,253 --> 00:02:54,550 jadi dia perlu menang untuk buktikan dia masih layak untuk bersaing. 55 00:03:04,476 --> 00:03:09,565 MENGEJAR RATU 56 00:03:16,989 --> 00:03:18,365 5:58 PAGI 57 00:03:23,704 --> 00:03:26,582 STEPHANIE GILMORE 7x JUARA DUNIA WSL 58 00:03:28,959 --> 00:03:32,254 Ia sangat awal. Saya jarang bangun begitu awal. 59 00:03:33,672 --> 00:03:35,924 Mungkin semasa saya masih peluncur baharu, tapi… 60 00:03:36,008 --> 00:03:40,179 Johanne keluar pada pukul 4:00 pagi. 61 00:03:40,929 --> 00:03:43,223 Mereka sangat berbeza. 62 00:03:44,975 --> 00:03:46,185 Terima kasih untuk sarapan ini. 63 00:03:47,186 --> 00:03:48,228 Itu tugas saya. 64 00:03:51,773 --> 00:03:54,610 Ini tahun ke-15 saya sertai jelajah. 65 00:03:55,319 --> 00:03:58,197 Seluar pendek bertuah. Saya tak percaya pada kepercayaan karut, tapi… 66 00:03:58,280 --> 00:04:01,450 Saya agak yakin dengan gaya saya. Tapi ia semakin sukar. 67 00:04:03,827 --> 00:04:05,162 Wanita generasi baharu ini, 68 00:04:05,245 --> 00:04:10,083 mereka sangat berbakat dan suka membuat persembahan. 69 00:04:10,167 --> 00:04:12,920 Kelajuan, gerakan yang hebat. 70 00:04:13,587 --> 00:04:14,588 Ayuh. 71 00:04:15,839 --> 00:04:17,757 Musim saya tahun ini tak begitu hebat. 72 00:04:19,091 --> 00:04:21,053 Saya tak ingat kali terakhir saya menang acara. 73 00:04:21,136 --> 00:04:22,387 Bila kali terakhir saya menang? 74 00:04:24,181 --> 00:04:26,141 Saya tak percaya saya wanita paling tua dalam jelajah. 75 00:04:27,267 --> 00:04:28,435 Masa berlalu dengan pantas. 76 00:04:28,519 --> 00:04:30,687 Boleh saya tanya berapa umur awak? 77 00:04:30,771 --> 00:04:32,397 Saya 33 tahun. 78 00:04:33,440 --> 00:04:37,569 Tiga puluh tujuh mungkin umur paling tua untuk wanita bersara. 79 00:04:37,653 --> 00:04:40,906 Mempunyai anak dan cuba menjelajah tentu sukar. 80 00:04:40,989 --> 00:04:42,574 Saya tak terburu-buru untuk ada anak, 81 00:04:42,658 --> 00:04:45,077 tapi saya cemburu dengan lelaki yang, 82 00:04:45,160 --> 00:04:47,037 "Ya, saya mahu ramai anak 83 00:04:47,120 --> 00:04:49,081 dan pada masa yang sama teruskan kerjaya saya." 84 00:04:49,164 --> 00:04:52,835 Ia tentu seronok. 85 00:04:54,419 --> 00:04:58,674 Ramai peluncur berbakat dalam jelajah, jadi kita tak boleh leka. 86 00:04:59,258 --> 00:05:02,511 Saya perlu fokus dan mencari cara untuk menang. 87 00:05:04,429 --> 00:05:06,807 Saya Juara Luncur Dunia sebanyak tujuh kali, 88 00:05:06,890 --> 00:05:09,768 tapi saya perlu satu lagi kemenangan untuk jadi yang terhebat. 89 00:05:10,561 --> 00:05:13,021 Ia akan bermula di Mexico. 90 00:05:14,773 --> 00:05:17,109 CORONA TERBUKA MEXICO DIPERSEMBAHKAN OLEH QUIKSILVER 91 00:05:17,192 --> 00:05:20,988 MEXICO - BARRA DE LA CRUZ LAUTAN PASIFIK 92 00:05:22,865 --> 00:05:25,742 Selamat pagi. Selamat datang semua, 93 00:05:25,826 --> 00:05:29,538 ke Barra de la Cruz yang cantik ini. 94 00:05:29,621 --> 00:05:32,457 Corona Terbuka Mexico, dipersembahkan oleh Quiksilver, 95 00:05:32,541 --> 00:05:34,626 untuk hentian ketujuh 96 00:05:34,710 --> 00:05:36,837 dalam Jelajah Kejuaraan Liga Luncur Dunia. 97 00:05:36,920 --> 00:05:37,963 ACARA JELAJAH KEJUARAAN TUJUH DARIPADA SEMBILAN 98 00:05:38,046 --> 00:05:41,175 - Lihat ketam kecil ini. - Hei. 99 00:05:41,758 --> 00:05:43,552 Itu acara sambutan. 100 00:05:43,635 --> 00:05:45,012 Ia menari. 101 00:05:47,639 --> 00:05:50,851 Hanya tinggal dua acara lagi dalam jelajah kejuaraan 102 00:05:50,934 --> 00:05:54,688 untuk layak ke pusingan akhir WSL dan peluang yang ada terhad. 103 00:05:54,771 --> 00:05:56,398 Mexico dan Tahiti, itu saja. 104 00:05:57,524 --> 00:06:01,195 Untuk layak ke pusingan akhir WSL di penghujung musim… 105 00:06:01,278 --> 00:06:02,279 ROSY HODGE BEKAS PELUNCUR WSL 106 00:06:02,362 --> 00:06:04,531 …para peluncur perlu dapat kedudukan lima teratas tahun ini. 107 00:06:04,615 --> 00:06:08,160 Lima peluncur teratas selepas Mexico dan Tahiti 108 00:06:08,243 --> 00:06:10,871 akan bertanding untuk menjadi juara dunia. 109 00:06:12,206 --> 00:06:14,708 Tyler Wright jatuh ke kedudukan ketujuh di dunia. 110 00:06:14,791 --> 00:06:17,211 Johanne Defay yang menang berada di kedudukan kedua. 111 00:06:17,294 --> 00:06:20,005 Tatiana berada di kedudukan keempat. 112 00:06:20,088 --> 00:06:21,798 KEDUDUKAN JELAJAH KEJUARAAN WSL 113 00:06:21,882 --> 00:06:24,426 Stephanie Gilmore, salah seorang peluncur terhebat 114 00:06:24,510 --> 00:06:26,094 masih belum memenangi acara pada tahun ini. 115 00:06:26,178 --> 00:06:28,138 Jika kita mahu jadi juara dunia, 116 00:06:28,222 --> 00:06:30,807 kita perlu ke pusingan akhir dan memenangi acara. 117 00:06:31,475 --> 00:06:33,685 Steph bukan begitu sekarang ini. 118 00:06:34,603 --> 00:06:37,856 Dia perlu menang di Mexico untuk kekal di kedudukan lima teratas 119 00:06:37,940 --> 00:06:39,608 dan layak ke pusingan akhir WSL. 120 00:06:43,070 --> 00:06:45,697 Kita melihat Stephanie Gilmore menentang Bronte Macaulay. 121 00:06:47,574 --> 00:06:50,244 Stephanie, salah seorang peluncur paling bergaya. 122 00:06:50,994 --> 00:06:52,829 Lancar, halus dan elegan. 123 00:06:53,705 --> 00:06:55,040 Ini dia. 124 00:06:55,123 --> 00:06:58,043 Bronte Macaulay, meluncur membelakangi ombak. 125 00:07:00,796 --> 00:07:02,214 Itu tentu dapat mata yang tinggi. 126 00:07:02,297 --> 00:07:03,757 Mata 6.4. 127 00:07:04,383 --> 00:07:06,260 Semua peluncur yang meluncur dengan baik 128 00:07:06,343 --> 00:07:07,594 boleh mengalahkan juara dunia. 129 00:07:07,678 --> 00:07:10,722 Steph Gilmore tentu dah menyedarinya sekarang. 130 00:07:11,390 --> 00:07:14,476 Stephanie Gilmore, awak perlukan 6.87. 131 00:07:14,560 --> 00:07:15,894 Ini dia. Ayuh. 132 00:07:18,438 --> 00:07:21,525 Stephanie Gilmore. Pembunuh yang tersenyum. 133 00:07:21,608 --> 00:07:23,235 Saya mahu tunjuk kepada semua 134 00:07:23,318 --> 00:07:26,321 yang gaya meluncur wanita sangat cantik dan hebat, 135 00:07:26,405 --> 00:07:27,781 tapi kami juga boleh bersaing. 136 00:07:28,323 --> 00:07:32,536 Dia boleh membuat gerakan yang kritikal dengan bergaya. 137 00:07:32,619 --> 00:07:36,874 Ia berbahaya bagi pihak lawan yang memandang rendah pada Steph. 138 00:07:36,957 --> 00:07:37,958 LUKE KENNEDY WARTAWAN LUNCUR 139 00:07:38,041 --> 00:07:40,460 Berusaha lebih kuat untuk gerakan itu. 140 00:07:40,544 --> 00:07:41,753 Dia dapat 7.37. 141 00:07:41,837 --> 00:07:43,463 Tiga, dua, satu. 142 00:07:43,547 --> 00:07:44,965 Stephanie menang. 143 00:07:45,048 --> 00:07:47,134 MATA AKHIR GILMORE: 14.07 - MACAULAY: 12.57 144 00:07:47,759 --> 00:07:49,511 Awak di kedudukan kelima. 145 00:07:49,595 --> 00:07:52,097 Ada tiga peserta mahu merebut kedudukan itu. 146 00:07:52,848 --> 00:07:55,475 Ia sangat sukar. Saya cuba untuk tak fikirkannya. 147 00:07:55,559 --> 00:07:57,728 Saya rasa begitu. Terima kasih kerana ingatkan saya. 148 00:07:58,478 --> 00:07:59,771 Terima kasih. Tahniah, Steph. 149 00:07:59,855 --> 00:08:00,856 Terima kasih. Jumpa lagi. 150 00:08:01,607 --> 00:08:02,816 Jumpa lagi. 151 00:08:02,900 --> 00:08:05,360 Steph sangat berbakat… 152 00:08:05,444 --> 00:08:06,945 MICK FANNING 3x JUARA DUNIA WSL YANG DAH BERSARA 153 00:08:07,029 --> 00:08:10,490 …dan dia rasa dia tak perlu berusaha kuat sepanjang masa 154 00:08:10,574 --> 00:08:11,783 untuk memenangi pusingan. 155 00:08:15,078 --> 00:08:17,915 Kemudian ada peluncur seperti Johanne Defay. 156 00:08:17,998 --> 00:08:19,958 Dia memenangi satu acara tahun ini. 157 00:08:20,542 --> 00:08:24,046 Dia bersedia untuk buat yang terbaik. 158 00:08:24,129 --> 00:08:26,882 Setiap lima atau sepuluh tahun, ada cabaran baharu, 159 00:08:26,965 --> 00:08:29,051 generasi baharu muncul dan lakukan dengan lebih baik. 160 00:08:29,134 --> 00:08:34,890 Dia sebahagian daripada generasi itu. Steph ialah idola mereka. 161 00:08:34,972 --> 00:08:37,683 Sekarang mereka meluncur untuk menjadi juara dunia. 162 00:08:41,897 --> 00:08:45,817 Nama saya Johanne Defay dan saya seorang peluncur profesional. 163 00:08:46,527 --> 00:08:47,528 JOHANNE DEFAY KEDUDUKAN SEMASA DI DUNIA #2 164 00:08:47,611 --> 00:08:51,073 Saya dilahirkan di tengah-tengah Perancis yang tiada lautan. 165 00:08:51,156 --> 00:08:55,160 Kehidupan saya tak dirancang untuk jadi begini. 166 00:08:56,119 --> 00:08:58,038 Johanne salah seorang peluncur 167 00:08:58,121 --> 00:09:00,165 yang kurang menonjol. 168 00:09:00,249 --> 00:09:02,125 Mereka kata saya bukan pilihan utama. 169 00:09:02,209 --> 00:09:06,296 Saya bersaing dengan kuat apabila orang lain tak menjangkakannya. 170 00:09:08,757 --> 00:09:10,968 Jika dia dapat kedudukan lima teratas, 171 00:09:11,051 --> 00:09:12,803 ramai orang akan kecewa. 172 00:09:13,470 --> 00:09:15,472 Saya mahu kedudukan lima teratas 173 00:09:15,556 --> 00:09:20,185 kerana ia boleh mengubah seluruh kerjaya saya. 174 00:09:21,103 --> 00:09:22,646 Pusingan ini tentu hebat. 175 00:09:22,729 --> 00:09:25,816 Johanne Defay dari Perancis dan Brisa Hennessy. 176 00:09:25,899 --> 00:09:27,067 Keadaan agak baik. 177 00:09:27,150 --> 00:09:28,151 BILIK JURI 178 00:09:28,235 --> 00:09:29,653 Ada banyak potensi untuk dapat mata. 179 00:09:29,736 --> 00:09:30,988 Okey, ombak pertama. 180 00:09:31,071 --> 00:09:33,907 Johanne Defay, bahagian yang cantik untuk meluncur. 181 00:09:34,491 --> 00:09:37,119 Dia dah mula. Mari lihat tindakan dia sekarang. 182 00:09:38,412 --> 00:09:41,248 Dari segi fizikal, ia sangat memenatkan kaki. 183 00:09:41,331 --> 00:09:45,002 Tapi badan saya kuat dan saya bergantung kepada itu untuk menang. 184 00:09:45,836 --> 00:09:47,462 Merah, putaran pertama yang hebat. 185 00:09:47,546 --> 00:09:48,589 Ia sangat bagus. 186 00:09:48,672 --> 00:09:49,756 Syabas. 187 00:09:49,840 --> 00:09:51,383 Dia mendapat keutamaan. 188 00:09:52,885 --> 00:09:56,513 Johanne Defay mendapat keutamaan dan menikmati ombak pilihan yang pertama. 189 00:09:58,056 --> 00:10:00,434 Johanne seorang yang agresif. 190 00:10:01,101 --> 00:10:02,227 Bam! 191 00:10:02,311 --> 00:10:04,563 Dia buat dengan baik. Itu sangat baik. 192 00:10:05,147 --> 00:10:06,732 Johanne Defay, 6.23. 193 00:10:06,815 --> 00:10:10,444 DUA MATA TERBAIK - DEFAY: 12.05 HENNESSY: 5.17 194 00:10:10,527 --> 00:10:11,737 Okey, ayuh! 195 00:10:12,821 --> 00:10:14,281 Brisa Hennessy. 196 00:10:15,449 --> 00:10:16,491 Mata yang tinggi. 197 00:10:16,575 --> 00:10:18,619 Johanne Defay perlu dapat mata di sini? 198 00:10:19,870 --> 00:10:22,164 Saya dapat simpan sedikit tenaga di kaki saya 199 00:10:22,247 --> 00:10:24,583 dan menggunakannya pada masa yang sesuai. 200 00:10:25,209 --> 00:10:27,461 Johanne Defay membalas. 201 00:10:27,544 --> 00:10:29,254 Putar. 202 00:10:30,214 --> 00:10:33,926 Dia menunggu peluang. Dia melompat ke atas. Penamat yang hebat. 203 00:10:34,009 --> 00:10:39,431 Ya. Johanne Defay membuat tanda berjaya dan menunjukkan sedikit emosi. 204 00:10:39,515 --> 00:10:40,349 Penamat yang baik. 205 00:10:40,432 --> 00:10:43,060 Ia kelihatan bagus dan putaran terbaik dalam pusingan ini. 206 00:10:44,811 --> 00:10:47,523 MATA AKHIR HENNESSY: 12.97 DEFAY: 14.00 207 00:10:47,606 --> 00:10:50,484 Ya. Penamat yang cantik. 208 00:10:51,652 --> 00:10:54,821 Johanne sangat fokus pada tindakan dia. 209 00:10:55,697 --> 00:10:58,283 Tapi perjalanan Johanne bukan mudah. 210 00:11:01,703 --> 00:11:03,789 Sukan luncur air perlukan belanja yang banyak. 211 00:11:04,540 --> 00:11:06,667 Ia sangat penting untuk mendapatkan penaja. 212 00:11:07,835 --> 00:11:09,294 Sehingga saya 18 tahun, 213 00:11:09,378 --> 00:11:13,048 Roxy menaja semua perbelanjaan saya untuk sukan ini. 214 00:11:13,632 --> 00:11:15,717 Tapi pada penghujung tahun itu, 215 00:11:15,801 --> 00:11:19,012 saya berumur 19 tahun dan Roxy tak membaharui kontrak. 216 00:11:22,391 --> 00:11:23,559 Ia sangat biasa 217 00:11:23,642 --> 00:11:27,563 bagi sesetengah wanita yang tak mempunyai penaja. 218 00:11:28,730 --> 00:11:31,984 Jika saya bandingkan dengan Steph Gilmore, 219 00:11:32,067 --> 00:11:34,653 ia sangat berbeza. 220 00:11:34,736 --> 00:11:36,113 IKLAN TV 221 00:11:36,196 --> 00:11:39,157 Steph mendapat tajaan daripada Breitling, 222 00:11:39,241 --> 00:11:42,870 Nikon dan Audi. 223 00:11:44,371 --> 00:11:47,332 Bagi seseorang seperti Johanne yang ingin menjadi juara dunia, 224 00:11:47,416 --> 00:11:51,420 kehilangan penaja memberi perbezaan yang besar. 225 00:11:53,172 --> 00:11:54,882 Malangnya, bagi wanita, 226 00:11:54,965 --> 00:11:57,759 ada sedikit saja wanita elit yang dibayar dengan lumayan. 227 00:11:57,843 --> 00:12:00,637 Wanita lain hanya dibayar sedikit. 228 00:12:00,721 --> 00:12:01,722 Okey. Mula. 229 00:12:02,598 --> 00:12:04,683 Nama saya Tatiana Weston-Webb. 230 00:12:04,766 --> 00:12:07,644 Saya berumur 25 tahun dan saya seorang peluncur profesional. 231 00:12:07,728 --> 00:12:08,979 TATIANA WESTON-WEBB KEDUDUKAN SEMASA DI DUNIA #4 232 00:12:09,062 --> 00:12:11,106 Tatiana peserta yang sukar dijangka dalam jelajah. 233 00:12:18,530 --> 00:12:20,073 Itu nampak sedap. 234 00:12:20,157 --> 00:12:23,327 Saya ingin cuba tiram juga. 235 00:12:23,410 --> 00:12:25,871 Ada banyak perbezaan dari segi kewangan dalam jelajah. 236 00:12:25,954 --> 00:12:30,000 Jadi kita perlu jadi yang terbaik jika kita dibayar. 237 00:12:30,083 --> 00:12:32,503 Kita perlu mempunyai keseluruhan pakej. 238 00:12:32,586 --> 00:12:34,963 Kita perlu jadi mudah untuk dipasarkan. 239 00:12:35,047 --> 00:12:36,423 Saya mahu kentang jejari. 240 00:12:36,507 --> 00:12:38,300 Saya benar-benar mahu jadi juara dunia. 241 00:12:38,383 --> 00:12:40,552 Ramai orang meragui saya sebelum ini 242 00:12:40,636 --> 00:12:42,513 dan saya ingin buktikan mereka salah. 243 00:12:43,138 --> 00:12:45,057 Walaupun Steph ialah juara dunia sebanyak tujuh kali, 244 00:12:45,140 --> 00:12:46,141 saya masih boleh kalahkan dia. 245 00:12:46,975 --> 00:12:48,185 Suap kepada kamera. 246 00:12:48,268 --> 00:12:49,895 Saya dahulu, kemudian kamera. 247 00:12:50,521 --> 00:12:52,481 Makanan buat saya gembira. Meluncur juga. 248 00:12:53,482 --> 00:12:54,691 Tapi kebanyakannya makanan. 249 00:12:56,360 --> 00:12:57,778 Dan meluncur. 250 00:12:58,654 --> 00:13:02,199 Tatiana ialah seorang peserta yang kuat. 251 00:13:02,282 --> 00:13:03,659 Dia sangat agresif 252 00:13:03,742 --> 00:13:05,953 dan dia akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 253 00:13:10,999 --> 00:13:12,876 PUSINGAN PERTAMA 254 00:13:12,960 --> 00:13:15,212 TATIANA WESTON-WEBB LAWAN SAGE ERICKSON 255 00:13:16,213 --> 00:13:20,092 Di pusingan seterusnya, Sage Erickson dan Tatiana Weston-Webb. 256 00:13:21,343 --> 00:13:24,137 Itu dia. Itu putaran dia yang terkenal. 257 00:13:25,556 --> 00:13:26,682 Sangat berkuasa. 258 00:13:30,143 --> 00:13:31,436 Hujung ombak yang besar. 259 00:13:32,563 --> 00:13:33,897 Dia boleh berdiri? 260 00:13:33,981 --> 00:13:36,441 Tunjukkan kepada juri yang awak boleh mengawalnya. 261 00:13:37,067 --> 00:13:38,360 Dia meluncur dengan sangat baik. 262 00:13:38,861 --> 00:13:41,280 Ombak kecil. Diluncuri dengan baik. 263 00:13:41,864 --> 00:13:43,740 Weston-Webb meluncur dengan baik. 264 00:13:44,616 --> 00:13:49,037 Gadis seperti saya dan Johanne melakukan gerakan yang berkuasa 265 00:13:49,121 --> 00:13:50,789 kerana para juri mahu melihat itu. 266 00:13:50,873 --> 00:13:53,041 Ia agresif dan cantik. 267 00:13:53,750 --> 00:13:55,043 Sedikit gerakan yang glamor. 268 00:13:55,752 --> 00:13:58,088 Tatiana mula mengalahkan 269 00:13:58,172 --> 00:14:02,509 peluncur seperti Carissa, Steph dan Tyler dalam beberapa tahun ini. 270 00:14:03,093 --> 00:14:07,848 Sekarang dia lebih yakin yang dia layak berada di sana. 271 00:14:07,931 --> 00:14:09,558 Dia langsung tak takut. 272 00:14:10,142 --> 00:14:13,187 Tati Weston-Webb menguasai pusingan ini. 273 00:14:15,522 --> 00:14:17,941 Saya seorang pesaing yang agresif. 274 00:14:18,025 --> 00:14:20,652 Saya perlu kuat dan bersedia untuk apa-apa saja. 275 00:14:22,821 --> 00:14:23,989 Tati mula meluncur. 276 00:14:25,532 --> 00:14:27,409 Sage Erickson di depan dia. 277 00:14:28,035 --> 00:14:32,664 Dia menghalang Tati. Sage fikir dia ada keutamaan. 278 00:14:33,248 --> 00:14:34,958 Kita ada situasi. 279 00:14:35,042 --> 00:14:37,669 Adakah Sage Erickson menghalang 280 00:14:37,753 --> 00:14:40,172 peluang Tatiana Weston-Webb untuk mendapat mata? 281 00:14:40,255 --> 00:14:41,965 Merah ada keutamaan? 282 00:14:42,925 --> 00:14:44,343 Jadi ia satu gangguan. 283 00:14:44,801 --> 00:14:47,763 Gangguan ialah apabila kita menghalang… 284 00:14:47,846 --> 00:14:48,889 PRITAMO AHRENDT KETUA JURI WSL 285 00:14:48,972 --> 00:14:50,849 …peluncur untuk meluncur di ombak yang diberi keutamaan, 286 00:14:50,933 --> 00:14:54,102 menghalang peluang untuk mendapat mata di ombak peluncur lain. 287 00:14:54,186 --> 00:14:56,313 Sage lakukan kesilapan, 288 00:14:56,396 --> 00:15:00,150 memberi Tati peluang untuk mengenakan dia dengan gangguan. 289 00:15:00,859 --> 00:15:04,279 Jika kita menyebabkan gangguan, seluruh mata kedua kita hilang… 290 00:15:04,363 --> 00:15:05,822 RENATO HICKEL BEKAS KETUA JURI WSL 291 00:15:05,906 --> 00:15:07,282 …jadi kita hanya ada satu mata 292 00:15:07,366 --> 00:15:11,203 dan sudah tentu ia lebih sukar untuk kita menang. 293 00:15:11,286 --> 00:15:14,248 Dari segi pengiraan, Sage tak boleh menang. 294 00:15:14,331 --> 00:15:17,876 Jadi Tatiana Weston-Webb menang pusingan ini. 295 00:15:22,881 --> 00:15:25,259 - Saya ada keutamaan. - Menjengkelkan. 296 00:15:25,342 --> 00:15:27,219 Saya sangka awak bukan begitu. 297 00:15:28,512 --> 00:15:29,805 Saya tak percaya. 298 00:15:31,932 --> 00:15:34,226 Dia tak patut dapat keutamaan. 299 00:15:34,935 --> 00:15:37,938 Dia tanya saya, "Siapa dapat keutamaan?" 300 00:15:38,021 --> 00:15:39,273 Saya kata, "Saya ada keutamaan." 301 00:15:39,356 --> 00:15:42,192 Dia duduk di sana dan kata, "Kenapa saya mahu buat begitu?" 302 00:15:43,068 --> 00:15:44,611 Dia tahu tindakan dia. 303 00:15:45,320 --> 00:15:47,781 Kenapa dia meluncur ombak itu? Ia ombak yang teruk. 304 00:15:48,907 --> 00:15:50,158 Dia kata saya menjengkelkan. 305 00:15:50,242 --> 00:15:52,578 Dia kata saya menjengkelkan dan… 306 00:15:53,453 --> 00:15:55,038 Saya hanya meluncur. 307 00:15:58,041 --> 00:16:01,211 Tatiana dan Carissa sangat agresif semasa meluncur. 308 00:16:01,295 --> 00:16:03,172 Agresif seperti… 309 00:16:04,173 --> 00:16:06,884 Mengayuh di atas kita dan mengganggu ruang kita. 310 00:16:07,593 --> 00:16:09,803 Ia mungkin tak cantik, 311 00:16:09,887 --> 00:16:13,515 tapi ia mendapat mata. 312 00:16:13,599 --> 00:16:16,018 Itu yang kita mahukan. 313 00:16:16,101 --> 00:16:18,187 Tapi itu bukan kriteria untuk dapat mata. 314 00:16:18,270 --> 00:16:21,440 Ia cuma kelajuan, kuasa, gerakan, bukan? Bukan agresif. 315 00:16:24,735 --> 00:16:25,736 Betul. 316 00:16:26,862 --> 00:16:29,489 - Saya yakin dengan pusingan ini. - Ya. 317 00:16:32,409 --> 00:16:35,037 Pusingan akhir Rip Curl WSL semakin hampir, 318 00:16:35,120 --> 00:16:38,290 jadi peserta untuk kedudukan lima teratas sedang dipilih. 319 00:16:38,373 --> 00:16:39,917 Carissa Moore. 320 00:16:40,000 --> 00:16:42,628 Nampaknya dia mahu memenangi satu lagi kejuaraan. 321 00:16:44,546 --> 00:16:49,510 Kedudukan Sally Fitzgibbons di pusingan akhir WSL dah terjamin. 322 00:16:50,219 --> 00:16:53,847 Juara dunia dua kali, Tyler Wright, 323 00:16:53,931 --> 00:16:56,600 dikalahkan oleh Isabella Nichols. 324 00:16:56,683 --> 00:16:59,353 Jika dia mahu kedudukan lima teratas yang penting itu, 325 00:16:59,436 --> 00:17:01,939 dia perlu dapat keputusan yang baik di Tahiti. 326 00:17:06,652 --> 00:17:07,736 Selamat malam. 327 00:17:07,819 --> 00:17:08,945 BERITA POLINESIA PERANCIS 328 00:17:09,029 --> 00:17:10,405 Tajuk utama malam ini: 329 00:17:10,489 --> 00:17:13,700 Perkhidmatan hospital di Polinesia Perancis semakin tertekan 330 00:17:14,201 --> 00:17:17,788 disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan. 331 00:17:17,871 --> 00:17:21,666 Lebih 2000 kes harian baru, 332 00:17:21,750 --> 00:17:26,296 tiga puluh lapan pesakit mati selepas dijangkiti virus itu. 333 00:17:27,130 --> 00:17:28,715 Awak baca mesej tentang Tahiti? 334 00:17:28,799 --> 00:17:31,593 Tahiti baru saja dijadikan zon merah. 335 00:17:33,011 --> 00:17:34,263 JESSI MILEY-DYER KETUA PERTANDINGAN WSL 336 00:17:34,346 --> 00:17:36,139 Saya mahu umumkan yang kami dah memutuskan 337 00:17:36,223 --> 00:17:38,225 untuk batalkan acara Jelajah Kejuaraan Tahiti kita 338 00:17:38,308 --> 00:17:39,518 disebabkan COVID-19. 339 00:17:40,644 --> 00:17:44,022 Jika kamu bukan lima peserta teratas pada penghujung acara ini, 340 00:17:44,106 --> 00:17:45,691 kamu tak boleh jadi juara dunia. 341 00:17:47,234 --> 00:17:50,529 Acara terakhir tahun ini dibatalkan, jadi inilah dia. 342 00:17:50,612 --> 00:17:52,447 Ini saja peluang untuk jadi lima peserta teratas 343 00:17:52,531 --> 00:17:54,366 untuk layak ke pusingan akhir WSL. 344 00:17:54,449 --> 00:17:55,993 Ia mengubah segala-galanya. 345 00:17:58,871 --> 00:18:00,038 Itu mengarut. 346 00:18:00,539 --> 00:18:01,915 Saya benci COVID. 347 00:18:01,999 --> 00:18:03,834 "Katil ICU hospital dah penuh. 348 00:18:03,917 --> 00:18:06,628 Dalam tempoh 48 jam, ia tak dapat dikawal." 349 00:18:07,212 --> 00:18:08,505 Sangat teruk. 350 00:18:08,589 --> 00:18:11,925 Ada kes di kampung yang akan jadi tempat penginapan kita. 351 00:18:14,386 --> 00:18:15,762 - Ia dibatalkan? - Ya. 352 00:18:15,846 --> 00:18:17,139 - Baiklah. Tak guna. - Ya. 353 00:18:17,222 --> 00:18:19,308 Kerajaan akan menutup sempadan. 354 00:18:19,391 --> 00:18:20,559 TYLER WRIGHT KEDUDUKAN SEMASA DI DUNIA #6 355 00:18:20,642 --> 00:18:22,311 Ada beberapa peserta 356 00:18:22,394 --> 00:18:25,689 yang berharap untuk menebus kekalahan di Tahiti, 357 00:18:25,772 --> 00:18:29,693 dapatkan keputusan yang baik dan naik beberapa kedudukan. 358 00:18:30,569 --> 00:18:32,029 Selepas mereka batalkan Tahiti, 359 00:18:32,112 --> 00:18:35,324 saya fikir, "Okey, saya cuma perlu dapat keputusan baik di Mexico 360 00:18:35,407 --> 00:18:37,993 kerana tiada lagi acara selepas ini." 361 00:18:39,620 --> 00:18:41,830 Ada banyak tekanan dalam acara ini. 362 00:18:43,165 --> 00:18:44,750 Terutamanya apabila kita di kedudukan kelima. 363 00:18:44,833 --> 00:18:46,126 Ya. 364 00:18:46,210 --> 00:18:47,878 Itu hanya penyamaran. 365 00:18:47,961 --> 00:18:48,879 Itu hanya penyamaran. 366 00:18:48,962 --> 00:18:49,963 ANDY KING JURULATIH 367 00:18:50,047 --> 00:18:52,424 Saya tahu awak risau. 368 00:18:52,508 --> 00:18:53,884 Awak tak boleh sorokkannya, Steph. 369 00:18:56,261 --> 00:18:58,222 Awak rasa Steph agresif? 370 00:18:58,305 --> 00:19:00,015 Ya. 371 00:19:00,098 --> 00:19:02,976 - Agresif? - Saya takut. Dia menakutkan saya. 372 00:19:03,060 --> 00:19:05,145 Dia sorokkannya dengan senyuman. 373 00:19:05,229 --> 00:19:07,064 Dia membesar di Snapper. 374 00:19:07,147 --> 00:19:08,440 Dia berbahaya di ombak di sana. 375 00:19:08,524 --> 00:19:10,484 Itu antara ombak paling berbahaya di dunia 376 00:19:10,567 --> 00:19:12,319 dan dia menguasainya dengan senyuman. 377 00:19:22,704 --> 00:19:24,831 Gelaran juara dunia menjadi pertaruhan, 378 00:19:24,915 --> 00:19:28,043 jadi saya perlu dapat kedudukan lima teratas. 379 00:19:28,794 --> 00:19:31,672 Rasanya Tati paling sukar dikalahkan, 380 00:19:31,755 --> 00:19:35,467 tapi awak ada gaya. 381 00:19:35,551 --> 00:19:36,760 Ia agak menjengkelkan saya. 382 00:19:36,844 --> 00:19:39,555 Mereka patut dilarang daripada menyebut perkataan "gaya." 383 00:19:39,638 --> 00:19:41,723 Seperti itu saja yang saya boleh lakukan. 384 00:19:42,474 --> 00:19:43,767 Itu saja yang awak perlukan. 385 00:19:44,476 --> 00:19:47,271 - Tak, bukan itu saja. - Bukan itu saja yang awak boleh buat. 386 00:19:47,354 --> 00:19:51,775 Awak juara dunia sebanyak tujuh kali dan menang lebih banyak berbanding mereka. 387 00:19:54,361 --> 00:19:57,364 Semasa acara di Margaret River di Australia… 388 00:19:57,447 --> 00:19:58,448 TIGA BULAN YANG LALU 389 00:19:58,532 --> 00:20:01,368 …saya bersusah payah untuk menentang Tatiana Weston-Webb. 390 00:20:01,451 --> 00:20:03,620 Tati mewakili Brazil. 391 00:20:03,704 --> 00:20:05,664 Mendominasi musim ini. 392 00:20:05,747 --> 00:20:07,666 Stephanie mewakili Australia. 393 00:20:08,542 --> 00:20:10,711 Tatiana nampak berbahaya. 394 00:20:10,794 --> 00:20:14,173 Generasi baharu, Tatiana Weston-Webb, Johanne Defay, 395 00:20:14,256 --> 00:20:18,260 menggunakan kuasa mereka untuk menentang gerakan klasik Steph. 396 00:20:19,052 --> 00:20:23,807 Tatiana sangat kuat. Saya tak boleh meluncur dengan baik. 397 00:20:23,891 --> 00:20:26,310 Persembahan Steph Gilmore kurang baik. 398 00:20:26,393 --> 00:20:30,272 Tatiana Weston-Webb mengalahkan Stephanie Gilmore. 399 00:20:30,355 --> 00:20:33,108 Juara anda, Tatiana Weston-Webb. 400 00:20:35,152 --> 00:20:36,695 Kekalahan menyakitkan. 401 00:20:36,778 --> 00:20:39,239 Ia membuat saya sedar betapa saya mahu… 402 00:20:39,323 --> 00:20:41,575 menjadi bersemangat semula untuk menang 403 00:20:42,284 --> 00:20:44,036 dan mengalahkan semua peserta terbaik. 404 00:20:46,079 --> 00:20:50,125 Mereka sangat kuat. Paha dan punggung mereka besar. 405 00:20:51,084 --> 00:20:53,045 Saya paling kurus antara mereka. 406 00:20:57,591 --> 00:21:00,594 Secara rasminya kita memasuki pusingan suku akhir. 407 00:21:01,220 --> 00:21:03,388 Gilmore memasuki acara ini dengan kedudukan kelima di dunia, 408 00:21:03,472 --> 00:21:05,349 kedudukan yang sangat bahaya. 409 00:21:06,850 --> 00:21:08,268 Dalam pusingan suku akhir ini, 410 00:21:08,352 --> 00:21:11,605 saya perlu anggap yang saya mungkin tak dapat kedudukan lima teratas. 411 00:21:11,688 --> 00:21:13,649 Keputusan saya sepatutnya lebih baik, 412 00:21:13,732 --> 00:21:16,485 tapi apabila saya melihat mereka, saya fikir, 413 00:21:16,568 --> 00:21:18,028 "Bagaimana saya mahu jadi lebih baik?" 414 00:21:18,820 --> 00:21:20,155 Saya perlu kalahkan dia. 415 00:21:20,656 --> 00:21:21,532 Pusingan seterusnya: 416 00:21:21,615 --> 00:21:24,493 Tatiana Weston-Webb dan Stephanie Gilmore. 417 00:21:26,119 --> 00:21:27,746 Hari yang penting lagi. 418 00:21:27,829 --> 00:21:28,872 Hari yang penting. 419 00:21:28,956 --> 00:21:30,874 Tiga puluh saat lagi. 420 00:21:31,708 --> 00:21:33,043 Saya perlu ingat 421 00:21:33,126 --> 00:21:36,421 yang saya berperang menentang generasi wanita yang baharu. 422 00:21:37,256 --> 00:21:39,508 Tatiana meluncur dengan berkuasa. 423 00:21:39,591 --> 00:21:42,427 Saya perlu meluncur dengan cara lain. Meluncur dengan lebih hebat. 424 00:21:44,096 --> 00:21:48,267 Lima, empat, tiga, dua, satu. 425 00:21:52,229 --> 00:21:54,147 Stephanie Gilmore bermula. 426 00:21:55,858 --> 00:21:57,025 Cantik. 427 00:21:58,735 --> 00:22:00,153 Berjaya di ombak itu. 428 00:22:00,237 --> 00:22:01,405 Peluncuran yang cantik. 429 00:22:01,488 --> 00:22:04,658 Tatiana Weston-Webb. Melompat. 430 00:22:05,409 --> 00:22:07,411 Tati jadi berbahaya di situ. 431 00:22:07,494 --> 00:22:11,331 Ombak agak ke belakang. 5.33. 432 00:22:13,959 --> 00:22:15,335 Kita lihat Tati meluncur. 433 00:22:16,003 --> 00:22:17,838 Merah, putaran yang cantik. 434 00:22:18,255 --> 00:22:20,465 Wanita yang meluncur dengan lebih kuat, 435 00:22:20,549 --> 00:22:23,218 para juri akan sukakannya, tapi saya tak boleh mengawal itu. 436 00:22:23,844 --> 00:22:26,054 Itulah kombinasi yang diperlukan 437 00:22:26,138 --> 00:22:27,639 jika mahu kalahkan Stephanie Gilmore. 438 00:22:28,557 --> 00:22:30,893 Putaran yang cantik oleh Steph. 439 00:22:30,976 --> 00:22:32,895 Ini mungkin ombak terakhir. 440 00:22:33,604 --> 00:22:35,439 Saya akan meluncur mengikut cara saya. 441 00:22:35,522 --> 00:22:39,610 Saya perlu bertukar menjadi lebih ganas, 442 00:22:39,693 --> 00:22:41,737 tapi saya masih kelihatan feminin. 443 00:22:43,947 --> 00:22:45,407 Ombak yang cantik… 444 00:22:45,908 --> 00:22:47,576 Dua putaran terbaik untuk ombak itu. 445 00:22:48,327 --> 00:22:52,164 Tatiana menyaksikan persembahan yang dia tak mahu lihat dari dekat 446 00:22:52,247 --> 00:22:53,916 daripada Stephanie Gilmore. 447 00:22:53,999 --> 00:22:54,833 Dia berjaya. 448 00:22:56,418 --> 00:22:57,294 Itu dah mencukupi. 449 00:22:57,878 --> 00:23:01,924 MATA AKHIR GILMORE: 15.50 WESTON-WEBB: 7.33 450 00:23:02,007 --> 00:23:05,594 Peluncur-peluncur wanita lain menjadi lebih baik, 451 00:23:05,677 --> 00:23:08,138 tapi Steph perlu ingat 452 00:23:08,222 --> 00:23:09,932 yang dia ialah peluncur terbaik. 453 00:23:10,599 --> 00:23:13,268 Bukan mudah menentang Steph 454 00:23:13,352 --> 00:23:17,814 dan saya tak mahu kalah dengan cara itu. 455 00:23:17,898 --> 00:23:20,234 Tapi secara keseluruhan, pada penghujung acara ini, 456 00:23:20,317 --> 00:23:23,737 jumlah mata saya layak untuk ke pusingan akhir. 457 00:23:24,363 --> 00:23:25,614 Tugas dah selesai. 458 00:23:27,074 --> 00:23:28,951 Ada garisan besar pada papan dia. 459 00:23:29,034 --> 00:23:30,244 - Betulkah? - Ya. 460 00:23:30,994 --> 00:23:33,455 - Tukang baiki awak ada di sini? - Saya tak tahu. 461 00:23:33,539 --> 00:23:35,207 Perlu cari orang di bandar ini. 462 00:23:35,290 --> 00:23:37,709 - Ya. - Dia boleh pinjam papan saya. 1.73 meter. 463 00:23:37,793 --> 00:23:38,794 Entahlah. 464 00:23:38,877 --> 00:23:40,671 Dia menang beberapa acara dengannya. 465 00:23:40,754 --> 00:23:41,922 - Ya. - Dia tentu okey. 466 00:23:42,005 --> 00:23:44,049 Hei, Steph. 467 00:23:45,133 --> 00:23:46,134 Syabas. 468 00:23:46,218 --> 00:23:48,720 Boleh digunakan dalam dua pusingan lagi sebelum ia patah. 469 00:23:48,804 --> 00:23:52,224 Kelly kata awak boleh pinjam papan dia. Dia kata begitu. 470 00:23:53,475 --> 00:23:54,685 Ya, baguslah. 471 00:24:01,400 --> 00:24:03,527 Ombak masih menderu. 472 00:24:07,114 --> 00:24:11,326 Perlawanan hebat antara Johanne Defay dan Malia Manuel. 473 00:24:13,203 --> 00:24:17,833 Saya dah berusaha sedaya upaya untuk buat yang terbaik… 474 00:24:17,916 --> 00:24:20,294 PUSINGAN SUKU AKHIR JOHANNE DEFAY LAWAN MALIA MANUEL 475 00:24:20,377 --> 00:24:23,172 …itu yang buat saya bangun dengan gembira pada waktu pagi. 476 00:24:23,714 --> 00:24:24,840 Ayuh. 477 00:24:25,757 --> 00:24:27,801 Itu Johanne Defay. 478 00:24:28,468 --> 00:24:30,220 Ombak yang berbuih menghampiri dia. 479 00:24:31,263 --> 00:24:32,222 Malangnya. 480 00:24:32,306 --> 00:24:34,641 Dia tak boleh buat apa-apa dengan ombak itu. 481 00:24:34,725 --> 00:24:36,935 Malia Manuel semakin laju. 482 00:24:37,519 --> 00:24:39,813 Dia meluncur dengan sempurna. 483 00:24:40,397 --> 00:24:42,482 Pemilihan ombak yang sempurna. 484 00:24:43,609 --> 00:24:46,069 Tunjukkan kemahiran awak, Johanne. 485 00:24:46,737 --> 00:24:48,655 Johanne Defay perlu dapat mata di sini. 486 00:24:50,866 --> 00:24:51,867 Lompatan yang tinggi. 487 00:24:54,494 --> 00:24:56,163 Johanne Defay terjatuh. 488 00:24:56,246 --> 00:25:00,667 Johanne sangat malang dalam pemilihan ombak. 489 00:25:01,376 --> 00:25:04,254 MATA AKHIR MANUEL: 12.67 DEFAY: 9.67 490 00:25:04,338 --> 00:25:06,507 Saya pasti semua penonton di Perancis kecewa 491 00:25:06,590 --> 00:25:08,926 melihat gadis ini kalah dalam pusingan ini. 492 00:25:09,676 --> 00:25:13,347 Malia Manuel di pusingan akhir bersama Steph Gilmore. 493 00:25:13,430 --> 00:25:18,477 Johanne Defay kalah pusingan itu, tapi dengan memasuki pusingan suku akhir, 494 00:25:18,560 --> 00:25:20,687 kedudukan dia dalam lima teratas dah terjamin. 495 00:25:21,188 --> 00:25:22,981 Cara dia yang bersemangat 496 00:25:23,065 --> 00:25:26,443 dan dapat menjadi lima teratas selepas kehilangan penaja utama, 497 00:25:26,527 --> 00:25:28,487 dia tentu sangat bangga dengan diri dia. 498 00:25:28,570 --> 00:25:34,076 Awak layak untuk pusingan akhir di Lower Trestles. Kita jumpa di sana. 499 00:25:34,159 --> 00:25:36,078 Terima kasih, Kaipo. Kita jumpa di sana. 500 00:25:38,163 --> 00:25:41,542 Matlamat saya ialah memasuki pusingan akhir. 501 00:25:42,251 --> 00:25:48,257 Cabaran seterusnya ialah mengalahkan peluncur hebat seperti Steph Gilmore. 502 00:25:55,639 --> 00:25:58,600 Selamat pagi dan hari ini ialah pusingan akhir. 503 00:25:58,684 --> 00:26:00,686 Pagi yang cantik. 504 00:26:01,436 --> 00:26:04,064 Pusingan seterusnya: Malia Manuel dari Hawaii 505 00:26:04,648 --> 00:26:06,650 melawan Stephanie Gilmore. 506 00:26:06,733 --> 00:26:10,070 Akhirnya. Saat yang kita nantikan. 507 00:26:10,612 --> 00:26:13,991 Tiada penonton di pantai, tapi penonton yang ada 508 00:26:14,074 --> 00:26:16,618 ialah peluncur-peluncur terbaik di dunia. 509 00:26:17,703 --> 00:26:20,289 Untuk menamatkan acara yang hebat, 510 00:26:20,372 --> 00:26:22,457 Malia Manuel dan Stephanie Gilmore. 511 00:26:23,876 --> 00:26:26,003 Steph mempunyai cabaran yang besar. 512 00:26:26,086 --> 00:26:30,340 Malia salah seorang peluncur yang sangat kuat… 513 00:26:30,424 --> 00:26:31,425 AI SELAMA-LAMANYA 514 00:26:31,508 --> 00:26:32,676 …sukar dijangka 515 00:26:32,759 --> 00:26:35,929 dan Stephanie bukan saja mahu menjadi lima peserta teratas 516 00:26:36,013 --> 00:26:38,390 untuk mendapat gelaran juara dunia yang kelapan. 517 00:26:38,473 --> 00:26:41,226 Dia berjuang untuk memastikan gaya dia masih relevan. 518 00:26:41,310 --> 00:26:42,936 Dia berjuang untuk kerjaya dia. 519 00:26:44,438 --> 00:26:45,689 Menanginya. 520 00:26:47,941 --> 00:26:49,151 Saya rasa teruja untuk bermula. 521 00:26:52,029 --> 00:26:53,780 Saya tak suka lumba kuda. 522 00:26:55,657 --> 00:26:58,702 Saya perlu ingat yang saya ada pengalaman. 523 00:26:58,785 --> 00:26:59,786 Saya boleh kalahkan mereka. 524 00:26:59,870 --> 00:27:02,331 Gaya saya dah memenangi tujuh gelaran juara dunia. 525 00:27:02,414 --> 00:27:03,999 Saya tak perlu berubah. 526 00:27:04,082 --> 00:27:06,251 Inilah diri saya sekarang. Ini yang saya akan persembahkan. 527 00:27:06,335 --> 00:27:09,713 Pusingan seterusnya, sembilan minit, 30 saat. 528 00:27:09,796 --> 00:27:11,089 Sembilan minit, 30 saat. 529 00:27:12,633 --> 00:27:14,259 Kita lihat Steph dan dia seperti, 530 00:27:14,343 --> 00:27:17,221 "Saya hanya mahu berseronok dan meluncur dengan bergaya." 531 00:27:18,096 --> 00:27:20,474 Tapi dia takkan berada di sini jika dia tak mahu menang. 532 00:27:20,557 --> 00:27:23,727 Dia takkan berada di sini jika dia tak mahu jadi peluncur terhebat. 533 00:27:24,978 --> 00:27:29,358 Wajah dia yang serius muncul dan hilang. 534 00:27:30,234 --> 00:27:33,403 Apabila dia menjadi peserta, dia bukan orang yang sama. 535 00:27:34,404 --> 00:27:36,031 Tiga puluh saat lagi. 536 00:27:36,114 --> 00:27:37,658 Tiga puluh saat lagi. 537 00:27:37,741 --> 00:27:39,368 Pusingan terakhir untuk musim ini. 538 00:27:39,451 --> 00:27:41,286 Ya. Ayuh, Steph. 539 00:27:41,370 --> 00:27:42,871 SALLY FITZGIBBONS KEDUDUKAN SEMASA DI DUNIA #3 540 00:27:42,955 --> 00:27:44,164 Lihatlah ombak ini. 541 00:27:45,582 --> 00:27:46,667 Sangat besar. 542 00:27:51,296 --> 00:27:53,215 ACARA AKHIR - STEPHANIE GILMORE LAWAN MALIA MANUEL 543 00:27:53,298 --> 00:27:55,259 Tiga, dua, satu. 544 00:27:57,261 --> 00:27:58,846 Permulaan yang baik bagi Gilmore. 545 00:28:00,055 --> 00:28:01,306 Luncuran barel yang cantik. 546 00:28:02,599 --> 00:28:04,518 Luncur tiub itu. 547 00:28:05,435 --> 00:28:06,436 Ya! 548 00:28:10,774 --> 00:28:14,152 Steph biasanya meluncur dengan baik. 549 00:28:14,236 --> 00:28:16,572 Manuel sedia untuk membalas. 550 00:28:16,655 --> 00:28:18,991 Dia jatuh dan mengawal. 551 00:28:19,074 --> 00:28:21,785 Kedudukan hebat. Meluncur bahagian seterusnya dengan baik. 552 00:28:25,622 --> 00:28:26,957 Ini akan membuat dia mendahului. 553 00:28:28,125 --> 00:28:30,127 Ini dia. Ombak besar. 554 00:28:30,878 --> 00:28:33,505 Lihatlah Gilmore dengan peluang yang baik. 555 00:28:34,256 --> 00:28:35,716 Meluncur bahagian pertama dengan baik. 556 00:28:37,259 --> 00:28:40,512 Wau! Sepuluh mata. Ayuh. Buat dengan baik. 557 00:28:41,680 --> 00:28:43,807 Stephanie Gilmore menyerlah di sini. 558 00:28:44,391 --> 00:28:45,350 Dia meluncur dengan baik. 559 00:28:45,434 --> 00:28:49,563 Walau apa pun, kemenangan itu yang penting. 560 00:28:50,480 --> 00:28:52,482 - Tak dihempas ombak. Tamatkannya. - Steph. 561 00:28:57,362 --> 00:28:58,864 Gilmore, penamat yang baik, 562 00:28:58,947 --> 00:29:01,325 tapi dia kekalkan papan di atas air. 563 00:29:01,408 --> 00:29:03,410 Dia perlu 5.87 untuk mendahului. 564 00:29:03,493 --> 00:29:07,748 Stephanie Gilmore, peluncuran terakhir awak mendapat 8.5. 565 00:29:07,831 --> 00:29:10,667 Ratu luncur wanita mendapat 8.5. 566 00:29:10,751 --> 00:29:11,752 Wah! 567 00:29:11,835 --> 00:29:13,670 - Mata yang tinggi. - Ya. Tinggi. 568 00:29:13,754 --> 00:29:15,756 Dia tentu boleh menang. 569 00:29:15,839 --> 00:29:18,258 Ini dia. Satu lagi ombak besar. 570 00:29:19,092 --> 00:29:22,513 Steph Gilmore gunakan keutamaan untuk ombak ini. 571 00:29:27,100 --> 00:29:28,727 Dia terjatuh. 572 00:29:29,436 --> 00:29:30,479 Tak guna. 573 00:29:31,313 --> 00:29:34,358 Malia hanya perlu 7.57 574 00:29:34,441 --> 00:29:38,487 dan itu mudah untuk dicapai dengan cara dia meluncur. 575 00:29:38,570 --> 00:29:40,155 Lima minit lagi. 576 00:29:40,239 --> 00:29:41,823 - Itu dia. - Lima minit. 577 00:29:42,699 --> 00:29:45,035 Bagaimana peluncuran Manuel di ombak ini? 578 00:29:47,955 --> 00:29:49,748 Ombak yang besar. 579 00:29:49,831 --> 00:29:52,709 Cuba membuat putaran di atas tapi dia gagal. 580 00:29:52,793 --> 00:29:53,919 Wau! 581 00:29:54,002 --> 00:29:56,547 Rasanya itu peluang terakhir dia. 582 00:29:57,756 --> 00:30:01,093 Tiga puluh saat. Ia agak tenang. Tiada ombak lagi. 583 00:30:03,679 --> 00:30:05,639 Kemenangan bagi Stephanie Gilmore. 584 00:30:07,766 --> 00:30:12,145 Tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua… 585 00:30:12,229 --> 00:30:13,438 Ya! 586 00:30:13,522 --> 00:30:15,566 …satu. 587 00:30:19,903 --> 00:30:21,488 Sukan luncur air wanita banyak berkembang 588 00:30:21,572 --> 00:30:24,658 dari segi kuasa, kekuatan dan teknik. 589 00:30:26,326 --> 00:30:28,287 Ia ganas, tapi ia feminin, hebat, 590 00:30:28,370 --> 00:30:30,163 seksi dan tangkas. 591 00:30:30,789 --> 00:30:34,251 Cara kita meluncur berbeza, tapi semuanya memberi saingan. 592 00:30:34,334 --> 00:30:36,628 Itu saja yang penting. 593 00:30:36,712 --> 00:30:41,049 Dia mendapat tempat keempat dalam lima kedudukan teratas WSL. 594 00:30:44,219 --> 00:30:46,763 Saya tak peduli tanggapan orang terhadap gaya saya. 595 00:30:48,640 --> 00:30:53,854 Kita tak boleh takut dan terus bersemangat seperti, 596 00:30:53,937 --> 00:30:55,606 "Berambuslah. Saya mahunya lebih daripada awak." 597 00:30:56,481 --> 00:30:58,066 Kita boleh berjaya. 598 00:30:59,818 --> 00:31:02,779 Saya ada terfikir bagaimana rupa dan perasaan 599 00:31:02,863 --> 00:31:04,865 menjadi juara dunia untuk kali kelapan. 600 00:31:04,948 --> 00:31:06,325 Lapan ialah nombor yang cantik. 601 00:31:08,368 --> 00:31:10,287 Terima kasih untuk segala-galanya. Pusingan akhir wanita 602 00:31:10,370 --> 00:31:13,457 untuk Jelajah Kejuaraan Liga Luncur Dunia. 603 00:31:13,540 --> 00:31:14,625 Itu memang hebat. 604 00:31:14,708 --> 00:31:18,504 Ia seperti dua peluncur terbaik bertarung satu lawan satu dari awal sehingga akhir 605 00:31:18,587 --> 00:31:20,631 dalam salah satu pusingan akhir terhebat yang saya pernah lihat. 606 00:31:21,381 --> 00:31:23,509 Steph bukan saja 607 00:31:23,592 --> 00:31:25,469 membawa sukan luncur air wanita ke tahap yang lebih tinggi, 608 00:31:25,552 --> 00:31:27,137 tapi sukan luncur air secara keseluruhan. 609 00:31:29,014 --> 00:31:31,558 Cabaran bagi dia pada masa akan datang 610 00:31:31,642 --> 00:31:34,645 ialah memastikan gaya klasik dia diterima. 611 00:31:35,395 --> 00:31:38,690 Juara anda ialah seseorang yang anda kenali. 612 00:31:38,774 --> 00:31:41,026 Satu hari nanti, seseorang perlu menentukan 613 00:31:41,109 --> 00:31:46,240 cara untuk memberi peluang kepada dua gaya meluncur ini berjaya. 614 00:31:46,949 --> 00:31:49,159 Menang di acara terakhir musim ini, 615 00:31:49,243 --> 00:31:52,204 juara dunia sebanyak tujuh kali, Stephanie Gilmore. 616 00:31:52,287 --> 00:31:55,457 Atau kita kata itulah cara pada masa hadapan dan itu saja. 617 00:31:55,541 --> 00:31:58,210 Buat yang terbaik atau disingkirkan daripada jelajah. 618 00:32:01,672 --> 00:32:02,881 Aduhai! 619 00:32:02,965 --> 00:32:04,883 - Sukar dipercayai. - Oh Tuhan. 620 00:32:07,052 --> 00:32:08,595 Saya rasa sangat gembira. 621 00:32:09,221 --> 00:32:10,347 Saya suka kemenangan. 622 00:32:11,557 --> 00:32:13,475 - Sudah lama. - Sudah lama. 623 00:32:14,142 --> 00:32:16,186 Ya. Awak berjaya. 624 00:32:16,270 --> 00:32:18,856 Awak akan ke Trestles untuk dapatkan gelaran kelapan. 625 00:32:19,439 --> 00:32:20,440 Oh Tuhanku. 626 00:32:25,195 --> 00:32:26,113 EPISOD SETERUSNYA 627 00:32:26,196 --> 00:32:28,073 Penantian telah berakhir. 628 00:32:29,116 --> 00:32:30,158 Lima… 629 00:32:30,242 --> 00:32:32,244 Sesiapa saja boleh jadi juara dunia. 630 00:32:32,327 --> 00:32:33,579 Empat… 631 00:32:33,662 --> 00:32:35,414 Bolehkah kita buat yang terbaik pada saat genting? 632 00:32:35,497 --> 00:32:36,748 Tiga… 633 00:32:36,832 --> 00:32:39,126 Ia tentang meletak nama kita dalam sejarah dan menjadi legenda. 634 00:32:39,209 --> 00:32:41,378 - Dua… - Saya akan menang. 635 00:32:41,461 --> 00:32:42,921 Saya akan menang. 636 00:32:43,005 --> 00:32:45,132 - Satu. - Ayuh! 637 00:33:37,184 --> 00:33:39,186 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof