1 00:00:35,579 --> 00:00:38,081 "Ailuropoda melanoleuca." 2 00:00:44,754 --> 00:00:46,840 Bagaimana perkembangannya, David? 3 00:00:46,923 --> 00:00:48,258 Tak bagus. 4 00:00:48,341 --> 00:00:52,345 - Ingat, capai dan tarik. - Ya. 5 00:00:53,096 --> 00:00:54,806 Saya dah mencapainya. 6 00:00:55,765 --> 00:00:58,852 Menarik yang sukar. 7 00:01:05,609 --> 00:01:06,985 Berlagak. 8 00:01:08,528 --> 00:01:10,030 Hai, Greybeard. 9 00:01:10,113 --> 00:01:11,948 Kenapa kita panjat pokok? 10 00:01:12,032 --> 00:01:13,366 Untuk cari beruang panda! 11 00:01:13,450 --> 00:01:15,702 Bukankah ia biasanya di tanah? 12 00:01:15,785 --> 00:01:17,996 Ya, tapi ia juga pemanjat yang hebat. 13 00:01:18,079 --> 00:01:21,082 Anaknya juga akan memanjat untuk jauhkan diri daripada pemangsa. 14 00:01:22,083 --> 00:01:23,084 Pemangsa? 15 00:01:23,168 --> 00:01:27,172 Ya. Seperti harimau bintang salji, jakal atau mengkira. 16 00:01:27,255 --> 00:01:29,382 - Saya kenal Martin. - Ia sejenis weasel. 17 00:01:29,466 --> 00:01:31,801 Ya, bunyinya macam Martin. 18 00:01:34,429 --> 00:01:36,264 Greybeard nampak sesuatu. 19 00:01:37,557 --> 00:01:39,267 Tolong jangan cakap ia pemangsa. 20 00:01:40,518 --> 00:01:42,187 Tak, ia… 21 00:01:42,854 --> 00:01:43,855 beruang panda. 22 00:01:43,939 --> 00:01:45,357 Ia sangat cantik. 23 00:01:45,440 --> 00:01:47,192 Di mana? Saya nak lihat. 24 00:01:47,275 --> 00:01:48,526 Di mana ia? 25 00:01:53,615 --> 00:01:56,243 David, diam, atau awak mungkin menakutkannya. 26 00:01:56,326 --> 00:01:58,828 Tugas kita cuma memerhati dari jauh. 27 00:01:58,912 --> 00:02:01,539 Haiwan liar tak boleh rasa selesa berhampiran manusia. 28 00:02:05,168 --> 00:02:07,254 Nampaknya ia mencari sesuatu. 29 00:02:10,298 --> 00:02:11,591 Jane? 30 00:02:11,675 --> 00:02:13,343 Kita boleh tahu sebab beruang panda 31 00:02:13,426 --> 00:02:15,845 - ada enam jari. - Jane. 32 00:02:15,929 --> 00:02:17,347 Ia saja ahli keluarga beruang yang ada enam… 33 00:02:17,430 --> 00:02:18,848 Jane! 34 00:02:18,932 --> 00:02:20,267 Kenapa, David? 35 00:02:23,687 --> 00:02:25,272 Anak panda. 36 00:02:25,355 --> 00:02:27,440 Rasanya ia cuba dekati saya. 37 00:02:27,524 --> 00:02:28,567 Jangan bergerak. 38 00:02:28,650 --> 00:02:31,611 Jika ibunya nampak awak, ia mungkin fikir awak pemangsa dan melindungi anaknya. 39 00:02:32,529 --> 00:02:34,948 Ia cara baik untuk cakap "serang saya"? 40 00:02:36,074 --> 00:02:38,577 Ia dalam keadaan selesa. 41 00:02:38,660 --> 00:02:40,370 Ia ke arah yang salah. 42 00:02:42,289 --> 00:02:44,499 Ia terlalu tinggi di atas pokok untuk ibunya nampak. 43 00:02:44,583 --> 00:02:47,168 Anak panda patut bersama ibunya sehingga berumur tiga tahun. 44 00:02:47,252 --> 00:02:49,838 Saya akan cuba memintas ibunya dan bawanya ke sini semula. 45 00:02:49,921 --> 00:02:51,339 Apa yang saya patut buat? 46 00:02:52,507 --> 00:02:53,633 Rasanya saya sukakannya. 47 00:02:53,717 --> 00:02:55,468 Tunggu saja di situ. 48 00:02:57,345 --> 00:02:58,763 Jangan belai anak panda itu. 49 00:02:58,847 --> 00:03:00,640 Kita cuma memerhati, David. 50 00:03:00,724 --> 00:03:03,643 Cepat, Jane. Ia buat gaya yang sangat comel. 51 00:03:03,727 --> 00:03:05,604 Saya memang tunggu saat ini! 52 00:03:07,898 --> 00:03:09,107 Ibu panda di sana! 53 00:03:11,026 --> 00:03:13,111 Jangan risau, saya akan pulangkan anak awak! 54 00:03:13,194 --> 00:03:14,362 Kamu di sini rupanya. 55 00:03:16,323 --> 00:03:18,491 - Apa yang kamu buat? - Sebenarnya… 56 00:03:18,575 --> 00:03:20,410 Kenapa Greybeard pakai skarf mak? 57 00:03:20,493 --> 00:03:21,494 Ia terbang kelawar. 58 00:03:21,578 --> 00:03:24,080 Kami cuba siasat sebab Ailuropoda melanoleuca 59 00:03:24,164 --> 00:03:25,582 ada enam jari. 60 00:03:25,665 --> 00:03:26,875 Ailuro-apa? 61 00:03:26,958 --> 00:03:28,752 Ia nama saintifik untuk beruang panda. 62 00:03:28,835 --> 00:03:30,795 Kenapa kamu perlu fikirkannya dalam bilik mak? 63 00:03:31,713 --> 00:03:32,672 Pendaratan yang lebih lembut. 64 00:03:34,549 --> 00:03:35,550 Jane? 65 00:03:35,634 --> 00:03:38,511 Sekejap, David. Saya mungkin ada masalah. 66 00:03:41,389 --> 00:03:43,225 Saya memang ada masalah. 67 00:03:43,934 --> 00:03:45,727 Saya juga ada masalah. 68 00:03:51,316 --> 00:03:53,985 Kamu boleh kemas selepas mak jemput kamu malam nanti. 69 00:03:54,069 --> 00:03:56,279 Mak nak ke mana? Mak? 70 00:03:56,363 --> 00:03:57,822 Andre nak bawa mak keluar. 71 00:03:57,906 --> 00:03:59,783 - Berjanji temu? - Ya. 72 00:03:59,866 --> 00:04:01,451 Mak cakap mak nak berjanji temu 73 00:04:01,534 --> 00:04:05,538 dan rasanya kamu cakap nak ke China untuk pengembaraan panda. 74 00:04:05,622 --> 00:04:08,208 Misi penyelidikan ailuropoda melanoleuca. 75 00:04:12,420 --> 00:04:13,588 Itu nampak cantik. 76 00:04:13,672 --> 00:04:15,840 Tak tahu kenapa mak rasa sangat gementar. 77 00:04:15,924 --> 00:04:17,175 Sebab mak suka dia. 78 00:04:18,718 --> 00:04:20,303 Ya, rasanya. 79 00:04:20,387 --> 00:04:21,680 Mak nampak sangat cantik. 80 00:04:21,763 --> 00:04:23,306 Terima kasih. 81 00:04:26,309 --> 00:04:28,228 Dah sampai masanya. Mak dah lewat. 82 00:04:28,728 --> 00:04:32,107 "Saya akan turun." 83 00:04:36,152 --> 00:04:37,153 Keterlaluan? 84 00:04:37,237 --> 00:04:38,572 Sedikit. 85 00:04:44,911 --> 00:04:46,830 Jangan terlalu dekat. 86 00:04:47,330 --> 00:04:48,623 Jangan rasa selesa. 87 00:04:50,041 --> 00:04:52,043 Memerhati saja. 88 00:04:56,172 --> 00:04:57,591 Jangan takut, anak panda. 89 00:04:57,674 --> 00:04:58,967 Jane pasti tahu caranya. 90 00:05:08,351 --> 00:05:09,603 Awak meniru saya? 91 00:05:11,688 --> 00:05:12,856 Tiru ini. 92 00:05:14,566 --> 00:05:15,442 Anak panda! 93 00:05:18,737 --> 00:05:20,238 Okey, cuba ini. 94 00:05:29,539 --> 00:05:31,416 Ayah David tawarkan diri untuk jaga kamu, 95 00:05:31,499 --> 00:05:33,460 dan kami hanya ke restoran di hujung jalan. 96 00:05:33,543 --> 00:05:35,587 Suruh mereka telefon mak jika ada masalah. 97 00:05:35,670 --> 00:05:36,922 - Okey? - Okey. 98 00:05:37,672 --> 00:05:40,258 - Tapi hanya jika ada kecemasan. - Okey. 99 00:05:41,051 --> 00:05:41,885 Kecemasan sebenar, 100 00:05:41,968 --> 00:05:45,180 bukan tanya cara memasang alat penjejak pada panda. 101 00:05:45,263 --> 00:05:47,933 Bukan itu yang kami buat. Ia lebih sukar daripada itu. 102 00:05:48,475 --> 00:05:50,101 Jadi, apa yang kamu berdua buat? 103 00:05:50,727 --> 00:05:54,189 Kami perlu pulangkan anak panda kepada ibunya sebelum ia selesa dengan kami. 104 00:05:54,272 --> 00:05:56,274 Selesa dengan manusia bukan sesuatu yang bagus? 105 00:05:56,358 --> 00:05:59,027 Manusia adalah ancaman terbesar untuk panda. 106 00:05:59,110 --> 00:06:00,946 Apabila haiwan liar selesa dengan manusia… 107 00:06:01,029 --> 00:06:04,074 - Ia tak bagus untuk haiwan? - Betul. 108 00:06:06,701 --> 00:06:08,203 Kenapa lif lambat sangat? 109 00:06:08,286 --> 00:06:10,413 Mak, tenang. Semuanya akan okey. 110 00:06:11,539 --> 00:06:13,375 Betul cakap kamu. 111 00:06:19,172 --> 00:06:20,882 Bukan reaksi yang saya harapkan. 112 00:06:22,717 --> 00:06:25,303 Saya fikir saya patut naik dan mengiringi awak turun. 113 00:06:25,387 --> 00:06:27,264 Tak, maaf. Tak mengapa. 114 00:06:27,764 --> 00:06:28,848 Gembira jumpa awak di sini. 115 00:06:28,932 --> 00:06:30,684 Saya tahu kita tinggal di sini, 116 00:06:30,767 --> 00:06:32,102 tapi kita tak tinggal serumah. 117 00:06:35,355 --> 00:06:37,399 - Hei, Andre. - Hei, Jane. 118 00:06:38,108 --> 00:06:39,442 Ini untuk awak. 119 00:06:43,113 --> 00:06:44,364 Saya patut belikan awak sesuatu. 120 00:06:50,620 --> 00:06:52,831 Ia cantik. Terima kasih banyak. 121 00:06:52,914 --> 00:06:54,958 Saya ingat awak cakap awak sangat suka mengembara, 122 00:06:55,041 --> 00:06:57,752 jadi, saya belikan awak bunga yang agak eksotik. 123 00:06:57,836 --> 00:06:58,879 Itu buluh? 124 00:06:58,962 --> 00:07:00,380 Betul. Tajam penglihatan awak. 125 00:07:00,964 --> 00:07:02,966 Ia makanan kegemaran beruang panda. 126 00:07:04,050 --> 00:07:05,677 Awak selamatkan haiwan lain hari ini? 127 00:07:05,760 --> 00:07:06,595 Sentiasa. 128 00:07:12,642 --> 00:07:14,060 Seseorang dah sedia berjanji temu. 129 00:07:14,603 --> 00:07:17,355 - Siapa lelaki bertuah itu? - Rasanya saya. 130 00:07:17,981 --> 00:07:18,899 Saya Andre. 131 00:07:18,982 --> 00:07:20,525 Saya kagum. 132 00:07:22,861 --> 00:07:24,571 Dengan jambangan bunga itu. 133 00:07:25,780 --> 00:07:26,615 Saya Lucas. 134 00:07:28,158 --> 00:07:29,659 Saya Raja Kevin. 135 00:07:29,743 --> 00:07:31,536 Gembira bertemu kamu berdua. 136 00:07:32,495 --> 00:07:35,540 Kami akan balik sebelum waktu tidur Jane. Terima kasih sebab bantu jaga dia. 137 00:07:35,624 --> 00:07:37,292 - Ya, tiada masalah. - Jangan tergesa-gesa, Maria. 138 00:07:37,375 --> 00:07:39,586 Kami ada malam filem bertemakan puteri hari ini. 139 00:07:44,925 --> 00:07:47,177 David di bahagian hujung istana. 140 00:07:48,345 --> 00:07:49,179 Bilik tidurnya. 141 00:07:50,722 --> 00:07:52,349 Jumpa nanti, mak, Andre. 142 00:07:54,517 --> 00:07:58,063 - Ya. Jumpa nanti, Andre. - Sudahlah. 143 00:08:00,190 --> 00:08:01,733 Ingat semasa kita berjanji temu? 144 00:08:03,318 --> 00:08:05,445 Bertih jagung dah siap? 145 00:08:05,946 --> 00:08:06,947 Saya datang, tuanku. 146 00:08:10,408 --> 00:08:11,785 David? 147 00:08:11,868 --> 00:08:12,953 Saya di sini. 148 00:08:13,036 --> 00:08:14,162 Apa yang awak buat? 149 00:08:15,038 --> 00:08:17,832 Bersembunyi. Rasanya Rollie fikir saya ibunya. 150 00:08:20,877 --> 00:08:22,337 Awak beri ia nama? 151 00:08:22,420 --> 00:08:26,132 Saya cuba tak buat begitu, tapi lihatlah ia. 152 00:08:30,679 --> 00:08:31,638 Rollie. 153 00:08:32,681 --> 00:08:35,642 Sebab ia suka berguling. Saya yang ajar. 154 00:08:35,725 --> 00:08:37,018 Apa maksud awak? 155 00:08:37,101 --> 00:08:42,816 Ia tiru semua yang saya buat kecuali bersembunyi dan lompat bintang, 156 00:08:42,899 --> 00:08:44,651 tapi kami sedang usahakannya. 157 00:08:44,734 --> 00:08:48,655 Itu cara anak haiwan belajar, dengan meniru ibu bapanya. 158 00:08:49,155 --> 00:08:51,700 Sebab itulah kita perlu pulangkannya kepada ibunya. 159 00:08:51,783 --> 00:08:53,535 Ibunya yang sebenar, David. 160 00:08:53,618 --> 00:08:55,996 Supaya ia boleh belajar cara jadi panda, bukan manusia. 161 00:08:57,789 --> 00:08:59,374 Ke mana ia pergi? 162 00:09:00,750 --> 00:09:01,918 Datang ke sini semula, Rollie! 163 00:09:03,211 --> 00:09:06,590 Pasti akan dicampak lebih teruk daripada Kesatria Riley. 164 00:09:06,673 --> 00:09:08,508 - Jangan harap. - Rollie. 165 00:09:08,592 --> 00:09:11,303 Ya, mari berharap kamu cedera lebih teruk. 166 00:09:11,386 --> 00:09:13,346 - Serius? - Datang ke sini semula. 167 00:09:13,430 --> 00:09:14,890 Kamu jatuh tertiarap. 168 00:09:14,973 --> 00:09:16,766 Selain itu, semuanya sama. 169 00:09:18,184 --> 00:09:19,811 Rollie, jangan! 170 00:09:20,562 --> 00:09:22,105 Apa yang kamu berdua buat? 171 00:09:36,661 --> 00:09:38,371 Pelayan akan datang sekejap lagi. 172 00:09:38,455 --> 00:09:39,831 - Terima kasih. - Terima kasih. 173 00:09:42,876 --> 00:09:44,294 Pilihan yang bagus. 174 00:09:44,377 --> 00:09:45,545 Ini restoran kegemaran Jane. 175 00:09:46,838 --> 00:09:48,590 - Vegetarian… - Vegetarian, ya. 176 00:09:50,717 --> 00:09:52,677 Kenapa dia sangat suka haiwan? 177 00:09:52,761 --> 00:09:54,429 Panjang ceritanya. 178 00:09:54,512 --> 00:09:55,972 Saya nak mendengarnya. 179 00:09:58,350 --> 00:10:00,894 Kehilangan anak panda. Itu yang kami sedang buat, Millie. 180 00:10:00,977 --> 00:10:02,229 Ia "huru hara-panda." 181 00:10:02,312 --> 00:10:05,398 - Saya rasa ia menuju ke taman. - Tak boleh biar ia selesa dengan kita. 182 00:10:05,482 --> 00:10:07,484 Bagaimana kita nak bantu kembalikannya kepada ibunya? 183 00:10:07,567 --> 00:10:10,487 Saya tak pasti. Haiwan liar patut kekal liar, 184 00:10:10,987 --> 00:10:13,031 jika tidak, ia mungkin fikir manusia nak membantu, 185 00:10:13,114 --> 00:10:14,866 dan bukan semua manusia nak membantu. 186 00:10:15,992 --> 00:10:18,912 Jadi, apa yang kita patut buat? Tak buat apa-apa? 187 00:10:18,995 --> 00:10:21,331 Bagaimana jika rupa kamu tak macam manusia? 188 00:10:21,414 --> 00:10:22,624 Betul cakap dia. 189 00:10:22,707 --> 00:10:25,669 Kadangkala penjaga haiwan akan berpakaian seperti ibu anak-anak haiwan 190 00:10:25,752 --> 00:10:27,754 supaya ia tak biasakan diri dengan manusia. 191 00:10:27,837 --> 00:10:29,839 Tapi bagaimana kita nak menyerupai panda? 192 00:10:34,427 --> 00:10:36,012 Barang-barang ayah? 193 00:10:36,096 --> 00:10:37,389 Idea yang hebat, Millie. 194 00:10:37,472 --> 00:10:40,225 Mari mulakan transformasi panda. 195 00:10:42,352 --> 00:10:43,812 Joust! 196 00:10:52,779 --> 00:10:55,115 Hanya kita berdua yang menontonnya? 197 00:10:56,575 --> 00:10:58,076 Saya agak tertarik dengannya. 198 00:10:58,994 --> 00:11:01,079 - Boleh kami pinjam pakaian dan telefon? - Dengan bantal? 199 00:11:01,162 --> 00:11:03,623 - Boleh kami ke taman? - Boleh beri saya bertih jagung lagi? 200 00:11:07,711 --> 00:11:11,047 Saya masuk semula ke ruang tamu dan dia dah bangun 201 00:11:11,131 --> 00:11:13,341 dan sedang menonton berita yang saya sedang pasang. 202 00:11:13,425 --> 00:11:15,176 Dia empat tahun. Mungkin lima. 203 00:11:15,260 --> 00:11:19,055 Ia berita tentang haiwan dan tumbuhan, dan jumlahnya yang semakin berkurangan 204 00:11:19,139 --> 00:11:20,682 - di dunia. - Berapa banyak? 205 00:11:20,765 --> 00:11:24,603 Jumlah yang banyak, seperti sejuta spesies akan pupus 206 00:11:24,686 --> 00:11:25,770 jika kita tak buat apa-apa. 207 00:11:26,438 --> 00:11:29,816 Saya menghampirinya dan dia menangis. 208 00:11:30,859 --> 00:11:32,235 - Kasihan Jane. - Ya. 209 00:11:32,319 --> 00:11:35,363 Dia cakap dia tak faham, jika kita tahu haiwan akan pupus, 210 00:11:35,447 --> 00:11:37,657 kenapa kita tak bersatu dan buat sesuatu tentangnya. 211 00:11:37,741 --> 00:11:39,284 Jadi, apa yang awak jawab? 212 00:11:39,367 --> 00:11:41,995 Apa yang saya boleh cakap? Bagaimana nak jawab soalan begitu? 213 00:11:43,038 --> 00:11:44,039 Apa yang awak buat? 214 00:11:44,122 --> 00:11:45,123 Saya buat carian dalam talian. 215 00:11:47,167 --> 00:11:48,919 Saya cari orang yang cuba buat perubahan 216 00:11:49,002 --> 00:11:52,172 seperti Greta Thunberg dan David Suzuki dan… 217 00:11:52,255 --> 00:11:53,798 Jane Goodall. 218 00:11:54,799 --> 00:11:57,344 Dia sangat sukakannya sebab nama pertama mereka sama. 219 00:11:57,427 --> 00:11:58,553 Sudah pasti. 220 00:11:58,637 --> 00:12:01,806 Selepas itu, dia cuba apa saja yang boleh untuk bantu selamatkan haiwan. 221 00:12:01,890 --> 00:12:04,643 Walaupun kadangkala ia buat saya marah. 222 00:12:07,145 --> 00:12:09,439 Tapi dia memang nak selamatkan dunia. 223 00:12:09,522 --> 00:12:11,524 Kita perlukan lebih ramai orang macam Jane. 224 00:12:12,567 --> 00:12:13,610 Kedua-dua Jane. 225 00:12:20,075 --> 00:12:21,743 "Boleh kami pinjam alat solek?" 226 00:12:23,870 --> 00:12:24,788 Ya, saya… 227 00:12:26,831 --> 00:12:27,832 Dia cakap boleh. 228 00:12:27,916 --> 00:12:29,459 Bagaimana jika dia melarang? 229 00:12:34,839 --> 00:12:37,259 Nampak si ibu atau anak panda, Greybeard? 230 00:12:46,309 --> 00:12:48,228 - Nak saya bantu solek awak? - Ya. 231 00:12:52,148 --> 00:12:54,401 Jadi, apa rancangannya? 232 00:12:54,484 --> 00:12:55,777 Berpakaian macam panda. 233 00:12:55,860 --> 00:12:57,988 Cari anak panda itu dan kembalikan kepada ibunya. 234 00:12:58,071 --> 00:13:00,574 Siasat kenapa ibunya ada enam jari. 235 00:13:00,657 --> 00:13:04,369 Saya harap saya ada enam jari. Saya boleh buat ini lebih pantas. 236 00:13:12,919 --> 00:13:13,962 Ia ada di sini. 237 00:13:14,921 --> 00:13:16,214 Apa kita nak buat? 238 00:13:17,424 --> 00:13:20,969 Saya akan cari Rollie sementara awak dan Greybeard bawa ibunya kepada saya. 239 00:13:21,052 --> 00:13:24,055 Saya nak cari Rollie. Ia mungkin mengalami banyak masalah comel. 240 00:13:24,139 --> 00:13:26,850 Okey. Awak cari Rollie, saya dan Greybeard boleh… 241 00:13:26,933 --> 00:13:27,934 Rancangan yang bagus. 242 00:13:30,520 --> 00:13:32,188 Saya akan beritahu jika saya menemuinya. 243 00:13:34,858 --> 00:13:36,192 Nak bantu siapkan solekan saya? 244 00:13:38,278 --> 00:13:39,738 Rollie? 245 00:13:41,239 --> 00:13:43,116 Rollie? 246 00:13:46,411 --> 00:13:48,246 Rollie, awak di mana? 247 00:13:49,623 --> 00:13:53,043 Kamu tak nampak anak panda yang comel di sini, bukan? 248 00:13:54,211 --> 00:13:55,545 Selain daripada saya. 249 00:13:58,506 --> 00:13:59,716 Ada sebarang petanda? 250 00:14:00,217 --> 00:14:02,469 - Tiada lagi. Awak? - Tiada. 251 00:14:02,552 --> 00:14:04,346 Beritahu saya jika awak menemuinya. 252 00:14:04,429 --> 00:14:08,016 - Anak panda perlu ibunya untuk hidup. - Kasihan Rollie. 253 00:14:08,099 --> 00:14:12,854 Jika saya anak panda yang ketakutan, ke mana saya akan pergi? 254 00:14:13,980 --> 00:14:15,190 Saya akan panjat sesuatu! 255 00:14:15,857 --> 00:14:18,443 Bukan panjat pokok. Bagaimana dengan… 256 00:14:19,611 --> 00:14:21,613 Saya kenal punggung gebu itu. 257 00:14:22,530 --> 00:14:24,658 Berpecah. Berbunyi jika nampak apa-apa. 258 00:14:31,206 --> 00:14:32,207 Jumpa apa-apa, Greybeard? 259 00:14:39,798 --> 00:14:42,008 Kenapa, Greybeard? Awak nampak panda itu? 260 00:14:43,510 --> 00:14:45,053 Ia di belakang saya, bukan? 261 00:14:46,471 --> 00:14:48,181 Saya harap kostum ini membantu. 262 00:14:52,978 --> 00:14:54,896 Rollie. Jangan takut. 263 00:14:55,397 --> 00:15:01,528 Budak sangat bijak bernama David beritahu saya, seekor panda, untuk cari awak. 264 00:15:02,153 --> 00:15:03,905 Lihatlah siapa panda yang gembira. 265 00:15:05,574 --> 00:15:08,827 Jane, berita baik. Saya dah jumpa anak panda. Dah jumpa ibunya? 266 00:15:08,910 --> 00:15:11,121 Ya. Ia jumpa saya 267 00:15:12,289 --> 00:15:14,374 dan tak lepaskan saya. 268 00:15:14,457 --> 00:15:16,293 Saya rasa ia fikir saya anaknya. 269 00:15:16,793 --> 00:15:18,879 Bagus. Mungkin ia akan ikut awak ke sini. 270 00:15:18,962 --> 00:15:22,340 Rasanya ia tak nak ke mana-mana. Ia sedang tidur. 271 00:15:24,551 --> 00:15:26,928 Saya tahu sebab ia dipanggil pelukan beruang sekarang. 272 00:15:29,306 --> 00:15:31,474 - Rasanya Rollie lapar. - Makanan! 273 00:15:31,558 --> 00:15:34,311 - Guna makanan untuk bawa ia kepada awak. - Idea bagus. 274 00:15:34,394 --> 00:15:35,937 Panda makan apa? 275 00:15:36,021 --> 00:15:37,022 Selalunya buluh. 276 00:15:37,105 --> 00:15:38,440 Di mana nak cari buluh? 277 00:15:38,523 --> 00:15:40,025 Saya tahu tempatnya. 278 00:15:40,108 --> 00:15:42,736 Greybeard, tukar tempat dengan saya. 279 00:15:44,279 --> 00:15:45,280 Greybeard. 280 00:15:48,366 --> 00:15:50,994 Saya baca tentang Jane Goodall semasa di kolej. 281 00:15:51,077 --> 00:15:54,122 Saya cuba ingat petikan yang penting untuk saya. 282 00:15:54,706 --> 00:15:56,041 Kata-kata ibunya kepada dia. 283 00:15:56,666 --> 00:16:00,378 "Jika mahu sesuatu, perlu bekerja keras. 284 00:16:00,462 --> 00:16:03,089 Gunakan setiap peluang dengan sebaiknya. 285 00:16:03,590 --> 00:16:04,758 Tapi jangan putus asa." 286 00:16:05,759 --> 00:16:06,927 Jane juga membaca petikan itu. 287 00:16:08,220 --> 00:16:10,096 Dia pasti suka berbual dengan awak. 288 00:16:10,680 --> 00:16:12,474 Saya harap ibunya pun sama. 289 00:16:15,977 --> 00:16:18,063 Mak, saya perlukan bunga mak sedikit! 290 00:16:19,147 --> 00:16:20,398 Bahagian buluh saja. 291 00:16:28,114 --> 00:16:30,283 Greybeard, saya dah dapat buluh. 292 00:16:33,954 --> 00:16:36,373 Greybeard, bangun. Kita perlu beredar. 293 00:16:43,505 --> 00:16:46,299 Mengasuh panda lebih sukar daripada yang saya fikirkan. 294 00:16:46,383 --> 00:16:48,885 Jangan risau, Rollie. Ibu awak akan sampai sekejap lagi. 295 00:16:50,387 --> 00:16:52,347 Itu ibu awak. Ikut saya, Rollie. 296 00:17:02,315 --> 00:17:03,650 Ia berjaya, Jane. 297 00:17:10,699 --> 00:17:12,742 Ia tak sanggup terpisah. 298 00:17:13,743 --> 00:17:14,910 Nampak apa yang saya buat? 299 00:17:16,955 --> 00:17:18,290 Ya, kita berdua buat. 300 00:17:20,250 --> 00:17:21,584 David, lihat. 301 00:17:21,668 --> 00:17:24,337 Ya, buluh tak nampak begitu sedap. 302 00:17:24,880 --> 00:17:25,714 Bukan. 303 00:17:25,796 --> 00:17:30,135 Ia guna jari keenam untuk bantu pegang dan kupas buluh supaya ia boleh memakannya. 304 00:17:31,094 --> 00:17:32,596 Seperti ibu jari? 305 00:17:34,139 --> 00:17:37,267 Pasti ada sebab panda saja beruang yang ada enam jari. 306 00:17:37,350 --> 00:17:40,478 Sebab ia satu-satunya beruang yang makan buluh? 307 00:17:40,562 --> 00:17:42,564 Betul. Ia makan banyak buluh. 308 00:17:42,647 --> 00:17:45,066 Ia tunjukkan cara untuk lakukannya kepada anaknya. 309 00:17:45,567 --> 00:17:48,111 Anak panda memang perlukan ibunya, bukan? 310 00:17:48,194 --> 00:17:50,196 Serta bantuan sekali-sekala daripada manusia yang baik. 311 00:17:50,280 --> 00:17:52,365 Tapi hanya dari jauh. 312 00:17:52,949 --> 00:17:53,950 Betul. 313 00:17:58,121 --> 00:17:59,664 Saya akan rindu Rollie. 314 00:17:59,748 --> 00:18:01,875 Boleh kita masuk campur lebih lama? 315 00:18:01,958 --> 00:18:04,336 Kita boleh selalu melawat dan melihatnya dari tempat begini, 316 00:18:04,419 --> 00:18:05,879 tapi penting untuk… 317 00:18:05,962 --> 00:18:07,547 Saya tahu. 318 00:18:07,631 --> 00:18:09,049 Biarkannya menjadi haiwan liar. 319 00:18:10,258 --> 00:18:12,761 Jumpa lagi, Rollie. Saya sayang awak. 320 00:18:17,974 --> 00:18:19,392 Pemerhatian kita belum selesai. 321 00:18:19,476 --> 00:18:22,020 - Apa maksud awak? - Masih banyak yang perlu dipelajari, 322 00:18:22,103 --> 00:18:24,731 seperti sebab ia berwarna hitam dan putih. Apa lagi yang ia makan? 323 00:18:24,814 --> 00:18:27,567 - Berapa lama anaknya… - Tapi ia dah beredar. 324 00:18:28,735 --> 00:18:31,404 - Kita akan ikut. - Apa, bagaimana? 325 00:18:31,488 --> 00:18:35,033 Kita boleh berseronok walaupun kita hanya boleh memerhatikannya. 326 00:18:35,116 --> 00:18:36,868 - Sedia? - Sudah tentu. 327 00:18:37,953 --> 00:18:39,287 Untuk apa? 328 00:18:46,878 --> 00:18:47,837 Ya! 329 00:18:55,178 --> 00:18:56,805 Bantu selamatkan panda. 330 00:19:00,976 --> 00:19:02,269 David? 331 00:19:02,352 --> 00:19:05,355 - Hai, Jane. - Kenapa masih berpakaian seperti panda? 332 00:19:05,438 --> 00:19:07,691 - Saya sangat rindukan Rollie. - Saya pun sama. 333 00:19:07,774 --> 00:19:10,944 Tapi awak pasti tak nak buka kostum sebelum panggilan dengan Dr. Binbin Li? 334 00:19:11,027 --> 00:19:14,155 Dia buat kajian tentang beruang panda. Saya rasa dia akan sukakannya. 335 00:19:15,115 --> 00:19:16,199 Hai, Jane. 336 00:19:16,283 --> 00:19:17,951 Hai, David. 337 00:19:18,034 --> 00:19:20,620 - Hai, Binbin. - Kenapa awak pakai kostum panda, David? 338 00:19:20,704 --> 00:19:24,207 Kami berpakaian macam beruang panda untuk bantu bayi panda kembali kepada ibunya. 339 00:19:24,291 --> 00:19:25,292 Saya namakannya Rollie. 340 00:19:25,375 --> 00:19:27,502 Kami berhati-hati agar ia tak terlalu bergantung pada kami. 341 00:19:27,586 --> 00:19:30,171 Pemikiran yang bagus. Awak akan jadi panda yang baik. 342 00:19:30,255 --> 00:19:31,548 Saya tahu. Terima kasih. 343 00:19:31,631 --> 00:19:33,758 Awak perlu berpakaian seperti panda sebelum ini, Binbin? 344 00:19:33,842 --> 00:19:35,135 Ya. Lihat ini. 345 00:19:35,719 --> 00:19:37,721 - Jumpsut panda hebat. - Nampak selesa. 346 00:19:37,804 --> 00:19:39,973 Awak mungkin tak nak tanggalkannya. Betul? 347 00:19:40,056 --> 00:19:44,185 Sebenarnya, kostum panda itu disembur dengan air kencing panda, 348 00:19:44,269 --> 00:19:47,939 jadi saya terus tanggalkannya selepas kajian saya selesai. 349 00:19:49,316 --> 00:19:50,400 Kenapa ia disembur dengan air kencing? 350 00:19:50,483 --> 00:19:55,280 Ia penting bagi kami untuk berpakaian dan berbau macam panda 351 00:19:55,363 --> 00:19:58,533 sebab panda ada deria bau yang bagus. 352 00:19:58,617 --> 00:20:01,453 Apabila ia dilepaskan ke hutan, ia tak biasakan diri dengan manusia 353 00:20:01,536 --> 00:20:02,954 dan boleh hidup sendiri. 354 00:20:03,038 --> 00:20:05,832 Gunung di belakang awak nampak hebat. Awak di mana, Binbin? 355 00:20:05,916 --> 00:20:07,751 Ini rizab panda, 356 00:20:07,834 --> 00:20:10,837 salah satu kawasan terlindung, habitat untuk panda liar. 357 00:20:11,421 --> 00:20:13,048 Kenapa ia perlukan kawasan terlindung? 358 00:20:13,131 --> 00:20:16,760 Ancaman utama untuk beruang panda adalah kehilangan habitat. 359 00:20:16,843 --> 00:20:21,473 Ia semakin pupus dan disenaraikan sebagai spesies terancam sejak dahulu. 360 00:20:21,556 --> 00:20:25,268 Jadi, penyelesaiannya adalah mencipta kawasan terlindung 361 00:20:25,352 --> 00:20:27,979 untuk melindungi habitatnya dan tingkatkan jumlahnya. 362 00:20:28,063 --> 00:20:31,441 - Ia membantu? - Ya. Lihat ini. 363 00:20:32,025 --> 00:20:33,485 Selepas 60 tahun, 364 00:20:33,568 --> 00:20:38,031 segala usaha dan program pemuliharaan membantu panda dapat lebih banyak anak. 365 00:20:38,615 --> 00:20:41,034 Jumlahnya meningkat sekarang. 366 00:20:41,117 --> 00:20:45,830 Kini ia dianggap sebagai spesies terdedah, bukan spesies terancam. 367 00:20:45,914 --> 00:20:48,333 Maksudnya beruang panda dah tak perlukan bantuan kita lagi? 368 00:20:48,416 --> 00:20:51,419 Terdedah masih bermaksud ia terancam, 369 00:20:51,503 --> 00:20:55,674 jadi ia sangat penting untuk kita teruskan usaha melindunginya. 370 00:20:55,757 --> 00:20:58,051 Bagaimana awak sentiasa tahu jumlah panda di sana? 371 00:20:58,134 --> 00:21:00,971 Ada sesiapa mengiranya? Sebab ia sukar untuk kami mencarinya. 372 00:21:01,054 --> 00:21:05,392 Soalan yang bagus. China satu-satunya tempat tinggal beruang panda liar. 373 00:21:05,976 --> 00:21:09,980 Ia memerlukan 2,300 orang selama lebih empat tahun untuk mengiranya. 374 00:21:10,063 --> 00:21:12,065 Awak pernah lihat beruang panda di hutan? 375 00:21:12,148 --> 00:21:15,318 Ya. Saya juga ada gambar panda itu. 376 00:21:15,402 --> 00:21:18,071 Ia kali pertama tapi juga yang terakhir, 377 00:21:18,154 --> 00:21:20,865 sebab sangat sukar untuk mengesannya di hutan. 378 00:21:20,949 --> 00:21:22,993 Tapi pemandangan begitu yang beri saya motivasi 379 00:21:23,076 --> 00:21:26,454 untuk lakukan kerja pemuliharaan hidupan liar. 380 00:21:26,538 --> 00:21:30,750 - Awak memang sukakan panda? - Ya, spesies hidupan liar lain juga. 381 00:21:30,834 --> 00:21:35,881 Beruang panda adalah spesies payung, bermaksud dengan melindungi habitatnya, 382 00:21:35,964 --> 00:21:39,342 kita juga melindungi spesies lain yang berkongsi habitat sama. 383 00:21:39,426 --> 00:21:41,887 Haiwan apa lagi yang tinggal dengan beruang panda di China? 384 00:21:41,970 --> 00:21:43,096 Biar saya tunjukkan. 385 00:21:43,179 --> 00:21:46,308 Monyet emas. Kuang Mas. 386 00:21:46,391 --> 00:21:47,851 Salamander gergasi, 387 00:21:47,934 --> 00:21:50,186 salah satu amfibia terbesar di dunia. 388 00:21:50,270 --> 00:21:52,981 Jadi, dengan membantu beruang panda, awak bantu haiwan lain juga. 389 00:21:53,064 --> 00:21:55,025 - Betul. - Apa kami boleh buat untuk melindunginya? 390 00:21:55,108 --> 00:21:56,860 Kamu boleh mula dengan berkongsi 391 00:21:56,943 --> 00:21:59,362 apa yang kamu dah belajar tentang panda dan persekitarannya 392 00:21:59,446 --> 00:22:03,033 dan semua yang kita beli menggunakan sumber semula jadi. 393 00:22:03,116 --> 00:22:04,618 Apabila kita beli barang baharu, 394 00:22:04,701 --> 00:22:07,370 ia menggunakan sumber semula jadi dari alam sekitar. 395 00:22:07,454 --> 00:22:10,624 Ia bukan hanya beri kesan kepada habitat beruang panda, 396 00:22:10,707 --> 00:22:13,543 tapi juga spesies lain. 397 00:22:13,627 --> 00:22:17,881 Jadi, saya cabar semua orang tak membeli pakaian baharu selama setahun 398 00:22:17,964 --> 00:22:19,132 jika ia tak diperlukan. 399 00:22:19,216 --> 00:22:21,885 - Mudah. Saya suka pakai baju sama. - Bagus! 400 00:22:22,677 --> 00:22:24,971 - Gembira dapat berbual. Selamat tinggal. - Selamat tinggal, Binbin. 401 00:22:25,055 --> 00:22:26,473 Selamat tinggal, Binbin. Terima kasih. 402 00:22:27,057 --> 00:22:30,018 Hei, Jane. Mungkin saya boleh pakai kostum panda ini selama setahun. 403 00:22:30,101 --> 00:22:31,102 Ia comel. 404 00:22:31,186 --> 00:22:33,188 Bagaimana kalau haiwan seterusnya ialah harimau bintang salji, 405 00:22:33,271 --> 00:22:34,814 jakal atau mengkira? 406 00:22:34,898 --> 00:22:36,900 - Bukankah ia makan panda? - Betul. 407 00:22:36,983 --> 00:22:38,902 Rasanya saya akan tanggalkannya. 408 00:22:38,985 --> 00:22:40,362 Selamat malam, Jane. 409 00:22:40,445 --> 00:22:42,197 Selamat malam, Rollie. Di mana pun awak berada. 410 00:22:42,280 --> 00:22:43,448 Selamat malam, David. 411 00:22:58,213 --> 00:22:59,965 Jane, masa untuk tidur. 412 00:23:39,004 --> 00:23:41,006 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid