1 00:00:36,245 --> 00:00:37,579 "Canis lupus." 2 00:00:39,790 --> 00:00:41,750 Ia pasti ada di sini. 3 00:00:41,750 --> 00:00:45,087 Tiada jejak. Tiada bulu. Tiada tanda-tanda memburu. 4 00:00:45,712 --> 00:00:49,550 Mungkin kita patut putus asa dan pergi ke tempat lebih hangat. 5 00:00:49,550 --> 00:00:51,677 Kita tak boleh putus asa. Kita baru saja bermula. 6 00:00:51,677 --> 00:00:53,262 Kita perlu siasat sebab serigala melolong. 7 00:00:54,888 --> 00:00:57,724 Ya, Greybeard. Kenapa ia buat begitu? 8 00:00:57,724 --> 00:01:00,143 Mungkin kita tak patut mencari gunakan mata. 9 00:01:00,811 --> 00:01:02,604 Mungkin kita patut mencari gunakan telinga. 10 00:01:03,188 --> 00:01:04,355 Idea yang bagus. 11 00:01:09,069 --> 00:01:10,279 Awak dengar? 12 00:01:10,279 --> 00:01:12,239 Saya harap saya hanya bayangkannya. 13 00:01:15,742 --> 00:01:18,328 Betul cakap awak, Greybeard. Bunyi lolongan serigala itu dari depan. 14 00:01:18,328 --> 00:01:20,998 Jane, ada kemungkinan kita akan dimakan oleh serigala? 15 00:01:20,998 --> 00:01:24,459 Serigala jarang serang manusia. Kita yang menyerangnya. 16 00:01:24,459 --> 00:01:26,086 Antara sebab serigala terancam 17 00:01:26,086 --> 00:01:29,173 ialah ia diburu dan diperangkap oleh manusia yang tak memahaminya. 18 00:01:29,173 --> 00:01:31,842 Jadi, serigala takkan makan saya? 19 00:01:32,885 --> 00:01:34,720 Sangat jarang berlaku. 20 00:01:34,720 --> 00:01:37,222 Memang takkan berlaku? 21 00:01:41,518 --> 00:01:44,229 Sekawanan serigala! Ada banyak. 22 00:01:44,229 --> 00:01:47,566 Awak saja orang saya kenal yang sangat gembira apabila dalam bahaya. 23 00:01:49,818 --> 00:01:51,278 Ia sangat gembira. 24 00:01:51,278 --> 00:01:53,572 Lihatlah ekornya bergoyang-goyang. Rupanya macam anjing. 25 00:01:53,572 --> 00:01:55,449 Sebab anjing berasal daripada serigala. 26 00:01:55,949 --> 00:01:57,326 Anjing pernah jadi serigala? 27 00:01:57,326 --> 00:02:01,288 Ya, sehinggalah ia mula bersama manusia dahulu. 28 00:02:01,288 --> 00:02:02,414 Anjing poodle pun sama? 29 00:02:03,081 --> 00:02:04,124 Betul. 30 00:02:06,418 --> 00:02:08,127 Saya mahu membela serigala. 31 00:02:08,127 --> 00:02:11,590 Awak tak mahu melainkan awak nak bantu ia memburu moose, rusa dan karibu. 32 00:02:11,590 --> 00:02:12,799 Apa? 33 00:02:12,799 --> 00:02:15,552 Serigala hidup dalam kawanan yang buat semuanya bersama-sama. 34 00:02:15,552 --> 00:02:17,804 Memburu. Tidur. Bermain. 35 00:02:17,804 --> 00:02:19,765 Selalunya ibu bapa serigala menjadi ketua. 36 00:02:19,765 --> 00:02:22,226 Ia berkuasa dan serigala lain akan mengikut arahannya. 37 00:02:22,226 --> 00:02:23,936 Keluarga saya begitu. 38 00:02:24,770 --> 00:02:28,273 Tapi saya masih tak tahu cara kita nak tahu sebab ia melolong. 39 00:02:29,316 --> 00:02:30,317 Jane. 40 00:02:30,317 --> 00:02:32,236 Ia melolong untuk berkomunikasi? 41 00:02:32,236 --> 00:02:33,362 Jane. 42 00:02:33,362 --> 00:02:35,656 - Bercakap dengan kawanan serigala lain... - Jane. 43 00:02:39,493 --> 00:02:43,121 Serigala betina ini cantik, tapi kenapa ia sendirian? 44 00:02:43,121 --> 00:02:45,707 Betul. Bagaimana awak tahu ia betina? 45 00:02:45,707 --> 00:02:47,668 Serigala betina lebih kecil berbanding serigala jantan. 46 00:02:53,632 --> 00:02:55,259 Ia daripada kawanan di sana? 47 00:02:55,926 --> 00:02:58,220 Jika betul, saya tak tahu sebab ia tinggalkannya. 48 00:02:58,220 --> 00:02:59,388 Kita perlu siasat. 49 00:02:59,388 --> 00:03:01,682 Saya fikir kita menyiasat sebab serigala melolong. 50 00:03:01,682 --> 00:03:02,766 Kita siasat kedua-duanya. 51 00:03:03,267 --> 00:03:04,726 Jika kita lebih memahami serigala, 52 00:03:04,726 --> 00:03:07,563 lebih ramai orang kita bantu supaya tak takut kepada serigala. 53 00:03:07,563 --> 00:03:09,439 - Ayuh. - Awak nak ke mana? 54 00:03:11,233 --> 00:03:13,026 Kenderaan ini tak boleh lalu di pokok. 55 00:03:13,026 --> 00:03:14,236 Kita ikut dengan berjalan. 56 00:03:15,821 --> 00:03:17,281 Masa untuk kasut salji. 57 00:03:19,283 --> 00:03:21,451 Mungkin saya boleh tunggu di sini saja. 58 00:03:27,833 --> 00:03:30,919 Ada tapak kaki lain. Ada satu lagi. 59 00:03:30,919 --> 00:03:35,716 Kasut salji sukar untuk digunakan. Ia patut dipanggil mengayuh kaki di salji. 60 00:03:37,718 --> 00:03:39,720 Awak berjalan di laluan yang sama. 61 00:03:39,720 --> 00:03:40,804 Tak. 62 00:03:42,514 --> 00:03:43,682 Ia yang mengelilingi kita. 63 00:03:43,682 --> 00:03:46,768 Saya fikir awak cakap serigala tak makan manusia, bukan? 64 00:03:47,352 --> 00:03:48,729 Betul? 65 00:03:54,568 --> 00:03:55,694 Pugsley. 66 00:03:56,904 --> 00:03:58,238 Kembali ke sini. 67 00:03:59,364 --> 00:04:00,574 Hai, Jane. Hai, David. 68 00:04:00,574 --> 00:04:02,451 - Hai. - Maaf tentang ini. 69 00:04:02,451 --> 00:04:05,412 Ya, ia asyik keluar sewaktu kami pindahkan barang ke koridor. 70 00:04:05,412 --> 00:04:08,290 Betul? Haiwan terlepas yang comel. Ya. 71 00:04:08,874 --> 00:04:10,584 Ia comel. Boleh saya membelainya? 72 00:04:10,584 --> 00:04:12,211 Ya. 73 00:04:13,295 --> 00:04:15,214 Awak nak berpindah, En. Abbasi? 74 00:04:15,214 --> 00:04:16,798 Tak, saya yang berpindah. 75 00:04:16,798 --> 00:04:19,384 Saya akan mula belajar di kolej di bandar kecil yang comel. 76 00:04:19,384 --> 00:04:22,262 Ia sangat dekat dengan pantai dan jauh daripada ibu bapa. 77 00:04:22,846 --> 00:04:24,431 Hati-hati, Saadiya, 78 00:04:24,431 --> 00:04:27,267 atau kami akan pindah sebelah rumah kamu dan mendaftar di kolej kamu. 79 00:04:27,267 --> 00:04:29,228 Betul, Profesor Pugsley? 80 00:04:29,228 --> 00:04:31,355 Ibu cakap ia akan jadi pengalaman hebat. 81 00:04:34,024 --> 00:04:36,235 Ayah nampak kasut lari saya? Saya tak jumpa. 82 00:04:36,235 --> 00:04:37,903 Pugsley yang kasihan ini tak bersetuju. 83 00:04:37,903 --> 00:04:40,155 Rasanya ia nak ikut kamu ke kolej. 84 00:04:40,781 --> 00:04:43,408 Ayah, saya akan kerap pulang. 85 00:04:43,408 --> 00:04:45,118 Di mana saya nak cuci pakaian saya? 86 00:04:45,702 --> 00:04:48,205 Cakap kepada Pugsley, bukan kepada ayah. 87 00:04:48,205 --> 00:04:49,957 Lihatlah. Ia sukar ditenangkan. 88 00:04:50,457 --> 00:04:52,793 Saya akan selalu pulang. 89 00:04:53,585 --> 00:04:54,586 Janji. 90 00:04:55,379 --> 00:04:56,839 Sudahlah. Mari berkemas. 91 00:04:59,132 --> 00:05:00,551 Saya ada idea. Ayuh. 92 00:05:02,344 --> 00:05:05,764 Sebenarnya kami sedang mengkaji nenek moyang Pugsley, Canis lupus. 93 00:05:06,723 --> 00:05:09,393 Itu mungkin nama saintifik untuk serigala. 94 00:05:09,393 --> 00:05:11,061 Kami cuba siasat sebab ia melolong 95 00:05:11,061 --> 00:05:12,312 dan sebab ia tinggalkan kawanannya. 96 00:05:12,896 --> 00:05:15,482 Ia sangat membantu misi kami jika boleh bawa Pugsley bersiar-siar. 97 00:05:15,482 --> 00:05:16,984 Bagaimana ia boleh bantu misi kamu? 98 00:05:16,984 --> 00:05:18,777 Anjing ada kaitan dengan serigala, 99 00:05:18,777 --> 00:05:21,196 jadi mereka tahu banyak tentang serigala dengan melihat Pugsley. 100 00:05:21,196 --> 00:05:23,156 - Betul, Saadiya. - Saya suka idea itu. 101 00:05:24,324 --> 00:05:26,368 Ibu saya akan pulang dengan van pindah nanti. 102 00:05:26,368 --> 00:05:28,245 Jadi, jika kamu boleh jaga Pugsley, 103 00:05:28,245 --> 00:05:30,622 kami boleh mengemas lebih cepat. 104 00:05:31,540 --> 00:05:32,541 Silakan. 105 00:05:34,668 --> 00:05:36,461 - Terima kasih. - Kami akan jaga ia dengan baik. 106 00:05:39,339 --> 00:05:40,966 Kenapa semua orang tinggalkan ayah? 107 00:05:44,219 --> 00:05:45,429 Pemerhatian pertama, 108 00:05:47,055 --> 00:05:49,266 ia suka menghidu semuanya. 109 00:05:53,562 --> 00:05:55,230 Serta menyalak pada semuanya. 110 00:05:56,356 --> 00:05:57,816 Juga buang air kecil pada semuanya. 111 00:05:58,358 --> 00:06:00,319 Saya terfikir jika serigala juga buat perkara sama. 112 00:06:04,781 --> 00:06:06,700 Nampaknya anjing melolong seperti serigala. 113 00:06:07,784 --> 00:06:10,287 Sekejap, Pugsley cuba bercakap dengan ambulans itu? 114 00:06:13,248 --> 00:06:15,417 Serigala itu pula cuba bercakap dengan Pugsley? 115 00:06:15,417 --> 00:06:18,962 Pasti itu serigala kita, tapi apa yang ia cakap? 116 00:06:18,962 --> 00:06:20,464 "Howlo"? 117 00:06:20,464 --> 00:06:21,673 Nampak apa saya buat? 118 00:06:22,174 --> 00:06:25,844 "Howlo"? Macam helo, tapi dengan melolong. 119 00:06:28,263 --> 00:06:30,766 Lolongan serigala itu datang dari belakang. Ayuh. 120 00:06:34,269 --> 00:06:37,147 Jane, awak rasa kita patut menghampiri suara melolong itu? 121 00:06:37,147 --> 00:06:39,149 Ingat sewaktu serigala serang kita? 122 00:06:39,650 --> 00:06:44,071 Mungkin ia cuma nak bermain. Kita akan perhatikan dari jauh. 123 00:06:45,155 --> 00:06:47,032 Awak perhatikan dari jauh. 124 00:06:47,032 --> 00:06:48,534 Greybeard, awak ikut saya. 125 00:06:49,910 --> 00:06:51,745 Awak akan lindungi saya, bukan? 126 00:06:55,582 --> 00:06:56,834 Itu serigala kita. 127 00:06:59,795 --> 00:07:01,004 Awak rasa ia tunggu apa? 128 00:07:03,507 --> 00:07:05,050 Ia fikir Pugsley serigala sepertinya? 129 00:07:05,592 --> 00:07:06,969 Ia cuba memanggilnya? 130 00:07:07,719 --> 00:07:09,096 Bunyi apakah itu? 131 00:07:12,349 --> 00:07:13,559 Bagaimana nak hentikannya? 132 00:07:16,395 --> 00:07:19,648 Alamak! Biasanya serigala tak serang manusia tapi ia serang anjing. 133 00:07:19,648 --> 00:07:22,192 - Tapi bukankah ia fikir Pugsley serigala? - Tak lagi sekarang. 134 00:07:23,569 --> 00:07:25,070 Pugsley, mari sini! 135 00:07:29,783 --> 00:07:31,410 Ayah nampak berus rambut saya? 136 00:07:32,202 --> 00:07:33,287 Apa ayah buat di sini? 137 00:07:33,287 --> 00:07:35,455 Cuma pastikan semuanya dah dibawa. 138 00:07:36,540 --> 00:07:38,083 Lil Chomper. 139 00:07:39,334 --> 00:07:40,919 Ingat waktu ayah dapatkannya untuk saya? 140 00:07:40,919 --> 00:07:42,713 Ayah menanginya untuk kamu. 141 00:07:42,713 --> 00:07:45,299 Besbol itu tak masuk tong sendiri. 142 00:07:45,883 --> 00:07:48,218 Pasti ayah belanjakan lebih seratus dolar untuk permainan itu. 143 00:07:53,640 --> 00:07:54,641 Itu Pugsley? 144 00:08:03,901 --> 00:08:05,319 Wah, Pugsley buat ia takut! 145 00:08:05,319 --> 00:08:07,196 Mungkin ia lebih seperti serigala. 146 00:08:07,779 --> 00:08:12,075 Siapa yang kuat? Awak. Betul. 147 00:08:12,075 --> 00:08:15,954 Ia mungkin terkejut Pugsley bukan serigala yang ia fikirkan. 148 00:08:15,954 --> 00:08:18,957 Mungkin kita patut pulangkan Pugsley kepada En. Abbasi dan Saadiya? 149 00:08:18,957 --> 00:08:21,502 Tapi ia baru bantu kita ketahui yang serigala melolong untuk berkomunikasi. 150 00:08:21,502 --> 00:08:23,837 Betul, tapi ia takutkan serigala kita. 151 00:08:23,837 --> 00:08:26,632 Kita takkan tahu sebab ia bersendirian jika ia berlaku lagi. 152 00:08:29,510 --> 00:08:31,553 Betul cakap awak. Saya akan pulangkannya. 153 00:08:31,553 --> 00:08:34,431 Dah sedia untuk berjalan lagi, Pugsley? 154 00:08:34,431 --> 00:08:35,933 Hubungi saya jika awak nampak apa-apa. 155 00:08:35,933 --> 00:08:36,933 Baiklah. 156 00:08:45,192 --> 00:08:48,111 Mereka mungkin dah mula hantar barang-barang Saadiya ke dalam van. 157 00:08:48,695 --> 00:08:52,032 Saya tahu. Saya mahu tunjuk saya jaga awak dengan baik kepada penjaga saya. 158 00:08:52,032 --> 00:08:54,326 Selepas itu mereka mungkin benarkan saya membela anjing. 159 00:08:54,326 --> 00:08:55,410 Ayuh, anjing. 160 00:09:05,546 --> 00:09:07,422 - Hai, Pn. Abbasi. - Hai, Jane. 161 00:09:07,422 --> 00:09:09,216 Jika awak nampak Saadiya atau suami saya, 162 00:09:09,216 --> 00:09:11,343 boleh suruh mereka bawa semua kotak turun segera? 163 00:09:11,343 --> 00:09:12,636 - Baiklah. - Bagus. 164 00:09:17,599 --> 00:09:19,017 Ada tanda-tanda serigala? 165 00:09:21,937 --> 00:09:23,605 Lolongan itu dari dalam bangunan kita? 166 00:09:26,316 --> 00:09:27,317 Tunggu, Greybeard. 167 00:09:28,902 --> 00:09:31,530 Hai, En. Abbasi. Pn. Abbasi mencari awak. 168 00:09:35,200 --> 00:09:36,660 - Itu pun awak. - Hei, sayang. 169 00:09:36,660 --> 00:09:38,662 Awak tahu kita sewa van ini mengikut jam. 170 00:09:38,662 --> 00:09:40,330 Ayuh. Cepat. 171 00:09:45,627 --> 00:09:46,712 Awak nampak serigala itu? 172 00:09:47,713 --> 00:09:50,215 Saya pun tak nampak. Ke mana ia pergi? 173 00:10:15,949 --> 00:10:17,784 Itu bukan serigala yang kita jejaki. 174 00:10:18,535 --> 00:10:21,038 Ia lebih besar. Maksudnya ia jantan. 175 00:10:21,038 --> 00:10:22,956 Pasti ia tinggalkan kawanannya juga. 176 00:10:23,749 --> 00:10:26,084 Pasti serigala betina menyahut lolongannya. 177 00:10:26,084 --> 00:10:27,711 Ia semakin dekat. 178 00:10:30,714 --> 00:10:33,425 Akhirnya kita akan dapat jawapan, Greybeard. 179 00:10:35,594 --> 00:10:38,263 Ingat, lebih comel dan baik kelakuan awak, 180 00:10:38,263 --> 00:10:40,390 peluang saya untuk membela anjing lebih baik. 181 00:10:44,561 --> 00:10:47,231 Mungkin ini bukan masa sesuai untuk jumpa keluarga saya. 182 00:10:55,447 --> 00:10:56,448 Serigala betina! 183 00:10:57,991 --> 00:11:00,118 Serigala bukan hanya berkomunikasi dengan satu sama lain. 184 00:11:00,118 --> 00:11:02,663 Ia juga beritahu lokasinya. 185 00:11:02,663 --> 00:11:04,748 Bagaimana serigala betina tahu untuk turun ke sini? 186 00:11:14,216 --> 00:11:15,801 Ia sangat gembira selepas berjumpa. 187 00:11:18,637 --> 00:11:22,182 Mungkin ia tinggalkan kawanannya untuk mencari satu sama lain. 188 00:11:29,982 --> 00:11:32,192 - Jangan, Pugsley, jangan! - Pugsley! 189 00:11:50,377 --> 00:11:52,087 Jane, apa kita nak buat? 190 00:11:52,087 --> 00:11:53,922 Cari dan jauhkannya daripada serigala-serigala itu. 191 00:11:53,922 --> 00:11:56,258 - Saya akan cari Pugsley. - Kami akan memintas dari arah sini. 192 00:11:56,258 --> 00:11:57,384 Okey. 193 00:12:02,472 --> 00:12:03,849 Hei, Saadiya. 194 00:12:03,849 --> 00:12:05,017 Hei, Jane. 195 00:12:06,310 --> 00:12:07,811 Awak okey? 196 00:12:08,520 --> 00:12:09,938 Tak. 197 00:12:09,938 --> 00:12:12,274 Pugsley terlepas daripada kolarnya dan melarikan diri. 198 00:12:12,274 --> 00:12:14,067 - Apa? - Itu bukan bahagian paling teruk. 199 00:12:14,067 --> 00:12:17,404 Ia juga dikejar oleh dua ekor serigala yang mungkin mahu memakannya. 200 00:12:17,404 --> 00:12:21,783 Itu tak bagus. Tapi ini bukan kali pertama ia berlaku. 201 00:12:22,367 --> 00:12:24,411 Larikan diri. Bukan dikejar serigala. 202 00:12:24,995 --> 00:12:27,164 - Mari cari ia bersama-sama. Ayuh. - Okey. 203 00:12:29,208 --> 00:12:30,834 - Pugsley? - Pugsley? 204 00:12:30,834 --> 00:12:32,753 - Pugsley? - Mari sini, sayang. 205 00:12:32,753 --> 00:12:33,837 Pugsley? 206 00:12:34,963 --> 00:12:36,048 Arnab yang cantik. 207 00:12:36,048 --> 00:12:38,342 Terima kasih. Namanya Lil Chomper. 208 00:12:38,342 --> 00:12:40,802 Saya ada patung ini sejak kecil. Ayah saya dapatkannya untuk saya. 209 00:12:40,802 --> 00:12:42,930 Ibu saya pun beri Greybeard semasa saya kecil. 210 00:12:44,181 --> 00:12:45,140 Pugsley? 211 00:12:45,724 --> 00:12:47,476 Kenapa awak duduk di tangga dengannya? 212 00:12:48,393 --> 00:12:50,771 Akhirnya saya sedar yang saya akan berpindah keluar. 213 00:12:50,771 --> 00:12:52,105 Awak tak teruja? 214 00:12:52,648 --> 00:12:55,108 Teruja. Tapi, saya juga... 215 00:12:56,026 --> 00:12:58,111 Entahlah... agak takut. 216 00:12:58,111 --> 00:12:59,112 Takutkan apa? 217 00:12:59,112 --> 00:13:02,699 Bersendirian di tempat baru yang saya tak kenal sesiapa. 218 00:13:03,742 --> 00:13:05,619 Itu buat saya terfikir jika serigala yang saya jejaki 219 00:13:05,619 --> 00:13:07,120 takut bersendirian juga. 220 00:13:07,621 --> 00:13:08,747 Serigala ada rasa takut? 221 00:13:08,747 --> 00:13:11,208 - Pugsley ada rasa takut? - Ya. 222 00:13:11,208 --> 00:13:13,919 Bunga api, guruh, lori sampah, 223 00:13:13,919 --> 00:13:16,088 dan setiap kali melihat dirinya di cermin. 224 00:13:16,088 --> 00:13:17,589 "Kita tak boleh hidup dengan anjing 225 00:13:17,589 --> 00:13:21,552 dan tak tahu yang haiwan ada personaliti, minda dan perasaan." 226 00:13:22,094 --> 00:13:23,262 Jane Goodall cakap begitu. 227 00:13:23,846 --> 00:13:26,598 Jadi, jika Pugsley ada perasaan, haiwan lain pun sama. 228 00:13:27,391 --> 00:13:29,560 Tapi serigala takutkan apa? 229 00:13:29,560 --> 00:13:33,647 Banyak. Pemburu manusia dan jerat. Begitu juga kawanan serigala lain. 230 00:13:33,647 --> 00:13:35,023 Serigala serang satu sama lain? 231 00:13:35,023 --> 00:13:38,151 Ya. Ia serang satu sama lain jika ia terlalu dekat dengan kawasannya. 232 00:13:38,986 --> 00:13:40,362 Tak mudah jadi serigala, bukan? 233 00:13:40,946 --> 00:13:42,114 Betul. 234 00:13:42,114 --> 00:13:44,241 Kadangkala bukan mudah juga jadi manusia. 235 00:13:44,783 --> 00:13:47,244 Tapi saya yakin jika serigala boleh lalui semua itu... 236 00:13:47,244 --> 00:13:48,996 Jadi, saya boleh hadapi perpindahan ini? 237 00:13:50,622 --> 00:13:52,541 Nampaknya saya perlu berani macam serigala. 238 00:13:53,041 --> 00:13:54,793 Saya tak boleh tinggal dengan ibu bapa selamanya. 239 00:13:54,793 --> 00:13:58,505 Tak boleh tinggal dengan ibu bapa selamanya. Sama seperti serigala. 240 00:13:58,505 --> 00:14:00,507 Saya akan cari Pugsley di luar. 241 00:14:00,507 --> 00:14:03,468 Awak terus cari di dalam. Terima kasih kerana membantu, Saadiya. 242 00:14:03,468 --> 00:14:04,761 Kita saling membantu. 243 00:14:06,388 --> 00:14:07,389 Pugsley? 244 00:14:07,973 --> 00:14:10,767 Pugsley? 245 00:14:12,019 --> 00:14:12,978 David! 246 00:14:13,687 --> 00:14:14,605 Awak dah temuinya? 247 00:14:14,605 --> 00:14:17,691 Belum, tapi Saadiya buat saya faham sebab serigala tinggalkan kawanan. 248 00:14:17,691 --> 00:14:20,235 Ia tak boleh hidup dengan ibu bapa selamanya, sama macam Saadiya. 249 00:14:20,235 --> 00:14:21,528 Saya tak faham. 250 00:14:21,528 --> 00:14:24,573 Saya akan jelaskan nanti sebab saya pun dah tahu cara untuk cari Pugsley. 251 00:14:24,573 --> 00:14:25,824 Bagaimana? 252 00:14:29,161 --> 00:14:30,746 Saya masih tak faham. 253 00:14:30,746 --> 00:14:32,539 Jangan risau, awak akan faham. 254 00:14:54,394 --> 00:14:56,438 Serigala dan Pugsley ada di sana. 255 00:14:56,438 --> 00:14:58,482 Kita perlu jauhkan Pugsley daripada serigala. 256 00:14:58,982 --> 00:15:03,111 Ingat apa yang kita bincangkan? Dalam kiraan tiga. Satu, dua, tiga. 257 00:15:18,544 --> 00:15:19,545 Ia beredar. 258 00:15:22,840 --> 00:15:23,966 Pugsley! 259 00:15:25,467 --> 00:15:26,510 Pugsley, saya dapat awak. 260 00:15:27,845 --> 00:15:29,555 Maaf sebab terlepas awak. 261 00:15:29,555 --> 00:15:31,598 Awak juga hampir dimakan oleh serigala. 262 00:15:31,598 --> 00:15:34,810 Tapi saya takkan biarkan ia berlaku lagi. 263 00:15:34,810 --> 00:15:38,897 Jadi, serigala melolong untuk mencari dan menakutkan satu sama lain? 264 00:15:38,897 --> 00:15:42,150 Saya ingat kawanan serigala tak suka ada serigala lain di kawasannya. 265 00:15:42,150 --> 00:15:44,820 Jadi, saya fikir ia mungkin melolong bersama untuk halau serigala lain. 266 00:15:45,487 --> 00:15:47,197 Apa awak nak buat jika ia gagal? 267 00:15:47,197 --> 00:15:49,533 Soalan yang bagus. Saya gembira ia berjaya. 268 00:15:50,534 --> 00:15:52,411 Masa untuk pulangkan awak, Pugsley. 269 00:15:55,998 --> 00:16:00,419 - Pugsley! Hei! Saya gembira bertemu awak. - Hei. Oh Tuhan. 270 00:16:02,546 --> 00:16:04,256 Awak perlu berhenti larikan diri, Puggy-sayang. 271 00:16:04,256 --> 00:16:06,425 Maaf sebab buat ia terlepas. 272 00:16:06,425 --> 00:16:09,469 Tak mengapa. Sekurang-kurangnya awak selamatkan ia daripada serigala. 273 00:16:09,970 --> 00:16:11,138 Saya akan jelaskan nanti. 274 00:16:11,138 --> 00:16:12,639 Saya boleh jelaskan sekarang. 275 00:16:12,639 --> 00:16:15,851 Kami dapat tahu serigala melolong untuk berkomunikasi. Sama seperti Saadiya, 276 00:16:15,851 --> 00:16:18,645 ia tinggalkan kawanan sebab tak boleh tinggal dengan ibu bapa selamanya. 277 00:16:18,645 --> 00:16:20,105 Tak boleh? 278 00:16:20,105 --> 00:16:22,608 Tak, ia perlu ruang untuk jadi diri sendiri. 279 00:16:23,108 --> 00:16:23,984 Atau serigala. 280 00:16:24,568 --> 00:16:26,528 Betul. Sebab itu ada kawanan serigala baru. 281 00:16:26,528 --> 00:16:28,906 Tapi tak perlu ikut semua yang serigala buat, bukan? 282 00:16:29,907 --> 00:16:32,117 Khususnya sebab ia sukar untuk serigala tinggalkan rumah. 283 00:16:32,117 --> 00:16:34,328 - Kenapa? - Sebab ia diburu dan dijerat 284 00:16:34,328 --> 00:16:35,996 oleh manusia yang tak memahaminya. 285 00:16:36,538 --> 00:16:37,915 Macam saya. 286 00:16:38,415 --> 00:16:42,377 Saya dah faham. Jika kita sayang anjing, kita patut sayang serigala juga. 287 00:16:42,377 --> 00:16:44,213 Sebab kedua-duanya ada perasaan. 288 00:16:46,006 --> 00:16:46,882 Mak keliru sekarang. 289 00:16:46,882 --> 00:16:48,509 Saya akan terangkan dalam perjalanan. 290 00:16:48,509 --> 00:16:49,593 Okey. 291 00:16:51,470 --> 00:16:53,096 Tarik nafas panjang. Okey? 292 00:16:53,722 --> 00:16:54,556 Jumpa lagi. 293 00:16:54,556 --> 00:16:55,724 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 294 00:16:55,724 --> 00:16:57,684 - Semoga perjalanan selamat. - Terima kasih. 295 00:16:58,894 --> 00:17:01,146 Jane, awak rasa kita boleh mulakan perniagaan bawa anjing bersiar-siar? 296 00:17:01,146 --> 00:17:03,315 Saya mahu bersama anjing lebih lama. 297 00:17:03,315 --> 00:17:04,358 Idea yang bagus. 298 00:17:04,358 --> 00:17:06,734 Tapi sebelum itu, saya ada dua ekor nenek moyang anjing 299 00:17:06,734 --> 00:17:08,694 yang saya tak kisah habiskan masa dengannya. 300 00:17:13,282 --> 00:17:16,203 Serigala memang comel dari jauh. 301 00:17:16,994 --> 00:17:18,829 Juga apabila ia tak cuba makan Pugsley. 302 00:17:21,415 --> 00:17:23,335 Awak tahu apa yang lebih comel daripada serigala dewasa? 303 00:17:23,335 --> 00:17:26,380 Tak lama lagi ia akan korek sarang untuk melahirkan anak serigala. 304 00:17:26,380 --> 00:17:28,131 Kawanan baru akan mula berkembang. 305 00:17:28,131 --> 00:17:30,801 Anak serigala? Saya perlu melihatnya. 306 00:17:31,301 --> 00:17:34,847 Ingat, ibu dan ayah serigala sangat bersifat melindungi. 307 00:17:34,847 --> 00:17:37,850 Macam saya cakap, "Comel dari jauh." 308 00:17:53,407 --> 00:17:55,033 Bantu selamatkan serigala! 309 00:17:57,953 --> 00:17:58,871 Dah jumpa. 310 00:17:58,871 --> 00:18:02,082 Rasanya boleh guna ini untuk buat papan tanda perniagaan bawa anjing bersiar-siar. 311 00:18:02,583 --> 00:18:03,709 Bagus. 312 00:18:03,709 --> 00:18:05,169 Apa yang awak buat? 313 00:18:05,169 --> 00:18:07,379 Saya cuba cari tempat yang bagus untuk sambung kepada Wi-Fi. 314 00:18:07,379 --> 00:18:10,174 Panggilan kita dengan Dr. John Linnell akan bermula sekejap lagi. 315 00:18:10,174 --> 00:18:11,216 Saintis serigala itu? 316 00:18:11,216 --> 00:18:13,135 Mungkin dia boleh beri panduan untuk perniagaan baru kita. 317 00:18:13,135 --> 00:18:14,052 Dah dapat. 318 00:18:17,014 --> 00:18:18,015 Masa yang tepat. 319 00:18:18,807 --> 00:18:20,434 Hai, Jane. Hai, David. 320 00:18:20,434 --> 00:18:21,768 Hai, Dr. John. 321 00:18:22,352 --> 00:18:23,812 Panggil John saja. 322 00:18:23,812 --> 00:18:26,940 Hai, John. Terima kasih banyak sebab bercakap dengan kami tentang serigala. 323 00:18:26,940 --> 00:18:29,651 Sama-sama. Gembira dapat beritahu orang lain tentang serigala. 324 00:18:29,651 --> 00:18:30,694 Serta anjing juga. 325 00:18:30,694 --> 00:18:32,487 Kami mulakan perniagaan bawa anjing bersiar-siar baru. 326 00:18:32,487 --> 00:18:34,531 Sebab Jane suka bawa anjing bersiar-siar dan saya suka anjing. 327 00:18:34,531 --> 00:18:37,534 Itu sangat hebat sebab anjing perlukan banyak senaman. 328 00:18:37,534 --> 00:18:39,203 Seperti serigala, saudara liarnya. 329 00:18:39,203 --> 00:18:40,871 Apa kaitan anjing dengan serigala? 330 00:18:40,871 --> 00:18:42,039 Anjing ialah serigala. 331 00:18:42,039 --> 00:18:43,457 Serigala yang tak membesar. 332 00:18:43,457 --> 00:18:44,499 Apa maksud awak? 333 00:18:44,499 --> 00:18:46,877 Anjing berkelakuan macam anak serigala sepanjang hidupnya. 334 00:18:46,877 --> 00:18:49,171 Di hutan, anak serigala akan membesar. 335 00:18:49,171 --> 00:18:51,924 Ia akan mula mencabar haiwan lebih tua dalam kawanan. 336 00:18:51,924 --> 00:18:53,592 Anjing tak buat begitu. 337 00:18:53,592 --> 00:18:55,552 Kita beri ia makanan dan ia tak pernah mencabar kita. 338 00:18:55,552 --> 00:18:58,597 Kelakuannya seperti anak anjing comel sepanjang hidupnya. 339 00:18:58,597 --> 00:18:59,848 Ada apa-apa lagi yang sama? 340 00:18:59,848 --> 00:19:02,059 Ya. Ia berkomunikasi dengan cara sama. 341 00:19:02,059 --> 00:19:04,144 Ia goyangkan ekor apabila ia gembira. 342 00:19:04,144 --> 00:19:07,189 Ia turun dan naikkan telinga apabila ia gembira dan sedih. 343 00:19:07,189 --> 00:19:09,983 Ia tunjukkan gigi apabila ia marah atau ketakutan. 344 00:19:09,983 --> 00:19:11,443 Cara ia melolong juga sama. 345 00:19:11,443 --> 00:19:12,903 Itulah cara kami selamatkan Pugsley daripada serigala. 346 00:19:13,904 --> 00:19:15,697 Melolong membantu kami dalam misi serigala hari ini. 347 00:19:16,365 --> 00:19:18,367 Melolong. Maksud awak begini? 348 00:19:23,247 --> 00:19:24,873 Pada asasnya itulah yang kami buat. 349 00:19:24,873 --> 00:19:26,583 Serigala perlu hidup di hutan? 350 00:19:27,084 --> 00:19:28,502 Soalan yang bagus, Jane. 351 00:19:28,502 --> 00:19:31,797 Serigala di Eropah tak perlu hidup di hutan. 352 00:19:31,797 --> 00:19:36,635 Ia tinggal di ladang dan luar bandar, selalunya sangat dekat dengan manusia. 353 00:19:36,635 --> 00:19:38,929 Jadi, mereka ada serigala di laman belakang? 354 00:19:38,929 --> 00:19:42,182 Ya, tapi bukan semua orang suka ada serigala di laman belakang. 355 00:19:42,182 --> 00:19:44,518 Kami tunjukkan kepada peladang dan pengembala 356 00:19:44,518 --> 00:19:48,605 dan mereka yang tinggal di luar bandar cara untuk hidup dengan serigala. 357 00:19:48,605 --> 00:19:51,275 Ajar peladang untuk guna anjing penjaga 358 00:19:51,275 --> 00:19:53,652 dan pagar elektrik untuk pastikan haiwan ternakan mereka selamat. 359 00:19:53,652 --> 00:19:57,197 Melindungi haiwan ladang adalah langkah pertama untuk lindungi serigala. 360 00:19:57,197 --> 00:19:58,657 Kenapa serigala penting? 361 00:19:59,157 --> 00:20:00,909 Planet kita perlukan haiwan. 362 00:20:00,909 --> 00:20:05,330 Serigala juga cantik dan kita perlukan keindahan dalam hidup. 363 00:20:05,330 --> 00:20:07,875 Tapi paling penting, ia ada hak untuk hidup. 364 00:20:07,875 --> 00:20:10,252 Siapa kita untuk cakap ia tiada hak untuk hidup? 365 00:20:10,252 --> 00:20:11,837 Ia memang cantik. 366 00:20:11,837 --> 00:20:13,005 Apa kami boleh bantu? 367 00:20:13,005 --> 00:20:15,299 Kita perlu lupuskan mitos Serigala Besar, Jahat. 368 00:20:15,299 --> 00:20:18,760 Kongsikan persamaan antara keluarga serigala dan keluarga manusia. 369 00:20:18,760 --> 00:20:22,389 Ia besarkan anak, ada emosi dan ia hidupan. 370 00:20:22,389 --> 00:20:24,766 Membantu manusia memahami serigala 371 00:20:24,766 --> 00:20:28,145 juga akan membantu manusia memahami manusia lain. 372 00:20:28,145 --> 00:20:30,397 Jadi, kita semua boleh bekerjasama untuk bantu serigala? 373 00:20:30,397 --> 00:20:33,901 Betul. Orang muda juga boleh menyuarakan pendapat. 374 00:20:33,901 --> 00:20:37,487 Jadi, minta orang dewasa bantu kamu tulis surat kepada kerajaan tempatan. 375 00:20:37,487 --> 00:20:40,657 Suarakan kebimbangan kamu tentang layanan terhadap haiwan liar. 376 00:20:40,657 --> 00:20:42,075 Itu idea yang hebat. 377 00:20:42,075 --> 00:20:44,620 Boleh mulakan hari ini dengan orang yang kita jumpa waktu bawa anjing bersiar-siar. 378 00:20:44,620 --> 00:20:46,914 Saya akan minta penjaga saya bantu tulis surat. 379 00:20:47,497 --> 00:20:49,625 - Terima kasih, John! - Sama-sama. 380 00:20:49,625 --> 00:20:51,418 Masa depan serigala dan semua haiwan liar lain 381 00:20:51,418 --> 00:20:53,962 bergantung kepada orang muda macam kamu untuk ambil berat tentangnya. 382 00:20:53,962 --> 00:20:55,964 Jadi, semoga berjaya untuk pengembaraan kamu yang seterusnya. 383 00:20:55,964 --> 00:20:57,674 Selamat tinggal. 384 00:20:58,425 --> 00:21:01,345 Ayuh. Mari kemas supaya saya boleh tampal gambar John di dinding wira saya. 385 00:21:03,180 --> 00:21:05,140 DR. JOHN LINNELL PENYELIDIK KONFLIK MANUSIA/SERIGALA 386 00:21:07,518 --> 00:21:11,355 Rasanya patut namakan perniagaan kita "Perjalanan Liar bersama David dan Jane." 387 00:21:11,355 --> 00:21:13,357 - Kenapa nama awak dahulu? - Urutan abjad. 388 00:21:13,357 --> 00:21:16,818 Ya, awak takkan dapat idea itu tanpa misi serigala. 389 00:21:16,818 --> 00:21:17,861 Saya yang cipta misi itu. 390 00:21:17,861 --> 00:21:22,574 Betul. Bagaimana dengan "Pengembaraan Liar bersama Dua Kawan Baik"? 391 00:21:22,574 --> 00:21:23,659 Setuju. 392 00:22:05,075 --> 00:22:07,077 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid