1 00:00:06,006 --> 00:00:12,012 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:14,764 --> 00:00:18,143 BERDASARKAN MANGA OLEH 3 00:00:45,170 --> 00:00:47,797 Saya boleh berlagak tentang cara saya cedera, 4 00:00:48,798 --> 00:00:51,509 tapi saya malas nak berlagak. 5 00:00:51,593 --> 00:00:53,762 Ia semakin sembuh sekarang, tapi 6 00:00:53,845 --> 00:00:55,013 tangan kanan saya, 7 00:00:55,096 --> 00:00:59,017 falanks tengah jari kelengkeng saya retak saja, namun 8 00:00:59,100 --> 00:01:01,102 jari manis dan jari tengah, 9 00:01:01,186 --> 00:01:05,482 metakarpus ketiga dan keempat serta falanks proksimal hancur 10 00:01:05,565 --> 00:01:07,233 dan pulih empat minggu lagi. 11 00:01:08,318 --> 00:01:11,780 Saya amat menyesali tindakan saya kali ini 12 00:01:11,863 --> 00:01:14,699 kerana saya yang perlu disalahkan. 13 00:01:15,784 --> 00:01:18,578 Saya melampaui batas dan masuk campur dalam hal 14 00:01:18,661 --> 00:01:20,830 yang tiada kaitan dengan saya. 15 00:01:22,707 --> 00:01:26,961 Saya anggap diri saya arif memahami sifat seseorang. 16 00:01:27,045 --> 00:01:28,880 Saya begitu bodoh. 17 00:01:42,977 --> 00:01:45,522 Syukurlah hanya tangan saya yang cedera. 18 00:01:45,605 --> 00:01:50,026 Mungkin ia hanya nasib baik. 19 00:02:38,867 --> 00:02:44,330 EPISOD 9: LARI 20 00:02:51,462 --> 00:02:54,549 Dari Stesen Bandar S di barat daya pekan Morioh, 21 00:02:54,632 --> 00:02:59,012 anda boleh menaiki kereta api laju selama sejam setengah ke Stesen Tokyo. 22 00:02:59,095 --> 00:03:02,390 Naiki satu lagi kereta api selama 30 minit, dan anda tiba 23 00:03:02,473 --> 00:03:03,308 di Harajuku. 24 00:03:04,934 --> 00:03:08,980 Comelnya muka awak. 25 00:03:09,647 --> 00:03:13,276 Ketinggian awak lebih kurang 178 sentimeter? 26 00:03:14,694 --> 00:03:17,780 Yoma Hashimoto kebetulan berada di Harajuku 27 00:03:17,864 --> 00:03:21,159 apabila pencari bakat agensi permodelan melihatnya. 28 00:03:21,242 --> 00:03:24,329 Tak lama kemudian, gambarnya memenuhi majalah 29 00:03:24,412 --> 00:03:27,081 dan dia melakonkan watak kecil dalam filem. 30 00:03:27,165 --> 00:03:31,711 Ketika di set penggambaran, dia ternampak pelakon utama dari jauh. 31 00:03:31,794 --> 00:03:36,132 Pada mulanya, ejennya memberitahu… 32 00:03:36,216 --> 00:03:39,177 Bintang filem dan model mesti memancarkan aura 33 00:03:39,260 --> 00:03:41,721 walaupun mereka hanya berdiri! 34 00:03:42,180 --> 00:03:44,641 Awak mesti latih tubuh awak! 35 00:03:44,724 --> 00:03:48,353 Gaya berdiri yang indah lebih penting daripada bakat! 36 00:03:48,436 --> 00:03:50,813 Dengan kecerahan dan kesegaran, 37 00:03:50,897 --> 00:03:55,276 hari-hari terbaik dalam hidup Yoma Hashimoto baru bermula. 38 00:04:13,211 --> 00:04:16,297 Baiklah, ini yang terakhir! Tiga! 39 00:04:18,258 --> 00:04:19,092 Dua! 40 00:04:20,385 --> 00:04:21,219 Dua! 41 00:04:21,803 --> 00:04:22,637 Dua! 42 00:04:24,013 --> 00:04:24,847 Masih dua! 43 00:04:26,557 --> 00:04:27,392 Satu! 44 00:04:28,893 --> 00:04:29,811 Yang terakhir! 45 00:04:37,610 --> 00:04:39,696 Itu dia. Selesai! 46 00:04:39,779 --> 00:04:42,156 Hebat! 47 00:04:42,240 --> 00:04:46,661 Awak tahu, seorang jurulatih selalu berbohong apabila dia melatih, 48 00:04:46,744 --> 00:04:50,373 tapi awak tak berputus asa sepanjang minggu. Hebat! 49 00:04:50,456 --> 00:04:53,710 Lihatlah salur darah tersembul. 50 00:04:54,752 --> 00:04:56,713 Cantik betul! 51 00:05:35,585 --> 00:05:36,502 Makanan siap! 52 00:05:36,586 --> 00:05:37,754 Yoma… 53 00:05:39,881 --> 00:05:42,300 Aduh, sakitnya! 54 00:05:42,383 --> 00:05:44,761 Janganlah tinggalkan merata-rata! 55 00:05:46,512 --> 00:05:49,557 Mana ada orang lompat tali di dalam rumah? 56 00:05:50,266 --> 00:05:51,434 Maaf. 57 00:05:52,060 --> 00:05:53,144 Saya akan simpan. 58 00:05:54,479 --> 00:05:56,773 Tapi awak nampak hebat. 59 00:05:56,856 --> 00:05:59,233 Lihat otot perut awak yang berketul itu! 60 00:05:59,317 --> 00:06:03,279 Awak kelihatan seperti Brad Pitt dalam Fight Club! 61 00:06:03,863 --> 00:06:04,781 Betulkah? 62 00:06:04,864 --> 00:06:08,910 Tubuh awak berubah lebih cepat daripada jangkaan saya. 63 00:06:08,993 --> 00:06:10,161 Awak nampak hebat. 64 00:06:10,620 --> 00:06:13,247 Jika awak berlakon dalam filem aksi detektif, 65 00:06:14,082 --> 00:06:15,416 tentu awak hebat. 66 00:06:17,251 --> 00:06:20,296 Lupa pula, spageti telur ikan kod dah siap. 67 00:06:20,380 --> 00:06:22,298 Ia masih panas, mari makan. 68 00:06:22,382 --> 00:06:23,299 Spageti? 69 00:06:23,383 --> 00:06:24,258 Ya. 70 00:06:24,342 --> 00:06:26,636 Saya dah cakap, Mika. 71 00:06:27,512 --> 00:06:29,764 Saya tak makan karbohidrat atau lemak. 72 00:06:30,473 --> 00:06:34,352 Saya cuma makan protein. Ia lebih baik untuk pembinaan otot. 73 00:06:34,894 --> 00:06:36,270 AYAM KUKUS, PUTIH TELUR 74 00:06:36,354 --> 00:06:38,064 Tolong guna menu ini. 75 00:06:38,147 --> 00:06:41,150 Awak nak makan ini saja setiap hari? 76 00:06:41,234 --> 00:06:44,278 Kita tak ke karaoke dengan kawan-kawan malam ini? 77 00:06:44,362 --> 00:06:47,657 Saya tak pergi. Saya lari 10 kilometer pukul empat pagi. 78 00:06:47,740 --> 00:06:49,492 Saya perlu tidur sekarang. 79 00:06:49,575 --> 00:06:51,869 Tapi, baru pukul tujuh malam! 80 00:06:53,162 --> 00:06:53,996 Oh? 81 00:06:54,080 --> 00:06:55,957 Tiada wang dalam dompet saya. 82 00:06:56,040 --> 00:06:58,209 Oh, saya lupa beritahu awak. 83 00:06:59,127 --> 00:07:02,296 Ada jualan murah serbuk protein di gim. 84 00:07:02,380 --> 00:07:05,925 Harganya 4,800 yen untuk 2,000 g! Perisa coklat pun ada! 85 00:07:06,050 --> 00:07:06,968 Murah, bukan? 86 00:07:07,051 --> 00:07:11,222 Lebih murah daripada telur ikan kod, jadi saya pinjam 5,000 yen. 87 00:07:11,806 --> 00:07:14,434 Maaf. Esok saya akan pulangkan wang awak. 88 00:07:15,601 --> 00:07:18,479 Saya perlu mandi dan tidur. 89 00:07:18,563 --> 00:07:20,314 Baik awak pulang dahulu. 90 00:07:20,398 --> 00:07:22,483 Tapi ini apartmen saya. 91 00:07:23,860 --> 00:07:26,404 Oh, ya. Apartmen awak. 92 00:07:30,950 --> 00:07:31,784 Hei! 93 00:07:31,868 --> 00:07:34,287 Dah tiga kali kau tekan butang interkom! 94 00:07:34,370 --> 00:07:36,080 Aku dah cakap! 95 00:07:36,164 --> 00:07:38,249 - Jangan datang waktu malam! - Yoma! 96 00:07:38,332 --> 00:07:40,376 - Aku nak tidur. - Cukup, Yoma! 97 00:07:40,460 --> 00:07:43,337 Jika kau buat aku terjaga, aku tumbuk muka kau! 98 00:07:47,341 --> 00:07:48,342 Minta maaf. 99 00:07:55,349 --> 00:07:57,894 Semuanya bermula dengan berbual kosong. 100 00:07:57,977 --> 00:08:02,899 Macam, "Awak mula bakar lemak 15 minit selepas mula berlari, 101 00:08:02,982 --> 00:08:07,278 jadi awak patut berlari lebih dari 20 minit untuk memanaskan badan." 102 00:08:07,361 --> 00:08:10,114 Begitulah kami mula berbual. 103 00:08:11,073 --> 00:08:14,202 En. Kishibe. Wah, awak hebat seperti biasa. 104 00:08:14,285 --> 00:08:16,746 Berat itu begitu mudah bagi awak. 105 00:08:22,919 --> 00:08:24,545 Wah, hebat prestasi awak. 106 00:08:39,185 --> 00:08:40,937 Oh, Tuhanku. 107 00:09:04,669 --> 00:09:06,546 Persembahan yang hebat. Namun, 108 00:09:07,588 --> 00:09:09,382 kami cuma berseronok saja. 109 00:09:18,474 --> 00:09:22,353 Saya patut tarik atau hembus nafas ketika ini? 110 00:09:22,436 --> 00:09:26,482 Maaf, saya ada klien untuk latihan peribadi sekarang. 111 00:09:27,275 --> 00:09:28,609 Okey. Mari kita mula. 112 00:09:32,738 --> 00:09:36,242 Otot awak suka jika awak bercakap dengannya! 113 00:09:36,576 --> 00:09:39,328 LATIHAN PERIBADI 270,000 YEN UNTUK 30 HARI 114 00:09:44,959 --> 00:09:46,836 Akhir sekali! Satu! 115 00:09:47,670 --> 00:09:49,338 Dua! Tiga! 116 00:10:05,021 --> 00:10:08,733 Saya dah cakap, jangan lompat tali di dalam rumah. 117 00:10:08,816 --> 00:10:10,568 - Betulkah? - Ya, betul! 118 00:10:10,651 --> 00:10:14,739 Saya juga cakap, jangan tinggalkan barang merata-rata! 119 00:10:14,822 --> 00:10:17,742 Betul? Tapi saya perlukannya untuk rutin harian. 120 00:10:18,242 --> 00:10:20,578 Lihat betapa kotornya lantai itu! 121 00:10:20,661 --> 00:10:21,495 Berhenti! 122 00:10:21,579 --> 00:10:22,413 Aduh! 123 00:10:23,122 --> 00:10:25,916 Hati-hati! Jangan dekat. 124 00:10:36,010 --> 00:10:38,387 Akhir sekali! Lima! Enam! Tujuh! 125 00:10:38,471 --> 00:10:41,098 Lapan! Sembilan! Sepuluh! 126 00:10:54,695 --> 00:10:56,197 Apa yang awak buat? 127 00:10:56,947 --> 00:10:59,033 Ini panjat batu tongkol, Mika. 128 00:11:01,243 --> 00:11:02,620 Panjat batu tongkol… 129 00:11:03,913 --> 00:11:05,665 Alat kawalan penghawa dingin 130 00:11:06,165 --> 00:11:08,042 ia dilekat dengan gam. 131 00:11:08,125 --> 00:11:09,335 Apa? Betulkah? 132 00:11:09,960 --> 00:11:11,879 Jadi awak tak perlukannya lagi. 133 00:11:12,463 --> 00:11:14,298 Lagipun, ia memang mengganggu. 134 00:11:15,299 --> 00:11:18,135 Saya boleh pasang mesin tarik di situ. 135 00:11:18,219 --> 00:11:21,263 Saya mahu cakap tentang kad bank saya. 136 00:11:22,014 --> 00:11:24,975 Awak ambil dari beg saya! Pulangkan! 137 00:11:25,059 --> 00:11:26,477 Kad tiada di dalam beg? 138 00:11:26,560 --> 00:11:29,146 Tak, maksud saya wang di dalam kad itu! 139 00:11:29,230 --> 00:11:31,607 Awak ambil 270,000 yen tanpa kebenaran! 140 00:11:31,691 --> 00:11:33,150 Awak guna untuk apa? 141 00:11:33,734 --> 00:11:36,153 Saya pulangkan apabila dapat filem nanti. 142 00:11:37,405 --> 00:11:39,031 Saya sudah tak tahan. 143 00:11:40,616 --> 00:11:42,868 Bagaimana awak tahu nombor PIN saya? 144 00:11:42,952 --> 00:11:45,705 Ia tarikh lahir bekas teman lelaki awak, bukan? 145 00:11:47,790 --> 00:11:51,377 Keluar dari sini sekarang, atau saya telefon polis! 146 00:11:52,378 --> 00:11:54,672 Awak serius? 147 00:11:54,755 --> 00:11:58,134 Lelaki tak guna! Keluar sekarang! 148 00:11:59,760 --> 00:12:01,637 Baiklah, saya pergi. 149 00:12:06,350 --> 00:12:09,145 Ini rumah sewa. 150 00:12:10,312 --> 00:12:12,231 Dia dah gila! 151 00:12:18,654 --> 00:12:20,906 Ada dua mesin lari di gim. 152 00:12:20,990 --> 00:12:25,953 Kelajuannya meningkat secara automatik, dan mencecah maksimum 25 km sejam. 153 00:12:30,332 --> 00:12:35,296 Usain Bolt berlari 100 meter pada kelajuan 35 hingga 37 km sejam. 154 00:12:35,379 --> 00:12:40,301 Itu mustahil, tapi kita boleh berlari hingga 25 km sejam menggunakan mesin ini. 155 00:12:40,885 --> 00:12:42,511 Nak berlumba lagi? 156 00:12:42,595 --> 00:12:44,346 Itu yang saya cakap. 157 00:12:46,557 --> 00:12:49,393 Cuma ada satu alat kawalan untuk kedua-dua mesin. 158 00:12:49,477 --> 00:12:50,895 Itulah peraturan kami. 159 00:12:51,604 --> 00:12:54,148 Kami mula berlari pada 13.2 km sejam. 160 00:12:55,065 --> 00:12:58,027 Kami akan naikkan kelajuan, dan pada 25 km sejam, 161 00:12:58,110 --> 00:13:02,114 orang yang boleh ambil alat kawalan dan tekan butang kecemasan dahulu 162 00:13:02,198 --> 00:13:03,407 ialah pemenangnya. 163 00:13:03,991 --> 00:13:06,952 Ada pekerja gim sekarang? 164 00:13:07,453 --> 00:13:08,996 Boleh awak perhatikan? 165 00:13:09,079 --> 00:13:12,166 Ia tentang klien peribadi saya. 166 00:13:12,249 --> 00:13:14,668 Sudah dua minggu saya tak nampak dia! 167 00:13:14,752 --> 00:13:16,003 Apa boleh saya buat? 168 00:13:16,086 --> 00:13:18,589 Saya pun tak dapat hubungi dia. 169 00:13:19,882 --> 00:13:22,051 Awak okey dengan peraturan dulu? 170 00:13:22,134 --> 00:13:25,429 Ya, jika sentuh alat kawalan sebelum 25 km, awak kalah. 171 00:13:26,722 --> 00:13:28,557 Hei, kenapa pandang begitu? 172 00:13:28,641 --> 00:13:31,143 Tunggu, awak serius, bukan? 173 00:13:31,644 --> 00:13:34,772 Awak tak boleh lupakannya dengan mudah, bukan? 174 00:13:46,033 --> 00:13:48,285 Mahu guna peraturan sebelum ini? 175 00:13:49,912 --> 00:13:52,915 Awak berlakon dan jadi model, bukan? 176 00:13:53,582 --> 00:13:55,376 Bagaimana dengan kerja awak? 177 00:13:55,459 --> 00:13:59,004 En. Kishibe, baik awak fokus pada larian saja. 178 00:14:00,256 --> 00:14:01,924 Saya terima cabaran awak. 179 00:14:02,007 --> 00:14:03,259 Jadi, ia dah bermula. 180 00:14:04,093 --> 00:14:05,970 Saya takkan kalah macam dahulu. 181 00:14:06,554 --> 00:14:08,222 Saya akan tumpaskan awak. 182 00:14:09,765 --> 00:14:10,975 Rohan Kishibe! 183 00:14:14,270 --> 00:14:15,312 Wah… 184 00:14:21,735 --> 00:14:22,903 17.2 km sejam. 185 00:14:28,659 --> 00:14:32,037 Tubuh awak telah berubah, bukan? 186 00:14:32,121 --> 00:14:36,250 Nama awak Yoma Hashimoto, betul? Awak 21 tahun, betul? 187 00:14:37,585 --> 00:14:40,212 Wah, lihatlah otot awak. 188 00:14:40,296 --> 00:14:41,964 Bagaimana awak jadi begitu? 189 00:14:42,047 --> 00:14:45,342 Otot serratus anterior? Itu bukan sekadar otot perut. 190 00:14:45,426 --> 00:14:47,970 Bentuk ototnya begitu jelas. 191 00:14:48,053 --> 00:14:50,973 Saya tak pernah nampak sesuatu seperti itu. 192 00:14:51,056 --> 00:14:53,058 Diam saja dan lari. 193 00:14:53,142 --> 00:14:54,935 Saya dah melepasi 18 km sejam. 194 00:14:59,815 --> 00:15:00,983 Apa itu? 195 00:15:01,066 --> 00:15:02,651 Bentuk ototnya. 196 00:15:03,444 --> 00:15:04,820 Apakah maksudnya? 197 00:15:05,654 --> 00:15:06,655 19 km sejam. 198 00:15:07,364 --> 00:15:09,491 En. Kishibe, sebelum ini 199 00:15:09,992 --> 00:15:12,328 awak ketuk meja menggunakan jari 200 00:15:12,411 --> 00:15:15,414 dan mengambil kesempatan atas situasi itu 201 00:15:16,832 --> 00:15:20,294 agar alat kawalan jauh jatuh ke tangan awak. 202 00:15:20,377 --> 00:15:24,298 Ia boleh dipertikaikan, awak tak boleh anggap ia kemenangan. 203 00:15:24,381 --> 00:15:26,383 Ia bukan kemenangan yang muktamad. 204 00:15:26,467 --> 00:15:28,844 Kali ini, awak takkan terlepas! 205 00:15:29,595 --> 00:15:31,764 Tunggu sebentar, ini cuma permainan. 206 00:15:32,389 --> 00:15:35,601 Ya, kita hanya bermain-main. 207 00:15:35,684 --> 00:15:39,563 Bermain saja, tapi ia perlu adil agar pemenang dapat ditentukan. 208 00:15:40,105 --> 00:15:44,693 Lebih lagi untuk pertandingan ulangan. Kita perlu buat keputusan dengan adil. 209 00:15:44,777 --> 00:15:46,779 Ia perlu dibuat dengan betul! 210 00:15:46,862 --> 00:15:49,657 Awak yang tak boleh tangkap alat kawalan itu. 211 00:15:49,740 --> 00:15:51,909 Awak nak cakap saya main tipu? 212 00:15:51,992 --> 00:15:54,828 Saya cuma cakap, pertandingan ini perlu adil! 213 00:15:54,912 --> 00:15:55,746 Apa? 214 00:16:02,086 --> 00:16:03,754 Apa yang dia buat? 215 00:16:03,837 --> 00:16:06,757 Berundur? Dia berlari berundur di atas mesin? 216 00:16:06,840 --> 00:16:09,259 Kelajuan 20 km sejam! Berlari berundur! 217 00:16:09,927 --> 00:16:13,722 Wah, dia amat cergas! Tapi apa yang dia mahu buat? 218 00:16:14,223 --> 00:16:16,433 Kenapa dia berlari mengundur? 219 00:16:17,101 --> 00:16:19,770 Hei! Apa yang awak… 220 00:16:28,195 --> 00:16:31,907 20.2 km sejam, sekarang 20.4! 221 00:16:36,370 --> 00:16:38,497 Apa? Awak… 222 00:16:38,580 --> 00:16:41,041 Pertandingan di mana-mana, setiap masa. 223 00:16:41,667 --> 00:16:43,127 Jadi, kita perlu adil. 224 00:16:43,794 --> 00:16:46,714 Awak takkan maju tanpa keadilan. 225 00:16:50,300 --> 00:16:51,635 Sekarang barulah adil. 226 00:16:52,219 --> 00:16:55,806 Jelas sekali, orang yang dapat alat kawalan akan menang! 227 00:16:56,724 --> 00:16:59,727 Mulai sekarang, ia pasti sukar, En. Kishibe! 228 00:16:59,810 --> 00:17:01,645 Siapa awak sebenarnya? 229 00:17:01,729 --> 00:17:03,439 Sekarang sudah 21.4 km. 230 00:17:09,737 --> 00:17:11,447 Tak boleh tekan butang lagi. 231 00:17:11,947 --> 00:17:15,576 Tak boleh tekan butang berhenti hingga mencapai 25 km sejam! 232 00:17:16,160 --> 00:17:18,328 Siapa yang sampai dahulu? 233 00:17:18,412 --> 00:17:21,040 Saya tinggalkan dua jari untuk awak tekan. 234 00:17:21,123 --> 00:17:22,416 Itu baru adil. 235 00:17:23,167 --> 00:17:25,627 Selepas ini, tiada sesiapa berdendam. 236 00:17:25,711 --> 00:17:30,090 Pertandingan ulangan dibuat untuk menentukan pemenang, betul? 237 00:17:33,135 --> 00:17:34,053 Apa 238 00:17:34,845 --> 00:17:35,846 Pintu Syurga! 239 00:17:36,305 --> 00:17:38,307 Apa? 240 00:17:38,390 --> 00:17:39,516 SELESAI 241 00:17:39,600 --> 00:17:40,934 MIKA HAYAMURA: DIBUNUH 242 00:17:41,018 --> 00:17:42,186 PENGHANTAR: DIBUNUH 243 00:17:42,269 --> 00:17:44,772 KLIEN GIM: DIBUNUH 244 00:17:44,855 --> 00:17:47,649 Yoma Hashimoto ialah… 245 00:17:48,692 --> 00:17:50,277 Berhenti! 246 00:17:51,403 --> 00:17:53,781 Sudah 23 km sejam. 247 00:17:53,864 --> 00:17:56,283 Jangan jatuh pula, En. Kishibe! 248 00:17:56,867 --> 00:17:58,368 23.3 km sejam. 249 00:18:00,621 --> 00:18:01,622 23.7 km! 250 00:18:02,790 --> 00:18:03,624 24 km! 251 00:18:05,876 --> 00:18:08,253 Jahanam! Saya akan kalah! 252 00:18:08,337 --> 00:18:10,714 Celaka! 253 00:18:11,632 --> 00:18:15,719 Saya mesti dapatkan alat kawalan. Jika tidak, habislah saya! 254 00:18:41,995 --> 00:18:42,955 Saya menang! 255 00:18:44,373 --> 00:18:46,166 Saya menang! 256 00:18:46,250 --> 00:18:49,461 Saya cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya, 257 00:18:49,545 --> 00:18:53,048 tapi pergerakan awak terlalu cepat dan cantik. 258 00:18:53,132 --> 00:18:55,884 Kemenangan memang milik awak. 259 00:18:56,552 --> 00:18:59,179 Tapi maaf, saya ada Pintu Syurga. 260 00:18:59,263 --> 00:19:03,100 Ia kebolehan mengubah orang menjadi buku dan menulis di dalamnya. 261 00:19:03,183 --> 00:19:05,435 Saya dah tulis dalam sekelip mata. 262 00:19:05,519 --> 00:19:09,565 Namun, awak memang telah menang. Saya mengakuinya. 263 00:19:09,648 --> 00:19:10,899 Bukankah itu memadai? 264 00:19:10,983 --> 00:19:13,443 SAYA HALAKAN KE MESIN ROHAN DAN TEKAN "BERHENTI" 265 00:19:15,487 --> 00:19:16,947 Awak yang tekan butang. 266 00:19:25,080 --> 00:19:25,956 Rohan… 267 00:19:39,052 --> 00:19:43,015 Saya takkan melihat ke bawah dari tingkap yang pecah ini. 268 00:19:44,850 --> 00:19:48,604 Jelas sekali, Yoma sudah tiada di bawah bangunan. 269 00:19:49,646 --> 00:19:52,524 Mungkin dia sedang berpaut di dinding. 270 00:19:54,109 --> 00:19:56,987 Saya perlu tinggalkan tempat ini sekarang. 271 00:19:58,530 --> 00:19:59,698 Saya mesti pergi. 272 00:20:02,659 --> 00:20:06,455 Saya melampaui batas, walaupun saya tak tahu. 273 00:20:07,623 --> 00:20:10,167 Jika saya melihat ke bawah dari tingkap ini, 274 00:20:10,667 --> 00:20:13,879 jika saya jengukkan kepala seperti mencarinya di bawah, 275 00:20:13,962 --> 00:20:16,506 dia mungkin akan bunuh saya. 276 00:20:17,966 --> 00:20:22,054 Otot di belakangnya tadi nampak seperti sayap. 277 00:20:22,804 --> 00:20:24,890 Begitu juga di atas buku lalinya. 278 00:20:24,973 --> 00:20:29,853 Saya juga nampak ia di belakang telinga, apabila angin meniup rambutnya. 279 00:20:29,937 --> 00:20:32,606 Itu merupakan simbol. Saya pasti. 280 00:20:33,232 --> 00:20:36,068 Ia menunjukkan bahawa dia ialah avatar. 281 00:20:37,736 --> 00:20:40,864 Dia dirasuk oleh dewa otot. 282 00:20:40,948 --> 00:20:43,075 Dewa ini banyak namanya. 283 00:20:43,158 --> 00:20:45,702 Dalam mitologi Yunani, dia dipanggil Hermes. 284 00:20:46,286 --> 00:20:50,040 Yoma Hashimoto telah berubah menjadi avatar Hermes. 285 00:20:50,999 --> 00:20:53,210 Saya tak patut mendekatinya. 286 00:20:53,293 --> 00:20:56,713 Saya pertaruhkan nyawa untuk mendapatkan alat kawalan itu. 287 00:20:57,256 --> 00:20:58,340 Itu kebenarannya. 288 00:20:59,007 --> 00:21:02,928 Tapi ia tak bererti dia menerima kebenaran itu. 289 00:21:04,096 --> 00:21:06,974 Saya harap saya tidak membangkitkan kemarahannya. 290 00:21:07,975 --> 00:21:11,353 Satu-satunya perkara yang boleh saya buat, ialah lari. 291 00:21:15,524 --> 00:21:21,196 EPISOD 9: LARI TAMAT 292 00:22:54,206 --> 00:22:56,458 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman