1 00:00:46,006 --> 00:00:49,426 Jane, Greybeard, bersedia. Kita menghampiri zon jatuhan. 2 00:00:51,553 --> 00:00:53,638 Terima, David. Kami dah sedia. 3 00:00:59,686 --> 00:01:01,730 Pembetulan, saya sedia untuk terjun. 4 00:01:02,731 --> 00:01:04,648 Saya tahu ia agak menakutkan, Greybeard, 5 00:01:04,648 --> 00:01:07,193 tapi ada haiwan di bawah sana yang perlukan bantuan kita. 6 00:01:07,193 --> 00:01:10,322 Lagipun, payung terjun canggih akan pastikan kita selamat mendarat. 7 00:01:12,157 --> 00:01:16,620 Kita dah sampai di zon jatuhan. Terima kasih terbang bersama Air David. 8 00:01:18,955 --> 00:01:20,332 Jumpa di bawah, kawan. 9 00:01:29,883 --> 00:01:32,177 Bunyinya macam awak perlukan bantuan, Greybeard. 10 00:01:37,140 --> 00:01:39,226 Kelawar yang cepat akan dapat cacing. 11 00:01:41,269 --> 00:01:43,813 Awak maksudkan burung yang cepat akan dapat cacing? 12 00:01:43,813 --> 00:01:47,817 Bukan hari ini, sebab kita akan bantu Acerodon jubatus hari ini. 13 00:01:49,069 --> 00:01:53,740 Biar saya teka, itu nama saintifik untuk kelawar. 14 00:01:53,740 --> 00:01:55,825 Secara teknikalnya, keluang. 15 00:01:55,825 --> 00:01:59,829 Keluang? Kenapa sesuatu yang besar perlukan bantuan kita? 16 00:01:59,829 --> 00:02:02,332 Sebab malangnya, ia hanya tinggal sedikit. 17 00:02:02,332 --> 00:02:04,584 Antara sebab sesetengah haiwan terancam adalah 18 00:02:04,584 --> 00:02:06,253 kerana ia tak cukup makanan. 19 00:02:06,253 --> 00:02:08,921 Jadi, langkah pertama adalah menyiasat jenis makanannya. 20 00:02:08,921 --> 00:02:10,090 Mudah saja. 21 00:02:10,090 --> 00:02:12,217 Darah. Semua orang tahu. 22 00:02:12,759 --> 00:02:14,135 Pendaratan yang bagus, Greybeard. 23 00:02:21,351 --> 00:02:23,103 Keluang dikesan. 24 00:02:25,480 --> 00:02:28,567 Pembetulan, banyak keluang dikesan. 25 00:02:30,569 --> 00:02:32,279 Tenang, Greybeard. 26 00:02:32,279 --> 00:02:34,364 Ada kelawar penghisap darah, 27 00:02:34,364 --> 00:02:38,285 tapi kebanyakan kelawar makan serangga, buah, ikan, tikus, cicak... 28 00:02:38,285 --> 00:02:40,078 Cimpanzi. 29 00:02:40,078 --> 00:02:43,373 Tak. Makan kelawar lain juga. 30 00:02:43,373 --> 00:02:46,126 Sangat menjijikkan. 31 00:02:46,126 --> 00:02:47,836 Semuanya perlu bertahan untuk hidup, David. 32 00:02:49,212 --> 00:02:52,215 Kelawar ini dipanggil keluang bermahkota emas. 33 00:02:52,215 --> 00:02:54,968 Jadi, saya rasa makanannya sama dengan makanan musang. 34 00:02:54,968 --> 00:02:57,721 - Musang makan musang lain juga? - Tidak. 35 00:02:58,889 --> 00:03:00,932 Buang daripada senarai makanan kita. 36 00:03:01,516 --> 00:03:04,102 Jika saya boleh pasang kamera ini pada salah seekor keluang, 37 00:03:04,102 --> 00:03:06,897 kita boleh tahu makanannya dan cara membantunya. 38 00:03:06,897 --> 00:03:09,482 Hati-hati. Jaga leher awak juga. 39 00:03:10,942 --> 00:03:12,736 Dia bergurau saja, Greybeard. 40 00:03:12,736 --> 00:03:16,698 Lagipun, ia nokturnal, maksudnya ia tidur sehingga malam. 41 00:03:16,698 --> 00:03:17,824 Kita ada banyak masa. 42 00:03:30,837 --> 00:03:32,839 Jane, dah banyak kali mak beritahu, 43 00:03:32,839 --> 00:03:35,634 "Dilarang menjerit, riuh atau melolong semasa mak ada panggilan kerja." 44 00:03:35,634 --> 00:03:39,304 Maaf, mak, tapi kami hampir pasang kamera pada keluang 45 00:03:39,304 --> 00:03:40,472 untuk lihat makanannya. 46 00:03:40,472 --> 00:03:43,266 Ia bukan apa yang mak cik fikir. Ia kelawar. 47 00:03:43,266 --> 00:03:45,018 Secara teknikalnya, keluang. 48 00:03:45,018 --> 00:03:47,229 Okey. Semoga berjaya. 49 00:03:47,229 --> 00:03:49,898 - Pastikan... - Senyap. 50 00:03:49,898 --> 00:03:52,317 Kami perlu senyap jika nak menghampiri keluang. 51 00:03:52,317 --> 00:03:56,655 Mak tak pasti jika kamu dengar, tapi makan malam dalam 30 minit. 52 00:03:57,322 --> 00:03:58,531 Baiklah. 53 00:03:58,531 --> 00:03:59,616 Ya, saya masih di sini. 54 00:04:00,325 --> 00:04:01,785 Jane! Greybeard diterbangkan! 55 00:04:01,785 --> 00:04:03,078 Alamak! Greybeard! 56 00:04:03,078 --> 00:04:06,248 Greybeard! Jangan risau! Saya datang! 57 00:04:06,831 --> 00:04:08,124 Tolong tunggu sekejap. 58 00:04:08,124 --> 00:04:10,085 Jane, apa yang mak baru cakap? 59 00:04:10,627 --> 00:04:11,628 Kamu nak ke mana? 60 00:04:11,628 --> 00:04:13,838 Greybeard terbang dari balkoni. Kami tak tahu ke arah mana ia terbang. 61 00:04:13,838 --> 00:04:17,466 Jangan risau, ibu Jane. Kami akan temuinya. Semuanya akan okey. 62 00:04:18,050 --> 00:04:21,304 Baiklah! Balik untuk makan malam. 63 00:04:21,304 --> 00:04:22,806 Mak cik masak apa? 64 00:04:22,806 --> 00:04:24,224 Belum buat keputusan! 65 00:04:24,224 --> 00:04:25,684 David, tolonglah. 66 00:04:25,684 --> 00:04:28,144 Saya cuma bertanya untuk fikir jika saya nak ke rumah awak. 67 00:04:28,144 --> 00:04:29,187 Pasta? 68 00:04:29,938 --> 00:04:31,231 Jumpa waktu makan malam nanti! 69 00:04:33,233 --> 00:04:34,317 Okey. 70 00:04:39,030 --> 00:04:41,992 Di mana kita patut mulakan? Greybeard mungkin ada di mana-mana. 71 00:04:43,201 --> 00:04:45,287 Kita boleh cari lebih banyak tempat jika kita berpecah. 72 00:04:49,749 --> 00:04:51,877 Greybeard, awak di mana? 73 00:04:52,586 --> 00:04:54,129 Greybeard? 74 00:04:54,754 --> 00:04:56,673 - Awak nampak ia? - Tak nampak. 75 00:05:00,594 --> 00:05:02,012 Ia tiada di sini juga. 76 00:05:03,680 --> 00:05:06,057 Kasihan Greybeard. Ia mungkin sangat takut. 77 00:05:06,057 --> 00:05:07,893 Ia patut rasa takut. 78 00:05:07,893 --> 00:05:11,146 Saya dah jumpa, tapi awak pasti tak suka tempat ini. 79 00:05:15,692 --> 00:05:19,529 Kenapa saya tak suka tempat awak temuinya? Taman ini cantik. 80 00:05:21,114 --> 00:05:22,866 Awak tak tahu siapa tinggal di sini? 81 00:05:22,866 --> 00:05:25,076 Mereka cakap dia tak pernah keluar dari rumah. 82 00:05:25,076 --> 00:05:28,121 Mereka cakap dia orang paling kejam dalam sejarah kejiranan ini. 83 00:05:28,121 --> 00:05:29,581 - Mereka cakap... - Siapa mereka itu? 84 00:05:30,165 --> 00:05:31,333 Kebanyakannya adik saya. 85 00:05:32,667 --> 00:05:35,712 Banyak perkara yang orang fikir tentang kelawar dan ia tak betul. 86 00:05:35,712 --> 00:05:37,756 Ia mungkin sama dengan pemilik tempat ini. 87 00:05:37,756 --> 00:05:39,841 Hanya ada satu perkara yang saya pasti. 88 00:05:39,841 --> 00:05:42,677 Tiada sesiapa dapat semula apa-apa yang masuk ke kawasan ini. 89 00:05:42,677 --> 00:05:43,887 Nampak? 90 00:05:45,847 --> 00:05:47,390 Kali pertama untuk semuanya. Ayuh. 91 00:05:59,402 --> 00:06:00,362 Saya dah cakap. 92 00:06:01,279 --> 00:06:02,530 Mungkin tiada sesiapa di rumah. 93 00:06:06,826 --> 00:06:08,411 Helo. Saya Jane. 94 00:06:08,411 --> 00:06:09,496 Maaf mengganggu, 95 00:06:09,496 --> 00:06:12,290 tapi, kawan saya, Greybeard, terbang ke halaman belakang awak. 96 00:06:12,290 --> 00:06:14,000 Kami nak ambil ia semula. 97 00:06:16,586 --> 00:06:18,505 Awak nak pinjam salah satu anak patung saya? 98 00:06:18,505 --> 00:06:20,465 Kita tak boleh tinggalkan Greybeard. 99 00:06:20,465 --> 00:06:22,676 Ia terperangkap. Awak sendiri nampak. 100 00:06:23,843 --> 00:06:26,054 - Awak nak ke mana? - Ambil kawan saya semula. 101 00:06:26,054 --> 00:06:27,847 Tunggu, Jane. Jangan. 102 00:06:29,474 --> 00:06:30,475 Dah lewat. 103 00:06:31,142 --> 00:06:33,103 Mari berbincang sambil makan malam di rumah awak. 104 00:06:33,103 --> 00:06:35,480 Dia tentu benarkan kita masuk sebentar untuk ambilnya. 105 00:06:35,480 --> 00:06:37,148 Saya pasti dia tak suka. 106 00:06:43,780 --> 00:06:45,699 Bertahan, Greybeard. Saya akan selamatkan awak. 107 00:06:45,699 --> 00:06:48,493 Jane, cepat. Kita tak boleh tertangkap di sini. 108 00:06:49,160 --> 00:06:50,370 Hampir dapat. 109 00:06:51,413 --> 00:06:52,581 Hei! 110 00:06:53,707 --> 00:06:55,750 Alamak! Saya buat ia terkoyak. 111 00:06:55,750 --> 00:06:57,961 Keluar dari laman saya. 112 00:06:58,795 --> 00:07:02,424 - Alamak! - Alamak! 113 00:07:02,424 --> 00:07:04,467 - Kami dah nak beredar. - Keluar. 114 00:07:04,467 --> 00:07:05,552 SEMBURAN TAMAN 115 00:07:05,552 --> 00:07:06,887 Awak guna racun perosak? 116 00:07:06,887 --> 00:07:08,930 Bukan masalah paling penting untuk kita sekarang. 117 00:07:08,930 --> 00:07:11,725 Keluar. Sekarang! 118 00:07:11,725 --> 00:07:13,518 Kamu menceroboh. 119 00:07:13,518 --> 00:07:15,103 Kami minta maaf! 120 00:07:20,817 --> 00:07:23,278 Sekejap, kita perlu patah balik untuk ambil Greybeard. 121 00:07:23,945 --> 00:07:25,030 Apa itu? 122 00:07:25,947 --> 00:07:27,282 Keluang! 123 00:07:28,074 --> 00:07:30,035 Bukankah awak cakap ia tidur pada waktu siang? 124 00:07:30,035 --> 00:07:32,078 Ia mula memburu pada waktu senja. 125 00:07:32,078 --> 00:07:34,414 Lihatlah betapa besar sayapnya. Ia hebat. 126 00:07:36,041 --> 00:07:38,627 Lebih kepada menakutkan. Lari! 127 00:08:11,868 --> 00:08:13,411 Lari! 128 00:08:13,411 --> 00:08:16,623 - Mungkin ia makan manusia. - Ia besar, tapi tak sebesar itu. 129 00:08:19,501 --> 00:08:22,128 Kenapa semua yang kita cuba selamatkan menyerang kita? 130 00:08:22,128 --> 00:08:24,047 Ia bukan buat begitu. 131 00:08:24,047 --> 00:08:26,424 Lagipun, rasanya kita dah lari jauh. 132 00:08:26,424 --> 00:08:27,759 Awak pasti? 133 00:08:27,759 --> 00:08:31,888 Sebab saya dah sedia untuk makan malam, tapi tak nak jadi makan malam. 134 00:08:33,682 --> 00:08:35,058 Apa? 135 00:08:37,435 --> 00:08:39,688 Ia di belakang saya, bukan? 136 00:08:41,188 --> 00:08:42,440 Ia hisap darah saya? 137 00:08:44,526 --> 00:08:45,819 Ia akan menghisapnya? 138 00:08:47,821 --> 00:08:50,740 Kelawar yang hisap darah manusia sangat jarang ditemui. 139 00:08:50,740 --> 00:08:54,160 Jadi, mungkin. Jawapannya ialah mungkin. 140 00:08:54,828 --> 00:08:56,997 Sebab itulah saya tunggu dalam pesawat, Jane. 141 00:08:57,664 --> 00:08:59,249 Halaunya dari belakang saya! 142 00:08:59,249 --> 00:09:01,626 Saya dapat rasa kakinya yang besar! 143 00:09:02,919 --> 00:09:04,546 Awak nampak sangat hebat sekarang. 144 00:09:06,214 --> 00:09:07,090 David! 145 00:09:14,389 --> 00:09:16,141 Rasanya ia tak perlukan bantuan kita, Jane. 146 00:09:16,141 --> 00:09:18,935 Kita cuma perlu memahaminya dengan lebih baik. Ia terancam. 147 00:09:18,935 --> 00:09:21,271 Rasanya saya faham yang ia cuba makan saya. 148 00:09:21,271 --> 00:09:22,772 Saya terancam sekarang. 149 00:09:22,772 --> 00:09:25,483 Kita masih... tak pasti. 150 00:09:26,568 --> 00:09:27,903 Mungkin ibu saya boleh bantu. 151 00:09:28,737 --> 00:09:30,447 Lagipun, pasti makan malam dah siap. 152 00:09:31,531 --> 00:09:33,867 Awak tahu jika ada pencuci mulut? 153 00:09:35,702 --> 00:09:38,663 Jadi, kamu tahu ia hisap darah atau tidak? 154 00:09:38,663 --> 00:09:39,956 - Masih belum pasti. - Ya. 155 00:09:40,457 --> 00:09:42,918 Pasti ada sebab lain ia mengejar kita. 156 00:09:42,918 --> 00:09:45,921 Kelawar penghisap darahbiasanya tak mencari darah manusia. 157 00:09:45,921 --> 00:09:48,340 Jika ia mencarinya, hanya apabila mangsa sedang tidur. 158 00:09:48,340 --> 00:09:50,508 Rasanya saya takkan tidur lagi. 159 00:09:51,760 --> 00:09:53,386 Dari mana semut itu datang? 160 00:09:53,887 --> 00:09:55,722 Yang itu pula? 161 00:09:57,224 --> 00:09:59,851 Lihatlah. Kamu dipenuhi semut. 162 00:10:01,603 --> 00:10:02,646 Inilah jawapannya! 163 00:10:02,646 --> 00:10:05,232 Sebab itulah keluang mengejar kita. 164 00:10:05,232 --> 00:10:07,317 Ia pasti nak makan semua semut ini. 165 00:10:07,317 --> 00:10:10,153 Okey, tapi kenapa kamu sangat melekit? 166 00:10:10,153 --> 00:10:12,239 Kami terpijak buah-buahan. 167 00:10:12,239 --> 00:10:15,033 Tapi, rasanya saya dah tahu cara untuk dapatkan Greybeard semula, 168 00:10:15,033 --> 00:10:17,077 dan keluang akan bantu kita. 169 00:10:18,161 --> 00:10:19,579 Saya perlukan bahagian pesawat awak. 170 00:10:19,579 --> 00:10:21,581 Boleh kita habiskan makanan dahulu? 171 00:10:21,581 --> 00:10:23,250 Serta buang semua semut ini. 172 00:10:29,172 --> 00:10:31,007 Awak benar-benar rasa ini akan berjaya? 173 00:10:33,009 --> 00:10:34,094 Ia perlu berjaya. 174 00:10:40,976 --> 00:10:43,812 Dia bawa Greybeard masuk. Dia mencurinya. 175 00:10:43,812 --> 00:10:45,272 Saya dah cakap dia kejam. 176 00:10:51,361 --> 00:10:52,904 Awak curi kawan baik saya. 177 00:10:52,904 --> 00:10:54,531 Saya fikir saya kawan baik awak. 178 00:10:55,115 --> 00:10:56,992 Awak curi salah satu kawan baik saya. 179 00:10:58,243 --> 00:11:01,621 Kamu pijak pokok buah saya, rasanya kita seri. 180 00:11:01,621 --> 00:11:04,833 Kami tak sengaja. Awak buat kami terkejut. 181 00:11:04,833 --> 00:11:06,585 Kamu fikir saya tak terkejut, 182 00:11:06,585 --> 00:11:09,170 melihat dua orang asing menyelinap di laman belakang saya? 183 00:11:09,170 --> 00:11:10,672 Kami dah cuba bunyikan loceng. 184 00:11:11,214 --> 00:11:15,051 Jadi, tiada orang di rumah dan kamu masuk sesuka hati? 185 00:11:15,635 --> 00:11:17,095 Kenapa awak marah sangat? 186 00:11:20,098 --> 00:11:21,308 Tolong pergi saja dari sini. 187 00:11:22,893 --> 00:11:24,895 Tunggu! Kami bawakan sesuatu. 188 00:11:26,396 --> 00:11:28,315 Untuk gantikan buah yang kami pijak. 189 00:11:28,315 --> 00:11:31,318 Jika ia bukan pengganti pokok buah, saya tak berminat. 190 00:11:31,902 --> 00:11:32,986 Ia rumah kelawar. 191 00:11:33,778 --> 00:11:35,238 Ia pernah jadi pesawat saya. 192 00:11:36,781 --> 00:11:39,159 Kenapa guna racun perosak pada pokok-pokok awak? 193 00:11:40,118 --> 00:11:41,995 Untuk singkirkan serangga. 194 00:11:41,995 --> 00:11:44,414 Racun perosak sangat berbahaya untuk alam sekitar. 195 00:11:44,414 --> 00:11:46,374 Semuanya berbahaya untuk alam sekitar. 196 00:11:46,374 --> 00:11:48,710 Itu tak betul. Lihat. 197 00:11:49,920 --> 00:11:53,924 {\an8}"Kenapa kita percaya ia idea yang bagus untuk menanam makanan guna racun?" 198 00:11:53,924 --> 00:11:55,133 Jane Goodall yang cakap begitu. 199 00:11:55,842 --> 00:11:59,679 Racun perosak ialah racun. Ada cara lain untuk bunuh serangga. 200 00:11:59,679 --> 00:12:02,557 Contohnya, banyak kelawar makan serangga. 201 00:12:06,895 --> 00:12:09,105 - Itu kelawar? - Bukan lukisan terbaik saya. 202 00:12:09,105 --> 00:12:11,566 Tapi, seekor kelawar yang boleh makan seribu serangga pada satu malam, 203 00:12:11,566 --> 00:12:14,236 lebih daripada cukup untuk lindungi taman awak yang cantik. 204 00:12:15,153 --> 00:12:18,573 Saya tak suka penceroboh, kecil atau dewasa. 205 00:12:18,573 --> 00:12:19,491 Jumpa lagi. 206 00:12:20,742 --> 00:12:21,743 Beginilah. 207 00:12:22,744 --> 00:12:25,121 Benarkan kami tinggalkan rumah kelawar ini di laman belakang awak sepanjang malam 208 00:12:25,121 --> 00:12:27,707 dan rakam untuk lihat jika kelawar makan serangga di taman awak. 209 00:12:27,707 --> 00:12:29,417 Awak nak pasang kamera sekarang? 210 00:12:30,043 --> 00:12:33,505 Jika ia berjaya, awak simpan kotak ini dan tak perlukan racun perosak lagi. 211 00:12:33,505 --> 00:12:35,715 Kemudian, boleh pulangkan Greybeard? 212 00:12:36,716 --> 00:12:37,968 Jika ia gagal? 213 00:12:37,968 --> 00:12:40,762 - Awak boleh simpan Greybeard. - Jane? 214 00:12:42,639 --> 00:12:45,308 Baiklah. Setuju. 215 00:12:46,393 --> 00:12:48,144 Saya akan buat apa saja untuk singkirkan semua serangga... 216 00:12:51,940 --> 00:12:53,233 dan kamu berdua. 217 00:13:10,000 --> 00:13:10,834 Semuanya okey? 218 00:13:12,043 --> 00:13:14,754 Kami dah pasang rumah kelawar dan kamera lama datuk David. 219 00:13:14,754 --> 00:13:16,590 Harapnya kelawar itu akan muncul 220 00:13:16,590 --> 00:13:19,384 supaya kami tahu apa yang ia makan dan dapatkan Greybeard semula. 221 00:13:20,802 --> 00:13:22,387 Kamu okey? 222 00:13:24,014 --> 00:13:25,265 Saya dah rindukannya. 223 00:13:25,932 --> 00:13:28,018 Kenapa tak nak mak bercakap dengan wanita itu? 224 00:13:28,018 --> 00:13:29,185 Saya boleh uruskannya. 225 00:13:31,646 --> 00:13:32,647 Mak tahu kamu boleh uruskan. 226 00:13:34,482 --> 00:13:36,192 Kenapa sesetengah orang pemarah? 227 00:13:39,195 --> 00:13:40,822 Hidup ini sukar, sayang. 228 00:13:40,822 --> 00:13:44,200 Kadangkala, lebih mudah untuk seseorang marah pada dunia 229 00:13:44,200 --> 00:13:46,286 berbanding cuba buat sesuatu untuk mengubahnya, 230 00:13:47,954 --> 00:13:50,665 yang memang bertentangan dengan kamu. 231 00:13:53,752 --> 00:13:54,920 Mak akan datang semula. 232 00:14:04,304 --> 00:14:06,640 Ini anak patung mak semasa kecil. 233 00:14:07,974 --> 00:14:11,269 - Pinjamlah dahulu malam ini. - Terima kasih, mak. 234 00:14:11,269 --> 00:14:12,187 Sayang mak. 235 00:14:13,396 --> 00:14:14,439 Mak sayang kamu juga. 236 00:14:18,151 --> 00:14:21,154 - Jangan lupa tutup lampu koridor. - Mak takkan lupa. 237 00:15:08,493 --> 00:15:09,411 Hai. 238 00:15:10,870 --> 00:15:14,791 Biar betul. 239 00:15:21,298 --> 00:15:22,299 Selamat pagi. 240 00:15:23,216 --> 00:15:24,384 Jika kamu anggap begitu. 241 00:15:24,926 --> 00:15:28,805 Saya tak rasa dia orang yang suka ditegur pada waktu pagi, petang atau malam. 242 00:15:31,308 --> 00:15:33,435 Boleh kami masuk dan periksa kamera yang merakam kelawar? 243 00:15:34,227 --> 00:15:36,187 Terima kasih kerana minta izin kali ini. 244 00:15:37,772 --> 00:15:40,108 Awak ada dengar bunyi aneh malam tadi? 245 00:15:40,609 --> 00:15:42,485 Bagaimana bunyinya? 246 00:15:48,992 --> 00:15:50,285 Maaf sebab bertanya. 247 00:15:51,119 --> 00:15:52,621 Bunyi aneh yang saya dengar cuma 248 00:15:52,621 --> 00:15:55,790 idea yang kelawar boleh jadi penghapus untuk laman belakang saya. 249 00:15:55,790 --> 00:15:57,334 Awak mungkin terkejut. 250 00:16:01,963 --> 00:16:04,299 Saya tak percaya. Ia berjaya. 251 00:16:04,299 --> 00:16:07,385 Ia bagus, tapi nampak seperti kelawar Townsend bertelinga besar. 252 00:16:07,385 --> 00:16:09,346 Bukan keluang kita. 253 00:16:10,013 --> 00:16:11,514 Ia comel... 254 00:16:12,641 --> 00:16:15,018 dalam keadaan yang hodoh. 255 00:16:15,560 --> 00:16:16,561 Serta sangat membantu. 256 00:16:16,561 --> 00:16:20,106 Lagipun, kelawar memburu waktu malam, jadi awak takkan dapat melihatnya. 257 00:16:20,106 --> 00:16:22,067 Saya mungkin akan simpan kotak itu. 258 00:16:22,067 --> 00:16:23,902 Berhenti guna racun perosak juga? 259 00:16:25,070 --> 00:16:26,279 Kita akan lihat nanti. 260 00:16:26,279 --> 00:16:27,781 Itu langkah pertama yang hebat. 261 00:16:27,781 --> 00:16:30,325 Kita masih perlu siasat apa yang keluang makan. 262 00:16:30,325 --> 00:16:33,828 Jika bukan serangga, pasti jenis daging atau buah-buahan lain. 263 00:16:33,828 --> 00:16:35,205 Atau manusia. 264 00:16:35,205 --> 00:16:39,000 Perjanjian tetap perjanjian. Saya akan ambil rakan monyet kamu. 265 00:16:39,000 --> 00:16:40,919 - Ia cimpanzi. - Sama saja. 266 00:16:40,919 --> 00:16:43,380 Cimpanzi ialah beruk, bukan monyet... 267 00:16:45,632 --> 00:16:46,633 Abaikan saja! 268 00:16:47,133 --> 00:16:49,553 Jadi, bagaimana kita nak bantu keluang? 269 00:16:49,553 --> 00:16:51,471 Kita masih perlu siasat. 270 00:16:51,471 --> 00:16:54,891 Seperti dijanjikan, anak patung. 271 00:16:56,601 --> 00:16:57,602 Terima kasih. 272 00:16:59,813 --> 00:17:02,148 Helo, Greybeard. Saya sangat rindukan awak. 273 00:17:03,316 --> 00:17:04,316 Sekejap. 274 00:17:05,526 --> 00:17:06,987 Awak jahitnya? 275 00:17:08,237 --> 00:17:09,531 Pasti ia jahit dirinya sendiri. 276 00:17:10,114 --> 00:17:11,908 Awak sebenarnya orang baik? 277 00:17:13,535 --> 00:17:15,870 Sekejap. Saya ada sesuatu untuk kamu. 278 00:17:21,126 --> 00:17:23,378 Hei, kawan. Saya rindu awak juga. 279 00:17:24,170 --> 00:17:26,214 Saya takkan terpisah daripada awak lagi. 280 00:17:28,300 --> 00:17:29,634 Sebelum kamu pergi, 281 00:17:30,802 --> 00:17:34,806 saya rasa ini mungkin membantu untuk lihat jika keluang kamu suka buah. 282 00:17:34,806 --> 00:17:35,974 Ia bebas racun perosak. 283 00:17:35,974 --> 00:17:38,435 Ujian rasa. Idea yang bagus. 284 00:17:38,435 --> 00:17:40,437 Kita cuma perlukan daging sekarang. 285 00:17:45,567 --> 00:17:48,612 Oren dan hot dog, dah sedia. 286 00:17:48,612 --> 00:17:51,364 Saya sangat lapar. 287 00:17:51,364 --> 00:17:52,449 David! 288 00:17:52,449 --> 00:17:55,201 Apa? Ia terlalu lama. 289 00:17:56,494 --> 00:17:57,871 David, kita perlu sabar 290 00:17:57,871 --> 00:18:00,665 supaya boleh lihat keluang makan buah atau daging. 291 00:18:02,167 --> 00:18:04,044 Greybeard, itu umpan kita. 292 00:18:04,044 --> 00:18:05,795 Keluang dah datang. 293 00:18:05,795 --> 00:18:06,922 Greybeard, hati-hati! 294 00:18:11,051 --> 00:18:12,219 Alamak! 295 00:18:15,055 --> 00:18:17,474 Keluang tak makan daging atau buah. 296 00:18:17,474 --> 00:18:21,019 Tapi ia memang menghisap darah dan Greybeard dalam bahaya. 297 00:18:22,270 --> 00:18:23,730 Lari, Greybeard! 298 00:18:27,067 --> 00:18:28,193 Lari, Greybeard! 299 00:18:31,988 --> 00:18:33,031 Hati-hati! 300 00:18:34,783 --> 00:18:36,576 Berayun, Greybeard! Berayun! 301 00:18:36,576 --> 00:18:37,744 Lari! 302 00:18:37,744 --> 00:18:39,579 Apa yang kelawar itu nak? 303 00:18:39,579 --> 00:18:42,832 Ia bukan mengejar Greybeard, dan ia tak nak semut pada badan kita. 304 00:18:44,876 --> 00:18:46,294 Buah! 305 00:18:46,294 --> 00:18:50,382 Keluang itu bukan kejar awak, Greybeard! Ia nak buah itu! 306 00:18:50,382 --> 00:18:51,675 Campak! 307 00:18:56,179 --> 00:18:58,056 Ayuh, Greybeard. Di sini. 308 00:19:04,771 --> 00:19:06,314 Oren memang bijak, bukan, Jane? 309 00:19:06,314 --> 00:19:09,109 - Faham? Oren... - Saya faham. 310 00:19:14,364 --> 00:19:18,743 Bagus. Lebih enak daripada darah, bukan? 311 00:19:30,672 --> 00:19:31,673 Apa yang berlaku? 312 00:19:31,673 --> 00:19:34,175 Saya rasa dia benarkan semua orang ambil barang mereka semula. 313 00:19:35,468 --> 00:19:36,469 Betul? 314 00:19:37,888 --> 00:19:39,431 Memandangkan saya salah tentang kelawar, 315 00:19:39,431 --> 00:19:42,350 rasanya mungkin bukan semua kanak-kanak teruk. 316 00:19:43,768 --> 00:19:45,854 Beberapa kumpulan awal kanak-kanak agak gementar. 317 00:19:45,854 --> 00:19:48,982 Nampaknya saya ada reputasi yang teruk di sini. 318 00:19:48,982 --> 00:19:51,902 Ya. Siapa yang percaya semua itu? 319 00:19:53,111 --> 00:19:57,032 - Lagi? - Saya pun salah tentang kelawar. 320 00:19:57,032 --> 00:19:59,409 - Kita serupa. - Ya. 321 00:20:00,201 --> 00:20:02,078 Awak pasang lebih banyak rumah kelawar? 322 00:20:03,496 --> 00:20:05,206 Kelawar pertama perlukan teman. 323 00:20:08,335 --> 00:20:10,629 - Apa pun, saya Robin. - Jane. 324 00:20:13,048 --> 00:20:15,508 David. Sedia berkhidmat. 325 00:20:17,427 --> 00:20:18,428 Terima kasih untuk semuanya. 326 00:20:19,971 --> 00:20:22,766 Mungkin kita patut bina lebih banyak rumah kelawar untuk kejiranan ini? 327 00:20:22,766 --> 00:20:23,892 Rancangan yang bagus. 328 00:20:23,892 --> 00:20:26,311 Tapi pertama sekali, mari bantu keluang. 329 00:20:34,069 --> 00:20:36,905 Kita hampir tiba. Masa untuk selesaikan misi. 330 00:20:40,283 --> 00:20:42,744 Kita dah tahu makanannya, jadi kita boleh bantu keluang 331 00:20:42,744 --> 00:20:45,330 dengan tanam pokok buah untuk pastikan ia ada cukup makanan. 332 00:20:45,330 --> 00:20:46,790 Ayuh, Greybeard. 333 00:20:46,790 --> 00:20:49,918 Jangan risau. Kali ini, kita terjun bersama-sama. 334 00:20:49,918 --> 00:20:52,837 Seperti yang saya cakap, kita takkan terpisah lagi. 335 00:20:52,837 --> 00:20:54,130 Sedia? 336 00:21:00,971 --> 00:21:02,222 Ya! 337 00:21:07,185 --> 00:21:08,478 Whoo-hoo! Ya! 338 00:21:15,569 --> 00:21:17,821 Bantu selamatkan keluang. 339 00:21:24,578 --> 00:21:27,038 - Jane? - David? 340 00:21:27,038 --> 00:21:28,665 Awak dah bercakap dengan dia? 341 00:21:28,665 --> 00:21:29,958 Lisa Paguntalan? 342 00:21:29,958 --> 00:21:31,293 Belum lagi. 343 00:21:31,293 --> 00:21:33,420 Boleh pasang walkie awak supaya saya boleh dengar? 344 00:21:33,420 --> 00:21:35,297 Saya nak dengar semuanya tentang keluang. 345 00:21:35,297 --> 00:21:38,008 - Lebih tepat, keluang bermahkota emas. - Betul. 346 00:21:38,008 --> 00:21:40,969 - Kenapa awak berbisik? - Saya sepatutnya dah tidur. 347 00:21:40,969 --> 00:21:44,097 Awak bertuah ibu awak benarkan awak berjaga untuk bercakap dengan Lisa. 348 00:21:44,681 --> 00:21:46,892 Sangat hebat sebab dia tinggal di Filipina. 349 00:21:46,892 --> 00:21:48,476 Keluang hanya tinggal di situ. 350 00:21:48,476 --> 00:21:50,770 Sebab itu Lisa tahu tentang keluang. 351 00:21:50,770 --> 00:21:53,273 Lebih tepat lagi, keluang bermahkota emas. 352 00:21:54,482 --> 00:21:55,650 Dia dah hubungi saya! 353 00:21:56,443 --> 00:21:58,320 - Hai, Lisa. - Hai, Jane. 354 00:21:58,320 --> 00:21:59,696 Hai, Lisa. 355 00:21:59,696 --> 00:22:01,031 Siapa itu? 356 00:22:01,031 --> 00:22:03,074 Kawan saya, David, di walkie-talkie. 357 00:22:03,074 --> 00:22:04,743 Dia juga nak bercakap dengan awak. 358 00:22:04,743 --> 00:22:06,369 Hai, David. 359 00:22:06,369 --> 00:22:10,832 Saya nak tahu kenapa ia dipanggil keluang bermahkota emas? 360 00:22:10,832 --> 00:22:13,251 Biar saya periksa jika saya boleh tunjukkan sesuatu. 361 00:22:13,251 --> 00:22:14,336 Ini dia. 362 00:22:14,336 --> 00:22:17,464 - Saya harap boleh melihatnya. - Saya akan hantar gambar nanti. 363 00:22:17,464 --> 00:22:22,302 Di antara 26 spesies kelawar pemakan buah di Filipina, 364 00:22:22,302 --> 00:22:26,348 ini satu-satunya kelawar yang ada mahkota emas 365 00:22:26,348 --> 00:22:29,351 dengan bentuk seperti huruf V di atas kepalanya. 366 00:22:29,351 --> 00:22:30,560 Comelnya. 367 00:22:30,560 --> 00:22:33,271 Awak ada nampak keluang bermahkota emas baru-baru ini? 368 00:22:33,271 --> 00:22:35,649 Ya, beberapa hari lalu. 369 00:22:35,649 --> 00:22:39,110 - Saya ke lapangan untuk mencarinya. - Awak sangat bertuah. 370 00:22:39,110 --> 00:22:41,154 Ia tak hisap darah macam kelawar lain. 371 00:22:41,154 --> 00:22:43,907 Saya dah cakap kelawar penghisap darah biasanya tak hisap darah manusia. 372 00:22:44,407 --> 00:22:46,534 Keluang bermahkota emas makan buah-buahan, bukan? 373 00:22:46,534 --> 00:22:50,830 Betul. Keluang bermahkota emas suka makan buah-buahan, 374 00:22:50,830 --> 00:22:53,375 tapi ia suka buah ara. 375 00:22:53,375 --> 00:22:57,045 Tujuh puluh sembilan peratus daripada makanannya ialah buah ara. 376 00:22:57,045 --> 00:22:59,339 Buah ara pula bergantung kepada keluang 377 00:22:59,339 --> 00:23:04,052 sebab ia perlukan keluang untuk bantu sebarkan benihnya. 378 00:23:04,052 --> 00:23:06,471 Jadi, ia seperti petani yang menanam benih. 379 00:23:06,471 --> 00:23:08,014 Betul, Jane. 380 00:23:08,014 --> 00:23:11,059 Itu teleskop? Awak kaji angkasa lepas juga? 381 00:23:11,059 --> 00:23:12,143 Saya suka angkasa lepas. 382 00:23:12,143 --> 00:23:15,021 Ini sebenarnya teropong pengesan. 383 00:23:15,021 --> 00:23:19,025 Ini yang digunakan untuk mencari keluang, 384 00:23:19,025 --> 00:23:21,361 mengenal pasti dan mengiranya. 385 00:23:21,361 --> 00:23:23,071 Biar saya tunjukkan caranya. 386 00:23:23,071 --> 00:23:25,949 Perlu tunggu hingga awal senja. 387 00:23:25,949 --> 00:23:29,869 Waktu itulah semua keluang keluar dari tempat ia berteduh, 388 00:23:29,869 --> 00:23:31,913 dan kami akan mengiranya. 389 00:23:31,913 --> 00:23:33,248 Berapa yang masih ada? 390 00:23:33,248 --> 00:23:37,586 Cuma tinggal sekitar 10,000 hingga 20,000 391 00:23:37,586 --> 00:23:39,504 yang ada di Filipina. 392 00:23:39,504 --> 00:23:41,548 Kenapa keluang terancam? 393 00:23:41,548 --> 00:23:44,885 Keluang tak suka kita menceroboh habitatnya. 394 00:23:44,885 --> 00:23:46,511 Kita memusnahkannya. 395 00:23:47,012 --> 00:23:48,388 Apa kami boleh buat untuk bantu? 396 00:23:48,388 --> 00:23:51,182 Kuasa komuniti dan sukarelawan 397 00:23:51,182 --> 00:23:53,602 tak boleh dipandang rendah. 398 00:23:53,602 --> 00:23:58,607 Lihatlah gambar rakyat Filipina yang membantu kami melindungi kelawar. 399 00:23:58,607 --> 00:24:01,985 Saya ajar mereka mengira dan mengenal pasti kelawar. 400 00:24:01,985 --> 00:24:04,654 Mereka adalah sebab 401 00:24:04,654 --> 00:24:09,784 banyak tempat tinggal koloni keluang masih ada dan ia masih hidup. 402 00:24:09,784 --> 00:24:12,495 Kepupusan salah satu spesies Filipina 403 00:24:12,495 --> 00:24:16,958 bukan saja kehilangan kepada biodiversiti Filipina, 404 00:24:16,958 --> 00:24:19,461 ia satu kerugian kepada seluruh dunia. 405 00:24:19,461 --> 00:24:22,756 Walau apa pun, kita semua berkait. 406 00:24:22,756 --> 00:24:24,966 Tapi bagaimana kami nak membantu dari sini? 407 00:24:24,966 --> 00:24:29,596 Berkongsi kisah-kisah positif tentang kelawar akan membantu. 408 00:24:29,596 --> 00:24:33,683 Ia akan membantu mengubah minda orang yang takut kepada kelawar. 409 00:24:33,683 --> 00:24:37,103 Kita akan mula ambil berat jika kita mula faham. 410 00:24:37,103 --> 00:24:40,857 - Kami boleh buat, Jane. - Ya, sudah tentu boleh. 411 00:24:40,857 --> 00:24:44,027 David, awak bercakap dengan siapa? 412 00:24:44,527 --> 00:24:46,488 Um, tiada sesiapa. Tidurlah, Millie. 413 00:24:47,572 --> 00:24:49,866 Saya perlu beredar. Terima kasih, Lisa. 414 00:24:49,866 --> 00:24:51,701 Jumpa esok, Jane. 415 00:24:51,701 --> 00:24:53,203 Terima kasih kerana bercakap dengan kami, Lisa. 416 00:24:53,203 --> 00:24:55,872 Kami pasti akan bantu haiwan sebanyak mungkin, 417 00:24:55,872 --> 00:24:57,791 sama ada ia di sini atau di Filipina. 418 00:24:57,791 --> 00:24:58,917 Selamat malam. 419 00:25:00,460 --> 00:25:01,795 Selamat tinggal. 420 00:25:05,090 --> 00:25:07,717 {\an8}ACERODON JUBATUS - KELUANG SELAMATKAN PLANET 421 00:25:11,304 --> 00:25:14,558 KELUANG BERMAHKOTA EMAS LISA PAGUNTALAN 422 00:25:57,392 --> 00:25:59,394 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid